asingment en saadon
DESCRIPTION
saadonTRANSCRIPT
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
1.0 Pengenalan
Hubungan industri merupakan salah satu proses yang melibatkan interaksi manusia dalam
organisasi, khasnya antara pihak pekerja dan pihak majikan. Ia dinamakan hubungan
industri kerana mengambil sempena zaman perkembangan di mana munculnya teori-teori
dan bermulanya organisasi buruh sebagai usaha mengimbangi kuasa pemilik-pemilik
industri yang semakin menekan golongan pekerja dan melayan para pekerja seperti
hamba abdi.
Sebaliknya, zaman perindustrian konsep ini telah diubah dengan menekankan kepada
hubungan yang lebih baik dan tersusun antara pekerja dan majikan kerana wujud
organisasi formal dengan sistem gaji, upah dan faedah-faedah pekerjaan yang lebih
tersusun. Kemunculan berbagai organisasi juga menyebabkan golongan pekerja
mempunyai pilihan sama ada untuk kekal ataupun berhijrah ke organisasi lain dan ini
meningkatkan kuasa tawar menawar di pihak ketiga. Ini menyebabkan organisasi merasa
bimbang akan kehilangan seorang pekerja yang baik dan berkualiti dan seterusnya
menjaga hubungan diantara keduanya dengan baik.
2.0 Definisi Kesatuan Sekerja
Kesatuan sekerja di Malaysia didefinisikan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebagai
satu persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Menurut
peruntukan akta ini, keahlian sesuatu kesatuan sekerja dalam sektor swasta hendaklah
terdiri daripada pekerja atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan atau industri yang
tertentu atau yang seakan-akan sama . Pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana
No. Matrik 193978 1
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
mereka sedar bahawa secara kolektif mereka akan berada dalam kedudukan yang
membolehkan mereka meminta gaji yang lebih dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih
baik. Webbs dalam ‘History of Trade Unions’ menjelaskan objektif kesatuan sekerja
adalah memperbaiki atau sekurang-kurangnya berusaha mengekalkan kondisi pekerjaan
yang sedia ada (Paynter, 1970: 14). Kesatuan sekerja bukan hanya berminat mengenai
kehidupan ahli-ahli mereka semasa waktu bekerja tetapi juga secara meluas
menggalakkan kerajaan meluaskan perundangan dan memperkenalkan polisi-polisi yang
akan memberi faedah kepada pekerja-pekerja pada amnya. Oleh itu aktiviti-aktiviti
kesatuan sekerja mempunyai tiga cabang. Ia memberi tumpuan kepada majikan individu
dan layanan majikan terhadap pekerja-pekerja mereka, mengenai isu-isu kebangsaan
yang lazim kepada semua majikan dan memberi kesan kepada semua pekerja serta
mewakili pekerja-pekerja individu yang memohon bantuan mereka. Kesatuan-kesatuan
sekerja tersebut dengan dana-dana yang mencukupi juga cuba memberi kemudahan
secara langsung kepada ahli-ahli mereka dalam bentuk kursus latihan, biasiswa,
kemudahan bercuti dan skim-skim insuran.
3.0 Fungsi kesatuan sekerja
Kuasa pekerja yang dikumpulkan daripada individu memberi manfaat kepada setiap ahli
dalam perundangan ekonomi, perundangan kerja, perubahan sosial dan kepuasan diri.
Kesatuan memberi balik tanggungjawab yang diamanahkan oleh individu dengan
harapan setiap ahli mendapat apa yang dikehendaki. Terdapat beberapa sebab untuk
menganggotai kesatuan sekerja antaranya ialah:
No. Matrik 193978 2
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
3.1 Motif ekonomi
Ekonomi sentiasa menjadi dorongan di mana sahaja. Keadaan hidup yang lebih baik
menjadi pilihan pekerja dan cara untuk mendapatkan apa yang diingini ialah dengan
menyertai kesatuan sekerja yang ditubuhkan. Melalui kesatuan, mereka dapat
memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan pekerjaan yang lebih baik dan memuaskan.
Contohnya tuntutan kenaikan gaji oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) awal tahun yang lalu telah menyebabkan kerajaan
bersetuju untuk menaikkan kadar gaji baru kepada kakitangan kerajaan seluruh negara.
Meningkatkan kekuatan perundingan pekerja di mana pekerja mempunyai kuasa apabila
bergabung dan kuasa untuk berunding dengan majikan berkaitan syarat-syarat pekerjaan
yang lebih baik. Mendapatkan faedah yang ditawarkan oleh majikan sepertimana MTUC
yang menyediakan pendidikan kesatuan dan latihan, NUEB menyediakan perlindungan
insuran, NUPW memberi biasiswa kepada anak-anak ahli dan NUPCIW menyediakan
pampasan kepada keluarga ahli yang meninggal dunia, banjir, kebakaran atau mala
petaka yang lain.
