kesediaan pelajar-pelajar 4 sph program · pdf fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan...
TRANSCRIPT
KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM KHAS
PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) MENGAJAR MATA PELAJARAN
VOKASIONAL (MPV) KATERING DAN PENYAJIAN DI SEKOLAH
MENENGAH HARIAN BIASA
YULI BIN YUSUP
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALASIA
19:16Pind. 1/97
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau di sertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH (PKPG) UNTUK
MENGAJAR MPV (KATERING DAN PENYAJIAN) DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya YULI BIN YUSUP .
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesisi ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi
pengajian tinggi. 4. ** sila tandakan ( )
SULIT
SULIT TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Dr Yusof Bin Boon RH237, Kg Jalan Damai, Peti Surat 62467, 91007 Tawau, Nama Penyelia Tarikh : APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ............................................................
Nama Penyelia : Dr Yusof Bin Boon
Tarikh : 3O APRIL 2008
KESEDIAAN PELAJAR – PELAJAR 4 SPH (PKPG) UNTUK MENGAJAR
MPV (KATERING DAN PENYAJIAN) DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN
BIASA
YULI BIN YUSUP
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………..
Nama Penulis : Yuli Bin Yusup
Tarikh : April, 2008
iii
Dipanjatkan kesyukuran dan kerahmatan buat-Nya yang mengizinkan akan
segala sesuatu..........
Untuk Ayahanda dan Bonda
En Yusup Bin Saba dan Hjh Rasmah Bte Senga
Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima kasih Ayahanda dan Bonda
Untuk Abah dan Mak mertua
Hj Sarif@Sharif Bin Abu dan Hjh Saniah Bte Garib
Doa, sokongan dan nasihatmu mengiringi kejayaanku
Terima kasih Abah dan Mak
Buat isteri tersayang
Pn. Norhayati Binti Hj Sarip@Sharif
Terima kasih atas kesabaran,sokongan dan
Pengorbanan yang tidak ternilai hatta dengan wang ringgit sekalipun
Dan
Pensyarah Pembimbing yang dihormati
Dr Yusof Bin Boon
Atas segala tunjuk ajar dan bimbingan
“KEJAYAAN ADALAH HASIL DARIPADA USAHA
DAN
USAHA ITU TIDAK AKAN BERKAT TANPA DOA....”
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, setinggi-tinggi rasa kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Dia yang Maha Pencipta lagi Maha Mengasihani, segala
puji-pujian buat nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Penulis ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya dan ucapkan
ribuan terima kasih kepada penyelia tesis ini, Dr. Yusof Bin Boon yang telah banyak
berusaha membantu dan membimbing penulis sepanjang masa untuk menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
Sumbangan yang telah anda semua berikan amatlah berguna dan bermakna. Semoga
Allah S.W.T memberkatinya.
Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan pelajar-pelajar 4 SPH
(PKPG) untuk mengajar mata pelajaran Katering dan Penyajian setelah tamat
pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini menyentuh aspek-aspek
berkaitan minat pelajar terhadap mata pelajaran Katering dan Penyajian, pengetahuan
dan kemahiran pelajar untuk mengendalikan pengajaran mata pelajaran Katering dan
Penyajian dan minat pelajar untuk mengajar mata pelajaran Katering dan Penyajian.
Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik kepada semua pelajar
4 SPH (PKPG) yang sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini berbentuk
kajian kes yang melibatkan responden seramai 127 orang. Data mentah yang
diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 13.0 untuk mendapatkan nilai
kekerapan dan peratusan. Semua hasil dapatan dikumpulkan dan dirumuskan bagi
mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Semua hasil dapatan dikumpulkan dan
dirumuskan bagi mendapatkan satu gambaran yang jelas mengenai kesediaan pelajar-
pelajar 4 SPH (PKPG) untuk mengajar mata pelajaran Katering dan Penyajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) menunjukkan
kesediaan dari segi minat terhadap mata pelajaran Katering dan Penyajian,
pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan pengajaran mata pelajaran
Katering dan Penyajian dan minat pelajar untuk mengajar mata pelajaran Katering
dan Penyajian di sekolah.
vi
ABSTRACT
This research is conducted to determine the readiness of 4 SPH (PKPG)
students to teach Catering and Food Presentation subject after finishing their studies
at Universiti Teknologi Malaysia. This research covers the aspects related to the
interest of student in Catering and Food Presentation subject, knowledge and skills to
conduct practical lessons in catering and Food Presentation as well as the student’s
interest to teach Catering and Food Presentation subject. Questionnaire was used as
research instrument and distributed to all 4 SPH (PKPG) students undergoing
Bachelor of Technology and Education (Living skills) at Education Faculty, UTM.
