tugasan pengajian fiqh
DESCRIPTION
tugasan fiqh berkaitan muamalat dalam IslamTRANSCRIPT
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
PENDAHULUAN
Secara bahasa, fiqh atau fiqih bererti faham dalam pengertian atau pemahaman yang
mendalam yang mengkehendaki penumpuan potensi akal. Beralih pula kita kepada
pemahaman maksud fiqh ini dari sudut istilah ialah:
المكتسبة وأقوالهم المكلفين بأعمال المتعلقة الشرعية األحكام معرفة
التفصيلي أدلتها من
Ini ialah takrif yang digunakan di dalam kitab ” Fiqh Manhaji ” aliran mazhab Imam As-Syafi’
rahimahullahua’laihi yang mengatakan bahawa fiqh dari segi istilah ini ialah mengenali atau
mengetahui hukum-hukum syariah yang berkaitan dengan amalan dan perkataan mukallaf
(muslim yang akil baligh) yang diperolehi atau diambil dari dalil-dalil yang terperinci seperti Al-
Quran, Sunnah, Qias dan Ijtihad ulama’. Jadi, di sini dapatlah kita melihat bahawa fiqh ini ialah
satu kefahaman tentang hukum-hukum di dalam Islam bukannya hukum yang berkaitan
dengan akidah dan sebagainya. Di dalam kitab “madkhal ila feqhul am ” ada menyebut atau
ada meringkaskan tentang fiqh ini iaitu :
اإلسالم في المشروعة العملية األحكام مجموعة
Satu gagasan ilmu yang mengumpulkan segala hukum-hakam yang berkaitan dengan
amalan seseorang hamba atau mukallaf yang telah ditetapkan oleh Al-Haakim (Allah) dalam
agama Islam ini dengan maksud lain satu himpunan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah
yang berkaitan dengan amalan kita sebagai hamba. Hukum fiqh ini pula terbahagi kepada
beberapa pembahgian mengikut pandangan ulama’-ulama’ fiqh iaitu ibadah, ahwal asy-
syakhsiyyah, muamalah, jinayah, hakam al-qada’, hakam as-sultaniyyah dan adab serta
akhlak.
Maka, dalam tugasan ini akan dikupas lebih lanjut berkaitan fiqh muamalat yang
terkandung di dalamnya hubungan sesama manusia dalam rangka memenuhi keperluan
masing-masing berkaitan dengan perbahasan harta dan hak-haknya termasuklah pengurusan
ekonomi Islam.
1
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
BAHAGIAN
A
2
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
1.0 BAHAGIAN A
Konsep pengurusan ekonomi Islam adalah satu konsep yang terbaik dalam kehidupan
manusia dan satu alternatif kepada pengurusan ekonomi kovensional yang mencengkam pada
hari ini. Konsep pengurusan ekonomi Islam dianggap membawa “keadilan sejagat” kepada
semua manusia tanpa bertindak menzalimi dan berat sebelah pada sebelah pihak. Ekonomi
Islam juga bebas dari dosa paling besar selepas dosa syirik dan diperangi oleh Allah
pengamalnya iaitu riba sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 275.
Maksudnya: “orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana
sentuhan (syaitan) itu. yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan
berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya
peringatan (larangan) dari tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang
telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya
terserahlah kepada Allah. dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)
maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Konsep ekonomi Islam ini juga merupakan satu konsep ekonomi yang halal serta
bertunjangkan akidah, syariah dan akhlak Islam yang merangkumi aspek-aspek ekonomi Islam
seperti bai’ (jual beli), ijarah (sewaan), wadiah (simpanan), al-rahn (gadaian), takaful dan
perbankan Islam. Berikut membicarakan tentang konsep-konsep dan keadilan yang terdapat
dalam pengurusan ekonomi Islam yang banyak mendatangkan keuntungan kepada
masyarakat Islam di Malaysia.
3
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
1.1.1 al-Wadiah Yad Dhamamah
Dalam bahasa Arab, wadiah ( (الو(د+يع(ة) atau simpanan merujuk kepada perbuatan
meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk dijaga. Menurut
syarak pula, istilah ini merujuk kepada sesuatu barang yang disimpan. Ia juga merujuk kepada
kontrak penyimpanan.
Oleh itu, wadiah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai
amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain
sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh
pelanggannya.
Di Malaysia prinsip ini dikembangkan dan dinamakan wadiah yad dhamamah iaitu
pengamanahan dengan jaminan. Oleh kerana wadiah merupakan suatu amanah, maka orang
yang diamanahkan untuk menjaga harta tersebut bertindak sebagai penjamin. Penjamin ini
akan menjamin untuk membayar atau memulangkan semula keseluruhan atau sebahagian
daripada wang yang disimpan oleh tuan punya apabila diminta. Penyimpan tidak akan
mendapat sebarang bahagian keuntungan dari simpanan yang dibuatnya itu. Sungguhpun
begitu, bank Islam boleh memberikan hadiah atau hibah kepada penyimpan sebagai tanda
penghargaan di atas simpanannya itu.
Kontrak simpanan dianggap tamat apabila pelanggan menuntut semula simpanannya.
Ia juga berakhir apabila bank menyerahkan semula wang tunai atau aset lain yang disimpan
kepada pelanggan. Apabila sesuatu kontrak simpanan ditamatkan, hukum hakam yang
berkaitan dengannya juga dibatalkan.
Mekanisme Operasi :
4
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Rajah 1 : Struktur Asas al-Wadiah Yad Dhamamah
Keterangan Rajah:
i. Pelanggan mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan dipulangkan
kepada pelanggan.
ii. Pelanggan boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
iii. Bank kemudiannya mungkin akan mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan
dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.
iv. Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat pemegang
amanah dan peti simpanan deposit.
1.1.2 al-Mudarabah
Perkataan mudarabah diambil daripada perkataan ‘darb’, iaitu ‘usaha di atas bumi’.
Perkataan itu dinamakan sedemikian kerana mudarib (pengusaha modal) berhak untuk
berkongsi sama keuntungan atas penat lelah dan usahanya. Selain itu dia juga berhak untuk
menggunakan modalnya dan berusaha mengikut arah tujuannya sendiri.
Menurut istilah ulama fikah, perkongsian seperti ini berlaku apabila pemilik
menyerahkan hartanya kepada seseorang untuk diusaha dan diniagakan. Keuntungan pula
akan dikongsi bersama. Atas dasar ini, amalan ini dinamakan juga sebagai syarikat kerana
mereka berkongsi keuntungan.
Dengan itu, mudarabah boleh didefinisikan sebagai suatu kontrak perkongsian
keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan
menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan
hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah
5
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip mudarabah boleh digunakan dalam
operasi perbankan Islam dalam dua cara ;
i. antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan;
ii. antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha.
Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.
Mekanisme Operasi :
Rajah 2 : Struktur Asas al-Murabahah
Keterangan Rajah :
i. Pelanggan menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju dengan terma dalam
perjanjian mudarabah.
ii. Bank akan melaburkan dana tersebut ke dalam aset atau usaha niaga yang dipersetujui.
iii. Perniagaan yang dijalankan berkemungkinan akan mengalami keuntungan ataupun
kerugian.
6
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
iv. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi antara pelanggan dengan bank berdasarkan
nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui bersama.
v. Sebaliknya, kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai aset
atau pelaburan dan seterusnya, amaun dana yang telah dilaburkan oleh pelanggan di bank.
Antara produk yang terlibat dalam konsep mudarabah ialah Akaun Semasa, Akaun Pelaburan
Khas, Penerbitan Bon Islam (Sukuk), Pembiayaan Modal Kerja (Working Capital Financing),
Pembiayaan Projek (Project Financing) dan Pelaburan Antara Bank (Interbank Money Market).
1.1.3 Bai’ Bithaman Ajil
Bai’ Bithaman Ajil (BBA) pada asalnya merujuk kepada kaedah pembayaran secara
bertangguh yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli. Perkataan bithaman ajil merujuk
kepada erti ‘harga bertangguh’. Jika dirujuk kepada kitab-kitab fiqh, konsep ini digelar dengan
beberapa nama, antaranya :
1. Bai’ al-Taqsit ertinya : Jualan dengan bayaran secara ansuran.
2. Bai’ al-Muajjal ertinya : Jualan yang harga ditangguh.
3. Bai’ al-Nasiah ertinya : Jualan dengan penangguhan.
4. Bai’ al-Ajil ertinya : Jualan yang bertangguh.
Sebagai kesimpulan, semuanya membawa maksud yang sama iaitu tangguh pembayaran.
BBA adalah salah satu produk yang digunakan oleh kebanyakan bank-bank Islam di
Malaysia. Menurut statistik, konsep BBA ini amat popular dan digunakan cukup meluas di
Malaysia. Sehingga Disember 2005, konsep BBA digunakan sebanyak 52.9% dalam
penerbitan Bon Islam (Sukuk) berbanding konsep-konsep lain. Manakala sepanjang tahun
2005 juga konsep ini digunakan sekitar 41% di dalam produk pembiayaan kewangan
pelanggan.
Mekanisme Operasi :
7
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Rajah 3 : Struktur Asas Bai’ Bithaman Ajil
Keterangan Rajah :
i. Pelanggan memilih suatu aset yang ingin dibeli.
ii. Pelanggan mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset
tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.
iii. Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.
iv. Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.
v. Bank menjual aset itu kepada pelanggan dan menyerahkan hak milik asset kepada
pelanggan pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.
vi. Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah
dipersetujui.
1.1.4 al-Ijarah Thumma al-Bai’
Ijarah atau sewaan adalah sejenis akad yang popular di kalangan bank-bank Islam.
Para ulama Fiqh mendefinisikannya sebagai:
+ع(و.ٍض, ب .ف(ع(ة+ م(ْن .ك +ي (م.ل َت ع(ل(ى م)ع(او(َض(ة ع(ق.ُد)
Maksudnya : Kontrak pertukaran hak milik harta (mu’awadah) dengan memberi milik
manfaat dengan timbal balas.
Definisi ini membawa maksud:
i. perbezaan dengan jual beli ‘ain (barang), ijarah adalah jual beli manfaat bagi barang, namun
barang masih dalam milik pemberi sewa.
8
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
ii. Hak untuk guna ke atas manfaat aset telah bertukar milik kepada penyewa. Sebagai timbal
balas, penyewa perlu membayar sejumlah bayaran kepada pemilik.
Al-Ijarah Thumma al-Bai’ adalah satu bentuk sewaan yang digunakan pada dasarnya
dengan objektif membantu pelanggan dalam mendapatkan aset yang dikehendakinya. Al-
Ijarah Thumma al-Bai’ (Sewa beli) lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna
terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak
Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan
dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul seperti yang digambarkan.
Mekanisme Operasi :
Rajah 4 : Struktur Asas al-Ijarah Thumma al-Bai’
Keterangan Rajah :
i. Pelanggan memilih kereta yang ingin dibeli.
ii. Pelanggan memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta
berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli
kereta tersebut.
9
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
iii. Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.
iv. Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank.
v. Bank memajakkan kereta tersebut kepada pelanggan.
vi. Pelanggan membayar sewa Ijarah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.
vii. Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada pelanggan pada harga
yang telah dipersetujui.
1.1.5 al-Kafalah
Menurut bahasa Arab, kafalah ( (ة) (ف(ال .ك (ال bermaksud beriltizam, menghimpun dan
menggabungkan. Contohnya firman Allah ta’ala:
Maksudnya : Dan Allah menyerahkan Maryam kepada Zakaria (untuk dididik dan
dipelihara olehnya).
Maksudnya Allah menjadikan Nabi Zakaria a.s. sebagai penjaga Maryam, yang beriltizam
memelihara dan mendidiknya.Istilah kafalah menurut syarak ialah memikul tanggungjawab
terhadap sesuatu hak yang telah disahkan menjadi tanggungan orang lain. Atau untuk
mengemukakan orang yang akan bertanggungjawab terhadap sesuatu hak orang lain atau
terhadap barang yang dijamin.
