prinsip pengurusan, pentadbiran dan perundangan alam sekitar

18
NOTA SKPS6023 PRINSIP PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN ALAM SEKITAR 1. Undang-undang Suatu ketetapan yang dibuat oleh pihak yang berkuasa berdasarkan sumber tertentu bertujuan mengatur uruskan kehidupan dalam hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekeliling dan manusia dengan Tuhan. 2. Tujuan Undang-undang untuk mengatur-uruskan perlakuan (behaviour). mengatur-uruskan hubungan individu dengan individu; mengarur-uruskan hubungan individu dengan masyarakat; mengatur-uruskan hubungan individu dengan alam sekeliling; mengatur-uruskan hubungan manusia dengan tuhan; mengatur-uruskan kehidupan di dunia ini; 3. Definisi Alam Sekitar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 s.2 “termasuklah faktor-faktor fizikal (udara, tanah, air, cuaca iklim , biologi (tumbuh- tumbuhan dan haiwan) dan estetika” faktor-faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, faktor-faktor biologi bagi binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan dan faktor sosial estetika. a. Faktor fizikal yang dimaksudkan ialah atmosfera, biosfera, litosfera dan hidrosfera yang meibatkan tanah tanih, air, udara, cuaca atau iklim, bunyi, bau dan rasa. b. Manakala faktor biologi pula melibatkan persekitaran manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta lain-lain organisma. c. Faktor sosial estetika adalah bagaimana masyarakat itu berinteraksi dengan persekitarannya iaitu persekitaran gubahan manusia seperti pembentukan kawasan pertanian, kawasan perindustrian, bangunan dan kawasan petempatan serta jaringan perhubungan dan pengangkutan. 4. Undang-Undang Alam Sekitar “environmental law constitutes a body of common law and statutory rules relating to: i. land use, planning and control; ii. pollution and control; iii. environmental impact assessment; and iv. nature conservation. Perundangan ini merupakan kawalan terhadap apa-apa aktiviti yang mendatangkan kemudaratan kepada manusia atau kesan terhadap alam sekitar. 5. Adakah Undang-undang Alam Sekitar Mampu menangani masalah alam sekitar Keberkesanan Undang-Undang Kesemua undang-undang bertulis yang berkaitan dengan alam sekitar tidak akan memberikan sebarang kebaikan dan faedah kepada usaha menangani masalah persekitaran khususnya pencemaran melainkan: i. disokong oleh agensi penguatkuasaan yang kuat (supported by strong enforcement

Upload: ukm-my

Post on 22-Mar-2023

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NOTA SKPS6023PRINSIP PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN

ALAM SEKITAR

1. Undang-undangSuatu ketetapan yang dibuat oleh pihak yangberkuasa berdasarkan sumber tertentu bertujuanmengatur uruskan kehidupan dalam hubungan antaramanusia dengan manusia, manusia dengan alamsekeliling dan manusia dengan Tuhan.

2. Tujuan Undang-undang untuk mengatur-uruskan perlakuan (behaviour). mengatur-uruskan hubungan individu dengan

individu; mengarur-uruskan hubungan individu dengan

masyarakat; mengatur-uruskan hubungan individu dengan

alam sekeliling; mengatur-uruskan hubungan manusia dengan

tuhan; mengatur-uruskan kehidupan di dunia ini;

3. Definisi Alam SekitarAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974s.2 “termasuklah faktor-faktor fizikal (udara,

tanah, air, cuaca iklim , biologi (tumbuh-tumbuhan dan haiwan) dan estetika” faktor-faktorfizikal bagi kawasan di sekeliling manusiatermasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau,faktor-faktor biologi bagi binatang-binatang dantumbuh-tumbuhan dan faktor sosial estetika. a. Faktor fizikal yang dimaksudkan ialah

atmosfera, biosfera, litosfera dan hidrosfera

yang meibatkan tanah tanih, air, udara, cuaca atau iklim, bunyi, bau dan rasa.

b. Manakala faktor biologi pula melibatkan persekitaran manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta lain-lain organisma.

c. Faktor sosial estetika adalah bagaimana masyarakat itu berinteraksi dengan persekitarannya iaitu persekitaran gubahan manusia seperti pembentukan kawasan pertanian, kawasan perindustrian, bangunan dan kawasan petempatan serta jaringan perhubungan dan pengangkutan.

4. Undang-Undang Alam Sekitar “environmental law constitutes a body of

common law and statutory rules relating to:i. land use, planning and control;ii. pollution and control;

iii. environmental impact assessment; andiv. nature conservation.

Perundangan ini merupakan kawalan terhadap apa-apa aktiviti yang mendatangkan kemudaratan kepada manusia atau kesan terhadap alam sekitar.

5. Adakah Undang-undang Alam Sekitar Mampu menangani masalah alam sekitarKeberkesanan Undang-UndangKesemua undang-undang bertulis yang berkaitan dengan alam sekitar tidak akan memberikan sebarang kebaikan dan faedah kepada usaha menangani masalah persekitaran khususnya pencemaran melainkan:i. disokong oleh agensi penguatkuasaan yang

kuat (supported by strong enforcement

ii. disokong oleh agensi teknikal yang kuat )strong technical agencies);

iii. tenaga kerja yang mencukupi dan berkelayakan (adequate and qualified manpower);

iv. sumber kewangan yang mapan (sustainable financial resources);

v. kepedulian politik di setiap peringkat (political concern at all levels);

vi. dasar alam sekitar negara yang seiring dengan strategi pembangunan dan agencies);

vii. pertumbuhan negara dalam memulihara kualitipersekitaran (good national policy – consistent with the national strategies forgrowth and development)

6. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)Pengenalan AKAS

Alam sekitar dan isu perundangan mula menjadiperbincangan umum penting awal 1970an dan isu-isuberkaitan dengannya masih diperkatakan sehingga hari ini.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) cuba untukmewujudkan suatu keseimbangan dalam pertelingkahanyang berlaku antara keperluan perlindungan alam sekitardan yang berkaitan dengan pembangunan persekitarandalam konteks kemajuan negara.

Objektif Aktai. mencegah;ii. menghapus;iii. mengawal pencemaran; daniv. membaiki alam sekeliling. Keempat-empat objektif ini pada dasarnya cukup

untuk menangani sebarang isu mengenai alamsekitar di negara ini.

Akta 127 berorentasikan kawalan dan menjadikanperlesenan sebagai suatu mekanisma mengawal

pencemaran di samping langkah-langkahpenguatkuasaan dan kerjasama semua agensi yangberkaitan ini bukan suatu yang mudah untukdicapai.

