i kesediaan pelajar kejuruteraan uthm …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4233/1/nik_nozita_mohd...i...
TRANSCRIPT
i
KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN UTHM DALAM
ASPEK KOMUNIKASI
NIK NOZITA BINTI MOHD SAAD
Laporan Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional.
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2012
v
ABSTRAK
Kemahiran komunikasi merupakan salah satu asas yang diperlukan pada setiap
mahasiswa yang bakal menamatkan pelajaran mereka dan menempatkan diri dalam alam
pekerjaan. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti kemahiran
berkomunikasi, keyakinan berkomunikasi dan persepsi pelajar terhadap penerapan
pensyarah terhadap kemahiran komunikasi kepada pelajar kejuruteraan mekanikal,
kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan awam di UTHM. Rekabentuk penyelidikan yang
digunakan dalam kajian ini adalah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan yang
melibatkan sampel seramai 260 orang pelajar kejuruteraan semester akhir di UTHM
dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data dianalisis menggunakan satistik
deskriptif (min dan sisihan piawai,) dan statistik inferensi (Analisis Ujian-T Tidak
Bersandar dan Analisis Korelasi Pearsons) dengan menggunakan perisian statistic
Package of Sosial Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan, responden memberi
maklum balas yang positif terhadap kemahiran komunikasi menerusi pengajaran dan
pembelajaran di UTHM. Secara keseluruhannya pengkaji mendapati bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan responden yang berlainan jantina
terhadap kemahiran komunikasi. Selain itu, terdapat hubungan yang positif bagi dapatan
kajian untuk keyakinan pelajar terhadap kemahiran komunikasi.
vi
ABSTRACT
The communication skill is one of the basic needs for each student, those who
will graduate and will faces the working environment. The purpose of this study is to
identify communication skills, confidence in communication and their perception on the
application of lectures on communication skills for students of mechanical engineering,
electrical engineering and civil engineering in UTHM. The research design used in this
research is a descriptive research survey involving a sample of 260 engineering students
in their final semester by using questionnaires. Data was analyzed by using descriptive
statistic (mean and standard deviation) and statistical inference (independent t-test and
Correlation Pearsons) using statistical Package of Social Science (SPSS). Findings
showed that the respondents gave positive feedback on their communication skills
through teaching and learning. There are no significant differences among respondents
of different gender on communication skills and a positive correlation of students'
communication skills and confidence.
vii
KANDUNGAN
JUDUL TESIS i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Tujuan Kajian 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kerangka Konsep 8
1.8 Kepentingan Kajian 9
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Batasan Kajian 9
1.11 Definisi Operational 9
1.11.1 Kemahiran Berkomunikasi 10
1.11.2 Pengajaran dan Pembelajaran 10
viii
1.11.3 Penerapan 10
1.12 Rumusan 10
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 11
2.0 Pengenalan 11
2.1 Model-Model Komunikasi 12
2.2.1 Kemahiran Mendengar 17
2.2.2 Kemahiran Bertanya 18
2.3 Elemen-Elemen Kemahiran Komunikasi 19
2.3.1 Komunikasi Secara Lisan 20
2.3.2 Komunikasi Bukan Lisan 21
2.4 Komunikasi Berkesan 23
2.5 Penguasaan Kemahiran Komunikasi 24
2.6 Keyakinan Diri 26
2.7 Penerapan Kemahiran Berkomunikasi 27
2.8 Rumusan 29
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 31
3.3.1 Populasi Kajian 32
3.3.2 Sampel Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Penilaian Instrumen Kajian 34
3.6.1 Penilaian Kesahan 34
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Kaedah Analisis 36
3.8 Kerangka Operasi 38
3.9 Andaian Dapatan Kajian 40
3.10 Jangkaan Dapatan Kajian 40
3.12 Rumusan 40
BAB 4 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 41
ix
4.1 Pengenalan 41
4.2 Data Demografi Responden 42
4.2.1 Taburan Pelajar Mengikut Fakulti 43
4.3 Analisis Skor Min 44
4.4 Penguasaan Kemahiran Berkomunikasi
Pelajar 45
4.5 Keyakinan Pelajar dalam Penguasaan
Kemahiran Berkomunikasi. 46
4.6 Persepsi Pelajar terhadap Penerapan
Kemahiran Berkomunikasi dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran oleh
Pensyarah. 48
4.7 Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran
Berkomunikasi dalam kalangan pelajar
lelaki dan perempuan 50
4.8 Hubungan antara Tahap Keyakinan Diri
dengan Tahap Penguasaan Kemahiran
Berkomunikasi Pelajar. 51
4.9 Rumusan 52
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 53
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan 55
5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran
Berkomunikasi Pelajar 56
5.2.2 Tahap Keyakinan Diri Pelajar
dalam Menguasai Kemahiran
Berkomunikasi 58
5.2.3 Persepsi Pelajar terhadap Penerapan
Kemahiran Berkomunikasi oleh
Pensyarah. 59
x
5.2.4 Perbezaan Tahap Penguasaan
Kemahiran Berkomunikasi di
antara pelajar lelaki dan perempuan. 63
5.2.5 Hubungan Antara Tahap Keyakinan
Diri Dengan Tahap Penguasaan
Kemahiran Berkomunikasi Pelajar. 64
5.3 Kesimpulan 66
5.4 Cadangan 68
5.4.1 Cadangan kepada Pelajar 68
5.4.2 Cadangan Kepada Universiti
Tun Hussein Onn. 69
5.4.3 Cadangan kepada Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM). 69
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69
5.7 Rumusan 69
RUJUKAN 70
LAMPIRAN 79
xi
SENARAI JADUAL
3.1 Skala likert (Bagi item- item soal selidik
B dan C) 3
3.2 Jadual 3.2 : Skala likert (bagi itemsoal
selidik D) 33
3.3 Index Kebolehpercayaan bagi item dalam
objektif kajian 36
3.4 Kaedah analisis data bagi setiap persoalan
kajian. 37
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Fakulti 43
4.3 Tahap Kecenderungan 44
4.4 Skor Min Bagi Item-Item Tahap Penguasaan
Kemahiran Berkomunikasi. 45
4.5 Skor Min Bagi Item-Item Tahap Keyakinan
pelajar dalam Penguasaan Kemahiran
Berkomunikasi. 47
4.6 Skor Min Bagi Item-Item persepsi pelajar
terhadap penerapan kemahiran berkomunikasi
oleh para pensyarah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran. 49
4.7 Keputusan Ujian- T bagi Perbezaan Jantina
Terhadap Penguasaan kemahiran Berkomunikasi. 51
4.8 Klasifikasi Kekuatan Korelasi Pearson. 52
4.9 Analisis Korelasi Pearsons 52
xii
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konsep bagi Perkaitan
di antara Pembolehubah- Pembolehubah
Yang Dikaji. 8
2.1 Model SMRC 13
2.2 Model Schramm I (1954) 13
3.2 Kerangka Operasi 39
xiii
SENARAI LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 76
B Pengesahan Soal Selidik 79
C Kajian Rintis 82
D Analisis Data 85
E Surat Kebenaran Kajian 90
F Guntt Chart 93
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Globalisasi iaitu satu fenomena yang menjadikan dunia mengecil daripada segi
perhubungan manusia adalah disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat
(kamus dewan, 2002). Globalisasi juga merupakan perkembangan kontemporari yang
begitu besar dan mempengaruhi serta mencorakkan paradigma pemikiran yang
mendorong kepada pelbagai andaian yang dibuat tentang perubahan dunia yang akan
berlaku menjelang abad ke-21. Justeru, fenomena ini secara tidak langsung telah
menyebabkan peningkatan permintaan ke atas tenaga kerja yang berkualiti,
berpengetahuan luas dan mendalam serta kemahiran berfikir yang tinggi agar mampu
bersaing diperingkat antarabangsa.
Ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal penting sebagai permulaan kerjaya
individu tetapi dua faktor ini belum mencukupi bagi menentukan kecemerlangan kerjaya
yang bakal diceburi. Terdapat aspek-aspek yang lain turut menyumbang dalam
pembangunan sumber manusia seperti aspek kebolehan berdaya saing, Kebolehan
interaksi dan sahsiah diri yang tinggi. Disamping itu, aspek kemahiran bukan teknikal
seperti kemahiran berkomunikasi juga merupakan keperluan sebagai persediaan dalam
menghadapi kerjaya pada masa hadapan.