Maksudnya, kafalah ialah suatu kontrak yang mewajibkan pihak yang dinamakan
penjamin bertanggungjawab terhadap hak yang ditanggung oleh orang lain, di mana jika orang
itu tidak menunaikan tanggungjawabnya, maka si penjamin akan bertanggungjawab
menunaikannya. Selain, penjamin juga bertanggungjawab untuk membawa pihak yang
bertanggungjawab dalam sesuatu hak ke mahkamah atau kepada tuan punya hak terbabit.
Penjamin juga bertanggungjawab bagi seseorang untuk mengembalikan barang yang
menjadi hak orang itu daripada pihak lain yang memegang barang tersebut seperti barang
yang dirampas.
1.1.6 Al-Wakalah
10
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Al-Wakalah atau al-Wikalah, bermakna al-Tafwidh (penyerahan/pendelegasian atau
pemberian mandat). Seperti perkataan :
.ِه+ (ي +ل ا )ِه) ف(و6َض.ت (ْى. ا اللِه+ +ل(ى ا (م.ر+ْى ا 6ل.ُت) و(َّكMaksudnya : Aku serahkan urusanku kepada Allah.
Dalam bahasa Arab, wakalah atau wikalah merujuk kepada beberapa makna, antaranya :
i. Penjagaan, contohnya firman Allah ta’ala:
Maksudnya : Yang mencukupkan kami (dengan pertolongan, rezeki dan sebagainya) ialah
Allah. Dialah sebaik-baik yang diserahkan kepadanya segala urusan kami dan yang
menjaganya bagi kami.
ii. Pasrah, contohnya firman Allah ta’ala:
Maksudnya : Bertawakallah kepada Allah.
Maksud ayat ini ialah serahkanlah segala urusanmu kepada Allah. Maksud wakalah
menurut ulama fikah ialah penyerahan sesuatu kerja yang perlu dilakukan dan boleh
diwakilkan kepada pihak lain menggunakan lafaz tertentu untuk dilaksanakannya dalam
tempoh hayatnya.
Ini berlaku apabila seseorang menyerahkan sesuatu urusan yang pada dasarnya boleh
diuruskan sendiri kepada orang lain supaya orang tersebut menguruskannya bagi pihaknya
ketika dia masih hidup, iaitu ketika pewakil masih hidup. Tetapi dengan syarat, urusan ini
mestilah boleh diwakilkan.
Contohnya, seseorang pelanggan meminta pihak bank dalam membuat pembayaran
kepada pihak lain dengan syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini bank akan menjadi agen
kepada pelanggan. Bank akan mengenakan fi di atas perkhidmatanya.
11
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
1.1.7 Musyarakah
Majlis Syariah mendefinfisikan musyarakah sebagai :
الِّذ:م6ة+ ف+ي ام(يهم(ا +َز( .ت +ل ا و.) أ (يهم(ا ع(م(ل و.
) أ .هم(ا (ي م(ال ِخ+ل.ِط+ ع(ل(ى (ر .َث (َّك أ و.) أ .ن+ (ي .ْن اْث 6ف(اِق+ +َت ا
(اِح+ ب ْر.) .أل ا +ق(ص.ُد+ ب
Maksudnya : Persepakatan antara dua pihak atau lebih untuk menggabungkan sama ada
modal, kerja atau komitmen dengan sasaran mendapatkan keuntungan.
Dari segi bahasa, musyarakah atau syarikah bermaksud percampuran harta milik orang
yang berlainan sehingga tidak dapat dibezakan antara satu sama lain. Dari segi istilah, para
ulama mengemukakan pelbagai definisi. Definisi terbaik adalah sebagaimana yang
dikemukakan oleh mazhab Hanafi iaitu: "Suatu kontrak antara dua pihak yang berkongsi dalam
modal dan untung".
Oleh itu, musyarakah adalah perjanjian yang dimeterai antara dua pihak atau lebih
sebagai rakan kongsi untuk berkongsi modal dan keuntungan dalam sesuatu perniagaan atau
perusahaan. Sekiranya perusahaan mengalami kerugian, maka pembahagian kerugian
mestilah berdasarkan modal masing-masing yang diketengahkan. Tidak disyaratkan modal
semua rakan kongsi sama jumlahnya.
Di dalam aplikasi sistem perbankan Islam, bank bertindak sebagai rakan kongsi kepada
pelanggannya dengan menyediakan pembiayaan atas konsep musyarakah tanpa mengenakan
kadar faedah. Bank boleh membiayai perusahaan tersebut sepenuhnya atau sebahagiannya
sahaja.
Sekiranya perusahaan tersebut mengalami keuntungan, bank berhak menerima
bahagian daripada keuntungan perusahaan yang bakal diperolehi kelak. Kadar perolehan
keuntungan sesama rakan kongsi hendaklah dipersetujui semasa kontrak dimeterai. Manakala
pelanggannya pula mendapat bahagian daripada keuntungan atas sebab pembiayaan peribadi
yang disuntik masuk ke dalam perusahaan dan juga kerja serta pengurusan yang
dilakukannya sendiri. Sebaliknya, jika perusahaan tersebut mengalami kerugian, maka setiap
pihak perlu menanggung kerugian tersebut mengikut jumlah pembiayaan yang diketengahkan.
12
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Dalam perbankan Islam hari ini, kontrak musyarakah digunakan secara meluas.
Contohnya, produk pembiayaanmusyarakah mutanaqisah di mana pihak bank dan pelanggan
berkongsi untuk membuat pembelian aset.
Melalui musyarakah mutanaqisah, pelanggan akan mengenal pasti rumah yang hendak
dibeli dan biasanya akan membayar 10% sebagai deposit. Ini bermakna, pelanggan telah
mempunyai dan memiliki 10% aset daripada rumah berkenaan. Pihak bank seterusnya akan
membeli baki aset rumah itu (90%). Ini bermakna, pelanggan dan bank memiliki bersama (co-
ownership) rumah berkenaan. Kemudian, pelanggan akan membuat pembelian bahagian yang
dimiliki bank secara berkala.
Sebagai contoh, pelanggan membeli 1% untuk setiap bulan. Lama kelamaan, aset
yang dimiliki oleh pelanggan menjadi semakin bertambah dan pada waktu yang sama aset
bank menjadi berkurangan. Demikianlah proses berlaku sehingga pelanggan mempunyai
pemilikan penuh ke atas rumah berkenaan.
Pembiayaan perumahan yang berasaskan musyarakah mutanaqisah dilihat sebagai
alternatif kepada pembiayaan Bai' Bithaman Ajil (BBA). Ini kerana ramai yang kurang berminat
kepada BBA disebabkan aplikasi BBA di Malaysia mempunyai elemen Bai' al-Inah.
1.1.8 Istisna’
Definisi istisna’ menurut Majallah al-Ahkam al-‘Adliyah ialah :
الِّذ:م6ة ف+ي 6ن م)ع(ي ي.ٍء, َش( ع(م(َل( ع(ل(ى +ع َص(اِن م(ع( Jع(ق.ُد
Maksudnya : Kontrak bersama pembuat, pengilang (manufacturer) atas suatu tugasan tertentu
yang perlu menjadi tanggungjawabnya untuk disiapkan.
Al-Istisna' dari sudut bahasa telah disepakati ulama bahawa al-Istisna' bermaksud
meminta supaya dibuat sesuatu atau menempah sesuatu. Atau pun dengan kata lain,
membuat sesuatu berdasarkan apa yang diminta. Dari sudut istilah pula, para ulama berselisih
pendapat kerana berbeza fahaman tentang pensyariatannya. Oleh yang demikian, ada di
kalangan mereka memberikan definisi al-Istisna' secara istilah dan ada yang sebaliknya.
13
1
Pelanggan/Pemaju
Penjual Asal/Pemaju
Bank2
3
4
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Definisi al-Istisna' dari segi istilah menurut pendapat fuqaha’ ialah meminta pembuat
melakukan sesuatu yang khusus atas cara yang khusus. Atau ia merupakan akad meminta
melakukan sesuatu (menempah) atas pekerjaan sesuatu yang telah ditentukan pada
tanggungannya iaitu kontrak membeli sesuatu apa yang ditempah olehnya kepada pembuat
tempahan.
Berikut adalah bentuk produk yang sedia ditawarkan oleh bank-bank Islam di Malaysia:
a) Istisna’ Selari (Istisna’ Mawazi)
Rajah 5 : Struktur Istisna’ Mawazi
Keterangan Rajah :
i. Pelanggan mengenal pasti rumah dan tapak rumah atau aset yang dibeli. Pembayaran
tempahan dibuat dan demikian juga pembayaran deposit minimum sebanyak 10% daripada
harga aset (sebagai contoh RM 10 000).
ii. Pelanggan membuat permohonan kepada bank dengan menyertakan pelbagai dokumen
sokongan yang diperlukan.
iii. Setelah bank bersetuju, pelanggan (selaku pembeli atau penempah) akan memeterai
perjanjian atau kontrak istisna’ 1 dengan bank (selaku pengusaha dan pembuat). Kandungan
kontraknya akan menunjukkan pihak pelanggan menempah agar pihak bank menyiapkan
rumah tersebut dalam tempoh tertentu sebagai contoh 2 Januari 2010. Oleh sebab itu, pihak
pelanggan dan bank bersetuju atas satu harga (ia adalah harga pembiayaan dicampur harga
untung bank), contohnya RM 180 000. Pelanggan akan membayar secara ansuran dalam
tempoh 30 tahun.
14
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
iv. Pihak bank akan memeterai kontrak istisna’ 2 dengan kontraktor, namun akibat halangan
birokrasi dan kebiasaannya tiada pihak kontraktor yang ingin memeterai sebarang kontrak
dengan bank. Hasilnya pihak bank akan mewakilkan pelanggan untuk berurusan dengan
pemaju bagi pihaknya. Kali ini kontrak istisna’ menetapkan tarikh 1 Januari 2010 sebagai tarikh
siap dan nilainya adalah RM 90 000 (nilai pembiayaan).
Kesimpulan :
i. Pada tarikh 30 Disember 2009, rumah yang siap secara automatik akan menjadi milik
pelanggan hasil kontrak antara pelanggan dan pemaju yang awal.
ii. Pada tarikh 1 Januari 2010, kesan kontrak istisna’ 2, bank akan menjadi pemilik rumah
tersebut.
iii. Pada tarikh 2 Januari 2010, pelanggan akan menjadi pemilik kesan daripada kontrak istisna’
1.
iv. Kesan perjanjian istisna’ 2,bank akan mendapat bayaran RM 180 000 dalam tempoh 30
tahun.
v. Kesan perjanjian istisna’ 1, pelanggan akan mendapat bayaran RM 90 000 yang mana
jumlah itu digunakan untuk membayar harga penuh rumah.
Inilah bentuk istisna’ yang diamalkan dalam produk pembiayaan di sebahagianbank-
bank Islam di Malaysia. Menjadi keperluan di Malaysia, pelanggan diperlukan untuk membayar
deposit dan menandatangani kontrak jual beli dengan pelanggan sebelum pelanggan boleh
pergi membuat permohonan pembiayaan daripada bank.
1.1.9 Murabahah
Murabahah secara ringkasnya bermaksud jualan dengan harga yang lebih tinggi
daripada harga modal. Pada asasnya prinsip ini merupakan konsep jual beli barangan di
antara dua pihak. Menurut konsep ini kedua-dua pihak bersetuju menjual dan membeli pada
suatu tingkat harga yang di dalamnya terkandung segala kos barangan dan juga keuntungan.
15
BANK ISLAM
PELANGGAN PENJUAL KERETA DAN RUMAH
1
2 4
3
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Konsep ini juga dikenali sebagai konsep mark-up price atau harga yang dinaikkan.
Sekiranya konsep ini digunakan, maka bank tidak lagi menggunakan konsep kongsi sama
keuntungan atau kerugian sebaliknya bertindak sebagai entiti perniagaan biasa iaitu ia terlibat
di dalam urusan jual beli barangan.
