art-tech 1: persepsi pelajar semester 1 pendidikan

24
ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN SENI VISUAL, FSM, UPSI TERHADAP PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER DALAM P&P LAKARAN ASAS ADNAN BIN ABD. AZIZ KOD PENYELIDIKAN: 02-04-55-06 BATSYA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

Upload: lycong

Post on 30-Dec-2016

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN SENI VISUAL, FSM, UPSI TERHADAP PEMBELAJARAN BANTUAN

KOMPUTER DALAM P&P LAKARAN ASAS

ADNAN BIN ABD. AZIZ

KOD PENYELIDIKAN: 02-04-55-06 BATSYA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008

Page 2: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

PENGAKUAN

Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Adnan Bin Abd. Aziz kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya kami j elaskan sumbernya.

Tarikh .31.01.08 Tandatangan Adnan Bin Abd. Aziz

Page 3: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, dengan rahmat dan keizinanNya, dapatlah saya menyempurnakan penulisan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penyelidikan ini terutamanya pihak Research Management Center (RMC), dan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menyediakan dana bagi membolehkan penyelidikan ini dijalankan dengan sempurna.

Terima kasih juga kepada Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Profesor Dr. Saberi bin Othman, serta kakitangannya, Dekan Fakulti Seni dan Muzik, Dr Mohd Hassan bin Abdullah, Timbalan Dekan, Dr Abdul Halim bin Husain, Ketua Jabatan Seni, Dr Mohd Johari bin Abdul Hamid, mantan dekan, Dr Ahmad Suhaimi bin Mohd Nor, mantan Timbalan Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Prof. Madya Ramli bin Buyong Kahar, serta rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Page 4: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

ii

Abstrak

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau persepsi pelajax terhadap penggunaan courseware Pengenalan Kepada Lakaran Asas. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 11 dan EXCEL. Penyelidik menggunakan kaedah statistik inferens (ANOVA dan ujian t) dan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan dan min). Multimedia interaktif yang dibina sebagai bahan kajian dibangunkan oleh penyelidik dengan menggunakan perisian Macromedia Director versi 8.5. Penyampaian konsep dalam perisian ini menggunakan Teori Konstruktivisme manakala konsep pembelajaran kendiri yang digunakan dalam perisian ini adalah berasaskan Teori Motivasi Humanistik. Responden kajian terdiri daripada 48 orang pelajar yang mendaftar untuk mata pelajaran Lakaran Asas di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar dengan pembolehubah-pembolehubah terhadap penggunaan perisian multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lakaran Asas. Pelajar juga menunjukkan minat terhadap proses pembelajaran menggunakan perisian multimedia interaktif. Kualiti keseluruhan perisian ini juga adalah menepati aspek isi kandungan dari segi keperluan pengajaran, menepati aspek rupa bentuk antara muka dan aspek teknikal. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan PBK wajar digunakan sebagai salah satu strategi pembelajaran dan pengajaran subjek Lakaran Asas dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar.

Page 5: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

iii

Abstract

This research main purpose is to survey student's perception on use courseware Pengenalan Kepada Lakaran Asas. Data achieved by using a questionnaire. Data analyses by using SPSS version 11 and EXCEL. Researcher use inference statistical method (ANOVA and t-test) and descriptive statistics (frequency, percentage and Min). Interactive multimedia constructs as study material are developed by researcher by using Macromedia Director's software version 8.5. This software concept delivered using Constructivisme Theory while the own learning concept applies in this software are basing Humanistic Motivation Theory. Research respondents constitute 48 students which registers for Lakaran Asas's subject in Fakulti Seni and Muzik. University Pendidikan Sultan Idris. Study found retrieval there were no student's perception difference with variables on interactive multimedia software in Lakaran Asas lesson and learning process. Student also showing interest in learning a process using interactive multimedia software. This software in overall was almost fulfilled a various aspect from teaching a requirement aspect, interface design aspect and technical aspect This study findings implication proposed PBK reasonable to be used as either learning strategy and Lakaran Asas's subject teaching in effort increase performance of students.

