Download - Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
1/19
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah digubal berasaskan
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai.
Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran,
pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator
pencapaian setiap standard kandungan.
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah
Rendah digubal bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta
berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke
arah mencapai kesejahteraan hidup. Ia juga bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan
modal insan yang sihat dan cergas.
Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah
untuk murid Tahun Dua iaitu membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor;
memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan; dan memupuk elemen
keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti
fizikal.
2.0 KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua terdiri daripada modulkemahiran dan modul kecergasan yang dibina berasaskan lima aspek iaitu:-
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran
motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
1
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
2/19
1. konsep pergerakan;
2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi
alatan dan pergerakan berirama,
3. gimnastik asas;
4. akuatik asas; dan
5. rekreasi dan kesenggangan.
Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip
dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam
melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
1. konsep pergerakan;
2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi
alatan dan pergerakan berirama,
3. gimnastik asas;
4. akuatik asas; dan
5. rekreasi dan kesenggangan.
Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan KesihatanMelalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap
kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:-
1. konsep kecergasan; dan
2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan
dan daya tahan otot, dan komposisi badan.
Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan
Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip
dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal
yangmelibatkan:-
1. konsep kecergasan; dan
2
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
3/19
2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan
dan daya tahan otot, dan komposisi badan.
Aspek 5: Kesukanan
Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani
menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk
melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1. pengurusan dan keselamatan;
2. tanggungjawab kendiri;
3. interaksi sosial; dan
Seperti pada rajah 1 di bawah :-
Rajah 1
3
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
4/19
Rajah 2 di bawah menunjukkan pembahagian peratusan modul Pendidikan Jasmani bagi
Modul kemahiran dan modul kecergasan.
Rajah 2
3.0 ASPEK PEMBELAJARAN BAGI KOMPONEN KEMAHIRAN BAGI
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2Berdasarkan Dokumen Standard (DS) Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), Pendidikan Jasmani Tahun 2, bagi tujuan pengajaran kemahiran, kita boleh
menggunakan Modul Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5
secara serentak. Manakala untuk pengajaran kecergasan, guru menggunakan Modul
4
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
5/19
Kecergasan yang terdiri daripada Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. Seperti
yang dinyatakan dalam rajah 3 di bawah.
Rajah 3
3.1 ASPEK 1 KEMAHIRAN PERGERAKAN
Tajuk-tajuk yang terdapat di dalam aspek 1 iaitu kemahiran pergerakan ialah :-
3.1.1 Konsep pergerakan
Standard Kandungan :
1.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan.
Standard Pembelajaran :
1.1.1 Melakukan pergerakan ke ruang am yang telah ditetapkan.
1.1.2 Meningkatkan kelajuan pergerakan semasa bergerak.
3.1.2 Pergerakan Asas. Secara amnya pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian
iaituPergerakan Lokomotor, Pergerakan Bukan Lokomotordan Manipulasi Alatan
Standard Kandungan :
1.2 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakanlokomotor dengan lakuan yang betul.
Standard Pembelajaran :
1.2.1 Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping),
menggelongsor, melompat, melompat sebelah kaki (hopping), skip dan melonjak
(leaping).
5
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
6/19
1.2.2 Melompat pada satu jarak, mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan lutut
dan pergelangan kaki difleksi.
1.2.3 Melompat berterusan tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan.
Standard Kandungan :
1.3 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukanlokomotor dengan lakuan yang
betul.
Standard Pembelajaran :
1.3.1 Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, mengilas,
memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang.
1.3.2 Menggabungkan pelbagai pergerakan bukan lokomotor dalam satu rangkaian
pergerakan.
1.3.3 Menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam
satu rangkaian pergerakan.
Standard Kandungan :
1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul.
Standard Pembelajaran :
1.4.1 Melambung, menggolek, menendang, menyerkap, melantun, membaling, menangkap,
memukul dan mengelecek.
1.4.2 Menggolek bola pada satu jarak.1.4.3 Membaling bola pada satu jarak.
1.4.4 Menangkap bola dengan serapan daya.
1.4.5 Menendang bola yang digolekkan.
1.4.6 Menyerkap bola yang bergerak.
1.4.7 Memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan pemukul
yang mempunyai permukaan luas seperti raket.
