mukadimah - ubd.instructure.com

of 98 /98

Author: others

Post on 04-Nov-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah rahmat kemurahan-Nya jua kita telah dapat menerbitkan Buku Panduan Standard Guru Brunei-Penilaian Prestasi Guru (BTS-TPA) Edisi 2.0 yang mengandungi penerangan terperinci dan padat mengenai Penilaian Prestasi Guru / Teacher’s Performance Appraisal (TPA).
Bagi menyokong hala tuju dasar dalam strategi pendidikan Wawasan Brunei 2035, Kementerian Pendidikan Brunei telah mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan Standard Guru Brunei / Brunei Teachers Standard (BTS) yang dirasmikan pada bulan Ogos 2014. Matlamat Standard Guru Brunei ini adalah untuk meningkat baik perkembangan profesional guru dan memastikan hasil pembelajaran pelajar lebih berupaya memberikan manfaat kepada Negara Brunei Darussalam, khususnya dari aspek pembangunan dan kemajuan ekonomi, sains dan teknologi.
Sistem BTS-TPA yang sebelum ini sebahagian besarnya telah dibentuk daripada rangka kerja BTS asal dan hasil-hasil kajian serta dokumen penyelidikan penilaian prestasi guru antarabangsa. Pada tahun 2019, Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah telah meneliti semula sistem tersebut untuk penambahbaikan instrumen, proses dan prosedur penggunaannya. Oleh yang demikian, Sistem BTS-TPA Edisi 2.0 ini digunakan sebagai penanda aras kualiti pembelajaran dan pengajaran dengan merujuk standard pengajaran serta ciri-ciri kompetensi guru yang dihuraikan dalam rangka kerja BTS-TPA Edisi 2.0.
Tujuan utama sistem ini dihasilkan adalah untuk membantu Pasukan Kepimpinan Sekolah (SMT), Nazir Sekolah dan pegawai-pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan dalam membuat penilaian terhadap prestasi guru secara sistematik, iaitu dengan menggunakan borang BTS-TPA berserta dokumen- dokumen sokongan yang relevan. Misalnya, Fail Persediaan Mengajar Guru atau Teacher Record File (TRF) dan hasil-hasil tugasan bertulis para pelajar. Sistem ini mengandungi penyata prestasi (huraian rubrik) bagi setiap bidang fokus dan prosedur yang lebih jelas untuk menetapkan gred prestasi keseluruhan guru.
Tuntasnya, Sistem BTS-TPA Edisi 2.0 ini bukan hanya bertujuan untuk mengurus dan menilai prestasi pengajaran guru, tetapi ia adalah sebagai pendekatan yang adil bagi mereformasi sistem perkembangan profesional serta kemajuan kerjaya guru dan seterusnya mempengaruhi hasil pembelajaran pelajar ke tahap yang lebih baik. Sistem ini juga berupa penggalak kepada para guru untuk menggunakan pelbagai kaedah penyampaian dan strategi pengajaran yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi.
Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam Oktober 2020 (Edisi 2.0)
HAK CIPTA JABATAN KENAZIRAN SEKOLAH-SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2020
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, ditukar dalam apa-apa jua bentuk, dengan apa-apa jua alat pun sama ada secara elektronik dan cetak; mekanik, fotokopi, rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu. Cetakan Pertama Oktober 2020.
1
PENGHARGAAN
Ucapan penghargaan kepada semua warga kerja Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah atas komitmen penuh dan usaha gigih dalam menghasilkan Buku Panduan Sistem BTS-TPA Edisi 2.0 yang komprehensif ini.
Pengarah Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah
Berikut adalah nama-nama pegawai yang memberikan sumbangan dalam menghasilkan Buku Panduan Sistem BTS-TPA Edisi 2.0:
1. Dayang Hajah Rosney binti Haji Zainal 2. Awang Mohamad Riaz bin Haji Mohd Amin 3. Awang Abdul Azim bin Hamdani 4. Awang Ahmad Fadzillah bin Hanafiah 5. Awang Chin Shao Meng 6. Awang Harrisman Ashady bin Haji Ali 7. Awang Hazarry bin Haji Ali Ahmad 8. Awang Haji Mohamad Rasidi bin Haji Sulaiman 9. Awang Haji Mohammad Hamdillah bin Haji Metali 10. Awang Khairol-Azri bin Haji Muhammad Kassim 11. Awang Khairul Ikhwan bin Mohd Salleh 12. Dr. Awang Mohammad Sofian bin Haji Radzuan 13. Awang Muhammad Husaini bin Haji Mat Yassin 14. Awang Soffian bin Haji Sharbini 15. Awang See Sin Tiong 16. Awang Zulhezan bin Haji Abdullah 17. Dayang Aidah binti Haji Jalin
18. Dayang Hajah Hana Salwa binti Haji Awang Taha 19. Dayang Hajah Saimon binti Haji Lahid 20. Dayang Hajah Suraini binti Haji Shahir 21. Dayang Hajah Zahrah binti Abdullah 22. Dayang Koh Guat Gee 23. Dayang Noraini binti Haji Emran 24. Dayang Norazlinah binti Haji Hambali 25. Dayang Norbaini binti Haji Abdullah 26. Dayang Norhalizawati binti Haji Awang Matdaud 27. Dayang Norsidah binti Haji Masri 28. Dayang Nur Qistina binti Haji Nasir 29. Dayang Siti Azizah binti Haji Sharbawi 30. Dayang Tan Hui Kwang 31. Dayangku Fa'aezah Nordzaryah binti Pengiran Tajudin 32. Dayangku Hajah Hadijah binti Pengiran Haji Kamaluddin 33. Dayangku Salamah binti Pengiran Haji Ahmad 34. Pengiran Hajah Aminah binti Pengiran Haji Abas
2
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
UNIT 1: SISTEM STANDARD GURU BRUNEI-PENILAIAN PRESTASI GURU 2.0 (BTS-TPA 2.0)
1.1 1.1 Pengenalan 5
1.2 Rasional 5
UNIT 2: STANDARD GURU BRUNEI-PENILAIAN PRESTASI GURU 2.0 (BTS-TPA 2.0) DAN KOMPETENSI TERAS GURU
6
3.1 Bahagian A : Pencapaian Pelajar 9
3.2 Bahagian B : Pembelajaran Pelajar 10
3.3 Bahagian C : Pengajaran Guru 11
3.4 Terma Kuantiti Gred Penilaian Deskriptor BTS-TPA 2.0 12
3.5 Gred Penilaian 1 hingga 5 dan Huraian Rubrik Deskriptor BTS-TPA 2.0 13
UNIT 4; PROSEDUR STANDARD GURU BRUNEI-PENILAIAN PRESTASI GURU 2.0 (BTS-TPA 2.0)
4.1 Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran
A. Fasa 1: Prapencerapan Pembelajaran dan Pengajaran 36
B. Fasa 2: Semasa Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran 37
C. Fasa 3: Pasca Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran 37
4.2 Dialog Profesional
B. Dialog Profesional Pasca Pencerapan 39
4.3 Prosedur Membuat Keputusan Gred Keseluruhan Prestasi Guru 39
3
5.1 Tujuan Sistem Moderasi Sekolah 40
5.2 Pelaksanaan Sistem Moderasi Sekolah 40
5.3 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Moderasi Sekolah
A. Prosedur 42
5.5 Terma Rujukan Moderator Sekolah 45
UNIT 6: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM BTS-TPA EDISI 2.0
6.1 Pasukan Kepimpinan Sekolah (SMT) 46
6.2 Nazir Sekolah 47
LAMPIRAN 48
1 SISTEM STANDARD GURU BRUNEI-PENILAIAN PRESTASI GURU 2.0 (BTS-TPA 2.0)
1.1 Pengenalan
Sistem Standard Guru Brunei-Penilaian Prestasi Guru 2.0 (Brunei Teacher Standard-Teacher Performance Appraisal, BTS-TPA 2.0) mengandungi garis- garis panduan dan instrumen khusus yang dihasilkan daripada rangka kerja BTS-TPA. Instrumen utama sistem ini berkaitan dengan dua domain, enam standard dan 17 aspek kecekapan yang menjadi komponen utama dalam proses pelaksanaan penilaian guru. Instrumen berkenaan mengandungi penyata prestasi (rubrik deskriptor) bagi setiap bidang fokus dan prosedur yang lebih jelas untuk menetapkan gred atau prestasi keseluruhan guru. Oleh itu, penilai dikehendaki untuk merujuk secara terperinci setiap rubrik deskriptor dan mengamalkan best fit semasa membuat penilaian. BTS-TPA 2.0 mengandungi elemen-elemen berikut: 1. Rangka Kerja BTS-TPA 2.0 dan Kompetensi Teras Guru. 2. Instrumen dan Prosedur BTS-TPA 2.0. 3. Pelan pembangunan profesional guru. 4. Sistem Moderasi Sekolah.
1.2 Rasional
Tujuan utama sistem BTS-TPA 2.0 diwujudkan adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berasaskan rangka kerja BTS-TPA 2.0. Sistem ini ialah alat pengukur kecekapan dan standard pengajaran bagi memastikan hasil pembelajaran pelajar berada pada tahap yang optimum dan dapat memberi impak kepada kualiti pendidikan negara. Oleh yang demikian, dalam usaha menyediakan pendidikan yang berkualiti, Kementerian Pendidikan telah mensasarkan sekurang-kurangnya 90% guru mencapai TPA gred 3 dan ke atas pada tahun 2035. Sistem ini berfungsi sebagai mekanisme performance-driven di seluruh negara melalui sokongan pihak Kementerian Pendidikan kepada guru-guru dan Pasukan Kepimpinan Sekolah (School Management Team, SMT). Kemahiran SMT dalam melaksanakan penilaian dan maklum balas bagi menyokong perkembangan profesional guru juga akan diberikan keutamaan sama ada di peringkat sekolah, kluster mahupun nasional. Sistem ini turut menggabungkan sistem moderasi sekolah bagi membolehkan penilaian terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan konsisten serta adil.
5
2
STANDARD GURU BRUNEI-PENILAIAN PRESTASI GURU 2.0 (BTS-TPA 2.0) DAN KOMPETENSI
TERAS GURU
Rangka kerja BTS-TPA 2.0 merangkumi dua domain, enam standard dan 17 kompetensi teras guru. Kesemua standard dan kompetensi ini digunakan sebagai rujukan untuk mengimplementasi penilaian BTS-TPA 2.0, seperti yang terkandung dalam Jadual 1 dan Rajah 1.
DOMAIN 1: PENGETAHUAN PROFESIONAL & KEMAHIRAN DOMAIN 2: PENGLIBATAN PROFESIONAL
Standard 1: Melibatkan pelajar dalam pembelajaran yang mencabar minda
Standard 2: Pembelajaran berasaskan kandungan pengajaran dan kaedah yang dirancang dengan teliti
Standard 3: Tugasan disesuaikan dengan keperluan individu pelajar
Standard 4: Menggunakan penilaian dan pelaporan yang berkesan
Standard 5: Mengamalkan dan meningkat baik amalan profesional
Standard 6: Menunjukkan standard tatalaku peribadi dan profesional yang tinggi
STANDARD 1 STANDARD 2 STANDARD 3 STANDARD 4 STANDARD 5 STANDARD 6
• Menentukan keupayaan pelajar (C1.1)
• Memupuk pembelajaran melalui amalan bertanya dan berfikir secara reflektif (C1.3a, b, c & d)
• Pengetahuan guru tentang subjek diajar (C2.1)
• Perancangan pengajaran (C2.2)
• Penggunaan pelbagai sumber pembelajaran (C2.4)
• Mencabar keupayaan pelajar berdasarkan keperluan mereka secara individu (C3.1)
• Memperkembangkan konsep kefahaman pelajar, diselaraskan dengan keperluan individu (C3.2)
• Membina dan mengongsi sama objektif pembelajaran (C4.1a & b)
• Merancang penilaian (C4.2)
• Mengembangkan amalan profesional (C5.1)
• Mengamalkan amalan profesional (C5.2)
• Standard kehadiran dan ketepatan masa yang tinggi (C6.2)
• Sentiasa maklum tentang polisi, peraturan dan lain- lain keperluan rasmi (C6.3)
Jadual 1: Standard Guru Brunei-Penilaian Prestasi Guru 2.0 (BTS-TPA 2.0) dan Kompetensi Teras Guru
6
7
3
PRESTASI GURU 2.0 (BTS-TPA 2.0)
Borang BTS-TPA 2.0 merupakan instrumen untuk menilai kompetensi guru melalui pencerapan pembelajaran dan pengajaran. SMT, Nazir Sekolah dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan menggunakan borang BTS-TPA 2.0 untuk merekod penilaian dan pemberian gred terhadap kualiti pencapaian dan pembelajaran pelajar serta pengajaran guru. Bidang-bidang fokus yang terkandung dalam tiga bahagian borang BTS-TPA 2.0 adalah seperti yang terkandung dalam Rajah 2.