Page 6: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

KANDUNGAN

Muka Surat

ABSTRAK ii

ABSTRACT iii

BAB SATU

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Integrasi Multimedia Interaktif Dengan Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Lakaran Asas 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.4.1 Objektif Umum 4

1.4.2 Objektif Khusus 4

1.5 Hipotesis dan persoalan kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Kerangka Teori 7

1.9 Kesimpulan 8

BAB DUA - TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 9

2.2 Teori Pembelajaran Asas Lukisan 9

2.2.1 Teori Luar Negara 10

2.2.2 Teori Dalam Negara 11

2.3 Teori Multimedia Interaktif Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 13

2.4 Kajian-Kajian Terhadap Pembelajaran Bantu an Komputer (Kajian Luar Negara) 14

2.5 Teori Pembelajaran Dan Reka Bentuk Pengajaran 15

2.5.1 Konstruktivisme Dan Reka Bentuk Pengajaran

Dalam KaedaJh Pembelajaran Bantuan Komputer 15

2.5.2 Model Pengajaran Dan Pembelajaran 16

2.5.3 Aplikasi Komponen Motxvasi Dalam Reka Bentuk 'Courseware ' 16

Page 7: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

2.6 Kesimpulan

BAB TIGA - METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Peny elidikan

3.3 Populasi Kajian

3.4 Lokasi Kajian

3.5 Alat Kajian

3.5.1 Soal Selidik

3.6. Kajian Rintis

3.7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

3.8 Instrum en Kaj i an

3.9 Prosedur Penyelidikan

3.10 Pengumpulan Dan Analisis Data

3.11 Kesimpulan

17

19

19

20

20

21

21

22

23

23

23

24

25

BAB EMPAT - DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis Responden 27

4.3 Pengujian Hipotesis 30

4.4 Pengukuran Minat Pel ajar 38

4.5. Penilaian Mutu Courseware 40

4.5.1. Penilaian Mutu Course-ware Berdasarkan Keperluan Pengajaran 41

4.5.2. Penilaian Mutu Courseware Berdasarkan Aspek Rupa Bentuk

AntaraMuka 41

4.5.3 Penilaian Mutu Courseware Berdasarkan Aspek Teknikal 43

4.6 Kesimpulan Dapatan Kajian 44

BAB LIMA - PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Ringkasan Kajian

5.3 Perbincangan Dan Dapatan Kajian

5.4 Masai ah Dal am Kajian yang Dijalankan

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Rumusan dan Kesimpulan

RUJUKAN

47

47

48

56

57

58

Page 8: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

Jadual Muka surat

2.1 Ringkasan Model ARCS 17

3.1 Kedah Pemberian Skor Soal Selidik 22

3.2 Prosedur Penyelidikan 24

4.1 Jantina 27

4.2 Umur 27

4.3 Kelulusan Akademik 28

4.4 Lokasi Sekolah Menengah 29

4.5 Penyediaan Makmal Komputer Di Sekolah 29

4.6 Memiliki Komputer Peribadi 30

4.7 Ujian — t perbezaan di antara jantina dengan penggunaan courseware

Multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Lakaran Asas 31

4.8 Analisis Varian (ANOVA Sehala) di antara umur dengan penggunaan

courseware multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Lakaran Asas 32

4.9 XJjlsn — t perbezaan di antara kelulusan akademik dengan penggunaan

courseware multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Lakaran Asas 34

4.10 Ujian -1 perbezaan di antara lokasi sekolah dengan penggunaan courseware

multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Lakaran Asas 35

4.11 XJjizn -1 perbezaan di antara penyediaan makmal komputer di sekolah dengan

penggunaan courseware multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Lakaran Asas 36

4.12 Ujian — t perbezaan di antara pemilikan komputer peribadi dengan penggunaan

courseware multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Lakaran Asas 39

