edu 3106 - bidayuh
TRANSCRIPT
7.0 Kajian Mengenai Etnik dan Budaya yang Dipilih.
7.1 Sejarah Kaum Bidayuh
Kaum Bidayuh merupakan kaum yang mendiami kawasan Barat Daya Sarawak
terutamanya di Bahagian Serian, Kuching dan di Barat Kalimantan. Dahulu, kaum
Bidayuh sering dikenali sebagai ‘Land Dayak’ manakala kaum Iban dikenali sebagai
‘Sea-Dayak’. Bidayuh dikenali sebagai ‘Land-Dayak’ kerana mereka tinggal dikawasan
tanah tinggi dan di kaki bukit manakala kaum Iban pula kebanyakkan tinggal di
kawasan perairan sungai.
Kaum Bidayuh terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu Selakau atau Lara di
Daerah Lundu, Jagoi atau Singai di Daerah Bau, Biatah di Daerah Kecil Padawan dan
Bukar atau Sadong di Daerah Serian. Kaum Bidayuh kebanyakkannya beragama
Kristian. Terdapat juga kaum Bidayuh yang menganut agama Islam dan Paganisme.
Pada zaman dahulu, suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya,
penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pedalaman
dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu untuk sukar dikesan oleh
musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur
rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh
diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula diperbuat
daripada buluh. Bagi bahagian pelantar atau lantai rumah panjang pula, ianya diperbuat
daripada papan atau buluh manakala tiangnya diperbuat daripada kayu belian.
Rumah panjang Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu “bilik
utama”, “awah, dan ‘tanju”. “Bilik utama” dapat kita samakan dengan ruang utama
kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini, masyarakat Bidayuh lazimnya
meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti Gong,
tempayan, tembikar dan sebagainya.
Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. “Awah” pula
adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia
bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada dewasa ini.
3
Di “awah” masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti
menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya.
Ruangan “awah” juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan
seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan
sebagainya. “Tanju” pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat
bidayuh. Bahagian “tanju” biasanya terdedah dan lazimnya tidak bertutup mahupun
beratap. “Tanju” lazimnya digunakan menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti
lada, padi, jagung dan sebagainya.
7.1.1 Agama dan Upacara keagamaan
Menurut pembacaan saya mengenai peranan dan sumbangan adat ke atas
amalan hidup masyarakat Bidayuh melalui laman sesawang
http://studentsrepo.um.edu.my, Sather melalui pengamatannya tentang adat pernah
menegaskan;
“…adat as something rather more binding, and less tangential to the existence of orderly social life, than is generally implied by the English notion of custom. In this sense, the Iban concept differs. Large areas of adat have a strongly normative character. Thus, rules of adat tend to stipulate, normative sense, what an individual should or should not do in varying circumstances. Adat defines correct behavior and is seen as essential to the maintenance of moral order and the continued existence of social itself”
(Sather dalam Sandin 1980: xiii)
Huraian di atas mempunyai pengertian yang tepat dengan mengaitkannya
dengan konsep kosmologi orang Bidayuh yang menganggap adat sebagai mekanisme
yang mengawal setiap makhluk di alam semesta menurut hukum alam. Menurut
kosmologi orang Bidayuh, hukum alam ini ialah adat, yakni bertolak dari anggapan
bahawa adat merupakan manifestasi yang terangkum dalam hukum alam. Oleh itu,
adat yang berprinsipkan hukum alam mendukung nilai dan peraturan yang harus
dipatuhi mengawal serta menentukan perlakuan seluruh ahli masyarakat dalam
4
bertindak. Secara ringkasnya, adat wujud sebagai ‘mutual-cooperation’ yang
mengekalkan ia sebagai etika atau tatacara sosial yang bertindak mengawal serta
memelihara keharmonian masyarakat.
Bagi masyarakat Bidayuh, prinsip adat memiliki konsep yang sangat kuat
pengaruhnya ke atas sistem kepercayaan atau agama yang diamalkan. Sistem
kepercayaan atau agama ini lahir daripada satu bentuk ideologi yang menganggap adat
sebagai suatu manifestasi yang terbit dari hukum alam semula jadi. Ini memberi kesan
dalam pegangan agama Kristian oleh masyarakat Bidayuh. Walaupun kini masih
terdapat segelintir masyarakat Bidayuh yang mengamalkan Paganisme, tetapi secara
majoritinya, masyarakat Bidayuh memeluk agama Kristian dari mazhab Roman
Catholic. Hal ini disebabkan pengaruh mazhab ini lebih awal diamalkan di Sarawak.
Tambahan itu, penjajah-penjajah pada zaman Brooke telah memberi jalan kepada
masyarakat Bidayuh untuk memeluk agama kristian.
Di setiap kampung pula, terdapat sebuah gereja di mana penduduk kampung
akan menunaikan ibadah mereka sebagai umat Kristian yang beriman. Kanak-kanak
masyarakat Bidayuh dilatih untuk pergi ke gereja sejak mereka berumur beberapa
bulan lagi. Terdapat beberapa proses yang perlu dijalani untuk memeluk agama
Krisitian Roman Catholic iaitu pembaptisan, penerimaan Eukaristia, dan “Confirmation”.
Bagi masyarakat Bidayuh yang beragama Islam pula, ia disebabkan oleh faktor
perkahwinan yang mana lelaki atau wanita Bidayuh berkahwin dengan orang yang
beragama Islam.
