elemen usability, sociability dan identiti dalam e-masjid

25
disunting oleh ABDUL GHAFAR ISMAIL • ROOSFA HASHIM Sains Sosial dan Kemanusiaan Jilid 3 PENYELIDIKAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA PROSIDING SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI KE-3 2013

Upload: ukm

Post on 11-Jan-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

disunting olehABDUL GHAFAR ISMAIL • ROOSFA HASHIM

Sains Sosial dan KemanusiaanJilid 3

ISBN 978-967-0334-81-3

PENYELIDIKANPEMACU PEMBANGUNAN NEGARAPROSIDING SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI KE-3 2013

Jilid ini menghimpunkan makalah yang terpilih untuk dibentangkan dalam Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi ke-3, 2013 yang berlangsung di EDC, Universiti Utara Malaysia pada 2 & 3 Julai 2013. Makalah yang termasuk dalam jilid ini meliputi pelbagai cabang ilmu dalam kluster sains sosial dan kemanusiaan. Kajian-kajian yang dibentangkan dalam seminar ini dijalankan menggunakan pelbagai dana penyelidikan yang dibiaya oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang kini menjadi Kementerian Pendidikan.

ABDUL GHAFAR ISMAIL memperoleh ijazah doktor falsafah di Department of Economics, University of Southampton dan sekarang merupakan Ketua Bahagian Penyelidikan, Islamic Training Institute, Islamic Development Bank. Beliau juga profesor perbankan dan ekonomi kewangan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian beliau tertumpu kepada perbankan dan ekonomi kewangan. Karya beliau banyak terbit dalam Journal of Business Ethics, European Journal of Law and Economics, Review of Islamic Economics; Journal of Islamic Economics; Asian Economies; IIUM Journal of Economics and Management; Gadjah Mada International Journal of Business; Asian Economic Review; International Journal of Management; Capital Markets Review; �e Journal of Muamalat and Islamic Finance Research; Journal of Economic Cooperation; Journal of Islamic Economics, Banking and Finance; Journal of Islamic Economics; Humanomics, International Journal of Social Economics; Savings and Development; Global Journal of Finance and Economics; Journal of Financial Services Marketing, Qualitative Research, International Research Journal of Finance and Economics, Qualitative Research in Financial Markets, International Journal of Banking and Finance, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, dan Review of Financial Economics. Antara buku beliau ialah Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan (2006); Islamic Banks and Real Economy (2010), Ar-Rahnu (2011) Islamic Financial Institutions and Market (2011) dan Applied Shari’ah in Financial Transactions Vol I and Vol II. Beliau kini adalah Felow Penyelidik Utama, Institut Islam Hadhari; Felow Penyelidik Utama, Pusat Pengembangan Akademik; AmBank Group Resident Fellow, Yayasan Kepimpinan Perdana; dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Citibank Malaysia.

ROOSFA HASHIM Ph.D, menumpukan kajiannya tentang penerbitan ilmiah di Malaysia. Beliau juga mengkaji dan menulis tentang penerbitan biogra� di negara ini. Selain mengajar ilmu penulisan kepada mahasiswanya, beliau juga menerima undangan menjadi penceramah dan fasilitator dalam banyak bengkel penerbitan dan penulisan. Beliau menerbitkan Menulis Ulasan Buku untuk Akhbar, Majalah dan Jurnal Ilmiah (2009) dan Bukuku Kubuku: Sebuah Wacana Penerbitan dan Perbukuan (bersama Jeniri Amir 2010). Antara biogra� yang baru terbit daripada tangan beliau ialah Said Ibrahim 1923-2001: Mu�i Tegas dan Terbilang (2009) dan Mohd. Ghazali Abdul Rahman, 1938-2007: Dari Mercu ke Mercu (2010). Roosfa juga menduduki beberapa panel penilaian buku yang menawarkan anugerah buku peringkat kebangsaan termasuklah sebagai Panel Hakim, Anugerah Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY), Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia, Anugerah Penerbitan Buku Universiti Malaysia Sabah dan Anugerah Buku Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Roosfa adalah salah seorang Lembaga Penasihat Antarabangsa bagi Malaysian Journal of Distance Education (MJDE) selain menjadi anggota sidang editor beberapa jurnal termasuklah Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Jurnal Penterjemah (Persatuan Penterjemah Malaysia) dan MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Beliau juga menduduki Jawatankuasa Pemilihan Judul buku Terjemahan, Institut Terjemahan Negara Malaysia. Dr. Roosfa Hashim adalah penerima Anugerah Editor Terbaik daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), 1991. Beliau kini menjadi Pengarah Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sains S

osial dan Kemanusiaan J

ilid 3

PE

NY

ELID

IKA

N P

EM

AC

U P

EM

BA

NG

UN

AN

NE

GA

RA

PR

OS

IDIN

G S

EMIN

AR

HA

SIL P

EN

YELID

IKAN

SEKTO

R P

EN

GA

JIA

N TIN

GG

I KE-3 2

013

Sains Sosial dan KemanusiaanJilid 3

disunting oleh

Ab

dul Ghafar Ism

ailR

oosfa Hashim

PENYELIDIKANPEMACU PEMBANGUNAN NEGARAPROSIDING SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI KE-3 2013

disunting olehRoosfa Hashim

Abdul Ghafar Ismail

Sains Sosial dan KemanusiaanJilid III

Kementerian Pendidikan MalaysiaPutrajaya • 2013

PENYELIDIKANPEMACU PEMBANGUNAN NEGARAPROSIDING SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI KE-3 2013

PENYELIDIKANPEMACU PEMBANGUNAN NEGARAPROSIDING SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI KE-3 2013

Cetakan Pertama / First Printing, 2013Hak cipta / Copyright Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Ministry of Education Malaysia.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAAras 13, No. 2, Menara 2Jalan P5/6, Presint 562200 Putrajaya, MALAYSIA

Atur huruf oleh / Typeset byREKA CETAK SDN BHDNo. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat 16/13DSeksyen 16, 40200 Shah AlamSelangor D.E., MALAYSIAwww.rekacetak.com

ISBN 978-967-0334-81-3 (Versi Cetak)ISBN 978-967-0334-82-0 (Versi DVD)

v

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

KANDUNGAN

Prakata … xi

117. IN SEARCH FOR ISLAMIC WEALTH MANAGEMENT FRAMEWORK Amir Shaharuddin, Hanim Misbah, Muhammad Aunnorchim Mas’ad, Siti Nurulhuda Nordin, Yasmin Hanani Mohd Safian & Zurina Shafii … 1275

118. HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN TINGKAH LAKU AGRESIF DALAM KALANGAN REMAJA BERTINGKAH LAKU BERISIKO TINGGI DI MALAYSIA Mohd Radzi Tarmizi, Fikri, Rozmi Ismail & Norhayati Ibrahim … 1284

119. FAKTOR DAN KESAN FACEBOOK DALAM INTERAKSI SOSIAL REMAJA Murihah Abdullah, Siti Adawiyah Yusuf & Siti Intan Dahlia Harun … 1294

120. PROFIL DAN ISU PSIKOSOSIAL DALAM KALANGAN ORANG YANG HIDUP DENGAN HIV/AIDS: DAPATAN AWAL Rajwani Md. Zain & Nor Azimah Chew Abdullah … 1304

121. STRATEGI TRADISIONAL KOMUNITI ORANG ASLI DALAM PENGURUSAN KAWASAN LADANG PERTANIAN SECARA LESTARI Syaidatulnor Ibrahim & Mustaffa Omar … 1316

