perisian pembelajaran berbantukan komputer … · berbantukan komputer (pbk) untuk mata pelajaran...
TRANSCRIPT
PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)
UNTUK MATA PELAJARAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF TINGKATAN
EMPAT: BAB ENJIN (KENDALIAN ENJIN 4 LEJANG)
AHMAD FAIZAL BIN ABD. WAHAB
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………… ……
Nama Penulis : AHMAD FAIZAL BIN ABD WAHAB
Tarikh : 19 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Teristimewa Buat Ayah dan Umi yang sentiasa disayangi,
En. Abd. Wahab bin Zakaria
Pn. Ruhani Binti Mohamed
Dengan doa, kasih sayang dan perhatian kalian membantuku dalam mengharungi setiap
kesukaran dalam hidup ini.
Buat yang disayangi,
Roslinawati bt Abd. Wahab
Faridah bt Abd. Wahab
Fatimah Syuhada bt Abd. Wahab
Nur Izzati bt Abd. Wahab
Nur Hafizah bt Abd. Wahab
Buat teman setia yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi
Siti Aishah binti Sukaimi
Untuk rakan-rakan seperjuangan 4 SPJ yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita di
sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah
kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal).
Dengan sempurnanya perisian ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus
ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En. Rosni Zamuddin
Shah bin Sidek atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang
diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
sesiapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan
yang setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya
akan tetap dikenang hingga akhir hayat.
Akhir kata, Perisian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan
yang dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan pelajar yang berminat serta
cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.
Ahmad Faizal bin Abd. Wahab
April 2006
v
ABSTRAK
Perisian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) untuk mata pelajaran Teknologi Automotif Tingkatan
4 KBSM dalam versi Bahasa Melayu bagi bab Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang). Isi
kandungan perisian dibina berdasarkan sukatan pelajaran Teknologi Automotif
KBSM dan menggabungkan strategi pengajaran tutorial, latih tubi, simulasi,
penemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan
konstruktivisme iaitu pelajar akan membina pengetahuan masing-masing. Semasa
menghasilkan perisian ini, model Hannafin and Peck menjadi paduan kerja.
Perisian PBK ini di bina dengan menggunakan alat bahasa gubahan iaitu
Macromedia Authorware 7.0 sebagai nadi utama. Di samping itu terdapat juga
perisian lain seperti Sound Forge 5.0, Adobe Photoshop dan Paint yang di gunakan
bagi memastikan elemen-elemen multimedia dapat dimuatkan dalam perisian PBK
ini bagi mencapai objektif pembelajaran.
vi
ABSTRACT
This project aims to Computer Assisted Instructions (CAI) multimedia
software for form four automotive technologies KBSM in Malay version, focusing
on the topic Engine (Four Stroke Engine Operation). The content of this software are
based on the automotive technology KBSM syllabus and developed by combining
the teaching strategies like tutorial, practice, simulation, research and problem
solving. This software is developed based on the basic principle of the theory of
constructivism where the student learns by the process of constructing in an active
way based on their abilities. During developed this software, Hannafin and Peck
module is used as a guideline. This software was built using Authorware7.0 which is
one of the object oriented programmed. Some other software such as Sound Forge
5.0, Adobe Photoshop and Paint also used to ensure all elements in multimedia
combined in this CAI software to achieve learning objective.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGESAHAN TESIS
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
HALAMAN SENARAI RAJAH x
HALAMAN SENARAI SINGKATAN xii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Skop dan Batasan Projek 6
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.7 Kepentingan Projek 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Perisian 10
viii
1.8.2 Komputer 10
1.8.3 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 10
1.8.4 Topik Enjin 11
1.9 Penutup 11
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Keberkesanan Perisian Multimedia 13