Selain daripada kemahiran dari aspek teknikal dalam bidang pengkhususan
masing-masing, kemahiran- kemahiran lain seperti kemahiran generik atau softskill juga
perlu dikuasai oleh seseorang pelajar yang bakal memasuki ke alam pekerjaan. Menurut
Hassan (2005), cadangan kemahiran generik yang diperlukan oleh seseorang pekerja
dalam persaingan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) adalah:
2
i. Kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikiran kritikal.
ii. Kemahiran berfikir kreatif
iii. Kemahiran mengawal maklumat
iv. Kemahiran berhubung atau berkomunikasi
v. Kemahiran kerja berkumpulan
vi. Kemahiran aplikasi teknologi
vii. Kemahiran belajar autonomi
viii. Kemahiran memahami pertembungan budaya.
Menurut model Kerns (2001), kemahiran generik pada individu boleh dikelaskan
kepada empat iaitu kesediaan bekerja dan sifat bekerja individu, pengetahuan dalam
keusahawanan, kreatif dan inovatif, mempunyai kemahiran interpersonal dan berfikir
serta ada kemahuan untuk belajar.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan dasarnya iaitu untuk
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni. KPM mempunyai maklumat untuk memupuk semangat
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral, dan
sikap positif serta membina disiplin diri dalam kalangan pelajar.
Justeru itu, kemahiran generik yang secara semulajadinya ada dalam diri setiap
pelajar, perlu diasah dan dikembangkan lagi bagi menjamin kualiti graduan lulusan
Universiti Tun Hussein Onn bukan sahaja cemerlang dalam menguasai dari segi
akademik dan kemahiran teknikalnya, malah juga cemerlang dalam menguasai
kemahiran generik khususnya kemahiran berkomunikasi apabila melangkah masuk ke
dunia pekerjaan.
1.1 Latar belakang masalah
Komunikasi adalah penting dalam kehidupan seharian. Melalui komunikasi, seseorang
itu boleh bertukar pendapat, dapat menyumbang idea-idea dan berinteraksi dengan
masyarakat. Seseorang itu dianggap mempunyai kecekapan berkomunikasi yang baik
apabila seseorang itu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan boleh menggunakan
3
bahasa tersebut untuk tujuan berkomunikasi secara spontan dan bersesuaian dengan
tatabahasanya.
Kemahiran berkomunikasi merupakan elemen yang penting dalam proses
kehidupan manusia. Menurut Yusof (2000), komunikasi melibatkan penyampaian idea
dan perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat
disampaikan daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi kerana
kita ingin mempengaruhi pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka
bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu sebagaimana yang kita kehendaki. Proses
komunikasi ini dapat berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh mana-
mana individu (Hashim, 2001). Manusia akan sentiasa berkomunikasi dalam kehidupan
sehariannya sama ada sesama manusia bahkan dengan penciptanya.
Graduan- graduan yang dihasilkan pada pada ketika ini menghadapi cabaran
dalam mendapatkan peluang pekerjaan yang setara dengan kelulusan mereka. Pada 24
September hingga Oktober 2005, satu kajian menerusi Pendaftaran Siswazah
Mengganggur dan Guna Tenaga di kalangan Sisiwazah telah dijalankan oleh majlis
Tindakan Ekonomi Negara (MTEN, 2005). Dalam kajian tersebut, didapati bahawa
daripada 69250 orang siswazah yang mendaftar, terdapat 59250 siswazah yang masih
mengganggur, bekerja sementara atau pekerjaan mereka tidak setara dengan kelayakan
masing-masing. Daripada jumlah itu, 24608 atau 41.5 peratus betul-betul menganggur
iaitu tidak mempunyai sebarang pekerjaan manakala bakinya 36642 atau 58.5 peratus
sudah bekerja secara tetap atau jawatan yang disandang tidak setara dengan tahap
kelulusan.
Sehubungan dengan itu, sejumlah 71.1 peratus daripada 69250 siswazah yang
mendaftar terdiri daripada siswazah wanita sementara bakinya 28.9 peratus adalah
lelaki. Ini membuktikan siswazah wanita lebih ramai menganggur berbanding siswazah
lelaki. Seterusnya kajian oleh MTEN mendapati terdapat beberapa faktor menyebabkan
siswazah gagal mendapat pekerjaan. Daripada 12 kriteria yang disenaraikan oleh 115
majikan dalam satu tinjauan penggguran yang dijalankan oleh MTEN, salah satu
daripada tiga kriteria teratas yang dititikberatkan dan disenaraikan oleh pihak majikan
ialah kemahiran berkomunikasi yang baik manakala pencapaian akademik pula berada
ditempat yang ke lapan (Shaharom, 2005). Justeru itu, para pelajar perlu melengkapkan
4
diri dengan kehendak pasaran semasa iaitu mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik. Komunikasi yang baik datangnya dari kuasa bahasa, manakala kuasa bahasa
datangnya dari pemikiran yang kritis semasa melakukan penilaian dan meneliti
maklumat terhadap sesuatu perkara yang ingin disampaikan (Rashid R.,1990)
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Mohd Faiz Abd Hamid (2006), menyatakan
punca graduan menganggur adalah disebabkan oleh kelemahan berkomunikasi,
ketrampilan diri serta kemahiran dalam bidang yang diceburi. Kelemahan ini bukan
sahaja akan menyebabkan graduan tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan yang
sepadan dengan kelulusan, malah akan menyebabkan kurangnya daya saing di peringkat
global.
Daripada perspektif majikan, kekurangan kemahiran generik seperti kemahiran
berkomunikasi dan keterampilan diri merupakan penyebab utama berlakunya masalah
pengangguran dalam kalangan lepasan universiti. Pernyataan ini disokong oleh
Timbalan Presiden Operasi Syarikat Pekerjaan Internet, Jobstreet.com. Suresh Thiru
(2006) menyatakan antara faktor-faktor graduan gagal dalam temuduga ialah graduan
kurang kemahiran yang mendalam akan pekerjaan yang diiklankan. Selain itu juga,
graduan tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran berkomunikasi,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja kumpulan, kemahiran
menggunakan kemudahan teknologi dan lemah berbahasa inggeris. Manakala menurut
Briggs dan Hodgson (2000) pula, antara kelemahan graduan kejuruteraan ialah kurang
menguasai kemahiran berkomunikasi.
Melalui kajian-kajian yang terdahulu, didapati bahawa terdapat pelbagai faktor
yang mempengaruhi seseorang dalam menguasai kemahiran komunikasi. Menurut Baker
(1992), faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran komunikasi adalah faktor umur,
jantina, keadaan social, politik dan ekonomi. Selain daripada itu, pendekatan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran juga penting untuk meningkatkan kemahiran
berkomunikasi pelajar. Menurut Widdowson (1979) dalam Md Salleh (1995), beliau
menyatakan bahawa semakin kerap seseorang individu itu diterap dan dilatih, semakin
baik kemahiran berkomunikasinya.
5
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, keyakinan diri
dan kemampuan pelajar memberi pendapat atau berinteraksi berkait rapat dengan konsep
kendiri mereka. Menurut Coyle (1993), keyakinan diri seseorang individu akan
mempengaruhi kemahiran komunikasi individu tersebut. Cara seseorang individu
berinteraksi akan memberi persepsi tertentu kepada orang lain terhadap dirinya. Persepsi
ini merupakan penilaian terhadap individu tersebut. Oleh itu, faktor-faktor psikologi
seperti keyakinan diri, kebolehpercayaan kepada diri sendiri dan motivasi sangat penting
dalam mempengaruhi penguasaan kemahiran berkomunikasi pelajar. Dalam satu
perbincangan dialog di antara pihak industri dan universiti menyatakan bahawa
segelintir pelajar tidak boleh berkomunikasi dengan baik adalah kerana kurang
keyakinan diri untuk berkomunikasi.
1.2 Pernyataan masalah
Penguasaan kemahiran berkomunikasi adalah elemen penting untuk dikuasai pelajar
bagi melahirkan graduan yang berkualiti serta mampu menempatkan diri dalam
pekerjaan. Namun begitu, kelemahan graduan dalam menguasai kemahiran generik
khususnya kemahiran berkomunikasi menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan
pekerjaan. Siswazah yang lemah berbahasa inggeris dan kemahiran berkomunikasi
merupakan punca utama kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah di negara
ini (Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), 2010). Antara penyebab graduan
gagal dalam sesi temuduga adalah kerana mereka gagal meyakinkan majikan dengan
kelebihan diri masing–masing dan gagal untuk memberi pendapat yang bernas bagi
sesuatu isu walaupun antara mereka mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang
(Tengku Ariff, 2002). Billy Ong (2007), salah seorang penemuduga yang
berpengalaman daripada WD Consulting & Training Services menyatakan bahawa
antara kelemahan calon-calon yang dikesan semasa sesi temuduga ialah masalah
komunikasi serta gagal menjawab setiap pertanyaan, tergagap-gagap dan tidak memberi
tumpuan sepenuhnya kepada apa yang disoal.
