feudalisme malaysia

39
DAFTAR ISI BAB 1. PENGENALAN.............................................. 1 1.1 Latar Belakang............................................1 1.2 Rumusan Masalah...........................................3 1.4 Teori dan Konsep..........................................3 BAB 2. Feudalisme Masyarakat Melayu Tradisional................8 2.1 Feudalisme Melayu zaman pra penjajahan....................8 2.2 Struktur Hirarki Masyarakat Melayu........................9 2.3 Bentuk sikap feudal masyarakat melayu....................10 BAB 3. Konstruksi Neofeudalisme dalam Budaya Politik masyarakat melayu moden.................................................. 14 3.1 Budaya Politik Feudal Melayu Pasca Kolonial..............14 3.2 Nilai neo-feudal pada sistem politik demokrasi...........16 BAB 4. Kesinambungan nilai feudal (neo-feudal) dalam masyarakat Melayu........................................................ 19 4.1 Wujudnya psikologi feudal dalam institusi politik........19 4.2 Hubungan politik penaung-dinaung.........................20 BAB 5. KESIMPULAN............................................. 23 RUJUKAN....................................................... 24 0

Upload: ukm

Post on 28-Jan-2023

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DAFTAR ISI

BAB 1. PENGENALAN..............................................1

1.1 Latar Belakang............................................1

1.2 Rumusan Masalah...........................................3

1.4 Teori dan Konsep..........................................3

BAB 2. Feudalisme Masyarakat Melayu Tradisional................8

2.1 Feudalisme Melayu zaman pra penjajahan....................8

2.2 Struktur Hirarki Masyarakat Melayu........................9

2.3 Bentuk sikap feudal masyarakat melayu....................10

BAB 3. Konstruksi Neofeudalisme dalam Budaya Politik masyarakat

melayu moden..................................................14

3.1 Budaya Politik Feudal Melayu Pasca Kolonial..............14

3.2 Nilai neo-feudal pada sistem politik demokrasi...........16

BAB 4. Kesinambungan nilai feudal (neo-feudal) dalam masyarakat

Melayu........................................................19

4.1 Wujudnya psikologi feudal dalam institusi politik........19

4.2 Hubungan politik penaung-dinaung.........................20

BAB 5. KESIMPULAN.............................................23

RUJUKAN.......................................................24

0

BAB 1. PENGENALAN

1.1 Latar BelakangFeudalisme merupakan sistem ekonomi, politik dan sosial yang

digunakan pada sejarah masyarakat Eropah Barat pada zaman

pertengahan antara abad ke-11 hingga abad ke-13. Feudalisme

dijelaskan sebagai hirarki kekuasaan dimana kepemilikan tanah

menjadi satu-satunya sumber kesejahteraan dan menyediakan basis

keteraturan politik, sosial dan ekonomi pada masa tersebut.

Pemilik tanah berkuasa dalam menjaga aktiviti sosial, politik,

dan ekonomi pada saat itu. Institusi dan amalan feudalism Eropah

berkembang setelah kekuasaan kerajaan romawi melemah dan kuasa

Kerajaan Roman telah berpindah kepada kekuasaan unit politik

tempatan yang didominasi oleh kuasa bangsawan. Feudalisme di

beberapa bagian Eropah berkembang ketika pemerintah pusat telah

terpecah dan fungsi publik diambil alih oleh perorangan iaitu

kelas lord yang mengelola sumber ekonomi berupa fief atau tanah

geran dibawah hirarki kepemilikan privat. 1

Feudalisme mempunyai dua takrif umum menurut Cheah Boon

Kheng, salah satu takrif menekankan bahawa feudalisme ialah satu

bentuk organisasi politik dan sosial yang didalamnya terdapat1 Cheah Boon Kheng. Feudalisme Melayu: Ciri-ciri dan pensejarahanya. Universiti Sains Malaysia. Hlm.2

1

kelas atau golongan hulubalang yang mempunyai kedudukan tinggi

dalam hirarki masyarakat feudal. Takrif kedua, feudalism merujuk

kepada ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas satu pihal

yang dipanggil lord dan satu pihak yang diperintah yang dipanggil

vassal. 2

Sistem Feudal lahir untuk memenuhi keperluan masyarakat akan

perlindungan. Kondisi politik dimana kekuasaan Raja Romawi

melemah dan peperangan yang berlangsung terus menerus membuat

rakyat memerlukan perlindungan pada saat itu. Sistem feudal

membawa kepada susunan masyarakat yang beralih dari kekuasaan

Raja menjadi kekuasaan bangsawan. Feudalisme ialah satu sistem

hubungan yang bertimbal balas yang berdasarkan ketaatsetiaan

antara dua kumpulan manusia bebas satu pihak yang dipanggil lord

dan satu pihak yang diperintah yang dipanggil vassal. Lord

didominasi oleh kelas militer yang menjadi pemilik berupa tanah

dan mempekerjakan vassal sebagai pengelola tanah tersebut.

Tanggung jawab memelihara vassal dapat diperlihatkan biasanya

melalui pemberian kawasan atau daerah termasuk manor atau ladang

serta kediaman, perkampungan, dan penghuni oleh lord kepada

vassalnya. Geran atau anugerah berupa ladang itu dinamakan fief

atau feud. Sebagai balasan bagi pemberian fief atau feud serta

perlindungan, lord menghendaki vassalnya membantunya menentang

musuh iaitu beberapa vassal bekerja sebagai prajurit atau noble

dan mengerjakan tanah dengan membayar petani atau peasant untuk

menghasilkan bahan-bahan makanan dari hasil panen tanah tersebut.

2 Ibid

2

Sistem feudal klasik yang dianut di Eropah Barat tersebut

juga dipraktikan oleh masyarakat melayu prasejarah.

Keberlangsungan fenomena feudal dalam masyarakat melayu mengalami

perubahan dari sistem ekonomi, politik sebelumnya dengan sistem

yang ada pada masa kini. Pada jaman prasejarah, sistem feudal

masih kuat dianut oleh masyarakat melayu. Hal tersebut ditulis

oleh seorang pegawai tentera Inggeris yang diterbitkan dalam

sebuah buku pada tahun 1983 yang berisi bahawa Sultan negeri

Johor sebagai the feudal sovereign dan Temenggung sebagai vassal

kepada Sultan Johor. Peperangan dan perlanunan dalam kalangan

pembesar sering merebut kuasa dan merampas harta benda rakyat

tani. Masyarakat melayu juga mengenal sistem kerah iaitu suatu

perkhidmatan menurut adat melayu seebagai suatu sifat feudal.

Kerah dikenakan kepada sebuah perkampungan atau seseorang petani

Melayu untuk memenuhi syarat-syarat hubungn taat setia yang

bertimbal balas antara mereka Sebagai balasan perlindungan dan

tanah untuk penanaman, seorang pembesar menghendaki petani untuk

mengerjakan tanahnya. Keluarga petani juga perlu untuk

mengusahakan kerja-kerja yang lain yang diminta oleh seorang

pembesar atau membekalkan barang kepeluan bila bila masa diminta.

Hubungan tersebut menunjukkan corak yang berat sebelah dan

memperlihatkan unsur penindasan. Pada masa feudalism eropah

klasik, para pembesar menjaminkan keselamatan kehidupan petani

dan keluarganya sehingga petani bergantung kehidupan dengan

pembesar tersebut. Pembesar mampu memastikan bahawa petani

tersebut tidak dapat meninggalkan tanah yang dikelolanya.