Produk ini mempunyai bentuk idealnya dan mempunyai bentuk praktikal yang
diamalkan oleh beberapa buah bank Islam di Malaysia. Produk yang menggunakan asas
murabahah biasanya boleh digunakan untuk pembiayaan kereta, rumah, alatan mesin untuk
kegunaan kilang, bangunan dan aset-aset lain. Berikut dinyatakan salah satu bentuk model
pembiayaan yang diamalkan secara praktikal di Malaysia iaitu pembiayaan murabahah antara
tiga pihak.
Mekanisme Operasi :
Rajah 6 : Pembiayaan Murabahah Lil Ameer Bishirra (Tri-partied Murabahah)
Keterangan Rajah :
i. Pelanggan melihat kereta atau rumah di bilik pameran lalu tertarik untuk membelinya.
Kebiasaannya pelanggan sama ada akan diminta membuat bayaran tempahan (booking)
sekitar RM 1000 atau pelanggan terus melakukan pembelian dengan membuat bayaran
pendahuluan (deposit) atau bayaran muka (downpayment) sebanyak 10% daripada nilai aset
yang dikehendaki.
ii. Setelah selesai urusan pertama, pelanggan sama ada terus dengan usaha sendiri atau
melalui penjual kereta atau rumah akan mendapatkan bank untuk membiayai lebihan 90%
daripada harga aset terbabit.
16
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
iii. Setelah itu pihak bank akan meneliti permohonan pelanggan, menyemak rekod hutang
pelanggan, melihat jenama kereta dan jenisnya atau lokasi rumah, umur pelanggan dan lain-
lain. Sekiranya lulus, pihak bank akan memeterai perjanjian dengan pelanggan, “Jika pihak
pelanggan bersetuju untuk membeli kereta atau aset menepati spesifikasi yang telah
dipersetujui jika ia berada dalam pemilikan bank.” Berbekalkan janji tersebut, pihak bank akan
membeli kereta atau rumah tersebut dan membayar 90% daripada harga penuhnya. Dengan
demikian kereta atau rumah tersebut telah menjadi milik bank namun bank tidak meletakkan
namanya di atas geran kereta/rumah/aset tadi bagi mempercepatkan urusan perpindahan milik
rasmi.
iv. Setelah sah pemilikan bank atas kereta/rumah/aset secara “milik manfaat”, maka bank akan
menjual kereta/rumah/aset tersebut dengan harga mark up. Pelanggan bersetuju membayar
harga jualan dan mengetahui dengan jelas nilai mark up yang diambil oleh bank (syarat jualan
murabahah). Semua bayaran ini akan diselesaikan oleh pelanggan dalam tempoh yang
dipilihnya iaitu 3, 5, 7 atau 9 tahun bagi kereta manakala mana-mana tempoh sehingga tiga
puluh (30) tahun bagi pembelian rumah.
1.1.10 Qardhul Hassan
Definisi qard ialah menukar ataupun memindah hak milik aset ataupun wang daripada
pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat pihak lain itu memulangkan aset ataupun wang
yang dipinjam tersebut ataupun yang sama nilainya.
Ia adalah memberi hutang dalam bentuk wang ataupun meminjam barangan seperti
meminjam kereta ataupun telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat memulangkannya
pada hari yang lain.
Pinjaman atau qard dalam Islam merupakan satu kontrak yang diasaskan atas dasar
bantu-membantu, sukarela (tabarru’) dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan.
Nabi s.a.w. berkata :
“Individu yang melepaskan kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai
kesukarannya di akhirat…” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam Islam, kontrak pinjaman ini tidak boleh dijadikan alat perniagaan ataupun untuk
meraih keuntungan. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam qard tercapai,
17
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Islam meletakkan kewajipan bagi setiap pinjaman wang (contohnya RM 5 000) mestilah
dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan
manfaat lain yang dipaksakan atau dipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan
(contoh 3% daripada jumlah RM 5 000 sebagai bunga atau manfaat lain), ulama bersetuju ia
adalah riba an-nasi’ah.
1.1.11 Bai’ al-‘Inah
Menurut al-Rafi’ie daripada Mazhab Syafi’i, Bai’ al-Inah merujuk kepada:
(ر+يِه+ ت (ش. ي )م6 ْث (ر+ي ت .م)ش. ال (ى +ل ِإ :م)ِه) ل )س( و(ي م)َؤ(َّج6َل, (م(ن, +َث ب .ر+ِه+ َغ(ي م+ن. Qا .ًئ ي َش( .ع( +ي (ب ي ْن.) +أ ب
.ق(ُد.ْر ال +ك( َذ(ل م+ن. (ق(َل6 أ (ق.ُد ِن (م(ن, +َث ب 6م(ن+ الَث .ِض+ ق(ب .َل( ق(ب +ع)ِه) (اِئ ب
Maksudnya : Iaitu apabila seseorang menjual satu barangan dengan harga tangguh dan
menyerahkan barang tersebut kepada pembeli, kemudian dia (penjual tadi) membeli semula
sebelum menerima bayaran (daripada hasil jualan pertama) dengan harga yang lebih rendah
secara tunai.
Imam al-Syafi’i termasuk antara ulama yang mengharuskan prinsip Bai’ al-Inah
(majority ulama dan mazhab termasuklah mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali
mengharamkannya). Keputusan harus juga adalah resolusi Majlis Penasihat Syariah Bank
Negara Malaysia. Walaupun begitu, pelaksanaan Bai’ al-Inah yang diaplikasikan oleh sektor di
Malaysia khususnya tidak bersamaan dengan ijtihad Imam Syafi’i. Beliau mensyaratkan agar
niat pembelian semula tidak terzahir pada awal kontrak, namun aplikasi di Malaysia dan
dokumen kontrak yang disediakan oleh pihak bank membuktikan niat menjual dan membeli
semula amat jelas terzahir pada awal kontrak melalui Master Facility Agreement yang bersifat
mulzim (mengikat).
Jika diteliti beberapa produk pembiayaan yang diperkenalkan oleh bank-bank Islam
Malaysia, didapati kebanyakannya mempunyai struktur Bai’ al-Inah walaupun ia tidak
dinamakan Bai’ al-Inah.
Struktur ‘Inah dalam Produk Perbankan Malaysia :
i. Pembiayaan Peribadi
18
Bank Pelanggan
Jual RM 10 000, bayar tangguh
Jual Semula RM 3000 tunai
1
2
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
ii. Pembiayaan Modal Kerja (Working Capital)
iii. Istisna’ antara dua pihak
iv. Bai’ Bithaman Ajil (BBA)
v. Kad Kredit Islam
vi. Sukuk BBA
vii. Sukuk Murabahah
viii. Overdraft Islam
ix. Murabahah
Mekanisme Operasi :
Rajah 7 : Struktur Bai’ al-Inah
19
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Keterangan Rajah:
i. Pelanggan memerlukan wang tunai sebanyak RM 3 000. Dia memohon kepada bank Islam.
Sejurus setelah bank Islam meluluskan, pihak bank Islam akan menjual satu asetnya kepada
pelanggan dengan harga RM 10 000 dengan bayaran secara bertangguh selama 4 tahun
(sebagai contoh).
ii. Setelah memiliki aset bank tersebut, pelanggan akan terus menjualnya kembali kepada pihak
bank dengan harga RM 3 000 tunai.
Hasilnya :
i. Pelanggan yang tadinya memerlukan wang tunai sebanyak RM 3 000 telah memperolehinya
apabila dia menjual aset yang dimilikinya melalui transaksi dengan bank.
ii. Pihak bank pula akan mendapat untung RM 7 000 dalam tempoh 4 tahun secara ansuran.
Hukum bagi praktis ini dipertikai dan sama sekali tidak diiktiraf oleh majoriti ulama
Syariah di peringkat antarabangsa kecuali Brunei dan Malaysia. Ini kerana pertamanya ia
kembali kepada pertikaian berkenaan hukum Bai’ al-Inah. Kedua, teknik sebegini teramat jelas
satu helah pihak bank untuk meniru kesemua khidmat bank konvensional.
1.1.12 Bai’ al-Dayn
Prinsip Bai’ al-Dayn atau dagangan hutang merujuk kepada pembiayaan hutang. Di
dalam prinsip ini pembiayaan dibuat berdasarkan jual beli dokumen-dokumen perdagangan
dan pembiayaan adalah digunakan bagi tujuan pengeluaran, perdagangan dan perkhidmatan.
Hanya dokumen yang benar-benar wujud boleh diniagakan. Dalam konsep bai’ al-Dayn, hutang
mestilah wujud atau dimaklumi terlebih dahulu sebelum ia dapat diurusniagakan. Jumhur ulama
berpendapat bahawa hutang yang boleh dijual beli ialah hutang yang telah sabit secara pasti
dan tetap (dayn mustaqir). Jika tidak, jual beli tersebut adalah tidak sah.
20
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
1.1.13 Hiwalah
Al Hiwalah dari segi bahasa ialah pindah. Menurut istilah ulama Hanafi mentakrifkan
sebagai memindahkan tuntutan daripada tanggungan si berhutang kepada tanggungan orang
yang sedia mengambil tanggungan.
Ulama selain Hanafi mentakrifkan al Hiwalah sebagai satu aqad (kontrak) yang
membawa kepada pemindahan tanggungan hutang kepada tanggungan hutang yang lain. Ini
bermakna al Hiwalah itu semacam akad (ijab qabul) pemindahan hutang dari tanggungan
seseorang yang berhutang kepada orang lain, di mana orang lain itu mempunyai hutang pula
kepada yang memindahkan.
Oleh itu, al-Hiwalah (Remittance) adalah merupakan suatu proses pemindahan yang
merujuk kepada wang atau hutang dari satu pihak ke satu pihak yang lain atau dari suatu akaun
ke akaun yang lain dan bank mendapat bayaran kerana perkhidmatan yang diberikan.
1.1.14 Gadaian (Al-Rahn)
Al-rahn adalah istilah yang diambil daripada kata terbitan bahasa Arab. Al-rahn adalah
berasal daripada kata perbuatan rahana yang bermakna menggadaikan. Perkataan ini
membawa maksud kena gadai (atau digadaikan), sebagaimana kata terbitan al-khalq
membawa makna kena jadi atau dijadikan (al-Faruz dan Abadi, 1997).
Definisi al-rahn menurut istilah undang-undang Islam ialah sebagaimana yang
diperkatakan oleh para ulama Maliki iaitu pemberian seseorang yang diizinkan berkontrak,
sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit) sebagai
sandaran (jaminan) ke atas sesuatu hak. Ahmad Azhar Basyir pula mentakrifkan ar-rahn
sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara” sebagai
tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau
sebahagian hutang dapat diterima”. Selain, H.M Arsjad Thalib Lubis pula mentakrifkan ar-rahn
sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia
akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar” Abdul Rahman Al-Jaziri
menerangkan bahawa ar-rahn menurut syara’ bererti ” menjadikan barang yang ada harganya
21
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh
hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Definisi ini adalah meliputi definisi yang digunapakai oleh empat mazhab utama ahli
sunnah iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hanbali. Penggunaan
perkataan “pemberian” meliputi semua urusniaga sama ada gadaian atau jual beli atau
selainnya. Ungkapan “seseorang yang diizinkan berkontrak” meliputi mukallaf yang diizinkan
bertransaksi mengikut perundangan Islam iaitu berakal, baligh dan tidak boros.
Manakala ungkapan “sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar
(yang sedikit)” membawa makna sesuatu perkara yang boleh digunakan dalam berkontrak
contohnya berjual beli. Gharar dalam bahasa Arab adalah berasal daripada kata perbuatan
gharra bermakna memperdaya. Dari segi istilah, gharar ialah sesuatu yang tidak diketahui
kewujudannya atau ketiadaannya; atau tidak diketahui jumlahnya sama ada sedikit atau
banyak; atau sesuatu yang tidak mampu diserahkan ketika berkontrak. Gharar yang sedikit
pada pandangan mazhab Maliki ialah sesuatu ketidakpastian yang masyarakat memaafkannya.
