mukadimah ybmod sempena majlis mesyuarat negara tahun 2020 documents/teks ucapan/mukadimah...

14
1 MUKADIMAH MUKADIMAH YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN SESI MUSIM PERMESYUARATAN KE-16 MAJLIS MESYUARAT NEGARA 2020 DEWAN PERSIDANGAN BANGUNAN DEWAN MAJLIS MAC 2020

Upload: others

Post on 25-Oct-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

1

MUKADIMAH

MUKADIMAH YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN

SESI MUSIM PERMESYUARATAN KE-16 MAJLIS MESYUARAT NEGARA 2020

DEWAN PERSIDANGAN BANGUNAN DEWAN MAJLIS MAC 2020

Page 2: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

2

Yang Berhormat Pehin Pengerusi dan ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Pengerusi kerana memberi peluang bagi kaola menyampaikan mukadimah di dewan yang mulia ini dan memohon keizinan untuk mengongsikan fokus-fokus utama Kementerian Pembangunan dalam pembentangan belanjawaan 2020/2021 dan juga beberapa program dan inisiatif-inisiatif Kementerian ini dan Jabatan-jabatan dibawahnya. FOKUS KEMENTERIAN PEMBANGUNAN 2020/2021 1. Kementerian ini dipertanggungjawapkan bagi kerja-kerja penyediaan

infrastruktur awam meliputi penyediaan perumahan, frasarana jalan raya; bekalan air, saliran dan pembetungan; persekitaran yang bersih, penggunaan tanah dan pemudah cara bagi pertumbuhan industri pembinaan melalui pelan perancangan pembangunan yang menyeluruh termasuk kawalan kemajuan dan mengawal kualiti sektor pembinaan ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

2. Kearah ini, Kementerian Pembangunan telah mengatur beberapa program

dan inisiatif untuk dilaksanakan dengan peruntukan yang telah diberikan secara berhemah dan mengikut keutamaan supaya ianya mencapai matlamat yang dihasratkan dan bagi mendokong tema belanjawan bagi tahun 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras dengan Rangka Dasar dan Pelan Strategik Kementerian

Page 3: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

3

Pembangunan 2018-2023 dan memfokuskan aspek-aspek utama seperti perancangan guna tanah, penyediaan pembangunan infrastruktur dan pengurusan alam sekitar.

PERUNTUKAN KEWANGAN 2020/2021 3. Alhamdullilah, kaola merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah menyokong peruntukan sejumlah $558.92 juta bagi Tahun Kewangan 2020/2021 bagi Kementerian Pembangunan yang disenaraikan seperti berikut:

§ $97.52 juta untuk gaji kakitangan; § $122.69 juta untuk perbelanjaan berulang-ulang § Manakala, sejumlah $338.71 juta diperuntukan bagi Rancangan

Kemajuan Negara ke-11 bagi meneruskan perlaksanaan projek-projek infrastruktur yang sedang dan akan dilaksanakan.

4. Seterusnya, di dalam mendokong usaha memperkukuhkan kedudukan

kewangan Kerajaan, kaola ingin menekankan komitmen Kementerian Pembangunan iaitu melalui pengurusan kutipan hasil dan perbelanjaan berhemah (prudent spending) dan ‘value for money’.

5. Sehingga bulan Februari 2020, sejumlah $95,881,388.54, iaitu 91% daripada

anggaran hasil keseluruhan berjumlah $105.6 juta telah dikutip. Usaha-usaha yang telah dibuat setakad ini bagi meningkatkan kutipan hasil yang cekap nampaknya telah berhasil melalui streamlining processes dan dengan adanya kemudahan-kemudahan teknologi dan sistem pembayaran on-line. Manakala sejumlah $495,518,721.21 iaitu 75% daripada keseluruhan peruntukan yang telah diluluskan berjumlah $656,689,200.00 bagi Tahun Kewangan 2019/2020, telah dapat dibelanjakan setakat ini.

