proposal sejarah

18
SENARAI KANDUNGAN Bil Butiran Muka surat 1. Sinopsis kajian 1 2. Penghargaan 2 3. Pengenalan 3 4. Lokasi kajian 4 5. Pendahuluan 5 6. Dapatan kajian 6-14 7. Kesimpulan 15 8. Lampiran 16-19

Upload: independent

Post on 05-Dec-2023

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SENARAI KANDUNGAN

Bil Butiran Muka surat1. Sinopsis kajian 1

2. Penghargaan 2

3. Pengenalan 3

4. Lokasi kajian 4

5. Pendahuluan 5

6. Dapatan kajian 6-14

7. Kesimpulan 15

8. Lampiran 16-19

SINOPSIS KAJIAN

Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada pelbagai suku dialek.Terdapat enam

kumpulan dialek utama iaitu Hakka,Kantonis,Teochew, Hainan dan Fuzhou(Hokchiu).Selain

itu,masyarakat Cina juga terdiri daripada tiga kelompok etnik iaitu bangsa Han,orang Cina

Singapura dan orang Cina seberang laut.Mereka juga mempunyai pegangan agama seperti

Buddha,Taoisme,Konfusianisme,Kristian dan tiada agama.Pada abad ke 19 dan ke 20,Bangsa

Han berhijrah secara beramai-ramai ke Semenanjung Tanah Melayu.Mereka berasal dari

bahagian selatan China terutamanya dari daerah Fujian,Guangdong,Guangxi dan Hainan.

Mereka membentuk petempatan di Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih

timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British.

Kajian ini merangkumi tentang latar belakang,ciri-ciri dan amalan pantang larang adat

perkahwinan kaum Cina di Rembau pada tahun 1970-2000.Adat perkahwinan yang dilaksanakan

mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti merisik,meminang,bertunang dan perkahwinan .

Masyarakat Cina di Rembau amat mementingkan kepercayaan amalan nenek moyang mereka dan

mengamalkan pelbagai upacara semasa melangsungkan perkahwinan seperti upacara menghias rambut

pengantin perempuan,upacara menutup pengantin lelaki,upacara permainan pintu,upacara minum teh

dan upacara minum arak.Pelbagai kelengkapan perkahwinan juga telah digunakan untuk melaksanakan

perkahwinan tersebut iaitu baju pengantin,banner kain,tandu serta lilin naga dan phoenix.

Namun,setelah kemajuan teknologi,adat turun-temurun ini telah mula diketepikan oleh

masyarakat pada hari ini.

1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK Dato’ Sedia Raja khasnya Pengetua Puan Hajah Mahsura Binti Md Sani dan Penolong Kanan Tingkatan Enam,Encik Mustafa Bin Shamsudin kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Muhammad Yazid selaku guru Sejarah saya.Beliau telah banyak meluangkan masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini.Seterusnya,saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta iaitu Encik Mohd Aris Bin Husin dan Puan Retnasari Devi Binti Sulaiman jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan baik saya iaitu saudari Nurazmiza Binti Azman dan Nur Atiffah Binti Rosli serta semua rakan lain atas kesudiaan membantu dan segala nasihat yang diberikan.Tidak lupa juga,terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan ditemu bual.

Akhir kata,seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak dalam menjayakan kerja kursus ini

2

PENGENALAN

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Selain itu,pengkaji juga memilih tajuk ini kerana tempat kajian ini sangat dekat kerana berada dalam daerah Rembau sahaja.Tajuk ini juga senang untuk pengkaji mendapatkan maklumat tambahan menggunakan orang sumber,buku-buku dan internet yng berkaitan dengan adat perkahwinan yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Rembau.

Antara keistimewaan tajuk ini ialah pengkaji dapat mengenal pasti ciri-ciri adat perkahwinan kaum Cina yang diamalkan oleh masyarakat Cina di Rumah Rakyat Chembong.Pengkaji juga dapat mengenali dan memahami adat perkahwinan kaum Cina yang diamalkan oleh kawasan kajian.Hal ini demikian kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri.

3

LOKASI KAJIAN

Kajian ini dilakukan di daerah Rembau yang berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato’ Sedia Raja.Ia juga mempunyai jarak 7km dari rumah pengkaji.

