persepsi pelajar 4 sph di universiti teknologi … filev abstrak kajian ini bertujuan untuk meninjau...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP KESEDARAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN
RADIAH BT MD YASIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.
Untuk suami tercinta Segala pengorbanan, pengertian dan kasih sayangmu
Tidak sekali akan ku persiakan Tidak tergambar dengan kata-kata
Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Terima Kasih kerana memahami diri ini.
Kepada Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,
Ayah dan Ibu mertuaku yang dihormati
Doamu memberikanku kekuatan dan kesejahteraan
Dalam menempuh ranjau sepanjang jalan ini….
Buat kakak dan sekalian adikku
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan Kejayaan ini adalah kerjayaan bersama
Ya Allah
Syukurku tak terhingga……….atas segala limpah kurniaMu.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…...
Sebagai pembuka bicara, rasa kesyukuran dipanjatkan kepadaNya, Allah S.W.T.
kerana memberikan kesempatan kepada penulis menyiapkan penulisan ini. Tidak
dilupakan jua kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya.
Jutaan terima kasih dihulurkan kepada pensyarah pembimbing yang dihormati,
En Shahrin bin Hashim kerana memberi kerjasama dan dorongan dalam proses
menyiapkan kajian ini. Segala ilmu dan kemahiran yang dicurahkan akan digunakan
sebaik mungkin. Selaku penyelia kepada kajian projek ini beliau banyak
membimbing, memberi tunjuk ajar serta memberi sokongan padu yang berterusan
kepada saya sehingga kajian ini dapat disiapkan.
Buat responden-responden yang terlibat dalam kajian ini ribuan terima kasih yang
tidak terhingga diucapkan di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan
kepada penulis untuk menjayakan penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung. Penulis sekali lagi memohon sepuluh jari
memohon maaf dan ucapan terima kasih yang tidak terkira. Semoga keikhlasan yang
diberikan mendapat keberkatan dariNya.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar 4 SPH sesi 2007/2008 di
Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesedaran dalam bidang keusahawanan.
Responden kajian ini terdiri daripada 123 orang. Instrumen yang digunakan ialah
soal selidik yang dibina bagi menjawab empat persoalan kajian. 40 item digunakan
dalam kajian ini. Keesahan item dalam soal selidik telah dilakukan oleh seorang pakar
dalam bidang ini. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dalam kajian rintis dan
nilai Alpha Crobach yang diperolehi ialah 0.94. Data di analisis menggunakan
Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 untuk mendapatkan nilai min,
kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan bidang keusahawanan. Nilai
keusahawanan dan faktor persekitaran juga berada pada tahap yang tinggi, manakala
kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan berada tahap yang sederhana.
Penyelidik mensyorkan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk
mempertingkatkan keberkesanan dalam menanam minat terhadap bidang
keusahawanan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to investigate the perceptions of 4 SPH students
for 2007/2008 session at Universiti Teknologi Malaysia towards the awareness of
entrepreneurship. There were 123 respondents of this study. The instrument used was
questionnaire which was developed to response to four research questions. Forty
items used in this research. The validity of the items in the questionnaire has been
carried out by an expert in this field. The realibility of the questionnaire has been
piloted and the value of Alpha Crobach obtained was 0.94. Furthermore, the data were
analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) version 14.0 to find the
value of mean, frequency and percentage. The findings of this study indicates that the
students have high awareness towards the importance of entrepreneurship. The
entrepreneurship value and the surrounding factor were also at the high level
meanwhile the students’ tendency towards entrepreneurship were at the average level.