2.3 Kelebihan Multimedia Dalam Pendidikan 14
2.3.1 Guru 14
2.3.2 Pelajar 14
2.4 Kelemahan PBK 16
2.4.1 Strategi Pengajaran Dalam Pembelajaran 17
Berbantukan Komputer (PBK)
2.5 Teori-teori Pembelajaran 19
2.5.1 Teori Behaviorisme 19
2.5.2 Teori Konstruktivisme 20
2.5.3 Teori Kognitivisme 21
2.5.4 Teori Kecerdasan Pelbagai 22
2.6 Pengaplikasian Teori Konstruktivisme Dalam 24
Perisian
2.7 Penutup 25
BAB III REKA BENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Model Rekabentuk Perisian yang Digunakan 27
3.2.1 Model Hanaffin and Peck 27
3.2.1.1 Fasa Analisa Keperluan 28
3.2.1.2 Fasa Rekabentuk 31
3.2.1.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 32
ix
3.3 Pemilihan Perisian 32
3.4 Carta Alir Perisian 34
BAB IV HASIL REKABENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Pakej Perisian 41
4.3 Perbincangan Perisian 42
4.3.1 Objektif perisian 45
4.3.2 Keterangan 46
4.3.3 Komponen 47
4.3.4 Kendalian 49
4.3.5 Latihan 52
4.3.6 Keluar 55
BAB V KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 56
5.2 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa 56
Pembangunan Perisian
5.2.1 Kekurangan Kepakaran 57
5.2.2 Kekurangan Kos 58
5.2.3 Kekurangan Masa 58
5.2.4 Penggunaan Perisian Sokongan 59
5.2.5 Kekurangan Perisian Asal dan 60
Masalah Hak Cipta
5.2.6 Penilaian Perisian 60
5.3 Kelebihan Dan Kelemahan Perisian 61
5.3.1 Kelebihan 61
5.3.2 Kelemahan 62
5.4 Kesimpulan 62
5.5 Cadangan 63
x
RUJUKAN 65
SENARAI RAJAH
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
Model rekabentuk instruksi bersistem
Hannafin and Peck
Carta alir perisian
Carta alir objektif perisian
Carta alir keterangan perisian
Carta alir menu komponen
Carta alir menu kendalian
Carta alir menu latihan
Paparan video dan selamat datang
Paparan animasi enjin dan tajuk perisian
Paparan daftar pengguna
Paparan apa khabar
Paparan loading perisian
Paparan loading successful
Paparan menu utama
Paparan objektif
Paparan keterangan perisian
Paparan sambungan keterangan perisian
Paparan menu komponen
Paparan menu aci engkol
Paparan bahagian aci engkol
Paparan fungsi aci engkol
Paparan menu kendalian
Paparan menu lejang masukan
28
36
37
37
38
38
39
43
43
43
44
44
45
45
46
47
47
48
48
49
49
50
51
xi
4.17
4.18
4.19
4.20
4.21
4.22
4.23
4.24
4.25
Paparan bahagian pada enjin
Paparan kendalian pada lejang masukan
Paparan animasi pergerakkan enjin
Paparan menu latihan
Paparan menu soalan
Paparan soalan 1
Paparan jawapan betul
Paparan laporan latihan
Paparan keluar
51
51
52
53
53
54
54
54
55
xii
SENARAI SINGKATAN
MSC - Multimedia Super Corridor
IT - Information technology
ABM - Alat Bantu Mengajar
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
OHP - over head projector
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
IKM - Institut Kemahiran Mara
ILP - Institut Latihan Perindustrian
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
CD - Compact Disk
RAM - Random Access Memory
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini, serata tempat di dunia mengalami ledakan teknologi
maklumat. Maklumat kini boleh diperolehi di hujung jari sahaja. Ianya tidak terhad
kepada pengguna dewasa tetapi terbuka kepada remaja mahupun kanak-kanak.
Maklumat yang diperlukan juga tidak terhad hanya kepada golongan eksekutif, ahli
perniagaan ataupun pakar-pakar web sahaja malah setiap orang berhak untuk
mendapatkan setiap maklumat yang dikehendaki.
Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah supaya
negara tidak ketinggalan dalam dunia teknologi maklumat yang serba canggih ini. Ia
bertepatan dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju menjelang tahun 2020 bagi merealisasikan wawasan 2020. Bagi
mencapai hasrat ini, teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting.
Kerajaan telah membangunkan MSC (Multimedia Super Corridor) sebagai sebuah
projek teknologi maklumat yang penting ke arah meningkatkan taraf ekonomi
negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan
perdagangan antarabangsa serta pentadbiran yang lebih bersistematik.
Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam hal ini dimana ia
berkembang maju dan pantas dengan kehadiran teknologi maklumat (IT). Oleh itu,
para guru digalakkan mengaplikasikan teknologi sedia ada serta menggunakan
2
kemudahan-kemudahan terkini seperti menggunakan komputer sebagai alat bantu
mengajar (ABM). Dengan adanya komputer, Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah.
