krl3033 bab 2 proposal d20112052413 rosliza razali

Upload: aisyma-fiza

Post on 06-Jul-2018

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    1/14

    0

    KRL 3033

    KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

    BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

    BAB 2

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO. MATRIK PROGRAM

    ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 AT34J

    PENDIDIKAN

    SEKOLAH

    RENDAH

    PENSYARAH/PENYELIA: DR. ZULKEFLEE BIN HJ. YAACOB

    TARIKH SERAH : 5 APRIL 2015

    KERTAS KERJA

    PERMAINAN BOLING DENGAN RANGSANGAN GAMBAR BAGI

    MEMBANTU MURID LINUS TAHUN MEMBACA DIFTONG DAN DIGRAF

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    2/14

    1

    ISI KANDUNGAN

    Bab 2

    i.  Pendahuluan 2

    ii. 

    Teori dan model berkaitan 2

    iii. 

    Sorotan kajian lepas 7

    iv.  Rumusan 11

    Rujukan 12

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    3/14

    2

    i.  Pendahuluan

    Dalam merancang dan melaksanakan penyelidikan tindakan mahupun kajian –  

    kajian konvensional yang lain, teori dan model yang telah direka dan diuji oleh parasarjana sebelum ini merupakan pati utama dalam proses pelaksanaan kajian tersebut.

    Kajian  –   kajian terdahulu berkaitan topik yang hampir sama dengan penyelidikan

    yang hendak dijalankan juga penting bagi menyediakan asas kepada penyelidikan

    yang hendak dilaksanakan. Justeru itu, bab 2 ini akan membincangkan teori dan

    model yang diaplikasikan dalam penyelidikan tindakan ini. Sorotan kajian  –   kajian

    terdahulu juga akan dibincangkan bagi memperlihatkan perkembangan kepada isu

    yang dikaji.

    ii.  Teori dan model yang berkaitan

    Dalam penyelidikan tindakan ini, aktiviti permainan boling dengan

    rangsangan gambar digunakan bagi membantu murid LINUS tahun 2 membaca

    diftong dan digraf. Dalam pelaksanaan intervensi dengan aktiviti permainan boling

    ini, murid akan memproses maklumat menerusi rangsangan gambar diikuti suku kata

     bagi membina perkataan baharu. Model Pemprosesan Maklumat diguna pakai dalam

     penyelidikan ini. Model ini menganggap ingatan manusia sama seperti komputer iaitu

    menggunakan input - input (Noriati et al, 2009). Maklumat merupakan input yang

    diperoleh murid daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat seterusnya akan

    disimpan dalam ingatan.

    Maklumat kemudiannya diproses menjadi output melalui proses  retrieval .

    Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan

     pembelajaran (Galbraith, 1994). Mengikut model ini, terdapat tiga mode ingatan yang

    mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri

    daripada daftar deria/sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    4/14

    3

    Rajah 1: Model Pemprosesan Maklumat (Schoenfeld, 1992 dalam Noriati et al, 2009)

    Dalam aktiviti yang telah dirancang, murid akan mengikuti program intervensi

    dengan pengimplementasian aktiviti permainan boling dengan rangsangan gambar.

    Maklumat baharu yang diterima melalui daftar sensori akan dikenal pasti dan

    diberikan perhatian serta disalur kepada ingatan jangka pendek. Dalam intervensi ini

    rangsangan gambar merupakan skema lama yang tersimpan dalam ingatan jangka

     panjang manakala pecahan suku kata merupakan maklumat baharu. Pecahan suku

    kata yang merupakan maklumat baharu ini akan disimpan dalam ingatan kangka

     pendek.