Page 4: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

4

Ahli Ahli Yang Berhormat, 6. Untuk merealisasikan perancangan pembangunan Kementerian

Pembangunan memfokuskan enam sektor utama yang dikira penting bagi penyediaaan persekitaran terbina (built enviroment) dan berdayahuni (liveable) demi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini terjamin, iaitu: 1) Perumahan Negara 2) Guna Tanah dan Perancangan 3) Pembangunan Infrastruktur (air, jalan raya dan mitigasi banjir) 4) Pembangunan Kapasiti Industri Pembinaan 5) Alam Sekitar dan Perubahan Iklim 6) Pengurusan Sumber Tenaga Manusia

PERUMAHAN NEGARA 7. Kementerian Pembangunan didalam usaha untuk menyediakan kemudahan

perumahan yang bersesuaian bagi rakyat yang memerlukan bantuan untuk memiliki dan mendiami rumah melalui Skim Rancangan Perumahan Negara setakat ini telah mencapai sasaran sebanyak 66% Pemilikan Rumah (home ownership) yang mana kadar sasaran menjelang tahun 2035 adalah 85%. Di bawah RKN ke-11, dengan harga rancangan berjumlah sebanyak $250 juta, dua buah projek utama bagi penyediaan 1750 unit di Perumahan Kg Lugu dan Perumahan Kg Tanah Jambu didalam perancangan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2023.

8. Selain itu, melalui Jawatankuasa Housing Focus Group telah mengenalpasti

tanah-tanah kerajaan (infil land) bagi pembinaan rumah-rumah kadar rendah (low cost housing) untuk dimajukan bagi golongan orang-orang yang tidak berkemampuan dan memerlukan perumahan. Tapak tanah tersebut bukan saja akan menempatkan rumah kediaman malahan juga disediakan kawasan untuk bercucuk tanam dan berniaga, yang setentunya akan memberi peluang bagi usahawan tempatan dan membantu dalam membentuk komuniti yang mandiri. Penyelarasan dan pensejajaran bantuan-bantuan perumahan ini,

Page 5: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

5

telah dipertanggungjawabkan kepada Komiti taskforce Bantuan Perumahan yang telah ditubuhkan, bertindak selaku entiti fokal kepada bantuan penyediaan perumahan seluruh negara yang melibatkan komitmen bersepadu daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan dan juga pihak swasta.

9. Masalah pelanggaran peraturan dan syarat–syarat perumahan juga

menjadi tumpuan utama Kementerian Pembangunan. Setakat ini, mengikut pemerhatian Jabatan Kemajuan Perumahan sebanyak 80% kesalahan didapati bagi menambah/mengubah suai rumah tanpa kebenaran dari pihak Authoriti, 2% kesalahan aktiviti niaga tanpa kebenaran, 11% kesalahan membina pagar, 6% kesalahan penggunaan tanah Kerajaan, 0.3% kesalahan menyewakan rumah dan 0.04% kesalahan menjual rumah skim tanah kurnia yang belum selesai dibayar.

10. Kementerian ini melalui Jabatan Kemajuan Perumahan memandang serius

mengenai kesalahan-kesalahan yang senghaja dilakukan oleh orang-orang yang kurang bertanggung-jawap dan tidak mengindahkan peraturan yang telah ditetapkan meskipun telah diberikan amaran bertulis; beberapa pelan tindakan bagi menangani masalah ini seperti berikut: § Menyediakan kawasan khusus bagi menggalakkan aktiviti perniagaan

secara Public-Private-Partnership (PPP); § Mempertingkatkan pengawalselia bagi kesalahan penggunaan tanah di

Kawasan Skim Perumahan Negara (SPN); § Mengambil tindakan dari segi undang-undang dengan merujuk kepada

Jabatan Peguam Negara; dan § Jika didapati bersalah melakukan pelanggaran ini, maka kemungkinan

rumah-rumah mereka akan diambil balik oleh pihak berkuasa dan akan diperuntukan kepada pemohon-pemohon RPN lain yang masih menunggu giliran.

11. Usaha-usaha bagi membaiki beberapa rumah-rumah yang kosong akibat dari

masalah tertentu telah dan sedang diusahakan masa ini termasuklah Rumah Kosong di Kg Bukit Beruang; Kg Rimba H35 dan H36 serta Perumahan

Page 6: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

6

H40 di Kampong Lambak Kanan yang telah siap, insyaAllah akan diberikan kepada pemohon yang berkelayakan pada tahun ini. Rekabentuk perumahan H40 ini adalah perumahan bertingkat yang berlainan dari perumahan biasa, walaupun bersifat privasi dan ‘sharing common area’ namun masih mampu mewujudkan sifat kejiranan yang harmoni dan kondusif.