Peningkatan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting untuk
menghasilkan lebih ramai masyarakat yang mempunyai pencapaian yang tinggi
dalam bidang akademik dan cemerlang dalam bidang pendidikan. Jika dibandingkan
dengan zaman dahulu, pendidikan di sekolah hanya menggunakan peralatan-
peralatan tradisional seperti papan hitam, kapur serta carta yang direka oleh guru.
Kemudian, era pendidikan beralih pula kepada penggunaan peralatan yang lebih
berteknologi seperti over head projector (OHP) dan seterusnya yang terkini ialah
penggunaan komputer dan pembelajaran secara on-line yang di panggil sebagai
pembelajaran elektronik (e-learning). Penggunaan komputer dalam pendidikan turut
membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan,
khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran dan
pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran
dan latihan guru (Mok Soon Sang, 1996).
Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) telah dapat dikenalpasti
sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk
meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang
mereka ikuti. Di sini, peranan guru telah berubah iaitu hanya memberi bantuan
sebagai fasilitator di dalam kelas dan pelajar belajar sendiri melalui PBK. Bagi
mencapai hasrat ini, institusi perguruan perlu memainkan peranan penting dalam
memberi latihan kepada bakal guru supaya mereka sentiasa dapat meningkatkan
mutu pendidikan dalam era teknologi maklumat disamping arus globalisasi. Guru-
guru akan diberi latihan tentang kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan cara
menggunakan teknologi yang dibekalkan. Oleh itu, para guru masa kini harus
mengambil peluang menimba ilmu dan melengkapkan diri dengan pengetahuan
untuk menghadapi cabaran ini supaya terus maju ke hadapan.
3
Menurut Shankar dan Raman (1997), sasaran utama pendidikan multimedia
adalah menjadikan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses aktif.yang dapat
mengelakkan pelajar supaya tidak melencong dari proses pengajaran dan
pembelajaran. Pembelajaran berasaskan buku teks yang linear dan pasif telah
berubah kepada pembelajaran berasaskan penyiasatan, penjelajahan, dan memahami
konsep. Ini akan memberi perubahan besar ke atas pendidikan negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Ilmu dan teknologi merupakan dua aspek yang tidak dapat dipisahkan dan ia
saling bertautan. Ilmu yang dihasilkan daripada pemerhatian dan pengkajian yang
mendalam dapat digunakan untuk membantu manusia menguruskan kehidupannya
dengan lebih mudah dan bermakna. Justeru itu, ilmu telah menghasilkan teknologi
yang memenuhi tujuan tersebut dan satu sifat semulajadi teknologi ialah ia sentiasa
berkembang sejajar dengan penghasilan ilmu baru.
Dengan terciptanya komputer, perkembangan teknologi semakin rancak dan
merebak ke seluruh aspek kehidupan manusia. Dengan adanya teknologi yang di
panggil sebagai teknologi maklumat telah memudahkan para pendidik untuk
melahirkan satu generasi yang mampu memperkembangkan bakat diri menjadi
manusia yang seimbang dan harmonis dalam setiap segi. Perkara ini terlaksana
dengan pegangan yang kuat terhadap Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang
menyatakan:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu yang menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan tuhan. Usaha ini adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
4
berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.”
Daripada Falsafah Pendidikan Negara ini dapat memberi pengertian bahawa
satu usaha untuk mewujudkan proses pendidikan yang berterusan dan sempurna
harus dijalankan. Pendidik harus menggunakan semua kemahiran yang dimiliki
disamping sumber-sumber yang ada di sekelilingnya dalam membentuk sebuah
generasi yang ditunjukkan oleh Falsafah Pendidikan Negara dan salah satu sumber
yang berkuasa pada hari ini ialah komputer. Maka, penggunaan komputer dalam
proses pendidikan mampu mempercepatkan proses pendidikan dan menjadikannya
lebih berkesan.
Salah satu penggunaan komputer yang boleh digunakan ialah menghasilkan
satu aplikasi yang disebut sebagai Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK). Guru-
guru hanya sebagai pemudahcara atau dikenali sebagai fasilitator kepada para pelajar
di dalam kelas dengan menggunakan kaedah bahan bantu mengajar (BBM) yang
menggunakan aplikasi perisian komputer. Dengan menggunakan bahan bantu
mengajar seperti ini, kaedah pengajaran dapat dibaiki dan mutu pengajaran dapat
dipertingkatkan lagi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam
bilik darjah. Terdapat banyak perisian yang membantu untuk menghasilkan bahan
pengajaran menggunakan perisian komputer seperti Flash, Authorware, dan Power
Point.