Ungkapan “sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit)”
adalah merangkumi perkara yang boleh digadaikan. Terdapat perkara yang tidak boleh
digadaikan iaitu sesuatu yang tidak boleh dijual beli seperti babi, arak, bangkai dan sebagainya.
Ungkapan ini memberi pengertian umum terhadap sesuatu itu sama ada ia benda atau
manfaah (manfaat daripada benda) berdasarkan pandangan sesetengah mazhab yang
membenarkan “bukan benda” atau manfaah sebagai perkara yang digadaikan. Contohnya
‘sesuatu hutang’ sebagai perkara yang digadaikan.
Ungkapan “atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit)” membawa pengertian
berdasarkan mazhab Maliki, kepada pembenaran penggadaian sesuatu yang mempunyai
unsur gharar yang sedikit. Manakala ungkapan “jaminan” memberi erti bahawa kontrak ini
khusus kepada kontrak gadaian dan bukan terhadap kontrak selainnya, iaitu sesuatu perkara itu
menjadi jaminan ke atas hutang yang diberikan oleh pemiutang.
Hukum ar-rahn mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah
membincangkan penentuan hukum syarak di dalam pelaksanaan skim pajak gadai Islam (ar-
rahn) di malaysia adalah harus berdasarkan sumber modal kerja untuk pemegang pajak gadai
Islam (al-rahn) hendaklah diperolehi daripada perbankan Islam atau sumber-sumber yang halal
22
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
dan bebas dari amalan riba, judi, gharar dan aktiviti lain yang tidak selaras dengan kehendak
syariah.
Keharusan ini juga turut disandarkan pada firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah
ayat 283 iaitu.
Maksudnya “dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang
Yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang
gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). kemudian kalau yang memberi
hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang
gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan
bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah
Tuhannya. dan janganlah kamu (Wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan
perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka Sesungguhnya
ia adalah orang yang berdosa hatinya. dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.
Selain itu, terdapat juga dalil dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari
Aisyah r.a yang bermaksud “Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan
harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju
besinya” (Riwayat Al-Bukhari).
Berkaitan rukun ar-rahn terdapat dua pandangan utama dalam memperkatakan
mengenai rukun gadaian iaitu pandangan jumhur ulama yang terdiri daripada mazhab Maliki,
Shafie dan Hanbali, serta pandangan mazhab Hanafi. Dalam hal ini, jumhur ulama (mazhab
Maliki, Shafie dan Hanbali) menyatakan bahawa secara amnya terdapat empat rukun dalam
sesuatu kontrak gadaian. Empat rukun dalam kontrak gadaian tersebut ialah:
1) dua orang yang berkontrak (al-rahin; dan penerima gadaian atau al-murtahin)
23
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
2) lafaz kontrak (sighah) iaitu ijab (lafaz memberi gadaian) dan qabul (lafaz menerima gadaian)
3) perkara yang digadaikan (al-marhun)
4) hak yang menjadi sebab sesuatu itu digadai (al-marhun bihi).
Sesetengah ulama menyatakan bahawa terdapat enam rukun gadaian kerana mereka
menjadikan dua orang yang berkontrak sebagai dua rukun; dan ijab dan qabul juga sebagai dua
rukun yang berbeza. Mazhab Hanafi pula menyatakan bahawa terdapat dua rukun dalam
sesuatu kontrak gadaian iaitu ijab dan qabul. Individu atau pihak yang berkontrak dan perkara
yang digadaikan terhadap sesuatu hak merupakan perkara yang mendatang dan mesti zahir
apabila adanya ijab dan qabul. Terdapat juga sebahagian besar daripada mereka yang
menyatakan bahawa hanya ada satu rukun sahaja pada kontrak gadaian (al-rahn) iaitu ijab
(lafaz menggadaikan). Ini adalah kerana kontrak gadaian adalah kontrak tabarru’ (iaitu kontrak
sukarela dan kebajikan yang berbentuk umum meliputi sedekah, memberi pinjam dan
sebagainya). Pandangan ini ditolak oleh sebahagian kecil ulama mazhab Hanafi. Mereka
menetapkan dua rukun tersebut (ijab dan qabul) pada gadaian. Ini adalah kerana walaupun
kontrak gadaian merupakan kontrak tabarru, namun ia bukan kontrak tabarru dari semua segi.
Pada mereka, terdapat juga pada kontrak gadaian ini makna muawadah atau “pertukaran
barang dengan sesuatu yang lain”.
Walaupun begitu para ulama tidak menafikan al-rahn ini merupakan kontrak tabarru.
Kontrak tabarru ialah kontrak kebajikan berupa menyedekahkan penggunaan wang tanpa
mengambil keuntungan dengan menyandarkan sesuatu barang sebagai jaminan. Tidak timbul
dalam kontrak ini, mereka mendapatkan untung daripada penyimpanan barang sebagaimana
dalam skim al-rahn yang dilaksanakan dewasa ini, kerana perbelanjaan menjaga barang
gadaian mengikut kadarnya yang sebenar tanpa mengambil untung, tidak terpisah daripada
kontrak gadaian itu sendiri. Memberi pinjaman atau hutang dari pihak pemiutang adalah
sedekah. Memberi sesuatu barang daripada pihak penghutang kepada pemiutang sebagai
jaminan kepada hutangnya juga adalah sedekah. Oleh itu, pertikaian terhadap transaksi ar-rahn
ialah apabila diubah kontrak al-rahn daripada hakikat kontrak untuk bersedekah (tabarru )
kepada kontrak mencari keuntungan. Ia berlaku melalui tambahan “kontrak upah simpan”
antara penghutang dan pemiutang. Ini menyebabkan unsur-unsur yang dipertikaikan
dimasukkan lebih-lebih lagi al-rahn berbeza dengan gadaian konvensional yang menjadikan
barang sebagai sandaran dan pinjaman dikenakan kadar faedah tertentu.
24
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Antara masalah gadaian mengikut perundangan Islam ialah segala kos menjaga barang
milik penghutang akan ditanggung oleh penghutang kerana barang itu adalah miliknya.
Menurut ulama fekah, penghutang hanya membayar kos yang sebenar untuk menjaga barang
gadaian. Sebarang pengambilan untung daripada kos tersebut oleh pemiutang adalah riba
kepada pinjaman wang, kerana pemiutang menyimpan barang gadaian daripada penghutang
berasaskan akad (kontrak) gadaian dan bukan kontrak upah yang berasingan. Transaksi
kontrak gadaian sudah meliputi peminjaman wang atau barang dan penyerahan barang
gadaian. Sekaligus meliputi juga tanggungjawab penghutang untuk membayar kos sebenar
menjaga barang gadaian miliknya tanpa perlu kepada kontrak upah yang baru. Jikalau ada
keuntungan daripada kontrak al-rahn yang merupakan kontrak tabarru, maka ia adalah
keuntungan maknawi, iaitu keuntungan yang datang secara tidak langsung seperti orang miskin
merasa terbela yang membawa kepada keselamatan harta orang-orang kaya. Pemberi hutang
pula mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah s.w.t.
1.1.15 Takaful
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu
bermaksud 'Saling jamin menjamin'. Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan
untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta
kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.
Para ulamak telah sepakat memutuskan takaful sebagai ganti kepada insurans
konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi takaful. Penggunaan
dasar ini turut menyelamatkan pengurusan takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak
dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka takaful terselamat dari
terkena unsur gharar dan maisir.
Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik
membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf
oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah ayat 2, secara terangnya turut menyatakan
galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong.
25
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Maksudnya “hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan
bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi
sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.
Takaful juga diiktiraf halal dan harus mengikut Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam
persidangan pada tanggal 15 Jun 1972 yang memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana
yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah
yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya
kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba. Sebaliknya
takaful diiktiraf dan halal serta menjadi alternatif kepada kontrak insurans konvensional.
1.2 Hikmah Pengurusan Ekonomi Islam
Konsep sistem pengurusan ekonomi Islam adalah merupakan suatu penglibatan secara
langsung dengan amalan kewangan tetapi ia adalah berdasarkan Syariah Islam dan
menggunakan kaedah-kaedah fiqh. Secara mudah, antara prinsip Islam yang perlu dipatuhi
ialah penghapusan riba, larangan sebarang bentuk gharar, larangan perjudian, fokus kepada
aktiviti dan komoditi yang halal dan menumpukan kepada konsep keadilan.
26
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Sobri Salamon pula menggariskan tujuh prinsip dan konsep utama sistem ekonomi
Islam iaitu Allah sebagai pemilik mutlak, manusia sebagai khalifah, integrasi nilai akhlak,
penghapusan riba, perkongsian untung, bersikap positif terhadap ekonomi dan mengeluarkan
zakat.
Oleh itu, meskipun sistem ekonomi Islam dikatakan terikat dengan konsep-konsep
seperti disebut di atas, namun ia masih lagi menawarkan servis-servis seperti ditawarkan
perbankan konvensional seperti deposit, kemudahan kredit (credit facilities), pindahan wang
(fund transfer) dan sebagainya. Namun apa yang membezakan ialah sistem perkongsian
untung rugi menjadi alternatif kepada sistem perbankan konvensional yang berasaskan kepada
riba.
Secara teorinya, mekanisme utama dalam sistem ekonomi Islam yang berasaskan
perkongsian untung rugi tersebut ialah mudarabah (profit sharing) dan syarikah atau
musyarakah (partnership) yang merupakan dua bentuk akad usahasama. Selain itu, metod lain
bagi menggantikan riba dalam sistem perbankan Islam antara lain ialah seperti al-Ijarah
(leasing), sewa beli (al-Ijarah Thumma al-Bai’), al-Bai’ Bithaman Ajil (BBA) dan al-Murabahah
(mark-up).
Jika diamati, sekiranya kemudahan dan servis perbankan konvensional menghasilkan
hubungan ‘pemiutang-penghutang’ (lender-borrower), namun dalam perbankan Islam hubungan
antara bank dan pelanggan adalah sama ada ‘penjual-pembeli (seller-buyer), ‘penyewa-
menyewa’ (lessor-lesse) dan ‘pembiaya-pengusaha’ (financier-entrepreneur).
Faktor utama yang membezakan antara bank Islam dan bank konvensional lain ialah
segala urusannya mestilah dikendalikan tanpa ada unsur-unsur faedah atau dalam bahasa
Arabnya dipanggil riba. Ini disebabkan Islam menghalang ummahnya daripada memberi atau
mengambil riba. Ia berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 278.
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t dan
tinggalkanlah saki-baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak
meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya.”
27
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Banyak lagi dalil yang menunjukkan pengharaman riba di dalam Islam merangkumi nas-
nas al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Sesebuah institusi kewangan tidak boleh
menganggap dirinya sebagai institusi perbankan Islam sekiranya terdapat unsur-unsur riba di
dalam operasinya. Selain daripada itu objektif-objektif utama penubuhan bank Islam adalah
untuk memenuhi keperluan ummah Islam di dalam urusan bank. Asas pengendalian
perniagaannya juga berdasarkan ketetapan al-Quran dan al-Hadith, iaitu berdasarkan konsep
adil dan saksama demi kepentingan masyarakat keseluruhannya.
Menurut Muhammad Kamal Azhari (1993), terdapat 9 hikmah dan kepentingan sistem
ekonomi Islam iaitu:
1. Berpegang teguh pada transaksi-transaksi pinjaman atau kewangan mengikut dasar Syariah
Islam, iaitu menjauhkan riba dari segala bentuk dan manifestasinya.
2. Membangkitkan semangat Islam dan memajukan pola hidup Islam dalam masyarakat.
3. Menjalankan segala aktiviti perniagaan dan perdagangan atas dasar keuntungan yang
diperolehi melalui cara-cara yang dibenarkan Syariah.