122. CROSS-SECTIONAL STUDY OF LIFE SATISFACTION AMONG ELDER MALAYSIAN: COMPARISON GENDER AND RACE Homa Mardan, Tengku Aizan Hamid, Mariani Mansor & Siti Farra Zillah Abdullah … 1329

123. KEPENONTONAN DAN MORAL PENAPISAN KENDIRI FILEM DOKUMENTARI SEJARAH Mohd. Nor Shahizan Ali, Normah Mustaffa, Mat Pauzi Abd Rahman, Mus Chairil Samani & Zairul Anuar Md. Dawam … 1338

vi

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

124. KEY FACTORS INFLUENCING TARGET CAPITAL STRUCTURE OF PROPERTY FIRMS IN MALAYSIA Razali Haron … 1348

125. CAPITAL MARKETS COMPENSATION FUND: A NEW APPROACH OF INVESTORS’ PROTECTION Asmah Laili Yeon & Nurli Yaacob … 1358

126. PERANAN SIMBOL, GRAF DAN PENYELESAIAN MASALAH DALAM PENCAPAIAN MATEMATIK Arsaythamby Veloo … 1370

127. USAGE OF PROCESS APPROACH IN TEACHING WRITING Parveen Sarjit Sidhu … 1381

128. FIRE RISK ASSESSMENT OF HERITAGE BUILDING: THE INFLUENCE OF REGULATORY BODY AND RESTORER’S BACKGROUND ON THE ASSESSMENT CRITERIA Md. Najib Ibrahim, Mohd Shariffuddin Ibrahim, Azrin Mohd Din, Maisarah Ali, Rodzyah Mohd Yunus & Mohamad Ridzuan Yahya … 1391

129. IMPROVING SERVICE QUALITY IN THE HOTEL OPERATIONS : FOOD AND BEVERAGE DIVISION Ala`a Nimer Abukhalifeh & Ahmad Puad Mat Som … 1398

130. KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN PENGLIBATAN GURU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DI SEKOLAH Norazlinda Saad & Surendran Sankaran … 1406

131. PEMBENTUKAN SAIZ PAKAIAN KANAK-KANAK PRA SEKOLAH Siti Balkis Bari, Naimah Mohd Salleh, Norhasmah Sulaiman & Mumtazah Othman… 1415

132. PERSEPSI HUBUNGAN KESATUAN SEKERJA DAN MAJIKAN SERTA FAKTOR KOLEKTIVISME : PERAMAL KEPADA INTEREST BASED BARGAINING (IBB) DALAM KESATUAN SEKERJA DI SABAH Kee. Y. Sabariah Kee Mohd Yussof & Husna Johari … 1424

133. PEROLEHAN HIJAU DAN PEROLEHAN HIJAU KERAJAAN DALAM KONTEKS MALAYSIA Khairul Naim Adham, Chamhuri Siwar & Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz … 1435

134. PENGUBAHSUAIAN ALAT PENGUKUR REAP UNTUK LIBATSAMA UNIVERSITI KOMUNITI SETEMPAT (LUKS) DALAM MENTRANSFORMASIKAN WILAYAH BANDAR S. Thanam Subramaniam … 1451

vii

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

135. BENEFIT OF LEAN SIX SIGMA INITIATIVES FOR MALAYSIAN AUTOMOTIVE INDUSTRY Nurul Fadly Habidin, Sha’ri Mohd Yusof, Mad Ithnin Salleh, Nor Azrin Md Latip & Hariri Kamis … 1463

136. LEKSIKAL DAN IDENTITI DALAM WACANA KHALED NORDIN Mashetoh Abd Mutalib, Hishamudin Isam Rohaidah Haron & Mohd Izani Mohd Zain … 1472

137. PREDICTING FATIGUE CRACK GROWTH OF AIRCRAFT MATERIALS Haftirman., Wong Chun Hoe., M. Saifuldin. A. M., A., Syayuthi. A. R., M. Syafwan. M. A. & Imaduddin. H. W. N. … 1487

138. PENYERTAAN PEKERJA PERKHIDMATAN SOSIAL DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL PERTUBUHAN SUKARELA ISLAM DI UTARA MALAYSIA Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Fuziah Shaffie, Ab Aziz Yusof & Azizan Bahari … 1495

139. HUBUNGAN SIRI MASA ANTARA PASARAN SUKUK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI Nur Azura Sanusi, Norashikin Draman @ Wahab Suhal Kusairi … 1504

140. NEURAL NETWORK DALAM PERAMALAN PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA Fauziah Abu Hasan, Nur Azura Sanusi, Adzie Faraha Moosin & Suriyani Muhamad … 1510

141. CONSUMERS’ MORTGAGE MARKET: A TALE OF CONSUMERS’ CONFUSION? Sek-Choo Tan, Zunarni Kosim, Lip-Sam Thi & Suryati Ahmad Zawawi … 1521

142. UNIT ROOTS AND STRUCTURAL BREAKS: AN EMPIRICAL STUDY IN DEVELOPING ASEAN COUNTRIES Tan Yan Ling, Abu Hassan Shaari Mohd Nor, Nur Adilah Saud & Zailati Ahmad … 1532

143. SINISISME DI KALANGAN KAKITANGAN AKADEMIK INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI MALAYSIA: ADAKAH IANYA WUJUD? Nor Azila Mohd Noor, Zamzam Mohd Walid, Fais Ahmad & Amer Darus … 1542

144. DEVELOPING PONDOK INSTITUTIONS AS A RELIGIOUS TOURISM PRODUCT Mohd Fadil Mohd Yusof, Hasnita Buniamin, Ghazali Ahmad & Mazne Ibrahim … 1552

145. WOMEN REPRESENTATION ON THE BOARDS OF DIRECTORS AND FIRM PERFORMANCE: MALAYSIAN EVIDENCE Ku Norizah Ku Ismail & Shamsul Nahar Abdullah … 1558

viii

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

146. THE RELATIONSHIP BETWEEN ENERGY CONSUMPTION AND ECONOMIC GROWTH: TIME SERIES EVIDENCE FROM MALAYSIA Dimas Bagus Wiranata Kusuma, M. Rizky Prima Sakti2 & M. Khairul Anwari … 1571

147. SAVINGS AND INVESTMENT BEHAVIOUR OF THE CONSUMER OF FINANCIAL SERVICES: A PRELIMINARY FINDINGS Nor Hayati Ahmad, Asish Saha, Mohamed Nasser Katib1 & Raj Yadav … 1583

148. ELEMEN USABILITY, SOCIABILITY DAN IDENTITI DALAM E-MASJID: KAJIAN TERHADAP MASJID UTEM Muhamad Faisal Asha’ari, Bushral Huda Abd Manan, Norlizam Md. Sukiban & Hidayah Rahmalan … 1595

149. THE EFFECTIVENESS OF PERSON-CENTERED THERAPY AND COGNITIVE PSYCHOLOGY AD-DIN GROUP COUNSELLING ON SELF-CONCEPT, DEPRESSION AND RESILIENCE OF PREGNANT OUT-OF-WEDLOCK TEENAGERS Fauziah Mohd Sa’ad, Fatimah Yusooff, Salina Nen & Nasrudin Subhi … 1607

150. TECHNICAL AND SCALE EFFICIENCY OF PUBLIC HOSPITALS IN NOTHERN REGION OF MALAYSIA: A DATA ENVELOPMENT ANALYSIS (DEA) Ahmad Sobri Jaafar, Shamzaeffa Samsudin, Shri Dewi Applanaidu, Jamal Ali & Rahimah Majid … 1624

151. KERANGKA KONSEP TINGKAHLAKU PEKERJA INOVATIF: TINJAUAN LITERATUR Noorsafiza Mohd Sapie, Abd Hair Awang, Mohd Yusof Hussain & Suraiya Ishak … 1639

