penggunaan komputer

126
PERSEPSI GURU MATEMATIK TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM MENGORGANISASI MATA PELAJARAN MATEMATIK DI SEBUAH SEKOLAH MAZNIZA BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004

Upload: mizidilla

Post on 24-Sep-2015

52 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

matematik

TRANSCRIPT

  • PERSEPSI GURU MATEMATIK TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM

    MENGORGANISASI MATA PELAJARAN MATEMATIK

    DI SEBUAH SEKOLAH

    MAZNIZA BINTI MUHAMMAD

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2004

  • PERSEPSI GURU MATEMATIK TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM MENGORGANISASI

    MATA PELAJARAN MATEMATIK DI SEBUAH SEKOLAH

    MAZNIZA BINTI MUHAMMAD

    LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA

    MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK)

    FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    TANJONG MALIM

    2004

  • PENGAKUAN

    Saya mangaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

    3.9.2004

    MAZNIZA BINTI MUHAMMAD 800213115086

  • PENGHARGAAN

    Bersyukur kerana dapat menyiapkan sebuah kajian untuk memenuhi kursus mata pelajaran projek penyelidikan semester akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Dr. Lim Chong Hin selaku pensyarah mata pelajaran ini. Berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Abdul Halim Bin Amat @ Kamaruddin yang banyak membantu dalam penyeliaan kajian ini.

    Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang memberi sokongan. Begitu kepada kepada guru-guru SMKPB yang memberi penuh kerjasama serta suami dan keluarga yang juga memberi semangat dan dorongan.

  • ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru matematik di sekolah menengah

    terhadap penggunaan komputer dalam mengorganisasi mata pelajaran matematik. Kajian

    ini mendapati penggunaan komputer oleh guru-guru matematik untuk mengorganisasi

    mata pelajaran matematik adalah bergantung kepada keperluan, keadaan, masa, dan

    persediaan guru tersebut. Didapati juga, guru peka dan tahu dengan perisian yang

    digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja berkaitan pengurusan mata pelajaran

    matematik dengan menggunakan komputer. Masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh

    guru-guru matematik untuk menggunakan komputer adalah masalah dalam masa

    persediaan, pemahaman murid, penyelenggaraan dan kemahiran komputer. Sokongan dan

    kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah terhadap penggunaan komputer oleh guru-

    guru matematik di sekolah juga didapati baik dan menggalakan.

  • ABSTRACT

    The aim of this research is to find out the perception of mathematic teachers

    towards computer usage in organizing mathematic subject at secondary school. This study

    revealed that computer usage by mathematic teachers in organising mathematic subject is

    depends on necessity, situation, time and preparation. This study also showed that

    teachers know and realize the availability of software in market to be used to organise

    mathematic subject. Problems encountered by teachers in using computer are time

    preparation, student comprehension, computer maintenances and computer skills. We also

    found out that school administration support and encourage the computer usage.

  • KANDUNGAN

    Muka surat

    PENGAKUAN ii

    PENGHARGAAN iii

    ABSTRAK iv

    ABSTRACT v

    SENARAI SINGKATAN x

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 2

    1.2 Penyataan Masalah 6

    1.3 Persoalan Kajian 8

    1.4 Kesignifikanan Kajian 9

    1.5 Batasan Kajian 10

    BAB 2 KAJIAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan 13

    2.2 Komputer Dalam Pendidikan 15

    2.3 Sikap Terhadap Komputer 17

    2.4 Kesimpulan 20

  • BAB 3 METODOLOGI 22

    3.1 Reka Bentuk Kajian 23

    3.2 Partisipan Kajian 24

    3.3 Instrumen Kajian 24

    3.4 Prosedur Kajian 24

    3.5 Analisis Data 26

    BAB 4 DAPATAN KAJIAN 28

    4.1 Dapatan kajian 29

    4.1.1 Sejauh manakah penggunaan komputer oleh guru-guru 29

    matematik untuk mengorganisasikan mata pelajaran

    matematik.

    4.1.1.1 Penggunaan komputer dalam P&P 29

    4.1.1.2 Penggunaan komputer dalam kegiatan lain 32

    4.1.2 Sejauh manakah guru-guru matematik peka dengan 32

    perisian yang digunakan untuk menyelesaikan

    kerja-kerja berkaitan pengurusan mata pelajaran

    matematik dengan menggunakan komputer

    4.1.2.1 Penggunaan Perisian 33

    4.1.2.2 Kesesuaian Perisian 35

    4.1.3 Apakah masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh 38

    guru-guru matematik dalam menggunakan komputer.

  • 4.1.3.1 Penyelenggaraan Komputer 38

    4.1.3.2 Masa Persediaan 40

    4.1.3.3 Kemahiran komputer 41

    4.1.3.4 Pemahaman Pelajar 42

    4.1.4 Sejauh manakah guru-guru matematik menggunakan 43

    perisian berkaitan mata pelajaran matematik seperti

    Geometers Sketchpad (GSP), Autograph, Frontpage

    dan lain-lain.

    4.1.5 Bagaimanakah reaksi guru terhadap pihak pentadbir 44

    sekolah dan JPN dalam melakukan kerja-kerja yang

    berkaitan pengurusan mata pelajaran matematik oleh

    guru-guru matematik dengan menggunakan komputer.

    BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 46

    5.1 Perbincangan 47

    5.1.1 Penggunaan komputer oleh guru-guru matematik 47

    untuk mengorganisasikan mata pelajaran matematik.

    5.1.2 Kepekaan guru-guru matematik dengan perisian 51

    yang digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja

    berkaitan pengurusan mata pelajaran matematik

    dengan menggunakan komputer.

    5.1.3 Masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh 55

  • guru-guru matematik dalam menggunakan komputer.

    5.1.4 Penggunaan perisian berkaitan mata pelajaran matematik 61

    seperti Geometrys Sketchpad (GSP), Autograph,

    Frontpage dan lain-lain.

    5.1.5 Reaksi guru terhadap pihak pentadbir sekolah 62

    dan JPN dalam melakukan kerja-kerja yang

    berkaitan pengurusan mata pelajaran matematik oleh

    guru-guru matematik dengan menggunakan komputer.

    5.2 Cadangan dan Kesimpulan 63

    RUJUKAN 67

    LAMPIRAN

    LAMPIRAN A : Pengkategorian 70

    LAMPIRAN B : Transkrip Temu bual 80

    LAMPIRAN C : Surat Kebenaran JPN 112

    LAMPIRAN D : Surat Kebenaran KPM 113

  • SENARAI SINGKATAN

    CD : Compact Disk ETeMS : English for The Teaching of Mathematics and Science ICT : Information Technology and Communications (Teknologi

    Maklumat dan Komunikasi)

    JPN : Jabatan Pendidikan Negeri KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia LCD : Liquid Crystal Display NCTM : National Council of Teachers' of Mathematics PPBK : Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer PPK : Pusat Perkembangan Kokurikulum P&P : Pengajaran dan Pembelajaran TM : Teknologi Maklumat TV : Televisyen SMKPB : Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan P1K1(1) : Partisipan Pertama, Kategori satu, Data satu P2K1(1) : Partisipan Kedua, Kategori satu, Data satu P3K1(1) : Partisipan Ketiga, Kategori satu, Data satu

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    Bab ini menerangkan tentang pengenalan yang menjadi latar belakang kajian ini, iaitu

    berkaitan persepsi penggunaan komputer di kalangan guru matematik di sebuah sekolah

    menengah. Kecanggihan masa kini membuatkan guru tidak lagi mengajar dengan cara

    cetak sahaja, berbagai cara digunakan terutamanya melalui komputer untuk

    penyelenggaraan aktiviti harian guru di sekolah. Begitu juga dengan proses pengajaran

    dan pembelajaran tradisional yang perlu disokong oleh bahan multimedia atau elektronik

    yang menggunakan teknologi komputer dan komunikasi. Bab ini juga membuat

    penyataan masalah berkaitan guru tersebut, persoalan kajian, kesignifikanan kajian dan

    batasan kajian di mana perkara-perkara ini dijadikan pokok permulaan kajian kes ini.

  • 1.1 Pengenalan

    Komputer adalah salah satu teknologi moden dalam pembangunan kehidupan masyarakat

    kini. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan semakin berkembang terutamanya

    dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Berbagai cara digunakan melalui bantuan

    komputer dan perisian yang bersesuaian dengan aktiviti pengurusan boleh menjadi suatu

    proses yang sentiasa dijalankan dengan licin dan profesional. Perkembangan penggunaan

    komputer telah mengubah cara guru mengajar dan murid belajar serta boleh mendorong

    kepada hasil yang lebih professional dengan menggunakannya. Justeru itu, komputer

    dapat menyediakan persekitaran baru untuk pengurusan serta menyediakan satu alat baru

    bagi guru. Secara amnya, penggunaan komputer dalam pendidikan boleh dibahagikan

    kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai alat pentadbiran, alat penyelidikan dan media

    pengajaran dan pembelajaran (Mohd. Saadun Imam Yaakob, 2002,m.s.4)

    Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang baru

    malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak

    awal tahun 60-an manakala sejak awal tahun 1980, teknologi seperti komputer peribadi

    telah mula digunakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, potensi teknologi tidak

    digunakan sepenuhnya di sekolah melainkan hanya digunakan sebagai alat pandang

    dengar sahaja (Internet Dalam, 2003). Penggunaan teknologi komputer kini bukan hanya

    mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat

    untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua

    mata pelajaran yang digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke

  • arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan

    teknologi.T T

    Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan

    merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran (Nik Azis Nik Pa,

    1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini. Menurut

    Nik Azis Nik Pa (1989), pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan

    penting iaitu yang pertama ialah pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan

    pengaturcaraan komputer, yang kedua ialah penggunaan komputer untuk menyelenggara

    dan memproses data seperti memproses data penyelidikan serta memproses perkataan,

    dan yang ketiga ialah penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan

    pembelajaran seperti dalam pengaturan murid serta pengajaran dan pembelajaran

    berbantukan komputer(PPBK). PPBK ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-

    teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar (Jamaluddin,1989 dlm

    Tengku Zawawi Tengku Zainal, tahun tidak dinyatakan). Mikrokomputer digunakan

    untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang

    dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau

    perisian melalui terminal (Nik Azis Nik Pa, 1989). Dalam pengajaran berbantukan

    komputer (PBBK), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses

    pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar, penerang dan

    pemudahcara. Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam PPBK

    (Abd.Rahman,1995 dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal, tahun tidak dinyatakan).

    Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di

  • samping aktiviti latih tubi. Selain itu, dalam mata pelajaran matematik, komputer boleh

    berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti penghasilan bahan kurikulum,

    latih tubi, tutorial, ulangkaji, pemulihan dan pengayaan, simulasi, pengiraan, alat bantu

    mengajar dan tutee.

    Penggunaan teknologi maklumat atau ICT adalah merupakan gabungan kemajuan

    dalam komunikasi teknologi elektronik mikro dan telekomunikasi untuk menyalur

    maklumat supaya dapat membuat keputusan yang tepat. Dalam pendidikan, ICT boleh

    digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta

    menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran elektronik iaitu e-mail atau CD

    ROM untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran (ICT:Peranannya, 2003).

