hbpe 3203 pendidikan luar
TRANSCRIPT
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
1/30
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI / TAHUN 2014
HBPE 3203
PENDIDIKAN LUAR
NO MATRIKULASI : 760116125828001
NO KAD PENGENALAN : 760116125828
NO TELEFON : 012-8017487
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT
PEMBELAJARAN SABAH
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
2/30
1.0 Pendahuluan
Pendidikan luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik
darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi
meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan
kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan
afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian
ekologi. Ia juga bertujuan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam
sekitar. Pendidikan luar merangsang pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan
bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal.
Program-program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di
peringkat sekolah malah keseluruhan masyarakat. Pendidikan luar ialah satu saluran
pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Sebahagian
besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam
melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri.
Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan individu
yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan
negara. Pendidikan luar menguji semangat kerjasama secara berpasukan dalam mencapai
matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
3/30
2.0 Definisi Pendidikan Luar
Pendidikan Luar merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan elektif dan bijaksana.
Pendekatan, pemeringkatan, pengolahan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal
akan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru. Secara keseluruhan
dalam mendefinisi Pendidikan Luar terdapat dua pendapat yang berlainan. Kedua
golongan tersebut ialah:
Berdasarkan aktiviti Berdasarkan psikologi
Golongan ini mendefinisikan Pendidikan Luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa
melihat Pendidikan Luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang tersirat.
Dengan lain perkataan golongan ini melihat Pendidikan Luar sebagai aktiviti yang
tertumpu kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain seperti aspek
sosial, kognitif dan afektif (elemen tersirat).
Menurut Neill 2003, Pendidikan Luar yang berasaskan aktiviti berlaku apabila
segolongan peserta menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang
sebenar. Mereka menggunakan sekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Kethies
(1990), Pendidikan Luar adalah keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam
semulajadi serta menyelesaikan masalah di sekitaran. Priest (1990) menggambarkan
Pendidikan Luar merupakan proses ujikaji dengan menggunakan pancaindera sebagai alat
dan alam semulajadi sebagai makmal. Simon Priest (1986), menyatakan Pendidikan Luar
adalah pendidikan yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam
semulajadi. Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia
tetapi antara manusia dengan manusia.
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
4/30
Berdasarkan psikologi, menurut the outdoor institute Pendidikan Luar
didefinisikan sebagai pendidikan yang bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-
aktiviti di luar kelas dan membangun insan secara keseluruhan. Menurut C. A. Lewis
(1975), dalam pendidikan luar pelajar akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk
memerhati dan membuat persepsi. Sementara Phyllis Ford (1981) mendefinisikan
pendidikan luar adalah pendidikan yang mempunyai tiga domain utama iaitu
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang digabungkan untuk membentuk pendidikan insan
yang seimbang.
D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, menyatakan
pendidikan luar adalah gabungan berbagai disiplin dalam pendidikan untuk mencapai
matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan, program Pendidikan
Luar (PPL) adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai komponen
akademik dan ikhtisas serta memantapkan kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut
Edward Lappin (2000),
Outdoor education is...a means of curriculum enrichment, whereby the process of
learning takes place out of doors. Outdoor education broadly includes environmental
education, conservation education, adventure education, school camping, wilderness
therapy,and some aspects of outdoor recreation
Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajaran dan
pembelajaran yang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankan samada di dalam
atau di luar bilik kuliah (Ford, 1981). Ia merangkumi banyak subjek yang berkaitan
secara langsung dengan alam persekitaran dan situasi hidup sebenar di luar bilik kuliah.
Pendidikan luar menumpukan kepada penggunaan teknik pembelajaran secara hands-
on, untuk mendapat pengetahuan. Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar
pelajar dapat memahami isi kandungannya dengan lebih mudah. Maka ia merupakan
suatu pendekatan pembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemen kognitif,
psikomotor dan afektif yang berpusat kepada pelajar (Kraft, 1985 petikan dari Priest &
Gass,1997; m.s. 17).
