pengurusan tl dlm pk

78
Pengurusan Tingkah Laku Dalam Pendidikan Khas

Upload: ramesh-nathan

Post on 22-Dec-2015

263 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Pendidikan Khas

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan TL Dlm PK

Pengurusan Tingkah Laku

Dalam

Pendidikan Khas

Page 2: Pengurusan TL Dlm PK

Definisi Dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku

• Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa.

• “ Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik.”

• “Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu”

(Bear, Wolf and Risley, 1968)

Page 3: Pengurusan TL Dlm PK

• Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

• Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.

Lewis M.Beaker (2001)

Page 4: Pengurusan TL Dlm PK

• Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.

• Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.

• Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.

Garry Martin & Joseph Pear (2003)

Page 5: Pengurusan TL Dlm PK

• Seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan.

• Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Carl Rogers (1999)

Page 6: Pengurusan TL Dlm PK

Definisi Menurut Al-Ghazali Dari Perspektif Islam

Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri: • Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan

serta tujuan. • Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia

itu sendiri. • Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan

luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.

• Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu.

• Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-satu situasi itu.

• Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara motivasi dan tingkah laku.

Page 7: Pengurusan TL Dlm PK

• “Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.”

(Kamus Dewan, 1979)

• Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran.

• Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini.

Definisi Dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Page 8: Pengurusan TL Dlm PK

Konsep Asas Pengurusan Tingkah Laku

• Perancangan yang rapi

• Tentukan individu atau kumpulan

• Teknik intervensi yang berkesan

• Penilaian secara objektif

Page 9: Pengurusan TL Dlm PK

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid pemulihan sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu;

• setiap murid adalah unik

• tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid

• proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).

Konsep Asas Pengurusan Tingkah Laku

Page 10: Pengurusan TL Dlm PK

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana: i. memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa; ii. Kenalpasti antecedent dan consequences persekitaran; iii. tentukan objektif tingkah laku baru; dan iv. bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti.

Zirpoli &Melloy (1993)

Konsep Asas Pengurusan Tingkah Laku

Page 11: Pengurusan TL Dlm PK

Perspektif Sejarah

• Pada peringkat awal para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu itu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan kimia dalam badan, dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.

• Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus.

Page 12: Pengurusan TL Dlm PK

Hasil Kajian Tingkah Laku

Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker & Shea (1995) tingkah laku seseorang itu, sama ada terhadap dirinya dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut: i. Keperluan dan kehendak untuk bertahan (survival) dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra. ii. Kepercayaan kepada khurafat / tahyul, atau keperluan untuk bertindak balas terhadap sesuatu yang tidak diketahui. iii. Kepercayaan kepada sains, atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis, dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui. iv. Perkhidmatan, atau keperluan membantu, membimbing, mengawal, dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

Page 13: Pengurusan TL Dlm PK

Umumnya hasil kajian tingkah laku menunjukan bahawa:

• “Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru oleh dipelajari sepanjang masa.”

• “Tingkah laku yang tidak sesuai seperti agresif atau tingkah laku suka merosakkan harta benda boleh di diubah kepada tingkah laku baru jika individu itu diberi pengajaran.”

Hasil Kajian Tingkah Laku

Page 14: Pengurusan TL Dlm PK

Model Pengurusan Tingkah Laku

Page 15: Pengurusan TL Dlm PK

i. Psikodinamik

• Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri.

• Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic.

• Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personaliti terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).

Page 16: Pengurusan TL Dlm PK

ii. Biofizikal

• Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik.

• Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.

Page 17: Pengurusan TL Dlm PK

iii. Persekitaran

• Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara.

• Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu berlaku.

Page 18: Pengurusan TL Dlm PK

iv. Behavioral

• Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya.

• Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingya.

Page 19: Pengurusan TL Dlm PK

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah

• Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

Page 20: Pengurusan TL Dlm PK
Page 21: Pengurusan TL Dlm PK
Page 22: Pengurusan TL Dlm PK

Tingkah Laku Bermasalah Positif

• Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.

• Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

Page 23: Pengurusan TL Dlm PK

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

• Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain.

• Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:

Page 24: Pengurusan TL Dlm PK

i. Disruptif

• Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

• Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

Page 25: Pengurusan TL Dlm PK

• Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.

ii. Pergantungan Berlebihan

Page 26: Pengurusan TL Dlm PK

• Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya.

iii. Agresif

Page 27: Pengurusan TL Dlm PK

• Perlakuan ynag suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

iv. Distruktif

Page 28: Pengurusan TL Dlm PK

• Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

• Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang.

v. Kebimbangan

Page 29: Pengurusan TL Dlm PK

• Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi.

• Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

vi. Pengasingan Diri

Page 30: Pengurusan TL Dlm PK

• Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.

vii. Ponteng Sekolah

Page 31: Pengurusan TL Dlm PK

• Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah.

• Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.

viii. Enggan Ke Sekolah

Page 32: Pengurusan TL Dlm PK

• Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya.

• Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

ix. Mencuri

Page 33: Pengurusan TL Dlm PK

Punca Salah Laku

• Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu.

• Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut.

• Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.

Page 34: Pengurusan TL Dlm PK

Faktor-faktor Masalah Tingkah Laku Kanak-kanak

i. Persekitaran

ii. Tekanan psikologikal

iii. Ketakutan dan fobia

iv. Peneguhan yang kurang sesuai

v. Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad

vi. Kesukaran tugasan

vii. Aktiviti dan tahap rangsangan

viii. Kesihatan dan perubatan

ix. Jangkaan tingkah laku

Page 35: Pengurusan TL Dlm PK

Faktor Persekitaran

• Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain.

• Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dll.

Page 36: Pengurusan TL Dlm PK

• Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut.

• Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Tekanan Psikologi

Page 37: Pengurusan TL Dlm PK

• Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu.

• Fobia termasuk juga takut tehadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian tetapi melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut.

• Ketakutan ini akan menyebabkan bahaya seperti berlari melintasi jalan raya kerana takutkan anjing.

Ketakutan dan Fobia

Page 38: Pengurusan TL Dlm PK

• Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja.

• Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk.

• Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya.

• Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

Peneguhan Yang Kurang Sesuai

Page 39: Pengurusan TL Dlm PK

• Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.

Kemahiran Komunikasi Dan Sosial Yang Terhad

Page 40: Pengurusan TL Dlm PK

• Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan.

• Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Kesukaran Tugasan

Page 41: Pengurusan TL Dlm PK

• Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku.

• Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Aktiviti Dan Tahap Rangsangan

Page 42: Pengurusan TL Dlm PK

• Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.

Kesihatan dan Perubatan

Page 43: Pengurusan TL Dlm PK

• Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak dan membiarkannya.

• Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya.

• Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

Jangkaan Tingkah Laku

Page 44: Pengurusan TL Dlm PK

Kesan-kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran

Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas, antaranya adalah:

i. murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru

ii. mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran

iii. sukar memahami pengajaran guru

iv. gagal menyiapkan tugasan yang diberi

v. enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan

Page 45: Pengurusan TL Dlm PK

Prinsip-prinsip Asas Mengurus Tingkah Laku

• Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut.

• Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.

Page 46: Pengurusan TL Dlm PK

i. Prinsip Peneguhan

• Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau mengurangkan tingkah laku.

• Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.

• Ganjaran merupakan sesuatu objek atau situasi yg dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.

• Ganjaran yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.

Page 47: Pengurusan TL Dlm PK

Jenis-jenis Ganjaran

i. Tangible - makanan /minuman (edible) - barangan seperti mainan dan permainan (non- edible) ii. Sensory - sentuhan (tactile), penggetar (vibratory) , wangian (olfactory), visual, auditory iii. Sosial - pujian, senyum, beri perhatian, kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan iv. Aktiviti - lawatan, ambil bahagian, mewarna, menonton televisyen, dll

Page 48: Pengurusan TL Dlm PK

Jadual Peneguhan

• Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual berikut:

i. ‘Contigent’ – diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut. ii. ‘Continuous’ – diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan. Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk/melatih perlakuan baru iii. ‘Intermitten’ – diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada setiap perlakuan berlaku. iv. Penjadualan nisbah (ratio schedules)

