etika alam sekitar konflik gajah-manusia

20
1 SKPS 6013 ETIKA ALAM SEKITAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN TAJUK: PERTIMBANGAN ETIKA: PENGURUSAN KONFLIK MANUSIA DAN GAJAH PENSYARAH: PROF. MADYA ABDUL HADI HARMAN SHAH NAMA: MAZNI BINTI BALI P 74297

Upload: ukm-my

Post on 21-Feb-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

SKPS 6013

ETIKA ALAM SEKITAR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

TAJUK:

PERTIMBANGAN ETIKA:

PENGURUSAN KONFLIK MANUSIA DAN GAJAH

PENSYARAH:

PROF. MADYA ABDUL HADI HARMAN SHAH

NAMA:

MAZNI BINTI BALI

P 74297

2

SENARAI KANDUNGAN

1. PENGENALAN ..................................................................................................... 3

2. KONFLIK MANUSIA-GAJAH .......................................................................... 4 2.1 GAJAH MENGAMUK, MANUSIA TERANCAM ................................................ 4

1.1.1 Luas kawasan gangguan ........................................................................... 5

1.1.2 Peringkat umur tanaman ........................................................................... 5

1.1.3 Jenis tanaman ............................................................................................ 6

1.1.4 Tempoh gajah berada di dalam kawasan gangguan ................................. 6

1.1.5 Bilangan gajah yang mengganggu. ........................................................... 6

1.1.6 Kekerapan gangguan ................................................................................. 6

1.1.7 Kos kerosakan ............................................................................................ 6

2.2 KESAKITAN, TEKANAN DAN PENDERITAAN GAJAH ................................. 7

2.2.1 Fragmentasi Habitat .................................................................................. 7

2.2.2 Ancaman Penduduk ................................................................................... 7

2.2.3 Pembunuhan Gajah Secara Sah ................................................................ 7

2.2.4 Pemburuan Haram .................................................................................... 7

3. PENYELESAIAN DAN PERTIMBANGAN ETIKA ALAM SEKITAR ....... 8 3.1 TEORI TELEOLOGI : UTILITIRIAN .................................................................. 8

3.1.1 Pemusnahan/ Culling ............................................................................... 10

3.1.2 Tembak Halau .......................................................................................... 10

3.1.3 Tangkap dan Pindah ................................................................................ 11

3.1.4 Pagar Elektrik .......................................................................................... 11

3.1.5 Kawalan Tradisional ............................................................................... 11

3.2 TEORI DEONTOLOGI : PRINSIP KEWAJIBAN ............................................. 12

3.2.1 Peranan Kerajaan. ................................................................................... 15

3.2.3 Undang-Undang ...................................................................................... 16

3.2.4 Kerjasama Badan-Banda Konservasi Antarabangsa ................................ 16

3.2.6 Tabung Amanah gajah ............................................................................. 17

4. KESIMPULAN ................................................................................................... 18

5. RUJUKAN ........................................................................................................... 20

3

1. PENGENALAN

Tergolong dalam Famili Elephantidae, gajah merupakan mamalia darat yang terbesar

dan boleh dijumpai di Afrika dan Asia. Kelebihan fizikal yang dimiliki oleh haiwan

herbivor ini pada awalnya bukanlah satu ancaman bagi manusia. Namun begitu sejak

kebelakangan ini kita sering mendengar berita tentang keganasan gajah liar yang mula

mengancam kehidupan manusia. Serangan gajah liar bukan sahaja memusnahkan

lebih puluhan ekar kawasan pertanian malahan ada yang menyebabkan berlakunya

kehilangan nyawa dan kecederaan anggota badan.

Kronologi keganasan gajah liar ini berlaku berikutan kehilangan dan fragmentasi

habitat utama. Pembukaan hutan dan pembangunan untuk pelbagai tujuan oleh

manusia telah mengancam populasi gajah ini daripada terus hidup. Habitat yang

semakin mengecil memaksa gajah-gajah ini keluar mencari makanan di luar habitat

asal. Justeru, apakah tindakan yang sepatutnya diambil? Menghentikan aktiviti

penebangan balak dan pembukaan tanah yang jelas telah mengganggu habitat

mereka? Ataupun memindahkan penduduk kampung yang berhadapan dengan

serangan gajah liar ini?. Bagaimana pula jika habitat gajah tersebut semamangnya

telah ditukar kepada pertanian atau perumahan? Memang tidak dinafikan, adalah

sesuatu yang sukar untuk membuat keputusan terhadap konflik ini. Di manakah

keutamaan harus diberikan berdasarkan keputusan yang beretika?, memastikan hak

gajah tidak dicerobohi atau berpihak kepada manusia yang bergantung kepada

kegiatan ekonomi, khususnya pertanian dan penerokaan hutan bagi kelangsungan

hidup. Persoalan ini amat sukar untuk diberikan jawapan. Dilema etika yang timbul

dalam kejadian ini memerlukan kesimpulan yang memberi pertimbangan kepada

kedua-dua pihak (Hazliza, 2010). Dan manusia sebagai khalifah dan pemegang

amanah seharusnya dapat membuat pertimbangan bijak agar dapat menitikberatkan

keseimbangan di antara kehendak manusia dan alam sekitar.

4

2. KONFLIK MANUSIA-GAJAH

2.1 GAJAH MENGAMUK, MANUSIA TERANCAM

‘Gajah liar mengganas’ dan ‘Serangan Gajah Liar : Anak Maut, Ibu Parah’ adalah

antara tajuk berita yang terpampang di dada-dada akhbar mengenai ancaman gajah

terhadap manusia. Ancaman berlaku apabila gajah memasuki kawasan penempatan

penduduk dan mula menganggu dan membahayakan nyawa penduduk. terutamanya

pekebun kecil, penduduk kampung dan pemilik ladang.

