buletin pembina isu 6
DESCRIPTION
Buletin PEMBINA Isu 6TRANSCRIPT
PEMBINAbuletin
39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor.www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja
Pilihan raya kampus ( PRK ) telah
melabuhkan tirainya bulan lalu.
Kemenangan yang diperolehi bukanlah
tiket untuk popular, bahkan platform
merealisasikan manifesto yang telah
dicanang sebelum itu. Isikan kemenangan dengan
gerak kerja yang akan
menguntungkan warga
kampus terutama
mahasiswa. Pembinaan
syakhsiah dan kecemerlangan akademik adalah
agenda utama. Campur tangan parti-parti politik
dalam pilihan raya kampus bukanlah sesuatu yang
bijak dalam menentukan hala tuju pergerakan
mahasiswa. Biar mereka mencorakkan idealisma
menurut acuan sendiri. Kita tidak mahu melihat
mahasiwa terlibat dalam pergolakan politik yang
merugikan.
Seperti yang kita sedia maklum berlaku sedikit
kekecohan di Universiti Putra Malaysia (UPM)
selepas keputusan PRK diumumkan. Ia mendapat
liputan meluas media termasuk radio Bernama.
Saya mendengar bagaimana stesen radio tersebut
berusaha mendapatkan ulasan pelbagai pihak
termasuk Kementerian Pengajian Tinggi. Bukan
mencari siapa yang bersalah, akan tetapi punca
masalah. Ada baiknya kita mendengar pandangan
dari pihak yang berbeza sebelum menghukum
tanpa usul periksa.
Kita tidak menggalakkan politiking di kalangan para
pelajar universiti. Demonstrasi yang berunsur gimik,
menghina dan ganas hendaklah dielakkan. Semua
pihak perlu berunding dengan fikiran yang terbuka,
jalankan siasatan untuk mengetahui punca masalah
serta berbincang supaya masalah dapat diselesaikan
dengan baik.
Dalam hal ini Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) perlu telus,
non partisan dan memberi
ruang kepada mahasiswa
terlibat dalam politik
kampus. Kecenderungan
politik HEP tidak sepatutnya mempengaruhi
tindakan yang diambil terhadap para pelajar. Pelajar
juga jangan mengambil kesempatan atas kebebasan
yang diberikan HEP. Tindakan yang diambil perlu
menggambarkan kematangan sebagai mahasiswa.
Budaya politik kampus perlu berbeza dengan
budaya politik semasa. Ianya dibina berdasarkan
nilai-nilai murni yang sedia termaktub dalam norma
kehidupan insan. Budaya politik yang tidak sihat
seperti memburuk-burukkan antara satu sama
lain dan cantas-mencantas adalah amalan yang
tidak patut disuburkan. Ia menggambarkan moral
mahasiswa yang rendah. Sebaiknya pihak-pihak yang
bertanding mengemukakan agenda pembangunan
siswa, pemuliharaan kampus serta mengamalkan
budaya saling hormat-menghormati.
Pepatah ada menyebut, ‘ Pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara. ' Jangan biarkan harapan
hanya tinggal janji dan tiang runtuh tanpa ada
pengganti. Jadikan kampus medan melahirkan
pemimpin yang berkualiti.
"Pepatah ada menyebut, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
VisiMenjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam
Misi1. Membangunkan jatidiri
belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.
2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara.
3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri.
4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri.
5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.
AspirasiPol it ik Kampus
persatuan belia islam nasional | isu 6
"
Tsunami, Gempa dan NuklearNorzafry Norhalim Presiden PEMBINA
Kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ini mengejutkan masyarakat dunia. Dengan
kemusnahan yang hampir sama dengan peristiwa Hiroshima, rakyat Jepun kini berdepan dengan
krisis kemanusiaan yang kemungkinan berpanjangan disebabkan letupan reaktor nuklear yang boleh
menyebabkan kecacatan kekal sekiranya luar kawalan.
Seandainya kita perhatikan, siri kejadian yang menggemparkan dunia seolah silih berganti sejak beberapa bulan ini.
Revolusi di Tunisia, Yaman, Mesir, Libya dan kini Saudi yang tidak kurang juga mengorbankan nyawa, dan kini diikuti pula
dengan tsunami yang menyebabkan ribuan manusia terkorban.