Kandungan Akta 127Akta 127 ini dibahagikan kepada 8 Bahagian adalahseperti berikut:BAHAGIAN I Bahagian Permulaan - pemakaian Akta 127 di

seluruh Malaysia Takrif/definisi,melibatkan dua seksyen iaitu

seksyen-seksyen 1 dan 2.BAHAGIAN II Berkaitan dengan pentadbiran. seksyen 3 hingga seksyen 9 mewujudkan suatu

struktur organisasi khas bagi menangani isupengurusan dan pentadbiran alam sekitar.

Jawatan Ketua Pengarah telah diwujudkan Penubuhan JAS di bawah Kementerian Sumber Asli &

Alam Sekitar. Menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai

Majlis Kualiti Alam Sekeliling - penasihatMenteri di Kementerian Sumber Asli Dan AlamSekitar mengenai Akta ini.

BAHAGIAN III Bahagian ini pula berkaitan dengan perlesenan.

Bermula dengan seksyen 10 hingga ke seksyen 17.Ia melibatkan perkara2 seperti:i.kuasa mengeluarkan, kuasa mengubah, membatalkan

permohonan, memindahmilik, membaharui,penamatan pindahmilikan, syarat & kadar-kadarbayaran lesen

BAHAGIAN IV Larangan dan kawalan mengenai pencemaran. seksyen-seksyen 18, sehingga seksyen 34A. Sekatan-sekatan mengenai:

i. pencemaran udara;ii.bunyi bising,iii. tanahtanih,iv.pencemaran air (termasuk perairan daratan &

perairan);v. buangan

BAHAGIAN IVA. satu seksyen - s 34B yang mengenai larangan

terhadap penempatan, perletakan dan sebagainyaapa yang disebutkan sebagai ‘buangan terjadual’.

BAHAGIAN V. Bahagian V memperuntukan perkara mengenai rayuan

dan pembentukan Lembaga Rayuan.BAHAGIAN VA Peruntukan yang baru dimasukkan melalui pindaan

AKAS (Pindaan) 1996, (A953) - pembayaran ses &kumpulan wang alam sekeliling.

Peruntukan s 36A, 36B, 36C, 36D dan 36E -melibatkan pembayaran ses, penubuhanjawatankuasa, penggurusan dan penggunaan dancaruman ke dalam tabung kumpulan wang.

BAHAGIAN VI merangkumi pelbagai perkara: pengurusan,

pentadbiran, perlaksanaan dan penguatkuasaan Aktaberkenaan bagi mengwujudkan suatu kesempurnaan.

Bermula dengan seksyen 37 hingga ke seksyen 51. Seksyen-seksyen - peruntukan kuasa-kuasa

menjalankan siasatan, memeriksa, menahan,mengeledah, menyita dan perlucutan hak kenderaanatau kapal, kuasa perwakilan, kuasa mengkompounkesalahan-kesalahan dan kuasa membuat pendakwaan.

ruang yang amat luas kepada Menteri untuk membuatapa-apa peraturan baru sebagai tambahan kepadaAkta ini dalam usaha menangani masalah alamsekeliling.

Peruntukan Penting

i. Pengurusan Dan Pentadbiran Badan penasihat iaitu Majlis Alam Sekitar danJabatan Alam Sekitar

Kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mentadbir danmengurus

Tugas-tugas dan kewajipan Ketua Pengarah -perenggan-pereggan khusus menurut seksyen 3(1)(a)-(o) Akta.

ii. Peruntukan Mengenai Pencegahan & Kawalan Pencemaran; Akta memperuntukan lima perkara yg menjadi

tumpuan utamaa. pencemaran udarab. pencemaran bunyi bisingc. pemcemaran air;d. pencemaran tanah tanih; dane. kawalan buangan terjadual

Penetapan syarat-syarat / kadar - jenis,bilangan, jumlah serta kekerapan pelepasanbahan-bahan cemar sebelum lesen di keluarkan.

Tindakan pencemaran - kebenaran terlebih dahuludaripada pihak berkuasa.

iii. Kuasa Menteri Dan Perwakilan Kuasa; Kuasa Menteri yang dimaksudkan terbahagi kepada

a.kuasa menetapkan syarat-syarat; kuasamenahan, memasuki, menaiki, menyiasat,memeriksa, mengelidah premis, kenderaan ataukapal termasuk menyita; kuasa untukmemeriksa orang yang mengetahui kes atausesuatu kesalahan di bawah Akta

b.kuasa untuk mengenakan hukuman kompaunc.kuasa membuat undang-undang kecil sebagai

tambahan Kuasa perwakilan atau penurunan kuasa daripada

Ketua Pengarah memudahkan pengurusan Akta ini. Ketua Pengarah boleh mewakilkan mana-mana

daripada kuasa,iv. Tanggungan Individu Dan Pengguna;

Mana-mana orang yang terlibat secara langsungdengan apa-apa aktiviti yang mencemarkanpersekitaran yang berlawanan dengan peruntukanundang-undang yang ada, jika sabit kesalahanboleh dikenakan hukuman.

Ia juga melibatkan konsep tanggunganpendudukan (occupier’s liability) dantanggungan beralih (tanggungan vikarius).

Dalam kedua-dua konsep tanggungan - adakemungkinan orang yang terlibat secara tidaklangsung akan turut samadipertanggungjawabkan.

Mana-mana orang perseorangan, agen ataupenjawat/pekerja yang melakukan kesalahan dibawah Akta 127 boleh menyebabkan tanggunganyaberalih kepada syarikat, firma, pertubuhanatau lain-lain kumpulan orang.

v. Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) Perkara ini cuma ditimbulkan sepuluh tahun

kemudian melalui Akta Kualiti Alam Sekitar(Pindaan) 1985 (A636). – 34A

Menteri boleh membuat ketetapan terhadap apa-apa aktiviti yang mungkin mempunyai kesanterhadap persekitaran supaya dibuat suatulaporan lengkap sebelum aktiviti itu diluluskanatau dilaksanakan.

Sehingga kini terdapat 19 aktiviti yangdisenaraikan di bawah Perintah Akta KualitiAlam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987

vi. Hukuman Dan Penalti; Hukuman - melibatkan denda dan penjara Kadar denda tidak melebihi lima ratus ribu

ringgit.

Hukuman penjara - tidak melebihi lima tahun. Mengenakan denda atau penjara atau kedua-duanya

sekali. Pihak yang bersalah boleh diperintahkan

membayar pampasan ke atas kerosakan ataukerugian

vii. Pendakwaan. Seksyen 44 Akta 127 memperuntukan bahawa

‘Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi suatu kesalahandi bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya”.