    Ingatan jangka pendek ada kalanya dinyatakan sebagai working memory 

    kerana di sinilah maklumat sebenarnya diproses. Proses pemikiran berlaku pada

     peringkat ini. Murid akan mula memadankan pecahan  –  pecahan suku kata yang telah

    diterima untuk dipadankan dengan rangsangan gambar. Jika latihan elaboratif

     berlaku, iaitu terdapat perkaitan antara maklumat dengan apa  –   apa yang disimpan

    dalam ingatan jangka panjang, maklumat ini akan disalurkan ke dalam ingatan jangka

     panjang dan disimpan sebagai skema. Murid seterusnya akan cuba menyebut nama

     pada rangsangan tersebut dan cuba menyebut pecahan suku kata bagi mendapatkan

     padanan. Padanan yang sesuai akan memberikan satu perkataan bermakna yang

    mewakili rangsangan gambar. Secara terperinci, Model Pemprosesan Maklumat

    menyediakan peluang kepada murid untuk membuat perkaitan skema  –   skema lama

    Intervensi

    Daftar

    sensori

    Ingatan

     jangka

    pendek

    Ingatan

     jangka

    panjang

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    5/14

    4

    dengan input baharu bagi menghasilkan output baharu. Berikut merupakan

     pengaplikasian Model Pemprosesan Maklumat dalam penyelidikan tentang

    keberkesanan aktiviti permainan boling dengan rangsangan gambar bagi membantu

    murid LINUS tahun 2 menguasai kemahiran membaca diftong dan digraf.

    Intervensi

    Murid bermain permainan boling. Murid akan melontar bola ke

    arah susunan botol. Murid akan mengumpulkan jatuhan botol.

    Daftar sensori

    Setiap botol akan mempunyai gambar dan satu suku kata.

    Rangsangan gambar ini akan memberikan ingatan ikonik

    kepada murid.

    Ingatan jangka pendek

    Murid cuba mencari padanan suku kata yang terdiri daripada

    digraf atau diftong untuk membentuk satu perkataan

    Ingatan jangka panjang

    Jika murid berjaya mencari padanan suku kata yang sesuai

    bagi perlambangan gambar yang telah diberikan, maklumat

    tersebut akan disimpan dalam ingatan jangka panjang.

    Stimuli

    Pengenal pastian

    Elaboratif

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    6/14

    5

    Rajah 2: Aplikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam penyelidikan tindakan ini.

    Dalam menjalankan penyelidikan tindakan ini, model Kemmis (dalam Rosinah,

    2012) akan diguna pakai kerana model ini dilihat sebagai paling sesuai untuk dijadikan

    kerangka utama kepada pelaksanaan kajian ini. Empat prosedur pelaksanaan penyelidikan

    tindakan menurut Model Kemmis meliputi perancangan, pelaksanaan (implementasi),

     pemerhatian dan membuat refleksi. Berikut merupakan asas prosedur tindakan yang akan

    diguna pakai dalam menjalankan kajian ini;

    Rajah 3: Model Stephen Kemmis (Rosinah, 2012)

    Dalam Model Kemmis, terdapat istilah kitaran yang merujuk kepada proses

    lengkap prosedur pelaksanaan penyelidikan tindakan. Langkah pertama merujuk kepada

     perancangan yang mana saya akan merancang pelaksanaan penyelidikan ini melalui

     pemerhatian awal dan juga dengan merujuk kajian  –   kajian terdahulu. Seterusnya,

     perancangan yang telah dibuat akan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang telah

    ditetapkan. Pemerhatian seterusnya akan dilakukan bagi mendapatkan output  –   output

    daripada pelaksanaan tindakan tersebut. Berdasarkan hasil dapatan tindakan, refleksi

    akan dijalankan bagi menilai kelebihan, kelemahan, peluang dan ancaman sepanjang

     pelaksanaan tindakan yang telah dijalankan.

    Kitaran Pertama

    Kitaran Kedua

    Rancang

    Tindakan

     

    Tindakan

     

    Refleksi

    Refleksi

    Pemerhatian

    Pemerhatian

    Semakan

    Rancangan

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    7/14

    6

    Jika dapatan refleksi menunjukkan respons negatif, kitaran kedua akan dijalankan

    sebagai memperbaiki prosedur pelaksanaan penyelidikan tindakan sedia ada. Kitaran

    kedua akan memperlihatkan prosedur pelaksanaan penyelidikan tindakan yang sama.

