jk pemandu
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PEMANDU ICT JPA
BIL. 4 TAHUN 2008
_____________________________________________________________________
Tarikh : 22 Disember 2008 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif,Aras 13, Blok C1 , Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan PersekutuanPutrajaya.
______________________________________________________________________
HADIR :
1. Timb. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) - Pengerusi
Y.Bhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias
2. Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat - Ahli
Encik Kamarudin bin Tahir
3. Pengarah Bahagian Perkhidmatan - Ahli
(Diwakili Oleh: Encik Sohime bin Ahmad)
TPBK(K)C
4. Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi - Ahli
(Diwakili Oleh: Encik Abdul Rahman bin Mohamad)
TPB(O)M
5. Pengarah INTAN - Ahli
(Diwakili Oleh: Dr. Azizah binti Abd Manan)
TPI(ICT)INTAN
1

6. Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan - Ahli
(Diwakili Oleh: Puan Norihan Bt Mohamed Naim)
KPP(I)P
7. Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan - Ahli
Encik Amir bin Hj. Abd. Hamid
8. Pengarah Bahagian Saraan - Ahli
(Diwakili Oleh: Encik Lim Eng Hock)
TPB(S)K
9. Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan - Ahli
(Diwakili Oleh: Encik Kamarulzaman bin Mat Zain)
KPP(P)ICT3
10. Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat - Ahli
(Diwakili Oleh: Encik Mohamed Musaddik bin Abdul Majid)
TPBK(PP)D
11. Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi - Ahli
(Diwakili Oleh: Puan Ruziati binti Mior Ahamad Ariffin)
TPBPs
12. Ketua Unit Audit Dalam - Ahli
Puan Holesoh binti Saibon
13. Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat - Setiausaha
Tuan Haji Sabri bin Omar
2

TURUT HADIR:
1. Dr. Mazlan bin Harun - Ketua Pengurusan Teknologi INTAN
2. Encik Shukri bin Hamat - TP(M)T
3. Encik Khairulazli bin Othman - TPB(U)S
4. Tuan Haji Mohd Sahar bin Md Noor - KPP(M)SK
5. Tuan Haji Abdul Hamid bin Ahmad - KPP(M)TU
6. Tuan Haji Sarpin bin Nawawi - KPP(M)SP
7. Encik Ab. Razak bin Safii - KPP(M)PP
8. Encik Mohd Hazli bin [email protected] - KPP(M)PL
9. Dr. Muhamad Sade bin Mohamed Amin - KPP(M)PB
10. Puan Khalidah binti Othman - KPP(M)SQ
11. Encik Hasim bin Zainal Abidin - KPP(M)TP
12. Puan Marina binti Said - KPP(M)TS
13. Cik Rosnani binti Saion - KPP(M)TR
14. Encik Mohd Fauzi bin Hussin - KPP(M)TU1
15. Puan Zanawiah binti Hassan - KPP(S)T
16. Puan Pinta Zulfitri binti Mirza Asfian - KPP(K)P
17. Encik Zulkarnain bin Rohimi - PP(P)ICT4
18. Encik Mohd Kamal Azizi bin Shaadan - PP(Ps)A
URUS SETIA :
1. Encik Hussin bin Abu Bakar - KPP(M)SS
2. Puan Sarimah binti Abu - PP(M)SS1
3. Puan Rohani binti Abdul Majid - PP(M)SS7
4. Puan Zulfa bt Mohamed Hamim @ Abdul Hamid - PP(M)SS8
5. Encik Nik Yusmadi bin Nik Yusoff - PPTM(M)SS6
6. Encik Mohd Razali bin Azri - PPTM(M)SS7
3

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Y.Bhg. Dato’ Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul
Kitab dan ucapan syukur kepada Ilahi serta terima kasih atas kehadiran
semua pegawai di Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JPA
Bil. 4/2008 yang merupakan mesyuarat yang keempat dan terakhir bagi
tahun 2008 seperti yang telah dirancang.
1.2 Y.Bhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat berhubung dengan
Laporan Biro Pengaduan Awam bagi tahun 2008 (1 Januari 2008 – 31
Oktober 2008) yang menyatakan sebanyak 1,999 aduan bagi kes
sebenar telah diterima pada tahun ini dan jumlah tersebut meningkat
sebanyak 211 kes berbanding 1,788 kes sepanjang tahun 2007. Laporan
tersebut turut menyatakan bahawa JPA berada di kedudukan ke-18
agensi kerajaan yang menerima aduan tertinggi iaitu sebanyak 28
aduan. Y.Bhg Dato’ Pengerusi berpendapat aduan yang diterima boleh
dikurangkan sekiranya JPA sentiasa mempertingkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan awam seperti HRMIS, eSILA, POWER, dan
EPSA dengan lebih berkesan.
1.3 Y.Bhg. Dato’ Pengerusi memperingatkan ahli mesyuarat terutama BPM,
INTAN dan BP yang dipertanggungjawab untuk menguruskan perolehan
ICT JPA, perlu memastikan pembayaran untuk perolehan tahun ini dapat
disempurnakan sebelum akhir tahun. Y.Bhg. Dato’ Pengerusi
memaklumkan prestasi belanja pembangunan 2008 yang dikawal oleh
BPM telah mencapai 74.31% dari jumlah peruntukan sebanyak
RM25,364,000.00 dan berharap pembayaran terhadap perolehan yang
dibuat diselesaikan pada tahun ini juga untuk mengelakkan dikenakan
AP58(a) di mana pembayaran akan menggunakan peruntukan 2009.
Perkara ini perlu dielakkan supaya tidak menjejaskan perancangan
4