3

Keberlangsungan fenomena psikologi feudal dalam masyarakat melayu

mengalami perubahan dari sistem ekonomi, politik sebelumnya

dengan sistem yang ada pada masa kini. 3

Menurut Prof. Syed Hussein Alatas, budaya feudal masyarakat

melayu saat ini lebih mencerminkan suatu psikologi feudal yang

masih dimiliki oleh masyarakat iaitu berupa ketaat setiaan yang

tinggi bawahan kepada atasan yang sangat tinggi disebabkan kerana

nilai atau hubungan di antara mereka yang berkuasa dan mereka

yang bergantung kepada mereka mengikut kedekatan peribadi kepada

pemimpin atau seorang lelaki yang berkuasa, sama ada dia seorang

birokrat, seorang selebriti politik, guru, menjangka bawahan

untuk setia dan taat dengan cara yang kadang-kadang bercanggah

dengan norma-norma dan etika kerja atau profesi.4 Seseorang

terkadang tidak dapat memberikan kritik atau sanggahan atas

kesalahan yang dibuat oleh pemimpin dalam struktur hirarki apapun

dalam masyarakat dikeranakan rasa hormat dan ketaatan yang tinggi

sehingga mengabaikan banyak hal. Ketaatsetiaan yang tinggi juga

tampak dominan dalam bidang politik. Salah satunya adalah

hegemoni parti Barisan Nasional yang masih menguat hingga saat

ini memegang hirarki tertinggi kuasa kerajaan. Rakyat masih setia

untuk menyokong kuasa parti Barisan Nasional hingga saat ini.

Apakah kuasa parti tersebut kerana berdasar pada prestasi politik

yang dicapainya atau hanya sekedar ketaatsetiaan masyarakat

kepada parti. Apakah tindakan parti untuk mengekalkan sokongan

3 Ibid4 Syed Hussein Alatas. Feudalism in Malaysia Society: A study in Historical Continuity. Vol.18, No.4. 1968

4

terhadap mereka merupakan bentuk feudalism. Apakah sistem feudal

masih dilaksanakan dalam sistem sosial dan politik masyarakat

melayu saat ini atau telah berganti menjadi bentuk praktik feudal

baru atau neo-feudal menjadi menarik untuk dianalisis dalam

tulisan ini.

1.2 Rumusan MasalahRelevan kah nilai feudal berlaku pada konteks masyarakat melayu

moden saat ini?

1.4 Teori dan KonsepFeudalisme berasal dari kata feu,feud, atau feudu, atau yang

lebih dikenal sekarang sebagai the fee atau the fief yang berarti

kepemilikan pribadi atau properties yang dijelaskan dalam buku

undang-undang pada masa pertengahan Eropah. Undang-undang feudal

adalah undang-undang yang mengatur tentang fief atau tanah

pribadi.5 Feudalisme dalam sejarah Eropah Barat adalah kata

dengan beberapa arti tetapi kebanyakan dari mereka memiliki dua

kategori umum. Satu kelompok Sarjana Barat menggunakan kata

tersebut untuk menjelaskan rancangan teknikal dimana vassals

bergantung kepada lord dan kepemilikan tanah (potensi ekonomi)

yang diolahnya sebagai tanah yang dihuni dan menghasilkan

pendapatan ekonomi selama periode waktu tertentu. Kelompok

sarjana yang lain menggunakan feudalism sebagai kata-kata umum

5 Critchley John. 1978.Feudalism. George Allen & Uwin Publishers Ltd

5

yang berarti bentuk dominan dari organisasi sosial maupun politik

selama beberapa abad dalam era pertengahan.

Terdapat kesulitan untuk menggunakan istilah feudalisme.

Kategori pertama yang digunakan untuk mengidentifikasi sebagai

sistem feudal adalah tidak adanya kesepakatan atau persetujuan

bahawa hubungan tersebut dikatakan sebagai feudal tetapi adanya

tindakan oleh vassal atau tindakan untuk memberikan tanah (fief)

atau kombinasi keduanya. Kesulitan untuk mengidentifikasi

pelaksanaan sistem feudal adalah kerana tidak ada batasan waktu

yang jelas tentang kronologi sistem ini dilaksanakan seperti

‘feudal age’ atau ‘feudal period’.

Untuk mendapatkan suatu pengertian konsep yang sesungguhnya

perlu untuk menghilangkan aspek dan faktor luaran yang dapat

dalam pelbagai bentuk masyarakat. Konsep feudalisme di Eropah

Barat merujuk pada kelas lordship atau bangsawan menguasai kuasa

pemerintah dan pengaruh politik dan kepemilikan tanah atau sumber

produksi dikuasai bangsawan sehingga pengaruhnya kuat meliputi

bidang ekonomi dan politik. Kepemilikan kuasa dan hak pemerintah

oleh feudal lord dan peran atau fungsi pemerintah juga dijalankan

oleh kuasa mereka. Feudalisme Eropah Barat merupakan bentuk

pemerintahan yang otoritas politik dimonopoli oleh kelompok kecil

dari pemimpin militer tetapi kekuasaan juga terbagi dalam anggota

kelompok tersebut. Sebagai hasilnya, tidak ada satu pemimpin yang

memiliki wilayah sangat luas, kepemilikan terbagi dalam masing-

masing orang secara setara dan kekuasaan kepada bawahan mereka.

Kerjasama antara feudal lord juga tampak tetapi sistem

6

pemerintahan hanya efektif berjalan pada level lokal atau

lordship iaitu ketika di suatu daerah kuasa penuh berada di

tangan lord dan keteraturan dipelihara oleh lord melalui

perlembagaan undang-undang. 6

Feudalisme menurut Rushton Coulborn merupakan sistem

pemerintahan dimana terdapat hubungan yang penting bukan antara

ruler (pemerintah) dan yang diperintah atau state (kerajaan)

