kesediaan pelajar diploma pendidikan lepasan … · kesediaan pelajar diploma pendidikan lepasan...
TRANSCRIPT
KESEDIAAN PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH
(KEMAHIRAN HIDUP) UNTUK MENGAJAR SUBJEK KEMAHIRAN
HIDUP BERSEPADU
AKMAL HAFIZ BIN AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KESEDIAAN PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (KEMAHIRAN HIDUP) UNTUK MENGAJAR SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: AKMAL HAFIZ BIN AHMAD
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 68, JALAN PERUDA 1, PUAN NUR QISTINA BINTI ABDULLAH TAMAN PERUDA 1B, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh :______________________ Tarikh:_________________________
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”
Tandatangan : ...................................................................
Nama Penyelia : PUAN NUR QISTINA BINTI ABDULLAH
Tarikh : ...................................................................
iii
KESEDIAAN PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH
(KEMAHIRAN HIDUP) UNTUK MENGAJAR SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU
AKMAL HAFIZ BIN AHMAD
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : .....................................................
Nama Penulis : AKMAL HAFIZ BIN AHMAD
Tarikh : .....................................................
v
DEDIKASI
Warkah ini ditujukan istimewa buat
Ayahanda dan bonda....
Ahmad Bin Abdul Aziz
Azizah Binti Hussain
Tiada yang dapatku lafazkan hanya doamu mengiringi setiap
detik perjalanan hidup anakandamu ini.
Segala pengorbanan yang dicurahkan dan keikhlasan dalam
membesarkanku, tidak mampu ku menghuraikan dengan
sejuta kata-kata walau ku berikan harta seluas tujuh lautan
masih tidak terbalas jasa-jasamu itu dan
hanya Allah yang dapat membalasnya
Untuk seluruh ahli keluargaku…
Dorongan dan sokongan kalian sangat bermakna bagi ku dalam
menyuntik semangat bagi diriku sehingga berjaya
sampai ke tahap ini dan hanya ucapan
terima kasih daku sampaikan
Pensyarah-pensyarah…
Semoga jasa baktimu tetapku kenang dan
sesungguhnya ilmu yang diperolehi akan ku manfaatkan
dengan sebaik mungkin untuk agama, bangsa dan negara
Khas buatmu teman...
Sepanjang tempoh perkenalan ini
banyak kisah duka dan manis kita tempuhi bersama
Semuanya akan terpahat dalam ingatanku buat selamanya dan
setiap pertolongan yang dihulurkan mampu ku ucapkan jutaan terima kasih
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat
dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas.
Syukur kepada Illahi dengan keizinan-Nya dapat saya menyiapkan Laporan
Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada Puan Nur
Qistina Binti Abdullah selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Juga penghargaan
dan terima kasih kepada bekas pelajar-pelajar DPLI sesi 2007/2008 di Universiti
Teknologi Malaysia, Johor Bahru yang sudi memberi kerjasama untuk projek ini.
Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang
telah menyumbangkan kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda
ini.
Terima kasih yang tidak terhingga.
vii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran Hidup) untuk mengajar subjek Kemahiran
Hidup Bersepadu. Responden adalah pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia. Data untuk kajian ini adalah
menggunakan borang soal selidik (secara pos) dan temubual. Nilai pekali
kebolehkepercayaan kajian ini adalah α = 0.881. Data tersebut kemudiannya
dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 10.0
untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran Hidup) mempunyai
kesediaan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran asas dalam pengajaran.
Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan kesediaan mengajar subjek
Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah (Kemahiran Hidup).
viii
ABSTRACT
This research is conducted to identify the readiness of Diploma in Education
Undergraduates (Living Skills) students to teach Living Skills subject. Respondents
are students from Diploma in Education Undergraduates (Living Skills), University
of Technology Malaysia. Data for the study was obtained through questionnaires
(posted) and interviews. Realibility of coefficient value for the instrument is α =
0.881. The data was then analyzed using Statistical Package for Science Social
(SPSS) version 10.0 to gain the value of frequency and percentage. The research
findings show that Diploma in Education Undergraduates (Living Skills) students are
ready with knowledge, technically skill and basic skills in teaching. Suggestions have
been made to increase the readiness towards teaching Living Skills subject among
Diploma in Education Undergraduates (Living Skills) students.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
x
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 11
2.3 IPTA yang menawarkan DPLI 15
2.4 Kemahiran Hidup Bersepadu 18
2.5 Pendidikan Teknik dan Vokasional 21
2.6 Profesion Perguruan 22
2.7 Pendidikan Perguruan 22
2.8 Faktor Pemilihan Profesion Perguruan 24
2.9 Kemahiran Asas Pengajaran 25
2.10 Kepentingan Pengetahuan dan Penguasaan
Kemahiran Teknikal untuk Pengajaran dan
Pembelajaran
26
2.11 Penutup 28
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Populasi Kajian 29
3.4 Pemilihan Sampel 30
3.5 Instrumen Kajian 30
3.6 Kajian Rintis 34
3.7 Prosedur Kajian 35
3.8 Analisis Data 38
3.9 Penutup 39
xi
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data Bahagian A 40
4.3 Analisis Data Bahagian B 44
4.3.1 Sejauhmanakah latar belakang
pendidikan peringkat Ijazah Sarjana
Muda mempunyai kaitan dengan
sukatan matapelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu?
45
4.3.2 Sejauhmanakah pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup) mempunyai pengetahuan yang
mencukupi tentang Kemahiran Hidup
Bersepadu?
48
4.3.3 Sejauhmanakah pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup) mempunyai kemahiran
teknikal?
52
4.3.4 Sejauhmanakah pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup) mempunyai kemahiran asas
pengajaran subjek Kemahiran Hidup
Bersepadu?
57
4.4 Penutup 61
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan 64
5.3 Perbincangan 65
xii
5.3.1 Latar Belakang Responden 65
5.3.2 Sejauhmanakah latar belakang
pendidikan peringkat Ijazah Sarjana
Muda mempunyai kaitan dengan
sukatan matapelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu?
66
5.3.3 Sejauhmanakah pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup) mempunyai pengetahuan tentang
Kemahiran Hidup Bersepadu?
67
5.3.4 Sejauhmanakah pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup) mempunyai kemahiran
teknikal?
69
5.3.5 Sejauhmanakah pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup) mempunyai kemahiran asas
pengajaran subjek Kemahiran Hidup
Bersepadu?
71
5.4 Cadangan 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
5.6 Penutup 74
BIBLIOGRAFI 75
LAMPIRAN 79
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Lampiran F
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Jenis Ijazah Sarjana Muda pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah Kemahiran Hidup
4
2.1 Struktur prorgam Diploma Pendidikan 14
2.2 IPTA yang menawrkan DPLI 15
2.3 Sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu
20
3.1 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 32
3.2 Skala Likert digunakan untuk soal selidik 33
3.3 Nama samaran responden yang ditemubual 37
3.4 Pengkelasan pemeringkatan 38
3.5 Penilaian terhadap analisis kajian 38
4.1 Taburan responden mengikut jantina 41
4.2 Taburan dan peratusan responden mengikut
bangsa
41
4.3 Taburan dan peratusan responden mengikut
umur
42
4.4 Taburan dan peratusan responden mengikut
jenis sekolah di peringkat sekolah menengah
42
4.5 Taburan dan peratusan responden berdasarkan
pengalaman bekerja
43
4.6 Taburan dan peratusan responden berdasarkan