4. Menjamin penyertaan efektif masyarakat dalam pelbagai aktiviti.
5. Memajukan dan merencanakan traksaksi-transaksi pinjaman dan kewangan dengan tujuan
utama memindahkan secara bertahap dari ‘ownership’ kepada ‘partnership’ dan sebaliknya.
6. Mencegah serta menghindari pemusatan pendapatan kepada golongan tertentu, dan
larangan terhadap monopoli.
7. Memajukan pelaburan dalam segala aktiviti ekonomi produktif secara langsung
menghasilkan keuntungan yang layak, dan juga dalam segala aktiviti sosial yang menghasilkan
potensi-potensi ekonomi yang memiliki manfaat sosial yang tinggi.
8. Mengumpul dan mengagihkan dana-dana melalui mobilisasi zakat, sedekah dan
sebagainya untuk kewangan pelbagai pola kesejahteraan sosial bagi mereka yang kurang
mampu mendapatkan kesempatan jasmaniah, rohaniah, ekonomi dan sosial serta yang tidak
mampu ikut serta dalam proses produksi.
9. Membentuk masyarakat yang bebas dari eksploitasi di mana lembaga-lembaga Islam akan
menjamin kasih sayang, penghargaan, rasa harga diri, persahabatan dan kerjasama.
28
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Menghapuskan kegelisahan, iri hati, kecemburuan, kebencian, kekacauan, dominasi dan
kompetensi.
29
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
BAHAGIAN
B
2.0 BAHAGIAN B
Islam adalah agama yang bersifat universal dan syumul. Hukum Islam tidak hanya
terhad pada persoalan ibadat, hal ehwal perkahwinan atau bila berlaku kematian semata-mata,
malah hakikat ibadat menurut pengertian Islam ialah kepatuhan kepada minhaj Allah S.W.T.
yang meliputi semua persoalan berkaitan dengan kehidupan manusia termasuklah ibadat,
muamalat, munakahat, jenayah, siasah, sosial, ekonomi dan sebagainya yang wajib diuruskan
berlandaskan hukum Syarak.
30
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Sistem ekonomi Islam amat mementingkan aspek keadilan dan keseimbangan antara
kebebasan individu dengan maslahah awam dan soal agama dengan perkara-perkara
keduniaan. Sistem perbankan dan kewangan Islam merujuk kepada satu rangka kerja institusi
perbankan dan kewangan yang dijalankan berlandaskan prinsip Syariah bagi merealisasikan
keadilan dalam pengagihan kekayaan dan juga pendapatan. Pengurusan perbankan dan
kewangan Islam adalah berasaskan kepada transaksi Islam dalam fiqh al-mu‘amalat supaya
aktivitinya sentiasa bertepatan dengan prinsip Syariah.
Perbezaan utama antara sistem perbankan Islam dengan sistem perbankan
konvensional ialah tentang konsep halal dan haram yang menjadi tunggak keunggulan sistem
nilai dan norma yang dibangunkan oleh Islam. Perbankan konvensional tidak perlu patuh
kepada prinsip Syarak dan bebas menggunakan transaksi ribawi dalam segala urusan mereka.
Sebaliknya, perbankan Islam tidak mengamalkan riba malah menggunakan transaksi-transaksi
yang mematuhi Syariah serta mempraktikkan konsep perkongsian untung dan rugi dalam
perbankan bagi menggantikan mekanisme bunga dalam operasi.
Namun demikian, masih ramai di kalangan umat Islam pada hari ini yang lebih
mengutamakan sistem perbankan dan kewangan konvensional dan mengetepikan sistem
Islam. Ianya merupakan salah satu punca sistem kewangan Islam menghadapi kekangan dan
masalah dalam menggantikan sistem kewangan konvensional di Malaysia. Perbankan Islam
mahal dan zalim? masih ramai yang beranggapan sedemikian kerana kurangnya kefahaman
mengenai sistem kewangan Islam. Mereka tidak dapat memahami cara kiraan yang betul
menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, perbankan
Islam hanya mengenakan 7.60% (tahun ke-3 sehingga 30 sebagai contoh), ini bermakna kadar
ini tidak akan bergerak hinggalah 30 tahun itu, bukankah bank Islam menanggung risiko yang
besar?. Manakala apabila dilihat kepada pinjaman perumahan oleh produk konvensional,
hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun pertama, tetapi bagi
tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada
kadar peratusan BLR (Base Lending Rate ) atau Kadar Pinjaman Asas yang tidak tetap serta
dicampur dengan 0.25% sebagai contoh.
Bagaimana apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10% seperti yang berlaku
ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar bunga (interest) yang perlu dibayar oleh
pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam pengamalan bank Islam kerana di
awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik
31
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam bermurah hati memberikan rebate (ibra')
apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal ‘early settlement'. Perlu
dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini dari 6% sehingga 6.75%. Ia
juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan ekonomi. Ini bermakna, kenyataan yang menyebut
perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi bagi dibayar oleh pelanggan adalah
kenyataan yang kurang tepat dan boleh dipertikai.
Seterusnya kekangan yang dihadapi ialah faktor-faktor luar seperti ketidaksediaan
infrastruktur institusi perbankan secara menyeluruh dan faktor sistem perbankan Islam yang
masih diperingkat permulaan dan pengukuhan berbanding sistem konvensional yang telah lama
bertapak dan diamalkan oleh hampir semua negara di dunia. Perkhidmatan kewangan Islam
walaupun masih serba serbi kurang mesti mula diperkenalkan dan ditawarkan kepada
masyarakat sebagai langkah awal.
Tambahan pula, pelbagai cabaran dan halangan sentiasa melintang di hadapan
perbankan dan khidmat kewangan Islam khususnya apabila berada di dalam rangka perbankan
dan undang-undang konvensional yang telah menapak di Malaysia dan dunia sejak beratus
tahun lalu. Namun, kesempurnaan hanya boleh muncul melalui proses dan langkah demi
langkah. Ia bukanlah tugas yang mudah yang boleh diubah sekelip mata oleh pengurusan
perbankan Islam, perubahan memerlukan kerjasama dan persediaan lengkap dari sudut tenaga
kerja, peguam, undang-undang-undang, polisi, kuasa politik dan sebegainya. Ia sama sekali
tidak semudah kritikan-kritikan membunuh yang sering disebarkan tanpa tanggungjawab dan
kefahaman berkenaan peruntukan dalam ilmu Usul Fiqh, Maqasid al-Shariah dan Fiqh Islam.
Selain itu, salah satu cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh bank-bank Islam khususnya
yang wujud sebagai anak syarikat perbankan konvensional adalah kekangan dan bank
konvesional dikatakan sengaja menyekat perkembangan perbankan Islam. Sememangnya
perbankan konvensional ini menganggap perbankan Islam selaku pesaing atau ‘competitor'.
Mereka sentiasa bersaing untuk menunjukkan mereka lebih credible dan efisyen berbanding
perbankan Islam. Malah kerap muncul usaha-usaha mereka yang mengganggu gugat
kedinamikan perbankan Islam, walau ia berada di bawah naungan dan payung yang sama.
Tambahan lagi, kekangan yang timbul ialah kepenatan industri perbankan Islam
mengejar kehendak‐kehendak Islamic Financial Services Act (IFSA) 2013 yang secara tidak
sengaja hampir serentak dengan perlaksaan BASEL III. Inilah cabaran yang industri perlu atasi
bagi merancang dengan baik untuk memastikan keberadaan mereka di dalam industri ini. Dari
32
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
segi pengurusan liabiliti, disebabkan had masa perlaksanaan oleh Basel III, bank‐bank Islam
cuba mengejar mendapatkan lebih banyak deposit. Antara daya penariknya ialah dengan
menawarkan peningkatan pulangan kepada pendeposit. Mengejar untuk deposit biasanya akan
mengangkat keuntungan kadar keuntungan atau hibah dan trend ini seolah-olah menjadi tetap.
Disebabkan pernyataan kadar keuntungan untuk akaun‐akaun wadiah dan qard mendatangkan
isu‐isu Syariah, adalah menjadi cabaran kepada perbankan Islam (yang mahu kekal dengan
akaun‐akaun tersebut sebagai deposit) berhadapan dengan penawaran kadar bunga yang lebih
tinggi oleh bank‐bank konvensional.
Manakala penawaran deposit menggunakan prinsip tawarruq terpaksa berdepan
dengan kos agensi komoditi yang lebih tinggi menyebabkan bank‐bank Islam tidak mampu
menandingi kadar bunga bank‐bank konvensional. Kebimbangan yang ada dikalangan bank‐bank Islam mungkin pada kemampuan mereka menyerap semua kos pematuhan. Namun pada
masa yang sama, pihak konvensional berupaya membuat produk mereka dengan kos yang
jauh lebih murah. Antara cabaran terbesar juga, walaupun model Mudarabah sebenarnya
mempunyai kelebihan‐kelebihan di sudut CAR, RWA dan LCR, namun industri masih belum
yakin ia akan memberi manfaat kepada ummah dengan kekurangan tempat pelaburan dan
belum dapat menjangka kesediaan semua pihak untuk terdedah kepada risiko pelaburan
sebenar (kehilangan pelaburan prinsipal). Jadi inilah cabaran terhadap pengamal perbankan
Islam dan penasihat‐penasihat Syariah untuk bekerja bersama‐sama pada kadar yang lebih
cepat untuk menghasilkan kontrak alternatif yang boleh digunakan untuk produk deposit yang
kos efisien dan meletakkan kos kecairan bank‐bank Islam pada paras yang terkawal dan
munasabah.
Selain itu, cara pembiayaan bank Islam masih didominasi oleh sistem mark up
(menaikkan harga) berbanding system profit-loss sharing (bagi hasil). Walaupun sistem
pembiayaan mark up dianggap 'halal', ia harus dihindari dan dihadkan. Ini kerana menurut
Siddiqi (1983) dan Khan (1987), sistem ini akan membuka pintu belakang bagi amalan riba.
Sistem pembiayaan perbankan Islam, pada amnya, ada dua jenis, Sistem Bagi Hasil (SBH) dan
Sistem Mark Up (SMU).
SBH terdiri daripada Mudharabah dan Musyarakah. Dalam sistem pembiayaan
Mudharabah, pihak bank bertindak sebagai pemberi modal (Sahib al-Mal) dalam sebuah usaha
yang dijalankan oleh wirausahawan (pelanggan bank), di mana keuntungan dan kerugian usaha
akan dinikmati bersama sesuai dengan perjanjian.
33
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Sementara itu, Musyarakah adalah sistem pembiayaan yang selain bertindak sebagai
pemberi modal, pihak bank, pada masa yang sama juga, bertindak sebagai pelaku usaha
bersama-sama pelanggan bank berkenaan. Selanjutnya, SMU yang amnya dipraktikkan bank
Islam dewasa ini adalah Murabahah dan Ijarah. Dalam Murabahah, pihak bank akan membeli
barang/benda sesuai dengan permintaan pelanggan, dengan pihak bank akan mengambil
keuntungan melalui cara menaikkan harga jual, yang dibayar oleh pelanggan sama ada secara
ansuran ataupun tunai. Contohnya: En.Zamani datang ke bank Islam dan hendak membeli
sebuah rumah. Jadi, pihak bank akan membeli rumah seperti yang diinginkan En.Zamani
(pelanggan) dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi. Misalnya, harga beli rumah
tersebut adalah $200,000, namun pihak bank akan menjualnya dengan harga $230,000
(melakukan mark up harga sebanyak $30,000) kepada pelanggan.
