nota agama sem 2 adtec bp

99
KERTAS PENERANGAN TERHAD TERHAD PENDIDIKAN ISLAM 2

Upload: raffy-ngimau

Post on 29-Nov-2015

880 views

Category:

Documents


46 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

KERT

AS PE

NERA

NGAN

TERHAD

TERHAD

PENDIDIKAN ISLAM 2

Page 2: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

Cetakan Kedua Mac 2011

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia

http ://www.jtm.gov.my/kurikulum

Hak Cipta Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD. Tidak dibenarkan

mengeluar mana-mana bahagian dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM)

dalam apa jua bentuk tanpa keizinan daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

SUKATAN LATIHAN : PI 2031 PENDIDIKAN ISLAM 2 merupakan dokumen yang

menggariskan perkara-perkara yang perlu diperolehi oleh seseorang graduan di dalam

Subjek Umum. Sukatan latihan ini dibangunkan mengikut format sukatan Institusi Latihan

Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Sukatan latihan ini juga mengambil kira penambahan

semua tajuk dan tugasan selaras dengan keperluan teknologi dan memenuhi standard

persijilan.

Kod Pengesahan WIM : WIM/PI2031/12011/S02/P1

Kod Pengesahan Silibus : SFB/PI 2031/12009/P1

Tarikh Pengesahan WIM : 11 Mac 2011

Page 3: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp
Page 4: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

KANDUNGAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM ................................................ i SENARAI SINGKATAN ..................................................................................................... ii KERTAS PENERANGAN MODUL ....................................................................................1 PI 2031 PENDIDIKAN ISLAM 2 ...................................................................................1 GROUP CLUSTERING ................................................................................................2

LE1 FAHAM KONSEP MUAMALAT ................................................................4 LE2 FAHAM KONSEP MUASYARAH ...........................................................21 LE3 MUNAKAHAT DAN KEKELUARGAAN DALAM ISLAM .........................36

Page 5: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

i

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM

KLUSTER SUBJEK UMUM - PENDIDIKAN ISLAM 2

Ahli Jawatankuasa :

1. Pn Ainin Nisak bt Ahmad Asnawi (Pengerusi Kluster)

ADTEC Shah Alam

2. En Nikmat bin Mohamad (Penolong Pengerusi Kluster )

ADTEC Kulim

3. En Abd Rahim bin Yacob ADTEC Batu Pahat

4. En. Muhammad Hatta Bin Selamat ILP Pasir Gudang

5. En. Noorazam bin Yaakob ILP Pasir Gudang

6. Hjh. Norazlina Binti Md Isa ILP Kuala Terengganu

7. En. Khairol Anuar Bin Ahmad ILP Jitra Urusetia :

1. Pn. Norpisah Binti Jumin BKT, Ibu Pejabat

2. En. Ismail Bin Mohd Taha BKT, Ibu Pejabat Tarikh dibangunkan : 06 – 09 Julai 2010 Tempat : ADTEC Taiping

Page 6: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

ii

SENARAI SINGKATAN IS INFORMATION SHEET WS WORK SHEET AS ASSIGNMENT SHEET

KOD KURSUS

SEMESTER

NO. MODUL

KREDIT

NO. LE

JENIS WIM

PI 2 03 1-LE2-IS

Page 7: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

KERTAS PENERANGAN

MODUL PI 2031 PENDIDIKAN ISLAM 2

Page 8: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

MUKASURAT 2

GROUP CLUSTERING

PI 2031-LE1 KONSEP MUAMALAT DALAM ISLAM

1.1 Konsep Jual Beli, Hutang Piutang Dan Ar-Rahnu

1.1.1 Pengertian

1.1.2 Syarat dan rukun

1.1.3 Hikmah

1.2 Konsep Riba

1.2.1 Pengertian dan hukum

1.2.2 Jenis-jenis Riba serta contoh

1.3 Konsep Sewa Menyewa

1.3.1 Pengertian

1.3.2 Syarat dan hokum

1.3.3 Hikmah

PI 2031-LE2 KEDUDUKAN LELAKI DAN WANITA

2.1 Membincangkan Tentang Kedudukan Wanita

2.2 Ciri-Ciri Khas Wanita

2.3 Kedudukan Lelaki Dan Wanita

2.4 Kepimpinan Lelaki Dalam Pengurusan Kekeluargaan

PI 2031-LE3 MUNAKAHAT DAN KEKELUARGAAN DALAM ISLAM

3.0 PEMBINAAN INSTITUSI KELUARGA

3.1 Imbasan Sistem Perkahwinan Sebelum Islam

3.2 Pensyariatan Perkahwinan

3.3 Hikmah Dan Hukum Kahwin

3.4 Pemilihan Jodoh Dan Peminangan

Page 9: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

MUKASURAT 3

4 0 KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM

4.1 Membincangkan Tentang Nikah Dan Rukunnya 4.1.1 Syarat Calon Suami 4.1.2 Syarat Calon Isteri 4.1.3 Syarat Saksi 4.1.4 Syarat Ijab Dan Kabul 4.1.5 Wali 4.1.6 Mahar 4.2 Hak Dan Tanggungjawab Suami, Isteri Dan Anak-Anak

5.0 PEMBUBARAN PERKAHWINAN 5.1 Membincangkan Tentang Talak

5.1.1 Hikmah Penceraian Dan Hukumnya

5.1.2 Rukun Talak

5.1.3 Syarat-Syarat Sah Talak

5.1.4 Pembahagian Talak

5.2 Jenis-Jenis Talak Dan Huraiannya

5.2.1 Khuluk

5.2.2 Fasakh

5.2.3 Ta’lik

5.2.4 Lian-Ila’-Zihar

5.3 Islam Dalam Perlembagaan Malaysia

6.0 IDDAH RUJUK DAN HADANAH

6.1 Membincangkan Tentang Konsep Iddah, Rujuk Dan Hak Penjagaan /

Pengasuhan Anak (Hadanah)

7.0 ISU-ISU SEMASA

7.1 Membincangkan Tentang Nusyuz Dan Poligami 7.2 Pemasalahan Dan Penyelesaian Dalam Institusi Keluarga Islam Di Malaysia

Page 10: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 4

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS PI-2031 PENDIDIKAN ISLAM

KOD DAN NAMA MODUL PI-2031 PENDIDIKAN ISLAM 2

PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE1 FAHAM KONSEP MUAMALAT

NO. TUGASAN BERKAITAN

1.1 MEMBINCANGKAN KONSEP JUAL BELI, HUTANG PIUTANG DAN AR-RAHNU

1.2 KONSEP RIBA 1.3 KONSEP SEWA MENYEWA

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO)

FAHAM KONSEP MUAMALAT DALAM ISLAM DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH PERBINCANGAN SUPAYA PELAJAR

BOLEH :

1. NYATAKAN PENGERTIAN KONSEP DAN HUKUM

MUAMALAT DALAM ISLAM.

2. HURAIKAN RUKUN, SYARAT-SYARAT DAN KEPENTINGAN

GAGASAN MUAMALAT ISLAM DALAM BENTUK YANG LEBIH

KHUSUS.

OBJEKTIF MEMBOLEH (EO)

DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :- MEMAHAMI KEHENDAK SYARIAT DAN TATACARA SOSIAL DALAM ISLAM MELALUI KONSEP MUAMALAT SUPAYA DAPAT MEMBINA MASYARAKAT ISLAM SEJATI.

Page 11: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 5

1.0 KONSEP MUAMALAT DALAM ISLAM

TUJUAN:

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai konsep

muamalat dalam islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya supaya dapat

menjalani kehidupan mengikut syariat Islam ekonomi dalam Islam dan perkara-perkara

yang berkaitan dengannya supaya dapat menjalankan perekonomian mengikut syariat

Islam.

Pengertian Muamalat

Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia

dengan memandang kepada aktiviti hidup seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-

meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam

perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing

yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial

Islam

Hukum muamalat terbahagi kepada beberapa bahagian :-

i. Hukum-hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan seperti nikah, talak, nafkah dan

lain-lain yang seumpama dengannya.

ii. Hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan individu di dalam aspek

kewangan/perekonomian seperti jual beli, sewaan dan lain-lain lagi, iaitu apa yang

disebutkan sebagai kanun muamalat/kanun madani dan juga apa yang disebut

sebagai kanun perniagaan berdasarkan kepada beberapa hukum yang berkaitan

dengannya seperti hukum syarikat, muflis dan lain-lain lagi.

iii. Hukum –hukum yang berkaitan dengan hukuman, pendakwaan, penyaksian dan

lain-lain lagi, iaitu apa yang diistilahkan sebagai kanun murafa’at.

iv. Hukum-hukum yang berkaitan dengan kedudukan orang-orang bukan Islam di

dalam negara Islam, hak-hak yang didapati terhadap mereka , seperti penyusunan

hubungan sesama mereka dan juga sesama orang Islam di dalam negara Islam.

v. Hukum-hukum yang berkaitan dengan penyusunan hubungan sesama mereka dan

juga sesama orang Islam di dalam negara Islam.

vi. Hukum-hukum yang berkaitan dengan sistem politik Islam (siasah Syar’iyyah), serta

hak-hak individu di dalam negara Islam.

Page 12: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 6

vii. Hukum-hukum yang berkaitan dengan urusan kewangan negara termasuklah di

dalamnya punca pendapatan negara serta ke mana wang tersebut dilaburkan dan

seterusnya menyusun hubungan kewangan di antara individu dengan negaranya.

viii. Hukum-hukum yang berkisar tentang hukuman ke atas jenayah yang dilakukan oleh

individu di dalam negara Islam, ini termasuk Hudud, Qisas dan Ta’azir (menentukan

kedudukan sesuatu perbuatan jenayah serta kadar hukuman yang dikenakan ke

atas pelakunya).

(a) KONSEP JUAL BELI

1.1.1 Pengertian jual beli

Jual beli dari istilah bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Dari istilah syarak ialah menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu.

Hukum jual beli

Jual beli merupakan satu keperluan kepada manusia, di mana penjual di samping

mencari rezeki, ia juga dapat memenuhi keperluan hidup. Manakala pembeli pula

boleh mendapat barangan yang diperlukan. Berdasarkan keadaan tersebut, jual beli

menurut konsep asalnya adalah harus hukumnya.

Dalil-dalil harus dan halal jual beli:

Firman Allah s.w.t :-

Page 13: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 7

Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul

melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-

hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka

mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba".

padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari

Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya

dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya

terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan

mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Surah al-Baqarah : 275)

1.1.2 Syarat dan Rukun

a) Rukun jual beli i. Penjual

ii. Pembeli

iii. Harga yang dibeli

iv. Barang yang dijual

v. Sighah (lafaz penjual)

vi. Kabul (lafaz pembeli)

b) Syarat-syarat penjual dan pembeli:

i. Baliqh dan berakal

ii. Tidak bankrap atau bodoh

iii. Tidak dipaksa

Page 14: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 8

iv. Beragama Islam

v. Merdeka

vi. Bukan berurusan dengan Musuh Islam.

1.1.3 Hikmah diharuskan jual beli :

i. Allah s.w.t telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan

pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jual

beli, sewa-menyewa dan sebagainya.

ii. Dengan adanya peraturan jual beli ini maka akan terhindarlah kejadian

rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta

benda yang tiada padanya.

iii. Berjual beli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup

mengikut lunas undang-undang.

iv. Melahirkan sifat tolong- menolong.

v. Proses jual beli adalah untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

vi. Untuk mencari rezeki yang halal dengan harga yang berpatutan serta

barangan yang berfaedah.

vii. Untuk mengembangkan harta secara berkat melalui kegiatan yang baik.

viii. Sebagai salah satu daripada rahmat Allah untuk memenuhi keperluan sesama

manusia yang meliputi keperluan daruriyyat (asasi), keperluan hajjiyyat,

keperluan kamaliyyat dan keperluan tahsiniyyat

Proses jual beli yang diharuskan tersebut akan berubah hukumnya mengikut suasana dan keadaan seperti berikut :

i. WAJIB.

Jual beli adalah wajib hukumnya apabila manusia sangat memerlukan barangan

tersebut, contohnya makanan dan pakaian. Dalam keadaan tersebut penjual wajib

menjual kepada pembeli yang datang untuk membeli barangan keperluan mereka.

Manakala pembeli pula wajib membeli makanan untuk memelihara diri mereka

daripada mati kebuluran dan menutup aurat.

ii. SUNAT.

Hukum jual beli menjadi sunat apabila proses jual beli berlaku terhadap barangan

keperluan biasa yang tertentu sebagai tambahan kepada keperluan asasi mereka

seperti menjual gula, biskut dan susu.

Page 15: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 9

iii. MAKRUH.

Hukum jual beli menjadi makruh apabila proses pertukaran barangan berlaku selepas

berkumandangnya azan pertama di hari Jumaat.

iv. HARAM.

Hukum jual beli berubah menjadi haram apabila ia dilakukan selepas

berkumandangnya azan kedua pada hari Jumaat. Jual beli juga menjadi haram

terhadap barangan yang berbentuk najis dan tidak halal di sisi syara’ seperti arak dan

bangkai.

Syarat-syarat barang yang dijual:

i. Barang-barang itu mestilah suci dan bersih.

ii. Barang itu kepunyaan penjual itu sendiri atau wakil penjual.

iii. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jual beli.

iv. Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat barang yang

dijual.

Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-

"Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual jualan

secara tipu daya."

Syarat-syarat ijab (lafaz penjual) dan Kabul (lafaz pembeli):

i. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jual beli.

ii. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antara ijab dan Kabul

iii. Bersamaan Ijab dan Kabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi

lafaznya.

iv. Tidak boleh dihadkan waktunya.

v. Tidak boleh bertakliq.

Beberapa persoalan yang melibatkan jual beli :-

i. Tidak sah menjual binatang buas.

ii. Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.

iii. Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain.

iv. Melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian.

Page 16: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 10

v. Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jual beli tersebut adalah tidak

sah.

vi. Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith itu hendaklah ia

beragama Islam.

(b) KONSEP HUTANG PIUTANG

1.1.1 Pengertian hutang piutang

Memberi hutang ialah memberikan sesuatu kepada seseorang dengan

perjanjian dia akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan

jumlah yang sama misalnya hutang RM 50 000 dikembalikan RM 50 000 atau

jika hutang itu berupa beras misalnya maka harus dibayar dengan beras yang

jumlahnya sama.

Jika ada tambahan waktu mengembalikan hutang itu lebih dari jumlah

semestinya harus diterima dan tambahan itu telah menjadi perjanjian sewaktu

akad maka tambahan dari jumah yang semestinya, tidak halal atas piutang

mengambilnya. Sabda Rasulullah s.a.w :”tiap-tiap piutang yang mengambil

manfaat maka termasuk riba”. (HR Haris bin Usamah).

1.1.2 Hikmat Memberi Hutang

Memberi hutang kepada orang yang berhajat hukumnya sunat berdasarkan

beberapa hadith, Rasulullah s.a.w bersabda: ” Sesiapa yang melapangkan

suatu kesukaran dunia pada seseorang mukmin, Allah akan melapangkan

baginya kesukaran hari kiamat. Dan sesiapa yang meringankan baginya di

dunia dan akhirat. Dan siapa yang menutup keburukan orang Muslim, Allah

akan menutupi keburukannya dunia akhirat. Allah selalu menolong hamba

selama hamba itu menolong saudaranya”.

Rukun hutang piutang:

i. Hutang dilaksanakan di samping dengan ijab dan kabul.

ii. Orang yang memberi hutang dan orang-orang yang menerima hutang.

iii. Wang atau barang yang dihutangkan.

Page 17: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 11

Menambah bayaran

Dilihat dari beberapa segi, bahawa orang yang memberikan hutang kepada orang

lain, boleh menerima kelebihan dari jumlah piutang yang diberikan kepada orang

lain, kerana kelebihan semacam itu menyerupai hadiah dengan syarat pada waktu

akad hutang tidak menyebut minta tambahan dari jumlah hutang itu. Tetapi jika

waktu akad menyebut minta tambahan dari jumlah wang yang dihutang itu maka

hukumnya riba.Sabda Rasulullah s.a.w bersabda ” orang yang paling baik di

antara kamu ialah orang yang dapat membayar hutangnya dengan yang lebih

baik”. (HR Ahmad dan Tirmidzi).

Penundaan bayaran hutang

Orang yang mampu membayar hutang, bila dia menangguhkan dan tidak melunasi

hutangnya setelah sampai pada batas waktunya dianggap sebagai orang yang

zalim. Rasulullah s.a.w bersabda: ”Penundaan pembayaran hutang dari orang

yang kaya itu adalah perbuatan zalim”. Dengan hadith ini jumhur ulama berdalil

bahawa penundaan pembayaran hutang dari orang yang sanggup membayarnya

adalah dosa besar.

