asingment pendidikan luar hbpe3203

49
HBPE3203 FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE SEMESTER JANUARI 2014 HBPE3203: PENDIDIKAN LUAR MATRICULATION NO : 810131015961001 IDENTITY CARD NO. : 810131015961 TELEPHONE NO. : 0137795961 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : Batu Pahat Learning Centre

Upload: fazliaman

Post on 24-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

HBPE

TRANSCRIPT

_x0001_

HBPE3203

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGESEMESTER JANUARI 2014

HBPE3203: PENDIDIKAN LUAR

MATRICULATION NO: 810131015961001IDENTITY CARD NO.: 810131015961TELEPHONE NO.: 0137795961E-MAIL : [email protected] CENTRE: Batu Pahat Learning Centre

PENGHARGAAN

Dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyempurnakan sebuah tugasan demi segulung ijazah sebagai perubahan tahap akademik insan bergelar pendidik yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat Tutor yang berwibawa En.Abd Kadir bin Abd.Rahim yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam merealisasikan menghasilkan tugasan ini. Begitu juga buat GPK Ko-kurikulum di sekolah saya En.Mazlan Bin Ahmad atas perkongsian ilmu selama saya menyiapkan tugasan ini.Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat isteri tersayang Ruhaida bt Zahari serta anak-anakku yang memahami kesibukan untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga adik dikasihi Mohd.Rahimi Bin A. Rahman yang banyak membantu saya semasa saya menyiapkan tugasan ini.Tanpa kefahaman dan kerjasama mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya sedar, terlalu banyak kelemahan yang ada pada manusia. Hanya semangat melihat rakan-rakan lain boleh melaksanakannya, tentulah saya sebagai pendidik juga boleh melakukannya.Ini kerana, jauh di sudut hati saya sebagai pendidik inginkan perubahan seiring dengan perubahan dunia pendidikan yang global, namun masih berteraskan landasan yang betul. Semoga tugasan ini menjadi perintis kejayaan cemerlang dan gemilang saya di dalam profesion keguruan. Salam hormat dari saya untuk semua.Terima kasih atas kerjasama yang diberi...

BAHAGIAN A

1.0PENGENALANPendidikan luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjahuntuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkatkandan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia adauntuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar jugabertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Ia juga bertujuan memupukperasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar merangsang pelajaruntuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal.Program-program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkatsekolah malah keseluruhan masyarakat. Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yangberasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan diluar bilik darjah. program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat. Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuansemakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihakinstitusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya.Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakatserta meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yangbesar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangankepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerjasama secaraberpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.Menurut Ford (1981) mendefinisikan pendidikan luar sebagai program yang meliputipenggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajarankurikulum yang sedia ada ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikapkhususnya penggunaan masa senggang.

HBPE3203

2.0DEFINISI PENDIDIKAN LUAR2.1 DefinisiPertama (Meier dan Mitchell, 1993)Pendidikan luar merupakan salah satu media yang membekalkan pembelajaranmelalui pengalaman. Perkara ini turut diakui oleh Meier dan Mitchell (1993), yang menyatakan bahawa pendidikan luar termasuklah semua jenis pengalaman yangmeningkatkan pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran dan membantu membuatkankita lebih menghargai antara satu sama yang lain. Gabungan elemen kognitif, psikomotor danafektif dalam pendidikan luar akan menyumbang kepada pembinaan penghargaan diri (self- esteem),ke arah pembentukan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal. Maka, melaluipendidikan luar, ia dapat diertikan sebagai proses pembelajaran dan pengajaran yangmenyatakan kepentingan bagi keperluan dan hubungan yang rapat antara pengalaman sebenardan pendidikan. Selain itu, pendidikan luar turut membantu memperkembangkan fizikal yangdiingini, mental, sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).