SEKTOR GUNA TANAH DAN PERANCANGAN 12. Di dalam menghala tuju perancangan guna tanah dan kawalan kemajuan

yang terancang di negara ini, Kementerian Pembangunan, bersama dengan Majlis Perancangan Guna Tanah Kebangsaan (MPGK) yang dipengerusikan bersama Menteri Hal Ehwal dalam Negeri dan Menteri Pembangunan telah dan sedang merancang beberapa strategi bagi memastikan perancangan yang dilaksanakan dapat mendokong pembangunan yang mampan dan berdayatahan di samping memastikan perkembangan sosio-ekonomi yang berterusan.

13. Penyediaan tanah bagi memenuhi keperluan agensi–agensi dalam

mengembangluaskan aspek pertanian, komersial dan industri akan terus diberi keutaman demi mendokong peningkatan ekonomi mengikut perancangan Jabatan Bandar dan Desa.

14. Manakala usaha untuk membukakan tanah-tanah Kerajaan yang telah

dikenalpasti dan berpotensi untuk dimajukan mengikut Perancangan Induk Guna Tanah kepada pelabur-pelabur tempatan dan luar negeri yang berminat iaitu secara Government Land Lease akan dipercepatkan. Sebanyak 28 tapak telah dikenalpasti untuk dibukakan tawaran kepada investor yang berminat untuk memajukan tapak-tapak tanah ini secara lease.

15. Kemajuan Strata yang bertujuan untuk membolehkan pemilikan hartanah

berupa unit-unit dalam bangunan di negara ini, termasuk keperluan bagi pengurusan aset bangunan secara teratur melalui ‘strata corporation’ telah mula berkuatkuasa pada bulan Julai 2009. Setakat ini sebanyak 138 geran

Page 7: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

7

hakmilik strata telahpun didaftarkan dan dikeluarkan oleh Jabatan Tanah. Ke arah usaha untuk menarik lebih ramai lagi pemaju dan orang ramai untuk memiliki kemajuan strata, pengemaskinian proses, tatacara dan garispanduan berkaitan sedang giat dilaksanakan.

16. Penubuhan Lembaga Penilai dan Ejen Hartanah (BOVEA) di Kementerian

Pembangunan bertujuan untuk mengawalselia penilai dan penaksir harta tanah disamping mempercepatkan lagi proses urusan harta tanah khususnya dalam meningkatkan kedudukan negara dalam ranking ‘ease of doing business’. Dalam hal ini jua, Memorandum Persefahaman yang ditandatangani diantara Kementerian Pembangunan dengan Institut Teknikal Pendidikan Brunei (IBTE) pada bulan Disember 2019 dihasratkan dapat melahirkan generasi pelapis yang terdiri dari anak-anak tempatan dalam bidang hartanah dan seterusnya menjana peluang-peluang pekerjaan bagi para graduan tempatan.

PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR: BEKALAN AIR 17. Dalam sektor bekalan air pula, bagi menangani dan memperkukuhkan lagi

sekuriti dan kualiti bekalan air, dibawah Rancangan Kemajuan Negara ke-11 sejumlah $217 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan infrastruktur air, termasuk pembinaan loji rawatan air yang baru, pembinaan tangki-tangki simpanan air, pemasangan paip-paip baru, pemeliharaan pam-pam air bersih dan sebagainya. Pada masa ini 3 projek dalam peringkat pelaksanaan, 20 projek telah ditawarkan dan 7 projek dalam rekabentuk, termasuklah projek penaiktaraf Loji Bukit Barun Fasa 4 dan 5 bernilai $4.95 juta sedang giat berjalan pada masa ini dan dijangka siap pada bulan Mei nanti. Dengan terlaksananya projek-projek ini nanti, Insya Allah akan menjamin bekalan air Negara kita sehingga tahun 2030.

18. Dari segi penggunaan air pula, Negara kita masih antara yang tertinggi di

rantau Asia dengan pemakaian 380 litre seorang sehari yang mana implakasi ketahanan sumber air akan terjejas jika kesedaran dalam penggunaan air masih ditahap yang rendah. Kementerian Pembangunan ingin menyarankan

Page 8: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

8

kepada semua pihak untuk turut bekerjasama di dalam usaha mengelakkan pembaziran air, yang secara langsung akan mengurangkan penggunaan air dan kos bagi penghasilan air bersih.