Ciri-ciri Konflik Manusia-Gajah yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Sumber : Salman Saban et al. 2011

5

(a) Bilangan insiden Konflik Manusia-Gajah yang dilaporkan kepada Jabatan

PERHILITAN 1998-2010; (b) Jenis insiden Konflik Manusia-Gajah; dan (c) Lokasi

Kejadian Konflik Manusia-Gajah seperti yang dilaporkan kepada Jabatan

PERHILITAN dari 2006 hingga Jun 2011.

Salman & Nasharuddin (2003) dan mendapati bahawa jumlah kerugian

ekonomi terbesar dianggarkan adalah kerosakan tanaman di negeri Johor antara tahun

2001 dan 2002 berjumlah kira-kira RM 760,000 di mana kerosakan kepada kelapa

sawit menyumbang hampir 94.3 %. Dari tahun 2005 hingga 2010, kerugian ekonomi

akibat Konflik Manusia-Gajah dilaporkan kira-kira RM 18.8 juta .Terdapat dua

pendekatan yang digunakan untuk menilai kerugian ini. (a) Kerugian yang dilaporkan

oleh pemilik tanah kepada pegawai PERHILITAN. PERHILITAN akan melawat

lokasi kejadian Konflik Manusia-Gajah kemudiannya, merekodkan dan

menganggarkan kerosakan itu; dan (b) Penilaian kerugian tanaman dilakukan oleh

renjer semasa bertugas membuat rondaan, walaupun tanpa laporan daripada pemilik

tanah. Nilai ekonomi kerosakan yang dianggarkan mengikut jenis tanaman dan tahap

kerosakan Tahap ancaman gajah ini bergantung kepada beberapa perkara iaitu :

1.1.1 Luas kawasan gangguan

Luas kawasan gangguan dinilai berdasarkan luas kawasan yang dimusnahkan oleh

gajah berbandingan dengan luas kawasan sebenar. Keluasan kerosakan yang tinggi

(>75%) dianggap mengalami masalah yang amat serius, (50-74%) serius dan (<50%)

tidak serius.

1.1.2 Peringkat umur tanaman

Peringkat umur tanaman adalah berdasarkan kepada usia pokok tersebut daripada

mula ianya ditanam hingga dirosakkan oleh gajah. Pada kebiasaannya pokok yang

sudah boleh mengeluarkan hasil akan mengakibatkan kerugian besar apabila

dimusnahkan oleh gajah.

6

1.1.3 Jenis tanaman

Jenis tanaman dapat mempengaruhi tahap gangguan gajah. Tahap gangguan yang

serius ialah gangguan yang melibatkan jenis tanaman komersial dan bernilai tinggi.

Contohnya dalam ladang kelapa sawit yang juga ditanam dengan tanaman kontan

seperti pisang dan nenas.

1.1.4 Tempoh gajah berada di dalam kawasan gangguan

Semakin lama gajah tersebut berada dalam kawasan terbabit maka semakin banyak

kerosakan yang dilakukan. Pada kebiasaannya jika gajah berada melebihi tiga hari

ianya boleh diambilkira sebagai amat serius. Namun jika gaja-gajah tersebut hanya

lalu di kawasan tersebut ianya hanya dikira sederhana serius. Ini adalah kerana gajah-

gajah tersebut mungkin memakan tanaman di sepanjang laluannya.

1.1.5 Bilangan gajah yang mengganggu.

Bilangan gajah yang mengganggu juga mempengaruhi tanahp gangguan gajah.

Bilangan gajah yang banyak (>5 ekor) adalah dianggap amat serius dalam gangguna

gajah). Namun begitu, bagi kawasan kampung seekor gajah sudah dikira amat serius

merujuk kepada keluasan tanaman serta ancaman yang berkemungkinan ditimbulkan

oleh gajah tersebut.

1.1.6 Kekerapan gangguan

Kekerapan gangguan bermaksud kekerapan gangguan gajah ke atas tempat yang sama

dalam tempoh sebulan. Gangguan yang dikira sangat serius apabila gajah menggangu

pada setiap minggun (4 kali sebulan). Namun begitu kekerapan yang minimum (sekali

sebulan) masih dianggap amat serius bagi penduduk kampung yang mengamalkan

aktiviti pertanian secara kecil-kecilan.

1.1.7 Kos kerosakan

Kos kerosakan ialah kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak pengurusan atau

pemilik ladang disebabkan oleh gangguan gajah ke atas ladang mereka. Namun begitu

kos kerosakkan ini berbeza-beza mengihut tahap pengurusan, umur pokok, dan kadar

upah pekerja yang sering berubanh dari masa ke semasa.

7

2.2 KESAKITAN, TEKANAN DAN PENDERITAAN GAJAH

2.2.1 Fragmentasi Habitat

Fragmentasi dan kehilangan hutan adalah ancaman utama terhadap penurunan

populasi gajah di Malaysia (Salman et. al, 2011). Sehingga tahun 1980-an banyak

kawasan tanah pamah dibuka dan digantikan dengan ladang kelapa sawit. Malah

banyak lagi kawasan hutan telah dibuka untuk membina lebuhraya dan kawasan

empangan. Walaupun pembukaan hutan telah berkurangan di akhir 1990-an, namun

aktiviti penebangan kecil-kecil tetap berlaku dan masih menyumbang kepada

pengurangan populasi gajah di Semenanjung Malaysia.