En.Zamani, sebagai pembeli, perlu membayar harga rumah dengan ansuran selama
beberapa tahun, selari dengan kesepakatan bersama. Dalam Ijarah pula, pihak bank membeli
barang atau benda untuk disewakan kepada pelanggan bank dengan harga tetap. Boleh jadi,
pemilikan harta atau benda itu tetap berada pada pihak bank atau secara berperingkat
dipindahkan kepada pembeli (pelanggan). Ijarah ini sering disebut dengan sistem sewa-
menyewa (leasing). Berdasarkan penialaian melalui dua sistem pembiayaan di atas, kedua-dua
pihak - sama ada bank mahupun peminjam (pelanggan) dalam SBH - sama-sama harus
mengambil risiko sedangkan dalam SMU pihak bank sama sekali tidak menghadapi risiko,
bahkan keuntungannya sudah diketahui sebelumnya (predetermined). Inilah yang
menyebabkan para pakar perbankan dan ekonomi Islam menentang SMU. Sikap bank Islam
yang tidak mahu menghadapi risiko inilah yang menyebabkan praktik bank Islam masih
dianggap menyerupai dan bahkan 'sama' dengan cara kerja bank konvensional. Kesannya,
banyak umat Islam yang masih meragukan kesahihan bank Islam sebagai institusi untuk
menyimpan dan meminjam wang yang tepat berlandaskan sunnatullah.
Struktur pembiayaan bank Islam masih didominasi sistem pembiayaan jangka pendek
berbanding sistem pembiayaan jangka sederhana dan panjang. Bank Islam masih memilih
SMU, seperti Murabahah dan Ijarah yang amnya bersifat jangka pendek berbanding SBH yang
relatif bersifat jangka sederhana dan panjang. Dengan lain perkataan, struktur pembiayaan
bank Islam lebih difokuskan bagi menjana keuntungan sendiri (tidak mahu mengambil risiko)
berbanding daripada mengoptimumkan keuntungan pelanggannya.
34
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Dalam memberikan pinjamannya, bank Islam lebih mengutamakan sektor perdagangan,
kewangan dan perkhidmatan berbanding sektor-sektor pertanian dan industri. Walhal, sektor
pertanian dan industri yang sepatutnya mendapat keutamaan kerana kedua-duanya merupakan
penuras utama pembangunan dan kesejahteraan ekonomi umat. Bank Islam masih tidak boleh
melepaskan operasinya daripada perangkap riba. Bank Islam masih harus menyimpan
simpanannya di Bank Pusat, seperti Bank Negara di Malaysia dan Bank Indonesia di Indonesia,
dan bahkan kelebihan dana mereka sering disimpan di bank-bank konvensional lain sama ada
di dalam ataupun luar negeri yang operasinya masih berkonsepkan riba. Keupayaan untuk
menubuhkan Bank Pusat Islam yang bebas daripada bank pusat konvensional dipercayai
sebagai salah satu cara untuk memurnikan operasi bank Islam daripada unsur-unsur riba
sehingga ia benar-benar Islami.
Dalam memberi pinjaman kepada pelanggan, bank Islam masih meminta jaminan
(kolateral) kewangan kerana takut menghadapi risiko. Namun, dalam memberi pinjaman
kepada para pelanggan, bank Islam tidak dibenarkan meminta jaminan terhadap wang yang
dipinjamkan kepada pelanggan. Ironinya, bank Islam ternyata telah menetapkan jumlah jaminan
yang relatif lebih besar berbanding daripada yang dipungut bank konvensional lainnya.
Maka kita tidak perlu hairan apabila sering mendengar aduan masyarakat bahawa
mengambil pinjaman wang di bank-bank konvensional jauh lebih mudah, murah dan
menguntungkan berbanding dengan bank Islam. Akhir sekali, bank Islam lebih mengutamakan
keuntungannya berbanding daripada kemaslahatan pelanggan. Buktinya, jumlah 'pinjaman
sosial' seperti Qard al-Hasan - yang bersifat bantuan atau hibah pinjaman yang tidak
mengharuskan para peminjam membayar bunga (melainkan kewajipan membayar modalnya
sahaja) - sama sekali tidak terdapat dalam bank Islam.
Jika ada, jumlahnya sungguh sangat sedikit sekali. Dengan kata lain, pembiayaan zero
return basis ini harus diberi perhatian seimbang dengan menyediakan pinjaman sosial kepada
individu atau organisasi-organisasi Islam sama ada disalurkan dalam bentuk kewangan (modal)
ataupun dalam bentuk harta. Namun, perlu diingat bahawa dalam memberikan pinjaman sosial
ini, pihak bank berhak memungut kos perkhidmatan atau pentadbiran, sekadar cukup bagi
menampung kos pentadbiran
35
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
36
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
BAHAGIAN
C
3.0 BAHAGIAN C
ISU RIBA DALAM PTPTN
3.1 Pendahuluan
Sejak kebelakangan ini terdengar rungutan daripada golongan mahasiswa yang
mempertikaikan bantuan pinjaman pendidikan yang dikenakan ke atas mereka oleh
37
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka mendakwa sistem pinjaman
PTPTN yang disediakan oleh kerajaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi diragui
hukumnya memandangkan wujud lebihan tiga peratus pembayaran balik yang dikenakan ke
atas pelajar.
3.2 Latar Belakang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
PTPTN ialah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan
pembiayaan pendidikan para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Ia
ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566)
yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 bagi menggantikan peranan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) yang sebelum ini menyalurkan bantuan pembiayaan pendidikan untuk para
pelajar.
Kelayakan pelajar untuk diberikan pinjaman adalah bergantung kepada tahap
kemampuan kewangan keluarga dan mereka mestilah mengikuti program pengajian sepenuh
masa pada peringkat ijazah pertama dan diploma (pra ijazah) di mana-mana institusi pengajian
tinggi.
3.3 Konsep Pinjaman PTPTN
Pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengambil kontrak pinjaman
PTPTN bernilai RM19000 diwajibkan membayar balik sebanyak RM 23,083.89 setelah
ditambah lebihan 3% bagi tempoh pembayaran 10 tahun. Manakala bagi pelajar institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mengambil pinjaman sebanyak RM 60000 selama tiga
tahun dikenakan bayaran balik sebanyak RM 87, 261.17.
Bayaran balik pinjaman pendidikan boleh dibuat secara ansuran bulanan untuk selama
10 hingga 20 tahun. Ia hendaklah mula dibuat selepas enam bulan tamat pengajian atau
apabila mendapat pekerjaan, mana yang terdahulu. Bayaran balik hendaklah dibuat melalui
Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dilantik oleh kerajaan sebagai agen pemungut bagi pihak
PTPTN. Bayaran balik juga boleh dibuat melalui lain-lain cara asalkan ianya dipersetujui oleh
38
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
PTPTN. Pihak PTPTN sedia menerima bayaran yang dibuat secara sekaligus atau dalam apa
jua amaun asalkan ianya tidak kurang dari amaun yang telah dipersetujui melalui surat
perjanjian. Bayaran balik pinjaman mengandungi amaun pinjaman pokok serta kos pentadbiran
yang dikenakan sebanyak 3% setahun berdasarkan baki setiap bulan.
3.4 Pandangan Islam Mengenai Pinjaman PTPTN
Para fuqaha berpendapat bahawa dalam hukum Islam adalah dilarang keras
meminjamkan wang dengan menggunakan sebarang tambahan. Apabila kita meminjam
samada untuk kepentingan peribadi atau tujuan komersil, kita wajib mengembalikan wang itu
sahaja dan tidak sesen pun lebih daripada itu.
Pinjaman PTPTN merupakan satu kontrak di antara pelajar dan pihak PTPTN yang
bertanggungjawab menyediakan bantuan kewangan atau pinjaman bagi para pelajar yang
layak. Maka disini jelaslah bahawa kontrak yang berlaku di antara pelajar dan pihak PTPTN
adalah kontrak hutang.
Islam amat menitikberatkan umatnya agar berhati-hati ketika terlibat dalam urusniaga
yang melibatkan hutang. Ini adalah kerana semua pinjaman bersyarat terlebih dahulu dalam
menetapkan keuntungan adalah riba dan sebarang penambahan pada jumlah pokok hutang
adalah dilarang sama sekali oleh Islam. Ini adalah bersesuaian dengan ayat Al Quran :
“ Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.
(Dengan demikian) kamu tidak melakukan zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi
oleh sesiapa.” (Al Baqarah : 279)
Ayat di atas dengan jelas menyatakan bahawa selebihnya daripada pokok pinjaman
adalah riba, baik sedikit ataupun banyak. Bersepakat para fuqaha bahawa Islam
39
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Mengharamkan riba tanpa sebarang syarat. Perintah larangan ini mencakupi semua lebihan
atau tambahan ke atas wang pinjaman.
Di sana wujud segolongan masyarakat yang mengatakan bahawa riba yang diharamkan
adalah jumlah faedah yang mempunyai sifat berganda-ganda sahaja, manakala faedah yang
sedikit misalnya tiga peratus seperti yang dikenakan PTPTN ini tidak termasuk dalam riba yang
dilarang kerana ia tidak membebankan dan tidak menindas. Mereka berhujah dengan
mengatakan bahawa Islam hanya mengharamkan riba yang berganda-ganda sahaja
berdasarkan ayat :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan atau mengambil riba berlipat ganda,
dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. Dan peliharalah diri kamu
dari api neraka yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (ali Imran : 130)
Oleh itu, pendapat yang mengatakan riba diharamkan bagi yang bersifat ad’af
mudho’afah adalah juga tidak berasas. Sebenarnya pengharaman riba ad’af mudho’afah
melalui ayat 130 surah ali Imran (wahyu ketiga dalam siri ayat-ayat yang diturunkan mengenai
riba ) bukanlah bersifat mutlak. Ayat ini bukanlah bertujuan mengkhususkan jenis riba yang
diharamkan kerana ia diwahyukan lebih awal dari ayat terakhir mengenai riba iaitu ayat 275-281
surah Al Baqarah.
Ayat riba terakhir ini secara terang mengharamkan apa jua bentuk riba tidak kira
samada ianya berlipat kali ganda atau tidak. Tambahan pula ramai pentafsir berpendapat
bahawa perkataan ad’af mudho’afah tidaklah menunjukkan sifat kadar bunga itu, sebaliknya ia
menunjukkan arah aliran bunga yang bersifat mengikut tempoh masa pinjaman yang dibuat.
Pengertian ad’af mudho’afah adalah satu keterangan dari suatu kejadian, bukan suatu
syarat yang berkaitan dengan hukum. Bagi mereka yang memiliki rasa indah terhadap bahasa
arab tentu sudah maklum apalagi bagi mereka yang memahami sistemnya. Sesungguhnya
huraian seperti ini adalah untuk menghuraikan suatu fakta yang sekaligus mengungkapkan
kekejiannya.
40
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Adalah merupakan prinsip yang dipersetujui dan diikuti oleh ahli-ahli fiqh bahawa dalam
mengambil interpretasi satu ayat Al Quran mesti diperhatikan juga pada konteks yang
menyeluruh dan tidak memencilkan atau mengabaikan ayat-ayat lain.
Seandainya kita bersetuju dengan pendangan oleh pihak ini yang menyatakan bahawa
riba yang tinggi sahaja diharamkan maka riba yang rendah dibolehkan. Kini wujud persoalan
bagaimana kita dapat membezakan kadar riba yang tinggi dengan kadar riba yang rendah? Di
samping itu, pengertian besar atau kecilnya riba itu adalah sangat relatif untuk dibincangkan.
Berapa ukuran yang biasanya dijadikan sebagai standard besar atau kecilnya riba itu.?
Menurut Dr Muhammad Abd Allah Darraz Rahimahullah, lafaz ad’af mudho’afah dalam
ayat tadi mungkin boleh diertikan mencapai enam puluh peratus. Ini adalah kerana lafaz ad’af
mudho’afah itu sendiri berbentuk jamak (menunjukan bilangan yang lebih dari tiga). Memang
amat sukar untuk menentukan antara keduanya. Ini adalah kerana kemungkinan wujud
keadaan apa yang dianggap sebagai kadar bunga biasa yang adil oleh satu pihak pada satu
masa, tetapi dianggap sebagai kadar bunga yang terlalu tinggi oleh pihak yang sama pada
masa yang lain atau pihak yang lain pada masa yang sama..
