tugasan kumpulan alam sekitar

23
Pembangunan lestari TUGASAN KUMPULAN : Task : Pembangunan Lestari. Kesedaran Alam Sekitar Melalui Pendidikan. Rangkakan pengajaran / topik ini yang related dengan dokumen standard (silibus) sekolah rendah. Mana yang sesuai 1 Tugasan Kumpulan : Sauanah Buari, Zaharah Pandi, Siti Rosila dan NurulHuda

Upload: uthm

Post on 22-Feb-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pembangunan lestari

TUGASAN KUMPULAN :

Task : Pembangunan Lestari. Kesedaran Alam Sekitar Melalui

Pendidikan.

Rangkakan pengajaran / topik ini yang related dengan dokumen

standard (silibus) sekolah rendah. Mana yang sesuai

1

Tugasan Kumpulan : Sauanah Buari, Zaharah Pandi,Siti Rosila dan NurulHuda

Pembangunan lestari

PENGENALAN

Kerja kursus ini disediakan bagi memenuhi kehendak Kursus

BBR 36803 – Pengenalan Sains Alam Sekitar, yang mana ia adalah

tugasan berkumpulan bagi memberi pendedahan kepada guru amnya,

atau bagi kami khususnya yang bakal menjadi guru siswazah tentang

peri pentingnya tanggungjawab untuk menyedarkan generasi akan

datang mengenai penjagaan alam sekitar yang sempurna, seimbang

serta selamat.

Di dalam perbincangan ini nanti akan dinyatakan apakah

pembangunan lestari, cabarannya, serta ciri-cirinya. Di samping

itu, akan diperincikan juga cara-cara untuk melestarikan alam

sekitar, pandangan dari sudut Islam dan strategi untuk menerapkan

kesedaran kepada setiap individu generasi kini atau yang akan

datang di dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang

sejahtera.

Untuk memastikan kupasan kerja kursus ini sempurna dan

lengkap, kami akan cadangkan juga sukatan pelajaran yang relevan

untuk guru mengajar tajuk kelestarian pembangunan alam sekitar

kepada murid sekolah rendah.

Diharapkan agar bahan yang kami hasilkan ini dapat memberi

gambaran secara global dan menyeluruh tentang peri pentingnya

seorang pendidik menguasai ilmu pengetahuan tentang alam,

kesedaran sebagai khalifah ALLAH untuk kemakmuran alam sejagat 2

Pembangunan lestari

dan tugas utama untuk mendidik anak didik di sekolah rendah agar

memahami pembangunan lestari dan hakikatnya.

Semua ini adalah kesinambungan kepada kesedaran kita bahawa

pembangunan yang kita hendak capai tidak harus mengorbankan

anugerah yang tidak ternilai iaitu sebuah kehidupan yang

harmonis, seimbang dan selamat sampai bila-bila agar generasi

pewaris dapat menghargai apa yang kita wariskan kepada mereka.

PENDAHULUAN

Mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka, perkataan `lestari’ ialah

tetap seperti sediakala (tentang keadaan sesuatu); tidak berubah-

ubah. Melestarikan pula ialah membiarkan atau memelihara sesuatu

supaya kekal seperti sediakala. Manakala Pembangunan Lestari

ialah pembangunan yang berlaku tanpa berubah-ubah atau tanpa

mengubah sesuatu yang lainnya. Justeru itu, Dewan Bahasa memberi

definisi `kelestarian’ ialah keadaan (cth. Hutan, persekitaran

dan lain-lain) yang tidak berubah-ubah atau yang terpelihara

seperti asal; ( keaslian hutan kita.). Oleh itu, maksud

melestarikan alam sekitar  menurut Kamus Dewan ialah lestari

bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Maka,

melestarikan alam sekitar bermaksud, kita membiarkan atau

memelihara alam sekitar kita supaya kekal seperti

3

Pembangunan lestari

sediakala. Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan

yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan

memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi.

Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) pula

diertikan sebagai “… balancing balancing the fulfillment of human needs

with the protection of the natural environment so that these needs can be met

not only in the present, but in the indefinite future.”

Pembangunan Lestari ialah pembangunan atau kemajuan dengan

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah.

Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam

sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain

yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.

Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk

mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan

rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan

konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat

untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan

generasi akan datang.

Pembangunan mampan pula pernah ditakrifkan sebagai

pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa

mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi

keperluan mereka. Oleh itu, pembangunan bersepadu dan menggunakan

sumber dengan cekap dapat mengekalkan alam sekitar yang bersih

dan selamat untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Oleh

itu marilah kita fikirkan tentang apakah yang harus kita

lakukan untuk melestarikan alam sekitar ini.