Hawalah ( pemindahan tanggungjawab hutang )

Hawalah ialah suatu akad untuk memindahkan hutang dari tanggungan seorang

kepada tanggungan orang lain.

Contohnya :

Abdullah berhutang RM 1 000.00 kepada Umar dan Abdullah juga berpiutang

sebanyak itu kepada Osman.

Jadi Abdullah adalah orang yang berhutang dan berpiutang. Umar hanya

berpiutang. Dan Osman hanya berhutang.

Kemudian Abdullah dengan persetujuan Umar, menyuruh Osman membayar

hutangnya kepada Umar, tidak kepada Abdullah. Memindahkan hutang secara

hawalah ini tidak ada halangannya dengan syarat, keadaan Osman mampu

membayar hutangnya dan dengan redha kedua pihak iaitu Abdullah dan Umar.

Persetujuan Osman tidak menjadi syarat sahnya hawalah.

Page 18: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 12

Rukun hawalah:

i. Muhil – orang yang berhutang dan berpiutang. Dalam contoh di atas ialah

Abdullah.

ii. Muhtal – orang yang berpiutang. Dalam contoh di atas ialah Umar.

iii. Muhal a’laih – orang yang berhutang. Dalam contoh di atas ialah Osman.

iv. Hutang Muhil kepada Muhtal – Dalam contoh di atas sebanyak RM 1 000.00

v. Hutang Muhal a’laihi kepada muhil – dalam contoh di atas juga sebanyak

RM 1 000.00.

vi. Lafaz akad – ijab dan kabul. Dalam contoh di atas ialah ucapan Abdullah dan

jawapan Osman.

Syarat-syarat hawalah seperti berikut :

i. Kerelaan orang yang mengalihkan hutang atau mahil. ii. Persetujuan orang yang berpiutang ( muhal ).

iii. Keadaan hutang (yang dipindahkan) itu sudah tetap menjadi tanggungan

ertinya bukan piutang yang kemungkinan dapat gugur seperti piutang

maskahwin dari perempuan yang belum bersama dengan suaminya.

iv. Adanya persamaan hutang yang menjadi tanggungan muhal dan muhal a’laih

( orang yang menerima pemindahan hak dari muhil ) baik dalam jenisnya

mahupun waktu bayar dan waktu penangguhan.

(c) KONSEP AR RAHNU

1.1.1 Pengertian gadaian

Menurut bahasa ialah kekal, tahan dan mempertaruhkan sesuatu.

Menurut istilah ialah menjadikan sesuatu harta yang mempunyai nilai sebagai

cagaran untuk berhutang sebagai ganti nilai hutang, seandainya hutang tidak

dapat dijelaskan apabila cukup tempoh yang dijanjikan di antara penggadai

dan pemegang gadaian.

Page 19: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 13

1.1.2. Hukum gadaian:

Hukum gadai ialah boleh dan sah hukumnya melalui ijab dan kabul seperti

ucapan :” Aku gadaikan barang ini” lalu dijawab : ” Aku terima gadai ini”.

Rukun gadaian :

i. Penggadai

ii. Penerima gadaian

iii. Benda yang digadaikan

iv. Hutang

v. Ijab (lafaz akad penggadai)

vi. Kabul (lafaz terima penerima gadaian)

1.1.3 Hikmah gadaian :

i. Pemegang gadaian tidak boleh sama sekali mengambil faedah daripada

barangan yang digadai tetapi sebagai cagaran dan amanah. Sekiranya

berlaku kerosakan yang disengajakan, pemegang gadaian mesti

menggantikannya.

ii. Gadaian adalah satu bentuk muamalat untuk menolong mereka yang

terdesak dan inginkan tempat berhutang dengan segera.

iii. Pemegang gadaian berhak menjual barang gadaian sekiranya cukup

tempoh hutang yang dijanjikan. Namunpun begitu, hasil jualan tersebut

hanya diambil mengikut nilai hutang sahaja, manakala selebihnya

dikembalikan kepada pemilik.

iv. Melalui gadaian pemberi hutang akan lebih yakin dengan jumlah tertentu

yang diberi hutang kepada orang lain.

1.2 KONSEP RIBA

1.2.1 Pengertian riba

a. Pada bahasa ialah bertambah atau subur.

Pada Syarak ialah akad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu

tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika akad atau

Page 20: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 14

diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu

atau salah satu dari keduanya.

b. Hukum riba

HARAM.

Banyak ayat-ayat al-Quran yang menerangkan larangan riba, demikian pula

hadith-hadith yang menerangkan larangan riba dan yang menerangkan seksa

bagi pelaku riba. Firman Allah s.w.t

275. Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat

berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan

Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang

demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa

Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah

telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan)

dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang

telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi

haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang

Page 21: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 15

mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka,

mereka kekal di dalamnya.

Al-Bukhari dan Abu Daud meriwayatkan ” Dari Samurah bin

Jundub r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : Semalam aku melihat

dua orang datang kepadaku maka keduanya mengeluarkan aku ke

tanah suci, keduanya pergi sehingga kami sampai ke sungai dari darah

yang di dalamnya ada seorang lelaki di hadapannya ada batu, orang

yang ada di dalam sungai datang, apabila ia mahu keluar, maka lelaki

itu meleparnya dengan batu pada mulutnya dan hal itu mengembalikan

ke tempatnya itu semula. Menjadilah setiap datang untuk keluar maka

lelaki tersebut melempar dengan batu pada mulutnya maka ia kembali

seperti dulunya. Maka aku berkata : ” Apakah ini?” Ia berkata :” Orang di

dalam sungai yang engkau lihat adalah pemakan riba”.

1.2.2 Jenis-jenis riba / Riba itu ada empat jenis :

i. Riba Al-Fadhl

Riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang.

Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain

( berlainan kualiti dan jenis ).

ii. Riba Qardhi

Ialah meminjamkan sesuatu dengan syarat ada keuntungan bagi yang

memberi hutang.

Contohnya: Sarah meminjamkan RM1 000.00 kepada Hajar. Maka Hajar

dikehendaki membayar balik kepada Sarah sebanyak RM 1 200.00.

iii. Riba Al-Yad

Riba yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis akad jual beli

Contohnya : Seseorang yang berakad sebanyak RM 100.00 tetapi apabila

diluar akad dibayar RM 105.00.

Iv Riba Al-Nasi’ah

Riba yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya

Page 22: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 16

.Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik

RM 120.00.

Dalil-dalil pengharaman riba:

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. ”

( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Page 23: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 17

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba yang

berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan

kamu mendapat kemenangan.” (Surah Ali Imran – Ayat 130)

Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud:

“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba orang yang berwakil padanya

dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja.

“(Riwayat Muslim)

Hikmah diharamkan riba:

1. Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-

orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah

bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar

hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.

2. Pihak yang memakan riba akan bertambah kaya dan senang.

3. Riba akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan

berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan

bekerja.

4. Riba boleh merenggangkan dan merosakkan perhubungan di antara orang

kaya pemakan riba dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan

kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan,

pembunuhan dan sebagainya.

Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba :-

a. Barang yang sama jenis:-

i. Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.

ii. Hendaklah sama dengan tunai.

iii. Hendaklah berterimaan di dalam majlis akad.

b. Barang yang tidak sama jenis:-

i. Hendaklah dengan tunai.

ii. Hendaklah berterimaan di dalam majlis akad.

Page 24: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 18

Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya

tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijual beli sebagaimana dalam

persetujuan antara kedua pihak.

1.3 KONSEP SEWA MENYEWA (IJARAH)

1.3.1 Pengertian :

Menurut bahasa ialah upah . (Namun dalam bab ini, ijarah dimaksudkan sewa

menyewa.) Iaitu satu proses pertukaran manfaat terhadap sesuatu barangan

sebagai perkhidmatan dan ditukar dengan nilai.

Menurut istilah ialah satu akad dan kontrak perjanjian untuk memiliki manfaat

yang telah dimaklumi dengan bayaran tertentu.

Contohnya ialah seseorang memiliki kereta telah menyewakan dengan kadar

RM100.00 sehari.

1.3.2 Hukum sewa:

Islam mengharuskan kegiatan sewa menyewa (ijarah).

Di mana melalui kegiatan ini, manusia dapat memenuhi keperluan antara

mereka. Contohnya, penyewa yang memerlukan barangan tersebut dapat

menggunakannya setelah membayar kadar tertentu kepada pemilik barang.

Manakala tuan punya dan pemberi sewa mendapat tukaran nilai dari

barangan yang dimiliknya di samping menolong orang lain.

Firman Allah s.w.t :

Page 25: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 19

6. Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai

dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu Yang menyakiti mereka

(di tempat tinggal itu) Dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya

mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang

mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan

anak Yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka

berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal

menyusunya) Dengan cara Yang baik. dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak)

mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

Surah At-Thalaaq : 6

1.3.3 Hikmah sewa:

Kegiatan sewa menyewa mempunyai hikmat tertentu antaranya:

i. Memberi peluang kepada seseorang yang tidak memiliki barang tertentu

menggunakannya. Manakala pemilik barangan pula dapat

memperluaskan rezeki.

ii. Untuk mewujudkan perasaan bantu membantu dan amanah terhadap

barangan orang lain.

iii. Dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan kasih saying yang lebih

kukuh di antara masyarakat.

iv. Sebagai salah satu bentuk pertolongan yang dapat diberikan oleh

golongan berada kepada golongan yang masih memerlukan.

v. Membuka peluang kepada golongan yang mempunyai kemampuan dari

segi kepakaran atau tenaga memperluaskan pendapatan mereka.

Page 26: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 20

SOALAN

1. Apakah maksud Muamalat di dalam Islam ?

.…………………………………………………….……………………………………………….

.…………………………………………………….……………………………………………….

.…………………………………………………….……………………………………………….

2. Nyatakan rukun jual beli.

.…………………………………………………….……………………………………………….

.…………………………………………………….……………………………………………….

.…………………………………………………….……………………………………………….

3. Nyatakan jenis-jenis riba.

.…………………………………………………….……………………………………………….

.…………………………………………………….……………………………………………….

.…………………………………………………….……………………………………………….

4. Apakah maksud hawalah?

.…………………………………………………….………………………………………………

.…………………………………………………….……………………………………………....

.…………………………………………………….………………………………………………

5. Terangkan konsep dan maksud Ijarah?

.…………………………………………………….………………………………………………

.…………………………………………………….………………………………………………

.…………………………………………………….………………………………………………

Page 27: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 21

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS PI-2031 PENDIDIKAN ISLAM

KOD DAN NAMA MODUL PI-2031 PENDIDIKAN ISLAM 2

PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE2 FAHAM KONSEP MUASYARAH

NO. TUGASAN BERKAITAN

2.1 MEMBINCANGKAN TENTANG KEDUDUKAN WANITA 2.2 CIRI-CIRI KHAS WANITA 2.3 KEDUDUKAN LELAKI DAN WANITA 2.4 KEPIMPINAN LELAKI DAN PENGURUSAN KELUARGA

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO)

FAHAM KONSEP MUASYARAH DI ANTARA GAGASAN

MUAMALAT ISLAM DALAM BENTUK YANG LEBIH KHUSUS

UNTUK MEMBINA HUBUNGAN SOSIAL YANG POSITIF SUPAYA

PELAJAR:

1. DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH YANG BERKAITAN

DENGANNYA.

2. DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANI KEHIDUPAN

MENGIKUT SYARIAT ISLAM.

OBJEKTIF MEMBOLEH (EO)

DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :- MEMAHAMI KEHENDAK SYARIAT DAN TATACARA SOSIAL DALAM ISLAM MELALUI KONSEP MUASYARAH SUPAYA DAPAT MEMBINA MASYARAKAT ISLAM SEJATI.

Page 28: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 22

2.1 KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM.

2.1.1 Kemanusiaan

Sebelum kedatangan Islam, wanita dipandang sebagai satu komuniti

yang diremehkan dan tidak berharga.Wanita hanya dipandang sebagai alat

untuk memenuhi keperluan naluri kehaiwanan dan mempergunakannya untuk

memenuhi kehendak hawa nafsu kaum lelaki. Oleh sebab itulah Islam

menetapkan dan mengatur naluri manusia dengan perkahwinan. Islam

menolak keras dan tidak mengakui penilaian wanita sebagai manusia yang

bersifat syaitan atau sebagai bahan permainan sahaja. Islam mengangkat

nilai wanita kepada martabat dan darjat yang setinggi-tingginya. Bahkan Islam

menegaskan wanita dan kaum lelaki dicipta oleh Allah swt dari asal yang satu

dan sama iaitu tanah. Tiada apa keistimewaan dan perbezaan disisi Allah swt.

2.1.2 Hak Sosial

Sebelum Islam wanita tidak berhak untuk memiliki, berbuat,

mengemukakan sesuatu pendapat dan tiada hak untuk memikil

tanggungjawab bersama kaum lelaki. Islam menempatkan kaum wanita

sesauai dengan tanggungjawab sebagai manusia dan sebagai makhluk sosial

yang merdeka dan perlu dihormati.

2.1.3 Status Wanita di Zaman Sebelum Islam

a) Wanita sebagai punca kesialan dan kejahatan

Wanita telah digambarkan sebagai makhluk yang dicipta untuk

mengundang kejahatan, fitnah dan menjatuhkan maruah serta nama

baruk keluarga dan kaumnya.

Bila lahir sahaja anak perempuan bermakna keluarga tersebut akan

ditimpa kecelakaan kerana ia akan melakukan perbuatan jahat dengan

lelaki dan melahirkan anak luar nikah.

Page 29: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 23

b) Wanita sebagai punca kemiskinan

Wanita diibaratkan sebagai dewi tuhan yang akan membawa kemiskinan

didalam kehidupan sesebuah keluarga.

c) Menjadi Lambang Habuan Seks.

Menjadi pegangan hidup masyarakat jahiliyyah dan mempercayai wanita

adalah pemuas nafsu lelaki dan tidak lebih dari itu.

Boleh ditukar milik untuk kepuasan hawa nafsu lelaki

Wanita telah disarung dengan pakaian yang menaikkan nafsu lelaki

sebagai penyanyi, penari, tukang urut dan akhirnya menjadi habuan lelaki.

d) Hak wanita dinafikan

Wanita dilarang menuntut ilmu dan hanya dikurung di dalam rumah

Wanita dilarang menuntut sebarang keadilan melainkan hanya diberikan

makanan,pakaian dan tempat tinggal sahaja. Wanita dinafikan didalam

pewarisan harta dan hak pendidikan.

e) Sebagai Habuan Pertaruhan.

Dalam sesuatu pertandingan wanita akan dijadikan hadiah dan dimiliki

seumur hidup.

f) Menjadi Daya Penarik.

Menjadi pelaris bagi sesuatu perniagaan.

g) Wanita Tidak Berguna.

Wanita dianggap seperti benda yang tidak bernyawa dan boleh

diperlakukan sewenang-wenangnya

Wanita dianggap anak syaitan dan penyebab mala petaka

h) Diperagakan sebagai ratu cantik

Wanita yang memiliki rupa dan tubuh yang cantik telah dipertandingkan

seperti haiwan tanpa pakaian.

i) Wanita adalah hamba dan barang dagangan

Mereka menjadikan wanita sebagai hamba dan perempuan simpanan bagi

golongan kaya dan berpengaruh.

Page 30: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 24

2.1.4 Status Wanita di Zaman Kedatangan Islam

Pada zaman Jahiliyah Arab sebelum kedatangan Islam, wanita

dianggap sebagai makhluk yang hina. Suami bagi wanita yang hamil anak

perempuan akan terlebih dahulu membuat persediaan menggali lubang untuk

menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup untuk mengelakkan

mendapat malu dan menanggung bebanan hidup dan kemiskinan di

kemudian hari. Amalan membunuh anak perempuan hidup-hidup bagi Arab

Jahiliyah adalah suatu kebaikan dan anak lelaki adalah satu kebanggaan dan

kegembiraan.

a) Islam Mengangkat Martabat Wanita

Kedatangan Islam telah merubah segala penghinaan, penindasan dan

kezaliman yang dilakukan kepada kaum wanita. Islam telah mengangkat

martabat wanita, mengembalikan kedudukannya, dimuliakan, dikembalikan

haknya yang telah dirampas dan diiktiraf oleh lelaki dalam kehidupan. Wanita

juga diberikan kedudukan yang sama sebagai individu dalam masyarakat.

Menurut Islam yang membezakan manusia bukan lelaki atau wanita, tetapi

ketakwaan kepada Allah Taala adalah pengukurnya seperti firman Allah:

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13: ” Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal”

b) Islam Meletakkan Wanita Sebagai Pembina Masyarakat

Islam meletakkan wanita dalam tiga kategori penting mengikut

keupayaannya iaitu sebagai ibu, isteri dan anak perempuan. Ibu diletakkan di

tempat paling tinggi selepas Allah dan Rasul-Nya. Bagi wanita Islam yang

berkahwin, mereka mempunyai hak-hak tersendiri sepanjang perkahwinannya

sama seperti lelaki serta masing-masing mempunyai tanggungjawab dan

peranan terhadap keluarga (ibu, isteri, anak permepuan) dan masyarakat

(guru, pengasuh, pemimpin , penasihat, perawat dan lain-lain dalam semua

sektor).