Walaupun masyarakat Bidayuh sudah mengamalkan agama Kristian, namun
mereka masih menyambut perayaan-perayaan yang pernah disambut oleh nenek
moyang mereka seperti perayaan Hari Gawai Dayak yang disambut saban tahun, pada
setiap 1 Jun. Sambutan Hari Gawai ini disambutkan bagi melambangkan tamatnya
pesta menuai pasti. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Bidayuh masih kaya
dengan adat dan warisan. Pada zaman dahulu, perayaan Hari Gawai disambut di
‘baruk’. Orang-orang kampung akan pergi ke ‘baruk” dan berpesta. Mereka akan
meminum air ‘tuak’ dan menari tarian tradisional.
5
Selain hari Gawai, masyarakat Bidayuh juga menyambut perayaan hari Krismas
yang disambut pada 25 Disember setiap tahun. Sambutan perayaan-perayaan ini jelas
membantu meningkatkan lagi nilai perpaduan kaum di negara kita kerana amalan
ziarah-menziarahi yang diamalkan menyumbang kepada keutuhan dalam hidup
bermasyarakat.
Kesimpulannya, walaupun kita sudah mempunyai pegangan agama masing-
masing, kita harus juga mengamalkan adat yang kita warisi sejak berkurun lamanya
kerana tanpa adat-adat tersebut, tiadalah kita yang meneraju dan memberi keunikan
kepada negara kita bak kata pepatah ‘biar mati anak, jangan mati adat’.
7.1.2 Bahasa Masyarakat Bidayuh
Menurut buku Budaya dan Pembelajaran Edisi Ketiga, bahasa merupakan satu
sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak
harus digunakan dengan sewenang-wenang, tetapi melalui struktur. Selain itu, bahasa
juga merupakan alat menyalurkan idea. Melalui bahasa, kita dapat membentuk identiti
kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan
aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah
dengan sistem komunikasi yang kompleks, seperti yang dinyatakan Cole (1998).
Tambahan itu, bahasa bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok
masyarakat dan peredaran masa.
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat
di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan
alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan
bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini menyebabkan suku kaum ini
sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain sekiranya mereka adalah suku atau
dari daerah yang berlainan. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari kawasan Serian
menyebut “makan” ialah “ma-an” manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula
menyebut “makan” sebagai “man”. Ada juga Bidayuh yang baru dikenali sebagai
Bidayuh Kuching Tengah atau “Bidayuh Moden (Baru)” disebabkan bahasa dan adat
6
yang bercampur yang bercampur dari Bidayuh Bau Jagoi dan Bidayuh Padawan. Kaum
“Bidayuh Moden” boleh ditemui dikawasan perkampungan berdekatan dengan bandar
Kuching iaitu Kampung Tematu Simorang, Kampung Semeba, Kampung Sudat dan
Kampung Bumbok.
Dalam pendidikan zaman sekarang, bahasa memainkan peranan yang amat
penting dalam memahami sesuatu mesej dan untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
Kini, terdapat kamus Bahasa Bidayuh telah diterbitkan oleh para pengkaji bahasa.
Tambahan itu juga, terdapat beberapa sekolah yang telah menjadikan bahasa Bidayuh
untuk dipelajari disekolah pada peringkat yang paling rendah iaitu pada peringkat umur
tiga hingga lima tahun. Sebagai contoh, di Kampung Apar, Singai terdapat sebuah
tadika yang mana guru mengajar bahasa Bidayuh kepada kanak-kanak di kampung
tersebut. Tadika tersebut dinamakan Tadika Bahasa Warisan Bidayuh. Murid-murid di
tadika tersebut disediakan buku teks dan buku kerja bagi subjek bahasa Bidayuh.
Usaha baik oleh Dayak Bidayuh Nasional Association (DBNA) dan UNESCO untuk
membuat projek menyediakan buku-buku teks dan buku kerja dalam bahasa Bidayuh
untuk murid-murid di kampung Bidayuh amatlah mulia kerana ianya sangat banyak
membantu dalam memperkukuhkan bahasa Ibunda anak-anak kaum Bidayuh.
Kesimpulannya, bahasa bersifat dinamik. Ianya sentiasa berkembang mengikut
peredaran masa. Dahulu, di setiap sekolah di Malaysia hanya mempelajari subjek
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil tetapi kini pihak
kementerian telah memasukkan elemen bahasa-bahasa lain untuk dipelajari di sekolah
rendah dan sekolah menengah. Usaha baik pihak kementerian ini membuka peluang
kepada anak-anak generasi kini untuk mempelajari lebih banyak kosa-kata yang asli
yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu.
7
7.1.3 Kesenian Masyarakat Bidayuh.
Pakaian Tradisional
Setiap masyarakat mempunyai pakaian tradisionalnya tersendiri yang unik
rekaannya dengan rona warna yang berwarna-warni. Bagi masyarakat Bidayuh, warna
hitam merupakan warna utama dalam pemakaian mereka. Bagi kaum wanita
masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap mereka adalah terdiri daripada baju berlengan
pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut
yang dihiasi dengan manik-manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi
warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak
anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna-warni dengan
sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.
