bab 5 -ukur kadaster

36
 AT 401 LATIHAN INDUSTRI 01DUT11F2025 62 BAB 5 : UKUR KADASTER 5.1 Pengenalan Ukur kadaster adalah proses merekod kedudukan sempadan hakmilik untuk menerangkan atau mengambarkan sesuatu kepunyaan atau hamilik sesorang bagi memenuhi keperluan didalam pentadbiran tanah. Ia boleh dikembangkan lagi kepada pengumpulan, pemprosesan dan pemberian pelbagai maklumat yang lebih luas. Faktor-faktor ini boleh dicapai dengan membuat pengukuran, penilaian dan pemeriksaan pada sempadan tanah oleh jurukur.

Upload: muhammad-fahami

Post on 15-Oct-2015

899 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

survey

TRANSCRIPT

AT 401 LATIHAN INDUSTRI 01DUT11F2025

BAB 5 : UKUR KADASTER

5.1 Pengenalan

Ukur kadaster adalah proses merekod kedudukan sempadan hakmilik untuk menerangkan atau mengambarkan sesuatu kepunyaan atau hamilik sesorang bagi memenuhi keperluan didalam pentadbiran tanah. Ia boleh dikembangkan lagi kepada pengumpulan, pemprosesan dan pemberian pelbagai maklumat yang lebih luas. Faktor-faktor ini boleh dicapai dengan membuat pengukuran, penilaian dan pemeriksaan pada sempadan tanah oleh jurukur.

5.1.1 Jenis-jenis Ukur Kadaster :

1. Penentuan sempadan, negeri, daerah dan mukim.2. Pelupusan tanah.3. Pelupusan bawah tanah (stratum). 4. Pecah bahagi bangunan (strata).5. Pecah bahagi ,pecah sempadan dan penyatuan.6. Pengambilan balik tanah.7. Pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.8. Ukur dinding dua tuan.9. Ukur perlombongan ukur hak laluan Ukur pengesahan.

5.1.2 Objektif Dan Matlamat

Tujuan utama ukur kadaster adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi kehendak awal bagi pendaftaran hakmilik. Ukur kadaster akan menentukan juga sebidang tanah itu sebagai objek dan unit-unit rekod.

5.1.3 Tujuan lain ukur kadaster adalah:

1. Untuk mentakrifkan sebidang tanah itu adalah di bawah mukim mukim tertentu dan pemilik ekonomi tertentu.2. Boleh menentukan mana-mana bidang tanah itu adalah tetap diatas muka bumi jika di perlukan dan menyesuaikan dengan kehendak-kehendak mahkamah.3. Untuk menentukan dua bidang tanah itu (lot) berhubung tanpa ruang dan tidak berlapis.4. Untuk memberikan bentuk bagi segala perubahan seperti pembahagian tanah dan keadaan lain jika ianya berlaku.

5.1.4 Kegunaan Ukur Kadaster

1. Pendaftaran hak milik tanah.2. Untuk pungutan cukai.3. Mendapatkan maklumat asas bagi tujuan pentadbiran tanah.4. Urusan dan urusniaga tanah.5. Perancangan dan pembangunan tanah.

5.1.5 Prinsip Ukur Kadaster

Setiap kerja ukur kadaster yang dijalankan mestilah mengikut prinsip from whole to the part yang bermaksud ukuran keliling mestilah

dibuat terlebih dahulu sebagai kawalan dan kemudiannya barulah pengukuran ke bahagian dalam dibuat.

Garisan terabas dibuat dimana setiap garisan diantara dua titik ditentukan nilai bearing dan jaraknya. Rangkaian garisan terabas hendaklah diasaskan kepada batu sempadan lama yang diakui berada didalam kedudukan asal. Pembinaan stesen juga perlulah ditubuhkan pada kedudukan yang kukuh dan tidak mudah dianjakan.

5.2 Ukur Hakmilik

Kerja ukur hak milik yang hendak dijalankan mestilah berlandaskan kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh jabatan ukur bagi setiap negeri (semua peraturan, undang-undang yang berkaitan ada tercatat didalam ukur pekeliling) untuk tanah pertanian, perusahaan atau perumahan.

Menurut Peraturan Ukur 2009, ukuran hakmilik meliputi mana-mana kerja ukur hakmilik tanah, strata dan stratum yang diwajibkan oleh undang-undang bertulis yang berhubung kait dengan pendaftaran sesuatu hakmilik bagi pelupusan tanah, pecah sempadan, pecah bahagian dan cantuman termasuk:

a. Menanda, mengganti, menanam pastian dan mengesahkan tanda-tanda sempadan di mana perlu;b. Merekodkan data ukuran;c. Menyediakan hitungan dand. Menyediakan Pelan Akuie. Ukuran kawalan.

5.2.1 Tujuan Ukur Hakmilik dijalankan :

i. Menentukan kedudukan batu-batu sempadan dan menunjukkannya dalam rekod daftar atau dokumen hakmilik.ii. Pengeluaran hakmilik tanah kepada seseorang.iii. Menukarkan hakmilik sementara kepada hakmilik tetap.iv. Penentuan sempadan sesuatu tanah.