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
5/30
Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif akan menyumbang kepada
pembinaan penghargaan diri (self-esteem), ke arah pembentukan pelajar yang sihat
mental dan fizikal (Edginton,1998). Tokoh teori learning by doing John Dewey (1939,
petikan dari Brown, 1998) menyatakan wujud keperluan dan hubungan yang rapat antara
pengalaman sebenar dan pendidikan. Selain itu, pendidikan luar membantu
memperkembangkan fizikal yang diingini, mental, sosial dan semangat yang berkualiti
(Meier & Mitchell,1993). 2.1
Menurut Abu Bakar Sidek 2004, pendidikan luar adalah pembelajaran dan
pengajaran yang melibatkan alam semulajadi di mana ia menyediakan suatu tempat yang
merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Pendidikan luar juga
bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini bermakna tambahan dan
pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar. Ia boleh digabungjalinkan dengan
amalan sihat yang boleh memperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni
bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha
mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional.
Secara umumnya terdapat pelbagai definisi tentang pendidikan luar. Pendidikan
luar bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini bermakna tambahan dan
pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar (Smith, Carlson, Donaldson &
Masters, 1972). Definisi lain menyatakan pendidikan luar adalah proses pengalaman iaitu
pembelajaran dengan melakukan (Priest, 1986). Selain itu Gair (1997), mendefinisikan
pendidikan luar sebagai meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka
samada di bandar atau di pedalaman.
Walau bagaimanapun definisi-definisi ini telah dikritik oleh pelbagai pihak.
Ramai pengkaji percaya yang pendidikan luar tidak hanya tertumpu kepada alam
semulajadi sahaja tetapi juga kawasan yang tertutup (Smith, Carlson, Donaldson et al,
1972; petikan dari Md Amin, 2003; m.s. 21).Secara umumnya walaupun terdapat banyak
percanggahan pendapat dan idea dalam mendefinisikan maksud sebenar pendidikan luar,
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
6/30
ramai pengkaji bersetuju yang proses pembelajaran pendidikan luar berlaku dalam model
pembelajaran berasaskan pengalaman
Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-
sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan
(Knapp, 1990). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh
dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah
selain untuk pendidikan. Dalam dunia pendidikan, ia disifatkan sebagai merentas
kurikulum. Definisi lain yang diberikan oleh beliau tentang pendidikan luar adalah proses
pengalaman iaitu pembelajaran dengan melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti
pendidikan dalam persekitaran terbuka sama ada di bandar atau di pedalaman.
Selain itu pendidikan luar juga merupakan salah satu media yang membekalkan
pembelajaran melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui oleh Meier dan Mitchell
(1993), yang menyatakan bahawa pendidikan luar termasuklah semua jenis pengalaman
yang meningkatkan pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran dan membantu
membuatkan kita lebih menghargai antara satu sama yang lain. Gabungan elemen
kognitif, psikomotor dan afektif dalam pendidikan luar akan menyumbang kepada
pembinaan penghargaan diri (self-esteem),ke arah pembentukan pelajar yang sihat dari
segi mental dan fizikal. Maka, melalui pendidikan luar, ia dapat diertikan sebagai proses
pembelajaran dan pengajaran yang menyatakan kepentingan bagi keperluan dan
hubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan pendidikan. Selain itu, pendidikan
luar turut membantu memperkembangkan fizikal yang diingini, mental, sosial dan
semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).
Selain itu aktiviti pendidikan luar adalah pembelajaran yang menghasilkan
pengalaman yang membolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi
(Brookes, 1994). Oleh itu, pendidikan luar didefinisikan sebagai satu medium untuk
masyarakat mendekatkan diri dengan alam sekitar. Contohnya, melalui aktiviti
perkhemahan termasuk dalam sukatan pelajaran dalam sesuatu pendidikan. Pendidikan
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
7/30
luar mempunyai sejumlah besar objektif, di antaranya termasuklah: untuk membantu
individu hidup dalam keadaan harmoni dengan alam semulajadi, untuk
memperkembangkan asas pemahaman di antara satu sama lain, untuk mempergunakan
pendekatan disiplin ke arah pendidikan, belajar menggunakan deria, belajar dalam
makmal semulajadi dan untuk membangkitkan perasaan ingin tahu dalam kalangan
pelajar.