This research is a case study which involves 127 respondents. Data was analyzed
using SPSS version 13.0 software to get the percentage and frequency. Data was
presented in percentage and frequency form. Research results was collected and
concluded to get a clear picture about the readiness of 4 SPH (PKPG) students in
teaching Catering and Food Preparation subject. The research outcome shows the 4
SPH (PKPG) students readiness from interest perspective for Catering and Food
Presentation subject, knowledge and skills to conduct practical lessons in Catering
and Food Presentation as well as the students interest to teach Catering and Food
Presentation subject after they complete their studies
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 5
1.2 Pernyataan Masalah 10
1.3 Objektif Kajian 11
1.4 Persoalan Kajian 11
1.5 Kepentingan Kajian 12
1.5.1 Pensyarah dan Tutor PTV di UTM 12
1.52 Pelajar 12
1.5.3 Fakulti Pendidikan UTM 13
1.5.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 13
1.6 Skop dan Batasan Kajian 13
1.7 Definisi Istilah 14
viii
1.7.1 Kesediaan 14
1.7.2 Pelajar 14
1.7.3 Sekolah Menengah Akademik Harian 15
1.7.4 Katering dan Penyajian 15
1.7.5 Pengetahuan 15
1.7.6 Kemahiran 16
1.7.7 Minat 16
1.8 Penutup 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 18
2.1 Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK) 19
2.1.1 Objektif Program SKK 20
2.1.2 Pakej Pembelajaran 20
2.1.2.1 Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
(PPP) 20
2.1.2.2 Latihan tempat kerja (LTK) 21
2.1.3 Pelaksanaan Program SKK 22
2.2 Program MPV (Mata Pelajaran Vokasional) 23
2.2.1 Objektif Program MPV 23
2.2.2 Penawaran dan Pelaksanaan Program MPV 24
2.2.3 Perihal dan Status Program 25
2.2.4 Bahan – bahan Kurikulum 26
2.3 Pengetahuan dan kemahiran guru 27
2.4 Pengurusan dan penyelenggaraan bengkel 29
2.5 Pengkhususan / Opsyen guru 30
2.6 Sikap 31
2.7 Penutup 33
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 34
3.1 Reka Bentuk Kajian 34
3.2 Tempat Kajian 35
3.3 Populasi Kajian 35
3.4 Instrumen Kajian 36
3.5 Kandungan Soal Selidik 36
3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Pelajar 37
3.5.2 Bahagian B: Soalan Soal Selidik 37
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Kajian Rintis 39
3.8 Analisis Data 40
3.9 Penutup 41
BAB 4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 42
4.1 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 42
4.1.1 Jantina 42
4.1.2 Bangsa 43
4.1.3 Umur 44
4.1.4 Status Perkahwinan 44
4.1.5 Pengalaman Mengajar 45
4.1.6 Kelulusan Akademik Tertinggi 46
4.1.7 Bidang Ikhtisas 46
4.2 Analisis Bahagian B: Persoalan Kajian 47
4.2.1 Persoalan Kajian 1 47
4.2.2 Persoalan Kajian 2 51
4.2.3 Persoalan Kajian 3 54
4.2.4 Persoalan Kajian 4 58
4.3 Penutup 61
x
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 63
5.1 Perbincangan 64
5.1.1 Tahap Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Katering dan Penyajian 64
5.1.2 Tahap Pengetahuan Pelajar Dalam Pengendalian
Pengajaran Mata Pelajaran Katering dan
Penyajian 65
5.1.3 Tahap Kemahiran Pelajar Dalam Pengendalian
Pengajaran Mata Pelajaran Katering dan
Penyajian 66
5.1.4 Mengenal Pasti Minat Pelajar Untuk Mengajar
Mata Pelajaran Katering dan Penyajian 67
5.2 Rumusan Hasil Dapatan Kajian 69
5.2.1 Minat Dalam Mata Pelajaran Katering dan
Penyajian 69
5.2.2 Pengetahuan Untuk Mengendalikan Pengajaran
Katering dan Penyajian 70
5.2.3 Kemahiran Mengendalikan Pengajaran Mata
Pelajaran Katering dan Penyajian 70
5.2.4 Minat Mengajar Mata Pelajaran Katering
Dan Penyajian 71
5.3 Cadangan 71
5.3.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 72
5.3.1.1 Guru (Pelajar) 72
5.3.1.2 Pihak Sekolah 73
5.3.1.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 73
5.3.1.4 Universiti Teknologi Malaysia 74
5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.4 Penutup 75
RUJUKAN 77
LAMPIRAN 81-107
