intership

14
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Nama Pelajar : Mohamad Nazri bin Husain. No, Kad Pengenalan : 800221-02-5267 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Weng. Program : Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011. Kelas : MTE 8 O Tajuk Inovasi : Kedah permainan BINGO-WARLATT. Matapelajaran : Matematik Tahun 5. Tempoh Perlaksanaan : 60 minit. 1.0 PENGENALAN Program intership merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Pensiswazahan Guru (PPG). Program ini merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar PPG untuk diiktirafkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Segala pengisian program adalah selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan golongan guru yang seimbang, harmonis, berkreativiti,

Upload: nazri8002

Post on 11-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

intersnship

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN INTERSHIP

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nama Pelajar

: Mohamad Nazri bin Husain.

No, Kad Pengenalan

: 800221-02-5267

Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Weng.

Program

: Program Pensiswazahan Guru (PPG)

ambilan Jun 2011.

Kelas

: MTE 8 O

Tajuk Inovasi

: Kedah permainan BINGO-WARLATT.

Matapelajaran

: Matematik Tahun 5.

Tempoh Perlaksanaan

: 60 minit.

1.0 PENGENALAN

Program intership merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Pensiswazahan Guru (PPG). Program ini merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar PPG untuk diiktirafkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Segala pengisian program adalah selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan golongan guru yang seimbang, harmonis, berkreativiti, berinovasi, berdaya saing serta dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada agama, bangsa dan negara berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan, raja dan negara.

Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role-model kepada masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari pelbagai aspek sama ada jasmani, emosi, rohani ataupun intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk lebih berinovasi agar dapat menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

Program intership pada kali ini akan diadakan dengan tujuan dan matlamat untuk melahirkan insan guru melalui inovasi berdasarkan kepentingan dan rasional tertentu.

2.0 RASIONAL.

Program ini dapat membantu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru di samping amalan-amalan reflektif yang diterapkan sepanjang perlaksanaan intership ini. Program ini juga dapat memberi ilmu dan maklumat yang berguna dalam meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Maklumat ini adalah satu perkongsian yang amat bernanfaat dari berbagai sudut manfaatnya.

3.0 PENYATAAN MASALAH.

Terdapat beberapa permasalahan sering menjadi faktor penyumbang kepada kedudukan prestasi matematik yang rendah di kalangan murid. Setelah membuat refleksi Pengajaran dan Pembelajaran, masalah pendaraban nombor bulat 3-digit dengan nombor bulat 2-digit adalah merupakan masalah yang serius dan telah menjadi fokus saya. Ini kerana masalah ini adalah asas kepada kemahiran operasi dalam matematik. Masalah ini wajib diatasi untuk menyediakan murid dengan kemahiran operasi asas matematik yang mantap. Penguasaan operasi asas yang lemah akan menyebabkan tanggapan bahawa matematik adalah matapelajaran yang amat sukar untuk dikuasai. Ini akan memberi kesan negatif kepada psikologi murid dan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar. Masalah ini juga akan berlarutan dan terus menjadi penghalang kepada murid untuk mengaplikasikan kemahiran tersebut ke dalam situasi kehidupan seharian mereka.

Saya telah menggunakan pemerhatian, semakan latih tubi berfokus dan soal selidik sebagai alat membuat tinjauan dan analisis tentang masalah yang dihadapi murid dalam pendaraban nombor bulat 3-digit dengan nombor bulat 2-digit untuk mengenalpasti dengan lebih terperinci lagi permasalahan tersebut. Berdasarkan hasil tinjauan dan analisis isu fokus yang dilaksanakan, ternyata ramai murid sangat lemah penguasaan kemahiran mendarab terutamanya yang melibatkan pendaraban nombor bulat 3-digit dengan nombor bulat 2-digit. Kaedah dan pendekatan pengajaran biasa tidak lagi dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran tersebut.

4.0 OBJEKTIF INOVASI PdP.

Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

(i)Membantu murid menguasai pendaraban nombor bulat 3-digit dengan nombor bulat 2-digit dengan menggunakan inovasi kaedah permainan BINGO-WARLATT .

(ii)Menarik minat murid-murid untuk mempelajari pendaraban melibatkan nombor bulat 3-digit dengan nombor bulat 2-digit dengan menggunakan inovasi kaedah permainan BINGO-WARLATT .5.0 KONSEP INOVASI PdP.

5.1 Konsep Permainan BINGO-WARLATT.

Kaedah permainan BINGO-WARLATT adalah gabungan kaedah permainan BINGO, kaedah pendaraban LATTICE dan WARNA yang terang, menarik dan bewarna-warni. Kaedah ini tercetus hasil penelitian guru kepada kecenderungan dan minat murid terhadap permainan dan warna. Ini disulami dengan prosedur pendaraban lattice yang ringkas dengan mengasingkan pendaraban dan penambahan. Ini akan memudahkan murid untuk memahami dan mengingati perlaksanaan prosedur yang lengkap, sistematik dan tepat.

Perlaksanaan inovasi ini telah melibatkan beberapa langkah asas iaitu memperkukuhkan dahulu penguasaan sifir. Penguasaan sifir yang lemah boleh mengakibatkan prosedur permainan BINGO-WARLATT yang dilaksanakan akan mengalami kekangan dan kesilapan. Ini akan merugikan murid-murid yang telah menguasai kaedah permainan ini.

Langkah kedua adalah memperkenalkan prosedur permainan BINGO-WARLATT kepada murid-murid bermula dari langkah bagaimana untuk membina sifir, memasukkan hasil darab setiap digit ke dalam petak-petak permainan, menjumlahkan hasil darab dan mendapatkan BINGO bagi jawapan yang tepat.

Langkah seterusnya adalah sesi permainan BINGO-WARLATT sebagai satu permainan yang akan mengukuhkan penguasaan kemahiran murid mendarab nombor bulat 3-digit dengan nombor bulat 2-digit.

5.2 Prestasi Murid Sebelum Perlaksanaan Inovasi PdP.

Berdasarkan kepada semakan latih tubi, pemerhatian dan ujian yang lepas, adalah didapati bahawa murid sangat lemah dalam melaksanakan penyelesaian pendaraban yang melibatkan 3-digit dengan 2-digit menggunakan bentuk lazim.

Murid sering kali melakukan berbagai kesilapan seperti mengumpul semula hasil darap di tempat yang salah, meletakkan hasil darab dengan digit puluh di tempat sa, mendarab hanya dengan digit sa sahaja dan sebagainya.

Kelemahan ini telah mengakibatkan murid tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam keseluruhan topik matematik seperti nombor bulat, perpuluhan, wang, masa, timbangan berat dan lain-lain yang melibatkan operasi darab dengan nombor 2-digit ini.

Keadaan ini telah menyebabkan pandangan negatif murid terhadap operasi darab khususnya dan matapelajaran matematik umumnya. Murid sering mengeluh apabila setiap kali mempelajari topik baru pastinya akan melibatkan salah satu operasi asas yang tidak digemari mereka iaitu mendarab dengan nombor 2-digit.

5.2 Faedah-faedah Perlaksanaan Inovasi PdP.

Kaedah permainan BINGO-WARLATT adalah gabungan kaedah permainan yang diharapkan dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran pendaraban nombor bulat 3-digit dengan nombor bulat 2-digit. Ini adalah sebagai asas kepada murid-murid untuk terus menguasai pendaraban sebarang nombor dengan nombor 2-digit.

Dengan penggunaan prosedur yang ringkas, sistematik dan menarik yang diteapkan dalam permainan BINGO-WARLATT ini, murid dapat mempertingkatkan lagi penguasaan topik-topik matematik yang melibatkan penggunaan kemahiran operasi darab dengan nombor 2-digit.

Disamping itu juga, murid diharapkan akan lebih berminat untuk terus menguasai pendaraban sebarang nombor dengan nombor 2-digit seterusnya matapelajaran matematik secara keseluruhannya. Dengan itu, pencapaian ataupun prestasi murid akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

6.0 SKOP DAN BATASAN.

Perlaksanaan Inovasi ini akan melibatkan 20 orang murid tahun 5 Pintar yang merupakan murid dari kumpulan yang lemah. Murid-murid ini terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 7 murid perempuan yang berbangsa Melayu. Mereka juga telah dikenalpasti sebagai kumpulan murid yang tidak menguasai konsep pendaraban nombor bulat 3-digit dengan nombor bulat 2-digit berdasarkan analisis dan tinjauan yang dilaksanakan

Perlaksanaan inovasi ini adalah merangkumi topik nombor bulat. Standard Kandungan (SK) yang terlibat adalah standard kandungan 4.1 iaitu pendaraban dua nombor. Manakala Satandard pembelajaran (SP) adalah meliputi kemahiran mendarab sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit dan hasil darabnya hingga 1 000 000. Namun begitu, inovasi ini memberi fokus terhadap pendaraban nombor 3-digit dengan nombor 2-digit sebagai asas kepada penguasaan prosedur pendaraban sebarang nombor dengan nombor 2-digit.

7.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK INOVASI PdP.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa penguasaan terhadap operasi asas dalam matematik adalah amat penting bagi memastikan peningkatan penguasaan murid terhadap konsep-konsep serta kemahiran matematik yang lain. Dengan penguasaan operasi asas matematik yang lemah akan membantutkan lagi tahap penguasaan dan minat murid terhadap matapelajaran ini.

Oleh itu, inovasi amat penting dalam menyediakan satu peluang pembelajaran yang lebih kreatif dan menarik agar murid dapat menguasai kemahiran operasi asas matematik dengan baik. Melalui inovasi yang dilaksanakan akan memberi peluang kepada murid belajar dengan kaedah-kaedah, pendekatan-pendekatan dan strategi-strategi yang sesuai dengan tahap pemikiran, sosio budaya dan dimensi yang berbeza.

Inovasi yang berkualiti akan memberi impak yang amat besar terhadap pengalaman pembelajaran murid agar lebih berkesan dan bermakna. Ini secara tidak langsung akan memberi impak kepada pencapaian murid tersebut dan juga motivasi intrinsik mereka. Keyakinan akan timbul dalam diri murid apabila mereka boleh menguasai kemahiran yang dipelajari dan pandangan negatif akan dapat dihakis sedikit demi sedikit.

8.0 ANGGARAN KOS.

Inovasi yang dirancang adalah meliputi kos bahan-bahan yang difikirkan munasabah untuk digunakan bagi tujuan membina Bahan Bantu Belajar (BBB), mempermudahkan pembinaan bahan inovasi serta bahan ganjaran untuk murid. Jadual 1 menunjukkan cadangan kos inovasi tersebut.

Jadual 1

Cadangan Kos Inovasi. BILJENIS BAHANKUANTITI HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1.Kad Manila Berwarna.5 RM1.00RM 5.00

2.Kertas A41 RM10.00RM10.00

3.Papan Putih1 RM75.00RM75.00

5.Alat Tulis

Pensel Warna.

Pen marker.

Pen Merah.4 RM5.00

2 RM4.00

2 RM1.00RM20.00

RM 8.00

RM 2.00

6.Ganjaran murid.

Pensel 2B.

Pelekat Kartun.

2 RM5.00

2 RM5.00

RM10.00

RM10.00

7.Buku catatan.1 RM3.50RM 3.50

JUMLAHRM143.50

9.0 PELAN PERANCANGAN.

9.1 Jadual Perlaksanaan.

Jadual 2 menunjukkan jenis-jenis aktiviti dan tempoh masa perlaksanaan yang akan dijalankan bagi melengkapkan inovasi ini. Jadual ini akan memberi gambaran dengan lebih jelas dan tersusun tentang perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut. Ini akan membantu guru membuat tindakan dengan lebih terancang, tersusun dan bersistematik.

Jadual 2

Jadual Perlaksanaan Aktiviti Projek Inovasi.

BILAKTIVITITARIKHCATATAN

2.Menulis kertas cadangan inovasi.

Berbincang dengan mentor kesesuaian inovasi.

Minggu 1

29 Mac - 02 April 2015

Untuk memastikan perlaksanaan inovasi mendapat gambaran cadangan perlaksanaan secara menyeluruh.

4.Memperkukuhkan pembinaan sifir darab.Minggu 2

05 - 09 April 2015Memudahkan murid untuk menjalankan proses pendaraban.

5.Aplikasi kaedah permainan BINGO-WARLATT dalam PdP (Rakaman Video)

Minggu 3

12-16 April 2015Melihat keberkesanan penggunaan kaedah permainan BINGO-WARLATT dalam PdP.

6.Latih tubi penggunaan kaedah permainan BINGO-WARLATT Minggu 4

19 -23 April 2015Memperkukuhkan cara penggunaan kaedah BINGO-WARLATT

10.Refleksi Inovasi.Minggu 4.

19 -23 April 2015

Menilai keberkesanan perlaksanaan inovasi dan tindakan susulan.

11.Menulis laporan inovasi.Minggu 4

19 -23 April 2015Mempersembahkan semua proses dan hasil inovasi dalan bentuk laporan.

10.0 PENUTUP.

Dengan perancangan dan perlaksanaan inovasi, diharapkan akan memberi manfaat, keberkesanan dan impak yang positif dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran matematik.

Sesungguhnya amalan berinovasi dan berkreativiti ini dapat memberi dimensi baru dalam mencorak suasana pengajaran dan pembelajaran khususnya dan dunia pendidikan khususnya ke era yang lebih dinamis dan proaktif. Semoga segala usaha ke arah itu mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Disediakan oleh;

Disemak Oleh:

..

MOHAMAD NAZRI BIN HUSAIN

PN HABIBAH BINTI HASHIMPelajar PISMP-PJJ (PPG)

Mentor Intership

IPGKSAH

Sekolah Kebangsaan Seri Bayu

Sungai Petani, Kedah.

Baling, Kedah.

Disahkan oleh;

..

(TN. HJ BASHARI BIN ABDUL RAZAK )

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Weng

09100 Baling, Kedah

Tarikh : 02 April 2015