4.13 Analisis Korelasi Pembolehubah Kajian 37

4.14 Soalan Positif Minat Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Berasaskan courseware Komputer. 39

Page 9: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

vii

4.15 S oalan Negatif Minat Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Berasaskan Courseware Komputer. 40

4.16 Penilaian Keperluan Pengajaran 42

4.17 Penilaian aspek rupa bentuk antara muka 43

4.18 Penilaian aspek teknikal. 44

4.19 Rumusan Pengujian Hipotesis 46

Page 10: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

viii

SENARAI RAJAH

Rajah Muka surat

2.1 Hierarki Lukisan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendidikan Seni Visual 12

Page 11: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Istilah 4Drawing5 atau lukisan berasal daripada gabungan bahasa Jerman dan Latin.

Kata keija 'to drawJ atau melukis diperoleh dari perkataan Old English iaitu 'Dragan' lto drag' yang bermaksud aktiviti yang melibatkan fizikal (Bowen, 1992). Oleh itu, ia

bermaksud suatu tanda yang dihasilkan dari penggerakan dalam ruang dua dimensi

dengan menggunakan peralatan, perkakasan atau bah an oleh pelukis dan biasanya

kelihatan jelas kerana ia sering bersifat kontras dari segi nilai dengan latar

persekitarannya dan ia merupakan ciri asas dalam lukisan (Betty dan Sale, 1997, Otto

e t a l , 2001).

Lukisan juga merupakan satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan

keperluan psikologi, sejarah dan artistik. Kepentingan lukisan sejak zaman pra sejarah

hingga ke zaman siber multimedia kini adalah berpusatkan kepada keperluan manusia

itu sendiri. Betty dan Sale (1997) menyatakan antara kepentingan lukisan ialah seperti

penyelidikan, kajian dan melihat sesuatu peristiwa yang sebenar, merakamkan sesuatu

peristiwa, alat komunikasi universal dan sebagai perakam memori pelukis untuk

menghasilkan satu karya yang terbaik. Kepentingan lukisan perlu dijelaskan di

Page 12: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

2

peringkat awal proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang melibatkan Seni

Visual. Ini kerana lukisan adalah inti pati kepada semua disiplin seni seperti catan,

area, cetakan dan juga seni persembahan. Pengetahuan dan pemahaman lukisan boleh

dianggap sebagai pra syarat sebelum penghasilan seni visual 2D dan 3D (Betty dan

Sale, 1997, Salleh, 2000).

1.2 Integrasi Multimedia Interaktif Dengan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Lakaran Asas

Penggunaan teknologi multimedia pula merupakan titian dari cara penyampaian

konvensional kepada model barn pengajaran dan pembelajaran berasaskan penglibatan

pel ajar. 'Courseware ' pendidikan interaktif multimedia merupakan satu kaedah

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) di mana pendidik menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran berpusatkan penggunaan komputer (Rozinah, 2000).

Fisher (1994) menyatakan melalui multimedia akan mewujudkan satu konsep

interaktif yang lebih menarik berbanding dengan sistem pengajaran dan pembelajaran

tradisi. Multimedia akan membawa satu dimensi baru dalam pembelajaran yang

dipanggil sebagai pembelajaran terbuka. Gabungan antara subjek sedia ada dengan

penggunaan komputer {'Courseware') merupakan satu integrasi dan inovasi dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran. Wan Hanizah (1994) menyatakan ciri-ciri

subjek yang mengintegrasikan komputer adalah seperti berikut:

i. Menggunakan keupayaan komputer untuk menyampaikan pelajaran.

Penggunaan komputer perlu apabila penggunaannya boleh meningkatkan

pencapaian yang lebih baik daripada kaedah tradisional. Tenaga pengajar

harus mempunyai kemahiran mengenal pasti bahagian subjek yang

bersesuaian di mana komputer boleh mempertingkatkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer juga dapat menyelesaikan

masalah pengajaran dan pembelajaran yang mungkin tidak dapat

diselesaikan secara tradisional.