Pendakwaan hendaklah terlebih dahulu mendapatkebenaran bertulis daripada Jabatan PeguamNegara.

Pindaan kepada selsyen 44 ini adalah selaridengan seksyen 376 Kanun Acara Jenayah yangmemperuntukan bahawa Peguam Negara hendaklahmenjadi Pendakwaraya dan mempunyai kuasa danarahan bagi semua pendakwaan dan tatacarajenayah di bawah Kanun tersebut.

Pindaan yang dilakukan terhadap seksyen 44 Akta127 ini menjadikan ianya seiring dengan Perkara145(3) Perlembagaan dan juga seiring dengankeperluan seksyen 376 Kanun Acara Jenayah.Kini sebarang pendakwaan tanpa keizinanbertulis Peguam Negara ianya adalah tidak sahdan terbatal dengan sendirinya.

Perkembangan Dan Pencapaiana. Pindaan-Pindaan Terhadap Akta 127 sehingga 2013.Siri pindaan yang berlaku adalah seperti berikut:i. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1985 (Akta

A636) Pindaan pertama kali dilakukan dalam tahun 1985

lebih kurang sepuluh tahun setelah ianya dikuatkuasakan. Ia melibatkan pindaan kepada:a. peruntukan seksyen 34A - (EIA),

b. pertambahan kepada bilangan dan komposisikeahlian dalam Majlis Alam Sekitar,

c. mengenakan denda dan hukuman yang lebihberat terhadap kegagalan pematuhanperuntukan; dan

d. kuasa untuk menguji dan meneriksa kenderaan.ii. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1996

(Akta A 953) Pindaan kali kedua ini melibatkan empat

perkara:a. Pengurusan dan kawalan produk serta buangan

terjadualb. memperkenalkan audit alam sekelilingc. perintah pembayaran ses & kumpulan wang alam

sekeliling.d. hukuman yang semakin berat di atas

keengkaran atau pelanggaran daripada seratusribu kepada lima ratus ribu.

iii. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1998 (Akta A 1030) Pindaan melalui Akta A1030 ini melibatkan isu

jerebu dan kemerosotan kualiti udara persekitaran Soal pengurusan sumber asli dan kesedaran

terhadap pelepasan benda-benda berbahayakepada alam sekeliling - seksyen 30A yangmemberi kuasa kepada Menteri untuk mengawalpenggunaan benda-benda berbahaya dandikurangkan penggunaannya atau mensyaratkankeperluan mengitar semula.

Pengguna turut diberikan pendidikan dankesedaran terhadap pengenalan pelabelanberkaitan dengan penggunaan, rekabentuk,penjualan benda atau keluaran yangdiperakukan sebagai tidak memudaratkanpersekitaran. Peruntukan baru ini memberi

kuasa kepada Menteri menetapkan keperluanperatusan kandungan benda-benda berbahayadalam setiap keluaran pengilangan.

Seksyen 44 yang asal dibuat memandangkankuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarahmelakukan pendakwaan bertentangan denganPerlembagaan Persekutuan. Pindaan barumemasukan peruntukan yang memberi kuasapendakwaan sepenuhnya kepada Peguam Negarauntuk membuat keputusan sama ada perlu atautidak memulakan sesuatu kes bagi setiapkesalahan di bawah Akta 127.

iv. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 (Akta A1120) Dua pindaan dilakukan:

i. memasukkan takrifan ‘pihak berkuasatempatan’ dalam s.2;

ii. pengertian ‘pembakaran terbuka’ dengantambahan kepada s 29AA yang baru. Ekorandaripada pindaan-pindaan ini suatu PerintahKualiti Alam Sekeliling (Aktiviti YangDiisytiharkan)(Pembakaran Terbuka) 2003telah diluluskan.

v. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Akta A1441)

PINDAAN TERBAHARU YANG DIKUATKUASAKAN PADA 12JANUARI 2013 (PU(B)429/2013

Isu Semasa Dan Cabaran Masa Depan. Isu alam sekitar ada yang bersifat sejagat

menyeluruh dan melampaui sempadan mendatangkankebimbangan.

Pelbagai pendekatan mengekalkan persekitaran

semulajadi yang selamat dan berterusan untukgenerasi yang akan datang.o Menyatupadukan perancangan pembangunan dengan

pertimbangan alam sekitar,o penggunaan teknologi lebih bersih,o galakan kewangan dan pelepasan cukai,o pendidikan & kempen-kempen kesedaran serta

memperkukuhkan perundangan dan peraturan. Pendekatan perundangan bukanlah satu-satunya

jalan penyelesaian kepada masalah alam sekitar diMalaysia.

Tindakan perundangan memerlukan penguatkuasaandan kejayaan penguatkuasaan undang-undang banyakbergantung kepada soal sosial budaya dankemanusiaan. Bermula dengan kuasa yang ada dibawah Menteri, Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah,o Pengarah dan pegawai serta kakitangan hinggalah

kepada setiap individu maka setiap bahagian itumempunyai peranan masing2

o Ketegasan daripada pihak kerajaan, komitmenyang tinggi di peringkat pengurusan

o kecekapan dan kemahiran tenaga kerjao peruntukan kewangan yang kukuh untuk meneruskan

penyelidikan, dan kesedaran terhadap pentingnyaalam sekitar yang membawa kepada perubahansikap

o Budaya dan amalan masyarakat terhadap alamsekitar mampu menjayakan apa sahaja yangdiharapkan.

7. Pencemaran AirPencemaran

Air dianggap tercemar berdasarkan 2 pertimbangan:1. Kandungan air:

- Kandungan kimia -kandungan dua atom hidrogen dansatu atom oksigen dan air yang dimaksudkan inihanya akan diperolehi dalam persekitaran makmal.

- Kandungan biologi-- Fizikal - Warna

2. Unsur pencemar Penanda aras cemar yang diletakkan sebagai pengukur

kepada tahap cemar kandungan air termasuklah:i.BOD-Permintaan Oksigen Biokimia (Biological Oxygen

Demandii. COD Permintaan Oksigen Kimia (Chemical Oxygen

Demand )iii. SS Jum kdgn Pepejal Terampai (Total Suspended

Solids)iv. pH - Nilai pH (pH value)v.NH3-N - Ammonia Nitrogen (Ammoniacal Nitrogen)vi. DO Oksygen Terlarut (Dissolved Oxygen)

Penanda aras ini merujuk kepada sudut kandungankimia dalam air sedangkan penilaian umum kualitiair harus juga mengambil kira unsur-unsur lainseperti biologikal, kandungan nuterien dannilali-nilai estetik.