dengan citizen (rakyat) tetapi sistem pemerintahan antara lord

dan vassal. Pelaksanaan fungsi atau tugas politik bergantung

kepada persetujuan perorangan antara beberapa individu yang

terbatas dan otoritas politik dianggap sebagai kepemilikan

pribadi/privat. Kuasa politik lebih bersifat personal daripada

institusional yang didalamnya terdapat pembagian fungsi. Kuasa

politik tersebut majoriti berasal dari pemimpin militer yang

menjadi administrator atau pengurus yang mempunyai kuasa

mengambil keputusan. Fungsi kelas militer sangat dominan dalam

masyarakat feudal. 7

Feudalisme mengikut sarjana melayu Prof. Cheah Boon Kheng

iaitu satu bentuk organisasi politik dan sosial yang didalamnya

terdapat kelas atau golongan hulubalang yang mempunyai kedudukan

tinggi dalam hirarki masyarakat feudal itu; pembagian hak secara

kecil-kecilan atas harta benda ; satu skala hak individu ke atas

tanah yang dipecahkan mengikut taraf sosial dalam hubungan

manusia yang saling bergantungan dan pengagihan kuasa politik

6 Coulborn, Rushton.1965. Feudalism in History. Princeton University Press: USA7 Ibid

7

antara pemegang jawatan dalam hirarki itu biasanya golongan

bangsawan dan hulubalang. Mereka mengambil alih tugas dan kuasa

yang biasanya menjadi hak milik kerajaan negeri tetapi telah

jatuh ke tangan mereka. Takrif umum kedua, feudalism ialah satu

sistem hubungan yang bertimbal balas antara dua kumpulan manusia

bebas satu pihak yang dipanggil lord dan satu pihak yang

diperintah yang dipanggil vassal. Takrif ini berdasarkan beberapa

institusi yang melahirkan dan mengawal tanggung jawab ketaatan

dan perkhidmatan, terutamanya perkhidmatan ketenteraan vassal

kepada lord, dengan balasan tanggung jawab perlindungan dan

pemeliharaan lord kepada vassalnya. Tanggung jawab memelihara

vassal dapat diperlihatka biasanya melalui pemberian kawasan atau

daerah termasuk manor atau ladang serta kediaman, perkampungan,

dan penghunu oleh lord kepada vassalnya. Geran atau anugerah itu

dinamakan fief atau feud. Sebagai balasan dari pemberian fief

atau feud serta perlindungan, lord menghendaki vassalnya membantu

menentang musuhnya dan mengerjakan tanah untuk menghasilkan

bahan-bahan makanan untuknya dan juga untuk penghuni

keseluruhanya. Vassal dan penghuni perlu bekerja untuknya selama

waktu yang tertentu dalam setahun. Di Rusia dan beberapa negeri

Eropah pada zaman feudal, kebanyakan penghuni di kawasan fief

atau feud ialah petani dan mereka tidak dibenarkan berpindah atau

meninggalkan kawasan yang didiami. Kumpulan petani ini dipanggil

serf. Persetiaan antara lord dan vassal disahkan dalam perjanjian

yang bertulis. Dalam sejarah Eropah Barat terdapat beberapa

banyak perjanjian bertulis ini. Ia menunjukkan bahawa setiap

8

orang, daripada petani yang paling miskin hingga raja yang paling

kuat terikat oleh sistem itu.8

Feudalisme menurut Prof. Syed Hussein Alatas,

keberlangsungan fenomena psikologi feudal dalam masyarakat melayu

mengalami perubahan dari sistem ekonomi, politik sebelumnya

dengan sistem yang ada pada masa kini. Ciri-ciri feudal mengikut

sejarah sosial dan politik masyarakat feudal. Ciri-ciri psikologi

masih kekal di Malaysia iaitu feudalism psikologi. Hubungan di

antara mereka yang berkuasa dan mereka yang bergantung kepada

mereka mengikut kedekatan peribadi kepada pemimpin atau seorang

lelaki yang berkuasa, sama ada dia seorang birokrat, seorang

selebriti politik, guru, menjangka bawahan untuk setia dan taat

dengan cara yang kadang-kadang bercanggah dengan norma-norma dan

etika kerja atau profesion. Beliau sepatutnya menjadi setia di

bawah hampir semua keadaan walaupun terkadang keadaan ini

melanggar nilai semasa dan falsafah masyarakat Malaysia. Pengaruh

pemikiran tersebut keatas dua orang pelajarnya iaitu Dr. Chandra

Muzaffar dan Dr. Shaharuddin Maaruf. Dr. Chandra menganggap

feudalism sebagai satu bentuk pemerintahan yang berdasarkan

perhubungan antara pelindung (feudal lord) dengan yang

dilindunginya (vassal). Dalam buku the protector, ia menumpukan

perhatian kepada perhubungan antara dua pihak ini dengan

menonjolkan konsep dan amalan kesetiaan dan cara ia bermula sejak

zaman kesultanan. Dr. Shaharuddin mengatakan: ‘Dengan feudalism

8 Op.Cit

9

saya bermaksud satu bentuk organisasi social serta unsur-unsur

psikologi yang berkenaan.

Nilai neo-feudal ialah nilai feudal lama yang wujud semula

atau berterusan dalam bentuk dan suasana yang baru. Mengikut

suatu pandangan mengenai perubahan social, masyarakat biasanya

berubah melalui masa daripada peringkat feudal kepada masyarakat

kapitalis. Keduanya memiliki nilai masing-masing tetapi terkadang

terdapat campur aduk dalam nilai keduanya. Terdapat nilai feudal

yang berkelanjutan ke dalam masyarakat kapitalis. Nilai feudal

boleh wujud dalam bentuk alam ataupun berubah kepada bentuk yang

baru. Nilai feudal dalam bentuk yang baru dapat diwujudkan

kedalam suatu nilai kesetiaan pihak yang diperintah kepada

pemerintah sebagai the rulling class. Pemerintah adakalanya juga

menciptakan suatu polis yang mempertahankan kuasa dan legitimasi

yang diberikan oleh masyarakat kepada pemimpin atau penguasa.

Pemerintah yang dapat dinyatakan sebagai ‘feudal lord’ adalah

sekelompok orang atau kelompok yang dapat mengendalikan atau

mengawal ‘social forces’. Menurut Gaetano Mosca, social forces

atau kekuatan sosial adalah pelabagai aktiviti manusia yang

memiliki pengaruh social yang besar iaitu meliputi wang, tanah,

ketenteraan, agama, pendidikan, buruh, dan pengetahuan. Nilai

neo-feudal ditunjukkan oleh ketaatsetiaan sekelompok orang kepada

kelompok penguasa kerana mereka adalah pemilik ‘social forces’

tersebut. Ketaatsetiaan dapat wujud secara terus menerus kerana

the rulling class dapat mengawal, merancang dan membentuk ‘social

forces’ tersebut.

10

Feudal state menurut Mosca adalah

type of political organization in which all the excecutive functions of society- the

economic, the judicial, the administrative, the military- are exercised

simultaneously by the same individuals while at the same time the state is made

up of small social aggregates, each of which possesses all the organs that are

required for self-sufficiency.

Jenis organisasi politik di mana semua fungsi eksekutif

masyarakat -ekonomi, bidang peradilan, administrasi, militer-

yang dilakukan secara bersamaan oleh individu yang sama,

sementara pada saat yang sama negara terdiri dari agregat sosial

kecil, yang masing-masing memiliki semua organ yang dibutuhkan

untuk swasembada. Salah satu unsur utama dalam struktur politik

dan sosial Melayu ialah wujudnya golongan pemerintah dan golongan

yang diperintah iaitu rakyat jelata yang terdiri daripada

golongan merdeka dan golongan hamba.9

9 Mosca, Gaetano. 1939. The Rulling Class. Mc-Grow Hill Book Company.Inc. hlm.187

11

BAB 2. Feudalisme Masyarakat Melayu Tradisional

2.1 Feudalisme Melayu zaman pra penjajahanDalam pensejarahan Malaysia, istilah feudal banyak merujuk

kepada masyarakat melayu dalam zaman prapenjajahan di negeri-

negeri Melayu Semenanjung. J.Newbold seorang pegawai tentera

Inggeris pada tahun 1839 menganggap Sultan negeri Johor sebagai

the feudal sovereign dan Temenggung sebagai vassal kepada Sultan

Johor. Di dalam bukunya itu disebut beberapa sifat feudal lain,

iaitu peperangan dan perlanunan dalam kalangan pembesar yang

sering merebut kuasa dan merampas harta benda rakyat tani.

Rujukan kepada feudalism melayu juga didapati dalam karya

Inggeris, Our tropical Possessions in Malayan India, yang

dikarang oleh John Cameron, buku yang diterbitkan tahun 1865

menuliskan bahawa masyarakat melayu tradisional dianggap sebagai

feudal kerana sistem politiknya mempunyai hirarki yang menyerupai

hirarki masyarakat Inggeris pada zaman feudal. 10

10 Op. Cit

12

Menurut Isabella Bird dalam buku The Golden Chersonese

menyifatkan negeri-negeri Melayu Semenanjung yang bebas sebagai

feudal kerana mempunyai beberapa sifat, seperti pengagihan kuasa

pusat kepada pembesar yang dianggap lebih berkuasa daripada Raja

atau Sultan, rakyat tani yang ditindas oleh pembesar yang

mengungut dan memeras mereka dengan mengenakan cukai dan sistem

kerah keatas rakyat lelaki yang diwajibkan bekerja untuk tuanya

selama sesuku tahun, disamping berkhidmat sebagai bala tentera.

Mereka boleh juga pada bila-bila sahaja dikerahkan oleh tuannya.

Oleh itu rakyat tani enggan memiliki harta benda sendiri kerana

khuatir harta benda mereka dirampas pada bila-bila masa. Mengikut

sistem feudal Eropah, raja wujud tetapi ia orang yang lemah

kerana negerinya telah dipecah-pecahkan menjadi fief atau feud

dan kuasa kerajaanya telah diagih-agihkan kepada hulubalang dan

bangsawan yang memerintah daerah-daerah kecil atau fief masing-

masing. Kerah atau sistem buruh paksa juga diamalkan kerana

petani yang tinggal di fief mesti bekerja pada tuanya disamping

menjadi bala tentera untuk menentang musuh. Kerah dikenakan

kepada sebuah perkampungan atau seseorang petani Melayu untuk

memenuhi syarat-syarat hubungn taat setia yang bertimbal balas

antara mereka Sebagai balasan perlindungan dan tanah untuk

penanaman, seorang pembesar menghendaki petani untuk mengerjakan

tanahnya. Keluarga petani juga perlu untuk mengusahakan kerja-

kerja yang lain yang diminta oleh seorang pembesar atau

membekalkan barang kepeluan bila bila masa diminta.