2.2.2 Ancaman Penduduk

Pertambahan penduduk di negara yang mempunyai gajah menyebabkan semakin

banyak tanah diperlukan untuk pertanian untuk membekalkan makanan. Ini

menyebabkan semakin banyak tanah diterangi. Jumlah penduduk yang bertambah

juga menambah peluang berlakunya pertembungan di antara gajah dan manusia.

2.2.3 Pembunuhan Gajah Secara Sah

Sebelum tahun 1974, gajah dimusnahkan undang-undang untuk mengatasi Konflik

Manusia-Gajah (purata 12 ekor gajah setahun dimusnahkan antara 1960 dan 1969;

Khan 1991). Walaupun pembunuhan dihentikan pada tahun 1974, empat puluh gajah

ditembak mempertahankan diri oleh renjer semasa program operasi berkenaan dalam

28 tahun berikut (iaitu 1.43 gajah setahun; Salman 2002).

2.2.4 Pemburuan Haram

Pembunuhan haram gajah sesuatu yang luar biasa di Semenanjung Malaysia - hanya

18 kes telah direkodkan antara tahun 1974 dan 2002 (iaitu 0.64 gajah setahun).

Namun begitu terdapat juga peladang-peladang yang mengambil tindakan seperti

keracunan dan menembak gajah, di mana 10 dan 3 kes dilaporkan kepada pihak

berkuasa. Jerat dawai digunakan untuk menjerat babi hutan dan rusa telah

menyebabkan kematian 3 gajah kerana kecederaan kaki yang teruk. Pemburuan

gading dari gajah telah dilaporkan hanya 2 kes di antara tahun 1974 dan 2002

(Salman 2002).

8

3. PENYELESAIAN DAN PERTIMBANGAN ETIKA ALAM SEKITAR

Ramai pemikir aliran ekosentrik seperti Aktivis kebajikan haiwan (Animal-welfare

activists) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan campur tangan manusia terhadap

kehidupan gajah, apatah lagi yang menyebabkan ancaman atau kematian spesies ini.

Namun begitu, timbul persoalan adakah haiwan benar-benar mempunyai hak yang

perlu dihormati oleh manusia pada setiap masa? Jika ya, siapa yang memberi hak

tersebut kepada haiwan ini dan atas dasar apa manusia tidak boleh melanggar hak

tersebut?.

Jika kepentingan dan hak-hak haiwan individu perlu diambil kira, adakah

kepentingan dan hak-hak ini harus diutamakan untuk kesejahteraan ekosistem dan

spesies lain? Dan sejauh manakah kita dapat mengeksploitasi hidupan liar sebagai

sumber untuk memenuhi keperluan manusia? Adakah sewenang-wenangnya manusia

mengubah landskap habitat mereka untuk tujuan kelangsungan dan kemewahan hidup

manusia? Teori-teori etika yang dibincangkan dalam bahagian ini bertujuan untuk

menjawab soalan-soalan seperti ini.

3.1 TEORI TELEOLOGI : UTILITIRIAN

Teori Teleologikal juga dikenali sebagai consequentialism mendakwakan bahawa

nilai sesuatu tindakan ditentukan sama ada betul atau salah adalah bergantung

sepenuhnya kepada akibat atau hasil daripada sesuatu tindakan tersebut kepada

manusia. Setiap tindakan yang mendatangkan kesan yang baik adalah tindakan

beretika. Kesan atau akibat yang dikatakan baik merujuk kepada seseorang manusia

itu dapat menikmati kepuasan yang tidak akan memudaratkan kepentingan mereka.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini faktor utama yang menjadi tunjang

kepada Konflik Manusia-Gajah adalah tindakan manusia yang menceroboh kehidupan

semulajadi haiwan ini. Persoalannya, adakah tindakan manusia ini dianggap wajar

dan memaksimumkan kepuasan dan kesejahteraan manusia. Bagi jangka masa

pendek, mungkin jawapannya adalah ‘ya’ kerana menceroboh habitat gajah bagi

tujuan pembalakkan, perumahan dan pertanian tentu sahaja dapat memenuhi tuntutan

9

ekonomi dan kesejahteraan hidup manusia. Namun natijah daripada perbuatan rakus

tanpa kewarasan tentu sahaja mengundang bala yang lebih besar kepada mereka.

Buktinya, telah ramai manusia yang menjadi mangsa amukan gajah di negara kita,

begitu juga di negara lain. Pada tahun 2012, dianggarkan seramai 300 orang di India

dan lebih 60 orang di Sri Lanka telah mati akibat serangan gajah (WWF, 2012).

Angka tersebut menunjukkan bahawa manusia harus membuat pertimbangan

sewajarnya dan melihat kesan jangka masa panjang sebelum membuat keputusan.

Perkara ini menunjukkan kelemahan teori Teleologikal, kerana adalah sukar bagi

manusia untuk meramal, mencari dan menentukan akibat sesuatau tindakan kerana

manusia tidak dapat meninjau sesuatu perkara dalam masa yang singkat. Manusia

sering terpengaruh oleh masyarakat umun apatah lagi jika mereka mempunyai

pengetahuan yang cetek dalam menilai tentang akibat yang mungkin timbul daripada

tindakan tersebut.