5.2.2 Kerja-kerja Yang Dijalankan Di Dalam Ukur Hakmilik.

i. Menanam, mengganti serta menjalankan tanam pastian bagi sesuatu batu sempadan atau tanda sempadan.

ii. Untuk menentukan kedudukan suatu tanda sempadan dan mengesankan kedudukannya.iii. Menandakan dan merekodkan kesemua data-data dan menjalankan beberapa kerja perhitungan untuk melukis pelan-pelan.

5.3 Ukuran Semula

i. Ukuran semula tidak perlu jika ukuran terdahulunya mengikut peraturan jabatan dan tanda-tanda sempadan telah disahkan dalam kedudukan baik oleh pegawai penempatan. ii. Dalam kes pecah sempadan, pecah bahagian, serahan atau pengambilan balik, ukuran semula hendaklah tertumpu kepada sempadan-sempadan yang terlibat manakala garisan-garisan sempadan lain adalah bagi tujuan datum dan tutupan sahaja.iii. Kecuali diminta sebaliknya, maka ukuran bahagian lot yang terlibat dengan pengambilan balik dibawah akta pengambilan tanah 1960, terhad kepada baki lot itu sahaja, yang mana perlu dijalankan mengikut peraturan kecil (2).iv. Dalam kes ukuran semula bagi sempadan bentuk semulajadi, sempadan sedemikian hendaklah diukur dengan garisan lurus seberapa hampir yang boleh kepada bentuk semulajadi.v. Sungai mara kedalam lot hingga melepasi garisan terabas sedia ada.vi. Sungai mara ke dalam lot menyebabkan lot terbahagi dua atau lebih.

vii. Dalam kes ukuran semula bagi sempadan bagi bentuk semulajadi dimana sungai atau laut mundur keluar lot, sempadan yang sedemikian hendaklah diukur mengikut garisan terabas yang dahulunya digunakan bagi tujuan menetapkan sempadan bentuk semulajadi tersebut. Dimana terdapat apa-apa topangan, tembok atau lain-lain binaan berkenaan selagi keluasanya tidak keterlaluan melebihi keluasan yang dinyatakan diatas dokumen hakmilik.

5.4 Ukur Demakrasi

Dikenali sebagai ukur perimeter atau perkeliling.Tujuan demakrasi :i. Menentukan sesebuah kawasan dengan tepat bagi sesuatu lot tanah.ii. Menentukan kawasan sempadan masing masing serta keluasan yang sebenar.

5.5 Pecah sempadan

Pecah sempadan tanah bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah dipecah sempadan kepada dua bahagian atau lebih. Setiap bahagian yang telah dipecahkan akan dimiliki oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama di bawah hakmilik-hakmiik berasingan. Kelulusan permohonan pecah sempadan akan diberi setelah kelulusan pelan susunatur diperolehi daripada pihak berkuasa perancang tempatan. Sebagaimana yang diperuntukkan di dalam sekyen 135(2) Kanun Tanah Negara jika ketiadaan apa-apa arahan yang bertentangan daripada pihak berkuasa negeri, kelulusan pecah sempadan bolehlah diberikan oleh Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah.

5.6 Pecah Bahagian Tanah

Pembahagian tanah bermaksud bahawa tanah yang dipegang dibawah hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah, oleh 2 orang atau lebih sebagai tuanpunya bersama adalah dipecah bahagikan supaya meletak hak pada tiap-tiap seorang dari mereka itu dibawah satu hakmilik berasingan.

Apabila didaftarkan hakmilik sementara bagi tiap-tiap bahagian atau apabila didaftarkan hakmilik-hakmilik tetap bagi bahagian tanah itu, hakmilik sedia ada adalah terhenti dari berkuatkuasa.

5.7 Penyatuan Tanah

Penyatuan tanah bermakna bahawa dua lot tanah milik berdampingan atau yang dipegang pleh seorang tuanpunya dibawah hakmilik-hakmilik berasingan adalah digabungkan menjadi satu dan dipegang olehnya menjadi satu hakmilik.

Lot-lot tidak boleh disatukan jika tidak terletak didalam Bandar, pecah atau mukim yang sama atau jika terletak didalam satu Bandar atau pekan yang sama, lot-lot itu tidak boleh disatukan jika sekiranya sebahagian darinya dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan sebahagiannya lagi dipegang dibawah hakmilik Pejabat Tanah.

Mana-mana dua lot tanah atau lebih dianggap berdampingan jika tiap-tiap satunya berkongsi sekurang-kurangnya satu sempadan yang sama dengan yang lainnya.