    Tekonologi maklumat boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan

    pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi

    komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer.

    Kebolehan menstruktur dan menyusun maklumat untuk tujuan pengajaran dan

    pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap orang guru dalam zaman

    maklumat ini. Sistem pendidikan kini mengalami perubahan berikutan dengan

    perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi. Secara tidak langsung ia akan

    mempengaruhi kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran dan sekolah akan

    dibanjiri oleh maklumat yang dibawa oleh teknologi-teknologi maklumat baru. Oleh itu

    proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk

    mengambil peluang daripada perkembangan teknologi maklumat. Untuk menghadapi

  • cabaran ini, guru, pelajar, pusat sumber pendidikan, ibu bapa dan Kementerian

    Pendidikan mestilah menilai semula peranan masing-masing bersesuaian dengan revolusi

    zaman maklumat.

    Menurut Mazleena Salleh (1996, m.s.3), saiz serta kerumitan kerja yang dilakukan

    semakin hari semakin bertambah dan dua had pengiraan manual menjadi begitu ketara

    iaitu kelajuan manusia adalah terhad dan manusia amat cenderung untuk membuat

    kesilapan. Manusia adalah terhad dalam melakukan pengendalian-pengendalian pengiraan

    asas seperti penambahan, penolakan, pendaraban serta pembahagian memerlukan

    beberapa saat atau minit untuk diselesaikan. Hasil pengiraan yang rumit yang dilakukan

    secara manual mempunyai kebolehpercayaan yang rendah kecuali jika langkah-langkah

    yang tertentu diambil untuk mengurangkan kesilapan. Masalah yang melibatkan

    pengiraan yang besar tidak sesuai digunakan dengan cara tradisional, oleh itu penggunaan

    komputer amat penting di sini manakala tugas-tugas seharian guru seperti menyimpan

    rekod pelajar, pengiraan pencapaian gred pelajar menjadi lebih mudah dan tepat.

    Komputer merupakan alat yang penting bagi memudahkan dan mempercepatkan

    tugas guru serta dapat menghasilkan satu kerja yang berkualiti. Dalam hal ini para guru

    boleh menggunakan bantuan komputer untuk menguruskan kelas mereka terutamanya

    dalam aspek menyimpan maklumat pelajar, rekod pencapaian akademik pelajar,

    menyediakan soalan peperiksaan, tugasan atau aktiviti harian dan lain-lain lagi. Komputer

    dapat berfungsi sebagai pengendalian ujian serta peperiksaan khususnya bagi ujian yang

    berbentuk objektif. Dengan cara ini, guru dapat mempertingkatkan kualiti soalan kerana

  • masa yang selebihnya dapat digunakan dengan berfikir tentang kualiti soalan atau boleh

    membuat kerja lain yang lebih bermanfaat. Komputer juga boleh digunakan untuk

    menganalisis setiap soalan berdasarkan pencapaian pelajar. Ini membolehkan guru

    memikirkan kembali objektif setiap soalan tersebut dan mereka bentuk teknik-teknik

    pengujiannya bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian pelajar.

    Pihak pentadbir sekolah juga memainkan peranan penting di sekolah dalam

    penyelenggaraan alatan di sekolah termasuk peralatan teknologi khususnya komputer.

    Pihak pentadbir yang prihatin akan menyediakan sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti

    yang dapat menyumbangkan kepada pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan tempat

    yang dapat berfungsi sebagai pusat maklumat di sekolah yang mana kegiatan

    pembelajaran bersepadu antara semua mata pelajaran, semua tahap dan aktiviti

    pembelajaran seluruh sekolah dapat dijalankan, di samping mengadakan berbagai sumber

    dan aktiviti pembelajaran yang menggambarkan kepelbagaian pengalaman, pendapat

    perspektif sosial dan kebudayaan yang dapat menyokong konsep kebebasan intelektual

    dan capaian kepada maklumat dalam sebuah masyarakat. (ICT: Peranannya, 2003)

    1.2 Penyataan Masalah

    Kesan daripada teknologi yang pesat membangun ini telah membawa kepada perubahan

    besar kepada guru-guru dalam pendidikan. Teknologi komputer yang dapat merubah cara

    penyelenggaraan dalam sistem pendidikan telah menimbulkan pelbagai reaksi kepada

    pihak-pihak tertentu khususnya guru dan pelajar. Mungkin ada yang bertanya kenapa

  • harus gunakan bahan dan teknologi komputer ini seperti juga mereka hidup dalam zaman

    Agrarian yang mungkin pernah bertanya kenapa harus gunakan papan tulis atau bahan

    cetak sedangkan kaedah lisan sudah cukup untuk menyampaikan maklumat atau

    pengetahuan pada ketika itu. Apabila papan hitam dan papan batu diperkenalkan untuk

    menggantikan kaedah lisan besar kemungkinan inovasi ini telah mendapat tentangan dari

    kumpulan sosial dalam zaman itu (Yusup Hashim & Razmah Man, tahun tidak

    dinyatakan, m.s1). Tentangan terhadap sesuatu inovasi adalah perkara lumrah bagi

    sesuatu idea atau perkara baru yang hendak diperkenalkan. Begitu juga dengan masalah

    yang dialami oleh kebanyakan guru matematik di sekolah yang telah di beri keutamaan

    dalam menggunakan komputer di sekolah dalam mengorganisasi matapelajaran

    matematik. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sikap guru matematik

    terhadap penggunaan komputer dalam mengorganisasi matapelajaran matematik. Apakah

    persepsi guru dalam penggunaan komputer di sekolah dalam pengajaran maupun dalam

    penyelenggaraan aktiviti di sekolah. Sejauh manakah penggunaan komputer oleh guru-

    guru matematik untuk mengorganisasi matapelajaran matematik. Adakah menggunakan

    komputer lebih mudah atau lebih menimbulkan masalah daripada menggunakan cara

    tradisional.

    Menurut Jerisher (1998) masalah lokaliti berkaitan penggunaan komputer dalam

    pengurusan pendidikan ialah bilangannya yang terhad berbanding saiz pengguna yang

    memerlukannya. Manakala di sekolah, selain masalah penempatan kemudahan untuk

    mendapatkan pembiayaan komputer peribadi menjadikan usaha mempertingkatkan

    keberkesanan pendidikan menghadapi kendala yang merumitkan. Bagaimanakah sikap

  • pihak pentadbir sekolah terhadap penggunaan komputer di kalangan guru matematik.

    Adakah kursus-kursus peningkatan kemahiran penggunaan komputer digalakkan atau

    sebaliknya.

    Melalui kajian ini kami cuba mencari perkaitan penggunaan komputer di

    kalangan guru-guru matematik di sekolah. Di samping itu kajian ini dapat menyedarkan

    guru tentang tahap kemahiran guru matematik dalam penggunaan komputer yang mereka

    miliki sekarang, Adakah ia mencapai tahap yang memuaskan atau sebaliknya. Adakah

    guru perlu selalu mempertingkatkan kemahiran dari semasa ke semasa untuk berhadapan

    dengan situasi masa depan.

    1.3 Persoalan Kajian

    Persoalan kajian adalah tertumpu kepada persepsi guru matematik terhadap penggunaan

    komputer dalam mengorganisasi matapelajaran matematik. penggunaan komputer

    memerlukan kemahiran yang khusus untuk menggunakan komputer dengan baik.

    Terdapat pelbagai pandangan guru terhadap penggunaan komputer. Kajian ini adalah

    bertujuan untuk mengkaji :

    i) Sejauh manakah penggunaan komputer oleh guru-guru matematik untuk

    mengorganisasikan matapelajaran matematik.

    ii) Sejauh manakah guru-guru matematik peka dengan perisian yang digunakan

    untuk menyelesaikan kerja-kerja berkaitan pengurusan matapelajaran

    matematik dengan menggunakan komputer?

  • iii) Apakah masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh guru-guru matematik

    untuk menggunakan komputer bagi tujuan tersebut.

    iv) Sejauh manakah guru-guru matematik menggunakan perisian berkaitan

    matapelajaran matematik seperti Power Point, Geometers Sketchpad (GSP),

    Autograph, Frontpage dan lain-lain.

    v) Bagaimanakah reaksi dan sikap pihak pentadbir sekolah terhadap guru

    matematik yang menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerja yang

    berkaitan dalam aspek pengurusan mata pelajaran matematik.

    1.4 Kesignifikanan Kajian

    Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, guru memainkan peranan yang penting

    dalam mengikut arus perubahan ini kerana guru bertanggungjawab mendidik generasi

    yang merasai perubahan ini. Sejauh manakah guru-guru matematik di sebuah sekolah

    menengah luar bandar menggunakan komputer dalam mengorganisasikan matapelajaran

    matematik. Persoalan ini dapat membangkitkan rasa guru-guru tentang perkembangan

    tersebut dan hasil daripada kajian ini diharapkan:

    i) Guru-guru matematik akan mendapat gambaran yang jelas tentang

    perkembangan teknologi komputer masa kini.

    ii) Guru-guru matematik berusaha lebih peka terhadap perisian yang

    digunakan dengan memahirkan diri mengenainya.

    iii) Pihak pentadbir sedar tentang kepentingan penggunaan komputer di

    sekolah.

  • iv) Pengetahuan guru terhadap penggunaan komputer dan keupayaan

    menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan

    berkepentingan untuk melahirkan generasi celik komputer.

    v) Penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang dengan

    mempelbagaikan aktiviti berkaitan komputer seperti penubuhan Kelab

    Komputer di sekolah.

    vi) Menggalakan guru-guru melibatkan diri dalam pelbagai kursus mengenai

    komputer untuk menarik minat dalam menjalankan kerja-kerja seharian di

    sekolah

    vii) Guru dapat mengimbangi bebanan tugas yang ada dengan lebih sistematik

    iaitu sebagai guru kelas, tugas-tugas khas, tugas-tugas kurikulum dan

    tugas-tugas kokurikulum dengan menggunakan komputer supaya lebih

    mudah dan profesional.

    1.5 Batasan Kajian

    Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang,

    Terengganu. Sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar yang terletak kira-kira 10 km

    dari Bandar Marang. Walau bagaimanapun, kami memohon membuat kajian ke beberapa

    buah sekolah lain yang berada di sekitar daerah Marang sekiranya data di Sekolah

    Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan tidak mencukupi atau berlaku sebarang

    kesulitan yamg tidak dapat dielakkan. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah

    Kebangsaan Tengku Lela Segara, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, dan

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin. Temu bual melibatkan 3 orang guru

    matematik di sekolah berkenaan. Temu bual dijalankan ke atas guru-guru matematik

    tersebut untuk mengumpul data-data berkaitan persoalan kajian bagi melengkapkan

    kajian ini.