Page 31: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 25

Sebagai seorang Islam, wanita perlu mempunyai penghayatan Islam

yang jelas dan keimanan yang kukuh supaya dapat dimanifestasikan

keimanan dan jiwa Islam itu dalam ibadah, akhlak, pergaulan, pekerjaan dan

segala aktiviti dalam kehidupannya. Ini penting supaya wanita tetap menjaga

maruah dan kehormatan dirinya dari kaca mata Islam seperti sentiasa

menjaga aurat, menjaga tutur kata dalam pergaulan, menjauhkan segala yang

mendekatkan diri wanita kepada zina, bersikap positif dan berdaya saing

sesuai dengan kesucian dan kemuliaan agama Islam.

2.2 CIRI-CIRI KHAS WANITA

2.2.1 Ciri Wanita Solehah

a. Sabda Rasulullah S.A.W; orang yang paling sempurna di antara mereka

yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di

antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-

Tarmizi)

b. Wanita yang taat kepada perintah Allah dan RasulNya ( wanita yang

beragama )

c. Mentaati dan menyenangkan hati ibu bapannya

d. Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi

yang telah bersuami)

e. Wanita yang mempunyai sifat kesederhanaan .

f. Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah

bersuami)

g. Wanita disuruh menutup aurat dan kecantikannya kecuali kepada suami,

saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti

tentang seks.

h. Wanita yang memiliki sifat kesopanan dan lemah lembut ( wanita yang

berakhlak mulia )

i. Wanita yang menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita

j. Wanita yang memiliki sifat malu dan menjaga pandangan

k. Wanita yang penyayang dan memiliki sifat keibuan

Page 32: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 26

Keistimewaan Wanita Solehah Disisi Allah Swt

a. Rasulullah SAW bersabda :

" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh

binatang itu dengan doa keberkatan."

" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan

berkatkan rezekinya."

" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti

menyapu lantai di Baitullah"

b. Sabda Nabi S.A.Wlagi kepada anaknya Fatimah r.ha:

” Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika

membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan

api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan

mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan

memadamkan seratus perbuatan jahat."

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang

dibuatnya, Allah SWT telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas

takhta di Hari Akhirat."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya

pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran

sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan

memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,

menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,

Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut

mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan

dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut

suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi

Page 33: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 27

minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul

Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-

taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan

selamatlah ia melintas Titian Sirat."

2.2.2 Ciri-Ciri Wanita Yang Buruk Akhlaknya

a. Wanita yang tidak mentaati perintah Allah dan RasulNya

b. Wanita yang besar nafsunya ( bersifat materialistik )

c. Wanita yang mudah terpengaruh dan tertipu dengan keindahan dunia

d. Wanita yang hilang malunya (tidak menutup aurat kepada bukan mahram)

e. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk

f. Wanita yang derhaka kepada suaminya

g. Wanita yang suka berhias kepada bukan suaminya dan suka bersiar-siar

h. Wanita yang gemar tidur dan suka mengumpat serta mengadu domba

i. Wanita yang mencintai selain dari suaminya

Page 34: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 28

2.3 KEDUDUKAN LELAKI DAN WANITA

Lelaki dan wanita masing-masing mempunyai peranan yang telah

ditetapkan. Mereka juga dipertanggungjawabkan antara satu sama lain. Dari

segi tanggungjawab itu pula, ada kemuliaan yang Allah kurniakan dengan

cara yang tersendiri. Seorang isteri misalnya, dikehendaki untuk mentaati

suaminya dalam segala hal selagi tidak menyalahi perintah Allah SWT. Maka

si suami akan mendapat layanan dan ketaatan daripada si isteri.Sebagai

imbangannya, si suami dipertanggungjawabkan pula untuk mendidik dan

melindungi si isteri.Sekiranya kedua-duanya dapat menjalankan amanah

dengan sebaiknya, maka tiada anugerah yang lebih besar lagi yang layak buat

mereka melainkan redha dan syurga Allah SWT. Syurga di dunia, iaitu

ketenangan dalam rumah tangga dan syurga yang kekal abadi di akhirat kelak.

2.3.1 Kedudukan Lelaki

a. Lelaki bujang menanggung dosanya sendiri apabila sudah baligh manakala

dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki yang berkahwin

menanggung dosanya sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang

belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

b. lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya,

anak perempuannya dan saudara perempuannya.

c. Suami diwajibkan memberikan nafkah pada isteri dan anak-anak. Isteri

tidak diwajibkan menyara keluarganya. Walaupun begitu isteri boleh

membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi

menggunakan pendapatan isteri tanpa keizinannya.

d. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah.

e. Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, ketua kepada sebuah keluarga dan

wajib melindungi, mendidik dan memandu keluarga ke arah pembentukan

keluarga muslim yang sejati.

2.3.2 Kedudukan Wanita

a. Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari

suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Wanita

Page 35: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 29

seumpama permata yang mahal dimana ianya perlu dilindungi dan dijaga

dengan baik.

b. Menerima harta pusaka kurang dari lelaki. Wanita menerima pusaka

kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu

diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu

menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

c. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali

lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

d. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi

setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh

makhluk Allah di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah

syahid kecil. Manakala dosanya diampun Allah (dosa kecil).

e. Wanita (isteri) wajib taat kepada suaminya serta menunaikan

tanggungjawabnya kepada Allah SWT .Wanita yang menunaikan

tanggungjawabnya akan menerima pahala berjihad fisabilillah sepertimana

lelaki yang mengangkat senjata untuk membela agamanya.

f. Wanita dipertanggungjawabkan oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya,

anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki

syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4

syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat

suaminya dan menjaga kehormatannya.

Rahsia Pensyariatan Perkahwinan.

i. Perkahwinan adalah satu ketentuan Allah kepada manusia secara fitrah.

ii. Memenuhi tuntutan naluri manusia yang ingin hidup bersama dengan cara

sah disisi syariah.

iii. Ia adalah sunnah Rasulullah saw.

iv. Menyempurnakan sebahagian dari agama dan sebahagian lagi adalah

dengan taqwa.

v. Asbab menyambung zuriat

vi. Dapat menghindari zina dan maksiat.

vii. Memperolehi kasih sayang sejati dan sah disisi Islam antara lelaki dan wanita

melalui jimak. Kasih sayang ini akan melahirkan kemesraan dan

ketenteraman jiwa yang menjadikan ketenangan didalam rumahtangga.

Page 36: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 30

viii. Kaum wanita dan anak-anak akan dapat dilindungi didalam rumahtangga dan

setiap pemberian suami akan dianggap sebagai sedekah.

ix. Perkahwinan akan dapat mendisiplinkan diri dengan berperanan sebagai

suami, isteri dan pendidik.

x. Mengeratkan hubungan siraturrahim antara dua keluarga dan meluaskan lagi

daerah persaudaraan

xi. Perkahwinan menjadi medan mendapat pahala yang berganda melalui

hubungan suami isteri, amalan bantu membantu dan juga anak-anak yang

merupakan rahmat kepada rumahtangga.

Dasar-Dasar Pemilihan Calon Isteri

i. Wanita yang sempurna agamanya. Nabi saw bersabda ”Kahwinlah dengan

wanita yang baik penghayatan agamanya, engkau akan memperolehi

ketenteraman”. Dalam perkahwinan, Islam menggalakkan untuk memilih calon

isteri yang berbudi luhur indah perilakunya dan baik akhlaknya.

ii. Calon isteri seorang Islam. Lelaki muslim diharamkan berkahwin dengan

wanita musyrik, kafir atau wanita yang bukan pemeluk agama samawi (agama

yang diturunkan oleh Allah swt).

iii. Calon isteri itu bukan dari ahli keluarganya. Islam mengharamkan seorang

muslim berkahwin dengan wanita yang mempunyai hubungan persaudaraan

atau hubungan yang berbentuk persusuan.

iv. Calon-calon isteri yang subur (tidak mandul).Islam menggalakkan untuk

memilih bakal isteri yang sihat dan tidak cacat sehingga dia memiliki

persiapan untuk menunaikan tugas sebaik-baiknya sebagai ibu. Ini boleh

dinilai melalui pemerhatian terhadap ibunya atau keturunannya.

v. Islam menggalakkan supaya lebih mengutamakan gadis ketika mencari jodoh

tetapi sekiranya pihak lelaki mempunyai tanggungan yang banyak seperti

saudara-mara yang masih kecil dan masih memerlukan asuhan maka memilih

seorang janda adalah lebih sesuai kerana pengalamannya mengasuh dan

menguruskan anak-anak.

Page 37: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 31

2.4 KEPIMPINAN LELAKI DALAM PENGURUSAN KEKELUARGAAN

Kepimpinan yang dimaksudkan disini ialah pembentukan keluarga

dengan cara terbaik dan menurut landasan syarak. Begitu juga anak dan isteri

hendaklah menghormati dan mengiktiraf kepimpinan suami itu sendiri,

walaupun isteri berpangkat besar melebihi suaminya. Isteri mesti

menghormati dan menerima hakikat hak kepimpinan tersebut kerana:

a. Sudah menjadi fitrah dan kurniaan Allah SWT kepada kaum lelaki yang

tidak dikurniakan kepada kaum wanita. Fitrahnya, Allah SWT

menciptakan lelaki itu melebihi kaum wanita, khasnya dalam

melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Lelaki sememangnya mempunyai daya tahan fizikal dan kekuatan

yang lebih daripada wanita. Daya tahan menghadapi masalah serta

memikul amanah yang besar. Sedangkan wanita itu fizikalnya lemah

dan mudah terdedah kepada fitnah.

b. Suami telah dipertanggungjawabkan menyara nafkah isteri dan anak-

anak mereka. Lantaran itulah, sudah menjadi tugas suami mencari

nafkah untuk ahli keluarga menurut sekadar kemampuannya.

Namun begitu, kepimpinan dan perbezaan tanggungjawab tersebut itu

adalah dari sudut untuk memenuhi tuntutan hidup di dunia dan

kemasyarakatan sahaja. Berkaitan dengan ibadat dan ketakwaan,

lelaki dan wanita mendapat taraf, tugas dan ganjaran yang sama

menurut keadaan dan amalan serta kadar mereka. Sebagaimana yang

dijelaskan dalam firman Allah:

“Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang

beramal dari antara kamu, sama ada lelaki atau perempuan”

(Surah Ali Imran ayat 195)

c. Suami wajib mengajar ahli keluarganya dengan pelajaran agama.

Hendaklah menasihatkan anak-anak dan isterinya supaya sentiasa

menunaikan sembahyang lima waktu tepat pada waktunya.

Sebagaimana firman Allah SWT:

Page 38: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 32

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan

sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.”

(Surah Taha ayat 132)

d. Suami tidak boleh membiarkan ahli keluarganya melakukan segala

perkara yang berkaitan dengan maksiat dan melanggar perintah Allah

SWT. Jika ia berlaku, suami akan dipertanggungjawabkan di hadapan

Allah pada Hari Kiamat nanti. Sebagaimana yang dijelaskan melalui

hadis daripada Umar riwayat Muslim:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya atas

pimpinannya. Dan pemimpin manusia itu juga pemimpin yang akan

ditanya atas pimpinannya. Dan setiap lelaki itu pemimpin atas ahlinya

dan akan ditanya atas pimpinannya.”

“Dan setiap wanita itu memelihara rumah tangga suaminya dan akan

ditanya atas pimpinannya. Dan anak-anak itu pemimpin dalam

memelihara harta orang tuanya dan akan ditanya atas pimpinannya.

Dan setiap pelayan itu pemimpin dalam mengurus harta majikannya

dan akan ditanya atas pimpinannya. Maka setiap kamu itu adalah

pemimpin dan setiap akan ditanya atas pimpinannya.”

e. Isteri juga hendaklah dididik, kerana jika silap mendidik dan hanya

mengikut kemahuan isteri yang melanggar perintah Allah, akhirnya

akan menjadi fitnah terhadap dirinya. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada antara isteri-

isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu. Oleh

itu, awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka”

(Surah al-Taghabun ayat 14)

Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarganya amatlah berat. Oleh

itu, sesiapa yang tidak berkuasa mendidik isteri, hendaklah berkahwin

seorang sahaja.

f. Suami hendaklah mencari dan memberi nafkah yang halal untuk

memenuhi tuntutan dan keperluan hidup, seperti: Nafkah dari sudut

tempat tinggal, makanan, pakaian dan perubatan serta keselamatan

daripada bahaya. Sebagaimana firman Allah:

Page 39: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 33

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di

muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah

apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah.”

(Surah al-Jumu’ah ayat 10)

Antara lain juga nafkah nafkah tersebut adalah dengan kadar

kemampuan suami sahaja dan berdasar keperluan semasa.

Sebagaimana firman Allah:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut

kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka

hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya

(sekadar yang mampu).” (Surah al-Talaq ayat 7)

g. Selain itu juga tanggungjawab suami terhadap keluarga dan isteri itu

ialah dengan mengajar ilmu fardu ain, seperti al-Quran, hadis, hukum

halal haram, bersuci dan ibadat. Seandainya dia tidak berkesempatan

untuk mengajar sendiri, dia wajib mencari guru yang dapat mengajar

isteri dan anak-anaknya.

h. Suami hendaklah bergaul dan memberi teguran dan nasihat yang baik

kepada isteri dan ahli keluarga. Selaras dengan firman Allah : “Dan

bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara

yang baik.” (Surah al-Nisa’ ayat 19)

Page 40: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 34

SOALAN :

1. Terangkan keadaan kaum wanita pada sebelum dan setelah kedatangan Islam.

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

2 Nyatakan 5 ciri-ciri wanita yang baik untuk dipilih sebagai isteri.

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

3 Nyatakan beberapa persediaan dan keperluan bagi lelaki dan wanita setelah

berumah tangga.

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

4 Mengapa lelaki diiktiraf sebagai pemimpin dalam rumahtangga. Huraikan

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

5. Bincangkan, kenapa wanita sering dijadikan alat eksploitasi sejak dari zaman

jahiliah lagi.

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

Page 41: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 35

RUJUKAN:

1. Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam

Oleh Muhammad Ali Quthb. Cetakan Julai 1990

2. Asas Kekeluargaan Islam

Oleh Hassan Salleh. Cetakan DBP 1989

3. Nota Pengajian Islam

Edaran Pensyarah ADTEC Shah Alam

4. Website bharian.com.my.

Ruangan CITRA 12 April 2007 “Suami patut ringan tulang”

5. Feqah Untuk Wanita

Oleh Muhammad Hatta Bin Selamat. Pustaka Azhar 2010

Page 42: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 36

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS PI-2031 PENDIDIKAN ISLAM

KOD DAN NAMA MODUL PI-2031 PENDIDIKAN ISLAM 2

PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE3 MUNAKAHAT DAN KEKELUARGAAN DALAM ISLAM

NO. TUGASAN BERKAITAN

3.1 PEMBINAAN INSTITUSI KELUARGA 3.2 KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM 3.3 PEMBUBARAN PERKAHWINAN 3.4 IDDAH, RUJUK DAN HADANAH 3.5 ISU-ISU SEMASA

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO)

MEMAHAMI KESELURUHAN KONSEP MUNAKAHAT DALAM ISLAM SUPAYA: 1. MEWUJUDKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN YANG MANTAP 2. MENANGANI ISU KEKELUARGAAN MASA KINI 3. MENGHAYATI KONSEP PERKAHWINAN DAN

KEKELUARGAAN DALAM ISLAM BERDASARKAN FAKTA KONSEP MUNAKAHAT ISLAM

OBJEKTIF MEMBOLEH (EO)

DI AKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH:- MENGETAHUI DAN MEMAHAMI KONSEP MUNAKAHAT DALAM ISLAM DAN PENGHAYATAN DALAM KEHIDUPAN KEKELUARGAAN BERPANDUKAN SYARIAT ISLAM.