Bagi kaum lelaki pula, mereka lazimnya mengenakan sepasang persalinan
berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak
berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan
putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
Muzik
Muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang
masyarakat Bidayuh jalankan. Muzik yang dimainkan berperanan untuk menaikkan
semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Selain
itu, muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang
dijalankan. Lazimnya, muzik tradisional masyarakat Bidayuh terhasil melalui gabungan
bunyi-bunyi alat muzik seperti gong besar, canang, gendang dan tawak (sejenis gong
kecil)
8
7.1.4 Sistem Ekonomi
Pada zaman dahulu, masyarakat Bidayuh telah mengamalkan sistem ekonomi
sara diri untuk meneruskan kehidupan. Masyarakat Bidayuh selalunya bercucuk tanam
dimana mereka akan menanam sayur-sayuran, buah-buahan, menanam padi bukit dan
padi huma, menternak binatang dan memburu. Seperti masyarakat Iban, masyarakat
Bidayuh juga mengerja sawah padi sebagai sumber ekonomi utama mereka demi
menyara hidup keluarga. Selalunya, kaum wanita akan turun ke sawah pada
Tetapi pada zaman ini, kehidupan dan sistem ekonomi sudah jauh berkembang
seiring dengan kaum-kaum yang lain. Anak-anak muda kini banyak yang berhijrah ke
bandar dan menetap di kawasan bandar. Mereka bekerja dalam sektor awam dan
swasta. Hal ini kerana jika mereka tidak keluar untuk mencari nafkah ke bandar,
mereka lambat untuk melihat dan mewujudkan perkembangan di dalam komuniti
mereka. Di bandar, peluang pekerjaan buat individu yang kurang berpendidikan dan
yang berpendidikan banyak disediakan. Jadi, tidaklah menjadi satu alasan kepada
seseorang individu untuk tidak bekerja menyara diri mahupun keluarga di kampung.
Selain itu, pendidikan kini juga sudah dimonopoli oleh kaum wanita. Dalam kajian
yang dilaksanakan oleh Novel Lyndon yang bertajuk ‘Pendidikan dan komuniti Bidayuh: Kajian kes perbezaan gender dalam penyertaan dan pencapaian’, ia
menunjukkan bahawa kebanyakkan wanita kaum Bidayuh menjadi suri rumah sepenuh
masa kerana dipengaruhi oleh latar belakang budaya. Jika dilihat kembali budaya yang
diamalkan oleh kebanyakkan kaum di dunia, wanita tidak dibenarkan melakukan kerja-
kerja yang berat oleh disebabkan stereotaip yang dicipta oleh sesuatu masyarakat itu
sendiri. Tetapi kini, kebanyakkan wanita telah menggegarkan negara dengan
pencapaian-pencapaian cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.
9
7.1.5 Sistem Teknologi dan Peralatan.
Pada zaman dahulu, masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat yang mencari
makanan dengan memburu dan memungut hasil hutan seperti kaum Iban dan orang
ulu. Masyarakat Bidayuh menggunakan lembing, tombak, parang ilang (parang
pendek), sumpit, ‘jepur’ (menyerupai samurai) dan ‘rira’ (meriam kecil). Selain
digunakan untuk berburu, alatan-alatan tersebut juga digunakan untuk berperang.
Dalam aktiviti pertanian pula, masyarakat Bidayuh menggunakan peralatan
seperti parang, cangkul, dan sabit. Disini kita melihat masyarakat Bidayuh
mengamalkan ekonomi sara diri. Tanaman utama bagi masyarakat Bidayuh adalah
‘podi’ atau padi. Majoriti daripada masyarakat Bidayuh menanam padi bukit kerana
faktor geografi iaitu dari aspek jenis tanah di kawasan tempat tinggal mereka.
Bagi kaum lelaki pula, mereka kebanyakan bekerja sebagai buruh kasar. Mereka
banyak menggunakan alat-alatan seperti tukul, gergaji, ‘chainsaw’, paku dan lain-lain
lagi untuk bekerja. Selain itu, bagi bekerja mencari madu lebah ataupun kerja-kerja
yang melibatkan mereka untuk memanjat pokok, mereka akan membina ‘sirah’ iaitu
tangga yang diperbuat daripada buluh.
Selain itu, dalam bidang penternakan ayam, kaum Bidayuh menggunakan bakul
yang diperbuat daripada rotan untuk menyangkar ayam tersebut. Hal ini kerana berat
rotan berupaya untuk menahan bakul tersebut daripada terbang ditiup angin.
Masyarakat Bidayuh juga ada membuat bubu seperti kaum Melayu ataupun kaum Iban.
Bubu digunakan untuk menangkap ikan. Kebanyakan kaum Bidayuh menangkap ikan
menggunakan bubu untuk menangkap ikan air tawar.
Pada zaman sekarang pula, zaman teknologi semakin berkembang. Kaum
Bidayuh tidak ketinggalan dalam zaman IT. Mereka juga mampu mengendalikan mesin-
mesin yang canggih sebagai masyarakat lain. Di sekolah, kemudahan IT disediakan
bagi membuka ruang kepada murid-murid untuk belajar secara interaktif disamping
untuk melahirkan murid yang celik IT dan mampu untuk bersaing pada tahap global.
10
Kesimpulannya, teknologi memainkan peranan penting dalam meningkatkan
kualiti kehidupan manusia. Selain itu, dengan bantuan teknologi yang ada, kita akan
menjadi lebih maju dan mampu mengubah nasib diri kerana perkembangan teknologi
saling berkaitan dengan bidang ekonomi dan pendidikan.