Page 13: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

3

ii. Integrasi bermula bukan dengan komputer, tetapi dengan mata pelajaran

dan subjek. Ini bermakna seseorang pelajar tidak mempelajari tentang

komputer tetapi dengan menggunakan komputer. Pencapaian objektif sedia

ada diharapkan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan komputer.

iii. Integrasi ini menganggap komputer hanya sebagai alat bantuan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran sahaja.

Berdasarkan kepada pendekatan integrasi ini, penggunaan komputer serta isu-

isu yang berkaitan dengan literasi komputer diserapkan dalam subjek sedia ada. Walau

bagaimanapun, perancangan yang teliti perlu dirancang terlebih dahulu untuk

mengenal pasti bahagian sukatan pelajaran dan bagaimana komputer boleh digunakan

(Langhomeet al., 1989).

Komputer mempunyai beberapa ciri-ciri yang membolehkannya menjadi

'tutor' yang baik. Terdapat tujuh keupayaan komputer yang menjadikannya sangat

sesuai untuk Pembelajaran Bantuan Komputer antaranya ialah animasi dan manipulasi

imej, rakaman dan ciptaan audio, storan maklumat yang berkesan, mengenal waktu

dan masa, mampu menyelesaikan masalah matematik, membuat keputusan logik dan

mengawal peralatan luar (Rozinah, 2000). Penggunaan visual grafik di dalam sesuatu

aktiviti multimedia pula dianggap sebagai dapat membantu P&P dengan lebih efisien

kerana ia memberi implikasi yang dinamik dan suasana yang realistik (Dede, 1993).

Oleh itu, komputer merupakan alat yang berpotensi untuk membantu meningkatkan

prestasi pelajar (Zoraini, 1993).

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pada penyeliaan, pemantauan dan penilaian mata pelajaran Pendidikan

Seni Visual di sekolah-sekolah menengah dan pusat-pusat latihan dan pengajian yang

ada hubungannya dengan Seni Visual oleh Salleh (2000), temu bual dengan pakar-

pakar dalam pengajaran seni lukis di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan

Page 14: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

4

Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) serta pelajar-pelajar yang terlibat

secara langsung dengan seni visual seperti dari Program Seni, Fakulti Send dan Muzik,

Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Institut Kraf tangan Negara (IKN) di Rawang,

maka dapat dirumuskan bahawa pelajar-pelajar dalam bidang seni visual menghadapi

beberapa masalah asas dalam penghasilan seni visual seperti tidak memahami konsep

garisan, perspektif, prinsip rekaan dan lukisan serta tidak tahu fungsi media, teknik

dan bah an yang digunakan.

1.4 Ob jektif Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik telah menerangkan kepada dua bahagian iaitu objektif

umum dan juga objektif khusus.

1.4.1 Objektif Umum

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengetahui serta mengkaji persepsi pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik 'Pembelajaran Lakaran Asas'

melalui kaedah pembelajaran berbantuan komputer (PBK).

1.4.2 Objektif Khusus

1. Untuk mengumpul maklumat mengenai courseware yang sesuai bagi

membangunkan sebuah courseware multimedia interaktif asas lukisan yang

bertajuk "Pengenalan kepada Lakaran Asas5 dengan menggunakan courseware

"Micromedia Director' versi 8.5.

2. Untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar tentang asas Lakaran Asas

berasaskan courseware yang dibangunkan.

Page 15: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

5

3. Untuk melihat tahap minat pelajar dalam mempelajari topik "Pengenalan

kepada Lakaran Asas' dengan menggunakan unsur-unsur multimedia yang

terdapat dalam courseware yang dibangunkan.

4. Untuk melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan courseware multimedia

interaktif yang dibina untuk proses pengajaran dan pembelajaran Lakaran

Asas.

5. Untuk menguji kualiti reka bentuk courseware yang dihasilkan dari aspek isi

kandungan, rupa bentuk antara muka dan aspek teknikal.

1.5 Hipotesis kajian

Berdasarkan kepada tujuan penyelidikan, maka penyelidik telah mempertimbangkan

beberapa hipotesis yang dibina pada aras keertian 0.05 atau 0.005.