19. Kearah ini, Kementerian Pembangunan telah dan sedang melaksanakan

beberapa inisiatif yang dijangka akan membantu di dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran air iaitu: § Memperkenalkan Sistem Permeteran Pintar Bergabung (Unified

Smart Metering System (USMS) iaitu inisiatif pengurusan data meter pintar dibawah satu portal perhidmatan langganan air dan elektrik yang diusaha sama diantara pihak Darussalam Asset, Jabatan Perkhidmatan Letrik dan Jabatan Perkhidmatan Air. Kaedah teknologi pintar meter air dan elektrik prabayar ini akan meningkatkan keberkesanan pengurusan bekalan air dan secara langsung akan mengoptimasikan perbelanjaan Kerajaan dengan pengurangan subsidi dan kos bagi rawatan dan pengeluaran air bersih.

§ Perubahan tariff penggunaan air melalui konsep ‘tiered charges’ yang telah diperkenalkan tahun lepas masih didalam prosis penyelarasan terakhir dan Insya Allah akan dilaksanakan tidak lama lagi. Konsep ini mengambilkira ianya tidak akan menyebabkan kesulitan dan beban yang tidak munasabah kepada masyarakat umum, khususnya kepada penduduk yang berpendapatan rendah disamping mengelakkan pembaziran air dengan penggunaan yang berhemah.

20. Bagi perancangan masa depan, kajian terperinci penggunaan air dinegara ini terutama sekali di sektor pertanian dan industri hiliran minyak dan gas akan di laksanakan. Penaiktarafan ke atas prasarana loji rawatan dan rangkaian paip air juga termasuk didalam kajian dengan mengambil kira pertumbuhan pesat yang dijangka bagi Daerah Temburong dengan penyiapan Projek Jambatan Penghubung Daerah Brunei- Muara dan Daerah Temburong.

Page 9: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

9

PROGRAM MITIGASI BANJIR 21. Kearah usaha untuk memitigasi impak perubahan iklim yang menyebabkan

banjir, beberapa program mitigasi banjir seluruh Negara, RKN ke-11 telah memperuntukan sebanyak $82.8 juta untuk melaksanakan beberapa projek di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti terjejas dengan masalah banjir. Ini termasuk kawasan Dataran Sungai Tutong, Mukim Lumut di Daerah Belait, Kg Senukoh, Kg Rataie dan Kg Belais di Daerah Temburong dan beberapa mukim dan kampung di Daerah Brunei Muara. Dengan program mitigasi dan usaha-usaha berterusan Alhamdulillah, keluasan kawasan mudah banjir di negara kita ini telah dapat dikurangkan daripada 374km persegi pada tahun 2013 kepada 332km persegi pada tahun 2019; dan sasaran seterusnya ialah sebanyak 306km persegi menjelang tahun 2022 nanti.

JALAN RAYA 22. Menyentuh tentang pembangunan dan pengurusan prasarana rangkaian

jalan raya, Kementerian Pembangunan menekankan kepentingan sistem yang mampan dan pintar, ketersambungan, mudah dan selamat serta memenuhi keperluan rakyat. Dalam hal ini, Kementerian Pembangunan sedang giat melaksanakan pelbagai program penambahbaikan, pemeliharaan dan pembinaan ke arah menangani isu kesesakan jalan raya dan seterusnya meningkatkan keselamatan jalan raya. Antara projek-projek pembinaan termasuk di persimpangan Perumahan Mengkubau/Jalan Utama Mentiri, Perumahan Negara Kg Lugu/Lebuhraya Muara Tutong, Perumahan Tanah Jambu dan pemasangan lampu-lampu isyarat di pusing keliling Sungai Akar, Persimpangan Kg Lugu/Jalan Tutong dan Kg Katimahar/Jalan Tutong yang sedang dan akan dilaksanakan pada tahun ini.

23. Berhubung dengan perlaksanaan Projek Jambatan yang menghubungi

Daerah Brunei/Muara dan Daerah Temburong, penyiapan kerja-kerja terakhir untuk memastikan keselamatan jambatan dan pengguna sedang giat dijalankan sebelum ianya dibukakan kepada orang ramai nanti.