5.8 Datum

Datum ialah asas untuk memulakan kerja sesuatu kerja ukur. Datum dalam ukur kadester adalah suatu garisan dimana bearing dan jarak diakui betul dan garisan akan menjadi rujukan untuk memulakan sesuatu kerja ukur. Pemilihan datum yang betul dapat memberikan hasil pengukuran yang baik. Setiap ukur kadester hendaklah berasaskan kepada datum yang memuaskan dan sebaik-baiknya terdiri daripada berikut:i. Dua tanda ukur yang bersebelahan dari pengukuran terdahulu dimana kedudukan tanda-tanda tersebut telah dibuktikan berada dalam kedudukan asal di dalam had yang dibenarakan, samada melalui pengukuran terus atau terabas dan hitungan serta dengan cerapan matahari untuk azimuth mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan. ii. Tiga tanda sempadan dimana dua darinya duduk bersebelahan dibuktikan dengan pengukuran sudut dan jarak atau dengan cara terabas dan hitungan ia masih berada pada kedudukan asal maka ia boleh diterima sebagai datum.iii. Mana-mana dua tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang dibuktikan berada dalam kedudukan asal melalui kaedah GPS seperti yang telah ditetapkan oleh jabatan ukur.

5.8.1 Syarat-syarat Datum

i. Dua titik yang duduknya sebelah menyebelah dibuktikan dalam pengukuran atau dengan cara terabas dan hitungan dan dengan tilikan matahari / bintang bagi penentuan azimut, bahawa kedua-duanya masih dalam kedudukan asal boleh diterima sebagai datum.ii. Tiga titik dimana dua daripadanya duduk sebelah menyebelah dibuktikan dengan pengukuran sudut dan jarak atau dengan cara trabas dan hitungan dan masih berada dalam kedudukan yang asal boleh diterima sebagai datum.iii. Bila garisan panjang dari trabas piawai kelas satu diambil sebagai datum, jarak mestilah dibuktikan dengan betul.

5.9 Tanda Sempadan

5.9.1 Definisi sempadan

Garisan sempadan adalah didefiniskan sebagai garisan bayangan antara tanda-tanda sempadan yang membahagikan had kawasan diantara satu lot (hakmilik) dengan lot yang lain. Garisan sempadan ini adalah sambungan

titik-titik yang membentuk garisan yang dipersembahkan dalam bentuk numerical bering dan jarak.

5.9.2 Jenis Batu Sempadan Tanda Sempadan Jenis A i. Tanda sempadan ini diperbuat daripada konkrit jenis campuran batu kelikir, simen dan ianya dibuat terus keatas sempadan.ii. Sela jarak diantara tanda sempadan ialah diantara 2km.iii. Batu sempadan jenis ini senang digunakan kerana ringan dan kecil.

Tanda Sempadan Jenis Bi. Tanda sempadan ini terdapat dalam bentuk konkrit dengan campuran batu kecil kelikir, simen serta pasir dan dibina terus di atas garis sempadan yang telah dipersetujui serta jarak.ii. Sela diantara tanda sempadan ialah antara 0.5km-1km.

Tanda Sempadan Jenis C i. Tanda sempadan jenis ini pula diperbuat diatas kem dan dibawa serta ditanam diatas sempadan yang dipersetujui.

Tanda Sempadan Jenis Di. Diperbuat di kem dan ditanam diatas garis sempadan yang telah dibuat dan dipersetujui.ii. Sela jaraknya diantara 25m hingga 100m.

5.9.3 Penandaan Sempadan

a. Menjalankan kerja luar tanda-tanda sempadan hendaklah ditanam mengikut kedudukan yang ditunjukkan ke dalam permohonan ukur dan surihan kerja luar melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu.b. Tanggungjawab pengukuran untuk melaporkan kepada jurukur daerah atau menunjukkan didalam buku kerja luar melalui cerapan jika terdapat tanda-tanda sempadan yang telah cabut atau tanam pastian boleh dilaksanakan.c. Tanda sempadan-sempadan biasanya digunakan merujuk kepada Pekeliling Ketua Pengarah Ukur bil. 4/77.

5.9.4 Kaedah Tanda SempadanDi jumpai dalam keadaan tegak tetapi terlalu tinggi dari permukaan bumi boleh dianggap kedudukan betul, kecuali dapat dibuktikan dengan cara lain. Boleh digunakan sebagai datum dan pengukuran

perlu menurunkan tanda sempadan tersebut tanpa dianjak dan pangkalnya.

Tanda sempadan dijumpai condong dari tapak, boleh dianggap kedudukannya betul kecuali dapat dibuktikan dengan cara lain. Boleh digunakan sebagai datum dan pengukuran hendaklah terlibat menegakkan tanda sempadan tersebut sebelum ianya digunakan.