pengalaman mengajar
44
4.7 Taburan responden mengikut peratusan dan
kekerapan bagi latar belakang pendidikan
peringkat Ijazah Sarjana Muda yang
mempunyai kaitan dengan sukatan mata
46
xv
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
4.8 Taburan responden mengikut peratusan dan
kekerapan bagi pengetahuan responden
tentang Kemahiran Hidup Bersepadu
48
4.9 Taburan responden mengikut peratusan dan
kekerapan bagi kemahiran teknikal
54
4.10 Taburan Responden mengikut peratusan dan
kekerapan bagi kemahiran asas pengajaran
subjek Keamahiran Hidup Bersepadu
58
xvii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
α - Alpha Cronbach
f - Kekerapan / Frekuensi
% - Peratus
BPG - Bahagian Pendidikan Guru
DPLI - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
KS - Kurang Setuju
N - Bilangan Responden
PMR - Penilaian Menengah Rendah
S - Setuju
SPSS - Statistical Package for the Social Science
ST - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Borang Senarai Semak
C Transkrip Temubual Ahmad
D Transkrip Temubual Hajar
E Transkrip Temubual Siti
F Transkrip Temubual Aishah
G Transkrip Temubual Azizah
H Surat Pengesahan Mendapatkan Maklumat oleh Fakulti
Pendidikan, UTM
I Nilai Pekali Kebolehpercayaan Soal Selidik
1
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti guru. Peningkatan kualiti
pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang
kreatif, berketrampilan dan berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru adalah
dinamik dan sentiasa diubah suai supaya dikemaskinikan dengan ketrampilan baru,
pengetahuan baru dan sikap positif pelajar dengan pembentukan negara yang
progresif. Pengubahsuaian kurikulum menuntut para pendidik seperti guru membuat
peranjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang cekap teknologi dan yakin
menghadapi perubahan dan menangani cabaran persekitaran sekolah semasa.
Pendidikan merupakan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd
Najib (2003), pengajaran adalah proses memberi pengalaman manakala pembelajaran
adalah proses menerima pengalaman. Untuk menjayakan matlamat proses pengajaran
dan pembelajaran yang berdinamik, guru adalah individu yang menentukan kualiti
pendidikan yang terdapat di sesebuah sekolah. Oleh itu, guru haruslah mempunyai
pengetahuan yang kukuh dalam bidang yang mereka ceburi termasuklah kemahiran
asas pengajaran serta pengetahuan untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Untuk memartabatkan profesion perguruan, kualiti guru merupakan kaitan
yang amat jelas. Bagi memastikan bukan sahaja dapat menghasilkan guru yang
berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan guru yang berkualiti
ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh
2
perkhidmatan, guru perlulah memenuhi sebahagian besar keperluan intelektual,
rohani, fizikal dan emosional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional semakin penting dalam era pembangunan
ekonomi dan sosial negara (Siti Maspah dan Nor Azizah, 1995). Oleh itu, Malaysia
sebagai sebuah negara yang menuju ke arah kemajuan memerlukan rakyat yang
berkemahiran dan berilmu pengetahuan, terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Kemajuan sains dan teknologi memerlukan ramai tenaga profesional yang menjadi
nadi dan aset terpenting untuk mencorakkan pembangunan dan kemajuan negara.
Justeru, profesion perguruan adalah suatu cabaran yang besar dan perlu
dipikul dengan penuh bertanggungjawab pada alaf ini untuk memastikan generasi
masa akan datang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh negara Malaysia dan
bersesuaian dengan Wawasan 2020. Oleh sebab itu, pendidikan perguruan perlu
dititik beratkan kerana guru adalah seseorang yang berhubung rapat dengan pelajar
secara langsung. Menurut Asmah (2001), segala jenis latihan perguruan sama ada
latihan permulaan untuk menyediakan guru-guru baru yang dijalankan di Maktab
Perguruan dan Institut Pengajian Tinggi Awam perlulah berkemampuan untuk
bertindak sebagai tapak semaian yang dapat menghasilkan guru yang berkualiti.
Latihan perguruan seharusnya menitik beratkan kualiti guru yang bakal dilahirkan. Di
samping itu, latihan perguruan itu sendiri dapat memberi makna terhadap guru-guru.