152. RAMALAN JUMLAH HASIL SEDIMEN MENGGUNAKAN JARINGAN SARAF TIRUAN DI KAWASAN LEMBANGAN BERSAIZ KECIL Uca Sideng, Sharifah Mastura, Ekhwan Toriman & Othman Jaafar … 1653

153. PEMBINAAN MODEL BERSEPADU PEMBANGUNAN AMIL ZAKAT FITRAH DI MALAYSIA Azman Ab Rahman, Irwan Mohd Subri & Siti Martiah Anwar … 1670

154. A PSYCHOSOCIAL DYNAMIC MODEL FOR PREDICTING THE WELL-BEING OF FLOOD DISASTER VICTIMS Sapora Sipon, Khatijah Othman, Mohd. Fo’ad Sakdan, Che Su Mustaffa, Najib Ahmad Marzuki & Mohamad Sukeri Khalid … 1681

155. FACTORS INFLUENCING THE LENGTH OF CHAIN IN MALAYSIAN PYRAMID FIRMS: AN EMPIRICAL ANALYSIS Irfah Najihah Basir Malan, Norhana Salamudin & Noryati Ahmad … 1688

ix

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

156. THE MARKET STRUCTURE DETERMINANTS TO CONSTRUCTION INNOVATIVENESS Norlena Hasnan, Ng Weng Seng, Shahimi Mohtar, Che Sobry Abdullah & Norhasni Osman … 1700

157. NATIONALISM SENTIMENT TOWARDS GREATER SOUTHEAST ASIAN INTEGRATION: PUBLIC OPINION IN INDONESIA, MALAYSIA AND SINGAPORE ON THE PROPOSED ASEAN COMMUNITY Guido Benny … 1709

158. SUKUK STRUCTURE WITH EMBEDDED OPTIONS AS A RISK MITIGATION Roslina Mohamad Shafi, Nur Afizah Ariffin & Norhana Salamudin … 1723

159. KEBERKESANAN PERTANIAN BERKELOMPOK KEPADA PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN PETANI DI KAWASAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PERTANIAN MUDA Jamal Ali, Roslina Kamarudin, Nariman Mohd Saad, Lim Hock Eam & Hussin Abdullah … 1731

160. PRINCIPAL LEADERSHIP BEHAVIOR RELATIONSHIPS, CREATIVITY TEACHER AT SMK NEGERI 1TONDANO Dra Syane Wagey … 1743

161. CORRUPTION – THE POISON IVY Rohami Shafie, Zaleha Othman & Fathilatul Zakimi Abdul Hamid … 1749

162. INVESTMENT OBJECTIVE, MONETARY ENVIRONMENT AND PERFORMANCE OF MUTUAL FUNDS: MALAYSIAN MARKET EXPERIENCE Suhal Kusairi, Nur Azura Sanusi & Suriyani Muhamad… 1755

163. ADJUSTMENT FACTORS AND FIRMS’ RATIONAL FINANCING BEHAVIOUR MALAYSIA EVIDENCE Razali Haron … 1765

164. PENGARUH PENDIDIKAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN AKHLAK REMAJA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA Ahmad Munawar Ismail & Ab. Halim Tamuri … 1777

165. PERSEPSI PENGGUNA LAMAN WEB LZS TERHADAP PUSAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI ATAS TALIAN Khadijah Muda, Mohd. Daud Awang, Husniyah Abdul Rahim @ Abdul Wahab & Dayang Shobihah Abang Abai … 1792

x

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

166. MEASURING E-GOVERNMENT SYSTEMS SUCCESS: A VALIDATION OF THE DELONE AND MCLEAN MODEL OF ISLAMIC INFORMATION SYSTEMS SUCCESS Ramdan S.M.M Yousif, Nurdiana binti Azizan & Kamarudin bin Saadan … 1804

167. CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN BANDUAN PAROL DI MALAYSIA: KE ARAH MEMPERKASAKAN KESEJAHTERAAN DIRI BANDUAN Fauziah Ibrahim, Salina Nen, Mohd Suhaimi Mohamad, Khadijah Alavi, Norulhuda Sarnon & Wan Shahrazad Wan Sulaiman … 1819

168. A UNIFIED THEORY OF THE FIRM FROM TAWHIDIC WORLDVIEW: THE VIEWS OF MU’AMALAT MANAGEMENT AND ECONOMICS SCHOLARS Suhaimi Mhd Sarif, Yusof Ismail & Nur Arfifah Abdul Sabian … 1828

169. PENGARUH PENDIDIKAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN Ahmad Munawar Ismail & Ab. Halim Tamuri … 1842

170. PERILAKU FERTILITI DALAM KALANGAN ETNIK PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK Ubong Imang, Dayang Suria Mulia, Marsitah Mohd Radzi, Mustapha Abd Talip, Kntayya Mariappan, Aliakhbar Gulasan & Salmi Jemon … 1856

171. A SURVEY ON QUALITY OF LIFE, SITUATIONAL MOTIVATION AND COPING STRATEGIES AMONG PARENTS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER IN MALAYSIA Poh-Chua Siah & Siew-Huei Tan … 1864

172. KEBERKESANAN PENGURUSAN KITAR SEMULA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KAMPUS BANGI) Kian-Ghee Tiew, Noor Ezlin Ahmad Basri, Hassan Basri & Shahrom M Zain … 1873

173. AKTIVITI DAN CABARAN ANAK REMAJA DI WAKTU LAPANG KAWASAN PERUMAHAN BERISIKO: SEKSYEN 7 SHAH ALAM Rosadah Abd Majid, Khadijah Said Hashim, Manisah Mohd Ali, Ahmad Puaad Othman, Azlin Norhaini Mansor & Mashithah Khalid … 1888

174. FINANCIAL STRESS AMONG WORKERS Sapora Sipon & Khatijah Othman … 1896

175. TAHAP KESEDARAN TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DALAM KALANGAN STAF DI ORGANISASI KORPORAT DI MALAYSIA Syahrina Abdullah, Armanurah Mohamad & Nor Idayu Mahat … 1903

xi

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

PRAKATA

Dalam Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi kali ke-3 ini, bidang sains sosial dan kemanusiaan menerima jumlah makalah yang paling banyak, iaitu sebanyak 175 artikel. Justeru, kami terpaksa menerbitkan semua makalah bidang ini dalam tiga

jilid. Selain itu ada dua buah prosiding lagi yang turut diterbitkan serentak dalam seminar kali ini. Satu memuatkan makalah dalam bidang sains tulen dan gunaan yang digabungkan dengan makalah dalam bidang sains kesihatan dan klinikal. Dan, sebuah lagi menghimpun makalah dalam bidang ICT, teknologi dan kejuruteraan. Demikianlah besarnya sambutan yang kami terima daripada para penyelidik yang sedang rancak menjalankan kajian mereka sekarang. Makalah dan peserta seminar datang dari hampir semua universiti awam di negara ini dan juga beberapa buah universiti swasta.

Dalam kelompok sains sosial dan kemanusiaan ini kami mengharapkan makalah dalam tiga cabang ilmu. Cabang ilmu pertama ialah bidang antropologi, psikologi, sosiologi, sains politik, pengurusan dan perniagaan, geografi, ekonomi, ekologi manusia dan komunikasi. Kedua, kajian dalam bahasa dan linguistik, kesusasteraan, agama, falsafah, tamadun, sejarah, seni, budaya, pendidikan, dasar dan undang-undang, alam bina (aspek kemanusiaan), alam sekitar (aspek kemanusiaan). Dalam kumpulan ketiga ialah kajian dalam alam sekitar, perhutanan, pertanian, marin, arkeologi, geologi, etnografi, budaya, alam bina (aspek warisan) dan kepelbagaian biologi.