3.2 Motif sosial
Hidup berkumpulan menjadikan setiap individu merasa diri mereka mendapat sokongan
dan bantuan. Justeru, dalam kesatuan ini mereka juga mempunyai motif sosial iaitu:
No. Matrik 193978 3
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
a) Keperluan untuk dipunyai dalam kumpulan (teori hirarki keperluan)
Dalam kumpulan, hubungan yang rapat, minat dan keperluan sosial yang sama memberi
semangat kepada pekerja untuk membina faedah yang lebih banyak seperti polisi insuran,
pusat jagaan dan lain-lain faedah. Contohnya MTUC menyediakan faedah yang diberikan
merupakan keperluan sosial yang diperlukan oleh pekerja.
b) Pengaruh rakan sejawat
Perlu beberapa ahli untuk mendapatkan pengiktirafan supaya dapat mendorong pekerja
lain menyertai kesatuan bagi menyokong aktiviti rakan sejawat.
c) Memperlihatkan daya kepimpinan
Memberi peluang kepada pekerja mengamalkan sifat-sifat kepimpinan dalam hirarki
kesatuan. Seterusnya dapat membantu rakan sejawat untuk membaiki syarat-syarat dan
keadaan pekerjaan.
4.0 Peranan Kesatuan Sekerja
Di negara ini, kesatuan sekerja telah memainkan peranannya dengan agak berkesan
dalam membela nasib pekerja-pekerja. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam
Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS), misalnya, buat pertama kali
dalam sejarahnya telah berjaya dalam usaha memperolehi penyelarasan gaji dalam
tempoh tiga tahun berbanding sebelum ini yang mengambil masa hampir lima tahun.
CUEPACS juga telah mengesyorkan supaya mulai 1996, kerajaan mengenakan tindakan
terhadap ketua-ketua jabatan yang membenarkan terlalu banyak kakitangan bercuti
No. Matrik 193978 4
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
panjang semasa musim perayaan hingga menjejaskan urusan pejabat. Turut menjadi
harapan CUEPACS ialah tuntutan supaya jadual gaji matriks yang dilaksanakan di bawah
skim Sistem Saraan Baru (SSB) dimansuhkan. Namun, di sebalik kejayaan yang sedikit
ini, masih banyak lagi ruang di mana kesatuan sekerja boleh berperanan dengan lebih
aktif. Isu mengenai hak-hak sama rata pekerja wanita, misalnya masih belum dapat
ditangani dengan sewajarnya.
Balakrishnan (2003) menyatakan fokus kesatuan sekerja adalah seperti memperluaskan
ruang antara pembahagian pendapatan dengan kekayaan dalam masyarakat,
memperkembangkan sektor informal dalam pasaran buruh, kemerosotan keselamatan
dalam sistem pekerjaan, upah benar dan faedah minimum pekerja menurut kehendak
undang-undang, isu pengangguran dan guna tenaga, peningkatan dari segi kadar
kemiskinan, hilangnya ciri demokrasi dan juga hak kesatuan sekerja di tempat kerja,
penswastaan tanpa mengambil kira kesan-kesan sosial terhadap golongan pekerja dan
peningkatan marginal pekerja terutamanya pekerja wanita, golongan pekerja asing dan
peningkatan buruh kanak-kanak dalam pasaran buruh.
4.1 Menangani isu pekerja wanita
Kesatuan sekerja perlu melihat kepentingan peranan wanita dalam pergerakan kesatuan
sekerja. Wanita masih lagi kurang dalam jawatan kepimpinan dan kurang dibenarkan
mengambil bahagian dalam membuat keputusan terutamanya di peringkat atasan. Oleh
itu kesatuan sekerja perlu mencadangkan kepada kerajaan dan majikan-majikan supaya
mengiktiraf bahawa hak-hak wanita adalah juga hak-hak asasi manusia. Terdapat kini
ramai ibu tunggal yang bekerja yang terpaksa menyara ramai anak. Tibalah masanya
No. Matrik 193978 5
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
kesatuan sekerja menghulurkan bantuan di samping mencadangkan kerajaan supaya
menangani isu ibu tunggal itu secara lebih drastik dengan memperkenalkan dan
menguatkuasakan undang-undang yang melindungi pekerja wanita daripada keganasan
dan penderaan seksual di tempat kerja. Bagi ibu-bapa yang bekerja di tempat yang sama,
penyediaan pusat jagaan kanak-kanak diperlukan di tempat kerja supaya hubungan kasih-
sayang di antara mereka dapat dijalinkan dalam masa yang lebih panjang.