B A
H A
G IA
5 Sikap mandiri / inisiatif
C PENGAJARAN
2 Pembelajaran berasaskan kandungan pengajaran dan kaedah yang dirancang dengan teliti
3 Tugasan disesuaikan dengan keperluan individu pelajar
4 Menggunakan penilaian dan pelaporan yang berkesan
5 Mengamalkan dan meningkat baik amalan profesional
6 Menunjukkan standard tatalaku peribadi dan profesional yang tinggi
Rajah 2: Bidang Fokus Mengikut Borang BTS-TPA 2.0
Bidang fokus yang dinilai menggunakan 5 skala, iaitu 1 - Tidak Memuaskan, 2 - Memuaskan, 3 - Baik, 4 - Sangat Baik dan 5 - Cemerlang dengan merujuk kepada rubrik deskriptor BTS-TPA. Penilaian gred dari ketiga-tiga bahagian A, B dan C akan digunakan untuk menghasilkan gred keseluruhan.
8
3.1 Bahagian A: Pencapaian Pelajar
Bahagian ini merujuk kepada enam aras kemahiran berfikir pelajar seperti yang digariskan oleh Taksonomi Bloom (dalam Rajah 3).
Rajah 3: Bidang Fokus Kemahiran Berfikir Mengikut Taksonomi Bloom dalam Bahagian A
9
Bahagian ini merujuk kepada kemahiran-kemahiran dan elemen-elemen Pembelajaran Pelajar Abad ke-21 (21st Century students’ learning), iaitu untuk mengimbangi perkembangan dan memenuhi keperluan global yang dinamik. Untuk merealisasikan hal ini, BTS-TPA 2.0 telah menyediakan satu sistem yang akan mempersiapkan para pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang relevan untuk memenuhi keperluan ekonomi yang berdaya saing, mantap dan dinamik. Sistem ini juga bertindak sebagai sebuah mekanisme yang responsif terhadap pelbagai keperluan pihak- pihak yang berkepentingan.
Dalam bahagian ini, aspek pembelajaran pelajar dinilai berdasarkan sembilan bidang fokus, seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.
BIDANG FOKUS CIRI-CIRI
B2 Persediaan Menunjukkan kesediaan untuk belajar; penyediaan minda dan bahan pembelajaran yang baik
B3 Penglibatan Menunjukkan sikap, penglibatan dan tumpuan yang positif
B4 Pengaplikasian Kemahiran
B5 Sikap Mandiri / Inisiatif Menyelesaikan tugasan secara mandiri dan meminta penjelasan jika perlu
B6 Kemahiran ICT Mengaplikasikan kemahiran dalam teknologi digital, alat atau rangkaian komunikasi yang bersesuaian untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi dan membina maklumat
B7 Kolaborasi Berkolaborasi dalam memikul tanggungjawab dan membuat keputusan yang rasional secara berkumpulan
B8 Penggunaan Sumber Memanfaatkan sumber yang disediakan guru untuk mendorong kreativiti
B9 Kebolehan dalam
10
3.3 Bahagian C: Pengajaran Guru
Bahagian ini merujuk kepada enam standard dan 17 kompetensi teras guru berdasarkan BTS-TPA 2.0 diterangkan seperti dalam Jadual 3.
KOMPETENSI TERAS STANDARD
1 Melibatkan pelajar dalam
pembelajaran yang mencabar minda 2 Menetapkan harapan yang tinggi dan matlamat yang mencabar (C1.2).
3 Memupuk sikap suka belajar melalui amalan bertanya dan berfikir (C1.3a – C1.3d).
4 Pengetahuan dan kefahaman guru yang baik dalam mata pelajaran yang diajar (C2.1).
2 Pembelajaran berasaskan kandungan
5 Perancangan pengajaran (C2.2).
8 Mencabar keupayaan pelajar mengikut keperluan individu mereka (C.3.1). 3
Tugasan disesuaikan dengan keperluan individu pelajar 9 Memperkembangkan kefahaman konsep dan kemahiran pelajar mengikut keperluan individu (C.3.2).
10 Mewujudkan dan mengongsikan objektif pembelajaran (C4.1a – C4.1b).
4 Menggunakan penilaian dan
12 Memanfaatkan maklumat penilaian untuk menggalakkan pembelajaran (C4.3).
13 Memperkembangkan dan mempertingkatkan amalan profesional (C5.1). 5
Mengamalkan dan meningkat baik amalan profesional 14 Mengamalkan amalan profesional (C5.2).
15 Standard etika dan moral yang tinggi (C6.1).
6 Menunjukkan standard tatalaku
peribadi dan profesional yang tinggi 16 Standard kehadiran dan ketepatan masa (C6.2).
17 Sentiasa maklum dengan polisi, peraturan dan beberapa keperluan rasmi yang bersesuaian (C6.3).
Jadual 3: Kompetensi Teras Guru Berdasarkan Standard dalam Bahagian C
11
Terma kuantiti digunakan dalam sistem penilaian BTS-TPA 2.0, seperti yang dinyatakan dalam rubrik adalah untuk menggambarkan tahap pencapaian dan prestasi proses pembelajaran dan pengajaran. Terma kuantiti yang digunakan dan anggaran kuantiti dalam peratus dinyatakan seperti dalam Jadual 4.
Terma Anggaran Kuantiti dalam Peratus (%)
Semua 100
Tiada 0
Jadual 4: Terma dan Anggaran Kuantiti dalam Peratus Gred Penilaian Deskriptor BTS-TPA 2.0
12
3.5 Gred Penilaian 1 hingga 5 dan Huraian Deskriptor BTS-TPA 2.0
BAHAGIAN A: PENCAPAIAN PELAJAR Nota: Umur, peringkat dan kebolehan pelajar adalah diambil kira dalam membuat penilaian
Bidang fokus Soalan-soalan
Pengetahuan Mata pelajaran
Sejauh manakah pelajar dapat mengingat maklumat, fakta dan angka, konsep serta istilah?
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar menguasai isi pelajaran dengan menunjukkan keupayaan untuk mengamati dan mengingat maklumat, seperti tarikh, peristiwa, tempat dan idea utama.
Sebahagian pelajar menguasai isi pelajaran dengan menunjukkan keupayaan untuk mengamati dan mengingat maklumat, seperti tarikh, peristiwa, tempat dan idea utama.
Majoriti pelajar menguasai isi pelajaran dengan menunjukkan keupayaan untuk mengamati dan mengingat maklumat, seperti tarikh, peristiwa, tempat dan idea utama.
Majoriti pelajar mempunyai keupayaan yang tinggi dalam mengamati dan mengingati maklumat, seperti tarikh, acara, tempat dan idea utama. Selain itu, pelajar menguasai isi pelajaran dengan menunjukkan, menceritakan, menyenaraikan, melabel/menandakan, mengumpulkan, menggambarkan, menyusun penjadualan mengenal pasti, mendefinisikan, memeriksa dan sebagainya.
Majoriti pelajar mempunyai keupayaan yang tinggi dan sebahagiannya mempunyai keupayaan yang melangkaui tahap peringkat mereka dalam mengamati dan mengingati maklumat seperti tarikh, peristiwa, tempat dan idea utama, menguasai isi pelajaran dengan menunjukkan, menceritakan, menyenaraikan, melabel/menandakan, mengumpulkan, menggambarkan, menyusun penjadualan, mengenal pasti, mendefinisikan, memeriksa dan sebagainya.
13
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar menguasai isi pelajaran bagi memahami dan memberi makna; sama ada menterjemah pengetahuan dalam konteks baru, mentafsir fakta, membandingkan, menentukan tahap perbezaan, menyusun, mengkategorikan atau meramal sebab akibat dan membuat kesimpulannya.
Sebahagian pelajar menguasai isi pelajaran bagi memahami dan memberi makna; sama ada menterjemah pengetahuan dalam konteks baru, mentafsir fakta, membandingkan, menentukan tahap perbezaan, menyusun, mengkategorikan, atau meramal sebab akibat dan membuat kesimpulannya.
Majoriti pelajar menguasai isi pelajaran bagi memahami dan memberi makna; sama ada menterjemah pengetahuan dalam konteks baru, mentafsir fakta, membandingkan, menentukan tahap perbezaan, menyusun, mengkategorikan, atau meramal sebab akibat dan membuat kesimpulannya.
Majoriti pelajar mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menguasai isi pelajaran bagi memahami dan memberi makna; menterjemah pengetahuan dalam konteks baru, mentafsir fakta, membandingkan, menentukan tahap perbezaan, menyusun, mengkategorikan, meramal sebab akibat dan membuat kesimpulannya.
Majoriti pelajar mempunyai keupayaan yang tinggi dan sebahagiannya melebihi jangkaan bagi memahami dan memberi makna; menterjemah pengetahuan dalam konteks baru, mentafsir fakta, membandingkan, menentukan tahap perbezaan, menyusun, mengkategorikan, meramal sebab akibat dan membuat kesimpulannya.
A3
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar menunjukkan keupayaan dalam mengaplikasi maklumat isi pelajaran, idea, kaedah, kemahiran, konsep/teori dalam konteks yang berlainan atau penyelesaian masalah.
Sebahagian pelajar menunjukkan keupayaan dalam mengaplikasi maklumat isi pelajaran, idea, kaedah, kemahiran, konsep/teori dalam konteks yang berlainan atau penyelesaian masalah.
Majoriti pelajar menunjukkan keupayaan dalam mengaplikasi maklumat isi pelajaran, idea, kaedah, kemahiran, konsep/teori dalam konteks yang berlainan atau penyelesaian masalah.
Majoriti pelajar mengaplikasi maklumat isi pelajaran dengan pelbagai cara yang kompleks. Mereka berupaya mengaplikasikan, idea, kaedah, kemahiran, konsep/teori dalam konteks yang berlainan atau penyelesaian masalah.
Majoriti pelajar mengaplikasi maklumat isi pelajaran dengan pelbagai cara yang kompleks. Sebahagian daripada mereka berupaya mengaplikasi pada tahap di luar jangkaan. Mereka berkeupayaan tinggi, cekap dalam menerapkan idea, kaedah, kemahiran, konsep/teori dalam konteks yang berlainan atau penyelesaian masalah.
14
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar kompeten dalam menganalisis (membanding, menentukan tahap perbezaan, membezakan, mengenal pasti keunikan dll) dan menilai (mengukur, menjustifikasikan/ menghujah, meneliti semula dll).
Sebahagian pelajar kompeten dalam menganalisis (membanding, menentukan tahap perbezaan, membezakan, mengenal pasti keunikan dll) dan menilai (mengukur, menjustifikasikan/ menghujah, meneliti semula dll).
Majoriti pelajar kompeten dalam menganalisis (membanding, menentukan tahap perbezaan, membezakan, mengenal pasti keunikan dll) dan menilai (mengukur, menjustifikasikan/ menghujah, meneliti semula dll).
Majoriti pelajar mempunyai kompetensi yang tinggi dalam menganalisis (membanding, menentukan tahap perbezaan, membezakan, mengenal pasti keunikan dll) dan menilai (mengukur, menjustifikasikan/ menghujah, meneliti semula dll).
Majoriti pelajar
A5
Sejauh manakah kreativiti dan inovasi pelajar dalam pembelajaran melalui aspek (A1-A4)?
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar yang kompeten dalam menyusun idea atau elemen untuk membina pendapat dan hasil pembelajaran yang baru.
Sebahagian pelajar yang kompeten dalam menyusun idea atau elemen untuk membina pendapat dan hasil pembelajaran yang baru.
Majoriti pelajar kompeten dalam menyusun idea atau elemen untuk membina pendapat dan hasil pembelajaran yang baru.
Majoriti pelajar menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi dalam menyusun idea atau elemen untuk membina pendapat dan hasil pembelajaran yang baru.