Sebagai seorang muslim, kita bersimpati di atas segala krisis ini, dan seharusnya mengambil iktibar dari setiap peristiwa ini.
Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu itu sekadar suka-suka atau main-main, pastinya ada hikmah yang ingin
disampaikan buat seluruh ummat manusia.
Jatuhnya pemimpin yang zalim menandakan kekuatan suara rakyat dalam urusan pemerintahan, juga mengajak kita untuk
insaf dan tidak mengeksploitasi peluang menjadi pemimpin untuk kepentingan peribadi. Dari aspek yang berbeza, kita
juga perlu menilai kembali, adakah revolusi di satu-satu tempat itu akan lebih manfaat dari mudaratnya? Hati-hati jangan
menang sorak kampung tergadai, golongan kafir sentiasa menonton dan mengambil peluang atas perpecahan ummat
islam.
Tsunami, sekali lagi, memberi penekanan kepada kita bahawa mudahnya Allah s.w.t menarik balik nikmat yang diberikannya.
Tidak ada yang kekal di bumi ini kerana segalanya adalah pinjaman, termasuklah nyawa kita sendiri. Maka wajib bagi umat
islam berusaha memanfaatkan segala kekuatan material yang ada untuk memartabatkan islam di muka bumi, kerana inilah
pelaburan yang akan dibawa ke akhirat. Seandainya kita hanya mengumpul kekayaan buat kenikmatan diri sendiri sahaja,
akibatnya apabila Allah menarik balik nikmat tersebut, kita kerugian di dunia dan terlepas juga peluang amal akhirat bak
kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Pelbagai lagi kejadian akan sentiasa berlaku akan datang. Samada suka atau tidak, itulah sunnah Allah s.w.t yang menjadikan
pelbagai peristiwa di dunia ini, dan yang kejayaan hanyalah buat insan mengambil iktibar.
Mimi Atieqa
“Mengharungi samudera kehidupan,kita ibarat para
pengembara,hidup ini adalah perjuangan tiada masa
tuk berpangku tangan...” ,nyanyian kumpulan Shoutul
Harakah menusuk kalbu mengasak minda untuk berfikir
sejenak. Kehidupan yang dialami selama dua puluh
tahun ini kembali menjelma seperti layar skrin di dalam minda,
meneroka dan menjelajah lalu akal mentafsir adakah selama
ini aku benar-benar menghargai hidup? Apakah yang telah aku
lakukan buat agama? Berapa lamakah yang aku lakukan hanya
dengan memangku tangan memandang sepi segala yang berlaku
disekelilingku? Dugaan dan ujian silih berganti menerjah dalam
kehidupan namun apakah selama ini kita menghadapinya dengan
penuh keredhaan? Langkah-langkah yang dilalui setiap hari
masihkah berada di landasan yang benar dan lurus atau semakin
menyimpang jauh tanpa arah dan matlamat yang jelas?
Begitulah manusia, memiliki akal yang bijak namun seringkali
akal bekerjasama dengan nafsu berganding bahu mencorak
kehidupan kita membentuk warna-warna yang semakin kelam.
Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran, nasihat
yang diberikan oleh seorang sahabat ketika di zaman sekolah satu
tika dahulu menggamit kembali. Betapa kita telah lupa yang kita
diwujudkan di dunia fana ini semuanya bersebab dan sebab-sebab
itu jugalah merupakan matlamat yang seharusnya digenggam
erat bersama tekad membara. Sahabat Nabi Muhammad saw, Ali
bin Abi Thalib r.a. pernah berkata, “wahai anak Adam, janganlah
(keterlaluan) gembira dengan kekayaan, janganlah keterlaluan
berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka dengan
bencana, jangan keterlaluan bersenang dengan kelapangan kerana
emas itu diuji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan
bala. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang
kau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau
inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan
bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai. Kerahkan
segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardukan”.