Terdapat percanggahan sedkiti dalam Teori Etika Singer’s Consequentialist

Individualism yang mempercayai bahawa kebanyakan kebajikan haiwan liar ini perlu

dilindungi kerana beliau mengganggap bahawa semua hidupan termasuk manusia

mempunyai hak yang sama rata untuk menikmati cara hidup. Namun begitu beliau

juga bersetuju bahawa yang manusia tetap mempunyai keistemewaannya tersendiri

disebabkan cara hidup manusia itu sendiri atas pengaruh dari masa lampau dan

tarikan dari masa hadapan. Berdasarkan Teori Utilitarian Singer pula, pertimbangan

kewajaran dibuat berdasarkan jumlah penilaian pengalaman keseronokan,

kesenangan, kebahagiaan dan perbandingan dengan jumlah penderitaan atau

kesakitan, Dalam kes ini, pertimbangan penilaian diantara manusia dibandingkan

dengan haiwan dalam konteks penerimaan kesakitan dan penderitaan, maka apa yang

dialami oleh manusia adalah lebih tinggi melampaui apa yang diterima haiwan.

Pendapat ini di berasal dari konsep utilitarian dibawa oleh Jeremy Bentham. Ia

adalah konsep etika yang memaksimumkan sesuatu yang baik secara menyeluruh,

atau menghasilkan yang terbaik untuk jumlah yang terbesar. Teori utilitarian

bersandar pada dua elemen iaitu kebaikan dan peraturan dalam menilai semua

tindakan dan keputusan. Jika sesuatu tindakan itu cenderung untuk memaksimumkan

kesan yang baik, dari segi etika ia adalah wajar, tetapi jika sebaliknya dari segi etika

ia adalah tidak wajar. Merujuk kepada pandangan ini, tindakan antroposentik iaitu

10

mengondol hutan dan menceroboh habitat gajah adalah di lihat sebagai tindakan yang

wajar kerana konsep manusia menganggap diri mereka sebagai kebanyakan entiti-

entiti penting dan pusat dalam alam semesta. Oleh itu keseronokan, kesejahteran

hidup manusia jauh lebih prnting daripada penderitaan hidupan laian khasnya gajah.

Mereka percaya bahawa manusia dan alam sekitar merupakan dua entiti yang

berbeza. Sehubungan itu, alam sekitar perlu dimanipulasi demi kepentingan manusia.

Jika manusia dianggap makluk yang lebih penting daripada gajah-gajah ini,

seyogia keperluan manusia harus diletakkan di kedudukan teratas carta. Dalam

keadaan ini etika teleologi dan utilitirian wajar dijadikan landasan pertimbangan

manusia. Oleh itu manusia tidak perlu berpindah untuk mengelakkan ancaman gajah,

tetapi dalam konteks ini kepentingan gajah perlu dikorbankan. Namun begitu setiap

tindakan yang diambil harus diberi pertimbangan yang sewajarnya agar dapat

mengelakkan impak negatif kepada manusia pada masa akan datang.

3.1.1 Pemusnahan/ Culling

Dalam konteks ini pemusnahan (culling) merupakan satu perbuatan pembunuhan

dengan sengaja bagi tujuan mengawal populasi haiwan. Menurut Lotter (2009)

pemusnahan gajah hanya dibenarkan dalam keadaan yang kritikal seperti situasi yang

mewajarkan manusia membunuh musuh di dalam peperangan. Jelas sekali

menunjukkan bahawa tindakan memusnahkan haiwan hanya diwajarkan sekiranya itu

adalah satu-satunya jalan penyelesaian masalah atau bagi melindungi keselamatan

manusia. Selepas tahun 1974, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan liar

(PERHILITAN) hanya membenarkan tindakan tembak mati kepada gajah sekiranya

gajah tersebut memberikan masalah yangs serius dan mengancam nyawa orang awam.

Namun begitu tidak semua gajah yang menyerang orang awam akan ditembak mati.

Sekiranya seseorang diserang adalah pemburu haram, tindakan tembak mati tidak

dijalankan. Ini adalah kerana punca masalah tidak ditimbulkan oleh gajah itu.

3.1.2 Tembak Halau

Mungkin sesetengah orang melihat perkataan ‘halau’ itu sebagai sesuatu yang tidak

beretika. Namun tindakan ini terpaksa dilakukan jika berlaku pencerobohan kumpulan

gajah yang tinggal berhampiran dengan pinggir hutan dan kawasan pertanian atau

penempatan penduduk. Kebiasaanya, gangguan gajah ini tidak begitu serius dan

11

gajah akan masuk semula ke dalam hutan apabila ditembak halau. Pihak berkuasa

seperti PERHILITAN perlu memastikan gajah tersebut masuk semula ke dalam hutan

selepas tembak halau dijalankan supaya konflik sengan penduduk berhapiran dapat

dielakkan.

3.1.3 Tangkap dan Pindah

Pada dasarnya, program tangkapan dan penempatan semula gajah hanya dilakukan

sebagai langkah terakhir dalam program konservasi gajah. Kaedah tangkap dan

pindah dijalankan terhadap kumpulan gajah yang terperangkap dalam suatu kawasan

atau pulau hutan. Gajah kerap memasuki ladang atau kawasan perkampungan yang

terlibat dan menyebabkan kerugian besar dan berterusan Di Semenanjung Malaysia,

anak gajah yang tertinggal atau ditinggalkan oleh ibunya akan dipindahkan ke Pusat

Konservasi Gajah, contohnya Lanchang Pahang atau Zoo Melaka untuk rawatan.

Tangkap pindah juga dijalankan bagi gajah yang terkena jerat (wire snare) dan akan

pindahkan ke pusat konservasi untuk rawatan lanjut.

3.1.4 Pagar Elektrik

Kaedah ini perlu disyorkan kepada pemilik ladang yang berpotensi berhadapan

dengan ancaman gajah. Kekuatan voltan pagar elektrik mestilah sekurang-kurangnya

9 kV. Pemilik ladang perlu sentiasa memastikan pagar elektrik serta longkang

sentiasa diselenggara dengan baik. Walaupun cara ini dilhat sebagai cara yang paling

berkesan untuk menggelakkan ancaman gajah namun, kegagalan penyelenggaran

pagar ini menjadi penyebab kepada kegagalan sistem pagar elektrik ini.