2.2 Definisi Kedua (Ford, 1986)Pendidikan luar juga boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajaran dan pembelajaranyang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilikkuliah (Ford, 1986). Ia merangkumi banyak subjek yang berkaitan secara langsung denganalam persekitaran dan situasi hidup sebenar di luar bilik kuliah. Pendidikan luar menumpukankepada penggunaan teknik pembelajaran secara hands-on untuk mendapat pengetahuan.Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajar dapat memahami isikandungannya dengan lebih mudah. Maka pendidikan luar merupakan suatu pendekatanpembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemen kognitif, psikomotor dan afektifyang berpusat kepada pelajar . Beliau juga menegaskan bahawa konsep definisi pendidikanluar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti mengembara atauaktiviti persekitaran. Pendidikan luar juga adalah proses yang berasaskan pada aktivitiberstruktur yang mana menggunakan alam semulajadi atau persekitaran tiruan untukmenentukan kekuatan individu atau intrapersonal dan interpersonal kumpulan.

2.4 DefinisiKetiga (Abu Bakar Sidek, 2004)Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi dimana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengansumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Inibermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar. Ia bolehdigabungjalinkan dengan amalan sihat yang boleh memperkayakan pengalaman danmemupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduannasional (Abu Bakar Sidek, 2004).

2.4 Definisi Keempat (Brookes, 1994)Selain itu aktiviti pendidikan luar adalah pembelajaran yang menghasilkan pengalaman yangmembolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi ( Brookes, 1994). Olehitu, pendidikan luar didefinisikan sebagai satu medium untuk masyarakat mendekatkan diridengan alam sekitar. Contohnya, melalui aktiviti perkhemahan termasuk dalam sukatanpelajaran dalam sesuatu pendidikan. Pendidikan luar mempunyai sejumlah besar objektif, diantaranya termasuklah: untuk membantu individu hidup dalam keadaan harmoni dengan alam semulajadi, untuk memperkembangkan asas pemahaman di antara satu sama lain, untuk mempergunakan pendekatan disiplin ke arah pendidikan, belajar menggunakan deria, belaja rdalam makmal semulajadi dan untuk membangkitkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar.

2.5 Definisi Kelima (Knapp, 1990)Pendidikan luarjuga pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan (Knapp, 1990). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan denganpelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan.Dalam dunia pendidikan, ia disifatkan sebagai merentas kurikulum. Definisi lain yang diberikan oleh beliau tentang pendidikan luar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran dengan melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka sama ada di bandar atau di pedalaman.KESIMPULANKesimpulannya, berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan mengikut pandangan tokoh-tokoh terkemuka,dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagaisatu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman seseorang melakukan sendiri di kawasan persekitaran terbuka ataupun semulajadi. Ia juga adalah suatu cara pengkayaan kurikulum, di mana proses pembelajaran berlaku di alam luar.Pendidikan luar merangkumi pendidikan persekitaraan, pendidikan konservasi, pendidikan cabaran,perkhemahan sekolah, terapi alam semula jadi dan beberapa aspek rekreasi luar.

Pendidikan Luar juga merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan secara elektif dan bijaksana. Pendekatan, pemeringkatan, pengelolaan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal jugaakan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru.Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan pelbagai sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan-amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalamandan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohanidan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi dikalangan masyarakat ke arah perpaduannasional dan memupuk jati diri.Oleh itu, pendidikan luar juga boleh dijadikan satu kaedah untuk mengorentasikan individu atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman dan pengukuhan pembelajaran

3.0 Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era ModenMenurut Ikmalhisam (2012), Pendidikan Luar merupakan satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri dalam persekitaran terbuka atau semula jadi. Aktiviti ini telah dijalankan sejak zaman purba lagi, di mana banyak melibatkan aktiviti semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan untuk mendapatkan sumber makanan.Terdapat pelbagai reaksi terhadap kesan penglibatan individu dan kumpulan di dalam aktiviti pendidikan luar terutama yang melibatkan aktiviti yang lasak seperti berkayak, aktiviti tali,meredah hutan dan sebagainya. Ada yang berpendapat aktiviti sebegini tidak perlu dilakukan kerana menyebabkan pelajar terbabit menghadapi risiko terdedah kepada kecederaan dan ancaman-ancaman lain. Selain itu ramai yang berpendapat dan mengatakan menjalani aktiviti pendidikan luar akan mendedahkan pelajar kepada bahaya yang boleh mengundang kecederaan fizikal dan membuang masa tanpa memberi kesan positif kepada bakal guru(Isjoni, 2004).Sungguhpun begitu, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa dengan cara memberi pendedahan pelajar kepada pelbagai aktiviti dan persekitaran yang lasak dan cergas akan menghasilkan individu yang tahan lasak, tahan diuji dan bersedia untuk menghadapi dugaan (Normar, 2000).Ketika zaman prasejarah kegiatan pendidikan luar ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia.Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular. Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih moden bergiat cergas dalam kegiatan pendidikan luar atas dasar kepentingan penerokaan dan pembelajaran. Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapatkan bahan makanan. Mereka tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba dilatih untuk membina kehidupan mengikut zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara memburu,membina tempat tinggal,menjaga keselamatan dan memasak merupakan permulaan pendidikan luar mereka.

Terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar era moden ini. Displin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah diperluaskan kepada elemen kognitif dan efektif. Unsur-unsur nilai murni serta pembangunan sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas ke dalam aktiviti pendidikan luar.Program pendidikan luar mula dikomersialkan secara meluas. Kewujudan konsep pengembaraan pelancongan dan ekopelancongan telah merancakkan lagi industri pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan,program pendidikan luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta.Selain itu program Pendidikan Luar telah menjadi program yang wajib disertai oleh semua guru pelatih di semua Institut Perguruan Malaysia.

CONTOH AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR DI ZAMAN PURBA

Aktiviti-aktiviti Pendidikan Luardi Zaman Purba

CONTOH AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR DI ZAMAN ERA MODEN

Aktiviti-aktiviti Pendidikan LuarDi Zaman Era Moden

BAHAGIAN B

3.0 Pendahuluan

Pendidikan luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Ia juga bertujuan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar merangsang pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal.Program-program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkatsekolah malah keseluruhan masyarakat. Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yangberasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan diluar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerjasama secara berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.Menurut Ford (1981) mendefinisikan pendidikan luar sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

KERTAS KERJA

PROGRAM PENDIDIKAN LUARSEKOLAH KEBANGSAAN SK.SERI MACHAPTAHUN 2014

KELOLAANUnit Kokurikulum Sk.Seri MachapSimpang Renggam

TARIKH1 Februari hingga 2 Februari 2014( Dua hari satu malam)

TEMPATHutan Lipur Gunung LambakKluang,Johor.

MASA8.00 pagi (1 Februari 2014) hingga 5.00 petang (2 Februari 2014)

1.0 PENGENALAN

Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi dikalangan masyarakat ke arah perpaduan nasionalPendidikan luar ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Sk.Seri Machap, Simpang Renggam. Program ini disertai oleh pelajar tahun enam dan tahun lima yang terpilih daripada setiap kelas. Ia akan diadakan di Hutan Lipur Gunung Lambak,Kluang Johor pada 1 Februari 2014 hingga 2 Februari 2014. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti Pendidikan Luar ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0MATLAMATMatlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Selain itu, melalui program ini dapat memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah yang melibatkan pelbagai kemahiran iktiar hidup, kecekapan mengurus diri dan juga ketahanan dari segi emosi, mental dan jasmani. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF

Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Hutan Lipur Gunung Lambak adalah hutan rekreasi dan terjaga dari segi persekitaran dan terjamin keselamatan. Peserta yang terlibat merupakan pelajar dari sekolah Sk.Seri Machap sahaja. Mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan sesuai untuk pelajar sekolah rendahseperti tandas, surau dan pengawal keselamatan. Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas dan untuk pelbagai aktiviti. Mengurangkan kos perbelanjaan terutamanya dari segi pengangkutan sekiranya diadakan di luar daerah. Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya padapeserta dalam aktiviti mereka. Guru-guru dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kerana tiada masalah untuk datang ke tempat program kerana jarak dari sekolah ke tempat perkhemahan hanya 21km sahaja.

5.0BUTIRAN PROGRAMNama Program : Program Pendidikan LuarTarikh :1 Februari hingga 2 Februari 2014Hari : Sabtu dan AhadMasa : 8:00 pagi (1 Februari 2014) hingga 5:00 petang (2 Februari 2014)Tempat : Hutan Lipur Gunung Lambak,Kluang Johor.Perasmi : En. Abd.Rahim bin Kassim Pengerusi PIBG SK. Keb Seri Machap.

6.0 KUMPULAN SASARANProgram pendidikan luar ini melibatkan 80 orang pelajar murid tahun enam dan tahun lima. Setiap kelas tahun lima dan tahun enam akan menghantar 20 orang pelajar dari setiap kelas.

