perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) … filepenemuan dan penyelesaian masalah....

23

Upload: lamduong

Post on 20-Jun-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme
Page 2: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme
Page 3: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)

UNTUK MATA PELAJARAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF TINGKATAN

EMPAT: BAB ENJIN (KENDALIAN ENJIN 4 LEJANG)

AHMAD FAIZAL BIN ABD. WAHAB

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 4: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………… ……

Nama Penulis : AHMAD FAIZAL BIN ABD WAHAB

Tarikh : 19 APRIL 2006

Page 5: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

iii

DEDIKASI

Teristimewa Buat Ayah dan Umi yang sentiasa disayangi,

En. Abd. Wahab bin Zakaria

Pn. Ruhani Binti Mohamed

Dengan doa, kasih sayang dan perhatian kalian membantuku dalam mengharungi setiap

kesukaran dalam hidup ini.

Buat yang disayangi,

Roslinawati bt Abd. Wahab

Faridah bt Abd. Wahab

Fatimah Syuhada bt Abd. Wahab

Nur Izzati bt Abd. Wahab

Nur Hafizah bt Abd. Wahab

Buat teman setia yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi

Siti Aishah binti Sukaimi

Untuk rakan-rakan seperjuangan 4 SPJ yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita di

sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama

Page 6: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah

kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal).

Dengan sempurnanya perisian ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En. Rosni Zamuddin

Shah bin Sidek atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang

diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta

sesiapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan

yang setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya

akan tetap dikenang hingga akhir hayat.

Akhir kata, Perisian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan pelajar yang berminat serta

cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Ahmad Faizal bin Abd. Wahab

April 2006

Page 7: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

v

ABSTRAK

Perisian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) untuk mata pelajaran Teknologi Automotif Tingkatan

4 KBSM dalam versi Bahasa Melayu bagi bab Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang). Isi

kandungan perisian dibina berdasarkan sukatan pelajaran Teknologi Automotif

KBSM dan menggabungkan strategi pengajaran tutorial, latih tubi, simulasi,

penemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan

konstruktivisme iaitu pelajar akan membina pengetahuan masing-masing. Semasa

menghasilkan perisian ini, model Hannafin and Peck menjadi paduan kerja.

Perisian PBK ini di bina dengan menggunakan alat bahasa gubahan iaitu

Macromedia Authorware 7.0 sebagai nadi utama. Di samping itu terdapat juga

perisian lain seperti Sound Forge 5.0, Adobe Photoshop dan Paint yang di gunakan

bagi memastikan elemen-elemen multimedia dapat dimuatkan dalam perisian PBK

ini bagi mencapai objektif pembelajaran.

Page 8: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

vi

ABSTRACT

This project aims to Computer Assisted Instructions (CAI) multimedia

software for form four automotive technologies KBSM in Malay version, focusing

on the topic Engine (Four Stroke Engine Operation). The content of this software are

based on the automotive technology KBSM syllabus and developed by combining

the teaching strategies like tutorial, practice, simulation, research and problem

solving. This software is developed based on the basic principle of the theory of

constructivism where the student learns by the process of constructing in an active

way based on their abilities. During developed this software, Hannafin and Peck

module is used as a guideline. This software was built using Authorware7.0 which is

one of the object oriented programmed. Some other software such as Sound Forge

5.0, Adobe Photoshop and Paint also used to ensure all elements in multimedia

combined in this CAI software to achieve learning objective.

Page 9: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGESAHAN TESIS

HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

HALAMAN KANDUNGAN vii

HALAMAN SENARAI RAJAH x

HALAMAN SENARAI SINGKATAN xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Skop dan Batasan Projek 6

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.7 Kepentingan Projek 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Perisian 10

Page 10: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

viii

1.8.2 Komputer 10

1.8.3 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 10

1.8.4 Topik Enjin 11

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Keberkesanan Perisian Multimedia 13

2.3 Kelebihan Multimedia Dalam Pendidikan 14

2.3.1 Guru 14

2.3.2 Pelajar 14

2.4 Kelemahan PBK 16

2.4.1 Strategi Pengajaran Dalam Pembelajaran 17

Berbantukan Komputer (PBK)

2.5 Teori-teori Pembelajaran 19

2.5.1 Teori Behaviorisme 19

2.5.2 Teori Konstruktivisme 20

2.5.3 Teori Kognitivisme 21

2.5.4 Teori Kecerdasan Pelbagai 22

2.6 Pengaplikasian Teori Konstruktivisme Dalam 24

Perisian

2.7 Penutup 25

BAB III REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Model Rekabentuk Perisian yang Digunakan 27