Page 43: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 37

3.0 PEMBINAAN INSTITUSI KELUARGA

3.1 Imbasan sistem perkahwinan sebelum Islam

Pada zaman Jahiliah, wanita hanyalah sebagai barang dagangan yang dapat

dijual beli. Mereka tidak memiliki hak peribadi mahupun hak sosial termasuklah hak

untuk mewarisi. Masyarakkat Jahiliah meletakkan wanita dalam kategori haiwan dan

memandangnya sebagai salah satu keperluan nafsu. Susulan daripada keadaan yang

teruk ini, mereka telah membuat satu peribahasa iaitu:

“Para ibu/wanita hanyalah tempat yang diciptakan sebagai penampung mani”

Akibat takut akan kelaparan dan bimbang akan keaiban, masyarakkat jahiliah

sanggup memancung kepala puteri-puteri mereka di hari kelahirannya atau

melemparkan mereka dari bukit tinggi ke lembah yang dalam atau sesekali

membenamkan mereka ke dalam air. Keadaan ini diterangkan oleh Allah swt di dalam

al-Quran, maksudnya:

“dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka Bahawa ia beroleh

anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung

dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya Dalam hati. Ia bersembunyi

dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk Yang

disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir):

Adakah ia akan memelihara anak itu Dalam keadaan Yang hina, atau ia akan

menanamnya hidup-hidup Dalam tanah? Ketahuilah! sungguh jahat apa Yang

mereka hukumkan itu.”

(Surah al-Nahl 58-59)

Punca keadaan ini berlaku adalah disebabkan sistem perkahwinan yang tidak

adil dan tidak didasarkan kepada sesuatu hukum.

Contohnya;

i. Tidak ada had bilangan isteri yang boleh dikahwini.

ii. Untuk mengelakkan dari membayar mas kahwin, mereka memperlakukan

wanita tersebut dengan zalim hingga kesuciannya hilang dan ini membuatkan

wanita itu hilang haknya menerima mas kahwin.

iii. Jika dia diceraikan, maka sah bagi putera suaminya untuk mengahwininya.

iv. Jika diceraikan, hak perempuan itu untuk berkahwin lagi bergantung kepada

suaminya yang pertama. Keizinan ini biasanya bergantung pada kesediaan si

Page 44: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 38

perempuan untuk melepaskan maharnya (mahar bermaksud pemberian wajib

dari suami kepada isteri disebabkan dengan pernikahan).

v. Jika suaminya mati, penggantinya boleh mengambil hak atas wanita seperti

barang-barang lainnya, dan menyatakan pemilik wanita itu dengan

melemparkan tudung ke kepalanya.

3.2 Pensyariatan Perkahwinan

Dalil-dalil pensyariatan perkahwinan ada termaktub di dalam Al-Quran sepertimana

dinyatakan dalam surah berikut :-

Surah An-Nisaa' : ayat 1 & 3

Surah An-Nuur : ayat 32

Surah An-Nahl : ayat 72

Surah Yaasin : ayat 36

Surah Ar-Rum : ayat 21

Surah Adz-Dzariyaat : ayat 49

Surah Luqman : ayat 10

Surah Qaf : ayat 7

Surah Asy-Syu’araa : ayat 7

3.3 Hikmah Dan Hukum Perkahwinan

3.3.1 Hikmah Perkahwinan:

Di antaranya:

a. Mendapat Keredaan Allah SWT

b. Mengikut Sunnah Nabi SAW

c. Melahirkan Mawaddah Dan Rahmah

d. Mendapatkan zuriat

e. Memenuhi Naluri Semulajadi

f. Membentuk Kesempurnaan Akhlak Dan Peribadi

g. Menjaga Keselamatan Sosial

h. Mempebesarkan Saiz Keluarga Dan Persaudaraan

i. Mempertingkatkan Usaha Membentuk Sahsiah Yang Mantap.

Page 45: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 39

3.3.2 Hukum Perkahwinan

Terdapat LIMA hukum nikah dan perbezaannya adalah berdasarkan kepada

keadaan diri individu iaitu:

a) WAJIB sekiranya si lelaki

i Mempunyai naluri yang kuat sehingga boleh menjatuhkannya ke lembah

maksiat.

ii Mempunyai kemampuan menanggung maskahwin dan nafkah

iii Yakin tidak menganiaya terhadap isterinya

iv. Mampu menyempurnakan kewajipan.

b) SUNAT sekiranya si lelaki

i Mampu serta sanggup memikul tanggungjawab perkahwinan

ii Boleh mengawal diri daripada perbuatan zina

iii Mempunyai tabi’e yang sederhana

c) HARAM sekiranya si lelaki

i Tidak mempunyai keinginan.

ii. Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin

iii Khuatir menganiaya isterinya.

iv. Tidak mampu menyempunakan kewajipan.

d) MAKRUH sekiranya si lelaki.

i. Bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin

ii Jika ia berkahwin akan menyusahkan isterinya

iii Seorang yang mempunyai kemampuan kewangan tetapi lemah tubuh

badan seperti sangat tua, sakit yang berterusan atau lemah tenaga batin.

e) HARUS sekiranya si lelaki

Adalah hukum asal perkahwinan iatu orang yang tidak ada padanya

penyebab diatas ( Wajib,Sunat,Haram Dan Makruh)

Page 46: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 40

3.4 Pemilihan Jodoh Dan Peminangan

Di dalam pemilihan calon isteri, seseorang lelaki itu diwajibkan untuk

menyelidiki salur galur wanita yang akan dinikahinya kerana dikhuatiri dirinya

akan menikahi wanita yang diharamkan nikah oleh Allah SWT. Dalil perempuan

yang haram dinikahi.Firman Allah dalam surah An-Nisak ayat 22 , maksudnya.

“Diharamkan keatas kamu mengahwini ibu kamu, anak anak peempuan

kamu,saudara saudara perempuan kamu,Ibu Ibu saudara kamu sebelah bapa

kamu dan Ibu Ibu saudara kamu sebelah ibu kamu, anak anak saudara kamu dari

saudara lelaki kamu dan anak anak saudara kamu dari saudara

perempuanmu,juga ibu ibu susuan kamu,saudara saudara susuan

kamu…………..”

3.4.1 Perempuan-perempuan Yang Haram Dinikahi

Al Quran telah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dan

sebab-sebab pengharamannya dibahagikan kepada dua jenis

i. Haram untuk selama-lamanya

ii. Haram untuk sementara waktu sahaja

Sebab-sebab menjadi haram yang berkekalan adalah disebabkan oleh

i. Keturunan / nasab / pertalian darah

ii. Penyususan

iii. Persemendaan ( Musyaharah ) / Perkahwinan

Manakala pengharaman untuk sementara waktu itu adalah disebabkan

perhimpunan dan sebagai yang mana akan dihuraikan dibawah.Pembahagian

orang yang diharamkan berkahwin dan sebab-sebab yang menhjadikan haram

(a) Contoh-contoh perempuan yang haram dikahwini atas sebab:-

i. Haram buat selama-lamanya dengan sebab keturunan

Ibu, nenek sebelah emak dan sebelah bapa hingga ke atas

Anak cucu seterusnya kebawah

Saudara perempuan adik beradik seibu sebapa atausebapaatauseibu

Page 47: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 41

Anak perempuan kepada saudara perempuanataulelaki samada seibu

sebapa atau sebapa atau seibu

Ibu saudara sebelah bapaatauibu hingga keatas

Anak saudara lelakiatauperempuan hingga kebawah

ii. Haram dengan sebab susuan Maksud susuan ialah menyusu sehingga 5 kali secara berasingan dan

setiap kali menyusu mestilah kenyang

Ibu tempat menyusu ,ibu kepada ibu susuan ,nenek kepada ibu

susuan samada sebelah bapa atau ibu

Saudara perempuan susuan

Anak perempuan kepada saudara lelaki susuan

Anak perempuan kepada saudara perempuan susuan

Saudara perempuan kepada ibu susuan

Saudara perempuan kepada suami ibu susuan

Anak-anak perempuan yang menyusu dr isteri yang kita kahwini

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syarat syarat haram sebab susuan

Ibu yang menyusukan telah baligh

Anak yang disusukan belum sampai dua tahun

Lima kali susuan yang berasingan dan tiap kali menyusu sampai

kenyang

Susu yang diberi mestilah ditelan dan dsampai ke perut si anak.

iii. Haram dengan sebab persembendaan (ambil ambilan)

Isteri kepada bapa ( ibu tiri) dan yang sama dengannya seperti isteri

kepada datuk (nenek tiri)samada sebelah bapa atau sebelah ibu

sehingga ke atas.

Isteri kepada anak ( menantu) isteri kepada cucu dari anak lelaki dan

anak perempuan terus sehingga ke bawah sebagai keturunan.

Ibu kepada isteri (ibu mertua).

Page 48: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 42

Anak kepada isteri ( anak tiri )haram dinikahi selepas lelaki bersetubuh

dengan isterinya

(b) Sebab Perempuan Yang Haram Nikah Buat Sementara Waktu

Mereka adalah golongan perempuan yang haram dikahwini atas sebab-

sebab tertentu, apabila hilang sebab itu maka halallah lelaki itu berkahwin .

i. Mengumpulkan prempuan yang bersaudara ( adik beradik) dalam

satu masa samada persaudaraan itu atas sebab nasab atau

susuan.

ii. Berkahwin lebih daripada empat dalam satu masa kecuali telah

diceraikan salah seorang daripada isterinya dan tamat tempoh

eddah.

iii. Mengumpulkan perempuan dengan anak saudara atau nenek atau

emak saudara.

iv. Berkahwin dengan perempuan musyrik sehingga dia memeluk

Islam.

v. Perempuan yang masih bersuami sehingga diceraikan dan tamat

eddahnya.

vi. Perempuan yang dicerai talak 3 sehingga perempuan itu tamat

eddah dan berkahwin dengan lelaki lain kemudian diceraikan dan

tamat tempoh eddah.

Yang haram dihimpunkan

Ibu saudara isteri sebelah ibu.

Anak saudara isteri dari saudara lelaki.

Saudara isteri (ipar).

3.4.2 Pertunangan.

Meminang bermaksud lamaran. Perbuatan tersebut diharuskan dalam

Islam kerana ia merupakan titik permulaan kepada ikatan kasih sayang dan

kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Dengan erti kata lain, pertunangan

ialah melahirkan keinginan hendak berkahwin dari seorang lelaki terhadap

seorang perempuan melalui saluran syarakk.

Page 49: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 43

Dalil Pertunangan:

Sabda Rasullah (saw) yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra katanya:

‘’Saya berada ditempat kediaman Nabi saw tiba tiba ada seorang lelaki

datang memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan seorang

perempuan Ansar, maka Nabi saw bertanya sudahkah engkau melihat dia?

Dia mengatakan belum. Kemudian Nabi SAW pergi dan lihat dia kerana

dalam mata orang orang Ansar itu ada sesuatu.(Hadis riwayat Muslim dan

Nasai.)

(a) Proses Peminangan

i. Mengenal pasti. Mengenal pasti perempuan yang menjadi pilihan mengikut kriteria yang

lepas, beragama ,gadis ,keturunan dan lain lain lagi.

ii. Merisik. Menghantar wakil atau datang sendiri untuk merisik, menyisat

latarbelakang bakal pasangan Islam membenarkan memandang bakal

pasangan mengikut batas batas tertentu.

iii. Meminang. Adalah peringkat terakhir sebelum perkahwinan dilaksanakan. Diperingkat

inilah pihak mempelai menentukan tarikh perkahwinan, mahar, dan lain lain.

(b) Hikmah Pertunangan.

Setiap perkara yang disyariatkan dalam Islam mempunyai rahsianya yang

tersendiri samada yang tersirat mahupun yang tersurat untuk kebaikan

manusia itu sendiri. Diantara matlamat dan hikmah pertunangan adalah

seperti berikut :

i. Sebagai mentaati perintah syarakk dan beribadah kepada Allah SWT.

ii. Bagi mendapat pasangan yang benar benar serasi dalam kehidupan

berumahtangga.

iii. Sebagai penghormatan kepada kaum wanita.

Page 50: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 44

4.0 KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM

4.1 Membincangkan Tentang Nikah Dan Rukunnya

NIKAH DAN RUKUN RUKUNNYA. i. Calon suami yang tertentu

ii. Calon isteri yang tertentu

iii. Wali

iv. Dua orang saksi

v. Ijab dan Qabul

4.1.1. Syarat Calon Suami i. Mestilah orang yang halal dinikahi

ii. Mestilah tahu bakal isterinya.

iii. Tidak dipaksa.

iv. Bukan dalam ihram

v. Lelaki tertentu.

vi. Tidak sah jika wali tidak tentukan nama anak nya.

vii. Calon suami mesti tidak melebehi 4 orang isteri.

4.1.2. Syarat Calon Isteri

i. Perempuan yang halal dinikahi.

ii. Mesti diketahui status wanita. ( anak dara,bikir atau janda)

iii. Kerelaan sendiri

iv. Bukan dalam waktu ihram umrah atau haji.

v. Tertentu seorang wanita itu.( bukan khunsa)

4.1.3. Syarat saksi

i. Islam

ii. Lelaki

iii. Baligh

iv. Merdeka.

v. Berakal.

vi. Adil.

Page 51: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 45

vii. Tidak dipaksa.

vi. Bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah.

vii. Dapat melihat ,bercakap dan mendengar.

viii. Kuat ingatan (tidak pelupa).

4.1.4 Syarat Ijab dan Qabul

(a) Definisi.

Ijab

ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin lelaki.

Qabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin lelaki selepas wali mengucapkan

lafaz ijab.

Contoh lafaz Ijab

“Saya nikahkan engkau dengan anak saya bernama……. Binti…….. dengan

maskahwin sebanyak ….. ringgit tunai”

atau dari wakil wali.

Aku nikahkan dikau Siti Zubaidah bt Othman yang telah berwakil wali ayahnya

kepada aku dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai”.

Contoh Qabul:

Qabul “Aku terima nikahnya sipolan binti polan dengan mas kahwin sekian

sekian dengan RM tunai”

Atau.

“Aku terima nikahnya dengan maskahwin sebanyak yang tersebut”

(kalau mas kahwin tidak berupa wang , sebutkan jenis atau nama barangnya.)

“Aku terima nikahnya untuknya ………..( nama pengantin lelaki dengan

maskahwinnya yang tersebut)”

Syarat-Syarat Ijab : 1. Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.

ii. Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan

perkahwinan itu terbatas waktnya.

Page 52: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 46

iii. Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya

Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau

pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah

binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas

kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.

iv. Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan

anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai

idahnya”.

v. Syarat-Syarat Qabul : Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan

lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak

diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada

ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.

Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan

mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun

wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau

calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.

Lafaz qabul itu tidak berta’liq.

Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu

terbatas waktunya.

Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon

suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.

Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.

Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.

4.1.5 Wali

(a) Pengertian Wali Dan Tertibnya

Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang

terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin

perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan.

Dalil-dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah:

Firman Allah SWT:

“Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas

Page 53: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 47

suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara

yang makruf”

( Al-Baqarah : 232)

“Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan kamu dengan

lelaki musyrik (kafir) hingga meereka beriman”. ( Al-Baqarah : 222)

Daripada hadith Nabi SAW:

“Daripada Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada nikah

melainkan dengan adanya wali”. (Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

(b) Syarat-Syarat Sah Menjadi Wali Ialah:

Islam

Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).

Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah

menjadi wali.

Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.

Adil

Merdeka

Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali

kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-

hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta

tulisan dan ia memenuhi starat-syarat sah menjadi wali.

(c) Bahagian-bahagian Wali: Terbahagi kepada dua:

1. Wali Nasab :

Wali Akrab (Dekat / Mujbir) : Bapa atau datuk lelaki semasa

ketiadaan bapa

Wali Ab’ad ( Wali Jauh / Bukan Mujbir) :Selain dari bapa atau

datuk ikut susunan wali nasab

Wali Ikhtiyar : Hanya berlaku bagi mengahwinkan perempuan

janda.Oleh itu perempuan yang janda tidak boleh dikahwinkan

Page 54: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 48

oleh walinya walaupun bapanya sendiri melainkan dengan

keizinan dan kerelaanya.

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya: “Seorang janda lebih berhak terhadap dirinya

berbanding walinya”.

2. Wali Hakim.

Dalilnya, sabda Nabi SAW ;

“Sultan menjadi wali bagi mereka yang tiada wali”

Hakim atau sultan termasuk orang yang dilantik oleh sultan seperti

Qadhi yang mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam sesuatu

sebab seperti:

a. Tiada wali nasab

b. Wali enggan mengahwinkan

c. Wali berada ditempat yang jauh yang mengharuskan qasar

sembahyang.

d. Wali dalam ihram

e. Wali dalam tahanan

f. Wali tidak dapat dihubungi walau pun telah dicuba.

g. Wali hilang atau bersembunyi.

h. Apabila tiada wali nasab dan diwakilkan pada wali hakim.

(d) Susunan Wali Susunan wali mengikut tertib adalah seperti berikut:

1. Bapa kandung

2. Datuk sebelah bapa ke atas

3. Saudara lelaki seibu-sebapa

4. Saudara lelaki sebapa

5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa

6. Anak saudara lelaki sebapa

7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa

8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa

9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah

10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah

Page 55: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 49

11. Bapa saudara seibu-sebapa

12. Bapa saudara bapa sebapa

13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa

14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah

15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa

16. Bapa saudara datuk sebapa

17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah

18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah

19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).