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kurikulum Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, UTM 6
1.2 Penawaran Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah
Menengah Harian 8
2.1 Senarai Mata Pelajaran Yang Ditawarkan 21
2.2 Pusat Perkembangan Kurikulum (1992) Jangka Masa Yang
Hendak Dicapai Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 24
3.1 Taburan Item–item Mengikut Persoalan Kajian 37
3.2 Skala Likert Lima Mata 38
3.3 Pengkelasan Semula Skala Likert 41
3.4 Tahap Min 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 44
4.4 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 44
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 45
4.6 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 46
4.7 Taburan Responden Mengikut Bidang Ikhtisas 47
4.8 Taburan Responden Mengikut Minat Dalam Mata Pelajaran
Katering dan Penyajian 48
4.9 Taburan Responden Mengikut Aspek Pengetahuan Untuk
Mengendalikan Pengajaran Katering dan Penyajian 52
4.10 Taburan Responden Mengikut Aspek Kemahiran
Mengendalikan Pengajaran Katering dan Penyajian 55
xii
4.11 Taburan Responden Mengikut Aspek Minat Untuk
Mengajar Katering dan Penyajian 58
4.12 Skor Purata Min Keseluruhan 61
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah
SMH Sekolah Menengah Harian
SMV Sekolah Menengah Vokasional
SMT Sekolah Menengah Teknik
BPG Bahagian Pendidikan Guru
ERT Ekonomi Rumah Tangga
KP Katering dan Penyajian
KHB Kemahiran Hidup Bersepadu
MPV Mata Pelajaran Vokasional
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Package For the Social Sciences
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
LTK Latihan Tempat Kerja
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 81 B Dapatan Nilai Alpha Kajian Rintis 89 C Analisis Dapatan Kajian 94
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan suatu konsep baru di
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sebelum abad ke-20, para pendidik
menganggap pendidikan teknik dan vterdapat pandangan yang menyifatkan
pendidikan umum/liberal adalah lebih akademik berbanokasional merupakan satu
bentuk ‘latihan’ dan bukan pendidikan. Di negara barat ding dengan pendidikan
teknik dan vokasional. Dari segi sejarahnya, pendidikan akademik dan pendidikan
vokasional dipisahkan atas dasar ideologi, ini dapat dilihat di kebanyakan negara
termasuklah Malaysia, pemisahan antara pendidikan akademik dan vokasional telah
lama wujud. Maka terdapat sekolah-sekolah elit yang memberi fokus terhadap mata
pelajaran akademik semata-mata dan mengabaikan mata pelajaran teknikal.
Walaupun pandangan yang sempit terhadap pendidikan teknik dan vokasional
semakin berubah, namun masih terdapat perdebatan-perdebatan mengenainya
sehingga kini. Sekolah dan institusi akademik ditubuhkan untuk melahirkan cerdik
pandai dan cendekiawan yang akan menerus dan mengembangkan disiplin ilmu yang
dianggap penting untuk tamadun manusia. Manakala sekolah dan pusat latihan
vokasional ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ekonomi di mana sesebuah
negara yang ingin maju harus menyediakan tenaga kerja yang berterusan untuk
2
membangunkan sektor ekonomi. Pembangunan sumber manusia adalah amat
penting bagi mencapai kemakmuran di sesebuah negara. Keperluan sumber manusia
dalam bidang teknikal amat penting dalam merealisasikan hasrat Malaysia Maju
menjelang tahun 2020. Sumber manusia yang diperlukan itu pula bergantung kepada
corak dan struktur ekonomi yang terdapat pada sesuatu masa. Di Malaysia, kajian
mengenai pembangunan tenaga manusia telah dijalankan. Hasil kajian tersebut
menunjukkan bahawa juruteknik amat berkurangan, dan diikuti oleh beberapa
kategori pekerja sektor pengeluaran. Keperluan bagi mendapatkan pekerja-pekerja
mahir semakin meruncing disebabkan oleh perubahan teknologi dan teknik-teknik
baru terutama di dalam bidang elektronik dan komputer.