13

Menurut Clifford, sistem feudal di negeri Terengganu itu

telah dirombak oleh Sultan Omar selepas ia berjaya naik tahta

dalam suatu perebutan kuasa. Baginda merampas segala ha dan kuasa

pembesar daerah dan mengagihkanya kepada kalangan kerabat

dirajanya sendiri. Satu golongan pembesar sahaja, iaitu penghulu

kampong yang dibenarkan mengekalkan hak feudal mereka iaitu hak

kerah. Penghulu boleh mengerahkan rakyat tani untuk membuat kerja

jika diperlukan untuk memenuhi kehendak kerajaan.

2.2 Struktur Hirarki Masyarakat MelayuMasyarakat melayu sebagai satu kelompok etnik yang dominan

di negara Malaysia sejak tanah melayu mencapai kemerdekaan pada

tahun 1957, telah melalui pelbagai tahap perkembangan

sosiopolitik iaitu dari sebuah masyarakat yang bersifat agraria,

kemudianya berkembang kepada masyarakat industri. Rata-rata

kajian bersepakat bahawa budaya politik melayu harus bermula

dengan konsep feudal. Budaya politik feudalisme Melayu diwujudkan

melalui salah satunya adalah adanya struktur hirarki masyarakat

melayu yang membentuk piramida dimana adanya institusi kesultanan

sebagai struktur hirarki tertinggi.

14

Sultan/Raja

Pembesar/Bangsawan

Rakyat

Institusi kesultanan merupakan satu lambang penting kepada

politik feudal Melayu. Semenjak kebangkitan Melaka dalam bahagian

pertama abad ke-15, kesultanan telah menjadi ciri penting dalam

organisasi sosial dan politik Melayu. Institusi kesultananlah

yang melambangkan kemelayuan dalam sistem politik hari ini.

Institusi kesultanan ini telah menjadi asas dalam pengiktirafan

kuasa politik orang-orang Melayu. Sultan menduduki puncak dalam

hirarki politik. Selain daripada kerabat-kerabat diraja terdapat

juga menteri-menteri yang bertanggung jawab mentadbir negeri.

Jawatan sultan itu biasanya dilantik secara turun temurun dari

sebelah bapa manakala menteri-menteri pula adalah mereka yang

dating daripada golongan aristocrat atau bangsawan. Tradisi

Melaka juga menetapkan bahawa calon pertama untuk menjadi sultan

mestilah bukan hasil perkahwinan dengan perempuan biasa. Sultan

menduduki tempat paling atas pada teorinya mempunyai banyak

kuasa. Sepatutnya seorang sultan berkuasa keatas negeri yang

merupakan unit politik yang paling besar dibawah pemerintahanya.11

Disamping itu juga terdapat budaya darjat dan daulat

pemimpin raja amat ditekankan di dalam budaya politik feudal

Melayu ini. Daulat pemimpin adalah sifat kekuasaan atau hak

tertinggi yang dikhaskan kepada golongan raja sahaja. Konsep

daulat dikaitkan dengan aspek-aspek tentang kesempurnaan, kuasa

politik tertinggi, kebolehan, dan keistimewaan serta kebahagiaan

kepada seseorang sultan yang memerintah. Konsep daulat

11 Daud, Sity & Othman, Zarina. 2005. Politik dan Keselamatan. Universiti Kebangsaan Malaysia.hlm.74

15

dikemukakan untuk memberi kuasa tertinggi kepada sultan serta

untuk mengawal para pembesar dan rakyat. Kepercayaan di kalangan

orang-orang Melayu bahawa Raja mempunyai kedaulatan dan kuasa

terus kekal. Kedudukan raja diperkukuh lagi apabila kedudukan

institusi raja diberi peruntukan di dalam penubuhan Perjanjian

1948, kemudianya di dalam Persekutua Tanah Melayu dan

Perlembagaan Malaysia tahun 1963 hingga kini.

2.3 Bentuk sikap feudal masyarakat melayuCiri-ciri feudal menurut Prof. Syed Hussein Alatas mengikut

sejarah sosial dan politik masyarakat feudal mempunyai bentuk

pemerintahan yang mempunyai lapan ciri yang berikut. Pertama,

wujudnya jurang antara golongan miskin (petani) dan golongan kaya

(noblemen dan chief) dalam sistem ekonomi, sosial, politik, dan

hukum. Kedua, keteraturan politik didominasi oleh kumpulan

keturunan yang mempunyai ladang yang luas. Ketiga, Keberadaan

sistem ekonomi manor dimana tanah merupakan faktor produksi utama

yang dikelola oleh petani dan kemudian mereka mendapatkan

sebagian hasil panen sebagai upah mengurus tanah tersebut.

Keempat, struktur tertinggi dalam hirarki feudal adalah feudal

lord yang memiliki kekuasaan dan otoritas tertinggi untuk

menjalankan fungsi ekonomi, hukum, keuangan, dan administrasi.

Kelima, kuasa raja sangat besar kepada yang diperintah. Raja

bahkan mempunyai hak untuk tidak memberikan upah dan tetap

mendapatkan perkhidmatan dari bawahannya. Keenam, penghargaan

dari hasil panen diberikan sesuai dengan besaran yang

16

diperintahkan raja. Ketujuh, keteraturan didominasi oleh kekuatan

kelas prajurit atau ketenteraan. Kedelapan, aturan feudal kurang

menganut pembagian fungsi dan pengagihan kuasa.

Pada dasarnya ciri-ciri masyarakat feudal dimiliki oleh

masyarakat tidak hanya melayu bahkan masyarakat Cina dan India.

Namun, nilai feudal telah menghilang dalam institusi maupun

sistem Undang-Undang tetapi secara psikologis nilai-nilai

tersebut masih tersisa iaitu ketaatsetiaan yang tinggi terhadap

atasan baik pegawai kerajaan maupun professional kerana rasa

hormat yang tinggi yang berdasar pada otoriti atau kedekatan

personal daripada prinsip yang dipunyai oleh pemimpin. Mereka

bersikap loyal, patuh dan percaya meskipun terkadang pemimpin

atau atasan telah melakukan tindakan yang melanggar norma dan

etika bekerja. Mereka harus tetap patuh dalam pelbagai situasi.

Sarjana yang menulis mengenai sejarah dan masyarakat Melayu

secara umumnya cenderung untuk menganggap Sejarah melayu sebagai

sumber bertulis yang tertua tentang kehidupan dan pemikiran

Melayu. Penyelidikan menjadi gagal untuk mendedahkan unsur

konflik dan protes dalam Sejarah Melayu. Kerja-kerja ini sengaja

ditulis mengikut pada perintah diraja dengan niat untuk merakam

dan menghantar aturan tentang perbuatan dan adat raja-raja Melayu

kepada generasi masa depan untuk menciptakan kepatuhan dan daulat

yang besar dari masyarakat. Kejadian yang berkaitan dengan tema

kami adalah pembunuhan Bendahari Seri Maharaja dengan perintah

Sultan Mahmud Shah. Menurut Sejarah Melayu, Bendahara telah

dibunuh kerana komplot dan fitnah daripada Laksamana Khoja

17

Husain. Ia telah mencadangkan kepada Sultan bahawa Bendahara

bertujuan untuk merebut takhta. Tanpa siasatan lanjut beliau

mengarahkan Bendahara dan keluarganya untuk dihalang kerana

beliau telah menentang dan merebut tahta diraja. Anak-Nya, Tun

Hasan, menyerang dua utusan yang dihantar ke rumah oleh diraja

untuk melaksanakan pembunuhan. Bendahara menerima nasibnya dan

enggan mengutuk perbuatan jahat tersebut. Beliau berdaulat kepada

diraja walaupun dia sendiri dan kehidupanya sendiri adalah objek.

Bendahara menerima hukuman pembunuhan kerana fitnah yang

dilakukan oleh Sultan. Sikap bendahara yang patuh dan berdaulat

kepada Sultan menjadi ekspresi loyal dalam konsep melayu kepada

pemerintah.

