isu keluaran buletin pembimbing andarakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin...

8
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1. Kerja Ikhlas Dengan Niat Yang Ikhlas 2. Rakan Sekerja 3. Direktori Wakil AKRAB 4. Tips Mencari Sahabat Sejati BULETIN BIL. 151/ DISEEMBER 2015 Sumber : Internet. Dalam melakukan sebuah pekerjaan, seringkali kita memperoleh hasil yang tidak sesuai dengan apa yang kita harapkan. Pekerjaan yang kita anggap mudah, ternyata tidak ber- jalan dengan lancar seperti yang kita harapkan. Diuji dengan pelbagai masalah dan sehing- ga kita merasa penat dan muncul lah rasa malas untuk terus berusaha menyelesaikannya. Akhirnya, hasil yang diperolehi sangat mengecewakan. Mengapa itu semua boleh terjadi? Ternyata, fikiran dan perasaan kita sangat mempengaruhi kualiti kerja kita. Bekerja dengan tidak ikhlas akan memberi kesan buruk terhadap kualiti kerja sehingga hasilnya pun hanya sekadar biasa. Namun sebaliknya, pekerjaan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan menguatkan semangat untuk terus berusaha. Menjauhkan rasa malas sehingga hasil yang diperolehi akan menjadi luar biasa. Serta memberikan kepuasan tersendiri atas pencapaian yang telah diraih. Lantas bagaimana supaya keikhlasan dalam bekerja itu tumbuh dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan? Niat adalah kunci awal untuk mengerakkan fikiran kita untuk berusaha melaksanakannya. Niat itu sesuatu yang kelihatannya sederhana, namun boleh mem- berikan kesan luar biasa. Segala perbuatan yang dilakukan dengan niat yang baik, Insyaallah kita akan mampu menjalani prosesnya dengan baik serta memperolehi hasil yang terbaik. Begitu juga se- baliknya, jika niatnya dari awal sudah salah, maka kita akan merasa sukar dalam men- jalani proses penyelesaian, dan hasilnya pun tidak akan membanggakan. Niat akan mencorak setiap langkah kita. Oleh kerana itu, sangatlah penting untuk me- nanamkan niat yang baik agar kita dapat melangkah menuju kebaikan pula. Jika hati sen- tiasa berniat baik, sudah pasti akan mendapat hal-hal yang baik, orang-orang yang baik, tempat dan proses kerja berjalan lancar bagi menjayakan sesuatu yang dirancang. Sementara itu, tindakan yang dilakukan tanpa niat yang betul akan mengakibatkan kerja tersebut dilakukan dengan kurang perancangan, menjadi tidak terkawal, dan pada akhirn- ya tidak menghasilkan kebaikan apapun kerana tidak disemai dengan keikhlasan hati da- lam melaksananya. Diri kita juga jika dipengaruhi oleh faktor-faktor negatif dan me- nyebabkan kerja susah untuk diselesaikan. Hal ini mengakibatkan kita melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Maka mulai saat ini, mari kita melakukan sesuatu kerja itu dengan niat yang baik dan amanah agar semua yang dirancang akan terlaksana dengan jayanya. Niatkanlah dalam hati bahawa kita akan melakukan pekerjaan itu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Oleh demikian semangat akan berkobar-kobar sehingga pekerjaan yang susah menjadi senang dan hasilnya sangat memuaskan.

Upload: lekhue

Post on 20-Jul-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDArakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin disember 2015.pdf · Mungkin mereka tidak berani mengambil risiko bahawa nanti rakan

BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN

BULETIN BIL. 151/ DISEEMBER 2015

1. Kerja Ikhlas

Dengan Niat

Yang Ikhlas

2. Rakan Sekerja

3. Direktori Wakil

AKRAB

4. Tips Mencari

Sahabat Sejati

BULETIN BIL. 151/ DISEEMBER 2015

Sumber : Internet.