Majoriti pelajar menunjukkan kompetensi yang sangat tinggi dengan menyusun idea atau elemen untuk membina pendapat dan hasil pembelajaran yang baru. Sebahagian daripada mereka mempunyai kreativiti di luar jangkaan.
15
Bahagian B: Pembelajaran Pelajar Nota: Umur, peringkat dan kebolehan pelajar adalah diambil kira dalam membuat penilaian
Bidang fokus Soalan-soalan
Sejauh manakah pelajar menunjukkan kemahiran berkomunikasi bagi memenuhi jangkaan dalam pembelajaran?
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik dalam melahirkan idea- idea yang jelas serta berkesan sama ada melalui lisan dan/atau tulisan bagi memenuhi jangkaan pembelajaran.
Sebahagian pelajar menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik dalam melahirkan idea- idea yang jelas serta berkesan sama ada melalui lisan dan/atau tulisan bagi memenuhi jangkaan pembelajaran.
Majoriti pelajar menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik dalam melahirkan idea- idea yang jelas serta berkesan sama ada melalui lisan dan/atau tulisan bagi memenuhi jangkaan pembelajaran.
Majoriti pelajar dapat menunjukkan kemahiran komunikasi yang tinggi dalam melahirkan idea-idea yang jelas serta berkesan sama ada melalui lisan dan/atau tulisan bagi memenuhi jangkaan pembelajaran.
Majoriti pelajar dapat menunjukkan kemahiran komunikasi yang tinggi dalam melahirkan idea-idea yang jelas serta berkesan sama ada melalui lisan dan/atau tulisan bagi memenuhi jangkaan pembelajaran. Sebahagian daripada mereka mempunyai kemahiran komunikasi di luar jangkaan.
B2
Persediaan
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar menunjukkan kesediaan belajar dengan penyediaan minda yang sewajarnya dan bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi (nota, kerja tulis, pen dan buku teks dll).
Sebahagian pelajar menunjukkan kesediaan belajar dengan penyediaan minda yang sewajarnya dan bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi (nota, kerja tulis, pen dan buku teks dll).
Majoriti pelajar menunjukkan kesediaan dengan penyediaan minda yang baik serta bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi (nota, kerja tulis, pen dan buku teks dll).
Majoriti pelajar menunjukkan kesediaan dan dapat mengikuti pembelajaran dengan lancar dengan penyediaan minda yang sangat baik serta bahan- bahan pembelajaran yang mencukupi (nota, kerja tulis, pen dan buku teks dll).
Majoriti pelajar menunjukkan kesediaan dan dapat mengikuti pembelajaran dengan lancar dengan penyediaan minda yang sangat baik serta bahan-bahan pembelajaran yang lengkap dan terkini (nota, kerja tulis, pen dan buku teks dll). Sebahagian daripada mereka mempunyai kesediaan untuk belajar yang di luar jangkaan.
16
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar menunjukkan sikap yang positif, penglibatan aktif dan memberikan tumpuan dalam pembelajaran.
Sebahagian pelajar menunjukkan sikap yang positif, penglibatan aktif dan memberikan tumpuan dalam pembelajaran.
Majoriti pelajar menunjukkan sikap yang positif, penglibatan aktif dan memberikan tumpuan dalam pembelajaran.
Majoriti pelajar menunjukkan sikap yang sangat baik, bermotivasi, penglibatan aktif dan memberikan tumpuan dalam pembelajaran.
Majoriti pelajar menunjukkan sikap yang sangat baik, bermotivasi tinggi, penglibatan aktif dan memberikan tumpuan dalam pembelajaran. Sebahagian daripada mereka memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar lain.
B4
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar mengaplikasi kemahiran mata pelajaran yang baik bagi memenuhi jangkaan pembelajaran.
Sebahagian pelajar mengaplikasi kemahiran mata pelajaran yang baik bagi memenuhi jangkaan pembelajaran.
Majoriti pelajar mengaplikasi kemahiran mata pelajaran yang baik bagi memenuhi jangkaan pembelajaran.
Majoriti pelajar mengaplikasi kemahiran mata pelajaran yang sangat baik bagi memenuhi jangkaan pembelajaran.
Majoriti pelajar mengaplikasi kemahiran mata pelajaran yang sangat baik. Sebahagian daripada mereka menunjukkan kemahiran yang tinggi seperti menganalisis, menilai dan mencipta.
B5
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar menyelesaikan tugasan secara mandiri dan masih meminta bantuan jika perlu.
Sebahagian pelajar menyelesaikan tugasan secara mandiri dan masih meminta bantuan jika perlu.
Majoriti pelajar menyelesaikan tugasan secara mandiri dan masih meminta bantuan jika perlu.
Majoriti pelajar menyelesaikan tugasan tepat pada waktunya atau lebih awal secara mandiri dan meminta penjelasan jika perlu.
Majoriti pelajar menyelesaikan tugasan tepat pada waktunya atau lebih awal secara mandiri dan meminta penjelasan jika perlu.
Sebahagian daripada mereka menunjukkan inisiatif yang cemerlang serta meminta maklum balas untuk pembaikan
17
Sebahagian pelajar dapat mengaplikasikan teknologi digital, alat atau rangkaian komunikasi dengan sewajarnya untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi dan membina maklumat baru.
Majoriti pelajar dapat mengaplikasikan teknologi digital, alat komunikasi atau rangkaian komunikasi sewajarnya untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi dan membina maklumat baru.
Majoriti pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran tinggi dalam teknologi digital, alat atau rangkaian komunikasi dengan sewajarnya untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi dan membina maklumat baru.
Majoriti pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran tinggi dalam teknologi digital, alat atau rangkaian komunikasi untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi dan membina maklumat baru. Sebahagian daripada mereka menunjukkan kemahiran yang melebihi jangkaan pembelajaran.
B7
Kolaborasi
Sebahagian pelajar berkolaborasi dalam memikul tanggungjawab dan membuat keputusan yang rasional secara berkumpulan.
Majoriti pelajar berkolaborasi dalam memikul tanggungjawab dan membuat keputusan yang rasional secara berkumpulan.
Majoriti pelajar berkolaborasi dalam memikul tanggungjawab dan membuat keputusan yang rasional dengan berkesan serta menghasilkan tugasan yang berkualiti.
Majoriti pelajar berkolaborasi dalam memikul tanggungjawab dan membuat keputusan yang rasional dengan berkesan serta menghasilkan tugasan yang berkualiti. Sebahagian daripada mereka menunjukkan kebolehan yang melebihi jangkaan pembelajaran. Mereka berbincang dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti.
18
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar memanfaatkan sumber yang disediakan oleh guru mereka dengan baik.
Sebahagian pelajar memanfaatkan sumber yang disediakan oleh guru mereka dengan baik.
Majoriti pelajar memanfaatkan sumber yang disediakan oleh guru mereka dengan baik.
Majoriti pelajar memanfaatkan sumber yang disediakan oleh guru mereka dengan berkesan.
Majoriti pelajar memanfaatkan sumber yang disediakan oleh guru mereka dengan berkesan. Sebahagian daripada mereka memanfaatkan sumber secara kreatif dan inovatif.
B9
Kebolehan dalam
Menyelesaikan Tugasan
Sejauh manakah kemajuan pelajar berdasarkan jumlah, jenis dan kualiti kerja yang diberikan dalam pembelajaran?
Tiada atau hanya sebahagian kecil pelajar dapat menghasilkan kerja dengan baik mengikut jumlah dan jangka masa yang ditetapkan.
Sebahagian pelajar dapat menghasilkan kerja dengan baik mengikut jumlah dan jangka masa yang ditetapkan.
Majoriti pelajar dapat menghasilkan kerja dengan baik mengikut jumlah dan jangka masa yang ditetapkan.
Majoriti pelajar dapat menghasilkan kerja dengan sangat baik mengikut jumlah dan jangka masa yang ditetapkan.
Majoriti pelajar dapat menghasilkan kerja dengan cemerlang mengikut jumlah dan jangka masa yang ditetapkan. Sebahagian daripada mereka menggunakan pelbagai kaedah dengan idea kreatif dan inovatif untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi melebihi jangkaan pembelajaran.
19
Bahagian C: Pengajaran Nota: Umur, peringkat dan kebolehan pelajar adalah diambil kira dalam membuat penilaian Standard 1: Melibatkan Pelajar Dalam Pembelajaran yang Mencabar Minda
Bidang fokus Soalan-soalan
Guru mengenal pasti pengetahuan sedia ada, kemahiran, kecekapan bahasa, minat dan keperluan pelajar dalam proses pembelajaran.
Guru mengenal pasti dan memanfaatkan pengetahuan sedia ada, kemahiran, kecekapan bahasa, minat dan keperluan pelajar dalam proses pembelajaran.
Guru mengenal pasti dan memanfaatkan pengetahuan sedia ada, kemahiran, kecekapan bahasa, minat dan keperluan pelajar menggunakan beberapa strategi untuk menggabung informasi baru dalam proses pembelajaran.
Guru mengenal pasti dan memanfaatkan pengetahuan sedia ada, kemahiran, kecekapan bahasa, minat dan keperluan pelajar menggunakan beberapa strategi yang berpelbagai untuk menggabung informasi baru dan mengembangkan pengetahuan baru dalam proses pembelajaran.
Guru memperkaya pengetahuan sedia ada, kemahiran, kecekapan bahasa, minat dan keperluan pelajar untuk menjana percambahan serta penyelidik dan konsep yang dipelajari sepanjang proses pembelajaran.
C1.2
Guru tidak menyediakan jangkaan yang mencabar dan memberi sokongan minima kepada pelajar untuk menghasilkan tugasan yang produktif serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Guru menyediakan sebahagian jangkaan yang mencabar dan menyokong pelajar supaya peka terhadap matlamat pembelajaran sebagai platform ke arah kebertanggungjawaban pelajar terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Guru menyediakan jangkaan yang mencabar bagi memenuhi keperluan pelajar yang berbeza supaya mereka bermotivasi untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Guru menyediakan jangkaan yang mencabar bagi memenuhi keperluan pelajar yang berbeza supaya mereka bermotivasi tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Guru menyediakan jangkaan yang mencabar bagi individu pelajar supaya mereka dapat selia diri dan mandiri dalam mencapai kejayaan.
20
Guru menyoal soalan tanpa sasaran menggalakkan pelajar menjawab secara ramai.
Guru kadang-kadang menggalakkan menjawab secara ramai namun guru berusaha meningkatkan penggunaan soalan yang terarah dengan satu strategi, seperti menggalakkan individu pelajar untuk menjawab secara sukarela.
Guru tidak menggalakkan menjawab secara ramai. Guru menggunakan pelbagai strategi, seperti meminta pelajar untuk menjawab secara sukarela atau mengajukan soalan khusus kepada pelajar tertentu.
Guru mengajukan soalan yang terarah dengan berkesan menggunakan pelbagai strategi yang luas, contohnya meminta pelajar untuk menjawab secara sukarela atau mengajukan soalan khusus kepada pelajar tertentu, menggunakan mini whiteboard dll.
Guru mengajukan soalan yang terarah dengan berkesan menggunakan pelbagai strategi yang luas. Pemilihan strategi berpandukan keperluan soalan yang diajukan dan pencapaian pelajar terdahulu.
C1.3b
Mengajar secara dialogik: Apakah jenis soalan yang diajukan oleh guru?
Guru kerap mengajukan soalan jenis tertutup. Soalan yang diajukan tidak berkesan seperti soalan mudah, retorik atau soalan yang sudah ditetapkan jawapannya. Kebanyakan jawapan adalah pendek.
Guru mengajukan soalan jenis tertutup, terbuka dan soalan berfokus. Kadangkala mengajukan soalan- soalan yang tidak berkesan. Kadangkala jawapan pelajar pendek dan menggunakan ayat.
Guru mengajukan pelbagai jenis soalan; menilai, berfokus dan berasaskan inkuiri. Soalan menggalakkan pelajar menghuraikan jawapan.
Guru mengajukan pelbagai jenis soalan; menilai, berfokus tetapi kerap berasaskan inkuiri. Soalan menggalakkan perbincangan sesama pelajar.
Guru menggunakan pernyataan dan kerap mengajukan pelbagai soalan berasaskan inkuiri yang menggalakkan pelajar untuk memberi contoh, meramal, membanding dan merumus.