20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq

21. Raja/Sultan.

Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan

jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah

seterusnya.

Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan

anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali

berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga

meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-

sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali

mengikut tertib susunannya.

Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan

dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda:

“Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai

wali”.

(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

(e) Sebab-Sebab Perpindahan Wali:

Terdapat beberapa keadaan menyebabkan wali terdekat (aqrab) hilang

kelayakan dan berpindah kepada wali ab’ad , antaranya :

1. Kafir : Termasuk murtad yang tidak kembali kepada Islam

2. Fasiq : Orang yang melakukan dosa besar dan belum bertaubat

3. Gila : Orang yang tidak siuman dan sakit otak

4. Kanak-Kanak : Orang yang belum baligh

5. Bisu : Orang yang tidak mengerti dan memahami percakapan dan

isyarat

Page 56: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 50

6. Bodoh : Orang yang nyanyuk, bebal dan hilang akal

7. Hamba : Semua jenis hamba

8. Enggan : Keengganan yang lebih dari 3 kali

9. Mafqud : Hilang yang dianggap mati

10. Walinya sendiri yang hendak berkahwin dan susunan wali selepasnya

masih ada.

Mana-mana perempuan yang menghadapi situasi yang disebut di atas

hendaklah berkahwin dengan berwalikan wali yang berikutnya (ab’ad)

mengikut susunan yang telah dinyatakan. Sekiranya susunan tersebut tidak

dipatuhi, maka perkahwinan tersebut adalah tidak sah dan terbatal.

4.1.6 MAHAR

(a) Definisi Pengertian mahar dalam perkahwinan ialah pemberian yang wajib oleh

suami kepada isteri dengan sebab perkahwinan. Allah SWT berfirman:

“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka”

(Surah An-Nisaa’-Ayat 4 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat

daripada besi” (Riwayat Bukhari)

(b) Barang Yang Boleh Dijadikan Maskahwin

1. Mata wang

2. Harta benda

3. Pekerjaan (mengajar ilmu agama)

4. Makanan

5. Memerdekakan hamba

(c) Bahagian-Bahagian Mahar :

1. Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-

saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah

yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat

Page 57: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 51

sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping

menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan,

kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

2. Mahar Musamma. Iaitu maskahwin yang telah ditetapkan dan telah

dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang

kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

(d) Wajib Maskahwin

Maskahwin itu wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut:

j) Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul dan

dipersetujui oleh pihak isteri, oleh yang demikian isteri berhak melarang atau

meghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan

kadar maskahwin yang akan diberinya sama ada dengan cara tunai atau

hutang, jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami

tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.

ii) Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keengkaran

pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau

perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila

kadi menentukannya akan maskahwin tersebut, hendaklah dibayar tunai (tidak

boleh hutang).

(e) Gugur Separuh Maskahwin 1. Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh

maskahwin

2. Sekiranya perceraian berlaku berpunca dari pihak suami, seperti suami

jadi murtad atau suami menganut Islam dan isterinya tidak.

3. Sekiranya berlaku perceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami

memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada

pada isteri maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

(f) Mati Suami Atau Isteri Sebelum Persetubuhan

1. Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan,

pihak waris si suami wajib membayar maskahwin itu sepenuhnya

2. Jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak

suami wajib membayar maskahwin

Page 58: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 52

(g) Mut'ah Mut'ah bererti satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia

menceraikannya. Pemberian ini adalah wajib diberikan sekiranya perceraian

itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri. Jumlah

pemberian itu adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan

kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-

duanya sama ada kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh

mahar.

Firman Allah SWT: Ertinya : Tenangkan olehmu hati mereka dengan

pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.

(Surah Al-Ahzab ayat 49)

4.2 HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI, ISTERI DAN ANAK-ANAK. 4.2.1 Tanggungjawab Suami Di antaranya:

a. Menyediakan mahar untuk isteri.

b. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.

c. Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan

dan sebagainya mengikut yang perlu

d. Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri

e. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami

f. Memberi didikan agama

g. Menjaga keaiban dan rahsia rumahtangga

4.2.2 Tanggungjawab Isteri Di antaranya:

a. Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan

kemungkaran kepada Allah.

b. Memelihara kehormatan diri dan maruah suami

c. Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta

mendidik anak-anak

d. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke

dalam rumah.

e. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.

f. Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.

Page 59: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 53

4.2.3 Hak Dan Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri Di antaranya:

a. Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak

boleh khianat mengkhianati.

b. Berkasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain.

c. Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling

menghargai dan menghormati.

d. Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa

serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

e. Memberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak-

anak.

f. Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumah tangga

g. Istimta’ dan hubungan kelamin.

Page 60: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 54

5.0 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

5.1 MEMBINCANGKAN TENTANG TALAK

Perkahwinan dalam Islam bukan merupakan penyatuan sementara sahaja

tetapi ia bermaksud ikatan untuk sepanjang hayat. Pemansuhan atau pembubaran

perkahwinan adalah dibenarkan sekiranya ia gagal untuk memenuhi objektifnya

dan perkahwinan itu akan runtuh dan tidak boleh dibaiki lagi.

Nabi saw telah bersabda

Maksudnya. “Talak itu perkara yang halal yang amat dibenci oleh Allah’’ .

Pengertian Talak.

Dari sudut bahasa talak bererti tindakan melepas ikatan perkahwinan

dengan lafaz seperti perkataan cerai atau talak oleh seorang suami kepada

isterinya.

5.1.1 Hikmah perceraian dan hukumnya

(a) Hikmah penceraian:

i. Sebagai jalan keluar dari segala kesukaran apabila perkahwinan menjadi

buntu, penceraian adalah lebih baik supaya pasangan dapat membina

haluan masing masing.

ii. Supaya pasangan dapat menilai kesalahan serta memperbaiki diri masing

masing serta menyedari akan kesalahan dan jika berhasrat menyambong

kembali maka ruang kearah itu terbuka luas.

iii. Dapat mengelakkan pasangan dari berterusan dari membuat tindakan

yang bertentangan dengan ajaran agama, berbuat maksiat ,berzina yang

memudaratkan diri ,pasangan, masyarakkat dan bangsa.

Page 61: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 55

(b) Hukum Perceraian: Terbahagi kepada empat iaitu :

Wajib

Apabila terjadi perselisihan diantara suami isteri, sedangkan kedua

duanya hakim dari pihak suami dan isteri yang menghakimkan perkara itu

berpendapat mereka perlu bercerai.

Sunat.

Apabila suami tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap isteri tidak

sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup.

Isteri tidak menjaga kehormatan dirinya.

Isteri yang lalai menunaikan kewajipan terhadap Allah sedangkan

suaminya tidak berkuasa memperbaiki atau mencegahnya.

Haram (bidaah)

Menjatuhkan talak sewaktu sedang dalam haid atau nifas

Menjatuhkan talak sewaktu isteri suci yang telah disetubuhi diwaktu suci

itu

Makruh

Jika suami menceraikan isteri tanpa keperluan yang mendesak seperti

menceraikan isteri yang baik,jujur, berakhlak mulia dan tidak terdapat apa

apa kesalahan

5.1.2 Rukun talak Ada lima.

i. Yang menjatuhkan talak

ii. Isteri yang kena talak

iii. Lafaz talak

iv. Qasad (niat)

v. Saksi

Page 62: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 56

5.1.3 Syarat-Syarat Sah Talak (a) Syarat –Syarat Sah Talak

Syarat Suami yang menjatuhkan talak :

Baligh dan berakal, maka tak sah talak dari suami yang masih kanak

kanak.

Berakal maka tidak sah talak dari suami yang gila atau hilang akal

kecuali disengajakan maka jatuhlah talaknya

Dengan kehendak sendiri tidak sah talak dengan paksa

Dengan sengaja maka tidak sah talak dengan tidak sengaja.

5.1.4 Pembahagian Talak Dari aspek hukum terbahagi kepada dua: i ) Talak Sunni.

Erti : Talak yang sesuai dengan ajaran Islam iaitu Talak 1 dan 2 seperti :-

Talak isteri dalam keadaan suci dari haid

Talak isteri yang tidak disetubuhi didalam masa suci

ii ) Talak Bid’ie Erti : Talak yang bertentangan dengan Sunnah Rasul (syarak) iaitu

seperti:-

Talak 3 sekali gus

Talak isteri dalam haid

Talak isteri diwaktu suci tetapi disetubuhi didalam suci itu.

Talak ini ditegah, kerana mengugurkan talak diwaktu suci yang

disetubuhi mengakibatkan si isteri akan merasai penyesalan bila

didapati hamil selepas itu.

Talak Yang Bukan Sunni Dan Bid’i

Menggugurkan talak ke atas isteri yang masih kecil dan belum haid.

Menggugurkan talak ke atas isterinya yang telah tua yang putus

sama sekali daripada haid.

Menggugurkan talak ke atas isteri yang sedang hamil.

Isteri yang menebus talak (khulu’) tetapi belum pernah disetubuhi,

kerana ia tidak perlu idah.

Page 63: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 57

Keempat-empat orang itu harus dijatuhkan talaknya pada bila-bila masa

sahaja.

Dari aspek KESAN terbahagi kepada dua iii) Talak raj‘i,

Iaitu talak yang boleh dirujuk kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika

isteri dalam waktu idah (sebelum tiga kali suci daripada haid).

iv) Talak Bain Terbahagi dua iaitu.

a) Bain Sughra.

Erti : Talak yang tidak boleh dirujuk semula tetapi tetapi boleh

dengan akad nikah yang baru.

Talak 1atau2 yang tamat tempoh idahnya.

Isteri yang ditalak yang belum disetubuhi

Isteri yang tebus talak

b) Bain Kubra.

Erti : Talak yang tidak boleh dirujuk dan dinikahkan semula

dengan akad nikah yang baru. Talak yang termasuk dalam bain

kubra ialah;

Isteri yang di li’an

Isteri yang ditalak 3 kecuali dengan tiga perkara iaitu :

i. bekas isteri berkahwin lain

ii. diceraikan oleh suami yang baru dan telah digaulinya

iii. telah habis eddah.

v) Talak Taklik

Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat

dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu

dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.

Page 64: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 58

Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar

rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya

keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara

automatik.

5.2 JENIS-JENIS PEMBUBARAN PERKAHWINAN DAN HURAIANNYA 5.2.1 KHULUK(Tebus Talak) (a) Definasi

Khuluk dari sudut Bahasa Arab ialah bermaksud “Tanggal” .

Menurut istilah iaitu suatu penceraian yang diminta oleh isteri dari

suaminya dengan memberi wang atau lain lain harta benda kepada

suaminya.

Juga dikenali sebagai penceraian tebus talak

Ini berlaku dalam keadaan suami enggan menceraikan isterinya

sedangkan isteri tidak boleh lagi hidup bersama suami dan suami tidak

bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaan sendiri, setelah isteri

memohon penceraian tetapi kedua dua pihak bersetuju bercerai dengan

cara isteri memberi wang atau lain lain harta benda kepada suaminya,

maka jika kadar tebusan dipersetujui, suami hendaklah melafazkan talak.

Penceraian tersebut ialah penceraian tebus talak.

Dalil harus khulu’

1. Firman Allah SWT :

Ertinya : Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu

berikan kepada mereka sesuatu, kecuali jika takut kedua-duanya bahawa

mereka kedua tidak menurut perintah-perintah Allah maka tidaklah

berdosa kedua-duanya tentang barang yang dibuat tebusan oleh

perempuan itu.(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

2. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Ambillah kebun yang dijadikan maskahwin itu dan ceraikanlah

dia. (Riwayat Al-Bukhari)

Page 65: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 59

(b) Rukun Khuluk i Suami

ii Isteri

iii Bayaran

iv Sighah (ijab dan qabul)

(d) Tujuan khuluk

Diantaranya

i. Memelihara hak wanita

ii. Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya

iii. Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan

mahkamah.

(e) Permohonan Khuluk

i. Permohonan bagi mendapatkan cerai khuluk perlu dikemukakan di

mahkamah syariah dan kes tersebut akan didaftarkan untuk perbicaraan.

Sekiranya pihak suami bersetuju untuk melafazkan khuluk maka

penceraian akan didaftarkan.

ii. Sebaliknya jika suami enggan melafazkan cerai khuluk maka satu

jawatankuasa pendamai akan dibentuk. Jika laporan jawatankuasa

adalah positif iaitu perdamaian diperolehi maka kes akan ditutup .

iii. Sekiranya laporan gagal menunjukkan perdamaian maka mahkamah

syariah akan memerintahkan suami melafazkan cerai khuluk dan

perceraian tersebut akan didaftarkan.

(f) Implikasi.

i. Suami isteri yang berpisah kerana khuluk tidak boleh merujuk kembali

walaupun si isteri masih berada didalam tempoh eddah.

ii. Khuluk termasuk didalam kategori talak bain sughra iaitu tidak boleh

rujuk tetapi pasangan ini boleh bersama semula sebagai pasangan suami

isteri dengan akad nikah baru.

Page 66: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 60

5.2.2 FASAKH ( Perintah untuk membubarkan perkahwinan)

(a) Definasi

Dari sudut bahasa Arab, Fasakh ialah menanggalkan atau menyingkirkan.

Pada sudut istilah ianya bermaksud membatalkan atau pembubaran

perkahwinan melalui kuasa Qadhi( perintah mahkamah) sekiranya

didapati sesuatu sebab atau kecacatan samada pihak isteri atau suami.

(b) Alasan Cerai Fasakh

Seseorang isteri boleh membuat permohonan cerai fasakh kepada

mahkamah atas alasan seperti berikut:

i. Suami telah menghilang diri tanpa diketahui di mana berada selama

tempoh lebih dari satu tahun.

ii. Suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukkan nafkah isteri

dan anak anak selama tempoh 3 bulan.

iii. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih

iv. Suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah

selama tempoh satu tahun.

v. Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi

sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami

telah mati pucuk.

vi. Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap

penyakit berjangkit.

vii. Isteri telah dikahwinkan oleh wali dengan lelaki yang bukan sekufu.

viii. Dengan sebab murtad salah seorang dari suami isteri atau kedua-duanya

sekali.

ix. Dengan sebab suami melakukan persetubuhan syubhah (salah sangka)

dengan ibu atau anak kepada isterinya (anak tiri suami) dengan yang

demikian maka terfasakhlah nikah isterinya

(c) Kategori Penganiayaan Suami Yang Membolehkan Fasakh

i. Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan

oleh kelakuan aniaya.

Page 67: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 61

ii. Berkawan dengan perempuan perempuan jahat atau hidup berperangai

keji mengikut pandangan hukum syarak’ atau

iii. Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau

amalan agamanya.

iv. Jika ia mempunyai isteri lebih dari seorang dia tidak melayan isteri yang

berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak’

(d) Sighah Fasakh

Contoh Qadhi melafazkan fasakh

‘’Aku fasakhkan nikah engkau dari suami engkau yang bernama ….. bin…..

pada hari ini”

Kalau isteri itu sendiri yang menfasakhkan dihadapan hakim ia berkata

“ Aku fasakhkan nikahku dari suamiku yang bernama ……….bin ……….

pada hari ini”

(e) Implikasi dari Cerai Fasakh.

Setelah fasakh itu dilakukan maka tercerailah isteri itu dengan talak ba’in sughra.

Sekiranya suami ingin kembali menjadi suami isteri, hendaklah melalui

pernikahan yang baru setelah selesai eddahnya.

Dan eddah baginya sama seperti perceraian biasa.

5.2.3 TAKLIK

(a) Definisi. Maksud penceraian taklik apabila suami membuat janji atau syarat atau

memberi amaran kepada kepada isteri supaya melaku atau meninggalkan

daripada melakukan sesuatu.

Contoh 1.

Selepas akad nikah disempurnakan pengantin lelaki diminta membaca

lafaz ta’lik yang ditetapkan oleh Undang Undang Pentadbiran Negeri seperti.

Page 68: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 62

“ Sekiranya saya meninggalkan isteri saya lebih daripada enam bulan tanpa

memberi nafkah zahir dan batin atau secukupnya atau sekiranya saya

memukul atau mendera isteri atau mendatangkan mudarat kepada isteri saya

setelah isteri saya mengadu kepada Mahkamah Syariah di kawasan yang

berhampiran dengan tempat tinggalnya serta membayar sebanyak RM 10.00

(ikut negeri) dan sekiranya pengaduan itu sabit dan disahkan oleh mahkamah

jatuhlah talak satu”

Contoh 2: Suami berkata pada isteri: “Aku akan belikan kamu pada bulan hadapan dua

pasang baju kebaya sutera dan jika aku tidak dapat menyempurnakannya,

kita berdua akan bercerai.

