Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

Download Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

Post on 20-Jun-2015

244 views

Category:

Education

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

<ul><li> 1. HNS 2013 : KENEGARAANTAJUK5. Jelaskan proses kedatangan imigran Cina dan India ke Negeri-Negeri MelayuKUMPULAN BATU PAHAT 01 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA ROSLIZA BINTI RAZALINO MATRIK D20112052413NO TELEFON 0129530934NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. BAHARUDDIN BIN JABAR TARIKH HANTAR : 6 APRIL 20121</li></ul><p> 2. ISI KANDUNGANBIL. 1.TAJUKMUKASURATFaktor penolak kedatangan imigran Cina a) kekacauan politik (pergolakan dan korupsi politik pemerintahan Manchu)4b) pertambahan penduduk yang teruk berlaku di negara asal5c) kejadian bencana alam5 5d) taraf hidup penduduk yang merosot e) Kekurangan rangsangan ekonomi di Negara China f) sifat-sifat keberanian, gemar mengembara dan berdaya usaha yang tinggi6g) kemajuan teknologi dalam sistem perhubungan2.66Faktor penarik kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu a) perkembangan atau kekayaan ekonomi di Tanah Melayu (Industri Perlombongan dan Industri Pertanian)6b) perkembangan Revolusi Industri di Eropah6c) pembukaan pelabuhan di Singapura dan Pulau Pinang77d) Dasar Pentadbiran British e) kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi f) cara kemasukan kaum imigran Cina3.88Faktor penolak kemasukan imigran India ke Tanah Melayu a) pertambahan penduduk India9 2 3. b) kejadian bencana alam c) amalan sistem sosial4.9 9Faktor penarik penghijrahan imigran India ke Tanah Melayu a) perkembangan industri getah10b) perkembangan Revolusi Industri di Eropah10c) dasar kerajaan British iaitu penghapusan amalan penggunaan hamba abdi1011d) cara kemasukan buruh India5.Kesimpulan dan kesan6.11- 14Bibliografi153 4. Kehadiran imigran Cina ke Tanah Melayu sudah pun bermula sejak awal abad ke-15. Pada masa itu, Kerajaan Melayu telah pun menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan Negara China. Perhubungan ini semakin erat ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebagai bukti atau contoh, pada tahun 1403 Laksamana Yin Cheng telah melawat Melaka, selepas itu diikuti dengan persahabatan Paramewara dan penggantinya ke China. Sejak dari tu, telah wujud perhubungan perdagangan dan diplomatik antara Melaka dan China. Dari sumber Portugis, The Suma Oriental menyatakan bahawa setiap tahun, berpuluh-puluh buah jong pedagang Cina telah datang berniaga di Pelabuhan Melaka. Ini menunjukkan bahawa pelabuhan Melaka telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang daripada China. Begitu juga dengan imigran India, sejak awal lagi Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagangpedagang India dan golongan Brahmin. Mereka bukan sahaja berdagang tetapi mahu menyebarkan agama Hindhu dan Buddha di Tanah Melayu. Jumlah imigran India semakin bertambah pada abad ke-15 pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga mendirikan penempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai Kampung Keling. Tambahan pula, ketika itu India di bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC). Ini menyebabkan urusan kemasukan imigran India ke Tanah Melayu lebih mudah dan lancar. Di samping itu, kos murah untuk membawa masuk imigran India merancakkan lagi proses penghijrahan imigran India ke Tanah Melayu. Imigran India menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau tanah emas. Faktor penolak kedatangan imigran Cina yang pertama ialah kekacauan politik (pergolakan dan korupsi politik pemerintahan Manchu). Ini adalah disebabkan perasaan anti-Manchu iaitu kerajaan Manchu telah dianggap sebagai kerajaan asing1. Menjelang abad ke-19, politik Negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan Perang Candu II (1856-1860). Kekalahan China menggambarkan kelemahan Dinasti Manchu. Keadaan politik