21
Mengajar secara dialogik: Bagaimanakah guru merespons terhadap jawapan pelajar?
Guru sekadar menerima jawapan yang betul atau salah tanpa ulasan. Kadangkala jawapan yang salah diabaikan. Tiada susulan dan pengukuhan terhadap jawapan pelajar.
Guru menerima jawapan pelajar. Kadangkala membuat susulan terhadap jawapan pelajar.
Guru kerap membuat susulan terhadap jawapan pelajar bagi menggalakkan mereka menerangkan idea atau membandingkannya.
Guru menggunakan pelbagai strategi untuk merespons jawapan pelajar: membandingkan; menghujah secara logik; menambah; menyuarakan dan mengolah semula ayat. Respons guru memudahkan perbincangan sesama pelajar.
Guru membuat refleksi berpandukan jawapan pelajar untuk mengenal pasti kekeliruan dan menanganinya, mencabar minda serta lebih meningkatkan kefahaman.
C1.3d
Guru kurang menggalakkan penglibatan aktif semua pelajar dalam melaksanakan tugasan. Sebahagian pelajar menguasai sementara selebihnya mendiamkan atau melibatkan diri menjawab secara ramai dengan mengulang jawapan pelajar lain.
Guru menyedari penglibatan pelajar yang kurang aktif dalam aktiviti pembelajaran. Soalan yang terarah dan sokongan diberi untuk menggalakkan pelajar yang pasif untuk melibatkan diri.
Guru menggalakkan semua pelajar untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan menjangkakan kemungkinan ada pelajar yang pasif. ‘Masa berfikir’ digunakan secara berkesan bagi memberi ruang untuk pelajar menjawab.
Guru menggunakan pelbagai strategi untuk memastikan semua pelajar terlibat secara aktif. Pelajar diberi peluang untuk membincangkan idea secara berpasangan atau kumpulan kecil semasa aktiviti pembelajaran.
Guru menyediakan aktiviti perbincangan pelajar secara berpasangan, berkumpulan kecil dan keseluruhan kelas dengan lancar. Hasil perbincangan pelajar dimanfaatkan untuk memudahkan perbincangan seluruh kelas secara produktif.
22
Bidang fokus Soalan-soalan
Panduan Tidak Memuaskan
Penerangan guru adalah kurang jelas dan/atau terdapat kesalahan fakta yang menunjukkan kekurangan dalam pengetahuan mata pelajaran guru.
Pengetahuan mata pelajaran guru adalah mencukupi. contoh, mengenal pasti dan memperbetulkan kesalahfahaman pelajar.
Pengetahuan mata pelajaran guru adalah baik dan mampu menarik minat pelajar. Guru mengemas kini pengetahuan mengenai trend dan isu dalam bidang mata pelajaran.
Pengetahuan mata pelajaran guru adalah mendalam dan dimanfaatkan untuk memperkembangkan minat pelajar.
Guru juga mempunyai pengetahuan terkini yang kukuh mengenai trend dan isu di dalam dan merentas bidang mata pelajaran.
Guru berjaya mengintegrasi isi pengetahuan merentas mata pelajaran untuk memantapkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar.
C2.2
*NOTA: Berdasarkan pembuktian dalam rancangan pengajaran
Pengajaran kurang dirancang dengan teliti dan tanpa konteks yang berkaitan. Guru banyak bergantung kepada buku teks. Objektif pembelajaran kurang jelas. Pengetahuan guru dalam mata pelajaran adalah kurang menguasai*.
Pengajaran dirancang secara berasingan dan tugasan untuk pelajar jelas dikenal pasti. Objektif pembelajaran dikenal pasti namun adakalanya kurang jelas. Pengetahuan guru dalam mata pelajaran adalah mencukupi*.
Pengajaran dirancang sebagai sebahagian daripada urutan. Objektif pembelajaran adalah jelas dan memberikan cabaran yang sesuai untuk pelajar. Sesi yang berlainan dalam pengajaran menyokong kemajuan pembelajaran yang jelas. Pengetahuan guru dalam mata pelajaran adalah baik*.
Pengajaran dirancang secara berurutan. Guru menggunakan pengajaran pertama daripada sesi urutan pengajaran untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar. Objektif pembelajaran dinyatakan dengan jelas. Guru mengenal pasti jangkaan hasil pembelajaran yang menfokuskan pada perkembangan kemahiran, pengetahuan* dan pemahaman konsep.
Pengajaran dirancang adalah sebahagian daripada urutan yang sejajar untuk mengembangkan pembelajaran secara progresif. Objektif pembelajaran dan jangkaan hasil pembelajaran dinyatakan dengan jelas. Guru menangani perbendaharaan kata, mengenal pasti kesilapan dan memperbetulkan kesalahfahaman pelajar yang lazim. Guru menunjukkan pengetahuan* yang cemerlang dalam pedagogi mata pelajaran.
23
Sejauh manakah guru mengurus pelajar dalam aktiviti pembelajaran?
Arahan guru kurang jelas, tingkah laku pelajar tidak diuruskan dengan baik menyebabkan pembaziran masa.
Ramai pelajar tidak terlibat aktiviti pembelajaran.
Arahan guru difahami oleh sebahagian pelajar. Autoriti guru dilaksanakan sewajarnya.
Sebahagian pelajar melaksanakan tugasan serta terlibat dalam aktiviti pembelajaran.
Arahan guru difahami dengan jelas oleh sebahagian besar pelajar. Autoriti guru yang sewajarnya dilaksanakan secara bersistematik, pujian dan ganjaran setimpal diberikan untuk mengukuhkan hasil yang dikehendaki. Majoriti pelajar melaksanakan tugasan dan terlibat dalam aktiviti pembelajaran.
Arahan guru difahami oleh hampir semua pelajar. Pelajar sedia maklum dengan tingkah laku yang dikehendaki guru.
Hampir semua pelajar melaksanakan tugasan dan terlibat dalam aktiviti pembelajaran.
Guru berjaya menerapkan budaya tingkah laku yang dikehendaki.
Hampir semua pelajar proaktif dalam aktiviti pembelajaran secara mandiri.
24
Ramai pelajar tidak terlibat dalam pembelajaran.
Pengajaran dimulakan dengan aktiviti ringkas yang melibatkan kebanyakan pelajar. Pengajaran distruktur kepada beberapa sesi termasuk pengajaran keseluruhan kelas serta tugasan individu atau berkumpulan. Guru merumus pengajaran dengan jelas.
Pengajaran segera dimulakan dengan aktiviti ringkas. Pengajaran distruktur kepada beberapa sesi mengikut tempoh masa dengan pelbagai aktiviti. Guru menggunakan sesi perumusan supaya pelajar dapat meringkaskan idea utama dan menilai kembali hasil pembelajaran mereka.
Pengajaran segera dimulakan dengan aktiviti ringkas yang melibatkan semua pelajar. Beberapa sesi pengajaran keseluruhan kelas bersifat saling interaktif, seimbang dengan tugasan individu dan/atau berkumpulan yang menarik.
Sesi perumusan yang interaktif digunakan untuk merangkum hasil pembelajaran.
Guru menggunakan pelbagai aktiviti permulaan yang ringkas dan interaktif serta melibatkan pelajar dengan segera. Sesi pengajaran bersalinghubungan dan memanfaatkan masa.
Guru menggunakan sesi perumusan untuk tujuan penilaian dan pelanjutan pembelajaran, membincang dan mengenal pasti kesalahfahaman lazim.
C2.3c
Reka bentuk tugasan pembelajaran: Sejauh manakah guru mengatur dan membahagikan pelajar mengikut kumpulan?
Guru kebiasaannya mengajar secara keseluruhan kelas, adakalanya dalam tempoh masa yang panjang. Pelajar menyiapkan tugasan secara individu untuk mengamal dan menggabungkan apa yang dipelajari.Peluang untuk pelajar bekerjasama secara berpasangan atau berkumpulan adalah terhad.
Guru adakalanya mengkehendaki pelajar untuk melaksanakan tugasan secara berpasangan dan berkumpulan, keseluruhan kelas serta secara individu.
Guru memberikan tugasan secara keseluruhan kelas; kumpulan kecil, berpasangan dan individu yang seimbang.
Guru adakalanya mengatur pelajar bagi memberi sokongan sasaran kepada kumpulan khusus pelajar contohnya pelajar berkebolehan rendah.
Guru memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang secara berpasangan atau kumpulan kecil semasa pengajaran keseluruhan kelas. Mereka mengatur dan membahagikan pelajar berdasarkan objektif pembelajaran, tugasan pembelajaran dan keperluan pelajar. Mereka juga adakalanya menggunakan tugasan berkolaboratif.
Guru menggunakan pendekatan yang fleksibel dalam mengatur dan membahagikan pelajar berdasarkan objektif pembelajaran, tugasan dan keperluan mereka. Mereka kerap menggunakan tugasan pembelajaran berkolaboratif dan berpelbagai strategi yang memerlukan penglibatan semua pelajar (contohnya, snowball, jigsaw, envoy, fishbowl).
25
Reka bentuk tugasan pembelajaran yang berkesan: sejauh manakah guru menggunakan buku teks dan sumber lain?
Guru bergantung kepada penggunaan dan tugasan bertulis di dalam buku teks sebagai sumber utama aktiviti pengajaran, contoh mengarahkan pelajar untuk menyalin nota dari buku teks. Penggunaan buku teks semata-mata dan tidak merujuk sumber lain.
Guru adakalanya menggunakan sumber lain sebagai rujukan tambahan kepada buku teks, termasuk bahan praktikal dan ICT;
- Sebagai pelengkap tugasan pembelajaran dalam buku teks,
- Sebagai menyokong pelajar yang berkebolehan rendah.
Guru kerap mengadaptasi tugasan dalam buku teks atau adakalanya mereka bentuk tugasan alternatif untuk memenuhi keperluan pelajar berkebolehan tinggi dan rendah. Mereka menggunakan pelbagai sumber, termasuk bahan praktikal dan ICT sebagai rujukan tambahan kepada buku teks.
Guru teliti memilih sumber termasuk buku teks untuk digunakan berdasarkan:
- Konsep dan kemahiran yang diajar,
- Keperluan pelajar yang berbeza.
Guru mereka bentuk dan menggunakan pelbagai bentuk bahan galakan, tugasan pembelajaran dan sumber termasuk ICT sebagai rujukan tambahan kepada buku teks.
Mereka memilih dan mengadaptasi buku teks dan sumber lain untuk dipadankan dengan objektif pembelajaran serta keperluan individu pelajar yang berbeza.
26
Bidang fokus Soalan-soalan
Reka bentuk tugasan pembelajaran yang efektif / berkesan: Sejauh manakah guru memastikan tugasan- tugasan berkenaan adalah sesuai dan berupaya mencabar semua pelajar?
Guru mempunyai jangkaan / ekspektasi yang rendah terhadap kebanyakan pelajar. Semua pelajar diberikan tugasan pembelajaran yang sama tanpa disesuaikan dengan kebolehan dan keperluan mereka. Cabaran dan sokongan kurang memenuhi keperluan pelajar atau kelompok pelajar seperti mereka yang mencapai markah rendah atau tinggi
Guru mempunyai jangkaan / ekspektasi yang tinggi terhadap majoriti / sebahagian besar pelajar.
Mereka adakalanya menyediakan tugasan alternatif khusus bagi pelajar yang mencapai markah rendah atau mengadaptasi tugasan pembelajaran dengan cara menyediakan sokongan tambahan atau “scaffolding".
Guru mempunyai jangkaan / ekspektasi yang tinggi terhadap kesemua pelajar.
Mereka secara rutin menyediakan tugasan bagi memenuhi keperluan pelajar yang mencapai markah tinggi dan juga rendah.
Mereka menyediakan peluang kepada semua pelajar untuk mengaplikasikan hasil pembelajaran mereka kepada konteks biasa atau sebaliknya.
Guru mempunyai jangkaan / ekspektasi yang tinggi terhadap kesemua pelajar.
Mereka menyediakan tugasan yang mencabar keupayaan biasa pelajar secara mandiri.
Mereka menyediakan tugasan dengan penuh pertimbangan, dan jarang dimulakan dengan tugasan yang agak mudah.
Guru mengongsikan jangkaan / ekspektasi tinggi dengan kesemua pelajar.