  • BAB 2

    KAJIAN LITERATUR

    Bab ini membincangkan tentang tinjauan dan rujukan dari kajian-kajian yang lalu, bahan-

    bahan rujukan yang diambil untuk dijadikan panduan. Terdapat banyak kajian yang lepas

    berkaitan guru dalam penyelenggaraan komputer di sekolah. Begitu juga dengan akhbar-

    akhbar yang memuatkan berita berkaitan komputer di sekolah. Ada juga diambil petikan

    berkaitan dalam internet. Pelbagai koleksi kajian lepas yang mempunyai perkaitan dengan

    kajian ini dirujuk supaya kajian ini dapat dibuat dengan lebih baik lagi. Buku-buku

    rujukan juga digunakan bagi mendapatkan lebih banyak lagi maklumat berkaitan kajian

    ini. Dalam bab ini juga dibincangkan tentang pengenalan kepada masalah, komputer

    dalam pendidikan, sikap terhadap komputer dan kesimpulan.

  • 2.1 Pengenalan

    Dalam satu tinjauan penggunaan komputer di kalangan guru matematik di sekolah,

    menurut Badrul Hisham Alang Osman (2000), pengetahuan guru terhadap penggunaan

    komputer dan keupayaan menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran berada pada tahap minimum. Mengikut kajian tersebut, realibiliti terhadap

    item-item soal selidik skala Likert tentang persetujuan guru terhadap mengadakan

    aktiviti-aktiviti perisian komputer bagi pengajaran dan pembelajaran berbantukan

    komputer (PPBK) ialah 0.8694. kajian ini juga mengkaji sikap dan penerimaan guru

    terhadap PPBK. Realibliti terhadap item-item soal selidik skala Likert tentang sikap dan

    penerimaan guru terhadap PPBK ialah 0.8412. Seramai 69 orang guru matematik

    daripada beberapa buah sekolah menengah di Negeri Perak terlibat sebagai responden

    kajian ini. Penyelidik mendapati guru-guru perlu menjalani pelbagai kursus komputer

    untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai komputer kerana pengetahuan ini amat

    penting dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam kajian yang dijalankan oleh Siti Aisah Hitam (87/89) pula didapati

    disebalik keberkesanan dan kebaikan komputer sebagai alat Bantuan dalam pengajaran

    dan pembelajaran matematik, terdapat juga beberapa kelemahannya yang tidak dapat

    dielakkan. Sambutan yang diterima tidak berapa menggalakkan. Ini berkemungkinan

    komputer tidak digunakan dengan sepenuhnya atau secara meluas di sekolah-sekolah.

    Dalam kajian ini penyelidik mendapati banyak kelemahan komputer sebagai alat bantu

    mengajar kerana pada ketika itu penggunaan komputer di sekolah-sekolah tidak begitu

    meluas seperti sekarang. Tambahan pula, guru-guru kurang diberi pendedahan tentang

  • kepentingan komputer. Daripada kedua-dua kajian ini penyelidik bersetuju guru-guru

    perlu menjalani pelbagai kursus komputer untuk memantapkan lagi pengetahuan

    mengenai komputer kerana pengetahuan ini amat penting dalam menjalankan proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Mengikut penulisan dari PPK (1993, dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal, tahun

    tidak dinyatakan) kelembapan dan kebantutan perkembangan pengajaran berbantukan

    komputer (PPBK) dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun 70 an

    hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi,

    bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang

    rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik.

    Walau bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah

    banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan

    sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan,

    pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.

    Hawkridge (1990) menyatakan penggunaan komputer tidak terhad dalam

    persekitaran pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Pada masa ini komputer telah

    berupaya memainkan peranan dalam pengurusan pendidikan. Ini menjelaskan bahawa

    komputer dengan kemampuan perisian tertentu dapat membantu pengurus pendidikan

    membuat keputusan dan penyelesaian masalah dalam pengurusan pendidikan dengan

    lebih efektif. Keadaan ini terbukti mengikut kajian yang dibuat oleh Mohd Saadun Imam

    Yaakob (2002) ke atas guru-guru sains sekitar zon Kuala Krau, Temerloh, Pahang yang

  • mendapati secara amnya purata keseluruhan guru sains memang peka dan menyedari

    akan kesesuaian perisian yang digunakan semasa tugas pengorganisasian dijalankan.

    2.2 Komputer Dalam Pendidikan

    Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan

    memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, National Council of

    Teachers' of Mathematics (NCTM) (1980, dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal, tahun

    tidak dinyatakan) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas

    yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982, dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal,

    tahun tidak dinyatakan) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran

    matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah

    penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus

    matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran

    matapelajaran lain di sekolah.

    Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada

    teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam

    sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang

    berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang

    kurang berada (KPM, 1997). Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan

    Pendidikan (Sulaiman,1996 dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal, tahun tidak

    dinyatakan). Dalam perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan menyediakan

  • kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di

    sekolah dan maktab-maktab perguruan, melatih dan membimbing guru-guru dengan

    kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan, merancang, melaksana dan

    menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah

    mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan

    pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat.

    Komputer banyak mempunyai perkaitan dengan penggunaan internet iaitu sebagai

    sumber pengajaran dan pembelajaran. Internet digunakan sebagai sumber untuk

    mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan

    pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara

    seseorang guru dengan guru lain, guru dengan murid, guru dengan ibu bapa, atau murid

    dengan murid lain. Rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para guru dari

    seluruh dunia yang boleh dimanfaatkan dan dikongsi oleh guru-guru lain. Selain dari

    matematik, rancangan pelajaran tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran yang lain.

    Penggunaan internet dalam pendidikan matematik menjadi satu maklumat yang cepat

    didapati. Internet adalah merupakan salah satu alternatif sebagai sumber pengajaran dan

    pembelajaran dalam pendidikan matematik. Terdapat pelbagai bahan menarik, yang

    meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, statistik, kalkulus, aljabar, sejarah,

    dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berkaitan

    dengan pendidikan matematik ialah teori pembelajaran dan aplikasi, penyelesaian

    masalah, majalah dan jurnal berkaitan matematik, forum dan soal jawab (ICT:

    Peranannya, 2003). Selain itu, beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari internet

  • termasuk Global Network NavigatorMathematic, Math Section, Mathematics-Singapore

    Min of Education, Math Launchpad, Mathematics Archives-K12 Internet Sites, K-8 dan

    K-12 Mathematics Education, Math and Numbers, The Math Forum, Ask Dr Math, Math

    Archives, Internet Math Class, Forum Guru dan Pelajar-TM School On Line, Nota dan

    Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM )-TM School On Line. (Tengku Zawawi Tengku

    Zainal, tahun tidak dinyatakan)

    2.3 Sikap Terhadap Komputer

    Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek

    teknologi digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah

    menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan

    teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan

    hafalan kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif, dan penyayang dengan

    menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ).

    Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat

    memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan komputer

    dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki mutu

    pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan

    sesuatu tajuk dalam sukatan atau silibus matematik. Dalam beberapa kajian yang telah

    dijalankan didapati pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai

  • sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan

    menyelesaikan masalah yang lebih rumit.

    Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dapat membantu

    pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

    Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara

    kerana kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan

    mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya

    dalam bidang-bidang lain. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet.

    Beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para guru tentang penggunaan

    internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah internet hanya akan bertindak

    sebagai sumber dan alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran

    hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan

    berkesan. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru, malah sebaliknya guru

    perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka

    khususnya dalam bidang Teknologi Maklumat (TM). Ketrampilan dan keperibadian yang

    mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. Penggunaan komputer dan internet

    dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan

    dengan kemas, teratur dan sistematik di samping bermanfaat kepada guru dan murid serta

    ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran TM dan era globalisasi. Industri

    berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan perlu diberi

    perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibu

  • bapa. Namun begitu para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh

    itu, perancangan aktiviti yang teliti, kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-

    murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi

    tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan

    bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (ITnternet

    dalam, T2003)

    TSikap penggunaan komputer di kalangan para pendidik harus diambil berat.

    Mengikut laporan Berita Utusan T(Rohana Man, 2003), Tkurang pengetahuan

    mengendalikan komputer masih kedengaran di kalangan guru yang mengikuti kursus

    bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan matematik (ETeMS). TPenggunaan komputer

    yang biasa mereka tahu tetapi banyak di kalangan guru tidak tahu menggunakan Power

    Point yang jika dikuasai akan memudahkan mereka mengajar. Berikutan itu, pihak

    Utusan mencadangkan supaya guru yang mengikuti kursus ETeMS diberi pendedahan

    mengenai teknologi maklumat dan komunikasi(ICT).

    Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and

    Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987 dalam Tengku

    Zawawi Tengku Zainal, tahun tidak dinyatakan) mendapati perisian komputer yang

    digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan

    prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Dengan itu, pencapaian pelajar dalam

    peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara kerana kumpulan yang belajar

  • berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka

    masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

    2.4 Kesimpulan

    Pada dasarnya penggunaan komputer oleh guru-guru matematik dalam aspek

    mengorganisasi matapelajaran di sesebuah sekolah sama ada di sekolah menengah atau

    sekolah rendah sepatutnya mestilah berada pada tahap yang memuaskan. Penggunaan

    komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan

    masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan

    sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan

    institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan

    teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

    Guru memainkan peranan penting dalam mengubah pendekatan dan cara murid

    belajar. Guru berperanan bukan lagi sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan

    maklumat tetapi bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus untuk mendapatkan

    maklumat. Guru juga harus mempunyai kebolehan menyusun semula ledakan maklumat

    yang diperolehi dari berbagai sumber supaya dapat dijadikan maklumat yang berstruktur

    untuk tujuan pengajaran. Pengetahuan dalam reka bentuk pengajaran boleh membantu

    guru membina bahan-bahan pembelajaran seperti hipermedia atau multimedia. Disamping

    itu, guru-guru harus tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD-ROM, cakera

    padat, hantaran melalui telesidang audio, video dan komputer untuk memudahkan proses

  • penerimaan, penyaluran atau penyebaran maklumat kepada pelajar. Kemudahan yang

    dibekalkan oleh teknologi-teknologi telekomunikasi ini dapat meningkatkan lagi proses

    pengajaran dan pembelajaran kerana menurut Reigelath (1987),

    [s]emakin jauh kita berada dalam masyarakat yang berteknologi tinggi, cepat berubah dan berorientasikan maklumat, semakin rendah struktur sistem pendidikan.

    Berdasarkan kenyataan ini kita perlu mengubah dan menilai semula cara pentadbiran

    sekolah, pendekatan dan cara murid belajar untuk disesuaikan dengan arus perkembangan

    teknologi maklumat masa kini.

  • BAB 3

    METODOLOGI

    Bab ini membincangkan tentang kaedah atau prinsip yang digunakan ketika menjalankan

    kajian. Aspek-aspek rekabentuk kajian, partisipan kajian, instumen kajian dan prosedur

    kajian adalah amat penting untuk proses penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan ialah

    perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan

    kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25).

    Persoalan tentang guru matematik terhadap penggunaan komputer dalam mengorganisasi

    mata pelajaran matematik akan terjawab dengan menggunakan metodologi ini. Bab ini

    membincangkan aspek-aspek reka bentuk kajian, partisipan kajian, instumen kajian dan

    prosedur kajian.