3.2.1 Model Hanaffin and Peck 27

3.2.1.1 Fasa Analisa Keperluan 28

3.2.1.2 Fasa Rekabentuk 31

3.2.1.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 32

Page 11: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

ix

3.3 Pemilihan Perisian 32

3.4 Carta Alir Perisian 34

BAB IV HASIL REKABENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Pakej Perisian 41

4.3 Perbincangan Perisian 42

4.3.1 Objektif perisian 45

4.3.2 Keterangan 46

4.3.3 Komponen 47

4.3.4 Kendalian 49

4.3.5 Latihan 52

4.3.6 Keluar 55

BAB V KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 56

5.2 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa 56

Pembangunan Perisian

5.2.1 Kekurangan Kepakaran 57

5.2.2 Kekurangan Kos 58

5.2.3 Kekurangan Masa 58

5.2.4 Penggunaan Perisian Sokongan 59

5.2.5 Kekurangan Perisian Asal dan 60

Masalah Hak Cipta

5.2.6 Penilaian Perisian 60

5.3 Kelebihan Dan Kelemahan Perisian 61

5.3.1 Kelebihan 61

5.3.2 Kelemahan 62

5.4 Kesimpulan 62

5.5 Cadangan 63

Page 12: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

x

RUJUKAN 65

SENARAI RAJAH

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

Model rekabentuk instruksi bersistem

Hannafin and Peck

Carta alir perisian

Carta alir objektif perisian

Carta alir keterangan perisian

Carta alir menu komponen

Carta alir menu kendalian

Carta alir menu latihan

Paparan video dan selamat datang

Paparan animasi enjin dan tajuk perisian

Paparan daftar pengguna

Paparan apa khabar

Paparan loading perisian

Paparan loading successful

Paparan menu utama

Paparan objektif

Paparan keterangan perisian

Paparan sambungan keterangan perisian

Paparan menu komponen

Paparan menu aci engkol

Paparan bahagian aci engkol

Paparan fungsi aci engkol

Paparan menu kendalian

Paparan menu lejang masukan

28

36

37

37

38

38

39

43

43

43

44

44

45

45

46

47

47

48

48

49

49

50

51

Page 13: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

xi

4.17

4.18

4.19

4.20

4.21

4.22

4.23

4.24

4.25

Paparan bahagian pada enjin

Paparan kendalian pada lejang masukan

Paparan animasi pergerakkan enjin

Paparan menu latihan

Paparan menu soalan

Paparan soalan 1

Paparan jawapan betul

Paparan laporan latihan

Paparan keluar

51

51

52

53

53

54

54

54

55

Page 14: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

xii

SENARAI SINGKATAN

MSC - Multimedia Super Corridor

IT - Information technology

ABM - Alat Bantu Mengajar

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

OHP - over head projector

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

IKM - Institut Kemahiran Mara

ILP - Institut Latihan Perindustrian

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

CD - Compact Disk

RAM - Random Access Memory

Page 15: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini, serata tempat di dunia mengalami ledakan teknologi

maklumat. Maklumat kini boleh diperolehi di hujung jari sahaja. Ianya tidak terhad

kepada pengguna dewasa tetapi terbuka kepada remaja mahupun kanak-kanak.

Maklumat yang diperlukan juga tidak terhad hanya kepada golongan eksekutif, ahli

perniagaan ataupun pakar-pakar web sahaja malah setiap orang berhak untuk

mendapatkan setiap maklumat yang dikehendaki.

Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah supaya

negara tidak ketinggalan dalam dunia teknologi maklumat yang serba canggih ini. Ia

bertepatan dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara maju menjelang tahun 2020 bagi merealisasikan wawasan 2020. Bagi

mencapai hasrat ini, teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting.

Kerajaan telah membangunkan MSC (Multimedia Super Corridor) sebagai sebuah

projek teknologi maklumat yang penting ke arah meningkatkan taraf ekonomi

negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan

perdagangan antarabangsa serta pentadbiran yang lebih bersistematik.

Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam hal ini dimana ia

berkembang maju dan pantas dengan kehadiran teknologi maklumat (IT). Oleh itu,

para guru digalakkan mengaplikasikan teknologi sedia ada serta menggunakan

Page 16: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

2

kemudahan-kemudahan terkini seperti menggunakan komputer sebagai alat bantu

mengajar (ABM). Dengan adanya komputer, Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

sekolah.

Peningkatan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting untuk

menghasilkan lebih ramai masyarakat yang mempunyai pencapaian yang tinggi

dalam bidang akademik dan cemerlang dalam bidang pendidikan. Jika dibandingkan

dengan zaman dahulu, pendidikan di sekolah hanya menggunakan peralatan-

peralatan tradisional seperti papan hitam, kapur serta carta yang direka oleh guru.