Sidang Editor jurnal CREAM – Current Research in Malaysia akan memilih makalah yang baik untuk dikirimkan kepada wasit untuk penilaian bagi mempertimbangkannya terbit dalam jurnal ini. Semua kajian dan makalah ini memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam pembinaan dan penyuburan khazanah ilmu tempatan.

ROOSFA HASHIMABDUL GHAFAR ISMAIL

1595

Jilid III | Sains Sosial dan Kemanusiaan

148

Elemen Usability, Sociability dan Identiti dalam E-Masjid: Kajian Terhadap Masjid Utem

Muhamad Faisal Asha’ari, Bushral Huda Abd Manan, Norlizam Md. Sukiban & Hidayah Rahmalan

ABSTRAK

Kadar lawatan terhadap laman web masjid masih di tahap yang rendah. Ia dikaitkan dengan rekabentuk laman itu sendiri yang tidak mesra pengguna dan juga unsur interaksi antara pengunjung dengan insitusi masjid mahupun sesama pengunjung yang agak terhad. Artikel ini memperkenalkan konsep laman web masjid (e-masjid) yang dibangunkan dengan tiga elemen iaitu usability, sociability dan identity yang diharapkan mampu untuk menampung kelemahan ini. Laman web masjid UTEM yang dibangunkan sejak Disember 2012 berasaskan kepada elemen usability. Manakala dua elemen lagi masih lagi dalam proses untuk dibangunkan berdasarkan maklumbalas yang akan diterima dari pengguna untuk menentukan aplikasi yang sesuai untuk dibangunkan.

ABSTRACT

The internet penetration in Malaysia to mosque website (e-masjid) is relatively low. It can be linked with the design of the website that is not user friendly and limited interaction between user and the webmasters and among users. This study introduces a concept e-masjid based on three elements namely usability, sociability and identity. It is expected to resolve the shortcomings of the most e-masjid. E-masjid UTeM is a website has been developed since December 2012 profoundly based on usability. Meanwhile, both sociability and identity are still under construction while waiting feedbacks from the users to determine the appropriate module for both categories.

Kata Kunci: e-masjid, laman web masjid, Islam internet, online communication.

PENDAHULUAN

Di Malaysia kewujudan e-masjid (laman web, portal serta blog masjid) telah wujud seawal tahun 2000. Tetapi penggunaan laman web di kalangan masjid masih di tahap yang kurang memuaskan, walaupun sejak akhir-akhir ini perkembangannya memberangsangkan. Terdapat usaha untuk membangunkan laman web masjid tetapi sebahagiannya menjadi sawang dan terhenti separuh jalan sahaja. Terdapat 11 kelemahan e-masjid yang disenaraikan oleh (Mohd Khairunnizam 2012) antaranya bersifat berita setempat dan informasi masjid semata-mata, tidak bersifat sumber rujukan atau knowledgebase, kandungan bersifat sehala, tidak mesra pengguna dan tidak catchy (hambar), tiada mekanisme maklumbalas dalam bentuk komen, undian, forum dan sebagainya.Namun, terdapat pula masjid yang berjaya membangunkan laman web dengan cemerlang

1596

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

walaupun ia bukan masjid yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Masalahnya ialah adakah kemalapan ini berpunca dari laman web yang dibangunkan itu tidak memenuhi selera pengguna sehingga menyebabkan laman web yang dibangunkan itu tidak mendapat maklum balas yang menggalakkan dari pengguna. Ini boleh menyebabkan pembangun laman itu sendiri tidak bermotivasi untuk meneruskan usaha menguruskan laman berkenaan. Kegagalan menarik minat pengguna ini dikaitkan dengan kelembapan ini kerana dengan kadar tembus internet di Malaysia sangat tinggi sepatutnya mereka turut mengakses laman web masjid. Oleh sebab itu, kajian nilai guna amat diperlukan kerana pengguna merupakan penentu nilai yang dikehendaki ke atas sesuatu perkhidmatan berasaskan pengetahuan. Hal ini termasuk juga dalam e-masjid kerana minat dan keperluan pengguna terhadap laman ini mendorong mereka mengakses laman web masjid.

MODEL E-MASJID

Singkatan “E” daripada E-masjid adalah elektronik masjid, digital masjid, online masjid dan juga penghubung masjid-masjid (connected mosque). Perincian maksud laman web (web site) menurut Azean et. al 2007 laman web merupakan koleksi helaian laman yang berhubungan, ianya di simpan di pelayar web (web server). Begitu juga dengan definisi yang dinyatakan oleh Coupey 2005:7, web ialah dokumen secara elektronik yang dipanggil web page. Laman web terdiri daripada sekumpulan fail web yang mengandungi maklumat berkenaan sesuatu perkara atau informasi komersial, dengan panggilan fail laman utamanya iaitu homepage. Laman web yang interaktif merupakan persembahan komputer yang menggabungkan elemen-elemen media iaitu teks, grafik dan bunyi secara sistematik untuk dijadikan sebuah laman web yang efektif (Isham Shah 2012: 27). Pembangunan laman web masjid juga perlu meletakkan nama dan logo mewakili organisasi, penyediaan butang ‘pencarian’ bagi memudahkan pengguna meneliti helaian yang diperlukan, tajuk-tajuk yang dimuatkan memudahkan kefahaman pengguna dan struktur laman memudahkan pengguna membuat imbasan semula (Rozinah Jamaludin 2007:124). Pemilihan e-masjid dalam kajian ini yang ada juga mewujudkan konsep komunikasi one-way dan one-to-many (Guerrero, A. Enterría: 2011) Terdapat tiga kriteria yang perlu ada dalam pembinaan e-masjid. Pembinaan e-masjid yang perlu dibangunkan ialah bersifat terkini dan semasa, komitmen dan konsisten dalam mengemas kini, perbahasan yang berilmiah dan tidak terlalu berat, komunikasi interpersonal, mempengaruhi prinsip-prinsip setiap pengguna dan komunikasi berkumpulan antara pengguna dengan pihak pentadbir masjid (Rahimah Shahar 2006). Ia juga perlu dilampirkan berbagai-bagai pautan bagi memudahkan masyarakat untuk memuat turun dan dijadikan sebagai rujukan dalam pelbagai kemaslahatan. Pembentukan tiga elemen ini berdasarkan integrasi hikmah dakwah dengan online persuasion iaitu:a) Usabilityb) Sociabilityc) Identity

1597

Jilid III | Sains Sosial dan Kemanusiaan

Di bawah ini adalah penjelasan pada setiap satu dari elemen di atas.

i) UsabilityUsability menurut Jenny Preece (1993) menyatakan usability merupakan konsep yang wujud berdasarkan kajian Human-computer Interaction (HCI), iaitu mengenai pemerhatian untuk memahami bagaimana manusia menggunakan sistem komputer yang membolehkan pembangunan sistem yang lebih baik boleh dicipta bagi memenuhi kehendak manusia. Manakala, Nielsen (2000) menjelaskan usability didapati kelompok yang positif dengan peningkatan penggunaan sistem ini. Manakala Wiley dan Sons (2007) telah menjelaskan terdapat enam matlamat dalam usability iaitu berkesan untuk digunakan, cekap untuk digunakan, selamat untuk penggunaan, mempunyai utiliti yang baik, mudah untuk belajar dan mudah untuk ingat bagaimana untuk menggunakannya. Dalam konteks pembinaan bagi sebuah laman web yang mempunyai kriteria usability, terdapat dua elemen yang telah dinyatakan oleh Nielsen (2000) yang sesuai diterapkan dalam pembangunan laman web/blog E-masjid, iaitu:a) Page Design Di dalam page design ini, Nielsen menyatakan bahawa reka bentuk muka depan bagi sesebuah

laman web amat penting di mana ianya perlu didominasi oleh isu ataupun kandungan yang boleh menarik perhatian pengguna.