4

Pembangunan lestari

Justeru itu, pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat

penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar

merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya

memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap

satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain.

Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan.

Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada

angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu

daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan

hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas

dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula

akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar

adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat

hidupan darat dan air terpelihara.

Jadi, tanggungjawab kita untuk memikirkan apakah sumbangan

yang boleh kita lakukan dalam melestarikan alam sekitar kita ini

kerana alam ini bukan milik kita, malah ianya dihuni oleh

pelbagai makhluk lain yang mana .kita semua saling bergantung

antara satu sama lain. Ianya juga adalah untuk dinikmati oleh

generasi akan datang.

Konsep Pembangunan Lestari

Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran

tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam

sekitar. Isu pembangunan telah dibincangkan secara serius dalam

Sidang Kemuncak Bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun

5

Pembangunan lestari

1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002.

Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda

21 yang merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set

prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan

institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program

pembangunan lestari di negara masing-masing.

Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi

sokongan bagi memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam

manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk

menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidup secara berterusan

dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari,

penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan

manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan

produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.

Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan

Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam

usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan

teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan

dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar

(MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004 Kementerian ini telah

dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI). Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah

persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains

dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan

meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari.

Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan

6

Pembangunan lestari

persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya

rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat

antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar

untuk jangka masa panjang.

Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman

kesedaran dan penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan

dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan

S&T. Memelihara dan memantau alam sekitarMenyediakan perkhidmatan

sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan. Usaha dan

inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan

tanggungjawabnya adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan

polisi. Ini termasuklah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3

(OPP3), Rancangan Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan Induk Industri

(IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan Pelan Tindakan Teknologi (TAP).

Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara

(NPE) telah dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari

alam sekitar dan sumber asli akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8

meliputi jangka masa 2000-2005 dan menggabungkan strategi-

strategi, program-program dan projek-projek yang bertujuan untuk

mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang

menggambarkan jangka masa ini termasuklah globalisasi,

liberalisasi dalam perkhidmatan dan pembangunan berbentuk

teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8 telah menyusun

semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk mencapai

pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat

tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap

7

Pembangunan lestari

peningkatan kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi

teknologi. Sektor awam akan bertindak sebagai penasihat dengan

memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan yang berkesan

di samping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan.

RMKe-8 amat menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap

isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli

scara bersepadu untuk mencapai pembangunan lestari dan

meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi

Industri : Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah

berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang

sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam

menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah

memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T

Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T

Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu

rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan

penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga

P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk

mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi

memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang

penyelidikan dan teknologi.

Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti

berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara

dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara

penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan

8

Pembangunan lestari

teknologi. Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen

kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini

menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk

memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa

menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.

Prinsip Alam Sekitar Lestari Dan Pembangunan Lestari.

Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan

usaha perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas

penting untuk mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu

mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3

hingga 4 Jun 1992 mengumumkan prinsip-prinsip berikut:

Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak

menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam

semulajadi.

Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsipundang-undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya

untuk memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan polisi-polisi

alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab

memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya

tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan

melampaui batasan bidang kuasa negaranya.

Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi

keperluan pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini

dan akan datang.

Prinsip 4 : Untuk memcapai pembangunan lestari, perlindungan alam

sekitar hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan

tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan.

9

Pembangunan lestari

Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi

kemiskinan sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari,

dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi

keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.

Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara

membangun, terutama negara kurang membangun dan terlalu terdedah

kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan khusus.

Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan

pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua negara.

Prinsip 7 : setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat

perkongsian sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan

kesihatan dan integriri ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan

yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri

mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara

maju mesti memhami tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan.

Negara maju mesti memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam

susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari memandangkan

tekanan yang diberika oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar

sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai.

Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup

yang lebih baik untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang

dan memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang

tidak lestari dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.

Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan

keupayaan masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan

mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan

10

Pembangunan lestari

mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan

pemindahan teknologi baru dan inovatif.

Prinsip 10 : isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan

penyertaan semua rakyat terkesan pada semua peringkat yang

relevan. Pada peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah

mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar

yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat

tentang bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam

komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam proses

membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan

kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar maklumat secara

meluas.

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam

sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan

oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat

baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang

telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi

(1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan Persidangan

Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen.

Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)

Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah

diambil bagi menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak

dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat

disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara.

Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang ini berlangsung adalah

melalui Agenda 21 dan Protokol Kyoto.

Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh

Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang11

Pembangunan lestari

Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara

yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima

pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang

perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis

Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi

kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan

cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang

berkaitan.

Pembangunan Mapan (Green City) 

Latar belakang Agenda 21:

Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan

mampan;

Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka 21“ menandakan abad ke-21;“

  Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan

12

Mampukah kita mengekalkan keindahan ciptaanALLAH ini ?

Pembangunan lestari

Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan

pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk Usaha Pihak”Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 ”

Deklarasi Langkawi

Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel

(negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan

melindungi alam sekitar.

Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia

adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil

deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam

sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.

Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah

menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan

mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari

pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka.

Anugerah Langkawi peringati Deklarasi Langkawi

PENGURNIAAN Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia adalah

merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu

Alam Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi

yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada

tahun 1989.

13

Pembangunan lestari

Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai

menunjukkan komitmen rakyat amnya dan negara khasnya dalam

mencapai matlamat pembangunan mapan selaras dengan Deklarasi

Langkawi.

Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan penghormatan

tertinggi negara kepada rakyat negara ini yang telah memberikan

sumbangan yang besar dalam bidang alam sekitar.

Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan,

perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-

lain bidang yang berkaitan.

Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga

dan fikiran dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:

a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam

sekitar;

b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan

masalah perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan

antarabangsa dan

c. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam

sekitar yang ketara atau menggerakkan tindakan semua pihak ke

arah penyelesaiannya.

Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang

tunai RM10,000.

Apa itu Deklarasi Langkawi

14

Pembangunan lestari

Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel

(negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan

melindungi alam sekitar.

Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari

Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-

sumber semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan

bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu

pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan

pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara bersama.

Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di

dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan

langkah-langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap

pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia.

Langkah-langkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia

ke-7 ( 1996-2000 ) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk

membangun secara lestari.

Komponen Dalam Pembangunan Lestari

Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang bertujuan untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa depan yang berterusan.

Komponen ESD

15

Pembangunan lestari

Pemuliharaan Sumber

Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa

sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif,

pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan

kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan merangkumi penggantian

sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian

kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai

warisan.

Pembangunan Fizikal

Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam

semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling

memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang

terdapat di kawasan tersebut dan meminimumkan pembaziran sumber

dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah

kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau

sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan

seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.

Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem

dan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau

menjejaskan kualiti kehidupan. Selain itu mengurangkan atau

mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan

kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus

dititikberatkan.

16

Pembangunan lestari

Kesaksamaan Sosial

Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara

golongan kaya dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang dapat

mengurangkan ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan

pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara

dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.

Penyertaan politik

Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.

Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan

yang dimahukan. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang

diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan

rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-parti politik yang

bertanding.

Ekonomi

Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil

penekanan di dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi

yang memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang

pekerjaan, pengunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar

pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah

kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh

semua orang, serta memperolehi manfaat daripada pembangunan

ekonomi tersebut. Ketiga adalah kecekapan dalam perancangan serta

pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini adalah

kecekapan dalan perancangan serta pembangunan ekonomi yang17

Pembangunan lestari

dirancang. Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap

dan mengawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.

Budaya

Gurmit Singh- tokoh pencinta alam yang selalu berbasikal,

mengusaha pertanian organik, pengamal kitar semula barang

terpakai dan mempromosi penggunaan tenaga suria, dipilih sebagai

pemenang Anugerah Pengguna Lestari sempena Hari Pengguna Malaysia

pada 26 Julai lalu, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna. Gurmit dipilih kerana komitmennya

terhadap gaya hidup dan kepenggunaan lestari, selari dengan tema

kesederhanaan menjamin kesejateraan dan slogan "Amalkan

Penggunaan Lestari".

Selain kepentingannya, kepenggunaan lestari dipilih sebagaislogan sesuai

dengan keadaan semasa dengan peningkatan kadar inflasi, kenaikan

harga barang serta perkhidmatan. Menurut jangkaan laporan ekonomi

terkini, kadar inflasi 7.7 peratus di Malaysia pada Jun 2008

diramal akan terus meningkat. Peningkatan ini dipengaruhi

pelbagai faktor ekonomi, termasuklah kenaikan tambang kenderaan

awam sebelum Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana yang diumumkan

Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan sahaja

Islam, bahkan semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan

dan berlebihan dari segala segi, khususnya yang melibatkan

perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana bermakna kita perlu

18

Pembangunan lestari

mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar

mencapai matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya

optimum. Sebagai contoh, sederhana dalam berpakaian mestilah

sesuai dengan keperluan kerja atau santai dengan matlamat untuk

menurut aurat. Apalah gunanya kita berbelanja besar tetapi aurat

masih terbuka. Dengan matlamat jelas maka gaya hidup akan lebih

terarah, tanpa perlu membazirkan wang berbelanja membeli pakaian

mahal sehingga ada kalanya terpaksa pula berhutang. Jika demikian

maka kita berbelanja tidak menurut kemampuan dan terkeluar dari

definisi kesederhanaan.