1.4.8 Memukul bola yang diletakkan di atas tee dengan menggunakan pemukul
berbentuk silinder seperti bat sofbol.
1.4.9 Mengelecek bola menggunakan tangan.
1.4.10 Mengelecek bola menggunakan kaki.
Standard Kandungan :
1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai corakpergerakan mengikut irama.
6
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
7/19
Standard Pembelajaran :
1.5.1 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut
tempo.
1.5.2 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan
alatan mengikut tempo.
3.1.3 Gimnastik Asas
Standard Kandungan :
1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran hambur(spring) danpendaratan dengan lakuan
yang betul.
Standard Pembelajaran :
1.6.1 Melakukan hambur dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai arah.
1.6.2 Melakukan hambur di atas peti lombol dan mendarat menggunakan kedua-dua
belah kaki dengan lutut difleksi.
Standard Kandungan :
1.7 Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan kawalanbadan dan
sokongan.
Standard Pembelajaran :
1.7.1 Melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan.1.7.2 Melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan
menggunakan bahagian badan secara berpasangan.
1.7.3 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan imbangan statik mengikut iringan
muzik.
Standard Kandungan :
1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran putaran dengan lakuan yang betul
Standard Pembelajaran :
1.8.1 Melakukan guling sisi.
1.8.2 Melakukan guling depan.
3.1.4 Akuatik Asas
Standard Kandungan :
7
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
8/19
1.9 Menguasai kemahiran keyakinan dan keselamatandi air.
Standard Pembelajaran :
1.9.1 Mematuhi peraturan sekitar kolam dan di dalam kolam.
1.9.2 Melakukan kemahiran apungan lentang.
1.9.3 Berdiri dalam air dari posisi apungan lentang.
Standard Kandungan :
1.10 Menguasai kemahiran asas renang dengan lakuan yangbetul.
Standard Pembelajaran :
1.10.1 Melakukan tendangan keribas (flutter kick).
3.1.5 Rekreasi dan Kesenggangan
Standard Kandungan :
1.11 Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan
Standard Pembelajaran :
1.11.1 Menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti
menjejak dan Mencari Harta Karun.
1.11.2 Melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai
semasa melakukan aktiviti rekreasi seperti Galah Panjang.
1.11.3 Menggunakan kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatanyang sesuai semasa melakukan permainan tradisional seperti rondas dan tuju
tin.
3.2 ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN
Tajuk-tajuk yang terdapat pada aspek 2 ialah :-
3.2.1 Konsep Pergerakan
Standard Kandungan :
2.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konseppergerakan.
Standard Pembelajaran :
2.1.1 Membezakan pergerakan mengikut ruang.
8
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
9/19
2.1.2 Membezakan pergerakan mengikut tempo.
2.1.3 Mengenal pasti perlakuan yang boleh meningkatkan kelajuan.
3.2.2 Pergerakan Asas
Standard Kandungan :
2.2 Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan dalam melakukan pergerakan
lokomotor danbukan lokomotor.
Standard Pembelajaran :
2.2.1 Mengenal pasti ciri-ciri perlakuan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
2.2.2 Mengenal pasti kepentingan fleksi dalam pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor.
2.2.3 Menyatakan postur badan semasa melakukan pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor.
Standard Kandungan :
2.3 Memahami konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasialatan.
Standard Pembelajaran :
2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek.
2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi
alatan.2.3.3 Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang.
2.3.4 Mengenal pasti perlakuan menggunakan tangan, kaki dan alatan yang
menggerak dan menghentikan objek.
3.2.3 Pergerakan Berirama
Standard Kandungan :
2.4 Mengaplikasi konsep pergerakan mengikut irama.
Standard Pembelajaran :
2.4.1 Membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo.
2.4.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai
dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.
9
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
10/19
3.2.4 Gimnastik Asas
Standard Kandungan :
2.5 Memahami konsep hambur dan pendaratan.
Standard Pembelajaran :
2.5.1 Mengenal pasti postur badan semasa hambur dan mendarat.
Standard Kandungan :
2.6 Mengetahui konsep kawalan badan dan sokongan dalampergerakan.
Standard Pembelajaran :
2.6.1 Mengenal pasti kepentingan keluasan tapak sokongan.
2.6.2 Mengenal pasti perkaitan antara imbangan dengan sokongan.
2.6.3 Menyatakan situasi dalam kehidupan harian yang melibatkan imbangan dalam
pergerakan lokomotor.