Mata dan hati kita kini semakin diselaputi dengan kabus ideologi
yang diimport dari negara-negara yang dianggap maju pada
pandangan zahir namun sangat mundur secara hakikinya. Artis-
artis dijadikan idola, program-program nyanyian berleluasa,
pertandingan ratu cantik semakin menjadi kegilaan anak-anak
gadis Islam dan banyak lagi dikatakan itulah dia hasil dari perubahan
zaman menuju ke dunia teknologi tanpa sempadan malah segala
masalah sosial yang berlaku kini dikatakan sebagai pengorbanan
atas kemodenan yang dicapai. Tidak pernahkah kita fikirkan
betapa
selama ini kita
semakin lupa
akan tikar sejadah apatah lagi al-Quran yang seharusnya dijadikan
panduan dan pedoman akan tetapi ramai orang menjadikannya
sebagai hiasan atau hantaran semata-mata. Begitu mudah kita
pandang dan nilai sesuatu yang seharusnya penting di dalam
hidup akhirnya disisihkan apabila kita lebih rela memilih racun
kemodenan berbanding penawar yang semakin hilang dalam diri
lalu membiarkan diri dengan relanya berpaling tadah dari Maha
Pencipta, Allah azzawajalla.
George Henry Sanders (w.1972) merupakan bintang filem yang
pernah memenangi Anugerah Academy tetapi akhirnya mati
bunuh diri di sebuah hotel di Barcelona, Sepanyol. Sebelum mati,
dia menulis satu nota, “Dear world, I am leaving because I am
bored. I feel I have lived long enough. I am leaving you with your
worries in this sweet cesspool. Good luck.” Ramai yang kagum
malah ada juga iri hati dengan kejayaan dan prestasi beliau dan
sebahagian daripadanya menyimpan azam dan impian untuk
menjadi seperti artis-artis terkenal yang bergelar jutawan.
Sudah pasti ramai yang menginginkan kehidupan yang kaya-raya,
kesenangan di dunia ini dan kejayaan meninggi gunung akan tetapi
adakah kesenangan itu akan berakhir dengan episod yang bahagia
atau membawa kebaikan?
Ingatlah baik-baik pesan al-Quran, “boleh jadi kamu menyukai
sesuatu, padahal itu buruk bagimu”, jangan terlalu asyik menepuk
dada tanyalah selera sesekali tanyalah iman, pastinya jawapan
dan keputusan yang dilakukan amat jauh berbeza. Jawapan yang
bakal diterima mungkin sahaja begini, “rupanya aku hidup di
dunia selama ini adalah semata-mata untuk hari akhirat yang kekal
abadi”. Bagaimana untuk memantapkan lagi keimanan kepada
hari akhirat kerana kejadian itu tidak pernah dialami, tidak dapat
dibayangkan malah tarikh kejadian juga tidak siapa pun tahu?
Ubatnya, sesekali bayangkanlah diri sendiri seolah-olah sudah
berabad-abad mengalami kematian. Keadaan diri tika itu sangat
bingung dan terperanjat sekali kerana kerasnya tiupan sangkakala,
selanjutnya hanya tertuju untuk memenuhi panggilan ke suatu
tempat berkumpul di padang mahsyar. Ketika itu semua makhluk
telah dihidupkan daripada kubur masing-masing menanti giliran
untuk dihisab, lalu syurga atau neraka sebagai tempat yang bakal
diduduki, bahagia atau sengsara maka ketika saat itu betapa cemas
dan paniknya kita memikirkan keputusan yang bakal dilakukan
oleh Allah yang Maha Adil Pencipta Segalanya.
Bingkai Kehidupan "Engkau tidak akan mencapai
cita-citamu kecuali dengan
bersabar menanggung apa
yang tidak engkau sukai.
Sudut Muhasabah
...“ Bersikap zuhudlah di dunia nescaya Allah s.w.t akan
mencintaimu. Jauhilah hal-hal yang tidak disukai manusia
nescaya mereka akan menyayangimu. Puaslah dengan
nikmat yang sedikit, amalkanlah ajaran-ajaran Al-Quran,
bersiap sedialah menghadapi kematian dan takutlah
terhadap seksaan Allah s.w.t”, kata-kata hikmah daripada
Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni ini lebih tajam dari mata
pedang kerana mampu mengubah persepsi seseorang
terhadap keseluruhan hidupnya. Jadilah seperti bunga
sakura yang hayatnya di dunia pendek sekali namun
rupanya indah mempesona. Matahari yang panas
membakar namun ia tetap bertenaga mengeluarkan
habanya sepanjang masa. Ingatlah, Allah sentiasa membuka
pintu rahmat-NYA, maka kejarlah dengan segera untuk
melakukan kebaikan. Ambil dan tabur benih-benih taqwa
dalam diri lalu letakkan dunia di tangan dan akhirat di
hati, nanti ia akan berbuah di syurga. Yakinlah dengan
janji-janji Allah dan lupakan kemanisan dunia kerana itulah
yang mampu meroboh dinding keimanan dalam diri,
sememangnya untuk meraih cinta Allah itu memerlukan
mujahadah yang tinggi dan berterusan. Genggam kemas
cinta-NYA walau betapa perit sekalipun tetapi ingatlah
tanpa cinta-NYA dunia ini akan hancur dan teruslah
dengan penuh keyakinan kerana setiap kesusahan yang
dialami akan dihadiahkan dengan nikmat yang tidak
terperi. Hiasilah bingkai kehidupan kita dengan warna-
warna Islam.