Kemudian, era pendidikan beralih pula kepada penggunaan peralatan yang lebih

berteknologi seperti over head projector (OHP) dan seterusnya yang terkini ialah

penggunaan komputer dan pembelajaran secara on-line yang di panggil sebagai

pembelajaran elektronik (e-learning). Penggunaan komputer dalam pendidikan turut

membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan,

khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran dan

pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran

dan latihan guru (Mok Soon Sang, 1996).

Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) telah dapat dikenalpasti

sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk

meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang

mereka ikuti. Di sini, peranan guru telah berubah iaitu hanya memberi bantuan

sebagai fasilitator di dalam kelas dan pelajar belajar sendiri melalui PBK. Bagi

mencapai hasrat ini, institusi perguruan perlu memainkan peranan penting dalam

memberi latihan kepada bakal guru supaya mereka sentiasa dapat meningkatkan

mutu pendidikan dalam era teknologi maklumat disamping arus globalisasi. Guru-

guru akan diberi latihan tentang kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan cara

menggunakan teknologi yang dibekalkan. Oleh itu, para guru masa kini harus

mengambil peluang menimba ilmu dan melengkapkan diri dengan pengetahuan

untuk menghadapi cabaran ini supaya terus maju ke hadapan.

Page 17: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

3

Menurut Shankar dan Raman (1997), sasaran utama pendidikan multimedia

adalah menjadikan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses aktif.yang dapat

mengelakkan pelajar supaya tidak melencong dari proses pengajaran dan

pembelajaran. Pembelajaran berasaskan buku teks yang linear dan pasif telah

berubah kepada pembelajaran berasaskan penyiasatan, penjelajahan, dan memahami

konsep. Ini akan memberi perubahan besar ke atas pendidikan negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Ilmu dan teknologi merupakan dua aspek yang tidak dapat dipisahkan dan ia

saling bertautan. Ilmu yang dihasilkan daripada pemerhatian dan pengkajian yang

mendalam dapat digunakan untuk membantu manusia menguruskan kehidupannya

dengan lebih mudah dan bermakna. Justeru itu, ilmu telah menghasilkan teknologi

yang memenuhi tujuan tersebut dan satu sifat semulajadi teknologi ialah ia sentiasa

berkembang sejajar dengan penghasilan ilmu baru.

Dengan terciptanya komputer, perkembangan teknologi semakin rancak dan

merebak ke seluruh aspek kehidupan manusia. Dengan adanya teknologi yang di

panggil sebagai teknologi maklumat telah memudahkan para pendidik untuk

melahirkan satu generasi yang mampu memperkembangkan bakat diri menjadi

manusia yang seimbang dan harmonis dalam setiap segi. Perkara ini terlaksana

dengan pegangan yang kuat terhadap Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang

menyatakan:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu yang menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan tuhan. Usaha ini adalah untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

Page 18: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

4

berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat

dan negara.”

Daripada Falsafah Pendidikan Negara ini dapat memberi pengertian bahawa

satu usaha untuk mewujudkan proses pendidikan yang berterusan dan sempurna

harus dijalankan. Pendidik harus menggunakan semua kemahiran yang dimiliki

disamping sumber-sumber yang ada di sekelilingnya dalam membentuk sebuah

generasi yang ditunjukkan oleh Falsafah Pendidikan Negara dan salah satu sumber

yang berkuasa pada hari ini ialah komputer. Maka, penggunaan komputer dalam

proses pendidikan mampu mempercepatkan proses pendidikan dan menjadikannya

lebih berkesan.

Salah satu penggunaan komputer yang boleh digunakan ialah menghasilkan

satu aplikasi yang disebut sebagai Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK). Guru-

guru hanya sebagai pemudahcara atau dikenali sebagai fasilitator kepada para pelajar

di dalam kelas dengan menggunakan kaedah bahan bantu mengajar (BBM) yang

menggunakan aplikasi perisian komputer. Dengan menggunakan bahan bantu

mengajar seperti ini, kaedah pengajaran dapat dibaiki dan mutu pengajaran dapat

dipertingkatkan lagi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam

bilik darjah. Terdapat banyak perisian yang membantu untuk menghasilkan bahan

pengajaran menggunakan perisian komputer seperti Flash, Authorware, dan Power

Point.