In addition, the researcher recommended several suggestions which were appropriate
to improve the effectiveness in inculcate student’s interest towards entrepreneurship.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
STATUS PENGESAHAN TESIS -
PENGAKUAN PENYELIA -
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
viii
1.8 Takrifan 9
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kepentingan Bidang Bidang Keusahawanan 13
2.3 Kepentingan Budaya Keusahawanan 16
2.4 Faktor Kecenderungan dalam Bidang
Keusahawanan 18
2.5 Faktor Persekitaran 21
2.6 Nilai Keusahawanan 24
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka bentuk Kajian 27
3.3 Persampelan Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 29
3.5 Tempat Kajian 31
3.6 Prosedur Kajian 31
3.7 Kajian Rintis 31
3.8 Penganalisisan Data 32
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Bahagian A 34
4.3 Analisis Bahagian B 38
4.4 Kesimpulan 53
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Perbincangan Bahagian A 55
5.3 Perbincangan Bahagian B 56
5.4 Cadangan 67
5.5 Cadangan Kajian Lanjut 68
5.6 Rumusan dan Kesimpulan 69
ix
RUJUKAN 71
Lampiran A – B 78 - 84
x
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 30
3.2 Jadual penganalisisan responden 33
3.3 Tahap penilaian responden berdasarkan nilai min 38
4.1 Profil responden mengikut jantina 34
4.2 Profil responden mengikut umur 35
4.3 Profil responden mengikut bangsa 35
4.4 Profil responden mengikut latar belakang
keluarga berniaga
36
4.5 Profil responden yang mempunyai pengalaman
berniaga
36
4.6 Profil responden mengikut tempoh pengalaman
perniagaan.
37
4.7 Profil responden dalam menyertai kelab atau
persatuan keusahawanan.
37
4.8 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus
dan min kecenderungan pelajar terhadap bidang
keusahawanan.
39
4.9 Taburan bilangan responden mengikut tahap
kecenderungan Pelajar terhadap bidang
keusahawanan.
41
4.10 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus
dan min faktor persekitaran yang mempengaruhi
pelajar cenderung dalam bidang keusahawanan.
42
xi
4.11 Taburan bilangan responden mengikut tahap
faktor persekitaran yang mempengaruhi pelajar
cenderung dalam bidang keusahawanan.
45
4.12 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus
dan min kesedaran tentang kepentingan bidang
keusahawanan.
46
4.13 Taburan bilangan responden mengikut tahap
kesedaran pelajar terhadap kepentingan bidang
keusahawanan.
48
4.14 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus
dan min nilai keusahawanan yang dimiliki oleh
pelajar.
49
4.15 Taburan bilangan responden mengikut tahap nilai
keusahawanan yang dimiliki oleh Pelajar.
52
4.16 Taburan keseluruhan persoalan kajian mengikut
min dan peratusan.
53
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Pembangunan Usahawan di Malaysia 23
3.1 Rekabentuk Kajian yang digunakan 28
5.1 Taburan min mengikut kecenderungan pelajar
terhadap bidang keusahawanan.
57
5.2 Taburan min mengikut faktor persekitaran. 59
5.3 Taburan min mengikut kesedaran kepentingan
bidang keusahawanan.
62
5.4 Taburan min mengikut nilai keusahawanan. 64
xiii
SENARAI SINGKATAN
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kerujuteraan
ICT - Teknologi Komunikasi dan Maklumat
IPT - Institut Pengajian Tinggi
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
RMK-9 - Rancangan Malaysia ke-9
R&D - Penyelidikan dan Pembangunan
SPH - Kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPSS - Statistic Package for Social Science
STP - Kursus Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI SIMBOL
n - Bilangan responden
% - Peratus
f - Frekunsi / Kekerapan
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 78
B Surat Pengakuan Universiti 83
C Keputusan Ujian Rintis (Alpha) 84
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Keusahawanan dan usahawan memainkan peranan yang kritikal dalam
membangunkan ekonomi sesebuah negara. Ia berhubung dengan kepentingan dan
keperluan hidup terhadap kelebihan memperbaharui dan mempelbagaikan ekonomi
serta mencipta pekerjaan baru. Berdasarkan kandungan yang termaktub dalam Dasar
Ekonomi Baru pada tahun 1970 yang menyatakan tentang penyusunan semula
ekonomi dan membasmi kemiskinan. Penyusunan semula ekonomi ini lebih kepada
untuk menyeimbangkan peratusan penglibatan rakyat negara ini ke dalam bidang
perniagaan mengikut bangsa. Maka di sini, jelaslah menunjukkan bahawa bidang
keusahawanan itu penting dan mempunyai skop yang luas.
Secara umumnya, mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan adalah
terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa. Ini bersesuaian dengan demografi
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
2
Majoriti masyarakat Malaysia adalah terdiri daripada golongan belia, iaitu
dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun. Khairudin (1996) menyatakan, selaras
dengan matlamat negara kita yang menuju ke arah negara perindustrian dan
seterusnya negara maju pada tahun 2020. Malaysia memang memerlukan penglibatan
dan sumbangan para usahawan terutama di kalangan generasi muda untuk mendapat
pendidikan formal dalam bidang tersebut.