Menurut Ford (1986), pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang
proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi pelbagai matapelajaran dan
dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah. Ia merangkumi banyak subjek
yang berkaitan secara langsung dengan alam persekitaran dan situasi hidup sebenar di
luar bilik kuliah. Pendidikan luar menumpukan kepada penggunaan teknik pembelajaran
secara hands-on untuk mendapat pengetahuan. Buku bacaan perlu disokong dengan
pengalaman agar pelajar dapat memahami isi kandungannya dengan lebih mudah. Maka
pendidikan luar merupakan suatu pendekatan pembelajaran bersifat realistik yang
mengandungi elemen kognitif, psikomotor dan afektif yang berpusat kepada pelajar.
Beliau juga menegaskan bahawa konsep definisi pendidikan luar adalah terdiri daripada
aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti mengembara atau aktiviti persekitaran.
Pendidikan luar juga adalah proses yang berasaskan pada aktiviti berstruktur yang mana
menggunakan alam semulajadi atau persekitaran tiruan untuk menentukan kekuatan
individu atau intrapersonal dan interpersonal kumpulan
Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang
dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan
pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi
pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka ataupun semulajadi.
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
8/30
3.0 Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era Moden
Menurut Ikmalhisam (2012), Pendidikan Luar merupakan satu pendekatan untuk
mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri dalam
persekitaran terbuka atau semula jadi. Aktiviti ini telah dijalankan sejak zaman purba
lagi, di mana banyak melibatkan aktiviti semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan
untuk mendapatkan sumber makanan.
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
9/30
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
10/30
Aktiviti kayak
Aktiviti flying fox
http://2.bp.blogspot.com/-vp9OuHJjubE/T47UsNenXsI/AAAAAAAAADM/VS1FrRdDYig/s1600/P1030444.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-vIH_wHr2WTc/T47P8bUMvZI/AAAAAAAAACs/XtsZGkbspXI/s1600/P1030366.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/--CFuKZ2aGL4/T45of24ijQI/AAAAAAAAACk/CqW5DyR8jRU/s1600/P1030497.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-vp9OuHJjubE/T47UsNenXsI/AAAAAAAAADM/VS1FrRdDYig/s1600/P1030444.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-vIH_wHr2WTc/T47P8bUMvZI/AAAAAAAAACs/XtsZGkbspXI/s1600/P1030366.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/--CFuKZ2aGL4/T45of24ijQI/AAAAAAAAACk/CqW5DyR8jRU/s1600/P1030497.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-vp9OuHJjubE/T47UsNenXsI/AAAAAAAAADM/VS1FrRdDYig/s1600/P1030444.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-vIH_wHr2WTc/T47P8bUMvZI/AAAAAAAAACs/XtsZGkbspXI/s1600/P1030366.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/--CFuKZ2aGL4/T45of24ijQI/AAAAAAAAACk/CqW5DyR8jRU/s1600/P1030497.JPG -
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
11/30
Perbezaan Pendidikan Luar Zaman Purba dan Era Moden
Pendidikan luar zaman purba Pendidikan luar era moden
Tujuan :
1. Mencari makanan
2. Meneruskan hidup
3. Perlindungan
Tujuan :
1. Rekreasi yang bertujuan untuk
mengubah cara manusia merasai nikmat
matlamatnya ialah kesenggangan,
keseronokkan dan bersuka ria
2. Mengubah cara manusia berfikir dan
merasai nikmat dimana matlamatnya ialah
untuk mempelajari kemahiran dan
pengetahuan.
3. Untuk mengubah cara manusia merasai
nikmat, berfikir dan bertindak dan
matlamatnya ialah untuk membina objektif
kendiri, mendisiplinkan diri sendiri dan
menghasilkan self esteem.
Aktiviti:
1. Memburu,
2. Membuat rumah,
3. Ikhtiar hidup,
4. Memasak,
5. Keselamatan,
6. Membuat senjata
Aktiviti:
1. Perkhemahan,
2. Snorkeling,
3. Orienteering,
4. Kayak,
5. Ikhtiar hidup,
6. Abseling,
7. keyakinan dan keselamatan air
Keperluan:
Kesinambungan hidup atau keperluan
hidup
Keperluan :
Untuk pendidikan, disiplin diri, cintai
persekitaran, sosialisasi.