    Dapat dikatakan di sini bahawa perancangan tindakan yang akan dijalankan dalam

    kitaran kedua merujuk kepada proses penambahbaikkan daripada hasil dapatan daripada

    kitaran pertama yang telah dijalankan. Berikut merupakan langkah pelaksanaan tindakan

    yang akan dijalankan dengan pengimplementasian kaedah penyelidikan tindakan Model

    Kemmis (dalam Rosinah, 2012);

    Prosedur Penerangan

    Perancangan Untuk kitaran pertama, segala perancangan akan dimuatkan dalam

    kertas kerja perancangan pelaksanaan penyelidikan tindakan ini.

    Pemerhatian awal akan dilakukan bagi meninjau masalah yang dihadapi

    dan menilai kesesuaian penggunaan strategi pengajaran yang telah

    dipilih.

    Tindakan/

    Implementasi

    Saya akan menjalankan dua jenis PdP iaitu PdP pertama dijalankan

    tanpa intervensi manakala PdP kedua dijalankan dengan intervensi.

    Intervensi di sini merujuk kepada pengimplimentasian strategi pengajaran yang telah dirancang iaitu penggunaan kaedah permainan

     boling dengan rangsangan gambar.

    Pemerhatian Pemerhatian akan dilakukan terhadap pelaksanaan PdP sebelum dan

    selepas intervensi bagi mendapatkan maklumat tentang kesan yang

    diterima oleh murid selepas pelaksanaan strategi pengajaran ini.

    Data dikumpulkan melaluitiga jenis instrumen kajian iaitu pemerhatian

     berstruktur, temu bual dan analisis dokumen.

    Refleksi Data yang telah dikumpulkan akan dianalisa bagi mendapatkan

    generalisasi terhadap keberkesanan kaedah pelaksanaan penyelidikan

    yang telah dijalankan.

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    8/14

    7

    Jika didapati murid tidak menerima impak positif terhadap inovasi

    strategi pengajaran ini, penambahbaikkan akan dilakukan ke atas

     pelaksanaan tindakan dan dijalankan dalam kitaran yang kedua.

    Jadual 1: Kitaran pertama perjalanan prosedur penyelidikan tindakan melalui

     penerapan Model Kemmis

    iii.  Sorotan kajian lepas

    Kemahiran membaca merupakan antara kemahiran bahasa yang paling banyak

    dijadikan inti pati kajian. Menurut kamus Dewan edisi Empat, ‘baca’ ditakrifkan

    sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan

    memahamkan makna kandungannya. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (2002)

    menerangkan baca sebagai ucap, sebut, kata. Membaca pula didefinisikan sebagai

    mengucapkan, menuturkan, melafazkan, membatang, berkata. Flesch (1955) menulis,

    “ Reading means getting meaning from certain combination of letters. teach the child

    what each letter stands for and he can read ”. Fries (1963) pula menerangkan konsep

    membaca dengan lebih jelas, “The process of learning to r ead in one’s native

    language is the process of transfer from the auditory signs for language signals,

    which the child has already learned, to the new visual signs for the same signals”.

    Menurut Atan (1978) pula, membaca ialah kebolehan mengenal lambang-lambang

    dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) serta

    memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

    Dalam kurikulum pendidikan Bahasa Malaysia, kemahiran membaca diajar

    secara modular yang mana Modul Kemahiran Membaca diwujudkan bagi

    memberikan tumpuan pada kemahiran membaca di samping penggabungjalinan

    kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid

    membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perludiberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan

    menggunakan teknik  –   teknik membaca. Di samping itu, melalui modul kemahiran

    membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca (Bahagian Pembangunan

    Kurikulum, 2013).

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    9/14

    8

    Biar pun kurikulum pendidikan Bahasa Malaysia telah digubal dengan

     pendekatan pelbagai jenis teori  –   teori pendidikan di samping penggarapan pelbagai

    model pembelajaran yang telah diuji keberkesanannya dalam membantu murid

    menguasai kemahiran membaca, masih terdapat murid yang belum menguasai

    kemahiran membaca ini. Murid  –   murid yang lemah dalam menguasai kemahiran

    membaca dan menulis dikatakan mempunyai sikap rendah diri serta disiplin diri yang

    merosot (Abdul Rasid, 2011). Usaha  –   usaha mengatasi atau mengurangkan

     permasalahan ini perlu dijalankan kerana rendah pencapaian dalam mata pelajaran

    Bahasa Melayu saling berkaitan dengan mata pelajaran lain juga (Sam Mukhtar,

    2011; Zuraini et al, 2013).