b) Content Design Di dalam content design ianya perlu dititikberatkan mengenai maklumat yang diletakkan dalam

sesebuah laman web, di mana ianya perlulah ringkas, mudah, padat dan boleh difahami oleh pengguna. Penggunaan bahasa juga perlulah selaras supaya dapat memudahkan pengguna untuk memahami maklumat yang dibaca. Selain itu, tajuk bagi antaramuka dan tajuk bagi sesuatu maklumat perlu bersesuaian dengan isi kandungannya agar tidak mengelirukan pengguna. Di samping itu, item-item tambahan seperti gambar dan video perlulah mempunyai kualiti yang baik agar dapat menarik perhatian pengguna. Item video yang mempunyai elemen audio perlu mempunyai audio yang baik agar memudahkan pengguna untuk menonton video yang diletakkan di laman web.

Berdasarkan pernyataan di atas usability ialah elemen yang memudahkan pengguna untuk menggunakan sesebuah laman web yang bercirikan mesra pengguna. Terdapat beberapa ciri yang perlu dititikberatkan dalam membina sebuah laman web E-masjid yang mesra pengguna. Elemen reka bentuk antara muka menurut D. Jadav (2003: 93-127) terdapat beberapa elemen penting bagi membentuk antara muka, iaitu:a. Warna. Ianya memberikan kesan yang sangat kuat dalam komunikasi dan memperlihatkan

emosi, tindakan serta identiti bagi pemilik bagi sesebuah laman web.b. Elemen grafik (seperti jenis tulisan dan saiz tulisan). Ianya sama penting seperti warna.

Sebagai pemilik bagi sesebuah laman web, grafik yang dipilih perlulah bersesuaian dengan jenis laman web yang bakal dibina.

c. Susun atur (layout). Susun atur adalah penempatan atau meletakkan sesuatu objek dalam sesebuah laman web.

1598

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

d. Audio, video dan gambare. Alat bantu pelayaran dan reka bentuk interaksi. Contohnya item butang (button), icons dan

images.

Justeru itu, dalam elemen usability ini, terdapat dua ciri yang penting iaitu:

a. Layout (Susun atur) e-masjid. Layout ini perlu mempunyai beberapa kriteria iaitu kelajuan loading apabila pengguna membuka e-masjid dan saiz skrin yang sesuai untuk tatapan pengguna

b. Grafik. Antara yang perlu ada dalam kriteria ini ialah warna bagi latar belakang (background) dan button serta tulisan yang mudah difahami dan saiz tulisan yang sesuai.

ii) SociabilitySociability merujuk kepada perwatakan sistem komuniti maya yang menyokong ‘a state of being sociable’, di mana individu berinteraksi dengan individu yang lain termasuk berinteraksi dengan pemilik laman web/blog. Ianya bertujuan untuk memperoleh perkongsian komuniti melalui ruang teknologi yang dibenarkan. Menurut Sharp, Rogers & Preece (2007), dalam mencipta ataupun mereka bentuk ruang interaksi antara pengguna dengan pengguna dan pengguna dengan pemilik laman web, ianya melibatkan empat perkara asas iaitu mengenal pasti keperluan dan mewujudkan keperluan untuk pengalaman pengguna, memenuhi reka bentuk alternative yang memenuhi kehendak pengguna, mereka bentuk versi yang interaktif supaya memudahkan pengguna untuk berkomunikasi antara satu sama lain serta membuat penilaian ke atas apa yang telah dibina dan menawarkan pengalaman yang baik untuk pengguna. Preece (2002) menjelaskan sociability mempunyai hubung kait dengan interaksi di antara komuniti dengan bantuan teknologi. Preece (2000) turut menyatakan bahawa komuniti maya dengan sociability merupakan perwatakan yang ditunjukkan sesuai dengan persekitaran yang sebenar kepada interaksi sosial dan badan yang berautoriti mengikut peraturan interaksi yang telah ditetapkan terhadap pencapaian perkongsian komuniti. Preece et.al. (1994) juga menjelaskan bahawa terdapat pelbagai kaedah dalam berinteraksi, iaitu melalui soal jawab (question and answer dialogue), mengisi borang yang khusus terhadap sebarang pertanyaan atau maklum balas (form-fills and spreadsheets), menggunakan bahasa yang menjadi bahasa perantaraan dalam sesebuah komuniti (natural language dialogue), dan manipulasi terhadap sesuatu isu agar memudahkan pengguna untuk memahami apa yang disampaikan (direct manipulation). Berdasarkan pernyataan di atas sociability merujuk kepada interaksi antara pengguna dengan pengguna dan pengguna dengan pemilik laman web. Ianya lebih kepada pengguna memberikan cadangan/maklum balas kepada pemilik laman web, sumbangan pengetahuan untuk dikongsi dan mempelajari antara satu sama lain, pertanyaan mengenai sesuatu isu yang diletakkan dalam laman web dan lain-lain bentuk interaksi. Sehubungan itu, dalam konteks pembangunan e-masjid, beberapa ciri Sociability yang telah diringkaskan oleh penulis, iaitu:a. Sharing (perkongsian). Perkongsian yang dimaksudkan ialah perkongsian maklumat yang

bersesuaian dengan e-masjid. Contohnya artikel-artikel mengenai Islam. Secara tidak langsung, melalui perkongsian ini, pihak masjid dapat berkomunikasi satu hala dengan pengguna.

1599

Jilid III | Sains Sosial dan Kemanusiaan

b. Interaction (Interaksi). Interaksi yang dimaksudkan ialah interaksi berbentuk komunikasi dua hala antara pihak masjid dengan pengguna yang diwujudkan dalam e-masjid melalui ruangan soal jawab agama, forum, chat dan sebagainya.

c. Respond (maklum balas). Ruangan maklum balas perlu disediakan oleh pihak masjid agar dapat mewujudkan komunikasi satu hala pengguna e-masjid dengan pihak masjid. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap e-masjid ataupun apa-apa sahaja isu/hal yang berkaitan dengan isu semasa dan masjid khususnya. Maklum balas yang sangat penting untuk mempertingkatkan khidmat e-masjid kepada masyarakat. Maklum balas yang bersifat kritikan dijadikan sebagai panduan untuk peningkatan kualiti dan produktiviti. Ini merupakan kebiasaan bahan dan material dakwah berdasarkan maklumat dan sumber kredibiliti seseorang untuk meningkatkan kebolehpercayaan.