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
12/30
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN MEMBAKUT, SABAH
________________________________________________________________________
1. TAJUK
Kertas Kerja Perkhemahan Pendidikan Luar 2014, Peringkat SK Pekan
Membakut, Sabah
2. TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.1 Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Guru Besar SK Pekan
Membakut untuk mendapat kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan
Pendidikan Luar 2014 dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak
sekolah.
2.2 Matlamat
(i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri sertamengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan.
(ii) Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitardengan penerapan mata pelajaran, khususnya Kajian Tempatan,
Sains, Agama Islam untuk melahirkan generasi yang tahu
menghargai alam.
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
13/30
(iii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaanmasa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan
menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.
2.3 Objektif
(i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemahyang betul merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan
penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek
keselamatan diri.
(ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaanTuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan
aktiviti alam sekitar.
(iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segalaperkara serta menghindarkan segala perasaan dengki, iri hati dan
mementingkan diri sendiri.
3. BUTIRAN PERKHEMAHAN
3.1 Tarikh
22 dan 23 MAC 2014
3.2 Hari
Khamis dan Jumaat ( 2 hari 1 malam )
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
14/30
3.3 Bilangan Peserta
Semua peserta terdiri daripada murid Tahun 6 Bilangan peserta :
Lelaki : 40
Perempuan : 40
Jumlah : 80 orang
3.4 Tempat Perkhemahan
Pusat Pendidikan Malanggan Kiulu, Tuaran, Sabah
4. JAWATANKUASA
4.1 Jawatankuasa Pengelola:
Unit Ko-Kurikulum Sek. Keb. Pekan Membakut
4.2 Jawatankuasa Induk :
Penasihat : Tuan. Hj Mohammad Bin Patra
Pengerusi : En.Ali Ahmad Hj Osman
Penyelaras : Puan. Hanim Binti Mudi
Kem Komandan : En. Ramzan Hj Ag. Damit
Pen. Kem Komandan : : En. Azlan Senawi
Setiausaha : Pn Haryati Mat Yaman
Bendahari : Cik Roslizah Hj Suhaili
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
15/30
4.3 Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Urusetia : Pn Juriah Guhak
Pengurus Peserta : Ketua Unit-Unit Beruniform
Tapak Perkhemahan : En Kamal Baharin Kupun
Khemah & Peralatan : En Ag Justin
Aktiviti : En Ahmad Li
Makan & Minum : Pn Norhayati Sulaiman
Kerohanian : En Kamarul Arifin
Keselamatan/ Kecemasan : En Kassin Hj Ghani
Siaraya & Dokumentasi : En Mohd Zairi Musa
Persembahan : Cik Dg. Mahani Pg. Nawawi
Hadiah & Cenderamata : Pn Faridah Bt Jamlus
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
16/30
4.4 Jawatankuasa Kecil :
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
KETUA PERKHEMAHAN /
KEM KOMANDAN :
En. Ramzan Hj Ag. Damit
Bertanggungjawab ke atas semua aktivitidan kelancaran perkhemahan
Bertanggungjawab di atas disiplin peserta. Mengeluarkan peraturan perkhemahan. Menguatkuasakan peraturan perkhemahan
PEN KETUA PERKHEMAHAN /
PEN. KEM KOMANDAN:
En. Azlan Senawi
Membantu sepenuhnya tanggungjawab dantugas ketua perkhemahan.
Menjalankan tugas ketua perkhemahansemasa ketiadaannya.
URUSETIA
Pengerusi : Pn Juriah Guhak
AJK
1. Pn. Rafidah Sulaiman
2. Pn. Lijabit Salag
3. En. David Daya
4. En. Yunus Jaya
Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan Menyelaras perjalanan aktiviti dan
pertandingan
Sentiasa menghebahkan maklumat terkini. Mengambil pendaftaran peserta dan juga
mencatat kehadiran guru bertugas
Membuat laporan setiap aktiviti yangdijalankan
Mengendalikan acara majlis penutup Menyediakan kain rentang perkhemahan
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
17/30
PENGURUS PESERTA:
Semua Ketua Unit Beruniform
Pengakap
TKRS
PBSM
Puteri Islam
Menyediakan murid untuk menyertaiperkhemahan
Menyediakan borang kebenaran ibubapa
bagi setiap peserta unit masing-masing Menyediakan jadual guru bertugas unit
Masing-masing
Memastikan penyediaan senarai semakperalatan yang perlu dibawa lebih awal
TAPAK PERKHEMAHAN
Pengerusi :
En Kamal Baharin Kupun
AJK:
1. En. Sahi kamis
2. En. Yusuf Kelana
Menyediakan pelan tapak perkhemahan Menyelaras pembahagian tempat tapak
mengikut unit
Menentukan bilik-bilik yang akandigunakan oleh perserta jika hari hujan.