3.1.5 Kawalan Tradisional

Kawalan tradisional juga dilihat sebagai strategi pencegahan yang beretika bagi

mengelakkan ancaman gajah daripada memasuki kawasan tanaman atau penempatan

manusia. Cara-cara tradisional yang digunakan adalah dengan menakutkan dan

seterusnya menghalau gajah tersebut. Ini termasuk menghalau dengan cara membuat

bising, membakar tayar, membuat unggun api dan sebagainya. Selalin itu pemilik

ladang atau kebun juga boleh menanam tanaman yang tidak digemari oleh gajah di

kawasan sempadan ladang dan kebun contohnya cili dan sebagainya

12

3.2 TEORI DEONTOLOGI : PRINSIP KEWAJIBAN

Deontologi ini merupakan teori yang bertentangan dengan konsep Consequentialism,

iaitu satu konsep yang berdasarkan nilai moral yang dtentukan sama ada betul atau

salah bagi sesuatu tindakan adalah berdasarkan akibat-akibat tindakan tersebut. Etika

Deontologi dikenali juga sebagai etika tanggungjawab yang menekankan prinsip

moral terletak pada kewajaran melakukan apa yang telah dipertanggungjawabkan.

Teori Deontologi ini diperkenalkan oleh Immanuel Kant (1724-1804), beliau

merupakan seorang ahli falsafah German yang pernah belajar dan mengajar di

University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Dalam membincangkan hak

haiwan Etika Deontologi Kant berpendapat tanggungjawab manusia terhadap haiwan

adalah secara tidak langsung. "So far as animals are concerned, we have no direct

duties. Animals are not self-conscious and are there merely as a means to an end.

That end is man." Menurut Kant, kekejaman terhadap binatang adalah dibenarkan jika

dalam situasi atau kes-kes mendatangkan manfaat serta menghindari kemudaratan

kepada manusia. Jika padangan ini yang kita jadikan pegangan, tentu sahaja tindakan

pencerobohan dan fragmentasi habitat gajah bagi tujuan kelangsungan hidup manusia

seperti pembalakan, perumahan, perindustrian mahupun pertanian adalah dianggap

satu tindakan yang wajar.

Ironinya, pandangan ini dilihat bercanggah dengan Deontological

Individualisam Tom Regan yang mendakwa bahawa keperluan perlindungan dan

kebajikan hidupan liar adalan sama seperti manusia. Menurut beliau, semua haiwan

memerlukan satu sama lain. Setiap haiwan berhak untuk hidup dan membiak

sepertimana yang sepatutnya. Oleh itu haiwan sepatutnya dilayan sama adilnya

dengan manusia. Keselamatan dan kebebasan yang sama juga perlu diberikan kepada

haiwan. Dengan ini Regan turut membidas status kedudukan/ ranking/ keutamaan

yang berbeza-beza mengikut kepentingan antara haiwan yang diketengahkan dalam

teori etika consequentialism Singer. Regan juga menegaskan supaya haiwan liar ini

dibiarkan hidup secara semula jadi mengikut cara mereka dan menolak anggapan

yang haiwan liar ini adalah sumber semulajadi untuk kepentingan manusia semata-

mata.Dalam persoalan konflik gajah dan manusia Regan menekankan persoaln hak

asasi. Hak asasi secara amnya di fahami sebagai tuntutan atau tanggungjawab ke

atas sesuatu perkara yang mana sesebuah masyarakat akan akur. Ianya akan

13

dilaksanan setelah diterima oleh sesebuah masyarakat. Jika sesebuah masyarakat akur

dengan hak asasi terhadap gajah, apakah isi hak asasinya?

Idea pertama tentang hak asasi gajah tercetus atas dasar manusia tidak boleh

sesuka hati membunuh gajah. Melainkan atas sebab untuk mempertahankan diri.

Membunuh gajah adalah pilihan terakhir. Manusia bertanggungjawab di atas

keselamatan hidup gajah. Gajah sepertimana manusia juga mempunyai ketakutan

terhadap perasaan mati. Maka gajah berhak mendapat perlindungan sepertimana juga

manusia.

Keduanya, lebih kepada kebebasan untuk gajah. Manusia harus memberi

kebebasan kepada gajah tanpa bersebab. Maksudnya kebebasan mutlak untuk

menjalani hidup mereka (gajah) seperti sepatutnya. Hidup di habitat mengikut

kemahuan mereka sendiri. Atas sebab apa? Kerana kebanyakan hidupan menunjukkan

tingkahlaku yang mana mereka menolak untuk diletakkan dalam tangkapan atau

kurungan manusia. Begitu juga dengan gajah yang mana mereka lebih selesa untuk

berada dalam kawasan yang tersendiri dan bersaing dengan sepsis mereka sendiri. Di

manakah kita harus dilaksanakan kebebasan mutlak ini?. Kita perlu memberi ruang

dan peluang untuk mereka hidup secara semulajadi ataupun keadaan asalnya. Manusia

juga perlu akur dengan kebolehan gajah ini untuk memilih cara hidup mereka yang

sepatutnya sepertimana yang dilakukan mereka selama berkurun-kurun. Gajah telah

membuktikan kepada manusia yang mereka adalah spesies agung dan kita perlu akur

dengan kebolehan mereka dalam kelangsungan hidup mereka. Tidak diragui lagi yang

spesies gajah ini boleh hidup tanpa apa-apa bantuan daripada manusia.