Hal ini berlaku disebabkan keperluan menguasai kemahiran komunikasi seperti
mana yang dikehendaki oleh para majikan terhadap bakal pekerja mereka tidak dapat
6
dipenuhi oleh graduan. Menurut Briggs dan Hodgson (2000), antara kelemahan graduan
kejuruteraan ialah dalam kemahiran komunikasi. Media massa tempatan turut
melaporkan bahawa graduan sekarang kurang menguasai kemahiran komunikasi (Berita
Harian, 17 September 2004; Berita Harian, 29 April 2004; News Straits Times, 20 Ogos
2003; The Star, 30 Jun 2003; The Star 8 Julai 2003 dan The Star 6 ogos 2003). Situasi
tersebut merupakan fenomena yang tidak sepatutnya terjadi kerana bertentangan dengan
kehendak pasaran kerja.
Selain itu, kegagalan penguasaan kemahiran komunikasi bukan sahaja
mengurangkan peluang graduan untuk menonjolkan diri bagi menarik minat bakal
majikan malahan mengurangkan potensi mereka untuk berdaya saing diperingkat global.
Sebanyak 80% manusia yang gagal dalam kerjayanya disebabkan kegagalan mereka
untuk berhubung dengan orang lain (Abdul Aziz, 2002). Justeru itu, satu kajian
dijalankan untuk mengkaji penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan
pelajar-pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn serta hubungkaitnya dengan
faktor jantina mahupun faktor keyakinan diri seseorang.
1.3 Tujuan kajian
Perlaksanan kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh
terhadap penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Selain
daripada itu, kajian ini juga turut mengkaji faktor-faktor demografi (jantina), penerapan
kemahiran berkomunikasi oleh pensyarah di dalam kelas dan keyakinan diri pelajar itu
sendiri dalam menguasai kemahiran komunikasi.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar
Kejuruteraan.
2. Mengenalpasti keyakinan pelajar dalam menguasai kemahiran berkomunikasi.
7
3. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran berkomunikasi
oleh para pensyarah melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Mengenalpasti perbezaan kemahiran komunikasi diantara pelajar lelaki dan
perempuan.
5. Mengenalpasti hubungkait di antara keyakinan diri dengan penguasaan
kemahiran berkomunikasi.
1.5 Persoalan kajian
Persoalan kajian adalah penting untuk sesuatu penyelidikan. Persoalan kajian dalam
kajian ini adalah:
1. Bagaimanakah penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar
Kejuruteraan?
2. Bagaimanakah keyakinan pelajar dalam menguasai kemahiran berkomunikasi?
3. Apakah persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran berkomunikasi oleh para
pensyarah melalui proses pengajaran dan pembelajaran?
4. Adakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran berkomunikasi di antara
pelajar lelaki dan perempuan?
5. Adakah terdapat hubungkait di antara keyakinan diri dengan penguasaan
kemahiran berkomunikasi?
1.6 Hipotesis kajian
1. Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara tahap
penguasaan kemahiran berkomunikasi pelajar yang berlainan jantina.
2. Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara keyakinan diri pelajar
dengan penguasaan kemahiran berkomunikasi.
8
1.7 Kerangka konsep kajian
Rajah 1.1 Kerangka Teoritikal di antara pembolehubah- pembolehubah yang dikaji iaitu
faktor demografi (jantina), keyakinan diri dan penerapan kemahiran berkomunikasi.
Rajah 1.1: Kerangka Konsep bagi Perkaitan di antara Pembolehubah- Pembolehubah
Yang Dikaji.( Diadaptasi dan diubahsuai daripada Dale (1956), Widdowson (1979)
dalam Md. Salleh (1995) dan Baker (1992))
1.8 Kepentingan kajian
Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada beberapa pihak. Kemahiran
berkomunikasi merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mestilah merancang strategi untuk meningkatkan
konsep kendiri pelajar dan kemahiran berkomunikasi melalui kurikulum dan silibus
pendidikan di UTHM bagi menjamin pencapaian akademik yang cemerlang sekali gus
melahirkan generasi yang berkeyakinan untuk berkomunikasi.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk melatih anak-anak
mereka supaya berkomunikasi dari kecil supaya mereka akan menjadi berkeyakinan
dalam berkomunikasi kelak. Pensyarah juga memainkan peranan dalam melatih pelajar
supaya berkeyakinan dalam berkomunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran
untuk melahirkan pelajar yang mahir berkomunikasi.
Pelajar
Faktor Demografi
Jantina
Keyakinan Diri Penguasaan
Kemahiran
Komunikasi
Penerapan
pensyarah dalam
kelas
9
1.9 Skop kajian
Kajian ini tertumpu kepada pelajar semester akhir sarjana muda bidang Kejuteraan
Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam di universiti Tun Hussein
Onn. Kajian hanya difokuskan kepada satu elemen generik sahaja iaitu kemahiran
berkomunikasi. Kajian yang dibuat berdasarkan tiga faktor iaitu faktor keyakinan diri,
jantina dan penerapan berkomunikasi oleh pensyarah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.10 Batasan kajian
Kajian hanya tertumpu pada pelajar semester akhir yang mengambil sarjana muda
bidang Kejuteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam sahaja.
1.11 Definisi operational
Definisi istilah yang dinyatakan adalah menurut hasil penulisan beberapa penulis yang
berkaitan dengan topik pengkaji. Definisi ini adalah untuk menerangkan maksud
beberapa istilah yang digunakan di dalam kajian ini.
1.11.1 Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi adalah merangkumi elemen lisan, penulisan dan tanpa
tulisan. Komunikasi adalah bahasa yang menunjukkan bahawa setiap bangsa yang
berlainan mempunyai cara berkomunikasi masing-masing. Namun, di Malaysia bahasa
melayu adalah bahasa perantaraan. Dalam kajian yang dijalankan, kemahiran
berkomunikasi merujuk kepada semua aspek lisan, penulisan dan bukan lisan serta
berkomunikasi antara pelajar-pelajar, pelajar dengan pensyarah di universiti Tun
Hussein Onn, Johor.
10
1.11.2 Pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan
nilai yang membawa perubahan tingkah laku seseorang manakala pembelajaran pula
merupakan proses atau kegiatan belajar. Pembelajaran dalam program ini merujuk
kepada pembelajaran teori, amali dan latihan industri. Teori adalah merangkumi prinsip-
prinsip am yang menjadi dasar pembentukan sesuatu pendapat yang menerangkan
sesuatu perkara. Amali bermaksud perlaksanaan sesuatu teori atau prinsip yang
dipelajari. Manakala latihan industri pula ialah pendedahan awal tentang situasi sebenar
di dalam alam pekerjaan yang perlu dilakukan oleh pelajar setelah atau semasa proses
pembelajaran.
1.11.3 Penerapan
Penerapan dalam kajian ini adalah penerapan kemahiran berkomunikasi kepada pelajar
oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Penerapan ialah mengenai perbuatan mempraktikkan atau
menyerapkan sesuatu perkara ke dalam perkara yang berkaitan.
1.12 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, bab ini menerangkan secarra menyeluruh berkaitan dengan
kajian yang akan dijalankan. Tujuan utama kajian ini adalah bagi mengenalpasti
kemahiran berkomunikasi pelajar kejuruteraan di UTHM. Responden yang terlibat
dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir kejuruteraan
Mekanikal, Elektrik dan Awam. Keseluruhan bab ini adalah membincangkan latar
belakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, kepentingan kajian,
datasan kajian dan definisi operasi.
12
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
Sejajar dengan matlamat negara menuju kearah negara maju, permintaan terhadap
sumber tenaga dianggarkan akan meningkat. Pembangunan sumber manusia atau kini
lebih dikenali dengan pembangunan modal insan amat dititikberatkan oleh kerajaan
sehingga di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Perancangan
pembangunan modal insan ini dijadikan antara agenda utama dalam pembangunan dan
kemajuan Negara (Kerajaan Malaysia, 2006). Dalam RMKe-9, tumpuan yang besar
diberikan dalam usaha membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan
pengetahuan dan kemahiran serta memiliki sikap, nilai dan etika yang positif melalui
pendidikan, latihan dan pembelajarran sepanjang hayat.
Komunikasi merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam kehidupan
seharian. Proses komunikasi berlaku sepanjang masa dan dimana sahaja. Seseorang itu
perlu memiliki kemahiran berkomunikasi untuk menyampaikan pendapat, pengalaman,
pengetahuan dan idea. Kini kemahiran berkomunikasi merupakan aspek penting yang
diutamakan dalam mendapatkan pekerjaan selain daripada pencapaian akademik (Foong,
2003).