Mahasiswa adalah merupakan salah satu golongan yang termasuk dalam
golongan belia. Oleh yang demikian, adalah menjadi perkara yang penting dalam
menerapkan budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa kerana mereka merupakan
generasi pelapis usahawan yang bakal menerajui dan membangunan ekonomi negara.
Hubungan mahasiswa dan keusahawanan jelas dapat dilihat apabila semua pelajar
universiti awam tempatan akan diwajib mengikuti kursus keusahawanan sebagai
persediaan menceburi bidang perniagaan serta meningkatkan daya saing dalam
pasaran kerjaya.(Mohd Fuad, 2003)
Asas pendidikan keusahawanan telahpun bermula diperingkat sekolah rendah
lagi, dan terus berkembang di peringkat yang lebih tinggi. Malah kurikulum bagi
setiap komponen mata pelajaran kemahiran hidup dan rekacipta di sekolah rendah dan
menengah ada mengandungi unsur perniagaan dan keusahawanan bagi memberi
pendedahan pelajar dalam bidang keusahawanan.
Ini dapat dilihat dari matlamat kurikulum Kemahiran Hidup itu sendiri iaitu
kurikulum mensasarkan pelajar boleh memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan
berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-
buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan
budaya kerja yang baik. (Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah,
2002).
3
Dalam peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT), kurikulum keusahawanan
telah diperluaskan lagi. Kursus keusahawanan ditawarkan kepada pelajar adalah
bertujuan memperkenalkan pelajar kepada konsep-konsep dan teori-teori asas
keusahawanan. Ini melibatkan pelbagai takrif-takrif keusahawanan, sifat
keusahawanan, serta kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh seorang
usahawan. Selain itu juga kurikulum ini mengandungi sumbangan usahawan, ciri-ciri
usahawan dan membincangkan contoh semasa usahawan yang berjaya dalam konteks
Malaysia. Perkara yang penting di sini, pelajar diberi pendedahan kepada garis
panduan untuk memulakan perniagaan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan
untuk memajukan perniagaan mereka.
Objektif utama kursus keusahawanan ini adalah untuk memupuk nilai
keusahawanan dalam hidup dan mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar ke arah
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Di akhir kursus ini juga diharapkan pelajar-
pelajar akan dapat:
i. Menjelaskan sejarah latar belakang, konsep-konsep dan teori-teori
keusahawanan.
ii. Memahami bidang keusahawanan.
iii. Membentuk satu wawasan untuk menjadi seorang usahawan dan menghargai
nilai dan budaya keusahawanan dalam profesion mereka.
iv. Memperolehi kemahiran-kemahiran keusahawanan dan pengetahuan yang
penting.
v. Memperolehi kemahiran-kemahiran pembangunan kreativiti dan inovasi
dalam keusahawanan.
vi. Mengenal pasti peluang perniagaan dan mengubahnya ke dalam rancangan
perniagaan.
(Sukatan Pelajaran SPE 3002: Perdagangan dan Keusahawanan)
Jelaslah di sini, kurikulum terus berkembang selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
4
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahtaraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharomonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
1.2 Latar belakang masalah
Dalam usaha mencapai matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020,
kerajaan mula menyedari bahawa faktor kualiti manusia memainkan peranan utama.
Kualiti yang terbaik ini penting dalam menjayakan satu-satu pembangunan lantas
menjana pertumbuhan ekonomi negara. Tumpuan lebih kepada generasi muda yang
merupakan aset terpenting bagi memastikan negara mencapai sasaran dalam era
globalisasi.
Dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke- 9 ( RMK – 9 ) oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi baru–baru ini yang mensasarkan
pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai
impian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh
semua pihak . Penumpuan kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan
kelas pertama iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, mengukuhkan
keupayaan sains; penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi; dan memupuk
masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
Dalam konteks pendidikan, pembangunan modal insan bertujuan memastikan
anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi
penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar
akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi
komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis
serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat,
mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga
dan masyarakat. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).