4.2 Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum
Terdapat perbezaan yang ketara di antara gaji terendah dalam sektor swasta dan sektor
awam meskipun jenis pekerjaan dan deskripsi tugas hampir sama. Kesatuan sekerja boleh
berperanan menangani masalah ini dengan meminta kerajaan menetapkan gaji minimum
yang melebihi RM650 kerana pendapatan yang kurang daripada itu tidak memungkinkan
pekerja di bandar menikmati kehidupan yang selesa berikutan peningkatan kos sara hidup
saban tahun. Setakat ini belum ada cadangan daripada pihak kesatuan sekerja
mengenakan gaji maksimum ke atas pihak pengurusan. Di Jepun, misalnya, gaji seorang
pengurus tidak jauh bezanya dengan gaji seorang pemandu teksi. Dengan itu, perasaan
materialistik dan iri hati dapat dikurangkan dan rakyat dapat meningkatkan produktiviti.
Kesatuan sekerja boleh menyediakan garis panduan penetapan gaji minimum dan
maksimum dengan meminta ahli-ahlinya yang mempunyai taraf akademik yang tinggi
menjalankan kajian menentukan keadaan sebenar kedudukan buruh di Malaysia bagi
menguatkan sokongan terhadap permintaan itu.
No. Matrik 193978 6
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
4.3 Membantu menangani kegawatan ekonomi
Kesatuan sekerja boleh membantu kerajaan menangani krisis ekonomi yang melanda
negara dengan menyertai Jawatankuasa Bertindak NGO Mempertahankan Kedaulatan
Ekonomi Negara (Tindakan) dengan meneruskan kempen yang digelar “Belanja
Berhemat Kita Selamat” . Cara lain, kesatuan sekerja boleh mengadakan sendiri kempen-
kempen menyedarkan ahli-ahlinya mengenai kegawatan ekonomi dan mendorong mereka
membeli barangan perlu sahaja selain meningkatkan amalan membeli barang tempatan
dan menjimatkan tenaga seperti elektrik, petrol dan air.
Apa yang dikhuatirkan dalam krisis ini ialah majikan membuang pekerja dengan alasan
kegawatan ekonomi. Jika hal seperti ini berlaku, kesatuan sekerja boleh mengambil
tindakan supaya pampasan yang sewajarnya diperolehi oleh pekerja yang malang itu dan
majikan menyediakan pilihan pekerjaan di tempat lain. Isu penamatan pekerja asing pula
perlu ditangani dengan adil supaya pihak luar tidak memandang negara ini sebagai hanya
pandai menjemput pekerja asing bekerja di sini dan menghalau mereka bila tidak
diperlukan.
4.4 Mempercepatkan penyelesaian pertikaian perdagangan
Menurut statistik Jabatan Perhubungan Industri bilangan pertikaian perdagangan yang
berlaku adalah melebihi 700 kes setiap tahun dan hanya sekitar lebih daripada 500 yang
dapat diselesaikan. Oleh kerana itu terdapat lebih kurang 200 kes yang terpaksa dibawa
ke tahun berikutnya untuk diselesaikan. Dalam hal ini kesatuan sekerja boleh meminta
kerajaan mempercepatkan penyelesaiannya dalam jangka masa singkat dengan
No. Matrik 193978 7
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
mencadangkan penilaian semula dan pindaan jika perlu, kepada Akta Perhubungan
Industri 1967.
Peranan dalam Koridor Raya Multimedia Salah satu agenda utama negara ialah
mewujudkan masyarakat bermaklumat yang boleh mengguna dan mencipta sistem
teknologi maklumat yang boleh meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan
menerusi kerajaan elektronik, sekolah bistari dan sebagainya. Dalam hal ini, kesatuan
sekerja boleh berperanan dengan meminta ahli-ahlinya mendokong cita-cita kerajaan
dengan mempelajari komputer dan mendalami pengetahuan tentang teknologi maklumat.
Kesatauan sekerja boleh meminta kerajaan menambahkan peruntukan pinjaman membeli
komputer dan memberikan subsidi kepada pekerja bawahan yang berpendapatan kecil
untuk membeli komputer. Ahli-ahli kesatuan yang berkemahiran dalam penggunaan
komputer sewajarnya melatih pekerja-pekerja yang tidak berpengetahuan tentangnya
secara sukarela ataupun dengan mengenakan sedikit bayaran.
