tutorial minggu 18 [edu 3106]

Upload: blaine-t

Post on 08-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    1/21

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    2/21

    Pembangunan pendidikan di Malaysia pada awalnya

    tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan

    kawasan pertumbuhan ekonomi negara.

    Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan

    kemudahan bangunan dan peralatan yang lengkap,

    guru terlatih dan sumber mencukupi berbanding

    sekolah luar Bandar yang kekurangan dari segi

    infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta

    sokongan ibu bapa dan masyarakat.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    3/21

    Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan wujud

    disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu

    kepada usaha memastikan lebih ramai murid

    mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti

    pendidikan yang disediakan.

    Masyarakat orang asli, indigenious dan pendalaman

    dikatakan agak ketinggalan dalam arus perdana

    sistem pendidikan negara. Oleh itu, tumpuan pelan

    tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra

    budaya diberikan kepada kumpulan ini.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    4/21

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    5/21

    Kumpulan minority 141, 230 orang penduduk orang Asli

    di Malaysia ini tidak pernah tercicir atau dinafikan

    dalam arus pembangunan perdana.

    Bermula Rancangan Malaysia Ke-7:

    Ketika pembangunan fizikal masyarakat, orang asli

    diberikan tumpuan sepenuhnya terutama dalam

    usaha-usaha keselamatan dan mewujudkan integrasi

    kaum, kumpulan ini semakin mendapat hak dan

    keistimewaan sesuai dengan kemajuan yang dikecapi

    negara.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    6/21

    Sepanjang Rancangan Malaysia Ke-8, tumpuan

    pembangunan orang Asli semakin meluas dengan

    peningkatan peruntukan kerajaan RM303.5 juta

    berbanding RM148.9 pada Rancangan Malaysia Ke-7.

    Perancangan pelan tindakan ini dibuat bersama oleh

    Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Bahagian

    Perancangan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan

    Luar Bandar dan Wilayah. Objektif pelan ini adalahbertujuan menyediakan keperluan peruntukan di

    kawasan orang asli.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    7/21

    Kumpulan sasaran untuk program ini terdiri dari 4

    kumpulan iaitu:

    Peringkat pra-sekolah (5-6 tahun)

    Melalui pendidikan formal pra-sekolah, persediaan

    dari segi emosi dan kemahiran social supaya

    bersedia menerima perubahan apabila bersekolah

    kelak.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    8/21

    Peringkat rendah (7-12 tahun)

    Menyediakan asas kukuh dalam kemahiran 3M iaitu

    membaca, menulis dan mengira; juga didedahkan

    aspek kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni danrekreasi, penerapan nilai-nilai murni khususnya

    program pra-sekolah dan rendah kepada

    pembangunan domain kognitif, afektif dan selari

    dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    9/21

    Peringkat menengah (13-18 tahun)

    Memberi tumpuan pendidikan komprehensif dan

    berkualiti kepada warganegara Malaysia yang

    berumur antara 12+ hingga 17+ tahun.

    Penekanan diberi kepada kemahiran berfikir sevara

    kritis dan kreatif.

    Peringkat tertiari

    Tumpuan kepada pendidikan tinggi supaya

    pembangunan minda orang-orang asli menjadi

    liebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat

    memajukan masyarakat dan Negara dalam

    persaingan global.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    10/21

    Latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat

    serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya

    mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan

    mendapat peluang-peluang pekerjaan yang sesuai

    dengan kebolehan mereka.

    Peringkat dewasa masyarakat dianjurkan program

    kemasyarakatan oleh pertubuhan seperti Penggerak

    Wanita Orang Asli. Antaranya program kesejahteraankeluarga, latihan-latihan kemahiran dan

    keusahawanan serta program celik huruf.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    11/21

    Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA disediakan

    bagi membantu pelajar orang asli di peringkat sekolah,

    menengah dan Institusi Pengajian Awam Tempatan.

    Bantuan ini adalah untuk meringankan beban

    masyarakat orang asli dalam pembiayaan

    persekolahan dan pengajian anak-anak mereka. Di

    antaranya adalah :

    Yuran persekolah

    Kokurikulum

    Kertas ujian bulanan

    Sukan tahunan sekolah

    Kegiatan pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    12/21

    MSSM

    Bantuan persekolahan seperti buku tulis, buku kerja

    dan alat tulis

    Pakaian seragam eskolah

    Tambang pengangkutan

    Barang keperluan diri

    Bantuan makan sekolah pendalaman

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    13/21

    Bagi meningkatkan minat orang Asli terhadap

    pendidikan dan seterusnya mengurangkan penciciran

    pelajaran, pihak sekolah telah berusaha mengubahsuai

    sistem pendidikan daripada 3M (menulis, membaca

    dan mengira) kepada 6M (mata pelajaran luar darjah,

    rancangan makanan tambahan dan muzik, tarian dan

    kegiatan kebudayaan)

    Bukti kejayaan pelan tindakan oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia ; murid terbaik Penilaian

    Menengah Rendah (PMR) 2006 , Nurul Atikah

    Kamaruddin. Beliau juga merupakan pemenang

    anugerah Tokoh Malidur Rasul 2007 Peringkat

    kebangsaan.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    14/21

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    15/21

    Kementerian Pelajaran akan terus berusaha untuk

    mendemokrasikan pendidikan bagi merapatkan jurang

    dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budayadan sosioekonomi Negara ini. (Dato Seri Hishamuddin

    Tun Hussein, Mantan Menteri Pelajaran).Kementerian

    pelajaran memberikan penekanan dan fokus kepada

    keperluan mendefinisikan semula persekolahan.

    Pendefinisian semula dilakukan untuk membantu anak-

    anak orang asli dan indigenious supaya tidak tercicir

    dalam arus pendidikan. Golongan ini dikelompokkan

    dalam golongan berisiko tinggi yang perlu diberi

    perhatian agar tidak wujud jurang besar dalam

    pelbagai aspek.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    16/21

    Kementerian Pelajaran telah melaksanakan tindakan

    kolektif dengan mengadakan Program OutreachPendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak

    Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan anak orang asli dan

    indigenious.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    17/21

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    18/21

    Kerajaan mengakui kelemahan keperluan dalam

    capaian, ekuiti dan kualiti pendidikan khasnya

    kalangan kanak-kanak terpinggir di luar Bandar dan

    kawasan terpencil dan kanak-kanak orang asli.

    Peningkatan keperluan seperti kapasiti institusi serta

    sumber manusia dalam melatih guru dan kaunselor

    sekolah menambahbaik penjagaan dan

    pembangunan awal kanak-kanak dan mengalakkan

    pendidikan berasaskan kemahiran hidup.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    19/21

    Kerajaan telah menyediakan dana dan sokongan

    teknikal untuk menilai impak dan keberkesanan

    Program Pembacaan Tambahan; kerajaan telah

    berusaha meningkatkan lagi program Pendidikan

    Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup seperti

    pencegahan HIV dengan sasaran 100 buah sekolah di

    Malaysia di kawasan pendalaman.

    Contoh usaha kerajaan:

    Contoh usaha kerajaan.docx

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    20/21

    Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan

    mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi

    kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di

    peringkat nasional dan global. Antara nilai sivik yang

    diperlukan oleh masyarakat ialah hormat-menghormati,

    toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar,

    kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang

    dan semangat patriotik.

  • 8/6/2019 Tutorial Minggu 18 [EDU 3106]

    21/21

    Oleh itu, guru haruslah menwujudkan suasana

    pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan

    intergrasi dalam kalangan murid didalam dan di luar

    bilik darjah tanpa mengira latar sosiobudaya murni

    berkenaan.