geo band 6

13

Upload: independent

Post on 01-Mar-2023

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik, aluminium dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.

Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).

Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.

Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.

Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.

Menjana pendapatan dengan mudah.

Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.

Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.

Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.

Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalah penting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri. Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga.

Barangan buangan yang diperoleh dikumpulkan dan diasingkan.

Barangan buangan tersebut dibersihkan sebelum dikitar semula menjadi barangan baru.

Barangan baru yang dihasilkan dari bahan kitar semula.

Setelah dikumpul dan diasingkan, dibawa ke pusat kitar semula.

Pengguna membuang barangan buangan yang boleh dikitar semula ke dalam tong kitar semula yang disediakan.

CARA MENGITAR SEMULA

MENGHANTAR KE TEMPAT

PENGUMPULAN BAHAN KITAR

SEMULA

MEMBUAT KRAFTANGAN

MENGGUNAKAN SEMULA BAHAN BOLEH DIKITAR

SEMULA

I

INDIVIDU YANG

MENDORONG UNTUK

MENGITAR SEMULA BAHAN

BUANGAN

DIRI SENDIR

I

IBU BAPA

LAIN-LAIN

GURU

Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik, aluminium dan kertas untuk dikitar semula dan menghasilkan keluaran baru. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Tong kitar semula diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru untuk kertas, coklat untuk kaca dan jingga untuk tin dan plastik.

Hasil daripada kajian kami, kami mendapati antara bahan yang biasa dikitar semula di kawasan kajian kami iaitu di Taman Inderawasih, Perai adalah kertas sebanyak 60%, plastik 20%, aluminium 9%, kaca 5%, polister 4% dan lain-lain 2%. Sejumlah 50% daripada bahan-bahan yang dikitar semula dihantar ke kilang untuk diproses, 35% dibuat kraftangan manakala 15% lagi digunakan semula sebagai contoh, kertas terpakai digunakan untuk menulis nota dan membalut buku. Bilangan penduduk di Taman Inderawasih, Perai yang mempunyai pengetahuan individu mengenai amalan 3R adalah sebanyak 75%. Manakala 25% lagi tidak berpengetahuan mengenai amalan 3R. Individu yang mendorong mengitar semula bahan buangan adalah diri sendiri sebanyak 60%, ibu bapa 20%, guru 15% dan lain-lain 5%.

Akhirulkalam, kami ingin menekankan bahawa kajian yang kami jalankan sepanjang minggu ini, kami memperoleh banyak faedah dan pengalaman yang luar biasa yang tidak dapat dinafikan. Kami sekumpulan empat pelajar telah berganding bahu dan saling bertoleransi antara satu sama lain untuk mengumpulkan maklumat dan memindahkan semua data kami dalam pelbagai aspek kemahiran goegrafi seperti graf bar, carta pai, gambar rajah, jadual dan sebagainya. Kami berharap agar kajian yang kami telah laksanakan ini membawa faedah kepada diri kami sendiri, keluarga, dan Negara.