Standard Kandungan :
2.7 Memahami konsep putaran dalam pergerakan.
Standard Pembelajaran :
2.7.1 Menyatakan variasi guling sisi.
2.7.2 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan guling depan.
3.2.5 Akuatik Asas
Standard Kandungan :
2.8 Memahami konsep keyakinan dan keselamatan dalam air.
Standard Pembelajaran :
2.8.1 Mengenal pasti peraturan di kolam renang.
2.8.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan apungan lentang.
2.8.2 Mengenal pasti teknik dirian selepas apungan lentang.
2.9 Mengetahui kemahiran asas renang.
2.9.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan tendangan keribas
(flutter kick).
3.2.6 Rekreasi dan Kesenggangan
10
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
11/19
Standard Kandungan :
2.10 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesengggangan.
Standard Pembelajaran :
2.10.1 Mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan
Mencari Harta Karun.
2.10.2 Mentafsir maklumat dalam aktiviti menjejak dan Mencari Harta Karun.
2.10.3 Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam aktiviti rekreasi
dan permainan tradisional.
3.3 ASPEK 5 : KESUKANAN
3.3.1 Pengurusan dan Keselamatan
Standard Kandungan :
5.1 Mematuhi dan mengamalkanelemen pengurusan dan keselamatan
Standard Pembelajaran :
5.1.1 Menyatakan persediaan diri dan kesesuaian pakaian mengikut jenis aktiviti yang
dijalankan.
5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat.
5.1.3 Mengenal pasti alatan yang selamat digunakan.
5.1.4 Mengunakan alatan mengikut peraturan dan fungsi alatan dengan betul.5.15 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti.
3.3.2 Tanggungjawab Kendiri
Standard Kandungan :
5.2 Mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
Standard Pembelajaran :
5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.
5.2.2 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.
5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.
3.3.3 Interaksi Sosial
Standard Kandungan :
11
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
12/19
5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Standard Pembelajaran :
5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti
fizikal.
3.3.4 Dinamika Kumpulan
Standard Kandungan :
5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan tersebut
Standard Pembelajaran :
5.4.1 Memilih sendiri rakan untuk membentuk kumpulan.
5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.
5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, komponen kemahiran yang terdapat dalam Dokumen StandardPendidikan Jasmani Tahun 2 boleh dilihat pada rajah 4 di bawah.
RAJAH 4
12
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
13/19
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Pendidikan Jasmani
Tahun 2
Tema / tajuk: Berkebolehan bermain permainan tradisional/ Galah Panjang
Masa: 7.10 7.40 pagi
Standard pembelajaran :
1.11.2 Melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai semasa
melakukan aktiviti rekreasi seperti galah panjang.
2.10.3 Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam aktiviti rekreasi
dan permainan tradisional.
5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.
5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.
5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan.
Objektif pembelajaran:
Di akhir sesi pemgajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat :-1. Melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor semasa
melakukan aktiviti.
2. Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang digunakan
semasa aktiviti dijalankan.
3. Berasa gembira semasa melakukan aktiviti.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kepimpinan , Inkuri penemuan, Menghubungkaitkan, Menjana idea, Mentafsir maklumat
Bahan Bantu Belajar : Gelanggang permainan , skital, Lembaran kerja
Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Lembaran kerja- Warnakan pergerakan yang terlibat dalam permainan galah panjang.
13
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
14/19
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah Pengajaran
Isi Pelajaran Catatan
Set Induksi
(4 minit)
1. Guru menggunakan Quiet
Signaluntuk mendapat
perhatian dan tumpuan murid.
2. Guru mengarahkan
murid-murid membuat dua
bulatan dan memulakan
aktiviti memanaskan badan.
3. Guru memyampaikan standard
pelajaran pada hari tersebut..
Guru mengambil perhatian
dan tumpuan murid.
Murid-murid membuat 2
bulatan dan melakukan
aktiviti memanaskan badan.
1.11.2 Melakukan pelbagai
kemahiran lokomotor dan
bukan lokomotor yang
sesuai semasa melakukan
aktiviti rekreasi seperti
galah panjang.