Agensi-Agensi Berkaitan AirPersekutuan / Negeri/Persendirian:

i. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN);ii. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),iii. Jabatan Bekalan Air (JBA),iv. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP),v. Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH),vi. Kementerian Perdagangan dlm Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDN&HEP),vii. Pejabat Tanah Dan Galian (PTG),

viii. Puncak Niaga, Indah Waters,ix.Badan-badan pengurusan air di peringkat negeri-

negeri: Pengurusan Air Selangor (PUAS),(SYABAS), dll.

Undang-Undang Berkaitan AirAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Seksyen: s. 21, 25, 27, 28, 29, 34A, 34B, 47, 48, 51.Seksyen-seksyen ini boleh dibahagikan kepada tigabahagian:

perairan daratan (seksyen-seksyen 21,25, 28) perairan Malaysia (seksyen-seksyen 21, 27, 28 dan

29) dan peruntukan umum –

Kuasa untuk menentukan syarat-syarat pengeluaran , pelepasan dsbSeksyen 21: syarat2 pengeluaran, pelepasan atau perletakan benda berbahaya kepada alam sekeliling

Sekatan pencemaran perairan daratan Seksyen 25(1) : melainkan jka dilesen, tiada seseorang boleh mengeluar, melepas atau meletakkan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling (langgar syarat s.21)Seksyen 25(2): seseorang disifatkan sebagaimengeluar, melepas atau meletakkan buangan2 ke dalamperairan daratan jika ia mengakibatkan buangan itumasuk ke mana2 perairanSeksyen 25(2)(c)- seseorang itu hendaklah disifatkanmengeluar, melepas @ meletakkan buangan2 ke dlmperairan daratan menyebabkan suhu perairan naik @turun sebanyak lebih daripada had

Sekatan pencemaran perairan Mala ysia Kawalan mencemarkan perairan dengan bahan-bahanbuangan, minyak atau benda-benda bebahaya kepada alam

sekeliling. Ini tergambar melalui seksyen-seksyen21, 27, 29 dan 34A.Seksyen 27(1):melepaskan atau menumpahkan apa-apaminyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalamperairan Malaysia (langgar syarat s.21)Seksyen 29(1)Melepaskan benda-benda berbahaya kepada alamsekeliling, pencemar atau buangan-buangan kedalam perairan MalaysiaSeksyen 34A:Laporan EIA disediakan. Menurut Perintah Kualiti AlamSekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada AlamSekeliling) 1978, Bahagian Jadual dalam Perintah tersebutada menyentuh mengenai: saliran dan pengairan, perikanan, perhutanan, pelabuhan, petroleum, penjanaan dan pemancar kuasa, rekreasi dan peranginan, pengolahan dan pelupusan buangan bekalan air.Keperluan LesenSeksyen-seksyen 25(1), 27(1) dan 29(1) sekurang-kurangnya mengandungi ungkapan ‘melainkan jikadilesen atau melainkan ia telah diberi lesen…”

Peraturan & Perintah di bawah AKAS1974 1. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang

Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977;2. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang

Ditetapkan)(Getah Asli Mentah) 1978;3. Peraturan2 Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 20054. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang

Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada AlamSekeliling) 1978

5. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kumbahan) 2009

6. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

7. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (PerwakilanKuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1993

8. EQA (Control of Pollution from Solid WasteTransfer Station and Landfill) Regulations 2009

9. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (PerwakilanKuasa) (Penyiasatan Ke Atas Kawalan Hakisan DanKelodakan) 2012.

Kesalahan di bawah AKAS 1974 i. Kesalahan mencemar perairan daratan.s.25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974Langgar s 25 (1) denda x > RM100, 000.00 @ penjaraselama x > lebih 5 tahun atau kedua-duanya. Dendatambahan x > RM1, 000.00 sehari bagi tiap-tiap harikesalahan itu diteruskan selepas notis yang diberioleh KP menghendakinya memberhentikan perbuatan

ii. Kesalahan melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia.s.27(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974Langgar s27(1) - denda x > RM500, 000.00 atau penjarax > lima tahun atau kedua-duanya. Ini khusus bagikesalahan melepaskan minyak ke dalam perairanMalaysia.

iii. Kesalahan melepaskan benda berbahaya, pencemar, buangan kedalam perairan Malaysia

s.29(2) denda x > RM500, 000.00 atau penjara x >lima tahun atau kedua-duanya kerana melepaskan bendaberbahaya kepada alam sekeliling, atau pencemar apa-apa buangan ke dalam perairan malaysia.

Pembelaan Terhadap Dakwaan di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. ( S.28)Kesalahan seksyen 27 - pembelaan baginyamembuktikan bahawa pelepasan atau penumpahanitu adalah –a) bagi maksud menjamin kselamatan vesalb) bagi maksud menyelamatkan nyawa manusiac) langkah telah diambil mengelak, menghenti @

mengurangkan pertumpahan itud) tidak adanya kecermatan, langkah munasabah

telah diambil untuk menghenti ataumengurangkan kebocoran itu

e) akibat suatu pengaliran yang disebabkan olehkerja pembersihan minyak, dan bahawa segalalangkah yang munasabah telah diambil untukmenghapuskan minyak itu dari pengaliran itu danbahawa melupuskan pengaliran itu dengan apa-apacara yang lain daripada melepas ataumenumpahkannya ke dalam perairan Malaysia tidakboleh dipraktikkan dengan munasabah,

Undang-undang lain yang berkaitani. Perlembagaan Persekutuan

Sungai di negara ini diletakkan di bawah bidang kuasaNegeri

Enakmen Air (Bab 59) - semua sungai dalam negeriadalah di bawah kuasa Sultan.

ii. Akta Air 1920 (Disemak 1989(Akta 418) Kawalan terhadap sungai-sungai dan tali air. Ia

menyediakan peruntukan khas kawalan pencemaran dibawah s 7A.

iii. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) Mengenai dan mengawal selia perkhidmatan air dan

perkhidmatan pembetungan dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya Seksyen 121.Kesalahan mengenai pencemaran air

iv. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Seksyen 69- kacauganggu atau meletakkan apa-apa

kekotoran dalam atau di atas tebing mana-mana anaksungai, saluran, parit awam atau lain-lain alurair