Menurut Nordin et al., (2004), Sekiranya pembangunan modal insan atau sumber
manusia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, ianya akan dapat memberikan
sumbangan yang berkesan kepada sesuatu organisasi seterusnya kepada pembangunan
negara. Dalam perkembangan dunia masa kini dan era globalisasi, majikan tidak hanya
mementingkan kemahiran teknikal atau “hard skills” sahaja tetapi juga kepada
13
kemahiran generik atau „softskill” agar pekerja mereka dapat menyesuaikan diri dengan
semua jenis pekerjaan.
Menurut Nordin, et al. (2004) lagi, peningkatan dalam permintaan oleh majikan
terhadap pekerja yang bertanggungjawab, dapat menangani tugasan mencabar, pekerja
yang boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan sensitif kepada keadaan
sekeliling. Oleh yang demikian, pekerja-pekerja dalam era globalisasi perlu mempelajari
nilai-nilai baru termasuklah tentang etika kerja, kepimpinan, kompetensi dalam
teknologi maklumat, hubungan interpersonal dan analitikal.
2.1 Model- model komunikasi
Terdapat beberapa model komunikasi yang popular telah dikemukakan oleh beberapa
orang pakar dalam bidang tersebut melalui hasil kajian yang telah mereka lakukan.
Model-model yang dibentuk oleh setiap pakar menggambarkan satu proses komunikasi
yang lengkap. Model komunikasi digunakan untuk memudahkan memahami proses
komunikasi yang berlaku. Terdapat empat elemen asas dalam model komunikasi satu
sumber, penerima, mesej dan saluran.
Menurut Ismail dan Wok (2002), menyatakan bahawa sumber ialah tempat
bermulanya proses komunikasi. Ia mungkin individu, kumpulan ataupun sesiapa sahaja
yang memulakan komunikasi dengan menghasilkan mesej. Penerima ialah individu,
kumpulan ataupun orang ramai yang menjadi sasaran mesej. Manakala, mesej adalah
idea atau perasaan yang ingin dikongsi bersama antara sumber dengan penerima. Mesej
mengandungi simbol-simbol verbal dan bukan verbal. Sebagai contoh apabila kita
bertutur, percakapan yang kita tuturkan ialah mesej, manakala apabila kita menulis,
tulisan menjadi mesej dan begitu juga dengan pergerakan badan dan air muka menjadi
mesej apabila ia dilontarkan.
Menurut Ismail dan Wok (2002) lagi, saluran komunikasi ialah perantaraan
ataupun jalan digunakan untuk menghantar mesej daripada sumber kepada penerima
seperti suara, gerak geri badan, telefon, tulisan dan lain-lain. Saluran berbeza mengikut
jenis komunikasi. Saluran dipilih mengikut sumber, sumber menentukan saluran yang
akan digunakan sama ada ia berbentuk formal atau tidak formal. Saluran formal ialah
14
saluran yang mempunyai aturan yang telah ditetapkan seperti mengikut saluran kuasa
dalam organisasi. Manakala bagi saluran bukan formal pula, berbentuk pesanan peribadi
mahupun sosial.
Model SMCR yang dikemukakan oleh David K.Berlo pada tahun 1960 (Yahya,
2001). Model ini menggunakan empat komponen asas dalam proses komunikasi iaitu
source (sumber), message (Mesej), Channel (saluran )dan Receiver (penerima).
Walaupun model ini mudah, tetapi Berlo mentafsirkan setiap elemen secara terperinci
dengan menyenaraikan setiap ciri bagi elemen. Rajah 2.1 menunjukkan model SMCR.
Rajah 2.1: Model SMRC (Sumber: Ismail dan Wok , 2002)
Seterusnya Model Shannon dan Weaver (1949) dalam Mok S.S, (2000) ini
diperbaiki dan diperkembangkan lagi oleh Schramm pada tahun (1954) (dalam Mok S.S.
2000). Schramm kemudiaannya mengemukakan model komunikasi ini melalui bukunya
yang bertajuk How Communication Work. Rajah 2.2 Menunjukkan model Schramm I,
iaitu model komunikasi yang paling asas dibentuk oleh Schramm.
Rajah 2.2: Model Schramm I (1954) (Sumber: Mok S.S., Ilmu Pendidikan KPLI
(2000):220
Sumber
(rangsangan)
Destinasi
(Orang)
S M C R
Enkod Isyarat
(Mesej
)
Dekod
15
Menurut model yang dikemukakan oleh Schramm ini, proses komunikasi
bermula dari sumber. Sumber akan memberi ransangan supaya maklumat dapat
disampaikan. Maklumat yang ingin disampaikan kemudiannya dienkod supaya dapat
memberi makna kepada penerima dalam bentuk isyarat atau mesej tertentu, sama ada
dalam bentuk lisan ataupun bukan lisan. Isyarat ini kemudiaannya perlu ditafsir atau
didekod dengan serta merta supaya ia dapat difahami oleh penerima akhir.
2.2 Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu asas yang perlu ada pada setiap
mahasiswa yang bakal menamatkan pelajaran mereka dan bakal menempatkan diri di
alam pekerjaan. Abu Bakar (2000) dalam kajian beliau menyatakan bahawa terdapat tiga
keperluan dalam wujudkan komunikasi berkesan iaitu ketulenan, perasaan kasih sayang
dan empati. Kutulenan bermaksud kejujuran dan keterbukaan tentang peraaan,
keperluan-keperluan dan idea-idea, perasaan kasih sayang pula tergolong di dalamnya
sifat-sifat menerima hakikat, menghormati dan menyokong orang lain dalam bentuk
ikhlas dan empati pula merujuk kepada keupayaan untuk melihat dan mendengar
pandangan orang lain dan cuba memahami orang lain mengikut perspektifnya sendiri.
Menurut Abu Bakar (2000), kebolehan bertutur menyebabkan manusia itu
mempunyai martabat yang lebih tinggi berbanding makhluk-makhluk lain. Ini jelas
dapat diperhatikan daripada firma Allah s.w.t yang bermaksud Allah s.w.t yang Maha
Agung telah mengajarkan Al-Quran; Dia telah menciptakan Manusia, Dia telah
mengajar manusia bertutur (Al-Quran, Surah Ar- Rahman : 1-4).
Kemahiran berkomunikasi yang baik adalah asas dalam setiap perhubungan dan
ia adalah kunci kepada setiap kejayaan (Yusof, 2000). Menurut Abu Bakar (2000) pula,
lapan puluh peratus manusia gagal dalam kerjayanya disebabkan oleh satu faktor iaitu
mereka gagal untuk berhubung dengan orang lain. Semua jenis kerjaya seperti penyelia,
pengurus, jururawat, setiausaha , tukang masak , tukang kebun, peguam, doktor
perubatan, kerani atau apa sahaja kerjaya memerlukan kemahiran berkomunikasi dengan
baik. Komunikasi juga merupakan satu aktiviti penting dalam sesebuah organisasi,
16
kerana pengurus-pengurus misalnya menggunakan 85-90 % daripada masa kerja mereka
untuk kerja-kerja yang ada kaitan dengan komunikasi.
Secara umumnya, komunikasi adalah satu konsep yang sukar ditafsir. Ia
lazimnya berkait dengan bahasa yang merujuk kepada bagaimana kita mempamerkan
diri sendiri. Ia merangkumi aspek lisan, penulisan, dan tanpa lisan (Ahmad, 2001).
Pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan bagi mewujudkan Kemahiran
berkomunikasi yang berkesan di antara pekerja. Oleh itu, setiap individu mahupun
kumpulan seharusnya menitikberatkan aspek komunikasi terutamanya dari segi
perhubungan antara perseorangan dan antara kumpulan dalam organisasi. Kebolehan
menyampaikan mesej dengan jelas dan bebas daripada kekeliruan akan membangkitkan
dorongan bekerja yang tinggi di kalangan pekerja, mengelakkan berlakunya konflik dan
salah faham serta membangkitkan rasa saling percaya mempercayai di antara satu sama
lain (Yusof, 2000).
Kemahiran berkomunikasi ini bukanlah sekadar kebolehan memberi penerangan
tetapi yang lebih penting adalah komunikasi bersemuka. Komunikasi bersemuka
memerlukan bukan sekadar kemahiran tetapi sikap untuk meminati manusia, memahami
manusia sebagai manusia, bersikap jujur, berperikemanusiaan dan berkeupayaan untuk
memahami masalah manusia dari sudut pandangan manusia itu sendiri (Abu Bakar,
2000).