Hak asasi ketiga lebih kepada kepentingan privasi gajah. Manusia tidak berhak

untuk mengganggu kitar hidup gajah. Privasi di sini bermaksud ruang atau keadaan,

zon yang dikhususkan/disediakan untuk sesuatu hidupan yang mana tidak boleh

diganggu atau dibinasakan. Ruang ini penting untuk hidupan ini bertindakbalas secara

semulajadi jika ada gangguan. Walaupun gajah ini tidak terkesan dengan kehadiran

manusia (bukan kemusnahan yang di lakukan oleh manusia) di dalam kawasan

mereka, akan tetapi mereka tetap memerlukan ruang yang selesa untuk mereka.

Mereka akan bertindakbalas jika ada haiwan lain, jentera, kenderaan bermotor atau

makhluk yang berada hampir dengan merekan yang boleh mendatangkan

14

ancaman.Dalam memberikan ruang privasi yang diperlukan gajah, maka perlaksanaan

ketat perlu dilakukan terutamanya kepada pelancong dan saintis (seperti jarak yang

optimum antara gajah dan pelancong). Jarak ini pula akan bergantung kepada gajah

itu sendiri yang mana ia akan mengancam mana-mana haiwan malah kenderaan motor

yang berada terlalu hampir dengan mereka.

Hak asasi ketiga lebih kepada penjagaan dan perhatian yang sepatutnya

kepada gajah yang memastikan mereka akan terus hidup dan tidak tercedera dengan

cara yang bukan semulajadi. Cara semulajadi dikaitkan dengan hukum alam seperti di

dalamam rantai makanan, di mana gajah ini mati kerana dibaham oleh pemangsannya.

Manusia perlu mengekalkan habitat mereka dengan cara sepatutnya. Manusia tidak

perlu risau bilamana gajah ini terpaksa bersusah payah dalam kehidupan semulajadi

mereka (melahirkan anak, mencari makanan) kecuali jika terdapat kerosakan

habitat/ekosistem yang disebabkan faktor antropogenik, di mana gajah ini perlu

dipindahkan ke kawasan lain.

Adakah idea pengkhususan hak asasi terhadap gajah ini dikatakan melampau

atau berlebih-lebihan? Tidak. Kerana polisi dan panduan dalam pengurusan gajah ini

telahpun digunapakai. Pandangan Regan yang menyatakan kepentingan hidupan liar

adalah sama seperti manusia menjadi persoalan besar di sini. Beliau tidak

menerangkan akibat jika hidupan liar ini diberikan perlindungan sepenuhnya.

Melindungi gajah secara tidak bersebab juga tidak relevan. Sebagai contoh, jika anda

diserang oleh anjing gila. Regan ada menyatakan kadangkala haiwan akan bertindak

di luar jangkaan. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan relevan untuk tetap

melindungi haiwan. Dalam kes ini, anjing gila itu adalah ancaman kepada nyawa

manusia. Oleh itu anda ada sebab untuk mempertahankan diri seterusnya dibolehkan

untuk mencederakan anjing gila tersebut. Ringkasnya, Regan bependapat bahawa

‘kepentingan haiwan sama dengan kepentingan manusia’ telah bertukar kepada

‘kepentingan manusia lebih daripada kepentingan haiwan’ di atas sebab

mempertahankan diri mereka.

Bagaimana pula cara penyelesaiannya ke atas konflik di antara hak asasi

gajah yang mengubah habitat seterusnya mengancam berjuta hidupan yang lain?.

Haiwan sendiri tentunya tidak boleh mengurus hak asasi mereka sendiri. Oleh itu

15

manusia perlu campurtangan dan membantu mereka (gajah). Jika manusia terpaksa

menyelesaikan masalah ini maka ianya harus dilakukan sebaik-baiknya. Terdapat

beberapa tindakan wajar yang telah di laksanakan memenuhi tanggungjawab manusia

terhadap hidupan ini seperti;

3.2.1 Peranan Kerajaan.

Mewujudkan kawasan habitat semulajadi gajah. Ini adalah penting di dalam

pengurusan populasi gajah-gajah tersebut. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan

Taman Negara, Rezab dan Santuari Hidupan Liar yang sedia ada perlu dikekalkan

disamping menambahkan lagi kawasan-kawasan lain yang sesuai.Selain itu

pembukaan kawasan hutan perlu dibuat dengan cara lebih sistematik agar kelompok-

kelompok hutan yang kecil tidak diwujudkan. Ini untuk mengelakkan daripada

terjadinya populasi-populasi gajah yang kecil dan terasing. Ini bukan sahaja

mendatangkan ancaman tetapi juga merumitkan kerja-kerja pengurusannya

Pihak kerajaan pula, khasnya Kerajaan Negeri perlulah mengambil kira dan

memasukan kepentingan konservasi gajah ke dalam perancangan pembangunan tanah.

Permasalah yang wujud secara berterusan dari segi pertindihan pengwartaan Hutan

Simpan dan Rezab Hidupan Liar di negeri-negeri harus diberikan penekanan bagi

memastikan perancangan dan pengurusan pembukaan hutan yang sistematik dapat

dijalankan bagi tujuan konservasi habitat gajah.