11
7.2 Pengaruh Budaya Etnik Bidayuh Terhadap Keperibadian dan Pencapaian Akademik di Sekolah.
Latar budaya yang diwarisi atau dialami oleh sesuatu etnik dalam keluarga,
masyarakat atau lokaliti yang lebih luas mempengaruhi perkembangan, kepercayaan,
pegangan serta keperibadian seseorang. Kita sebagai seorang guru harus sentiasa
peka dan sedar bahawa setiap individu adalah unik dan berbeza daripada yang lain
hasil lingkungan budaya etnik atau jenis masyarakat serta penempatan tempat tinggal
masing-masing. Kesedaran tentang kepelbagaian budaya yang dibawa oleh pelajar
dapat membantu guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik dan
berkesan.
Budaya hidup yang dibawa oleh pelajar ke dalam bilik darjah mempengaruhi
iklim dan budaya bilik darjah. Guru sebagai pemimpin bilik darjah perlu mengenali dan
memastikan pembudayaan yang baik dibentuk agar pelajar akan berasa selesa dan
sejahtera berada dalam lingkungan bilik darjah yang mesra budaya. Justeru, budaya
mempunyai implikasi yang amat kuat terhadap berjaya atau tidak pembentukan peribadi
sosial dan intelek pelajar.
Bagi murid-murid Bidayuh, mereka tidak banyak bezanya dengan pembelajaran
etnik-etnik lain. Sebagai contoh, dari segi penggunaan bahasa semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran (PdP), murid-murid kaum Bidayuh dapat meneruskan
pembelajaran dengan baik sama ada dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ianya
langsung tidak mengganggu sesi PdP walaupun bahasa tersebut jauh berbeza dari segi
bunyi dengan bahasa ibunda mereka. Hal ini tidak menjadi masalah kerana guru
disekolah tersebut berjaya mempertimbangkan aspek bahasa dengan sewajarnya.
Penggunaan bahasa yang standard telah memberi peluang yang sama rata kepada
semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Selain itu, saya juga melihat murid-murid berbangsa Bidayuh lebih mudah dan
cepat mempelajari bahasa Inggeris. Hal ini demikian mungkin disebabkan oleh
pengaruh ahli-ahli keluarga yang berbahasa Inggeris di rumah. Berdasarkan
12
pengalaman saya semasa pergi menziarahi rumah rakan saya yang berbangsa Bidayuh
semasa perayaan Hari Gawai di Kampung Apar, Bau, saya mendapati bahawa
kebanyakkan keluarga di kampung tersebut bertutur menggunakan bahasa Bidayuh
Singai dan bahasa Inggeris. Hal ini telah mengukuhkan lagi hujah saya kerana
penggunaan bahasa Inggeris yang digunakan bersama bahasa Bidayuh telah
membantu murid-murid di sekitar kampung tersebut mempelajari bahasa Inggeris
dengan cepat.
Disamping itu, bagi memperkukuhkan bahasa Bidayuh itu sendiri, kanak-kanak
yang berumur tiga hingga lima tahun diajar bahasa Bidayuh di Tadika Warisan Bidayuh,
Kampung Apar, Singai. Ini selaras dengan usaha murni melalui projek Buku Teks, Buku
Kerja dan Kamus Bergambar yang dibuat oleh pasukan yang mantap iaitu DBNA dan
UNESCO yang ingin membela nasib bahasa kaum Bidayuh itu sendiri. Di tadika
tersebut, murid-murid diajar mengenai perkataan, ejaan dan sebutan yang betul dalam
bahasa Bidayuh itu sendiri. Selain itu, murid-murid disediakan dengan buku teks dan
buku latihan bagi bahasa Bidayuh. Usaha murni ini bertujuan bagi mengukuhkan
bahasa Bidayuh dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka boleh menggunakan
bahasa dengan betul bak kata pepatah ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’.
Pembelajaran bahasa Ibunda ini juga bertujuan untuk menanam cinta akan bahasa
selain meningkatkan jati diri kaum ini agar kanak-kanak ini sentiasa kaya dengan
budaya bangsa. Hal ini kerana banyak dalam kalangan anak muda sekarang sudah
tidak mengenali atau tidak tahu perkataan-perkataan dalam bahasa Bidayuh sendiri
disamping penggunaan bahasa ‘rojak’ yang digunakan dalam pertuturan seharian
bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selain itu, dari segi keagamaan, kaum Bidayuh majoritinya mengamalkan agama
Kristian dari mazhab Roman Catholic. Menurut rakan saya yang pernah menjalani
Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sk. Apar, Singai, dia mengatakan
bahawa pada setiap pagi, murid-murid yang beragama Kristian akan berhimpun di
tapak perhimpunan dan ketua pengawas akan mengetuai sesi doa pagi. Hal ini amat
mulia dan ia menguatkan kekuatan murid dari segi rohani. Tambahan itu juga, didikan
agama yang kuat dari ibu bapa juga menyebabkan murid-murid tersebut sentiasa sedar
13
akan kepentingan Tuhan dalam hidup mereka selaras dengan prinsip Rukun Negara
yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab pula, kita haruslah mengelakkan diri daripada menyentuh atau
mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Hal ini demikian
kerana setiap nilai dan kepercayaan tersebut harus diterima dengan seadanya dan ia
seharusnya menjadi satu garis panduan atau pegangan oleh seseorang guru dalam
merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan
agama murid-muridnya.