Ho1: Tiada perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan penggunaan

courseware multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Lakaran Asas

H02: Tiada perbezaan yang signifikan di antara umur dengan penggunaan

courseware multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Lakaran Asas.

H03 : Tiada perbezaan yang signifikan di antara kelulusan akademik dengan

penggunaan courseware multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Lakaran Asas.

Ho4 : Tiada perbezaan yang signifikan di antara lokasi sekolah dengan penggunaan

courseware multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Lakaran Asas.

HO5: Tiada perbezaan yang signifikan di antara penyediaan makmal komputer di

sekolah dengan penggunaan courseware multimedia interaktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Lakaran Asas

H06 : Tiada perbezaan yang signifikan di antara pemilikan komputer peribadi dengan

penggunaan courseware multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Lakaran Asas

Page 16: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

6

H07 : Tiada perhubungan yang signifikan di antara penggunaan courseware

multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lakaran

Asas dengan rupa bentuk antara muka.

H08 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan courseware

multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lakaran Asas

dengan aspek teknikal

Dalam kajian ini, penyelidik juga mengemukakan dua persoalan iaitu adakah

courseware ini memenuhi aspek keperluan pengajaran, memenuhi aspek rupa bentuk

antara muka dan aspek teknikal? Dan sejauhmanakah minat pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berasaskan courseware multimedia.

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian dijangka akan membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan

pencapaian mereka dalam subjek Lakaran Asas. Dapatan kajian ini juga dijangka akan

dapat membantu pensyarah dalam usaha meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek kemahiran kognitif, pelajar akan dapat

belajar melihat dan membuat persepsi terhadap sesuatu visual dan nilai estetikanya.

Seterusnya pelajar akan dapat mengungkapkannya melalui bahasa-bahasa visual

seperti prinsip dan elemen seni lukis.

Dapatan kajian ini juga akan dapat dijadikan sebagai panduan kepada pereka

bentuk 'Courseware' pendidikan agar dapat memenuhi keperluan proses pengajaran

dan pembelajaran pada masa akan datang.

Page 17: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

7

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar Lakaran Asas di Program Seni,

Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris sahaja. Data yang

diperoleh daripada rawatan ini hanya digunakan sebagai panduan analisis data

penyelidikan ini sahaja dan tidak akan mempengaruhi keputusan akhir semua pelajar

yang terlibat. Responden dipilih daripada kalangan populasi pelajar Lakaran Asas

Program Seni, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seramai 48

orang pelajar telah dipilih.

1.8 Kerangka Teori

Ada pendapat aktiviti melukis adalah perkara yang mudah tetapi bagaimana hendak

bermula sering menjadikannya sukar (Cathy, 1995). Pendapat tersebut juga disokong

oleh Horton (1994) yang menyatakan tiada yang misteri terhadap mekanikal lukisan

dan sesiapa sahaja boleh mempelajarinya sekiranya mempunyai kemahuan dan ingin

menjadi yang terbaik.

Lukisan juga bergantung kepada tahap sensitiviti seseorang terhadap deria

yang dapat dirasakan dan pengalaman visual yang dilaluinya. Wade (1993) pula

berpendapat apabila seseorang membuat banyak latihan, ia akan dapat meningkatkan

kemahiran melukis serta dapat meningkatkan kualiti kaiya kerana lukisan merupakan

asas kepada semua kaiya yang baik.

Oleh itu, satu reka bentuk pengajaran asas lukisan yang sistematik, fleksibel

dan teratur perlu diwujudkan. Reka bentuk pengajaran adalah satu proses yang

sistematik yang dapat merangka prinsip-prinsip pengajaran (Smith dan Ragan, 1993).

Tujuan diadakan aktiviti reka bentuk pengajaran ialah untuk meninjau satu kaedah

alternatif dalam mencapai tahap pengajaran yang optimum yang boleh mengubah

pengetahuan, kemahiran dan afektif pelajar (Dick dan Reiser, 1989, Reiguluth, 1983,

Reiguluth et al., 1978). Salah satu cara yang sesuai untuk meningkatkan proses

Page 18: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

8

pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan aplikasi komputer sebagai

saluran untuk memberi motivasi kepada pelajar (Abdul Rahim, 1996).