Dalam melakukan sebuah pekerjaan, seringkali kita memperoleh hasil yang tidak sesuai

dengan apa yang kita harapkan. Pekerjaan yang kita anggap mudah, ternyata tidak ber-

jalan dengan lancar seperti yang kita harapkan. Diuji dengan pelbagai masalah dan sehing-

ga kita merasa penat dan muncul lah rasa malas untuk terus berusaha menyelesaikannya.

Akhirnya, hasil yang diperolehi sangat mengecewakan.

Mengapa itu semua boleh terjadi? Ternyata, fikiran dan perasaan kita sangat

mempengaruhi kualiti kerja kita. Bekerja dengan tidak ikhlas akan memberi kesan buruk

terhadap kualiti kerja sehingga hasilnya pun hanya sekadar biasa. Namun sebaliknya,

pekerjaan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan menguatkan semangat untuk

terus berusaha. Menjauhkan rasa malas sehingga hasil yang diperolehi akan menjadi luar

biasa. Serta memberikan kepuasan tersendiri atas pencapaian yang telah diraih.

Lantas bagaimana supaya keikhlasan dalam bekerja itu tumbuh dalam setiap pekerjaan

yang kita lakukan? Niat adalah kunci awal untuk mengerakkan fikiran kita untuk berusaha

melaksanakannya. Niat itu sesuatu yang kelihatannya sederhana, namun boleh mem-

berikan kesan luar biasa.

Segala perbuatan yang dilakukan dengan niat yang baik, Insyaallah kita akan mampu

menjalani prosesnya dengan baik serta memperolehi hasil yang terbaik. Begitu juga se-

baliknya, jika niatnya dari awal sudah salah, maka kita akan merasa sukar dalam men-

jalani proses penyelesaian, dan hasilnya pun tidak akan membanggakan.

Niat akan mencorak setiap langkah kita. Oleh kerana itu, sangatlah penting untuk me-

nanamkan niat yang baik agar kita dapat melangkah menuju kebaikan pula. Jika hati sen-

tiasa berniat baik, sudah pasti akan mendapat hal-hal yang baik, orang-orang yang baik,

tempat dan proses kerja berjalan lancar bagi menjayakan sesuatu yang dirancang.

Sementara itu, tindakan yang dilakukan tanpa niat yang betul akan mengakibatkan kerja

tersebut dilakukan dengan kurang perancangan, menjadi tidak terkawal, dan pada akhirn-

ya tidak menghasilkan kebaikan apapun kerana tidak disemai dengan keikhlasan hati da-

lam melaksananya. Diri kita juga jika dipengaruhi oleh faktor-faktor negatif dan me-

nyebabkan kerja susah untuk diselesaikan. Hal ini mengakibatkan kita melakukan hal-hal

yang tidak sepatutnya.

Maka mulai saat ini, mari kita melakukan sesuatu kerja itu dengan niat yang baik dan

amanah agar semua yang dirancang akan terlaksana dengan jayanya. Niatkanlah dalam

hati bahawa kita akan melakukan pekerjaan itu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Oleh demikian semangat akan berkobar-kobar sehingga pekerjaan yang susah menjadi

senang dan hasilnya sangat memuaskan.

Page 2: ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDArakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin disember 2015.pdf · Mungkin mereka tidak berani mengambil risiko bahawa nanti rakan

BULET IN BIL. 15 1/ DISEEMBER 2015 Mukasurat 2

Setiap hari berkerja anda akan berjumpa dengan rakan sekerja. Suka ataupun tidak secara tidak lang-sung setiap apa yang dilakukan anda atau cara pemakian anda pasti akan mendapatkan respon da-ripada mereka.

Jika anda masih baru di tempat kerja sekarang, tentu anda ingin membina hubungan silaturahim yang baik dan erat diantara mereka. Oleh demikian anda dapat menambah rakan sekerja, selesa un-tuk bekerja, merasakan suasana kekeluargaan, dan tidak dipinggirkan. Pekerjaan anda boleh berjalan lancar.

Berikut adalah tip untuk anda lakukan agar anda boleh menambah keakraban diantara rakan sekerja.