Menentukan tandas/bilik air yang akandigunakan oleh peserta
Memastikan semua bilik/tempat yangdigunakan sentiasa dalam keadaan bersih
KHEMAH & PERALATAN
Pengerusi : En Ag Justin
AJK:
1. En Alias Karim
2. En Mohd Ismail
3. En Azuan Yusoff
4. Pn Nur Azniza bt Daud
5. Pn Siti Maznah bt Omar
Menyediakan khemah yang mencukupi bagikeperluan peserta
Memastikan komponen khemah dan segalaperalatan yang berkaitan mencukupi
Memastikan setiap khemah dibuka dandibersihkan selepas perkhemahan
Menyediakan segala dokumen perlusekiranya terdapat pinjaman khemah dari
pihak luar
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
18/30
AKTIVITI
Pengerusi :
En Ahmad Li
AJK:
1. En. Kamal Kupun
2. Pn. Dg Salmah
3. En. Jaafar Sulaiman
4. En. Noerdin Wasli
5. Pn. Jamilah Abdulah
Merancang aktiviti-aktiviti yang akandiadakan semasa perkhemahan.
Menyediakan, memasang dan menyiapkansemua jenis peralatan dan halangan bagi
aktiviti yang akan diadakan.
Mengendalikan aktiviti perkhemahan. Mengemas dan menyimpan semula
peralatan yang telah digunakan di tempat
yang sesuai.
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
19/30
MAKANAN DAN MINUMAN
Pengerusi :
Pn Norhayati Sulaiman
AJK:
1. Pn Zanariah bt Omar
2. Pn.Fatimah Wati bt Salleh
3. Pn Tn Syarifah Azura bt Abdullah
Menyediakan makanan dan minuman yangbagi semua guru yang terlibat dan murid
Menyediakan jadual serta menu masakansetiap hari perkhemahan
Memastikan semua aktiviti memasak dikalangan peserta berjalan lancar
Menguruskan segala perkara berkaitanmakan dan minum disepanjang
perkhemahan
KEROHANIAN
Pengerusi :
En Kamarul Arifin
AJK:
1. En Lukman bin Ismail
2. Pn Rohaiza bt Remli
Menyediakan jadual bertugas imammengikut waktu solat
Memimpin bacaan Yasin Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh
KESELAMATAN DAN
KECEMASAN
Pengerusi :
En Kassin Hj Ghani
AJK:
1. En Mohd Abd Hafizdiin b Ismail
2 Pn Noraziah bt Omar
Memastikan tahap keselamatan peserta dansegala peralatan berada dalam keadaaan
yang amat baik
Menubuh unit kawalan Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta
peti rawatan yang sempurna dan
mencukupi
Menyediakan jadual pengawasan dankawalan keselamatan kawasan
perkhemahan
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
20/30
3. Pengawal keselamatan sekolah Mengawal keselamatan murid dalamperjalanan ke masjid untuk solat Jumaat.
PERSEMBAHAN
Pengerusi :
Cik Dg. Mahani Pg. Nawawi
AJK:
1. Cik Nor Hashimah bt Mohd Razali
2 Cik Rahayu bt Said
Menentukan jenis persembahan dansyarat-syaratnya.