Pada penghujung tahun 50-an dan awal tahun 60-an, penggubal dasar mula
mengakui bahawa pendidikan dianggap satu agen penting bagi pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Seluruh masyarakat telah melihat dan memberi
tanggungjawab membentuk dan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan serta
berketerampilan kepada institusi-institusi pendidikan khususnya institusi yang
menekankan kemahiran teknik dan vokasional. Selari dengan pembangunan negara
pada hari ini yang menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang
perusahaan dan perdagangan, maka bidang pendidikan teknik dan vokasional
hendaklah diperluaskan dan dimajukan lagi (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).
Pendidikan akademik didefinisikan sebagai pendidikan yang bersifat generik
dan liberal yang menyediakan pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat
universiti manakala pendidikan vokasional secara keseluruhannya boleh ditakrifkan
sebagai suatu program pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal
untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir (Ramlee 1999). Pendidikan
teknik dan vokasional pada akhir abad ke 20 telah melalui pelbagai perubahan ke
arah perubahan positif. Ini kerana suatu masa dahulu pendidikan teknik dan
vokasional di anggap sebagai satu program yang rendah tarafnya dan hanya layak
untuk pelajar-pelajar yang ‘tiada kemampuan’ untuk berjaya dalam bidang
akademik. Di samping itu, pendidikan vokasional juga sering dianggap sebagai
pendidikan kelas kedua yang hanya akan membawa kepada pekerjaan yang bertaraf
rendah. Persepsi negatif ini mungkin akan berubah sekiranya integrasi akademik-
3
vokasional dilaksanakan di mana tidak ada lagi pengasingan pelajar akademik dan
vokasional dan semua pelajar diajar secara kontekstual. Di samping itu, sistem
penilaian dan pentaksiran juga perlu diubah supaya selaras dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang baru. Selepas kurikulumnya digubal dan
dijadikan setaraf dengan kurikulum di sekolah menengah akademik pada tahun 1987,
pendidikan teknik dan vokasional telah mendapat perhatian yang sewajarnya
daripada ramai pelajar yang berpencapaian sederhana dalam SRP. Terdapat dua
perspektif berkaitan pendidikan teknik dan vokasional iaitu pendidikan teknik dan
vokasional yang berasaskan pekerjaan dan satu lagi ialah pendidikan teknik dan
vokasional di sekolah (Laoglo, 1983).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan berbagai-bagai-
bagai rancangan yang konkrit khususnya berkaitan dengan kurikulum pendidikan
bagi menjayakan Wawasan 2020. Antara tumpuan yang diberikan ialah penekanan
kepada bidang teknik dan vokasional. Di peringkat sekolah rendah, mata pelajaran
Kemahiran Manipulatif yang dikenali dengan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
mula diperkenalkan pada Disember 1992 manakala di peringkat Menengah Rendah
pula, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu bermula tahun 1989. Untuk peringkat menengah atas pula mata
pelajaran ini telah diperkenalkan pada tahun 1992 di mana Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengorak langkah dengan mewujudkan pelbagai mata pelajaran
elektif yang di kelompokan kepada empat kumpulan dan salah satunya ialah
kumpulan vokasional dan teknik.
“Pada masa yang sama kita akan terus menyediakan peluang yang lebih baik
kepada murid untuk memilih mata pelajaran mengikut minat dan potensi mereka.
Kita akan memperluaskan lagi mata pelajaran vokasional di sekolah-sekolah
akademik harian biasa untuk dipilih oleh pelajar yang kurang berminat dalam mata
pelajaran akademik. Kita telah mengenal pasti Mata Pelajaran Vokasional yang
boleh diperluaskan ke sekolah-sekolah harian biasa”. (Perutusan Tahun Baru,
Menteri Pendidikan, Laman Web Rasmi KPM, 2002)
4
Mata pelajaran Teknik dan Vokasional merupakan satu lagi komponen mata
pelajaran yang baru diperkenalkan dalam KBSM oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima sekolah akademik harian
yang menghadapi masalah dalam mengikuti pelajaran akademik di dalam kelas.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Sejajar dengan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai Program Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) pada tahun 2002. Program ini adalah satu program
perluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di peringkat
Menengah Rendah.