1. TIDAK KEDEKUT ILMU Pada masa sekarang, tidak mustahil terdapat rakan sekerja yang tergolong dalam “kedekut ilmu” ini. Mungkin mereka tidak berani mengambil risiko bahawa nanti rakan tersebut lebih hebat di masa akan datang. Mereka akan berpura-pura tidak tahu atau sibuk jika ada rakan meminta bantuan ten-tang sesuatu perkara. Ilmu yang anda miliki sebaiknya dikongsi bersama-sama rakan sekerja yang lain. Contohnya, jika an-da mahir dalam analisis data menggunakan MS Excel dan rakan kerja anda meminta bantuan, maka anda mestilah ajar rakan anda setiap step agar boleh dituruti sehingga selesai. Tidak dinafikan ter-dapat juga rakan yang mengambil kesempatan iaitu dengan sengaja berbuat tidak tahu kerana ingin anda yang menyelesaikan tugasnya. Jika terdapat rakan begini, anda haruslah bijak menangganinya contoh; memberi alasan bahawa anda mempunyai tugas lain yang perlu diselesaikan segera. Percaya bahawa ilmu yang anda miliki tidak akan hilang ataupun berkurang, malah akan bertambah. Anda juga boleh mendapat ilmu daripada rakan lain. Saling bertukar ilmu pengetahuan juga dapat menguatkan ingatan anda. 2. RAJIN Anda suka teman kerja yang rajin? Anda juga mesti rajin ketika waktu bekerja. Bagi mengelakkan anda malas dan agar tetap rajin, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan, antaranya ialah:

Tidak mengeluh – Mengeluh tidak akan menyelesaikan pekerjaan anda, malah anda akan semakin ma-las menyelesaikan tugas anda.

Mengasingkan tugas – Anda perlu mengasingkan tugas-tugas anda kepada beberapa kategori seperti penting, tidak penting, segera, atau tidak segera kerana perkara ini dapat menentukan sesuatu tugas yang perlu anda lakukan dan dahulukan. Hindari menunda-nunda kerana akan membuat anda stres apabila memikirkan tarikh akhir tugas.

Memanfaatkan waktu terluang untuk hal positif – Hindari menggunakan waktu terluang untuk bergosip atau melakukan sesuatu perkara tidak berfaedah dan lebih baik kalau anda memanfaatkannya dengan hal-hal positif contohnya makan tengahari bersama-sama.

3. MENGHARGAI RAKAN KERJA Hargailah rakan sekerja anda. Menghargai rakan sekerja ada banyak sebab dan cara. Contohnya, apabila rakan sekerja mengemukakan pendapat walupun berbeza pendapat dengan anda maka dengarlah sehingga habis bicaranya dan jangan pula anda menolak kata-katanya. Setelah itu, utarakan pendapat anda dengan bahasa yang sopan dan kukuhkan dengan sebab atau bukti yang kuat. Anda juga boleh mengucapkan “terima kasih” sekiranya anda dibantu oleh rakan sekerja ataupun terdapat perkara lain. Jika anda merupakan ketua, ringankanlah mengucapkan “tahniah” atau “terima Kasih” kepada mereka agar rasa lebih dihargai.

Page 3: ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDArakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin disember 2015.pdf · Mungkin mereka tidak berani mengambil risiko bahawa nanti rakan