  • 3.1 Reka Bentuk Kajian

    Reka bentuk penyelidikan bertujuan menjawab soalan-soalan tertentu yang ditimbulkan

    oleh permasalahan penyelidikan yang dikenal pasti. Dengan demikian, reka bentuk perlu

    sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelesaian tersebut

    dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan (Sulaiman Masri, 2003, m.s

    25). Kajian yang kami jalankan adalah berbentuk kualitatif. Kajian berbentuk kualitatif

    digunakan untuk menyelami pengalaman secara mendalam dari sudut guru tersebut. Oleh

    kerana persoalan kajian berbentuk konteks, kaedah kualitatif amat sesuai digunakan.

    Kajian menumpukan kepada sejauh mana guru-guru matematik menyelenggarakan tugas

    dengan menggunakan komputer. Di samping itu juga kami cuba mencari perkembangan

    guru matematik dalam menggunakan komputer terutamanya guru di sekolah luar bandar.

    Temu bual yang dijalankan dalam kajian ini memudahkan kami untuk mendapat

    maklumat dengan lebih terperinci dan jelas. Kaedah ini dilakukan untuk mengetahui

    secara langsung dari guru-guru matematik mengenai maklumat yang hendak diketahui.

    Selain dari itu, maklumat yang diperolehi lebih tepat dan jujur. Proses ini dirakam dalam

    pita rakaman dengan menggunakan radio kaset. Pita rakaman ini membantu kami

    membuat skrip perbualan antara kami dan partisipan. Untuk mendapatkan maklumat yang

    mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, kami menemubual partisipan sekurang-

    kurangnya dua kali.

  • 3.2 Partisipan Kajian

    Partisipan terdiri daripada 3 orang guru matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan

    Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu. Kami memilih guru di sekolah tersebut

    kerana sekolah tersebut adalah sebuah sekolah luar bandar.

    3.3 Instrumen Kajian

    Dalam kajian ini, kami sebagai penyelidik akan menjadi instrumen kajian ini. Kami akan

    memungut data atau maklumat secara terus daripada guru-guru matematik Sekolah

    tersebut secara temu bual dan rakaman. Soalan ini berbentuk temu bual separuh struktur

    di mana jawapannya berpandukan soalan yang dikemukakan. Namun begitu ada di antara

    soalan-soalan yang di luar daripada soalan yang dirancang kerana kami ingin mengetahui

    dengan lebih mendalam lagi berkaitan soalan tersebut.

    3.4 Prosedur Kajian

    Dalam membuat prsedur kajian ini, perkara pertama adalah pemilihan tajuk yang sesuai

    yang ingin dikaji. Setelah memilih tajuk yang sesuai, kami menulis cadangan

    penyelidikan bagi tajuk tersebut. Setelah siap cadangan penyelidikan, permohonan

    dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

    Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan ini untuk meminta kebenaran untuk

    menjalankan kajian di sesebuah sekolah. Setelah diberi kelulusan oleh pihak

  • Kementerian, kajian dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan.

    Sebelum itu kebenaran juga perlu diperolehi daripada pengetua sekolah tersebut supaya

    proses kutipan data kajian berjalan lancar.

    Setelah memperolehi kesemua dokumen seperti di atas, kami membuat temujanji

    dengan partisipan untuk menetapkan masa, tarikh dan tempat yang sesuai untuk

    menemubual secara sendirian dengan partisipan. Penetapan tarikh temu bual ini penting

    untuk menentukan masa yang diluangkan oleh partisipan tidak mengganggu kerja

    sehariannya yang sentiasa sibuk. Kami meminta kebenaran untuk merakam suara

    partisipan ketika temu bual diadakan. Walau bagaimanapun, bagi partisipan yang tidak

    mahu suara beliau dirakam, kami tidak merakam suara mereka dan kami cuba mencari

    partisipan lain sebagai ganti. Kami menjaga kepentingan partisipan mengikut etika yang

    betul untuk mengelak daripada amalan yang boleh mencemarkan nama baik partisipan

    termasuk tanggungjawab yang bersabit dengan menjaga hak dan kepentingan partisipan

    agar penglibatan mereka tidak mendatangkan kesan negatif kepada mereka. Oleh sebab

    itu adalah lebih baik kami merahsiakan identiti mereka.

    Soalan temu bual akan ditanya seperti soalan yang terdapat dalam lampiran, tetapi

    penambahan atau pengubahsuai soalan dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang

    lebih mendalam atau lebih jelas. Rakaman dalam sesi temu bual tersebut dimainkan

    semula serta semua perbualan antara kami dan partisipan dicatatkan satu persatu

    perkataan dalam bentuk skrip.

  • 3.5 Analisis Data

    Setelah semua data dipungut melalui temu bual yang dirancang, rakaman antara kami dan

    partisipan dimainkan beberapa kali untuk memastikan semua percakapan dalam temu

    bual tersebut ditulis tanpa meninggalkan sepatah perkataan pun ketika menulis dalam

    bentuk dialog. Dialog tersebut akan dijadikan transkripsi yang memudahkan kami untuk

    membuat penilaian kajian mengikut kategori soalan kajian.

    Kajian ini menggunakan kaedah temu bual yang berbentuk separuh berstruktur

    dengan jawapan yang diberikan terarah kepada soalan yang diberikan. Soalan yang

    terdapat dalam lampiran ditambah atau diubahsuai untuk mendapat maklumat yang lebih

    tepat dan jelas mengikut kesesuaian ketika temu bual dijalankan. Tambahan pula, tidak

    semua soalan boleh ditentukan lebih awal. Saya menghadapi masalah dalam membuat

    transkripsi kerana terpaksa menulis dengan cepat dan laju. Tambahan pula kebanyakan

    partisipan bercakap menggunakan dialek tempatan. Justeru itu kami mengulang pita

    rakaman berulang kali untuk membuat transkripsi dengan tepat.

    Data yang diperolehi dalam sesi temu bual adalah berbentuk perkataan dan ayat.

    Kesimpulan dan rumusan dapatan kajian dibuat daripada data dan ayat tersebut.

    Kesimpulan juga boleh dibuat ketika kerja lapangan dilaksanakan, iaitu sewaktu data

    dipungut di lapangan. Ini bermakna penganalisaan data boleh dibuat serentak dengan

    pungutan data. Proses ini berlaku secara recursive dan dinamik di mana tafsiran tentatif,

    hipotesis tentatif dan tekaan yang berasas terhadap data awal yang dipungut memandu

    kami kepada sumber dan lokasi baru dan juga data tambahan yang perlu dipungut.

  • Selepas kerja lapangan, kami membuat penganalisisan data di mana kami akan

    membuat tafsiran awal, hipotesis tentatif dan tekaan yang berasas untuk kami menyusun,

    meniskala, menyepadu, dan mensintesis data dan seterusnya mentafsir maksud yang

    terkandung dalam data. Maksud yang ditafsir dipengaruhi oleh cara data disusun,

    diniskala, disepadu dan disintesis. Hal ini juga menimbulkan kemungkinan orang lain

    membuat tafsiran maksud yang tidak sama sepenuhnya daripada data yang sama kerana

    cara mereka menyusun, meniskala, menyepadu dan mensintesis data adalah berbeza.

    Walau bagaimanapun keadaan ini dibenarkan dalam penyelidikan kualitatif asalkan cara

    data dianalisis dihuraikan sepenuhnya untuk membolehkan para pembaca dapat menilai

    analisis yang dibuat. Kami menyusun data mengikut kesesuaian dan kategori supaya

    memudahkan data dianalisis dan juga untuk membandingkan cadangan penyelidikan yang

    dirancang dengan yang dilaksanakan. Semua hasil temu bual, dialog dan transkripsi

    disertakan pada bahagian lampiran.

  • BAB 4

    DAPATAN KAJIAN

    Kaedah kajian ini adalah menerusi temu bual. Temu bual yang dibuat di antara penyelidik

    dan partisipan yang dipindahkan dalam bentuk dialog atau transkrip yang kemudiannya

    dianalisis. Hasil kajian yang diperolehi daripada analisis data dikemukakan dalam bab ini.

    Berdasarkan transkrip dan kategori yang dibuat, kami membuat analisis serta rumusan

    kajian berlandaskan persoalan kajian. Kami tidak mengambil kesemua isi kandungan

    skrip sebagai rumusan kerana tidak kesemua isi kandungan skrip adalah penting. Kami

    hanya mengambil bahagian-bahagian skrip yang penting sahaja, bergantung kepada

    kesesuaiannya dengan persoalan kajian. Selain daripada itu, kami juga menyentuh

    beberapa perkara lain yang ditimbulkan semasa temu bual yang berkaitan persoalan

    kajian.

  • 4.1 Dapatan kajian

    Data-data diperolehi daripada tiga partisipan di Sekolah Menengah Kebangsaan

    Pengkalan Berangan secara temu bual. Data-data tersebut dipecahkan kepada lima

    kategori mengikut persoalan kajian seperti berikut:

    4.1.1 Sejauh manakah penggunaan komputer oleh guru-guru matematik untuk

    mengorganisasikan mata pelajaran matematik.

    Persoalan ini menggambarkan sejauh manakah penggunaan komputer oleh guru-guru

    matematik untuk mengorganisasikan mata pelajaran matematik di kalangan guru

    matematik SMKPB. Kami telah menyoal partisipan-partisipan daripada aspek

    penggunaan komputer dalam P&P dan penggunaan komputer dalam aktiviti lain.

    4.1.1.1 Penggunaan Komputer Dalam P&P

    Mengikut pendapat partisipan pertama SMKPB dalam penggunaan komputer dalam P&P.

    Beliau menyatakan penggunaan komputer bergantung kepada keperluan:

    Em guna komputer bergantung kepada keperluanlah, pada masa guru bersedia, bersedia untuk guna komputer, makna kita guna komputerlah sebab komputer bila kita nak pasang dia tu makan masa jugak (juga), kita kena tengok dulu kandungan dia tu P1K1(1)

    Beliau juga menyatakan penggunaan komputer bergantung pada masa dan keadaan:

    Bergantung kepada masa, kalau kita sibuk tak boleh mengguna komputer ah,

    lebih suka menggunakan manual bila kita ada kelapangan masa, seronok

    menggunakan komputer. P1K1(6)

  • Bergantung pada keadaan sebab kita tak boleh nak kata bahawa kita boleh

    menggunakan komputer setiap masa dan kita tak boleh nak kata kita

    menggunakan manual setiap masa ok, ho gitu ah. P1K1(7)

    Beliau yang mengajar tingkatan 1, 2 dan 4 di SMKPB menyatakan, beliau menggunakan

    komputer dalam P&P seminggu dua kali bermula pada tahun lepas.