Program MPV yang diwujudkan ini bercorak kemahiran yang memberi
tumpuan kepada aktiviti-aktiviti amali dan kerja projek kepada pelajar terutamanya
mereka yang berprestasi sederhana rendah dan rendah tetapi mempunyai bakat dan
potensi dalam bidang teknikal. Selain daripada mengambil mata pelajaran-mata
pelajaran teras biasa, pelajar-pelajar golongan ini juga dikehendaki mengambil satu
atau lebih mata pelajaran teknik dan vokasional (MPV). Mata Pelajaran Vokasional
yang mereka ambil akan dinilai sama taraf dengan mata pelajaran lain dalam SPM.
Penilaian pula akan dikendalikan secara amali dan berasaskan sekolah. (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001). Antara objektif KPM memperkenalkan MPV di
sekolah akademik harian ialah;
i. Memberi peluang yang luas kepada pelajar untuk memilih mata pelajaran
mengikut minat dan bakat mereka.
ii. Membekalkan Kemahiran Vokasional terutamanya kepada pelajar yang
cenderung kepada ketukangan tangan.
iii Memperluaskan pendidikan Teknikal dan Vokasional di sekolah Menengah
Akademik.
iv. Sebagai persediaan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir
dalam perindustrian negara.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
5
1.1 Latar Belakang Masalah
Guru merupakan tunjang utama kepada sistem pendidikan negara di mana
guru memainkan peranan yang penting terutamanya dalam melaksanakan segala
dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia. Tanpa sokongan dan penglibatan daripada para guru, segala
perancangan pendidikan yang telah dirancang dan disediakan akan terbengkalai
begitu sahaja. Justeru itu, pendidikan perguruan adalah penting untuk membekalkan
guru-guru pelatih yang berkualiti dengan kemahiran profesional bagi membolehkan
mereka mengajar dengan baik dan berkesan. Ini kerana persediaan bagi seseorang
guru bermula semasa ia mengikuti pendidikan perguruan lagi dan persediaan yang
sepatutnya diperoleh di dalam program tersebut adalah dari segi akademik, teknik
dan mental.
Bagi Mata Pelajaran Vokasional (MPV), pihak KPM telah menjalankan
beberapa kursus jangka pendek untuk guru-guru di sekolah dan menawarkan kursus-
kursus jangka masa panjang di IPT bagi melatih guru-guru yang akan mengajar
MPV. Menurut Ishak dan Koh (1983), untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan
untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran memerlukan jangka masa latihan
yang panjang. Pengetahuan dan kemahiran yang cukup adalah penting untuk
membina minat dan sikap guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia,
Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah satu institusi yang melahirkan guru-
guru siswazah untuk mengajar MPV di sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) UTM. Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan ini menawarkan pelbagai pilihan mata pelajaran dan kurikulumnya
adalah berdasarkan Kurikulum Teknik dan Vokasional. Antara mata pelajaran yang
ditawarkan ialah adalah seperti dalam Jadual 1.1:
6
Jadual 1.1: Kurikulum Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, UTM
Kategori
Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Kod Nama Kredit
SPE 1032 Keselamatan Bengkel 2
SPE 1022 Lukisan Kejuruteraan 1 2
SPE 4052 Organisasi Pengurusan Bengkel 2
SPE 2022 Penghantar Pendidikan Teknik & Vokasional 2
SPE 3022 Industri dan PTV 2
SPE 3002 Perdagangan dan Keusahawanan 2
SPE 2062 Pengukuran dan Penilaian dalam PTV 2
SPE 2112 Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer 2
SPE 4602 Teknologi Pembuatan 2
SPE 4612 Asas Pneumatik dan Hidraulik 2
SPE 1002 Asas Lukisan Kejuruteraan 2
SPE 2032 Asas Reka cipta 3
SPE 2622 Reka bentuk Industri 2
SPA 3003 Latihan Industri (HW) 2
SPM 1002 Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran 2
SPM 1012 Telekomunikasi dan Rangkaian 2
SPP 3042 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 2