Rujukan :
1. Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni oleh Dr ‘Aidh bin Abdullah
Al-Qarni
2. Hari Akhirat oleh Mohasbi
3. Bila Allah Menduga Kita oleh Syed Alwi Al-Atas
Duhai bangsaku,
Kalian lebih memilih lorong yang sempit berbanding jalan yang
lurus,
Pabila disoal kalian menjawab sudah suratan takdir,
Sedangkan tika satu pintu rahmat terturup, 99 lagi terbuka
buat kita,
Mengapa kita jadi begitu sombong sedangkan Allah tetap
memberi dan terus memberi,
Malah Allah sudah berfirman tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum melainkan dengan tangan mereka sendiri,
Kita terus membiarkan mata ini tertutup dan hati diselaputi
nafsu yang menebal,
Jalan iman itu indah dan nafsu itu bisa merosakkan kita,
Kita semakin lalai dan terusan lalai malah semakin lupa
terhadap janji-janji yang dibuat kepada Allah,
Kitalah satu-satunya makhluk yang berani menyahut seruan
sebagai khalifah di bumi tika makhluk lain menggigil ketakutan,
Betapa hina dah bodohnya kita terhadap apa yang kita telah
lakukan dan banggakan,
Ingatlah,
Jalan kebahagiaan atau kesengsaraan merupakan pilihan hidup
terletak bukan di tangan tetapi kembali ke pangkal hati,
Carilah iman kerana ia tidak akan datang bergolek malah usaha
terhadap hijrah itulah harusnya,
Kembalilah duhai anak bangsaku
Nukilan,
Mimi Atieqa
Berwuduk di Dalam Bilik Air
QDi Dalam bangunan moden sekarang ini bilik mandi,
kelengkapan-kelengkapan mandi dan tempat membuang air
berada di dalam satu bilik. Adakah boleh saya berwuduk dalam
tempat ini dan saya menyebut nama Allah ketika berwuduk?
ASeperti yang diketahui, ulama’ fiqah berpendapat mencegah
kerosakan itu hendaklah diutamakan daripada mengerjakan
kebaikan. Perkara yang makruh itu lebih perlu dijaga sebelum
melakukan perkara sunat atau harus, sekurang-kurangnya
sebagai langkah berjaga-jaga. Seperti yang dimaklumi, jika semuanya berada di dalam satu tempat yang sama, biasanya tempat wuduk
turut tercemar dan terdedah kepada najis jika tiada langkah-langkah untuk memelihara kebersihan. Berwuduk dalam bilik air adalah
makruh jika dikhuatiri terkena najis dan terdapat tempat lain untuk berwuduk. Jika dia yakin tidak terkena sebarang najis atau tidak
terdapat tempat lain untuk berwuduk,maka dia boleh berwuduk di dalam bilik air ini.
Antara adab ketika qada’ hajat ialah tidak berkata-kata sama ada berbentuk zikir, doa dan membaca ayat al-Quran. Jika dia bersin, dia
tidak perlu menyebut “Alhamdulillah”, dan tidak perlu menjawab salam serta azan yang berkumandang. Diriwayat oleh Muslim dalam
sahihnya daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa seorang lelaki lalu berhampiran Nabi saw dan baginda sedang membuang air kecil.
Baginda tidak menjawab salam lelaki tersebut. Ulama’ berpendapat, larangan menjawab salam ini bukan hanya merangkumi orang yang
sedang berada di dalam tempat yang disediakan untuk qada’ hajat.