perolehan bagi 2009. Sehubungan itu, Y.Bhg. Dato’ Pengerusi meminta
agar BPM, INTAN dan BP dapat membuat perancangan perolehan
peralatan ICT tahun 2009 dengan lebih teliti agar perolehan dapat dibuat
lebih awal dan mengelakkan masalah pembayaran pada akhir tahun.
Tindakan: BPM, INTAN & BP
1.4 Y.Bhg. Dato’ Pengerusi turut memaklumkan pada 6 November 2008,
Majlis Forum Pengguna HRMIS Bil. 3/2008 telah diadakan dan telah
memberi banyak maklumat untuk JPA memperkemaskan pelan
pelaksanaan HRMIS bagi tahun 2009. Isu-isu seperti peralatan dan
rangkaian perlu dilihat dan dipertingkatkan. Y.Bhg. Dato’ Pengerusi
meminta agar JPA dapat mewujudkan pakar dalaman secepat mungkin
supaya penggantungan kepada pihak MMSCB dapat dikurangkan.
Sudah sampai masanya JPA mengambil alih sepenuhnya HRMIS
daripada pihak luar dengan menyediakan kepakaran dan ilmu yang
cukup kepada pegawai-pegawai ICT daripada semua bahagian melalui
program-program latihan yang berkesan bagi memastikan mereka tidak
ketinggalan dengan ilmu dan teknologi terkini dalam dunia ICT.
Tindakan: BPM
1.5 Selain itu, Y.Bhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan kerajaan telah mula
melaksanakan projek eKL pada awal tahun 2008 di mana pelbagai
kemudahan telah disediakan seperti pembayaran bil, pertanyaan,
perkhidmatan SMS dan sebagainya. Y.Bhg. Dato’ Pengerusi berharap
agar semua kemudahan yang telah disediakan dalam eKL seperti
bayaran cukai taksiran, bayaran bil pembetungan, bayaran zakat, aduan
dan sebagainya dapat dimaklumkan kepada semua warga JPA untuk
menggunakannya.
Tindakan: Semua Bahagian
5

1.6 Y.Bhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun hadapan,
mesyuarat pengurusan JPA akan menggunakan perisian MyMeeting
untuk urusan-urusan mesyuarat. Untuk tujuan itu, pihak BPM dengan
kerjasama daripada MAMPU akan memberikan latihan kepada urus setia
mesyuarat pengurusan JPA sebelum dipanjangkan ke mesyuarat-
mesyuarat lain di JPA.
Tindakan: BPM
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JPA Bil. 3/2008
bertarikh 11 September 2008 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Sistem Pengurusan Aset (SPA)
3.1.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) surat permohonan rasmi untuk mendapatkan Sistem
Pengurusan Aset (SPA) telah dihantar kepada Kementerian
Kewangan pada 21 Oktober 2008; dan
b) Sektor Perolehan BKP sedang dalam proses membeli sistem
ini dengan anggaran kos sebanyak RM38,000.00 termasuk
lesen pengguna dan perisian daripada syarikat Kanntronics
Sdn.Bhd. dan dijangka dapat digunakan pada awal tahun 2009.
Makluman
6

3.1.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya BPM dengan
kerjasama BKP sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada
Kementerian Kewangan berkenaan kelulusan pembelian Sistem
Pengurusan Aset (SPA) tersebut.
Tindakan: BPM & BKP
3.2 Pelaksanaan Human Resource Management Information System (HRMIS)
3.2.1 Maklumat Anggota Pentadbiran
3.2.1.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa satu
mesyuarat antara BPM JPA, Bahagian Kabinet JPM,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat
Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia telah
diadakan pada 5 Disember 2008. Mesyuarat
memutuskan bahawa satu keputusan dasar perlu
diperoleh terlebih dahulu sebelum maklumat Anggota
Pentadbiran boleh diselenggarakan dalam HRMIS.
Pihak BPM JPA akan mengadakan perbincangan
lanjut dengan Bahagian Kabinet JPM berkenaan
perkara ini.
Makluman
3.2.1.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju agar
perbincangan lanjut dengan Bahagian Kabinet JPM
diadakan dengan segera.
Tindakan: BPM
7

3.2.2 Penyelarasan Migrasi SISPEN-HRMIS
3.2.2.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa JPA telah
memberhentikan peralihan data SISPEN dan
pengemaskinian maklumat hendaklah terus dibuat
melalui HRMIS.
Makluman
3.2.3 Penambahbaikan Direktori Kerajaan
3.2.3.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa
pembentangan cadangan pelaksanaan
penambahbaikan Goverment Directory (GD) di
Mesyuarat Pengurusan JPA akan dibuat pada
pertengahan bulan Januari 2009.
Makluman
3.2.4 Perubahan Skop dan Strategi Pelaksanaan HRMIS Sektor
Awam 2008-2010
3.2.4.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa status terkini
Perubahan Skop dan Strategi Pelaksanaan HRMIS Sektor
Awam 2008-2010 adalah seperti berikut:
8

a) Pelaksanaan Modul (T1);
Status TerkiniStatus Terkini Pencapaian/OutcomePencapaian/Outcome
Pelaksanaan ModulPelaksanaan Modul Teras 1 (T1) Teras 1 (T1)
UnitUnit Organisasi Organisasi AktivitiAktiviti
Organisasi Organisasi JawatanJawatan
SebenarSebenar SandanganSandangan
-- Struktur perjawatan dan Struktur perjawatan dan sandangan telah selesai sandangan telah selesai sepenuhnya bagi 724 sepenuhnya bagi 724 agensi. agensi.
- Status perjawatan dan Status perjawatan dan pengisian sehingga 5 pengisian sehingga 5 Disember 2008 iaitu Disember 2008 iaitu sebanyak 1,175 laporansebanyak 1,175 laporan telah dikeluarkan untuk telah dikeluarkan untuk kegunaan Parlimen, Jabatankegunaan Parlimen, Jabatan Perangkaan, Badan Perangkaan, Badan Pencegah Rasuah dan Pencegah Rasuah dan syarikat-syarikat swasta.syarikat-syarikat swasta.
b) Pelaksanaan Modul (T2);
Status TerkiniStatus Terkini Pencapaian/OutcomePencapaian/Outcome
PelaksanaanPelaksanaanModul Modul Teras 2 (T2) Teras 2 (T2)
PengurusanPengurusan Rekod PeribadiRekod Peribadi
Profil Profil Perkhidmatan Perkhidmatan
PerisytiharanPerisytiharan Harta Harta
DataData PerjawatanPerjawatan
Pengurusan Rekod PeribadiPengurusan Rekod Peribadi
94% data peribadi (13 elemen) 94% data peribadi (13 elemen) daripada Jabatan Pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara telah dikemas kini.Negara telah dikemas kini.
Profil PerkhidmatanProfil Perkhidmatan
71% maklumat gaji bagi tujuan 71% maklumat gaji bagi tujuan penggunaan eGL telah dikemas kini.penggunaan eGL telah dikemas kini.
Perisytiharan HartaPerisytiharan Harta
20% agensi (143) telah 20% agensi (143) telah menggunakan modul melibatkan menggunakan modul melibatkan 5,577 pemilik kompetensi.5,577 pemilik kompetensi.
Data PerjawatanData Perjawatan
Sebanyak 392 daripada 1,390 Sebanyak 392 daripada 1,390 waran 2007-2008 melibatkan 47,760waran 2007-2008 melibatkan 47,760 perjawatan telah selesai dikemas perjawatan telah selesai dikemas kini oleh agensi melalui aplikasi.kini oleh agensi melalui aplikasi.
9