Komunikasi adalah elemen penting dalam sesebuah organisasi. Tanpa
komunikasi yang berkesan, baik dan beradap, organisasi akan mengalami masalah
dalaman dan luaran. Komunikasi lisan adalah alat yang cukup penting untuk
menyelesaikan konflik, perundingan dan melancarkan penerangan. Malah komunikasi
lisan juga kadangkala dijadikan syarat untuk menduduki kerusi pemimpin dalam
organisasi. Komunikasi yang berkesan mampu menjamin kelancaran suatu pekerjaan.
Menurut Mohd Yahya (2001), setiap pekerja harus berkomunikasi dan interaksi pada
setiap masa sama ada lisan atau bukan lisan. Apabila komunikasi berjalan lancar,
tentulah matlamat organisasi untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti akan mudah
dicapai.
Seseorang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi, kebolehan meyakinkan
orang, kebolehan bergaul dan mempengaruhi orang serta boleh berkomunikasi dalam
17
pelbagai bahasa, ini memudahkannya untuk mendapatkan pekerjaan. Ini memberi
kelebihan dalam proses bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Kini pihak majikan
memerlukan seseorang pekerja yang mempunyai kemahiran generik serta mempunyai
personaliti yang menarik dan berkemahiran tinggi dalam bidang yang diceburi (Sally,
2002). Kemahiran generik adalah termasuk kemahiran berkomunikasi, kerja
berkumpulan dan sebagainya (Sally, 2002).
Literasi sosial bertujuan membentuk seseorang agar dapat menyesuaikan diri
dengan perubahan dan perkembangan yang berlaku. Kecekapan dan kemahiran
berkomunikasi, kebolehan menyakinkan orang lain, kebolehan bergaul dan
mempengaruhi orang lain, kebolehan mempengaruhi sesuatu keputusan yang menyentuh
kehidupan masa depan adalah unsur-unsur literasi sosial yang perlu dibangunkan
melalui pendidikan sebagai suatu keperluan dalam masyarakat bestari. Kecekapan dan
kemahiran sosial seperti berinteraksi, menyesuaikan diri, berkomunikasi, berdisiplin dan
hidup berhemah tinggi. Mengamalkan prinsip-prinsip sosial yang beretika amat penting
mempengaruhi masyarakat bestari (Abd. Rashid, 1999).
Melalui penguasaan kemahiran berkomunikasi yang baik, akan dapat
menyumbang kepada keupayaan memimpin, mendorong, berunding, meleraikan konflik,
menyelesaikan masalah serta mewujudkan perhubungan yang baik (Adnan, 2005).
Seseorang graduan yang tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi mungkin
mengalami kesukaran untuk berinteraksi, ini adalah adalah kerana komunikasi adalah
elemen penting dalam organisasi. Kajian profil kemahiran generik dijalankan ke atas
315 orang pelajar semester akhir di Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Melaka
dan Politeknik Merlimau dan aliran hospitaliti dan aliran perdagangan. Hasil kajian yang
diperolehi menunjukkan kemahiran generik pelajar secara keseluruhan adalah sederhana.
Selain itu, didapati tidak terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap kemahiran
generik dan jantina manakala terdapat perkaitan antara kemahiran generik dan aliran
teknikal seseorang pelajar (Adnan, 2005).
Oleh itu, selain persediaan diri iaitu dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang teknikal, para pelajar yang bakal bergelar graduan seharusnya berusaha
menyediakan diri mereka dengan menguasai kemahiran berkomunikasi ini sebelum
menceburkan diri dalam dunia kerjaya sebenar. Manakala institusi pengajian tinggi pula
18
sewajarnya membantu dalam membentuk kemahiran generik dalam kalangan pelajar
bagi membangunkan modal insan yang kamil. Jabatan pengurusan IPT melalui
jawatankuasa kerja yang telah membuat kajian dan telah bersepakat menentukan elemen
kemahiran insaniah yang perlu dilaksanakan di IPT iaitu:
i. Kemahiran berkomunikasi
ii. Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
iii. Kemahiran kerja berpasukan
iv. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
v. Kemahiran keusahawanan
vi. Etika dan moral professional
vii. Kemahiran kepimpinan
(sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006)
Oleh sebab itu, para bakal graduan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran
berkomunikasi terutamanya di era persaingan global dan ekonomi yang berasaskan
pengetahuan (K-ekonomi) ini.
2.2.1 Kemahiran mendengar
Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting. Ia dikatakan salah satu
kemahiran yang penting dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan. Mendengar
merupakan satu aspek kemahiran berkomunikasi yang penting, namun begitu ramai
orang tidak menghiraukan kemahiran mendengar ini (Yusof, 2000). Mendengar dengan
aktif dan mempraktikkannya akan meningkatkan keberkesanan berkomunikasi.
Kemahiran mendengar ini tidak hanya tertumpu pada pendengar tetapi juga pada
penyampai. Penyampai haruslah mendengar iaitu peka terhadap apa yang cuba
disampaikan oleh pendengar melalui gerak balas oleh pendengar (Hassan dan Mohd,
2000).
Pendengar yang baik perlu kemahiran-kemahiran seperti kemahiran kebolehan
memberi tumpuan kepada apa yang disampaikan oleh orang lain, kesanggupan untuk
melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain dan berupaya untuk mengesan makna
19
yang tersirat disebalik perkataan dan ayat yang diucapkan (Yusof, 2002). Antara fungsi
utama mendengar adalah untuk belajar, mempengaruhi orang, menjalin hubungan dan
untuk menolong orang lain.
2.2.2 Kemahiran bertanya
Kemahiran bertanya adalah penting kerana ianya memberi peluang kepada seseorang
berkomunikasi dengan bebas untuk mengemukakan keraguan, kebimbangan, keinginan,
perasaan dan mengemukakan pendapat mereka. Kemahiran ini sekaligus dapat
membantu seseorang itu berfikir dengan jelas berkenaan dengan apa yang ada dalam
fikiran mereka. Dengan itu, kemahiran bertanya dapat membantu seseorang memahami
sesuatu masalah dan mengetahui cara- cara penyelesaian. Oleh sebab itu, seseorang itu
perlu menguasai kemahiran bertanya sebelum menguasai kemahiran berkomunikasi.
Dalam komunikasi, kemahiran bertanya adalah elemen sangat penting untuk
memahami sesuatu situasi. Namun, kemahiran ini tidak diterapkan kepada para pelajar
sejak dari awal persekolahan. Menurut Mok Soon Sang (1993), kemahiran bertanya
merupakan kemahiran yang amat mustahak dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran ini bukan sahaja melibatkan pertanyaan soalan, ia juga melibatkan dengan
kemahiran dan strategi-strategi tertentu seperti merangka soalan. Ini diakui oleh Mohd
(2003) yang menyatakan kemahiran bertanya terdiri daripada beberapa kemahiran iaitu
kemahiran mencari pertanyaan yang tepat, kemahiran mengemukakan pertanyaan dalam
bentuk yang betul, kemahiran memilih waktu yang tepat untuk bertanya dan kemahiran
memilih orang yang tepat untuk bertanya.
Pertanyaan yang baik adalah bertepatan dengan masa bagi menjamin hasil yang
berkesan. Pendapat ini disokong oleh Hassan dan Mohd (2000), yang menyatakan
persoalan yang betul tetapi dikemukakan pada waktu yang salah tidak akan
mendatangkan hasil yang berkesan.
20
2.3 Elemen-elemen kemahiran komunikasi
Komunikasi adalah pertuturan antara dua belah pihak ataupun dalam suatu kelompok
tertentu untuk bertukar-tukar maklumat dan pendapat tentang sesuatu situasi. Menurut
Yahya (2001), komunikasi ialah proses pertukaran maklumat melibatkan proses dua
hala. Komunikasi dua hala bukan sahaja merujuk kepada manusia semata-mata, namun
ia juga termasuk komunikasi antara manusia dengan bahan atau mesin seperti komputer.
Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan. Bahasa Melayu merupakan
bahasa utama dan Bahasa Inggeris pula bahasa antarabangsa yang sangat penting.