BULET IN BIL. 15 1/ DISEEMBER 2015 Mukasurat 3

4. TETAP RAMAH Walaupun anda menghadapi masalah yang rumit, anda harus tetap peramah dan sentiasalah senyum kepada mereka. Bertegur sapalah dengan mereka yang anda kenal, seperti mengucapkan selamat pagi atau bertanya khabar. Demikian juga jika anda adalah ketua. Hindari bersifat sombong dan bersikap peramahlah dengan staf anda. Cara tersebut juga boleh menaikkan suasana kerja di awal pagi dan menjadikan keadaan lebih selesa. 5. JANGAN JADI PENGAMPU BOS Bersikap profesional dalam mencapai impian anda untuk menjadi yabg terbaik dan mecapai sasaran kerja anda. Tingkatkan prestasi kerja dan berusahalah agar setiap tugas yang dilakukan itu mencapai sasaran. Jika anda seorang yang suka mengampu bos, ketahuilah ramai rakan sekerja anda akan menjauhkan diri dari an-da dan tidak ikhlas membantu anda. Janganlah anda menyampaikan sesuatu perkara yang remeh kepada bos dan menokok tambah agar rakan anda itu kelihatan bersalah ataupun banyak kelemahan. Berkerjalah dengan niat yang betul dan ikhlas bagi menjamin pelaksanaan kerja anda mencapai kejayaan. 6. AKTIF MENYERTAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM JABATAN Jika rakan sekerja mengadakan suatu aktiviti, contohnya aktiviti bersukan seperti bermain futsal atau bad-minton, sekiranya anda mempunyai bakat tersebut sertailah mereka untuk mengeratkan silaturahim. Setiap aktiviti yang dianjurkan jabatan anda sudah pastinya akan melibatkan ramai rakan sekerja. Melalui jemputan tersebut juga anda boleh mengenali rakan-rakan lain dan mencipta jaringan kerja dimasa akan da-tang apabila anda memerlukan bantuan mereka. Tidak rugi sekiranya anda menyertai mereka. 7. MERENDAH DIRI Andainya anda memiliki kelebihan atau berpangkat lebih tinggi jadilah seperti peribahasa padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi. Jika anda mempunyai sikap negatif seperti sombong, pentingkan diri atau ego, maka sikap negatif itu perlu dihindar kerana pasti akan memberi kesan kurang baik kepada anda. Salah satu faktor keakraban bersama rakan sekerja ialah apabila anda selalu merendah diri dan itu tidak bermaksud bahawa anda akan ditindas. 8. Tidak mencuri idea rakan Dalam sesebuah jabatan pastinya semua staf boleh mengutarakan pendapat, pandangan ataupun idea secara terbuka. Sekiranya rakan anda mempunyai idea yang lebih baik dan relevan, janganlah anda mempunyai niat untuk mengambil idea tersebut dan menyatakan kepada ketua anda. Sikap sedemikian tidak baik dalam ker-jaya anda. Hubungan antara rakan juga akan terjejas dan kepercayaan rakan juga semakin berkurang kepada anda. Rakan sekerja merupakan salah satu faktor yang memengaruhi kerjaya anda. Berjaya atau tidak pasti berkait dengan mereka. Cubalah berfikiran positif dan hindarilah sikap negatif.

Sambungan…..(m/s 1)

Page 4: ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDArakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin disember 2015.pdf · Mungkin mereka tidak berani mengambil risiko bahawa nanti rakan

Mukasurat 4 BULET IN BIL. 15 1/ DISEEMBER 2015

Menghubungi Rakan Pembimbing Anda

ENCIK NAZARUDIN BIN ALI

(APMM)

[email protected]

TUAN HJ RAMLI B. ISMAIL

(APMM)

[email protected]

ENCIK SAIDUNKARNAEN B. BAKHO-

RI

(Bah.Hal Ehwal Penguatkuasaan

Maritim Malaysia)

[email protected]

ENCIK NORHISAM B. MISTAR

(BHEUU)

[email protected]

ENCIK MUHAMAD ASRI B. REMELI

(BHEUU)

[email protected]

ENCIK MOHD SAID B. OMAR

(Jab. Bantuan Guaman)

[email protected]

ENCIK YUSMAN B. ABD RASJID

(Jab. Bantuan Guaman)

[email protected]

PUAN AIDA BT. ABDUL WAHAB

(ILIM)

[email protected]

PUAN NORALIFAH BT. ISMAIL

(ILIM)

[email protected]

PUAN AZIAN BT. MOHAMED KAS-

SIM

(Jab. Insolvensi Malaysia)

[email protected]

PUAN AMSEVEANI A/P SUBRAMA-

NIAM

(Jab. Insolvensi Malaysia)

amseveani.subramaniam@ insolven-si.gov.my

PUAN CHE NORLIZA BINTI YAHYA

(Jab. Perangkaan Malaysia)

[email protected]