    Tamam et al (2011) dalam kajian mereka yang mengkaji faktor dan kesan

    masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei

    Darussalam mendapati bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah

    membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam

    adalah disebabkan oleh faktor individu, psikologi, faktor kaedah pengajaran guru,

    masa pengajaran, faktor persekitaran dan buku teks yang digunakan. Sebanyak lima

    kesan masalah membaca iaitu gagal dalam peperiksaan, menjejaskan pembelajaran

    subjek lain, kesukaran menghadapi peperiksaan, kesan psikologi, dan kedudukan

    nombor di dalam kelas dihadapi oleh murid –  murid yang tidak boleh membaca ini.

    Kajian Unit Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Perkembangan

    Kurikulum (2006) terhadap pencapaian lapan buah sekolah rendah di Brunei pula

    mendapati 55% atau lebih daripada separuh murid di sekolah  –   sekolah yang dikaji

     berada di tahap lemah, 45% sahaja yang dapat dikategorikan sebagai baik dan lancar

    membaca.

    Kajian perpustakaan yang telah dilakukan oleh Zuraini et al (2013) tentang

    tahap pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan calon Penilaian Menengah Rendah

    mendapati tahap pencapaian pelajar adalah pada tahap yang rendah. Analisis yang

    telah dijalankan berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada Lembaga Peperiksaan

    Malaysia mendapati peratusan calon yang berpencapaian rendah mengikut zon ialah

    negeri  –   negeri Pantai Timur Malaysia (25.0% hingga31.5%), negeri  –   negeri di

    Selatan Malaysia (27.6% hingga 35.5%0, zon Utara (27.3% hingga 35.2%), zon

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    10/14

    9

    Tengah (11.7% hingga 33.0%) dan zon Malaysia Timur (24.3%). Menurut Zuraini et

    al (2013), biarpun peratusan yang ditunjukkan agak kecil, namun bilangan calon yang

     berada dalam kategori ini membimbangkan.

    Sam Mukhtar et al (2011) dalam kajian mereka yang bertajuk  Masalah

     Pengajaran Kemahiran Berbahasa Di Sekolah Di Indonesia  telah menyatakan

     beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah menguasai kemahiran membaca

    dalam kalangan pelajar. Menurut guru, minat membaca masyarakat yang sangat

    rendah, guru dan sekolah kurang mewujudkan situasi yang kondusif bagi

     pengembangan minat membaca, perpustakaan yang kurang jumlah bukunya dan

     program televisyen yang begitu menarik akhirnya lebih banyak mempengaruhi waktu

     pelajar  –   pelajar adalah merupakan faktor  –   faktor yang menjadi penyebab kepada

    masalah membaca dalam kalangan pelajar.

    Berdasarkan dapatan –  dapatan kajian dan penulisan di atas dapat disimpulkan

     bahawa kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting. Jika

    murid tidak berupaya membaca, mereka akan menghadapi kesukaran untuk

    mempelajari apa  –   apa subjek. Justeru itu, langkah mengatasi masalah ini perlu

    dilaksanakan. Pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan oleh

    guru dalam membantu murid –  murid menguasai kemahiran membaca ini.

    Ilangko et al (2014) mencadangkan penggunaan bahasa Ibunda dalam

     pengajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Kajian mereka telah dijalankan di

    dua buah sekolah rendah di kawasan Pedalaman Sarawak. Dapatan kajian

    menunjukkan bahawa penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran bahasa Melayu

    amat membantu murid menguasai kemahiran berbahasa dalam kalangan murid

     peribumi. Murid tahun 1 dilihat berjaya mencapai objektif mata pelajaran bahasa

    Melayu iaitu dapat memahami petikan dengan baik dan dapat menjawab soalan

     pemahaman dengan lebih tepat apabila bahasa pertama mereka iaitu bahasa Iban

    digunakan.