Justeru itu, ia menjadi salah satu elemen yang penting. Terdapat lapan elemen
komunikasi iaitu seperti berikut:
i. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh
keyakinan, secara lisan dan bertulis.
ii. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi
maklum balas.
iii. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan
bersesuaian dengan tahap pendengar.
iv. Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan .
v. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
vi. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai pelbagai
budaya.
vii. Kebolehan mengembangkan kemahiran berkomunikasi perseorangan .
viii. Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006)
21
2.3.1 Komunikasi secara lisan
Kita sering membicarakan tentang komunikasi yang baik dan relevan akan mampu
mempengaruhi minda mahupun tindakan atau perilaku seseorang. Komunikasi lisan
adalah melibatkan percakapan atau perbualan dan penulisan yang bertujuan
menyampaikan mesej dari satu pihak kepada pihak yg lain dan pihak yang menerima
mesej itu pula akan memproses mesej yang diterima itu. Komunikasi lisan merupakan
proses yang mana melibatkan suara. Ianya lebih menitikberatkan kepada nada suara,
bahasa yang digunakan, kefasihan sebutan dan kelancaran perkataan yang digunakan.
Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000)
mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan
pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk
berkomunikasi. Menurut Salleh (2002), pula komunikasi jenis ini boleh berlaku secara
langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat
boleh mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan
peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh biasanya berlaku secara
informal.
Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga
dan pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu
membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia
perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi
pengajarannya pasti membosankan. Mustaffa dan Sakdan (1993), mengatakan untuk
menjadikan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti
pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala.
Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk di antaranya ialah melalui
individu dengan individu yang lain dan individu dan kelompok. Medium yang
digunakan dalam komunikasi secara lisan ialah melalui bahasa untuk menyampaikan
sesuatu mesej. Justeru itu, bahasa dan kemahiran berkomunikasi secara lisan memainkan
peranan yang penting dalam berinteraksi antara satu sama lain. Pearson dan Nelson
(2000) mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf, atau perkataan
dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan
22
untuk berkomunikasi. Dalam konteks komunikasi lisan apa yang ditekankan ialah
percakapan atau pertuturan.
Menurut Abdul Rahim (2001) menyatakan bahawa apabila seseorang itu
menyampaikan maklumat melalui pertuturan, maka keberkesanan hanya akan dapat
dicapai sekiranya ia dinyatakan dengan jelas. Pertuturan yang dilakukan haruslah dapat
menarik perhatian pendengar, berfikiran terbuka dalam berkongsi idea, berupaya
memberikan reaksi dan tindakan yang sesuai mengikut kehendak pendengar. Kemahiran
berkomunikasi secara lisan seseorang perlu mempunyai kefahaman dan kekuatan nahu
dan daftar kata dalam bahasa tersebut. Dengan itu, untuk menguasai kemahiran
berkomunikasi secara lisan seseorang perlulah menguasai terlebih dahulu kemahiran
berbahasa yang boleh diperoleh melalui pertuturan, pendengaran, penulisan dan
pembacaan bahasa tersebut.
Menurut Ashaari (1999), gaya interaksi yang membolehkan penglibatan aktif
pelajar ialah:
i. Interaksi guru dengan kumpulan- melibatkan pengajaran guru kepada suatu
kumpulan sasaran.
ii. Interaksi guru dengan pelajar-pelajar – melibatkan interaksi dua hala antara guru
dan pelajar.
iii. Interaksi pelajar dengan pelajar- memerlukan pelajar berbincang secara sendiri.
iv. Interaksi guru dengan bahan- melibatkan penggunaan bahan pengajaran seperti
alat bantu mengajar.
v. Interaksi pelajar dengan bahan- pendekatan yang menggunakan bahan atau
model pelajar dalam mempelajari sesuatu tajuk atau konsep.
2.3.2 Komunikasi bukan lisan
Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi yang melibatkan isyarat. Isyarat yang
disampaikan haruslah difahami dan diterima oleh penerima supaya tidak berlaku salah
faham dan salah tafsiran. Selain daripada menguasai kemahiran komunikasi lisan,
pensyarah juga perlu menguasai kemahiran berkomunikasi secara bukan lisan agar
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar.
23
Dalam usaha mencapai matlamat P&P yang baik, komunikasi tanpa lisan adalah
perlu. Ini penting kerana kajian yang dijalankan oleh Birdwhistell (1955) dalam
Mustaffa dan Sakdan, (1993) menunjukkan bahawa lebih kurang 35 peratus komunikasi
lisan dan selebihnya adalah komunikasi tanpa lisan. Sementara Harisson (1974, dalam
Mustaffa dan Sakdan, (1993) menghuraikan bahawa 93 peratus daripada makna yang
disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Harison pada tahun 1970-an, mendapati
bahawa 35 peratus komunikasi lisan dan 65 peratus komunikasi bukan lisan perlu
dilakukan oleh pengajar semasa sesi pengajaran berlaku (Yaacob, 2001). Ciri- ciri
komunikasi bukan lisan ialah merangkumi gerak badan, penampilan dan persembahan
diri, suara, mimik muka, gerakan mata, sentuhan, jarak dan alam persekitaran pelajar itu
sendiri. Melalui komunikasi bukan lisan, suatu interaksi akan menjadi lebih nyata
terutamanya dalam konteks komunikasi bagi menyampaikan emosi.
Komunikasi bukan lisan juga dikenali sebagai komunikasi nonverbal ataupun
bahasa badan. Simbol komunikasi ialah air muka, pergerakan badan, nada suara,
penampilan diri dan segala yang boleh menyokong komunikasi. Kajian oleh pakar
komunikasi menunjukkan 90 peratus daripada mesej yang dihantar dan diterima bukan
verbal, terutama dalam konteks komunikasi bagi menyampaikan emosi (Ismail dan
Wok, 2002). Komunikasi bukan lisan menyampaikan mesej lebih bermakna berbanding
perkataan- perkaraan yang diucapkan.
Komunikasi bukan lisan juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
komunikasi isyarat dan komunikasi visual. Komunikasi isyarat ialah makna yang
dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan, memek muka, objek atau sebarang
rekabentuk yang diluar daripada penggunaan biasa oleh sistem bahasa yang formal.
Komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya mengikut budaya bangsa. Sesuatu
pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang melayu adalah berbeza maksudnya apabila
dilihat dan ditafsir oleh bangsa lain (Yahya, 2001).
24
2.4 Komunikasi berkesan
Secara umumnya, komunikasi adalah ditakrifkan sebagai satu proses penyaluran
maklumat daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Komunikasi berkesan berlaku
apabila mesej yang hendak disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami.
Sekiranya penerima menerima masej yang salah, maka berlakunya konflik diantara
kedua-dua belah pihak. Maka komunikasi yang disampaikan tidak berkesan. Menurut
Abu Bakar H. et al. (2002), kebanyakan pengamal komunikasi berpendapat bahawa
proses komunikasi yang berkesan akan wujud apabila maksud maklumat yang
disampaikan oleh pengirim dapat diterjemahkan oleh penerima pada tahap kesamarataan
hasrat dan kefahaman.
Oleh sebab itu, kemahiran komunikasi adalah penting untuk berinteraksi antara
satu sama lain supaya tidak berlakunya salah tafsir dan boleh menyebabkan
kesalahfahaman. Komunikasi melibatkan idea dan informasi dalam menghuraikan,
menjelaskan, menjawab soalan-soalan dan menulis. Komponen ini amat penting dalam
bidang pendidikan yang mana para pelajar diterapkaan kemahiran berkomunikasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Timm dan Stead (1996), definisi komunikasi berkesan merujuk kepada
penghantaran, penerimaan serta pertukaran maklumat, pendapat atau idea melaui
perbualan lisan, tulisan serta imej visual ataupun mana-mana kombinasi dari tiga unsur
tersebut. Ianya sangat penting supaya mesej yang dikemukakan dapat difahami dengan
jelas oleh sesiapa yang terlibat di dalam proses tersebut.
Menurut Hassan dan Mohd (2000), komunikasi berkesan mempunyai lima ciri
iaitu kefahaman keseronokan, pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang bertambah
baik, dan adanya tindakan yang menyusuli. Aktiviti berkumpulan mampu meningkatkan
keyakinan pelajar dalam berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi yang baik
sememangnya dapat dibentuk dalam diri pelajar melalui kegiatan yang disertai.
Komunikasi antara rakan melalui pertukaran idea dan maklumat membentuk komunikasi
yang baik secara tidak langsung dalam aktiviti yang disertai.
Tujuan kemahiran komunikasi adalah supaya mesej yang hendak disampaikan
kepada seseorang dapat difahami oleh penerima (Heskin, K; 1994). Proses ini
71
RUJUKAN
Al Qur‟an al Karim.
Abdullah, N. Q., (2008). “Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Kursus Kemahiran.” Fakulti
Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.
Abu Bakar, A. R., (2000). “Komunikasi Bilik Darjah”. Kelantan: Jurnal Akademik,
Maktab Perguruan Kota Bahru, Pengkalan Chepa.