Contoh 3 Suami membuat janji atau memberi amaran kepada isteri supaya melakukan

atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu dan berkata pada isterinya

seperti:

“ Jika engkau keluar rumah ini tanpa kebenaranku maka kau akan tertalak”

” Jika engkau pergi kerumah saudara mu atau kawanmu pada hari ini maka

engkau akan tertalak”

“Jika saya balik ke rumah dalam masa sebulan maka engkau tertalak”.

5.2.4 LI’AN , ILA’ DAN ZIHAR (a) LI’AN.

Ertinya : Sumpah yang dilafazkan oleh suami menyatakan isterinya berzina

atau ia menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya atau

bersumpah menafikan tuduhan suami.

Bahasa – berjauhan, sumpah atau lempar

Jauh dari rahmat Allah

S & I tidak boleh bersama selama-lamanya

Syarak

Suami sumpah 4 X tuduh isteri zina atau anak zina

Sumpah kelima sedia terima laknat jika dia dusta

Isteri sumpah 4 X tolak dakwaan suami

Sumpah kelima sedia terima laknat jika dusta

Page 69: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 63

Dalil firman Allah SWT ;

“Dan orang yang menuduh isterinya berzina, padahal mereka tiada saksi-

saksi selain diri mereka, maka hendaklah mereka bersaksi dengan sumpah 4

X dengan nama Allah, bahawa mereka dari aklangan orang yang benar. Dan

sumpah yang kelima, bahawa mereka laknat Allah atas mereka jika mereka

dari kalangan orang yang dusta”.(Surah An nur : 6-7)

Peraturan biasa 4 saksi yang adil

Jika tiada – dikenakan had qazaf

Konsep Li’an

1. Suami tuduh isteri tapi tiada saksi

2. Suami tidak mengaku anaknya

Jika isteri mengaku – sebaiknya ditalak

3. Lafaz suami

Saya bersaksi dengan nama Allah bahawa saya termasuk orang

yang benar bahawa isteri saya….

Diulang empat kali. Kali kelima sedia terima laknat

4. Lafaz Isteri

Sama tapi berlawanan dengan dakwaan

Isteri mengaku

Prosedur Berli’an

1. Dilakukan dihadapan Hakim

2. Perlaksanaan hukuman dilakukan oleh Hakim

3. Hakim disunatkan beri amaran kesan li’an

4. Suami disunatkan berdiri dan isteri duduk

5. Sunat dilakukan di masjid

6. Sunat lepas Asar hari Jumaat

Hukum Tuduhan Zina

1. Had qazaf jika tiada saksi atau iqrar

2. Had qazaf gugur jika dimaafkan oleh mangsa

3. Suami menuduh – dikenakan qazaf kecuali dia bersumpah (li’an)

Page 70: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 64

Kesan Li’an 1. Gugur had qazaf ke atas suami

2. Wajib had qazaf jika terbukti tuduhan palsu

3. Ikatan nikah putus selama-lamanya

4. Hilang nasab dengan anak yang dili’ankan

Tak wajib beri nafkah

Tidak boleh saling mempusakai

Anak itu dinasab kepada ibunya

Qazaf : melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya. Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebatan, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia dikira orang fasiq.

(b) ILA’ Ertinya : Ialah sumpah seorang suami yang menjadi sah talaknya untuk tidak

bersetubuh dengan isterinya selama lama atau melebehi empat bulan.

Bahasa – Sumpah atau terlarang dengan sumpah

Syarakk – Sumpah suami yang sah talaknya utk tidak mencampuri

isterinya tanpa atas waktu atau melebihi 4 bulan

Amalan Jahiliyyah – 2- 3 tahun dengan tujuan menyakiti hati isteri.

Islam

Ditetapkan 4 bulan

Jika digauli sebelum 4 bulan – kena kaffarah

Jika tidak – dia mesti ceraikan atau hakim yang pisahkan

Hukum Dan Dalil

Haram dan berdosa kerana medatangkan kemudaratan kepada isteri.

Dalil Allah SWT berfirman maksudnya;

“Bagi mereka yang mengila’kan isterinya, diberi tangguh 4 bulan. Kemudian

jika mereka kembali kepada isteri mereka, sesungguhnya Allah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani”...( al Baqarah: 226 )

Page 71: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 65

Rukun & Syarat 1. Suami (Halif)

Mukallaf

Mampu buat keputusan

Mampu melakukan persetubuhan

2. (Isteri) Mahlufun ‘Alayh

Boleh disetubuhi & bukan kanak-kanak

3. (Perkara yang diila’kan) Mahlufun bih

Persetubuhan (Samada soreh atau kinayah)

Jika sumpah tak nak bercium – bukan ila’

4. Sighah

Sumpah dengan nama-nama atau sifat-sifat Allah

Lafaz lain yang mesti ditunai spt nazar & taaliq

Kaffarah Ila’ Diberi pilihan samada

i. Beri makan 10 org miskin (secupak seorang)

ii. Beri pakaian 10 org miskin

iii. Bebaskan hamba

iv. Berpuasa selama 3 hari (tidak mesti berturut)

Tidak mencampuri isteri tanpa sumpah – bukan dikira ila’

Idah – sama seperti talaq raj’ei (Suami boleh rujuk dlm masa idah)

(c) ZIHAR

Ertinya : Apabila suami menyamakan isterinya dengan mana mana

perempuan yang diharamkan berkahwinkan dengannya buat selamanya

(nasab susuan)

Bahasa – belakang

Syarakk – Lafaz suami menyamakan anggota badan isteri dgn ibu @

muhrimnya

Page 72: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 66

Dalil, firman Allah SWT ertinya :

“Orang-orang yang menzihar isterinya, tidaklah isterinya itu menjadi ibunya

tidaklah yang menjadi kepada mereka melainkan perempuan-perempuan

yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka itu menyentuh

perkataan yang mungkar dan dusta”. (Surah Al-Mujadalah : ayat 2)

Rukun Zihar

i. Penzihar

Mukallaf yang sah talaknya ii. Org yang diziharkan

Isteri yang sah ditalak

Termasuk kanak-kanak, ahl dhimmah dll

iii. Org yang ditashbihkan

Ibu dan muhrim yang lain

belakang dan lain-lain anggota

iv. Sighah

Lafaz soreh @ kinayah

Kesan Zihar Terhadap Rumahtangga :- Suami diharamkan bersetubuh dengan isteri kecuali setelah membayar

kafarat iaitu:-

a. Membebaskan seorang hamba muslim

b. Berpuasa dua bulan berturut-turut

c. Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap

seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.

Page 73: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 67

6.0 IDAH, RUJUK DAN HADANAH:

6.1.1 IDAH (a) Definisi:

Idah ialah masa menunggu yang perlu dilalui oleh isteri yang telah ditetapkan

oleh syarakk ke atas seorang perempuan yang dicerai oleh suaminya sama

ada cerai hidup atau cerai mati.

Tujuannya, untuk mengetahui samada perempuan itu hamil atau sebaliknya

atau untuk menunaikan satu perintah dari Allah SWT.

(b) Jenis Dan Tempoh Idah :

1. Idah disebabkan perceraian

Status Tempoh

a. Sedang hamil Hingga melahirkan anak

b. Tidak hamil Tiga kali suci

c. Putus haid Tiga bulan

d. Belum disetubuhi Tiada idah

2. Idah disebabkan kematian suami

Status Tempoh

a. Sedang hamil Hingga melahirkan anak

b. Tidak hamil 4 bulan 10 hari

c. Putus haid 4 bulan 10 hari

d. Belum disetubuhi 4 bulan 10 hari

Maksud tiga kali suci ialah tiga kali datang haid beserta tiga kali suci. Ini

bererti bersih (suci) sahaja daripada haid yang ketiga, isteri yang diceraikan

itu sudah tamat idahnya.

Page 74: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 68

(c). Sebab Perbezaan Tempoh Idah :

Kategori Sebab

Bagi perempuan bercerai hidup

Dapat membersihkan rahim daripada

benih hasil hubungan dengan bekas

suami

Cukup untuk menumpukan perhatian

kepada penjagaan kesihatan dan

kandungan bagi yang sedang hamil

Bagi perempuan bercerai mati Sebagai tanda perkabungan dan

kesedihan

Bagi perempuan yang belum

disetubuhi

Tiada idah kerana rahimnya suci

daripada benih suami

·

(d). Hikmah Idah :

1. Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak

daripada berlaku percampuran keturunan apabila isteri berkahwinan

dengan lelaki lain

2. Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal

terhadap perbuatannya

3. Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi

nilainya di sisi agama dan masyarakkat

4. Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dunia dan

menjaga perasaan keluarganya terutama isterinya

(e). Hak Dan Status Isteri Semasa Dan Selepas Idah : 1. Hak semasa idah

Kategori Status

a. Bagi yang diceraikan dengan

talak rajei

Masih dibawah tanggungjawab suami

Berhak mendapat hak sebagaimana

sebelumnya ( nafkah, tempat tinggal,

pakaian dll )

Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa

keizinannya

Page 75: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 69

b. Bagi isteri yang dalam

tempoh idah talak bain

Isteri tidak boleh dirujuk

Tidak mendapat nafkah kecuali

tempat tinggal

Tidak mendapat hak perwarisan harta

c. Bagi isteri yang kematian

suami

Berhak diberi tempat tinggal selama

tempoh idahnya

2. Hak selepas idah

Kategori Status

a. Bekas isteri atau janda atau

balu.

Tidak mempunyai hubungan lagi

dengan bekas suami

Bebas menetukan kahidupan sendiri

Pasangan bercerai tamat idah berhak

berkahwin semula

Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin

memperisterikannya

(f). Perkara Yang Dilarang Semasa Idah

Perkara Dilarang Idah Cerai Hidup (Talaq) Idah Cerai Mati

1. Dipinang

Diharamkan sama ada

peminangan secara

terang / sindiran

Diharamkan sama

ada pemingan

secara terang,

tetapi harus secara

sindiran

2. Keluar dari

rumah yang

disediakan oleh

suami

Diharamkan keluar

rumah tanpa izin suami

kecuali untuk keperluan

syarakk

Diharamkan keluar

rumah kecuali

untuk keperluan

syarakk

3. Menghias diri

Jika dalam idah raji'e

diharuskan berhias.

Diharamkan

berhias

Page 76: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 70

Jika dalam idah bain

disunatkan tidak berhias.

4. Berkahwin

Diharamkan berkahwin

dengan lelaki bukan

suami.

Diharamkan

berkahwin

6.1.2 RUJUK

(a) Definisi

Rujuk dari segi bahasa bererti kembali. Manakala dari segi syarak pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah

dalam waktu idah yang bukan talak ba’in.

Rujuk adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk

melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya

sebelum habis waktu idah isteri.

(b) Dalil harus rujuk

Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan suami-suami, mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (rujuk)

akan isteri-isteri di dalam masa idah itu jika mereka bertujuan mahu membuat

perdamaian.” (Al-Baqarah, 2:228)

Dalam Surah At-Talak Allah SWT berfirman:

Maksudnya:“Maka apabila mereka telah mendekati akhir idah, rujuklah

mereka dengan cara yang makruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara

yang ma‘ruf (baik).” (At-Talak, 65:2)

Rasulullah SAW telah bersabda kepada Umar r.a . ketika dikhabarkan

bahawa anaknya, Abdullah telah menceraikan isterinya ketika haid maka

Rasulullah SWT bersabda yang bermaksud:

“Suruh anakmu supaya dia rujuk kepada isterinya

Page 77: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 71

Rujuk disyariatkan adalah bertujuan untuk membolehkan suami isteri

yang telah bercerai dengan talak raj‘i meneruskan kembali ikatan

perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih lagi

dalam idah. Tetapi perlu diingat bahawa rujuk hendaklah dengan tujuan

untuk berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan

sebagainya.

(c) Rukun Rujuk

Rujuk mempunyai tiga rukun iaitu:

Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada

secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).

Suami (murtajik) yang mempunyai syarat-syarat tertentu.

Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.

(d) Syarat-syarat Rujuk

Suami: i. Hendaklah seorang yang berakal.

ii. Baligh

iii. Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada

sesiapa

iv. Tidak murtad

Isteri:

i. Hendaklah yang sudah dicampuri.

ii. Mestilah yang diceraikan dengan talak raj‘i. Bukan dengan perceraian

secara fasakh, khuluk dan juga talak tiga

iii. Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada

satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya

Lafaz / sighah i. Menggunakan lafaz rujuk seperti " aku rujuk engkau "

ii. Tidak bertaklik

iii. Tidak ditentukan had masa

Page 78: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 72

(e) Hikmah Rujuk; i. Supaya pasangan dapat membina hidup baru dengan mengakui

kesilapan masing-masing

ii. Menyambung ikatan kekeluargaan

iii. Menyelamatkan anak dari terjerumus ke lembah yang tidak baik

iv. Mengembalikan ketenteraman jiwa pada suami isteri

6.1.3 HAK PENJAGAAN/PENGASUHAN ANAK (HADANAH) (a) Pendahuluan

Hadanah adalah merupakan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak

yang masih kecil dalam semua hal kehidupan sehingga kanak-kanak tersebut

mencapai umur yang tertentu. Walaubagaimanapun orang yang berhak

menjaganya juga merupakan orang yang bertanggungjawab ke atas kanak-

kanak tersebut sama ada dari keluarganya atau mahramnya.

(b) Definisi hadanah

Dari segi bahasa ialah disamping iaitu himpun disamping (di sisi) juga

membawa maksud tepi atau sisi

Segi istilah pula ialah bermaksud pemeliharaan kanak-kanak yang masih

kecil, sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang tidak

mumaiyiz, sesudah berlaku perceraian antara kedua ibu bapa mereka .

(c) Hukum penjagaan anak (hadanah)

Penjagaan anak hukumnya adalah wajib

(d) Dalil-dalil yang mewajibkan hadanah

Berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-baqarah ayat 233:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap,

iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. dan kewajiban bapa ialah

memberi makan dan Pakaian kepada ibu dengan cara ma'ruf. Tidaklah

Page 79: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 73

dibebani seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah

menjadikan seseorang ibu itu menderita Kerana anaknya dan seorang ayah

kerana anaknya, dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si

bapa tiada). Apabila keduanya ingin menjaga (sebelum dua tahun) dengan

kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas

keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak

ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut.

Bertakwalah kamu kepada Allah dan Ketahuilah bahawa Allah Maha melihat

apa yang kamu kerjakan”.

(e) Penjaga yang lebih berhak menjaga anak

i. Kebiasaannya hadanah diberikan kepada perempuan kerana mereka

lebih menyayangi kanak-kanak berbanding lelaki. Lebih tepat lagi

dikatakan perempuan lebih layak mendidik, lebih sabar dalam

melaksanakan tugas memelihara kanak-kanak dan lebih bertimbang

rasa..

ii. Imam al-Shafie di dalam kitabnya al- Umm menegaskan, apabila kedua

ibu bapa berpisah dan kedua-duanya tinggal sekampung, maka ibu lebih

berhak terhadap anaknya selama dia belum berkahwin lain dan ketika

anak masih kecil.

iii. Sekiranya anak mencapai umur tujuh atau lapan tahun dan dia akal

sempurna, anak itu boleh disuruh membuat pilihan penjaganya antara

bapanya atau ibunya dan anak itu hendaklah bersama dengan penjaga

pilihannya.

(f) Syarat-syarat hadhinah

i. Berakal: orang gila tidak layak menjadi hadhinah kecuali gilanya amat

sedikit sekali.

ii. Merdeka: perempuan yang masih hamba tidak layak menjadi hadhinah

kerana hamba bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuannya.

iii. Islam: orang kafir sama sekali tidak layak menjadi hadhinah kerana

dikhuatiri akan merosakkan akidah anak tersebut.

iv. Baik akhlaknya: orang yang buruk serta rosak akhlaknya tidak layak

menjadi hadhinah.

Page 80: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 74

v. Amanah: orang yang mempunyai sikap khianat terhadap amanah yang

diberikan kepadanya tidak layak menjadi hadhinah. Hadhinah perlu

tinggal di tempat dimana kanak-kanak itu dipelihara: oleh itu, ia akan

memudahkan mereka menjalankan urusan penjagaan.

vi. Tidak berkahwin dengan lelaki lain: syarat ini hanya tertakluk kepada

pihak isteri sahaja. Jika ibu itu berkahwin lain, maka hak

penjagaannya akan gugur. Pengecualian ini akan terbatal jika lelaki

itu ada hubungan kekeluargaan dengan kanak-kanak tersebut.