Jelaslah bahawa perbezaan di antara dua istilah (riba yang tinggi dan riba yang rendah)
ini bukanlah perbezaan dari segi jenis tetapi ia merupakan perbezaan dari segi tingkat kadar
bunga yang berubah dengan mudah melalui peredaran masa (tempat) kerana apa yang
dianggap kadar bunga yang terlalu tinggi pada hari ini mungkin akan dianggap sebagai kadar
yang berpatutan pada hari esok. Oleh yang demikian Islam tetap mengharamkan serta tidak
membezakan di antara riba yang rendah kadarnya dan yang tinggi kadarnya.
Sementara pihak PTPTN ada mengeluarkan kenyataannya yang menyebut bahawa
kadar tiga peratus dalam pinjaman itu adalah bertujuan untuk menampung kos perkhidmatan
dan wang untuk pusingan modal bagi memenuhi tuntutan pelajar akan datang. Jika pihak
PTPTN mengenakan kadar 3 peratus itu sebagai untuk menampung kos perkhidmatan maka
para ulama mempunyai pendapat mereka bagi masalah ini.
Memang kita sedia maklum bahawa PTPTN adalah merupakan salah sebuah institusi
yang ditubuhkan oleh kerajaan. Sesebuah institusi tidak dikendalikan oleh seorang individu
tetapi ianya melibatkan ramai individu yang bekerja di bawahnya. Bukan itu sahaja, sesebuah
institusi juga memerlukan banyak kos bagi menguruskan gaji pekerjanya, sewa bangunan, kos
41
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
pengurusan dan bermacam-macam lagi. Oleh itu sekiranya PTPTN hendak mengenakan kos
pengurusan, ia dibolehkan sebab ia bukannya pertambahan yang diambil kerana penangguhan
masa tetapi untuk menampung kos pengurusan itu sendiri.
Realitinya ulama zaman dahulu membincangkan aspek pinjaman tanpa ada
perbincangan khusus tentang kos dan sebagainya kerana kebiasaannya pada zaman dahulu
urusan hutang itu melibatkan antara individu dengan individu sahaja dengan tidak melibatkan
kos. Tetapi sekiranya melibatkan antara satu institusi dengan institusi yang lain atau ianya
dikendalikan oleh sebuah institusi maka ia melibatkan kos. Dalam keadaan ini kos pengurusan
boleh dikenakan dan ia ditanggung oleh peminjam. Selagimana kos itu munasabah atau
sebesar mana angkanya pun (jika ia merupakan kos sebenar) maka ianya halal.
3.5 Ikhtilaf Ulama Berkenaan Isu Riba dalam PTPTN
Penambahan tiga peratus ke atas jumlah modal menurut sesetengah ulama adalah riba
(faedah) yang dikenakan oleh pemiutang terhadap penghutang.
Hutang PTPTN boleh dikelaskan sebagai pinjaman penggunaan (consumption loan) dan
bukannya pinjaman produktif (productive loan). Pinjaman penggunaan bertujuan kegunaan
harian seperti kos-kos penginapan, makanan, alat bantuan belajar dan sebagainya. Manakala
pinjaman produktif bertujuan pelaburan atau modal untuk memulakan perniagaan seperti yang
diberikan oleh bank kepada pelabur-pelabur dan ahli perniagaan.
Dengan ini penghutang mendapat faedah yang besar daripada pelaburan hasil wang
pinjaman tersebut. Sesetengah ulama menyatakan pinjaman produktif yang wujud pada masa
ini terkeluar daripada maksud riba yang diharamkan kerana pemiutang wajar meminta sedikit
pulangan atau lebihan bayaran atas keuntungan yang diperolehi oleh penghutang.
Namun begitu, lebihan yang dikenakan ke atas pinjaman penggunaan seperti PTPTN
tertakluk dalam hukum riba kerana pinjaman penggunaan bertujuan sebagai perbelanjaan
hangus dan bukannya untuk pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan jangka panjang.
Kos perkhidmatan juga lebihan yang dikenakan ke atas pinjaman yang berbentuk
penggunaan harian bagi tujuan pendidikan dan pembelajaran dikira riba dan satu bentuk
42
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
penindasan. Penindasan itu ternyata berlaku dalam pinjaman penggunaan sahaja kerana orang
yang berhutang (pelajar) terdesak untuk memenuhi keperluan hariannya, sementara si
pemiutang (PTPTN) pula mengambil kesempatan mengenakan kadar bunga yang tinggi yang
berbentuk menindas.
Bagaimanapun, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi mempunyai pandangan yang
berbeza. Menurutnya, lebihan tiga peratus ini adalah jumlah untuk menyamakan nilai matawang
bagi sepuluh tahun akan datang. Nilai RM10 tahun ini tidak sama nilainya dengan RM10 untuk
sepuluh tahun akan datang. Maka lebihan tiga peratus ini adalah jumlah untuk menyamakan
nilai tersebut pada masa akan datang. Beliau menggunakan teori “nilai barangan yang lebih
rendah pada masa depan berbanding nilai sekarang.”
Lebihan yang disebut agio ini merupakan nilai yang ditambah kepada pinjaman modal
pada masa pembayarannya sebagai usaha untuk menyamakannya dengan nilai asal pinjaman
modal. Dengan kata lain, bunga adalah sama dengan perbezaan (dari segi psikologi dan
bukannya ekonomi) antara barangan masa kini dengan barangan masa depan. Sementara
PTPTN pula mendakwa kadar itu sebagai kos perkhidmatan dan wang untuk pusingan modal
bagi memenuhi tuntutan pelajar akan datang.
Bagaimanapun Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Hashim Yahya secara lisan
mengakui kadar itu adalah riba berdasarkan illah yang terdapat dalam pinjaman berkenaan.
Ringkasnya, bolehlah dikatakan sebarang jumlah terakru (accrued) yang ditambahkan kepada
jumlah pokok merupakan riba yang diharamkan walau apa alasan sekalipun (sama ada disebut
kos perkhidmatan atau pusingan modal) selagi ia melibatkan urus niaga pinjaman. Namun ada
ulama berpendapat, lebihan tersebut dibenarkan sebagai upah penulis hutang dan kos
penyelenggaraan.
Tetapi ia berbeza dengan PTPTN yang sewajarnya menjadi tanggungjawab kerajaan,
bukannya tanggungjawab pelajar. Ia dikenali juga dengan riba al-Qur’an atau riba nyata.
Utamakan rakyat atau perniagaan? Ibnu ‘Arabi menyatakan bahawa riba jenis ini terdapat
dalam urusan masyarakat jahiliah (sebelum kebangkitan Nabi Muhammad) dan amalan ini
terkenal pada masa itu. Oleh sebab itu, riba jenis ini juga dikenali dengan riba al-jahiliyyah.
Sesetengah ulama di kalangan sahabat Rasulullah menganggap riba jenis ini sahaja yang
diharamkan dalam Islam. Mereka bersandarkan pendapat Ibnu ‘Abbas yang menyatakan,
43
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
“sesungguhnya riba itu ialah pada riba al-nasi’ah kerana berdasarkan hadis Rasulullah yang
bermaksud: ‘Tiada riba kecuali pada riba al-nasi’ah’.
Ada juga ulama, misalnya Ibnu Hazim daripada mazhab al-Zahiri, berpendapat bahawa
riba yang wujud pada hari ini tidak sama dengan yang wujud pada zaman Rasulullah kerana
berlainan komoditi seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah. Antara komoditi yang
terlibat dalam hukum riba ialah emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam.
Oleh kerana wang ringgit hanya wujud pada zaman sekarang, maka lebihan yang
berlaku tidak dikira riba dan mereka meragui kesahihan illah yang digunakan dalam pembinaan
hukum Islam melalui proses qiyas.
Pemikir-pemikir Islam masa kini seperti Al-Maududi, Mufti Shafi, Fazlur Rahman dan
lain-lain lagi menolak pandangan ini. Mereka berpendapat jika prinsip ini diterima pakai, maka
masalah yang sama akan timbul, misalnya tentang jenis-jenis judi dan arak yang menggunakan
pelbagai jenama sekarang. Ianya mestilah diisytiharkan halal kerana jenama-jenama ini tidak
terdapat pada zaman Rasulullah.
Cuma harus diingatkan bahawa asalnya pinjaman yang dibenarkan oleh Islam
berdasarkan konsep at-ta’awun (kerjasama atau bantu-membantu) iaitu golongan kaya
menolong orang miskin dan begitu juga peranannya kerajaan terhadap pelajar.
PTPTN adalah tanggungjawab sosial kerajaan yang berterusan, bukannya sebagai
badan perniagaan bagi mendapatkan keuntungan. Tanggungjawab sosial itu boleh dikatakan
pengorbanan kerajaan selagi ia tidak dianggap sebagai perniagaan. Tetapi amalan sekarang
nampaknya bukan pengorbanan dan bukan pula perniagaaan. Jika kerajaan membuat
pengorbanan moral, mereka harus berpuas hati mendapat keuntungan dari segi moral dan jika
mereka bercakap tentang ganjaran wang ringgit, mereka tidak boleh mendakwa mereka telah
melaksanakan tanggungjawab sosial.
Mereka seharusnya bercakap secara langsung tentang perniagaan dan mengakui
kerajaan kini adalah berorientasikan perniagaan (business government) dan bukannya
berorientasikan rakyat (social government)
44
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
3.6 Cadangan Penambahbaikkan Kepada Pihak PTPTN
Pertama, kadar yang diwajibkan oleh PTPTN boleh dikatakan bukan riba dengan syarat
ia dibuktikan dengan sejelas-jelasnya sebagai kos perkhidmatan dan bukan untuk menambah
modal atau untung. Dalam kes PTPTN ini, jika pihak pengurusannya ingin mengenakan kos
pengurusan ke atas pinjaman yang diberikan, ia adalah dibolehkan. Ini adalah kerana
pertambahan ini bukan diambil berasaskan kepada penangguhan masa akan tetapi ia adalah
untuk menampung kos pengurusan itu sendiri.
Bagaimanapun penting dalam kontrak antara kedua belah pihak dinyatakan dengan
jelas bukan hanya menyebut pinjaman dibuat di antara PTPTN dengan si A sebanyak jumlah
tertentu dan diminta membayar sebanyak jumlah tertentu dan tambahan sebanyak 3%. Adalah
lebih baik sekiranya pihak pengurusan PTPTN menggunakan konsep syariah dalam
menguruskan pinjaman pelajar bagi merealisasikan komitmen kerajaan dalam membantu
pelajar terutama dari aspek kebajikan mereka.
Kedua, kerajaan mesti bertindak untuk menukar kontrak (akad) hutang yang sedia ada
dalam PTPTN kepada akad jual beli. Dalam erti kata lain, kerajaan menjual perkhidmatan.
Seperti yang kita ketahui transaksi bai’ boleh diambil keuntungan. Oleh itu, mengapa perlu
mengguna akad qard sedangkan hutang perlu bayar jumlah pokok sahaja. Jika tidak, ia akan
dianggap sebagai riba.
Kerapkali kita mendengar keluhan mahupun aduan berkaitan masalah peminjam
PTPTN. Acapkali juga kita mendengar dan melihat di akhbar senarai panjang nama peminjam
yang belum melunaskan hutang sejak sekian lama. Kebelakangan ini juga timbul isu di
kalangan peminjam PTPTN mengenai kadar caj 3 peratus yang dikenakan terhadap peminjam
setiap bulan yang dikatakan sebagai caj perkhidmatan.
Walaupun pihak PTPTN sudah memberikan penjelasan, kekeliruan dan
ketidakpuashatian hati peminjam masih timbul. Oleh itu, seharusnya perkara ini perlu
diselesaikan dengan kadar segera agar masalah yang timbul pada masa kini tidak akan
berulang lagi di masa hadapan terutamnya dalam aspek pendidikan yang merupakan teras bagi
mendidik anak bangsa.
45
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
46
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
REFLEKSI
4.0 REFLEKSI KENDIRI
Muhammad Syafiq bin Suhaimi (920504-03-5453)
Assalamualaikum wbt, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya meskipun berdepan pelbagai halangan.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing, Ustaz Mohd Daud bin
Mohamad di atas segala tunjuk ajar dan penerangan yang diberikan kepada saya.