Penggunaan visual grafik di dalam sesuatu aktiviti multimedia pula dianggap

akan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisien

kerana ia memberi implikasi yang dinamik dan suasana yang realistik (Dede, 1993).

Oleh itu, komputer merupakan alat yang berpotensi untuk membantu meningkatkan

prestasi pelajar (Zoraini Wati, 1993).

1.9 Kesimpulan

Kesimpulan dalam bab ini merumuskan tujuan kajian untuk meninjau dan mengumpul

maklumat mengenai courseware yang sesuai bagi membangunkan sebuah courseware

multimedia interaktif dan untuk mengenai pasti persepsi pelajar Lakaran Asas

terhadap pembelajaran berbantu komputer dalam topik "Pengenalan Kepada Lakaran

Asas. Ia juga bertujuan untuk menguji kualiti reka bentuk courseware yang dihasilkan

dari aspek isi kandungan, rupa bentuk antara muka dan aspek teknikal berdasarkan

soal selidik. Pada keseluruhannya bab ini menggambarkan tujuan, objektif serta

rasional kajian, aspek yang dikaji, serta menghuraikan mengapa kajian ini penting

untuk dilaksanakan.

Page 19: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

9

BAB DUA

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Perbincangan tinjauan literatur ini adalah berkisar kepada teori-teori dan hujahan-

hujahan yang berkaxtan dengan kepentingan lukisan dalam konteks pembelajaran seni

visual. Bab ini turut membincangkan secara ringkas tentang proses pembangunan reka

bentuk 'Courseware ' pendidikan. Bab ini juga membincangkan tentang keberkesanan

kaedah Pembelajaran Bantuan Komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Teori Pembelajaran Asas Lukisan

Bahagian ini akan membincangkan teori-teori dan pendapat yang berkaitan dengan

pembelajaran asas lukisan dari dalam dan luar negara.

Page 20: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

10

2.2.1 Teori Luar Negara

Lukisan merupakan kunci, inti pati, kesan asas dan teras dalam semua bidang seni

visual seperti catan, area, cetakan dan juga seni persembahan. Ia merupakan asas

kepada kemahiran seni visual yang lain. Ia juga merupakan teras pembangunan dan

perkembangan konseptual serta intelektual seni reka di kalangan pelajar yang terlibat

(Greg dan Rachel, 1991, Fariba, 2000, Britannica, 2002, Betty dan Sale 1997).

Armitage (1883) dalam Harrison (1999) menyatakan bahawa lukisan merupakan

tulang belakang kepada semua karya agung. Oleh itu, kepentingan lukisan perlu

dijelaskan di peringkat awal proses pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan

seni visual. Pengiktirafan lukisan sebagai teras, kunci dan asas kepada semua bentuk

seni visual adalah bertepatan kerana lukisan merupakan cara yang terpantas dan

berkesan dalam menterjemahkan idea yang kadang kala timbul secara spontan.

Lukisan juga boleh dianggap sebagai 'arkitek' dan perakam idea sebelum proses

penghasilan karya bermula. Ilmu lukisan mula dianggap nadi kepada semua disiplin

seni seperti seni bina, area, catan dan cetakan pada zaman Renaissance (1400-1600m).

Marc (1977) menyatakan bahawa melukis merupakan satu aktiviti yang

melibatkan proses melakar garisan, titik dan lorekan dengan menggunakan kemahiran

tangan dan ketajaman mata. Aktiviti melukis adalah perkara yang mudah tetapi

bagaimana hendak bermula sering menjadikannya sukar kerana pelbagai masalah asas

secara psikologi mengganggu tumpuan untuk melukis seperti tidak yakin untuk

melukis garisan horizontal dan diagonal dengan tepat sedangkan dalam alam semula

jadi, garisan jenis tersebut sukar ditemui. Masalah salah tanggapan (missperception)

boleh diubah dengan memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba dan

melakukan latihan yang berterusan (Cathy, 1995).