4.5 Pasaran buruh di masa hadapan
Dunia kini berubah dengan begitu pantas. Teknologi baru dicipta dan globalisasi telah
berlaku hampir di seluruh dunia. Kadar perubahan pantas yang berlaku ini menyebabkan
masalah-masalah yang berlaku hari ini tidak lagi boleh diselesaikan dengan kaedah
penyelesaian dahulu. Cara produk baru dikeluarkan mengalami perubahan yang besar. Ini
bermakna tenaga kerja di pasaran buruh menghadapi cabaran-cabaran baru. Pergerakan
kesatuan sekerja harus bertindak sebagai pemandu dalam membantu mewujudkan
masyarakat pekerja yang berilmu multifleksibel yang berupaya menukar maklumat
No. Matrik 193978 8
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
kepada ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk
pembangunan produk, memasarkannya, menyediakan penjagaan yang lebih baik kepada
golongan tua dan sebagainya.
Pekerja yang berilmu akan menjadi sumber terpenting bukan lagi pemilikan modal.
Sumber ini akan dikaitkan dengan individu pekerja. Pekerja-pekerja yang berilmu tidak
lagi dibayar mengikut jam tetapi berdasarkan bagaimana kreatifnya mereka menjalankan
sesuatu tugas. Dalam hal ini, kesatuan sekerja boleh berperanan dengan meminta majikan
meyediakan peluang-peluang yang lebih bagi pekerja melanjutkan pelajaran ke universiti
dan menghantar mereka berkursus supaya dapat menyerap pengetahuan mengenai
teknologi-teknologi baru.
5.0 Penubuhan Kesatuan Sekerja.
Di dalam tugasan ini, saya telah memilih untuk menubuhkan kesatuan sekerja kakitangan
Epic Valley. Kesatuan sekerja ini ditubuhkan pada tahun 1980 iaitu setahun selepas
penubuhan syarikat Epic Valley Sdn. Bhd. yang terlibat di dalam sektor perumahan dan
hartanah. Ianya beroperasi di Seberang Perai Pulau Pinang di mana pada awal
penubuhannya mempunyai keanggotaan seramai 300 orang. Tujuan penubuhan kesatuan
sekerja kakitangan Epic Valley ini adalah untuk memberi panduan kepada pekerja atau
majikan untuk menubuh dan mendaftarkan kesatuan sekerja mengikut kehendak di bawah
Akta Kesatuan Sekerja 1959. Di bawah Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Malaysia,
Konvensyen ILO No.98 dan Seksyen 8 dan 9 Akta Kesatuan Sekerja 1959, pekerja dan
No. Matrik 193978 9
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
majikan di Malaysia adalah bebas menubuhkan pertubuhan bagi membolehkannya
menikmati keistimewaan sebagai sebuah kesatuan sekerja yang sah.
5.1 Kesatuan Sekerja Kakitangan Epic Valley (KSKEV)
Di negara ini, kesatuan sekerja telah memainkan peranannya dengan agak berkesan
dalam membela nasib pekerja- pekerja. Salah satu kesatuan sekerja yang telah ditubuhkan
adalah Kesatuan Sekerja Epic Valley (KSKEV) yang bernombor pendaftaran (361875-
U). Badan milik penuh Epic Valley Sdn. Bhd. ini telah ditubuhkan pada Mei 1980 dan
mula beroperasi pada Ogos 1981. KSKEV telah diamanahkan untuk menjaga dan
memperjuangkan kebajikan kakitangan yang terlibat di dalam sektor hartanah dan
pembinaan , meningkatkan pengetahuan sebagai kumpulan pakar serta menyediakan dan
menguruskan aktiviti perundingan. KSKEV memberi sepenuh perhatian kepada peranan
ini dan dilaksanakan dengan professional selari dengan hasrat kerajaan yang ingin
menyediakan perkhidmatan untuk kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.
Kerja- kerja perundingan yang dijalankan merangkumi tiga bidang berikut:
i- Sains dan Alam Sekitar
ii- Sosial dan Pembangunan
iii- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sebagai sebuah syarikat perundingan yang menawarkan perkhidmatan perundingan
pelbagai bidang, KSKEV didaftarkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. KSKEV juga berdaftar dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
sebagai penyedia khidmat pakar teknikal. KSKEV melaksanakan sistem pentadbiran dan
No. Matrik 193978 10
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
pengurusannya sebagai yang terbaik dan kualiti yang terjamin sehingga berjaya
memperolehi sijil pengiktirafan ISO 9001:2008.
5.2 Prosedur Menubuh Kesatuan Sekerja
Pada langkah pertama untuk menubuhkan kesatuan sekerja kakitangan Epic Valley ini,
pihak kesatuan telah memanggil pekerja untuk mengadakan mesyuarat penubuhannya.