Untuk menjana sumber tenaga manusia yang berketrampilan, negara perlulah
melatih dan membekalkan tenaga pendidik yang secukupnya. Selain daripada itu,
pendidik haruslah memiliki ciri-ciri yang diperlukan bagi membolehkan mereka
melahirkan juga sumber manusia yang berpengetahuan, bersahsiah, bersikap positif
dan berdisiplin. Malahan, mereka berperanan untuk membentuk masa depan
seseorang individu. Guru merupakan pendorong utama dalam memotivasikan pelajar
bagi mencapai cita-cita. Dengan zaman globalisasi ini, pelbagai cabaran terpaksa
ditempuhi oleh guru-guru dalam menyampaikan ilmu. Guru secara tidak langsung
perlu memiliki ilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran baik dari segi teknikal, juga
dari segi kemahiran insaniah iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan
berpandangan jauh.
3
Bagi memartabatkan lagi profesion perguruan, kerajaan melaksanakan
program pendidikan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Tujuan adalah untuk
mengambil inisiatif bagi melaksanakan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah untuk
meningkatkan kemahiran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian, pendidikan guru seharusnya dapat menghasilkan golongan-golongan yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran tertentu, sekali gus boleh menjadikan
mereka pekerja yang berilmu dan mahir dalam bidang-bidang pekerjaan yang diikuti.
1.2 Latar belakang Masalah
Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dijalankan selama dua
semester di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi mereka yang memiliki
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan
diluluskan oleh Senat Universiti. Di samping mengikuti opsyen tumpuan iaitu
Kemahiran Hidup, penekanan diberikan sepanjang mereka berada di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) berkaitan dengan Asas Pendidikan dan kaedah
pengajaran.
Hasil daripada pra kajian yang dijalankan oleh penyelidik pada Ogos 2008
terhadap pelajar yang sedang mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(Kemahiran Hidup), mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang pelbagai
dengan kehendak kursus yang sedang mereka ikuti kini. Kursus yang mereka ikuti
sepanjang tempoh dua semester adalah lebih menekankan kepada Asas Pendidikan.
Manakala subjek tumpuan atau opsyen diajar dalam tempoh bilangan kuliah yang
terhad.
4
Jadual 1.1 : Jenis Ijazah Sarjana Muda pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Kemahiran Hidup
Bil Jenis Ijazah Sarjana Muda Kekerapan Peratusan
(%)
1. Ijazah Sarjana Muda Ekonomi 6 15
2. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Sains
Geoinformatik 1 2.5
3. Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan 1 2.5
4. Ijazah Sarjana Muda Landskap 1 2.5
5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah 5 12.5
6. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan 2 5
7. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan 1 2.5
8. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan 5 12.5
9. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi 6 15
10. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam
(Pembangunan Tanah) 1 2.5
11. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat 1 2.5
12. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan 1 2.5
13. Ijazah Sarjana Muda Sains dan Matematik 1 2.5
14. Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains
Perikanan) 4 10
15. Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan 2 5
16. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perabot 2 5
JUMLAH 40 100
5
Berdasarkan Jadual 1.1, didapati bahawa majoritinya adalah pelajar yang
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Teknologi, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dan Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Perniagaan. Pada peringkat Ijazah Sarjana Muda mereka tiada kaitan
yang rapat dengan Kemahiran Hidup. Kemahiran Hidup adalah penting dan meliputi
semua aspek pengetahuan dan kemahiran teknikal yang menitik beratkan kehidupan
seharian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan
sentiasa berubah.
Latar belakang pendidikan semasa Ijazah Sarjana Muda adalah penting kerana
pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ini tidak lagi diberi penekanan
secara khususnya dan mendalam tentang opsyen tumpuan iaitu Kemahiran Hidup.
Mereka lebih diberi tumpuan bagaimana persediaan menjadi guru dan persediaan
mengajar. Mereka yang telah memperolehi Ijazah ini dianggap telah menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan ketika memilih opsyen masing-masing.