Budaya bergotong-royong tidak asing lagi dengan kaum Bidayuh. Semangat
kerjasama yang tinggi dan padu dalam kalangan ibu bapa mempengaruhi sikap anak-
anak mereka di sekolah. Nilai ini dapat kita lihat sendiri di sekolah di mana murid-murid
saling bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Selain itu, mereka juga
gemar bekerja dalam satu pasukan terutama dalam pasukan semasa proses PdP. Ini
banyak membantu murid-murid ini memperoleh keputusan yang baik dalam akademik
kerana gaya pembelajaran sebegini sesuai dengan keperluan belajar mereka.
Disamping suka membantu sesama murid, tatkala guru sampai sahaja di hadapan
sekolah, murid-murid akan berlari ke arah guru untuk menolong guru membawa buku-
buku latihan. Budaya seperti ini sememangnya akan menjadi amalan buat murid-murid
di sekolah sehingga mereka besar kelak.
Anak-anak kaum Bidayuh masih kuat jati dirinya walaupun zaman ini semakin
maju dengan pesatnya. Jika ditanya mengenai pakaian tradisional, mereka masih dapat
menamakan pakaian yang dipakainya dari bahagian kepala sehingga ke kaki. Mereka
sememangnya bangga akan pakaian tradisional yang diwarisi secara turun-temurun
sehinggakan mereka boleh membezakan pakaian tradisional Bidayuh di kawasan Bau,
Serian dan Padawan. Selalunya, murid-murid akan memakaikan baju tradisional di
sekolah jika terdapat pertandingan atau persembahan tarian bagi menyambut tetamu
kehormat yang tiba. Dari segi muziknya pula, murid-murid Bidayuh tahu akan
perbezaan muzik yang melambangkan identiti mereka. Bagi murid-murid Bidayuh dari
kawasan Bau, bunyi muzik tradisional mereka berbeza daripada bunyi muzik tradisional
Bidayuh di kawasan Serian dan Padawan. Sesungguhnya, kedua-dua aspek ini
14
membuatkan jati diri anak kaum Bidayuh menjadi kuat dan ia sangat mempengaruhi
pencapaian akademik dan kokurikulum mereka dimana mereka mampu menunjukkan
kepada masyarakat luar bahawa mereka juga boleh berjaya. Sebagai contoh, atlit
wanita kebangsaan Malaysia iaitu Pandalela Rinong yang merupakan seorang atlit
berbangsa Bidayuh yang telah menjulang nama Malaysia ke persada dunia.
Dari aspek ekonomi pula, menurut rakan saya yang berasal dari Kampung Apar,
Singai, penduduk yang tinggal di kawasan kampungnya kebanyakkan bekerja sebagai
mekanik dan buruh kasar, manakala bagi yang wanita, mereka hanya menjadi suri
rumah tangga dan bercucuk tanam. Sistem pengetahuan dan teknologi yang diperoleh
oleh orang-orang tua dari generasi yang lepas masih lagi dipraktikkan sehingga kini.
Sebagai contoh, semasa menuai, kaum wanita menuai dengan cara atau budaya yang
lama seperti bergotong-royong dalam aktiviti menuai padi. Walaupun kini ada teknologi
yang canggih seperti mesin penuai padi, tetapi warga kampung tersebut masih
menggunakan alternatif lama iaitu bergotong-royong. Kaedah yang digunakan oleh
mereka secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan silarurahim antara mereka
dan mengukuhkan perpaduan di kampung tersebut.
Mengikut kajian Pierre Bourdieu (1930) yang merupakan ahli sosiologi
pendidikan dari Perancis,
“…pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.”
(dipetik dari buku
Budaya dan Pembelajaran yang ditulis oleh Syed
Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Miskon)
Berdasarkan pernyataan di atas, saya tidak setuju dengan kajian yang dilakukan
oleh Pierre Bourdieu. Hal ini kerana kerana ianya tidak relevan lagi jika dibandingkan
dengan situasi pada zaman ini. Walaupun latar belakang pendidikan generasi tua di
kampung tersebut sangat rendah, tetapi mereka tidak pernah mengabaikan pendidikan
15
anak-anak mereka. Mereka tidak pernah gagal untuk memberi pendidikan yang
berkualiti kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, terdapat generasi muda di
kampung tersebut yang bekerja sebagai doktor dan guru, malah ada juga yang
merupakan ahli parlimen bagi bahagian Kuching. Hal ini telah membuktikan bahawa
anak-anak kaum Bidayuh yang datang dari keluarga yang serba kekurangan mampu
memberi saingan yang tinggi dalam pelajaran di peringkat sekolah rendah sehingga ke
peringkat universiti.
Disamping itu, tahap ekonomi yang rendah juga telah memberi tekanan kepada
anak-anak kaum ini untuk belajar dengan rajin dan tekun semata-mata untuk mengubah
nasib keluarga dan mengubah persepsi masyarakat lain terhadap kaum mereka. Dalam
usaha untuk meningkatkan keperibadian dan pencapaian murid dalam akademik di
sekolah, guru harus memainkan peranan penting dalam mengajar murid-murid yang
berbeza dari segi kelas sosial. Guru haruslah mengelakkan diri daripada membezakan
kelas sosial murid. Guru harus melayan murid dari kelas atasan sama dengan murid
lain supaya tiada murid yang merasa dipinggirkan oleh guru dalam sesi PdP. Keadaan
ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti
yang dijalankan oleh guru dalam pembelajaran di dalam kelas.
