nota fiqh eko dan fiqh muamalat
TRANSCRIPT
BAB 1
PENGENALAN FIQH MUAMALAT
1.1 Pengenalan
1.2 Definisi Islam
1.2.1 Rukun Islam dan Rukun Imam
1.2.2 Komponen utama Agama Islam: Aqidah, Syariah, Akhlak
1.3 Definisi Syariat Islam
1.3.1 Sumber-sumber Syariat Islam
1.4 Definisi Fiqh
1.5 Pecahan dalam bidang Fiqah
1.5.1 Fiqh Ibadah
1.5.2 Fiqh Muamalat
1.5.3 Fiqh Munakahat
1.5.4 Fiqh Jinayah
1.6 Mazhab dalam Ilmu Fiqah.
1.6.1 Maksud, Tujuan dan Kepentingan Mazhab
1.6.2 Beberapa Mazhab dalam Ilmu Fiqah
1.6.2.1 Mazhab Hanafi
1.6.2.2 Mazhab Maliki
1.6.2.3 Mazhab Shafie
1.6.2.4 Mazhab Hambali
1.7 Bidang lain yang berkaitan ilmu Fiqh
1.7.1 Usul al-Fiqah
1.7.2 Qawaid al-Fiqhiyyah
1.7.3 Maqasid al-Syar‘iyyah
1
BAB 1
PENGENALAN FIQH MUAMALAT
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan Islam dan kaitannya dengan fiqh Muamalat .
2. Menjelaskan Definisi Syariat Islam dan sumber-sumber
hukumnya.
3. Menghubungkaitkan Mazbab-mazhab fiqh dengan hokum-hukum
muamalat .
4. Menjelaskan ilmu suul fiqh dan fungsi-fungsinya dalam pembinaan
hokum
5. Mengenal pasti lima Qawaid Fiqhiyyah yang itama dan maqasid
syariah
1.1 PENGENALAN
Mengikut perspektif Islam, urusan perniagaan adalah termasuk di dalam bidang
muamalat. Hukum-hukum yang berkaitan dengan bidang tersebut dinamakan fiqh
muamalat. Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang syumul
(lengkap) boleh dijadikan asas kepada para pengurus perniagaan, ahli ekonomi dan
kewangan bagi membina suatu sistem perniagaan baik dan menyelesaikan berbagai
masalah yang berkaitan dengan dengan kehidupan termasuk isu-isu muamalat iaitu
perniagaan, ekonomi, kewangan dan lain-lain. Syariat Islam melengkapi segenap aktiviti
kehidupan meliputi persoalan tauhid, keimanan, ibadah, akhlak, kekeluargaan, jenayah,
muamalat, pengurusan pentadbiran, politik dan lain-lain.
1.2 DEFINISI ISLAM
2
Pada masa kini Islam adalah agama anutan kedua terbesar di dunia selepas agama
Kristian. Bilangan umat Islam sekarang telah mencecah seramai 1.9 bilion di seluruh
dunia sama ada di 78 buah negara Islam dan di negara negara lain.
Dari segi sejarah, agama Islam telah dibawa oleh seorang rasul atau utusan Tuhan yang
bernama Muhammad bin Abdullah. Beliau telah dilantik oleh Tuhan sebagai rasul ketika
berumur 40 tahun bagi membawa ajaran Tuhan kepada seluruh manusia untuk dijadikan
panduan hidup yang membawa kepada kebaikan hidup di dunia dan akhirat.
Beliau tidak mereka atau mencipta agama Islam sebaliknya beliau hanya membawa dan
menyampaikan apa yang datang dari Allah. Oleh sebab itu nabi Muhamad saw
dinamakan sebagai rasul iaitu penyampai.
Akhirat ialah kehidupan selepas mati dan selepas kemusnahan dunia iaitu hari kiamat.
Kehidupan akhirat kekal abadi dan ia hanya mempunyai dua tempat iaitu syurga dan
neraka. Syurga adalah tempat selesa yang disediakan oleh Allah kepada semua muslim
yang baik semasa hidup mereka di dunia sementara neraka ialah tempat azab yang
disediakan kepada semua manusia yang jahat semasa kehidupan mereka di dunia.
Dari segi nama, istilah Islam berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu salima yang
bermaksud sejahtera, damai, suci dan selamat. Dari segi istilah syarak pula Islam beerti
ketundukan, kepatuhan, ketaatan dan penyerahan jiwa dan raga dengan penuh keikhlasan
hanya kepada Allah s.w.t. Terdapat juga ulamak memberikan definisi Islam sebagai
kepatuhan, penyerahan dan ketaatan kepada Allah dalam semua tindak-tanduk manusia
yang meliputi aspek pemikiran, pengetahuan, pertuturan, akhlak, tingkah laku dan i’tikad.
Selain sebagai satu agama mengikut fahaman biasa, Islam juga adalah sebagai kaedah
sosial dan tata cara hidup yang lengkap yang berbeza dengan agama lain. Islam adalah
agama yang memberi panduan hidup kepada manusia ke jalan yang selamat iaitu jalan
yang baik dan mendapat keredaan Allah. (Abd al-Karim Zaydan,1984: 3), (Muhammad
al-Buraey, 1992: 2). Islam ialah ad-din atau satu cara hidup. Ia adalah satu sistem yang
3
merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh dan undang undang yang lengkap
dalam semua urusan hidup manusia untuk mereka menerima dan mengamalkannya secara
menyeluruh.
1.2.1 Rukun Islam dan rukun Imam
Agama Islam adalah agama yang mempunyai lima asas ajaran iaitu mempercayai Allah
sebagai Tuhan yang satu (tauhid), Nabi Muhammad ialah rasul atau utusan Allah,
menunaikan sembahyang, beRPuasa dibulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan
mengerjakan haji di Mekah. Ia juga mempunyai enam kepercayaan utama yang
dinamakan rukun iman iaitu percaya kepada Allah sebagai Tuhan yang satu, percaya
kepada malaikat, percaya kepada rasul sebagai utusan Tuhan, percaya kepada kitab,
percaya kepada hari akhirat, percaya kepada qadak dan qadar.
Menurut Islam, matlamat hidup seseorang individu muslim itu adalah untuk mencari
keredhaan Allah. Firman Allah dalam surah az-Dzaariyat ayat 56 yang bermaksud:
“Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah (beribadat) kepada Aku.”
Tujuan agama Islam diturunkan kepada manusia adalah untuk dijadikan panduan hidup
bagi kebaikan di dunia dan akhirat. Bagi tujuan tersebut, Allah S.W.T. telah menurunkan
al-Quran sebagai sumber rujukan dan hadis sebagai mengukuhkan apa yang dijelaskan di
dalam al-Quran. Al-Quran ialah himpunan kata-kata Allah yang disampaikan kepada
Nabi Muhammad selaku perantaraan malaikat Jibrail bagi dijadikan panduan hidup
manusia dan membacanya dikira ibadat. Segala ajaran dan peraturan yang dibawa melalui
al-Quran adalah dikira syariat. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: “Alif
lam Mim, demikianlah kitab al-Quran itu yang tiada ragu ragu lagi (isinya), menjadi
petunjuk kepada orang-orang yang beriman.” (al-Baqarah: 1-2)
4
Tujuan syariat Islam pula adalah untuk menjaga lima perkara iaitu agama, jiwa, akal,
keturunan, dan harta. Semua hukum-hakam yang terdapat dalam ajaran Islam seperti
wajib, sunat, makhruh, haram, halal dan harus semuanya untuk menjaga lima perkara
yang disebutkan di atas. Hukum haram minuman keras adalah untuk menjaga akal,
hokum haram berzina adalah untuk menjaga keturunan dan agama, haram mengata orang
adalah untuk menjaga jiwa, wajib sembahyang adalah untuk menjaga agama dan akhlak.
Semua perkara yang dijelaskan tadi memberi tujuan yang lebih utama sebab-sebab
penurunan ajaran Islam iaitu akhlak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Bahawasanya aku diutuskan kepada manusia adalah untuk menyempurnakan akhlak.”
1.2.2 Komponen Utama Agama Islam: Aqidah, Syariah dan Akhlak
Agama Islam agak berbeza dengan agama-agama lain di dunia kerana ia adalah satu
sistem hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan. Ajarannya meliputi aspek aqidah
(kepercayaan), syariah (peraturan) dan akhlak (etika). Ajaran Islam juga menghendaki
penganutnya melakukan segala aspek kehidupan dunia mengikut cara-cara yang diredhai
oleh Allah S.W.T. Perbezaan agama Islam dengan agama-agama lain ialah agama-agama
lain di dunia hanya mempunyai unsur kepercayaan dan akhlak. Terdapat juga agama
yang hanya mempunyai akhlak dan prinsip-prinsip hidup yang luhur. Kebanyakan
agama-agama tersebut tidak mempunyai syariat atau peraturan hidup yang menyeluruh
atau jika adapun agak sedikit dalam perkara-perkara tertentu sahaja. Aspek syariah yang
menyeluruh inilah yang menyebabkan agama Islam agak berbeza dengan agama-agama
lain. Selain itu, aspek kandungan aqidah Islam juga agak berbeza kerana konsep
ketuhanannya dan perkara-perkara ghaib seperti konsep pahala dan dosa, konsep hari
pembalasan, syurga dan neraka, alam kubur dan lain-lain lagi.
Syariah pula merangkumi bidang ibadat khusus dan ibadat umum. Ibadat khusus adalah
aktiviti ibadat yang dibuat semata-mata kerana beribadat dan caranya ditentukan oleh al-
Quran dan hadis seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir, korban dan lain-lain. Ibadat
umum pula terdiri daripada bidang muamalat iaitu bidang perhubungan manusia dengan
5
manusia seperti ekonomi, perniagaan, politik, sosial, kenegaraan dan lain-lain. Segala
aktiviti bidang muamalat yang dilaksanakan mengikut syariat Islam beserta dengan niat
baik kepada Allah akan dikira ibadat iaitu diberi pahala oleh Allah S.W.T.
Hakikatnya Islam juga membawa ajaran mengenai akhlak iaitu akhlak manusia dengan
Tuhan yang menciptakannya, manusia sesama manusia dan manusia dengan makhluk
yang lain. Semua intipati ajaran Islam menyeru manusia kepada berakhlak mulia dengan
ketiga-tiga pihak tersebut.
Islam sebagai sistem hidup juga menjelaskan bahawa manusia perlu hidup di dunia
mengikut ajaran Islam disebabkan apa sahaja perbuatannya di dunia akan dibawa ke
akhirat. Semua aktiviti kehidupannya yang tidak bercanggah dengan syariat dan diniatkan
beribadat kepada Allah akan diberi pahala. Menurut pandangan Islam, matlamat hidup
seseorang individu muslim itu adalah untuk mencari keredhaan Allah dengan beribadat
kepada-Nya. Firman Allah dalam surah az-Dzaariyat ayat 56 yang bermaksud:
“Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah (beribadat) kepada Aku.”
Disebabkan beribadat tersebutlah, maka setiap aspek kehidupan manusia perlu mengikut
cara-cara yang dikehendaki Allah S.W.T. Cara-cara yang dikehendaki Allah tentunya
mempunyai kebaikan untuk kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Bagi tujuan
tersebut, sistem Islam perlu dilaksanakan dalam setiap aspek bidang kehidupan seperti
system ekonomi, sistem kenegaraan, sistem pengurusan, sistem perundangan, sistem
sosial, dan lain-lain yang melibatkan kehidupan manusia. Oleh sebab itulah agama Islam
memberi pengaruh yang kuat kepada penganutnya dalam cara-cara kehidupan seharian
seperti cara pemakaian, cara perhubungan sosial, cara perkahwinan dan sebagainya.
Cuma dalam pelaksanaan sistem-sistem tersebut, ianya perlu dilaksanakan secara
berhemah dan bijaksana agar ia tidak disalah guna, salah tafsir atau penafsiran yang
keterlaluan dalam hukum-hukum tertentu tanpa melihat kepada tujuan asal hukum yang
inginkan keadilan dan kemaslahatan umum.
6
1.3 DEFINISI SYARIAT ISLAM
Perkataan "Syari'at" dari segi bahasa Arab bermaksud sumber air minum ataupun
pembawaan yang jelas. Dari segi istilah ilmu fiqh, ia adalah apa sahaja sistem tentang
hidup, sama ada yang didatangkan oleh Allah melalui para Nabi-Nya ataupun yang
diciptakan oleh manusia sendiri. Dalam kitab-kitab aqidah ada disebut perkataan Syariat
Musa, Syariat Isa, Syariat Muhammad, Syariat Yahudi, Syariat Islam. Kadang kala ada
perkataan syariat langit. maka ia adalah bermaksud segala sistem yang diturunkan oleh
Allah kepada para Rasul-Nya. Bagi apa yang di bawa oleh Muhammad SAW, ia
dinamankan Syariat Islam
Syariat Islam ialah suatu yang merangkumi secara keseluruhannya segala apa yang
diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Umut manusia melalui Rasul-Nya Nabi muhamrnad
s.a.w. Ianya dapat dilihat sama ada dalam bentuk al-Quran ataupun as-Sunnah. Di
dalamnya terkandung segala aspek pengajaran tentang hidup manusia sama ada
mengenai akidah, akhlak, tasawuf, ibadat dan segala peraturan lain sama ada yang
menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya,dengan dirinya sendiri atau dengan
masyarakatnya.
Dalam definisi Islam keempat yang telah dijelaskan oleh Dr Abd al-Karim Zaydan
mengatakan bahawa Islam ialah sejumlah peraturan yang diturunkan oleh Allah ke atas
rasulnya, Muhammad saw yang berkaitan dengan akidah, akhlak, ibadat, muamalat dan
segala perkhabaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang diperintahkan
oleh Allah supaya baginda sampaikan kepada umat manusia. Lihat Zaydan (2000) ,op.cit,
h. 13-14
Dari segi disiplin pengajian Islam, Syariat Islam ini biasanya dibahagikan kepada tiga
komponen iaitu:-
a. Perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah iaitu hukum-hukum yang
bersangkut paut dengan keimanan dan tauhid, alam ghaib, hari akhirat, malaikat
dan seterusnya. Ia merupakan asas seseorang Muslim.
7
b. Perkara-perkara yang berkaitan dengan budi pekerti atau akhlak. Ia
menitikberatkan pendidikan rohani, dengan tujuan mewujudkan manusia
berakhlak tinggi yang sentiasa menghampirkan diri kepada Allah SWT. Selain itu,
ia juga bertujuan untuk melahirkan manusia yang sentiasa membersihkan hatinya
daripada sifat-sifat tercela dan berhias dengan sifat-sifat yang teRPuji.
c. Perkara-perkara yang berkaitan dengn perbuatan manusia iaitu Ibadat &
Muamalat
Ia berhubung dengan ibadah khusus seperti solat, puasa, menunaikan haji, bersedeqah,
nazar dan seterusnya. Ia juga Berhubung dengan hubungan manusia sesama mereka,
yang lebih terkenal dengan ibadah umum atau muamalat. Ia boleh dibahagikan kepada
beberapa bahagian seperti berikut:
i. Undang-undang keluarga yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun
kehidupan berkeluarga , seperti nikah, cerai, ruju', nafkah, perwarisan dan
seterusnya.
ii. Undang-undang mu'amalah yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun
cara pemilikan harta, jual beli, gadaian, sewa-menyewa, pinjam meminjam
dan seterusnya.
iii. Undang-undang yang berhubung dengan kehakiman, pendakwaan,
keterangan, pentadbiran kehakiman dan seterusnya.
iv. Undang-undang yang berhubung dengan cara pentadbiran dan
pemerintahan, perlembagaan dan kaedah-kaedah sistem negara dan
seterusnya.Undang-undang ng berhubung dengan hak rakyat, muslim dan
bukan muslim terhadap negara, hak orang yang dilindungi dan kewajipan
mereka dan seterusnya.
8
v. Undang-undang yang berhubung dengan hubungan negara dengan negara,
sama ada dalam keadaan perang atau pun damai, atau lebih terkenal
dengan undang-undang hubungan antarabangsa.
vi. Undang-undang yang bertujuan mencegah jenayah dan menghukum
pesalah-pesalah atau terkenal dengan undang-undang jenayah dan
keseksaan sama ada yang berdasarkan hudud, qisas, diat ataupun takzir.
Syariat Islam juga adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi
kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain mempunyai
hukum dan aturan, Syariat Islam juga penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Oleh
itu, sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan
sempurna seluruh perpasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.
Imam Ibn Qayyim al Jawizi berkata “Syariat Islam dibina dan diasaskan di atas hikmat-
hikmat dan maslahah-maslahah kebaikan hamba Allah (manusia) di dunia dan di akhirat.
Syariat Islam itu semuanya bersifat adil, memberi rahmat kepada semua (manusia),
memberi kemaslahatan kepada semua serta mempunyai hikmat yang menyeluruh. Maka
setiap masalah terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, terkeluar dari rahmat kepada
kesiksaan, terkeluar dari maslahah kepada mafsadah, terkeluar dari hikmat kepada sia-sia
adalah semuanya terkeluar dari syariat Islam walaupun terdapat padanya pelbagai takwil
kerana syariat itu merupakan keadilan Allah diantara hambaNya dan rahmat Allah
kepada makhlukNya dan perlindungan Allah terhadap bumiNya”. (Syams al-Din Abu
‘Abd Allah Muhammad b. Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah, 1977: 14-15).
1.3.1 Sumber Hukum Syariat Islam
Sumber Hukum Syariat Islam ialah
a. Al-Qur'an .
b. al-Hadis.
c. Ijmak Ulamak.
9
d. Qiyas
Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama bagi
syariat Islam. Ia adalah himpunan kata Allah.
Hadis adalah seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad yang
kemudian dijadikan sumber hukum. Fungsi hadis antara lain ialah mempertegas hukum
dalam Al-Qur'an, memperjelas hukum dalam Al-Qur'an dan menetapkan hukum yang
belum ada di Al-Qur'an
Ijma' maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu
hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang
terjadi.
Qiyas ialah proses taakulan berasaskan membuat hukum hukum sedia ada daripada nass
atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum
terhadap suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan
perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai
aspek lain sehingga dihukumi sama.
Ijtihad juga boleh menjadi sumber hukum. Ia adalah sebuah usaha untuk menetapkan
hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Ijtihad dilakukan setelah Nabi
Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang
suatu hukum namun perkara-perkara ibadah tidak boleh diijtihadkan. Beberapa jenis
ijtihad adalah ijtihad sekumpulan ulamak mujtahid yang dipanggil Ijma' iaitu
kesepakatan para ulama, ijtihad ulamak berdasarkan hukum Qiyas, iaitu diumpamakan
dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya, Ijtihad berdasarkan Maslahah
Mursalah iaitu untuk kemaslahatan umat dan ijtihad berdasarkan 'Urf iaitu kebiasaan
1.4 DEFINISI FIQH
Sebagaimana juga perkataan Syariah, perkataan atau istilah fiqh juga berasal dari
perkataan bahasa arab. Dari segi bahasa arab, ia bermaksud pemahaman secara mutlak
10
ataupun pemahaman secara mendalam. Seseorang yang memahami sesuatu secara
mendalam sebut sebagai Faqih. Diantara penggunaan lafaz fiqh seperti dalam firman
Allah taala :
�ام%م#ات ق�ول +ير) ك ث �م ان ف/ق ه /ب ع ي ��واي ش ق ال
Maksudnya: mereka berkata “wahai shuib tidaklah banyak kami memahami daripada
apa yang engkau katakan.” (surah hud: 91)
Dari segi Istilah pengajian Islam, perkataan Fiqh ini telah mengalami proses evolusi yang
ketara. Di zaman perpulaan Islam ianya diberi maksud sebagai pemahaman terhadap
ajaran agama secara mutlak samada akidah, akhlak ataupun hokum-hukum mengenai
tindak-tanduk lahir manusia. Pengertian seperti ini telah digunakan oleh al-Quran sendiri
dalam firman Allah yang bermaksud
"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk
memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk mernberi peringatan
kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, sulpaya mereka itu dapat
menjaga diri." (at-Taubah (122)
Manakala dari segi istilah syarak pula terdapat beberapa definisi fiqh. Fiqh ialah
mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk amali yang di ambil daripada dalil-
dalil yang berbentuk tafsil (terperinci) Ia adalah semua hukum-hukum agama yang
dibawa oleh Syariat Islam sama ada hokum-hukum ini berkaitan dengan aqidah, ibadah,
akhlak dan muamalat. Fiqh juga adalah ilmu untuk mengetahui dan memahami hukum-
hukum syara’ yang berkaitan dengan mukallaf seperti wajib, haram, makruh, harus,
keadaan sesuatu akad itu sah atau batal, keadaan ibadat itu qadha’ dan sebagainya. Fiqh
juga adalah mengetahui hukum-hukum syara’ yang amali dengan berdalilkan dari dalil-
dalil tafsili (terperinci) atau juz’i (pecahan). (al-Ghazali,1987:.4-5), (Abd al-Karim
Zaydan ,1994: 8)
Pengertian istilah Fiqh secara menyeluruh ini terus digunakan dalam tempoh yang lama
oleh para ulama. Abu Hanifah, seorang ulamak di zaman Tabiit-Tabiin, pernah
11
mentafsirkan Fiqh sebagal "'mengenali hak dan tanggungiawab diri." Tafsiran ini
membawa maksud Fiqh ialah mengenali apa yang sebenarnya mendatangkan manfaat
dan apa yang sebenarnya membawa mudarat kepada diri. Yang paling asas dari perkara
yang mendatangkan faedah kepada diri itu ialah ilmu tentang akhirat, kerana ianya akan
membawa faedah yang kekal abadi.
Pengasas Mazhab Fiqh yang terpasyur dari kalangan imam Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah
ialah empat mazhab yang terkenal iaitu Imam Abu Hanifah (50-105H) yang mengasaskan
Mazhab Hanafi, Imam Malik b. Anas (93-179H) yang mengasaskan Mazhab Mliki, Imam
Syafi’i (150-204H) yang mengasaskan Mazhab Syafie dan Imam Ahmad b. Hanbal (164-
241H) yang mengasaskan Mazhab Hanbali. (Abd al-Karim Zaydan, 1969: 155)
1.5 PECAHAN DALAM BIDANG FIQAH
Bidang Ilmu Fiqh mempunyai beberapa pecahan antaranya ialah:
1.5.1 Fiqh Ibadat
Fiqh ibadat ialah ilmu fiqh yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan ibadat.
Ia berhubung dengan ibadah khusus seperti solat, puasa, menunaikan haji, bersedeqah,
nazar dan sebagainya.
1.5.2 Fiqh Muamalat
Fiqh Muamalat ialah ilmu Fekah yang berkaitan dengan hubungan manusia sesama
mereka, yang lebih terkenal dengan ibadah umum atau muamalat. Undang-undang
mu'amalah yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun cara pemilikan harta, jual beli,
gadaian, sewa-menyewa, pinjam meminjam dan seterusnya.
1.5.3 Fiqh Munakahat
Fiqh munakahat ialah ilmu fiqh yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan
hal-hal yang berkiatan dengan pernikahan. Ia membincangkan undang-undang keluarga
12
yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun kehidupan berkeluarga, seperti nikah,
cerai, ruju', nafkah, perwarisan dan seterusnya.
Perkataan munakahat ialah kata jamak kepada perktaan nikah. Ia adalah perkataan bahasa
arab yang bermaksud cantuman. Dari segi istilah syarak pula ialah adalah bermaksud
akad pernikahan yang menghalalkan pergaulan antara laki–laki dan perempuan yang
tidak ada hubungan Mahram sehingga dengan akad tersebut terjadi hak dan kewjiban
antara kedua insan. Hubungan antara seorang laki–laki dan perempuan adalah merupakan
tuntunan yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan untuk menghalalkan hubungan ini
maka disyariatkanlah akad nikah. Pergaulan antara laki–laki dn perempuan yang diatur
dengan pernikahan ini akan membawa keharponisan, keberkahan dan kesejahteraan baik
bagi laki–laki maupun perempuan, bagi keturunan diantara keduanya bahkan bagi
masyarakat yang berada disekeliling kedua insan tersebut.
Ilmu munakahat ialah imu-ilmu yang berkaitan dengan urusan pernikahan seperti calon
suami , isteri, majlis akad, wali, mas kahwin dan lain-lain lagi.
1.5.4 Fiqh Jinayah
Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh
seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehorpatan jiwa atau tubuh badan seseorang
yang lain dengan sengaja. Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan
bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh
badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan
hukuman qisas atau diyat.
Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah
termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang
wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :
13
1. Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan
sebagainya
2. Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-
menuduh.
3. Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian,
ragut dan lain-lain.
4. Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.
5. Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di
dalam negara Islam Pembunuhan
1.6 MAZHAB DALAM ILMU FIQAH
Mazhab (مذهب) ialah aliran pemikiran fiqah. Terdapat beberapa aliran pemikiran dalam
fiqh Islam. Ini adalah kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi,
tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah
ramai. Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh
dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang
rajih. Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu:
1. Hanafi
2. Maliki
3. Syafie
4. Hanbali.
Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna
dan lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Mazhab-mazhab
selain daripadanya tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan
panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di
Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab
Syafie. Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.
1.6.1 Maksud, Tujuan dan Kepentingan Mazhab
14
Dalam pandangan Islam setiap individu Muslim wajib mentaati ajaran al-Qur’an dan al-
Sunnah. Walaubagaimanapun diakui bahawa tidak semua orang dapat merujuk terus
kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza-
beza yang secara umumnya dapat dibahagikan kepada 3 tahap:
1. Golongan tidak perlu mazhab dari segi ilmu.
Mereka yang dapat mengkaji dan memahami secara terus nas-nas al-Qur’an dan
al-Sunnah dan mampu mengeluarkan hukum daripadanya. Bagi seorang yang
berada di tahap yang pertama ini, dia dibolehkan merujuk secara terus kepada al-
Qur’an dan al-Sunnah. Malah merupakan satu kesalahan bagi dia untuk menurut
sahaja (taqlid buta) sesuatu mazhab kerana berbuat sedemikian bererti dia
menderhakai kelebihan yang diberikan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya.
2. Golongan yang perlu kepada mazhab.
Mereka yang tidak dapat mengkaji dan tidak mampu mengeluarkan hukum
daripadanya. Tujuan sebenar mazhab-mazhab Islam sejak dari da-hulu ialah
memudahkan umat Islam mencapai ketaatan ke-pada al-Qur’an dan al-Sun-nah.
Setiap ajaran mazhab adalah berdasarkan al-Qur’-an dan al-Sunnah, oleh itu
mengikuti mazhab bererti mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah.
3. Golongan di antara dua.
Mereka yang berada di pertengahan antara tahap pertama dan kedua di atas. Bagi
seorang yang berada di tahap kedua dan ketiga, bagi mereka diharuskan mengikut
sesuatu mazhab fiqh Islam. Sememangnya inilah tujuan sebenar mazhab-mazhab
Islam sejak dari dahulu, iaitu memudahkan umat Islam mencapai ketaatan kepada
al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana setiap ajaran mazhab adalah berdasarkan al-
Qur’an dan al-Sunnah, oleh itu mengikuti mazhab bererti mengikuti al-Qur’an
dan al-Sunnah.
Mazhab-mazhab fiqh Islam beRPeranan sebagai jalan bagi membawa seorang Muslim itu
kepada ketaatan terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia memudahkan umat yang tidak
15
berkemampuan untuk mendekati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah secara terus.
Tujuan yang ingin dicapai oleh para imam mazhab ialah menjelaskan kepada manusia
apa yang telah difirmankan oleh Allah S.W.T dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah
S.A.W dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat umum
kerana kebanyakan ahli masyarakat tidak mampu memahami dalil-dalil al-Qur'an dan
Hadis secara langsung.
Namun dalam seseroang itu berpazhab, ia perlu mempunyai fikrah (pemahaman) yang
jelas iaitu:
1. Beliau mestilah sedar bahawa ketaatan yang sebenar adalah kepada al-Qur’an dan
al-Sunnah. Mazhab hanya beRPeranan memudahkan ketaatan tersebut, bukan
menggantikannya.