ENCIK WAN MOHD SHAHRULNI-

ZAM B. WAN MOHD NAJURI

(Jab. Perangkaan Malaysia)

[email protected]

PUAN ERMA MARLINA BT. HAMSAN

(JAWHAR)

[email protected]

PUAN MUZAZILA BT. MUSTARI

(JAWHAR)

[email protected]

ENCIK MOHAMAD ZAKKUAN BIN

TALIB

(JPM)

[email protected]

PUAN FATIMAH BINTI MOHAMAD @

YOUSOF

(JPM)

[email protected]

PUAN ZARINA BINTI MOHAMED

(JPM)

[email protected]

ENCIK SALLEH B. HASSAN

(Jabatan Peguam Negara)

[email protected]

PUAN FARIDAH BT KHATIB

(Jabatan Peguam Negara)

[email protected]

ENCIK MOHD SAZALI B. MOHD SAAD

(Jabatan Audit Negara)

[email protected]

PUAN NORIZAH BT. ABD. GHANI

(Jabatan Audit Negara)

[email protected]

PUAN AZZIANA BT AZMAN

(Jab. Kemajuan Islam Malaysia)

[email protected]

PUAN SITI NORHAFIDZANARIAH BT

AZIZAN

(Jab. Kemajuan Islam Malaysia)

[email protected]

PUAN MARYAFATNIN HAJAR BT.

IBRAHIM

(Pej. Ketua Pegawai Keselamatan

Kerajaan Malaysia)

[email protected]

PUAN JAWIAH BINTI HASHIM

(Pej. Ketua Pegawai Keselamatan

Kerajaan Negeri Sembilan)

[email protected]

PUAN FAUZIYAH BT AWANG

(ICU)

[email protected]

PUAN HAMIMA MADONA BT.

HUSSAIN

(ICU Pahang)

[email protected]

ENCIK MOHD AZIZAN B. MOHD FAUZI

(Unit Perancangan Ekonomi)

[email protected]

PUAN ZALIHA BINTI YUSOFF

(Unit Perancang Ekonomi)

[email protected]

PUAN LATIFAH BINTI ZAKRIA

(BPH)

[email protected]

PUAN SAMSIAH BT SHARIF

(BPH)

[email protected]

PUAN AIDAH BINTI MARUSIN

(MAMPU Sabah)

[email protected]

ENCIK KALIBASKARAN A/L MUNI-

ANDY

(MAMPU)

[email protected]

PUAN SITI HAJAR BT. SULAIMAN

(Majlis Keselamatan Negara)

[email protected]

ENCIK INDRA KHAIRIL B. BAHRAIN

(Bah. Kabinet, Perlembagaan dan

Perhubungan antara Kerajaan)

[email protected]

ENCIK REDZUAN B. RUZALI

(Parlimen)

[email protected].

ENCIK MOHAMED ZAINUL ARIFFIN

B. MOHAMED KASSIM

(Parlimen)

[email protected]

ENCIK ASRUL NIZWAN B. MOHAM-

AD

(Biro Pengaduan Awam)

[email protected]

ENCIK AZMI B. MUHAMAD

(Biro Pengaduan Awam)

[email protected]

Page 5: ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDArakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin disember 2015.pdf · Mungkin mereka tidak berani mengambil risiko bahawa nanti rakan

Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pen-galaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-

Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff

(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )

03-8872 3488 03-8872 1906

[email protected] [email protected]

Haji Ahmad Azam Bin Hj. Hassan Siti Nur Ain Binti Md. Johari (Pegawai Psikologi Kanan) (Pegawai Psikologi Kanan) 03-8872 5673 03-8872 5697

[email protected] [email protected]

Nor Kamaliati Binti Khamis (Pegawai Psikologi) Suhainiza Binti Saibani (Pen. Peg. Psikologi)

03-8872 3499 03-8872 3496

[email protected] [email protected]

Nalia Mariana Binti Ab. Rahman (Pen. Peg. Psikologi) Siti Norayu Binti Zakariah (Pembantu Tadbir)

03-8872 1907 03-8872 3498

[email protected] [email protected]