Pada masa sekarang, boleh dikatakan di setiap sekolah telah dibekalkan

komputer dan telah mengaplikasikan teknologi tersebut di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Ini bermakna pihak sekolah tidak

mempunyai masalah dari segi kemudahan ini. Kewujudan kelab komputer dan

makmal komputer di sekolah-sekolah itu sendiri membolehkan pelajar melibatkan

diri mereka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan multimedia dalam skop

pendidikan. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) bukan sahaja berkesan, malah ianya lebih menarik, mudah, kemas dan

Page 19: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

5

interaktif. Selain daripada itu, media seperti ini dapat mempercepatkan proses

pengurusan masa berbanding penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang lain.

1.3 Penyataan Masalah

Menurut Hamidah (2000), amalan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku

dengan bantuan komputer mampu menyediakan persekitaran pembelajaran kendiri

sehingga membolehkan pelajar mengakses maklumat, mendapat ilmu pengetahuan

atau mempelajari suatu kemahiran secara individu. Ini memberi peluang kepada

setiap pelajar mempelajari sesuatu pelajaran berulangkali serta mengikut tahap

kemampuannya. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bosan sekiranya pelajar

tidak dapat memahami dan mengikuti kelas terutamanya yang melibatkan teori-teori

yang kompleks dan sukar difahami. Guru menghadapi kesukaran untuk

menerangkan konsep yang sukar secara berkesan tanpa menggunakan alat bantuan

mengajar yang baik. Pelajar juga lambat memahami isi kandungan pelajaran kerana

faktor kekurangan bahan dan peralatan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai

dimana guru hanya menggunakan carta-carta lama atau transperensi.

Pelajar masa kini kurang berminat dengan cara pengajaran tradisional iaitu

membuatkan pelajar kurang berminat dengan mata pelajaran yang dipelajari. Ini

kerana pelajar lebih berminat belajar sesuatu matapelajaran yang melibatkan

penggunaan komputer. Atas kesedaran ini, pembangun berhasrat menghasilkan satu

perisian multimedia yang menggunakan pendekatan konstruktivisme bagi bab Enjin

dalam mata pelajaran Teknologi Automotif tingkatan empat di sekolah menengah

teknik aliran vokasional. Pembangunan perisian ini merupakan usaha pembangun

dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Teknologi

Automotif khususnya dalam bab Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang). Melalui

pendekatan ini, pembangun akan mempersembahkan isi pelajaran dalam bentuk

grafik dan visual supaya dapat mempercepatkan dan mempermudahkan kefahaman

konsep kendalian enjin pembakaran dalam untuk enjin 4 lejang dan komponen-

komponennya. Ia juga mampu menyediakan persekitaran pembelajaran melalui

Page 20: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

6

pengalaman yang membolehkan pelajar belajar dalam suasana tenang dan

menggembirakan.

1.4 Objektif Projek

Objektif dalam menghasilkan perisian multimedia ini ialah:

(i) Objektif utama perisian ialah untuk membina satu alat bantu mengajar

berbentuk perisian komputer yang mana perisian ini boleh

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengulangi

isi pelajaran bagi bab Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang) dalam mata

pelajaran Teknologi Automotif tingkatan empat berdasarkan

pendekatan konstruktivisme.

(ii) Memberikan kemudahan, koleksi dan rujukan tambahan kepada

sesiapa sahaja untuk mengetahui atau mengenali program perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK): bab Enjin (Kendalian

Enjin 4 Lejang) khususnya kepada para pelajar tingkatan empat di

sekolah menengah teknik yang mengambil mata pelajaran Teknologi

Automotif.

(iii) Sebagai bahan rujukan kepada pelajar institusi-institusi kursus

kemahiran dan teknikal seperti Insitut Kemahiran Mara (IKM),

Politeknik, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan kolej-kolej swasta.

1.5 Skop dan Batasan Projek

Perisian multimedia yang akan dibangunkan ini adalah mengikut sukatan

mata pelajaran Teknologi Automotif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) bagi peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV) dan bab

Page 21: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

7

yang dipilih bagi pembangunan perisian ialah Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang) bagi

tingkatan empat di sekolah menengah teknik.

Perisian yang akan dibangunkan ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar

tingkatan 4 dan 5 yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional

(SPMV) bagi memudahkan penguasaan mereka dalam bab Enjin (Kendalian Enjin 4

Lejang). Di samping itu, perisian ini juga boleh digunakan oleh guru-guru yang

mengajar mata pelajaran Teknologi Automotif sebagai bahan bantu mengajar bagi

memudahkan pemahaman dan penyampaian isi pelajaran bab ini kepada pelajar.