5.9.5 Langkah Penandaan

Pemasangan tanda sempadan hendaklah dibuat dengan kemas didalam tanah dan bahagian atasnya hendaklah berada pada ketinggian tidak melebihi lapan (8) sentimeter diatas permukaan tanah .Pemasangan tanda sempadan diatas permukaan lain hendaklah dibuat dengan jelas dan kekal, mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh jabatan. Tanda atas garisan ( on-line ) :-1. Sekiranya tanda sempadan perlu ditanam atas garisan lama, kedua-dua tanda sempadan lama hendaklah terlebih dahulu disahkan berada pada kedudukan asal ( dalam had anjakan yang dibenarkan ). Jika tidak, tanda tanda sempada lama tersebut hendaklah digantikan atau dibuat tanam pastian mengikurt peraturan jabatan.2. Tanda sempadan baru yang ditanam diatas garisan sempadan lama hendaklah dibuktikan berada diatas garisan sempada tersebut, samaada secara hitungan atau cerapan .3. Tiada tandaJika kedudukan sempadan berada pada dilokasi yang tidak boleh ditandakan, kaedah tiada tanda hendaklah digunakan, iaitu seperti berikut :-i. Tanda tanda rujukan kekal hendaklah ditanam bagi membolehkan kedudukan tanda sempadan yang sebenar ditentukan.ii. Tanda-tanda rujukan kekal tersebut hendaklah ditanam diatas garisan yang membentuk persilangan sempadan-sempadan berkenaan, seberapa hampir kepada butiran penghalang.1. Jarak antara tanda sempadani. Tanda-tanda diatas sempadan lurus hendaklah ditanam padasela yang tidak melebihi 300 meter jika tanda-tanda tersebut saling nampak atau pada sela tidak melebihi 200 meter jika tidak saling nampak.ii. Garisan garisan sempadan mengikut lengkung hendaklah ditanam di hujung perentas supaya jarak normal dari lengkungan tersebut ke garisan .iii. Tiada sempadan nombor penggunaan tanda sempadan bernombor hendaklah mematuhi ketetapan yang tepat melalui peraturan 68, PUK 2002.

5.10 Kelas UkuranI) Kelas Pertama

Merangkumi ukuran trabas piawai dengan trabas-trabas lain yang diperlukan untuk memanjangkan data trigonometri bagi kawalan ukuran

kelas kedua dan ukuran-ukuran lain meliputi ukuran hakmilik di kawasan bandar dan desa.

a. Kegunaan i. Trabas piawai.ii. Trabas kawalan bagi pengukuran di kawasan bandar.iii. Trabas sepanjang sempadan untuk kawalan pentadbiran, jalan, laluan keretapi dan sungai untuk ukuran hak milik.iv. Ukuran hak milik di kawasan bandar dan desa meliputi tanah untuk bangunan dan perindustrian yang terkeluar daripada had bandar dan desa.

b. Tikaian

i. Tikaian bering bagi setiap stesen adalah 10 dengan perbezaan maksima 1 10.ii. Tikaian lurus adalah tidak kurang dan 1 : 8000.iii. Bering muktamad perlu dicatatkan 10 terhampir.iv. Catatan jarak dicatatkan kepada 0.001m terhampir.

ii. Kelas Kedua

Ukuran kelas terdiri daripada trabas ukuran kawalan kecil dan sambungan ukuran hak milik di kawasan luar bandar.

a. Kegunaan Terabas Keliling. Terabas kawalan kecil. Garisan penyambung semua pengukuran untuk hakmilik bagi satu-satu kawasan yang bukan untuk diukur dengan pengukuran kelas ketiga.

b. Tikaian. Tikaian bering setiap stesen ialah 20 dengan had perbezaan ialah 2 30. Tikaian lurus ialah 1 : 4000. Bering muktamad dicatatkan kepada 30 yang terhampir. Catatan jarak dicatat kepada 0.001m terhampir sebagai jarak muktamad.

iii. Kelas KetigaUkuran kelas ketiga digunakan untuk mengukur di kawasan kampung.

a. Kegunaan Ukur sempadan dalam kawasan kampung. Ukur hak laluan di kawasan kampung.

b. Tikaian Bering tutup tidak melebihi 5. Tikaian lurus ialah 1 : 2500. Bering muktamad dicatatkan kepada 1 yang terhampir. Catatan jarak dicatat kepada 0.01m terhampir sebagai jarak muktamad. Akan tetapi Jabatan Ukur telah menetapkan kelas ukuran yang diterima sekarang adalah kelas ukur pertama, kelas ukur kedua dan ketiga tidak terpakai lagi.

5.11 Bearing Akui

Bearing akui adalah arah garisan dalam ukuran terabas tertutup atau disambungkan kepada terabas tertutup dengan cerapan berasingan serta yang dibuktikan mempunyai bearing yang betul secara cerapan astronomi atau bandingan dengan nilai asal, yang diakui boleh diterima bagi sesuatu kerja ukur bearing akui diperolehi dengan menggunakan kaedah-kaedah berikut :i. Cerapan matahari

Bearing akui sebaik mungkin diperoleh melalui cerapan matahari yang dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh jabatan. Tatacara penentuan azimut dengan menggunakan kaedah cerapan matahari.ii. Bearing akui juga boleh diperoleh dari arah garisan yang dibentuk oleh tiga (3) tanda ukur yang saling nampak atau dihitung, yang disahkan berada dalam kedudukan asal dengan cara membandingkan sudut dan jarak asal serta baru.