Memberi taklimat kepada peserta sebelumaktiviti dijalankan
Melantik hakim-hakim persembahan danmenyediakan borang penghakiman, jika
persembahan tersebut dijalankan secara
pertandingan
Mengurus perjalanan aktiviti persembahan
ELEKTRIK, SIARAYA DAN
DOKUMENTASI
Pengerusi :
En Mohd Zairi Musa
AJK:
1. En Ismail bin Awang Lah
2 Pekerja sekolah
Menyediakan kemudahan elektrik danperalatan siaraya yang sempurna di seluruh
tapak perkhemahan sepanjang tempoh kem
diadakan
Mengemaskini peralatan yang telahdigunakan dan disimpan pada tempat yang
sesuai
Mengurus dan menyediakan peralatansiaraya untuk sebarang bentuk
persembahan/aktiviti (jika diperlukan)
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
21/30
HADIAH DAN CENDERAMATA
Pengerusi :
Pn Faridah Bt Jamlus
AJK:
1. Pn Norliza bt Ismail@Chik
2 Pn Noraziah bt Manab
Menyediakan hadiah kepada pesertaberdasarkan pertandingan yang dijalankan.
Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata Menguruskan majlis penyampaian hadiah
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
22/30
5. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Makan Minum Murid
Makan Tengahari (Khamis) Mi num Petang (Khamis) Makan Malam (Khamis) Minum Malam (Khamis) Sarapan (Jumaat) Minum Pagi (Jumaat) Makan T/Hari (Jumaat) Minum Petang (Jumaat)
RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00
RM1120.00
2
Hadiah
Tempat Pertama Tempat Kedua
RM20.00 x 5 = RM100.00RM15.00 x 5 = RM 75.00
`
RM225.00
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
23/30
Tempat Ketiga RM10.00 x 5 = RM 50.00
3 Peralatan Bahan api Tali Racun serangga RM100.00
4 Kecemasan Ubat-ubatan RM100.00
5 Pengankutan RM 1500
JUMLAH BESAR RM3045.00
(RM : TIGA RIBU EMPAT PULUH LIMA SAHAJA)
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
24/30
6. TENTATIF PROGRAM
Tarikh Hari Masa Aktiviti Justifikasi
22.03.2014
KHAMIS
8.00 pagi
8.30 pagi Pendaftaran Peserta Dan Guru Sesi mengagihkan peserta dan guru
mengikut kumpulan nama-nama pokok
buah-buahan tempatan.
Pengurusan pelajar dan penempatan pelajarmengikut khemah serta guru pengiring yang
ditugaskan bagi setiap kumpulan.
Menjaga keselamatan dan memupukdisiplin kendiri.
8.30 pagi
9.30 pagi Sarapan Pagi Perhimpunan Bersama Peserta Dan Guru
Pengiring
Nyanyian Lagu:-a) Lagu Negaraku
b) Lagu Sabah Tanah Airku
Menyiapkan Khemah bagi setiap kumpulanyang diagihkan.
Membentuk budaya bekerjasama dan salingmenghormati dalam satu kumpulan.
Membentuk budaya kepimpinanberkumpulan.
Bertoleransi sambil berkongsi pengalamanserta kemahiran.
9.30 pagi-
11.30 pagi
Ice Breaking
Sesi Berkenalan Mengikut KumpulanNama-nama Pokok Buah-buahan Tempatan
Yang Diberikan.
Dengan Menyanyikan Lagu Tanya Sama
Memupuk perpaduan dalam kalanganpelajar.
Saling menghargai dan menyayangi satusama lain.
Menggabungjalinkan estetik, seni dan
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
25/30
Kawan
(Dengan nada lagu Tanya Sama Pokok)Tanya sama kawan,
Siapa nama kawan?
Nama saya Alfred,Siapa nama kawan?
Perlantikan Penghulu dan Penghulu wati.
komunikasi pelbagai hala.
11.30 pagi
-12.30 t/hari
Pertolongan Cemas Mempertingkatkan pengetahuan asastentang pertolongan cemas
12.30 pagi
2.00 ptg
Makan tengahari / sholat Zohor
2.00 ptg-
4.00 ptg
Kraf Perkhemahan dan ikatan Mempertingkatkan kemahiran ikatan dansimpulan serta gejek yang telah di pelajari
4.00 PTG
-4.30 PTG
Sholat Asar / Minum petang
4.30 ptg
-5.30 ptg
Pertandingan Kawad kaki Meningkatkan kemahiran kawad kaki Mendisiplinkan diri tentang arahan dan
kerjasama berpasukan
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
26/30
5.30 ptg-
6.30 ptg
Latihan Persembahan Kebudayaan Memupuk semangat patriotism dankerjasama di kalangan peserta.