iii) IdentitiA. Diamond (1973), menjelaskan bahawa trademark adalah perkataan ataupun corak/lakaran (design) yang digunakan dalam iklan-iklan perniagaan untuk mengenali sesuatu produk yang telah dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Secara ringkasnya, brand name ialah satu daripada pelbagai jenis trademark. Trademark kebanyakannya digunakan dalam setiap produk sesebuah syarikat dan mungkin juga digabungkan dengan trademark yang lain. Setiap trademark mungkin perkataan yang bernilai tetapi tidak mempunyai apa-apa makna contohnya seperti Kodak, Nikon, Dacron dan Exxon. Trademark juga terdiri daripada perkataan yang biasa dan tidak mempunyai kaitan dengan produk yang dikeluarkan, contohnya Camel, Arrow dan Dial, ataupun trademark yang diambil daripada produk itu sendiri, contohnya Lux, Oreo dan Bon Ami. Trademark juga boleh diambil daripada nama pengasas kepada sesebuah syarikat, contohnya Ford, Singer dan Gillette. Trademark secara ringkasnya boleh diambil atau dicipta daripada pelbagai simbol, perkataan, nombor dan sebagainya yang boleh mewujudkan identiti bagi sesuatu produk. Wildbur (1979) menyatakan bahawa bagi merekabentuk sesuatu corak trademark ianya adalah satu cabaran kepada pereka yang mana perlu menitikberatkan pelbagai aspek bagi merekabentuk satu trademark yang boleh diingati oleh pengguna. Trademark yang mempunyai keunikkan dan boleh menarik perhatian pelanggan serta trademark yang bersifat terkini boleh memberikan impak yang baik kepada pelanggan untuk mengingati sesuatu produk.Wildbur (1979) turut menjelaskan cara-cara untuk merekabentuk trademark. Pertama ialah image selection yang mana ia menjadi asas kepada rekabentuk bagi trademark. Kedua ialah techniques (teknik) samada lakaran menggunakan pen atau pensil, seterusnya menggunakan perisian-perisian tertentu untuk menghasilkan rekabentuk trademark yang menarik. Terakhir ialah warna yang spesifik, pemilihan warna yang betul dan tepat akan menghasilkan trademark yang boleh menarik perhatian pelanggan.

Menurut Steel, Nagappan & Lai (2006), fungsi identiti ialah:a. Peruntukan Pengguna (User Provisioning) . Ianya termasuk mencipta atau mentadbir identiti

pengguna yang boleh mengakses sumber dan aplikasi perniagaan (iklan).b. Peranan dan Kumpulan (Roles and Groups). Ianya merujuk kepada bagaimana entiti boleh

memenuhi peranan atau kumpulan yang berlainan untuk mengakses sumber perniagaan.

1600

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

c. Peruntukan/Keperluan dalam Khidmat Akaun (Account Service Provisioning). Ianya menunjukkan bagaimana akaun pengguna yang diperuntukkan dengan sistem yang berlainan berdasarkan akses yang betul dan profil pengguna.

d. Pihak Pentadbir (Delegated Administration). Ianya membenarkan pihak pentadbir untuk mencipta atau pun update identiti pengguna dan berperanan untuk membenarkan pengguna menggunakan aplikasi dan sumber-sumber yang ada .

Sehubungan itu, identiti/trademark e-masjid perlu direka bentuk supaya ianya dapat diingati oleh pengguna. Identiti/trademark ini merupakan salah satu komunikasi asas yang boleh mempengaruhi pengguna untuk mendekatkan diri dengan masjid. Ianya boleh dijadikan panduan dan teori kepada pihak pentadbir masjid untuk merekabentuk identiti/trademark laman e-masjid yang bertepatan dengan apa yang telah dijelaskan. Justeru itu, penulis telah meringkaskan beberapa ciri dalam elemen identiti/trademark e-masjid, iaitu;a. Grafik. Ciri grafik yang dimaksudkan ialah menggunakan tulisan kaligrafi jawi pada muka

depan e-masjid. Selain itu, warna yang boleh melambangkan e-masjid yang dibina. b. Audio. Iaitu meletakkan audio yang bercirikan Islam. Contohnya nasyid, selawat dan

sebagainya. Ianya secara tidak langsung boleh menarik minat pengguna untuk melayari lagi e-masjid dengan adanya tarikan audio yang menarik dan bersesuaian dengan e-masjid.

E-masjid UTEMMasjid Sayyidina Abu Bakar merupakan masjid universiti yang ini dikendalikan oleh Pusat Islam UteM yang telah disiapkan sepenuhnya pada 12 Mei 2011. Kewujudan masjid di pusat pengajian tinggi boleh dijadikan sebagai pusat mengalakkan aktiviti dan program pembangunan sahsiah pelajar. Ia akan menjadi lambang dan nadi kepada kemajuan serta mendokong hakikat bahawa ilmu adalah elemen dalam membangunkan peradaban. Bagi memastikan Masjid dapat berfungsi sebagaimana yang diwartakan, Pusat Islam telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh kakitangan atau pelajar UTeM. Untuk setiap aktiviti yang ingin dianjurkan, Pusat Islam akan menghantar satu surat jemputan kepada setiap pusat tanggungjawab bagi mendapatkan penyertaan dari kalangan staf UTeM. Di samping itu, maklumat tentang aktiviti yang ingin dianjurkan turut diwar-warkan dalam email setiap warga komuniti UTeM, yang dikenali sebagai INFO PUSAT ISLAM UTeM. Gambarajah 2 adalah contoh aktiviti yang diwar-warkan dalam email INFO PUSAT ISLAM UTeM. Setiap kakitangan atau pelajar yang ingin turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan, mereka hendaklah memaklumkan kepada kakitangan Pusat Islam yang ditugaskan atau wakil pendaftar di setiap pusat tangggungjawab. Seterusnya, surat jemputan akan diberikan kepada peserta yang berminat dari setiap pusat tanggungjawab. Pada hari aktiviti tersebut dilangsungkan, para peserta dikehendaki menurunkan tandatangan pada senarai kedatangan peserta bagi menyatakan mereka hadir pada acara tersebut. Bagi peserta yang telah hadir ke aktiviti tersebut, senarai itu akan dimaklumkan kepada Unit Latihan bagi memperolehi mata Continuous Professional Development (CPD). Berdasarkan sistem yang sedia ada ini, antara permasalahan yang berlaku adalah rungutan beberapa kakitangan mengenai pengendalian data akibat berulangkali memberi data maklumat yang sama setiap kali ingin menyertai sesuatu aktiviti. Selain itu, terdapat masalah di mana pernah

1601

Jilid III | Sains Sosial dan Kemanusiaan

berlaku ahli komuniti yang lebih awal mendaftar, namanya tiada dalam senarai peserta. Hal ini disebabkan mana-mana ahli komuniti yang ingin menyertai aktiviti dikehendaki memaklumkan kepada pendaftar di pusat tanggungjawab atau wakil di Pusat Islam. Kebiasaannya, ahli komuniti akan memaklumkan kepada mereka melalui email dan masalah akan timbul apabila email tersebut tidak diendahkan tanpa sedar. Di samping itu, pengurusan mata CPD acapkali mengambil masa yang agak lama akibat ketidakcekapan kakitangan. Manakala, terdapat juga aktiviti yang menghadkan jumlah peserta dan terdapat juga ahli komuniti yang tidak dapat turut serta akibat terlupa tarikh atau sibuk dengan urusan lain.

Sistem Pengurusan Aktiviti Masjid UTeME-masjid yang dibangunkan itu dinamakan dengan Sistem Pengurusan Aktiviti Masjid UTeM. Idea untuk membangunkan system ini timbul apabila beberapa kakitangan UTeM melahirkan rasa kesal mereka kerana terpaksa menghantar maklumat yang sama setiap kali ingin menyertai sesuatu aktiviti. Maklumat yang dimaksudkan adalah nombor staf atau matrik, pusat tanggungjawab di mana mereka berkhidmat dan nama penuh mereka. Justeru, bagi memahami proses pengendalian aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat Islam, sesi temubual telah diadakan beberapa kali. Setelah memahami proses pengendalian aktiviti yang dilakukan oleh Pusat Islam, Sistem Pengurusan Aktiviti Masjid telah dibangunkan. Sistem ini dibangunkan dalam berbentuk aplikasi laman web yang mana ia boleh dicapai oleh komuniti UTeM melalui talian internet di mana-mana mereka berada. Ia dapat digambarkan dalam model seperti dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Model interaksi antara admin dan user

1602

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

Gambarajah 4 di bawah adalah gambaran ringkas interaksi di antara admin dan user. Admin adalah pengendali Sistem yang terdiri daripada kakitangan Pusat Islam manakala user adalah ahli komuniti UTeM yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UTeM. Sistem yang dibangunkan ini memenuhi elemen usability e-masjid seperti yang telah dibangunkan sebelum ini. Berikut adalah perbincangan tentang aplikasi yang ditawarkan.