    Yahya Othman et al (2012) pula mencadangkan pelaksanaan kaedah fonik

     bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca. Dapatan kajian menunjukkan

     bahawa kaedah fonik memberikan kesan positif terhadap prestasi pembelajaran murid

    terutamanya dari segi mempercepatkan penguasaan kemahiran membaca. Dapatan

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    11/14

    10

    kajian juga menunjukkan bahawa murid didapati lebih bermotivasi dan berminat

    untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

    Abdul Rasid et al (2012) mencadangkan penggunaan multimedia interaktif

     bagi mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid  –  murid PROBIM.

    Murid –  murid PROBIM dirujuk sebagai murid yang mengikuti Program Bimbingan

    Membaca dan Menulis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan

    multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca amat berkesan dan

     berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

    Wan Mohd Zulfaqar & Nordin (2013) telah menggunakan papan interaktif

    kata dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV murid tahun 3.

    Papan interaktif kata merupakan alat bantu mengajar yang digunakan untuk

    membantu murid tahun 3 meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam kemahiran

    membaca perkataan KV+KV. Dapatan kajian membuktikan bahawa alat bantu

    mengajar ini boleh digunakan bagi membantu meningkatkan kemahiran membaca

     perkataan KV+KV murid tahu 3.

    Selain menggunakan alat dan bahan bantu belajar dan mengajar yang

     berasaskan bahan maujud dan teknologi, terdapat juga kajian yang mencadangkan

     penggunaan elemen lain dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca ini.

    Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir (2002), telah menggunakan pendekatan

     pembelajaran kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer

     bagi murid tahun satu. Dalam kajian ini, elemen muzik dan lagu diguna pakai dengan

     bantuan komputer bagi menarik minat murid tahun satu mengikuti proses PdP.

    Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran menerusi lagu dan

    muzik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca amat berkesan.

    Sam Mukhtar et al (2011) telah mencadangkan beberapa langkah yang wajar

    diambil bagi membantu para pelajar menguasai kemahiran membaca. Menurut Sam,

    ibu bapa boleh menggalakkan anak untuk berlanggan majalah atau koran atas nama

    mereka sendiri. Pelajar juga digalakkan untuk membaca buku perpustakaan. Ibu bapa

     juga dicadangkan agar menggunakan keuntungan khusus dari setiap kejadian di

    sekitar untuk memotivasikan anak membaca bebas di samping menggunakan kegiatan

    tertentu dari pelajar misalnya menonton filem untuk menggalakkan anak dalam

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    12/14

    11

    membaca hal –  hal yang mereka sukai di perpustakaan. Guru pula dicadangkan untuk

    membawa artikel dari surat khabar atau majalah ke dalam kelas untuk mendiskusikan

    kejadian –  kejadian penting.

    Berdasarkan kajian  –   kajian lepas, pelbagai cara boleh digunakan untuk

    menggalakkan murid untuk meningkatkan minat dan motivasi mereka untuk

    mengikuti PdP kemahiran membaca. Cadangan  –  cadangan tersebut juga membantu

    dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran membaca. Oleh hal yang

    demikian, saya ingin mencadangkan penggunaan aktiviti bermain dalam

    meningkatkan kemahiran membaca murid. Menurut Fromberg (1987), secara

    umumnya main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan

     bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik.

    Pun begitu, main juga boleh dijadikan platform pembelajaran murid  –  murid.

    Brian Sutton  –  Smith dalam Pellegrini (1995) menyatakan, “main sebagai kemajuan

    melihat main sebagai satu proses belajar, iaitu proses untuk menambah baik dan

    memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial ”. Justeru itu, saya telah memilih

    aktiviti permainan boling untuk menarik minat murid LINUS tahun 2 untuk

    memperbaiki kemahiran membaca mereka ke tingkat yang lebih tinggi.

    iv.  Rumusan

    Kajian mengenai strategi pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan

    kemahiran membaca dalam kalangan murid telah banyak dijalankan. Kajian

     perpustakaan juga telah banyak dilakukan bagi meneliti setiap dapatan  –   dapatan

    kajian. Namun begitu, perlu diingat bahawa sikap, minat dan motivasi murid adalah

     berbeza dan unik antara satu sama lain. Guru seharusnya mengenali sendiri murid –  

    murid mereka dan memilih strategi pengajaran yang berkesan sebelum

    mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    13/14

    12

    Bibliography

    Abdul Rasid Jamian. (2011). PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS

    BAHASA MELAYU MURID - MURID SEKOLAH RENDAH. Jurnal Pendidikan

     Bahasa Melayu  , 1 (1), 1-12.