c) Pelaksanaan Modul (K3);
Status TerkiniStatus Terkini Pencapaian/OutcomePencapaian/Outcome
PelaksanaanPelaksanaanModul Modul Kritikal 3 (K3) Kritikal 3 (K3) Modul Modul
PembangunanPembangunan OrganisasiOrganisasi
Modul Modul Perolehan Perolehan Sumber Sumber ManusiaManusia
Modul Modul Penamatan Penamatan PerkhidmatanPerkhidmatan
Modul Pembangunan Modul Pembangunan OrganisasiOrganisasi
Semua kementerian dan SUK Semua kementerian dan SUK telah menggunakan modul ini.telah menggunakan modul ini.
Modul Perolehan Sumber Modul Perolehan Sumber ManusiaManusia
Latihan pengguna telah diberi Latihan pengguna telah diberi kepada semua kementerian. kepada semua kementerian.
Modul Penamatan Modul Penamatan PerkhidmatanPerkhidmatan9 kementerian (Kementerian 9 kementerian (Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, KementerianPelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kesihatan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Pertahanan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perumahan, Raya, Kementerian Perumahan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Luar Negeri) dan Kementerian Luar Negeri) dan JPA telah menggunakan modul JPA telah menggunakan modul ini.ini.
d) Penambahbaikan Aplikasi;
10

Status TerkiniStatus TerkiniPencapaian/Pencapaian/
OutcomeOutcome
PENAMBAH-BAIKAN
KUANTITI IMPAK
Perubahan Dasar dan Proses
(Pekeliling sehingga 19 Nov. 2008)
49
24
13Dalam Kajian
Fungsi tambahan atas permintaan
agensi dan pemilik proses
27 27
Log Meja Bantuan
(sehingga 31 Okt 2008)
920 920
Penambahbaikan Penambahbaikan dilakukan secara dilakukan secara berterusan bagi berterusan bagi memastikan memastikan sistem sentiasa sistem sentiasa relevan dengan relevan dengan keperluan keperluan semasa. semasa.
e) Taklimat/Latihan/Lawatan/Pemantauan/Khidmat
Nasihat; dan
Status TerkiniStatus Terkini Pencapaian/Pencapaian/OutcomeOutcome
120 sesi taklimat 120 sesi taklimat pengenalan/ pelaksanaan pengenalan/ pelaksanaan HRMISHRMIS
25 sesi latihan penyediaan 25 sesi latihan penyediaan data asas data asas
133 sesi latihan pengguna 133 sesi latihan pengguna modul/submodul modul/submodul melibatkan 3,491 pesertamelibatkan 3,491 peserta
8 sesi lawatan diketuai oleh8 sesi lawatan diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ TKPPA(O)Y.Bhg. Dato’ TKPPA(O)
34 sesi naziran 34 sesi naziran pelaksanaan di Agensi pelaksanaan di Agensi Perintis, Kementerian dan Perintis, Kementerian dan PSUK PSUK
44 sesi khidmat nasihat 44 sesi khidmat nasihat pelaksanaanpelaksanaan
109,764 109,764 pengguna pengguna telah telah menggunakanmenggunakan14 modul / 14 modul / submodul submodul HRMISHRMIS
f) status Kewangan sehingga 11 Disember 2008.
11

Kos Asal Projek
(RM)
Kos Projek Selepas Pindaan
Thn Peruntukan
(RM)
Perbelanjaan
(RM)
75,000,075,000,000 00
-- 20082008 19,329,000* 19,329,000* 12,858,198.2512,858,198.25
( 66.52 % ) ( 66.52 % )
Makluman
3.2.5 Hasil Survey Tahap Perubahan Minda Dalam Pelaksanaan
Aplikasi HRMIS
3.2.5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) pemurnian kriteria soal selidik HRMIS telah
siap pada 5 Disember 2008; dan
b) perancangan soal selidik HRMIS adalah
seperti berikut:
pemurnian kriteria soal selidik HRMIS – 5
Disember 2008;
mengedar soal selidik kepada
Kementerian dan SUK – 15 Disember
2008; dan
penerimaan semula soal selidik – 15
Januari 2009.
Makluman
3.2.5.2 Mesyuarat bersetuju meminta BPM menerangkan
dapatan daripada soal selidik ini di mesyuarat akan
datang.
12

Tindakan: BPM
3.3 Pelaksanaan Pengkomputeran di Bahagian-bahagian JPA
3.3.1 Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
3.3.1.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan
Kertas 1 : Status Perolehan Peralatan dan Perisian
ICT 2008 (BPM) yang meliputi perkara-perkara
berikut:
a) perolehan ICT BPM 2008 melibatkan perkara-
perkara berikut:
HRMIS
- Business Continuity Facility –
Kelancaran Pengoperasian Sistem;
- Penambahbaikan Sistem Aplikasi
HRMIS berdasarkan perubahan
polisi dan dasar Pengurusan Sumber
Manusia; dan
- Aktiviti peluasan aplikasi HRMIS
selaras dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 12/2005.
BTM
- Perolehan Infrastruktur ICT;
- Perolehan Server;
- Alatan Sokongan ICT dan Bukan ICT
termasuk Aksesori;
- Perisian dan Khidmat Runding;
13