(h) Turutan Keutamaan Orang Yang Layak Terhadap Hadanah

Jika si ibu tidak memenuhi syarat-syarat hadanah atau kehilangan salah satu

syaratnya, ia tidak layak untuk ditugaskan sebagai hadhinah, dan tugas

hadanah itu diserahkan kepada ahli waris yang lain menurut urutan

keutamaan seperti yang berikut:

1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya

2. Bapa

3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya

4. Kakak atau adik perempuan seibu sebapa

5. Kakak atau adik perempuan seibu

6. Kakak atau adik perempuan sebapa

7. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa

8. Anak perempuan dari kakak atau adik seibu

9. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa

10. Ibu saudara sebelah ibu

11. Ibu saudara sebelah bapa

12. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah

(i) Tamatnya Tempoh Hadanah

Hadanah berakhir apabila kanak-kanak itu tidak lagi memerlukan pengasuhan

perempuan, telah mencapai umur mumaiyiz dan mampu berdikari iaitu

mampu menguruskan sendiri keperluan asasnya seperti makan sendiri dan

mandi sendiri. Oleh itu tidak ditentukan tempoh tertentu mengenai hadanah

ini.

Page 81: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 75

(j) Pelaksanaan Perintah Hadanah

Apabila sesuatu keputusan penjagaan diputuskan oleh hakim, maka surat

keputusan tersebut hendaklah diberi kepada kedua-dua belah pihak. Dengan

ini kedua-dua belah pihak hendaklah mematuhi segala perintah yang

dikeluarkan. Pihak suami hendaklah menyerahkan anak kepada bekas

isterinya dan pihak isteri mempunyai hak untuk menuntut penjagaan anak

daripada pihak suami, begitu juga sebaliknya. Perlaksanaan ini hendaklah

berkuatkuasa bermula dari tarikh yang ditetapkan didalam surat keputusan

mahkamah.

(k) Kesimpulan

Setelah kita meneliti tentang hadanah dan perkara yang berkaitan

dengannya, dapatlah kita fahami bahawa tugas seorang hadhinah ini

bukanlah suatu tugas yang ringan, tetapi ia memerlukan kita memberikan

sepenuh perhatian dan tanggungjawab. Ini kerana kretiria dan syarat yang

ditetapkan oleh Islam adalah bagi menjamin kemaslahatan dan masa depan

anak-anak agar mereka tidak menjadi mangsa disebabkan perceraian di

antara kedua ibu bapanya.

Page 82: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 76

7.0 ISU-ISU SEMASA:

7.1. MEMBINCANGKAN TENTANG PERMASALAHAN NUSYUZ DAN POLIGAMI

7.1.1 NUSYUZ DAN PENGERTIANNYA :

Ringkasnya, nusyuz ialah isteri yang derhaka atau ingkar kepada suami tanpa

alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

(a) Sebab-sebab terjadinya nusyuz ialah:

1. Isteri keluar dari rumah tanpa pengetahuan atau tanpa izin daripada

suaminya.

2. Isteri menolak ajakan suami ke tempat tidur.

3. Isteri bersikap kasar terhadap suaminya.

4. Isteri tidak mengikut perintah suami yang tidak bertentangan dengan

ajaran Islam.

(b) Akibat Daripada Perbuatan Nusyuz Ialah:

1. Isteri hilang haknya sebagai isteri.

2. Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepadanya.

3. Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada suaminya.

4. Isteri tidak boleh membuat tuntutan daripada suaminya.

Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bersabda : “

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia menolak,

sehingga suami marah, maka para malaikat akan melaknatnya hingga ke

subuh“

(c) Cara-Cara Mengatasi Perbuatan Nusyuz Ialah:

1. Suami hendaklah memberi nasihat kepada isterinya dengan cara yang

bijaksana dan menerangkan terhadap kesalahan yang telah dilakukan

oleh isterinya.

Page 83: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 77

2. Sekiranya cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah mengasingkan

diri daripada isterinya tidak lebih daripada tiga hari.

3. Jika cara yang pertama dan kedua tidak memberi apa-apa perubahan

kepada isteri, suami boleh memukulnya dengan tujuan untuk mengajar

tetapi bukan untuk mencederakannya.

(d) Cara memukul yang diharuskan ialah:

i. Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya.

ii. Tidak memukul di bahagian-bahagian yang sensitif.

iii. Memukul dengan tujuan untuk mengajar dan menginsafkannya.

iv. Memukul dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya

7.1.2 POLIGAMI

Seorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang perempuan yang lain

dalam masa ianya beristerikan dengan seorang atau dua ataupun tiga isteri,

dengan kata lain poligami ialah perkahwinan lebih daripada satu dan poligami

merupakan suatu perkahwinan yang jelas disyariatkan oleh Islam

berdasarkan kepada nas Al-Quran yang bermaksud.

“Maka nikahilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat,

tetapi jika kamu takut tidak berlaku adil,maka seorang sajalah.”

(Surah An-Nisaa’ : 3)

Syarat-syarat poligami di antaranya ialah :- i. Melakukan keadilan di antara para isteri dan tidak melebihi antara

seorang isteri dari yang lain dan tidak membezakan mereka mengikut

tabiat semulajadi sebagai manusia.

ii. Keadilan di sini ialah menyara nafkah zahir dan batin seperti makan,

minum, pakaian dan tempat tinggal.

iii. Menentukan bilangan bagi giliran.

iv. Layanan sehari-hari terhadap isteri.

Jika mengetahui tidak dapat berlaku adil dan sengaja melanggar

syarat-syarat yang diharuskan poligami, maka ia telah sengaja melakukan

penindasan dan kezaliman.

Page 84: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 78

Firman Allah SWTdalam surah Az-Zuhruf ayat 65, maksudnya :

“Neraka Wil (kecelakaan dan kebinasaan) adalah bagi orang-orang yang

zalim dengan azab siksa yang tidak terperi pada hari Kiamat.

Walau bagaimanapun, keharusan berpoligami itu tidaklah secara mutlak

kepada semua lelaki. Sekiranya seorang suami tidak boleh berlaku adil di

antara isteri-isterinya berdasarkan kepada nas tersebut di atas, maka undang-

undang keluarga Islam di bawah Seksyen 23 telah memperuntukkan bahawa

berpoligami tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Malah

seseorang yang hendak berkahwin lagi secara poligami terlebih dahulu dia

mesti mendapatkan kebenaran bertulis dari Hakim Syariah. Agama Islam

mengharuskan poligami adalah kerana keadaan masa dan hajat umat

manusia seluruhnya.

Bila dikaji dengan mendalam, jelas bahawa Islam mengharuskan poligami

ialah kerana terdapat beberapa faedah dan sebab-sebab untuk memelihara

kesucian agama Islam dan kebaikan manusia. Di antaranya :-

i. Menjamin kemuliaan agama Islam dan kehormatan umatnya dari

sebarang godaan.

ii. Menutup dan mengurangkan perzinaan dan pelacuran.

iii. Membiakkan keturunan dengan cara yang halal.

iv. Mengurangkan bilangan anak-anak di luar nikah dan pengguguran.

v. Seorang perempuan tidak dapat menyempurnakan kehendak nafsu

suami kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan

sedangkan suaminya tidak terbatas.

vi. Perempuan sentiada berkehendakkan pimpinan dan sokongan dari

kaum lelaki dengan sebab kelemahannya yang semulajadi.

vii. Bilangan kaum perempuan lebih banyak daripada kaum lelaki pada

bila-bila masa sahaja terutama pada masa peperangan.

viii. Setiap pasangan suami isteri pada asalnya ingin mendapat zuriat dan

keturunan tetapi kadangkala seseorang yang berkahwin itu didapati

mandul, di kala itu hilanglah tujuan asalnya kalau tidak dibenarkan

poligami.

Page 85: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 79

ix. Nafsu berahi kaum lelaki untuk melakukan hubungan kelamin tidak

terbatas pada setiap peringkat umur, meningkat 70 – 80 tahun

nafsunya masih kuat.

x. Kebanyakan perempuan-perempuan yang umurnya dalam umur 50

tahun atau perempuan yang telah kering darah haidnya, tidak merasa

sanggup lagi melayani nafsu suaminya, malah sudah mula hendak

melarikan diri dari melakukan hubungan kelamin dan terasa jijik bila

mendengar soal-soal itu.

Kesimpulan Berdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat

dirumuskan iaitu :

1. Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat

mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela

perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu

poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh

tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui

amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir

dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal.

Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan

tersebut.

2. Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang

didakwa oleh sesetengah masyarakkat Islam dan bukan Islam. Ia sebenarnya

telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakkat China, Yunani, Kristian

dan Yahudi.

3. Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih

kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari

landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80

peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum

wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah

tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami

(Utusan Malaysia, 16 September 2005).

Page 86: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 80

4. Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam

bukanlah bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga

ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman

suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik

dalam masyarakkat yang akan merendahkan martabat agama Islam. Kaidah

fiqh ada menyebut :

Maksudnya :

“Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah Negara dan

kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahannya ”.

7.2. PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM INSTITUSI KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Kecemerlangan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Islam

Keluarga adalah satu institusi di mana dengannya satu generasi

menyiapkan dirinya menjadi manusia yang baik, sempurna, jujur, penuh

kesedaran dan hidup di atas sistem-sistem yang betul agar lahirlah satu

generasi yang sihat dan bertanggungjawab. Selepas berjaya membentuk

dirinya sendiri institusi keluarga ini bertanggungawab pula melahirkan

generasi berikutnya yang akan menyambung dan menggantikan mereka pada

masa depan. Adalah diharapkan supaya generasi yang akan datang

sewajarnya lebih baik daripada mereka sendiri. Berhubung dengan hal ini

hanya keluarga yang betul-betul telah herjaya membentuk generasinya

dengan sempurna saja yang dapat dijamin boleh melahirkan generasi

berikutnya dengan baik atau lebih baik daripada mereka.

Oleh sebab itu keluarga adalah benar-benar boleh dikatakan sebagai

sumber dan kemajuan, perkembangan, kIbumuran dan kekuatan peradaban

manusia. Oleh kerana daripada lembaga yang kecil inilah akan terbentuknya

sebuah masyarakkat yang lebih besar di belakang hari. Seterusnya sebuah

negara yang lebih luas, aman dan makmur. Buruk baiknya keadaan sesebuah

negara itu sebenarnya adalah berpunca daripada kedudukan tiap-tiap

lembaga yang kecil di dalam negara itu sendiri. Untuk menjamin wujudnya

sesebuah negara yang sehat perhatian yang berat hendaklah ditumpukan

terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan kemuslihatan keluarga.

Page 87: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 81

Maka dari itu di antara berbagai masalah sosial, Islam memberikan perhatian

yang banyak sekali kepada persoalan-persoalan yang bertalian dengan

keluarga dan memperjuangkannya di atas dasar-dasar yang sihat.

Dalam hal ini Islam hanya mengakui bentuk hubungan yang benar

antara lelaki dan perempuan itu ialah dengan melalui perkahwinan yang sah

saja mengikut peraturan agama Islam di mana dengan perkahwinan ini

tanggungjawab sosial dipegang sepenuhnya oleh yang bersangkutan dan

yang mengakibatkan lahirnya satu keluarga. Di dalam perkahwinan, Islam

menggariskan peraturan yang lengkap bermula daripada seseorang itu

merancang hendak berkahwin hinggalah ke peringkat perceraian sekiranya

hubungan suami isteri itu tidak dapat diperbaiki lagi. Selepas itu digariskan

pula kewajipan tiap-tiap diri berkenaan dalam keluarga itu, sejauh mana berat

badan yang ditanggungkan kepada pihak-pihak berkenaan di antara suami

isteri itu, sesuai dengan kemampuan, kedudukan dan kekuasaan masing-

masing. Di samping itu digariskan pula hukum-hukum yang akan melibatkan

ganjaran dan balasan terhadap orang-orang yang patuh atau melanggar

peraturan-peraturannya.

Di dalam keluarga itu sendiri, Islam telah memberikan kepada lelaki

kekuasaan supaya ia dapat memelihara aturan dan disiplin sebagai kepala

keluarga. Islam mengharapkan agar isteri bersikap patuh dan bersama-sama

suami menjadi kebaikan dan kebahagiaan rumah tangga. Islam tidak

menyukai sistem keluarga bebas tanpa ikatan. Kerana sistem ini akan

menyebabkan timbulnya suatu bentuk kehidupan masyarakkat yang liar, tidak

mempunyai disiplin dan prinsip yang tetap di dalam hidupnya. Disiplin pula

hanya dapat dipelihara dengan adanya suatu kekuasaan tertinggi di dalam

keluarga. Islam memandang bahawa bapa dianggap layak untuk memelihara

tanggungjawab itu. Walaubagaimanapun ini bukanlah bererti bahawa kaum

lelaki telah dijadikan sebagai penindas dalam suatu rumahtangga dan kaum

wanita telah diserahkan bulat-bulat kepadanya sebagai suatu barang yang

tidak berdaya. Melalui peraturan-peraturan yang digariskan menunjukan Islam

menghendaki setiap individu itu selepas berkahwin menunaikan kewajipannya

dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran.

Ini membawa erti apabila seseorang itu melangkah ke ambang

perkahwinan bererti telah sanggup memikul suatu beban kehidupan yang

Page 88: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 82

amat berat yang berlainan keadaannya dengan sebelum berkahwin dulu.

Dengan mengikuti peraturan-peraturan itu sepenuhnya dapatlah dijamin

pasangan ini akan hidup dalam ertikata yang sebenarnya, melahirkan zuriat

yang soleh, seperti yang dicita-citakan dan yang akan mewarisi mereka di

belakang hari. Jika setiap individu sedia memahami dan patuh kepada

peraturan-peraturan ini nescaya akan berkuranglah masalah sosial yang

sIbuin bergolak di dalam masyarakkat pada hari ini. Dan dengan sendirinya

juga tentu akan mengurangkan beban pemerintah dalam bidang sosial. Untuk

membantu agar lembaga keluarga itu terkawal daripada unsur-unsur yang

mungkin menodai kesucian wujudnya lembaga itu, Islam menyediakan pula

peraturan-peraturan untuk membersihkan masyarakkat dan segala kegiatan

yang boleh menimbulkan perbuatan tidak bertanggungjawab atau yang

membuka jalan bagi seseorang melakukannya.

Tegasnya untuk melahirkan suatu lembaga keluarga yang

dikehendaki oleh Islam ialah dengan memastikan bahawa peraturan-

peraturan itu telah dipraktikkan di kalangan sesebuah keluarga dan

masyarakkat itu sepenuhnya, diamalkan dengan amat teliti dan yakin di

samping bertegas di atas tindakan-tindakan yang betul. Soalnya sejauh

manakah peraturan-peraturan berkenaan telah dilaksanakan di kalangan

masyarakkat Islam itu. Sejauh mana pula masyarakkat Islam telah berpegang

teguh dan patuh kepada peraturan-peraturan Islam itu. Kemudian soal

berpegang teguh dan patuh ini pula tentulah timbul daripada sejauh mana

kefahaman dan keyakinan tiap-tiap penganut terhadap Islam dan peraturan-

peraturannya itu.

Permasalahan Dalam Institusi Keluarga Islam

Hal inilah yang selalu dilupakan oleh masyarakkat kita pada hari ini.

Perkara yang kurang penting diutamakan. Sekian lama sebelum upacara

perkahwinan, pihak keluarga kedua belah pihak telah mula berkorban tenaga

dan wang ringgit agar ketika sampai harinya nanti perayaan perkahwinan itu

dapat diadakan dengan begitu sempurna dan teratur, tidak siapa daripada

orang lain dapat mengikut kebiasaan adat itu. Padahal perkara yang mesti,

jarang sekali dipersoalkan. Misalnya tidak ramai yang memikirkan apakah

anaknya sudah layak berumahtangga atau bagi yang punya diri apakah dia

sudah mampu untuk berkahwin? Sudahkah bersedia dengan persediaan

Page 89: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 83

bekalan pengetahuan? Sekurang-kurangnya sekadar yang patut diketahui

oleh bakal seorang isteri atau bakal seorang suami. Umpamanya kewajipan

menjadi seorang suami, kewajipan menjadi seorang isteri, hukum-hukum

yang berkaitan dengan soal suami isteri dan tatasusila hidup berkeluarga.

Oleh kerana tidak mengambil berat dalam soal-soal yang demikian, akibatnya

ramai pasangan suami isteri tidak mencapai tujuan perkahwinan sebenarnya.

Tidak ada kebahagiaan dalam rumahtangga. Ramai suami yang melalaikan

tanggungjawabnya, asyik dengan kepuasan di luar rumah, leka dari kewajipan

kepada anak isteri yang tidak ditunaikan sepenuhnya, nafkah tidak diberi

dengan cukup, soal didikan dan kemajuan pelajaran anak-anak tidak diambil

perhatian. Pihak isteri pula ramai yang tidak menjalankan kewajipannya.

Mereka lupa dengan tanggungjawab mengatur rumahtangga dengan baik.