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Malaysia kini telah melangkah ke dunia siber tanpa sempadan yang

memerlukan pakar-pakar yang berdaya saing dan seterusnya menguasai sepenuhnya

kemahiran teknologi maklumat. Dengan itu, pihak kerajaan telah memfokuskan

kepada pendidikan di sekolah. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat

menarik perhatian dan tumpuan pelajar untuk mempelajari sesuatu bidang. Menurut

Buker (1982), PBK sebagai penggunaan terus komputer untuk pengajaran dan

menjadikan pembelajaran lebih mudah dan lebih diminati. Penyataan ini

membuktikan bahawa penggunaan PBK membantu kefahaman pelajar kerana minda

pelajar mudah menerima maklumat baru.

Pembelajaran Berbatukan Komputer berupaya meningkatkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran terutama bidang yang mencabar seperti mata

pelajaran Teknologi Automotif. Menurut Edmund (1984), PBK sebagai satu

pendekatan yang menggunakan program-program untuk berinteraksi dengan pelajar

iaitu di mana pelajar berkomunikasi dengan komputer dan guru sebagai fasilitator.

Oleh itu, PBK yang mempunyai gambaran dan paparan melalui skrin komputer yang

dihasilkan beserta bunyi, warna, bentuk dan animasi berjaya menarik tumpuan

pelajar yang mengikuti perisian tersebut.

Page 22: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

8

Perisian multimedia ini menjadi penyelesaian kepada masalah menarik minat

pelajar dan ia juga dapat mencapai hasrat kerajaan agar rakyat tidak ketinggalan

dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat.

1.7 Kepentingan Projek

Perisian multimedia bagi bab Enjin (Kendalian Enjin 4 Lejang), tingkatan

empat ini merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan

penggunaan komputer. Ia dibangunkan sebagai alternatif atau perantaraan dalam

sesebuah penyampaian atau persembahan maklumat kepada para pelajar dengan

lebih efektif. Dalam erti kata lain, perisian ini bertindak sebagai pelengkap atau alat

bantu mengajar bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik

dan menyeronokkan.

Perisian yang mempunyai elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi dan

bunyi ini, membolehkan pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran

mempelajari konsep kendalian enjin pembakaran dalam dengan lebih berkesan.

Perisian ini begitu sesuai dengan minat, kesukaan, keperluan, pengetahuan dan emosi

pelajar. Pelajar berpeluang untuk mengulangi konsep atau isi pelajaran tersebut pada

bila-bila masa atau sebanyak mana sekalipun. Ciri interaktif yang terdapat dalam

perisian ini membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan cara memilih pelbagai

menu yang disediakan dan mendapat maklumbalas serta-merta. Selain itu, pelajar

juga di benarkan untuk mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak dipelajari

berdasarkan kebolehannya. Perisian ini berupaya menarik perhatian dan meransang

minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipersembahkan. Oleh itu dengan adanya

perisian ini, diharapkan dapat membantu pelajar mencapai peningkatan akademik

dalam mata pelajaran Teknologi Automotif khususnya pelajar yang akan menduduki

peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV)

Dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, biasanya seorang guru

menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarna,

Page 23: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) … filepenemuan dan penyelesaian masalah. Pembangunan ini berlandaskan pendekatan Pembangunan ini berlandaskan pendekatan konstruktivisme

9

peta, carta, gambar serta suara guru sendiri untuk mengajar. Pembinaan perisian ini

dapat memudahkan guru untuk menyampaikan konsep kendalian enjin serta

komponen-komponen yang terdapat dalam enjin dalam bentuk yang menarik dan

mudah difahami oleh pelajar. Disamping itu dapat menambah minat guru untuk

menggunakan komputer dalam bilik darjah, ia juga memberi peluang kepada guru

untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan

komputer, khususnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan

perisian ini juga boleh menyebabkan peranan guru yang selama ini sebagai

penyampai maklumat akan berubah menjadi fasilitator, mentor dan pembimbing

kepada pelajar. Secara tidak langsung amalan pengajaran tradisional dalam bilik

darjah turut berubah kepada pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif dan

koperatif. Justeru itu guru dapat memberikan perhatian kepada pelajar lemah yang

memerlukan perhatian yang berterusan.

Di samping memberikan pelbagai faedah kepada guru dan pelajar, pembinaan

perisian ini juga turut memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat Malaysia dan

membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melaksanakan pendekatan

konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.8 Definisi Istilah

Definisi istilah merupakan huraian tentang istilah-istilah yang spesifik

berkaitan dengan perisian yang ingin dibangunkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan

pembaca daripada terkeliru dengan pandangan yang berbeza dari apa yang

dikehendaki.