penggabungjalinan dan penyerapan

Download penggabungjalinan dan penyerapan

Post on 04-Jan-2016

20 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

  • Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan,sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

  • Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat.

    Di sebaliknya, bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan

  • Terdapat 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis.

    Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran.

  • Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.

    Contohnya :Lisan membaca menulis Membaca lisan menulis Lisan membaca lisan Lisan menulis membaca

  • Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 2 : i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

  • Ciri-ciri gabugjalin:Integrasi beberapa kemahiranProsesnya bersepadu dan menyeluruhAktiviti dipelbagaikan dengan menarikKemahiran utama menjadi fokusOrganisasi kemahiran fleksibelKemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.

  • CONTOH AKTIVITITajuk : Kawan saya. Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya. Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya. Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu Kawan Saya untuk mengukuhkan perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.

  • Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.

  • Bahasa: a) Kemahiran lisan(mendengar/ bertutur) b) Kemahiran membaca c) Kemahiran menulis

    Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis b) Kemahiran mewarna

    Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi

  • Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata pelajaran lain.

    Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan.

    Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

  • BENTUK PENYERAPANPenyerapan isi mata pelajaran lain dalam mata pelajaran bahasa.

    satu strategi untuk menyerapkan isi pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran lain.Contoh: Dalam PP bahasa, isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Kesihatan diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa.

  • Penyerapan Nilai

    Nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    Dalam P&P, walaupun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang, namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

  • Ciri-ciri penyerapan:Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuanBerbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaranBilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibelOrganisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampinganProses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.