Seksyen 70, Seksyen 71v. Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Seksyen 53, 54 dan 55 - pembinaan,penyelengaraan dan memelihara mana-mana paritair permukaan dan parit hujan lebat, pembetung,salur dan alur air.

vi. Akta Kapal Dagang (Pencemaran Minyak) 1994 (Akta 515)

vii. Ordinan Kapal Dagang 1952 Mengawal aktiviti kapal-kapal dagang yang

melalui perairan negara.viii. Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)ix. Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi lautwilayah Malaysia dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya

x. Akta Perikanan 1985 (Akta 317). xi. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) xii. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 (Akta 311). xiii. B aselines of Maritime Zones Act 2006 (Act 660) xiv. Kanun Keseksaan (Akta 574)

Seksyen 277: mengotor atau membusukkan air mana-mana matair atau kolam awam sehinggamenjadikannya kurang layak bagi maksud yang iabiasanya digunakan, hendaklah diseksa denganpenjara - tiga bulan, atau dengan denda RM1,000,atau dengan kedua-duany

8. Pencemaran Tanah TanihPencemaran Tanahtanih

‘apa-apa perubahan langsung atau tak langsung kepadasifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi alamsekeliling amnya dan secara khususnya menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah tanahtanih tersebut yangmenyebabkan berbahaya kesihatan, keselamatan kebajikanawam’.

TafsiranAkta Tafsiran 1967tanah’ termasuklah:a)permukaan bumi & semua benda2 yg mbentuk permukaan

tersebut;b)Tnh di bwh permukaan & semua benda2 yg wujud di

tmpt tersebut;c)semua tumbuhan dan lain-lain hasil semula jadi,

sama ada atau tidak memerlukan penggunaan pekerjauntuk keluarannya, dan sama ada di atas atau dibawah permukaan;

d)semua benda-benda yang terlekat di bumi atauterikat secara tetap kepada apa-apa benda yangterlekat di bumi sama ada di atasau di bawahpermukaan; dan

e)tanah diliputi air.Undang-Undang Berkaitan TanahtanihAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Seksyen 24 , Seksyen 34A. Larangan melakukan pencemaran

Seksyen 24(1) mencemar atau menyebab atau membenardicemarkan mana-mana tanah tanih atau permukaan mana2tanah

Perilaku yang dikata mencemar tanahtanih itu? Seksyen 24(2)(a) ia meletakkan apa-apa benda sama ada cecair,pepejal atau gas di dalam atau di atas mana-manatanahtanih atau di sesuatu tempat di mana benda ituboleh masuk ke dalam mana-mana tanahtanih;(b) ia mengadakan di atas mana-mana tanah suatutempat melonggok sampah-sarap, tempat membuangkotoran, tempat membuang tanah tanih dan batu-batan,tempat meletakkan enap cemar, lobang pancitan buanganatau guna tanah untuk tempat melonggok buanganpepejal atau cecair sehingga mencela atau mengganggu

manusia atau mengganggu air di bawah tanah ataumenjadi mudarat kepada apa-apa kegunaan berfaedahakan tanahtanih atau permukaan tanah itu.

Seksyen 34A:Laporan EIA disediakan. Menurut Perintah Kualiti Alam Sekeliling(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kpd Alam Sekeliling) 1978,Peraturan di bawah Akta 127a. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Kumbahan) 2009b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Effluen Perindustrian) 2009c. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Kawalan Pencemaran Daripada Sistem PemindahanSisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009.

d. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti YangDitetapkan)(Penilaian Kesan Kepada AlamSekeliling)1989(Kerja-kerja berkaitan dengan guna tanah: Perintah - Butiran18(a), 18 (b), 18 (c)

Apakah seksaan bagi kesalahan mencemarkan tanah tanih?Kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen24(3) berikut:Denda x . RM100,000 @ penjara x > 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan x > RM 1000.00 sehari bagitiap-tiap hari kesalahan

Undang-undang lain yang berkaitani. Akta Kerajaan Tempatan 1976 ss 81, 82, 110,

Seksyen 81. Kacau ganggu yang tindakan secara terus boleh diambil atasnya di bawah Akta iniSeksyen 82. Notis menghendaki kacau ganggu dihapuskanSeksyen 110. Kuasa untuk memasuki premis

ii. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 Seksyen.2 - "kerja tanah" termasuklah apa-apa

perbuatan mengorek, merata, menimbus dengan apa-apa bahan, atau menebang pokok atas mana-mana tanah, atauapa-apa perbuatan lain yang menyentuh atau mengganggumana-mana tanah;Seksyen18(1) Penggunaan tanah dan bangunanSeksyen20- . Larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang

iii. Akta Pemuliharaan Tanah 1960 Seksyen. 5 Prohibition of short-term crops except

under permit.Seksyen. 6 - Restrictions on clearing and cultivation

of hill land.iv. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Seksyen.70 (1) – semua kerja tanah (bangunan) - kelulusan PBTSeksyen.70(2) – pelan dan spesifikasi kerja tanah mesti diserahkan

9. Buangan dan PepejalPencemaran Buangan & Pepejal

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ‘buangan’ ditakrifkan sebagai:

termasuklah apa-apa benda yang ditetapkansebagai buangan terjadual, atau apa-apabenda sama ada dalam bentuk pepejal, separuhpepejal, atau cecair, atau dalam bentuk gasatau wap yang dilepaskan, dikeluarkan ataudiletakkan dalam alam sekeliling dalam apa-apa isipadu, komposisi atau cara yangmenyebabkan pencemaran’. (s 2)

Jenis & Kategori BuanganJENIS / KATEGORI BUANGANa.sampahb.buangan isirumah (domestic waste);c.buangan perbandaran (municipal waste);d.buangan perdagangan (commercial waste);e.buangan pepejal (solid waste)

f.buangan industri (industrial waste);g.buangan institusi (institutional waste);h.buangan pertanian / ternakan (agriculture/animal waste);i.buangan sisa perlombongan dan kuari (waste from mines

and quarries);j.kumbahan (sewage sludge);k.buangan daripada janakuasa (waste from power stations);l.buangan berbahaya (hazardous waste)m.buangan toksid (toxic waste)n.buangan terjadual (schedule waste).

Undang-Undang Berkaitan Buangan & PepejalAkta Kualiti Alam Sekitar 1974

Larangan-Larangan Terhadap Buangan Dan BuanganTerjadual.