Peta daerah Rembau

Peta Rumah Rakyat Chembong

4

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Antara kaum-

kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina ,India, Kadazan dan Iban. Disebabkan kewujudan

kumpulan etnik yang pelbagai, terdapat banyak adat dan budaya yang telah diwarisi sejak turun

temurun sehingga ke hari ini. Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan,

aturan-aturan yang menjadi amalan turun-temurun seperti makan bertertib dan bersopan santun

ketika bertutur .Ini sudah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diamalkan

dari dulu hingga sekarang.

Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada pelbagai suku dialek.Terdapat enam

kumpulan dialek utama iaitu Hakka,Kantonis,Teochew, Hainan dan Fuzhou(Hokchiu).Selain

itu,masyarakat Cina juga terdiri daripada tiga kelompok etnik iaitu bangsa Han,orang Cina

Singapura dan orang Cina seberang laut.

Mereka juga mempunyai pegangan agama seperti Buddha,Taoisme,Konfusianisme,

Kristian dan tiada agama.Pada abad ke 19 dan ke 20,Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai

ke Semenanjung Tanah Melayu.Mereka berasal dari bahagian selatan China terutamanya dari

daerah Fujian,Guangdong,Guangxi dan Hainan. Mereka membentuk petempatan di Negeri

Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong

dengan sokongan British.

5

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ADAT PERKAHWINAN KAUM CINA DI REMBAU TAHUN 1970-2000

LATAR BELAKANG DAN ASAL USUL ADAT PERKAHWINAN

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.

Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

MERISIK

Melalui kajian yang dilakukan oleh pengkaji,masyarakat Cina di Rumah Rakyat Chembong,Rembau,Negeri Sembilan mengamalkan adat perkahwinan seperti adat merisik untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina pada masa itu terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.

Menurut Encik Leong Hua Thon,sebahagian masyarakat Cina di kawasan tersebut lebih gemar mengadakan perbincangan di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina di Rumah Rakyat Chembong,Rembau,Negeri Sembilan kerana cara ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

6

MEMINANG

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing,adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil bagi pihak bakal pengantin lelaki akan dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Melalui temu bual yang dilakukan oleh pengkaji bersama dengan Encik Leong Hua Thon,beliau mengatakan bahawa dalam adat meminang ini,ibu pengantin perempuan akan berbincang dengan wakil bagi pihak bakal pengantin lelaki tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan .

BERTUNANG

Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.Masyarakat di Rumah Rakyat Chembong,Rembau selalunya menetapkan hari pertunangan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut.Khidmat tukang tilik digunakan oleh masyarakat di kawasan tersebut untuk menetapkan tarikh berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan diadakan.

Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran

7

Perkahwinan. Antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan.Bagi masyarakat Cina di Rumah Rakyat Chembong,Rembau ini, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

PERKAHWINAN

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa itu, memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya,dalam masyarakat Cina, pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.Pasangan pengantin ini akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya,mereka akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding diadakan, pasangan pengantin ini akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan saudara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing.

Dalam masyarakat Cina di Rumah Rakyat Chembong,Rembau ini, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan yang dilakukan oleh masyarakat Cina di Rumah Rakyat Chembong ini ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara

8

besar-besaran sama ada di rumah, dewan, atau restoran.Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

Pada masa yang sama,kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

AMALAN PANTANG LARANG PERKAHWINAN KAUM CINA

Menurut Encik Leong Hua Thon,masyarakat kaum Cina mempunyai adat resam atau pantang

larang yang agak unik.Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam

sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung pada nasib.Oleh itu,tukang tilik memainkan

peranan yang penting dalam hal seperti perkahwinan.Adat resam dan pantang larang ini

diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina.

Encik Leong Hua Thon mengatakan bahawa semasa majlis pertunangan diadakan,keluarga

pengantin lelaki akan mempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin

perempuan.Sebelum perkahwinan diadakan,bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri

majlis perkebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Seterusnya,hiasan

dalam majlis perkahwinan tidak digalakkan untuk menggunakan warna hitam,putih,biru tua dan

hijau.Susunan perabot dalam bilik tidur bakal pengantin seperti katil,meja dan almari perlu

diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya di sudut bilik.