Insiden yang lain adalah Sultan yang bernama Mahmud dibunuh

di Kota tinggi pada Ogos 1699. Mahmud dikatakan sebagai orang

yang pemarah dan plin-plan. Suatu hari Sultan Mahmud muda

tertidur dan seseorang membawakan buah nanas masak.Istri seorang

hulubalang mengidam buah tersebut. Ketika Mahmud tau bahwa buah

telah rusak, ia memerintahkan untuk menyobek perut perempuan

tersebut. Suami dari perempuan itu bernama Megat Seri Rama

membalaskan dendam atas kematian istinya dengan berkonspirasi

dengan beberapa pemimpin untuk merealisasikan rencananya. Sultan

dibunuh ketika ia dalam perjalanan ke masjid. Sikap Megat Seri

Rama merupakan ekspresi dari sistem nilai melayu yang menolak

tirani dan kerajaan yang absolut yang mengabaikan nilai moral.

Pada masyarakat melayu tradisional, petani dan penyewa lahan

diharapkan mampu memberikan jasa dan pembayaran kerana diberikan

18

hak mengelola dan hak tinggal di lahan tersebut sesuai dengan

proporsi yang talah ditentukan oleh pemilik. Di negara melayu

pemerintah akan menagih layanan pribadi dari rakyat yang hanya

dibatasi oleh kemampuan mereka. Kewenangan superior mengikut

kepentingan diri mereka sendiri yang pada suatu saat melahirkan

suatu penindasan yang akan memaksa petani untuk meninggalkan

tanahnya. Dalam batasan tersebut, penyewa tanah disyaratkan untuk

menyediakan buruh yang akan mengerjakan jalan, jembatan, dan

pekerjaan public yang lain. Petani kemudian pergi dari tanahnya

ke hutan untuk menghindari sistem peraturan raja tersebut. Ciri-

ciri feudal yang tampak jelas adalah tidak ada perbedaan antara

aturan pribadi atau rasmi sehingga terdapat pertembungan antara

kepentingan pribadi dan negara. Kelompok penguasa juga tidak

dapat dibedakan antara kumpulan private maupun kumpulan

pemerintah.

Sejarah Melayu telah mencatatkan dialog yang signifikan

kepada politik kesetiaan dan keadilan. Perjanjian diantara Sang

Sapurba dengan Demang Lebar Daun telah memperlihatkan satu unsur

penting di dalam membentuk budaya politik feudal Melayu. Sumpah

itu menuntut agar pemimpin berlaku adil dan rakyat tidak

menderhaka. Sumpah itu jelas memperlihatkan betapa pentingnya

hubungan yang baik dijalin diantara pemimpin dengan

rakyat.Pemimpin menuntut kesetiaan daripada rakyat. Rakyat yang

tidak setia dianggap penderhaka. Hukuman kepada orang yang

menderhaka ialah hukuman bunuh. Cara dan gaya berpolitik Melayu

ini jelas dapat dilihat di dalam sejarah Melayu tentang hikayat

19

yang meriwayatkan kisah Hang Jebat yang menderhaka kerna

kesilapan raja menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa berdasarkan

fitnah semata-mata. Akhirnya Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah

kerana pendeharkaanya itu melampaui batas dan dikhuatiri akan

memecah belahkan orang Melayu. Jelas bahawa konsep kesetiaan dan

keadilan begitu dominan dalam budaya politik Melayu. 12

Pendudukan Inggeris di Tanah Melayu bukan sahaja

memperlihatkan kekuasaan mereka dalam politik dan pentadbiran

tetapi telah menggalakkan kemasukan imigran asing iaitu Cina dan

India. Kehadiran mereka telah memberi cabaran yang besar kepada

kedudukan orang Melayu dan seterusnya telah membawa perubahan di

dalam budaya politik. Campur tangan pihak Inggeris ke atas sistem

politik dan pemerintahan Melayu bermula dengan pengenalan sistem

residen dan penasihat atau secara indirect rule. Sistem ini bermula

selepas Perjanjian Pangkor yang mengakibatkan Inggeris campur

tangan secara aktif daam menentukan corak politik dan pentadbiran

masyarakat Melayu. Campur tangan ini memperlihatkan perubahan

penting dalam budaya politik masyarakat Melayu terutamanya dari

aspek kedudukan dan peranan golongan pemerintah. Seorang residen

pada asalnya hanyalah berperan sebagai penasihat kepada Sultan

telah mengambil alih peranan sebagai pemerintah negeri Melayu.

12 Ibid, hlm. 75

20

BAB 3. Konstruksi Neofeudalisme dalam Budaya Politik masyarakatmelayu moden

3.1 Budaya Politik Feudal Melayu Pasca Kolonial Kewujudan sebuah parti politik yang dapat membentuk kerajaan

menjadi pendorong terbentuk nya konsep politik kepartian dengan21

penubuhan parti politik UMNO. Parti UMNO dibentuk pada tahun 1946

dengan tujuan ialah untuk mempertahankan agama, bangsa, dan tanah

air. Mekanisme penubuhan UMNO dapat dilihat sebagai berkembangnya

politik orang-orang Melayu. UMNO diharapkan dapat menjadi

penghalang bagi wujudnya ancaman yang kemudian menjadi

kebimbangan bahawa simbol Melayu sebagai satu bangsa budaya akan

lenyap. Inggeris yang pada masa itu melihat sistem feudal

kesultanan Melayu sebagai pusat kuasa dalam struktur politik

orang melayu tidak lagi sekukuh sebelumnya. Dalam masa yang sama,

kesedaran politik orang bukan melayu terutamanya kaum Cina dan

India sudah mula meningkat berbanding dahulu yang pasif dan

bersifat ekonomi dan sosial. Ketika itu UMNO pimpinan Dato Onn

Jaafar muncul sebagai unit politik yang kuat dan mendapat

sokongan daripada orang Melayu. Fenomena ini diterangkan oleh

Chandra Muzaffar sebagai ‘substantive protector’ yang melihat

peranan UMNO yang mengambil alih peranan tradisi Raja-raja Melayu

sebagai paksi kuasa dan penaungan politik orang Melayu (symbolic

protector). 13

Kesinambungan sikap feudal yang penting adalah ditemukan

pada hubungan antara pemimpin politik dan pengikutnya atau antara

atasan dan bawahan. Neo feudal merupakan nilai feudal klasik yang

masih kekal dalam bentuk social masyarakat pada saat ini. Salah

satunya ditunjukkan oleh pola perilaku antara atasan-bawahan dan

hubungan antara penaung-dinaung. Pada masyarakat feudal melayu,

gangguan yang paling serius dalam hubungan antara bawahan dan

13 Muzaffar, Chandra. 1979. Protector : An analysis of concept and practices. Penang:Aliran.

22

ketuanya adalah satu cabaran. Cabaran disebabkan oleh pecahnya

permusuhan atau perjuangan perebutan kuasa politik yang berkesan.

Bawahan akan tercabar oleh keputusan yang dibuat oleh atasan atau

pengikut (pelaku dinaung) menolak pandangan pemimpinya (penaung).

Contohnya beberapa tahun yang lalu, pengusiran anggota parti oleh

pemimpin pusat tanpa adanya alasan yang diberikan kerana anggota

parti tersebut tidak bersetuju dengan kandidat untuk konstituen

tertentu. Parti kerajaan UMNO telah memilih kandidat tersebut

untuk maju dalam pilihan raya.