SPU 4902 Projek Sarjana Muda I 2
SPU 4904 Projek Sarjana Muda II 4
Mata Pelajaran
Wajib / Teras
Fakulti
Jumlah 41
7
Kategori
Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Kod Nama Kredit
SPL 1302 Asas Perdagangan 2
SPL 1002 Teknologi Kayu 2
SPL 1112 Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan 2
SPL 2412 Asas Pemasaran 2
SPL 1022 Asas Elektrik 2
SPL 1212 Pembiakan dan Pengurusan Tanaman 2
SPL 1122 Pakaian dan Fabrik 2
SPL 3422 Kajian Konsumer dan Amalan 2
SPL 2112 Pengajian Pakaian 2
SPL 3212 Hortikultur Hiasan 2
SPL 2012 Kimpalan dan Fabrikasi Logam 2
SPL 2122 Penyediaan Makanan 2
SPL 2402 Reka bentuk Berbantukan Komputer 2
SPL 1012 Asas Elektrik dan Elektronik 2
SPL 3002 Perkhidmatan Bangunan : Perpaipan 2
Mata pelajaran
Teras Program/
Pengkhususan
Jumlah 30
SOK 3412 Aplikasi Komputer Grafik 2
SPL 4102 Teknologi Pemprosesan Pemakanan I 2
SPL 4402 Asas Pengurusan Inovasi dan Pengeluaran Produk 2
SPL 4403 Reka cipta 2
SPL 4002 Teknologi Automotif 2
SPL 4222 Prinsip Pengeluaran Ternakan 2
SPL 4112 Teknologi Pemprosesan Pemakanan II 2
SPL 4202 Agroteknologi 2
Jumlah 18
Mata Pelajaran
Teras Program /
Pengkhususan
Jumlah Kredit Keseluruhan 101
Sumber: Buku Panduan Akademik Fakulti Pendidikan Siri Kemasukan 2007/2008
8
Program MPV di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pula telah
menyediakan tiga pendekatan berbeza dalam penyediaan guru. Pada peringkat awal
pelancaran MPV, Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM dipertanggungjawabkan
melaksanakan kursus orientasi kepada guru-guru yang mengajar pada tahun 2002.
Bahagian Pendidikan Guru pula melatih guru-guru mulai tahun 2002 dalam Program
KPLI dan keluaran sulung guru bagi program ini telah mulai mengajar di sekolah-
sekolah pada tahun 2003. Manakala Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej
Universiti Tun Hussin Onn, Universiti Teknologi Malaysia akan dilibatkan dalam
persediaan guru dalam jangka masa panjang. (Ahmad Sipon, 2001). Program MPV
ditawarkan secara berperingkat-peringkat sehingga 22 mata pelajaran kemahiran
dalam lima bidang usaha iaitu Pembinaan, Pembuatan, Ekonomi Rumah Tangga,
Teknotani dan Aplikasi Komputer. Semua mata pelajaran ini dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat selama 4 fasa mulai tahun 2002 hingga tahun 2005. Jadual
pelaksanaan Mata Pelajaran (MPV) tersebut adalah seperti dalam jadual di bawah.
Jadual 1.2: Penawaran Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Harian
Tahun
Pelaksanaan
Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah
Menengah Akademik
Bidang Usaha
Tahun 2002
(Fasa 1)
1. Pembinaan Domestik
2. Membuat Perabot
3. Seni Reka Tanda
4. Menservis Peralatan Elektrik
Domestik
5. Rekaan Dan Jahitan Pakaian
6. Katering dan Penyajian
7. Landskap dan Nurseri
8. Tanaman Makanan
Pembinaan
Pembuatan
Pembuatan
Pembuatan
ERT
ERT
Teknotani
Teknotani
Tahun 2003
(Fasa 2)
9. Produksi Multimedia
10. Grafik Berkomputer
Aplikasi Komputer
Aplikasi Komputer
9
Tahun 2004
(Fasa 3)
11. Pendawaian Domestik
12. Menservis Automobil
13. Menservis Peralatan Penyejukan dan
Penyaman Udara
14. Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak
15. Hiasan Dalaman Asas
16. Penjagaan Muka dan Dandanan
17. Pemprosesan Makanan
18. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Pembinaan
Pembuatan
Pembuatan
ERT
ERT / Pembinaan
ERT
ERT
Teknotani
Tahun 2005
(Fasa 4)
19. Menservis Motosikal
20. Gerontologi Asas dan Penjagaan
Geriatrik
21. Kimpalan Gas dan Arka
22. Kerja Paip Domestik
Pembuatan
ERT
Pembinaan
Pembinaan
Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004
Bagi mata pelajaran Katering dan Penyajian, ia telah dilaksanakan di sekolah
pada tahun 2002 (Fasa 1) yang melibatkan 45 buah sekolah di seluruh negara dan 17
buah daripadanya menjadikan Mata Pelajaran Katering dan Penyajian sebagai pilihan