Kesimpulannya, latar belakang budaya seseorang murid mempengaruhi
keperibadian dan pencapaian akademiknya di sekolah. Sebagai seorang guru, kita
haruslah sentiasa menggalakkan penglibatan aktif seseorang murid semasa sesi PdP
mahupun dalam kegiatan kokurikulum bagi mengetahui bakat ataupun kebolehan murid
tersebut dalam melakukan sesuatu perkara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang menginginkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan emosi serta emosi. Selain itu, melalui latar belakang murid juga, ia
dapat membantu guru untuk menyediakan sesi PdP yang menerapkan aktiviti pelbagai
di mana ia dapat memenuhi keperluan murid untuk belajar secara berkesan dan
bermakna. Disamping itu, seorang guru haruslah sentiasa peka akan perbezaan
budaya yang wujud di dalam sesuatu bilik darjah supaya murid-murid sentiasa
berfikiran positif dan menerima perbezaan yang wujud dalam budaya mereka dan
16
seterusnya mereka dapat belajar di dalam suasana bilik darjah yang aman dan
harmoni.
7.3 Cadangan Dalam Membina Persekitaran PdP Yang Mesra Budaya Di Sekolah.
Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional
dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Justeru itu, guru
perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam
melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti
pendidikan.
“…as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to
school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends,
in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that
their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality
teaching.”
(Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005)
Terdapat beberapa perkara yang boleh dicadangkan dalam usaha membina
persekitaran PdP yang mesra budaya iaitu :
17
Dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran PdP yang mesra budaya di
sekolah, persekitaran bilik darjah itu sendiri haruslah mesra budaya. Persekitaran bilik
darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata
seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik
darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusia antara guru
dengan murid dan murid dengan murid. Perkataan mesra menggambarkan keselesaan,
keceriaan dan kegembiraan. Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia
berhubungan dan dalam hubungan tersebut nilai-nilai murni menjadi pegangan dan
amalan lalu terbina persefahaman, toleransi dan hormat-menghormati. Budaya pula
dapat difahami sebagai suatu nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakai oleh
sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud
kesejahteraan bagi kelompok tersebut. Maka, mesra budaya bermaksud perlakuan atau
amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan dimana dalam konteks bilik
darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melalui
perlakuan yang positif sewaktu berlangsungnya proses PdP.
18
Persekitaran Bilik Darjah
Mesra Budaya
Pengurusan Persekitaran
Fizikal
Pengurusan Persekitaran Sosioemosi
Pengurusan PdP
Pedagogi Relevan
Budaya Dan Kepelbagaian
Kelompok
Penilaian Berasaskan
Budaya
Selain itu, persekitaran PdP yang mesra budaya juga boleh diwujudkan melalui
pengurusan persekitaran fizikal. Menurut Woolfolk (200:437) dalam buku Budaya dan
Pembelajaran yang diterbitkan Oxford Fajar, pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk
mengekalkan persekitaran pembelajaran positif dan produktif. Pengurusan fizikal
memberi gambaran mengenai sejauh mana guru memiliki sikap prihatin dan
professional terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik darjah. Guru perlu jelas bahawa
bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri serta
mempunyai perkaitan dan pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-
benda bernyawa, iaitu guru dan murid.
Terdapat beberapa lapan aspek yang ditekankan dalam pengurusan
persekitaran fizikal bilik darjah untuk mewujudkan persekitaran PdP yang mesra budaya
di sekolah. Antara aspek yang ditekankan adalah seperti yang berikut:
19
Pelan Lantai
Kebersihan
Pencahayaan
Pengudaraan
Susunan Kerusi dan
Meja
Susunan Perabot dan
Peralatan
Hiasan Bilik Darjah
Sudut dan Ruang Bacaan
Seseorang guru harus menyediakan pelan lantai dan memaksimumkan ruang
bilik darjah sebaik mungkin. Antaranya adalah dengan mengambil kira keluasan bilik
darjah, susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap
kelas sama ada Tahap Satu atau Tahap Dua serta gaya pengajaran. Guru perlu
merancang susun atur ruang aktiviti PdP bagi menghasilkan proses pembelajaran yang
berkesan. Sebagai contoh, bagi murid-murid Tahap Satu, guru perlu merancang ruang
pembelajaran yang berbeza-beza, iaitu ruang bacaan, ruang aktiviti melukis dan
kraftangan, ruang bercerita dan lakonan serta ruang bekerja dalam kumpulan. Guru
boleh memilih ruang untuk aktiviti melukis dan kerja kraf tangan berdekatan dengan
sinki dan bakul sampah, manakala ruang untuk aktiviti berkumpulan perlu berjauhan
dengan kumpulan murid sedang menjalani aktiviti pembelajaran kendiri.