Pada aspek yang lain, anggota parti yang telah melakukan

tindakan negatif namun dilindungi oleh parti untuk mempertahankan

imej baik yang dimilikinya di mata masyarakat. Kasus yang

dilakukan oleh Menteri Pengajian yang dituntut oleh anggota

parlimen pembangkang yang membuat tuduhan bahawa menteri telah

melakukan rasuah. Kabinet telah memberikan dana rasmi sebesar

88.323 dolar Malaysia dan terdapat kritik tegas dari pihak

pembakang bahawa dana tersebut telah diselewengkan. Kementerian

telah menutup kasus ini dan menteri mengundurkan diri. Pihak

pembangkang mengklaim bahawa dana tersebut tidak sepatutnya

diberikan atas nama pribadi. Kabinet kemudian menyesalkan bahawa

menteri menjalani persidangan atas keinginan pribadinya. Kabinet

kemudian mengeluarkan keputusan bahawa menteri tidak bersalah

sebelum keputusan pengadilan dijatuhkan. Kasus ini menggambarkan

keberlangsungan nilai feudal iaitu royal protection. Kerajaan

memberikan perlindungan kepada bawahanya tanpa menyelidiki kasus

rasuah tersebut terlebih dahulu. Bantuan yang diberikan oleh

23

superior kepada bawahanya bermakna untuk melindungi atau menutupi

kesalahan yang dibuat oleh bawahanya. Ketika seseorang bersalah

melakukan tindakan kejahatan satu cara untuk mengelakkan daripada

hukuman adalah emmohon perlindungan dari pemerintah dan

menetapkan dirinya sebagai hamba dari pemerintah tersebut. 14

Kondisi yang penting untuk mendapatkan proteksi atau

perlindungan dari pemimpin feudal adalah memberikan seluruh

kepatuhan dan taat setia kepada pemimpin. Hubungan tersebut dapat

terlihat dilaksanakan di dalam parti politik. Ketika individu

telah loyal dan mengabdi kepada pemimpin maka pemimpin akan

memberikan perlindunganya kepada keperluan individu tersebut.

Pemimpin parti mengelola parti sebagai manorial unit dan pemimpin

parti sebagai pemimpin manor.

Nilai budaya feudal yang masih tampak hingga kini adalah

pemerintah mengalokasikan anggaran kewangan untuk

menyelenggarakan festival, upacara dan entertainment. Pada bulan

marc tahun 1966, Prime Minister meminta anggaran tambahan sebesar

$203.323 untuk pembelian simbol penghargaan kesatriaan. Yang-

dipertuan Agong menghias 555 orang pada tahun 1968 untuk

merayakan ulang tahun beliau. Melalui data tersebut cukup untuk

mengatakan bahawa adanya keinginan untuk menjalutkan budaya

feudal pada masa lalu dimana kuasa kerajaan ditunjukkan dalam

kemewahan dan hiburan. Kerajaan menghabiskan anggaran untuk

projek yang kurang penting. 14 Muhammad Nazri Mohamed Nur. 2009. Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik politik dalam

PRU 2008 dan kontemporari. Petaling Jaya

24

3.2 Nilai neo-feudal pada sistem politik demokrasiIdea demokrasi tidak dapat sepenuhnya mengubah tradisi

budaya politik orang-orang Melayu tetapi kesan kelangsungan

pengalaman yang dilalui telah mempengaruhi dan membentuk budaya

politik bersifat neofeudal. Politik Neofeudal ini dapat dikatakan

sebagai campuran budaya politik feudal dengan budaya politik

moden. Elemen kontrol dalam demokrasi di Malaysia wujud melalui

akta-akta yang menyekat dan mengawal seperti penggubalan Akta

hasutan yang melarang mana-mana pihak membangkitkan isu-isu yang

sensitif seperti hak istimewa dan Raja-raja Melayu, isu

kewarganegaraan kaum lain, dan bahasa kebangsaan. Ini juga

termasuk Akta Rahsia Rasmi Keselamatan Dalam Negeri seperti Akta

Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Internal Security Act

(ISA) dan sebagainya. Akta-akta ini bukan sahaja dikenakan

kepada parti pembangkang malah terhadap parti-parti gabungan

dalam BN sendiri di mana selepas 1969, pengukuhan kuasa UMNO

dalam BN itulah yang menyebabkan pengenalan akta-akta yang

bersifat mengawal ini selepas pengalaman dari krisis kaum itu

sendiri. Hegemoni UMNO itu ditingkatkan baik dalam pemerintahan

mahupun ke atas masyarakat seperti yang melihat pindaan Akta

Percetakan 1948 yang memperuntukkan bahawa pelaburan rakyat

Malaysia dalam media mesti melebihi pelaburan asing telah

memberi peluang kepada parti-parti politik untuk menguasai secara

langsung hampir semua akhbar harian utama di Malaysia. Ianya

dikuatkan lagi dengan penubuhan BERNAMA pada 1 Mei 1984 dengan

25

akta yang membolehkannya memonopoli hak sebagai penyebar tunggal

berita dan maklumat kepada semua agensi-agensi asing dalam

menyalurkan berita kepada agensi akhbar tempatan. Pada pandangan

Means penubuhan tersebut sebagai satu lagi strategi dalam

menentukan agenda kawalan maklumat kepada masyarakat akibat dari

peristiwa 1987. Kerajaan BN menggunakan media aliran perdana

untuk mengawal pemikiran masyarakat dan laporan-laporan daripada

pihak beraliran kiri tidak disokong dan seringkali dikelaskan

sebagai pengkhianat, pemusnah masa depan negara, pembelot, kaki

putar belit dan sebagainya. Sentimen sebegini mengukuhkan status

quo pemerintah apabila berjaya mendapat sokongan dan kepercayaan

daripada masyarakat. Mereka akan dilabel sebagai penderhaka,

tidak berfikiran rasional, komunis dan pemberontak sekalipun.

Dengan itu, tiada siapa yang dapat melemahkan pemerintahan

mereka.15

Secara relative pemerintahan tidak wujud dominasi 'raja'

dalam pemerintahan demokrasi yang dipraktikkan kini tetapi,

hubungan penaung-dinaung yang diamalkan sejak zaman pemerintahan

Melayu tradisional kelihatan masih diteruskan, diadaptasikan dan

mendapat tempat dalam sistem pemerintahan moden Malaysia.

Hubungan dua hala ini meletakkan UMNO sebagai pelindung rakyat

sepertimana pada zaman pemerintahan Melayu tradisional raja

bertindak sebagai pelindung. Sebagai balasan, golongan rakyat

mencurahkan taat setia dan sentiasa menyokong penaung mereka

15 Mujibu Abd Muis, Zaliha Hj Hussein & Badrul Azmier Mohammed Bakar. Perubahan Generasi dan perkembangan Demokrasi di Malaysia Pasca pilihan Raya Umum ke-12. http://repo.uum.edu.my/3185/1/S21.pdf

26

dengan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang setia

(seperti membayar cukai, berkhidmat secara sukarela, memberi

bantuan apabila diperlukan dan Iain-lain) (Chandra 1979: 78).

UMNO dilihat oleh orang Melayu sebagai wahana dan wadah

perjuangan nasib orang Melayu. Selain itu, UMNO sebagai tonggak

BN dan kerajaan memiliki kuasa politik dalam mentadbir negara.

Orang Melayu terlalu bergantung harap kepada UMNO untuk membela

nasib mereka. Sekiranya parti-parti politik Melayu yang tidak

terlibat dalam kerajaan tidak mempunyai dominasi kuasa politik.

Kuasa politik inilah yang merupakan faktor asas kepada kekuatan

UMNO. Ramai orang Melayu enggan meninggalkan UMNO bukan

disebabkan parti itu benar-benar memperjuangkan nasib orang

Melayu, tetapi mereka melihat orang itu seperti iombong emas'

yang menjanjikan kemewahan dan kuasa kepada mereka dan berjuang

melalui parti BN tanpa mengenal erti kekalahan.

Keputusan PRU 2008 telah mengubah landskap politik Malaysia.