Page 10: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

10

24. Satu Jawatankuasa Khas telah dibentuk bagi pengurusan dan pentadbiran

Jambatan yang dipengerusikan bersama Menteri Pembangunan dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi memastikan penyelarasan dan isu-isu keselamatan kepada pengguna jalanraya terjamin. Selain itu, kerja-kerja pembesaran Jalan Kota Batu juga giat dilaksanakan bagi menjamin tahap keselamatan dan kapasiti jalan raya agar dapat menampung jumlah trafik yang dijangka meningkat sebaik saja jambatan ini digunakan nanti.

25. Pada masa yang sama, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah

menghasilkan Pelan Daerah Temburong 2016-2025 yang di antaranya mengandungi perancangan kemajuan yang terperinci di dalam 4 kawasan utama iaitu Pusat Pertumbuhan Mukim Labu, Pusat Pertumbuhan Pekan Bangar, Kawasan Pelancongan Batang Duri dan perancangan untuk menampung keperluan perumahan RPN Kampong Rataie.

26. Projek-projek yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan yang

mana meliputi perekonomian, pertanian, pendidikan dan perumahan dihasratkan untuk menarik minat para pelabur tempatan dan asing dalam mempertingkatan daya saing ekonomi dan seterusnya menjurus kepada perkembangan sektor pelancongan dengan penyelerasan dengan pihak Authoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT).

PEMBANGUNAN KAPASITI INDUSTRI PEMBINAAN 27. Bagi perkembangan sektor industri pembinaan, Kementerian

Pembangunan telah memperkenalkan Local Business Development (LBD) Circular yang mana ianya adalah sejajar dengan usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan pembangunan yang mampan bagi kapasiti, keupayaan, kompetensi dan daya saing syarikat tempatan dan juga bagi merealisasikan perancangan strategik Kementerian ini dalam mendokong pembangunan perniagaan tempatan sebagai tonggak pertumbuhan dalam industri pembinaan. LBD Circular ini memberikan

Page 11: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

11

tumpuan kepada tiga bidang strategik utama iaitu pemilikan dan pembangunan syarikat tempatan (local ownership); penggunaan barangan dan perkhidmatan tempatan (local content) dan peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan (local employment).

ALAM SEKITAR 28. Dalam sektor alam sekitar, keutamaan akan diberikan kepada perlaksanaan

program pembersihan alam sekitar baik di darat dan udara terutamasekali bagi program pembersihan sungai-sungai utama di negara ini. Penglibatan orang ramai, penuntut-penuntut, pihak swasta dan NGO’s dalam memberikan kesedaran dan mengawal tabiat membuang sampah di merata tempat terutama sekali longkang-longkang dan perairan sungai juga akan dipertingkatkan.

29. Usaha-usaha pembersihan Sungai Brunei bagi menangani isu sampah yang

terapung di perairan sungai dan laut (marine debris) yang menjadi isu perhatian global akan diteruskan. Kerja-kerja penambahan pemasangan booms dan perangkap sampah serta menyediakan ‘River Cleaning Vessels’ bagi mengutip sampah-sampah terapung di sepanjang Sungai Brunei secara meluas telah dan akan dilaksanakan pada tahun ini.

30. Penjanaan sisa pepejal di Negara Brunei Darussalam adalah sebanyak

1.15kg seorang sehari per kapita. Sepanjang tahun 2019, sebanyak 245,000 tan metrik sampah telah dihantar ke Tapak Pelupusan Sungai Paku, iaitu dalam kadar 670 tan metrik sehari. Ini merupakan jumlah tahunan yang terbanyak direkodkan sejak tapak pelupusan tersebut mula beroperasi pada tahun 2011. Pada kadar ini, Tapak Pelupusan Sungai Paku dianggarkan akan mencapai had kapasitinya menjelang tahun 2030. Jumlah sampah negara ini dijangka meningkat dari 400 tan ke 1,000 tan sehari disebabkan unjuran pertumbuhan penduduk di antara 2% hingga 3% dan peningkatan aktiviti perindustrian.

Page 12: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

12

31. Dalam hal ini, Kementerian ini telah mengenal pasti dan sedang meneliti beberapa kaedah dan sistem teknologi terkini pelupusan sisa pepejal dan sampah hazardous yang sesuai dan mampan untuk memastikan ianya akan dapat menangani isu dan cabaran dalam jangka masa sederhana dan panjang. Antara kaedah yang telah dikenalpasti termasuk incinerator, gasification atau teknologi terkini yang boleh melupuskan semua jenis sampah termasuk plastik dan sampah-sampah hazardous. Insya Allah hasil dari penelitian ini nanti akan dapat menghasilkan hala tuju yang dihasratkan iaitu pengutipan sampah yang berkesan mengikut piawaian yang tinggi serta pembuangan yang sistematik dan teratur.