5.12 Cerapan Dan Pengukuran Di Lapangan

a. Setiap ukuran boleh dimulakan samaada daripada bearing anggaran, bearing kompas prismatik, bearing cerapan matahari atau nilai-nilai lama dari surihan kerja luar atau pelan pra hitungan.b. Cerapan bearing atau sudut mendatar bagi setiap ukuran hendaklah dibuat pada dua penyilang iaitu penyilang kiri dan penyilang kanan dengan cerapan penyilang kiri didahulukan.c. Cerapan bearing atau sudut mendatar hendaklah direkodkan kepada 01 terhampir.d. Perbezaan diantara bacaan penyilang kiri dan bacaan penyilang kanan hendaklah tidak melebihi 20 . Jika melebihi had tersebut, cerapan semula perlu dilakukan. Walaubagaimanapun, had tersebut boleh dilampaui bagi kawasan bendang, paya, tanah gambut atau lain- lain keadaan yang tidak stabil sekiranya tidak menjejaskan tikaaian bearing dan sudut mengikut had yang dibenarkan oleh jabatan

e. Cerapan sudut pugak pertama pada setiap hendaklah dibaca di kedua-dua penyilang dan direkodkan kepada 01 terhampir .perbezaan diantara bacaanf. kedua-dua penyilang hendaklah tidak melebihi 01. Jika melebihi had tersebut, cerapan semula perlu dilakukan. g. Ukuran ofset kepada butiran semulajadi atau buatan, memandai dibuat pada (1) penyilang sahaja, iaitu kepada 01 terhampir.h. Jarak garisan yang digunakan untuk membawa bearing ke hadapan hendaklah bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan alat serta boleh menjamin kejituan cerapan bearing bagi sesuatu ukuran.i. Bagi pengukuran yang menggunakan peralatan buku kerjaluar elektronik (BKE), cerapan bearing hendaklah menggunakan peralatan dan perisian yang membolehkanya direkod secara automatik. Sebarang kemasukan data secara manual (key in ) adalah dilarang sama sekali.

5.13 Cerapan jarak.

a. Cerapan jarak sempadan seboleh-bolehnya hendaklah dibuat secara terus samaada secara mendatar atau jarak cerun, tetapi jarak muktamad mestilah merupakan jarak mendatar.b. Cerapan jarak hendaklah dibaca pada kedua-dua penyilang dan direkodkan kepada 0.001 meter terhampir dimana perbezaan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 0.004 meter.c. Bagi ukuran dikawasan tinggi dan melibatkan garisan panjang, pembetulan bagi ukuran ketinggian atas aras laut min, pembiasan dan kelengkungan bumi hendaklah dihitung kepada 0.001 meter terhampir

d. Bagi pengukuran yang menggunakan BKE, cerapan jarak hendaklah menggunakan peralatan dan perisian yang membolehkannya direkodkan secara automatik. Sebarang kemasukan data secara manual ( key in ) adalah dilarang sama sekali.e. Bagi cerapan jarak yang menggunakan alat EDM tetapi pembukuannya dibuat secara manual, hanya cerapan jarak mendatar sahaja perlu direkodkan.

5.14 Cerapan Matahari

5.14.1 Pengenalan

Cerapan matahari dijalankan untuk mengawal azimut dengan cara mencerapan altitud matahari pada masa-masa yang tertentu dan dihitung secara segitiga astronomi. Cerapan yang baik biasanya dilakukan selok-eloknya jam 8 pagi hingga 10 pagi dan 4.30 petang hingga 6.00 petang yang mana kedudukan matahari pada paras terbaik iaitu sudut yang sesuai 15 - 30. Cerapan pada altitud yang besar adalah tidak digalakkan.

Cerapan selalunya dilakukan sebanyak 3 set dan jika cerapan pertama dan kedua adalah salah barulah cerapan ketiga (semakan) dilakukan. Kiraan adalah berdasarkan kepada purata cerapan matahari dan purata kedua-dua set tadi akan dilakukan perbandingan untuk memastikan selisih pada kedudukan yang jitu.

Kebiasaanya, hitungan adalah dilakukan menggunakan mesin kira berprogram ataupun melalui perisian berkomputer. Ini kerana nilainya adalah kompleks dan memerlukan banyak ruang ingatan serta hitungannya agak rumit dan mengambil masa yang lama.

5.14.2 Prosedur

Sebelum membuat cerapan suria alat total station perlulah terdahulu berada dalam keadaan terlaras1. Pasang pelambab di stesen hadapan untuk garisan rujukan (R.O).2. Dirisiap alat di stesen cerapan dan laraskan alat denga teliti. Hilangkan beza lihat jika ada.3. Setkan bearing garisan rujukan (R.O) di dalam total station dengan bacaan penyilang kiri dan senang target.4. Longgarkan skru pengetat plit dan arahkan teropong ke matahari mengikut putaran jam. 5. Pasang Kanta gelap kepada eyepiece total station dan kemudian ketatkan skru plit untuk membaca bearing datar dal altitud.6. Apabila matahari dilihat di teropong pandangan, dengan menggunakan skru plit gerak perlahan-lahan aturkan supaya matahari tangen kepada bebenang tegak teropong di sebelah kiri dan bebenang mengufuk membahagikan matahari seperti dalam rajah.