Ciri-ciri politik baru ini secara perlahan mengikis amalan

politik lama yang selama ini dipupuk oleh parti pemerintah dalam

mengekalkan kuasa. Dominasi BN dalam politik Malaysia selama ini

berkait rapat dengan amalan politik perkauman, permuafakatan,

pecah dan perintah, pengawalan dan pembangunan (Badrul Azmier,

2008). Ini ditambah pula dengan kepintaran BN mencanai setiap

dasar dan polisi pemerintahan mereka menerusi penaungan politik

elit-elit kaum yang kuat serta pengekalan amalan-amalan feudal

mahupun neo-feudal yang dikonstruksi oleh BN dengan berkesan

dalam sosiopolitik, ekonomi dan budaya setiap kaum yang diwakili

27

dalam BN. Penaungan dan politik neo-feudal ini ternyata berjaya

memupuk nilai kesetiaan yang tinggi. Hasilnya hegemoni BN berjaya

dipupuk apabila beberapa tindakan BN yang bertentangan dengan

amalan demokrasi tidak dianggap sebagai suatu kesalahan, malah

ianya dianggap pula sebagai satu nilai perdana dan biasa dalam

sistem demokrasi ala-Malaysia16

Rentak politik neofeudal juga sering diutarakan BN khasnya

sewaktu pilihan raya untuk membentuk kesetiaan khasnya yang tidak

berbelah bahagi. Antaranya dengan pembangunan yang dibawa dan

sumbangan yang telah diberikan, pemimpin BN sering meminta agar

sokongan atau undian terus diberikan kepadanya sebagai tanda

terimakasih dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.

Sering juga dilaungkan usaha untuk membangun kawasan

setempat/negeri/negara adalah agenda utama sekiranya dipilih

semula sebagai perwakilan atau kerajaan. Malah sekiranya undian

tidak diberikan, maka pemimpin parti cenderung membangkitkan

persoalan bagaimanakah mereka boleh membangunkan kawasan apabila

masyarakat tidak mengundi atau menolak mereka. Politik

pembangunan kelihatan melengkapi strategi politik perkauman,

keselamatan, dan neo-feudal. Pelbagai projek pembangunan

dihamburkan dari projek berskala kecil ke projek mega khususnya

menjelang dan ketika kempen pilihan raya. Jika BN tewas, projek

pembangunan berkemungkinan akan dibekukan atau disekat

sebagaimana yang berlaku di sabah dibawah pemerintahan Partai

Bersatu Sabah (PBS) dan PAS di Kelantan. Ini bagi membentuk

16 Ibid,

28

pemikiran masyarakat bahawa hanya parti BN yang boleh membawa

pembangunan dan mempunyai kewibawaan dalam pengurusan serta

kemakmuran ekonomi.

BAB 4. Kesinambungan nilai feudal (neo-feudal) dalam masyarakatMelayu

4.1 Wujudnya psikologi feudal dalam institusi politikPsikologi feudal berarti hubungan di antara mereka yang

berkuasa dan mereka yang bergantung kepada mereka mengikut

kedekatan peribadi kepada pemimpin atau seorang lelaki yang

berkuasa, sama ada dia seorang birokrat, seorang selebriti

politik, guru, menjangka bawahan untuk setia dan taat dengan cara

yang kadang-kadang bercanggah dengan norma-norma dan etika kerja

atau profesion. Beliau sepatutnya menjadi setia di bawah hampir

semua keadaan walaupun terkadang keadaan ini melanggar nilai

semasa dan falsafah masyarakat Malaysia. Dalam konteks29

perpolitikan Malaysia, politik demokrasi telah mengubah corak

pemerintahan dengan pilihan raya yang bebas, kebebasan bersuara

tetapi kesetiaan kepada autoriti tradisional masih wujud. Dalam

suatu struktur, bawahan akan menghormati atasan nya dan

memberikan kesetiaan yang tertinggi kepada pemimpin. Seseorang

tidak bebas mengemukakan kritik terhadap keputusan pemimpin

kerana mereka memiliki kedudukan yang lebih tinggi sehingga

sepatutnya seseorang patuh. Seperti gambar piramida yang

menunjukkan struktur hirarki masyarakat pada bab 2, masih

kekalnya sistem monarki juga menjadi alasan utama kekalnya

ketaatsetiaan yang tinggi kepada Sultan dan konsep daulat

menyebabkan sultan tidak boleh ditegur atau dicela. Ini bermakna

kesetiaan mutlak daripada rakyat. Jika seseorang rakyat itu

menderhaka atau mengingkari perintah sultanya, maka akibatnya

akan ditimpa tulah raja iaitu dikenakan hukuman bunuh. Walau

bagaimana tidak adilpun pemerintahan raja mereka, raja tetap

disanjung dan dianggap berdaulat. Peristiwa menggulingkan raja

oleh pembesar atau rakyat tidak pernah dipikirkan oleh orang

Melayu kerana tindakan seperti ini akan dianggap menderhaka.

Keselamatan hidup masyarakat sangat bergantung kepada keutuhan

kuasa yang dimiliki oleh raja. Tindakan tersebut mengukuhkan

suatu hubungan timbal balas antara raja dan rakyat. Rakyat

sepatutnya memahami bahawa struktur hirarki yang berlaku di

masyarakat adalah suatu nilai dan norma yang perlu dijunjung

tinggi dengan kesetiaan kepada struktur yang lebih tinggi

daripada mereka. Kesetiaan masyarakat dituntut secara terus

30

menerus oleh kerajaan. Dalam konteks masyarakat sivil yang moden,

politik etnis tertentu juga menjadi matlamat. Parti UMNO

ditubuhkan untuk memberikan perlindungan kuasa kepada masyarakat

Melayu agar kehidupan nya tidak tergantikan dan tertindas oleh

etnis yang lain. Pemahaman tersebut telah tertanam dalam

pemikiran masyarakat Melayu sehingga demi pemerintahan yang

mengekalkan kuasa etnik Melayu maka mereka harus memberikan

ketaatsetiaan yang tinggi terhadap parti pemerintah. Parti

pembangkang yang muncul dalam konteks perpolitikan saat ini

terbukti masih belum mampu menumbangkan kuasa parti penguasa. Itu

berarti kesetiaan kepada pemimpin yang akan melindungi rakyat

Melayu menjadi satu nilai feudal yang kekal dalam budaya politik

hingga kini. Rakyat perlu patuh kerana hanya ada parti kerajaan

yang akan melindungi mereka dan mampu memberikan mereka kehidupan

yang sejahtera. Kekuasaan parti pembangkang hanya akan mengancam

keselamatan kuasa dominasi etnik melayu. Ketaatsetiaan itu tampak

pada kurangnya tuntutan rakyat atau kritik rakyat terhadap

pemerintah. Sekatan media juga mengambil peran dalam menyulitkan

masyarakat mengkritik pemerintah. Meskipun golongan pemuda mulai

memiliki keberanian untuk mengkritisi suatu kondisi politik

tertentu namun sebagian besar rakyat masih menganggap hal

tersebut taboo untuk dilakukan kepada kerajaan. Tetapi

pertimbangan rasional dan pemikiran ataupun tindakan masyarakat

telah dihadkan dengan pengekangan dan manipulasi informasi yang

disebar di ruang umum. Kesadaran masyarakat masih terjaga melalui

31

media informasi. Konsep kesetiaan dan keadilan begitu dominan dan

masih dijunjung tinggi oleh masyarakat Melayu hingga kini.

4.2 Hubungan politik penaung-dinaungBudaya politik feudalism Melayu juga memperlihatkan wujudnya

bentuk budaya politik patron-client atau politik naungan. Orang-

orang Melayu pada kebiasaanya akan dinaungi dan dilindungi oleh

seorang pembesar berdasarkan jajahan, daerah pentadbiran juga

kampong. Ini kerana seseorang pembesar akan mempertahankan

daerahnya dengan kekuatan sendiri tanpa sebarang sokongan

daripada Sultan. Kekuatanya bergantung kepada bilangan

pengikutnya. Para pengikut pembesar terdiri dari pada anak-anak,

saudara lelaki dan para penyokong bangsawan lain. Meraka ini

bertindak sebagai pemangku dan wakil dalam urusan kerajaan dan

melaksanakan tugas-tugas setiausaha, pengawal, dan pengurus

lombong, ketua tentera, dan orang kepercayaan. Ramainya bilangan

pengiring bergantung kepada harta dan kedudukan pembesar itu.

Semakin ramai pengikutnya, semakin tinggi kuasa politiknya.