- Keselamatan Infrastruktur ICT
termasuk Rangkaian;
- Pembangunan Multimedia;
- Makmal Pembaikan Peralatan
ICT/Bilik Latihan;
- Naik taraf Pusat Data JPA;
- OSS – Latihan, Pembangunan
Sistem Aplikasi serta penggunaan
Office Automation versi OSS (Linux
Platform); dan
- Peralatan Rangkaian dan
Keselamatan Cyberjaya.
b) sehingga 22 Disember 2008, status
perbelanjaan bajet pembangunan BPM ialah:
Peruntukan (RM)
Perbelanjaan (termasuk
tanggungan)
BTM 6,035,000.00 5,215,616.07
(86.42 %)
HRMIS 19,329,000.00 13,632,700.00
(70.53%)
JUMLAH 25,364,000.00 18,848,316.07
(74.31%)
Makluman
3.3.1.2 Mesyuarat bersetuju supaya BPM memaklumkan
kemajuan perolehan ICT ini di mesyuarat akan
datang.
14

Tindakan: BPM
3.3.2 Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP)
3.3.2.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan
Kertas 2 : Status Perolehan Peralatan dan Perisian
ICT 2008 (BP) yang meliputi perkara-perkara berikut:
a) perolehan ICT BP 2008 melibatkan perkara-
perkara berikut:
Perolehan Infrastruktur ICT (RM1,800,000);
Perolehan Server (RM1,000,000); dan
Kemudahan Pemulihan Bencana
(RM1,000,000).
b) sehingga 19 Disember 2008, status
perbelanjaan bajet pembangunan BP ialah:
Peruntukan : RM4,750,000.00
Perbelanjaan: RM3,778,383.70
Prestasi: 79.5%
c) penjimatan sebanyak RM971,616.00 tidak
dapat dibelanjakan disebabkan harga tawaran
tender yang lebih rendah daripada anggaran
asal dan dicadangkan dibawa ke tahun 2010.
Makluman
15

3.3.2.2 Mesyuarat bersetuju supaya BP memaklumkan
kemajuan perolehan ICT ini di mesyuarat akan
datang.
Tindakan: BP
3.3.3 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
3.3.3.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan
Kertas 7 : Status Perolehan Peralatan dan Perisian
ICT 2008 (INTAN) yang meliputi perkara-perkara
berikut:
a) perolehan ICT INTAN 2008 melibatkan
perkara-perkara berikut:
pembangunan Sistem ISAC Secara
Teragih;
e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA);
perolehan 120 Komputer untuk Makmal-
makmal di INTAN Bukit Kiara;
perolehan Perkakasan dan Perisian
Makmal Bahasa;
perolehan Workstation untuk Bilik Kuliah
di INTAN Bukit Kiara dan INTENGAH;
penyelenggaraan Videowall;
penyelenggaraan Audio Video ;
penyelenggaraan Sidang Video ;
naik taraf Lesen Kamus Dewan Eja Pro;
pembaharuan Lesen Veritas (System
Backup EPSA);
penyelenggaraan Sistem e-mel;
16

penyelenggaraan Server Aplikasi ;
pembaharuan Lesen Anti-Virus;
penyelenggaraan Anti-Virus;
perolehan Perisian SPSS;
DRC;
Peningkatan Bandwidth INTAN*NET;
Perolehan Alat Ganti Peralatan ICT;
Perolehan Alat Ganti Rangkaian; dan
Pembelian Alat Ganti Bulb Projektor.
b) status perolehan peralatan dan perisian ICT
2008 adalah seperti berikut:
Bil. PerkaraPerolehan ICT
2008
1. Perolehan Bajet Pembangunan
RM449,964
2. Perolehan Wang Amanah
RM1,265,640
3. Perolehan Bajet Mengurus
RM4,399,501
Jumlah: RM6,115,105
Makluman
3.3.3.2 Mesyuarat bersetuju supaya INTAN memaklumkan
kemajuan perolehan ICT ini di mesyuarat akan
datang.
Tindakan: INTAN
3.4 Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) JPA
17

3.4.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) PSTM JPA 2009-2013 yang dibangunkan akan mengambil kira
Pelan Strategik JPA 2008-2010 dan slogan “JPA Peneraju
Perkhidmatan Awam”. Justeru itu PSTM JPA ini akan menjadi
dokumen blueprint strategik bagi perancangan dan pelaksanaan
projek-projek ICT JPA yang diterajui oleh INTAN, Bahagian
Pengurusan Maklumat (BPM) dan Bahagian Pasca
Perkhidmatan (BP). PSTM ini akan diselaraskan dengan PSTM
Sektor Awam, MAMPU bagi memastikan semua inisiatif ICT
yang dirancang adalah sejajar dengan hala tuju ICT sektor
awam;
b) pembangunan PSTM JPA telah bermula pada bulan Ogos 2008
dan dijangka siap pada akhir Disember 2008. Status
pembangunan PSTM JPA masih di fasa I dan II iaitu Business
Analysis dan ICT Analysis sebelum beralih ke fasa III dan IV
iaitu Gap Analysis and ICT Opportunity dan Building ICT
Strategy and Implementation Plan; dan
c) aktiviti yang telah dilaksanakan dalam fasa I dan fasa II adalah
seperti berikut:
taklimat ISP di INTAN Kiara pada 13 Ogos 2008 untuk
memberi kefahaman mengenai metodologi pembangunan
PSTM kepada ahli pasukan; dan
Bengkel Business and ICT Analysis telah diadakan di Tiara
Beach Resort, Port Dickson pada 23-24 Oktober 2008 bagi
mengenal pasti objektif dan strategi korporat JPA dan juga
18

menilai, menganalisis serta mendokumenkan persekitaran
perkhidmatan dan ICT JPA. Bengkel ini dihadiri oleh wakil-
wakil bahagian.
Makluman
3.4.2 Mesyuarat bersetuju meminta BPM menyegerakan penyediaan
PSTM JPA ini.
Tindakan: BPM
3.5 Permohonan Perolehan ICT Bagi Perpindahan Ke Cyberjaya
3.5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) kelulusan daripada Kementerian Kewangan bagi menggunakan
lebihan peruntukan bajet pembangunan telah diperoleh;
b) lebihan Peruntukan Bajet Pembangunan bagi tahun 2006 dan
2007 sebanyak RM3,425,500.00 telah dipindahkan bagi tujuan
perolehan perkakasan server, perisian dan lain-lain infrastruktur
ICT bagi Data Center JPA yang baru di Cyberjaya pada 29
September 2008;
c) tender bagi perolehan ICT ke Cyberjaya telah ditawarkan
kepada syarikat Service Soft Sdn. Bhd. dengan kos sebanyak
RM2,300,000.00; dan
d) pembekalan akan dimulakan pada awal Disember 2008,
manakala pemasangan akan dibuat apabila lokasi di Cyberjaya
siap pada bulan Februari 2009.
Makluman
19