Mereka mengadaptasi / menyesuaikan tugasan pembelajaran untuk mencabar semua pelajar, mengubah level / tahap kesukaran teknikal, termasuk level / tahap pemikiran aras tinggi, tahap “scaffolding” dan jumlah kemandirian pelajar.
27
Reka bentuk tugasan pembelajaran yang efektif / berkesan: Sejauh manakah guru menggunakan tugasan untuk melibat dan memperkemba ng-kan kefahaman dan kemahiran pelajar?
Tugasan pembelajaran pelajar yang disediakan oleh guru adalah sedikit. Tugasan berupa latihan dari buku teks yang mengkehendaki pelajar melatih kemahiran rutin dan penghafalan fakta-fakta. Tugasan pembelajaran bersifat berulang, tidak menarik serta kurang memotivasikan pelajar.
Tugasan pembelajaran pelajar yang disediakan oleh guru bersesuaian dengan objektif pembelajaran.
Setiap tugasan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai sesuatu yang baharu dan/atau memperkembangkan pembelajaran mereka. Terdapat variasi dalam tugasan pembelajaran. Ramai pelajar yang terlibat, namun sebahagian mereka tidak melaksanakan tugas dan bersikap pasif.
Guru menyediakan tugasan pembelajaran berbeza (yang bersifat terbuka dan tertutup) yang bukan sahaja memperkembangkan kemahiran dan pengetahuan bahkan kemahiran berfikir aras tinggi dan konsep kefahaman pelajar.
Siri-siri dan variasi tugasan pembelajaran berupaya untuk menarik penglibatan semua pelajar.
Guru menyediakan tugasan pembelajaran berbeza (yang bersifat terbuka dan tertutup) yang seimbang, serta melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Mereka menyediakan tugasan-tugasan yang menfokus kepada kefahaman konsep dan idea yang mendalam.
Mereka memastikan kesemua pelajar menguasai kemahiran asas sebelum beralih ke tajuk seterusnya.
Guru banyak menyediakan tugasan pembelajaran berbeza, yang mendorong memperkembangkan konsep kefahaman, kemahiran dan pengetahuan. Mereka menyediakan tugasan yang menggalakkan pelajar menghubungkaitkan antara konsep- konsep dan idea yang berbeza.
28
Bidang fokus Soalan-soalan
Objektif pembelajaran tidak jelas. Guru adakalanya menerangkan tugasan pembelajaran yang akan dilaksanakan. Mereka tidak menjelaskan jangkaan hasil pembelajaran menggunakan kosa kata yang difahami.
Guru mengongsikan objektif pembelajaran kepada pelajarnya pada permulaan pengajaran supaya mereka sedia maklum tujuan pengajarannya berkenaan. Mereka menggunakan kosa kata / bahasa yang difahami oleh pelajar.
Guru secara rutin membincangkan objektif pembelajaran bersama pelajar pada permulaan pengajarannya. Mereka menggunakan hasil rumusan untuk merujuk semula kepada objektif pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk mereflek perkembangan mereka demi mencapai ke arah objektif berkenaan.
Guru membincangkan objektif pembelajaran bersama pelajar. Mereka juga mula mengongsikan mengenai jangkaan hasil pembelajaran berkenaan.
Mereka menggunakan hasil rumusan sebagai rujukan dan galakan supaya pelajar dapat mereflek perkembangan mereka. Guru menggunakan penilaian kendiri dalam membantu pelajar menilai hasil pencapaian mereka.
Guru secara rutin membincangkan objektif pembelajaran dan jangkaan hasil pembelajaran bersama pelajar, baik semasa sesi permulaan; kemuncak dan perumusan akhir pengajaran.
Mereka menggunakan penilaian rakan sebaya dan kendiri untuk menggalakkan pelajar berfikir dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.
29
Menilai pembelajaran secara berterusan: sejauh manakah guru menyelaraskan pengajaran mereka dengan hasil/info penilaian dan maklum balas pelajar?
Guru kurang memanfaatkan respon pelajar baik berupa lisan atau tugasan bertulis.
Akibatnya, semua pelajar diberikan tugasan yang sama. Perbezaan dilaksanakan pada jangka masa kepantasan perlaksanaan tugasan sahaja.
Guru adakalanya menggunakan penilaian mereka untuk menyediakan tugasan penilaian yang bersifat alternatif. Mereka adakalanya menggunakannya (penilaian mereka) untuk mengadaptasi tugasan pembelajaran dengan cara menyediakan tugasan sokongan atau “scaffolding” (pengukuhan / pengayaan).
Guru secara rutin menggunakan penilaian mereka untuk mengadaptasi tugasan pembelajaran yang sesuai untuk mencabar kebolehan pelajar yang bijak (pencapai markah tinggi). Mereka juga menggunakannya (penilaian mereka) untuk memastikan pelajar yang mengalami kesukaran akan dapat dibantu dengan tugasan sokongan dan “scaffolding” yang lebih jitu.
Guru menggunakan penilaian mereka untuk menyediakan tugasan pembelajaran yang mencabar keupayaan biasa semua pelajar secara mandiri. Mereka memastikan kesemua pelajar menguasai kemahiran asas sebelum beralih ke tajuk seterusnya.
Guru mengadaptasi tugasan pembelajaran berdasarkan penilaian mereka dalam usaha memastikan keupayaan semua pelajar dapat dicabar dengan cara yang bersesuaian. Mereka melaksanakan intervensi segera berupa tutorial bersemuka dan sokongan berkelompok semasa pengajaran khusus bagi pelajar yang berusaha, namun menghadapi kesukaran.
30
Menilai pembelajaran secara berterusan: sejauh manakah guru menilai pembelajaran pelajar dalam pengajaran?
Guru tidak menilai apa yang telah dipelajari oleh individu pelajar. Guru hanya menilai ketepatan jawapan pelajar secara lisan dan bertulis iaitu sama ada betul atau salah.
Mereka tidak menilai adakah pelajar memahami apa yang mereka pelajari.
Guru menggunakan soalan ujian yang bersifat terbuka dan tertutup untuk menilai apa yang telah dipelajari oleh pelajar.
Mereka memberikan soalan terarah untuk menilai pembelajaran individu pelajar.
Ada waktunya, guru memeriksa jawapan pelajar yang salah untuk menilai kefahaman mereka.
Guru menilai pelajar menggunakan ujian dan soalan-soalan inkuiri. Mereka memeriksa jawapan pelajar dengan berhati-hati. Mereka menilai kefahaman pelajar melalui jawapan lisan dan bertulis. Mereka juga menyelidiki sebarang jawapan yang betul atau salah.
Guru menilai pelajar melalui penyoalan yang berkesan / efektif, mendengar dan mengamati pelajar melaksanakan tugasan. Mereka menilai kefahaman pelajar dan mengenal pasti sebarang kemungkinan berlakunya kesilapan. Guru segera mengenal pasti pelajar yang gagal menguasai kemahiran atau prosedur asas.
Guru menilai pelajar menggunakan soalan- soalan terarah yang dipilih rapi selain mendengar dan mengamati mereka. Mereka mendedahkan kesilapan biasa dan silap faham. Mereka segera mengenal pasti pelajar yang gagal memahami sesuatu konsep.
C4.3
Menilai pembelajaran secara berterusan: Sejauh manakah guru memanfaatkan maklum balas untuk menyokong pembelajaran pelajar?
Guru mengambil maklum jawapan lisan dan bertulis pelajar sama ada betul atau salah sahaja. Jawapan yang salah adakalanya dikritik sehingga pelajar terasa kurang berkeyakinan. Guru tidak memberikan maklum balas pembaikan kepada pelajar.
Guru mengambil maklum secara positif apa yang telah dipelajari oleh pelajar serta usaha mereka. Mereka mengambil berat terhadap jawapan yang salah pelajar dengan menyokong dan membimbing mereka ke peringkat seterusnya.
Guru mengenal pasti sebarang kekuatan pada hasil tugasan pelajar. Mereka menjelaskan kekuatan berkenaan dan membincangkan cara pembaikannya. Secara rutin, mereka menggalakkan usaha pembetulan atau pembaikan pada hasil tugasan. Mereka mengelakkan dari membandingkan antara pelajar.
Guru membantu pelajar untuk mengecam tindakan pembelajaran selanjutnya. Mereka sering membantu pelajar untuk memahami apa yang perlu dilaksanakan. Maklum balas mereka membolehkan pelajar berfikir, mereflek, memperbetulkan kesilapan dan membuat pembaikan.
Guru secara rutin memberikan maklum balas yang konstruktif, secara lisan atau bertulis kepada pelajar sama ada dalam kumpulan yang kecil, diri sendiri atau keseluruhan kelas. Mereka mengenal pasti kekuatan pelajar, menfokuskan yang mereka perlu pelajari dan bagaimana untuk mereka maju seterusnya.
31
Bidang fokus Soalan-soalan
Guru tidak melaksanakan refleksi kendiri bagi amalan profesional. Mereka membuat Inisiatif yang minimum bagi mengemas kini pengetahuan sedia ada melalui pembangunan profesional serta memberi sumbangan yang sedikit dalam pembangunan kurikulum.
Guru melaksanakan refleksi kendiri secara berkala terhadap amalan profesional dan membuat inisiatif yang minimum bagi mengemas kini pengetahuan sedia ada melalui pembangunan profesional. Guru menyediakan aktiviti pembelajaran untuk kegunaan mereka.
Guru sering melaksanakan refleksi kendiri terhadap amalan profesional, mengemas kini dan memperolehi pengetahuan baru melalui pembangunan profesional. Guru mengongsi amalan terbaik ke arah pembangunan profesional dan perkembangan kurikulum untuk menyokong inisiatif pendidikan.
Guru melaksanakan refleksi kendiri secara konsisten terhadap amalan profesional, mengemas kini dan memperolehi pengetahuan baru melalui pembangunan profesional. Guru berinisiatif dan bekolaborasi ke arah pembangunan profesional dan perkembangan kurikulum untuk menyokong inisiatif pendidikan yang baru.
Guru membudayakan refleksi kendiri sebagai amalan profesional, menjadi pemimpin dalam mereka bentuk dan mempromosikan amalan pengongsian profesional dengan guru lain di dalam dan di luar sekolah.
C5.2
Mengamalkan amalan profesional: Sejauh manakah guru menyumbang ke arah matlamat dan etos sekolah, mempertahankan profesionalisme yang tinggi, menghargai pandangan yang berbeza, sentiasa peka dalam menjaga kesejahteraan pelajar?
Guru berusaha secara minimum untuk menyokong visi dan misi sekolah dalam tugasan harian.
Guru kurang berinisiatif untuk mewujudkan hubungan dengan pelajar, menerapkan nilai MIB dan peka dalam menjaga kesejahteraan pelajar
Guru berusaha untuk menyokong visi dan misi sekolah dalam tugasan harian.
Guru mempunyai beberapa inisiatif untuk mewujudkan hubungan dan saling menghormati dengan pelajar, menerapkan nilai MIB dan peka dalam menjaga kesejahteraan pelajar.
Guru jelas menyokong visi dan misi sekolah dalam tugasan harian.
Guru mempunyai hubungan baik dan saling menghormati dengan pelajar, menerapkan nilai MIB dan peka dalam menjaga kesejahteraan pelajar.
Guru mengutamakan matlamat dan menunjukkan akauntabiliti untuk mencapai visi dan misi sekolah dalam tugasan harian.
Guru memupuk hubungan baik dan saling menghormati dengan pelajar, menanamkan nilai MIB dan berhati-hati dalam menjaga kesejahteraan pelajar.
Guru mengambil peranan kepimpinan dan memberi pengaruh positif dalam merealisasikan visi dan misi sekolah.
Guru mengukuhkan persekitaran saling mempercayai dan menghormati. Nilai MIB diterapkan sebagai budaya dalam pelajar.
32
Standard 6: Menunjukkan Standard Tatalaku Peribadi dan Profesional Yang Tinggi
Bidang fokus Soalan-soalan
Tinggi
Sejauh manakah guru menunjukkan etika, moral dan sensitiviti yang tinggi (contoh, latar belakang sosial, etnik, budaya dan perbezaan lain) dalam profesion pengajaran mereka untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif?