    Em seminggu dua kali gitulah, seminggu dua kali, sebab kita mengajar tiga masa, hanya tiga kali je(sahaja) seminggu, tiga kali seminggu kita masuk kelas tu kan. P1K1(2)

    Tapi saya untuk guna peribadi saya, lama doh(sudah)maknanya hok mengajar

    mengguna komputer mengajar masuk kelas bawak (bawa) komputer ni, baru

    tahun lepas baru. P1K1(3)

    Partisipan pertama dan kedua menyatakan komputer digunakan untuk membuat soalan:

    [c]uma kita buat soalan je lah untuk em, bahan yang dah disediakan CD yang dibekalkan oleh kementerian tu, daripada situ kita tambah sikit-sikitlah mana yang sesuai, em soalan-soalan dia supaya em apa yang kita ajar tu lah. P1K1(4)

    kalau buat soalan tu, memang guna pun, guna komputer, tu komputer di

    sekolah kan. P2K1(1)

    Partisipan kedua yang mengajar tingkatan 2, 3 dan 4 di SMKPB pula menyatakan beliau

    menggunakan komputer secara puratanya seminggu sekali:

    Menggunakan komputer, seminggu sekalilah puratanya. P2K1(2)

    Berbeza dengan pernyataan partisipan ketiga yang menyatakan beliau hanya kerap

    menggunakan komputer pada tahun pertama mengajar dalam bahasa Inggeris:

    Gini (begini) em kalu (kalau) masa, masa tahun, tahun lepaslah, tahun

    pertama mengajar dalam bahasa Inggeris ni, memang kerap ah, bila masuk tahun

    ni, tahun kedua doh (dah) eh em kadang-kadang,[s]ebab em komputer tu

  • sebenarnya kita guna untuk em untuk, untuk membantu kan[b]ila kita dah

    biasa kan, kita dok payah dohlah tu (tidak perlu lagilah itu), kita guna, guna cara

    kitalah pulak (pula) sebab dalam tu pun ye(ia) ada hok (yang) kita nak sebut,

    sebenarnya komputer tu, ye(ia) nok (nak) tu je (itu sahaja) nok (nak), nok (nak)

    suruh menda (apa), alat bantu kan bila sekarang ni kak jarang doh (sudah)

    gunamasa baru-baru lagi kan, itu kak kata bila kita dah kita dah ni, kita dah

    biasa, tahun lepas kita tak biasa lagi dengan term, term matematik ni kita, kita

    tokleh (tidak boleh) nok (nak) kuasai lagi, kita bergantung pada CD pah tu

    (lepas itu) tahun ni, doh (sudah) kita tahu doh (dah) kan sebutan-sebutan jadi

    dok payahlah (tak perlulah) CD tu P3K1(1)

    Partisipan ketiga yang mengajar mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris

    tingkatan 1 di SMKPB hanya menggunakan komputer di sekolah:

    Dok (tidak), di sekolah je lah [Komputer hanya digunakan di sekolah sahaja]

    P3K1(2)

    Partisipan pertama menyatakan penggunaan komputer menyebabkan kerja semakin

    bertambah tetapi penggunaannya boleh menarik minat pelajar.

    Em memang beza, yang pertamanya kerja semakin bertambah[y]ang

    keduanya, em bolehlah menarik minat murid sikitmemanglah bagus em

    berbanding secara manual ni boleh menarik minatlah dan apa yang ditunjukkan

    oleh komputer ni dia ada animasi sikit, ok, ada animasi menda gerak dan pelajar

    ni, oleh kerana dia jiwa budak-budak macam suka tengok kartun gantung gerak

    sebab dia suka tengok menda gitu kan, jadi dalam komputer ni, kita boleh wak

    animasi tu, kita boleh menarik minat dia gok untuk tahu menda tu, kan tapi sudah

    menjadi lumrah fitrah manusialah buat sesuatu benda yang berbentuk akademik

    ni, dia, apa ni, kurang berminatlah, dia minat untuk benda pergerakan tapi dia

    bukan minat akademik, jadi kita menggunakan pergerakan itu untuk menarik

    minat dia kepada akademik P1K1(5)

  • Partisipan kedua pula berpendapat kadang-kadang penggunaan komputer dalam P&P

    menyebabkan pelajar jemu:

    [b]ila kita ngajar (mengajar) diri (secara manual), ok, macam kita rasa budak

    boleh bagi tumpuan kat (dekat) kita, ah macam ah, kalau komputer kadang-

    kadang ye (dia) bosan, guna komputer. P2K1(3)

    Partisipan ketiga pula berpendapat penggunaan cara manual lebih berkesan kerana tiada

    gangguan:

    Kalau tanya kak, kak rasa lebih suka manual[l]ebih effective ah, sebab kita dah biasa[s]ebab em takdok (tidak ada) gangguanlah semasa kita mengajar, dok (tidak) hang, komputer dok (tidak) hang, takdok (tidak ada) gangguan, kita boleh em ngajar (mengajar) ikut cara kita, em P3K1(4)

    Partisipan kedua berpendapat lagi, penggunaan komputer juga bergantung kepada pelajar

    dan proses P&P menjadi cepat:

    Ikut budak sebenarnya [Bergantung kepada pelajar] P3K1(5) Cepat P3K1(6)

    4.1.1.2 Penggunaan Komputer Dalam Kegiatan Lain

    Beralih pula dari segi sejauh mana penglibatan guru dalam aktiviti yang melibatkan

    penggunaan komputer. Berdasarkan pernyataan daripada partisipan pertama menyatakan

    beliau tidak berapa aktif dalam kelab komputer:

    Ada,time constrain gok(juga) ni la kita tidak berapa [d]ok (tidak) active time constrain. P1K1(8)

    Partisipan kedua dan ketiga pula menyatakan mereka tidak terlibat dalam kelab komputer:

    Ada kelab komputer, ada, dok(tidak) terlibat P2K1(4)

  • Em tapi ada gok(juga) cikgu, cikgu hok (yang) ngajar (mengajar) ni ada jugak(juga) hok(hak) yang terlibat tapi kak tak terlibat ah. P3K1(7)

    Partisipan kedua menyatakan penggunaan komputer dalam kerja-kerja harian menjadi

    cepat:

    O tulis surat tu memang cepat ah, sebab kemas sikit, kan kemas skit (sikit) tulisan tu, kadang ada setengah-setengah orang tu, tulisan dok (tidak) berapa lawa mana. P2K2(8)

    4.1.2 Sejauh manakah guru-guru matematik peka dengan perisian yang

    digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja berkaitan pengurusan mata

    pelajaran matematik dengan menggunakan komputer?

    Bagi menjawab persoalan kedua ini, kami lihat pandangan guru-guru SMKPB daripada

    aspek penggunaan perisian di sekolah dan kesesuaian perisian.

    4.1.2.1 Penggunaan Perisian

    Partisipan pertama dan ketiga menyatakan mereka menggunakan perisian yang telah

    digunakan oleh pihak sekolah:

    O perisian yang dah sedia bagi pada kita [Menggunaan perisian yang telah disediakan oleh pihak sekolah] P1K2(1) Hok (yang) dalam CD o daripada kementerian a[Penggunaan perisian] P3K2(1)

    Partisipan kedua menyatakan beliau menggunakan perisian Microsoft Word dan

    Microsoft Power Point:

    Em tu ah, Word dengan Power Point ah [Menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Power Point] P2K2(1)

    Partisipan pertama menyatakan beliau jarang menggunakan perisian aplikasi:

  • Ha, itu jarang guna [Jarang menggunakan perisian aplikasi] P1K2(2) Ketiga-tiga partisipan berpendapat Microsoft Word digunakan untuk membuat soalan:

    Em Microsoft Word ah, hok (yang) kita buat sendiri[b]uat sendiri Microsoft Word senang [Buat sendiri menggunaan Microsoft Word menjadi senang] P1K2(3) Soalan-soalan latihan tu dalam Microsoft Word. [Perisian Microsoft Word digunakan untuk membuat soalan-soalan latihan] P2K2(5)

    Kalu (kalau) Microsoft Word tu guna ah nak taip soalan apa[Penggunaan perisian Microsoft Word untuk menaip soalan] P3K2(2)

    Partisipan pertama dan kedua menyatakan Microsoft Excel digunakan untuk memasukkan

    markah pelajar:

    Dia guna Excel lah, memang guna program Excel, jadi dia dah ready, dah (sudah) sedia dah komputer tu kan, program tu, kita hanya pergi guna jelah, masuk markah, bukan untuk P&P ah tu [Microsoft Excel digunakan untuk memasukkan markah pelajar dan bukan untuk P&P] P1K2(4) Ho, ya, ya, ya, em o hok (yang) tu guna ah, kalau sendiri dok (tidak) guna, dia set doh (sudah) dalam dalam lab [Menggunakan perisian Microsoft Excel yang sudah sedia ada dalam makmal untuk memasukkan markah pelajar] P3K2(4)

    Partisipan kedua menyatakan penggunaan perisian Microsoft Excel hanya untuk guru

    kelas:

    O, pengiraan, dok (tidak) guna gi (lagi)[s]ebab, sebab bukan guru kelas, kan untuk guru kelas jelah, kalau hok(hak) pelajar ni, untuk pelajar ni Microsoft Word dengan tu jePower Point, pas tu (lepas itu) bahagian CD tu, hok (yang) tu ah. [Penggunaan perisian Microsoft Excel hanya untuk guru kelas] P2K2(3)

    Partisipan pertama menyatakan beliau jarang menggunakan Perisian Microsoft Power

    Point:

    Jarang guna, guna jugak o[c]uma sekadar tengok-tengok je lah[e]m time apa orang panggil, time constrain [Perisian Microsoft Power Point jarang digunakan, cuma sekadar tengok-tengok sahaja kerana kekangan masa] P1K2(5)

  • Partisipan kedua pula menyatakan beliau menggunakan Microsoft Power Point untuk

    mengajar:

    Untuk ngajar (mengajar), untuk kita buat Power Point kan sebab untuk menambah, untuk menarik budak, kalau dok (tidak) kalau dok (tidak) macam Power Point kan gerak, gerak-gerak kan. Ho, jadi kalau macam ada gitu (begitu) ye (dia), budak tertarik skit (sikit) kalau duk (duduk) diam je (sahaja), em dok (tak) jadi. [Penggunaan perisian Microsoft Power Point] P2K2(4)

    Partisipan pertama dan ketiga menyatakan beliau tidak menggunakan perisian Microsoft

    Access:

    Dok (tidak) guna, dok (tidak) guna [Tidak menggunakan perisian Microsoft Access] P1K2(6) dok (tidak) guna, [Tidak menggunakan perisian Microsoft Access] P3K2(3)

    Manakala partisipan kedua pula menyatakan beliau kurang menggunakan perisian

    Microsoft Access:

    Access kurang skit (sikit). [Kurang menggunakan perisian Microsoft Access] P2K2(2)

    Partisipan ketiga menyatakan beliau juga belajar serta bertukar-tukar pendapat mengenai

    penggunaan perisian bersama-sama guru-guru matematik:

    Hem hem hem, melalui kawan-kawan gitu kita sama-sama cikgu math ni kan, bertukar-tukar gitu ah [Belajar serta bertukar-tukar pendapat mengenai penggunaan perisian bersama-sama guru-guru matematik] P3K2(5)

    4.1.2.2 Kesesuaian perisian

    Kesesuaian perisian harus diambil kira dalam melakukan sesuatu tugas yang bergantung

    kepada sesuatu perisian. Daripada pendapat partisipan pertama yang menyatakan

    komputer dapat membantu dalam P&P:

  • Membantu gok (juga) komputer ni, pandangan sayalah lebih baik guru, sebab interaksi secara insani ni, dengan menggunakan robot ni, sebab kita ada satu hubungan, hubungan kemanusiaan ni, dia sebab itu kalau nak berguru ni kena cari guru bukan cari robot[d]ia memang doh (lah) sebagai alat bantu mengajarlahbantu guru untuk murid memahami contain apa yang dipelajari hok (yang)[m]embantu makna menda (benda) tu bukannya em hok (yang) sepenuhnya kita guna menda (benda) tu je, tapi tanpa benda tu pun, guru boleh mengajar, ok. P1K2(7)

    Benda yang berhibur mendatangkan keseronokan tapi suatu benda yang bercorak akademik dia tidak menjadi hiburan walau pun kita masuk dalam animasi yang bercorak hiburanhanya orang yang bermotivasi sahaja dia, dia akan anggap bahawa menda (benda) ini memang menyeronokkan, orang yang tidak bermotivasi dianggap benda tu, apa benda ni[p]okok pangkalnya budak tu sendiri komputer je (sahaja) canggih, apa yang dipersembahkan oleh, apa yang digunakan, apa yang ada contain dalam komputer tu hebat tetapi bukan budak nak menda (benda) yang hebat itutapi sekurang-kurangnya, menda (benda) tu memang membantulah dan kita tidak boleh menganggapkan bahawa dengan adanya benda tu, dia akan menjadi bom meletup satu keputusan yang maha besar[s]ebab saya kata tadi kan, bila nampak budak slow sikit, kita kurangkan penggunaan, nampak budak apa benda ni manual nampak slow menda, kita guna komputer balik. P1K2(8)

    Pada pandangan partisipan kedua pula Microsoft Word sesuai untuk buat soalan, dan

    Microsoft Power Point dapat menarik pelajar serta CD juga sesuai digunakan:

    Kalau Microsoft Word tu sesuai untuk buat soalan tu, memang senang ah sebab ye (ia) taip je (sahaja) kan[y]e (ia) taip je (sahaja), dok payah (tidak perlu) guna Power Point ah menda tu, Power Point ni, untuk menarik budak, untuk tunjuk ke budak menda (benda) kita buat o, hok (yang) kita buat tu, tunjuk ke budak molek ah, kira sesuai ah sebab ye (ia) ada, ada ada menda (apa), ada bunyi-bunyi skit (sikit) kan, ada pergerakan huruf-huruf tu, pas tu(lepas itu), okey ah budak, budak minat ah (lah)[e]m tambah CD ah, CD pun okey gok (juga). P2K2(6)

    Selain daripada itu, partisipan kedua berpendapat penggunaan komputer yang cepat

    menjadikan pelajar tidak faham:

    dia cepat, cepat tapi budak susah nak faham sebab ia terlalu cepat kan, bila komputer tunjuk kalau, kalau kita guna, kalau kita ngajar (mengajar) kita boleh tunjuk sutel (satu), sutel-sutel (satu-persatu), kalau komputer ni, ek, ek, ek, ek, macam deras (cepat) ah, budak dok (tidak) faham pun tu je (sahaja), ada keburukan jugak ah (jugalah). P2K2(7)

  • Partisipan ketiga pula berpendapat penggunaan perisian bergantung kepada CD:

    Sebab dia terlampau ni kan kalau, terlampau detail, benda perisian dia tu, misal kalau nak ajar em nak ajar fraction, contoh dia, pecahan, ha adik dia pergi satu-satu, macam kita, kita ada, kita boleh simplified dan dia gi (pergi) se (satu), se (satu) ah lambatkadang-kadang setengah, dia bergantung pada CD, kadang-kadang CD tu bila kita dok leh (tidak boleh) nok (nak) fast, kita dengar je (sahaja) P3K2(6)

    Penyataan partisipan pertama dalam penggunaan internet di SMKPB menyatakan internet

    tidak digunakan di sekolah:

    Internet tidak digunakan di sekolah[d]i sekolah ni ada tapi tidak digunakan, makna kita ada satu line tak di sambung ah[g]uru-guru nak guna boleh tapi guru-guru tak gunadok (tidak) cukup talian, dok (tidak) cukup ruang masa kalau internet tu cikgu masing-masing ah, individu di rumah( guru menggunakan internet secara individu). P1K2(9)

    Partisipan pertama berpendapat kelebihan komputer adalah cepat dan mempunyai bahan-

    bahan P&P:

    Kelebihan komputer, yang nombor satunya bila kita dah bersedia, dia jadi cepat ah, masa tu kita boleh em cepat lagi dan satu lagi kelebihan dia, kita dah ada bahan-bahan yang telah disediakanlah oleh kementerian, jadi menda tu membantu jugaklah kita[h]o tapi syaratnya kita kena brsedia terlebih dahulu dan dia akan menjadi cepat kalau masa tu nak tengok selalunya gitulah masa kita em, setengah jam nok (nak) masuk kelas barulah kita tengok masa tu jadi kelam kabutnya[e]m dok (tidak) jugak (juga), tidak semestinya tapi bila kita dok (tidak) tengok lagi, setengah jam sebelum nok (nak) masuk kelas tu baru kita tengok, kalau kita tak tengok lagi kalau kita dah tengok sebelum tu masuk je sebab kita tahu contain dalam CD tu apa dan kita carilah em, tajuk mana yang kita nak ajar tu, kan barulah kita bawak (bawa) hok (hak) kita dah (sudah) tahu, a bab berapa kita klip je bab yang kita nak ajar tu sebab dalam CD tu dia banyak contain dia kan yang tidak semuanya ada dalam CD tu berkenaan dengan apa yang kita nak ajar. P1K2(10)

    Partisipan kedua berpendapat kelebihan perisian adalah membuatkan kerja mudah dan

    kemas:

  • Macam latihan menggunakan komputer senang ok, senang nok (nak) wak (buat) kerja, dok payah (tidak perlu) tulis tangan, kemas pun kemas. P2K2(9)

    a, em, a, sebab ye (ia) ada animasi, benda tu bergerak, ye (ia) ada bunyi kan, menda (benda) tu.( dengan penggunaan Microsof t Power Point) P2K2(10)

    Manakala partisipan ketiga pula berpendapat kelebihan perisian ialah dapat membantu

    dalam menyebut sebutan-sebutan matematik:

    A a kelebihan kita, dia membantu ni la, kalau kita dok (tidak) pandai sebut lagi menda-menda (benda-benda) term, term matematik, term sains kedia membantu melalui ha P2K2(11)

    4.1.3 Apakah masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh guru-guru matematik

    dalam menggunakan komputer.

    Daripada kajian ini, beberapa masalah yang dapat dikesan yang kerap dihadapi oleh guru-

    guru matematik untuk menggunakan komputer adalah seperti masalah berkaitan

    penyelenggaraan komputer, masa persediaan, kemahiran komputer dan pemahaman

    pelajar.

    4.1.3.1 Penyelenggaraan Komputer

    Partisipan pertama dan ketiga menyatakan tentang masalah utama penyelenggaraan

    komputer adalah masalah ketika pemasangan alat bantu mengajar:

    Nombor satu, ambil masa untuk pasang, nombor dua bila kita kita guna komputer ni kita pasang komputer kita kita, kita apa, kita ngadap (berhadapan) komputer tu, faham dok (kan), ngadap (berhadapan) tu, buka komputer, budak-budak yo ya, yo ya (bising) belakang nun (sana), kita nak kena cakna, kita cakna ke komputer, kita dok (tidak) cakna ke budak, budak bising, kita tinggal komputer, komputer dok (tidak), dok (tidak) terurus pah tu(lepas itu) pulak (pula) kita nak berinteraksi dengan komputer tu kan, makna kita kena duk (duduk) depan je (sahaja) nak gerakkan mouse tu, nak gerakkan komputer tu kan,

  • kita[j]adi kita kena tengok budak satu hal, kita kena tengok komputer satu hal, kalu (kalau) kurang tengok budak, budak dok (tidak) berapa cakna, dia macam orang tengok TV, tengok TV ni, ia macam satu benda hiburan dok (kan), tengok TV, ia nok (nak) tengok tengok sekadar tengok, ha, macam, kalau benda tu berubah menjadi akademik diadok (tidak) berapa, tumpuan dokleh (tiada perhatian) betul dok (kan)? P1K3(1) Kalau ada macam masa-masa subjek, ada masa hok (yang) rasa begitu cepat sangat kan, baru kita guna, sebab, sebab em gini, kalau kita guna tu lambat, nok pasang satu hal pas (lepas) tu budak akan tengok tu ah. P3K3(1)

    Partisipan kedua juga bersetuju dengan kenyataan di atas dan masalah membawa

    peralatan juga membebankan:

    Nok (nak) pasang tu lambat ahnok (nak) gabungkan dengan LCD, lambat skit (sikit) kalau nak ngajar kan[S]e (satu) gi (lagi) ye (ia) macam nok (nak) bawak (bawa) gi (pergi) mari, gi (pergi) mari remeh ah[n]ok kata berat, dok (tidak) berat tapi banyak barang kan, laptop lagi, buku-buku kita lagi. P2K3(1)

    Partisipan pertama menyatakan komputer yang rosak sedikit hanya dibaiki oleh guru-guru

    sekolah sahaja:

    Setakat ni, maknanya dengan cikgu sekolah sama-sama bantu membantulah baiki[r]osak sikit-sikit, pakat-pakatsama-sama, kawan-kawan, hok (yang) ni tanya guana (macam mana) ni, ho, hok (yang) ni mari tengoklah, kalu (kalau) hok (yang) teruk sangat tu, kita hantar kedai ah (lah). P1K3(2)

    Manakala partisipan ketiga menyerahkan komputer yang rosak kepada guru komputer

    untuk dibaiki:.

    kita akan serah, dia ada cikgu komputerada cikgu yang reti ah ha Kak dok reti ah [Komputer yang rosak akan diserahkan kepada guru komputer atau guru yang pandai membaiki komputer] P3K3(2)

    Partisipan pertama menyatakan komputer disimpan di tempat yang khas:

    kita simpan di suatu tempat yang khas[b]ilik-bilik komputer[m]asa nak, nak guna, dia ambik ah (lah). [Komputer disimpan di tempat yang khas] P1K3(3)

    Partisipan kedua pula menyatakan tiada makmal komputer yang digunakan untuk kelas:

  • Ha, kalau macam sediakan tempat khas takpe, macam bilik, bilik, makmal ke letak komputer situ, senang, kita mari ho wak (buat) je (sahaja), dok payah (tak perlu) kita nak angkut (bawa) sebab sekarang ni kan, sekolah takdok (tidak ada) lab, lab guna untuk kelas, susah skit(lah).[Kalau disediakan tempat khas seperti bilik atau makmal komputer untuk kelas akan memudahkan kerja kerana guru tidak perlu membawa komputer ke mana-mana sebab sekarang ini sekolah tiada makmal guna untuk kelas] P2K3(5)