Jika dibandingkan dengan pelajar perdana, subjek yang ditawarkan dalam tempoh
lapan semester adalah disesuaikan dengan keperluan pendidikan Teknik dan
Vokasional di peringkat sekolah. Pelajar perdana secara tidak langsung telah
menguasai pengetahuan dan kemahiran teknikal serta pendidikan guru yang
dikehendaki untuk mengajar di sekolah kelak
Bakal guru lepasan ijazah mempunyai latar belakang pengetahuan yang
pelbagai dengan kursus yang dipilih iaitu matapelajaran Kemahiran Hidup, maka
menimbulkan tanda tanya samada mereka ini telah mempunyai kesediaan untuk
mengajar subjek Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah kelak. Menurut Mok (2000)
dan Atan (1982), seorang guru itu mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang mata pelajaran yang hendak mereka ajar. Guru juga perlulah mengetahui
kaedah atau cara penyampaian yang baik dalam pengajarannya supaya murid-murid
memahami apa yang hendak disampai olehnya seterusnya meningkatkan mutu
pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah meningkatkan kefahaman dan pengetahuan
tentang opsyen yang diikuti oleh mereka ketika mengikuti latihan perguruan.
6
Guru Kemahiran Hidup merupakan guru yang berkebolehan mengajar secara
teori dan praktis. Penglibatan pelajar dalam projek-projek amali dan amalan
ketukangan memerlukan seseorang guru itu mahir dan kreatif dalam kemahiran
teknikal. Penguasaan guru dalam kemahiran teknikal penting disebabkan risiko
kemalangan yang tinggi akibat kecuaian guru mengawal situasi di dalam bengkel.
Tahap keyakinan dan kompetensi adalah bergantung kepada jumlah latihan yang
dipraktikkan semasa peringkat latihan perguruan. Dalam tempoh pengajian yang
begitu singkat iaitu dua semester untuk mengikuti kurikulum Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah pengkhususan Kemahiran Hidup berbanding dengan pelajar perdana
iaitu selama lapan semester, maka penyelidik ingin mengkaji adakah pelajar-pelajar
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ini cukup bersedia dari aspek pengetahuan,
kemahiran teknikal dan kemahiran asas pengajaran untuk mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah kelak.
1.3 Pernyataan Masalah
Pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran Hidup)
mempunyai latar belakang pendidikan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda yang tidak
mempunyai kaitan rapat dengan Kemahiran Hidup Bersepadu di samping tempoh
program pengajian yang singkat iaitu selama dua semester. Penyelidik ingin mengkaji
kesediaan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran Hidup) terhadap
pengajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Dalam menyelidik masalah tersebut,
dapatlah penyelidik mengenalpasti samada pelajar Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah (Kemahiran Hidup) mempunyai kesediaan terhadap mengajar subjek
Kemahiran Hidup Bersepadu. Dengan terlaksananya penyelidikan ini, maka suatu
starategi untuk memperbaiki kelemahan yang ada di dalam program ini dapat
ditingkatkan.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
i. Mengenalpasti latar belakang pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda
mempunyai kaitan dengan sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu.
ii. Mengenalpasti pengetahuan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(Kemahiran Hidup) tentang Kemahiran Hidup Bersepadu.
iii. Mengenalpasti kemahiran teknikal pelajar Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah (Kemahiran Hidup).
iv. Mengenalpasti kemahiran asas pengajaran subjek Kemahiran Hidup
Bersepadu pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup).
1.5 Persoalan Kajian
Penyelidik mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan objektif
kajian tercapai di antaranya ialah:
i. Sejauhmanakah latar belakang pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda
mempunyai kaitan dengan sukatan matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu?
ii. Sejauhmanakah pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup) mempunyai pengetahuan tentang Kemahiran Hidup Bersepadu?
iii. Sejauhmanakah pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup) mempunyai kemahiran teknikal?
iv. Sejauhmanakah pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Kemahiran
Hidup) mempunyai kemahiran asas pengajaran subjek Kemahiran Hidup
Bersepadu?