Tambahan itu juga, dari segi kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan ianya
amat penting dan perlu dititikberatkan oleh guru. Kebersihan merupakan nilai utama
dalam kehidupan manusia dimana kebersihan fizikal mempengaruhi kebersihan mental
dan jiwa manusia. Kebersihan sesebuah bilik darjah adalah antara faktor utama yang
menjadi tarikan kepada murid untuk melalui proses pembelajaran dengan ceria. Selain
itu juga, amalan menjaga kebersihan dapat mendisiplinkan murid-murid. Sebagai
contoh, pembinaan jadual bertugas yang dibina oleh guru dapat memastikan
kelancaran murid-murid untuk menjalankan tugas masing-masing dan ia dapat
menimbulkan rasa tanggungjawab dalam diri murid. Tambahan itu juga, sistem
pencahayaan dan pengudaraan bilik darjah haruslah diawasi kerana ia juga
mempengaruhi kelancaran proses PdP. Hal ini kerana bilik darjah yang suram ataupun
terlalu terang dapat menurunkan motivasi murid untuk meneruskan proses
pembelajaran.
Disamping itu, susunan kerusi dan meja, susunan perabot dan peralatan, dan
hiasan bilik darjah haruslah disesuaikan dengan suasana dan aktiviti PdP. Susunan
serta hiasan yang sesuai dengan aktiviti PdP mampu memberi kesan yang optimum
kepada pembelajaran murid-murid. Kelas yang berselerak dan terlalu padat akan
membuatkan murid-murid berasa rimas dan sukar untuk bergerak. Ini sekaligus
mematahkan semangat murid untuk belajar dan membuatkan motivasi instrinsik dalam
20
diri murid-murid jatuh menjunam. Oleh yang demikian, seseorang guru haruslah
memastikan susunan kerusi, meja dan perabot di dalam bilik darjah mudah diubah dan
disusun sesuai dengan aktiviti kerja berkumpulan dan keadaan disiplin murid di dalam
kelas.
Aspek ketiga yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya ialah aspek pengurusan persekitaran sosioemosi. Menurut buku Budaya dan Pembelajaran terbitan Oxford Fajar, perkataan sosioemosi
terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Perkataan ‘sosial’ merujuk kepada
ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat. Perkembangan sosial setiap
individu bermula daripada alam kanak-kanak dan ini mempengaruhi kehidupan manusia
itu seterusnya. Perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya. Perkataan ‘emosi’ pula bermaksud satu perasaan dan juga gerak hati yang
dialami oleh seseorang individu yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi
sekiranya berlaku rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan. Reaksi
terhadap emosi tersebut mampu dikawal sekiranya seseorang berjaya mengawal
perasaannya daripada memaparkan sesuatu perlakuan hasil tindak balas emosi.
Perkembangan sosial yang positif menyebabkan seseorang itu sentiasa
mempertimbangkan emosinya dan menguruskan emosinya dengan mengekalkan
emosi yang positif dan mengawal emosi yang negatif. Perkembangan sosioemosi
adalah berperingkat-peringkat dan lazimnya kanak-kanak mengembangkan kemahiran
sosialnya dengan mendekati pihak lain dan mula berinteraksi sebagai menjalinkan
hubungan sosial.
Aspek yang keempat yang dapat dilihat dan dipraktikkan dalam usaha
melahirkan persekitaran PdP yang mesra budaya ialah dari aspek pengurusan PdP.
Pengurusan PdP merupakan aspek yang terpenting dan diberi perhatian serius kerana
pembaziran waktu akan berlaku sekiranya objektif pelajaran tidak tercapai. Pelan
tindakan strategic bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan oleh guru. Kajian
dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan
21
perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan
perancangan strategik sekolah.
Peningkatan profesionalisme guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek
kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran,
kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan akademik,
perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Guru yang menanam cita-cita
untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami perasaan dan
kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang
memberansangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, mencorakkan tingkah laku
dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu, guru berperanan sebagai pendidik,
pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong
ke arah kecemerlangan murid.
Dalam usaha untuk mengejar cita-cita tersebut, seseorang guru perlulah
sentiasa mempunyai usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dengan membuat
refleksi yang mana guru tersebut perlulah melihat aspek kekuatan, kelemahan dan
cadangan penambahbaikan. Selain itu, seorang guru juga harus menerapkan unsur-
unsur budaya dalam sesi PdP agar murid berpeluang untuk mempelajari budaya kaum
lain dan ia dapat mengelakkan murid daripada menyentuh perkara-perkara yang sensitif
apabila mereka besar kelak. Sebagai contoh, dari aspek makanan tradisional, murid A
dan murid B perlulah mengetahui dan memahami makanan di antara kaum mereka. Hal
ini dapat mewujudkan rasa kesepunyaan dalam diri murid.
Selain itu, guru juga haruslah sering memberi peluang kepada murid untuk
bertanya soalan. Hal ini kerana rangsangan yang wujud di persekitaran murid
membuatkan mereka rasa ingin tahu akan bagaimana proses sesuatu berlaku. Selain
itu juga, guru juga haruslah sentiasa memberi pembimbing murid selaras dengan
kaedah pengajaran berpusatkan murid dimana guru berperanan sebagai fasilitator.
Guru yang berkesan akan menggunakan bahan konkrit ataupun bahan yang dapat
memberikan tindak balas terhadap pancaindera murid-murid. Kepekaan guru terhadap
penggunakan bahan bantu belajar yang sebegini mampu meningkatkan motivasi murid
22
untuk belajar di dalam atau di luar bilik darjah secara aktif dan bermakna. Hal ini kerana
mereka merasai sendiri pengalaman pembelajaran tersebut.