Gambar rajah 5.14.1

7. Catitkan masa tilikan dari jam tangan. Baca dan catitkan kedudukan gelembung aras pelit, sudut datar (bearing) dan altitud matahari tersebut ke dalam borang tersedia.8. Dengan skru gerak perlahan ubah tilikan supaya matahari sekarang ianya tangen pula di sebelah kanan bebenang tegak seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah.

Gambar rajah 5.14.2 9. Catitkan masa cerapan dan baca juga kedudukan gelembung aras pelit, sudut datar (bearing) dan altitud ke dalam borang.10. Tukarkan teropong total station sekarang, cerapan dalam penyilang kanan dan terus tilikan kepada matahari. Aturkan kedudukan matahari di sebelah kanan tangen kepada benang tegak seperti ditunjukkan dalam rajah bawah.

Gambar rajah 5.14.3

12. Catitkan masa cerapan dan baca juga kedudukan gelembuang aras pelit, bearing dan altitud ke dalam borang.13. Dengan skru gerak perlahan ubah kedudukan matahari supaya ianya tangen dan disebelah kiri bebenang tegak seperti dalam rajah.

Gambar rajah 5.14.414. Baca dan catitkan semua cerapan.15. Kemudian longgarkan skru plit, ubah teropong dan tenang semula ke targen (R.O).Baca dan catit cerapan.

16. Kesemua aturcara ini adalah untuk set yang pertama. Aturcara perlulah di ulang untuk membuat set yang kedua. Setiap borang yang lengkap mempunyai dua set cerapan.

5.15 Semakan Sudut Dan Jarak

a. Semakan sudut dan jarak kepada tanda sempadan perlu dilakukan bagi garisan sempadan dan garisan sambungan yang tergantung ( hanging ) kecuali terdapat nilai-nilai ukuran lama yang mencukupi membuktikan kedudukan tanda sempadan berkenaan berada pada dalam keadaan asal .b. Semakan sudut bagi garisan tergantung adalah memandai dibuat pada satu penyilang berdasarkan rujukan bearing yang berlainan, dengan had perbezaan bearing semakan berbanding nilai cerapan, tidak melebihi 01c. Ofset cerapan jarak kepada kedudukan tanam pastian atau gantian tanda sempadan hendaklah dilakukan seberapa dekat yang boleh daripada kedudukan stesen terabas, dan sewajarnya tidak melebihi 20 meter.d. Semua ukuran jarak garisan perlu disemak samada secara cerapan berperingkat ( part by part) atau dengan mengubah sudut pugak atau dengan mengubah sudut pugak atau pun dibuat mengikut arah bertentangan.

5.16 Rekod Cerapan Ukur Kadaster

5.16.1 Kaedah Merekod Menggunakan Buku Kerjaluar

Setiap cerapan kerjaluar hendaklah direkodkan dalam buku kerjaluar ukur kadaster mengikut format yang dibenarkan.

1. Maklumat dalam buku kerjaluar : Pengukur hendaklah mengisi semua maklumat yang perlu di muka surat fahrasat buku kerjaluar. Hasil ujian alat yang digunakan untuk ukuran hendaklah diisi menggunakan borang disediakan dan dilampirkan di sebelah dalam kulit buku kerjaluar Hasil cerapan hendaklah direkodkan ke dalam buku kerjaluar sebaik sahaja selesai cerapan dibuat, Menggunakan dakwat hitam kekal. Apa-apa maklumat dalam buku kerjaluar hendaklah merupakan hasil daripada cerapan sebenar atau terbitan daripadanya. Tarikh cerapan hendaklah dicatitkan di ruangan suhu bagi cerapan pertama dan akhir pada setiap hari kerja. Pengukur hendaklah menandatangani ruang, dibawah ruangan terakhir cerapan, di setiap muka surat buku kerjaluar.

2. Pelarasan Bearing Muktamad Bearing muktamad hendaklah dilaraskan kepada 10 terhampir; Perkataan Bearing Tutup atau Bearing Terikat hendaklah dicatatkan di ruangan bearing muktamad pada garisan berkenaan dan kenyataan tutupan bearing pada ruang yang sesuai dicatatkan seperti berikut: Garisanke dibaca .. Sepatutnya dibaca .. Tikaian .... dalam.stesen melalui stesen ,,Pembetulan +/- .. sestesen. Garisan yang telah diterima sebagai garisan bearing akui hendaklah dicatat singkatan perkataan DgnMh BgAk atau SA BgAk, di mana berkaitan, pada muka surat cerapan dalam ruangan bearing muktamad.

3. Huraian tanda sempadan dan tanda ukur : Hanya singkatan yang ditetapkan oleh Jabatan sahaja digunakan bagi menerangkan keadaan tanda-tanda sempadan dan tanda-tanda ukur. Nombor siri tanda-tanda ukur hendaklah dicatatkan di muka surat cerapan dan gambarajah. Penggunaan istilah dan simbol bagi tanda-tanda sempadan dan tanda-tanda ukur hendaklah mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jabatan

4. Nombor stesen Angka bulat (integer) hendaklah digunakan bagi membuat penomboran stesen dan sebolehbolehnya dinomborkan secara berturutan mengikut susunan ianya dicerap. Nombor stesen hendaklah digunakan sekali sahaja bagi setiap ukuran.