Abdul Aziz, A. R., (2002). “Kemahiran Sosial Asas”. Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Aziz, A. R., (1998). “Motivasi Dan Pembangunan Diri.” Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Rashid, A. R., (1999), “Kemahiran Berfikir Kritis Merentasi Kurikulum
Pendekatan Pedagogi dan Wawasan Pendidikan Bestari.” Shah Alam. Penerbit
Fajar Bakti.
Ahmad R. (2001). “Penguasaan Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kalangan Pelajar
UTM ”. Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad, M. A., (2007). Kriteria Yang Diperlukan Oleh Graduan Kejuruteraan Awam
Dalam Pasaran Industri Pembuatan. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai. Tidak Diterbitkan
Abu Bakar, H. dan Abd. Rahman, R., (2002).” Pelaksanaan Komunikasi Kepemimpinan
dalam Organisasi Pengamal Pengurusan Kualiti MSISO 9001 Di Malaysia.”
Universiti Putra Malaysia.
Abdul Samad, E., (2000), Pencapaian akademik bukan jaminan kerjaya?, UIA :
Tidak Diterbitkan.
72
Abdul Ghafar M. N., (2004). “Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.” Skudai,
Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Ghafar M. N., (1999). “Penyelidikan Pendidikan”.1st Edition. Johor Bahru,
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Ariffin, T., (2007). “Persepsi Terhadap Penguasaan dan Penggunaan Bahasa Inggeris
di Kalangan Pelajar KH”. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana
Muda.
Abdul Rahim N. R., (2001). “Penguasaan Kemahiran Generik Hasil Dari Program
Pengajian Yang Diikuti di Kalangan Pelajar Semester Akhir Jurusan
Perdangan Di Politeknik Ungku Omar Ipoh: Satu kajian Kes.” Universiti Tun
Hussein Onn, tesis Sarjana Pendidikan.
Adnan, N. A., (2005). “Perkaitan Profil Kemahiran Generik Aliran Teknikal di
Politeknik Malaysia” .Tesis Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Ashaari, O. (1999).” Komunikasi Dalam Organisasi.” Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Alsagoff S. A. (1987). “Psikologi Pendidikan Konsep-konsep Asas Psikologi dan
Psikologi Pendidikan ,Psiklofo perkembangan.” Kuala Lumpur : Heinemann
(M) Sdn. Bhd.
Antonio, R., (2003). “Interpreting Quantitative Data with SPSS.” London: SAGE
Publication.
Asli, Y., (2006). “Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah,” di laman web
http://blis.bernama.com/mainHome.do
Ayob, A., (2003). Kepentingan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Di Industri
Elektrik Elektronik Di Bayan Lepas Pulau Pinang. Universiti teknikal Malaysia:
Sarjana Muda.
Awang, A. H., (2004), “Kemahiran Bolehkerja: Kesinambungan Antara tuntutan
Majikan dan Penguasaan Pelatih.” Kuala Lumpur. Universiti Putra Malaysia.
Baker, C., (1992). “Attitudes and Language .” England: Clevedon.
Bryman, A. and Cramer, D. (1999). “Quantitative Data Analysis with SPSS Release 8
for Windows: A Guide for Sosial Scientists.” 1st. ed. London: Routledge, 136-
138.
73
Baba, A., (1999). “Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan Sains Sosial.” Edisi Ketiga
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Buntat, Y., (2004), “The Conference Board of Canada. Employability skills profile:”
The critical skills required of the Canadian workforce.
Burns, R. B., (2000). “Introduction to Research Methods.” 4th
. Edition. Australia,
Longman.
Bernama News (2007). “Ketiadaan Kemahiran Insaniah Punca Siswazah Menganggur,”
Kata Mustapa. Di laman web http://blis.bernama.com/mainHome.do
Berita Harian (2004). “Lemah Komunikasi Punca Lepasan Universiti Gagal Temu
Duga.” Berita Harian, 20 April 2004.
Berita Harian (2004). “ Kemahiran Analitikal Beri Kelebihan.” Berita Harian, 17
September 2004.
Briggs, H. dan Hodgson, P. (2000). “Generic Skills Development in Undergraduate
Engineering Education in Australia.”http://www.hi.is/~joner/eaps/cs_gene4.htm
Dicapai pada 13 Februari 2003.
Billy Ong, (2007).” Menghadiri Temuduga Perlukan Keyakinan Diri.” Utusan Malaysia
25 April 2007.
Callan, V. J. (2003). “Generic Skills: Understanding Vocational Education and Training
Teacher and Students Attitudes.” Adelaide: NCVER Ltd. 6 – 20.
Coyle, (1993). Quality interpersonal Communication. Perception and Reality. Manage.
45 (1). 6-7.
Carnavale, A.P. and Gainer L.J. (1989).” U.S Deppartment of Labor And The American
Society fot training And Development.” Washington D.C. The Learning
Enterprise.
Chua Yan Piaw, (2006). “Kaedah dan Sttistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan
Buku 2.” Selangor: McGraw Hill Sdn.Bhd.
Coyle, (1993).” Quality Interpersonal communication- perception and reality.” Manage.
45(1). 6-7.
Christopher, (2004). “Instructional Course Lectures, The American Academy of
Orthopaedic Surgeons - Tendon Problems in Athletic Individuals.” Volume
1.hlmn 35-43.
74
Creed, P., Prideaux, L., & Patton, W. (2005). Antecedents and consequences of different
decisional states in adolescence: A longitudinal study. Journal of Vocational
Behavior, 67(3), 397−412
Crowl, T. K., (1996). Fundamentals of educational research. Ed. ke-2. New York:
McGraw-Hill.
Dale,C., (1956). How to Develop Self-Confidence and influence People by Publication
Speaking. New York: Poket books.
De Leon, J. E. dan Borchers, R. E., (1998). “High School Employment Trends and the
Skills Graduates Need to Enter Texas Manufacturing Industries.” Journal of
Vocational and Technical Education. Vol. 15. N. 1. M.s. 1 – 18.
Emat, Y. (1993). “Pendidikan Teknik dan Vokasional.” Petaling Jaya: IBS Buku. Zalina
Yahya. 9 September 1996. “ 13 Kelemahan KBSM”. Utusan Malaysia, Kuala
Lumpur : 29.
En Ah Meng (1994), Sekolah dan Bilik Darjah. Johor Bahru : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Fong Chan Onn (2003). “Majlis Perasmian Pelancaran Skim Latihan Graduan II,” 19
Ogos 2003.
Fraenkel, J. R. and Wallen, N.E., (1996). “How to Design and Evaluate Research In
Education.” 3rd. ed. U.S.A: McGraw Hill, Inc.
Ghazali, K., dan Abdul Aziz, S. H., (2003).” Pedagogi Asas Pendidikan Edisi Pertama.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Heskin, K., (1994). Generic Skills Requirement for Stakeholders : An Australian Case
Study”. Association for Institutional Research 1994 Annual Forum Paper.
Hassan, A., (2005). “Mengajar Kemahiran Komunikasi Interpersonal.” Kertas kerja di
Seminar Kebangsaan Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada 23-25
Mei 2004 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Hassan, A. dan Mohd A., (2000). “Komunikasi Untuk Guru”. Kuala Lumpur: Utusan
Publications &Distributors Sdn Bhd.
Hassan, A. dan Mohd A., “Komunikasi di Tempat Kerja” Pahang PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Harun, A. dan Abdullah, N., (2004). “Methodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains
Sosial,” Singapura: Thomson Asia Pte. Ltd.
75
Hassan, Z., Abdul Rahman M. A., Ghafar M. N. dan Zakaria K. (2005). “Penerapan
Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Kejuruteraan Di Sekolah Menengah
Teknik Di Terengganu.” Seminar Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching,
Serawak.
Hashim, M., (2005). “Penerapan Kmeahiran Komunikasi Di Kalangan Pelajar
Kejuruteraan Di Politeknik Malaysia.” Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
onn: Tesis Sarjana Pendidikan.
Ismail, N. dan Wok S., (2002). “Kursus Komunikasi Organisasi”. Kuala Lumpur.
Universiti Putra Malaysia.
Johari K., (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur . Petaling Jaya:
Prentice Hall.
Kamus Dewan (2002). Edisi Lima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamsah M. F., Abdul Razak A. Z. dan Zakaria N. S. (2004). “Merancang Kejayaan.”
Bentong PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd.
Kamsah M. F., & Jaafar A. N. (2006). “Tip Menjadi Individu Menarik”. PTS Millennia
Sdn. Bhd. Selangor.
Kerajaan Malaysia (2006).” Rancangan Malaysia Kesembilan.” Putrajaya: Unit
Perancang Ekonomi Jabatan Perdana menteri, Malaysia. 249-272.