Adalah penting untuk difahami bahawa dari satu sudut yang lain, keberkesanan

keseluruhan lukisan adalah bergantung kepada aspek asas dalam lukisan tersebut

seperti kualiti garisan, kepelbagaian dan sensitiviti nilai atau kesan yang dihasilkan,

kawalan tekanan terhadap alatan dan permukaan kertas (Brian, 2002). Bowen (1992)

berpendapat bahawa seseorang akan belajar melihat dan memahami melalui lukisan.

Apabila pelajar telah mempunyai kemahiran dan kefahaman tentang lukisan, pelbagai

Page 21: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

11

kepincangan dan kelemahan, kecacatan, ketidaktepatan sesuatu irnej atau objek akan

dapat dikesan dan diperbaiki di peringkat awal lagi seperti kesilapan perspektif, rupa,

bentuk, ton, struktur, ruang dan sebagainya. Penghasilan karya juga dapat dirancang

dengan baik melalui lukisan termasuk dari aspek komposisi dan prinsip seni reka.

Beliau juga berpendapat apabila kita rnembuat banyak latihan untuk meningkatkan

tahap kemahiran melukis, secara tidak langsung ia akan meningkatkan kualiti karya

yang akan dihasilkan.

Walau apa pun media, medium yang dipilih, perkara yang utama dan

terpenting ialah kemahiran asas dan latihan yang berterusan sebelum seseorang itu

memulakan sesuatu penghasilan karya (Gair,1996). Pembelajaran dan latihan yang

berterusan adalah perlu seiring dengan pemahaman terhadap prinsip dan elemen seni

lukis. Keseimbangan ini adalah penting dalam penghasilan karya yang bermutu dan

berkualiti di samping keperluan asas kepada seseorang yang terlibat secara langsung

dengan dunia seni visual.

2.2.2 Teori Dalam Negara

Salleh (2000) menyatakan bahawa lukisan rnampu merangsang pemikiran kreatif

apabila aktiviti-aktiviti lukisan dapat membantu pelajar meningkatkan daya kesedaran

(awareness), daya sensitivity daya pengamatan (perception) dan bacaan visual (visual

literacy) semasa membuat pemerhatian (observation). Beliau juga menyatakan bahawa

pengetahuan dan pemahaman lukisan merupakan pra syarat sebelum penghasilan seni

visual 2D dan 3D manakala dalam hierarki proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual, lukisan menduduki tempat teratas selepas lakaran. Beliau

juga menyatakan bahawa aktiviti melukis merupakan aktiviti kemahiran psikomotor,

oleh itu? pelajar seharusnya didedahkan dengan sistem latihan dan pembelajaran yang

sistematik serta berterusan. Pelajar juga tidak seharusnya bergantung kepada proses

pengajaran dan pembelajaran di studio semata-mata.

Page 22: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

12

Rajah 2.1: Hierarki Lukisan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual (Salleh, 2000)

Abdul Latiff (1988) menyatakan bahawa lukisan hanyalah tanggapan atau

rumusan daripada pengalaman mental seseorang atau bayangan fikiran terhadap alam

sekeliling, mengikut warna, bentuk objek atau peristiwa yang berlaku atau kejadian

yang dirasai atau dialami.

Tay Hooi Keat dalam Redza Piyadasa (1984), menyatakan bahawa

perkembangan kegiatan aktiviti melukis tanah air bermula dengan penghasilan gambar

sahaja tanpa melibatkan aspek formalistik, estetik dan sejarah seni secara serius.

Menurut beliau lagi, dalam lukisan akan terdapat benda pejal dan ruang di antaranya,

pensel atau berus adalah seperti pahat yang digunakan untuk mengukir ruang serta

membentuk satah. Untuk mencapai konsep itu, pelukis perlu memikirkan benda-benda

tersebut dengan cara melihat garis. bentuk, jalinan yang berwarna dan tidak berwarna.