3.5.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya BPM membuat
penyeliaan yang rapi semasa proses pembekalan dijalankan di
Cyberjaya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku.
Tindakan: BPM
3.6 Status Portal JPA
3.6.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Portal JPA dalam proses
penambahbaikan versi Bahasa Inggeris. Satu Mesyuarat Kerja
Penambahbaikan Portal JPA telah diadakan di Corus Paradise,
Port Dickson yang dihadiri oleh Jawatankuasa Kandungan Portal
JPA pada 18 - 19 Disember 2008.
Makluman
3.6.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya
penambahbaikan portal yang dilakukan tidak hanya mementingkan
kecantikan portal sahaja tetapi isi kandungan yang terdapat di
dalam portal turut dititikberatkan untuk memberi manfaat kepada
semua pelanggan JPA. Selain itu, ciri-ciri kandungan portal juga
mestilah mengambil kira keperluan orang kurang upaya untuk
mengaksesnya. Kriteria ini penting dalam penilaian portal-portal
setiap agensi oleh MAMPU dan MDEC.
Tindakan: BPM & BPP
3.7 Pelaksanaan Perisian Sumber Terbuka Open Office
3.7.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
20

a) soal selidik penggunaan perisian Open Office secara atas
talian kepada warga BPM telah dilaksanakan pada 30 Oktober
sehingga 17 November 2008. Seramai 66 orang responden
daripada 100 orang telah mengisi soal selidik mengikut
pecahan seperti di bawah:
Kumpulan Jawatan : JUSA -1(1.52%), P&P - 31(46.97%),
Sokongan I – 32 (48.48%), Sokongan II – 2 ( 3.03%); dan
Skim Perkhidmatan : Sistem Maklumat (F) – 60 (90.91%),
Tadbir dan Diplomatik (M) – 4 (6.06%), Pentadbiran dan
Pembangunan (N) – 2 (3.03% ) dan Lain-lain 0 (0.0%).
b) soal selidik ini bertujuan:
mengenal pasti pengguna OpenOffice.org dan bilangannya;
mengkaji keberkesanan penggunaan OpenOffice.org dari
segi kekuatan dan kelemahannya; dan
mengkaji adakah OpenOffice.org setanding dengan produk
Microsoft Office.
c) objektif penggunaan OpenOffice.org adalah seperti berikut:
mengurangkan kos pembelian lesen;
mengurangkan penggantungan kepada produk Microsoft
Office;
memperluaskan penggunaan OpenOffice.org selaras
dengan galakan kerajaan dalam penggunaan perisian
sumber terbuka; dan
menambahkan pengetahuan ICT warga BPM.
21

d) kesimpulan yang didapati daripada soal selidik adalah:
seramai 28 (42.42%) daripada responden berpengalaman
dan berkemahiran untuk menggunakan OpenOffice.org
sepenuhnya;
59 (89.39%) responden telah menyatakan tiada masalah jika
pelaksanaan OpenOffice.org ini dijalankan;
32 (48.48%) responden yakin dengan kebolehpercayaan
dan ciri-ciri keselamatan pada OpenOffice.org;
47 (71.21%) responden menyatakan Perisian
OpenOffice.org mudah dipelajari kerana mempunyai logik
dan struktur yang hampir sama dengan perisian komersial
yang lain;
walau bagaimanapun, 30 (45.45%)responden bersetuju
Perisian OpenOffice.org masih tidak dapat menandingi
kemudahan yang ada pada perisian Microsoft; dan
seramai 40 (60.61%) bersetuju kejayaan pelaksanaan ini
memerlukan sokongan/galakan daripada pengurusan BPM
manakala 44 (66.67%) responden bersetuju menggunakan
OpenOffice.org sepenuhnya jika arahan bertulis
mengenainya dikeluarkan oleh pengurusan BPM.
Makluman
3.7.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya:
22

a) BPM membuat kajian dengan lebih terperinci dahulu dan
membuat perbandingan pemakaian OpenOffice.org tersebut
dengan agensi lain untuk memastikan kebolehpercayaan
produk ini digunakan di JPA; dan
b) memanjangkan pemakaian OpenOffice.org kepada
bahagian lain.
Tindakan: BPM
3.8 Cadangan Pembangunan Semula Sistem IT Skill Assessment And
Certification (ISAC)
3.8.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) pihak INTAN sedang dalam proses peringkat akhir
penyediaan dokumen sebut harga dan urusan panggilan
syarikat untuk sebut harga dijangka dapat diadakan dalam
bulan Disember 2008; dan
b) pihak INTAN akan menawarkan penilaian ISAC di peringkat
lanjutan (Advanced Level) setelah ISAC Teragih
dilaksanakan pada tahun 2009.
3.8.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya:
a) INTAN menyegerakan pembangunan semula ISAC yang
dijangka siap pada Jun 2009; dan
23

b) mengambil Pekerja Khidmat Singkat (PKS) jika perlu dalam
proses pembangunan sistem tersebut memandangkan
masalah kekurangan kakitangan.
Tindakan: INTAN
3.9 Peranan JPA dalam pelaksanaan eKL
3.9.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) penyelarasan antara semua bahagian di JPA telah diadakan
pada 1 Disember 2008; dan
b) satu taklimat Cadangan Pelaksanaan Gerbang SMS
Kerajaan (mySMS) daripada pihak MAMPU dan Syarikat
DAPAT Vista Sdn. Bhd. telah diberikan kepada semua
bahagian JPA pada 16 Disember 2008.
Makluman
3.9.2 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 5:
Peranan JPA dalam eKL dan Promosi eKL di JPA meliputi perkara-
perkara berikut:
a) tujuan taklimat ini adalah untuk mendapatkan kelulusan JPICT
JPA bagi melaksanakan perkhidmatan MySMS yang
merupakan salah satu projek eKL di JPA;
b) Jawatankuasa Pemandu eKL Bil. 3/2007 yang bersidang pada
17 Ogos 2007 telah bersetuju dengan kertas ‘Cadangan
Meningkatkan Perkhidmatan Penyampaian Agensi Kerajaan Di
Kawasan Lembah Klang Menerusi Saluran SMS’ dengan
24

mewujudkan Satu Gerbang SMS yang memberikan
perkhidmatan yang berkesan, mudah dan tidak membebankan
orang ramai untuk seluruh agensi kerajaan;
c) antara konsep MySMS yang diperkenalkan adalah seperti:
memudahkan agensi – menyediakan gerbang SMS untuk
kegunaan semua agensi seluruh negara;
memudahkan orang ramai – satu nombor untuk kesemua
agensi;
penyeragaman format SMS yang perlu dihantar – format
yang sama untuk semua agensi;
memudahkan kempen promosi – satu kempen untuk
semua;
kerahsiaan maklumat penghantar – data sentiasa di bawah
kawalan Kerajaan; dan
memudahkan pemantauan dilakukan secara on-line.
d) ciri-ciri perkhidmatan MySMS adalah seperti di bawah iaitu:
menggunakan satu nombor capaian iaitu 15888;
melantik Service Provider (SP) untuk membangun dan
menguruskan Gerbang SMS (Dapat Vista Sdn. Bhd);
pasukan SMS Kerajaan untuk memantau pelaksanaan
SMS;
Kerajaan tidak menerima bahagian dari caj yang
dikenakan;
dan
25

Maklumat TERPERINGKAT perlu dikendalikan secara
khusus (Aspek Keselamatan & Perundangan).
e) terdapat empat (4) aplikasi di dalam perkhidmatan MySMS iaitu:
SMS Maklumat atas permintaan (IOD);
SMS Dokumen atas permintaan (DOD);
SMS Hebahan (B); dan
SMS Aduan (A).
f) dalam melaksanakan MySMS, JPA berperanan untuk:
menyediakan kandungan perkhidmatan SMS;
menyediakan dan membangunkan integrasi ke SP
MySMS;
menyediakan khidmat sokongan untuk menjawab
pertanyaan perkhidmatan SMS;
melaksanakan pemantauan pelaksanaan SMS; dan
melaksanakan aktiviti promosi perkhidmatan SMS.
g) antara tindakan yang perlu dilakukan oleh agensi adalah:
agensi perlu mengenal pasti perkhidmatan SMS;
mengesahkan Laporan Perancangan Pelaksanaan SMS
(Keperluan teknikal & Project Timeline);
menyediakan dan membangunkan integrasi ke Gerbang;
perlu menubuhkan tadbir urus perkhidmatan SMS agensi
(Jawatankuasa Pemandu ICT Agensi);
menyediakan khidmat sokongan untuk menjawab
pertanyaan perkhidmatan SMS agensi;
melaksanakan pemantauan pelaksanaan SMS agensi;
26

melaksanakan aktiviti promosi perkhidmatan SMS agensi;
dan
menyediakan peruntukan untuk setup, integrasi,
penyelenggaraan, promosi dan kos hebahan (2009 dan
seterusnya).
h) agensi perlu menyediakan kos pelaksanaan tertentu seperti
berikut:
Kos Integrasi - mewujudkan integrasi di antara agensi ke
Gerbang SMS Kerajaan bagi membolehkan agensi
memulakan perkhidmatan SMS;
BIL PERKARA AMAUN
1. Kos aplikasi- Penyediaan SRS- Latihan- Integrasi- Portal
RM 500HinggaRM10,000
Kos Setup dan Penyelenggaraan - membangunkan aplikasi /
kandungan perkhidmatan SMS yang akan ditawarkan oleh
agensi kepada orang ramai;
BIL PERKARA AMAUN
1. Kos aplikasi RM10,000
2. Customisation Application RM55,000
3. Kos Perkakasan & Perisian RM35,000
Jumlah Kos Set Up: RM100,000
4. Penyelenggaraan RM15,000
Kos Hebahan - untuk hebahan kepada penerima seperti
penghantaran notifikasi tamat cukai jalan;
27

Bil. PERKARA AMAUN
1. Kos setiap SMS yang dihantar keluar 10 sen
Kos Promosi - mengadakan promosi secara berterusan
terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi;
Bil. PERKARA AMAUN1. Pelancaran
- Majlis pelancaran
RM30,000
2. Promosi berterusan melalui saluran:
- Media cetak - Media elektronik - Internet - Banner & Bunting dan lain-lain
RM30,000
JUMLAH: RM60,000
28

i) anggaran kos yang terlibat dalam pelaksanaan ini adalah seperti berikut:
Jenis
Aplikasi
Mobile
Originator
(MO)/Mobile
Terminator
(MT)
TELCO
(Digi,
Celcom,
Maxis)
SP
Kos
Pengguna Kerajaan
IOD,
DOD,
Aduan
MO RM0.15 - RM0.15 -
MT RM0.10 RM0.10 RM0.20 -
Jumlah: RM0.35 -
Hebahan MO - - - -
MT RM0.05 RM0.05 - RM0.10
Jumlah: - RM0.10
Hebahan
Khas
MO - - TELCO memberikan
perkhidmatan
secara PERCUMA
melalui perakuan
wakil kerajaan
MT - -
Jumlah:
j) cadangan daripada setiap bahagian yang akan melaksanakan
MySMS adalah seperti di Lampiran A.
Makluman
3.9.3 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya cadangan
maklumat oleh setiap bahagian yang akan disalurkan di dalam
perkhidmatan MySMS ini perlu dikemukakan kepada pihak
pengurusan tertinggi untuk mendapat kelulusan kerana ia
melibatkan kos yang perlu dibayar sama ada oleh pengguna atau
pun JPA sendiri.
29