Larangan terhadap perbuatan-perbuatan sepertiberikut:i. melepaskan,

ii. meletakkan atauiii. mengeluarkanapa-apa buangan ke dalam alam sekeliling (udara, atastanahtanih atau dalam tanah, atau ke dalam air)

i.Larangan Melepaskan Atau Mengeluarkan Buangan Ke UdaraSeksyen 22(1) -mengeluar atau melepaskan apa-apabenda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar ataubuangan ke dalam udara dengan (Langgar s 21)

ii. Larangan Meletakkan Buangan Ke Atas Tanah Tanih. Seksyen 24(2): mencemarkan sesuatu tanahtanih ataupermukaan sesuatu tanah jika ia meletakkan apa-apabenda sama ada cecair, pepejal atau gas di dalam ataudi atas mana-mana tanahtanih atau disesuatu tempat dimana benda itu boleh masuk ke dalam mana-manatanahtanih.

iii. Larangan Mengeluar, Melepas Atau Meletakkan Buangan Ke Dalam Perairan

Seksyen 25 perairan daratan; mengeluar, melepas atau meletakkan buangan-buangan ke dalam perairan daratan jika ia meletakkan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau disuatu tempat di mana buangan itu boleh masuk ke dalam mana-mana perairan.Seksyen 29 – perairan Malaysia. larangan melepaskanbuangan ke dalam perairan Malaysia.

iv. Larangan terhadap penempatan, peletakan, mentransit dan sebagainya buangan terjadual. (khususuntuk buangan terjadual)Seksyen 34B:(1). Tiada seorang pun boleh -

a)menempatkan, meletakkan atau melupuskanatau menyebabkan atau membenarkanditempatkan, diletakkan atau dilupuskan,kecuali dipremis yang ditetapkan sahaja,apa-apa buangan terjadual di daratan atauke dalam perairan Malaysia;

b)menerima atau menghantar, ataumenyebabkan atau membenarkan diterimaatau dihantar apa-apa buangan terjadualdi dalam atau di luar Malaysia; atau

c)mentransit atau menyebabkan ataumembenarkan ditransit buanganterjadual,tanpa terlebih dahulu mendapatapa-apa kelulusan daripada KetuaPengarah.

Peraturan-peraturan di bawah AKAS 1974a.Peraturan2 Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 2005;b.Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang

Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 2005;c.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis

yang Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan

Buangan Terjadual)1989d.Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang

Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan PelupusanBuangan Terjadual)1989;

e.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PremisYang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977;

f.Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis YangDitetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977;

g.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PremisYang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978;

h.Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis YangDitetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978;

i.Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009j.Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen

Perindustrian) 2009k.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling(Kawalan Pencemaran Daripada Stesyen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Kambus Tanah) 2009

Undang-undang lain yang berkaitani. Akta Kerajaan Tempatan 1976

a.Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan DanPelupusan Sampah Sarap (Majlis-Majils Daerah)Seluruh Malaysia

ii. Akta Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

iii. Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam 2007 (Akta 673)

iv. Atomic Energy Licensing Act 1984 [Act 304] Undang-undang yang mengawai buangan industri

i. Getah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974a. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang

Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis

Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978

ii. Kelapa sawit1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977;

b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PremisYang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977

iii. Efluen industri1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a. EQA (Industrial Effluent) Regulations 2009iv. Kumbahan (sewerage)

1. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 6552. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974(Akta 133)3. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a. EQA (Sewage) Regulations 2009;v. Buangan terjadual (schedule waste)

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974a. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Buangan Terjadual) 2005;b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Premis yang Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual)1989;

c. Perintah Kualaiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 2005;

d. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual)1989.

vi. Buangan pepejal (solid waste)a. Akta Kerajaan Tempatan 1976

a. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan DanPelupusan Sampah Sarap (Majlis-Majils Daerah)Seluruh Malaysia

b. Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam2007 (Akta 672)

c. Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal DanPembersihan Awam 2007 (Akta 673)

vii. Air larut-resapan (leachate)1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a. EQA Control of Pollution from Solid Waste Transfer Station & Landfill) Regulations 2009

10. Pencemaran BunyiPencemaran Bunyi

Gelombang terhasil oleh getaran yang kemudiannya dapatdidengar oleh telinga manusia disebut sebagai bunyi.

Bunyi yang dapat didengari oleh telinga manusia adalah hasilperubahan pantas pada tekanan udara di sekitar sesuatu nilaimalar yang dikenali sebagai tekanan atmosfera.

Bunyi boleh terhasil apabila udara terganggu sama ada secarasemula jadi seperti desiran tiupan angin, air terjun, ributpetir dan ombak atau secara buatan sama ada oleh manusiaatau binatang

Punca bunyi bising Bunyi bising persekitaran Bunyi bising kenderaan dan lalulintas Bunyi bising kapal terbang Bunyi bising industri, pembinaan dan pembangunan Bunyi bising komuniti (residential -55 dB(A) siang; 45 dB(A) –

mlm)

Tahap bunyi bising dan tindak balas pendengaran diukurmenggunakan unit desibel ini dapat digambarkan sepertidi bawah:

Sumber Bunyi dB(A) Kriteria Tindakbalas--150

Jet di landasan --140 bingit--130 tersangat

bising --

120--110--100 sangat bising

Bunyi jentera --90Jalan raya / jalan awam --80 agak bising dan bunyi kenderaan beratPengucapan /suara bila bercakap --70Suasana sebuah pejabat --60 sederhana bisingSuasan dalam ruang tamu --50 SenyapPerpustakaan --40Keadaan dalam bilik tidur --30 Sangat SenyapBilik penyiaran radio --20

--10--0 Sunyi sepi.

Undang-undang mengawal bunyii.KENDERAAN1. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), Seksyen 23(1): bunyi bising yang lebih kuat bahana,

keamatan atau kualitinya dengan melanggar syarat-syarat yangboleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.

Seksyen 23(2) Melanggar seksyen kecil (1) adalahmelakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda X >RM100,000.00 atau penjara X > 5 tahun atau kedua-duanyadan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit(RM500.00] sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan

Seksyen 48A(2) kuasa menguji & melarang penggunankenderaan.