Aspek usability Terdapat empat modul yang ditawarkan bagi memantapkan Sistem Pengurusan Aktiviti Masjid yang boleh dikalsifikasikan dalam aspek usability iaitu

1) Modul pendaftaran aktivitiKakitangan dari Pusat Islam boleh mewar-warkan aktiviti ini melalui surat jemputan ke pusat tanggungjawab dan juga melalui email INFO PUSAT ISLAM UTEM. Mereka akan memasukkan maklumat asas berhubung dengan aktiviti yang bakal berlangsung seperti dalam Rajah 2. Maklumat itu ialah nama aktiviti, lokasi aktiviti akan dilangsungkan, tarikh mula dan tarikh tamat aktiviti akan dilangsungkan, tarikh akhir pendaftaran aktiviti, nama dan nombor telefon pihak penganjur, imej banner jika ada, dan keterangan mengenai aktiviti tersebut.

Rajah 2: Modul Pendaftaran Aktiviti

2) Modul pendaftaran pesertaSistem Pengurusan Aktiviti Masjid akan menyediakan surat jemputan secara automatik kepada wakil di pusat tanggungjawab dan email ke INFO PUSAT ISLAM UTEM selepas maklumat asas sesuatu aktiviti didaftarkan. Menariknya, sistem ini turut membenarkan admin memilih peserta atau menghadkan bilangan peserta seperti yang terdapat pada Rajah 3, 4 dan 5.

Rajah 3: Paparan maklumat aktiviti pada email

1603

Jilid III | Sains Sosial dan Kemanusiaan

3) Modul kedatanganSistem Pengurusan Aktiviti Masjid memaparkan senarai aktiviti pada bulan berkenaan. Ia memberi ruang kepada ahli komuniti untuk menyertai pelbagai aktiviti sekiranya mereka berminat. Untuk mendaftar, ahli komuniti tidak perlu lagi memberikan nombor staf atau matrik, PTJ dan nama penuh mereka. Sebaliknya, mereka hanya perlu klik pada aktiviti yang mereka ingin turut serta kerana mereka telah pun menekan link yang telah disediakan yang akan mengenalpasti identiti mereka. Sistem juga turut membenarkan ahli komuniti mendaftar tanpa melalui email. Ahli komuniti UTeM boleh mengakses kepada laman web ini dan klik pada senarai aktiviti. Seterusnya, senarai aktiviti seperti Rajah 6 akan diperlihatkan dan ahli komuniti memilih aktiviti yang ingin disertai. Kemudian, ahli komuniti hanya perlu memasukkan nombor staf atau matrik pelajar.

Rajah 4: Paparan senarai aktiviti

Rajah 5: Senarai penyertaan

1604

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

Bagi tujuan untuk mendapatkan tandatangan peserta yang hadir pada aktiviti tersebut, lampiran senarai peserta seperti Gambarajah 13 akan dijana secara automatik. Tindakan ini diyakini memudahkan urusan Pusat Islam dalam mengendalikan sebarang aktiviti. 4) Modul Continuous Professional Development (CPD)Bagi kakitangan UTeM, kehadiran mereka dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Islam, membolehkan mereka memperolehi mata Continuous Professional Development (CPD). Ia yang dikenali dalam bahasa melayu disebut sebagai Pembangunan Profesional Berterusan adalah proses pembelajaran sepanjang hayat untuk membangun dan meningkatkan kompetensi individu yang banyak digunakan oleh badan-badan profesional seluruh dunia untuk tujuan pembangunan dalam profesion tertentu. Di UTeM, CPD yang dilaksanakan merujuk kepada satu program atau sistem pembelajaran sepanjang hayat yang berpusatkan kepada keperluan staf dan hala tuju organisasi. Program CPD merangkumi aktiviti pengembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang membolehkan staf. Aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang perjawatan masing-masing, membantu kakitangan UTeM menghadapi perubahan dan cabaran dalam pembangunan kerjaya, memastikan kakitangan sentiasa menghayati nilai-nilai murni dan bersikap positif dan menyokong objektif pelaksanaan penilaian kompetensi penjawat awam. Berdasarkan lampiran kedatangan senarai peserta, pihak admin seterusnya hanya perlu klik pada nama mereka yang hadir. Kemudian, lampiran senarai peserta yang hadir itu akan dicetak untuk dihantar ke Bahagian Pendaftar Universiti bagi memproseskan mata CPD. Lampiran yang bercetak perlu ditandatangani oleh kakitangan yang berautoriti dalam Pusat Islam sebelum ianya dihantar ke Bahagian Pendaftar Universiti.

Aspek Sociability dan identitiSistem Pengurusan Aktiviti Masjid Sayyidina Abu Bakar turut menyediakan tontonan video seminar dalam bentuk live streaming. Ini sekaligus dapat mengatasi masalah di mana berlakunya

Rajah 6: Paparan maklumat aktiviti

1605

Jilid III | Sains Sosial dan Kemanusiaan

ahli komuniti yang tidak dapat turut serta akibat aktiviti yang dianjurkan terpaksa menghadkan jumlah peserta. Turut disertakan paparan hadith pilihan dan juga soaljawab agama bagi tatapan ahli komuniti yang dahagakan ilmu agama.Sistem juga menyediakan ruang untuk membuat liputan secara langsung (kuliah, ceramah dll) yang tidak sekadar boleh diakses menerusi laman web, tetapi juga menerusi telefon pintar. Walau bagaimanapun, kedua aspek ini masih lagi belum sempurna dibangunkan. Ia menunggu maklum balas dari pengguna untuk dibangunkan lagi untuk menentukan aplikasi yang sesuai untuk dibangunkan.

PENUTUP

Masjid yang bergiat aktif merupakan aset yang bernilai dalam sesebuah negara kerana ia berperanan dalam membentuk komuniti masyarakat yang bertamadun. Dengan penggunaan teknologi internet yang kian meluas, masjid seharusnya lebih bersikap proaktif agar seiring dengan peredaran zaman. Konsep e-Masjid ini berasaskan kepada usability, sociability dan identity merupakan kajian awal yang perlu diketengahkan lagi pada masa akan datang. Kewujudan Sistem Pengurusan Aktiviti Masjid Sayyidina Abu Bakar merupakan suatu percubaan untuk melestarikan lagi pengurusan laman masjid yang boleh diluaskan lagi ke masjid yang lain setelah sempurna pembinaannya. Ia diharapkan dapat membantu memudahcara pihak yang mengendalikan masjid, juga menyenangkan komuniti setempat, iaitu warga UTeM secara khasnya.

PENGHARGAAN

Penghargaan diberikan kepada kakitangan Pusat Islam UTeM terutamanya Encik Mohd Nawawi Bin Muhamad dan juga pelajar UTeM Muhammad Suffian Sikandar Gani, Marhazli Kipli, Rizaini Ramli dan Norazlinda Ibrahim dalam menjayakan Sistem Pengurusan Aktiviti Masjid Sayyidina Abu Bakar ini. Penyelidikan ini dibiayai oleh Geran Penyelidikan Komuniti – UKM – 2012-002.