2. mengikuti mazhab bukanlah bererti membebaskan diri daripada sifat belajar dan
mengkaji. Ini kerana menuntut ilmu merupakan salah satu kewajipan agama
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap
Muslim. Oleh itu wajib belajar ajaran fiqh mazhab dengan mengkaji dalil-dalilnya
dan membandingkannya dengan mazhab yang lain atau penelitian semula oleh
tokoh terkemudian. Hasan al-Banna rahimahullah menasihatkan: Bagi setiap
Muslim yang belum mencapai tingkat ‘mujtahid’ terhadap dalil-dalil umum
syari‘at, dibolehkan baginya untuk mengikut pendapat salah seorang imam agama
(imam mazhab). Namun sangat dianjurkan agar dia berusaha dengan segenap
kemampuannya untuk mempelajari dalil-dalil yang dipergunakan oleh imam yang
diikutinya dan tetap bersedia menerima kebenaran dari orang lain yang berhak
mengemukakannya. Selain itu dia harus berusaha menyempurnakan segala
kekurangan ilmunya jika dia adalah seorang yang mampu melakukan hal itu
sehingga akhirnya dia dapat mencapai kedudukan sebagai seorang mujtahid.
Bagi orang yang mampu mengkaji secara terus kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah
mereka tidak memerlukan mazhab melainkan sekadar sumber meluaskan skop kajian.
Bagi orang yang tidak mampu, mereka memerlukan mazhab sebagai jalan yang
16
memudahkan keta-atan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Golongan yang pertama
tidak boleh mengecam golongan yang kedua dan begitulah juga sebaliknya.
1.6.2 Beberapa Mazhab dalam Ilmu Fiqh
a. Mazhab dalam Ahli Sunnah wal Jamaah
Terdapat 4 mazhab ahli Sunna Wal Jimaah iaitu:
1.6.2.1 Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi ialah salah satu mazhab fiqh dalam Islam Sunni. Mazhab ini diamalkan
terutama sekali di kalangan orang Islam Sunni Mesir, Turki, India dan sebahagian Afrika
Barat. Mazhab Hanafi merupakan mazhab terbesar dengan 30% pengikut.
Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit digelar Abu Hamfal. Beliau lahir pada
tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau
seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan
bagi masalah yang dihadapi. Beliau seorang yang beRPengetahuan, bijak dan berakhlak
mulia, ia mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar negara. Pada waktu tersebut
beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya pada pemerintahan.
Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga
sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan
beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan." Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti
pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu
17
agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi
dan ism yang pelbagai. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah
dan Abbasiyah. Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak
ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri (tawadu’).
1.6.2.2 Mazhab Maliki
Maliki ialah mazhab fiqh yang kedua sunni. Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika
dan sebahagian Afika Barat. Mahzab ini mempunyai bilangan pengikut kedua teramai
iaitu lebih kurang 25% daripada Muslim. Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang
lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya. Selain menggunakan Al Quran, hadis,
ijma' dan qiyas, Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada
zamannya itu sebagai sumber yang kelima. Mengikut Imam Malik, amalan orang
Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah,
tinggal dan wafat di Madinah` dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah.
Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun
93 hijrah. Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah.
Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan
Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku. Pada masa
itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di
kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya
sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali
bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya. Pada perpulaan
hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi penghibur tetapi ibunya menasihatkan supaya
beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh.
Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas
dalam menuntut ilmu.
Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap
sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau,
termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang
18
dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cerpat dan halus memilih rawi-rawi hadis.
Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap
beRPegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada
manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya. Sebelum Imam
Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga
kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan,
barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-
Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-
Quran. Beliau juga sangat cerpat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik
berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa. Beliau pernah berkata:
“Kadang-kala aku berjaga sepanjang malam untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan
yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus
berkata kepada orang yang bertanya: “Baliklah dulu supaya aku dapat berfikir.” Apabila
ditabnya kenapa beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik
menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari
kiamat)”.
1.6.2.3 Mazhab Syafie
Mazhab Syafii (bahasa Arab: شافعية, Syāfi'īyaṯ) adalah mazhab fiqah yang dibawa oleh
Muhammad bin Idris al-Syafii atau yang dikenal dengan sebutan Imam Syafii. Mazhab
ini kebanyakan dianut para penduduk Mesir bawah, Arab Saudi bahagian barat, Syria,
Indonesia, semenanjung Malaysia, pantai Koromandel, Malabar, Hadramaut, dan
Bahrain. Pemikiran fiqah mazhab ini diawali oleh Imam Syafii, yang hidup di zaman
pertentangan antara aliran ahli hadis (cenderung beRPegang pada teks hadis) dan ahl al-
ra'y (cenderung beRPegang pada akal fikiran atau ijtihad). Imam Syafii belajar kepada
Imam Malik sebagai tokoh ahli hadis, dan Imam Muhammad bin Hasan asy-Syaibani
sebagai tokoh ahl al-ra'y yang juga murid Imam Abu Hanifah.
Imam Syafii kemudian merumuskan aliran atau mazhabnya sendiri, yang dapat dikatakan
berada di antara kedua kelompok tersebut. Imam Syafii menolak Istihsan dari Imam Abu
Hanifah maupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik. Namun demikian Mazhab Syafii
19
menerima penggunaan qiyas secara lebih luas. Meskipun berbeza dari kedua aliran utama
tersebut, keunggulan Imam Syafii sebagai ulama fiqah, Usul al-Fiqh, dan hadis di
zamannya membuat mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui
oleh berbagai ulama yang hidup sezaman dengannya.
Dasar-dasar Mazhab Syafii dapat dilihat dalam kitab Usul al-Fiqh Ar-Risalah dan kitab
fiqah al-Umm. Di dalam kitab-kitab tersebut Imam Syafii menjelaskan kerangka dan
prinsip mazhabnya serta beberapa contoh merumuskan hukum far'iyyah (yang bersifat
cabang). Asas-asas mazhab yang asas, ialah beRPegang pada:
1. Al-Quran, tafsir secara lahiriah, selama tidak ada yang menegaskan bahawa yang
dimaksud bukan arti lahiriahnya. Imam Syafii pertama sekali selalu mencari
alasannya dari Al-Qur'an dalam menetapkan hukum Islam.
2. Sunah dari Rasulullah SAW kemudian digunakan jika tidak terdapat rujukan dari
Al-Quran. Imam Syafii sangat kuat pembelaannya terhadap sunnah sehingga
digelar Naasir As-Sunnah (pembela Sunnah Nabi).
3. Ijmak para Sahabat Nabi, yang tak diketahui ada perselisihan tentang itu. Ijma'
yang diterima Imam Syafii sebagai landasan hukum adalah ijma' para sahabat,
bukan kesepakatan seluruh mujtahid pada masa tertentu terhadap suatu hukum;
karena menurutnya hal seperti ini tidak mungkin terjadi.
4. Kias yang dalam Ar-Risalah disebut sebagai ijtihad, apabila dalam ijma' tidak
juga dijumpa hukumnya. Akan tetapi Imam Syafii menolak dasar istihsan dan
istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam.
Imam Syafii pada awalnya pernah tinggal menetap di Baghdad. Selama ia tinggal di sana,
ia mengeluarkan ijtihad-ijtihadnya, yang biasa disebut dengan istilah Qaul Qadim
(pendapat yang lama).
Kemudian Imam Syafii berpindah ke Mesir kerena munculnya aliran Mu’tazilah yang
telah berjaya mempengaruhi khalifah, ia melihat kenyataan dan masalah yang berbeza
dengan yang sebelumnya ditemui di Baghdad. Ia kemudian mengeluarkan ijtihad-ijtihad
20
baru yang berbeza, atau yang biasa disebut dengan istilah Qaul Jadid (pendapat yang
baru) di Mesir.
Imam Syafii berpendapatt bahawa qaul jadid tidak berarti menghapus qaul qadim. Jika
terdapat keadaan yang baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid, maka dapat
digunakan salah satunya. Dengan demikian, kedua qaul tersebut sampai sekarang masih
tetap dianggap berlaku oleh para pemegang Mazhab Syafii.
Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeza dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab
Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan. Asas fikiran dan prinsip
dasar Mazhab Syafii terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para muridnya.
Murid-murid utama Imam Syafii di Mesir, yang menyebar-luaskan dan mengembangkan
Mazhab Syafii pada awalnya adalah seperti Imam Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (w. 846),
Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. 878) dan Ar-Rabi bin Sulaiman al-Marawi
(w. 884)
Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai ulama hadis terkemuka dalam pengasas
Mazhab Hanbali, juga pernah belajar Imam Syafii. Selain itu, masih banyak ulama-ulama
yang terkemudian yang mengikuti dan turut menyebarkan Mazhab Syafii, antara lain:
Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Turpudzi, Imam
Ibnu Majah, Imam Tabari , Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani , Imam Abu Daud, Imam
Nawawi , Imam As-Suyuti , Imam Ibnu Katsir , Imam Dhahabi dan Imam Al-Hakim
Imam Syafii terkenal sebagai pereka pereka pertama metodologi hukum Islam. Usul al-
Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat,
melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii
umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab
fiqah Sunni lainnya, dimana berbagai ilmu keislaman telah berkembang dengan dorongan
metodologi hukum Islam dari para pendukung mazhab ini.
Kerana metodologinya yang sistematik dan tingginya tingkat ketelitian yang dituntut oleh
Mazhab Syafii, terdapat banyak sekali ulama dan penguasa di dunia Islam yang menjadi
pendukung setia mazhab ini. Di antara mereka bahkan ada pula yang menjadi pakar
21
terhadap keseluruhan mazhab-mazhab Ahli Sunah Waljamaah di bidang mereka masing-
masing. Saat ini, Mazhab Syafii diperkirakan diikuti oleh 28% umat Islam sedunia, dan
merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut setelah Mazhab Hanafi.
Imam Syafie atau Muhamad bin Idris Al-Syafie. Dilahirkan pada tahun 105 hijrah di
sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin (tarikh paling masyhur dikalangan ahli
sejarah). Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya
bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.
Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam
menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam
Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta
membentuk undang-undang fiqh. Pada perpulaannya beliau cenderung dalam bidang
sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis
hingga ke tahap paling tinggi.
Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat
serangkai.
Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi
abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada
Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada
agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam
Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”
Semasa muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa
mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau
kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis
pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau
menghafaz dan menulis hadis. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa
Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak
Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling
22
baik bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak
Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah
pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam
bidang ilmu fikah. Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil
menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau
bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”
Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan
masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.
Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik.
Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim
bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.
Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh
dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau
menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.
Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa
pertimbangan dan sekatan. Ini adalah kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau
peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran
hukum dan kesimpulannya. Oleh itulah beliau berhak dianggap pengasas bagi ilmu usul
fiqh.
Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam
Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.
1.6.2.4 Mazhab Hanbali
Mazhab Hanbali[ (bahasa Arab: atau juga dieja (حنبلى Mazhab Hambali adalah satu
daripada empat mazhab fiqah dalam aliran ahli sunnah wal jamaah. Mazhab Hambali
dimulakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini kebanyakannya diamalkan oleh
masyarakat Islam di Semenanjung Arab.
23
Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar
Baghdad pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya
meninggal dunia, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah
rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di
kedai jahit. Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis
hingga menjadi seorang imam. Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah
engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan
engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?” Imam Ibnu Hanbal menjawab:
“Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”Memang benar beliau
tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah seorang
guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji.
Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.Ibnu Hanbal mempelajari ilmu
daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie
menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang
mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.
b. MAZHAB-MAZHAB SYI'AH
Syi'ah atau adalah pengikut Saidina Ali pada awal mula perkembangannya juga banyak
memiliki aliran. Namun demikian hanya tiga aliran yang masih ada sampai sekarang,
iaitu Itsna 'Asyariah (paling banyak diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah. Di dalam
keyakinan utama Syi'ah, Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak
untuk memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum
muslimin. Di antara ketiga mazhab Syi'ah terdapat perbezaan dalam perkara yang
menentukan siapa yang berhak menjadi imam dan pengganti para imam tersebut
1.6.2.5 Mazhab Jaafariyyah
Mazhab Ja'fari atau Imam Dua Belas (Itsna 'Asyariah) adalah mazhab dengan penganut
yang terbesar dalam Muslim Syi'ah. Dinisbatkan kepada Imam ke-6, iaitu Ja'far ash-
Shadiq bin Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Keimaman kemudian
berlanjut iaitu sampai Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Asykari bin Ali al-Hadi bin
24
Muhammad al-Jawad bin Ali ar-Ridha bin Musa al-Kadzim bin Ja'far ash-Shadiq.
Mazhab ini menjadi mazhab rasmi Negara Republik Islam Iran.
1.6.2.6 Mazhab Ismailiyyah
Ismailiyah adalah mazhab dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam Syi'ah,
selepas mazhab Imam Dua Belas (Ithna 'Asyariah). Sebutan Ismailiyah diperoleh
pengikut mazhab ini kerana penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il bin Ja'far
sebagai pewaris dari Ja'far ash-Shadiq. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di lain pihak
menerima Musa al-Kadzim sebagai Imam mereka. Samaada Ismailiyah atau Ithna
'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam Syi'ah terdahulu, sehingga memiliki
banyak persamaan pandangan atas sejarah awal mazhabnya.
1.6.2.7 Mazhab Zaidiyah
Mazhab Zaidi atau Mazhab Lima Imam berpendapatt bahawa Zaid bin Ali merupakan
pengganti yang berhak atas keimaman dari ayahnya Ali Zainal Abidin, saudara tirinya,
Muhammad al-Baqir. Dinisbatkan kepada Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib.
Setelah kematian imam ke-4, Ali Zainal Abidin, yang ditunjuk sebagai imam selanjutnya
adalah anak sulung beliau yang bernama Muhammad al-Baqir, yang kemudian diteruskan
oleh Ja'far ash-Shadiq. Zaid bin Ali menyatakan bahawa imam itu harus melawan
penguasa yang zalim dengan pedang. Setelah Zaid bin Ali syahid pada masa Bani
Umaiyyah, beliau digantikan anaknya Yahya bin Zaid.
1.7 Bidang lain yang berkaitan dengan Ilmu Fiqh
Terdapat banyak bidang yang berkaitan dengan ilmu fiqh. Antara yang akan
dibincangkan di sini ialah:
1. Usul al-Fiqh
2. Qawaid al-fiqhiyyah
3. Maqasid al-Syariah
1.7.1 BIDANG USUL AL-FIQH
25
Ilmu usul al-fiqh adalah suatu bidang kecil dalam disiplin ilmu pengajian Islam
khususnya bidang Syariah. Pelajar-pelajar bidang Syariah selalunya dimestikan
mempelajari bidang kecil ini kerana ia akan memudahkan para pelajar memahami
kenapa sesuatu hukum itu ditetapkan sebagai wajib, sunat, harus, haram dan
makruh. Dari mana dalil diambil dan bagaimana proses pengambilan hukum tersebut
dilakukan oleh para ulamak dan mujtahid terhadap sesuatu perkara sehingga sesuatu
hukum dapat dikeluarkan. Pemahaman mengenai seterusnya akan memudahkan para
pelajar syariah menyelesaikan sesuatu masalah fiqh dengan mudah kerana mereka
telah memahami kaedah menetapkan sesuatu hukum.
1.7.1.1 Definisi ilmu Usul Al-Fiqh
Istilah usul al-fiqh adalah terdiri daripada perkataan dua perkataan yang digabungkan
menjadi satu perkataan iaitu ‘usul’ dan ‘al-fiqh’. Di dalam bahasa arab, gabungan dua
perkataan itu dinamakan idhafi. Perkataan usul diidhafatkan (digabungkan) kepada
perkataan al-Fiqh. Perkataan usul adalah kata jamak kepada perkataan ‘Aslun’. Perkataan
aslun dari segi bahasa arab adalah bermaksud asas atau dalil.
Dari segi istilah pula ia mempunyai banyak maksud iaitu
1. Dalil,
2. Kaedah,
3. Al-Rujhan (yang sebenar),
4. yang diqiyaskan kepadanya dan yang diistishab kepadanya.
1. Dalil ialah seperti dikatakan “asal wajib sembahyang ialah dengan firman Allah Taala
( ة الص#ال ( و أ ق+يم�وا Surah An-Nur: 56, maksudnya dalil wajib sembahyang .(وأقيموا
- الصالة Hendaklah kamu mendirikan sembahyang). Perkataan “Usul Fiqh“
maksudnya dalil-dalil fiqh.
26
2. Kaedah ialah seperti kaedah fiqh ( ار ض+ر و ال ر ض ر (ال yang bermaksud tiada ada
kemudaratan dan memudaratkan adalah salah satu kaedah fiqh.
3. Al-Rujhan iaitu yang terang dan sebenar. Seperti Asal daripada sesuatu perkataan itu
adalah dikehendaki maknanya yang hakiki. Ertinya makna perkataan yang sebenar di
sisi pendengar ialah maknanya yang hakiki.
4. Yang di kiaskan keatasnya +ه/ ع ل ي Kم ق+يس)) seperti “arak asal bagi hukum keatas minum
tuak“ maksudnya: haram meminum tuak dikiaskan kepada haramnya meminum arak.
Yang di istishabkan (yang di sabitkan kekal) seperti seseorang yang yakin ia bersuci
kemudian ragu tentang tidak bersucinya “asalnya bersuci” maksudnya disabitkan
kekal kesuciannya sehingga di yakini tidak bersucinya.
Perkataan Fiqh pula dari segi bahasa ialah ’memahami’. Diantara penggunaan lafaz fiqh
seperti dalam firman Allah taala :
�ام%م#ات ق�ول +ير) ك ث �م ان ف/ق ه /ب ع ي ��واي ش ق ال
Maksudnya: mereka berkata “wahai shuib tidaklah banyak kami memahami
daripada apa yang engkau katakan.” (surah hud: 91)
Manakala dari segi istilah pula fiqh (fekah) ialah mengetahui hukum-hukum syarak
berbentuk amali (perbuatan) yang diambil daripada dalil-dalil yang bersifat tafsil
(terperinci).
1.7.1.2 Definisi Ilmu Usul Al-Fiqh Setelah Dijadikan Suatu Bidang Ilmu Yang
Khusus.
Apabila usul al-Fiqh dijadikan suatu bidang ilmu yang khusus dalam ilmu fiqh maka ia
telah diberikan beberapa definisi lain mengikut pandangan ulamak dalam mazhab.
27
a. Pandangan Ulamak Shafie
Ulamak usul fiqh dari mazhab shafie telah mendefinisikan ilmu usul al-fiqh sebagai
/د+ ت ف+ي /م�س/ ال و ح ال+ /ه ا م+ن +ف اد ة+ ت س/ اال+ #ة+ /ف+ي و ك ي +ج/م اال) ا /ف+ق/ه+ ال +ل ئ د ال � .م ع/ر+ف ة
Iaitu mengetahui dalil-dalil feqah secara ijmali (tidak terang) dan cara memetik atau
mengambil hukum-hukum daripadanya serta keadaan orang yang menuntutnya.
Yang dimaksudkan dengan mengetahui dalil-dalil feqah secara ijmal ialah mengetahui
bahawa al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma’ dan lain-lainnya adalah dalil-dalil yang boleh
dijadikan sebagai hujah, setiap perintah adalah wajib, setiap larangan adalah haram dan
sebagainya. Apa yang di ambil kira oleh ulamak usul fiqh ialah mengetahui dalil-dalil
dari segi ijmali bukan detail. Mengetahui cara-cara mengambil hukum-hukum daripada
dalil-dalil feqah secara ijmali (umum) adalah memerlukan kepada mengetahui syarat-
syarat berdalil seperti diutamakan lafaz nas daripada lafaz zahir, hadis mutawatir
daripada hadis ahad dan sebagainya. Termasuk didalam mengetahui keadaan orang yang
menuntut hukum Allah itu mengetahui keadaan orang yang berijtihad (mujtahid) dan
yang bertaklid (muqallid), kerana yang berijtihad mengambil atau memahami hukum-
hukum daripada dalil-dalil sedangkan orang yang bertaklid mengambilnya daripada
mujtahid, jadi mengetahui syarat-syarat berijtihad dan bertaklid adalah sebahagian
daripada usul fiqh, kerana memandangkan bahawa penunjukan dalil-dalil adalah secara
zhanni pada kebiasaannya dan mengetahui zhan dan penunjukannya perlu kepada ijtihad.
b. Pandangan Ulamak Mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali
Para ulamak usul fiqh dari kalangan yang berpazhab Hanafi, Maliki dan Hambali
mendefinisikan usul fiqh sebagai
#ة+ +ي /ل الت ف/ص+ي +ه ا #ت أد+ل م+ن/ #ة+ +ي الع م ل #ة+ ي ع+ ر/ ال/ش + اال/ ح/ك ام /ب اط+ +ن ت اس/ +ل ى ا +ه ا ب ��ت و ص#ل ي +ي #ت ال /ق و اع+د+ +اال ب �/م /ع+ل ا ل
28
Ertinya: Ilmu dengan kaedah-kaedah yang dengannya dapat menghubungkan istimbat
(mengeluarkan) hukum-hukum syarak yang bersifat amali (praktikal) yang diambil
daripada dalil-dalilnya yang bersifat terperinci (tafsil).
Lafaz (العلم) sebelum disandarkan kepada (القواعد) merangkumi ilmu secara tasawur
dan tasdik, akan tetapi setelah ia disandarkan kepada (القواعد) maka ia bermaksud ilmu
secara tasdik. Lafaz (القواعد) adalah jama’ bagi kaedah yaitu kaedah umum ( كليه (قضية
yang dengannya dapat di fahami hukum-hukum jaz’iyat (hukum-hukum yang lebih kecil
atau terperinci seperti:
1. Kaedah umum ( /و�ج�وب+ +ل م/ر`لأ �ل/ maknanya “setiap perintah suruhan adalah (ك
wajib, dengan kaedah ini dapat di fahamkan wajib sembahyang dari perintah
Allah ( ة ال/ص#ال /م�وا .maksudnya hendaklah kamu menunaikan sembahyang (أ ق+ي
Kerana lafaz (أقيموا) perbuatan suruhan, setiap suruhan wajib, oleh yang
demikian setiap suruhan adalah wajib.
2. Kaedah umum ( �/م /ت ح/ر+ي +ل ل ن ه/ي bل� (ك maknanya, setiap tegahan atau larangan
adalah haram. Dengan kaedah ini dapat difahami haram melakukan zina dari
tegahan Allah ( الزنا surah(والتقربوا al-isra’, ayat 32 yang bermaksud
janganlah kamu menghampiri zina, kerana lafaz (والتقربوا) menunjukkan
larangan, setiap larangan atau tegahan adalah haram, oleh itu zina adalah
haram.
Maksud ( #ة+ +ي #ف/ص+يل الت +ه ا #ت أد+ل م+ن #ة+ +ي الع م ل #ة+ ي ع+ ر/ /لش# ا + ح/ك ام اال/ /ب اط+ +ن ت +س/ ا +ل ى ا +ه ا ب �ت و ص+ل ي +ي #ت ialah (و ال
dengan melalui kaedah-kaedah usul fiqh, para ulamak mujtahidin dapat memahami
hukum-hukum fiqh dari dalil-dalil yang terperinci. Perkataan الشرعية)) didalam definisi
ini disebut ialah untuk mengeluarkan hukum-hukum selain dari hukum-hukum syarak,
seperti hukum akli bahawa alam ini baharu , hukum-hukum ilmu nahu bahasa arab seperti
Fail pasti hukumnya marfuk, maf ul bih pasti mansub dan sebagainya. Perkataan (العملية)
didalam definisi ini disebut adalah untuk mengeluarkan hukum-hukum syarak yang
bukan bersifat amali seperti hukum akidah (tauhid) dan hukum akhlak atau tasawuf.
29
1.7.1.3 Sejarah Perpulaan dan Perkembangan Usul Al-Fiqh
Wahyu merupakan asas atau sumber perundangan Islam di masa hayat Rasulullah SAW
samaada ia (wahyu) di baca iaitu al-Quran atau tidak di baca iaitu as-Sunnah. Firman
Allah Taala:
�وح ى ي Kو ح/ى +ال# ا ه�و +ن/ ا /ه و ى ال ع ن+ �/ط+ق و م اي ن
Maksudnya : Dan ia (nabi) tidak mengeluarkan kata-kata menurut hawa nafsu,
sesungguhnya ia adalah wahyu yang di wahyukan. (surah al-Najm:ayat 3-4)
Oleh yang demikian para sahabat semasa hayat Rasulullah SAW tidak begitu perlu
berijtihad mengeluarkan hukum-hukum Islam dari al-Quran, kerana mereka mudah
mendapatkan daripada nabi Muhammad SAW dan bertanya kepadanya mengenai sesuatu
kemuskilan didalam memahami kandungan al-Quran, meskipun demikian tidaklah
kesemua para sahabat dapat melakukan demikian kerana ada diantara mereka yang
berada ditempat-tempat yang jauh yang menyebabkan sukar mereka merujuk kepada nabi
SAW untuk menyelesaikan kemuskilan mereka dan terpaksalah mereka berijtihad sendiri
bagi mengatasi perkara-perkara yang berlaku semasa itu yang tidak didapati hukumnya
didalam al-Quran dan al-Sunnah, sebagaimana yang berlaku kepada Muaz Bin Jabal
ketika diutus oleh Rasulullah SAW ke negeri Yaman untuk berdakwah orang ramai
kepada Islam, baginda telah menemuduga beliau dengan sabdanya :
ف+ى , +م ا ب ق ال ت ج+د/ ل م/ +ن/ ف ا ق ال الله+ +ت اب+ ك ف+ى +م ا ب ق ال ق ض ا؟ ل ك +ذ اع�ر+ض ا ي ام�ع اذ ت ق/ض+ى +م ب
, ( ) , : . /د+ه+ ب ي �ه ص د/ر ص الله+ �س�ول ر ب ف ض ر �و آل و ال �ت ه+د ا ج/ ق ال ت ج+د/ ل م/ +ن/ ف ا ق ال الله س�ول+ ر #ة+ ن � س
��ه ول �س و ر �الله ض ى ي ر/ +م ا ل الله+ س�ول+ ر س�ول ر و ف#ق #ذ+ى ال /ح م/د�لله+ ال .و ق ال
“Bagaimana engkau wahai Muaz menghukum apabila dibentangkan sesuatu masalah?
Kata Muaz: hamba akan menghukum atau menyelesaikannya dengan berpandukan
30
kepada al-Quran, sabda nabi lagi, jika engkau tidak dapat menyelesaikan dengannya?
Jawab Muaz: hamba akan berpandukan hadis, Rasulullah SAW bersabda lagi: kalaulah
engkau tidak dapat menyelesaikan dengannya? Jawab Muaz: hamba akan berijtihad
berusaha menurut pandangan sendiri dan hamba tidak cuai dan tinggal begitu sahaja,
lalu Rasulullah SAW pun menepuk dada Muaz dan bersabda : segala pujian bagi Allah
yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulnya dengan apa di redhai oleh Allah dan
Rasulnya.”
Ilmu usul fiqh merangkumi kaedah-kaedah mengistimbatkan hukum atau mengeluarkan
hukum daripada dalil yang mana setiap mujtahid beRPandu kepadanya didalamu
membuat ijthad terhadap hukum-hukum baru. Proses mengistimbatkan hukum-hukum
tidak dapat dilaksanakan kecuali oleh mereka yang memperolehi pengetahuan yang
cukup dan sempurna mengenai kaedah-kaedah atau metod-metodnya kerana tidak ada
ijtihad tanpa metod dan tidak ada istimbad tanpa kaedah. Oleh yang demikian boleh
dikatakan bahawa kaedah-kaedah ilmu fiqh telah wujud sama dengan feqah malah
terdahulu darinya walaupun ia dibukukan selepas feqah kerana hukum feqah pasti dibuat
mengikut kaeadah tertentu cuma adakah ia disedari, difahami atau tidak sahaja.
Para mujtahid dari kalangan sahabat selepas Rasulallah S.A.W wafat dan kalangan tabie
tidak perlu kepada pembukuan kaedah-kaedah usul fiqh kerana kaedah-kaedah ini sudah
tersemat didalam diri mereka, maka merekalah orang yang paling mengetahui bahasa al-
quran yang banyak kaedah-kaedah istimbad atau menyimpulkan hukum diambil
daripadanya, disamping itu lama persahabatan mereka dengan baginda rasulallah s.a.w
menyebabkan mereka mengatahui sebab-sebab nuzul ayat al-quran, bersesuaian diantara
ayat dengan ayat-ayat yang terdahulu daripadanya, kepentingan-kepentingan dan illah-
illahnya. Kebanyakan kaedah-kaedah istimbad hukum pula adalah bergantung kepada
mengatahui matlamat-matlamat, kepentingan-kepentingan, illah-illah dan tujuan-tujuan
tersebut. Ia ditambah pula dengan kelebihan yang istimewa pada diri mereka iaitu
kerjernihan jiwa, ketajaman pemikiran dan kecerdasan akal.