5
Dalam konteks lebih luas, modal insan bertujuan mencorak halatuju negara ke
arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia yang berkualiti, sesebuah
negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada
inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya. Di sini jelaslah bahawa
pembangunan modal insan adalah satu langkah dalam melahirkan individu yang
mempunyai nilai-nilai keusahawanan dan seterusnya melahirkan seorang usahawan
yang dapat memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi negara.
Menurut Mohd Fuad (2003) pendidikan keusahawanan diwajibkan kepada
semua pelajar universiti untuk melahirkan graduan yang berani dan berdikari serta
meneroka kerjaya baru, bukan bergantung untuk bekerja dengan kerajaan semata-
mata.Oleh yang demikian, kerajaan berusaha merangka pelbagai program untuk
membantu kumpulan usahawan yang berpotensi. (Muhamad Ismail, 2004).
Bidang keusahawanan diterapkan dalam pendidikan sama ada di sekolah
rendah, sekolah menengah mahupun di institusi pengajian tinggi. Ia selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan yang seimbang
dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu pelajar-pelajar merupakan
generasi yang akan membangunkan negara dalam mencapai wawasan 2020. Negara
berhasrat untuk mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama
pembangunan negara dalam mencapai wawasan 2020.
Menurut Mustafa (2007), tumpuan yang lebih besar akan diberikan kepada
usaha membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan
kemahiran serta mempunyai nilai modal dan etika yang utuh. Bagi tujuan itu,
penambahbaikan secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat akan terus dilaksanakan disamping penekanan terhadap
pembangunan kemahiran usahawan bagi semua peringkat pendidikan dan latihan
untuk membantu mewujudkan masyarakat usahawan.
6
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ada menyatakan bahawa bagi teras
membangunkan modal insan, tumpuan diberikan bagi melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni seterusnya
memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan keupayaan.
(Utusan Malaysia 17 Januari 2007).
Teras ini menunjukkan nilai-nilai keusahawanan yang perlu di pupuk dan
dibudayakan kepada setiap individu di peringkat sekolah rendah lagi dan seterusnya
di peringkat pengajian tinggi.
Teras membangunkan modal insan ini, menunjukkan bahawa nilai-nilai
keusahawanan itu perlu dipupuk dan dibudayakan kepada seorang individu di
peringkat sekolah rendah lagi dan seterusnya di peringkat pengajian tinggi. Ini selaras
dengan objektif Pelan Penambahbaikan Pengajian Tinggi iaitu bertujuan
mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan memperkasakan pengajian
tinggi untuk kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada
nasional dan antarabangsa menjelang 2020 dan selepas itu Malaysia dijadualkan
mencapai status negara maju.(Abdul Rahman, 2007).
Oleh itu bidang keusahawanan memainkan peranan penting dalam
membangunkan modal insan. Beberapa strategi telah dirangka untuk menjadikan
pendidikan sebagai landasan dalam membangunkan modal insan. Ini kerana nilai
keusahawanan amat diperlukan untuk menjadi insan yang berjaya selaras dengan
pelan induk pembangunan pendidikan yang berkehendak melahirkan tenaga kerja
yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.
7
1.3 Penyataan masalah
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap kesedaran dalam
bidang keusahawanan. Penyelidik ingin mengenal pasti sejauh manakah
kecenderungan pelajar kepada bidang keusahawanan di samping faktor persekitaran
yang mempengaruhi kecenderungan pelajar dalam bidang keusahawanan. Kajian juga
bertujuan untuk mengenalpasti kesedaran pelajar mengenai kepentingan bidang
keusahawanan dan mengenalpasti nilai keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar
tersebut.
1.4 Objektif
Tujuan kajian ini dibuat untuk meninjau dan mengenal pasti :
(i) mengenalpasti kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan.
(ii) mengenalpasti faktor persekitaran mempengaruhi pelajar cenderung dalam
bidang keusahawanan.
(iii) mengenal pasti kesedaran pelajar tentang kepentingan bidang
keusahawanan.
(iv) mengenal pasti nilai keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini akan menjawab persoalan berikut :
(i) Apakah kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan?
(ii) Apakah faktor persekitaran mempengaruhi pelajar cenderung dalam
bidang keusahawanan?
(iii) Apakah kesedaran tentang pelajar kepentingan bidang keusahawanan?
(iv) Apakah nilai keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar?