impak kegiatan manusia

Download Impak Kegiatan Manusia

Post on 29-Oct-2015

146 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

geografi

TRANSCRIPT

  • ALAM SEKITAR MANUSIA

    2.5 IMPAK KEGIATAN MANUSIANama Pensyarah: Encik RhozishamAbd Rashid

  • KEGIATAN PERTANIANPerubahan landskap fizikal.

    Pendedahan permukaan bumi secara terus.

    Perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat.

    Mengganggu kestabilan kitar hidrologi.

    Pencemaran udara dan jerebu.

    Pencemaran air sungai.

    Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti).

  • Perubahan Landskap FizikalPerubahan landskap fizikal seperti hutan semula jadi bertukar kepada hutan tanaman ,hutan primer bertukar kepada hutan sekunder,permukaan tanah menjadu tergondol.

    Proses penyahhutanan bagi tujuan mewujudkan kawasan pertanian ladang atau penyahhutanan oleh sistem pertanian pindah adalah amat relevan.

    Contohnya,Negara Malaysia misalnya aktiviti penyahhutanan untuk perladangan getah dan kelapa sawit amat ketara berlaku pada tahun 1970-an.

    Akibatnya kawasan hutan dibersihkan secara besar-besaran..Kawasan bukit digondolkan sebelum ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan getah.Dalam tempoh empat atau lima tahun landskap yang tergondol tadi bertukar kepada hutan tanaman yang dipenuhi dengan pokok kelapa sawit dan getah.

    Pertanian pindah pula perubahan landskap yang ketara ialah dari hutan primer bertuakar kepada hutan sekunder.Kawasan hutan primer yang sudah ditebang dan dibakar akan digunakan sebagai tapak pertanian.

    Setelah tapak tani itu menjadi tidak subur,petani pindah akan meninggalkannya untuk mencari tapak pertanian yang baru.Kawasan tersebut terus terbiar dan akan dipenuhi oleh lalang,semak samun,dan belukar yang merupakan ciri-ciri dalam hutan sekunder.

  • Pendedahan Permukaan Bumi Secara Terus Pendedahan permukaan bumi secara terus kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa dalaman,hakisan tanah,dan tanah runtuh.

    Permukaan bumi kehilangan pelindung,kehilangan daya pengikat,dan cengkaman akar terhadap butiran tanah yang menyebabkan cerun-cerun menjadi tidak stabil.

    Dalam konteks geomorfologi pelbagai proses akan berlaku apabila permukaan tanah dibajak,digembur,diteres,dan diratakan untuk kegiatan pertanian khususnya di kawasan lereng-lereng bukit yang bercerun curam.

    Permukaan cerun yang terdedah akan mengalami luluhawa kimia atau luluhawa dalaman yang menyebabkan struktur batuan diuraikan menerusi proses larutan,pengkarbonan,hidrasi,pengoksidaan,dan hidrasi,pengoksidaan dan hidrolisis yang menghasilkan regolit yang longgar dan tidak stabil.

    Tindakan air larian permukaan pula akan menghakis dan mengangkut regolit dari atas cerun ke bawah cerun.Kesannya permukaan lereng-lereng bukit akan mengalami hakisan yang ketara seperti wujudnya gegalur dan tanah tergondol.

    Dalam jangka masa panjang pelbagai jenis gerakan jisim boleh berlaku seperti kesotan tanah,gelangsaran tanah,dan tanah runtuh terutama di kawasan yang bercerun curam.

  • Perubahan Suhu Mikro Atau Pemanasan SetempatHutan semula jadi sebenarnya berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara mengekalkan peratus kelembapan udara.

    Apabila hutan dimusnahkan untuk tujuan pertanian maka gangguan terhadap proses sejat peluhan pokok-pokok akan terjadi.

    Daun dan kanopi tumbuhan tidak boleh lagi membebaskan wap-wap air ke udara.Kesanya peratus kelembapan udara akan menurun,udara menjadi lebih kering,dan persekitaran fizikal terdedah kepada bahangan matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh kanopi tumbuhan.

    Keadaan ini akan menyebabkan indeks suhu sekitar meningkat menjadi lebih panas berbanding dengan sebelumnya.

    Fenomena ini dinamakan sebagai pemanasan setempat.

  • Menganggu Kestabilan Kitar HidrologiPenyahhutanan untuk dijadikan tapak pertanian biasanya melibatkan kawasan hutan primer atau hutan dara seperti dalam sistem pertanian pindah dan perladangan .

    Kawasan hutan primer merupakan kawasan tadahan air yang penting dalam sistem hidrologi khususnya sungai.

    Apabila hutan-hutan dimusnahkan,fungsinya sebagai kawasan tadahan air akan turut terjejas atau hilang.

    Terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan gangguan ke atas kestabilan kitar hidrologi.Antaranya seperti berikut; a).mengurangkan proses transpirasi tumbuhan untuk membebaskan wap- wap air ke udara sebagai penyumbang kepada sejatpeluhan bagi membentuk awan.

    b).menyebabkan kelembapan kelembapan udara menurun (pembentukan udara kering). c).mengurangkan kadar susupan, storan, dan edaran air tanah (gangguan kepada sistem akuifer) yang seterusnya boleh menjejaskan sumber dan bekalan air kepada sungai, paya, tasik, dan kolam.

  • Kemusnahan Ekosistem Dan Kepelbagaian Biologi (Biodiversiti)Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti) menyebabkan spesies flora dan fauna yang diancam kepupusan. Termasuklah juga kemusnahan ekosistem seperti rantaian makanan dan habitat khususnya hutan yang telah dijadikan tapak pertanian.

    Kepelbagaian biologi akibat pemusnahan hutan untuk akitiviti pertanian pindah dan pertanian perladangan akan menyebabkan kesan kesan negatif berikut; a).Pelbagai spesies fauna dan flora diancam kepupusan dan kemusanahan akibat kehilangan sumber sumber makanan.

    b).Hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil dan rusa) akan kehilangan sumber sumber makanan.

    c).Proses penyahutanan memusnakan habitat haiwan. Ketiadaan habitat menyebabkan haiwan haiwan berhijrah ke hutan atau habitat yang lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru.

    d).Di tempat baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesies akan berlaku dan bagi spesies yang lemah akan musnah dan pupus. e).Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kita tenaga, komponen biotik, dan abiotik, akan menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan hutan dimusnahkan secara lebih meluas.

    f).Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap unsur unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir, dan sebagainya.

  • Pencemaran Air SungaiLarian air permukaan akan membawa regolit dari atas cerun ke bawah cerun dan seterusnya masuk ke sistem sungai yang ada di kawasan pertanian.Kadar ini akan meningkatkan kadar pencemaran sungai,sistem menjadi keruh,berkelodak dan berlumpur,serta kadar enapan tinggi telah mencetakkan dasar sungai sehingga memudahkan kejadian banjir.

    Kualiti air sungai juga terjejas akibat penggunaan baja kimia dan racun serangga.Racun serangga seperti DDT dan pelbagai jenis baja kimia yang digunakan ke atas tanaman akan larut resap ke dalam tanah atau di bawa bersama oleh larian air permukaan.

    Jika larut resap berlaku maka sebatian kimia dari baja dan racun serangga tadi akan dibawa oleh aliran air bawah tanah (sistem akuifer) menuju ke sungai,tasik,kolam,paya.Begitu juga dengan pergerakan larian air permukaan akan membawa bersama sebatian kimia ke sistem-sistem perairan yang ada di permukaan.

    Kesan yang berlaku ke atas sumber-sumber air tersebut seperti pencemaran bahan kimia yang tinggi akan memberikan impak negatif terhadap ekosistem akuatik.Contohnya pencemaran air yang berlaku di Tasik Ringlet di Tanah Tinggi Cameron.

  • Pencemaran Udara Dan JerebuKaedah yang paling mudah,murah,dan cepat yang sering diamalkan dalam sistem pertanian bagi membersihkan tapak ladang atau tani menerusi tebang dan bakar.Sistem pertanian yang paling banyak menggunakan kaedah ini ialah pertanian pindah dan sara diri giat.

    Akibatnya kualiti udara tercemar sehingga menyebabkan fenomena jerebu.Apabila hutan atau tapak pertanian dibakar,partikel-partikel terampai dalam udara seperti debu,habuk,asap,jelaga,dan sebagainya akan dibebaskan.

    Partikel-partikel yang terampai ini akan terapung-apung dalam udara yang kering.Jika kadar kepekatan dalam udara adalah tinggi,jarak penglihatan individu semakin berkurangan.

    Berdasarkan bukti dari gambar satelit menunjukkan bahawa jerebu yang di Malaysia pada tahun 1997 dan Jun 2004 adalah berpunca daripada aktiviti pembakaran yang dijalankan oleh petani tradisional di Kalimantan dan Sumatera,Indonesia.

    Pencemaran udara juga berpunca daripada penggunaan atau penyemburan racun serangga secara besar-besaran menggunakan kapal terbang kecil atau ringan dalam sistem perladangan kelapa sawit.Racun yang disembur menyebabkan komposisi udara tercemar.

  • Kesan negatif ke atas semua sistem alam sekitar fizikal sama ada sistem geomorfologi,sistem atmosfera,sistem hidrologi dan sistem ekologi khususnya pada skala mikro atau skala tempatan.

    Aktiviti penyahhutanan untuk pembukaan kawasan pertanian baru khususnya oleh petani pindah atau oleh sektor perladangan yang melibatkan pemusnahan hutan secara besar-besaran.

    Kaedah tebang dan bakar, kawasan hutan rimba dimusnahkan dan dibersihkan secara serta merta.Kesannya kawasan hutan berkenaan akan bertukar menjadi landskap tergondol,memusnahkan ekologi dan biodiversiti setempat,meningkatkan kadar hakisan tanih,peningkatan suhu mikro(pemanasan setempat),pencemaran air dan pemendapan sungai,penurunan peratus kelembapan udara.

    Amalan pembakaran terbuka merupakan kaedah untuk membersihkan tapak pertanian bagi memulakan musim penanaman yang baru setelah hasilnya dituai.

  • Misalnya,pembakaran jerami padi dalam sistem sawah,pembakaran sisa pokok kelapa sawit dan tebu dalam sistem perladangan atau pembakaran hutan yang telah dibersihkan oleh petani pindah.

    Akibat pembakaran terbuka ini maka asap dan debu akan terbebas ke udara yang akan menyebabkan fenomena pencemaran udara dan jer

Recommended

View more >