RUJUKAN

A. Diamond, Sidney. 1973. Trademark Problems and How to Avoid Them. Chicago: Crain Books.Ahmad, Jauhar Ahmad. 2004. Al-I’lam Al-Elektroni Waqi’ Wa Aafaq. Cetakan pertama. Darul

Kalimat: Mansurah. Azean, Juhazren, Shaharudin & et. al. 2007. Pembangunan Web Interaktif: Satu Pendekatan Sistematik.

Batu Caves: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.D. Jadav, Ameeta. 2003. Designing Usable Web Interfaces. New Jersey: Pearson Education, Inc., Unpper

Saddle River.Guerrero, A. Enterría. 2011. E-Islam: The Spanish Public Virtual Sphere. Online Journal Of The Virtual

Middle East. 5 (1). http://www.cyberorient.net/article.do?articleId=6206Isham Shah bin Hassan. 2012. Pengintegrasian Teknologi Mobil dan Teknologi Cad dalam Proses Reka

Bentuk Untuk Penghasilan Produk Kreatif. Ph.D Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

James Hick. 2011. Asia-Pacific Social Media Stats [infographic]. 16 September 2011. http://thetechscoop.net/2011/09/16/asia-pacific-social-media-stats/

1606

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

Lazarsfeld, Paul. Mass Media And Personel Influence. Seri VOA Series, Mass Communication Series. (8): 5-8Mohd Khairunnizam bin Mhd Supian. 2012. Portal E-masjid: Satu Cadangan Model. Kertas Kerja Bengkel

E-masjid. UNITEN, Selangor. 24 Mac.Nielsen, Jakob. 2000. Designing Web Usability: The Practice of Simplicity. Indianapolis, Indiana USA:

New Riders Publishing.Rahimah Shahar. 2006. Pembangunan Laman Web Sebagai Media Pengajaran di Politeknik Port Dickson:

Topik Garis Imbas. Tesis Doktor Falsafah (Ph.D). Universiti Kebangsaan Malaysia.Preece, J. & Yvonne Rogers et al. 1994. Human- Computer Interaction. London: Addison Wesley.Preece, Jenny. 2000. Guide to Usability: Human-Computer Interaction. England: Addison-Wesley Longman

Limited.Rozinah Jamaludin. 2007. Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.Sharp, Helen & Rogers, Yvonne & Preece, Jenny. 2007. Interaction Design : Beyond Human

Computer Interaction. 2nd Ed. London: John Wiley & Sons,Inc.Steel, Christopher , Nagappan,Ramesh & Lai,Ray. 2006. Core Security Patterns: Best Practices and Strategies

for J2EE, Web Services, and Identity Management. United States: Pearson Education,Inc.Wildbur, Peter. 1979. International Trademark Design: A Handbook of Marks Identity. London: Barrie

and Jenkins Ltd.

Muhamad Faisal Asha’ari, Bushral Huda Abd Manan, Norlizam Md. Sukiban & Hidayah RahmalanFakulti Pengajian Islam, UKM.Fakulti Teknologi Maklumat, Utem.Emel: [email protected]

disunting olehABDUL GHAFAR ISMAIL • ROOSFA HASHIM

Sains Sosial dan KemanusiaanJilid 3

ISBN 978-967-0334-81-3

PENYELIDIKANPEMACU PEMBANGUNAN NEGARAPROSIDING SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI KE-3 2013

Jilid ini menghimpunkan makalah yang terpilih untuk dibentangkan dalam Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi ke-3, 2013 yang berlangsung di EDC, Universiti Utara Malaysia pada 2 & 3 Julai 2013. Makalah yang termasuk dalam jilid ini meliputi pelbagai cabang ilmu dalam kluster sains sosial dan kemanusiaan. Kajian-kajian yang dibentangkan dalam seminar ini dijalankan menggunakan pelbagai dana penyelidikan yang dibiaya oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang kini menjadi Kementerian Pendidikan.

ABDUL GHAFAR ISMAIL memperoleh ijazah doktor falsafah di Department of Economics, University of Southampton dan sekarang merupakan Ketua Bahagian Penyelidikan, Islamic Training Institute, Islamic Development Bank. Beliau juga profesor perbankan dan ekonomi kewangan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian beliau tertumpu kepada perbankan dan ekonomi kewangan. Karya beliau banyak terbit dalam Journal of Business Ethics, European Journal of Law and Economics, Review of Islamic Economics; Journal of Islamic Economics; Asian Economies; IIUM Journal of Economics and Management; Gadjah Mada International Journal of Business; Asian Economic Review; International Journal of Management; Capital Markets Review; �e Journal of Muamalat and Islamic Finance Research; Journal of Economic Cooperation; Journal of Islamic Economics, Banking and Finance; Journal of Islamic Economics; Humanomics, International Journal of Social Economics; Savings and Development; Global Journal of Finance and Economics; Journal of Financial Services Marketing, Qualitative Research, International Research Journal of Finance and Economics, Qualitative Research in Financial Markets, International Journal of Banking and Finance, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, dan Review of Financial Economics. Antara buku beliau ialah Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan (2006); Islamic Banks and Real Economy (2010), Ar-Rahnu (2011) Islamic Financial Institutions and Market (2011) dan Applied Shari’ah in Financial Transactions Vol I and Vol II. Beliau kini adalah Felow Penyelidik Utama, Institut Islam Hadhari; Felow Penyelidik Utama, Pusat Pengembangan Akademik; AmBank Group Resident Fellow, Yayasan Kepimpinan Perdana; dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Citibank Malaysia.

ROOSFA HASHIM Ph.D, menumpukan kajiannya tentang penerbitan ilmiah di Malaysia. Beliau juga mengkaji dan menulis tentang penerbitan biogra� di negara ini. Selain mengajar ilmu penulisan kepada mahasiswanya, beliau juga menerima undangan menjadi penceramah dan fasilitator dalam banyak bengkel penerbitan dan penulisan. Beliau menerbitkan Menulis Ulasan Buku untuk Akhbar, Majalah dan Jurnal Ilmiah (2009) dan Bukuku Kubuku: Sebuah Wacana Penerbitan dan Perbukuan (bersama Jeniri Amir 2010). Antara biogra� yang baru terbit daripada tangan beliau ialah Said Ibrahim 1923-2001: Mu�i Tegas dan Terbilang (2009) dan Mohd. Ghazali Abdul Rahman, 1938-2007: Dari Mercu ke Mercu (2010). Roosfa juga menduduki beberapa panel penilaian buku yang menawarkan anugerah buku peringkat kebangsaan termasuklah sebagai Panel Hakim, Anugerah Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY), Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia, Anugerah Penerbitan Buku Universiti Malaysia Sabah dan Anugerah Buku Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Roosfa adalah salah seorang Lembaga Penasihat Antarabangsa bagi Malaysian Journal of Distance Education (MJDE) selain menjadi anggota sidang editor beberapa jurnal termasuklah Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Jurnal Penterjemah (Persatuan Penterjemah Malaysia) dan MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Beliau juga menduduki Jawatankuasa Pemilihan Judul buku Terjemahan, Institut Terjemahan Negara Malaysia. Dr. Roosfa Hashim adalah penerima Anugerah Editor Terbaik daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), 1991. Beliau kini menjadi Pengarah Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sains S

osial dan Kemanusiaan J

ilid 3

PE

NY

ELID

IKA

N P

EM

AC

U P

EM

BA

NG

UN

AN

NE

GA

RA

PR

OS

IDIN

G S

EMIN

AR

HA

SIL P

EN

YELID

IKAN

SEKTO

R P

EN

GA

JIA

N TIN

GG

I KE-3 2

013

Sains Sosial dan KemanusiaanJilid 3

disunting oleh

Ab

dul Ghafar Ism

ailR

oosfa Hashim