5. Gambarajah Gambarajah hendaklah dilukis dengan lengkap dan mudah ditafsirkan bagi menggambarkan pengukuran yang dijalankan. Ia boleh dilukiskan tanpa skala, tetapi hendaklah memaparkan petunjuk utara. Gambarajah hendaklah seboleh-bolehnya dilukis bersebelahan muka surat cerapan dengan rujukan silang (cross reference) yang jelas dan lengkap. Nombor stesen hendaklah ditunjukkan dalam bulatan. Garisan sempadan hendaklah dilukis dengan menggunakan garis malar, garisan terabas dengan menggunakan garis putus dan garisan ofset dengan menggunakan garis bertitik. Bearing hendaklah ditunjukkan kepada 10 terhampir. Jarak hendaklah ditunjukkan kepada 0.001 meter terhampir. Singkatan bagi bearing akui iaitu DgnMh BgAk atau DpdMh BgAk atau SA BgAk hendaklah dicatat di muka surat gambarajah pada garisan yang berkenaan. Nombor-nombor lot berdampingan hendaklah ditunjukkan. Butiran topografi yang diofsetkan, seperti mana yang ditetapkan dalam peraturan 28, PUK 2002 hendaklah dilukiskan.

Sempadan pentadbiran dan arah aliran atau arah air pasang surut sungai hendaklah ditunjukkan, jika ada. Sempadan lot yang diukur hendaklah diwarnakan merah dan parit, taliair, sungai, tasik serta laut diwarnakan biru.

5.17 Tanam Pastian

Tujuan dilakukan tanam pastian adalah untuk menggantikan tanda-tanda ukur yang hilang atau membetulkan kedudukan tanda-tanda yang berganjak lebih daripada had-had yang dibenarkan daripada ukuran yang terdahulu supaya ia berada dalam had kedudukan asalnya.

Sesuatu tanda itu dianggap telah di tanam pastian bila pengukuran baru dari tanda-tanda bersebelahan kepadanya didapati tidak berbeza dengan yang nyata daripada nilai-nilai asal yang bersempadan dengannya.

5.17.1 Kerja-kerja Tanam Pastian

Sebelum proses tanam pastian dapat dijalankan terlebih, garisan asas (base line) untuk tanam pastian hendaklah di kenal pasti terlebih dahulu. Ciri-ciri garisan asas yang baik ialah :a. Terdiri daripada tiga tanda sempadan lama yang berada didalam kedudukan baik dimana dua daripadanya terletak bersebelahan atau dihubungkan dengan hitungan dan dibuktikan dengan tanda hentian ketiga dengan cara hitungan, iaitu jika terdapat tiga tanda yang bersebelahan.b. Ketiga-tiga tanda mestilah dibuktikan berada dalam kedudukan yang baik dan sempurna iaitu melalui perbandingan sudut dan jarak nilai asal dan nilai baru.c. Garisan yang mempunyai nilai seasal perlulah melalui tanda yang perlu ditanam pastian ( diganti ) begitu juga trabas yang mempunyai nilai yang baru.d. Seboleh-bolehnya, jarak garisan hendaklah lebih panjang daripada jumlah jarak garisan yang mempunyai nilai seasal yang digunakan bagi pengiraan garisan asas.

5.18 Batu Sempadan

5.18.1 Keadaan Batu Sempadan

Semasa di lokasi projek, pegawai kerja luar atau juruukur akan menjumpai tanda-tanda sempadan dalam pelbagai keadaan rupa. Diantaran perkara yang perlu diambil kira dan diberi perhatian adalah :i. Apabila batu sempadan dijumpai tegak, tegap dan menunjul di atas tanah pada ketinggian yang betul hendaklah dianggap bahawa ianya berada didalam keadaan dan kedudukan asal melainkan dibuktikan sebaliknya.ii. Dasar ( pangkal ) sesuatu tanda sempadan yang dijumpai condong hendaklah dianggap berada dalam kedudukan asal sehingga dibuktikan sebaliknya. Tanda ini hendaklah ditegakkan secara pugak di atas dasarnya sebelum sebarang pengukuran dibuat kepada atau daripada.iii. Bagi tanda sempadan yang tertimbus hendaklah dinaikkan supaya ia menonjol pada ketinggian yang elok di atas tanah.iv. Bagi batu sempadan yang pecah bahagian atasnya tetapi masih berada di tempat asalnya, maka bahagian tengah batu tersebut hendaklah dianggap sebagai titik stesen sebenar. Jika perlu batu ini hendaklah dicabut dan digantikan dengan yang lain.v. Bagi tanda sempadan yang menonjol tinggi pula di atas hendaklah diturunkan supaya menonjol pada ketinggian yang elok di atas tanah.vi. Jika batu sempadan tercabut, maka ia perlulah ditanam pada kedudukan asal melalui proses tanam pastian atau di atas nilai seperti asal.