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif juga amat baik untuk dipraktikkan di
dalam bilik darjah. Pembelajaran ini penting kerana ianya dapat membantu
meningkatkan komunikasi antara murid dengan murid yang mana ia secara tidak
langsung membantu dalam meningkatkan kesefahaman dan keharmonian di dalam
atau luar bilik darjah. Guru juga harus bijak memilih topik di mana guru harus memilih
topik yang sesuai dengan tajuk pembelajaran dan latar belakang murid. Hal ini kerana
jika ianya melibatkan latar belakang murid, murid-murid akan suka untuk belajar dan
mereka akan mengaplikasi pengalaman sedia ada dengan pengalaman pembelajaran
yang baharu.
Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi PdP supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Disini, penekanan diberikan
kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi
perkembangan yang menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevan
dengan budaya yang diamalkan. Guru perlu mengambilkira kepelbagaian aspek budaya
murid supaya murid tidak terpinggir dalam proses PdP.
Dalam konteks sosiologi, kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup yang
dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah
masyarakat tertentu. Menurut pandangan ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi
sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat
mereka. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memenuhi
keperluan murid tanpa sikap prejudis terhadap budaya yang berbeza tersebut.
Selain itu, konsep modal budaya juga perlu diketahui. Modal budaya merujuk
kepada seseorang individu yang mewarisi dan memperoleh keupayaan bahasa dan
budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Mengikut kajian Pierre Bourdieu (1930) yang
merupakan ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian persekolahan
seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar kebudayaan ibu bapanya dan
23
tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi pencapaian
persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.
Pendidikan Berbilang Budaya atau ‘Multi Cultural Education’ merupakan
pendidikan yang memberi penekanan dalam kurikulum kepada aspek budaya
masyarakat sama ada masyarakat kepada majoriti atau minoriti dengan tujuan
memupuk persefahaman dan perpaduan negara. Di Malaysia, usaha untuk
menerapkan berbilang budaya telah dimulakan sejak wujudnya Penyata Razak 1957.
Sementara itu, beberapa negara seperti England, menerusi The Bullock Report 1975,
juga telah menerima kemasukan bahasa dan budaya golongan minority dalam
kurikulum mereka. Kesannya, hubungan antara orang kulit hitam dan kulit putih
bertambah baik. Di USA pula, melalui Rancangan Kamehamaha Early Education
Programme, dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pembacaan dalam kalangan murid
tadika keturunan Hawaii.
Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan. Guru
seharusnya memilh strategi, kaedah atau teknik yang bersesuaian mengikut keadaan
kelas dan kerelevanan budaya. Jika guru berada di sekolah Cina dan mengajar bahasa
Melayu, maka guru tersebut boleh menggunakan kaedah mengajar secara simulasi
dengan memberi dialog atau skrip dalam Bahasa Melayu untuk dilakonkan di hadapan
kelas. Latihan penggunaan bahasa seperti ini mampu meningkatkan penguasaan
bahasa kebangsaan bagi kaum ini.
24
Rajah di atas merupakan beberapa pendekatan pedagogi yang relevan untuk
diamalkan untuk murid pelbagai budaya.
Cadangan keenam yang boleh diamalkan untuk mewujudkan persekitaran PdP
yang mesra budaya adalah penilaian berasaskan budaya. Dalam hal ini, guru harus
melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan
situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah
aturan dan kedudukan kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid-murid
perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza. Guru boleh
memperkenalkan adat dan kaum yang terdapat di Malaysia. Penerapan nilai
bekerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.
Dalam melaksanakan proses penilaian tersebut, guru boleh melihat dari aspek
tingkah laku murid dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dengan ahli dalam
kumpulan, disiplin murid-murid, hubungan sosial murid, budaya belajar murid, aspek
psikologi dan orientasi sosial bilik darjah. Unsur-unsur ini boleh dijadikan sebagai garis
panduan kepada guru untuk membuat penilaian terhadap murid-murid secara
menyeluruh.
25
Pedagogi Relevan Budaya
Pendekatan Kolaboratif
Direktif
Mediatif
Generatif
Kontekstual Metakognitif
Konteks Luar /
Kajian Luar
Kajian Masa Depan
Pendekatan Koperatif
Kesimpulannya, pelbagai cara atau cadangan boleh dilaksanakan untuk
mewujudkan persekitaran PdP yang mesra budaya di sekolah. Persekitaran PdP yang
mesra budaya di sekolah banyak membantu guru dan pihak sekolah dalam kerja-kerja
pengurusan dan lain-lain dengan baik. Amalan pedagogi yang relevan perlu diterapkan
supaya motivasi murid sentiasa berada di tahap yang tinggi untuk menerima proses
pembelajaran yang dilaksanakan. Setelah melaksanakan pengurusan kelas yang
sesuai dengan pelbagai budaya murid, guru juga disarankan untuk melaksanakan
proses penilaian supaya tidak ada murid yang tercicir dari arus pendidikan yang
akhirnya akan memberi impak kepada pembangunan negara. Murid yang dikenalpasti
bermasalah perlulah dibantu dengan kadar yang segera walau dengan apa jua cara
sekalipun bagi memberi peluang pendidikan yang adil kepada semua rakyat.
.
26