Jumlah kehadiran adalah tidak dihadkan tetapi perlu seberapa ramai yang boleh. Di
dalam mesyuarat penubuhan ini, beberapa perkara yang perlu dilaksanakan semasa
mesyuarat penubuhan ini adalaha seperti berikut :
i) melantik “Pengerusi Sementara” dan “Pencatat Minit” dalam mesyuarat
penubuhan.
ii) Membincangkan secara ringkas tujuan penubuhan kesatuan sekerja.
iii) Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja
iv) Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran bulanan
v) Menetapkan nama dan alamat berdaftar kesatuan sekerja
vi) Membincangkan dan meluluskan peraturan-peraturan kesatuan sekerja
vii)Melantik Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha,
Bendahari dan empat orang Ahli Jawatankuasa. Mereka boleh dipilih dengan cara
angkat tangan. Syarat-syarat untuk menjadi pegawai mengikut seksyen 26 dan
seksyen 28 Akta Kesatuan Sekerja 1959 ialah :-
a) Seorang warganegara Malaysia
b) Telah bekerja bagi tempoh lebih daripada satu tahun dalam mana
establishment, trade, pekerjaan atau industri di mana kesatuan sekerja itu
ada kaitan
No. Matrik 193978 11
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
c) Tidak pernah menjadi ahli eksekutif mana-mana kesatuan sekerja yang
mana pendaftarannya telah dibatal atau di tarik balik di bawah seksyen
15(1)(b)(iv), (v) atau (vi) atau di bawah mana-mana undang-undang yang
telah dimansuhkan
d) Tidak menjadi seorang pegawai atau pekerja sesuatu parti politik
e) Tidak pernah disabitkan oleh mana-mana mahkamah undang-undang
mengenai pecah amanah, pemerasan atau intimidasi atau suatu kesalahan
yang pada pendapat Ketua Pengarah menjadikannya tidak layak untuk
menajdi sebagai pegawai kesatuan sekerja itu atau
f) Dia bukan seorang bankrap.
viii) Lain-lain hal
ix) Penutup.
Pada langkah kedua penubuhan kesatuan sekerja kakitangan proton ini pula, kesatuan
perlu mematuhi beberapa prosedur untuk mendaftar kesatuan. Antara prosedurnya adalah
seperti berikut :-
a) Mengisi Borang Permohonan (Borang B)
b) Menyediakan dokumen-dokumen berikut kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan
Sekerja, tidak lewat dari 30 hari selepas tarikh penubuhan :-
i) Surat permohonan – 2 salinan
ii) Minit Mesyuarat Penubuhan – 2 salinan
iii) Senarai pekerja yang hadir – 2 salinan
iv) Senarai pekerja yang menyokong penubuhan kesatuan sekerja – 2 salinan
v) Buku Peraturan Bercetak – 1 naskhah
No. Matrik 193978 12
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
vi) Borang permohonan (Borang B) – 4 salinan
vii) Borang Praecipe bersetem hasil RM30.00 – 1 salinan
5.3 Pengiktirafan Kesatuan Sekerja.
Pengiktirafan Kesatuan Sekerja merupakan aspek yang penting dibawah perhubungan
perusahaan di Malaysia. Sesebuah kesatuan sekerja mesti mendapatkan pengiktirafan
daripada majikan sebelum kesatuan berkenaan boleh mempelawa majikan untuk
memulakan perundingan kolektif. Prosedur dan proses tuntutan pengiktirafan adalah
diperuntukkan di bawah Seksyen 9, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967) dan
Peraturan-peraturan di bawahnya.
5.4 Objektif Pengiktirafan Sesebuah Kesatuan Sekerja
Pengiktirafan oleh majikan terhadap sesebuah kesatuan sekerja merupakan pra-syarat
sebelum kesatuan berkenaan boleh menjemput majikan untuk mengadakan perundingan
kolektif. Pengiktirafan ke atas kesatuan sekerja membolehkan sesebuah kesatuan itu
berfungsi sebagai badan atau ejen yang mewakili para pekerja dalam meningkatkan
hubungan kerjasamaserta perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif di tempat
pekerjaan.
5.5 Perundangan Mengenai Skop Perwakilan Kesatuan Sekerja
Sesebuah kesatuan sekerja tidak boleh menuntut pengiktirafan berkaitan pekerja-pekerja
yang digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau keselamatan.
No. Matrik 193978 13
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
Sekiranya majoriti daripada keahliannya terdiri daripada pekerja-pekerja yang bukan
digajikan dalam mana-mana kapasiti tersebut.
5.6 Kriteria Untuk Memberi Pengiktirafan.
Pengiktirafan kesatuan sekerja melibatkan kriteria-kriteria seperti kelayakan
(competency) kesatuan sekerja iaitu sama ada kesatuan berkenaan layak untuk mewakili
pekerja-pekerja di sesebuah tempat pekerjaan (establishment) atau di dalam tred atau
jawatan atau industri. Keahlian kesatuan tersebut diliputi oleh skop yang ditetapkan
dibawah perlembagaan kesatuan. Kesatuan keahlian iaitu sama ada kesatuan tersebut
mempunyai majoriti (50% + 1 orang pekerja) di kalangan pekerja-pekerja yang hendak
diwakilinya.