Page 49: Pengurusan TL Dlm PK

iv. Penjadualan Nisbah (Ratio Schedules)

a. ‘Fixed ratio’ - penjadualan tetap nisbah perlakuan (bilangan)

b. ‘Variable ratio’ – bilangan perlakuan yang berbeza dalam tempoh tertentu (masa)

c. ‘Fixed interval’ – penentuan jangka masa yang tetap (setiap 10 min)

d. ‘Variable interval’ – penentuan jangka masa yang tidak tetap (9,4,9,15,13 min)

Page 50: Pengurusan TL Dlm PK

Prinsip Pengurusan Tingkah Laku

Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku berikut:

• semua tingkah laku dipelajari

• semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus

• tingkah laku boleh diajar dan diubah

• matlamat perlu jelas dan khusus

• program perlu secara individu

• program perlu fokus masa kini (semasa)

• program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak

Page 51: Pengurusan TL Dlm PK

Langkah-langkah Dalam Proses Perubahan Tingkah Laku

• Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

Memilih tingkah laku sasaran:

• Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan.

Page 52: Pengurusan TL Dlm PK

Panduan Memilih Tingkah Laku Sasaran:

i. Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa:

• Masalah yang membahayakan diri dan orang lain

• Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lain

• Masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain

• Masalah yang tidak sesuai dengan umurnya

• Masalah yang terlalu kerap berlaku

• Masalah yang terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu

• Masalah yang menyebabkan murid lain menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya

(Zirpoli & Mellow, 2001)

Page 53: Pengurusan TL Dlm PK

ii. Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan:

• Jenis tingkah laku

• Kekerapan berlaku

• Jangka masa berlaku

• Tahap keterukan

• Jumlah keseluruhan tingkah laku

Panduan Memilih Tingkah Laku Sasaran:

Page 54: Pengurusan TL Dlm PK

iii. Pertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada meningkat atau mengurang.

iv. Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian.

v. Pastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.

vi. Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

Panduan Memilih Tingkah Laku Sasaran:

Page 55: Pengurusan TL Dlm PK

Mengumpul Dan Merekod Data

• Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah.

• Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ’baseline data’.

• Tujuan mengumpul data: i. Mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam

sehari ii. Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku iii. Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai

corak / bentuk tertentu iv. Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.

Page 56: Pengurusan TL Dlm PK

Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut:

• Rekod naratif

• Rekod anekdot

• Rekod naratif Berterusan

• Rekod kejadian (Event recording)

• Rekod kekerapan

• Rekod jangka masa (Duration)

• Rekod had masa (Interval)

• Rekod sampel masa

Mengumpul Dan Merekod Data

Page 57: Pengurusan TL Dlm PK

Melaksana Intervensi

• Setelah guru mengumpul segala maklumat (baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut.

• Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan, dan corak tingkah laku itu itu berlaku.

• Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan.

• Progam intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku.

Page 58: Pengurusan TL Dlm PK

Program Intervensi Dijalankan Dalam Tiga Fasa

i. Fasa pra intervensi

ii. Fasa intervensi

iii. Fasa selepas intervensi

Page 59: Pengurusan TL Dlm PK

i. Fasa Pra Intervensi

• Dikenali sebagai “baseline period”, iaitu guru akan mengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi .

• Rekod baseline data ini akan djadikan perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.

Page 60: Pengurusan TL Dlm PK

• Setelah guru berpuas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan.

• Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi terdahulu) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi.

• Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekurang-kurangnya selama dua minggu.

ii. Fasa Intervensi

Page 61: Pengurusan TL Dlm PK

• Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan.

• Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan ke dalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.

iii. Fasa Selepas Intervensi

Page 62: Pengurusan TL Dlm PK

Menilai Keberkesanan Intervensi

• Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline data.

• Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua.

• Baseline data 2 merupakan pemerhatian susulan selepas program intervensi dilaksanakan.

• Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

Page 63: Pengurusan TL Dlm PK

Strategi Dan Prosedur Pengurusan Tingkah Laku

• Meningkatkan Tingkah Laku

• Mengurangkan Tingkah Laku

• Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model

Page 64: Pengurusan TL Dlm PK

i. Meningkatkan Tingkah Laku

• Peneguhan positif

• Peneguhan negatif

• Pembentukan (shaping)

• Kontrak

• Ekonomi token

• Modeling

• Rantaian (chaining)

• Pengaburan/pelunturan (fading)

Page 65: Pengurusan TL Dlm PK

• Penghapusan (extinction)

• ‘time-out’

• Kejemuan (satiation)

• Hukuman/dendaan

• disensitisasi

• “overcorrection”

• “Response cost”

ii. Mengurangkan Tingkah Laku

Page 66: Pengurusan TL Dlm PK

• biofizikal

• psikodinamik

• behavioral

• persekitaran

iii. Strategi Pengurusan Tingkah Laku Mengikut Model

Page 67: Pengurusan TL Dlm PK

ISU DAN ETIKA

Page 68: Pengurusan TL Dlm PK

Pengenalan

• Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku kita mestilah sentiasa ingat bahawa tindakan yang diambil tidak melanggar etika dan hak asasi kanak-kanak.

Page 69: Pengurusan TL Dlm PK

Hak Asasi Kanak-kanak

• Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga prinsip sebagai panduan:

i. Normalisasi

ii. Keadilan

iii. Penghormatan

Page 70: Pengurusan TL Dlm PK

Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu diberikan perhatian:

• Persekitaran sebenar kanak-kanak.

• Persamaan dan perbezaan dalam kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat.

• Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan, dan ketidak upayaan.

i. Normalisasi

Page 71: Pengurusan TL Dlm PK

Prinsip keadilan berlandaskan ’due process’ yang mengkehendaki setiap tindakan memfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak. Contoh tindakan yang tidak adil:

• Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik.

• Menempatkan murid secara sebarangan tanpa usaha membantu.

• Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.

ii. Keadilan

Page 72: Pengurusan TL Dlm PK

Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia dan bukan seperti haiwan atau hanya statistik. Contoh tindakan yang salah: • Hukuman fizikal (tampar, ketuk-ketampi) • Hukuman psikologi (menyindir, memarahi, memberi

gelaran) • Pengabaian (menyekat kanak-kanak daripada peluang

untuk berjaya) • Pemisahan (salah penempatan di kelas khas) • Pengasingan (penggunaan ’timeout’ secara tidak

konsisten dan lama • Pengubatan (salah guna ubat kawalan) • Hukuman kejam (sekatan, renjatan elektrik)

iii. Penghormatan

Page 73: Pengurusan TL Dlm PK

Penglibatan Ibu Bapa

i. reaksi ibu bapa

ii. keperluan latihan

iii. hubungan rumah dengan sekolah

Page 74: Pengurusan TL Dlm PK

• redha dan bersyukur • keliru – akibatnya timbul berbagai reaksi • salah diri • tidak gembira / murung • rasa bersalah • penafian • menyalahkan orang lain • menarik diri • mengelak diri • pemarah dan memencilkan diri • bermusuhan • terlalu mengharap • kecewa • tidak dapat terima sama sekali.

i. Reaksi Ibu Bapa

Page 75: Pengurusan TL Dlm PK

Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak mereka, oleh itu mereka perlu diberi pendedahan berikut:

• Cara menguruskan anak yang bermasalah / kurang upaya.

• Penerangan pakar perub atan / psikologi / kaunseling dsb.

• Perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya.

• Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan, pendidikan / latihan dsb.

ii. Keperluan Latihan

Page 76: Pengurusan TL Dlm PK

• Para pelaksana perlulah berusaha menarik Ibu bapa untuk melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham dan dapat sama-sama terlibat.

• Mereka juga boleh meneruskan aktiviti yang dijalankan di rumah supaya ada kesinambungan.

iii. Hubungan Rumah Dengan Sekolah

Page 77: Pengurusan TL Dlm PK

Konsep Normalisasi

• Terma falsafah yang bermaksud memberi hak dan peluang kepada mereka yang berkeperluan khas untuk menikmati peluang pendidikan dan kehidupan sesempurna mungkin.

Page 78: Pengurusan TL Dlm PK

• Terma perundangan yang bermaksud hak untuk didengari sama ada daripada mereka yang berkeperluan khas sendiri, kaum keluarga mereka dan juga orang yang diperturunkan kuasa.

Konsep ‘Due Process’