pertama. Sehingga akhir tahun 2004, lebih kurang 92 buah sekolah telah
menawarkan mata pelajaran tersebut. “Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan
murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian
makanan. Dalam pembelajaran katering, murid mempraktikkan kemahiran
menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan pelbagai resipi
asas. Dalam pembelajaran penyajian, murid mengenal pasti peralatan menghidang,
menyediakan peranggu meja, menggubah bunga, melipat napkin dan mempraktikkan
prosedur melayan pelanggan. Dengan kemahiran yang diperoleh, murid boleh
melibatkan diri di dalam bidang katering atau masakan sebagai tukang masak,
pramusaji atau pembantu katerer”. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004). Di
samping itu, bidang Katering menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
10
kemahiran yang seharusnya menjadi amalan oleh semua pihak dalam kehidupan
mereka seharian. Secara tidak langsung mata pelajaran ini membolehkan pelajar
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Berbekalkan pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh di peringkat sekolah dapat menimbulkan minat pelajar
untuk menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang berkaitan. (Sukatan Pelajaran
Sekolah Menengah Tingkatan I-III, Kemahiran Hidup Bersepadu, 1992).
1.2 Penyataan Masalah
Sejak awal abad ke-20, sekolah dan institut latihan dan kemahiran yang
melatih kemahiran teknik dan vokasional telah mengalami pertumbuhan yang pesat
yang menandakan bermulanya era perindustrian negara. Apabila cabang MPV iaitu
Katering dan Penyajian diperkenalkan di sekolah menengah harian biasa, berbagai
masalah yang berkaitan dengan proses perlaksanaannya terpaksa dihadapi oleh
tenaga pengajar dan pelajar di sekolah.
Berpandukan kurikulum mata pelajaran KP yang telah digubal, pihak JPN
dan pentadbiran sekolah harus memikirkan dan merangka kaedah yang bersesuaian
untuk melaksanakannya di bilik darjah sebenar. Aspek yang paling penting ialah
tenaga pengajar yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum ini.
Mereka seharusnya mempunyai kemahiran dan pengetahuan tambahan bagi
mencapai objektif yang dirancang. Ini kerana mata pelajaran ini mempunyai
persamaan dengan mata pelajaran ERT dalam KHB dan ERT Tingkatan 4 dan 5
tetapi perlaksaannya adalah berbeza kerana mata pelajaran KP menekankan kepada
amali iaitu pengajaran secara modul. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui
kesediaan pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) yang berpotensi untuk mengajar MPV di
sekolah dari aspek minat, pengetahuan dan kemahiran. Ia juga bagi melihat
penerimaan bakal guru terhadap perlaksanaan mata pelajaran KP di sekolah
menengah harian biasa agar mereka dapat memperbaiki segala kelemahan dan
kekurangan bagi memantapkan perlaksanaan mata pelajaran ini di sekolah.
11
1.3 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini di jalankan ialah:
i. Mengetahui minat pelajar dalam mata pelajaran Katering dan Penyajian.
ii. Mengetahui tahap pengetahuan pelajar 4 SPH (PKPG) dalam pengendalian
pengajaran Katering dan Penyajian.
iii. Mengetahui tahap kemahiran pelajar 4 SPH (PKPG) dalam pengendalian
pengajaran Katering dan Penyajian.
iv. Mengenal pasti minat pelajar 4 SPH (PKPG) untuk mengajar Mata Pelajaran
Vokasional Katering dan Penyajian.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah merangkumi beberapa aspek berikut:
i. Apakah pelajar mempunyai minat dalam mata pelajaran Katering dan
Penyajian.
ii. Adakah pelajar mempunyai pengetahuan yang cukup untuk mengendalikan
pengajaran Katering dan Penyajian.
iii. Adakah pelajar mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan
pengajaran Katering dan Penyajian.
iv. Adakah pelajar benar-benar berminat untuk mengajar Katering dan
Penyajian.