7.0 Jawatankuasa Pengelola

Ahli Jawatankuasa IndukAktiviti Pendidikan Luar di Hutan Lipur Gunung LambakAnjuran Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap

PenasihatEn.Mazlan bin Othman( Guru Besar )

PengerusiEn.Mazlan bin Ahmad( Penolong Kanan KO-Kurikulum )

Timbalan PengerusiPn.Hjh Maznah bt.Abdullah

SetiausahaEn.Aminuddin bin Sayuti

PenyelarasEn.Mohd.Rahmat bin Hj A.Rahman(Unit Kokurikulum)

BendahariPn.Noorazreena bt Bahari

7.1SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA

Kem Komandan: En.Mohd.Aminnudin bin SayutiTim.Kem Komandan: En.Tuan Rozaimi bin Tuan RaniKeselamatan: En.Mohd.Fadzli bin Aman: En.Mohd.Faizal bin Saim: Cik Mashitah bt Suandi: Pn.Rafedah bt JailaniPeralatan khemah/: En.Awaluddin bin MiskamPersiapan tempat: En.Mohd.Faizal bin Saim: En.Sahat bin Zaim (Ajk PIBG)Buku aturcara: Cik Norainey bt Muhammad: En.Mohd.Khir b NadirinHadiah & Cenderamata: Pn.Haniesah bt Embong: Pn.Aida bt BasarSiaraya: En.Ahmad Sobri bin Ahmad: En.Fadhli bin OthmanDokumentasi/Publisiti: En.Sobri bin AhmadJuruacara: Pn.Norhaizah bt AhmadMakanan & Minuman: Pn.Sahidatulseha bt Samaon: Pn.Zabedah bt Abu Bakar: Pn Rozilah bt NordinBertugas malam: En.Norazman bin Mohaimin: En.Masrom bin Saidi (Ajk PIBG)

7.2AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN / AKTIVITI PESERTA

Kuliah maghrib /Kerohanian: En.Mahadhir bin Lahuri: Pn.Norhaya bt IsaSenaman pagi: En.Mazlan bin AhmadPersembahan murid: Pn.Maizatul bt Muhamad Jiwa: Pn.Norazreena bt Bahari: Pn.Hjh Tumirah bt Kiran: Pn.Rafedah bt JailaniKawat kaki: En.Norazman bin Mohaimin: En.Mohd.Faizal bin Saim: Pn.Umi Khalthom bt MahbebNight Trecking/: En.Jailani bt SaadJalan berhalangan: En.Mohd.Rahmat bin Hj A.Rahman: En.Ezzad bin Abd Razak: En.Abd Rahim bin Isa (Ajk PIBG)Latihan dalam kumpulan: Pn.Zarinah bt Mion: En.Fadhli bin Othman: Pn.Rosmini bt BasriPersembahan Kebudayaan: Pn.Zalila bt Hujan: Pn.Norhaizah bt Ahmad: Pn.Aidah bt Maidin

8.0SUMBER KEWANGAN8.1 Sumbangan PIBG= RM1000.008.2 Duit Kokurikulum= RM1200.008.3 Kutipan yuran setiap peserta=RM 960.00 (80 peserta x RM12 )8.4 Sumbangan dari orang perseorangan= RM 400.00Jumlah keseluruhan= RM3560.00

ANGGARAN PERBELANJAANBilPerkaraAmaun

1. Peralatan aktivtiRM 400.00

2. Bayaran tapak perkhemahan RM4.00 x 80 orang RM 320.00

3. Mineral waterRM 120.00

4. Hadiah berbentuk hamper & sijilRM 250.00

5. Makanan1. Sarapan pagi RM2.50 x 80 orang x 1 kali2. Makan malam RM3.50 x 80 orang x 1 kali3. Makan tengahari RM3.50 x 80 orang x 2 kali4. Minum petang RM2.00 x 80 orang x 2 kaliRM 200.00RM 280.00RM 560.00RM 320.00

6.BannerRM 80.00

7.T-shirt perkhemahan RM12.00 x 80 orangRM 960.00

JUMLAHRM3490.00

9.0 Panduan PelaksanaanProgram Pendidikan Luar ini dilaksanaan oleh Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap dengan bantuan Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk mengawal keselamatan murid semasa program berlangsung. Peserta akan mendaftar dengan AJK Pendaftaran pada hari Sabtu jam 8:00 pagi dan berakhir jam 5:00 petang pada hari Ahad. Disamping itu peserta juga akan dinilai mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh penganjur disepanjang program berlangsung untuk mendapatkan mata yang akan dinilai oleh AJK pertandingan untuk pemberian hadiah pada akhir program.