31
Sebahagian daripada kaedah-kaedah metod-metod mengistimbadkan hukum feqah telah
pun lahir dengan jelas di kalangan sahabat dan tabie ketika mengemukakan hujah
pendapat mereka dan mengkritik pendapat penentang-penentang mereka. Sebagai contoh
para sahabat telah melarang Saidina Abu Bakar al-Siddiq semasa beliau memegang
tampok pemerintahan dari berniaga atau berkerja untuk mendapat sara hidup, dan
mencadangkan supaya beliau mendapat sara hidupnya yang mencukupi dari baitulmal
(perbadaharan negara) kerana penelitian terhadap kepentingan orang-orang Islam adalah
termasuk didalam kepentingan umum dan urusan perniagaan perbadanan adalah
tergolong kedalam kepentingan khas.
Abdullah bin Masud’ berpendapatt bahawa adapun perempuan yang kematian suaminya
ialah dengan melahirkan anak kandunganya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t dalam
surah al-talak: 4
Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-
perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), Maka masa iddah mereka
adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. dan
perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka
melahirkan kandungannya. dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya
Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.
Dan semasa ayat ini bertentangan dengan firman Allah s.w.t didalam surah al-Baqarah :
وعشرا أشهر أربعة بانفسهن يتربصن أزواجا ويزرون منكم يتوفون والذين
(suruh al-baqarah)
“dan orang-orang yang meninggal dunia diantara kamu, sedang mereka meniggalkan
isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat
bulan sepuluh hari.”
32
Abdullah bin Masud’ memperakui kaedah akad usul fiqh yang ia meraikannya didalam
ijtihadnya, dengan katanya, “aku bersaksi bahawa surah an-nisa’ yang paling pendek
(surah an-nisak al-kusra) maksudnya surah al-talak–turun selepas surah an-nisak yang
paling panjang maksudnya surah al-baqarah.’’Maksud perkataan ini ialah bahawa nas
yang terkemudian menasahkan yang terdahulu atau mentahsihkanya. Begitulah seseorang
dapat bahawa para fuqaha’ dari golongan sahabat dan tabie terikat dengan kaedah-kaedah
usul fiqh didalam ijtihad mereka, walaupun mereka pada masa itu tidak ilmu kaedah fiqh
dan proses pembukuannya.
1.7.1.4 Sebab-Sebab Penulisan Ilmu Usul Al-Fiqh
Terdapat beberapa faktor atau sebab mengapa ilmu usul al-fiqh akhirnya ditulis dan
dijadikan satu disiplin ilmu dalam ilmu fiqh. Antaranya ialah :
1. Dizaman para imam-imam mujtahid telah muncul dengan banyak aliran pengajian
feqah, perselisihan diantara satu sama lain dari tempat-tempat tersebut berhubung
dengan masalah-masalah feqah adalah hebat, metodologi-metodologi ijtihad dan
kaedah-kaedahnya timbul dengan banyak dan setiap faqih perlu kepada dalil atau
hujah demi untuk mempertahankann pendapatnya dan membahas dalil mereka
yang menyalahinya, maka tak dapat tidak bagi mereka daripada dibukukan
kaedaeh-kaedah yang mana mereka merujuk kepadanya didalam memahami dalil
syariat dan ketika berlainan mereka didalam memahaminya
2. Empayar kerajaan Islam sudah meluas dan berkembang ke pelusuk dunia
sehingga sampai ke Negara-negara yang tidak menggunakan bahasa arab dan
penduduk-penduduk negara-negara tersebut telah memeluk Islam dan
memperlajari hukum-hukumnya maka ia sudah tentu memberi kesan kepada
keaslian bahasa arab dan menyebabkan timbul kesalahan dalam memahami gaya-
gaya bahasa (uslub-uslub) al-quran dan sunah dan kesamaran memahami makna
keduanya. Keadaan ini mendesak supaya disusun kaedah-kaedah bahasa arab
yang denganya terikat oleh mereka yang ingin memahami syariat Islam dan
33
membantu mereka yang berkecimpung dalam membuat kesimpulan hukum-
hukum dari nas-nasnya, maka disusun satu kumpulan daripada kaedah usul fiqh
yang diambil dari bahasa arab
3. Berjauhan masa antara tabien al-tabien dengan masa rasulallah s.a.w
menyebabkan mujtahid pada masa ini tidak semudahnya mengatahui tujuan-
tujuan syariat illah-illah dan hikmah hikmatnya, lalu ditafsir nas-nas secara
tafsiran yang bertentangan dengan tujuan-tujuan syariat dan menceburi diri untuk
berijtihad oleh mereka yang tidak mempunyai keahlianya, maka timbul satu
kumpulan lain mengingkari berdalil dengan al-sunnah, satu kumpulan lain pula
berhujjah mengingkari berdalil dengan hadis ahad, dan satu kumpulan lain pula
berhujjah dengan istihsan dan sebagainya, kesemuanya ini memerlukan kepada
kaedah-kaedah yang mana setiap mereka yang menceburi diri dalam ijtihad terikat
denganya dan berlandas kepadanya .
1.7.1.5 Pengasas Ilmu usul al-Fiqh
Imam al-Syafie Muhammad bin Idris al-Syafie wafat pada tahun 204hijrah dikatakan
sebagai pengasas ilmu usul fiqh dan orang pertama yang menyusun kaedah-kaedah usul
fiqh sebagai satu disiplin ilmu yang berasingan. Sebelum imam syafie, para fuqaha’ telah
pun menjelaskan beberapa masalah dibidang usul fiqh tetapi mereka belum mempunyai
kaedah yang menyeluruh yang boleh dirujuk kepadanya untuk mengenali dalil-dalil
syarak dan cara mengkritik serta menilainya. Kemudian imam Syafie telah mengasaskan
kepada umat Islam satu ilmu usul fiqh yang merupakan satu kaedah menyeluruh untuk
dijadikan rujukan dalam mengetahui peringkat dalil-dalil syarak. Imam Fakhr al-Razi
menjelaskan bahawa kedudukan al-syafie dalam bidang ilmu asul fiqh adalah seperti
kedudukan (Aristotal) dalam bidang ilmu logik (ilmu mantik) dan kedudukan al-Holil bin
Ahmad dalam bidang ilmu A’rud.
Walaupun terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Abu Sufian (meninggal 182 hijrah)
adalah orang yang pertama menulis usul fiqh kemudian disusuli oleh Ahmad Bin Hasan
34
al-Syibani (meninggal 189 hijrah), tetapi tidak ada bukti dakwaan tersebut kerana tidak
pernah ditemui hasil karya mereka mengenai usul fiqh oleh para penyelidik sehingga ke
hari ini. Dan jika ditakdirkan riwayat itu betul maka ia sampai ke tahap yang dicapai oleh
penulisan-penulisan imam al-Syafie.
Begitu pula golongan syiah Imamiah yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Bakar
Ali Zainal Abidin (meninggal pada 114 hijjrah) adalah penulis pertama mengenai usul
fiqh, kemudian diikuti oleh anaknya imam Muhammad Abu Abdullah Jaa`far (meninggal
pada 148 hijrah). Sheikh Muhammad Abu Zahrah telah menolak dakwaan ini dengan
bahawa apa yang didakwa itu tidak lebih dari hanya bentuk merencanakan beberapa
masalah berhubung dengan usul fiqh bukan dalam bentuk satu penulisan yang lengkap
mengenainya. Dan apa yang dilakukan oleh imam-imam syiah hanya sekadar apa yang
dilakukan oleh imam Abu Hanifah dan para muridnya iaitu memberi pandangan
mengenai beberapa masalah tentang kaedah hukum, sedangkan imam Syafie telah
menulis kaedah-kaedah usul fiqh dengan cara menyeluruh. (Muhammad Abu Zahrah,
1958: 14-15)
Dengan ini jelaslah bahawa imam al-Syafie adalah orang pertama sekali menulis
mengenai usul fiqh. Bukunya al-risalah adalah dianggap karya beliau yang pertama
dalam bidang usul fiqh yang mana beliau yang menyusunnya pada mulanya di Baghdad
kemudian beliau mengulangi penyusunanya di Mesir dan diriwayatkanya daripada beliau
oleh muridnya Al-Robi’ al-Muradi dan menjadikanya sebagai mukadimah kitabnya.
Diantara kandungan al-risalah ialah al-Quran dan keteranganya mengenai hukum, al-
sunnah dan kedudukanya nisbah dengan al-Quran, nasih dan mansuh, illah-illah hadis,
berhujah dengan hadis ahad dan Qiyas, istihsan dan apa yang harus dan tidak haru
dipertikaikanya.
Penulisan mengenai ilmu usul fiqh tidaklah terbatas kepada imam al-Syafie sahaja malah
disambung oleh ulamak-ulamak selepasnya. Imam Ahmad bin Hambali telah menulis
beberapa buah buku mengenai bidang ini diantaranya kitab Taat al-Rasul, kitab al-Ilal
dan kitab an-Nasih dan Mansuh begitu pula dengan ulamak al-Kalam dan para fuqaha’
35
Hanafi. Penulisan-penulisan mereka kesemuanya adalah berkisar kepada hukum, dalil,
cara-cara istimbad (membuat kesimpulan hukum) dan orang yang mengistimbat,
meskipun mereka bersatu didalam isi kandungan tetapi mereka berlainan dalam cara-cara
penyusunannya.
1.7.1.6 Riwayat hidup Pengasas ilmu usul fiqh (Imam Syafie)
Imam Syafie atau nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris al-Syafie, adalah ahli
fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab
Syafie. Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada
awalnya, beliau beRPegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di
sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah
Iraq. Setelah itu, Imam Syafie berhijrah ke Mesir, di mana di sanalah beliau
memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini
dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga
peringkat. Peringkat perpulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz.
Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau
dihantar ke Iraq. Di Iraqlah berpula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat
pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir
adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafie. Imam Syafie dilahirkan
sama ada di Gaza, Palestin. Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke
Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau.
Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafie mula
mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati
kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun,
beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.
Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafie adalah al-
36
Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong
Nabi Muhammad setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau
martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan
ajaran Sunah. Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafie kemudiannya kembali ke
Makkah dan memulakan pengajian syariat beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji,
Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf
untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan
Imam Malik. Imam Syafie meninggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam
Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.
1.7.1.7 Bidang-Bidang Perbincangan Usul Al-Fiqh
Bidang perbincangan ilmu usul fiqh ialah kaedah kaedah dan dalil dalil syara’ dari segi
pembinaan hukum supaya para ulamak mujtahidin tidak teRPesong dari kebenaran
didalam menganalisa cara-cara mengeluarkan hukum-hukum syara’. Ia beRPeranan
mengkaji dalil-dalil yang terperinci, dengan menggunakan kaedah kaedah atau dalil dalil
syara’ secara umum para ulamak fiqh dapat membuat kesimpulan hukum-hukum fiqh
dari segi dalil-dalil terperinci yang berkaitan dengan masalah-masalah yang tertentu dan
menunjukkan kepada hukum tertentu.
1.7.1.8 Faedah faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh
Seorang yang mempelajari ilmu usul al-fiqh mendapat banyak faedah. Antaranya ialah
a. Faedah kepada mujtahid iaitu kemampuan membuat kesimpulan hukum-hukum
syara’ yang berbentuk amali daripada dalil-dalil yang terperinci.
b. Faedah kepada Muqallid iaitu (mereka yang mengambil hokum hokum daripada
mujtahid dan tidak mampu membuat kesimpulan hokum hokum syara’ yang
berbentuk amali daripada dalilnya yang terperinci) iaitu sebagaimana berikut:
37
dapat benar benar memahami hokum hokum yang dibuat kesimpulan oleh
para mujtahid dan merasai tenteram jiwa dengan hokum hokum tersebut.
Mengetahui hokum mengenai masalah masalah yang tidak dinyatakan
oleh para mujtahidin berpandukan kepada kaedah kaedah mereka
c. Dapat membuat perbandingan diantara mazhab mazhab fiqh mengenai satu
masalah dan mentarjih atau memihak kepada yang lebih kuat dari pendapat
pendapat mereka dari segi dalil kerana membuat perbandingan di antara mazhab
mazhab yang berlainan hanya dapat dilakukan dengan mengetahui dalil dalil yang
mereka bersandar di dalam menentukan hokum hokum syara’ yang berlainan,
kemudian membuat pertimbangan diantara dalil dalil dan memihak kepada yang
terlebih kuat daripadanya, perkara perkara ini tidak dapat dilaksanakan kecuali
dengan mengetahui kaedah kaedah usul fiqh.
1.7.1.9 Definisi Kaedah Fiqh
Kaedah dan segi bahasa bermaksud asas. Dari segi istilah ialah perkara yang dipraktikkan
daripada perkara asas terhadap perkara-perkara furu’ atau pecahan. Ia juga bermaksud
prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi
hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Contohnya, Kaedah: al-
Dararutul Yuzal iaitu, bahaya mestilah dihapuskan. OIeh itu, Qawaid fiqhiyyah ialah
kaedah fekah dalam undang-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan
mengembangkan feqah Islam tentang kaedah-kaedah hukum. Ia berlaku setelah ke-
wafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi. Tetapi Ia memerlukan jalan-
jalan hukum yang berbentuk fleksible untuk membuka peluang manusia menggunakan
akal yang berpandukan nas supaya berijtihad. Walaupun segala hukum tidak ada
pembatalan selepas kewafatan nabi, tetapi melalui nas membentuk kaedah lain. Iaitu
perubahan hukum menurut perubahan masa. Berdasarkan pengertian tersebut, Maudu’
atau skop perbahasan kaedah fiqh ialah mengenai perbuatan orang mukallaf. Manakala
objek kaedah fiqh ialah hukum syarak.
38
1.7.1.10 Faktor kemunculan ilmu kaedah Fiqh
Antara faktor utama kemunculnya kaedah fiqh ialah terdapat nas-nas yang dapat
ditafsirkan dengan berbagai-bagai. Iaitu ada nas yang berbentuk umum dan ada nas
mutlak yang melahirkan pendapat-pendapat untuk mengikatnya. Kaedah fiqh muncul
ekoran dalil-dalil syarak yang diperselisihkan oleh fuqaha’. Contohnya: samada sesuatu
dalil itu Qat’i atau Zanni dan Ia menjadi pegangan atau tidak. Selain dan itu terdapat
kaedah-kaedah dalam perkembangan hidup manusia generasi lain untuk disesuaikan
dengan masalah-masalah furuk. Untuk itu ia memerlukan sumber-sumber akal fikiran
untuk mengeluarkan hukum yang fleksible bagi menangani persoalan semasa yang
sentiasa wujud sesebuah masyarakat.
1.7.1.11Sumber pengambilan ilmu kaedah Fiqh .
Ahli mujtahid memainkan peranan mereka menggunakan akal fikiran berdasarkan ilmu
dari sumber perundangan selaras dengan konsep syariat yang sesuai dilaksanakan tanpa
mengira masa dan tempat. Mujtahid berusaha dengan berijtihad dan mempraktikkan
kaedah-kaedah yang umum yang baru dan sentiasa muncul. Contohnya Istihsan, Istishab,
Masalih al-Mursalah, Sadu Zaraie dan Uruf serta berbagai sumber lagi. Justeru itu,
apabila terdapat hukum furuk yang sama ‘illah atau sebabnya, maka ia digabungkan
dalam kaedah umum , Qawa’id al-Kulliyah al-‘Ammah iaitu kaedah umum ialah meliputi
semua hukum furu’ dan segala bahagiannya.
Sumber pengambilan hukum dan perkembangan Fiqh terbahagi kepada tiga peringkat:
1. Peringkat Pertama: Iaitu zaman Rasullah s.a.w Pada waktu itu segala sumber syariat
hanya berdasarkan al-Quran dan Sunnah Baginda. Dari situ, segala jawaban dan fatwa
yang diputuskan adalah ijtihad Baginda, kemudian di perbetul oleh wahyu apabila tidak
tepat. Pada zaman Nabi, dalam keadaan tertentu sahaja Baginda membenarkan
sahabatnya berijtihad apabila tidak ada dalam aI-Qur'an dan aI-Sunnah. Sebagaimana
yang diwasiatkan kepada Mu'az Ibn Jabal sewaktu diutuskan ke Yaman menerusi sabda
Baginda yang diriwayat oleh Ahmad dan Abu Daud:
39
Terjemahan:
Bagaimanakah nanti kamu akan putuskan sesuatu hukum apabila dibentangkan kepada
kamu sesuatu masalah? Mu'az menjawab: Saya akan putuskan berpandukan al-Quran.
Nabi bcrtanya lagi: Sekiranya kamu tidak dapat dalain al-Qur'an? Muaz menjawab,
"Sekiranya saya tidak menemui hukum dalam al-Qur'an, saya akan beRPadukan al-
Sunnah." Nabi bertanya lagi, "Sekiranya engkau tidak dapati dalain al-Sunnah? Muaz
menjawab, "Kiranya saya tidak dapati juga dalain al-Sunnah. Saya akan berijtihad
dengan ilmu saya dan saya tidak akan mengenepikan perkara itu. Lalu Rasulullah s.a. w.
menepuk dada sambil bersabda, "Segala pujian bagi Allah yang memberikan taufik
kepada utusan Rasulullah s. a. w. ke arah sesuatu yang diredai oleh Rasulullah.
( Riwayat Abu daud )
Peringkat Kedua: Iaitu Zaman Sahabat. Pada zaman ini merupakan zaman yang masih
beRPegang kuat kepada aI-Qur'an dan aI-Sunnah. Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat
hanya berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam kedua-dua sumber tersebut.
Untuk itu, zaman tersebut tidak digalakkan berijtihad dan menggunakan akal.
Peringkat Ketiga: Iaitu Zaman Tabi 'in dan Tabi ' al-Tabi 'in. Pada zaman itulah
berpulanya penulisan dan pembukuan usul fiqh yang berpula abad ke 2 hingga abad ke 4
Hijrah. Waktu itu juga fekah Islam mulai berkembang pesat. Dalam keadaan lain lagi,
zaman itu lahir dua aliran fekah:
Pertama: Aliran Abu Hanifah yang beRPengaruh di Kufah.
Kedua: Aliran Hadis Imam Malik yang bertumpu di Madinah.
Maka dan sini lahirlah usul fekah dan istilah-istilah fekah yang mana kitab Usul Fiqh
yang mula-mula ditulis dan dibukukan ialah al-Risalah yang di karang oleh Imam al-
Syafi'i. Pada zaman itu juga kegiatan ijtihad hanya bertumpu kepada ahli fekah sahaja.
1.7.2.4 Kaedah Kuliyyah dalam Kaedah Fiqh
Disebabkan masalah-masalah fekah dan pecahannya terlalu banyak, maka perlulah
kepada penetapan kaedah-kaedah tertentu. Hal tersebut merupakan tugas ahli-ahli fekah
40
untuk memahami kaedahnya dan mengetahui dalil-dalilnya, kerana segala masalah fekah
bergantung kepada kaedah-kaedah tertentu. Untuk itu, antara kaedah fekah umum yang
utama akan dibincangkan ada lima:
1. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat.
2. Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan.
3. Kesukaran Membawa Kemudahan.
4. Bahaya Mesti Dihapuskan.
5. Adat Menjadi Hakum.
Bab ini telah anda pelajari dalam kursus teori dan amalan perniagaan Islam yang lepas.
1.7.2 MAQASID AL-SYAR‘IYYAH (TUJUAN HUKUM SYARAK)
Tujuan syariah (al-Maqasid al-Syari’ah) yang berasaskan lima kepentingan asas (al-
Dharuriyat al-Khams) iaitu untuk menjaga agama (al-Din), diri (al-Nafs), akal (al-‘Aql),
keturunan (al-Nasl) dan harta manusia (al-Mal). (Abu Hamid Muhammad b. Muhammad
al-Ghazali, 1987: 253) (Muhammad Mustafa al-Syatibiy, 1981: 38) (Muhammad Sa’ad
al-Yubi, 1988: 354)
Semua perkara tersebut adalah untuk mencapai kemaslahatan hidup manusia dan
keredaan Allah untuk kebahagian dunia dan akhirat. Agama Islam datang daripada Allah.
Seluruh ajarannya adalah bertujuan menjaga kebaikan hidup manusia samada di dunia
dan akhirat. Segala hukum dan peraturannya adalah bertujuan untuk menjaga
kemaslahatan manusia. Maslahah boleh diertikan sebagai kemaslahatan atau kebaikan
yang banyak. Maslahah di dalam perspektif Islam adalah maslahah yang meletakkan
pertimbangan kepada kebaikan dunia dan akhirat secara serentak. (Muhammad bin
Ya’qub Al-Fairuz Abadi,1997:346); Mustafa Zaid, 1964: 19; Muhammad Said
Ramadhan Al-Buti: 1982:25
41
Al-Imam al Ghazali menjelaskan bahawa maslahah itu dimaksudkan menjaga dan
mengawal terhadap tujuan dan matlamat syarak manakala maksud dan tujuan syarak bagi
makhlukNya ada lima perkara iaitu:
i) menjaga kesucian dan ketinggian agama
ii) menjaga keselamatan diri
iii) menjaga kebaikan dan kecergasan akal fikiran
iv) menjaga kebaikan keturunan
v) menjaga kesucian dan keselamatan harta benda
Setiap perkara dan tindakan yang mengandungi jagaan dan kawalan terhadap lima
perkara penting ini dinamakan maslahah, sementara setiap perkara penting ini dinamakan
mafsadah (kerosakan) penolakan atau percegahan kerosakan juga dinamakan maslahah
Al-Ghazali (t.t) , op.cit., Juz. 1, h. 286-287
1.8 SOALAN LATIHAN
1. Bincangkan Definisi Islam, syariat dan istilah fiqh mengikut pandangan beberapa
fuqahah.
2. Jelaskan komponen utama Agama Islam yang terdiri daripada Aqidah, Syariah,
Akhlak.
3. Berikan penerangan mengenai Fiqh Ibadah, Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat dan
Fiqh Jinayah
4. Apakah yang dimaksudkan Mazhab dalam Ilmu Fiqah.
5. Mengapa mazhab menjadi penting kepada orang awam
6. Huraikan secara ringkas empat mazhab yang utama dalam Islam
7. Bicangkan ilmu usul al-Fiqh
8. Bincangkan ilmu Qawaid al-Fiqhiyyah
9. Apakah yang dimaksudkan dengan Maqasid al-Syar‘iyyah
42
BAB 2
TEORI HARTA DAN PEMILIKAN
2.1 Pengenalan
2.2 Asas Pandangan Islam dalam Konteks Harta
2.3 Definisi Harta
2.4 Ciri-ciri Harta2.5 Pandangan Islam dalam penggunaan Harta
2.6 Jenis-Jenis Harta 2.2.1 Mal ‘Ayni vs Mal Dayni 2.2.2 Mal ‘Ayni vs Mal Manfa‘i
2.2.3 Mal Ashi vs Mal Thimari 2.2.4 Mal Istihlaki vs Mal Isti‘mali 2.2.5 Mal Khas vs Mal ‘Am 2.2.6 Mal Mamluk vs Mal Mubah vs Mal Mahjur 2.2.7 Mal Manqul vs Mal Aqar 2.2.8 Mal Mithli vs Mal Qimi 2.2.9 Mal Mutaqawwim vs Mal Ghayr Mutaqawwim 2.2.10 Mal Qabil Lil Qismah vs Mal Ghayr Qabil Lil Qismah
2.7 Definisi dan konsep Pemilikan Harta
43
2.7.1 Definisi Pemilikan 2.7.2 Hak Pemilikan 2.7.3 Jenis-Jenis Pemilikan 2.7.3.1 Pemilikan Sempurna i. Penguasaan Harta Mubah
ii. Akad Pemindahan Pemilikan iii Perwarisan iv. Berkembang Melalui Pemilikan v. Syuf‘ah
2.7.3.2 Pemilikan Tidak Sempurna i. Pemilikan zat harta sahaja (milkiyyah al-raqabah) ii. Pemilikan manfaat peribadi (haq al-intifa‘) iii. Pemilikan manfaat zat sahaja (haq al-irtifaq)
BAB 2
TEORI HARTA DAN PEMILIKAN
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep harta dari perspektif Islam .
2. Menjelaskan jensi-jensi harta dari perspektif Islam
3. Menghubungkaitkan konsep harta dan pemilikan .
4. Menjelaskan harta pemilikan sempurna .
5. Mengenal pasti harta pemilikan tak sempurna dan implikasinya.
2.1 PENGENALAN
Harta memang menjadi idaman semua manusia kerana ia akan memudahkan mereka
hidup dengan selesa di dunia. Ramai yang berusaha mencari banyak harta yang boleh
dalam kehidupan. Manusia boleh senang dengan harta. Manusia juga boleh susah dengan
penyalahgunaan harta. Bab ini akan membincangkan teori-teori berkaitan dengan harta
44
mengikut perspektif fiqh. Islam Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim, surah
Luqman, ayat 20 yang bermaksud:
20. Tidakkah kamu perhatikan Sesungguhnya Allah Telah menundukkan untuk
(kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan
untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. dan di antara manusia ada yang membantah
tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang
memberi penerangan.
Islam menerusi hukum syariahnya sentiasa menggalakkan semua umatnya mencari harta
sebanyak mungkin, asalkan dengan cara yang diharuskan seperti menjalankan
perniagaan, mengusahakan tanaman. Perniagaan. Tuntutan tersebut selaras denagan
kewajipan setiap mukallaf supaya mencari rezeki yang halal dan baik. (Surah al-Baqarah
2 :172)
“172. Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang
kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya
kamu menyembah.”
Islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan asasi di dalam kehidupan manusia.
Bagi memenuhi tuntutan tersebut, Islam telah menyediakan beberapa sistem yang dapat
merealisasikan kenyataan itu dengan baik dan berkesan, antaranya ialah sistem
pengurusan dan pentadbiran harta secara Islam.
2.2 FALSAFAH ISLAM DALAM PENGUASAAN HARTA
Islam mengambil sikap yang jelas dan terbuka dalam soal pengurusan harta dengan
berdasarkan nilai dan objektif untuk kebaikan dunia dan akhirat sekaligus menghindari
segala keburukan dan kemudaratan.
Harta merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia. Allah s.w.t
menyediakan harta adalah khusus untuk menjamin kepentingan manusia supaya boleh
hidup dengan baik dan sempurna.
45
Harta yang diciptakan sebagai alat untuk kehidupan tidak seharusnya diselewengkan oleh
pemiliknya atau sesiapa sahaja. Ia merupakan satu pertembungan dengan landasan yang
telah ditetapkan oleh syarak. Justeru itu, al-Qur’an mencela sifat kedekut, bakhil,
membazir, boros, mementingkan diri sendiri, tidak mengeluarkan zakat, memiliki
mahupun membelanjakan harta dengan cara yang haram.
Pengurusan harta yang benar-benar menepati syara’ amat diperlukan untuk menjamin
perkara-perkara berikut :
a. Memastikan harta beredar dan bergerak cergas di dalam berbagai-bagai sektor
kehidupan sehingga membolehkan pengembangan harta dan penggunaannya
secara meluas dan menyeluruh mengikut garis panduan syarak.
b. Memberi galakan kepada muamalah penguasaan harta hingga dapat
memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh
semua lapisan masyarakat secara adil.
c. Mencari alternatif tertentu bagi mengelakkan berlakunya kesukaran-kesukaran
yang boleh melemahkan kegiatan ekonomi seperti kelonggaran untuk tidak
menggunakan saksi dalam urusan perniagaan secara terus.
d. Pembekuan atau monopoli harta oleh beberapa pihak tertentu sahaja adalah suatu
keadaan yang ditolak oleh Islam kerana akan menimbulkan berbagai-bagai gejala
negatif dan bencana ke atas masyarakat dan negara. Dengan pengurusan sistem
perhatian wajar dari pentadbiran harta menurut Islam, peredaran harta akan
berlaku secara sihat dan harponi. Ia dengan sendirinya, nilai yang ada pada harta
itu dapat dimaksimumkan melalui penggunaan terus atau pelaburan. Keadaan ini
sudah tentu dapat meningkatkan taraf hidup umat Islam atau negara mereka.