    Partisipan kedua dan ketiga berpendapat masalah komputer yang berhenti operasi secara

    tiba-tiba mengganggu P&P:

    Hem, guna-guna acap skit dokleh ah. Em hang tu teruk em, masalah hang rosak, rosak je, dok leh nok ngajar terus, he[d]oh duk baiki menda tu, o nok wak gane, nok wak jadi macam terganggu pelajaran kita ah, kita nak ngajar tu, kan, terganggu, ah, ngajar jugak, tapi, tapi masa tu kan, sikit ah, duk main sibuk baiki komputer [Kekerapan penggunaan komputer menyebabkan komputer tersebut berhenti operasi secara tiba-tiba serta menganggu waktu belajar dan kadang-kala terpaksa berhenti mengajar untuk baiki komputer tersebut menyebabkan waktu belajar menjadi pendek.] P2K3(2) Em masa ngajar (mengajar), kadang-kadang em shut down okjadi bermasalahkomputer hang. P3K3(2)

    Partisipan kedua juga menyatakan ada masalah gangguan bekalan elektrik:

    Em, memang, black out tu, black out tu merosakkan komputer gok (juga) o, black out. P2K3(3)

    Di samping itu, terdapat juga masalah penjagaan komputer seperti yang dinyatakan oleh

    partisipan kedua:

    Kalau laptop ni, memang sensitif sikit, ye (ia) kena jaga molek ah laptop sebab laptop kan biasanya kita bawak (bawa) gi (pergi) mana-mana kan, hok (yang) lain personal computer tu dok leh (tidak boleh) bawak (bawa) gi (pergi) mana ye(ia) sensitif ah, kena jaga molek, lagi pun benda alat-alat mudah rosak gok (juga), o sensitif, macam skrin, skrin ye sensitif P2K3(4)

  • 4.1.3.2 Masa Persediaan

    Persediaan dilakukan untuk memudahkan guru semasa P&P kerana guru perlu memilih

    bahan yang sesuai, jika perlu guru tersebut akan menambah atau mengubahsuai apa yang

    terkandung dalam perisian yang ingin digunakan. Partisipan pertama berpendapat kadang-

    kadang tiada masa untuk membuat persediaan:

    Kadang-kadang kita nok (nak) bersedia tu kita tak dok (tidak ada) masa[b]elajar kejap je, masa untuk bersedia tu lah yang mengambil masa nya[k]ita kena bersedia dulu, baru jadi cepat, kalau tak bersedia memang lambat ah jadi P1K3(4)

    Beliau menyatakan komputer tidak digalakkan bawa pulang ke rumah untuk membuat

    persediaan:

    Menda tu tidak, tidak bebas ah ok, nok (nak) wak (buat) balik rumah ke apa, tapi bila ada keperluan[u]ntuk bersedia di rumah kita dibenarkan wak (buat) balik ahtapi kita tidak menggalakkan wak (buat) balik, tak menggalakkan[s]ebab bila ada kehilangan, menda tu bukan murah[m]emang bertambah kerjalah, bertambah, dulu tak perlu tengok, tak perlu buka-buka komputer tengok apa bersedia tu, ni mengajar banyak tu juga, betul dok (kan), ho sekarang ni bila dah ada komputer beban semakin bertambah nok (nak) jaga komputer laginok sediakan bahan lagi mengajar pun banyak tu juga. P1K3(5)

    Daripada pendapat partisipan kedua yang menyatakan perlu masa yang banyak untuk

    persediaan:

    Tu lah (itulah) kita dok (tidak) bersedia secara manual kan[s]usah skit ah, masa memang banyak, baik kita ngajar manual gitu senang, eksenang, senang je, bagi nota skit (sikit), bagi nota. P2K3(6)

    Partisipan ketiga pula berpendapat perlu masa yang lama guna komputer dalam P&P:

    Rasa Kak Yah lambatlah, kita lambat ni kita, kita kalau hari tu kita nak learning

    outcome dia, dua, tiga, boleh se (satu) je (sahaja) kadang-kadangdari segi

    proses tu lambat[l]ambat, lambat, memang lambat guna komputer tapi dia

    memang mudah kalu (kalau) kita ngajar (mengajar), maknanya membantulah, ni

    gok (juga). P3K3(3)

  • 4.1.3.3 Kemahiran komputer

    Masalah berkaitan kemahiran komputer yang tidak mencukupi:

    Kemahiran komputer, doklah (tidaklah) berapa mahir mana[b]oleh, makna bukan setakat kemahiran tinggi, kemahiran sederhanakurang pengalaman, makna setakat nok guna sendiri tu tak cekap, bolehlah tapi tak cekap ah, pas (lepas) tu kebanyakan guru-guru em dok (tidak) tahulah guru di sekolah saya tapi sebab kawan-kawan lain kalau kat bandar-bandar ye (dia) ada banyak kelas-kelas, kelas-kelas apa tu yang dianjurkan oleh em pihak-pihak tertentulah di kelas tu lah hok (hak) belajar komputer kononnya, dok (kan)? Untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita, tapi kalau di luar bandar ni mana ada orang nak ajar kelas-kelas gitu (begitu), sapa (siapa) pulak (pula) nak gi (pergi) belajar, kalau buka kelas tu rugi ah ho P1K3(6)

    Bila kita pergi berkursus sekolah, murid tak belajar pulak, ha, ha, ha tapi hok yang lain boleh dibuat jika mahu, betul, dok (kan)? Ho sebab benda ni program dalam negara kan, saya akuilah memang guru-guru ni kurang berpengalaman dalam bidang komputer [Apabila guru pergi menghadiri kursus, kelas terpaksa dibatalkan kerana kekurangan guru.] P1K3(7) Memang banyak masalah belajar sendiri ni, kita dokleh (tidak boleh) nok (nak) nafikanlah. [Mempunyai banyak masalah belajar komputer sendiri] AHF20(III)

    Bolehlah [Kemahiran komputer] P1K3(8)

    4.1.3.4 Pemahaman Pelajar

    Berhubung dengan masalah pemahaman pelajar, menurut pendapat partisipan kedua yang

    berpendapat penggunaan CD tidak difahami oleh pelajar:

    Ehem, em guna komputer untuk budak ah. Untuk budak macam, masa belajar kan, masa belajar macam kan bahasa ing, bahasa inggeris, ETeMS kan ada tu, kena guna komputer kan, ada program dalam komputer o, ada, ada CDlah maknanya, kita dokleh (tidak boleh) nak guna gok (juga) sebab budak dok (tidak) faham sebab CD tu ye macam, ye guna bahasa Inggeris straight kan, budak-budak bukannya pandai bahasa Inggeris[t]erang gitu, gitu-gitu jelah, ye (dia) suruh tengok gitu-gitu P2K3(9)

    Beliau berpendapat pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris tidak faham apa yang

    dipelajari:

  • Ada setengah-setengah tu, ada setengah pelajar ok, setengah-setengah tu kurang kalau macam hok (yang) hujung-hujung kan, ok, kalau macam hok (yang) dok (tidak) pandai bahasa Inggeris tu, o hok (hak) tu memang dok (tidak) minat dok (tidak) faham kan menda (benda) apa hok (yang) ye (ia) kata o, kalau budak yang pandai bahasa Inggeris tu, minat lahlambat, se (satu) gi (pergi) macam kalau kita translate kira bahasa Melayu, ok kalau kita royak (bagi tahu) dalam bahasa Inggeris, dok (tidak) faham, kita kena royak (bagi tahu) bahasa Melayu pulak (pula). P2K3(11) Kalau, kalau kelas depan tu mungkin deras ah, kalau kelas depan kita nok cepat kan belajar, nok suruh habis silibus tu okey ah tapi kalau kelas hujung tu, dok (tidak) jadi sebab budak dok (tidak) faham, budak susah nak faham, dok (tidak) sempat, jadi kita kena ulang balik menda (benda) apa[k]alau sejam ok, kalau sejam mula-mula tu okey ah, em, sepuluh minit pertama tu okey, lepas tu, em, mula lah ye (dia) bising ye (dia) bosan, sebab ye (dia) dok (tidak) faham kan benda tu, benda hok (hak) buat komputer tu royak (bagi tahu), makna kita kena jelas mula, kita kena a se (satu) tajuk kita terang pulak dalam bahasa Melayu, sebab kelas, sebab sekolah ni kan, sekolah luar bandar, susah skit (sikit) ah. P2K3(14)

    Beliau menyatakan lagi, sesetengah bahan yang terdapat dalam CD tidak difahami

    pelajar:

    CD yang diberi mempunyai penerangan yang jelas dan panjang lebar, ini menyebabkan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan silibus lagi pun pelajar kurang faham sesetengah bahan yang ditunjukkan dalam CD tersebut, ini juga menjadikan kurang penggunaan komputer disebabkan murid tidak faham. Tidak perlu ditunjukkan kepada murid jika murid tidak faham, lebih baik guna cara manual sahaja yang lebih senang atau buat sendiri dalam Microsoft Power Point, kita boleh ikut kesesuaiannya. P2K3(12)

    Partisipan kedua juga berpendapat CD yang digunakan jelas dan panjang lebar

    menyebabkan P&P menjadi lambat:

    kita sepatutnya kita ada tiga hari tu, kita nak learning outcome tiga, tapi kalau

    kita bergantung pada, boleh dua je, sebab dia direct sangat dalam CD ok

    P3K3(4)

  • 4.1.4 Sejauh manakah guru-guru matematik menggunakan perisian berkaitan

    matapelajaran matematik seperti Geometers Sketchpad(GSP), Autograph,

    Frontpage dan lain-lain.

    Daripada soalan temu bual didapati kesemua partisipan belum menggunakan perisian

    tersebut dengan rasminya. Ada juga sesetengah partisipan yang tidak tahu langsung dan

    ada juga partisipan yang tahu serba sedikit sahaja mengenai perisian tersebut. Pernyataan

    temu bual daripada partisipan-partisipan adalah seperti berikut :

    A belum, kita tak tahu pun[h]o, ho belum, belum, belum, kita belum didedahkan pun[c]uma sekadar tengok-tengok je lah, makna kita[e]m time apa orang panggil, time constrain, he, hem. P1K4(1) Em, em, dok guna..[d]ok belajar pun lagi hok tu atasan tu, budak-budak ni[h]a, untuk diri sendiri ah. Ada gok(juga) skit(sikit). P2K4(1)

    4.1.5 Bagaimanakah reaksi guru terhadap pihak pentadbir sekolah dan JPN

    dalam melakukan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan mata pelajaran

    matematik oleh guru-guru matematik dengan menggunakan komputer.

    Berdasarkan data yang didapati, berikut adalah reaksi guru terhadap pihak pentadbir

    sekolah dan JPN dalam melakukan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan mata pelajaran

    matematik oleh guru-guru matematik dengan menggunakan komputer dilihat dari segi

    penggunaan komputer, alatan komputer dan kursus komputer.