3.2.2 Kerjasama Agensi Terlibat

Pembukaan tanah baru untuk pertanian secara tidak menentu akan menyebabkan

fragmentasi habitat. Semakin luas kawasan hutan yang diterokai semakin tinggi

kebarangkalian gajah akan memasuki kawasan pertanian tersebut. Ini berkait rapat

dengan masalah pengecilan habitat gajah. Oleh itu dicadangkan supaya semua projek

dibuat secara bersepadu dan tidak bertaburan di dalam blok-blok yang kecil. Ini dapat

mengatasi masalah gajah-gajah liar terperangkap di dalam kawasan yang dibangunkan

dan seterusnya tertarik kepada sumber makanan disekitarnya. Selain itu di sesetengah

kawasan, perlu diwujudkan zon-zon penampan (buffer zon) di antara kawasan

pertanian dan kawasan terdapatnya kumpulan gajah. Tanaman yang tidak digemari

atau tidak boleh dimakan oleh gajah mungkin boleh ditanam di kawasan zon

16

penampan ini. Walaubagaimanapun ini bergantung kepada faktor kesesuaian tanah di

sesuatu kawasan yang dimajukan.

Pelan tindakan pengurusan bersepadu yang melibatkan kawasan

pembanguanan tanah (pertanian, industri perkilangan dan sebagainya) yang

disediakan oleh agensi-agensi pertanian seperti FELDA, FELCRA, RISDA atau

ladang-ladang swasta harus dijadikan salah satu perancangan pembukaan tanah yang

tersusun. Pihak tersebut harus merujuk kepada Jabatan PERHILITAN bagi

mendapatkan pandan atau ulasan bagaimana pembangunan tanah yang diusahakan

mematihi peraturan yang ditetapkan. Ini bukan sahaja melibatkan keuntungan sebelah

pihak tetapi menjadikan kawasan yang bermasalah dengan gangguan gajah dapat

diuruskan secara bijaksana.

3.2.3 Undang-Undang

Gajah merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan

Alam Sekitar No. 76, 1972. Status perlindungan gajah ini telah dinaikkan dari spesies

yang dilindungi pada tahun 1972 untuk spesies yang dilindungi sepenuhnya pada

tahun 2010. Menurut status baru ini, adalah satu kesalahan untuk memburu,

mengambil, atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan gajah tanpa permit

khas (Salman, Nasharuddin, Mohd Nawayani, Burhanuddin, Ahmad, Ahimsa, 2011).

3.2.4 Kerjasama Badan-Banda Konservasi Antarabangsa

Kerjasama erat dengan badan-badan konservasi antarabangsa seperti IUCN

(International Conservation of Nature and Natural Resources), UNDP (United

Nations Development Programme), WWF (World Wide Fund) dan WCS (Wildlife

Conservation Strategy) adalahamat penting bagi merangka dan melaksanakan sesuatu

polisi yang seiring dengan aktiviti konservasi gajah yang dijalankan oleh pihak

kerajaan khasnya PERHILITAN (Semenanjung Malaysia) mahupun Jabatan Hidupan

Liar (Sabah & Sarawak). Sebagai ahli gabungan CITES setipa peraturan yang

berkaitan dengan perdagangan gading gajah akan dapat dikawal. Pengawalan ini

dapat mengelakkan populasi gajah daripada berkurangan dan mengalami ancaman

kepupusan.

17

3.2.5 Penyelidikan Gajah

Bagi mendapatkan kaedah pengurusan gajah yang rasional dan efektif sama ada

secara in-situ dan ex-situ penyelidikan gajah harus dipergiatkan. Lebih banyak

penyelidikan dan bancian perlu dijalankan untuk mendapatkan saiz populasi yang

sesuai (viable population) dalam kawasan hutan yang sedia ada. Populasi minimun

yang sesuai bagi populasi gajah yang kecil perlu diwujudkan di dalam habitat yang

sedia bagi menjamin kesinambungan genarasi dan warisan gajah di kawasan tersebut.

Kajian jangka panjang perlu dijalankan untuk mengetahui komposisi gajah dalam

kumpulan sedia ada. Kajian ini penting terutamannya bagi kumpulan gajah yang

berada di dalam kawasan yang di kelilingi oleh aktiviti pembangunan. Penyelidikan

tentang laluan gajah (corridor) perlu dijalankan agar kesinambunagan antara habitat

wujud dan tidak terputus. Keluasan laluan perlu diwujudkan agar ianya benar-benar

efektif di dalam pengurusan gajah. Penyelidikan ke atas gajah-gajah yang ditangkap

pindah juga perlu dijalankan bagi mengetahui pergerakan, kesesuaian dan

pembentukan kumpulan gajah tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan

teknologi terkini seperti pemancaran satelit. Ini dapat membantu dalam penentuan

kawasan keliaran gajah-gajah tersebut selepas ianya dipindahkan.

3.2.6 Tabung Amanah gajah

Tabung Amanah Gajah yang sedia ada perlu diterukan dan diperkukuhkan kedudukan

sember kewangannya. Dengan adanya tabung amanah unu semua sumbangan

kewangan yang diterima untuk opersi tangkap pindah atau konservasi gajah boleh

dimasukkan ke dalamnya. Selain daripada menbiayai operasi tangkap pindah gajah, ia

juga digunakan untuk tujuan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti konservasi gajah yang

berkaitan.

18

4. KESIMPULAN

Majoriti manusia dan organisasi mempercayai bahawa ekosistem, landskap, dan

kepelbagaian hidupan yang mesti dilindungi secara menyeluruh untuk keharmonian

bersama. Pendekatan ini yang diperjuangkan oleh beberapa persatuan seperti WWF

dan persatuan konservasi yang lain. Holism adalah satu idea atau konsep falsafah

yang menentang golongan atomisme. Di mana golongan atomisme percaya bahawa

keseluruhan dapat dipecahkan atau dianalisis ke dalam bahagian-bahagian berasingan.

Aldo Leopold adalah seorang pemikir pemikiran holistik dalam bidang persekitaran.