Pada masa sekarang, boleh dikatakan di setiap sekolah telah dibekalkan
komputer dan telah mengaplikasikan teknologi tersebut di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Ini bermakna pihak sekolah tidak
mempunyai masalah dari segi kemudahan ini. Kewujudan kelab komputer dan
makmal komputer di sekolah-sekolah itu sendiri membolehkan pelajar melibatkan
diri mereka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan multimedia dalam skop
pendidikan. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bukan sahaja berkesan, malah ianya lebih menarik, mudah, kemas dan
5
interaktif. Selain daripada itu, media seperti ini dapat mempercepatkan proses
pengurusan masa berbanding penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang lain.
1.3 Penyataan Masalah
Menurut Hamidah (2000), amalan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
dengan bantuan komputer mampu menyediakan persekitaran pembelajaran kendiri
sehingga membolehkan pelajar mengakses maklumat, mendapat ilmu pengetahuan
atau mempelajari suatu kemahiran secara individu. Ini memberi peluang kepada
setiap pelajar mempelajari sesuatu pelajaran berulangkali serta mengikut tahap
kemampuannya. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bosan sekiranya pelajar
tidak dapat memahami dan mengikuti kelas terutamanya yang melibatkan teori-teori
yang kompleks dan sukar difahami. Guru menghadapi kesukaran untuk
menerangkan konsep yang sukar secara berkesan tanpa menggunakan alat bantuan
mengajar yang baik. Pelajar juga lambat memahami isi kandungan pelajaran kerana
faktor kekurangan bahan dan peralatan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai
dimana guru hanya menggunakan carta-carta lama atau transperensi.
Pelajar masa kini kurang berminat dengan cara pengajaran tradisional iaitu
membuatkan pelajar kurang berminat dengan mata pelajaran yang dipelajari. Ini
kerana pelajar lebih berminat belajar sesuatu matapelajaran yang melibatkan
penggunaan komputer. Atas kesedaran ini, pembangun berhasrat menghasilkan satu
perisian multimedia yang menggunakan pendekatan konstruktivisme bagi bab Enjin
dalam mata pelajaran Teknologi Automotif tingkatan empat di sekolah menengah
teknik aliran vokasional. Pembangunan perisian ini merupakan usaha pembangun
dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Teknologi
Automotif khususnya dalam bab Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang). Melalui
pendekatan ini, pembangun akan mempersembahkan isi pelajaran dalam bentuk
grafik dan visual supaya dapat mempercepatkan dan mempermudahkan kefahaman
konsep kendalian enjin pembakaran dalam untuk enjin 4 lejang dan komponen-
komponennya. Ia juga mampu menyediakan persekitaran pembelajaran melalui
6
pengalaman yang membolehkan pelajar belajar dalam suasana tenang dan
menggembirakan.
1.4 Objektif Projek
Objektif dalam menghasilkan perisian multimedia ini ialah:
(i) Objektif utama perisian ialah untuk membina satu alat bantu mengajar
berbentuk perisian komputer yang mana perisian ini boleh
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengulangi
isi pelajaran bagi bab Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang) dalam mata
pelajaran Teknologi Automotif tingkatan empat berdasarkan
pendekatan konstruktivisme.
(ii) Memberikan kemudahan, koleksi dan rujukan tambahan kepada
sesiapa sahaja untuk mengetahui atau mengenali program perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK): bab Enjin (Kendalian
Enjin 4 Lejang) khususnya kepada para pelajar tingkatan empat di
sekolah menengah teknik yang mengambil mata pelajaran Teknologi
Automotif.
(iii) Sebagai bahan rujukan kepada pelajar institusi-institusi kursus
kemahiran dan teknikal seperti Insitut Kemahiran Mara (IKM),
Politeknik, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan kolej-kolej swasta.
1.5 Skop dan Batasan Projek
Perisian multimedia yang akan dibangunkan ini adalah mengikut sukatan
mata pelajaran Teknologi Automotif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) bagi peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV) dan bab
7
yang dipilih bagi pembangunan perisian ialah Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang) bagi
tingkatan empat di sekolah menengah teknik.
Perisian yang akan dibangunkan ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar
tingkatan 4 dan 5 yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional
(SPMV) bagi memudahkan penguasaan mereka dalam bab Enjin (Kendalian Enjin 4
Lejang). Di samping itu, perisian ini juga boleh digunakan oleh guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Teknologi Automotif sebagai bahan bantu mengajar bagi
memudahkan pemahaman dan penyampaian isi pelajaran bab ini kepada pelajar.