BULET IN BIL. 15 1/ DISEEMBER 2015 Mukasurat 5

PUAN ZARIENA BT. ABDULLAH

(Bah. Penyelidikan JPM)

[email protected]

PUAN MASLINDA SHERLIZA BT

ABDUL KARIM

(Bah. Penyelidikan JPM)

[email protected]

ENCIK MOHD FAIZAL B. OMAR BAKRI

(Pejabat Perdana Menteri)

[email protected]

ENCIK HUZAIRI B. ZAINAL ABIDIN

(Pejabat Perdana Menteri)

[email protected]

PUAN FAIROJIBANU BINTI ZAINAL

ABIDIN

(JPNIN)

[email protected]

PUAN SUHAIRA BT. RAMLI

(JPNIN)

[email protected]

PUAN RAJA NURUL HAFLIZA BT.

RAJA MOHAMED

(Jab. Kehakiman Syariah Malaysia)

[email protected]

ENCIK AZMI B. IBRAHIM

(Jab. Kehakiman Syariah Malaysia)

[email protected]

PUAN SITI ZALEHA BT. ISMAIL

(Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)

[email protected]

PUAN NORHAKIMAH BT. MD NOR

(Suruhanjaya Perkhidmatan Pelaja-

ran)

[email protected]

ENCIK ARFIAN B. JULIAN

(Pej. SUP Sabah)

[email protected]

PUAN CLARE NELLY UNGAH

(Pej. SUP Sabah)

[email protected]

PUAN ROHAIZAN BT. MOHD YUSUF

(Pej. Mufti Wilayah Persekutuan)

[email protected]

PUAN RODIAH BT. JAMALUDIN

(Mahkamah)

[email protected]

PUAN NORYATI BT. AHMAD

(Mahkamah)

[email protected]

ENCIK AZAMUDDIN B. ABD AZIZ

(ILKAP)

[email protected]

ENCIK MOHAMED NORDIN B. AB

RAUF

(ILKAP)

[email protected]

ENCIK MATHEW ANYAN ANAK

JAWA

(Pej. SUP Sarawak)

[email protected]

PUAN FARIDAH BT. MOHAMAD OTH-

MAN

(Pej. SUP Sarawak)

faridah.mohamad@

supsrwk.gov.my

PUAN MAHEDA BT. SALEHUDDIN

(Lembaga Perlesenan Kenderaan

Perdagangan)

[email protected]

PUAN SUHAIDA BT. SUTIM

(Lembaga Perlesenan Kenderaan

Perdagangan)

[email protected]

ENCIK RIKHAN B. AHMAT

(JAWI)

[email protected]

PUAN KARTINI BT. MOHD ZAIN

(JAWI)

[email protected]

PUAN SHAREENA IZZATUL BT.

RAHIM

(PERMATA)

[email protected]

PUAN SHALIZA BINTI AHMAD

SHAAFFIE

(1MOCC, MAMPU)

[email protected]

PUAN NORMAH BT. ZAKARIA

(Pej. Pengarah Tanah dan Galian

WP)

[email protected]

PUAN SITI ZALEHA BT. MOHD

FATHILLAH

(Unit Kerjasama Awam Swasta)

[email protected]

PUAN NORSIDAH BT. MANSOR

(Biro Tatanegara Sarawak)

[email protected]

Page 6: ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDArakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin disember 2015.pdf · Mungkin mereka tidak berani mengambil risiko bahawa nanti rakan

BULET IN BIL. 15 1/ DISEEMBER 2015 Mukasurat 6

Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sa-habat. Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hen-daklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menye-but kebaikan kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepent-ingan persahabatan.

Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa be-rada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu."

Page 7: ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDArakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin disember 2015.pdf · Mungkin mereka tidak berani mengambil risiko bahawa nanti rakan

BULET IN BIL. 15 1/ DISEEMBER 2015 Mukasurat 7

Page 8: ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDArakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin disember 2015.pdf · Mungkin mereka tidak berani mengambil risiko bahawa nanti rakan

BULET IN BIL. 15 1/ DISEEMBER 2015 Mukasurat 8