Undang-Undang Kecil di Bawah Akta 127. a. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987Sila lihat Peraturan-Peraturan berkenaan. Pemakaian Syarat pemakaian Peraturan-Peraturan –

Peraturan utk siapa? Tafsiran ‘kenderaan motor’ - Pengecualian pemakaian – Peraturan 3 Tahap bunyi – 3 – maximum sound level standard;

Std A,B,C.b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Perlesenan) 1977. Peraturan 3 - mengarahkan supaya suatu permohonan

lesen dibuat mengikut Borang 2 Jadual yangmengatakan lesen diperlukan sebagai dikehendaki olehs.23(1)

2. Akta Pengangkutan Jalan 1987i. Kaedah-kaedah.

Seksyen. 6666 (1) Bahagian ini dan pada amnya mengenaipembinaan, penyenggaraan, penggunaan, usia dankelengkapan kenderaan-kenderaan motor dan syarat-syarat yang menurutnya kenderaan-kenderaan motor itu

boleh digunakan, dan selainnya bagi maksudmenguatkuasakan Bahagian ini dan khususnya, tetapidengan tidak menjejaskan keluasan makna peruntukan-peruntukan yang terdahulu, boleh membuat kaedah-kaedah -(c) - bagi melarang bunyi yang berlebihan disebabkanoleh rekabentuk atau keadaan kenderaan-kenderaanmotor atau disebabkan oleh penggunaan ataumuatannya;

ii. Kuasa untuk menghadkan kenderaan Seksyen.71.(1) Tanpa menjejaskan seksyen 70, -melarang ataumenghadkan pemanduan atau penggunaan mana-mana kelasatau perihalan kenderaan atau kenderaan dengansekian bilangan penumpang yang ditentukan.

ii. PERSEKITARAN DAN KOMUNITI - KACAUGANGGU1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Seksyen.80 – kuasa PBT memberhentikan, memusnahkan &menghapuskan segala kacauganggu dari jenis awam;Seksyen.81- tindakan terus terhadap sebarang kacaugangguSeksyen.82 hantar notis menghendaki kacauganggu –dihapuskan.Seksyen.84 kuasa mengambil tindakan terhadap –kacauganggu walupun di luar kawasan PBT.

2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Seksyen.2- takrif kacauganggu – termasuk sesuatu yang bising – boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan harta

3. Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) MINOR OFFENCES ACT 1955 (REVISED - 1987)Seksyen.13 Excessive Noise bunyi bising yang keterlaluan.–

iii. KAPAL TERBANG.Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3)

Akta turut menyentuh bunyi bising oleh pesawat udaraberdasarkan Chicago Convention on International Civil Aviation1944

Seksyen 20(2) Tiadalah apa-apa tindakan boleh diambilberkenaan dengan kemudaratan semata-mata oleh sebabbunyi dan getaran yang disebabkan oleh kapal udaradisesebuah padang terbang.

iv. INDUSTRIAkta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139)

Seksyen 24 – mengenai perlindungan keselamatan terhadap pekerja dengan menyediakan alat-alat khas bagi menghindar bunyi bising, haba, gas dan bahan beracun.

11. Pencemaran UdaraPencemaran Udara

Udara- Terbentuk daripada keseimbangan beberapa unsur

penting Atmosfera ialah lapisan udara yang melingkungi yang

terdiri daripada bahan-bahan gas dan di antara gas-gas tersebut sebagai contohnya termasuklah nitrogen(78 %), oksygen (20%) dan karbon dioksida (0.03%);

Melakukan sebarang gangguan terhadap keseimbanganini akan memberi kesan terhadap udara persekitaranTerdapat lebih kurang 7 jenis unsur dalam kandunganudara yang diguna-sukat bagi menentukan tahappencemaran udara:i. particulate matter – bahan terampaiii.sulfur oxides; sulphur dioksida (SO2)iii. carbon monoxides; karbon monoksida (CO)iv.nitrogen dioxide; nitrogen dioksida (NO2)v. ozone; ozon (O3)vi.hydrocarbon;vii. lead.;plumbum

Punca Pencemarana.Punca setempat / Tetap (Stationary Sources)

Aktiviti perindustrian dianggap sebagai penyumbangkepada pencemaran udara-mencemarkan udara dengan melakukan pelepasan

benda-benda asing/cemar ke udara seperti carbondioxide, oxides of nitrogen, sulphur dan lain-lain

Punca ‘stationary’ yang dimaksudkan:i. Industri Kimia ( baja & racun serangga, asid,

cat dan varnish, plastik, sabun dan bahan pencuci);

ii.Industri berasaskan pertanian dan makanan (makanan haiwan, kilang minyak sawit, kilang padi, getah, rumah asap);

iii. Industri logam (besi dan keluli, aluminium, tin smelting);

iv.Industri petroleum (kilang penapisan minyak dan gas);

v. Industri galian (asbestos, asphalt & concrete batching, batu bata dan tanah liat, simen, kaca, batu marma dan kuari);

vi.Industri berasaskan kayu (arang, kertas, pembalakan dan kayu gergaji/ kilang papan);

vii. Pembakaran bahan api( stn janakuasa, boiler & furnace );

viii. Tapak pembuangan sisa pepejal dan insinerator (Solid Waste disposal sites, incinerator)

b.Punca bergerak (Mobile Sources) Kenderaan motor.

CO, NO2, SO2, hidrocarbon, organic compounds danlead compounds dikatakan berpunca daripadapelepasan ke udara oleh kenderaan motor.

Undang-Undang Berkaitan UdaraAkta Kuliti Alam Sekeliling 1974

Sekatan mengenai pencemaran udara. Seksyen.22. (1), tiada seseorang boleh mengeluar ataumelepaskan benda-benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam udara dengan (langgar syarat s.21)Seksyen.22 (2).Tanpa menghadkan kelulusan seksyen kecil (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai

mengeluar atau melepaskan buangan-buangan ke udara jika –i. ia meletakkan apa-apa benda di suatu tempat di

mana benda itu boleh dilepaskan ke dalam udara ;ii. ia menyebabkan atau membenar dilepaskan bau-bau

yang, oleh sebab keadaan, kepekatan, isipaduatau takatnya, adalah mencela atau mengganggu ;

iii. ia membakar apa-apa buangan tred, proses @perindustrian ; @

iv. ia menggunakan apa-apa kelengkapan membakarbahan api yang tidak dilengkapi dengan sesuatualat atau kelengkapan kawalan yang dikehendakidipasang pada kelengkapan itu.