2.10.3 Menyenaraikan
kemahiran lokomotor dan
bukan lokomotor dalam
aktiviti rekreasi dan
permainan tradisional.
14
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
15/19
Langkah 1
(15 Minit)
(Permainan Kecil)
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Peraturan permainan dalam
galah panjang :
a. Permainan dimainkan dalam
kawasan gelanggang yang
disediakan.
b. Undian akan dilakukan untuk
menentukan pasukan yang akan
memulakan permainan.
c. Sebelum permainan dimulakan
ketua pasukan penyerang akan
menepuk tangan ketua pasukan
bertahan di petak kepala
gelanggang (mula dan tamat).
d. Selepas undian, kumpulan yang
bertahan akan menjaga
gelanggang dengan berpijak di
atas garisan yang dilukis.
e. Pemain boleh mula menyerangsecara individu atau beramai-
ramai.
f. Ketua bertahan, akan menjaga
garisan tengah dan bebas bergerak
ke mana-mana garisan.
g. Setiap pemain penyerang
hendaklah melepasi kesemua
garisan hingga garisan belakang
dan kembali semula ke garisan
hadapan.
h. Jika salah seorang ahli pasukan
penyerang dicuit, pasukan itu akan
15
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
16/19
dikira mati dan pasukan bertukar
peranan.
i. Jika salah seorang ahli pasukan
penyerang berundur ke belakang
setelah melepasi garisan dan keluar
gelanggang, pasukan itu
dikira mati dan bertukar peranan.
j. Jika salah seorang ahli pasukan
penyerang berjaya melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke
garisan permulaan, satu mata akan
diberikan. Tukar peranan.
k. Pasukan yang mengumpul mata
tertinggi akan dikira pemenang.
Langkah 2
(3 Minit)
Menyejukkan Badan
1. Murid-murid diarahkan untuk
membuat 2 bulatan dan aktiviti
Menyejukkan badan dijalankan
Guru mengarahkan semua
murid membentuk 2 bulatan
untuk aktiviti menyejukkan
badan.
Langkah 3
(5 Minit)
Pentaksiran
1. Murid-murid diberikan lembaran
kerja untuk penilaian.
2. Murid menerima lembaran kerja
daripada guru.
3. Murid dikehendaki mewarnakan
pergerakan yang mereka lakukan
semasa aktiviti permainan galah
panjang tadi.4. Murid menghantar lembaran
kerja yang telah siap kepada guru.
Guru memberi
Latihan/lembaran kerja
kepada
murid-murid
KB : menghubungkaitkan,
menjana idea
BCB : memproses
maklumat dan melaporkanmaklumat.
KP : verbal linguistik,visual,
intrapersonal, interpersonal
Nilai : kerjasama,
hormatmenghormati
16
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
17/19
Penutup
(3 Minit)
1. Guru merumuskan pelajaran
pada hari tersebut.
2. Guru mengarhkan pelajar
beratur dan bersurai kembali ke
kelas.
Guru membuat
rumusan
mengenai
pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan
soalan kepada
murid akan apa
yang mereka
telah pelajari.
Guru juga
menayakan nilainilai
murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan
pembelajaran.
Refleksi :
i. 24 daripada 28 murid dapat mencapai standard yang ditetapkan.
ii. 4 orang murid mesti diberikan aktiviti pemulihan pada P&P akan datang.
RUJUKAN / REFERENSI
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011).Kurikulum Standard Sekolah Rendah
17
-
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
18/19
Pendidikan Jasmani Tahun 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=227&Itemid=83
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011).Buku Panduan Kreativiti Pembangunan Dan
Amalan Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011).Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Perkembangan Kurikulum (2001).Pendidikan Jasmani:Huraian sukatan pelajaran
sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan, Hasnul Faizal Hushin Amri, Dr Sanmuga
Nathan A/L K. Jeganathan, Norkhalid Salimin & Yusop Ahmad (2011).
HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani. Selangor: Meteor Doc. Sdn.Bhd.
Lampiran 1 (Lembaran Kerja)
18
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=227&Itemid=83http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=227&Itemid=83http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=227&Itemid=83http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=227&Itemid=83 -
7/31/2019 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1
19/19
19