Menurut beliau, kita seharusnya melihat sesuatu perkara dengan menyeluruh dan

bukannya dengan memperkotak-katikkannya. Leopold telah melihat dua unsur model

semulajadi yang tidak boleh dipisahkan iaitu organisma dan komuniti. Beliau

mempertahankan bahawa etika alam sekitar harus berasaskan kepada komuniti

semulajadi. Persoalannya bolehkah kita menangani konflik ini dengan dengan cara

menghormati hak antara kedua-dua unsur ini?

Tidak dinafikan keperluan anthropocentric itu perlu bagi kelangsungan hidup

manusia. Namun begitu, tidak salah rasanya jika tindakan itu turut

mempertimbangkan hak hidupan lain kerana hukum timbal balik ekologi alam telah

membuktikan manusia juga akan terkesan kepada setiap tindak tanduk mereka. Isu

gajah ini telah merumuskan cabaran manusia dalam menghadapi akibat dan impak

yang telah dilakukan oleh manusia ke atas gajah. Isu ini juga membuka peluang

kepada manusia untuk menilai kembali hubungan manusia dan gajah dan

membuatkan kita berfikir semula, adakah kita menjaga mereka dengan baik?

Kedua-dua konsep etika yang telah dibincangkan mempunyai pro dan kontra yang

tersendiri. Ia bergantung kepada pemahaman dan tafsiran seseorang individu atau

sesebuah organisasi mentafsir dan mengunakanya. Dalam konsep teleologikal

misalnya, kesan atau akibat yang baik boleh dilihat sebagai kesan jangka masa

panjang atau kesan jangka masa pendek. Jika manusia memilih kesan baik jangka

masa pendek , pastinya mereka berterus-seterusan menggondol hutan tanpa kawalan

agar dapat memenuhi tuntutan ekonomi mereka. Sebaliknya, jika mereka memikirkan

kesan pada masa akan datang pastinya mereka tidak mengabaikan kelangsungan

hidup haiwan lain. Ringkasnya, tindakan teleologikal yang mengondol hutan dengan

19

secara sistematik , terkawal dan boleh diterima secara moral sekiranya manusia tidak

mengenepikan gajah-gajah ini untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jika mereka

mengabaikannya, pasti mereka akan berdepan dengan amukan bersiri sang gajah.

Beralih kepada teori deontologi pula, pandangan siapa yang harus di jadiakn

pegangan? Pandangan Immanuel Kant atau Tom Regan? Jika kita memihak kepada

Dentological Individualisam Tom Regan yang mendakwa bahawa keperluan

perlindungan dan kebajikan hidupan liar adalan sama seperti manusia, pastinya agak

sukar untuk manusia memenuhi tuntutan pembangunan dan kemajuan. Oleh itu,

manusia harus menggunakan sumber alam secara optiumum agar dapat menjamin

kelestarian alam. Dalam konflik manusia dan gajah ini, manusia harus mencari

alternatif lain bagi menjamin kelangsungan hidup haiwan ini.

Tuntasnya, dalam konflik ini, teori deontologi yang lebih sesuai diaplikasikan. Dalam

situasi ini, perkara ini amat jelas menunjukkan bahawa setiap individu haruslah

memikirkan kepentingan sejagat dan prinsip moral sebelum bertindak. Etika

Deontologi membantu kita mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap

dirinya, dan melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan dan

tanggungjawabnya. Dalam perbincangan ini, teori teleologi tidak salah tetapi teori ini

lebih mengutamakan kepentingan manusia berbanding yang lain. Jika perbuatan

menceroboh habitata dan membunuh gajah mendatangkan keuntungan besar pastinya,

manusia tidak akan memikirkan hak-hak gajah untuk terus hidup, kecuali jika

tindakan mereka mendatangkan kesan jangka masa panjang pada diri mereka sendiri.

Berlandaskan pandangan ini, manusia sebagai makhluk bijaksana dan paling berilmu

harus menggunaakan kelebihan untuk mengurus konflik alam dengan adil. Manusia

sewajarnya menghargai dan menghormati kehidupan selain mereka. Walaupun

mungkin ada yang memandang isu gajah ini adalah kecil berbanding cabaran

perubahan iklim global namun, kedua-dua perkara ini dapat memberi peluang kepada

manusia untuk muhasabah diri, menyoal dan menyemak semula bagaimana manusia

bertindak mentadbir alam ini.

20

5. RUJUKAN

Deontological Ethics, http://rhodes-enviroethics.wikidot.com/deontological-ethics

Regan, Tom. Animal rights, human wrongs. Humana Press, 1983.

Dublin, H., Desai, M. A. A., Hedges, M. S., Vié, J. C., Bambaradeniya, C., & Lopez,

M. A. Elephant Range States Meeting.

Haliza Abdul Rahman, Roshasliney Hashim (2010), Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Alam Sekitar di Malaysia, Universiti Sains malaysia

Jamieson, R., Zubaid, A., & Husband, T. P. Exploring the Use of GPS Telemetry to

Track Translocated Asian Elephants in Peninsular Malaysia.GAJAH, 14.

Lotter, H. P. P. (2008). Ethical considerations in elephant management.

Salman Saaban,, Othman, N. B., Yasak, M. N. B., Burhanuddin, M. N., & Zafir, A.

(2011). Current status of Asian elephants in Peninsular Malaysia. Gajah, 35, 67-75.

Sukumar, R. (1992). The Asian elephant: ecology and management. Cambridge

University Press.

Jabatan Perlindunagn Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) (2006)

Manual tangkapan gajah di Semenanjung Malaysia

Jabatan Perlindunagn Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) (2006) Pelan

pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia

Russow, L. M., Clouser, K. D., & DeGrazia, D. (1990). Ethical Theory and the Moral

Status of Animals. Hastings Center Report20, 4-8