Guru menunjukkan kefahaman dan amalan yang terhad dalam kod etika, dasar dan peraturan (MIB) yang bersesuaian dengan hubungan profesional bersama rakan sekerja, keluarga pelajar atau komuniti luar. Guru kurang peka mengenai latar belakang pelajar
Guru memahami dan mengamalkan beberapa kod etika, dasar dan peraturan (MIB) yang bersesuaian dengan hubungan profesional bersama rakan sekerja, keluarga pelajar atau komuniti luar. Guru menunjukkan kepekaan mengenai latar belakang pelajar
Guru mengamalkan kod etika, dasar dan peraturan (MIB) yang bersesuaian dengan hubungan profesional bersama rakan sekerja, keluarga pelajar atau komuniti luar. Guru mengambil berat dan menunjukkan keprihatinan mengenai latar belakang pelajar.
Guru mengekalkan kod etika, dasar dan peraturan (MIB) yang tinggi serta bersesuaian dengan hubungan profesional bersama rakan sekerja, keluarga pelajar atau komuniti luar. Guru menunjukkan rasa hormat kepada pelajar dan menerima perbezaan pelbagai latar belakang mereka.
Guru menjadi teladan dalam pematuhan kod etika, dasar dan peraturan (MIB) yang tinggi serta bersesuaian dengan hubungan profesional bersama rakan sekerja, keluarga pelajar atau komuniti luar. Guru berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif.
C6.2
Sejauh manakah guru menunjukkan kehadiran dan ketepatan masa dalam komitmen yang berkaitan dengan sekolah seperti waktu kurikulum, perkumpulan sekolah, pendaftaran kelas, mesyuarat dll)?
Guru mematuhi secara minimum sahaja dasar sekolah mengenai kehadiran dan ketepatan masa dalam komitmen yang berkaitan dengan sekolah.
Guru sentiasa mematuhi dasar sekolah mengenai kehadiran dan ketepatan masa dalam beberapa komitmen yang berkaitan dengan sekolah.
Guru sentiasa mematuhi dasar sekolah mengenai kehadiran dan ketepatan masa dalam kebanyakan komitmen yang berkaitan dengan sekolah.
Guru mengekalkan rekod cemerlang dalam kehadiran dan ketepatan masa bagi mematuhi dasar sekolah. Guru mengutamakan pengurusan masa yang sangat baik dalam melaksanakan hampir semua komitmen yang berkaitan dengan sekolah.
Guru mengekalkan rekod cemerlang dalam kehadiran dan ketepatan masa dalam mematuhi dasar sekolah. Guru menunjukkan standard teladan dalam profesionalisme dan pengurusan masa dalam melaksanakan hampir semua komitmen yang berkaitan dengan sekolah.
33
Guru memahami dan mengamalkan beberapa dasar pendidikan semasa, peraturan dan keperluan lain.
Guru mematuhi dan mengamalkan dasar pendidikan semasa, peraturan dan keperluan lain.
Guru mematuhi dan mengamalkan dasar pendidikan semasa, peraturan dan keperluan lain. Guru berperanan sebagai pakar rujuk kepada guru lain.
Guru mematuhi dan sentiasa mengemas kini pengetahuan dasar pendidikan semasa, peraturan dan keperluan lain.
Guru sentiasa berperanan sebagai contoh kepada guru lain.
34
4 PROSEDUR STANDARD GURU BRUNEI-PENILAIAN PRESTASI GURU 2.0 (BTS-TPA 2.0)
Penilaian BTS-TPA 2.0 dibuat dengan melaksanakan pencerapan menggunakan borang dan huraian rubrik BTS-TPA 2.0. Satu set soalan panduan berkaitan komponen-komponen utama bagi setiap bidang fokus disediakan untuk memudahkan penilai membuat penilaian terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran guru. Penilaian dibuat berdasarkan kriteria best fit. Pencerapan pembelajaran dan pengajaran melalui proses tiga fasa (rujuk Rajah 4), iaitu (1) Prapencerapan, (2) Semasa Pencerapan dan (3) Pasca Pencerapan. Sepanjang proses ini, perbincangan komponen-komponen yang penting dalam pencerapan, sesi dialog profesional dijalankan antara penilai dan guru sebermula fasa prapencerapan sehingga pasca pencerapan. Selain itu, penilai perlu membuat penelitian dokumen terhadap fail persediaan mengajar guru (TRF), tugasan bertulis pelajar (work scrutiny) dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tujuan triangulasi.
Rajah 4: Carta Proses Tiga Fasa Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran
Dialog
Profesional
Prapencerapan
Penelitian
dokumen
Dialog
Profesional
Pasca
Pencerapan
Pencerapan
Pembelajaran
Fasa 3
35
Pencerapan pembelajaran dan pengajaran adalah mandatori dilaksanakan kepada semua guru bagi setiap sesi tahun akademik. Tujuan utama pencerapan dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru serta memastikan pembelajaran dan pencapaian pelajar berada pada tahap yang optimum. Tempoh dan kekerapan aktiviti pencerapan pembelajaran dan pengajaran adalah berikut:
• satu waktu masa kurikulum, sebaik-baiknya dua waktu kurikulum secara berurutan,
• minimum sebanyak dua kali oleh SMT; tempoh prapencerapan (pada awal tahun akademik) dan pasca pencerapan (selepas pertengahan tahun akademik), dan
• tambahan pencerapan pembelajaran dan pengajaran jika perlu.
Pencerapan pembelajaran dan pengajaran melalui tiga fasa proses.
A. Fasa 1: Prapencerapan Pembelajaran dan Pengajaran
a) Maklum dan faham penggunaan borang penilaian BTS-TPA 2.0 b) Tahu tujuan pencerapan untuk:
• Perkembangan profesional;
• Pembaharuan kontrak. c) Laksanakan dialog profesional prapencerapan.
Nota: Pencerapan bagi semua guru kontrak Centre for British Teachers (CfBT) hendaklah dilaksanakan secara bersama-sama oleh pihak SMT dan
seorang pegawai Education Project Manager (EPM) dari CfBT.
36
a) Memberikan tumpuan terhadap aktiviti pengajaran dan kesannya kepada pembelajaran pelajar. b) Mendapatkan gambaran keseluruhan tentang aktiviti pembelajaran dan kualiti tugasan pelajar. c) Berinteraksi dengan pelajar dalam sesi soal jawab tanpa mengganggu proses pembelajaran. d) Membuat catatan penilaian. e) Melaksanakan penelitian dokumen-dokumen untuk tujuan triangulasi.
• Fail persediaan mengajar guru (TRF) Guru hendaklah menyediakan TRF yang lengkap. TRF guru hendaklah mengandungi rancangan mengajar, nota-nota pelajaran dan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti penilaian kendiri guru, tugasan pelajar, catatan markah pelajar dan sebagainya.
• Penelitian tugasan bertulis pelajar (written work scrutiny) Penelitian terhadap tugasan bertulis pelajar hendaklah dilaksanakan selepas selesai sesi pencerapan. Tugasan tersebut merangkumi nota, buku tulis, buku kerja, jurnal individu pelajar, dokumentasi kertas penilaian atau kerja projek. Penelitian ini menyokong proses penilaian pencerapan pembelajaran dan pengajaran. Penilaian terhadap tugasan bertulis pelajar merangkumi kesesuaian kerja yang diberikan kepada kumpulan pelajar dengan mengambil kira peringkat umur dan kebolehan individu, kandungan tugasan termasuk kuantiti, kualiti (mendalam) dan kepelbagaian sejajar dengan sukatan pelajaran dan skim kerja yang telah ditetapkan. Prosedur melaksanakan penelitian tugasan bertulis pelajar (written work scrutiny): Kumpulkan tugasan pelajar (kerja rumah, kerja kelas, buku kerja, fail dan sebagainya). Kuantiti tugasan pelajar yang dikumpul dan dihantar adalah berikut:
20 orang pelajar dan ke bawah - SEMUA buku. 21 orang pelajar ke atas - minimum 50% daripada jumlah keseluruhan buku.
Silang semak semua tugasan pelajar dengan rancangan pengajaran, skim kerja, sukatan pelajaran, kurikulum dan catatan markah pelajar dalam TRF.
• Dokumentasi tambahan Beberapa dokumen relevan diperlukan untuk menyokong penilaian kompetensi dalam penglibatan profesional guru bagi Standard 5 dan 6. Dokumen-dokumen berikut adalah seperti tugas dan tanggungjawab guru, rekod perkembangan profesional, rekod kehadiran harian, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, catatan penyerahan TRF dan sebagainya.
C. Fasa 3: Pasca Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran
a) Melengkapkan borang BTS-TPA 2.0 menggunakan templat yang disediakan. b) Melaksanakan sesi dialog profesional untuk membincangkan hasil pencerapan. c) Merangka pelan perkembangan profesional guru.
37
Dialog profesional ialah aktiviti perbincangan formal dan tidak formal dalam kalangan warga pendidik profesional seperti guru, mentor, SMT, pegawai- pegawai Kementerian Pendidikan berkenaan, CfBT EPM dan sebagainya. Sesi dialog ini menggalakkan dan menyokong para guru membuat penilaian kendiri terhadap amalan profesional mereka serta memperolehi pelbagai ilmu dan kemahiran baharu. Bagi prosedur penilaian BTS-TPA 2.0, dialog profesional dilaksanakan sebelum pencerapan pembelajaran dan pengajaran (dialog profesional prapencerapan) dan selepas pencerapan pengajaran (dialog profesional pasca pencerapan).
A. Dialog Profesional Prapencerapan
Sesi dialog profesional prapencerapan dilaksanakan antara penilai dan guru yang dinilai sebelum pencerapan pembelajaran dan pengajaran. Prosedur ini relevan untuk dilaksanakan oleh SMT. Sesi dialog ini dirancang untuk membincangkan jangkaan-jangkaan terhadap pencerapan seperti topik diajar sejajar dengan sukatan pelajaran dan skim kerja, tahap kebolehan pelajar, strategi penilaian dan hasil pembelajaran merangkumi sebahagian atau keenam-enam aras kemahiran kognitif pelajar berdasarkan Taksonomi Bloom.
Berikut ialah garis panduan pelaksanaan dialog profesional prapencerapan:
• Tetapkan tempoh masa untuk pencerapan pembelajaran dan pengajaran.
• Tentukan kaedah penyampaian pengajaran yang sesuai, sama ada kaedah belajar di sekolah, belajar di sekolah dengan jarak sosial, pembelajaran secara dalam talian ataupun pembelajaran di rumah menggunakan Home-Based Learning (HBL). Panduan menggunakan HBL boleh dimuat turun melalui https://tinyurl.com/BTS-TPA-V-TWO.
• Tetapkan jangkaan hasil pembelajaran pelajar. • Bincangkan gambaran menyeluruh tentang pembelajaran dan pengajaran yang akan dicerap.
• Kumpulkan maklumat tentang latar belakang kelas yang akan dicerap.
Nota: Bagi guru kontrak CfBT, EPM digalakkan untuk hadir sama dalam sesi ini.
Dialog profesional pasca pencerapan dikendalikan oleh SMT, Nazir Sekolah dan pegawai-pegawai berkenaan dari Kementerian Pendidikan yang telah melaksanakan pencerapan pembelajaran dan pengajaran untuk tujuan tertentu. Penilai luar boleh melaksanakan dialog profesional jika perlu.
Bagi guru-guru kontrak CfBT, EPM dikehendaki untuk hadir sama semasa sesi dialog profesional pasca pencerapan bersama SMT . Melalui usaha ini pihak agensi luar akan dapat memberikan sokongan tambahan kepada sekolah-sekolah, khususnya dalam meningkatkan kefahaman tentang kualiti pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
Dalam pelaksanaan sesi dialog profesional pasca pencerapan, prosedur berikut hendaklah dipatuhi:
• Tetapkan tarikh dan masa selepas melaksanakan pencerapan, iaitu tidak lewat daripada lima hari persekolahan.
• Galakkan guru untuk membuat penilaian kendiri terhadap pengajaran yang sudah dilaksanakan (aspek-aspek kekuatan dan bidang fokus yang memerlukan pembaikan).
• Terangkan secara ringkas, jelas dan tepat (perkara-perkara utama) semasa dialog profesional pasca pencerapan.
• Bincangkan aspek-aspek yang memerlukan pembaikan secara bijaksana.
• Tekankan pada pengajaran dan bukan kepada guru.
• Kaitkan komen kepada impak pembelajaran (pencapaian pelajar) termasuk penelitian tugasan bertulis (written work scrutiny).