Maka orang yang berwuduk di dalam bilik air itu tidak perlu menyebut nama Allah dan berzikir ketika sedang berwuduk sama ada
sebelum atau selepasnya sehinggalah dia keluar daripada bilik air tersebut. Hukumnya hanyalah makruh bukannya haram dan jika dia
melakukannya juga maka dia tidak akan berdosa tetapi meninggalkannya lebih afdal.
Perlu diingatkan bahawa niat yang wajib dibaca
ketika berwuduk dan mandi wajib tempatnya
di dalam hati dan tidak wajib melafazkannya.
Oleh itu, tidak perlu melafazkannya ketika
berada di dalam bilik air dan memadai dengan
meniatkannya di dalam hati bagi seisapa yang
mengatakan niat itu wajib. Makruh berkata-
kata apabila tiada apa-apa kepentingan seperti
kecemasan atau perlu untuk bercakap seperti
mengingatkan tentang sesuatu yang merbahaya
ataupun menjawab pertanyaan orang dan
sebagainya. Jika keadaan memaksa untuk
berkata-kata tidaklah makruh.
Sumber:
Soal Jawab Wanita Islam oleh Shaikh Attiyah Saqr
(Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Al-Azhar, Mesir).
Sudut Fiqh
Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablus, Lubnan pada 9 Februari 1933. Beliau adalah seorang sarjana dan pemimpin gerakan Islam terkemuka di Lubnan. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, walaupun bidang pengajian pada peringkat sarjananya adalah kejuruteraan.
Pengasas Jemaah Islam LubnanBeliau dan rakan-rakannya adalah pengasas gerakan Islam di Lubnan selepas mengunjungi Dr. Mustafa As-Siba’ie di Syria pada tahun 1950-an. Beliau diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agong Jemaah Islaimiyah Lubnan antara tahun 1962 hingga 1992. Beliau melepaskan jawatan itu selepas menjadi ahli Parlimen Republik Lubnan. Pada tahun 2006, beliau menubuhkan gerakan Islamic Action Front.
Penulisan Fathi Yakan juga menulis tidak kurang daripada 35 buah buku. Tulisan-tulisan beliau mengenai dakwah diterjemahkan semula ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Antara tulisan beliau yang terkenal adalah Apa Erti Saya
Menganut Islam, Golongan yang Tercicir dan Bahtera Penyelamat. Sebagai seorang sarjana, beliau juga banyak menyertai seminar dan persidangan di seluruh dunia. Antaranya adalah Persidangan Islam Antabangsa.
Pegangan Terhadap Sistem Pilihan RayaPada tahun 1992, Fathi Yakan bertanding dalam pilihan raya Lubnan dan memenangi salah satu kerusi Parlimen. Beliau adalah tokoh Muslim yang bersinar dalam senario politik Lubnan sejak tahun 1996. Namun, pada awalnya beliau menolak kaedah pilihan raya kerana menganggap ia tidak pernah berlaku pada zaman nabi.
Pada tahun 1989, beliau menulis sebuah buku berjudul Ihdzaruu Al-Aids Al-Haraky. Melalui buku itu, beliau meluahkan pendapatnya mengenai penglibatan jemaah Islam ke dalam kancah politik menyebabkan kehancuran harakah Islam, khususnya di Lubnan. Beliau istilahkan fenomena itu sebagai Aids Harakah.
Beliau menyatakan demikian berdasarkan tujuh faktor:1. Jemaah yang wujud berdasarkan kekaguman pada seorang pemimpin tertentu.2. Jemaah mengejar kuantiti ahli, bukan membangun ahli yang berkualiti.3. Jemaah dipengaruhi oleh kepeningan luar seperti politik dan ekonomi.4. Tergesa-gesa bagi meraih kemenangan yang membawa kepada perpecahan dan tergadainya prinsip jemaah.5. Kewujudan pelbagai aliran dan perebutan pengaruh di kalangan pimpinan atau ahli.6. Campur tangan pihak luar, terutamanya parti politik lain dengan alasan bekerjasama dengan jemaah.7. Tiada kesedaran politik yang menyebabkan jemaah hanyut dalam arus politik semasa.
Kematian yang Diratapi DuniaTanggal 13 Jun 2009, dunia dikejutkan dengan pemergian Fathi Yakan buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan pada usia 76 tahun.
Sumber:50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia oleh Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad
Sudut Tokoh