Gagal meletakkan dirinya menjadi seorang isteri yang dicintai dan ibu yang

disayangi oleb anak-anaknya. Bahkan telah banyak kedengaran pada hari ini

para suami yang sering mempermainkan perkataan talak atau cerai kepada

isterinya oleh kerana kejahilannya dalam pengetahuan tersebut. Ramai pula

para isteri yang begitu lantang menuntut diceraikan oleh suaminya tanpa

memikirkan akibat yang akan menimpa dirinya atau anak-anaknya. Akhirnya

gagallah keluarga ini membentuk generasinya menjadi manusia yang

sempurna. Juga gagal melahirkan generasi yang baik atau lebih baik daripada

mereka sendiri. Demikianlah serba sedikit gambaran lembaga keluarga

menurut pandangan Islam. Betapa besarnya peranan lembaga itu kepada

peradaban manusia. mengambil peranan sebagai rakyat jelata, ketua, atau

pemerintah adalah lahir daripada satu-satu lembaga keluarga.

Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan

bangsa yang maju dan dinamik yang bersendirian kepada pembangunan

sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan akan berlaku kesan-kesan

sampingan atau pengaruh–pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh

merosakkan anak muda, mengugut kestabilan dan kecemerlangan bangsa.

Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakkat hari ini terutama di

kalangan muda mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah,

mencuri, malas dan sebagainya, adalah di antara bukti yang jelas terhadap

perlunya peranan yang mesti dimainkan oleh ibu bapa. Gejala-gejala seperti

kerapuhan pegangan agama, kekosongan jiwa, kekurangan daya tenaga dan

pemikiran di kalangan muda mudi, krisis rumahtangga, perilaku anak-anak

yang liar, tidak ada pegangan hidup, tidak menghormati orang tua, lebih suka

Page 90: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 84

kepada kebebasan mutlak dan keseronokan serta hanyut dalam arus

pengaruh kebudayaan asing yang lebih banyak merosakkan jiwa adalah

akibat daripada kelonggaran disiplin dalam sistem kekeluargaan.

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja

hangat diperkatakan , secara tidak langsung. Isu ini turut menggambarkan

bahawa bahawa gadis remaja kini sIbuin agresif, berani, liar . Siapa yang

harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Menurut Prof. Dr

Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan

Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di

kalangan remaja perempuan mengatakan “Remaja ialah mereka yang

berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai

perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang

terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di

kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong

untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”. “Perasaan begitu

sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah

apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya,

umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan

ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa sahaja yang ingin

dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang

baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap

memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang

buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial,

kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya,

jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami,

dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.

Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.

“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial

di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan

di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir

program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di

kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang

bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara

Page 91: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 85

yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai

ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang

mengikut cara barat” “Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi

pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Apa yang

dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong

atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja” “Keluarga yang

terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup.

Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang

atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi.

Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika

berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang

terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu

memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di

dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang

diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu

yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa

panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik

mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang

pelbagai kini”.

Jalan Penyelesaian Bagi Mengatasi Masalah Di dalam Kekeluargaan Islam

Islam telah meletakkan asas yang sempurna supaya rumah menjadi

suatu tempat yang selesa kerana kebahagiaan itu bermula dari rumah. Untuk

menjadikan rumah itu sebagai syurga maka aktiviti-aktiviti berikut adalah

menjadi asas utama di dalam pembentukan rumahtangga:

(a) Menghidupkan Sembahyang Berjemaah: Dalam Islam, amalan yang

paling pokok ialah sembahyang. Sembahyang boleh menjadi ukuran

kepada seseorang sama ada ia seorang Islam yang sempurna atau

pun tidak. Orang yang mengaku dirinya beragama Islam, tidak

sempurna Islamnya jika ia tidak melakukan ibadat sembahyang.

Sembahyang berjemaah di masjid atau surau dituntut oleh Islam.

Kelebihannya sangat besar dan pahalanya 27 kali ganda daripada

sembahyang berseorangan. Sembahyang jemaah dapat mewujudkan

hubungan silaturrahim, melahirkan perhubungan kasih sayang dan

Page 92: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 86

semangat kekitaan dan dapat menghindarkan perasaan

mementingkan diri sendiri. Oleh itu bagi orang yang tinggal

berhampiran atau berdekatan dengan masjid atau surau adalah

disunatkan ke masjid atau surau bersama keluarga bagi menunaikan

sembahyang jemaah.

(b) Membaca al-Quran Bersama Di rumah :Membaca al-Quran

mempunyai pahala yang besar, amalan ini boleh mengukuhkan

keimanan seseorang dan mendekatkan diri kepada Allah serta

memberi ketenangan kepada hati. Firman Allah di dalam surah ar-Ra’d

ayat 28:

Maksudnya: '(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram

hati mereka dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.'

Menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman terbitan JAKIM, ‘zikrullah’

pada ayat ini maksudnya al-Quran al-Karim yang menjadi sebesar-

besar mukjizat yang tidak ada tolok bandingnya. Nyatalah bahawa

membaca al-Quran itu menjadi ibadat yang sangat berfaidah bagi

seseorang muslim yang patut dilakukan pada setiap hari sama ada di

waktu pagi, petang ataupun malam. Keluarga bahagia ialah keluarga

yang dapat membaca dan menghayati isi al-Quran dengan baik.

Sistem pendidikan negara kita membolehkan semua rakyat mampu

membaca al-Quran. Oleh kerana membaca al-Quran adalah satu

ibadat yang amat penting dan utama dalam kehidupan orang Islam,

maka perlulah diikhtiarkan cara yang berkesan supaya amalan ini

dapat dihayati dalam kehidupan harian..

(c) Membaca Buku Agama Di Rumah Bersama-sama: Satu lagi amalan

dalam rumahtangga yang bahagia ialah mengumpulkan keluarga

sekurang-kurangnya satu kali dalam seminggu untuk membaca buku

agama. Buku agama ini boleh dipilih dari buku-buku yang terkenal

dalam berbagai bidang seperti sejarah Islam, sejarah ulama’ dan

pemikiran Islam, asas-asas fardhu ain, ilmu tauhid, akhlak dan lain-

lain. Dengan cara membaca buku agama, secara tidak langsung boleh

menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan ahli keluarga. Melalui

amalan membaca buku di rumah ini juga dapat melatih ahli keluarga

Page 93: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 87

khususnya anak-anak yang dalam proses pembelajaran untuk

meningkatkan pengetahuan mereka. Dalam hubungan ini kaidah yang

boleh digunakan ialah membaca bergilir-gilir di antara ibu, bapa dan

anak.

(d) Makan Bersama Sekeluarga: Keluarga bahagia ialah keluarga yang

dapat mewujudkan tradisi makan bersama-sama sekurang-kurangnya

sekali seminggu iaitu pada cuti hujung minggu. Malam adalah waktu

yang agak sesuai untuk menghadapi makanan secara bersama

keluarga kerana semua ahli keluarga di waktu itu telah selesai

menunaikan tanggungjawab masing-masing di dalam bidang

pekerjaan dan pelajaran. Makan bersama keluarga boleh mengeratkan

lagi rasa kasih sayang antara anggota keluarga. Ibu bapa harus

memainkan peranan bagi mewujudkan suasana yang harmoni ketika

makan. Inilah di antara kesempatan terbaik untuk ibu bapa berbicara

dengan anak-anak dan dapat memberi nasihat, menanam pendidikan

dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Amr, daripada Nabi s.a.w.

bahawasanya baginda membaca doa apabila dihidangkan makanan

kepada mereka dengan doa yang bermaksud: 'Ya Allah berkatilah

rezeki yang engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami

daripada azab api neraka,dengan nama Allah'.(Riwayat Abu Bakar ibn

as-Sunni)

Semasa makan bersama keluarga, anak-anak hendaklah

diperingatkan supaya tidak memulakan makan atau minum kecuali

setelah dimulakan oleh ibu bapa atau orang yang lebih tua. Begitulah

juga adab di dalam satu-satu majlis makan yang lain. Ini adalah

bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w. yang menyebut: Maksudnya:

Daripada Huzaifah r.a. katanya: 'Apabila kami bersama-sama

Rasulullah s.a.w. menghadapi makanan, kami tidak menghulurkan

tangan sehingga Baginda memulakan menjamah makanan tersebut

terlebih dahulu.' (Riwayat Muslim)

Ibu bapa juga adalah bertanggungjawab untuk sentiasa

mendisiplinkan anak-anak sewaktu makan dengan tidak banyak

Page 94: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 88

bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berfaidah, melarang

makan di tempat-tempat yang tidak sesuai seperti di ruang tamu, di

hadapan TV dan di dalam bilik tidur. Memulakan makanan dari

sebelah kanan, makan dengan tidak gelojoh dan lain-lain.

(e) Memberi Salam Semasa Masuk Atau Meninggalkan Rumah:

Keluarga bahagia pulang ke rumah dengan keadaan gembira. Apabila

samapai ke pintu rumah mereka akan menyampaikan salam dan

anggota di dalamnya menjawab salam tersebut dengan jelas.

Demikianlah juga apabila mereka meninggalkan rumah untuk pergi

bekerja atau ke sekolah. Amalan ini wajar dihayati sebagai amalan

harian kerana ia boleh membuatkan hubungan di kalangan semua

anggota keluarga terus mesra dan kukuh.

( f ) Minta Keizinan Masuk Bilik:

Setiap ibu bapa perlulah melatih anak-anak meminta izin atau

kebenaran sebelum mereka masuk ke bilik tidur ibu bapa. Dalam hal ini

Allah S.W.T. telah memberi panduan melalui firman-Nya dalam surah

an-Nur ayat 58.

Maksudnya: 'Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-

hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu,

meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga

masa, (iaitu) sebelum sembahyang Subuh dan ketika kamu membuka

pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isya’;

itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdidah aurat kamu

padanya). Kemudian mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga

masa yang tersebut, (kerana mereka orang-orang yang selalu keluar

masuk kepada kamu dan kamu masing-masing sentiasa berhubung

rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah menerangkan kepada

kamu ayat-ayat-NYA (yang menjelaskan hukum-hukum-NYA); dan

(ingatlah) Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.' (An-Nur : 58)

Page 95: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 89

Mengekalkan Kedamaian Dan Kerukunan Rumahtangga

Rumahtangga bahagia ialah rumahtangga yang wujud unsur-unsur

kedamaian dan keselesaan. Suami sebagai ketua keluarga adalah

berkewajipan memimpin isteri dan anak-anaknya melalui kehidupan yang

diredhai Allah dengan memberi didikan agama dan menyemadikan niali-nilai

murni kepada mereka.

Antara unsur-unsur kedamaian di dalam rumahtangga ialah:

(a) Tolong Menolong dan Bantu Membantu Dalam Keluarga:

Setiap ahli keluarga berkewajipan untuk mendisiplinkan diri bagi

melaksanakan tugas masing-masing. Umpamanya suami atau bapa

berkewajipan mencari nafkah atau melakukan kerja-kerja yang

memerlukan gerakan fizikal yang lebih, manakala isteri atau ibu

melakukan kerja- kerja yang agak ringan dan sesuai dengan kemahiran

wanita. Begitu juga dengan anak-anak diberikan tugas-tugas tertentu

sesuai dengan peringkat umur dan kesanggupan fizikal mereka. Satu

program gotong royong di antara ahli keluarga seperti membersihkan

rumah patut diadakan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ia boleh

mewujudkan perasaan kasih sayang dan rasa tanggungjawab di kalangan

ahli keluarga. Melalui program ini rumah sentiasa bersih dan kesihatan

dapat dijaga. Allah mengasihi orang-orang yang mengamalkan

kebersihan.

(b) Hubungan Kejiranan Yang Baik : Kesejahteraan dalam keluarga bukan hanya diperolihi hasil dari

hubungan antara anggota dalam keluarga sahaja malahan hubungan

dengan jiran sekeliling juga patut diberi perhatian. Perhubungan kejiranan

yang intim akan wujud jikalau semua ahli keluarga berkesempatan untuk

berbual-bual mesra, bertukar-tukar fikiran, bergurau senda dan beramah

mesra antara satu sama lain. Oleh itu setiap keluarga wajar meluangkan

satu masa untuk berinteraksi dengan jiran khususnya jiran yang paling

hampir

Page 96: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 90

(c) Mengadakan Aktiviti Rekreasi:

Dalam rumahtangga perlu juga ada suasana hiburan dan rekreasi

dalam keluarga. Ia boleh menimbulkan kesan positif ke arah kesihatan

mental dan fizikal. Jenis-jenis hiburan pula mestilah yang tidak

bercanggah dengan hukum Islam. Setiap keluarga juga wajar mengatur

program rehlah ke tempat-tempat rekreasi atau lawatan di dalam atau luar

negeri mengikut kemampuan keluarga tersebut. Aktiviti ini akan

mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dan mewujudkan kemesraan

dalam keluarga.

(d) Menjaga Kesihatan dan Kebersihan Keluarga:

Kebahagiaan rumahtangga tidak akan tercapai jika sekiranya terdapat

ahli-ahli keluarga sering mengidapi penyakit. Ibu atau bapa yang tidak

sihat tidak dapat menguruskan rumahtangga dengan sempurna. Manakala

anak-anak yang sakit pula tidak dapat membesar dan berkembang

dengan baik. Oleh kerana kesihatan tubuh badan menjadi soal penting

dalam hidup seseorang dan memerangi penyakit adalah satu tugas yang

wajib di dalam Islam, maka Islam telah menggariskan beberapa panduan

yang berkaitan dengan kesihatan seperti mIbuan makanan yang halal,

mIbuan makanan yang bermutu dan berkhasiat, dan menjaga kebersihan

diri.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan ’Rumahku Syurgaku’ adalah satu wawasan

kekeluargaan Islam yang berteraskan ajaran yang dibawa oleh junjungan

besar Nabi Muhammad s.a.w. Rumahtangga sebagai satu komponen utama

dalam pembentukan sesebuah masyarakkat mesti disempurnakan melalui

piawai yang sesuai dengan ajaran Islam dan keperluan rohani dan jasmani

manusia. Untuk mencapai taraf syurga bagi sesebuah keluarga, maka semua

rukun atau piawai yang disebutkan perlulah dipenuhi dengan sebaik mungkin.

Ia tidak memerlukan perancangan yang rapi dan sikap positif untuk

melaksanakannya. Setiap yang gagal memenuhi rukun-rukun dan piawai-

piawai tersebut, maka sesebuah rumahtangga itu belumlah dapat mencapai

tahap kebahagiaan sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

Page 97: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 91

SOALAN:

1. Huraikan hikmah perkahwinan.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

2. Terangkan bagaimana adat meminang Melayu dan keselarasannya dengan Islam ?

.…………………………………………………….…………………………………………………

….…………………………………………………….……………………………………………

3. Mengapakah seks dan zina diharamkan sebelum berkahwin?

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

4. Bagaimana aspek agama dititik beratkan dalam soal pemilihan jodoh?

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

5. Sebutkan Lima Rukun Nikah

.…………………………………………………….…………………………………………………

6. Ciri Ciri Seorang Wali Nikah ialah

…………….……………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

Page 98: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 92

7. Terangkan pengertian berikut:

i Ijab

............................................................................................................................

ii .Qabu

............................................................................................................................

8. Apakah tujuan Mahar atau Mas kahwin dalam Islam

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

9. Apakah definasi talak?

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

10. Sebutkn jenis jenis talak?

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

11. Apakah hikmah talak dalam islam ?

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

12. Apakah hukum penceraian.?

.…………………………………………………….…………………………………………………

.…………………………………………………….…………………………………………………

Page 99: Nota Agama Sem 2 ADTEC Bp

PI-2031-LE3-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 93

RUJUKAN:

1. http://cybermosque.mpsj.gov.my/idah.html 1.02pm 5/4/07

2. http://www.perundangan-islam.gov.bn/undang2/hwanita.8.26pm 22/04/07

3. http://www.islam.gov.my/e-rujukan 10.30am 30/04/07

4. http://www.sabah.edu.my/cwm010/masalahrumahtangga.htm

5. http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/munakahat/rujuk.htm 5.04pm 30/04/07

6. Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam Oleh Muhammad Ali Quthb Cetakan Julai 1990

7. Asas Kekeluargaan Islam Oleh Hassan Salleh. Cetakan DBP 1989

8. Nota Pengajian Islam

Edaran Pensyarah ADTEC Shah Alam

9. Website bharian.com.my.

Ruangan CITRA 12 April 2007 “Suami patut ringan tulang”

10. Memasuki Gerbang Perkahwinan Jawatan Kuasa Teknikal Penyediaan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan

(JAKIM)

11. Tamadun Islam Hj Ahmad Fauzi Hj Morad

Ahmad Tarmizi Talib

(UPM).

12. Kuliah Subuh Syed Ahmad Semait.

Pustaka Nasional Singapura.

13. http://www.islamgrid.gov.my/articles/munakahat/munakahat.php

14. Feqah Untuk Wanita Muhammad Hatta Bin Selamat

Pustaka Azhar 2010