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk
Malaysia kini telah melangkah ke dunia siber tanpa sempadan yang
memerlukan pakar-pakar yang berdaya saing dan seterusnya menguasai sepenuhnya
kemahiran teknologi maklumat. Dengan itu, pihak kerajaan telah memfokuskan
kepada pendidikan di sekolah. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat
menarik perhatian dan tumpuan pelajar untuk mempelajari sesuatu bidang. Menurut
Buker (1982), PBK sebagai penggunaan terus komputer untuk pengajaran dan
menjadikan pembelajaran lebih mudah dan lebih diminati. Penyataan ini
membuktikan bahawa penggunaan PBK membantu kefahaman pelajar kerana minda
pelajar mudah menerima maklumat baru.
Pembelajaran Berbatukan Komputer berupaya meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran terutama bidang yang mencabar seperti mata
pelajaran Teknologi Automotif. Menurut Edmund (1984), PBK sebagai satu
pendekatan yang menggunakan program-program untuk berinteraksi dengan pelajar
iaitu di mana pelajar berkomunikasi dengan komputer dan guru sebagai fasilitator.
Oleh itu, PBK yang mempunyai gambaran dan paparan melalui skrin komputer yang
dihasilkan beserta bunyi, warna, bentuk dan animasi berjaya menarik tumpuan
pelajar yang mengikuti perisian tersebut.
8
Perisian multimedia ini menjadi penyelesaian kepada masalah menarik minat
pelajar dan ia juga dapat mencapai hasrat kerajaan agar rakyat tidak ketinggalan
dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat.
1.7 Kepentingan Projek
Perisian multimedia bagi bab Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang), tingkatan
empat ini merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
penggunaan komputer. Ia dibangunkan sebagai alternatif atau perantaraan dalam
sesebuah penyampaian atau persembahan maklumat kepada para pelajar dengan
lebih efektif. Dalam erti kata lain, perisian ini bertindak sebagai pelengkap atau alat
bantu mengajar bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
dan menyeronokkan.
Perisian yang mempunyai elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi dan
bunyi ini, membolehkan pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran
mempelajari konsep kendalian enjin pembakaran dalam dengan lebih berkesan.
Perisian ini begitu sesuai dengan minat, kesukaan, keperluan, pengetahuan dan emosi
pelajar. Pelajar berpeluang untuk mengulangi konsep atau isi pelajaran tersebut pada
bila-bila masa atau sebanyak mana sekalipun. Ciri interaktif yang terdapat dalam
perisian ini membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan cara memilih pelbagai
menu yang disediakan dan mendapat maklumbalas serta-merta. Selain itu, pelajar
juga di benarkan untuk mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak dipelajari
berdasarkan kebolehannya. Perisian ini berupaya menarik perhatian dan meransang
minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipersembahkan. Oleh itu dengan adanya
perisian ini, diharapkan dapat membantu pelajar mencapai peningkatan akademik
dalam mata pelajaran Teknologi Automotif khususnya pelajar yang akan menduduki
peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV)
Dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, biasanya seorang guru
menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarna,
9
peta, carta, gambar serta suara guru sendiri untuk mengajar. Pembinaan perisian ini
dapat memudahkan guru untuk menyampaikan konsep kendalian enjin serta
komponen-komponen yang terdapat dalam enjin dalam bentuk yang menarik dan
mudah difahami oleh pelajar. Disamping itu dapat menambah minat guru untuk
menggunakan komputer dalam bilik darjah, ia juga memberi peluang kepada guru
untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan
komputer, khususnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
perisian ini juga boleh menyebabkan peranan guru yang selama ini sebagai
penyampai maklumat akan berubah menjadi fasilitator, mentor dan pembimbing
kepada pelajar. Secara tidak langsung amalan pengajaran tradisional dalam bilik
darjah turut berubah kepada pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif dan
koperatif. Justeru itu guru dapat memberikan perhatian kepada pelajar lemah yang
memerlukan perhatian yang berterusan.
Di samping memberikan pelbagai faedah kepada guru dan pelajar, pembinaan
perisian ini juga turut memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat Malaysia dan
membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melaksanakan pendekatan
konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.8 Definisi Istilah
Definisi istilah merupakan huraian tentang istilah-istilah yang spesifik
berkaitan dengan perisian yang ingin dibangunkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan
pembaca daripada terkeliru dengan pandangan yang berbeza dari apa yang
dikehendaki.