Islam bukan sahaja meletakkan persoalan harta sebagai salah satu faktor penyumbang
kepada kebahagiaan manusia di dunia tetapi juga mengaitkan harta dengan sumbangan
kebahagiaan insan di akhirat. Antaranya ialah:
a. Membelanjakan harta untuk keperluan diri sendiri bagi melaksanakan badat atau
untuk kemudahan beribadat. Contohnya ibadat yang dimaksudkan ialah seperti
46
ibadat zakat dan haji. Kedua-duanya tidak dapat dilaksanakan tanpa harta. Contoh
kemudahan untuk beribadat pula ialah pakaian, tempat tinggal dan lain-lain
keperluan. Perkara tersebut dianggap sebahagian daripada ibadat kerana tanpanya
ibadat tidak dapat dilaksanakan.
b. Membelanjakan kepada orang lain melalui beberapa saluran yang telah ditentukan
oleh syarak seperti sedekah dan derpa.
c. Membelanjakan harta kepada sesuatu yang bersifat kebajikan umum seperti
membina masjid, hospital dan sebagainya.
Islam menjamin keadilan sebenar dalam urusan harta. Ia bermaksud meletakkan harta
pada kedudukannya yang sebenar sebagaimana asal ia dijadikan dan sepertimana yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t. Bagi mencapai tujuan keadilan di dalam perbelanjaan,
Islam telah menyediakan beberapa strategi iaitu:
a. Perbelanjaan mestilah secara betul dan berhemah. Maksudnya ialah
membelanjakan harta mengikut arahan wajib dari syariah seperti mengeluarkan
zakat wajib, membelanjakan untuk diri dan keluarga atau mengikut arahan tidak
wajib seperti sedekah, derpa, untuk melayan tetamu dan sebagainya. Melalui
kaedah perbelanjaan yang betul dan bertanggungjawab ini maka tugas dan
peranan harta dapat dilaksanakan dengan adil kerana kerana daripada itu ia akan
menampung segala keperluan individu, masyarakat, negara dan umat seluruhnya.
Itulah yang dikatakan menjamin keadilan dalam pengurusan harta.
b. Menyekat sifat bakhil dan menghalang boros dan pembaziran sebaliknya
menggalakkan kesederhanaan. Al-Quran dan al-Sunnah telah melarang penyakit
kedekut dan membazir harta. Sifat kedekut digambarkan sebagai sifat yang
dibenci oleh Allah s.w.t. manakala sifat membazir pula digambarkan sifat yang
dimiliki oleh saudara kepada syaitan. Malah punca kepada kehancuran umat juga
berpula daripada sifat kedekut dan membazir. Melalui cara ini pengurus harta
dapat mencapai objektif keadilan kerana konsep kesederhanaan akan menguasai
kegiatan ekonomi dan pengurusan harta. Apabila kesederhanaan dapat
direalisasikan dalam kegiatan itu maka harta dapat berfungsi dengan baik dan
47
dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dengan adil dan saksama. Inilah yang
dikatakan sebagai keadilan melalui pengurusan harta dalam Islam.
c. Menggunakan harta orang kaya untuk keperluan yang diakui oleh syarak seperti
keperluan yang mendesak di dalam negara. Imam al-Ghazali menyatakan harus
bagi kerajaan mengambil kadar tertentu dari harta rakyat yang kaya berdasarkan
keperluan negara misalnya bagi menjaga keamanan rakyat kerana negara
mengalami masalah kekurangan wang dalam perbendahaarn atau baitul mal.
Namun begitu ianya mestilah dilakukan dengan adil tanpa tekanan dan kezaliman.
Jika negara menghadapi bencana kemarau, banjir dan sebagainya sehingga
memerlukan bantuan yang besar sedangkan negara tidak mampu menanggung
jumlah tersebut maka disitulah adanya keadilan jika harta orang kaya difungsikan
untuk mengatasi masalah orang ramai.
d. Melindungi harta dari pencerobohan dan pengkhianatan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab seperti kecurian, rompakan, samun, pemusnahan, rampasan
dan sebagainya. Sekaligus menjamin pemilik harta dari gangguan pihak yang
tidak bertanggungjawab. Apabila pencerobohan harta tidak dikawal dan
dibanteras, maka akan menyebabkan berlakunya kekacauan yang boleh membawa
kepada kehancuran dan kemusnahan. Melalui pengurusan harta, harta dilindungi
dengan baik sehingga dapat dimanfaatkan oleh pemiliknya dan seluruh
masyarakat.
Perkara yang dterangkan di atas jelas menunjukkan kemantapan dan kesempurnaan
syariah dalam pengurusan harta. Kemantapan dan kesempurnaan inilah yang dapat
menjamin seluruh kepentingan dan kebaikan masyarakat. Namun begitu sekiranya ia
tidak dihayati dan diamalkan, segala kebaikan yang ditonjolkan oleh syariat itu tidak
memberi apa-apa erti. Sistem pengurusan harta mengikut Islam hendaklah dijadikan
landasan kepada seluruh kegiatan hidup samada yang melibatkan aspek ekonomi dan
sebagainya.
48
2.3 DEFINISI HARTA
Harta atau dalam bahasa arabnya disebut al-mal atau amwal. Ia telah disebut banyak kali
di dalam al-Quran dan al hadis. Antaranya firman Allah dalam surah:
1. Al-Anfal [28] “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu
itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang
besar.”
2. At-Taghabun [15] “Sesunggguhnya harta-benda kamu dan anak-anak kamu itu
hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jualah pahala yang besar.”
3. Al-Munafiqun [9] “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh
harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan
(ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang
rugi.”
4. At-Takathur [1] “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh
perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya harta
benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), [2] Sehingga kamu masuk kubur.
(tanah).”
5. Al-Kahfi [46] “Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia;
dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai
pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”
6. Al-Qasas [60] “Dan apa jua yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia
merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa
jua yang ada di sisi Allah adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa
kamu tidak mahu memahaminya?”
7. Al-Furqan [67] “Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah
melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka adalah
betul sederhana. “
49
8. A’raf [31] “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias
pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan
makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah
tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
9. Isra ‘[26] …. “dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.”
10. Isra’ [28] “Dan jika kamu beRPaling dari mereka, kerana mencari rezeki dari
Tuhanmu yang kamu harapkan, maka ucapkanlah kepada mereka ucapan yang
lembut. [29] Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu,
dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya, akibatnya
akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela dan menyesal.”
Terdapat banyak definisi tentang harta antaranya ialah:
a. Menurut Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh Islami wa adillatuhu, harta ialah
Segala apa yang dimiliki, sama ada ia emas' perak' binatang ternak atau tumbuhan
dan hasil pertanian (Wahbah al-Zuhaili, 1989, juz 4, h. 40). Harta juga ialah apa
sahaja yang dimanfaatkan serta berfaedah untuk manusia.
b. Menurut Ibn al-Athir pula harta asalnya dikhususkan terhadap apa yang dimiliki oleh
manusia daripada emas dan-perak'. Namun selepas itu ia merangkumi apa sahaja yang
dimiliki daripada barangan atau benda-benda. (Mahmud Bilal Mahran)
c. Menurut pendapat ulama mazhab Hanafi: Harta ialah apa yang dicenderungi, diingini
oleh manusia serta mampu disimpan, diuruskan dan dibelanjakan bila-bila waktu
diperlukan. Antara contohnya ialah: Emas, perak dan bijirin' Menurut mereka segala
50
benda yang tidak mampu dimiliki, diselenggara dan dismpan, biarpun berfaedah
tidak dikira sebagai harta' seperti: Cahaya matahari juga cahaya bulan.
d. Ibnu Athir mendefinisikan Al-Mal (harta) sebagai setiap sesuatu yang dimiliki
daripada emas dan perak dan diperluaskan kepda semua jenis sesuatu yang dimiliki
samada berbentuk harta dan kebanyakan orang-orang arab menggunakannya kepada
harta ternakan yang dimiliki kerana kebanyakan harta mereka dalam bentuk binatang
ternakan.(Ibnu Manzur,1304H: 635).
e. Imam Shafie mendefiniskan mal (harta) sebagai sesuatu yang diingini oleh manusia
dan ia boleh disimpan untuk digunakan apabila perlu. Ia sebagai barang atau manfaat
yang berharga dan boleh dikenakan ganti rugi jika diceroboh. (al-Sayuti, 1936, al-
Ashbah wa al-Nazhair, Kaherah: Matba’ah Mustafa Muhamad, 197), al-Buhuti,
(1947) Sharh Muntaha al-Iradat, Kaherah: Matba’ah ansar al-Sunnah al-
Muhammadiyyah, 142)
f. Al-Hawi mendefinisikan harta sebagai nama untuk sesuatu yang selain daripada
manusia yang diciptakan oleh Allah untuk kepentingan manusia. Ia boleh dimiliki dan
diurus secara bebas. (Abu Zahrah (1977), al-milkiyyah wa nazariat al-‘Aqd fi al-
shariah al-islamiyyah, Kaherah: Dar al-Fikr, h. 52)
g. Menurut pendapat jumhur ulama: Mereka memberikan pengertian harta dalam erti
kata serta skop yang lebih luas iaitu segala apa sahaja yang mungkin dan dapat
diambil faedah daripadanya sudut adat kebiasaan. Justeru, ia merangkumi sesuatu
yang berbentuk benda dan barangan seperti: Emas, bijirin dan lainnya. Ia juga
meliputi faedah atau manfaat yang diambil daripada benda dan barangan. (Wahbah
al-Zuhaili, h.4) Sebagai-contohnya ialah: Rumah dan kenderaan. Hal itu kerana
faedahnya dapat ditukar gantikan, seperti: Faedah yang diperoleh daripada rumah
sewa oleh penyewa dapat ditukar dengan wang atau bayaran kepada Pemiiik rumah.
Untuk itu, pengertian harta sebagaimana yang dikemukakan oleh jumhur dengan
merangkumi harti benda yang dapat dimiliki, dikumpulkan, diselenggarakan,
disimpan dan yang tidak dapat disimpan, tetapi berbentuk faedah berdasakan adat
51
serta selaras dengan muamalah, seperti: Sewa menyewa dan upah mengupah
Selanjutnya, menurut jumhur lagi, harta juga merangkumi benda-benda harus serta
berkemungkinan diperoleh dan dimiliki walau dengan apa jua cara. (Surah al-Qasas
28:27) (Surah al-Nisa'4 :24).
2.4 CIRI-CIRI HARTA
Harta mempunyai beberapa ciri. Antaranya ialah sesuatu harta itu mestilah bernilai. Harta
bernilai itu harus boleh dimanfaatkan mengikut syarak. Imam Shafie dan Hambali
berpendapatt harta yang diharamkan syarak tidak diiktiraf sebagai harta yang sah dan
boleh dimiliki oleh orang Islam. Harta tersebut juga mestilah sesuatu yang boleh dimiliki.
Sesuatu yang tidak boleh dimiliki seperti udara, laut sebagainya tidak diiktiraf sebagai
harta. Burung yang terbang di udara, ikan yang berada di dalam laut tidak diiktiraf
sebagai harta yang boleh diurusniagakan dalam muamaat kecuali telah ditangkap dan
diletakan disesuatu tempat yang boleh diktiraf hak pemilikannya. (al-Syarbini, (1933),
Muhgni al Muhtaj, Kaherah: Mustafa al-Halabi 289-290)
2.5 KONSEP HARTA DALAM ISLAM
1. Harta adalah keperluan manusia
Harta merupakan keperluan asas bagi manusia. Dr. Abdul Karim Zaidan mentakrifkan
harta sebagai "setiap sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada kebiasaannya".
Definisi ini menekankan dua perkara iaitu boleh dikuasai dan dimanfaatkan. Manusia
dengan sifat fitrahnya amat suka kepada harta dan mengumpulnya. Mereka tidak pernah
merasa puas dalam mengejar harta kekayaan. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang
kecintaan mereka mengejar harta kecuali kematian. Allah telah merakamkan sifat
kecintaan manusia kepada harta benda dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan kamu
cintai harta benda dengan kecintaan yan g berlebihan"(al-Fajr 20).
Al-Quran menggambarkan bahawa manusia mencintai harta kekayaan melebihi kecintaan
kepada anak-anak dan keluarga dengan firman-Nya: "Harta dan anak-anak adalah
52
perhiasan kehidupan dunia tetapi, amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih
baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" (al-Kahfi, 46).
Ayat ini mendahulukan perkataan harta daripada perkataan anak-anak yang menunjukkan
manusia amat mencintai harta kekayaan. Malahan manusia sanggup bergaduh dan
beRPerang demi untuk mendapatkan harta.
2. Manusia bebas memiliki harta
Manusia telah mencipta berbagai-bagai sistem ekonomi seperti kapitalis, sosialis,
komunis, dan lain-lain bertujuan untuk mengatasi masalah ekonomi serta hubungan
manusia dengan ekonomi dan harta kekayaan. Dalam sistem kapitalis seseorang dapat
melihat dengan jelas penumpuan yang berlebihan terhadap kemaslahatan individu. Dalam
sistem ini, individu bebas memiliki hak pemilikan harta yang mutlak, tanpa terikat
kepada syarat-syarat tertentu dalam membelanjakan harta. Sementara itu, sistem komunis
dan sosialis pula mengharamkan pemilikan kepada individu dan sebaliknya menyerahkan
pemilikan tersebut kepada negara sebagai pihak yang berhak menentukan harta tersebut.
Isam member kebebasan kepada manusia untuk memiliki harta yang berpanfaat dan
untuk tujuan manfaat.
3. Keadilan dalam pemilikan harta
Dalam Islam keseimbangan yang adil merupakan asas dalam pemilikan harta. Malahan
Islam tidak menganiayai sesiapa, terutama golongan miskin, dan juga tidak menzalimi
kebebasan individu. Islam memilih jalan yang seimbang di antara kedua-dua sistem
tersebut dan sistem ini telah lahir bersama kelahiran Islam sejak lebih 14 kurun yang lalu.
Sistem ekonomi Islam tidak melampau dan tidak pula mengabaikannya. Islam memberi
hak kepada individu dan masyarakat dan ia menuntut kedua-dua faktor ini melaksanakan
kewajiban dan tanggungjawabnya masing-masing.
4. Harta sebagai wasilah mencari keredhaan Tuhan
53
Islam telah meletakkan asas yang sempurna daam pemilik harta. Islam menilai harta
adalah perkara keperluan asasi dalam kehidupan manusia yang disebut oleh ulama Usul
Fiqh al-Kuliyyat al-Khamsah iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Lima aspek ini
hendaklah dijaga dan tidak boleh dilengahkan oleh manusia. Apabila lima perkara ini
dilupakan dan tidak dipedulikan dengan tidak menurut keutamaan kategorinya maka ia
boleh membawa bahaya dan akan menyebabkan ketempangan dalam masyarakat. Oleh
itu Islam melihat harta sebagai wasilah untuk mencapai kebaikan dan keredhaan Tuhan,
bukan sebagai matlamat akhir kehidupan manusia.
5. Memiliki Harta jangan sampai melalaikan manusia
Islam juga tidak menganggap kekayaan sebagai penghalang bagi orang kaya untuk
berbakti kepada agama dan meningkatkan mutu ibadat serta mendekatkan diri kepada
Allah. Islam sendiri menyuruh umat Islam mencari harta sebanyak mungkin, tetapi
mestilah tidak melalaikannya dari mengingati Allah setiap waktu dan tempat. Allah
sendiri telah melimpahkan kekayaan kepada Rasul-Nya. Firman Allah yang bermaksud :
"Dan engkau didapatinya seorang miskin, lalu diberinya kekayaan" (al-Duha, ayat 8).
Rasulullah s.a.w sentiasa berdoakan supaya dimasukkannya dari kalangan orang yang
kaya dan dijauhkannya dari kemiskinan dan kefakiran. Islam tidak menyuruh umatnya
hidup dalam keadaan miskin, sentiasa mengharap simpati orang lain dan merempat di
merata tempat. Anggapan yang menyebutkan bahawa jika ingin menjadi hamba yang
soleh mestilah hidup dalam keadaan miskin bukanlah ajaran agama Islam. Orang kaya
bersyukur lebih Allah kasihi daripada orang miskin yang sabar. Malahan, tangan yang
menghulur adalah lebih mulia daripada tangan yang meminta. Oleh yang demikian, tidak
timbul persoalan yang menyebutkan bahawa umat Islam perlu hidup dalam kemiskinan
kerana ia adalah ketentuan Allah. Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam karyanya "Masalah
Dalam Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya" mengatakan bahawa kemiskinan itu
boleh membawa seseorang melakukan perkara yang boleh menjejaskan akidahnya serta
merbahaya kepada pemikiran, akhlak, masyarakat dan negara.
6. Orang kaya tidak membazir
54
Kekayaan yang dimiliki boleh dikecapi oleh manusia, tetapi secara sederhana dan tidak
mendorong ke jalan maksiat dan kemungkaran. Islam melarang keras umatnya membazir
kerana ia merupakan perbuatan keji dari pekerjaan syaitan. Ini bersesuaian dengan firman
Allah yang bermaksud: "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu secara boros.
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu saudara-saudara syaitan." (al-Israk, ayat 27).
7. Pemilik Harta sebenar adalah Allah
Harta yang seseorang itu miliki hakikatnya adalah kepunyaan (hak) sebenarnya hak
Allah. Seseorang hanyalah sebagai "pengurus" yang pastinya akan ditanya dari mana
harta itu seseorang perolehi dan ke mana harta itu dibelanjakan. Janganlah seseorang
mengaggap harta yang seseorang miliki itu adalah hak mutlaknya dimana ia boleh
berbelanja sesuka hati, apatah lagi membelanjakannya dalam perkara maksiat dan
kemungkaran. Allah telah menceritakan kisah kaum Nabi Syuib yang melampaui batas,
angkuh dan sombong serta mengaggap harta sebagai milik mutlak mereka yang boleh
dipergunakan sesuka hati dengan firman-Nya: "Mereka berkata: Wahai Syuib! Apakah
sembahyang kamu menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh
bapa-bapa kami atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang
harta kami". (Hud, ayat 87).
8. Orang kaya agar Tidak engkar perintah Tuhan
Allah mengingatkan seseorang supaya seseorang yang mengingkari kurniaan-Nya, nanti
seseorang akan menerima akibatnya. Negara yang gagah perkasa sekalipun dari segi
ekonomi, pada suatu ketika, boleh menjadi hina, kemudiannya pupus di atas muka bumi
dalam sekelip mata. Keadaan ini boleh berlaku jika rakyatnya hidup dalam keadaan
mewah sehingga lupa kepada tuntutan agama, boros dalam berbelanja dan tidak ada rasa
tanggungjawab untuk menolong orang yang tidak bernasib baik.
9. Sentiasa berhemah dalam perbelanjaan
Budaya berbelanja mewah dan boros adalah dilarang. Ia menjadi satu budaya yang
mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung gaya hidup masyarakat. Ia bukan
55
sahaja menyerang golongan yang berpendapattan tinggi tetapi juga golongan yang
berpendapattan rendah, sehingga berbelanja secara berlebihan di luar kemampuan mereka
semata-mata untuk meniru gaya hidup mewah, dianggap sebagai satu kemestian dan
lambang kebanggaan. Lalu mereka ghaflah (lupa) dan berada diluar batasan norpal dari
segi akhlak dan perbelanjaannya. Allah telah mengingatkan seseorang dengan firman-
Nya yang bermaksud:
"Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada
orang-orang yang hidup mewah di negeri itu supaya melakukan kedurhakaan dalam
negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan) kami,
kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."(al-Israk, ayat 16).
Manusia harus memahami bahawa mereka tidak boleh membelanjakan harta sesuka hati,
apatah lagi dalam keadaan membazir, ataupun menambahkan kesulitan kepada
masyarakat dan negara. Al-Shahid Abdul Kader Audah dalam karyanya "Harta Dan
Pemerintahan Dalam Islam (hal. 67) menyebutkan: "Janganlah sesekali-kali, siapa pun,
menganggap bahawa harta kurniaan Allah yang ada di dalam tangannya itu adalah rezeki
yang Allah khaskan kepada seorang diri sahaja, lalu dia sanggup bersikap bakhil dan
tidak mahu memberikannya kepada orang orang yang berhak menerimanya; kerana Allah
memberi rezeki kepada umat manusia dan mengurniakan mereka kekuasaan memerintah
dengan tujuan mereka tegak di atas garis suruhan dan larangan-Nya. Seandainya Allah
memberi lebih rezeki dan kedudukan kepada sebahagian mereka maka janganlah sesekali
orang yang mempunyai rezeki lebih itu beranggapan jika dia memberi sumbangan kepada
orang lain, bahawa sumbangan itu datang darinya sendiri. Dia hendaklah sedar bahawa
sumbangan dan pemberian itu adalah rezeki Allah dan dia bukan memberi sumbangan
bagi pihak dirinya sendiri. Dia adalah pengantara untuk menyampaikan harta amanah
Allah kepada orang lain sepertimana dia sendiri mengambil harta kurniaan Allah itu
untuk faedah dirinya sendiri".
10. Harta adalah Amanah Allah
56
Dr. Yusof al-Qaradhawi ada mengatakan: "Tugas manusia dalam memegang harta itu
serupa dengan seseorang yang diamanahkan untuk memegang satu tabung kebajikan. Dia
wajib menjaga tabung itu dan hanya diizinkan untuk membelanjakannya sesuai dengan
kehendak pemilik harta yang asal. Jika pemilik harta memerintahkannya untuk
menderpakan sebahagian daripada harta itu untuk membina masjid, rumah-rumah
kebajikan atau sekolah, dia akan segera memberikannya tanpa harus merasa sebarang
kerugian apa pun. Sebab harta itu sememangnya bukan miliknya dan dia tidak akan
kerugiaan apa-apa dalam menderpakannya.
11. Kekayaan untuk berbakti sesama Insan
Islam membenarkan seseorang itu menjadi kaya tetapi hendaklah ia sentiasa membantu
dan berderpa kepada orang yang tidak bernasib baik. Mereka ditegah sama sekali
menggunakan harta pada jalan kemaksiatan dan kemungkaran. Begitu juga mereka
ditegah membelanjakan harta dengan membeli barang-barang mewah yang boleh
menjejaskan ekonomi negara. Dr. Yusof al-Qaradhawi mengingatkan bahawa
kebahagiaan yang sebenar bukan terletak kepada banyaknya harta. Selanjutnya beliau
berkata:
”Jika manusia ingin mencari kebahagiaan, maka ketahuilah, bahawasanya kebahagiaan
tidak terdapat dalam mengumpulkan harta satu demi satu. Ia juga bukan terletak pada
memiliki berguni-guni emas dan perak. Boleh sahaja seseorang itu memiliki harta dan
khazanah harta sebanyak harta Qarun, tetapi dia tidak dapat menikmatinya bahkan
tersiksa dengan adanya harta tersebut di tangannya. Dia telah dilanda keletihan dalam
mengumpulkannya dan kini dia kian bertambah letih dalam menjaganya, dan kian
bertambah-tambah lagi keletihan dan kepenatan dalam mengembangkannya. Dari pagi
hingga petang fikirannya runsing dan risau, namun hatinya tamak dan haloba. Tidak
pernah dia merasa puas dengan penghasilan yang sedikit dan tidak pernah pula merasa
kenyang dengan hasil yang banyak." (Al-Qaradhawy, Peranan Nilai Dan Akhlak Dalam
Ekonomi Islam, hal. 100).
2.6 JENIS-JENIS HARTA
57
Harta boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Mengikut al kasani dalam kitab al-bada’i
wal sana’i, harta boleh dibahagikan mengikut pembahagian berikut iaitu:
1. Harta alih dan tak alih
2. Harta yang boleh ditetapkan kadarnya dan harta yang tidak boleh ditetapkan
kadarnya
3. Harta yang serupa dan harta yang seharga
4. Harta dalam bentuk barang dan harta dalam bentuk manfaat
Harta pada asalnya dipakai kepada sesuatu bernilai yang biasanya dapat dilihat, dipegang
dan dirasa. Namun ia juga digunakan kepada apa-apa yang bernilai yang tidak dapat
dilihat atau dipegang seperti hak manfaat.
2.6.1 Mal ‘Ayni (harta bentuk Benda) vs Mal Dayni (Harta bentuk Hutang)
Mal al-Ain ialah sesuafu yang berbentuk benda seperti rumah, kuda, sekilo beras dan
sebagainya. Mal al-Ain itu terbagi kepada dua
a. Ain dzat qimatin.
Ia adalah sesuatu yang berbentuk benda yang dapat menjadi harta dan dapat
dipandang sebagai harta. Dzat qimatin dibahagi kepada 2 pula iaitu
i. mutaqawimah, iaitu mubahatul intifa' (harus dimanfaatkan) dan
ii. ghairu mutaqawwimah, iaitu yang tidak harus dimanfaatkan.
b. Ain ghairu dzat Qimatin .
Ia adalah sesuatu yang berbentuk benda yang tidak dapat dipandang sebagai harta.
Mal al-Dyan pula ialah seperti Sesuatu yang berada dalam tanggungjawab seperti hutang
yang perlu dibayar. Umpamanya sejumlah mata wang yang berada dalam dzimmah
seseorang. Dayn dalam pandangan fiqh Islam pada asalnya' dipandang dari segi
keharusan si multazim membayarnya. Iaitu hutang wajib dibayar.
58
2.6.2 Mal ‘Ayni (Harta dalam Bentuk barang) vs Mal Manfa‘i (Harta Manfaat)
Dalam ilmu Fiqh, Harta yang berbentuk barangan diistilahkan sebagai mal al-ain iaitu
harta yang boleh dilihat, dipegang dan dirasa. Harta jenis ini adalah seperti rumah, kuda,
kerusi, secupak gandum, secupak dirham dan lain-lain lagi.
Mal al-ain dipakai bagi membezakan dengan harta yang tidak dapat dapat dilihat atau
dipegang atau dirasa seperti manfaat sesuatu barang.
Manfaat sesuatu barang juga di kira harta. Imam Shafie dan Imam Malik mengiktiraf
manfaat juga sebagai harta walaupun ia tidak boleh dipegang, dilihat atau dirasa kerana
ada manfaat atau kegunaannya dalam kehidupan manusia seperti hak mengguna rumah
yang disewa, hak menggunakan kenderaan yang disewa dan sebagainya. Nilai manfaat
tersebut telah diterima dalam uruf masyarakat dan penggunannya perlu dibayar serta
kehilangannya boleh dituntut gantirugi. Namun begitu Mazhab Hanafi tetap berpendapatt
bahawa manfaat bukanlah termasuk didalam istilah harta disebabkan tidak memiliki ciri-
ciri pemilikan iaitu tiada ciri fizikalnya iaitu tidak dapat dilihat, dipanggang dan dirasa.
(Abu Zahrah, almilkiyyah, 57)
2.6.3 Mal Ashl (harta Asal) vs Mal Thimari (harta Berbuah/berkembang)
Harta dilihat dari segi berkembang atau tidak berkembang telah dibahagikan oleh ulamak
Fiqh kepada dua iaitu
a. mal al-aslu
b. mal al-Thimari.
Mal al-ashl adalah harta yang menghasilkan, seperti rumah, tanah, asas-asas dan binatang
ternakan.
Mal al-Thimar ialah sesuatu yang diperolehi daripada suatu harta, seperti sewa rumah,
buah-buahan dari asas-asas dan susu kambing atau lembu. Pembahagian kedua bentuk
59
harta dari segi ini membawa kesan hukum yang luas dalam fiqh lslam bagi perkara-perka
yang berkaitan dengannya seperti:
a. asal harta wakaf tidak boleh dibahagi-bagikan kepada yang berhak menerima wakaf,
tetapi buah atau ha silnya dibahagikan kepada mereka.
b. Harta yang diperuntukkan bagi kepentingan awam, asalnya tidak boleh dibahagi-
bahagikan tetapi hasilnya boleh dimiliki siapa pun. Misalnya, di bahu jalan sebuah
masjid tumbuh pohon rambutan. Buah rambutan itu boleh diambil oleh sesesiapa pun.
c. Apabila seseorang membeli sebuah rumah, lalu ia sewakan kepada orang lain. Setelah
masa sewa rumah itu habis, ia (pembeli) melihat ada cacat lama (bukan kerana
perbuatan penyewa) yang cukup besar pada rumah itu se-hingga rumah itu ia
kembalikan kepada pemiliknya yang asal (penjual rumah itu). Sewa rumah itu tetap
menjadi milik pembeli rumah, sekalipun rumah itu setelah disewa orang
dikembalikan kepada penjualnya, kerana rumah itu ia sewakan ketika menjadi
miliknya. Oleh sebab itu, hasil sewa rumah itu selama menjadi milik pembelinya,
adalah milik pembeli, bukan milik penjual asal.
d. Dalam suatu urusniaga yang objeknya adalah manfaat benda, maka pemilik manfaat
itu berhak atas hasilnya. Misalnya, apabila seseorang menyewa sebuah rumah yang di
pekarangannya ada asas mangga, maka buah mangga ini menjadi milik penyewa
rumah dan boleh ia perjualbelikan kepada orang lain.