5.7 Langkah-langkah Mengemukakan Tuntutan Pengiktirafan
Sesebuah kesatuan sekerja berdaftar boleh menuntut pengiktirafan seperti yang
diperuntukkan di bawah Seksyen 9(2), APP 1967. Tuntutan hendaklah dikemukakan
dalam Borang A. satu salinan asal Borang A berserta satu salinan Perlembagaan
Kesatuan hendaklah dihantar secara pos berdaftar kepada majikan dan satu salinan
kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM).
5.8 Tanggungjawab Majikan Terhadap Notis Tuntutan (Borang A)
Majikan hendaklah mengambil satu daripada langkah-langkah berikut dalam tempot 21
hari dari tarikh notis tuntutan pengiktirafan iaitu sama ada mengiktiraf kesatuan sekerja
secara sukarela atau jika pengiktirafan tidak diberi, memaklumkan pihak kesatuan secara
No. Matrik 193978 14
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
bertulis sebab-sebab mengapa pengiktirafan tidak diberi atau apabila sesebuah kesatuan
sekerja menerima makluman di bawah perenggan 6.1 (ii) atau majikan gagal memberikan
sebarang jawapan, kesatuan hendaklah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan
maklumbalas majikan dibawah perenggan 6.1 (ii) atau berakhirnya tempoh 21 hari di
bawah perenggan 6.1 mengemukakan aduan secara bertulis kepad KPPPM, kegagalan
kesatuan berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan pengiktirafan ini dianggap telah
ditarik balik.
5.9 Tindakan Yang Dilarang Semasa Diadakan Prosiding Tuntutan
Pengiktirafan
Majikan adalah dilarang mengisytiharkan sekat masuk (lock-out) atau menamatkan
pekerjaan mana-mana pekerjanya kecuali atas alasan-alasan tattertib (misconduct). Pihak
kesatuan pula dilarang daripada melancarkan apa-apa tindakan perusahaan seperti mogok
atau piket.
6.0 Tawar-Menawar Kolektif (Collective Bargaining)
Akta Perhubungan Perindustrian 1967 telah memdefinisikan tawar-menawar kolektif
sebagai suatu perundingan dengan tujuan untuk mencapai perjanjian kolektif. Perjanjian
kolektif pula didefinisikan sebagai perjanjian bertulis yang dicapai antara pihak majikan
dengan pihak kesatuan sekerja berhubungan dengan syarat-syarat dan peraturan-peraturan
pekerjaan atau yang berkenaan dengan hubungan antara kedua-dua pihak ini.
Pada umumnya, tawar-menawar kolektif merupakan satu proses yang membolehkan
wakil-wakil pihak majikan dan pihak kesatuan sekerja bertemu dengan niat jujur untuk
No. Matrik 193978 15
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
merundingkan suatu perjanjian buruh. Perjanjian buruh ini akan mengandungi
peruntukan-peruntukan tentang gaji dan upah, jumlah jam bekerja dan keadaan kerja.
Gaji dan upah bermakna segala bentuk pampasan langsung dan jumlah jam bekerja
merangkumi lamanya hari kerja, masa rehat dan cuti tahunan. Keadaan kerja pula
melibatkan faktor-faktor keselamatan, layanan penyeliaan dan faktor-faktor alam
persekitaran kerja yang lain. Biasanya masalah berkaitan dengan gaji, upah dan keadaan
pekerjaan dapat di selesaikan dengan perundingan secara kolektif.
Asas hubungan majikan dan pekerja yang berkesan adalah tawar-menawar dengan niat
jujur. Perundingan dengan niat jujur bererti kedua-dua pihak yang berunding mesti
menghantar wakil ke meja perundingan untuk berkomunikasi dan berunding dengan
tujuan hendak mencapai suatu persetujuan. Cadangan satu pihak harus di balas dengan
cadangan balas oleh pihak yang satu lagi dan kedua-dua pihak harus bersedia untuk
bertolak ansur dan berusaha mencapai suatu persetujuan. Namun begitu, kedua-dua pihak
tidak semestinya menerima cadangan yang di kemukakan oleh pihak yang satu lagi.
Tatacara perundingan kolektif di berikan dalam Seksyen 13 Akta Perhubungan
Perindustrian. Proses tawar-menawar kolektif melibatkan tahap-tahap yang tertentu
seperti persediaan sebelum berunding, tawar-menawar, penyelesaian dan ratifikasi
persetujuan serta penyelesaian apabila menghadapi kebuntuan dalam perundingan.