yang sangat tidak stabil contohnya di Wilayah Kwangtung dan Kwangsi, China sering berlaku pemberontakan untuk mengulingkan kerajaan Manchu iaitu pemberontakan Taiping (1850-1864) yang dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan,bertujuan untk menggulingkan pemerintahan Manchu, tetapi gagal2dan pemberontakan Boxer (1899-1900). Pemberontakan tersebut berjaya tetapi rakyat hidup dalam ketakutan dan banyak nyawa yang terkorban3. Bagi mengelakkan tekanan kerajaan, ramai penduduk yang melarikan diri ke Tanah Melayu. Dalam masa yang sama, tekanan dapat dirasai apabila kerajaan Manchu mengamalkan amalan rasuah dan pelbagai cukai dikenakan dengan kadar yang tinggi (sentimen antiManchu). Ini adalah berikutan kos pentadbiran yang tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan Manchu. Petani terpaksa menjual tanah mereka semata-mata untuk menjelaskan cukai yang dikenakan ke atas1Nor Aslina Mamat,Faudziah Bedu, Zarina Zamri &amp; Aima Mohammad. (2012). Sejarah Malaysia STPM. Selangor:PNI Neuron (M)Sdn. Bhd. ,hal:66 2 Norizan Yusoff.(2009).Sejarah Malaysia (Kertas 2:Bahagian A).Selangor:Marshall Cavendish (Malaysia)Sdn.Bhd.,hal:104 3 Ibid,Nor Aslina Mamat,Faudziah Bedu, Zarina Zamri&amp;Aima Mohammad,(2012), hal:674 5. mereka. Petani amat kecewa, mereka sering menunggu peluang untuk berhijrah ke Tanah Melayu 4. Manakala, penduduk yang tidak mampu menjelaskan cukai dengan amalan rasuah yang berleluasa dan penduduk yang berasa tertekan membuat keputusan untuk mencari kehidupan baharu di tempat lain yang lebih selamat iaitu Tanah Melayu. Seterusnya, faktor penolak yang kedua ialah pertambahan penduduk yang teruk berlaku di negara asal5. Negara China telah berlaku lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan. Ini berlaku kerana bilangan penduduk yang bertambah melebihi pertambahan hasil pertanian mereka. Ini dikaitkan pula dengan kekurangan tanah untuk pertanian. Lagi memburukkan keadaan iaitu hasil pengeluaran atau penghasilan makanan yang tidak boleh menampung jumlah penduduk yang ramai. Masalah kebuluran telah melanda penduduk. Penduduk telah hidup menderita dan sengsara. Contohnya, antara tahun 1751 hingga 1851, jumlah penduduk China telah bertambah dari 182 juta orang kepada 432 juta orang6.Oleh itu, penduduk mengambil keputusan berhijrah ke Tanah Melayu untuk membina hidup baharu. Faktor penolak yang ketiga pula ialah kejadian bencana alam yang telah memusnahkan harta benda,tanaman dan berlaku ramai kematian terutama orang Cina di bahagian Selatan. Kejadian bencana alam ini juga turut memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian penduduk di China7. Contohnya, sepanjang tahun 1840-an dan 1850-an, Negara China telah mengalami terlalu banyak bencana alam iaitu kemarau yang lama dan berpanjangan di Wilayah Hunan di Utara China serta masalah banjir di bahagian Selatan China iaitu di sekitar kawasan Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho. Masalah kebuluran juga telah timbul8. Mereka terpaksa berpindah ke Tanah Melayu untuk keperluan hidup dan mencari pekerjaan baharu. Manakala, faktor penolak yang keempat ialah taraf hidup penduduk yang merosot9. Negara China telah mengalami masalah pengangguran yang teruk. Munculnya industri atau perusahaan barat di China telah menjadikan industri tempatan amat merosot. Tambahan pula, barangan tempatan tidak laku akibat kemasukan barang-barang dari Barat yang murah dan dengan kuantiti yang banyak. Orang Cina yang bekerja dalam sistem pengangkutan tradisional juga turut terjejas seperti tongkang dan kereta kuda iaitu mereka telah hilang pekerjaan kesan daripada wujudnya sistem pengangkutan moden. Masalah kemiskinan dan kesengsaraan dalam menjalani hidup seharian telah timbul . Dengan ini, pemerintah China telah menggalakkan rakyatnya berpindah atau berhijrah keluar. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh pemerintah China ialah mereka telah meminta persetujuan atau kerjasama daripada pihak Perancis dan British untuk membenarkan rakyat China berhijrah atau berpindah keluar dan bekerja di tanah atau kawasan 4Ibid,Norizan Yusoff(2009), hal:103 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&amp;Aima Mohammad(2012),hal:66 6 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:103 7 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&amp;Aima Mohammad(2012),hal:66 8 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:103 9 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&amp;Aima Mohammad(2012),hal:66 55 6. jajahan mereka. Pemerintah China juga telah menyediakan bantuan kewangan untuk pendahuluan tambang ke negara atau kawasan yang mereka ingin berpindah. Gabenor Wilayah telah berjanji untuk melindungi penghijrah yang ingin kembali semula ke China dan pemerintah China telah menggubal undang-undang kerakyatan 1909 yang mengiktiraf orang China di seberang laut sebagai rakyatnya. Kekurangan rangsangan ekonomi di Negara China merupakan faktor penolak yang kelima. Kerajaan Manchu, pemerintah di China telah mengenakan pelbagai cukai ke atas penduduk China. Oleh itu, penduduk China terpaksa menjual tanah dan akhirnya semua tanah mereka habis terjual. Mereka telah kehilangan tanah. Mereka mula berputus asa untuk terus tinggal di negara asal. Faktor penolak yang lain ialah sifat-sifat keberanian, gemar mengembara dan berdaya usaha yang tinggi iaitu terutama bagi penduduk Wilayah China Selatan seperti Kwangtung dan Fukien10. Tanpa sikap mudah berputus asa, mereka nekad untuk membina kehidupan baharu dan selesa yang jauh lebih baik meskipun terpaksa berkorban dengan meninggalkan tanah air mereka sendiri. Ini lebih mempengaruhi lagi proses penghijrahan ke Tanah Melayu. Dengan kemajuan teknologi dalam sistem perhubungan merupakan faktor lain yag menarik kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu. Berikutan terciptanya kapal wap (stim) bagi menggantikan kapal layar telah menghidupkan atau menimbulkan minat yang mendalam orang Cina untuk ke Tanah Melayu dengan murah dan lebih cepat11. Faktor penarik kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu yang pertama ialah perkembangan atau kekayaan ekonomi di Tanah Melayu (Industri Perlombongan dan Industri Pertanian). Pada pertengahan abad ke-19, ekonomi Tanah Melayu sangat berkembang dengan pesatnya iaitu berikutan hasil pelaburan British dan kemasukan para saudagar Cina dalam industri getah dan bijih timah12. Tanah Melayu mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi kerana menyediakan peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah, di kawasan ladang lada hitam dan kawasan ladang kopi. Misalnya, antara tahun 1899 hingga 1900, sejumlah 100 ribu orang Cina telah menetap atau tinggal di Tanah Melayu kesan daripada penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ekoran daripada kenaikan harga pasaran bijih timah. Di samping itu, kemajuan perusahaan getah juga menarik kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu. Pada tahun 1931, hampir separuh penduduk yang terlibat dalam penanaman getah merupakan orang Cina13. Faktor penarik yang kedua ialah perkembangan Revolusi Industri di Eropah iaitu telah meningkatkan lagi permintaan ke atas bijih timah dan telah menyebabkan lebih banyak lombong bijih timah telah dibuka dan meningkatkan keperluan terhadap tenaga pekerja atau buruh. Kaum imigran telah tertumpu10 11 12 13Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:105 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:105 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&amp;Aima Mohammad(2012),hal:66 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:1046 7. atau berpusat di kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh, Kampar dan Lukut14. Kedatangan orang Cina secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di kawasan perlombongan bijih timah dan bekerja sebagai peniaga di kedai runcit