• Rangka pelan perkembangan profesional guru.
4.3 Prosedur Membuat Keputusan Gred Keseluruhan Prestasi Guru
Gred keseluruhan prestasi guru bagi setiap pencerapan pembelajaran dan pengajaran tertakluk pada hasil penilaian dalam setiap Bahagian A, B dan C. Gred keseluruhan dikira secara automatik dalam softcopy borang penilaian. Berikut adalah peratus terma kuantiti bagi Gred 1-5 (Jadual 5):
Gred Peratus (%)
3 (Baik) 51 - 70
2 (Memuaskan) 40 - 50
Jadual 5: Gred Penilaian dan Pecahan Peratus
39
Sistem moderasi sekolah ialah satu mekanisme penyelarasan yang melibatkan pihak SMT dan moderator sekolah melalui beberapa siri prosedur yang standard untuk menyelaras penilaian pembelajaran dan pengajaran. Sistem ini sangat penting untuk mengekalkan kualiti, ketepatan dan kebolehpercayaan penilaian guru yang tinggi di sekolah-sekolah seluruh negara.
5.1 Tujuan Sistem Moderasi Sekolah
• Memastikan penilaian yang dilaksanakan tepat, konsisten dan adil terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran.
• Menggalakkan pembangunan kapasiti dan perkembangan profesional dalam penilaian serta mengukuhkan prosedur standard penilaian bagi menjamin kualiti.
• Mendorong penglibatan SMT dalam merebiu proses penilaian BTS-TPA 2.0 melalui perbincangan.
• Mewujudkan rasa saling percaya, memperakui pandangan, memantapkan kemahiran dan pengalaman serta pemahaman dalam melaksanakan penilaian.
• Mengesahkan kesahihan data sebelum menghadapkan kepada pihak yang berkepentingan.
5.2 Pelaksanaan Sistem Moderasi Sekolah Proses penyelarasan akan dilaksanakan oleh moderator sekolah yang telah dilantik bersama dengan dua orang SMT yang telah dikenal pasti pada setiap tahun akademik. Setiap SMT hendaklah melaksanakan minimum dua penilaian pembelajaran dan pengajaran terhadap dua orang guru. Jika SMT tidak menunjukkan kemahiran penilaian yang tinggi selepas melaksanakan beberapa sesi pencerapan pembelajaran dan pengajaran, sesi pencerapan hendaklah ditambah dengan melibatkan guru-guru yang lain. Setiap hasil penilaian pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan oleh SMT bersama moderator sekolah hendaklah diselaraskan setelah mengadakan perbincangan bersama. Matrix pelaksanaan sistem moderasi sekolah bagi setiap tahun akademik diperlihatkan dalam Rajah 5.
40
A k a d e m
ik
Minimum dua hasil penilaian yang diselaraskan
bagi setiap guru
pengajaran bagi setiap SMT
A. Prosedur
a) Moderator sekolah dan SMT mengadakan dialog profesional prapencerapan bersama dengan guru yang akan dinilai. b) Moderator sekolah dan SMT mencerap guru yang dinilai secara bersama (co-observed) pada tarikh yang dipersetujui. c) Moderator sekolah dan SMT melaksanakan penelitian dokumen seperti TRF dan tugasan pelajar daripada guru yang dicerap bagi tujuan
triangulasi. d) Moderator sekolah dan SMT melengkapkan borang BTS-TPA 2.0 secara berasingan setelah melaksanakan pencerapan bersama. e) SMT mengemelkan borang BTS-TPA 2.0 yang telah lengkap kepada moderator sekolah dalam tempoh dua hari selepas pencerapan. f) Moderator sekolah dan SMT akan mengadakan sesi perbincangan moderasi (rujuk 5.3 B) untuk menyelaras hasil penilaian setelah borang yang
lengkap diterima. Moderator sekolah hendaklah memastikan ruang penyelarasan di dalam borang BTS-TPA 2.0 diisi dengan lengkap. g) SMT hendaklah mengadakan sesi maklum balas kepada guru yang dinilai dalam tempoh tiga ke lima hari selepas pencerapan. Moderator
sekolah perlu hadir pada sesi ini untuk menilai kemahiran SMT melaksanakan dialog profesional pasca pencerapan. h) Moderator sekolah menemu bual guru yang dicerap untuk menilai kemahiran SMT dalam melaksanakan prosedur penilaian BTS-TPA 2.0
selepas sesi dialog profesional pasca pencerapan (rujuk 5.4 dalam Jadual 6). i) SMT diberikan peluang untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam melaksanakan penilaian prestasi guru melalui sesi dialog profesional
susulan. Pastikan prosedur BTS-TPA 2.0 dipatuhi, tahap kemahiran penilaian dan kualiti maklum balas diwujudkan untuk penambahbaikan dan tindakan lanjut.
B. Perbincangan Moderasi
a) Perbincangan moderasi bertujuan untuk memastikan SMT menggunakan standard penilaian yang sama berdasarkan rubrik deskriptor BTS-TPA 2.0. Perbincangan ini adalah untuk mengatasi sebarang kekeliruan dalam kalangan SMT dan membantu SMT mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu meningkatkan kemahiran SMT dalam memberikan gred penilaian prestasi dengan tepat dan adil. Perbincangan ini diadakan sebelum SMT memberikan dialog profesional pasca pencerapan kepada guru yang dicerap.
b) Perbincangan sebelum mengadakan perbincangan moderasi:
• SMT melengkapkan borang BTS-TPA 2.0 secara terperinci dan bersedia untuk membincangkan pembuktian yang telah dikumpul dan diperolehi.
• Moderator sekolah mengaturkan satu perjumpaan dengan SMT bagi menetapkan tarikh prosedur perbincangan moderasi (rujuk Rajah 6: Carta Aliran Prosedur Sistem Moderasi).
c) Antara kandungan perbincangan moderasi:
• Pembuktian untuk menyokong penilaian bagi setiap gred yang diberikan berdasarkan rubrik deskriptor.
• Perbincangan untuk mencapai kesepakatan dalam pemberian gred di kesemua bidang fokus.
42
(a) Moderator
sekolah & SMT
mengadakan dialog
sekolah
tugasan pelajar
(b) Moderator
sekolah & SMT
yang diemel
moderasi untuk menyelaras hasil
pelajaran
pencerapan kepada guru yang dinilai
dengan kehadiran moderator sekolah
(h) Moderator sekolah menemu bual guru yang
dinilai
dialog profesional untuk
KEMAHIRAN CIRI-CIRI
1. Komunikasi Menjadi pendengar yang baik dan responsif dan membuatkan penutur berasa didengari.
Merespons dengan yakin semasa sesi perbincangan.
Menzahirkan bahasa tubuh (misalnya menganggukkan kepala dan mengekalkan kontak mata) yang sesuai untuk mewujudkan kepercayaan.
Menghormati pendapat dan berupaya mewujudkan komunikasi dua hala.
2. Kepimpinan Berupaya memberikan motivasi, galakan dan / atau inspirasi untuk mencapai kecemerlangan.
Berupaya menyuarakan atau mempertahankan pandangan orang lain secara profesional dan bijaksana.
Berupaya mengawal konflik dengan adanya peneguhan positif, diplomasi, bermuzakarah, tegas dan bertolak ansur.
3. Melaksanakan Prosedur BTS-TPA 2.0 Mematuhi prosedur BTS-TPA 2.0 seperti yang terkandung dalam Unit 4 dalam buku panduan ini.
4. Melaksanakan Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran
Mencerap dengan fikiran terbuka.
Memantau penglibatan pelajar dalam pembelajaran.
Mengenal pasti sama ada strategi pengajaran guru dapat mewujudkan impak positif dalam pembelajaran.
5. Meneliti Dokumen Berupaya menilai kualiti objektif pembelajaran, struktur pembelajaran dan pengajaran, pendekatan sokongan dan pengukuhan, penggunaan pelbagai strategi dengan mengambil kira peringkat dan kebolehan pelajar, rancangan penilaian serta penilaian pembelajaran dan pengajaran guru.
Berupaya menilai kualiti tugasan bertulis pelajar; pencapaian pelajar; dan strategi maklum balas kepada pelajar serta perancangan pembelajaran dan pengajaran seterusnya, sejajar dengan keperluan dan kebolehan pelajar.
6. Memberikan Maklum Balas Berupaya memberikan maklum balas secara lisan dan bertulis dengan segera, peka, jujur dan telus.
Maklum balas yang diberikan adalah berdasarkan pembuktian, bersifat membina dan berfokus pada tindakan selanjutnya.
7. Memberikan Khidmat Sokongan Berupaya mewujudkan aktiviti perbincangan dengan guru dan berupaya mengemukakan idea untuk penambahbaikan pengajaran guru, berdasarkan amalan terbaik dan hasil analisis keperluan guru
Jadual 6: Kemahiran dan Ciri-Ciri Moderator Sekolah
44
5.5 Terma Rujukan Moderator Sekolah
a) Memiliki pengetahuan tinggi tentang rangka kerja BTS-TPA 2.0, kompetensi teras guru dan prosedur BTS-TPA 2.0. b) Memiliki kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagai moderator sekolah. c) Melaksanakan sistem moderasi dengan cekap dan dedikasi. d) Mengenal pasti SMT yang berpotensi untuk dilatih dan dilantik sebagai moderator sekolah. e) Menyelaras kualiti penilaian prestasi guru yang dilaksanakan oleh SMT yang dilatih. f) Mengongsikan perkembangan terkini mengenai sistem penilaian guru. g) Menghadapkan laporan sokongan SMT yang dilatih sebagai moderator sekolah bersama semua borang BTS-TPA 2.0 yang lengkap dan dokumen
yang berkenaan kepada Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah.
45
6 GARIS PANDUAN DALAM PENGGUNAAN SISTEM BTS-TPA 2.0
Terma rujukan tugas khusus penilai tertakluk kepada keperluan dan fungsi utama setiap jabatan. Unit ini menerangkan peranan dan tanggungjawab SMT, Nazir Sekolah dan pegawai-pegawai lain dalam Kementerian Pendidikan.
6.1 Pasukan Kepimpinan Sekolah (SMT)
• Bertanggungjawab dalam melaksanakan penilaian prestasi semua guru di sekolah.
• Bertanggungjawab dalam memberigakan instrumen BTS-TPA 2.0 dengan jelas supaya guru peka terhadap jangkaan-jangkaan dalam penilaian prestasi guru.
• Sediakan jadual pencerapan untuk setiap guru.
• Mengadakan sesi dialog profesional prapencerapan dengan guru secara individu bagi membincangkan jangka masa pencerapan, dokumen- dokumen yang diperlukan seperti TRF, tugasan bertulis pelajar dan / atau portfolio.
• Melaksanakan pencerapan pembelajaran dan pengajaran menggunakan borang BTS-TPA 2.0 berpandukan rubrik deskriptor BTS-TPA 2.0.
• Melaksanakan pencerapan pembelajaran dan pengajaran minimum dua kali untuk setiap guru; tempoh prapencerapan (Januari-Mac) dan pasca pencerapan (Julai-September) bagi setiap tahun akademik.
• Melaksanakan sesi dialog profesional pasca pencerapan tidak lebih dari lima hari selepas pencerapan. Sesi dialog ini dilaksanakan untuk membincangkan kekuatan pengajaran guru dan perkara yang memerlukan pembaikan dengan merujuk kepada rubrik deskriptor BTS-TPA 2.0.
• Simpan borang penilaian BTS-TPA 2.0 yang lengkap ke dalam portfolio guru yang dicerap.
• Failkan semua borang penilaian BTS-TPA 2.0 yang lengkap menggunakan sistem pengurusan data yang berkesan. Pastikan semua maklumat adalah sulit dan akses hanya terhad kepada SMT berkenaan.
• Serahkan semua salinan borang BTS-TPA 2.0 yang lengkap kepada Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dalam masa yang ditetapkan.
• Merangka pelan perkembangan profesional guru bagi semua guru berpandukan penilaian BTS-TPA 2.0.
46
• Bertanggungjawab melaksanakan penilaian guru seperti yang diarahkan dan termaktub dalam Perintah Pendidikan 2003 Bahagian X. Misalnya, bagi tujuan penilaian sekolah, lawatan pencerapan tanpa makluman, pencalonan hari guru dan kes-kes tertentu.