Selain itu,semasa pengantin pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki,mentua dan

kakak ipar tidak seharusnya mengadap pintu untuk memerhatikan pengantin perempuan

memasuki rumah pengantin lelaki tersebut.

Encik Leong Huan Thon menjelaskan bahawa semasa majlis perkahwinan diadakan,tetamu yang

hadir mestilah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah.Sebaik-baiknya,tetamu

hendaklah elak daripada memakai pakaian yang berwarna hitam,biru atau kelabu kerana warna-

warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.

9

Selain itu,jika tetamu berjumpa dengan pengantin baru,mereka haruslah mengucapkan tahniah

kepada mereka.Encik Leong Hua mengatakan bahawa pada masa itu,tetamu juga tidak boleh

menceritakan atau menyebut perkataan-perkataan yang sedih seperti kematian,sakit,bencana atau

hantu apabila bertutur dengan pengantin baru tersebut. Menurut kepercayaan orang Cina,,majlis

perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah.

Melalui temu bual yang dilakukan dengan Encik Leong Hua Thon,dia memberitahu saya bahawa

sehari selepas berkahwin,pengantin perempuan perlu bangun lebih awal dan menyediakan

makanan untuk keluarga pengantin lelaki.Perkara ini menggambarkan pengantin perempuan

diasuh dengan baik dan layak untuk menjadi isteri kepada pengantin lelaki.Tiga hari selepas

pasangan tersebut menjadi suami isteri,pengantin perempuan akan pulang melawat keluarganya

bersama-sama dengan suaminya.Pengantin lelaki tersebut akan mempersembahkan anak babi

panggang kepada keluarga pengantin perempuan sebagai simbolik kepada kesucian.

KELENGKAPAN PERKAHWINAN

BAJU PENGANTIN PEREMPUAN

En Leong Hua Thon memberitahu saya tentang baju pengantin iaitu baju pengantin perempuan

dikenali sebagai Cheongsam.Kebiasaannya,warna merah dipilih kerana ia menggambarkan nasib

yang baik.Pakaian ini juga akan disulam dengan benang emas dan perak.Kwa atau Cheongsam

juga disulam dengan bentuk naga dan burung Phoenix.Pengantin ini juga dilarang memakai

pakaian berwarna hitam,biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan

kematian dan kesedihan.

BAJU PENGANTIN LELAKI

Baju pengantin lelaki dikenali sebagai samfoo.Baju pengantin lelaki ini selalunya menggunakan

warna merah mengikut kepercayaan mereka.Samfoo membawa maksud baju dan seluar dalam

10

dialek Kantonis.Menurut Encik Leong Hua Thon lagi,dia mengatakan bahawa baju ini adalah

longgar,terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar atau kain longgar.Baju

ini diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

BANNER KAIN

Menurut Encik Leong Hua Thon,dia mengatakan bahawa banner ini disimpan oleh pasangan

pengantin sebagai kenangan seperti juga bunga dan baju pengantin.Banner ini akan dibentang

atas meja di pintu masuk,dimana tetamu akan menandatangan nama mereka dan menulis restu

mereka.

SAMPUL MERAH

Melalui temubual yang dilakukan bersama Encik Leong Hua Thon,dia memberitahu salah satu

konteks angpau yang dikenali sebagai YASUL QIAN (duit ditekan atau duit menahan umur).

Warna merah digunakan kerana ia melambangkan tuah.Jumlah wang yang terkandung bermula

dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis

pengebumian.Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan untuk meliputi perbelanjaan

keluarga pasangan pengantin baru.

LILIN NAGA DAN PHOENIX

Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Phoenix.Encik Leong Hua Thon

memberitahu bahawa lilin naga dan phoenix ini melambangkan penyatuan terhadap keluarga

baru serta menambahkan suasana romantik bagi pasangan pengantin.

TANDU

Encik Leong Hua Thon mengatakan bahawa tandu ini akan digunakan semasa upacara perarakan

perkahwinan untuk membawa pasangan pengantin yang akan berkahwin ini.

11

HIDANGAN PERKAHWINAN

Menurut Encik Leong Hua Thon,terdapat pelbagai hidangan yang dimasak semasa perkahwinan

iaitu Sup Sirip Ikan Yu,ayam yang dimasak dengan minyak merah,mee,kek kebahagiaan,udang

galah dan pau.