5.18.2 Pertimbangkan Dalam Menentukan Anjakan

Perkara-perkara berikut perlu diambil pertimbangan untuk menentukan anjakan tersebut iaitu :a. Jumlah nilai anjakan.

b. Kedudukan tanda berhubung dengan luas dan nilai tanah.c. Kedudukan serata jaraknya dari pagar, bangunan dan sebagainya yang dibina kemudian.d. Kedudukan tanda tersebut berkaitan dengan tanda-tanda lain dalam kawasan yang sama, misalnya satu tanda teranjak daripada satu siri atas lingkaran.e. Kemungkinan tanda tersebut akan digunakan di masa hadapan sebagai datum bagi kerja pengukuran yang lain.

5.19 Bering Muktamad

Garisan bering muktamad adalah merupakan satu bering yang didapatkan dari bering purata setelah ditolak dan dicampurkan dengan pembetulan-pembetulan seperti ;i. Tikaian Sudutii. Pembetulan Ciii. Pembetulan MBering yang ditulis diruangan ini bergantung kepada kelas ukuran masing-masing. Untuk kelas satu bering ditulis pada penghampiran 10 saat dan untuk kelas dua bering ditulis kepada penghampiran 30 saat.

i. Tikaian Sudut

a. Tikaian sudut adalah merupakan satu selisih yang berlaku apabila sesuatu terabas itu ditutup dan juga satu selisih yang berlaku antara penyilang kanan dan penyilang kiri apabila teodolit ditransitkan.b. Contohnya satu terabas dimulakan dari satu datum yang bernilai 885520tetapi ditutup dengan nilai 885530. Ini menunjukkan bahawa terabas itu mempunyai tikaian sudut sebanyak 10 saat. Di dalam kerjaukur kadaster had-had tikaian sudut telah ditentukan bagi kelas masing-masing.c. Bagi Ukuran Kelas Satu, tikaian bering tutup ialah 1 minit 15 saat dengan tikaian maksimum untuk setiap stesen sebanyak 10 saat. Bagi Ukuran Kelas Dua, tikaian bering tutup ialah 2 minit 30 saat dengan tikaian maksimum untuk setiap stesen sebanyak 20 saat.

ii. Pembetulan C

Pembetulan C adalah pembetulan yang dikenakan atau diberikan kepada garisan terabas / sempadan yang telah diukur apabila terabas itu ditutup dengan tikaian matahari. Pembetulan ini diperolehi dari pembetulan nilai tikaian dengan jumlah stesen yang diduduki. Pembetulan C adalah pembeetulan yang bertambah-tambah dari satu stesen ke satu stesen yang lain.

Contoh :

Garisan 1-2 dibaca 885520Sepatutnya dibaca 885530Tikaian - 10 dalam 5 stesen iaitu 2,3,4,5 & 1.Pembetulan + 10/ 5 iaitu 2sestesen.

Tikaian ini hendaklah dibahagikan mengikut stesen dan untuk stesen 2 ialah + 2. Stesen 3 adalah + 4, stesen 4 adalah + 6, stesen 5 adalah + 8 dan stesen 1 adalah + 10.

iii. Pembetulan M

Pembetulan M adalah pembetulan yang diberikan kepada garisan-garisan terabas apabila terabas itu diikat dengan cerapan matahari atau kepada kedudukan batu lama yang berada dalam kedudukan.

Tujuannya ialah untuk pembetulan orientasi bering bagi garisan terabas yang dibuat. Pembetulan ini juga diberikan kepada garisan sempadan bersebelahan yang diambil tetapi tidak termasuk dalam terabas tertutup dan juga garisan terabas tertutup dan juga garisan terabas kecil di dalam terabas utama.

Setiap terabas yang telah melebihi 25 stesen hendaklah diikat ke matahari ataupun batu-batu lama yang berada dalam kedudukan dan garisan-garisan selanjutnya selepas stesen ke 25 ini hendaklah diberikan pembetulan M. Pembetulan M adalah satu pembetulan yang tetap. Ianya tidak bertambah atau berkurang sehinggalah terabas itu ditutup.

5.20 Kesimpulan

Ukur Kadaster adalah sebahagian kerja ukur hakmilik tetap atau hakmilik sementara. Sbelum memulakan kerja Jurukur perlu memahami konsep kerja sebenar kerja Ukur Kadaster.Tujuan ukur kadaster adalah untuk menentukan hakmilik sebuah tanah seperti penentuan tanda sempadan dan garis sempadan. Apabila penentuan hakmilik sudah ditentukan. Pungutan cukai dapat dilakukan dan juga segala urusan lain, seperti pecah bahagian, pecah sempadan, penyatuan tanah dan lain-lain.

Oleh itu, segala konsep perlulah difahami sebelum menjalankan pengukuran untuk memenuhi segala peraturan yang telah dibuat di dalam Peraturan Ukur.

70