2.6.4 Mal Istihlaki (Harta pupus) vs Mal Isti‘mali (Harta Gunaan)
Harta dan aset apabila dilihat dari sudut berkekalan zatnya dengan sebab digunakan atau
tidak berkekalan akan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
a. Harta pupus
Harta Pupus (Mal Istihlaki) ialah harta yang digunakan atau tidak dapat diperoleh faedah
daripadanya melainkan dengan cara membinasakannya dan hilang hakikat fizikal benda
60
itu atau barangan sekali guna. Di mana bentuk pemusnahannya itu sama ada secara hakiki
atau hukumi. Sebagai contohnya pembinasaan bentuk hakiki ialah Membinasakan hakikat
benda, seperti: Makanan dan minuman. Manakala pembinasaan sudut hukumi seperti:
Akad atau kontrak.
b. Harta gunaan.
Harta Gunaan (Mal Isti‘mali) ialah sesuatu benda atau harta yang dapat diambil faedah
daripadanya dan dapat digunakan secara berulang kali tanpa menyebabkan hilang hakikat
fizikalnya, seperti: pakaian dan perabot rumah.
Pembahagian harta kepada jenis pupus dan gunaan dalam Fiqh Islam telah menyebabkan
terbentuk beberapa kesan sampingan antaranya yang utama ialah:
1. Di mana harta pupus tidak boleh dilaksanakan akad mengenainya jika akad itu dibuat
atas dasar untuk menggunakan tanpa sebarang kesan pembinasaan sudut hakikat
fizikal seperti: Sewa menyewa dan pinjam meminjam kerana kedua-dua bentuk akad
tersebut berlangsung untuk mendapat faedah dengan mengekalkan sudut hakikat
fizikal asalnya. Oleh itu, tidak sah akad sewa dan pinjam terhadap barangan yang
pupus, seperti: Sabun mandi dan ubat gigi. Sehubungan dengan itu juga, ulama Fiqh
menetapkan tidak sah diadakan sesuatu akad yang bertujuan menggunakan atau
mengambil faedah daripada fizikal dan hakikat benda tersebut. Sebagai contohnya
ialah: Tidak sah semua menyewa asas buah-buahan untuk memperoleh buahnya bau
sewa binatang untuk mendapatkan susunya atau sewa hutan untuk menebang kayu
balak. Namun begitu, terdapat beberapa kes tertentu berkaitan akad seumpamanya
yang diharuskan oleh ulama Fiqh. Pengharusannya tersebut atas dasar darurah,
keperluan serta 'urf di kalangan masyarakat, antaranya ialah Upah mengupah wanita
menyusu bayi. Hal itu selaras dengan firmanAllah (Surah al-Talaq 65 : 6)
“ Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut
kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati)
mereka. dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil, Maka
berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, Kemudian jika mereka
61
menyusukan (anak-anak) mu untukmu Maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan
musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu
menemui kesulitan Maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.”
2. Sekiranya sesuatu akad berlaku terhadap barangan atau harta yang mempunyai tujuan
lupus atau menghabisi sudut fizikalnya, bukan menggunakan atau bentuk gunaan, ia
hanya sah berlaku untuk harta lupus itu. Sebagai contohnya ialah: Hutang wang (al-
Qardhu). Di mana konsep dan matlamat orang berhutang ialah menghabiskan atau
berbelanja apa yang ia berhutang demi memenuhi keperluannya. Kemudian selepas
itu ia membayar semula kepada si piutang jumlah seumpama dengannya. Konteks
tersebut, biarpun kadang kala konsep hutang juga berlangsung terhadap harta gunaan
(aml Isti’mal) tetapi akad tersebut tidak dikira sebagai hutang. Di mana ia merupakan
akad pinjaman (al-ariyah) biarpun menggunak an lafaz akad hutang (al-Qardhu)
2.6.5 Mal Khas (Harta Khas) vs Mal ‘Am (Harta Awam)
Harta apabila dilihat dari segi pemiliknya akan terbahagi kepada kepada dua jenis iaitu:
a. Harta khas/Persendirian
Pengertian Harta Khas/harta persendirian (Mal al-Khas) ialah harta yang berada serta
tertakluk dalam pemilikan individu tertentu, sama ada pemiliknya itu seorang individu
sahaja atau ramai dan berkongsi. Harta tersebut tidak boleh digunakan secara bebas untuk
umum atau sebarang hak mengurus, kecuali dengan mendapat keizinan juga kebenaran
daripada pemiliknya terlebih dahulu. Kerana pemiliknya yang berhak mengurus,
memberi pinjam atau membelanjakannya. Terdapat banyak nas syarak yang menyuruh
62
penganutnya supaya menjaga serta menghorpati segala harta milik khas/pesendirian
tersebut seperti tidak mengambilnya secara salah dan tidak melampaui batas syarak.
Antaranya ialah sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an dan Hadis: Sebagaimana
firmanAllah: (Surah al-Nisa'4 :29)
“29. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku
dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh
dirimu[287]; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”
[287] larangan membunuh diri sendiri mencakup juga larangan membunuh orang
lain, sebab membunuh orang lain berarti membunuh diri sendiri, Karena umat
merupakan suatu kesatuan.
Dan hadis nabi Maksudnya: “Setiap muslim terhadap muslim yang lain haram sudut
darahnya, hartanya dan kehorpatannya.”
b. Harta am (Harta awam)
Pengertian Harta Am (mal-al-Am) ialah harta yang tidak berada serta bukan tertakluk
dalam pemilikan individu tertentu. Di mana faedah dan manfaat daripadanya untuk
kemaslahatan orang ramai atau sesiapa sahaja dapat mengecapi faedah daripadanya
seperti lautan, sungai, jalan raya dan sebagainya. Harta awam itu dapat dibahagikan dua
jenis iaitu:
i. Harta yang boleh dimiliki dari segi zat dan fizikalnya.
Ia ialah segala harta dan keperluan yang diperuntukkan kepada orang ramai dari
sudut jenis dan kategorinya, bukan dari sudut zatnya seperti Tanah gersang atau
63
Tanah belum diterokai (al-Ardhu mawat). Di mana tanah tersebut belum
dibangunkan juga tidak dimiliki oleh sesiapa. Oleh itu, sesiapa yang menerokainya,
tanah tersebut menjadi hak miliknya. Juga seperti Ikan-ikan yang terdapat dalam
lautan dan sungai, burung-burung yang bebas di udara serta binatang buruan di
dalam hutan.
ii. Harta yang boleh diambil manfaatnya sahaja.
Ia adalah segala harta yang mana keperluan dan manfaat kepada orang ramai sudut
zatnya yang bertujuan mendapat faedah. Harta tersebut tidak boleh dimiliki oleh
sesiapa secara peribadi, atau bersama harta yang berkaitan dengan kategori dapat
dibahagikan pula kepada beberapa bentuk iaitu:
a. Air, rumput dan api.
Tentang kegunaan serta perkongsian sudut faedah daripada ketiga-tiga sumber
tersebut telah ditetapkan menerusi nas, sebagaimana hadis: “ Muslimin berkongsi
dalam tiga perkara iaitu rumput, air dan api.”
Apa yang dimaksudkan dengan air ialah Air hujan, air laut, sungai serta segala
sumber mata air lain yang tidak dimiliki oleh sesiapa. Ia bebas untuk diambil
faedah daripadanya serta untuk apa sahaja tujuan, asalkan tidak mengganggu atau
mengurangi hak orang lain, seperti: Minuman dan mengairi pertanian.
Yang dimaksudkan dengan rumput ialah rumput rampai yang tumbuh di bahagian
perpukaan bumi secara semula jadi dan tiada sesiapa yang memilikinya atau
rumput yang tumbuh pada tanah terbiar. Rumput sebegitu tidak dikhususkan
kepada orang-orang tertentu, bahkan ia dapat dimanfaatkan juga dikongsi oleh
semua orang, seperti mengambilnya untuk makanan binatang ternak mereka atau
menggembala binatang di situ. Berkenaan dengan api, orang ramai dapat
mengambil faedah daripadanya sudut cahaya untuk menerangi kegelapan, sebagai
alat untuk memasak makanan juga memanaskan badan mereka dan lainnya. Ia
64
sekarang ini boleh diqiyaskan kepada lampu atau elektrik yang merupakan salah
satu keperluan utama semua orang di dalam kehidupan seharian. Lampu-lampu di
jalan-jalan atau yang dinyalakan oleh seseorang di hadapan rumahnya hendaklah
dikongsi dengan semua orang. Tidak wajar sama sekali ditegah orang lain
mengambil faedah sudut cahaya daripadanya.
b. Bahan galian zahir (al-ma’adin alDhazirah).
Ia merupakan bahan-bahan yang diperlukan oleh setiap orang untuk memenuhi
keperluan harian juga kehidupan mereka tanpa perlu menempuhi jalan yang
sukar, antara contohnya ialah: Garam serta alat-alat untuk menghasilkan api,
seperti: Mancis. Ia merupakan antara bahan yang ditetapkan oleh Syariah Islam
supaya dikongsi bersama di kalangan umat manusia. Keperluan tersebut tidak
boleh sama sekali disekat oleh pihak penguasa terhadap orang-orang tertentu,
sama ada muslim atau bukan muslim. Kiranya semua tindakan tersebut dilakukan,
ia merupakan suatu kezaliman. Kerana ia tergolong antara keperluan asasi yang
mana kiranya disekat menyebabkan menghadapi kesukaran. Hal itu selaras
dengan sebuah hadis “Nabi sa.w. melepaskan pemilikan (hak milik) Abyad Ibn
Hanunal terhadap kawasannya yang ada garam”.
c. Jalan raya (al-Syawari’ wal turuqat).
Ia juga merupakan daripada kategori keperluan-keperluan yang berkaitan dengan
kemaslahatan orang ramai. Untuk itu, ia tidak boleh sama sekali dijadikan hak
milik peribadi atau hak milik mutlak, bahkan kegunaannya mestilah dikongsi
bersama, kerana mereka semua memerlukannya, sekiranya keperluan tersebut
disekat, menyebabkan pergerakan manusia untuk berkomunikasi, mengejar
kemajuan serta lalu lalang menjadi sukar. Ia mestilah ditetapkan untuk kegunaan
umum dan secara terbuka.
d. Khidmat keagamaan, pendidikan dan kesihatan.
65
Semua keperluan tersebut juga diberikan sebagai hak umum demi kemaslahatan
mereka. Termasuk kategori tersebut juga ialah Masjid, sekolah, klinik, hospital
serta segala pertubuhan dan badan kebajikan masyarakat yang dibentuk oleh
pihak kerajaan demi kemaslahatan umum. Termasuk dalam kategori tersebut juga
ialah harta daripada Baitulmal dan perbendaharaan negara. Kerana harta tersebut
menjadi hak seluruh rakyat dan penyaluran serta pengagihannya mestilah demi
memenuhi kebajikan ramai juga meraikan antara keperluan utama dan lebih
utama dan seterusnya.
Pembahagian harta kepada bentuk khas (peribadi) dan am (umum) tersebut telah
menyebabkan terbentuk beberapa kesan sampingan, antaranya yang utama ialah:
1. Harta milik khas boleh dilakukan perundingan, perbincangan serta harus dilakukan
pengurusan serta perbelanjaan terhadapnya di antara seseorang individu atau
wakilnya dengan individu yang lain seperti Jual beli sewaan dan lain-lain manakala
harta am pula tidak ada peluang berlaku perundingan juga tidak boleh dilaksanakan
pengurusan dan perbelanjaan secara individu. Ini adalah kerana harta am tidak boleh
dimiliki secara persendirian bahkan ia hendaklah dimanfaatkan untuk umum dan
pemilikan umum. Sekiranya harta am itu perlu dilaksanakan pengurusan dan
perbelanjaan terhadapnya demi kemaslahatan umum, ia hanya boleh diuruskan atau
dilaksanakan oleh pihak pemerintahan atau wakil mereka sahaja.
2. Harta milik umum sudut ketetapannya demi kemaslahatan ramai, pemilikannya
dinisbahkan kepada masyarakat dan berkongsi di kalangan mereka tanpa ada hak
pemilikan individu tertentu. Sedangkan harta milik khas dimiliki oleh orang tertentu
atau pemiliknya. Di mana ia yang berhak membelanjakannya, hibah, wakaf dan lain-
lain.
2.6.6 Mal Mamluk (Harta dimiliki) vs Mal Mubah (Harta tidak dimiliki) vs Mal
Mahjur (Harta yang dilarang dimiliki)
66
Di lihat dari segi status harta samaada dimiliki atau tidak para ulama fiqh membahaginya
kepada tiga jenis iaitu
a. mal al-mamluk (Harta dimiliki)
b. mal al-mubah (Harta tidak dimiliki)
c. mal al-mahjur (Harta yang dilarang dimiliki)
Mal al-mamluk adalah harta-harta yang telah dimiliki samada pemiliknya itu peribadi
ataupun organisasi atau negara. Mal al-mamluk pula terbahagi kepada dua bentuk iaitu
1. Harta milik peribadi
Jika harta tersebut milik negara, maka manfaat kegunaannya adalah untuk
kepentingan orang awam melalui undang-undang tertentu. Orang Awam tidak boleh
merosak harta itu dan tidak boleh menjadikannya milik pribadi. Begitu juga jika harta
tersebut milik organisasi. Ia hanya boleh digunakan untuk kepentingan organisasi.
2. harta milik bersama (syarikat/perkongsian).
Jika harta tersebut milik peribadi, maka ia bebas menggunakannya selagi tidak
bercanggah dengan syariat Allah atau bercanggah dengan undang-undang negara (ulil
amri) atau uruf setempat atau bercanggah dengan kepentingan awam seperti jiran dan
sebagainya.
Mal al-mubah adalah harta yang tidak dimiliki seseorang seperti air di sumbernya,
binatang buruan dan asas-asas kayu di hutan yang belum diteroka dan dimiliki oleh orang
lain. Juga seperti ikan di lautan lepas. Harta seperti ini boleh dimanfaat oleh setiap orang
dengan syarat tidak merosak kepentingan awam. Ia harus dimiliki dengan beberapa cara
seperti penerokaan, tangkapan ikan dan lain-lain.
Mal al-mahjur adarah harta yang ada larangan syara' untuk memilikinya seperti sesuatu
harta itu diwakafkan. Ia tidak boleh dimanfaatkan untuk kepentingan peribadi tertentu.
2.6.7 Mal Manqul (Harta Alih) vs Mal Aqar (Harta Tetap)
67
Harta apabila dilihat dari segi tetap pada kedudukan atau tidak tetap terbahagi kepada
dua, iaitu:
a. Harta kekal atau (Harta tetap) (al-Aqarat)
Jumhur Ulamak Fiqh bersepakat bahawa harta tetap ialah segala harta dan barangan yang
tidak mampu dibawa atau tidak boleh dipindahkan daripada suatu tempat ke tempat yang
lain dikenali dengan harta-harta kekal atau (al:Aqarat) seperti Tanah.
b. Harta boleh pindah. (Harta Alih)
Jumhur ulama Fiqh sepakat bahawa segala harta dan barangan yang mampu atau boleh
dipindahkan daripada suatu tempat ke tempat yang lain berserta berkekalan bentuk juga
keadaan sebagaimana asalnya dikenali dengan harta-harta boleh pindah (harta alih) atau
tidak tetap. Antara contohnya ialah: Perabot rumah, kereta, pakaian dan lainnya.
Namun pun begitu, ulama Fiqh berselisih pendapat untuk menentukan kategori serta
pengertian mengenai harta mungkin dan mampu dipindahkan atau dibawa dari suatu
tempat ke tempat lain, tetapi keadaan dan bentuk asalnya akan berubah ekoran tindakan
tersebut. Sebagai contohnya ialah: Rumah, bangunan dan asas. Untuk menjelaskan
pendapat ulama tersebut adalah sebagaimana berikut, iaitu:
a. Menurut pendapat ulama mazhab Hanafi: Ia tetap termasuk di dalam kategori
harta yang boleh dipindah atau boleh dialih.
b. Menurut pendapat ulama mazhab Maliki: Ia dikira termasuk dalam kategori harta
tetap atau kekal.
Apa yang dapat disimpulkan ialah pengertian harta tetap atau kekal menurut ulama
mazhab Hanafi ialah apa sahaja jenis harta yang tidak mampu dibawa serta tidak
mungkin dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Sedangkan harta tidak tetap ialah
yang mampu dan mungkin dipindahkan biarpun berubah bentuk dan keadaannya, seperti:
Rumah dan asas-asas. Oleh itu, harta kekal dan tidak boleh dipindahkan menurut mereka
68
hanyalah tertumpu kepada tanah sahaja, manakala segala harta selain daripada itu
termasuk kategori boleh pindah.
Manakala menurut ulama mazhab Maliki pula, harta kekal dan tidak boleh pindah ialah
tanah serta benda atau harta yang berkait dengannya, iaitu: Rumah atau binaan dan asas-
asas. Oleh itu asas perselisihan pendapat di kalangan ulama Hanafi dan Maliki ialah
mengenai: Binaan atau rumah dan asas. Di mana menurut ulama Maliki, kedua-duanya
tetap termasuk daiam kategori harta kekal yang berasingan daripada tanah. Sedangkan
ulama Hanafi menilai kedua-duanya sebagai harta kekal apabila ia mengiringi atau
berada tetap bersama tanah, jika sebaliknya kedua-duanya dianggap sebagai harba tidak
kekal atau boleh pindah. Iaitu apabila ia dipisahkan atau tidak mengiringi tanah.
2.6.7.1 Hukum-hukum harta tetap dan harta alih.
Pembahagian harta kepada bentuk tetap dan boleh pindah tersebut telah menyebabkan
terbentuk beberapa kesan sampingan antaranya yang utama ialah:
a. Di mana syufah (Syufah boleh dirujuk dalam bab II) hanya terbentuk atau terlaksana
terhadap harta tetap atau kekal sahaja. Ia tidak dapat dilaksanakan terhadap harta
boleh pindah, kecuali jika harta tersebut mengiringi atau berada bersekali dengan
harta tetap, seperti: Bangunan. Hal tersebut kerana syufah disyariatkan demi
membendung kemudaratan sekali gus menjaga hak serta rakan kongsi.
b. Jumhur ulama telah sepakat mengenai harus dilaksanakan wakaf terhadap harta kekal
atau tetap. Namun begitu, mereka berselisih pendapat tentang pengharusan harta.
2.6.8 Mal Mithli (Harta Sebanding) vs Mal Qimi (Harta Senilai)
Harta apabila dilihat dari segi perbandingan juzuknya dan tiada perbandingan terbahagi
kepada dua iaitu:
a. Harta sebanding (Mal Mithli)
b. Harta senilai. Antara lain, penilaian dilaksanakan sudut harta tersebut terdapat di
pasaran yang serupa dengannya atau sebaliknya.
69
a. Definisi Harta Sebanding (mal al Mithli)
Harta sebanding iaitu harta dan barangan lain yang seumpama atau sebanding dengannya
dan terdapat secara meluas serta mudah di pasaran. Tidak ada apa-apa perselisihan di
kalangan peniaga juga masyarakat umum mengenainya. Oleh itu, harta tersebut ialah
penilaiannya berdasarkan sudut sukatan, timbangan atau bilangan.
Menurut pendapat jumhur ahli Fiqh, harta sebanding ia adalah segala barangan dan benda
yang dilakukan dengan sukatan (al-Mikyalat) seperti; Tepung gandum, beras dan lain-
lain. Ia juga merangkumi barangan secara timbangan (al muwazanat) seperti Kapas. Iaitu
harta atau benda-benda yang mampu untuk ditentukan kadarnya dengan cara bersukat
dan bertimbang.
2.6.9 Mal Mutaqawwim (harta Bernilai) vs Mal Ghayr Mutaqawwim (Harta tak
bernilai)
a. Harta Bernilai (Mal Mutaqawwim)
Harta Bernilai ialah segala benda bernilai, diperoleh dan dikumpulkan menerusi usaha
yang sah serta mampu untuk diambil manfaat sudut syarak. Faedah serta pengurusan
terhadap harta bernilai dapat dilaksanakan masa keadaan lapang dan terdesak. Harta
bernilai merangkumi tanah, aset yang boleh dipindahkan atau mudah alih, harta tidak
boleh pindah dan makanan kecuali benda haram dari segi syarak.
b. Harta Tidak Bernilai (Mal Ghayr Mutaqawwim)
Iaitu barangan atau benda yang tidak dapat dimiliki serta dimiliki secara salah. Ia juga
tidak boleh dikumpulkan dengan usaha ataupun apa sahaja yang tidak dapat diperoleh
dan tidak boleh diambil faedah daripadanya di sudut syarak kecuali dalam keadaan
darurat (terdesak sahaja). Oleh itu harta atau barang yang tidak mempunyai harga serta
nilai tersebut tidak boleh mendapat jaminan ganti rugi atau apa-apa perlindungan sudut
70
syarak. contohnya ialah Benda-bendu haram dari sudut syarak seperti arak dan bangkai.
Juga seperti barang yang belum dimiliki seperti burung yang bebas diudara, ikan-ikan
dilautan.
2.6.10 Mal Qabil Lil Qismah vs Mal Ghayr Qabil Lil Qismah
(harta yang boleh dibahagi dan harta yang tidak dapat dibahagi)
Harta yang dapat dibahagi dan yang tidak dapat dibahagi dari segi dapat tidaknya
dibahagi, terbahagi pula kepada dua bahagian:
1. (a) harta yang dapat dibahagi (mal qabilatul lil qismah).
2. (b) yang tak dapat dibahagi ( mal ghairul qabilatil qismah).
Harta yang dapat dibahagi ialah harta yang tidak menimbulkan sesuatu kerusakan apabila
dipecah menjadi beberapa bahagian. Manfaat yang dimiliki sebelum dibahagi itu terus
berlaku sesudah masing-masing bahagian itu dan semua bahagiannya menyamai harta
asasnya. Beras, tepung dan seumpamanya dapat dibahagi, kerana manfaatnya tetap
diperoleh bahagian-bahagiannya, demikian pula masing-masingnya berharga dan
kumpulannya nanti menyamai harga asas. Gelas, kerusi, masing-masingnya tak dapat
dibahagi. Kerana kalau dibahagi akan rosaklah manfaatnya. Pakaian yang telah dijahit
menjadi baju tak dapat dibahagi lagi. Tetapi sepotong kain besar yang masing-masing
bahagian mempunyai harga sendiri-sendiri dapat dibahagi.
Sebuah naskah tak dapat dipecah menjadi beberapa bahagian, kerana tidak dapat
dimanfaatkan lagi sebagai manfaat aslinya. Kebun, rumah, pokok yang mungkin dibahagi
dalam erti masing-masing bahagian dapat dimanfaatkan seperti rumah besar dapat
dijadikan dua rumah, masing-masing dapat dimanfaatkan sebagai rumah, pokok besar
dapat dijadikan dua pokok, maka kebun-kebun, rumah-rumah atau pokok-pokok yang
sedemikian dikatakan qabilur tir. Jika rumah itu sesudah dibahagi tidak boleh menjadi
dua rumah walaupun dapat dimanfaatkan untuk yang lain umpamanya untuk asas, maka
ini dikatakan glairu qabilil lil qismah. Kebun-kebun yang manfaatnya beRPautan dengan
71
sesuatu yang ada padanya, seperti tempat-tempat mandi umum, atau didirikan di situ
perlindungan maka tanah ini pada ketika itu masuk dalam harta ghairu qabiliyah lil
qismah.
2.7 Konsep Pemilikan (Hak Milik)
Islam mengiktiraf kewujudan harta yang boleh dimiliki oleh manusia dan juga
mengiktiraf hak milik manusia terhadap harta tersebut melalui cara-cara yang diiktiraf
syarak.
Dari segi bahasa Arab pemilikan bererti penguasaan seseorang terhadap harta secara
mutlak. Dalam kamus lisan al-Arab pemilikan bermaksud menyimpan dan memiliki
sesuatu secara mutlak, iaitu seseorang itu berkuasa penuh untuk menguruskannya. (Ibn
Manzur)
Dalam penggunaan bahasa ia membawa maksud:
1. Ia berasal daripada perkataan al'millz (3) yang bererti: Menguasai sesuatu.
2. Sesuatu harta yang dimiliki.
3. Menyimpan dan memiliki sesuatu atau kuasa penuh menguruskannya.
Ulama Fiqh telah mendefinisikan pemilikan dari segi istilah dengan berpacam:
1. Pemilikan secara umumnya membawa maksud penguasaan terhadap sesuatu
dengan tujuan memenuhi dimana ia boleh mengurus, membelanjakan serta
mengambil faedah daripadanya berdasarkan kaedah syarak.
2. Pengkhususan dan apa yang dikhususkan oleh syarak terhadap seseorang insan
mengenai sesuatu benda dan ia ditegah atau terhalang terhadap orang lain
selainnya, Ia juga merangkumi seseorang pemilik mengurus dan membelanjakan
hak miliknya pada peringkat awal serta asalnya, namun kemudiannya kerana
sebab-sebab tertentu syarak menegah ia menguruskannya.
72
Apa yang pentingnya pengkhususan dan penguasaan yang ditetapkan kepada manusia
terhadap segala harta tersebut ialah menerusi ketetapan syarak. Jika pemilikan serta
pengurusan yang dilakukan tersebut selaras dengan syariah, ia merupakan pemilikan
yang sah. Pemilikan sebegitu menyebabkan pemiliknya boleh melaksanakan segala
urusan muamalah, kecualilah jika pemiliknya terdedah dengan halangan berbuat seperti:
Gila dan bodoh serta lainnya. Dalam keadaan tersebut, sesiapa atau orang lain tidak boleh
menguruskannya atau mengambil faedah daripadanya, melainkan terdapat ketetapan dan
menerusi asas syariah yang mengharus-kannya, seperti: Penguasaan wali atau wakil.
Menurut istilah para fuqaha, pemilikan ialah satu hubungan syari'i (sah) antara seseorang
itu dengan sesuatu benda. Hubungan itu menyebabkan dia mempunyai keistimewaan
yang dapat menghalang orang lain daripada memiliki benda itu. (Ibn al-Humarn,
Fathal'Qadir, al-Matba'ah al-Maimaniyah).
Dia juga berkuasa menguruskan harta tersebut sepenuhnya jika dia berkelayakan untuk
berbuat demikian dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara. Berdasarkan pengertian
ini, pemilikan bukanlah sesuatu yang bersifat fizikal atau benda, tetapi suatu hak yang
diiktiraf oleh syara' bagi seseorang. Apabila keistimewaan ini diberikan oleh syara'
kepada seseorang, dia mempunyai kuasa penuh untuk mengurus dan mentadbir hartanya
dengan caranya sendiri. Dia boleh memanfaatkan sendiri atau membenarkan orang lain
untuk menguruskannya dengan syarat pengurusan dan pentadbirannya itu dilakukan
dengan cara yang dibenarkan oleh syara'. Berdasarkan pengertian ini, seseorang yang di-
amanahkan untuk menjaga harta orang lain tidak dianggap sebagai pemilik harta tersebut
walaupun dia diberi kuasa untuk mengurus dan mentadbir harta berkenaan. Seorang
kanak-kanak atau orang gila yang mempunyai harta dianggap sebagai pemilik sebenar
harta tersebut walaupun harta itu di bawah urusan dan pentadbiran orang lain. Harta
mereka terpaksa diletakkan di bawah pengurusan orang lain disebabkan adanya halangan
yang menghalang mereka daripada menguruskan sendiri harta tersebut. Sekiranya
halangan itu sudah tidak ada lagi, maka harta itu akan dikembalikan kepadanya secara
mutlak.