10.0JADUAL PROGRAM PENDIDIKAN LUAR & JUSTIFIKASINYATarikh/hariMasaAktivitiJustifikasi

1 Feb 2014(Sabtu)

8.00 pagi-8.45 pagi

8.45pagi 9.30 pagi

9.30 pagi-10.00 pagi

10.00pagi-10.30pagi

10.30 pagi-11.00 pagi

11.00 pagi-12.00 tghri

12.00 tghri-2.00 ptg

2.00 ptg-4.00 ptg

4.00 ptg-5.00 ptg

5.00 ptg-6.30 ptg

6.30 ptg-9.00 mlm

9.00 mlm-10.00 mlm

10.00 mlm-11.30 mlm

11.30mlmPendaftaran peserta dan guru / bertolak ke kawasan perkhemahan Gunung Lambak menaiki bas yang disewa.

Sessi mengagihkan peserta dan guru mengikut kumpulan nama-nama haiwan yang telah ditetapkan

Perhimpunan bersama guru pengiring.Nyanyian lagu:1. Negaraku2. Lagu Negeri JohorMenyiapkan khemah mengikut setiap kumpulan yang diagihkan.

Taklimat program dan penerangan tentang peraturan-peraturan sepanjang perkhemahan ini berlangsung

Sesi berkenalan mengikut kumpulan nama-nama haiwan yang diberikan dengan menyanyikan lagu Tanya Sama Kawan(dengan tempo lagu Tanya Sama PokokTanya sama kawan,Siapa nama kawan?Nama saya Azman,Siapa nama kawan?

Mencipta logo dan motto kumpulan.Setiap kumpulan diberi kain putih (saiz kain bendera).Secara berkumpulan berbincang mencipta idea menghasilkan logo dan motto kumpulan yang baik.

Ceramah (Penjagaan Alam Sekitar) oleh penceramah jemputan yang terdiri daripada fasilitator dari Jabatan Hutan Lipur Gunung Lambak itu sendiri.

Makan tenghari / solat zohor berjemaah / kerohanian( Tazkirah dari ajk kerohanian)

Aktiviti Kajian Alam sekitar.

Pelajar dibawa masuk ke dalam hutan mengikut kumpulan masing-masing oleh fasilitator-fasilitator yang dilantik.

Pelajar dikenalkan nama-nama saintifik pokok dan tumbuh-tumbuhan dan ditunjukkan juga akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang boleh dibuat ubat.

Secara berkumpulan pelajar dikehendaki menyenaraikan seberapa banyak nama saintifik tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya jika boleh dibuat ubat dan hasilnya hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia.

Minum petang / solat asar berjemaah.

Aktiviti riadah / sukaneka(aktiviti berhalangan)Pelajar dikehendaki melepasi halangan mengikut stesen yang dibina.Kumpulan yang Berjaya melepasi halangan tanpa gagal dan mendapat masa yang terpantas dikira pemenang.

Mandi / makan malam / solat berjemaah / Kuliah maghrib

Aktiviti latihan dalam kumpulan LDK.(Pertandingan pakaian Rimba)Setiap kumpulan perlu menghiasi salah seorang ahli kumpulannya yang dipilih dengan menggunakan surat khabar lama yang dibekalkan dan sumber-sumber dari tumbuh-tumbuhan semulajadi yang terdapat disekeliling.Ketua kumpulan perlu menerangkan konsep pakaian dan kegunaan pakaian rimba yang dihasilkan.

Kembara malam (Night Treckking)Semua pelajar dibawa masuk ke dalam hutan oleh fasilitator dari jabatan hutan lipur Gunung Lambak mengikut kumpulan menyusuri jalan hutan yang telah disediakan.

Kudapan /Rehat / TidurPengurusan pelajar dan penempatan

Pelajar mengikut khemah serta guru pengiring yang ditugaskan bagi setiap kumpulan.