terutamanya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Misalnya, tahun 1912, hampir kesemua bijih timah telah dikeluarkan oleh pelombong Cina dengan menggunakan kaedah atau cara lombong dedah, mesin wap dan pam kerikil berikutan tahun 1848, Long Jaafar telah menjumpai longgokan bijih timah dalam kuantiti yang banyak di Larut, Perak15. Faktor penarik yang ketiga pula ialah pembukaan pelabuhan di Singapura dan Pulau Pinang juga banyak mempengaruhi kemasukan imigran ke Tanah Melayu. Ini adalah berikutan perkembangan perdagangan pada awal abad ke-19. Selain berniaga, orang Cina terlibat dalam kerja sampingan iaitu bertukang dan menjadi buruh. Contohnya, pada tahun 1820 terdapat sejumlah 85000 orang Cina di Pulau Pinang, pada tahun 1822 pula terdapat 1200 orang Cina di Singapura dan 4000 orang Cina di Melaka pada tahun 1826. Negeri-negeri Selat telah menjadi pangkalan kemasukan imigran Cina dan mereka juga terlibat dalam sektor penanaman gambir, lada hitam dan tebu16. Faktor penarik yang keempat yang mempengaruhi penghijrahan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah Dasar Pentadbiran British yang mengalu-alukan kedatangan imigran Cina. Ini adalah disebabkan kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah. Tambahan pula, pihak British tidak berminat untuk memajukan orang Melayu bagi tujuan pertahanan kerana dikhuatiri orang Melayu akan bangkit menentang mereka satu hari kelak. Cara pihak British bagi menarik minat imigran-imigran Cina ke Tanah Melayu, mereka telah mewujudkan kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda imigran-imigran Cina di Tanah Melayu. Contohya, pihak British telah berjaya menamatkan Perang Larut, Perang Kelang dan membanteraskan atau menghapuskan kegiatan perlanunan. Dalam masa yang sama, pihak British tidak mengenakan sebarang sekatan dan menggalakkan kemasukan orang-orang Cina hingga tahun 1929. Dengan ini, kehadiran imigran-imigran Cina mampu mangatasi masalah kekurangan tenaga kerja atau tenaga buruh di sektor perladangan mahupun di sektor pertanian. Secara tidak langsung impian British untuk mengaut faedah atau mengekploitasi kekayaan daripada sumber bumi Tanah Melayu tercapai17. Hasil campur tangan pihak British telah berjaya menghapuskan kegiatan kongsi gelap, perebutan takhta dan perang saudara dan dapat menyakinkan bahawa berlaku kestabilan poloitik di Perak, Selangor dan Sungai Ujong. Manakala, sejak tahun 1874 pihak British telah mewujudkan dasar migrasi berbentuk bebas iaitu tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing. Situasi ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan Jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada penindasan dan penganiayaan pihak kongsi gelap ataupun pihak majikan itu sendiri. Ini juga menjelaskan bahawa tindakan dan dasar yang dikuatkuasakan adalah untuk memastikan mereka tidak akan kehilangan buruh bagi menjana 14Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&amp;Aima Mohammad(2012),hal:66 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:102 16 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&amp;Aima Mohammad(2012),hal:66 17 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:105 157 8. ekonomi Tanah Melayu. Tambahan pula, kewujudan undang-undang buruh. Ini adalah untuk memastikan para majikan memberi kemudahan yang sesuai atau yang sepatutnya kepada buruh-buruh imigran Cina. Ini telah menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke Negara asal mereka.tahun 1927 sehingga 1932 telah berlaku kemelesetan ekonomi, imigran-imgran Cina enggan pulang ke Negara asal dan telah menjadi masalah kepada pihak British. Faktor penarik yang kelima ialah kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi. Ini dapat dihuraikan dengan pihak British telah menganggap bangsa Melayu adalah satu bangsa yang malas bekerja. Orang-orang Melayu dilihat sebagai satu bangsa yang tidak mahu berusaha keras tetapi cenderun...</p>