    Abdul Rasid, J., Norhashimah, H., & Shamsudin, O. (2012). MULTIMEDIA INTERAKTIF

    MEMPERTINGKATKAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID -

    MURID PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu  , 2 (2), 46-53.

    Bahagian Pengembangan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

     Bahasa Malaysia Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pengembangan Kurikulum, Kementerian

    Pendidikan Malaysia .

    Dewan Bahasa dan Pustaka. (1993). Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Flesch, R. (1955). Why Johnny Can't Read and what You Can Do About It. New York : Harper &

    Row.

    Fries, C. C. (1963). Linguistics and Reading . New York : Holt, Rineheart & Winston, Inc. .

    Fromberg, D. (1987). Play. In S. B. Monigham - Mourot P, LOOKING AT CHILDREN'S. New

    York: Teacher College Press.

    Haji Zainal Abidin Safarwan . (2002). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan . Kuala Lumpur:

    Utusan Publications & Distributors.

    Ilangko, S., Noorulafiza, A. M., & Siti Nor Hamahida, Z. (2014). PENGGUNAAN BAHASA

    IBUNDA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN

    MURID PERIBUMI DI SKEOLAH PEDALAMAN SARAWAK. Jurnal Pendidikan

     Bahasa Melayu  , 4 (1), 65-74.

    Jabatan Perkembangan Kurikulum. (2006). KAJIAN MEMBACA DI LAPAN BUAH SEKOLAH

     RENDAH TERPILIH DI BRUNEI DARUSSALAM. Bandar Seri Begawan : Kementerian

    Pendidikan Brunei Darussalam.

    Pelligrii, A. (1995). THE FUTURE OF PLAY THEORY: A MULTIDISCIPLINARY INQUIRY

     INTO THE CONTRIBUTION OF BRIAN SUTTON-SMITH. New York: University of

     New York Press.

  • 8/17/2019 Krl3033 Bab 2 Proposal d20112052413 Rosliza Razali

    14/14

    13

    Sam Mukhtar, C., Jamaludin, B., & Moahamed Amin, E. (2011). MASALAH PENGAJARAN

    KEMAHIRAN BERBAHASA DI SKEOLAH DI INDONESIA. Jurnal Pendidikan

     Bahasa Melayu  , 1 (1), 109-122.

    Tamam, T., Zamri, M., & Afendi, H. (2011). FAKTOR DAN KESAN MASALAH MEMBACA

    DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH KERAJAAN DI BRUNEI

    DARUSSALAM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu  , 1 (1), 89-107.

    Tiong Leh Ling, Zaidatun Tasir. Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca Menerusi

     Lagu dan Muzik Berasaskan Komputer bagi Murid Tahun Satu. Johor Bharu: Universiti

    Teknologi Malaysia.

    Wan Mohd Zulfaqar, W. Y., & Nordin, S. (2013). Meningkatkan kemahiran membaca perkataan

     KV+KV murid tahun 3 Amanah menggunakan Papan Interaktif Kata. Terengganu: IPG

    Kampus Dato' Razali Ismail.

    Yahya, O., Aisah, M. D., Azmey, O., Dk. Siti Ardiah, P. M., & Maszuraimah, M. S. (2012).

    PELAKSANAAN PENGAJARAN MEMBACA MENGGUNAKAN KAEDAH FONIK

    PERINGKAT PRASEKOLAH DI BRUNEI DARUSSALAM. Jurnal Pendidikan

     Bahasa Melayu  , 2 (1), 93-109.

    Zuraini, J., Fadzilah, A. R., Norazlina, M. K., & Samsilah, R. (2013). PENCAPAIAN BAHASA

    MELAYU YANG RENDAH DALAM KALANGAN CALON PENILAIAN

    MENENGAH RENDAH. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu  , 3 (1), 1-11.