Seksyen.22 (3). Denda X > (RM100, 000.00) ataupenjara X > 5 tahun atau kedua-duanya dan dendatambahan X> RM1,00 sehari bagi tiap-tiap harikesalahan.Undang-Undang Kecil Di bawah Akta 127:1. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Udara Bersih) 19782. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor) 1985

3. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996

4. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996

5. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktivitiyang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka)2003

6. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kawalan Pelepasan daripada Motorsikal) 2003

7. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Dioxin dan Furan) 2004

8. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktivitiyang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka)2003

9. Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling(Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(PembakaranTerbuka) 2000

10.Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling(Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) 1978

11.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungann Petrol Dan Diesel) 2007

12.EQA (Control of Pollution from Solid Waste Transfer Stationand Landfill) Regulations 2009

Undang-Undang Lain BerkaitanAKTA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN 1994 Peraturan-Peraturan Kesihatan dan Keselamatan

Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Kimiaberbahaya Terhadap Kesihatan) 2000

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (AKTA 333)Seksyen 66(1)(b) Langkah-langkah kawalan pencemaranudara di peruntukkan di bawah seksyen 66 Aktaberkenaan.mengenai pembinaan, penyenggaraan, penggunaan,usia dan kelengkapan kenderaan-kenderaan motordan syarat-syarat yang menurutnya kenderaan-kenderaan motor itu boleh digunakan, danselainnya bagi maksud menguatkuasakan(b). bagi mengawal, berhubungan dengan

penggunaan kenderaan-kenderaan motor,pengeluaran asap, benda berminyak, abu,air, stim, wap boleh Nampak, wasapberbahaya, bunga api, bara mati gas ataukersik;

Seksyen 71 sekatan kemasukan kenderaan ke dalambandar. Selain dapat mengurangkan kesesakan pdwaktu2 puncak di jalan-jalan utama dalam bandar,peruntukan ini sekurang-kurangnya dapat

mengurangkan pelepasan asap kenderaan dalam bandarKL

KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)Seksyen 278‘Barang siapa dengan sengaja mengotorkanudara di mana-mana tempat hingga menjadikannyaberbahaya kepada kesihatan orang-orang amnya yangtinggal atau menjalankan urusan dalam kawasan yangberhampiran atau yang melalui jalan awam, hendaklahdiseksa dengan denda yang boleh sampai seriburinggit’.

Pembakaran TerbukaAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974

i.LARANGAN ATAS PEMBAKARAN TERBUKA. Seksyen.29A(1) Walau apa pun yang berlawanan yang terkandungdalam Akta ini, tiada seorang pun boleh membenarkanatau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-manapremis.(2) didenda tidak melebihi denda X > RM100,000.00atau penjara X > 5 tahun atau kedua-duanya.(3) Bagi maksud subseksyen (1) –“pembakaran terbuka” ertinya apa-apa kebakaran,pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udarabebas dan yang tidak dihalakan ke udara bebas itumelalui serombong atau cerobong, tetapi tidaktermasuk apa-apa kebakaran, pembakaran ataupembaraan

ii. TIDAK TERMASUK SEBAGAI “PEMBAKARAN TERBUKA” Seksyen.29AA(1) Perintah itu bukan pembakaran terbukasebagaimana yang ditakrifkan dalam dan bagi maksudseksyen 29A selagi aktiviti itu dijalankan mengikut@ di bawah syarat2 yang dinyatakan dlm perintah itudan tidak di dalam tempat @ kawasan yang ditentukandalam perintah itu.(2) Walaupun apaa-apa kebakaran, pembakaraan atau

pembaraan tidak termasuk dalam takrif pembakaranterbuka di bawah subseksyen (1) atau bahawa iaadalah bagi maksud apa-apa aktiviti yang ditentukandalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1),tiada seorangpun boleh membenarkan atau menyebabkankebakaran, pembakaran atau pembaraan-a.kualiti udara di kwsn itu telah mencapai tahap yg

tidak sihat; danb.bahawa kebakaran, pembakaran atau pembaraan bagi

maksud apa-apa aktiviti selain aktiviti yangditentukan dalam pemberitahuan itu akanmerbahayakan alam sekeliling.(3). Sebagai tambahan dalam subseksyen (2) tiadaseorang pun boleh menyebabkan apa-apa kebakaran,pembakaran atau pembaraan walaupun kebakaran,pembakaran atau pembaraan itu tidak termasukdalam takrif pembakaran terbuka di bawahsubseksyen (1)atau bahawa ia bagi maksud apa-apaaktiviti yang ditentukan dalam perintah yangdibuat di bawah subseksyen (1).

iii. PEMUNYA ATAU PENDUDUK PREMIS BERTANGGUNGJAWAB BAGI PEMBAKARAN TERBUKASeksyen.29BJika pembakaran terbuka berlaku di mana-mana premis–(a).pemunya; atau (b) pendudukpremis itu yang mempunyai kawalan atau premis itu adalah disifatkan telah melanggar subseksyen 29A(1) melainkan dibuktikan selainnya.

iv. PEMBELAAN Seksyen.29C -Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen 29A atau 29B, adalah menjadi pembelaan jika orang, pemunya atau penduduk premis itu membuktikan-(a)bahawa pembakaran terbuka itu berlaku di luar

kawalannya atau tanpa pengetahuan atau pembiaran

atau persetujuannya; atau(b)bahawa dia –

(i)mengambil segala langkah-langkah berjaga-jaga yang munasabah; atau

(ii) menjalan segala usaha yang wajar,untuk mencegah perlakuan kesalahan yang sepatutnya diambil dan dilaksanakan olehnya dengan mengambil kira jenis tanggungjawabnya atausifat itu dan kepada segala hal keadaan.

v.PEMUNYA ATAU PENDUDUK PREMIS BERTANGGUNGJAWAB BAGI PEMBAKARAN TERBUKA Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang

Diisytiharkan)(Pembakaran Terbuka) 2003. Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling

(Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(Pembakaran Terbuka) 2000

Kaedah2 Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan2) 1978

Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313): Seksyen.82Akta Perlombongan Petroleum 1966 (95): Seksyen.12Kanun Keseksaan (Akta 574) :Seksyen 278.

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan

kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkapsebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalahkelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alamsekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramaiterhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun.

Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalamwaktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukanpada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dansisa buangan ke dalam sungai.

Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerahkeadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yangterhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatihberkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam

sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidakmengetahui pun adanya peruntukkan tentangpenguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawahbidang kuasa mereka.

Kurang pegawai yang dilatih dalam hal-halpenguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidaktahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan dibawah bidang kuasa mereka.

Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialahkekangan politik dan ekonomi, pertindihan kuasaantara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kosyang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orangramai.

Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah jugamungkin timbul yang menyumbang kepada masalahkelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kesmengenainya yang diketahui umum.

Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawaipenguatkuasa sendiri akan membantutkan lagipenguatkuasaan dan menambah masalah yang sudahbanyak berkenaan penguatkuasaan .

p/s Soalan biasanya berkisar mengenai pencemaran (air, buangan, bunyi, tanah tanih, udara) , pengurusan dan kawalan pencemaran di bawah undang-undang bertulis khususnya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.  Minta tolong bagi tau kawan-kawan skop berkenaan.