Akta Kesatuan Sekerja dan Perhubungan Industri 1992 menghuraikan perundingan
sebagai segala yang berkaitan dengan:
i- Terma dan keadaan pekerjaan atau keadaan fizikal di mana pekerja di tempatkan
untuk bekerja.
No. Matrik 193978 16
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
ii- Penggantungan atau penamatan pekerjaan atau tarikh pekerjaan pekerja.
iii- Pembahagian kerja atau tugas.
iv- Disiplin
v- Ahli atau bukan ahli kesatuan sekerja
vi- Kemudahan atau urusan rasmi kesatuan sekerja.
vii- Perundangan dan perundingaaaan tentang pengiktirafan kesatuan sekerja.
6.1 Kesan Perjanjian Kolektif
Sesuatu perjanjian kolektif yang telah mendapat perakuan mahkamah akan disifatkan
sebagai suatu award dan mengikat pihak-pihak dalam perjanjian termasuk dalam mana-
mana kes apabila suatu pihak itu adalah kesatuan sekerja majikan-majikan, kesemua ahli
kesatuan sekerja yang terlibat dalam perjanjian , pengganti, pemegang serah hak atau
penerima pindahan mereka serta kesemua pekerja yang bekerja atau yang diambil bekerja
kemudiannya dalam pengusahaan atau sebahaian daripada pengusahaan yang berkaitan
dengan perjanjian berkenaan. Perjanjian kolektif meliputi semua pekerja termasuk yang
bukan ahli kesatuan sekerja pekerja. Ini adalah untuk memastikan keseragaman syarat-
syarat perkhidmatan bagi semua pekerja. Sesuatu perjanjian kolektif yang telah tamat
atau ditamatkan tidak lagi mengikat ke atas kedua-dua pihak. Di samping itu, selagi
perjanjian tidak berkahir atau ditamatkan, semua pihak tetap terikat dengan perjanjian itu
tidak kira sama ada berlaku pertukaran dalam perniagaan seperti perniagaan bertukar
tangan, dijual atau di pajak atau diwarisi tetapi kesan perjanjian kolektif akan diteruskan
oleh majikan baru. Kesan perjanjian kolektif juga tetap mengikat semua pihak walaupun
kesatuan yang menandatangani perjanjian itu telah dibatakan pendaftarannya. Seperkara
juga yang harus diingat bahawa perjanjian kolektif tidak menggantikan suatu kontrak
No. Matrik 193978 17
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
pekerjaan individu sebaliknyaia menjana perjanjian tersebut. Ini adalah berdasarkan
keputusan mahkamah yang menyatakan bahawa seksyen 17 (2) APP telah menjelaskan
bahawa perjanjian kolektif antara majikan dan kesatuan pekerja bukanlah kontrak
perkhidmatan antara majikan dan pekerja-pekerjanya tetapi suatu model persetujuan yang
harus diikuti. Hubungan antara perjanjian kolektif dan kontrak pekerjaan juga dijelaskan
oleh mahkamah perusahaan bahawa kewajipan antara majikan dan pekerja hendaklah
hasil daripada suatu kontrak individu tetapi isi kandungan kewajipan-kewajipan tersebut
hendaklah secara keseluruhannya ditetapkan melalui proses perundingan kolektif.
6.2 Tindak balas majikan terhadap kesatuan
Kesatuan sekerja dilihat daripada perspektif positif dan negatif oleh majikan. Biasanya,
kekuatan kesatuan sekerja ialah berjaya dalam konflik yang dibuat secara terbuka dengan
majikan seperti yang berlaku di Perancis iaitu mogok pekerja kereta api. Selagi
permintaan mereka tidak ditunaikan oleh majikan, mogok akan diteruskan. Apabila
kerajaan bersetuju dengan beberapa tuntutan kesatuan, para pekerja kembali bekerja dan
perkhidmatan pengangkutan awam kereta api pulih seperti sedia kala. Pertelingkahan
secara terbuka tetapi terkawal dapat mengurangkan tempoh konflik kerana kedua-dua
pihak, pekerja dan majikan dapat mengawal keadaan. Apabila Cuepacs memohon bonus
diberikan kepada kakitangan kerajaan tetapi tidak dapat, Cuepacs masih cuba mencari
penyelesaiannya. Permintaan kesatuan sekerja bagi sesuatu isu kadang kala diterima
dengan senang hati. Apabila majikan mendapati prestasi organisasi sangat
memberangsangkan, mereka memikirkan bentuk penghargaan yang boleh diberikan
kepada pekerja. Biasanya kesatuan sekerja memohon kenaikan gaji, bonus atau kebajikan
pekerja yang lebih baik. Jika permintaan berpatutan, majikan akan tunaikannya dengan
No. Matrik 193978 18
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
mudah. Suasana yang lebih mudah ialah wujud kerjasama di antara kesatuan sekerja dan
majikan. Kerjasama ini pasti membantu pekerja dan majikan meningkatkan kualiti dan
produktiviti masing-masing. Kedua-dua pihak mendapat manfaat yang berkekalan.