6.30 ptg
-8.00 mlm
Makan malam / sholat maghrib/isyak
8.00 mlm-
10.00 mlm
Persembahan Malam Kebudayaan Memupuk perpaduan dalam kalanganpelajar.
Saling menghargai dan menyayangi satusama lain.
Menggabungjalinkan estetik, seni dankomunikasi pelbagai hala.
10.00 mlm
-10.30 mlm
Minum malam
10.30 mlm-
11.00 mlm
Taklimat aktiviti 1( Sayang Si Buta )
Memberi penerangan tentang perjalananaktiviti agar tidak ada kekeliruan tentang
arahan yang akan diberikan.
11.00 mlm
-
12.00 mlm
Sayang Si Buta Memupuk semangat kerjasama antarapasukan.
Melatih peserta agar peka denganpancaincera dengar.
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
27/30
Memupuk semangat keberanian dalam diripeserta.
29.01.2014P
A
GI
4.30 pagi
6.00 pagi Solat Membersihkan Diri Persiapan Pakaian dan Kemaskan Khemah
Memupuk Nilai-nilai murni kepada peserta
6.00 pagi
-8.00 pagi
Senaman pagi. Perhimpunan pagi Kawad pagi
Melatih peserta agar sentiasa menjagakesihatan dan disiplin diri.
8.00 pagi
11.00 pagi
Aktiviti Kerubung terbang
( Flying Fox ) Menguji ketahanan mental peserta. Membina keyakinan diri pelajar dalam
menyelesaikan konflik persekitaran.
11.00 pagi-
1.00 pagi
Memasak makanan mengikut menu yangditetapkan.
Persiapan dan pertandingan makanan secara
berkumpulan.
Memupuk perpaduan dalam kalanganpelajar.
Saling menghargai dan menyayangi satusama lain.
Menggabungjalinkan estetik, seni dankomunikasi pelbagai hala.
Menjaga keselamatan dan memupukdisiplin kendiri.
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
28/30
1.00 ptg
2.00 ptg
Makan tengahari / sholat Zohor Memupuk Nilai-nilai murni kepada peserta
P
ET
AN
G
2.00 ptg
-4.00 ptg
Ikthiar Hidup Menguji daya ketahanan fizikal dan mentalpara peserta.
Menguji keupayaan atau keadaan sesuatuitu untuk terus hidup
Meningkatkan pengetahuan dan kemahirandalam bidang ikhtiar hidup.
4.00 ptg
-4.30 ptg
Minum petang
Sholat AsarPersiapan Majlis Penutupan
Memupuk Nilai-nilai murni kepada peserta
4.30 ptg Majlis Penutupan
Penyampaian Sijil kepada peserta
Penyampaian Hadiah
Memberi penghargaan kepada pesertaperkhemahan.
5.00 ptg Bersurai
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
29/30
HANIM BINTI MUDI ( 760116125828001 )
HBPE3203 PENDIDIKAN LUAR
29
7. PENUTUP
Adalah diharapkan agar perkhemahan yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengansempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya mendapat sokongan sepenuhnya
daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektif dan matlamatnya
tercapai.
Disediakan oleh: Disemak oleh;
( HANIM BINTI MUDI ) ( ALI AHMAD HJ OSMAN )
Penyelaras, Pen. Kanan Ko-Kurikulum,
Pendidikan Luar SK Pekan Membakut,
SK Pekan Membakut
Di luluskan oleh,
( TUAN HJ MOHAMAD BIN PATRA )
Guru Besar
SK Pekan Membakut
-
8/12/2019 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR
30/30
HANIM BINTI MUDI ( 760116125828001 )
HBPE3203 PENDIDIKAN LUAR
30
Rujukan
1. OUM (2007). HBPE 3203 Pendidikan Luar
2. Ikmalhisam Daroji dan Chia Chiow Ming. (2012).Pendidikan Luar :
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
3. Md Amin et. al. (2011).Pendidikan Luar Definisi, Falsafah & Aplikasi :
Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
4. Norazhan Che Lah. (2007). HBPE3203Pendidikan Luar: Meteor Doc Sdn
Bhd.