Jawatan pembesar biasanya disandang secara monarki iaitu secara

keturunan. Orang-orang Melayu tidak mempunyai hak untuk menjawat

sebarang jawatan dalam politik dan pemerintahan dengan sewenang-

wenangnya. Semua bentuk kuasa ditentukan oleh kuasa dan keturunan

Sultan. Orang-orang melayu harus tunduk kepada pembesar yang

menaunginya kerana perlu mendapatkan kemudahan seperti

perlindungan untuk kelangsungan hidup.

32

Budaya politik Melayu masih berasaskan unsur tradisi

kepatuhan terhadap penaung. Dalam sistem politik sangat mudah

bagi parti penguasa untuk mendapatkan kesetiaan dari rakyat yang

dinaungnya kerana keunggulan nilai-nilai elit Melayu. UMNO adalah

parti yang sedar tentang keperluan etnik majoriti untuk

mempertahankan kekuasaan. Motif tersebut menjadi sangat kuat

tertanam dalam pemikiran masyarakat. Untuk melindungi hidup

mereka maka kuasa parti kerajaan tersebut harus diperkuat terus.

Dengan tujuan untuk mendapatkan naungan dan perlindungan dari

elit kerajaan maka rakyat akan terus mendukung kuasa mereka.

Begitu juga rakyat akan mudah memberikan persetujuan kepada

pemerintah. Kedua tindakan tersebut mempermudah menciptakan

hubungan yang kuat antara penaung dan rakyat yang dinaungi atau

the rulling class dengan the ruled. Menurut Mosca, sistem feudal

berlaku apabila ada penguasa dari segelintir orang yang menguasai

semua organ sosial untuk mencukupi keperluan diri mereka sendiri.

Hal tersebut tampak dalam kondisi politik melayu saat ini iaitu

bahwa elit kerajaan yang berasal daripada beberapa orang memiliki

kuasa yang tinggi dan dapat menggunakan kuasa untuk kepentingan

mereka dan masih mendapatkan sokongan yang besar dari rakyat.

Pengertian tersebut sejalan dengankuasa kerajaan yang masih

menjadi simbol kuat dan kehidupannya dengan kemewahan masih

merupakan hal yang wajar bagi masyarakat hingga kini. Masyarakat

masih patuh kepada hal-hal yang kurang rasional seperti takut

pada menderhaka kepada raja. Kuasa serta pengaruh keatas politik,

ekonomi, media serta darjat yang tinggi bertumpu kepada

33

sebilangan kecil mereka yang merupakan pemimpin politik

pemerintah. Melalui kekangan media tersebut pemerintah menjaga

hubungan penaung-dinaung dengan baik. Masyarakat akan sepenuhnya

ingin dinaungi oleh kuasa kerajaan kerana akan menguntungkan

hidupnya. Terkadang kuasa digunakan oleh kerajaan untuk

kepentingan diri mereka sendiri tetapi kerana keperluan hidup

yang diberikan oleh kerajaan maka rakyat tidak akan menghiraukan

tindakan tersebut.

Barisan Nasional sebagai parti yang berkuasa saat ini

mengkontruksi imej pembangunan sebagai hasil usaha, pengorbanan,

sehingga sepatutnya rakyat memberikan ketaatsetiaan kepada parti

pemerintah. Parti Kerajaan menuntut perlindungan yang diberikan

tidaklah percuma. Sebagaimana perlindungan yang diberikan oleh

seorang raja atau sultan kepada rakyat semasa zaman kesultanan

melayu tradisonal, perlindungan itu mestilah dibalas dengan

sokongan taat setia kepada parti pemerintah. Parti pemerintah

dalam hal ini mengekalkan nilai feudal tradisional untuk mencapai

kepentingan kekuasaan mereka hingga kini. Kewujudan pelbagai

undang-undang yang mengancam kebebasan individu adalah

menimbulkan psikologi ketakutan di kalangan rakyat. Itu adalah

cara untuk membantu kerajaan untuk terus berkuasa. Sekatan media

juga menjadi cara untuk menyamakan persepsi dan idea masyarakat

tentang pemerintah sehingga pemahaman tentang kebaikan kerajaan

menjadi sosialisasi terus menerus oleh kerajaan untuk mengekalkan

kekuasaan mereka. Kerajaan pada masa yang sama ingin terus

34

mengekalkan budaya feudal itu sendiri sebagai alat untuk

mendapatkan kesetiaan rakyat melalui pelbagai cara.

35

BAB 5. KESIMPULAN

Nilai feudalism pada masyarakat melayu tradisional masih

kekal dalam konteks masyarakat melayu moden pada saat ini. Nilai

feudal tradisional telah berubah menjadi nilai neo-feudal yang

berarti praktik feudal masih wujud dalam kondisi masyarakat yang

moden. Nilai neo-feudal tampak di dalam beberapa kondisi seperti

yang pertama, kesinambungan sikap feudal yang penting adalah

ditemukan pada hubungan antara pemimpin politik dan pengikutnya

atau antara atasan dan bawahan. Hal tersebut tampak dalam

ketaatsetiaan yang tinggi dan tidak berbelah lagi yang diwujudkan

oleh rakyat kepada pemimpin kerajaan. Sistem hirarki masyarakat

melayu yang masih menempatkan Sultan pada tempat kuasa tertinggi

juga merupakan upaya pengekalan budaya feudal tradisional.

Ketaatsetiaan kepada sultan terkadang menutup mata masyarakat

tentang kemungkinan kesalahan yang boleh dibuat oleh nya dan

konsep daulat membuat sultan tidak boleh ditegur dan dicela.

Kedua, Hubungan penaung-dinaung yang diamalkan sejak zaman

pemerintahan Melayu tradisional kelihatan masih diteruskan,

diadaptasikan dan mendapat tempat dalam sistem pemerintahan moden

Malaysia seperti UMNO yang dianggap sebagai pelindung rakyat

sepertimana pada zaman pemerintahan Melayu tradisional iaitu

menggantikan kedudukan raja yang bertindak sebagai pelindung.

Ketiga, Elemen pengekalan nilai feudal di Malaysia wujud juga

melalui akta-akta yang menyekat dan mengawal seperti penggubalan

Akta hasutan yang melarang mana-mana pihak membangkitkan isu-isu

yang sensitif seperti hak istimewa dan Raja-raja Melayu, isu36

kewarganegaraan kaum lain, dan bahasa kebangsaan. Hal tersebut

bertujuan untuk mengekalkan sokongan dan taat setia rakyat kepada

kerajaan. Polisi dalam pembangunan ekonomi juga digunakan untuk

pemahaman bahawa rakyat mesti tunduk kepada pembesar yang

menaunginya kerana perlu untuk mendapatan kemudahan bagi

kelangsungan hidup.

RUJUKAN

Cheah Boon Kheng. 1995. dalam Feudalisme Melayu: ciri-ciri dan

pensejarahannya. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Chandra Muzaffar.1979. Protector?. Pulau Pinang: Aliran.

Syed Hussein Alatas. Feudalism in Malaysia Society: A study in Historical

Continuity. Vol.18, No.4. 1968

Ganshof, F. L. 1964. Feudalism. New York : Harper & Row

Critchley John. 1978.Feudalism. George Allen & Uwin Publishers Ltd

37

Coulborn, Rushton.1965. Feudalism in History. Princeton University

Press: USA

Mosca, Gaetano. 1939. The Rulling Class. Mc-Grow Hill Book

Company.Inc p. 187

Daud, Sity & Othman, Zarina (pytn). 2005. Politik dan Keselamatan.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mujibu Abd Muis, Zaliha Hj Hussein & Badrul Azmier Mohammed

Bakar. Perubahan Generasi dan perkembangan Demokrasi di Malaysia Pasca pilihan

Raya Umum ke-12.

Muhammad Nazri Mohamed Nur. 2009. Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik

politik dalam PRU 2008 dan kontemporari. Petaling Jaya

Muhammad Nazri Mohamed Nur & Gazhali Mayudin. 2008. Hegemoni dan

Kontra hegemoni: memahami perubahan pilihan raya umum ke-12. Jebat no.35

38