47
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya mendapat pelbagai input yang berguna
untuk digunakan dalam kehidupan yang maya ini. Bagi subjek Pengajian Fiqh (PIM
3143) ini, terdapat tiga bahagian soalan yang telah diberikan. Soalan pertama adalah
pengenalan kepada konsep pengurusan ekonomi Islam serta hikmat pensyariatan
muamalat tersebut. Jesteru itu, saya telah membuat penerokaan berkenaan konsep-
konsep pengurusan ekonomi Islam yang diaplikasikan di Malaysia seperti bai’ (jual beli),
ijarah (sewaan), wadiah (simpanan), al-rahn (gadaian) dan takaful. Hasilnya saya dapati
konsep pengurusan ini sudah diamalkan dan diunjurkan oleh pihak bank di Malaysia
meskipun tidak secara menyeluruh dan sempurna serta masih lagi terikat dengan
pengurusan ekonomi konvesional yang menguasai lapangan ekonomi negara hampir
90% melebihi ekonomi berasaskan syariah Islam hanya 10%.
Saya juga turut menerokai kelebihan perlaksanaan ekonomi Islam ini berbanding
pengurusan ekonomi konvensional. Terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi
antaranya menepati syariat al-Quran dan Sunnah, perlaksanaannya adalah amanah
daripada Allah kepada hambaNya dan bebas judi, arak, riba serta gharar. Selain,
pengurusan ekonomi Islam ini juga adanya unsur tabarru'at iaitu tidak menindas bahkan
membantu golongan yang lemah serta mencegah unsur monopoli sesetengah golongan
sahaja. Disamping, hikmahnya juga meletakkan keadilan sebagai tunjang utama
ekonomi serta mengutamakan kepentingan ummah.
Tugasan kedua pula mengkehendaki saya mengkaji halangan dan kekangan
yang dihadapi sistem kewangan Islam dalam mengatasi aset sistem kewangan
kovesional seterusnya menggantikannya dalam ekonomi di Malaysia. Terdapat
beberapa faktor yang dikaitkan. Antaranya ialah kurangnya kefahaman dan maklumat
pengurusan ekonomi Islam dalam kalangan pengguna, ketidaksediaan infrastruktur
institusi perbankan, saingan kuat bank konvensional, dana perbankan berasaskan
ekonomi Islam masih belum kukuh dan kekangan kos agensi komoditi yang tinggi.
Disamping itu, untuk tugasan ketiga saya diminta menyingkap suatu isu ekonomi
Islam berkaitan bidang pendidikan. Lantas, saya telah memilih isu yang hangat dalam
kalangan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS pada hari ini iaitu isu riba dalam pinjaman
PTPTN. Isu ini dianggap serius dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di menara
48
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
gading kerana membabitkan pembayaran balik pinjaman pendidikan mereka yang
tinggi. Meskipun didedahkan oleh pihak PTPTN bahawa bunga (interest) tersebut
hanya 3% dari kadar pinjaman namun ia tetap dianggap riba dan haram dalam agama
Islam. Selain, turut menjadi kekangan terhadap mahasiswa dan mahasiswi memikul
bebanan hutang tersebut di saat kesmpitan peluang pekerjaan pada hari ini ditambah
pula ekonomi yang gawat. Langkah sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah dengan
memberi pendidikan yang terbaik pada kadar yang rendah atau percuma. Hal ini
kerana, sektor pendidikan sebenarnya faktor utama menjana ekonomi negara apabila
lahirnya tenaga mahir yang ramai dan cemerlang.
Melalui tugasan ini juga saya telah belajar kaedah mencari maklumat melalui
pelbagai kaedah melalui pembacaan di buku, laman-laman internet, dan video-video
pendedahan bahana riba dalam sistem ekonomi konvensional.
Dari sudut aspek cabaran dan dugaan yang saya hadapi dalam menyiapkan
projek ataupun tugasan ini pula ialah saya dibebani dengan pelbagai kerja. Kerja yang
utama bagi saya semestilah sebagai mahasiswa pendidik di Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak ini. Tambahan pula, saya turut mempunyai banyak tugas yang perlu
dilakukan sewaktu saat-saat akhir di bumi IPG ini seperti kajian tindakan saya. Namun
sebagai seorang bakal guru, masalah sebegini sebenarnya bukanlah alasan untuk tidak
menyiapkan tugasan yang diberikan. Sebaliknya saya perlu lebih sabar dan tabah serta
bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan tugasan ini. Cabaran seterusnya adalah
kesusahan untuk saya mendapatkan sumber rujukan yang tepat. Hal ini kerana, IPG
kekurangan bahan bacaan yang melibatkan subjek ini. Namun, syukur masalah ini tetap
dapat saya atasi melalui perkongsian ilmu dari kawan-kawan, lawatan ke Perpustakaan
Awam Miri dan juga pertolongan rakan-rakan di alam maya yang belajar di universiti.
Secara tuntasnya, tugasan ini memberi pelbagai input yang berguna kepada
saya dan rakan yang lain dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Saya
dapat menjadikan ilmu yang diperolehi ini untuk diaplikasikan dalam pengajaran saya di
sekolah kelak. Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada para pensyarah
terutama pensyarah pembimbing kami kerana memberi tunjuk ajar kepada kami bagi
menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan sokongan daripada semua pihak
49
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya seperti yang diharapkan. Sekian,
terima kasih.
RUMUSAN
Ekonomi Islam kini merupakan antara perantara kewangan paling penting dalam
ekonomi Malaysia. Berikutan pembangunan sistem kewangan Islam yang komprehensif serta
semakin liberal dan bersepadu dengan sistem kewangan antarabangsa, Malaysia berada pada
kedudukan terbaik untuk muncul sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Inisiatif
tertumpu untuk mengukuhkan kekuatan Malaysia dalam organisasi, penerbitan dan jual beli
instrumen pasaran modal dan perbendaharaan Islam, pengurusan dana dan kekayaan Islam,
pasaran perkhidmatan kewangan Islam luar pesisir serta aktiviti takaful dan takaful semula.
50
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Pelbagai insentif diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan, latihan, khidmat runding dan penyelidikan dalam perbankan dan kewangan Islam
serta menjadi institusi perbankan Islam domestik yang berkembang ke luar. Hala tuju dasar
adalah untuk mempertingkat daya tahan, kecekapan dan kapasiti institusi kewangan Islam
domestik dan infrastruktur kewangan Islam bagi mempertingkatkan kemantapan dan kestabilan
sistem kewangan Islam.
Secara umumnya kita dapat melihat perkembangan positif sama ada dari sudut
peratusan aset ekonomi Islam mahu pun pertambahan produk-produk perbankan berdasarkan
pelbagai konsep yang diterima oleh rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa. Hal ini
membuktikan bahawa sistem ekonomi Islam di Malaysia mampu membawa perubahan besar
dalam pembangunan dan peningkatan ekonomi negara dengan kadar segera. Secara tidak
langsung, sistem ekonomi Islam juga akan mampu membuka mata dunia tentang kebaikan dan
kelebihan dasar sistem ekonomi Islam itu sendiri yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w.
Ekonomi Islam sebenarnya mempunyai potensi yang tinggi untuk berperanan sebagai
salah satu medium dakwah di Malaysia seterusnya negara-negara lain di seantero dunia. Nilai-
nilai murni yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam seperti kerjasama, bantu-membantu dan
keadilan sosio-ekonomi yang mengutamakan maslahah umat Islam dan kepentingan sosial
rakyat secara keseluruhannya juga boleh menjadi sebab masyarakat bukan Islam menyedari
dan menerima kelebihan Islam secara beransur-ansur.
Ekonomi Islam sewajarnya terus meningkatkan usaha dalam mewujudkan satu dasar
Islam yang kukuh di persada antarabangsa, melalui pelbagai aktiviti dan kemudahan yang
ditawarkan kepada pelanggannya. Meskipun ekonomi Islam semakin mendapat tempat di mata
dunia, namun persainggannya dengan sistem ekonomi konvensional masih lagi tidak dapat
dinafikan. Pendedahan meluas berkaitan sistem ekonomi Islam hendaklah dilaksanakan sama
ada melalui media bercetak seperti majalah dan surat khabar mahupun melalui media elektronik
seperti rencana di televisyen dan hebahan radio serta kursus-kursus tertentu seperti seminar-
seminar atau bengkel-bengkel ekonomi Islam.
Oleh itu, adalah wajar kita melihat pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia
dalam konteks yang menyeluruh. Kita hendaklah sedar bahawa tidak ada pemisahan di antara
aspek rohani insan dengan kehendak material dalam memenuhi tujuan kehidupan di dunia dan
akhirat. Dasar dan prinsip Syariah yang diketengahkan melalui ekonomi Islam dengan
51
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
mengambil kira pematuhan syariat serta keuntungan yang sah haruslah dicontohi oleh kita
semua dalam menjalani kehidupan sebagai umat Islam menurut jejak langkah peribadi
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
52
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
RUJUKAN
RUJUKAN
Buku
Ahmad Ibrahim. (2002). Legal Framework Of Islamic Banking in Malaysia. Jurnal
Undangundang. IKIM. Vol.1 (1).
Ahamed Kameel Mydin Meera & Dzujastri Abdul Razak. (2005). Islamic Home
Financingthrough Musyarakah Mutanaqisah and al-Bay’ Baithaman Ajil Contracts: A
Comparative Analysis. Kuliyyah of Economics and Management Sciences international
Islamic: University Malaysia
53
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Abdul Halim El-Muhammady, Undang-Undang Muamalat & Aplikasinya Kepada Produk-Produk
Perbankan Islam, Selangor: Gemilang Sdn Bhd.
Bank Islam Malaysia Berhad lwn Adnan Omar [1994] 3 CLJ.
Dr Muhammad Shabri Abdul Majid. (1996). Islamic Banks and Investment Financing.
KualaLumpur: Budiman Press.
Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad. (2009). Aplikasi Fiqh Muamalat Dalam Sistem Kewangan
Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara.
Mohd Sollehudin bin Shuib, Joni Tamkin Borhan & Azizi Abu Bakar. (2011). Musharakah
Mutanaqisah Home Financing Products: An Implementation Analysis,Product
Advantages and Issues at Citibank (Malaysia) Berhad.Journal of Techno-Social.
Mohd Sollehudin bin Shuib, Ahmad Azam Bin Sulaiman@Mohamad and Mohammad Taqiuddin
bin Mohamad. (2011). Middle east bank and their challenge operation in Malaysia: A
case study on Kuwait finance house Malaysia Berhad.African Journal of Business
Management.
Internet
Murid Fadzli Musa. (2015). Sistem Kewangan Islam: Kewajipan Atau Pilihan? Dimuat turun
daripada http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/pelbagai/artikelpilihan/210sistemkewa
ganislamkewajipan-atau-pilihan
e-muamalat. (2013). Apakah perbezaan Sistem Kewangan Islam dan Konvensional? Dimuat
turun daripada http://e-muamalat.gov.my/faq/apakah-perbezaan-sistem-kewangan
islam-dan-konvensional
54
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
Bank Islam. (2014). Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA). Dimuat turun daripada
http://www.bankislam.com.my/home/islamic-financial-services-act-2013-ifsa/
Ustaz Abd Aziz bin Harjin. (2009). Jual Beli Dalam Islam. Dimuat turun daripada
http://azharjin.blogspot.com/2009/04/jual-beli-dalam-islam.html
Zamasari Ismail. (2011). Ar-Rahn. Dimuat turun daripada http://emas
setek.blogspot.com/2011/12/definisi-pengertian-hukum-dan-rukun-ar.html
Waksab. (2005). Konsep Takaful. Dimuat turun daripada
http://takafulislam.blogspot.com/2005/05/konsep-takaful.html
55
PIM 3143: PENGAJIAN FIQH
LAMPIRAN
56