MAJLIS KEBANGSAAN PERUBAHAN IKLIM 32. Selaku Pengerusi Bersama Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara

Brunei Darussalam bersama dengan Kementerian Tenaga akan terus berusaha dalam mengukuhkan lagi urus tadbir dan persediaan negara dalam menangani masalah perubahan iklim. Alhamdulillah, pada masa ini Negara Brunei Darussalam hanya menyumbang kepada 0.017% daripada jumlah keseluruhan pelepasan gas rumah hijau global. Pada tahun 2018, pelepasan gas rumah hijau negara ini adalah 10.1 juta tan CO2e (carbon dioxide emission), yang mana merupakan penurunan pada kadar 4.3% setiap tahun dari tahun 2015. Pengurangan kadar ini adalah hasil daripada kerja-kerja terhadap aset-aset lama di sektor minyak dan gas.

33. Penyediaan draf buku Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei

Darussalam (Brunei National Climate Change Policy) telah pun siap dilaksanakan. Dasar baru ini yang merangkumi 9 strategi utama, terdiri dari pelepasan industri, pengurusan jana kuasa, perhutanan, dayatahanan iklim, tenaga yang diperbaharui, cukai carbon, kenderaan elektrik, pengurusan sisa dan inventori karbon adalah dihasratkan untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang rendah indek karbon (low index carbon) atau resilien ik//’lim. Pada masa yang sama, dasar ini dihasratkan dapat menjana peluang-peluang ekonomi yang dapat diterokai seperti sektor rendah karbon dan sektor hijau.

Page 13: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

13

34. Pelaksanaan dasar-dasar berkenaan akan dilaksanakan secara bersepadu

dan berterusan diantara agensi-agensi yang berkenaan, memandangkan pelepasan rumah hijau kasar negara kita dijangkakan akan meningkat sebanyak 19.8 juta tan menjelang tahun 2035.

PENGURUSAN SUMBER TENAGA MANUSIA 35. Akhir sekali ialah mengenai dengan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia

di bawah Kementerian Pembangunan. Kementerian Pembangunan amat mengambil berat akan career progression pegawai dan kakitangan yang ada dibawah Kementerian ini. Program Perkembangan Professional juga masih giat dijalankan kepada pegawai-pegawai professional (Arkitek, Jurutera, Juru Ukur, Pegawai Perancang, Pegawai Tanah) untuk mengikuti kursus, latihan dan mendapatkan pengalaman dan bimbingan secara berterusan untuk menjadi ahli professional badan berkanun (Chartered Membership) yang diiktiraf. Sehingga bulan Februari 2020, seramai 77 orang pegawai professional Kementerian ini telah menjadi ahli badan berkanun kepada badan-badan professional.

PENUTUP 36. Dalam meneruskan usaha ‘whole of nation approach’, Kementerian ini telah

dan akan terus berkerjasama dengan Kementerian-Kementerian yang lain kearah pensejajaran dan pengemaskinian dasar, peraturan, urustadbir dan program pembangunan terutama sekali di dalam menangani isu-isu semasa secara holistik agar ianya kekal relevan dengan peredaran zaman. Dalam hal ini, Kementerian Pembangunan menyeru kerjasama orang ramai agar sama-sama berganding bahu dalam menyokong perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan dan sama-sama menjaga dan mengekalkan alam persekitaran bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk di negara ini dengan sebaik-baiknya untuk generasi kita yang akan datang.

Page 14: Mukadimah YBMOD sempena Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 Documents/Teks Ucapan/Mukadimah YBM… · 2020/2021 iaitu Pelaburan Untuk Masa Depan (Investing In Our Future) iaitu selaras

14

Sekian lah sahaja yang dapat koala kongsikan di dewan yang mulia ini dan kaola sudahi dengan iringan doa semoga negara kita dan penduduk negara kita ini terselamat dari wabak convid-19 yang melanda dunia masa kini dan semoga apa jua rancangan yang kita rancangkan akan berjalan dengan lancar dan teratur. Amiin.

Sekian Wabillahitaufik Walhidayah

Wasallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.