    4.1.5.1 Penggunaan komputer

    Partisipan pertama menyatakan pihak pentadbir sekolah mengikut arahan pihak

    Kementerian dan menggalakan penggunaan komputer:

  • Memang mengikut arahan daripada jabatan kementerianlah memang me, me apa ni menyuruh mewajibkan[m]enggalakkan menggunakan komputer, makna dia dapat arahan gitu (begitu) doh (sudah), makna suruh menyuruhlah guru-guru menggunakan komputer ni. P1K5(1)

    4.1.5.2 Alatan Komputer

    Partisipan pertama dan kedua menyatakan alatan komputer adalah mencukupi:

    O komputer, Alhamdulillah cukup[s]atu guru sorang komputer. [Alatan komputer] P1K5(2)

    Ok beres tak dok(tidak) menda(benda), semua ada. [Alatan komputer] P2K5(1)

    4.1.5.3 Kursus Komputer

    Menurut pendapat partisipan pertama yang pernah mengambil kursus sebanyak dua kali,

    kursus komputer masih lagi tidak mencukupi dan beliau terpaksa belajar sendiri:

    Ho.. bergantung kepada self access learning, ha, ha cuba-cuba dan diberi tu, maknanya kemahiran komputer dengan apa yang kursus yang dibagi tidak mencukupi[s]aya baru kursus komputer dua kali baru P1K5(3)

    Partisipan kedua yang pernah menghadiri kursus komputer sebanyak sekali juga

    menyatakan beliau terpaksa belajar sendiri:

    Ada, kursus ETeMP tu je (sahaja) sekali ngajar (mengajar) komputer[s]etakat ni sekali, dok (tidak) gi (pergi) gi(pergi), tak dok (tidak ada) lagi kursus lain, baru sekali tu, ahbelajar sendiri, masa dulu-dulu kan ambil kursus kan, ambil kursus komputer bolehlah, masa, masa sebelum duduk saja-saja dulu-dulu, pas tu (lepas itu) hok (yang) bayar tu, kan. P2K5(2)

  • BAB 5

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    Bab yang terakhir ini membuat perbincangan dan kesimpulan dari hasil kajian yang

    diperolehi. Sebagai penutup bab ini juga membuat kesimpulan kajian dan rumusan-

    rumusan. Kami membuat kesimpulan berdasarkan persoalan yang dinyatakan sebelum

    ini. Hasil daripada dapatan kajian dan rumusan mendapati soalan temu bual yang

    berkaitan persoalan kajian mempengaruhi semua keputusan dan akhir sekali pendapat

    serta pandangan daripada partisipan-partisipan yang terdiri daripada guru-guru matematik

    di sekolah berkenaan.

  • 5.1 Perbincangan

    Perbincangan dibuat daripada hasil dapatan kajian yang mendapati tahap penggunaan

    komputer, penggunaan perisian, kesesuaian perisian, penyelenggaraan komputer, masa

    persediaan, kemahiran komputer, pemahaman pelajar, alatan komputer dan kursus

    komputer mempengaruhi persepsi guru matematik terhadap penggunaan komputer dalam

    mengorganisasi mata pelajaran matematik di sesebuah sekolah.

    5.1.1 Penggunaan komputer oleh guru-guru matematik untuk mengorganisasikan

    mata pelajaran matematik.

    Sejak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan penggunaan komputer di

    dalam bilik darjah di kalangan guru matematik dan sains di sekolah-sekolah bermula pada

    tahun 2003, pelbagai persepsi guru telah timbul. Daripada perbincangan berkaitan

    penggunaan komputer dalam P&P dan penggunaan komputer dalam kegiatan lain

    menggambarkan sejauh manakah penggunaan komputer oleh guru-guru matematik untuk

    mengorganisasi mata pelajaran matematik di sekolah.

    Partisipan pertama berpendapat bahawa penggunaan komputer dalam P&P

    bergantung kepada keperluan guru. Menurutnya lagi, guru perlu mahir dalam

    menggunakan komputer manakala isi kandungan perlu disesuaikan dengan P&P supaya

    proses P&P berjalan lancar. Jika tidak bersedia, guru tersebut tidak akan dapat

    menggunakan komputer dalam P&P secara berkesan. Kata beliau lagi, penggunaan

    komputer bergantung kepada masa dan keadaan di mana beliau menggunakan cara

    manual pada waktu sibuk dan apabila ada masa mencukupi atau ada kelapangan masa

  • beliau lebih seronok menggunakan komputer. Beliau menggunakan komputer dalam P&P

    dua kali seminggu.

    Menurut partisipan pertama lagi, beliau telah lama menggunakan komputer secara

    peribadi tetapi penggunaan komputer dalam P&P baru bermula pada tahun lepas. Beliau

    menambah dan membuat lagi soalan-soalan lain daripada CD yang dibekalkan oleh

    Kementerian supaya P&P menjadi lebih baik sama juga seperti partisipan kedua yang

    menggunakan komputer untuk membuat soalan. Partisipan kedua menggunakan komputer

    secara puratanya seminggu sekali. Manakala partisipan ketiga hanya kerap menggunakan

    komputer pada tahun pertama penggunaan bahasa Inggeris dalam P&P kerana komputer

    digunakan untuk membantu P&P sahaja, apabila guru sudah biasa dengan P&P

    berbantukan komputer, guru boleh guna cara sendiri tanpa menggunakan komputer

    kerana guru sudah tahu sebutan yang perlu digunakan jadi sekarang beliau jarang

    menggunakan komputer. Beliau hanya menggunakan komputer di sekolah sahaja.

    Mengikut pendapat Cockcroft (1982, dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal,

    tahun tidak dinyatakan) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran

    matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah

    penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus

    matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran

    matapelajaran lain di sekolah. Daripada pendapat-pendapat yang diketengahkan di atas,

    komputer sememangnya salah satu alat bantu mengajar yang penting kerana pelbagai

  • kegiatan dapat dilakukan yang boleh meningkatkan ilmu kemahiran komputer yang

    membawa banyak faedah kepada seseorang.

    Daripada pernyataan partisipan pertama menyatakan memang ada perbezaan

    penggunaan komputer dalam P&P berbanding cara manual iaitu yang pertamanya kerja

    semakin bertambah, yang kedua pula, komputer dapat menarik minat pelajar. Menurut

    beliau, penggunaan komputer adalah bagus berbanding cara manual kerana komputer

    boleh menarik minat melalui animasi yang terdapat dalam komputer tersebut.

    Berbeza daripada partisipan pertama, partisipan kedua menyatakan dengan

    menggunakan P&P dengan cara manual beliau merasa pelajar dapat memberi tumpuan

    kepada beliau dan tambahan pula kadang-kadang pelajar bosan belajar menggunakan

    komputer. Manakala menurut Nik Azis Nik Pa (1989), komputer digunakan untuk

    menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh

    penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui

    terminal. Berdasarkan pernyataan ini, guru perlu mempunyai bimbingan yang kukuh

    supaya pelajar dapat memberi tumpuan kerana pelajar dapat berinteraksi dengan

    komputer jika guru pandai memainkan peranan.

    Partisipan ketiga pula lebih suka menggunakan cara manual daripada

    menggunakan komputer kerana cara manual lebih berkesan dan beliau sudah biasa

    dengan cara tersebut. Sebab-sebab lain beliau lebih suka cara manual kerana tiada

    gangguan semasa mengajar dan boleh mengajar dengan cara sendiri. Menurut beliau lagi,

  • penggunaan komputer atau cara manual dalam P&P juga bergantung kepada pelajar.

    Beliau juga menyatakan penggunaan komputer menjadi cepat berbanding cara manual

    dalam P&P. Selain daripada itu, menurut Jamaluddin,1989 (Tengku Zawawi Tengku

    Zainal, tahun tidak dinyatakan) PPBK ialah aturcara komputer yang menggunakan

    teknik-teknik kepintaran buatan boleh membantu seseorang belajar dengan cara berkesan.

    Daripada pernyataan-pernyataan ini, komputer mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk

    menarik tumpuan pelajar dan guru perlu memainkan peranan yang penting dalam

    menguruskan perkara tesebut.

    Dari segi penggunaan komputer dalam kegiatan atau kelab komputer oleh guru-

    guru tersebut partisipan pertama menyatakan ada terlibat dalam aktiviti atau kelab

    berkaitan komputer tetapi disebabkan kekangan masa, beliau tidak berapa aktif dalam

    kelab tersebut. Partisipan kedua dan ketiga menyatakan mereka tidak terlibat dalam kelab

    komputer. Penglibatan guru dalam kegiatan yang melibatkan penggunaan komputer dapat

    meningkatkan ilmu berkaitan komputer sekaligus menjadikan kemahiran komputer

    semakin mahir.

    Menurut partisipan kedua penggunaan komputer dalam kerja-kerja harian dapat

    mempercepatkan dan nampak kemas dalam menulis dokumen misalnya untuk menaip

    surat. Mengikut kata Hawkridge (1990) yang menyatakan penggunaan komputer tidak

    terhad dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Pada masa ini

    komputer telah berupaya memainkan peranan dalam pengurusan pendidikan telah

    menyokong pendapat partisipan kedua.

  • 5.1.2 Kepekaan guru-guru matematik dengan perisian yang digunakan untuk

    menyelesaikan kerja-kerja berkaitan pengurusan mata pelajaran matematik

    dengan menggunakan komputer

    Didapati pandangan guru-guru SMKPB daripada aspek penggunaan perisian di sekolah

    dan kesesuaian perisian menggambarkan kepekaan guru-guru matematik dengan perisian

    yang digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja berkaitan pengurusan matapelajaran

    matematik dengan menggunakan komputer

    Merujuk kepada pernyataan-pernyataan partisipan pertama dan kedua mengenai

    penggunaan perisian menunjukkan mereka menggunakan perisian yang telah sedia ada di

    sekolah seperti yang dibekalkan oleh Kementerian. Manakala partisipan kedua

    menyatakan perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft Word dan Microsoft Power

    Point.

    Perisian aplikasi adalah perisian yang digunakan oleh pengguna untuk melakukan

    fungsi muktamad komputer (Muhammad Munim Ahmad Zabidi,1996,m.s.4). Menurut

    partisipan pertama, beliau jarang menggunakan perisian aplikasi. Perisian aplikasi

    Microsoft Word biasanya digunakan oleh ketiga-tiga partisipan untuk membuat soalan

    kerana ianya mudah.

    Partisipan pertama dan ketiga menyatakan penggunaan perisian Microsoft Excel

    digunakan untuk memasukkan markah pelajar tetapi mereka jarang menggunakannya.

    Partisipan ketiga menggunakan perisian Microsoft Excel yang telah disediakan dalam

  • makmal dan beliau hanya memasukkan data sahaja. Partisipan kedua menyatakan beliau

    tidak menggunakan menggunakan Microsoft Excel kerana beliau bukan guru kelas.

    Menurutnya, Microsoft Excel adalah untuk guru kelas.

    Manakala penggunaan perisian Microsoft Power Point pula jarang digunakan oleh

    partisipan pertama. Menurut beliau, beliau hanya sekadar tahu dan tengok sahaja kerana

    kekangan masa yang tidak mengizinkan beliau untuk mengetahui dengan lebih me