Kenyataan Akhbar (2006). Kelemahan Komunikasi graduan perlu diatasi. Prof Madya
Datuk Dr Mohd Faiz Abd Hamid. Berita Harian, 21 Jun 2006.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006).”Modul Pembangunan Kementerian
Insaniah (Soft Skills) Untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.” Serdang
Universiti Putra Malaysia. 1-52.
Kenyataan Akhbar (2006) . Lemah Bahasa Inggeris. Kurang Kemahiran-Masalah Bagi
Mencari Pekerjaan. Malaysia today, 9 May 2006.
Kenyataan Akhbar (2006).” Kursus Teknikal Di Politeknik Guna Bahasa Inggeris.” Ong
Tee Keat” Utusan, 23 May 2006.
Kearns, P., (2001). “Generic Skills For The New Economy”- Review of Reasearch
NCVER. Adelaide.
76
Krejcie, R.V and Morgan,D. W., (1981). “Derermining Sample Size for Reasearch,
Education and Phychological Measurement,” New York: McGraw Hill.
Konting M. M., (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan,” Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka. 201-204.
Khasim, M. Z., (2003). Tinjauan Terhadap Minat, Pengajaran Guru, Pengaruh
Keluarga Dan Tahap Pembelajaran Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Matematik Di Sekolah Menengah Teknik Butterworth. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Lu Cheng Loke (2004). Pedagogi Merentas Kurikulum. Perpustakaan Negara Malaysia.
PTS.Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Lendal, H.K., (1997). “Management by Menu.” London: Wiley and Son Inco.
Long, J., (1998).”Inovasi Dalam Pengkaedahan Pengajaran: Bahasa, Sains Sosial dan
Teknologi Maklumat.” Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Long, A., (1991). “Pedagogi Kaedah Am Mengaja”.Petaling Jaya :Amiza Publishing
Sdn.Bhd.
Mohd, A., (2003). “Panduan Menggunakan Teori Motivasi Di Tempat Kerja.” Pahang
PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Mohammad, A., (2003). “Komunikasi Berkesan”. Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Mazahar N., (2002). Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur.
Mohd Salleh, (1999).” Asas Psikologi Perkembangan.” Kualan Lumpur: Utusan
Publication & Distribution Sdn.Bhd.
Mohd Ali., H., (1996). “Strategi Belajar Yang Berkesan.” Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd
Mustaffa, C. S. dan Sakdan M. F. (1993), “Komunikasi Yang Efektif Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Guru. Keluaran 5.
Mohd Noor, N., (2003). “Pengintegrasian Kemahiran Bolehgunaan Yang Dianggap
Penting Untuk Pekerjaan Oleh Industri dan Guru dan Vokasional Di
Malaysia”. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan Penyelidik.
Md Salleh, F., (1995). “Teori dan Amalan Kaedah Pengajaran, Pembelajaran dan
Penilaian. “ UKM: Penerbit UKM.
77
Nik Pa, N. A., (1999). “Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan
Matematik.” Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Nik Pa, N. A., (1996). “Konsep Maktab Perguruan Bistari”. Kertas Kerja Dibentangkan
Di Seminar Maktab Perguruan Bestari, Kuala Lumpur. 100-101
Nordin M. S., Abdul Hamid M. Z. dan Jabor M. K. (2004). “Tahap Keyakinan
kemahiran Generik di kalangan Pelajar Kolej Komuniti”. Seminar Pendidikan
2005. 15 Oktober 2005, Johor. Universiti Teknologi Malaysia 1-12.
Nordin M. S. dan Mohd Tahir, K.(2004) “Kemahiran Generik – “Kepentingan dalam
memenuhi keperluan majikan masa kini.” Universiti Teknologi Malaysia.
Kertas kerja.
News Straits Times (2003). “Jobles Graduates Lack Critical Skills.” 20 Ogos 2004.
Omar, S., (2004). “Memantapkan Keyakinan Diri.” Cermin. 34-35
Osman, Z., & Yusof, I., 2005. Dasar dan Masalah Guna Tenaga di Malaysia:
Pengalaman Khusus Isu Pekerja Asing dan Pengangguran Siswazah. Kertas
Kerja di bentangkan di Simposium Kebudayaan Indonesia- Malaysia IX (SKIM
IX), FSSK- UNPAD, bandung, Indonesia.
Paton, M.A (1996). Generic Skills Survey. Universityof Western Australia.
http://www.csd.uwa.edu.au/tl/skills/report.html
Pearson, J.C. and Nelson P.E. (2000).” An Introduction to Human Communication
Understanding and Sharing.” 8th
. Ed. Amaerika Syarikat: McGraw Hill. Higher
Education.
Rahmat, N. A., Wan salihin, W. S. & Abd. Aziz, W., (2006). ”Tahap Keyakinan
Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Sains dan Teknologi
Malaysia (KUSTEM)” Tesis Sarjana.
Ramlan, M. F., (2010), Ucapan Penutup Program Etiket Siswa 2010.
http://www.utusan.com.my/utusan/7.htm. dicapai pada 27 febuari 2010
Riemer, M.J (2000). “English and Communication Skiills for the Global Engineer.”
UNESCO International Centre for Engineering Education (UICEE), Australia
Volume 6 Number 1 (2002).
Roy, M.C. et al (2001). “Support System for Knowledge Workers: The Need For New
Development Approaches.” Jurnal of Knowledge Management Practice.
78
Rahman, A. Mohd A., (1999), “Komunikasi Untuk Pemimpin”. PTS Consultants Sdn.
Bhd. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Razalli, F., (2005), “Dilema Siswazah Mengganggur”. Dewan Masyarakat: Karangkraf
Sdn. Bhd. 11-14.
Sabitha Marican (2005). “Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.”Edisi Pertama Petaling
Jaya:Prentice Hall Pearson Sdn.Bhd.
Said, N. A., (2005). “Kemahiran Insaniah Di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal
di Politeknik Malaysia.” Kolej Universiti Tun Hussein Onn : Tesis Sarjana.
Sally D. (2002). “Changing Skill needs: what makes people employable?.” Journal of
Industrial and Commercial Training, Bil. 6. m.s. 190-193.
Syed Jaafar S. N. A. (2002). “Penguasaan kemahiran generik dalam memenuhi
kehendak pasaran kerja:” Kajian di kalangan pelajar semester akhir Diploma
Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson. Tesis Sarjana. Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
Salleh S. (2002). “Komunikasi Dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan”. Kuala
Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd.
Shaharom M., (2005).” Tahap Penguasaan Berfikir Kritis Di Kalangan Pelajar
Pendidikan Fizik Merentas Jantina.” Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Syed Arabi idid.(1998). “Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial.” Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Susan (2005). “Tracking the Development of Communication Skills: The Experience
Pittsburgh Katz Graduates.” Pittsburgh Katz Business School University. 1-3.
Tengku Ariff T. M., (2002). “Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada
Masa Kini.” Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam.
The Star (2003). “Produce Grads Who Can Work, Says Fong.” 30 Jun 2003.
The Star (2003). “Musa: Revamp in Engineering Syllabus Vital. “ 8 Julai 2003
The Star (2003). “IT Grads Jobless Because They Lack Right Skills.” 6 Ogos 2003.
Timm & Stead (1993). Communication Satisfaction: A Useful Constructs? Jurnal of
Communication, New Jersey112 pp.84-102.
Uma Sekaran (1996). “Research Methods for Business: A skills Building Approach.” 3rd
.
ed. U.S.A: John Wiley & Sons.
79
Utusan Malaysia. 2005a 57,000 Siswazah Menganggur. 14 September.
Utusan Malaysia. 2005b. Kekeliruan Jumlah Siswazah Mengganggur. 22 September.
Utusan Malaysia, Penerapan Kemahiran generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 23
Disember 2006.
Wiersma, W. (2005). Research Method in Education: An Introduction. 8th
. Ed. Needham
Heights: Allyn and bacon.
Widdowson, (1979) .”Reading in a foreign language. United States of America, New
York. Longman Inc.
William Stewart (2000). “Tracking the Development of Communication Skills: The
Experience of 2004 and 2005 Pittsburgh Katz Graduates.” Pittsburgh Katz
Business School University. 1-3.
Yaacob H. F. (2001). “Komunikasi Antara Manusia.” Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Yahya, A., (2000). “Hubungan di antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran
Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Di Sekolah Menengah Di
Johor Bahru.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Yahya S., (2001). “Komunikasi Antara Manusia”. Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Yusof Z., (2000). “Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung dengan Orang Lain”.
Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.
Yusof, A. A., (2000), “Pengurus dan Gelagat organisasi di Abad ke-21.” Selangor.
Prentice Hall.