73
Biarpun manusia diberi hak milik terhadap harta yang mereka usahakan, namun begitu
mereka hendaklah menyedari bahawa pemilikan yang diiktiraf oleh syariah secara hisbi
(kiasan) semata-mata. iaitu kerana Allah merupakan pemilik mutlak serta maha Kaya,
sedangkan semua hamba-Nya berhajat kepada Allah' Hal itu sebagaimana yang
dijelaskan menerusi firman-Nya:
“(ingatlah), kamu ini adalah orang-orang Yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya
menderpa dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka
ada di antara kamu Yang berlaku bakhil, padahal sesiapa Yang berlaku bakhil maka
Sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah
Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin
(yang sentiasa berhajat kepadanya Dalam Segala hal). dan jika kamu beRPaling
(daripada beriman, bertaqwa dan berderpa) ia akan menggantikan kamu Dengan kaum
Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”
(Surah Muhammad 47: 38)
Daripada definisi pemilikan dapat difahami bahawa subjek kepada pemilikan ialah harta
Ini bererti pada asasnya harta sahaja yang boleh dimiliki. Walau bagaimanapun dalam
beberapa keadaan undang-undang dan amalan biasa terpaksa menentukan beberapa harta
yang tidak boleh dimiliki. Dalam masalah ini para Juqaha' membahagikan harta kepada
tiga bahagian:
1. Harta yang tidak boleh dimiliki sama sekali iaitu harta awam seperti jalan raya,
jambatan, laut, sungai dan lain- lain. Harta ini tidak boleh dimiliki oleh
sesiapapun.
2. Harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan keizinan syarak sepereti tanah
wakaf dan harta Baitulmal. Oleh sebab iiu, tidak ada sesiapa pun boleh memiliki
harta ini kecuali setelah pihak berkuasa membenarkan harla itu dimiliki dengan
mengubah sifat harta berkenaan.
3. Harta yang boleh dimiliki secara mutlak tanpa syarat iaitu selain daripada harta
jenis pertama dan kedua tadi. Harta jenis ini boleh diberi milik dan dimiliki
dengan cara-cara tertentu yang dibenarkan oleh syara' dan undang-undang'
74
a) Beberapa falsafah pemilikan dalam Islam
Hak pemilikan serta memiliki harta telah digariskan dalam banyak syariah yang
diturunkan oleh Allah. Namun begitu, kadang-kala dalam skop tertentu ada perbezaan
antara syariah terdahulu dengan syariah Islam. Sebagai contohnya harta rampasan perang
(al-Ghanimah) tidak diharuskan untuk umat nabi Musa, tetapi ia dihalalkan sekali gus
boleh dimiliki untuk umat Islam selepas diagih-agihkan, sama ada dalam bentuk harta
kekal atau tidak boleh pindah atau tidak kekal. Ia juga merupakan suatu nikmat, rahmat
dan rukhsah yang wajib disyukuri.
Berdasarkan penjelasan tersebut membuktikan bahawa pemilikan individu adalah
disahkan dalam syariah Islam. Ia selaras dengan limpah kurnia Allah yang menjadikan
segala apa yang ada di muka bumi ini untuk kemudahan serta sebagai sumber rezeki
manusia. Sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman Allah:
29. Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia
berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. dan dia Maha
mengetahui segala sesuatu.(Surah al-Baqarah 2 : 29)
2. Apa yang dapat dinyatakan di sini, berkaitan pemilikan harta yang disahkan dalam
Islam, setiap insan juga perlu menginsafi bahawa terdapat konsep tertentu mengenainya.
Ertinya ialah: Manusia sekadar berusaha dan disarankan berusaha sedaya-upaya, namun
begitu Allah yang akan rnengurniakannya. Sebagaimana yang dinyatakan menerusi
firman Allah:
“Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? kami Telah menentukan antara
mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami Telah meninggikan
sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa derajat, agar sebahagian
mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. dan rahmat Tuhanmu lebih baik
dari apa yang mereka kumpulkan. (Al-Zuhruf :32)
75
Allah tetap berhak rnelebihkan antara seseorang dengan seseorang yang lain sudut
anugerah dan rezeki berdasarkan ilmu dan ketetapan-Nya. Sebagaimana yang dijelaskan
di dalam al-Qur'an:
“ Sesungguhnya Tuhanmu lah Yang meluaskan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya), dan ia juga Yang menyempitkannya (menurut
Yang demikian). Sesungguhnya ia Maha mendalam pengetahuannya, lagi Maha melihat
akan hamba-hambanya.” (Surah al-Isra'17 : 30)
3. Menunaikan hak nafkah kepada mereka yang berhak serta membantu orang lain yang
berada di dalam kesempitan, seperti: Kaum kerabat dan orang miskin. Sebagaimana
firman AIlah:
26. dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan
haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros
Yang melampau. (Surah al-Isra' :26)
4. Harta yang dimiliki hendaklah dibelanjakan secara sederhana, tanpa berlebih-lebihan
dan bukan pula terlalu kedekut.Sebagaimana frrpan Allah:
29. dan janganlah Engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah
pula Engkau menghulurkannya Dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan
Tinggalah Engkau Dengan keadaan Yang tercela serta kering keputusan. (Surah al-Isra'
17 :29)
5. Harta yang dimiliki juga hendaklah dikeluarkan sedekah serta zakat kepada mereka
yang berhak. Justeru, mengumpulkan harta dengan tidak mengeluarkan zakat dan
haknya amat dicela. Hal itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Syariah. Selaras
dengan firman Allah:
108. jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya
Masjid (Qubaa' Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas
dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. di
Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan
76
(mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri
mereka (zahir dan batin). (Surah al-Taubah 9: 108)
Kewajipan menunaikan zakat demi membantu golongan yang susah serta agar harta yang
dimiliki itu tidak hanya berada di kalangan orang-orang kaya semata-mata. Bahkan ia
turut dinikmati oleh orang lain yang tidak bernasib baik. Sebagaimana firmanAllah:
(Surah al-Hasyr 59: 7)
Secara kesimpulan, Syariah Islam tetap mengiktiraf pemilikan individu terhadap harta
halal yang diusahakan menurut syarak. Namun begitu, pemiliknya mestilah memenuhi
beberapa ketetapan syariah terhadap harta tersebut yang dijadikan sebagai suatu amanah
dan wasilah menuju Akhirat.
2.9 JENIS-JENIS PEMILIKAN
Pemilikan beertinya penguasaan atau hak menggunakan ke atas sesuatu benda.
Penguasaan dan hak mengurus tersebut boleh berlaku ke atas ain (harta itu sendiri) dan
manfaatnya atau berlaku ke atas salah satu daripadanya, iaitu sama ada zat atau
manfaatnya sahaja. Sekiranya pemilikan berlaku ke atas zat dan manfaat harta berkenaan
maka pemilikan itu dinamakan pemilikan penuh atau pemilikan sempurna (al-Milk al-
Tam) tetapi jika memiliki salah satu daripada dua unsur tersebut, maka pemilikan itu
dinamakan pemilikan tidak penuh atau tidak sempurna (al-milk al naqis)
2.9.1 Pemilikan Sempurna (al-Milk al-Tam)
Pemilikan sempurna bermaksud memiliki zat dan manfaat sesuatu benda atau harta.
Mengikut yang diistilahkan oleh fuqaha' memiliki zat dan manfaat sesuatu benda
sekaligus.
Ciri-ciri pemilikan sempurna ialah:
77
a. Pemilikan sempurna bersifat kekal dan tidak ada jangka masa tamat, kecuali
pemiliknya sendiri ingin menamatkan pemilikannya itu. Terdapat berbagai-bagai
cara, yang membolehkan seseorang itu melupuskan hak miliknya. Umpamanya
dengan memindahkan hak milik kepada orang Iain melalui penjualan atau
memberikannya kepada orang lain secara hibah atau percuma.
b. Pemilik mempunyai kuasa penuh ke atas harta yang dimilikinya. Dia boleh
melakukan apa sahaja terhadap hartanya itu sama ada dengan cara menggunakan
sendiri atau mendapatkan keuntungan daripadanya.
c. Pemilikan tidak akan membayar sebarang gantirugi sekiranya berlaku kerosakan atau
dia sendiri merosakkan hartanya itu. Ini kerana tidak ada guna seseorang itu
membayar gantirugi kepada dirinya sendiri. Walau bagaimanapun dia mungkin boleh
dikenakan tindakan atau hukuman lain atas perbuatannya itu sekiranya yang
dirosakkan atau dimusnahkan itu ialah binatang. Dia juga boleh ditahan daripada
mengurus hartanya jika dia menampakkan kebodohan dalam membelanjakan harta
tersebut.
Sebab-sebab pemilikan sempurna ialah:
a. Penguasaan Harta Mubah (harta yang belum dimiliki)
Harta mubah adalah harta yang boleh dimiliki pada pandangan syarak dan belum dimiliki
oleh sesiapa seperti tanah yang belum diteroka, usaha mencari barang galian, perburuan
binatang yang belum dimiliki, penguasaan keatas padang rumput atau tanaman hutan dan
lain-lain.
b. Akad Pemindahan Pemilikan
78
Akad yang memindahkan hak milik daripada seorang kepada seorang yang lain. Akad-
akad jenis ini adalah banyak. Antaranya ialah akad jual-beli, hibah. wasiat dan lain-lain
lagi. Akad-akad yang memindahkan hak milik hanya boleh berlaku pada harta yang
sudah dimiliki secara sah dan tidak akan berlaku pada harta harus yang belum dimiliki
oleh sesiapa. Akad juga tidak berlaku pada harta yang dimiliki secara tidak sah di sisi
syarak. Oleh sebab itu, seseorang tidak boleh melakukan sebarang akad pada sesuatu
yang belum dimilikinya atau masih bersifat sebagai harta harus. Umpamanya dia ingin
melakukan akad pada burung yang masih berterbangan di udara atau ikan yang masih
berada di dalam laut dan sebagainya. Akad juga tidak boleh dilakukan pada sesuatu yang
dimiliki secara tidak sah di sisi syara', seperti arak kerana arak adalah suatu yang haram
dimiliki dan dimanfaatkan di sisi syarak.
c. Perwarisan (Pusaka)
Sebab lain yang boleh menjadikan faktor pemilikan sepenuh ialah pusaka. Ia merupakan
satu cara perpindahan hak milik secara mutlak melalui hukum syara'. Seorang yang
mewarisi harta pusaka memiliki harta tersebut secara sepenuh dan berhak ke atas harta
tersebut secara mutlak. Apabila seseorang meninggal dunia maka harta ini akan
berpindah milik pula kepada keluarga yang menjadi pewarisnya mengikut hukum syara'
selepas ditolak segala hutangnya atau wasiat yang diwasiatkannya. Harta tersebut akan
dimasukkan ke dalam baitulmal sekiranya tidak ada waris yang akan mewarisi hartanya.
2.9.2 Pemilikan Tidak Sempurna (al-Mulk Ghait al-Tam)
Sesuatu pemilikan tidak sempurna yang berlaku terhadap sesuatu harta salah satu
daripada dua keadaan, iaitu: zatnya atau manfaat dan faedahnya sahaja, bukan kedua-
duanya sekali gus. Kuasa pemilikan terhadap harta dan barangan bukan secara sempurna
dan penuh. Iaitu seseorang berkuasa terhadap hartanya, manakala sudut manfaatnya
dimiliki serta dibawah kendalian orang lain, seperti: Sewa-menyewa, pinjam meminjam
dan wakaf
79
a. Pemilikan zat harta sahaja. (milk al-Ain faqad)
Ialah harta sesuatu tetap kekal juga berada pada hak pemilik asalnya, manakala sudut
manfaatnya menjadi milik orang lain. Ia lebih dikenali dengan pemilikan sudut zat benda
atau fizikal sahaja. Konteks tersebut terdapat banyak bentuk antaranya ialah: wasiat.
Sebagai contohnya ialah: Wasiat yang diberikan kepada seseorang supaya mendiami
rumah tertentu atau mengusahakan tanah tertentu selama lima tahun. Biarpun pemilikan
hak terhadap zat atau fizikal sesuatu harta diklasifikasikan sebagai pemilikan tidakpenuh
dan tidak sempurna, namun begitu ia boleh berubah menjadi pemilikan penuh atau
sempurna apabila manfaat yang dimiliki oleh orang lain tamat tempohnya, seperti: Tamat
tempoh wasiat tersebut. Hal tersebut kerana selalunya pemilikan sudut faedah dan
manfaat sesuatu harta bersifat sementara sahaja.
b. Pemilikan manfaat peribadi. (milk al-manfaat al syakshi)
Ia dikenali juga dengan memiliki manfaat secara peribadi atau hak mengambil manfaat
(milk manfaat au hak al-intifa’). sudut bahasa hak al-intifa' membawa erti: Kuasa
menggunakan serta memanfaatkan. Sudut pengertian istilah pula membawa maksud:
Kekuasaan memanfaatkan sesuatu yang berada di dalam pemilikan orang lain dan ia
berlaku ekoran beberapa faktor yang telah diharuskan di dalam Syariah Islam. Sebagai
rumusan pemilikan manfaat peribadi, seseorang individu hanya berhak untuk mengambil
manfaat atau faedah sahaja (milkiyyah manfaat faqad) , bukan sudut zat atau harta itu.
Sebagai contohnya ialah: Seseorang mewasiatkan memanfaatkan rumahnya kepada
individu tertentu, untuk itu penerima wasiat hanya dapat mengambil faedah daripada
rumah tersebut untuk dirinya sahaja. Ia tidak boleh sama sekali membenarkan orang lain
turut mengambil faedah daripadanya, sama ada dengan cara menyewakan atau lainnya.
Sebab-sebab pemilikan manfaat sahaja ialah pinjaman, sewaan, wakaf, wasiat, keizinan
khas dan lain-lain.
c. Pemilikan manfaat zat sahaja. (milk al-manfaat al-Aini atau haq al-irtifaq)
80
Ia dikenali juga dengan pemilikan manfaat sahaja, hak milik bebas sudut benda
(milkiyyah al-manfaat faqad laikan ainiyyan) Antara lain secara lebih khususnya jenis ini
lebih dikenali dengan hak al-irtifaq (haq al-irtifaq) Sudut bahasa hak at-irtifaq bererti:
Hak pemanfaatan sesuatu sudut pengertian istilah pula ia membawa maksud hak yang
ditetapkan terhadap sesuatu harta tetap dan tidak bergerak untuk mendapat manfaat
daripada harta tetap dan tidak bergerak.
Untuk itu, hak al-irtifaq merupakan suatu bentuk hak yang berterusan selagi mana tetap
dan berkekalan kedua-dua bentuk harta tetap tersebut. Hal itu kerana kedua-duanya saling
kait mengait untuk mendapatkan hak al-irtifaq, tanpa meninjau sudut pemilik. Sebagai
contohnya ialah: Hak mengguna jalan (hak al-murur). Iaitu seseorang memanfaatkan
untuk laluan jalan di tanah milik jirannya sebagai jalan atau dijadikan jalan untuk sampai
ke rumah atau kebunnya. Sebagai rumusannya, pemilikan tersebut mengiringi zat benda
tidak boleh pindah yang dikira milik terbuka. Justeru, tiada mana-mana individu tertentu
yang boleh membataskannya. Bahkan semua orang dikira berkongsi mendapat manfaat
daripadanya sebagai contoh lain ialah hak mendapat kemudahan sumber minuman (Hak
al-Syurbi)
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya hak al-Irtifaq ialah:
a. al-taqadum iaitu sejak dahulu kala
b. al-Iystirak al-Am iaitu hak milik awam seperti sungai utama
c. al-Isytirad fi al-Uqud iaitu persetujuan dalam perjanjian.
2.8 SOALAN LATIHAN
1. Bincangkan Asas Pandangan Islam dalam Konteks Harta
2. Berikan definisi harta dari perspektifr Islam
3. Apakah Pandangan Islam dalam penggunaan Harta
4. Jelaskan jenis-jenis harta
5. Berikan definisi dan konsep Pemilikan Harta
6. Apakah yang dimaksudkan dengan pemilikan sempurna dan tidak sempurna
81
BAB 3
TEORI HAK DALAM MUAMALAT
9.1 PENGENALAN
9.2 DEFINISI HAK
9.3 RUKUN HAK
9.4 JENIS-JENIS HAK
9.4.1 Jenis Hak dilihat dari segi Pemilik Hak
9.4.1.1 Hak Allah Sepenuhnya
9.4.1.2 Hak Manusia Sepenuhnya
9.4.1.3 Berkumpul dua Hak dan Hak Allah lebih Utama
9.4.1.4 Berkumpul dua Hak dan Hak Manusia lebih Utama
82
9.4.2 Dilihat Dari Segi Proses Pemilikan Hak
9.4.2.1 Hak boleh digugurkan dan hak tidak boleh digugurkan
9.4.2.2 Hak boleh diwarisi dan hak tidak boleh diwarisi.
9.4.3 Jenis Hak dilihat dari segi Subjek hak
9.4.3.1 Hak harta dan Bukan Harta
9.4.3.1.1 Hak Umum (Hak Kemanusiaan)
9.4.3.1.1.1 Hak untuk Hidup dan Menjaga diri
9.4.3.1.1.2 Hak Kebebasan
9.4.3.1.1.2.1 Kebebasan Aqidah
9.4.3.1.1.2.2 Kebebasan Pendapat
9.4.3.1.1.2.3 Kebebasan Berfikir
9.4.3.1.1.2.4 Kebebasan Memiliki
9.4.3.1.1.2.5 Kebebasan Berpindah
9.4.3.1.1.3 Hak Persamaan
9.4.3.1.2 Hak berkaitan dengan Keluarga
9.4.3.1.2.1 Hak Berkeluarga
9.4.3.1.2.2 Hak Terhadap Suami
9.4.3.1.2.3 Hak Khusus Isteri
9.4.3.1.2.4 Hak Khusus Suami
9.4.3.1.2.5 Hak Perceraian
9.4.3.2 Hak Peribadi dan benda
9.4.3.3 Hak Mujarrad dan bukan Mujarrad
9.4.4 Jenis Hak dilihat dari segi Kuasa Pengadilan Hak
9.4.4.1 Hak Keagamaan
9.4.4.2 Hak Pengadilan
9.5 SUMBER DAN SEBAB HAK
9.6 HUKUM SESUATU HAK
9.6.1 Pelaksanaan Hak
9.6.1.1 Pelaksanaan Hak Allah
9.6.1.2 Pelaksanaan Hak manusia
83
9.6.2 Penjagaan Hak
9.6.2.1 Hak dan tanggungjawab terhadap Allah
9.6.2.2 Hak manusia secara Khusus
9.7 PENGGUNAAN HAK HENDAKLAH SELARI DENGAN SYARAK
9.7.1 Dalil haram Salahguna Hak
9.7.2 Sebab Haram Salahguna hak
9.7.3 Kaedah Membendung salahguna hak
9.7.4 Hukuman terhadap salahguna hak
9.8 PEMINDAHAN DAN BERAKHIRNYA HAK
9.8.1 Pemindahan Hak
9.8.2 Berakhirnya sesuatu hak
BAB 3
TEORI HAK
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep hak dalam perspektif Islam .
2. Menjelaskan Jenis-jenis Hak .
3. Menerangkan sumber-sumber Hak .
4. Menjelaskan Hak harta dan Hak Bukan harta .
5. Mengenal pasti hokum-hukum mengenai penyalahgunaan hak
84
3.1 PENGENALAN
Fiqh muamalat juga membincangkan isu Hak dalam pemilikan. Apakah yang
dimaksudkan hak dan milik.
3.2 DEFINISI HAK
Perkataan Hak adalah berasal daripada bahasa Arab iaitu haq atau al-haq. Dalam bahasa
arab al-hak mempunyai beberapa makna iaitu
a. Ketetapan seperti yang Allah gunakan dalam surah al-‘araf: 30 . Firman allah:
“Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi
mereka. Maka berhaklah (ketetapanlah) bagi meraka itu dalam kesesatan..”
b. Pasti seperti yang Allah gunakan dalam surah al-isra’: 16
“Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada
orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka
melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah pastilah berlaku terhadapnya
perkataan (ketentuan kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-
hancurnya.”
c. Kebenaran yang berlawanan dengan batil seperti yang Allah gunakan dalam
surah Al-baqarah: 42
”Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu Mengetahui.”
d. Kewajipan seperti yang Allah gunakan dalam al-baqarah: 241
85
”Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya)
mut'ah[153] menurut yang ma'ruf, sebagai hak (suatu kewajiban) bagi orang-orang
yang bertakwa.”
Definisi Hak dari segi istilah fiqh pula ialah Sesuatu kemaslahatan yang tetap untuk
individu dan masyarakat atau untuk kedua-dua. Ia telah ditetapkan oleh Allah sebagai
tuhan yang maha berkuasa. Hak juga adalah sesuatu yang diiktiraf oleh syarak kepada
seseorang yang melibatkan sudut harta, diri, moral dan sosial. Ia juga adalah sesuatu
hukum yang ditetapkan berdasarkan syarak dan sesuatu yang tetap untuk Allah atau
untuk manusia terhadap orang lain menerusi ketetapan syarak. Berdasarkan semua
pengertian tersebut, sumber hak ialah syarak iaitu datang dari Allah.
3.4 PEMBAHAGIAN JENIS-JENIS HAK
Hak boleh dibahagikan kepada beberapa 3 kategori apabila dilihat dari beberapa segi
iaitu:
i. Dilihat Dari Segi Pemiliki Hak
ii. Dilihat Dari Segi Proses Pemilikan Hak
iii. Dilihat Dari Segi Subjek Hak
iv. Dilihat Dari Segi Kuasa Pengadilan Bagi Hak.
3.4.1 Jenis Hak Dilihat Dari Segi Pemilik Hak
Jenis hak boleh jika dilihat dari segi pemilik hak boleh di bahagi kepada empat jenis
iaitu:
a. Hak Allah sepenuhnya (Haqqullah al-Khalish)
b. Hak manusia sepenuhnya (Haqqul insan al-Khalis)
c. Berkumpul dua hak (Allah dan Manusia) dan hak Allah adalah lebih diutama
(Ijtama’a fihi al-Haqqani wa haqullah huwa al-Ghalib)
d. Kedua Berkumpul dua hak (Allah dan Manusia) dan hak manusia adalah lebih
diutama (Ijtama’a fihi al-Haqqani wa haqul Insan huwa al-Ghalib)
86
3.4.1.1 Hak Allah Sepenuhnya (Haqqullah al-Khalish)
Hak Allah terhadap sesuatu adalah mutlak. Jika tiada seorang pun memiliki sesuatu
benda maka haknya adalah hak Allah. Sesuatu yang dimiliki oleh manusia adalah
pinjaman sahaja. Bagi sesuatu yang membawa faedah dan manfaat umum seperti udara,
laut, sungai, asas-asas dihutan dan lain-lain dikira hak Allah sepenuhnya. Manusia tidak
boleh memilikinya untuk kepentingan peribadi. Pemilikan hanya dibenarkan untuk
memastikan semua manusia mendapat manfaat daripadanya. Begitu juga contoh-contoh
lain ialah Baitullah di Mekah. Ia adalah hak Allah sepenuhnya untuk dijadikan tempat
ibadat semua orang Islam. Begitu juga pelaksanaan hukum Hudud yang diwajibkan oleh
Allah untuk menghukum orang-orang yang melakukan jenayah tertentu seperti zina,
mencuri, minum arak dan sebagainya. Ia menjadi hak Allah dan menjadi tanggungjawab
manusia melaksanakannya. Pelaksanaanya adalah untuk menjaga hak manusia dari segi
menjaga agama, nyawa atau jiwa, akal, keturunan dan harta
3.4.1.2 Hak Manusia Sepenuhnya (Haqqul insan al-Khalis)
Hak manusia sepenuhnya ialah hak manusia yang berkaitan dengan kemaslahatan
keduniaan dan individu untuk kehidupan. Hak manusia ini adalah banyak dalam
kehidupan. Allah memberikan kebebasan kepada manusia untuk berhak memilikinya
seperti hak memberi diyat dalam hukum ta’zir, hak hak mendapat ganti barang rosak
yang dibeli, hak pembeli memiliki barang yang dibeli, hak mengguna barang-barang
yang dipinjam, hak berkahwin, hak mendapat nafkah dan lain-lain hak yang berkaitan
dengan manusia.
Namun pun begitu manusia perlu sedar hak-hak mereka perlulah selaras dengan hak
Allah kerana manusia sendiri adalah hak Allah dan Allah mempunyai hak supaya diikuti
segala arahan dan kehendaknya. Hak manusia sepenuhnya itu hanya boleh berlaku
apabila berhadapan dengan hak sesama manusia. Apabila berhadapan dengan hak Allah
maka ia tidak lagi menjadi Hak manusia sepenuhnya. Imam al-Syatibi berpendapatt
bahawa hakikatnya tidak ada satu pun daripada kategori hak itu yang dikira sebagai hak
87
manusia sepenuhnya. Menurutnya mana-mana ruang hak yang ada itu sememangnya
pasti ada hak Allah. Kerana biarpun ia asalnya merupakan hak manusia seperti
menyerahkan barangan dan harga dalam muamalah jual beli antara penjual dan pembeli,
tetapi hakikatnya Allah yang menyuruh hambanya bertindak menyerahkan semua itu
kepada mereka yang berhak menerusi ketetapan hukum syarak.
3.4.1.3 Berkumpul Dua Hak (Allah Dan Manusia) Dan Hak Allah Adalah Lebih
Diutama (Ijtama’a fihi al-Haqqani wa haqullah huwa al-Ghalib)
Dalam keadaan terdapat dua hak yang sama iaitu hak manusia dan hak Allah. Maka
hukum fekah menetapkan didahulukan hak Allah kerana hak Allah mengatasi segala hak
dan hak Allah adalah untuk kebaikan manusia jua. Seperti hak qazaf (Tuduhan Zina) bagi
menjaga maruah manusia dan hak hudud sebagai hak Allah. Orang yang melakukan zina
maka hak Allah untuk menghukum Hudud dan tuduhan zina pula menjadi hak manusia
untuk dijaga maruahnya.
Maka jika sabit kesalahan zina maka pesalah hendaklah dihukum sebat atau rejam dan
jika sebaliknya maka penuduh pula akan dihukum. Pelaksanaan hukum-hukum tersebut
adalah hak Allah dan ia lebih diutamakan.
Jenayah penuduh zina pula jika disabit bersalah (iaitu tuduhan tanpa ada bukti nyata)
maka akan dihukum tanpa boleh gugur dari pengampunan orang yang kena tuduh atau
ulil amri kerana ia adalah hak Allah. Jika ia dikira hak manusia maka orang yang dituduh
zina atau ulil amri boleh mengampunkan penuduh tersebut. Pelaksanaan hukuman
terhadap penuduh zina dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak pemerintah atau orang yang
berkuasa sahaja, tanpa sebarang campur tangan tertuduh. Semua itu membuktikan hak
Allah yang diutamakan. Ia berbeza dengan hukuman qisas yang mana dalam
perlaksanaan hukumannya ada ruang campur tangan dan hak mangsa atau walinya.
3.4.1.4 Kedua Berkumpul Dua Hak (Allah Dan Manusia) Dan Hak Manusia Adalah
Lebih Diutama (Ijtama’a fihi al-Haqqani wa haqul Insan huwa al-Ghalib)
88
Hak jenis ini ialah sesuatu perkara yang bersatu padanya hak Allah dan hak manusia,
namun hak manusia diutamakan. Seperti hukuman qisas bagi kesalahan jenayah. Ia dikira
sebagai ada dua hak iaitu hak Allah dan hak manusia. Ini adalah kerana pembunuhan
tersebut merupakan suatu jenayah terhadap mnanusia dan dikenakan qisas demi menjaga
pertumpahan darah dikalangan manusia (hak manusia) dan kerosakan di muka bumi.
Manakala hak Allah pula terhadap pemilikan jiwa dan diri manusia tersebut yang mnana
pembunuhan sengaja tersebut merupakan suatu dosa besar.
Pada hukuman qisas itu terdapat hak Allah ialah gugur hukuman tersebut dengan ada
syubhat sebagaimana dalam hukuman hudud. Manakala sudut hak manusia dan ia
diutamakan daripada hak Allah pula ialah, kerana hukuman tersebut wajib dilaksanakan
atas dasar balasan yang bersamaan atau serupa. Seterusnya pihak mangsa atau waris
berhak menuntut dilaksanakan hukuman atau memberi pengampunan terhadap
penjenayah. Allah swt telah berfirman:
”Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, Hai orang-orang
yang berakal, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah 2 : 179)
3.4.2 Jenis Hak Manusia Atau Hak Individu Dari Segi Proses Pemilikan Hak
Ulamak membahagikan hak manusia atau hak individu khusus dengan melihat dari segi
pemilik hak kepada dua jenis iaitu:
i. Hak yang boleh digugurkan dan Hak yang tidak boleh digugurkan.
ii. Hak yang boleh diwarisi dan tidak boleh diwarisi.