Secara ringkasnya, Tay Hooi Keat menyatakan tiga perkara penting dalam proses

pemikiran visual iaitu memerhati ruang dan objek, memanipulasi berus atau pensel

sebagai pencipta ruang dan objek ilusi dan akhir sekali, melihat objek melalui aspek-

aspek formalistik seperti garisanJalinan dan sebagainya.

Page 23: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

13

2.3 Teori Multimedia Interaktif Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Pembelajaran menggunakan multimedia adalah sangat efektif kerana melibatkan

semua deria. Mengikut Dwyer (1971), daya ingatan bergantung kepada :

i. 10% apa yang dibaca.

ii. 20% apa yang didengar.

iii. 30% apa yang dilihat.

iv. 50% apa yang dilihat dan didengar.

v. 70% apa yang disebut semasa bercakap.

vi. 90% apa yang disebut dan buat sesuatu.

Komputer dianggap sebagai media yang memberi kesan kepada semua

peringkat, terutamanya dalam bidang pendidikan (Baroody, 1987). Menurut Spencer

(1988), pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah interaksi pelajar dan

bahan adalah lebih berkesan dan lebih sistematik.

Jika dibandingkan dengan pengajaran konvensional, pelajar akan dapat belajar

dengan lebih cepat apabila dibantu oleh komputer (Nasution 1995). Alessi dan Trollip

(1985) pula berpendapat kaedah Pembelajaran Bantuan Komputer ialah suatu situasi

apabila komputer digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu kemahiran.

Mereka mendefinisikan kaedah Pembelajaran Bantuan Komputer sebagai penggunaan

komputer untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi

pelajar, sama ada kesemuanya sekali atau sebahagiannya sahaja.

Rozinah (2000) menyatakan terdapat tujuh keupayaan komputer yang

menjadikannya sangat sesuai untuk Pembelajaran Bantuan Komputer (PBK) antaranya

ialah animasi dan manipulasi imej, rakaman dan ciptaan audio, storan maklumat yang

berkesan, mengenal waktu dan mas a, mampu menyelesaikan masalah matematik,

membuat keputusan logik dan mengawal peralatan luar dan ciri-ciri tersebut

membolehkannya menjadi tutor yang baik.

Dede (1993) menyatakan bahawa implikasi yang dinamik, efisien dan suasana

yang realistik dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan melalui

Page 24: ART-TECH 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 PENDIDIKAN

14

penggunaan visual grafik di dalam sesuatu aktiviti multimedia. Oleh itu, penggunaan

komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah berpotensi untuk

membantu meningkatkan prestasi pelajar (Zoraini Wati, 1993).

2.4 Kajian-Kajian Terhadap Pembelajaran Bantuan Komputer (Kajian Luar Negara)

Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran.

Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi

baru termasuklah internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan yang

antaranya menyediakan peluang untuk mempertingkatkan mutu pendidikan.

Sharp (2002) melaporkan terdapatnya kesan yang positif di antara motivasi

dengan pencapaian pelajar apabila inovasi teknologi dalam pendidikan diamalkan

dalam pendidikan.

Fisher (1994) menyatakan melalui multimedia interaktif satu konsep yang

lebih menarik berbanding dengan sistem pengajaran dan pembelajaran tradisi ialah ia

membawa dimensi baru dalam pembelajaran yang dipanggil sebagai pembelajaran

terbuka.

Perkins (1995) menyatakan usaha mengesan, menganalisis dan menggunakan

keupayaan komputer di kalangan pelajar patut dipertingkatkan kerana ia juga adalah

sumber persekitaran yang mampu merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.

Sapora (2002) menjelaskan penggunaan teknologi komputer boleh menyumbang

secara signifikan kepada tenaga pengajar dan pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam pelbagai bentuk.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Robert (1997) dalam Sapora (2002)

mendapati kebanyakan guru Pendidikan Seni Visual mempunyai tanggapan yang salah

terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual. Mereka berpendapat, komputer hanya digunakan untuk