• Perkenalkan diri dan jawatan masing-masing kepada pemimpin sekolah dan guru yang akan dicerap sebelum pencerapan dilaksanakan.
• Adakan sesi dialog profesional pasca pencerapan tertakluk kepada tujuan penilaian. Walau bagaimanapun, sesi dialog profesional pasca pencerapan amatlah digalakkan untuk peningkatan pembelajaran dan pengajaran.
• Berikan peluang untuk guru membuat refleksi pengajaran mereka semasa sesi dialog profesional pasca pencerapan.
• Meneliti borang BTS-TPA 2.0 dan pelan perkembangan profesional guru yang dicerap.
• Kembalikan semula TRF, tugasan bertulis pelajar dan dokumen-dokumen relevn dalam keadaan asal selepas penelitian.
• Laporkan kepada pihak atasan yang berkenaan jika berlaku kejadian kurang menyenangkan dan memerlukan perhatian segera semasa lawatan ke sekolah.
• Failkan semua borang penilaian BTS-TPA 2.0 yang lengkap menggunakan sistem pengurusan data yang berkesan. Pastikan semua maklumat adalah sulit dan akses hanya terhad kepada pihak yang berkenaan.
6.3 Pegawai-Pegawai Lain Dalam Kementerian Pendidikan
• Bertanggungjawab melaksanakan BTS-TPA 2.0 atas arahan Kementerian Pendidikan atau apabila dikehendaki menjalankan tugasan tertentu seperti yang diarahkan oleh pengarah setiap jabatan masing-masing.
• Setiap pegawai yang ditugaskan dikehendaki untuk mematuhi etika kerja yang digariskan oleh jabatan masing-masing pada setiap masa, tetapi secara umumnya hendaklah mengikuti etika kerja Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah.
• Pegawai hendaklah memperkenalkan diri dan jawatan masing-masing kepada pemimpin sekolah dan guru yang akan dicerap sebelum pencerapan dilaksanakan.
• Tertakluk kepada tujuan dan konteks pencerapan pembelajaran dan pengajaran, sesi maklum balas untuk membincangkan kualiti pembelajaran dan pengajaran boleh dilaksanakan atau tidak. Nota: EPMs bagi guru kontrak CfBT dikehendaki untuk melaksanakan pencerapan bersama dan dialog profesional pasca pencerapan bersama SMT.
• Berikan peluang untuk guru membuat refleksi pengajaran mereka semasa sesi dialog profesional pasca pencerapan.
• Pegawai penilai hendaklah meneliti borang BTS-TPA 2.0 dan merangka pelan perkembangan profesional guru yang dicerap. Nota: Sebagai bahan rujukan, EPM hendaklah diberikan salinan dokumen bagi guru-guru kontrak CfBT berkenaan yang lengkap dan terkini.
• Kembalikan semula TRF, tugasan bertulis pelajar dan dokumen-dokumen relevan dalam keadaan asal selepas penelitian.
• Laporkan kepada pihak atasan yang berkenaan jika berlaku kejadian kurang menyenangkan dan memerlukan perhatian segera semasa lawatan ke sekolah.
• Failkan semua borang penilaian BTS-TPA 2.0 yang lengkap menggunakan sistem pengurusan data yang berkesan. Pastikan semua maklumat adalah sulit dan akses hanya terhad kepada pihak yang berkenaan.
47
0
0
Kluster
Cluster :
Sekolah
School :
Hari
Day
Tahun
Year
1
2
A1
A2
A3
A4
A5
Peratus
Percentage
Gred
Grades
Bulan
Month
Penilai
Evaluator
Teacher's IC No.
LC, LP, LCT, CfBT or JPI
Please indicate if the teacher is an
LC, LP, LCT, CfBT or JPI
Grade Percentage (%)
40-50
PENILAIAN PRESTASI GURU 4 (Sangat Baik) 71-90
TEACHER PERFORMANCE APPRAISAL 5 (Cemerlang) 91 and Above
KEMENTERIAN PENDIDIKAN 2 (Memuaskan)
Responses to students' answers
Menstruktur dan memanfaatkan masa dalam pengajaran
Structure and use of time in lessons
Mereka bentuk tugasan pembelajaran dan mengatur /
membahagikan pelajar mengikut kumpulan
of Students
49
3.1
3.2
High Standard of Attendance and Punctuality
Sentiasa Maklum tentang Polisi, Peraturan dan Lain-Lain Keperluan Rasmi
Well informed regarding official policies, regulations and other requirements
Mengembangkan Amalan Profesional
Develop Professional Practice
Mengamalkan Amalan Profesional
Adopt Professional Practice
High Ethical and Moral Standards
Markah Diperolehi
Marks Obtained
Penglibatan Profesional /
Professional Engagement
needs
dengan keperluan individu
Individual Needs
Ensure clear learning objectives
dan maklum balas pelajar
feedback from student s
Challenge Students in Accordance to Individual Needs
50
Section C (1-4) 40%
Section C (5-6) 10%
Section C (1-4) 40%
Section C (5-6) 10%
To be filled by Moderators if the Data is Moderated
OBSERVATION 2
Nama Penilai :
Moderator's Name :
Jawatan :
Designation :
Tandatangan :
Signature :
Nama Guru :
Teacher's Name :
Observation 1
Nama Guru :
Teacher's Name :
52
PREFACE
Alhamdulillah, with the abundant blessings from Allah Subhanahu Wa Ta’ala, we have been able to publish this 2.0 edition of the Brunei Teachers’ Standards-
Teacher Performance Appraisal (BTS-TPA) handbook containing detailed and concise explanations about the Teacher Performance Appraisal (TPA).
To support the policy directions in the Education Strategy, Brunei Vision 2035, the Ministry of Education (MoE) has moved a step further by introducing the
Brunei Teachers’ Standards (BTS) which was officially launched in August 2014. The aim of the teaching standards is to improve teacher’s professional growth
which simultaneously ensure better learning outcomes for students and benefit Negara Brunei Darussalam in terms of its economic, scientific and technological
development and advancement.
The former BTS-TPA system has been largely developed from the original BTS framework and research on other international teacher performance appraisal
documents. In 2019, the Department of Schools Inspectorate has reviewed the system for improvement in terms of the instruments as well as the processes
and procedures. This BTS-TPA 2.0 system is the basis of quality learning and teaching, referring to the teaching standards and teachers’ core competencies
that are described in the BTS-TPA 2.0 framework.
The main purpose of this system is to assist School Management Teams (SMT), School Inspectors and other MoE officials to evaluate teachers’ performance
systematically by using the BTS-TPA 2.0 form supported with other relevant documentations, e.g. Teacher Record File (TRF) and students’ written work. There
are performance statements (rubric descriptors) for each of the focus areas and clear procedures to determine the overall teacher ’s performance grade.
The BTS-TPA 2.0 system, not only aims to measure and manage teaching performance, it is also a fair approach in reforming the current system of professional
development and career progression. Subsequently, this will have a further, direct influence on achieving better outcomes for students. Moreover, it inculcates
the employment of different lesson delivery methods and strategies which adapts to varying needs and circumstances.
Department of Schools Inspectorate
COPYRIGHT OF DEPARTMENT OF SCHOOLS INSPECTORATE, MINISTRY OF EDUCATION, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2020
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system or transmitted or copied in any form or by any means, such as electronics, mechanical, photocopying,
recording or otherwise without prior permission of the publisher. First Print (Revised 2.0 Edition) October 2020.
53
ACKNOWLEDGEMENT
A sincere appreciation to all inspectors and colleagues for their total commitment and enduring efforts in the revision of this comprehensive the Brunei Teachers’
Standards-Teacher Performance Appraisal 2.0 (BTS-TPA 2.0) handbook.
Director Department of Schools Inspectorate
The following are the names of the inspectors and contributors to the BTS-TPA 2.0 handbook redevelopment.
1. Dayang Hajah Rosney binti Haji Zainal
2. Awang Mohamad Riaz bin Haji Mohd Amin
3. Awang Abdul Azim bin Hamdani
4. Awang Ahmad Fadzillah bin Haji Hanafiah
5. Awang Chin Shao Meng
6. Awang Harrisman Ashady bin Haji Ali
7. Awang Hazarry bin Haji Ali Ahmad
8. Awang Haji Mohamad Rasidi bin Haji Sulaiman
9. Awang Haji Mohammad Hamdillah bin Haji Metali
10. Awang Khairol-Azri bin Haji Muhammad Kassim
11. Awang Khairul Ikhwan bin Mohd Salleh
12. Dr. Awang Mohammad Sofian bin Haji Radzuan
13. Awang Muhammad Husaini bin Haji Mat Yassin 14. Awang Soffian bin Haji Sharbini
15. Awang See Sin Tiong
16. Awang Zulhezan bin Haji Abdullah
17. Dayang Aidah binti Haji Jalin
18. Dayang Hajah Hana Salwa binti Haji Awang Taha 19. Dayang Hajah Saimon binti Haji Lahid 20. Dayang Hajah Suraini binti Haji Shahir
21. Dayang Hajah Zahrah binti Abdullah
22. Dayang Koh Guat Gee
23. Dayang Noraini binti Haji Emran
24. Dayang Norazlinah binti Haji Hambali
25. Dayang Norbaini binti Haji Abdullah
26. Dayang Norhalizawati binti Haji Awang Matdaud
27. Dayang Norsidah binti Haji Masri 28. Dayang Nur Qistina binti Haji Nasir
29. Dayang Siti Azizah binti Haji Sharbawi
30. Dayang Tan Hui Kwang
31. Dayangku Fa'aezah Nordzaryah binti Pengiran Tajudin
32. Dayangku Hajah Hadijah binti Pengiran Haji Kamaluddin
33. Dayangku Salamah binti Pengiran Haji Ahmad
34. Pengiran Hajah Aminah binti Pengiran Haji Abas
54
1.2 1.1 Introduction 57
1.3 1.2 Rationale 57
58
3.1 Section A : Students’ Achievements 61
3.2 Section B : Students’ Learning 62
3.3 Section C : Teaching 63
3.4 Quantifying Terms for BTS-TPA 2.0 Rubric Descriptors 64
3.5 BTS-TPA 2.0 Rubric Descriptors 65
UNIT 4: BRUNEI TEACHERS’ STANDARDS-TEACHER PERFORMANCE APPRAISAL 2.0 (BTS-TPA 2.0) PROCEDURE
4.1 Lesson Observations
B. Phase 2: During Lesson Observations 86
C. Phase 3: Post-Lesson Observations 86
4.2 Professional Dialogues
4.3 Procedure For Awarding Of Overall Teachers’ Performance Grades 88
55
5.1 Purpose of School Moderation System 89
5.2 Implementation of School Moderation System 89
5.3 Guidelines for Implementation of School Moderation System
A. Procedures 91
5.5 Terms of Reference of A School-Based Moderator 94
UNIT 6: GUIDELINES IN THE APPLICATION OF THE BRUNEI TEACHERS’ STANDARDS-TEACHER PERFORMANCE APPRAISAL 2.0 (BTS-TPA 2.0) SYSTEM
6.1 School Management Teams (SMT) 95
6.2 School Inspectors 96
APPENDICES 48
1.1 Introduction
The BTS-TPA 2.0 system consists of a specific set of guidelines and instruments developed from the BTS-TPA 2.0 framework. The main instrument is
aligned and linked to the two domains, six standards and 17 competencies which are the key components in conducting the teachers’ evaluations. The
instrument has clear performance statements (rubric descriptors) for each of the focus areas to determine the overall teachers’ performance grade. It is
emphasised that evaluators should refer to the rubric descriptors and employ “best fit” in their evaluation.
BTS-TPA 2.0 system consists of the following elements:
1. BTS-TPA 2.0 Framework and Core Teacher Competencies. 2. BTS-TPA 2.0 evaluation instruments and procedures 3. Teacher professional development plan 4. School Moderation System.
1.2 Rationale
The main objective of the BTS-TPA 2.0 system is to improve the quality of teaching and learning based on the BTS-TPA 2.0 framework. It is set in place to measure the skills and standards of teaching to ensure optimum learning outcomes for students, which in turn will have a direct impact on the quality of national education. This system also supports the Ministry of Education’s Strategic Plans and the Brunei’s Vision 2035 to become a developed nation widely recognised for the accomplishment of its educated and highly skilled people. By ensuring the provisions of quality education, the MoE has set a target of at least 90% teachers to achieve a BTS-TPA 2.0 grade 3