3.4.2.1 Hak yang boleh digugurkan dan Hak yang tidak boleh digugurkan.
Hak yang boleh digugurkan ialah segala hak yang berkenaan dengan peribadi, tetapi
bukan yang berkaitan dengan harta. Antara hak peribadi yang dapat digugurkan ialah:
89
Qisos, hak syufah dan hak khiyar. Pengguguran hak yang berkaitan dengan peribadi
tersebut dapat dilaksanakan dengan membayar pampasan atau tanpa mernbayar
pampasan. Terdapat empat hak yang tidak boleh digugurkan dalam hak manusia iaitu:
a. Hak yang belum tetap. Contohnya ialah hak khiyar al-rukyah yang dilakukan oleh
pembeli sebelum ia melihat benda yang dibeli. Pengguguran hak al-syufah yang
dilakukan oleh penerima al-syufah sebelum jual beli.
b. Hak yang dimiliki oleh seseorang yang mana ia berlaku secara pasti atas dasar
ketetapan diberikan oleh syarak Sebagai contohnya ialah: Seseorang ayah atau
datuk menggugurkan hak mereka untuk menjadi wali terhadap anak dan cucu
yang masih kecil.
c. Hak yang apabila digugurkan membawa akibat berubah hukum syarak Sebagai
contohnya ialah: Seseorang suami yang menggugurkan haknya untuk
melakukannya rujuk terhadap isterinya.
d. Hak yang mana didalamnya ada hak orang lain. contohnya ialah Seseorang ibu
yang menggugurkan haknya terhadap hadanah anak juga suami yang
menggugurkan iddah terhadap terhadap isteri yang diceraikannya.
3.4.2.2 Hak yang boleh diwarisi harta dan tidak diwarisi
Jumhur ulama-Fiqh telah sepakat mengenai terdapat hak mewarisi harta. Antara hak
tersebut ialah hak penggunaan jalan (haq al-Murur), hak menggunakan air (haq al-
syurbi) ak takyin, dan khiyar aib.
3.4.2 Jenis Hak Dilihat Dari Segi Subjek
Ulama Fiqh telah membahagikan hak dari sudut subjeknya kepada tiga jenis iaitu:
a. Hak harta dan bukan harta
b. Hak peribadi dan benda
90
c. Hak mujarrad dan bukan mujarrad
3.4.3.1 Hak harta dan bukan harta
Hak harta ialah hak yang berkaitan dengan harta dan manfaatnya seperti hak memiliki
harta (haq al-Milk), hak mengambil faedah daripada harta (Haq al-intifa’) dan hak lain
yang berkaitan dengan akad atau kontrak yang merujuk kepada harta seperti hak peniaga
untuk menahan barangan yang dijualnya supaya dibuat bayaran. Iaitu sebelum bayaran
dibuat, peniaga berhak menahan barangannya daripada diambil oleh pembeli. Begitu juga
sebaliknya hak pembeli untuk mendapatkan barangan setalah bayaran dibuat. Ia juga
dikenali sebagai hak milik atau kuasa pemilikan. Jika sesuatu barang itu sudah dimiliki
oleh seseorang ia mempunyai kuasa milik atau hak pemilikan. Dengan memiliki hak
pemilikan itu ia berkuasa menggunakannya untuk apa jua tujuan seperti menjualnya,
menggunakannya, menggadaikannya dan lain-lain kecuali tujuan yang bertentangan
dengan syarak.
Hak bukan harta pula ialah hak-hak yang tiada kaitan dengan harta seperti hak isteri,
hak suami, hak qisas, hak kebebasandan lain-lain. Hak bukan harta terbahagi kepada dua
jenis iaitu:
i. hak umum / hak kemanusiaan
ii. hak berkaitan dengan keluarga.
3.4.3.1.1 Hak Umum/hak Kemanusiaan
Hak umum juga diberi nama hak kemanusiaan (huquq al-‘Ammah atau huquq al-insan).
Ia merupakan hak yang telah tetap bagi setiap insan dengan mengambilkira sebagai
anggota masyarakat. Islam mengiktiraf hak kemanusiaan. Sekarang ini dipanggil hak
asasi manusia. Antara hak-hak manusia ialah
a. Hak untuk hidup dan menjaga diri. (huquq al-hayah wa al-muhafazah ala
nafs).
b. Hak kebebasan (haq al-huriyyah)
c. Hak persamaan (haq al-musawat)
91
Hak untuk hidup ialah Islam mengiktiraf hak semua manusia untuk hidup. Mereka tidak
boleh dibunuh tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Berdosa jika membunuh manusia dan
dihukum bunuh balas. (Qisas). Allah berfirman dalam surah al-Baqarah 2: 195)
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan
dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
Allah berfirman lagi dalam surah al-Nisa’:29
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu
dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka
sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu[287]; Sesungguhnya
Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”
[287] larangan membunuh diri sendiri mencakup juga larangan membunuh orang lain,
sebab membunuh orang lain bererti membunuh diri sendiri, Kerana umat merupakan
suatu kesatuan.
Allah berfirman lagi dalam surah al-isra’: 33
“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya),
melainkan dengan suatu (alasan) yang benar[853]. dan barangsiapa dibunuh secara
zalim, Maka Sesungguhnya kami Telah memberi kekuasaan[854] kepada ahli warisnya,
tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia
adalah orang yang mendapat pertolongan.”
[853] maksudnya yang dibenarkan oleh syara' seperti qisas membunuh orang murtad,
rajam dan sebagainya. [854] Maksudnya: kekuasaan di sini ialah hal ahli waris yang
terbunuh atau Penguasa untuk menuntut kisas atau menerima diat. Qisas ialah mengambil
pembalasan yang sama. qishaash itu tidak dilakukan, bila yang membunuh mendapat
kema'afan dari ahli waris yang terbunuh iaitu dengan membayar diat (ganti rugi) yang
wajar. pembayaran diat diminta dengan baik, umpamanya dengan tidak mendesak yang
membunuh, dan yang membunuh hendaklah membayarnya dengan baik, umpamanya
92
tidak menangguh-nangguhkannya. bila ahli waris si korban sesudah Tuhan menjelaskan
hukum-hukum ini, membunuh yang bukan si pembunuh, atau membunuh si pembunuh
setelah menerima diat, Maka terhadapnya di dunia diambil qishaash dan di akhirat dia
mendapat siksa yang pedih. Diat ialah pembayaran sejumlah harta Karena sesuatu tindak
pidana terhadap sesuatu jiwa atau anggota badan.
Hak kebebasan ialah hak manusia untuk bebas dalam hidup. Ia merupakan suatu yang
amat tinggi dan paling berharga bagi setiap manusia dalam kehidupan. Islam menentang
sikap kuku besi pihak yang berkuasa sebaliknya Islam mementingkan keadilan.
Kebebasan adalah sebahagian daripada keadilan di dalam Islam. Antara unsur yang
penting dalam kebebasan ialah:
a. Kebebasan akidah. (hurriyat al- aqidah
Ajaran Islam menghorpati kebebasan manusia memilih aqidah yang mereka inginkan
meskipun menegaskan hanya aqidah Islam sahaja yang terbaik dan diterima Allah.
Allah berfirman dalam surah al-baqarah: 256:
”. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya Telah jelas
jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar
kepada Thaghut[162] dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia Telah
beRPegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus. dan Allah
Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”
[162] Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.
Seruan manusia supaya menerima ajaran Islam perlulah dilakukan secara berdakwah
dengan cara yang baik dan sesuai. Islam melarang dakwah secara paksa.
b. Kebebasan pendapat (hurriyat al-ra’yi)
Islam memberikan manusia hak kebebasan memberi pendapat dalam apa jua perkara
selagi ia tidak bertentangan hukum syarak. Islam menggalakan manusia
93
menggunakan akal fikiran kurniaan Allah supaya berfikir tentang banyak perkara
dalam kehidupan terutama dalam perkara menegakkan kebenaran. Allah berfirman
dalam surah al-imran: 104
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217];
merekalah orang-orang yang beruntung.”
[217] Ma'ruf: segala perbuatan yang mendekatkan seseorang kepada Allah;
sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan seseorang dari pada-Nya.
Rasulullah saw pula bersabda: “Sesungguhnya antara jihad yang paling besar ialah
mengatakan sesuatu yang benar ketika menghadapi sultan/pemerintah yang zalim.”
c. Kebebasan berfikir. (hurriyat al-tafkir)
Islam memberikan hak kebebasan berfikir kepada manusia untuk hidup dengan baik
dan selesa di dunia dan akhirat. Allah menyuruh manusia menggunakan akal fikiran
untuk mencari kebenaran. Manusia perlu diberi kebebasan untuk berfikir. Sikap
menutup peluang manusia untuk berfikir adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Allah berfirman dalam surah al-imran: 190
”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan
siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.”
d. Kebebasan memiliki (hurriyat al-tamlik)
Syariah Islam menetapkan bahawa setiap manusia diberi hak untuk bebas memiliki
dan menggunakan harta selagi kaedahnya tidak bertentangan dengan dasar Islam
seperti mencuri, merompak, riba, tipu, sorok dan sebagainya. Allah berfirman dalam
surah al-taubah: 34.
”Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang
alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan
94
jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orang-
orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah,
Maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang
pedih, 35. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu
dibakar dengannya dahi mereka, Lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan)
kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,
Maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu."
e. Kebebasan berpindah (hurriyat al-tanaqqul)
Islam memberi hak kebebasan kepada manusia untuk bebas bergerak dan berpindah
dari satu tempat ke satu tempat, atau satu negeri kesatu negeri atau satu negara ke satu
negara mengikut keperluan hidupnya. Mereka bebas berbuat demikian untuk mencari
rezeki, beribadat, menuntut ilmu, menyebarkan dakwah dan sebagainya selagi ia tidak
memudaratkan kehidupan manusia. Allah berfirman dalam surah al-mulk: 15
” Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, Maka berjalanlah di segala
penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. dan Hanya kepada-Nya-lah
kamu (kembali setelah) dibangkitkan.”
Allah berfirman lagi dalam surah al-ankabut: 56
”Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, Sesungguhnya bumi-Ku luas, Maka
sembahlah Aku saja.”
Kebebebasan secara umum untuk manusia bergerak itu hanya boleh dikawal oleh
pemerintah demi kemaslahatan umum seperti membuat beberapa peraturan
pergerakan atau perpindahan. Khalifah Umar al-khattab pernah mengeluarkan arahan
melarang beberapa sahabat daripada berpindah dari Madinah kerana sumbangan
mereka diperlukan dalam pengajaran ilmu Islam dan pandangan mereka diperlukan
dalam pentadbiran negara.
95
Hak persamaan ialah Islam mengakui hak persamaan dikalangan semua manusia
samada lelaki atau wanita. Allah menjelaskan perkara tersebut di dalam surah al-
hujurat:13
”Wahai sekelian manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki
dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara
kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. ”
3.4.3.1.2 Hak berkaitan dengan keluarga
Ia merupakan hak bukan berbentuk harta yang ditetapkan untuk manusia dengan
rnengambil kira kedudukan mereka sebagai anggota bentuk keluarga kecil. Di mana ahli
atau anggota keluarga itu terdiri daripada pasangan suami isteri serta anak-anak. Hak-hak
berkaitan dengan keluarga ada banyak, antaranya yang utama ialah
i. Hak berkeluarga
Kehidupan berkeluarga sangat dituntut oleh Islam. Islam memberi Hak kepada
manusia untuk hidup berkeluarga. Ia adalah selaras dengan fitrah serta tuntutan
semula jadi manusia yang hidup dan dijadikan secara berpasangan, sebagaimana
firman Allah: Surah Fathir 35:11
“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah Kemudian dari air mani, Kemudian dia
menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). dan tidak ada seorang
perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan
sepengetahuan-Nya. dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur
panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam
Kitab (Lauh mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.”
96
Fitrah hidup berpasangan dianugerahkan oleh Allah berpula generasi pertama, iaitu:
Ketika mana Allah menjadikan Adam, Ia juga menciptakan Hawa sebagai teman dan
pasangan hidup Adam. Selanjutnya daripada Adam dan Hawa manusia berkembang
biak, sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Nahl 16 :72)
“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan
bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki
dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan
mengingkari nikmat Allah "
Hakikatnya, gesaan dan tuntutan hidup berpasangan dalam sesebuah anggota keluarga
yang sah juga terdapat dalam semua Syariah Samawi serta agama-agama lain.
Seterusnya, di dalam al-Qur'an dan Hadis telah menjelaskan bahawa hidup
berpasangan itu merupakan suatu hak bagi manusia yang sekali gus digesa terhadap
mereka yang memenuhi syaratnya. HaI itu dijelaskan menerusi hadis, sebagaimana
sabda Baginda saw:
“Wahai pemuda-pemuda. Sesiapa sahaja dari halangan hamu yang mampu,
hendaklah ia b erkahwin. Kerana ia dapat merendahhan pandangan mata dan
menjaga hemaluan. Seterusnya sesiapa yang tidak mampu, hendaklah ia beRPuasa.
Kerana puasa itu menjadi perisai baginya.”
Hidup berpasangan menyebabkan melimpah rahmat, nikmat serta lahir ketenangan
hidup. Kerana mereka saling dapat mernenuhi tuntutan dan hak fitrah masing-masing
pada tempatnya yang sesuai. Hal itu sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Rum
30: 21
” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-
isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Selanjutnya apa yang dapat dijelaskan lagi di sini, sebaik-baik sahaja terlaksana dan
berlangsung akad perkahwinan dengan memenuhi syarat serta rukunnya, setiap
97
pasangan mempunyai tanggungjawab serta hak masing-masing. Di mana hak tersebut
sebahagiannya dikongsi secara bersama antara suami dan isteri. Manakala sebahagian
yang lain pula merupakan hak yang khusus terhadap suami serta isteri. penjelasan
mengenai hak-hak dan tanggungjawab tersebut ialah:
3.4.3.1.2.2 Hak Terhadap Suami Isteri
Suami dan isteri mempunyai hak bersama yang boleh dinikmati bersama hasil
daripada menunaikan tanggungjawab masing-masing. Hak isteri menjadi
tanggungjawab kepada suami untuk melaksanaknnya sementara hak suami pula
menjadi tanggungjawab kepada isteri untuk menunaikannya sebagaimana firman
Allah dalam Surah al-Baqarah 2 :22
”Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali
quru'[142]. tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam
rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. dan suami-suaminya
berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki
ishlah. dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya
menurut cara yang ma'ruf. akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan
kelebihan daripada isterinya[143]. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Antara ketetapan hak tersebut terhadap mereka ialah:
a. Mereka halal menjalinkan hubungan yang diharamkan sebelumnya seperti
melakukan persetubuhan. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman
Allah dalam Surah al-Ma,arij 70: 29 dan 30
b. Hak menetapkan nasib keturunan mereka hasil hubungan perkahwinan yang sah.
c. Apabila seseorang anak dilahirkan ibu bapa atau suami isteri juga saling
bertanggungjawab dan mempunyai hak terhadap penjagaan anak-anak tersebut,
seperti memberi kasih sayang, penjagaan dan nafkah
4.3.3.1.2.3 Hak Khusus Isteri
98
Untuk membentuk rumah tangga yang harponi, bahagia serta saling berkasih sayang
dikalangan ahli keluarga, para suami hendaklah menunaikan tanggungjawabnya dengan
sempurna terhadap isteri-isteri mereka. Antara tanggungjawab dan hak khusus isteri
ialah:
i. Suami mestilah memberikan nafkah kepada isterinya berdasarkan kemampuan,
selagi ia memberi kesetiaan dan menunjukkan ketaatan yang tidak berbelah bagi.
Selaras dengan firmanAllah:(Surah al-Nisa'4:19)
19. Wahai orang-orang Yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-
perempuan Dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan
menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik
sebahagian dari apa Yang kamu telah berikan kepadaNya, kecuali (apabila) mereka
melakukan perbuatan keji Yang nyata. dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-
isteri kamu itu) Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada
mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru
menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak
menjadikan pada apa Yang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu).
ii. Suami juga mestilah sentiasa berhubung dan menjalinkan hubungan dengan
penuh mesra dengan isterinya. Allah berfirman dalam surah al-Nisa’:19
“ Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita
dengan jalan paksa[278] dan janganlah kamu menyusahkan mereka Karena
hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang Telah kamu berikan
kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata[279].
dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai
mereka, (maka bersabarlah) Karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
99
“ [278] ayat Ini tidak menunjukkan bahawa mewariskan wanita tidak dengan
jalan paksa dibolehkan. menurut adat sebahagian Arab Jahiliyah apabila seorang
meninggal dunia, Maka anaknya yang tertua atau anggota keluarganya yang lain
mewarisi janda itu. janda tersebut boleh dikawini sendiri atau dikawinkan dengan
orang lain yang maharnya diambil oleh pewaris atau tidak dibolehkan kawin lagi.
[279] Maksudnya: berzina atau membangkang perintah.
iii. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam perkara agama kepada
isterinya. Pengajaran dan pendidikan perlu dilakukan dengan penuh
tanggungjawab dan lemah lembut, sesuai dengan sifat dan fitrah mereka. Hal itu
sebagaimana yang dijelaskan menerusi hadis Baginda: “BeRPesan-pesanlah
kamu (dengan berlaku baik terhadap isteri), sesungguhnya wanita itu dijadikan
daripada tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok
ialah yang paling atas. Kiranya engkau berusaha membetulkannya, engkau akan
mematahkannya, jika engkau membiarkannya ia akan terus bengkok. Oleh itu
berpesanlah dengan berlaku baik terhadap isteri.”
iv. Hak dan tanggungiawab suami berlaku adil terhadap semua isterinya jika ia
memiliki lebih daripada seorang isteri. Jika tidak, ia hendaklah berkahwin seorang
sahaja. Hal itu berdasarkan apa yang dijelaskan menerusi firman Allah: (Surah al-
Nisa'4: 3)
“ dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa
Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.
kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri
kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-
hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk
mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
Keadilan serta persamaan yang wajib ditunaikan oleh suami yang mengamalkan
poligami dengan merangkumi nafkah sudut zahir dan batin. Nafkah sudut zahir
100
ialah: Nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Manakala nafkah batin ialah:
Berpalam. Sedangkan sudut kasih sayang dan kecenderungan hati bukan berada di
bawah kuasa manusia dan mereka sudah tentu tidak dapat berlaku adil
sepenuhnya mengenai perkara itu dan ia dimaafkan, Hal itu sebagaimana yang
dijelaskan menerusi firman Allah: (Surah al-Nisa' 4: 129)
129. dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu
sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah
kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu
sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung
(di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan
memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
v. Hak isteri terhadap suami juga ialah memberikannya mas kahwin. Sebagaimana
yang dijelaskan menerusi firman Allah: (Surah ai-Nisa'4: 4)
4. dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin
mereka sebagai pemberian Yang wajib. kemudian jika mereka Dengan suka
hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka
makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat,
lagi baik kesudahannya.
3.4.3.1.2.4 Hak Khusus Suami
Syariah Islam menetapkan beberapa hak tertentu yang khusus bagi suami terhadap isteri.
Antaranya ialah sebagaimana berikut iaitu:
3.4.3.1.2.4.1 Suami mempunyai hak sebagi ketua.
101
Iaitu hak berkuasa serta sebagai ketua keluarga, yang mana ia suatu keistimewaan untuk
mereka terhadap kaum wanita. Antara sebab utama kaum lelaki dan suami khususnya
diberi kuasa sebagai ketua keluarga ialah suami memberi nafkah terhadap isteri dan ahli
keluarganya. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman Allah (Surah al-
Nisa'4: 34)
34. kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap
kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan
beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang
lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka
perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan
Yang memelihara (kehorpatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami
tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-
perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu
menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan
(kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang
bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu
mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi
Maha besar.
Kuasa dan ketua dalam erti kata tersebut bukanlah membawa maksud suami dapat
bertindak terhadap isteri sewenang-wenang atau menjadikan isteri sebagai hamba.
Namun begitu, Syariah Islam menetapkan suami sebagai ketua membawa pertunjuk ke
arah kebaikan dalam kebahagiaan keluarga serta menyelesaikan segala perpasalahan yang
timbul. Justeru, mana-mana suami yang bertindak menyalahi ketetapan Syariah atau
melampau terhadap isteri dan ahli keluarganya, ia dikira berdosa.
3.4.1.2.4.2 Hak ketaatan.
Kewajipan isteri mentaati suami dikira mempunyai kaitan yang kukuh dengan kedudukan
suami sebagai ketua keluarga. Di mana praktikal hak ditaati oleh isteri tidak akan berlaku
kiranya isteri mengabaikan tanggungjawabnya. Hak ketaatan kepada suami diletapkan
102
oleh Syariah demi kemaslahalan juga keharponian institusi keluarga. Untuk itulah juga,
isteri yang solehah dikira sebagai suatu nikmat serta anugerah yang berharga. Sabda
rasulullah saw :
”Dunia merupakan barangan perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri)
yang solehah.”
Apa yang dapat dinyatakan di sini, antara hak ketaatan atau tanggungjawab isteri
mentaati suami ialah:
a. Isteri mestilah sentiasa mentaati dan menjaga maruah suami mereka, sama ada di
hadapan atau di belakang.
b. lsteri wajib memberikan hak suami ingin menyetubuhinya bila-bila masa selagi ia
dibenarkan oleh syarak seperti ketika isteri sihat, bersih daripada haid dan nifas.
c. Menetap di rumah Suami. Isteri wajib menetap dan tinggal di rumah atau mana-mana
tempat tinggal yang telah ditempatkan oleh suaminya. Isteri tidak boleh sama sekali
atau sesuka hati keluar rumah, sama ada siang hari atau malam hari tanpa mendapat
keizinan daripada suaminya terlebih dahulu, kecuali dalam keadaan darurat, seperti:
Kebakaran. Antara firman Allah yang menetapkan hak suami tersebut ialah: (Surah
al-Ahzab: 33)
Tanggungiawab isteri supaya menetap di rumah merangkumi pemeliharaan
kehorpatan dan maruah diri rnereka serta suami. Hal itu sebagaimana firman Allah:
Surah al-Nisa' 4: 34.
Keadaan isteri yang tidak mentaati suami atau melakukan nusyuz, suami hendaklah
terlebih dahulu memberi peringatan, kemudian dipulau dan boleh memukul dengan
tujuan mendidik jika ia tetap berdegil.
3.4.3.1.2.5 Hak perceraian (Haq al-Talak)
103
Dalam hidup berkeluarga, kadang kala tidak semua pasangan boleh meneruskan
kehidupan dengan baik ekoran terdapat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Islam
beri kedua belah pihak iaitu hak melafazkan cerai kepada lelaki dan hak fasakh kepada
perempuan. Secara dasarnya Islam amat tidak menggalakkan perceraian namun jika tiada
jalan penyelesaian, maka perceraian adalah dibenarkan. Sebelum perceraian dilakukan,
usaha-usaha menyelamatkan rumahtangga hendaklah dilakukan. Allah berfirman di
dalam Surah al'Nisa' 4: 35.
“Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, Maka kirimlah
seorang hakam[293] dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga
perempuan. jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya
Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi
Maha Mengenal.”
[293] hakam ialah juru pendamai.
Jika segala usaha yang dilakukan itu gagal barulah pihak lelaki melafazkan talak atau jika
pihak lelaki enggan melafazkan talak, maka pihak perempuan boleh membuat tuntutan
fasakh di makkamah syariah untuk membubarkan perkahwinan tersebut. Allah berfirman
di dalam Surah al-Nisa' : 130
”Jika keduanya bercerai, Maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-
masingnya dari limpahan karunia-Nya. dan adalah Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi
Maha Bijaksana.”
ii. Hak hadhanah (Penjagaan anak)
Jika berlaku perceraian. Syariah Islam menetapkan hukum-hukum tertentu untuk
menjaga kepentingan juga hak anak-anak, khasnya anak-anak bawah umur serta masih
kecil. Hak Hadhanah secara umumnya merangkumi penjagaan sudut keselamatan,
makanan, pakaian, pendidikan serta kasih sayang. Hak tersebut perlu ditunaikan
104
sehingga mereka mampu berdikari, berusaha sendiri juga mengurus keperluan diri
mereka. Syariah Islam menetapkan bahawa ibu serta kalangan wanita-wanita selainnya
merupakan mereka yang lebih berhak terhadap penjagaan dan sudut hadhanah anak-anak
iaitu ibu sebagai pihak yang menjaga makan dan minum, pakaian, menyusu, berpesra dan
lain-lain sementara pihak bapa pula bertanggungjawab terhadap anak sudut nafkah.
3.4.3.2 Hak Peribadi dan Hak Benda
i. Hak peribadi (Haq al-Syakhsi)
Hak peribadi ialah hak yang telah ditetapkan menerusi kaedah syarak kepada individu
terhadap orang lain. Antara contoh hak peribadi ialah hak yang dimiliki oleh pihak
penjual dan pembeli dimana telah tetap untuk pembeli yang berada di bawah
tanggungjawab penjual untuk menyerahkan barangan jualannya. Begitu juga hak dan
tanggungjawab peribadi suami memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
ii. Hak Benda
Ia merupakan hak seseorang sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak terhadap zat atau
fizikal sesuatu benda sehingga ia dapat memiliki kekuasaan penuh menggunakannya atau
menguruskan haknya itu. Seperti hak menjadikan sesuatu barang miliknya sebagai
cagaran terhadap hutang atau gadaian.
3.4.3.3 Hak Mujarrad (huquq al-mujaraddah) dan bukan mujarrad (huquq ghair al-
mujaraddah)
Hak mujarrad adalah hak yang semata-mata dan tidak meninggalkan apa-apa kesan jika
ia digugurkan seperti kes hutang. Sekiranya pemilik hutang menggugurkan hutang
terhadap sipiutang maka ia tidak akan memberi apa-apa baki atau bekas sedikitpun
terhadap orang berhutang.
105
Hak bukan mujarrad pula ialah hak yang apabila digugurkan ada meninggalkan kesan
lain terhadap pengguguran kes tersebut seperti hukuman qisas, apabila waris mangsa
pembunuh memaafkan pembunuh diatas hak yang diberikan kepadanya maka ia memberi
kesan lain iaitu pembunuh tidak boleh dihukum bunuh lagi walaupun hokum asal ialah
pembunuh dihukum bunuh.
3.4.4 HAK DARI SUDUT KUASA PENGADILAN
Perbahasan hak dari segi kuasa pengadilan ini akan dibincangkan dari segi hak
keagamaan dan hak pengadilan. Juga mengenai sumber dan sebab hak, hukum sesuatu
hak
3.4.4.1 Hak Keagamaan
Hak agama ialah segala hak yang tidak boleh dicampuri dengan kekuasaan pengadilan.
Seperti hak dibayar hutang. Walaupun sipemberi hutang gagal menunjukkan bahawa
beliau ada memberi hutang kepada penghutang. Walaupun hakim membebaskan
penghutang kerana tiada bukti diberikan oleh sipemberi hutang tetapi jika beliau ada
membuat hutang maka dari segi hak agama, siberhutang tetap akan
dipertaanggunjawabkan dihadapan Allah untuk membayarnya.
Kadeah Fiqh ada menyebut bahawa hakim membuat hukuman berdasarkan yang zahir
(al-hakim yatawalla bi al-zawahir) tetapi Allah membuat hukuman dengan yang
tersenbunyi (wallah yatawalla bi al-saraa ir)
3.4.4.2 Hak pengadilan (Haq al-Qadhaie)
Hak pengadilan ialah segala hak yang berada di bawah kekuasaan pengadilan atau
makkamah. Pemilik hak boleh menuntut, mendakwa dan membuktikan haknya di
mahkamah atau hakim. Ia juga merupakan perkara yang lebih tertumpu kepada zahir.
Hakim dapat memainkan peranan dan menanganinya atau ia boleh dibuktikan.