Menjaga keselamatan dan memupuk displin kendiri.

Membentuk budaya bekerjasama dan saling hormat menghormati dalam satu kumpulan.

Membentuk daya kempimpinan berkumpulan.

Bertolenrasi sambil berkongsi pengalaman serta kemahiran.

Pemberitahuan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang dua hari perkhemahan.

Dapat memupuk diri pelajar agar patuh pada arahan dan peraturan untuk mendisplinkan diri dan sentiasa menepati masa

Memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar.

Saling menghargai dan menyayangi satu sama lain.

Menggabungjalinkan nilai estitik,seni dan komunikasi pelbagai hala.

Dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan.

Dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya.

Merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja.Sentiasa menghormati alam semula jadi sebagai benda hidup yang terdapat di bumi kita dengan memelihara alam sekitar.

Dapat menanamkam perasaan rendah diri pelajar tentang kebesaran Pencipta di dalam jiwa.

Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam sekitar.

Membentuk sahsiah dan peribadi pelajar menjadi insan yang sentiasa tidak lupa pada penciptanya dan menunaikan kewajipannya.

Memupuk sikap pelajar menghargai hasil hutan dengan menganggapnya sebagai khazanah yang paling berharga.

Menikmati keindahan alam sekitar dan seterusnya menyedari akan kepentingan alam semula jadi.

Kita perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama di dalam penjagaan semula jadi.

Menjana idea dan minda pelajar dalam menghasilkan sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh.

Mewujudkan sikap bekerjasama dan tanggungjawab di dalam kumpulan.

Membentuk sahsiah dan peribadi pelajar menjadi insan yang sentiasa tidak lupa pada penciptanya dan menunaikan kewajipannya

Mewujudkan sikap bekerjasama dan tanggungjawab di dalam kumpulan.

Menjadikan pelajar seorang yang sabar,tabah dan berani menerima cabaran.

Membentuk sahsiah dan peribadi pelajar menjadi insan yang sentiasa tidak lupa pada penciptanya dan menunaikan kewajipannya

Menggabungjalinkan nilai estitik,seni dan komunikasi pelbagai hala.

Dapat menjana idea dan kreativiti setiap pelajar .

Mewujudkan sikap bekerjasama dan tanggungjawab di dalam kumpulan.

Dapat menunjukkan potensi dan kemahiran setiap pelajar mengikut aras yang berbeza-beza.

Pelajar dapat menghayati alam sekitar di waktu malam.

Menjadikan pelajar lebih berani dan bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan sebarang aktiviti di waktu malam.

Menjadikan pelajar lebih sensititf terhadap alam sekitar dan hidupan yang ada di dalam hutan di waktu malam.

Menghilangkan keletihan selepas seharian melakukan aktivti.

2 Feb 2014( Ahad )5.30 pagi -7.00pagi

7.00 pagi-8.00 pagi

8.00 pagi-8.30 pagi

8.30 pagi-9.00 pagi

9.00 pagi-1.00 tghari

1.00tghari-2.30ptg

2.30 ptg-3.30 ptg

3.30ptg-4.00ptg

4.00ptg-4.45ptg

5.00 ptgMandi / Solat subuh berjemaah /Kuliah subuh

Senaman pagi /J-Robik(dikelolakan oleh AJK senaman pagi)

Sarapan pagi

Taklimat eskpedisi mendaki Gunung Lambak.

Ekspedisi mendaki gunung lambak

Jarak pendakian lebih kurang 1km.

Semua pelajar terlibat dalam ekspedisi ini kecuali murid yang ada masalah kesihatan dikecualikan.

Ekspedisi ini akan diketuai oleh fasilitator dari Jabatan Perhutanan Gunung Lambak dan dibantu oleh guru-guru.

Makan tengahari / Solat Zohor berjemaah /rehat

Persembahan kebudayaan setiap kumpulan.

Mengemas peralatan dan menurunkan khemah mengikut kumpulan masing-masing

Majlis penutupan / Penyampaian hadiah dan sijil.

Peserta terbaik Kumpulan terbaik Hadiah kumpulan setiap aktiviti yang dipertandingkan.