6.3 Cara majikan menghalang kesatuan
Di sesetengah negara, majikan akan mencari jalan menghalang kesatuan sekerja
bertindak kerana imej yang dibawa kesatuan sekerja membawa trauma kepada majikan.
Keadaan ini amat mencemaskan jika kesatuan sekerja merancang mengadakan
demonstrasi atau mogok. Ini kerana satu sebab: mencemarkan imej majikan seterusnya
menjejaskan produktiviti organisasi. Jadi, bagi mengelakkan kesatuan sekerja "naik
kepala" dengan membuat tuntutan yang melampau, ada beberapa cara yang digunakan
oleh majikan seperti:
i. bayar gaji dan faedah lebih baik
ii. libatkan pekerja dalam pembuatan keputusan, laksana polisi sistem terbuka secara
efektif
iii. tawarkan latihan, pembangunan dan jaminan tempoh jawatan
iv. mengembangkan perasaan percaya dan setia dalam organisasi dengan cara pihak
pengurusan mendapatkan maklum balas terhadap ketidakpuasan pekerja terhadap
organisasi.
Contohnya kilang-kilang elektronik di Malaysia. Majikan berjaya mengelakkan
pekerjanya mempunyai kesatuan selama 15 tahun. Langkah yang diambil oleh mereka
ialah:
No. Matrik 193978 19
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
i. bayaran gaji berpatutan
ii. khidmat nasihat kepada pekerja yang bermasalah
iii. keadaan tempat kerja yang selamat
iv. menjaga kebajikan pekerja seperti sambutan hari lahir
v. tempat makanan yang bersih dan berhawa dingin
vi. -sediakan pengangkutan percuma pergi dan balik
7.0 Kesimpulan
Satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah peranan kesatuan sekerja adalah penting dalam
menjaga kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan
produktiviti dan kualiti hidup supaya negara dapat membangun dengan pantas dalam
merialisasikan wawasannya. Pergerakan kesatuan sekerja berpendapat bahawa pekerja-
pekerja bukan semata-mata faktor pengeluaran. Mereka sewajarnya dihargai sebagai
rakan kemajuan dan perlu dilayan berdasarkan pengiktirafan dan status mereka dalam
masyarakat. Kesatuan sekerja berharap kerajaan dan majikan tidak meminta kesatuan
sekerja menjadi rakan hanya pada waktu-waktu sukar dan mengenepikan atau
mengabaikan pekerja-pekerja apabila keadaan ekonomi memuncak.
No. Matrik 193978 20
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh Di Malaysia
Rujukan
Buku
Chamsuri Siwar, Surtahman Kastin Hassan & Norshamliza Chamsuri (2005). Ekonomi Malaysia. (6th ed), Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Berhad.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang. (2003). Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262)& peraturan-peraturan (hingga 10hb Februari 2003), Petaling Jaya: InternationalLaw Book Services.
Kamal Halili Hassan, 1990, Hubungan Undang-Undang Majikan dan Pekerja, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Wan Takwa Che Wan Abu Bakar, 2003, Kepimpinan MTUC dan Hubungan Perusahaan Di Malaysia, Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
K. Rajkumar, 2001, Panduan Mudah Undang-Undang Buruh Malaysia, Selangor: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.
Majalah
Azizan Bahari. (Apri,1993). Dewan Masyarakat;Bermulanya Era Baru Kesatuan Sekerja. 31(04),p.28-29.
Parausraman, B. (April,2000). Dewan Ekonomi: Apakah harapan sebenar kesatuan sekerja. 06(0530),p31-32.
Parausraman, B. (Ogos,2005). Dewan Ekonomi: Kesatuan sekerja jadi penghubung pekerja-majikan. 09(0594),p43-45.
Rahaiza Ismail. (Mei,2005). Dewan Masyarakat: Bermulanya Era Baru Kesatuan Sekerja.09(0594),p43-45.
Internet
1. cuepacs.blogspot.com/ 2. www.mohr.gov.my/pdf/(8)%20Kewangan_1.pdf 3. http://repo.uum.edu.my/452/1/Mumtaj_Hassan.pdf 4. http://bahanbahan.wordpress.com/2007/11/09/kesatuan-sekerja-perlu-diurus-
cekap/
No. Matrik 193978 21