Tindakan: BPM
3.10 Keselamatan Sistem HRMIS
3.10.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Surat Arahan Siasatan
bertarikh 10 September 2008 telah dikeluarkan oleh BPM untuk
menyiasat punca pencerobohan. Siasatan telah dijalankan oleh
JPACERT dan didapati punca pencerobohan adalah disebabkan
oleh kecuaian salah seorang kakitangan pembekal semasa
mengemas kini web HRMIS. Walau bagaimanapun, syarikat
pembekal telah mengambil tindakan ke atas kejadian tersebut.
Pihak MAMPU turut mengambil maklum tentang isu ini dan
laporan telah dihantar dan dikemas kini oleh GCERT MAMPU.
Makluman
3.11 Minit Mesyuarat JPICT
3.11.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Ringkasan Minit
Mesyuarat JPICT Bil. 3/2008 telah diedarkan melalui e-mel pada
24 September 2008.
Makluman
30

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
4.1 Kertas 3: Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009
(BPM)
4.1.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 3:
Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 (BPM)
meliputi perkara-perkara berikut:
a) memohon kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT JPA untuk
melaksanakan Projek ICT di Bahagian Pengurusan
Maklumat (BPM) di bawah RMKe-9 bagi tahun 2009;
b) peruntukan RMKe-9 yang diluluskan ialah BTM – RM23 juta
dan HRMIS – RM75 juta. Pecahan peruntukan mengikut
tahun adalah seperti berikut:
Tahun Peruntukan (RM)
BTM HRMIS
2006 3,500,000 9,000,000
2007 5,930,000 14,599,700
2008 5,785,000 19,879,000
2009 4,940,000 17,800,710
2010 2,845,000 13,720,590
JUMLAH 23,000,000 75,000,000
c) peruntukan 2009 adalah seperti di bawah:
HRMIS – RM17,800,710.00
31

BTM – RM4,940,000.00
-----------------------
BPM RM22,740,710.00
-----------------------
d) fokus utama peruntukan 2009 merangkumi:
penyenggaraan aplikasi HRMIS;
pelaksanaan aktiviti peluasan HRMIS;
peningkatan peralatan ICT;
pemantapan pelaksanaan integrasi HRMIS-Legasi dan
peluasan EIS ke agensi;
membina kepakaran pegawai dalam pembangunan dan
pengujian aplikasi sistem; dan
pemantapan sistem rangkaian dan keselamatan ICT.
e) cadangan penyelarasan peruntukan bagi Perbelanjaan
Pembangunan 2009:
JumlahJumlah PeruntukanPeruntukan 2009 - Asal2009 - Asal
(RM)(RM)
JumlahJumlah AnggaranAnggaran
Perbelanjaan Perbelanjaan
(RM)(RM)
JumlahJumlah AnggaranAnggaran PeruntukaPeruntukan Selepasn Selepas
PindahPindah (RM)(RM)
Lebihan /Lebihan / PindahPindah
Peruntukan Peruntukan
(RM)(RM)
BTMBTM 4,940,0004,940,000 8,393,376 8,393,376 8,440,0008,440,000 3,500,000 3,500,000
HRMISHRMIS 17,800,71017,800,710 8,695,000 8,695,000 14,300,7114,300,7100
(3,500,000(3,500,000))Nota: Nota: Pindah Pindah peruntukaperuntukan ke BTMn ke BTM
JUMLAHJUMLAH 22,740,71022,740,710 17,088,37617,088,376 22,740,7122,740,710 0
Makluman
32

4.1.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju untuk meluluskan
Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 BPM dan meminta
BPM melaksanakan perolehan tersebut dengan sebaiknya.
Tindakan: BPM
4.1.3 Mesyuarat meluluskan permohonan Ketua Unit Audit Dalam
(KUAD) untuk perolehan Perisian Audit Common Language (ACL)
Versi 9 Desktop Edition dan kos pembelian tersebut dimasukkan
dalam Bajet Pembangunan BPM 2009.
Makluman
4.2 Kertas 4: Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009
(BP)
4.2.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 4:
Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 (BP)
meliputi perkara-perkara berikut:
a) cadangan Perolehan ICT 2009:
Bil. Nama Projek Kos (RM)
1.Pemantapan Aplikasi Sistem Power
686,511
2. Perolehan Infrastruktur ICT 770,000
Jumlah 1,456,511
b) pemantapan Aplikasi Sistem Power:
33

Bil. Item Kuantiti Kos
Seunit (RM)
Jumlah Kos (RM)
Justifikasi
1. DB2 for 2 CPU
2 150,000 300,000
Keperluan perisian baru bagi memudahkan aktiviti penambahbaikan dan pemantapan Sistem POWER
2. Crystal Report 2008
3 3,000 9,000
3. SPSS Version 16
3 10,000 30,000
4.Optimizing network and application
2 100,000 200,000
5. WinSQL Pro.
Unlimited 35,000 35,000
6.Advanced Query Tool Version 8
60 700 42,000
7. Visustin Pro. Version 3
Unlimited 30,000 30,000
8.VB Friend
for VB61 511 511
9. Ms Visual Studio 2008
1 40,000 40,000
Jumlah 686,511
c) perolehan Infrastruktur ICT 2009; dan
Bil Item Kuantiti
Kos Seunit (RM)
Jumlah Kos (RM)
Justifikasi
1. Notebook 15 7,000 105,000Penggantian peralatan yang diperoleh pada tahun 2001 & 2002
2.Laser Printer
106 2,500 265,000
3.Peralatan Wireless
3 set 20,000 60,000
Keperluan untuk bilik latihan ICT dan bilik mesyuarat BP
4. StoranSAN 1 tera 340,000 340,000 menampung peningkatan
34

bilangan pesara/penerima pencen, penambahan transaksi, perisian sistem dan utiliti
Jumlah 770,000
d) keperluan Aliran Tunai Projek Pemantapan Sistem POWER,
Bahagian Pasca Perkhidmatan Tahun 2009.
Tahun Unjuran Aliran Tunai
2009 RM1,456,511.00
Makluman
4.2.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju untuk meluluskan
Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 BP dan meminta BP
melaksanakan perancangan perolehan tersebut dengan lebih awal
dan teliti supaya perbelanjaan tahun 2009 lebih terancang dan
terurus dengan baik.
Tindakan: BP
4.3 Kertas 8: Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009
(INTAN)
4.3.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 8:
Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 (INTAN)
meliputi perkara-perkara berikut:
a) status Permohonan ICT (Pembangunan);
35