Bersurai / Bertolak balik

Membentuk sahsiah dan peribadi pelajar menjadi insan yang sentiasa tidak lupa pada penciptanya dan menunaikan kewajipannya

Dapat menjadikan pelajar seorang yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta sihat dan cergas.

Aktivti regangan sebagai persediaan untuk ekspedisi mendaki gunung lambak.

AJK makanan juga membekalkan setiap pelajar bungkusan makanan yang mengandungi air mineral dan roti sebagai bekalan sepanjang ekspedisi mendaki gunung lambak.

Dapat memupuk diri pelajar agar patuh pada arahan dan peraturan untuk mendisplinkan diri.

Dapat tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran Pencipta di dalam jiwa dengan melihat flora dan fauna sepanjang pendakian.

Merangsang sikap kerjasama dan setiakawan di dalam diri pelajar sepanjang menempuh cabaran sepanjang ekspedisi.

Tabah dan berani menghadapi cabaran-cabaran yang datang.

Memupuk diri pelajar agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab di dalam menjaga pemuliharaan hutan dan alam sekitar dengan baik.

Membentuk sahsiah dan peribadi pelajar menjadi insan yang sentiasa tidak lupa pada penciptanya dan menunaikan kewajipannya

Merehatkan diri dan memulihkan otot-otot dan tenaga yang telah digunakan sepanjang aktiviti mendaki.

Menggabungjalinkan nilai estitik,seni dan komunikasi pelbagai hala.

Dapat memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar.

Pelajar dapat menunjukkan kreativiti dan menjana idea masing-masing.

Merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja.

Sebagai motivasi dan penghargaan kepada pelajar atas kesungguhan mengharungi segala cabaran dan rintangan setiap aktiviti yang dilakukan.

Setiap pelajar rasa dihargai dan memotivasikan mereka untuk terus lebih berjaya di masa akan datang.

11.0PERATURAN PERKHEMAHAN1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh.2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 11.00 malam kecuali jika terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan pegawai yang bertugas pada waktu tersebut.3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan sebaliknya kecuali kepada pegawai / guru yang bertugas.4. Ahli kumpulan hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikut prinsip yang terkandung dalam undang-undang perkhemahan.5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kebakaran.6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk.7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri.8. Perserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai berdasarkan aktiviti yang djalankan.9. Setiap kumpulan perlu mempunyai buku log bagi mencatat segala aktiviti berkumpulan.10. Dilarang membawa barang kemas yang berharga.12.0PENUTUPProgram Pendidikan Luar merupakan satu pendidikan di luar bilik darjah yang menitikberatkan kefahaman dan penghayatan individu tentang betapa pentingnya pengetahuan,kemahiran dan pengalaman dalam pelaksanaan pendidikan luar.Selain itu, pendidikan luar juga dapat memupuk kesedaran masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas sebagai budaya hidup orang Malaysia. Oleh kerana itu, adalah diharapkan semua aktiviti pendidikan luar Sekolah Kebangsaan Seri Machap Tahun 2014 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,----------------------------------- -----------------------------(Mohd.Rahmat bin A.Rahman, (En.Mazlan bin Othman,Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap, Guru Besar Sk.Seri Machap) Sk.Seri Machap)

RUJUKANModul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

Ab.Alim Abdul Rahim. (1999). Panduan perkhemahan, sipulan dan pioneering: Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Hasrul Faizal Hushin Amri, Norazhan Che Lah dan Shaifol Bahary Sulaman. (2010).HBPE3203 Pendidikan Luar.Selangor Darul Ehsan:Meteor Doc.Sdn.bhd.

Ab.Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

http://www.docstoc.com/docs/20995139/SENARAI-SEMAK-PENYEDIAAN-KERTAS-KERJA

http://www.freeweds.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20%APA%20ITU%20PENDIDIKAN%20LUAR.pdf

http://metos2004.tripod.com/penulisanlaporan.htm

LAMPIRAN

RI SK.SERI MACHAP, 86200 SIMPANG RENGGAM, KLUANG,JBA 2009 JOHOR DARUL TAKZIMTEL/FAX: 07-7541005

Ruj.Kami : JBA 2009/500-1/16/1(01) Tarikh :10 Januari 2014

Kepada,Guru Besar,Sk.Seri Machap,Simpang Renggam,Johor.