Sup sirip ikan Yu-Pembuka selera dan melambangkan kekayaan.

Ayam yang dimasak dengan minyak merah-Melambangkan kegembiraan.

Mee-Melambangkan kepanjangan hayat disebabkan oleh bentuk mee yang panjang.

Kek kebahagiaan-Untuk memuja nenek moyang

ATURCARA PERKAHWINAN

Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:

Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang.

Penyambutan Pengantin Perempuan: Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari tempat ke tempat.

Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain.

Jamuan Perkahwinan: Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu.

UPACARA MENGHIAS RAMBUT PENGANTIN PEREMPUAN

Menurut Encik Leong Hua Thon,dia memberitahu saya bahawa dalam upacara ini,rambut

12

pengantin perempuan akan dihias oleh wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik

bersama-sama dengan wanita yang masih mempunyai keluarga.Mereka akan mengucapkan kata-

kata yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan tersebut.

UPACARA MENUTUP PENGANTIN LELAKI

Upacara ini dilakukan di rumah pengantin lelaki.Semasa melakukan upacara ini,bapa pengantin

akan meletakkan topi yang dihias dengan daun pokok saru di atas kepala pengantin

lelaki.Selepas itu,pengantin lelaki akan membawa tandu.

UPACARA PERMAINAN PINTU

Upacara ini berasal dari zaman nenek moyang masyarakat Cina pada ketika itu.Ia

menggambarkan bahawa pengantin perempuan merupakan wanita yang sangat cantik dan

keluarga serta rakan-rakannya tidak sanggup berpisah dengan pengantin perempuan

tersebut.Oleh itu,pengantin lelaki akan membayar pihak perempuan dengan memberikan Li Shi.

UPACARA MINUM TEH

Mengikut Encik Leong Hua Thon,dia mengatakan bahawa upacara ini berlaku di rumah

pengantin lelaki,pasangan pengantin tersebut akan melutut sebanyak tiga

kali.Kemudian,pengantin perempuan akan memberikan minuman teh kepada keluarga dan

saudara-mara mengikut pangkat.Orang yang menerima minuman teh akan memberikan hadiah

berbentuk barang kemas atau Li Shi kepada pengantin perempuan.

UPACARA MINUM ARAK

Pada malam perkahwinan,pasangan pengantin tersebut akan melakukan upacara minum

arak.Menurut Encik Leong Hua Thon lagi,dia memberitahu saya bahawa dalam upacara ini,dua

cawan akan diikat bersama oleh tali berwarna merah dan menyilangkan tangan sesama mereka

semasa melakukan upacara ini.Perbuatan ini merupakan ikatan janji perkahwinan yang dilakukan

13

ketika perkahwinan.Pengantin perempuan akan diberikan ladu separuh masak dan akan ditanya

sama ada ladu tersebut mentah atau tidak.

14

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini dapat memberi gambaran tentang latar belakang dan asal usul

adat perkahwinan masyarakat Cina dan ciri-cirinya. Pengkaji bersyukur kerana berjaya

menghasilkan sebuah kajian mengenai adat perkahwinan yang telah menjadi amalan

sejak dahulu khususnya di daerah Rembau.Kajian ini juga dilihat sebagai salah satu cara

untuk memberikan kesedaran kepada penduduk Malaysia tentang amalan tradisi

masyarakat Cina.Pengkaji juga berharap agar tradisi yang sedia ada akan dikekalkan

sehingga masa hadapan.Selain itu, diharap kajian ini memberi kesedaran kepada semua

rakyat Malaysia bahawa kita mempunyai keunikan dan keistimewaan adat dan budaya

yang perlu diperlihara dan dikekalkan.

15

BIBLIOGRAFI

SUMBER

-Wawancara bersama Leong Hua Thon

SUMBER SEKUNDER

Internet

-http://bmpengurusan2010.blogspot.my/2010/09/kaum-cina.html

-www.slideshare.net/nurfara1/esei-kenegaraan

-www.slideshare.net/sangkidal1/adat-perkahwinan-masyarakat-cina

-www.slideshare.net/teohjching/perkahwinan-tradisional-masyarakat-cina

16