Bil. Nama Projek Kaedah Perolehan
Permohonan 2009 (RM)
Status Semasa
1. E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
a) Perolehan membangunkan bahan kursus
Tender 4,000,000 Laporan Penilaian Teknikal telah dihantar ke Pejabat Pendaftar, INTAN bagi tujuan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tender INTAN sebelum mendapat kelulusan Lembaga Tender JPM
b) Perolehan Perkakasan dan Perisian Komputer
Tender 253,256 Laporan Penilaian Teknikal telah dihantar ke Pejabat Pendaftar, INTAN bagi tujuan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tender INTAN sebelum mendapat kelulusan Lembaga Tender JPM
c) Perolehan Pembangunan dan Penambahbaikan sistem EPSA
Tender 1,300,000 Sedang menyediakan spesifikasi tender
Jumlah Permohonan Bajet Pembangunan:
RM5,553,256
b) status Permohonan ICT (Wang Amanah); dan
Bil. Nama Projek Kaedah Perolehan
Permohonan 2009 (RM)
Status Semasa
1. Perolehan Workstation untuk Bilik
Tender 200,000 Projek ini telah diiklankan dan telah tutup
36

Kuliah di INTAN Bukit Kiara dan INTENGAH
pada 14 Oktober 2008. Proses perolehan dijangka selesai dalam tahun 2009
Jumlah Perolehan Wang Amanah: RM 200,000
c) status Permohonan ICT (Mengurus).
Bil. Nama Projek Kaedah Perolehan
Permohonan 2009 (RM)
Status Semasa
1. Sewaan PC dan Pencetak untuk Menggantikan 1000 PC dan 147 Pencetak yang akan tamat sewaan pada 30 April 2009 dan juga untuk keperluan tambahan jawatan di INTAN
Tender 2,500,000 (sewaan untuk 1 tahun- akan di tender untuk 3 tahun = RM 7.5
juta)
Dokumen tender telah diserahkan kepada Unit Perolehan INTAN(27 Nov 2008)
2. Perolehan Server Untuk Pangkalan Data Sistem ILMU dan Perisian Perpustakaan INTAN
Tender 398,000 Sedang menyediakan dokumen tender
3. Memperbaharui Lesen Anti-Virus untuk INTAN
Pembelian Terus
86,000
4. Peningkatan Tulang Belakang LAN INTAN
Tender 2,000,000 Penilaian Teknikal telah selesai dilaksanakan pada bulan Oktober 2008. Tetapi atas arahan Pengurusan INTAN, projek dibatalkan. Akan
37

dijalankan dalam Tahun 2009 sekiranya ada peruntukan
5. Perluasan Keselamatan secara Centralised ke kampus wilayah (anti-virus)
Tender 300,000 Sedang menyediakan dokumen tender
Jumlah Permohonan Bajet Mengurus:
RM5,284,000
4.3.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju untuk meluluskan
Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 INTAN dan meminta
INTAN merancang perolehan tahun 2009 tersebut dengan lebih
teliti supaya semua peruntukan perbelanjaan dapat digunakan
sepenuhnya pada tahun 2009.
Tindakan: INTAN
4.4 Kertas 6: Status Pemasangan Talian EG*Net di Peringkat Agensi
4.4.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 6:
Status Pemasangan Talian EG*Net di Peringkat Agensi meliputi
perkara-perkara berikut:
a) status pemasangan talian yang dibentangkan adalah seperti
berikut; dan
Perkara Bil. Agensi/ Tapak
Siap Talian
Dalam Tindakan
Agensi MAMPU *GSB
Kementerian 27 27 - - -
SUK 13 12 - - 1
38

Agensi Kementerian
200 193 1 1 -
Agensi SUK 485 275 182 26 2
Jumlah SPD Kementerian
3114 2328 687 415
Jumlah SPD SUK
1006 630 278 24
b) antara cabaran-cabaran yang dihadapi semasa
pemasangan tersebut adalah seperti berikut:
kekurangan/ketiadaan pemantauan Kementerian
/SUK ke atas infrastruktur di agensi dan pejabat
cawangan;
saiz talian EG*Net yang tidak menyokong keperluan
HRMIS;
integrasi talian EG*Net dengan rangkaian dalaman di
agensi; dan
implikasi penubuhan Unit HRMIS di agensi.
Makluman
4.4.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya BPM
menyediakan satu pelan tindakan atau kertas kerja yang
menerangkan isu-isu dalaman yang dihadapi oleh setiap agensi
dan dibentangkan di mesyuarat bersama semua KSU Kementerian
supaya masalah yang dihadapi berkenaan talian EG*Net dapat
diselesaikan dengan segera bagi memastikan HRMIS dapat
dilaksanakan di seluruh Agensi Kementerian dan SUK dengan
jayanya.
39

Tindakan: BPM
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Kalendar Perancangan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT
(JPICT) Tahun 2009
5.1.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa perancangan mesyuarat
JPICT tahun 2009 adalah seperti di bawah:
Mesyuarat JPICT Bil. 1/2009 – 19 Februari 2009 (Khamis)
Mesyuarat JPICT Bil. 2/2009 – 21 Mei 2009 (Khamis)
Mesyuarat JPICT Bil. 3/2009 – 27 Ogos 2009 (Khamis)
Mesyuarat JPICT Bil. 4/2009 – 19 November 2009 (Khamis)
Makluman
40

6. PENUTUP
Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12.50 tengah hari dengan ucapan terima
kasih daripada Y.Bhg Dato’ Pengerusi kepada semua yang hadir. Mesyuarat
JPICT Bil. 1/2009 seterusnya dijangka diadakan pada bulan Februari 2009.
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Jabatan Perkhidmatan Awam.
41