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGANJURKAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan menganjurkan aktiviti Program Pendidikan Luar yang akan disertai oleh pelajar-pelajar tahun lima dan enam.Aktiviti ini akan dijalankan selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Februari 2014.

3.Antara objektif utama Program Pendidikan Luar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan pembelajaran di luar bilik darjah dalam kehidupan seharian.Pelajar juga dapat merasai suasana perkhemahan dan meningkatkan keyakinan diri.

4.Perhatian dan kelulusan dari pihak tuan amatlah djharapkan dan didahului ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,

------------------------------------------En.Aminuddin bin SayutiSetiausaha Program Pendidikan luarSk.Seri Machap.

RI SK.SERI MACHAP, 86200 SIMPANG RENGGAM, KLUANG,JBA 2009 JOHOR DARUL TAKZIMTEL/FAX: 07-7541005

Ruj.Kami : JBA 2009/500-1/16/1(01) Tarikh :10 Januari 2014

Kepada,Ketua Polis,Ibu Pejabat Polis Kluang,Johor.

Tuan,

MAKLUMAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan menganjurkan aktiviti Program Pendidikan Luar yang akan disertai oleh pelajar-pelajar tahun lima dan enam.Aktiviti ini akan dijalankan selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Februari 2014 di Hutan Lipur Gunung Lambak Kluang.

3.Oleh yang demikian,pihak kami amatlah berharap agar pihak tuan dapat membantu untuk memantau keselamatan sepanjang program berjalan untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

4.Dengan ini kertas kerja dilampirkan sekali untuk rujukan pihak tuan.

4.Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amatlah djharapkan dan didahului ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,

------------------------------------------En.Aminuddin bin SayutiSetiausaha Program Pendidikan luarSk.Seri Machap.

RI SK.SERI MACHAP, 86200 SIMPANG RENGGAM, KLUANG,JBA 2009 JOHOR DARUL TAKZIMTEL/FAX: 07-7541005

Ruj.Kami : JBA 2009/500-1/16/1(01) Tarikh :1 Januari 2014

Kepada,Semua Ibu bapa /penjaga,Murid tahun lima dan enam,Sk.Seri Machap.

Tuan/Puan

PEMBERITAHUAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan menganjurkan aktiviti Program Pendidikan Luar mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh: 1& 2 Februari 2014Hari: Sabtu & AhadTempat: Hutan Lipur Gunung Lambak,Kluang johor.Bayaran: Bayaran RM12.00 seorang (T-Shirt perkhemahan)

3.Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk membantu ahli uniform mendapat kemahiran perkhemahan yang patut mereka perolehi disamping member pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah yang dirancang.

4.Tuan / puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa yang lengkap seperti dilampiran kepada cikgu Mohd.Rahmat bin A.Rahman sebelum atau pada 10 Januari 2014.Segala pertanyaan sila hubungi beliau ditalian 013-7794141

3.Oleh yang demikian,pihak kami amatlah berharap agar pihak tuan dapat membantu untuk memantau keselamatan sepanjang program berjalan untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah RI SK.SERI MACHAP, 86200 SIMPANG RENGGAM, KLUANG,JBA 2009 JOHOR DARUL TAKZIMTEL/FAX: 07-7541005

Ruj.Kami : JBA 2009/500-1/16/1(01) Tarikh :10 Januari 2014

Kepada,Ketua Pengarah,Pejabat Pelajaran Pendidikan Kluang,Johor.

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGANJURKAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan menganjurkan aktiviti Program Pendidikan Luar yang akan disertai oleh pelajar-pelajar tahun lima dan enam.Aktiviti ini akan dijalankan selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Februari 2014.

3.Antara objektif utama Program Pendidikan Luar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan pembelajaran di luar bilik darjah dalam kehidupan seharian.Pelajar juga dapat merasai suasana perkhemahan dan meningkatkan keyakinan diri.Denga ini disertakan sekali kertas kerja untuk program ini.

4.Perhatian dan kelulusan dari pihak tuan amatlah djharapkan dan didahului ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,

------------------------------------------En.Aminuddin bin SayutiSetiausaha Program Pendidikan luarSk.Seri Machap.

CONTOH-CONTOH GAMBAR SUASANA AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR YANG AKAN DIJALANKAN