Akta-akta yang berkaitan

1.  Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Satu peraturan bawah Akta Kualiti  Alam Sekitar 1974 yang

telah dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua industri

mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan  pencemar ke paras

yang selamat sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan.

Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula

atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Dalam

pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang

teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan

pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan.

Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum

sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah

diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi

atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya19

Pembangunan lestari

yang  unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia

semata-mata.

-pencemaran udara (seksyen 20)

-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)

-pencemaran tanah (seksyen 24)

-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)

-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984

- seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalamhutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976

- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980

- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

Cara Untuk Melestarikan Alam Sekitar

Ianya bukan tanggungjawab pihak tertentu sahaja tetapi setiapindividu harus punya rasa tanggungjawab dan sama-sama terlibatdalam melestarikan alam sekitar. Apakah yang boleh kitasumbangkan? Mari kita lihat beberapa cara dan aktiviti mudah yangboleh kita lakukan bersama :

20

Pembangunan lestari

1. Kurangkan pembuangan bahan buangan.

Kita boleh kumpul barangan terbuang yang boleh di kitarsemula seperti barangan plastik, kertas, besi dan sebagainyauntuk dijual atau guna semula melalui idea kreatif barangan kitarsemula. Ianya bukan sahaja dapat mengurangkan bahan buangantetapi dapat memberi pulangan semula buat anda. 

2. Kurangkan pencemaran udara.

Jangan membakar sampah secara terbuka. Pencemaran dari pembakaranamat besar kesannya, malah kita semua sudah merasai betapasiksanya hidup dalam suasana berjerebu. Oleh itu cuba elakkandari melakukan pembakaran terbuka.

3. Elakkan pembaziran tenaga.

Sumber tenaga elektrik yang utama adalah dari pembakaran bahanapi seperti arang batu dan minyak. Setiap kali pembaziran tenagabermakna kita menyumbang kepada penggunaan lebih banyak sumberbahan bakar ini yang akan mencemarkan alam sekitar. Oleh itupastikan setiap kegunaan elektrik di rumah, pejabat, premis

21

Pembangunan lestari

perniagaan, kilang dan sebagainya digunakan dengan cekap dantidak membazir.Guna ketika perlu dan secara optimum.

4. Jangan Membazir.

Kadangkala kita sering membeli barangan mengikut nafsu danbukannya mengikut keperluan. Pakaian penuh almari, gedget 2~3biji seorang, televisyen 3~4 buah dalam satu rumah dan macam-macam lagi. Semuanya lebih dari yang diperlukan. Setiap kali adapermintaan maka setiap kali itu jugalah adanya pengeluaran. Untukmenghasilkan lebih pengeluaran, maka lebih banyak penggunaantenaga dan bahan mentah diperlukan. Ianya pasti akan memusnahkandan mencemar alam sekitar.

5. Kurangkan penggunaan barangan pakai buang

Ini adalah kesan dari peningkatan taraf hidup dan kemajuanapabila semua orang mahukan yang pantas, segera, murah dan mudah.Pihak pembuatan mengambil peluang dari situasi ini untuk mengautkeuntungan yang pantas dan berterusan, maka barangan pakai buangdan kualiti rendah adalah alternatif terbaik masa kini tetapiianya memberi kesan yang amat buruk kepada alamsekitar. Penggunaan sumber tenaga dan bahan mentah yang banyak

22

Pembangunan lestari

disamping bahan buangan yang bertambah berlipat kaliganda mempercepatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar.

6. Guna sumber tenaga kurang cemar.

Kemajuan dalam bidang teknologi semakin mengagumkan. Kesedarantentang penjagaan alam sekitar telah memajukan teknologi kearahlebih mesra alam. Teknologi menggunakan sumber tenaga melaluicahaya matahari atau solar serta angin amat berjaya dalam menjagaalam sekitar. Begitu juga penggunaan kenderaan hibrid danelektrik, ianya berjaya dalam mengurangkan pencemaran udara.

Ada banyak lagi cara dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk kitabersama melestarikan alam sekitar.

23