106
3.5 SUMBER ATAU SEBAB HAK (Masadir al-Haq aw asbabihi)
Jumhur ulama telah sepakat mengatakan bahawa sumber serta sebab terbentuknya
sesuatu hak ialah menerusi syarak. Oleh itu, syarak merupakan sumber asal segala hak
yang terbentuk dan menerusi ketetapan syarak jugalah yang menjadi faktor dan penyebab
seseorang memiliki hak. Namun begitu faktor dan terbentuknya sesuatu hak itu terjadi
daiam dua keadaan, iaitu:
i. Kadang kala syarak menetapkan sesuatu hak dengan cara langsung tanpa sebarang
sebab atau tanpa apa-apa faktor pun. Sebagai contohnya ialah: Syarak memerintahkan
menunaikan sesuatu ibadat, tegahan melakukan segala perkara haram dan maksiat
serta pengharusan segala sumber dan benda yang baik dan berfaedah. Di mana hak-
hak tersebut ditetapkan oleh syarak secara langsung tanpa sebarang sebab dan sejarah
yang menyebabkan terbentuknya hak tersebut.
ii. Kadang kala pula syarak menetapkan sesuatu hak menerusi sesuatu faktor dan ada
sebab seperti terdapat sebab yang menyebabkan terbentuknya sesuatu hak. Sebagai
contohnya ialah: Berkenaan akad perkahwinan, di mana menerusi akad atau sebab
perkahwinan tersebut menyebabkan berlaku atau terbentuknya hak, seperti: Hak isteri
mendapat nafkah daripada suaminya, saling mewarisi antara pasangan suami steri dan
lainnya.
Ulama Fiqh menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan sebab atau penyebab
sebagaimana tersebut ialah segala sebab langsung yang muncul daripada syarak ataupun
segala sebab yang diakui oleh syarak. Atas dasar tersebutlah ulama Fiqh menetapkan
bahawa segala sumber hak ada lima, iaitu:
i. Syarak Sebagai contohnya ialah: Segala ibadat yang ditetapkan oleh syarak.
ii. Akad . Sebagai contohnya ialah: Segala akad dan kontrak j ual beli, hibah juga wakaf
yang berkaitan dengan pemindahan hak milik.
iii. Keinginan peribadi : Sebagai contohnya ialah: Janji serta nazar.
107
iv. Perbuatan berfaedah seperti: Menjelaskan hutang orang lain dengan keizinannya.
v. Perbuatan yang membentuk kemudaratan seperti: Memaksa seseorang supaya ganti
rugi akibat kelalaiannya menggunakan hak milik seseorang.
3.6 HUKUM SESUATU HAK
Hukum sesuatu hak ialah kesan yang lahir daripadanya setelah terbentuknya sesuatu hak
kepada mereka yang berhak. Ulamak Fiqh menjelaskan beberapa hukum tertentu yang
ada hubungannya dengan hak iaitu:
1. Pelaksaan hak
2. Penjagaan hak
3.6.1 Perlaksanaan Hak
Pelaksanaan hak ada berkaitan dengan perlaksanaan dan tuntutan terhadap orang berhak
agar melaksanakan hak tersebut dengan kaedah yang ditetapkan oleh syarak. Konsep
perlaksanaan dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu:
i. Perlaksanaan Hak Allah
ii. Pelaksanaan Hak Manusia
3.6.1.1 Perlaksanaan Hak Allah
Bagi pelaksanaan Hak Allah yang berkaitan dengan perkara ibadat, seseorang itu
hendaklah melaksanakannya selaras dengan ketetapan Allah sebagaimana keadaan biasa
iaitu azimah atau keadaan pengecualian atau rukhsah.
Jika seseorang itu enggan menunaikan hak Allah yang berkaitan dengan harta, maka
hakim bertanggungjawab membuat hukuman tertentu bagi ia menunaikan haknya kepada
Allah.
Jika seseorang itu enggan menunaikan hak Allak yang berkaitan dengan ibadat maka
pemerintah (ulil amri) bolehlah mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian dengan
108
syarak supaya akhirnya seseorang itu menunaikan hak Allah dari segi ibadat. Jika setelah
dibuat tindakan, beliau masih enggan menunaikan hak Allah jua, maka terserahlah
kepada Allah membuat balasan samada di dunia ini atau diakhirat nanti.
3.6.1.2 Pelaksanaan Hak Manusia
Pelaksanaan Hak manusia dilakukan dengan memberikan hak kepada yang memiliki hak
tersebut seperti apabila si A mencuri barang kepunyaan si B, maka hakim akan
memerintahan si A mengembalikan barang si B kerana hak memiliki ada pada si B dan si
A dikenakan hukuman.
Apa yang paling penting berkenaan dengan perlaksanaan hak manusia menurut ulama
Fiqh ialah bersifat sempurna, adil keiika mengembalikan hak agar antara mereka saling
beRPuas hati dan tidak merugikan mana-mana pihak. Selaras dengan firman Allah dalam
Surah al-Syura :40
“40. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, Maka barang siapa
memaafkan dan berbuat baik[1345] Maka pahalanya atas (tanggungan) Allah.
Sesungguhnya dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.”
[1345] yang dimaksud berbuat baik di sini ialah berbuat baik kepada orang yang
berbuat jahat kepadanya.
3.6.2 Penjagaan Hak
Syariah Islam menetapkan bahawa setiap pemilik hak atau orang yang berhak supaya
menjaga hak-hak mereka itu daripada sebarang bentuk penyelewengan atau pelanggaran
terhadap hak tersebut. Penjagaan hak tersebut ialah:
3.6.2.1 Hak Dan Tanggungiawab Terhadap Allah
109
Hak dan tanggunjawab kepada Allah adalah kewajipan setiap muslim. Tuntutan ibadat
kepada Allah hendaklah dipenuhi oleh manusia. Amal ma’ruf hendaklah dibuat dan
mungkar hendaklah ditegah. Jika kemungkaran berlaku, manusia perlu berusaha
menghalangnya demi menjaga hak Allah.
3.6.2.2 Hak Manusia secara Khusus.
Bagi menjaga hak manusia pula wajib keatas setiap manusia menunaikan hak-hak
manusia tersebut dari segi nyawa, kehorpatan, harta dan lain-lain. Pelanggaran hak
manusia tersebut perlu dihukum oleh ulil amri.
3.7 PENGGUNAAN HAK HENDAKLAH SELARI DENGAN SYARAK
Syar:iah Islarn menetapkan bahawa setiap hak tersebut dijaga dan digunakan ke arah
perkara yang selari dengan dasar syarak sahaja. Pemilik hak hendaklah menjaga hak
mereka daripada disalahgunakan, membahayakan dan merosakkan orang lain secara
sengaja atau tidak, sama ada terhadap individu atau masyarakat. mereka perlu
menjaganya daripada sebarang bentuk pembaziran atau kemusnahan kerana ia tidak
dibenarkan oleh syarak. Sebagai contohnya, apabila seseorang membina rumah atau
tembok di sekeliling rumahnya, ia janganlah sampai menghalang cahaya atau angin
sampai ke rumah jirannya, biarpun rumah itu dibina di atas tanah miliknya.
Seseorang yang menyalahgunakan atau menggunakan hak miliknya secara sesuka hati
tanpa memikirkan kesan baik dan buruk atau hingga membawa kemudaratan kepada
orang lain, ia ditegah dalam Islam. Begitu juga seseorang yang menggunakan sesuatu hak
bukan miliknya dan membawa kemudaratan juga dilarang oleh syarak. Sebagai contoh,
seseorang penyewa rumah yang mengambil faedah daripada rumah hingga merosakkan
110
rumah tersebut dikenali dengan tindakan menyalahgunakan dan tindakan seseorang yang
merampas barang orang lain dikenali dengan melampau.
3.7.1 Dalil Haram Salah Guna Hak
Islam melarang keras akan penyalahgunaan hak. Terdapat banyak dalil atau nas yang
menyentuh mengenai pengharaman segala salah guna hak yang ada atau tindakan yang
membawa mudarat, antaranya ialah:
a. Haram bagi seseorang suami menyalahgunakan hak harus merujuk kembali isterinya
yang diceraikan talak satu atau dua untuk tujuan menzaliminya atau membalas dendam.
233. Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi
yang ingin menyempurnakan penyusuan. dan kewajiban ayah memberi makan dan
Pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. seseorang tidak dibebani melainkan
menurut kadar kesanggupannya. janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan Karena
anaknya dan seorang ayah Karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian.
apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan
perpusyawaratan, Maka tidak ada dosa atas keduanya. dan jika kamu ingin anakmu
disusukan oleh orang lain, Maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan
pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan Ketahuilah
bahawa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Baqarah 2:233)
Allah menegaskan supaya pihak wali menegah atau menghalang mana-mana orang bodoh
daripada membelanjakan hartanya sendiri. Kerana ia tidak tahu mengurus dan berbelanja
secara boros atau membazir. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Nisa'4:5
5. Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum Sempurna
akalnya[268], harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah
sebagai asas kehidupan. berilah mereka belanja dan Pakaian (dari hasil harta itu) dan
ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik.
111
[268] orang yang belum Sempurna akalnya ialah anak yatim yang belum balig atau
orang dewasa yang tidak dapat mengatur harta bendanya.
3.7.2 Sebab Haram salah guna Hak
Ulama Fiqh menjelaskan bahawa sebab salah guna hak terbahagi kepada dua bentuk
iaitu:
a. Setiap orang yang memiliki hak tidak boleh sama sekali guna haknya sesuka hati
dengan cara yang tidak betul iaitu menggunakan secara bebas dan berleluasa hingga
menyebabkan membawa bahaya juga mudarat kepada orang lain. Oleh itu
penggunaan hak hendaklah berdasarkan batasan syarak. Batasannya ialah tidak
membawa sebarang kemudaratan kepada orang lain, sama ada individu atau
masyarakat. Sebagai contohnya: Islam mengharamkan kegiatan sorok dan monopoli
barangan ketika diperlukan walaupun barang tersebut menjadi hak penyorok barang
tersebut.
b. Penggunaan segala hak peribadi tidak boleh untuk kepentingan peribadi semata-mata
tanpa memikirkan hak masyarakat dan orang ramai. Ini adalah kerana harta dan
kekayaan yang dimiliki oleh seseorang dikira sebahagian daripada harta milik orang
ramai seperti kewajipan Zakat.
3.7.3 Kaedah Pencegahan Salahguna Hak
Ulamak Fiqh menetapkan beberapa kaedah yang berkaitan dengan penggunaan hak serta
untuk membendung salah guna hak. Antara kaedah tersebut ialah:
a. Tujuan Membawa Kemudaratan
Apa-apa tindakan yang bertujuan membawa kemudaratan adalah dilarang. Sekiranya
seseorang menggunakan haknya itu menyebabkan membawa kemudaratan kepada orang
112
lain maka ia termasuk dalam kaiegori penyalahgunaan hak yang diharamkan dalam
syariah Islam. Sebagai contohnya ialah: Suami yang merujuk isieri dengan tujuan
menzaliminya. Dengan itu bagi mereka yang melakukan tindakan salah guna atau sesuka
hati tanpa memikirkan kesan baik buruknya boleh dikenakan hukuman ta’zir dan mana-
mana yang patut oleh hakim.
b. Tujuan Yang Tidak Disyariatkan
Seseorang yang melaksanakan sesuatu tindakan yang tidak selari dengan syariah atau ia
tidak disyariatkan serta tidak selari dengan kemaslahatan penggunaan hak. Ia hendaklah
dicegah dan tindakan haram. Sebagai contoh seseorang yang mengadakan akad
perkahwinan dengan isteri yang diceraikan tiga oleh suaminya tujuan tahlil (cina buta)
iaitu bukan tujuan perkahwinan berkekalan untuk menghalalkan bekas suaminya rujuk
semula. Ia diharamkan sebagaimana hadis daripada Abdullal Ibn Mas,ud
”Allah melaknak orang yang melakukan nikah tahlil dan yang memanfaatkannya.”
c. Kemudaratan Melebihi Kemaslahatan
Jika sesuatu tindakan itu menyebabkan kemudaratan yang lebih besar ketika mana
menggunakan hak untuk mendapat sesuatu kemaslahatan ia adalah dilarang. Oleh itu
apabila seseorang pemilik hak yang menggunakan haknya demi mencapai sesuatu
kemaslahatan berbentuk peribadi, namun begitu selepas itu ia menimbulkan kemudaratan
yang besar terhadap pihak lain, ia perlu dicegah. Begitu juga, sekiranya tindakan yang
dilakukannya itu sudut kemaslahatannya adalah bersamaan dengan kemudaratan, sama
ada kemudaratan terhadap umum atau perseorangan, ia juga semestinya dihindari. Hal itu
selaras dengan sebuah hadis riwayat Ibn Abbas
”(Islam itu) Tidak ada bahaya dan tidak membahayakan.”
113
Seterusnya antara bentuk dan contoh kemudaratan dan tindakan yang memudaratkan
orang lain ialah:
i. Contoh membawa kemudaratan kepada masyarakat dan umum seperti
menjual senjata ketika berlaku fitnah dan rusuhan. Peniaga yang
melakukan sorok barang ketika diperlukan, bertujuan untuk menaikkan
harga dan monopoli. Pengharamannya sebagainana hadis daripada Ma'mar
Ibn Abdullah al-Adwi:
” Tidah melakuhan sorok barang melainkan orang yang salah.”.
ii. Contoh kemudaratan berbentuk khusus yang bersamaan dengan
kemaslahatan seperti seseorang pemilik rumah yang melakukan sesuatu
yang membawa mudarat kepada jirannya.
iii. Contoh kemudharatan yang kecil adalah seperti dahan asas dalam tanah
milik seseorang yang menyebabkan terlindung angin sampai ke rumah
jirannya.
d. Bukan Tempatnya Dan Memudaratkan Orang
Iaitu sesuatu tindakan dan penggunaan hak yang tidak pada tempatnva hingga
menyebabkan timbulnya kemudharatan kepada orang lain. Ia juga merangkumi tindakan
menggunakan hak yang tidak sesuai pada tempatnya dan bercanggah dengan adat
kebiasaan dan akhirnya membawa kemudharatan kepada orang lain seperti menyewa
rumah untuk kegunaan pusat hiburan dan judi. Sewa rumah asalnya harus tetapi tidak
sesuai untuk dijadikan pusat hiburan dan pusat tersebut akhirnya memudaratkan orang
lain.
3.7.4 Hukuman terhadap Salahguna Hak
114
Salah guna hak atau menggunakan hak sewenang-wenang dikira sebagai perbuatan
membawa kemudaratan dan ia adalah dilarang oleh Islam. Antara hukum serta kesan
yang berkaitan dengarr perkara tersebut ialah:
a. Hukuman menghapuskan atau menghilangkan segala bentuk kemudaratan yang
ditimbulkan secara berleluasa tersebut. Contohnya adalah sekiranya seseorang itu
membina bangunan atau tembok yang mengakibatkan terlindung jirannya
mendapat udara serta cahaya matahari maka hukumya ialah dirobohkan bangunan
tersebut.
b. Hukuman membayar ganti rugi atau pampasan terhadap kemudaratan yang
terbentuk ekoran salah guna hak yang membabitkan nyawa, harta atau anggota
fizikal
c. Hukuman membatalkan segala tindakan yang disalahgunakan tersebut.
Contohnya ialah: Membatalkan nikah tahlil.
d. Hukuman menegah serta menahan seseorang daripada menggunakan haknya
secara berleluasa atau sewenang-wenang. Seperti menghalang seseorang suami
membawa isterinya berpusafir, kiranya musafir tersebut bertujuan untuk
memudaratkan isterinya.
e. Hukuman mengenakan tindakan atau hukuman ta'zir' Sebagai contohnya:
Mengenakan dakwaan terhadap para pegawai yang menyalahgunakan kuasa
mereka.
f. Hukuman mengenakan tindakan paksaan seperti memaksa para peniaga yang
melakukan sorok barangan supaya menjual barangan mereka.
3.8 PEMINDAHAN DAN BERAKHIR HAK
Sesuatu hak itu harus dipindahkan serta berpindah daripada seseorang individu kepada
individu tertentu selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Syariah Islam.
Pemindahan tersebut boleh berlaku sama ada hak berbentuk harta dan bukan harta.
115
3.8.1 Pemindahan Hak
Sebab-sebab berpindah hak adalah apabila berlakunya perkara berikut:
a. Perpindahan kerana akad seperti perpindahan hak dan pemindahan hak pemilikan
harta dalam urusan jual beli berlaku antara pihak penjual kepada pihak pembeli.
b. Perpindahan hak yang berlaku sebelah pihak seperti hak hutang di mana ia
berpindah daripada tanggungjawab sipiutang kepada harta peninggalannya
dengan sebab kematiannya.
c. Perpindahan hak yang berlaku menerusi kaedah pemindahan hutang
d. Sebab kematian seperti Hak mengurus terhadap kanak-kanak. Di mana ia akan
berpindah daripada bapa kepada datuk dengan sebab kematian bapa. Begitu juga
hak hadanah terhadap kanak-kanak, di mana ia berpindah daripada pihak ibu
kepada nenek sebelah ibu apabila ibu kepada kanak-kanak tersebut telah
berkahwin dengan lelaki bukan mahram kepada kanak-kanak tersebut. Sebagai
rumusannya, pemindahan itu boleh berlaku dan diharuskan oleh syarakjika ia
berlangsung selaras dengan dasar syariah. sebagai contohnya ialah: Berkenaan
dengan waksiat dan hibah, di mana hak yang dipindahkan itu tidak melebihi yang
daripada harta. Begitu juga dalam melakukan akad hendaklah dengan memenuhi
rukun serta syaratnya.
3.8.2 Berakhirnya Sesuatu Hak
Ulama Fiqh telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor serta sebab tertentu
menyebabkan berakhir sesuatu hak selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Syariah
Islam. Cuma bentuk dan cara berakhir sesuatu hak itu berbeza sudut jenis hak, antaranya
ialah:
a. Hak-hak yang berkaitan dengan akad perkahwinan akan berakhir apabila
berlaku perceraian atau talak.
b. Hak yang berkenaan dengan pemilikan akan tamat apabila berlaku proses
akad jual beli
116
c. Hak memberi nafkah yang diwajibkan terhadap bapa kepada anak-anak
berakhir apabila anak-anak tersebut mampu berdikari dan berusaha
mencari rezeki sendiri.
d. Hak mengambil manfaat akan berakhir apabila terbatal akad sewa
menyewa atau tamat tempohnya atau dengan sebab harta tersebut tidak
dapat dimanfaatkan lagi seperti rumah yang disewakan terbakar.
9.17 SOALAN LATIHAN
1. Bincangkan definisi hak mengikut perspektif Fiqh Islam
2. Apakah rukuk-rukun hak
3. Huraikan jenis-jenis hak mengikut beberapa segi
4. Huraikan sumber dan sebab hak
5. Apakah hukum menyalahgunaan hak serta bincangkan dalil dan sebab
6. Bincangkan proses perpindahan hak dan berakhirnya sesuatu hak
BAB 4
Teori Akad
4.1 PENGENALAN4.2 DEFINISI AKAD (KONTRAK)4.3 RUKUN AKAD JUAL BELI4.4 MAJLIS AKAD (KONTRAK)4.5 KELAYAKAN AHLI BERKONTRAK
4.5.1 Ahliyah al-wujub4.5.1.1 Ahliyah al-Wujub al-Naqisah4.5.1.2 Ahliyah al-Wujub al-Kamilah
4.5.2 Ahliyah al-Ada’4.5.2.1 Ahliyah al-Ada’ al-Naqisah4.5.2.2 Ahliyah al-Ada’al-Kamilah
4.6 HALANGAN KEAHLIAN4.6.1 Halangan Samawi
4.6.1.1 Gila
117
4.6.1.2 Terencat Akal4.6.1.3 Lupa4.6.1.4 Tidur atau Pengsan4.6.1.5 Sakit tenat4.6.1.6 Mati
4.6.2 Halangan Bukan Samawi4.6.2.1 Kejahilan4.6.2.2 Tersalah4.6.2.3 Bodoh4.6.2.4 Mabuk4.6.2.5 Paksaan
4.7 KHIYAR DALAM KONTRAK 4.7.1 Definisi Khiyar4.7.2 Jenis Khiyar
4.7.2.1 Khiyar Syarat4.7.2.2 Khiyar Ta’yin4.7.2.3 Khiyar Ru’yah4.7.2.4 Khiyar Aib
4.8 PENAMATAN KONTRAK 4.8.1 Sebab-sebab Penamatan
4.8.1.1 Fasakh4.8.1.2 Rosak4.8.1.3 Khiyar4.8.1.4 Kontrak tidak terlaksana4.8.1.5 Tempoh tercapai
BAB 4
TEORI AKAD
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep akad dalam Islam .
2. Menjelaskan rukun-dan srayat-syarat akad
3. Menghubungkaitkan keahlian berkontrak dan halangan-halangan
kontrak
4. Menjelaskan konsep khiyar dan tujuannya .
5. Mengenal pasti sebab-sebab penamatan kontrak
118
4.1. PENGENALAN
Perniagaan adalah satu bidang pekerjaan yang digalakkan oleh agama Islam.
Menjalankan perniagaan dikira suatu amalan soleh iaitu mendapat pahala di sisi Allah
S.W.T sekiranya dilaksanakan dengan niat yang baik dan bertepatan dengan peraturan
Syariat Islam. Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya merupakan para peniaga yang
mashyur di zaman dahulu. Di antara peraturan syariat Islam yang penting dalam
perniagaan ialah adanya rukun dan syarat jual beli. Untuk menjadikan sesuatu jual beli
itu sah dari segi hukum syariah, rukun dan syarat-syarat jual beli tersebut hendaklah
dipenuhi sepenuhnya. Rukun adalah perkara-perkara asasi bagi wujudnya sesuatu amalan
atau perbuatan manakala syarat pula ialah sifat-sifat yang menentukan sah atau tidaknya
sesuatu amalan atau perbuatan.
Islam amat mengambil berat tentang akad atau kontrak kerana ia menjadi simbol ataupun
tanda terdapatnya kerelaan antara pihak-pihak yang terlibat. Kerelaan itulah akhirnya
menjadi faktor pengikat di antara kedua pihak yang terlibat. Tanpa akad, kontrak atau
ikatan yang sah diantara kedua belah pihak dianggap tidak berlaku. Tanda adanya
kerelaan di antara kedua pihak tersebut adalah adanya ijab dan qabul. Ia menjadi tanda
berpulanya ikatan kontrak di antara dua pihak yang terlibat. Apabila sesuatu kontrak telah
berlaku maka kedua pihak yang terlibat akan mempunyai hak dan tanggungjawab.
Mereka hendaklah memenuhi hak dan melaksanakan tanggungjawab tersebut. Dalil yang
menunjukkan adanya peraturan ini ialah:
1. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perniagaan itu, dilakukan
rela sama rela di antara kamu." ( Surah an-Nisa': 28 )
2. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Kedua pihak yang berjual beli
tidak boleh beRPisah kecuali setelah adanya kerelaan diantara keduanya."
(Riwayat Abu Daud dan Tarpizi)
119
3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Jual beli itu dikira sah selepas adanya kerelaan. Tanda adanya kerelaan diantara
kedua pihak tersebut adalah adanya ijab dan qabul."
(Riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Majah.)
Tujuan syariat Islam mengadakan akad ialah untuk melahirkan dan menjelaskan kerelaan
di antara kedua belah pihak yang melakukan kontrak berkenaan serta bersedia menerima
implikasinya. Implikasi kontrak ialah sesuatu yang mengikat di antara kedua pihak yang
terlibat berdasarkan apa yang dikontrakkan. Oleh yang demikian setiap perkataan atau
tulisan atau isyarat yang digunakan hendaklah memberi faham bahawa jual beli
berkenaan telah dilaksanakan seperti dengan adanya majlis Akad atau dengan
menggunakan perkataan "saya jual" atau "saya beli" dan perkataan yang seumpamanya
yang mempunyai erti jual beli. Dengan adanya masjlis akad, terjadilah secara rasmi satu
ikatan kontrak yang sah diantara kedua pihak yang terlibat. Ikatan ini akan memberi
perlindungan dan jaminan kepada pihak yang terlibat.
4.2 DEFINISI AKAD/ KONTRAK
Islam tidak mengharamkan sebarang bentuk urus niaga yang berasaskan jual beli yang
mempunyai persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak (mutual consent). Kerelaan
berkontrak dalam muamalah tersebut dijelmakan dalam akad kontrak. Ini adalah sesuai
dengan perintah Allah dalam surah al-Nisa’: 29.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu
dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka
sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu .”
120
Para sarjana bersepakat menyatakan bahawa lafaz akad (perjanjian atau kontrak) adalah
perkataan yang bersifat umum, meliputi semua bentuk perjanjian antara manusia. Ini
beerti secara jelas bahawa manusia bebas untuk meletakkan apa-apa syarat dalam
urusniaga mereka kecuali jika syarat itu membawa kepada ketidakadilan, ketidaktelusan
ataupun melanggar prinsip-prnsip syariah yang jelas iaitu batil. Justeru, mana-mana syarat
yang terletak antara penjual dan pembeli adalah Sah. Para sarja hukum juga berpendapatt
bahawa setiap urusniaga yang berasaskan kontrak al-bay’ adalah harus.
Definisi Aqad dari segi bahasa Arab ialah:
a. ikatan (al-Rabtu) atau simpulan (al-‘aqdu) seperti mana Allah berfirman: “Dan
mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia mereka, maka berikanlah
kepada mereka bahagiannya.” (al-Nisa’:33)
b. janji (al-‘Ahdu) seperti firman Allah: dan sempurnakanlah janji kamu dengan ku
supoaya aku sempurkan janjiku pada mu.” (Al-baqarah: 40)
c. kontrak (al-‘aqd) seperti firman Allah: “ wahai orang-orang yang beriman, tepatilah
kontrak-kontrak kamu.” (al-Maidah: 1)
Manakala dari segi istilah syarak atau perundangan Islam pula Aqad ialah suatu ikatan
atau persetujuan yang berlaku di antara pihak pertama dan pihak kedua melalui ijab dan
Qabul dimana ia akan melahirkan kesan undang-undang dan hak pada kontrak berkenaan.
Ia merupakan perbuatan untuk mengikat satu persetujuan. Di dalam urusan perniagaan
masa kini ia boleh dianggap sebagai satu kontrak atau perjanjian jual beli. Ini adalah
kerana apabila adanya Ijab dan Qabul di dalam sesuatu urusan , maka berpulalah satu
kontrak di antara kedua pihak. Akad juga boleh didefinisikan sebagai persetujuan dua
kehendak untuk melahirkan kesan undang-undang.
Pada asasnya akad-akad dan syarat-syarat dalam mu’amalat adalah harus. Oleh itu semua
jenis akad dan syarat yang dipersetujui diantara pihak-pihak yang terlibat adalah
diharuskan melainkan jika terdapat larangan secara jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah..
(Muhammad ‘Uthman Syabir (1996)16-17; Ibn Qudamah (1999): 112, al-
Syarbini,1998:35)
121
4.3 RUKUN AKAD JUAL BELI
Urusniaga jual beli tertakluk kepada rukun jual beli yang ditetapkan. Akad jual beli yang
tidak memenuhi rukun adalah fasid, tidak sahih atau batal di sisi syarak. Mengikut
Jumhur Ulamak (Mazhab Hanafi, Maliki, Shafi’I dan Hanbali). Kontrak tidak sahih ialah
kontrak yang cacat salah satu rukun atau syaratnya. Ia juga bermaksud kontrak fasid atau
batal. (Wahbah al-Zuhayli, 1995: 462). Jumhur fuqaha’ berpendapatt bahawa rukun jual
beli terdiri daripada tiga rukun iaitu pihak yang berakad (‘aqidayn), sighah dan perkara
yang di akad (ma’qudun ‘alaihi). Perkara ini telah dijelaskan oleh imam-imam seperi
imam al-Buhuti didalam kitabnya Kasyf al-Qina’ ’an Matn al-Iqna’, Imam al-Syarbini di
dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, al-Bujayrimi di dalam kitabnya Hasyiyah al-
Bujayrimi ‘Ala al-Khatib, imam Ibn Qudamah, Ibn Humam dan lain-lain.
Sesuatu jual beli hanya dianggap sah atau diperakui oleh hukum syarak hanya apabila
semua rukun-rukunnya ada dengan sempurna. Jual beli yang tidak sempurna rukun adalah
dianggap tidak sah atau terbatal dengan sendirinya. Rukun-rukun jual beli ialah :
a) Penjual.
b) Pembeli
c) Barang yang dijual.
d) Harga
e) Sighah (Ijab dan qabul)
Rukun-rukun jual beli ialah:
1. Dua pihak yang berakad iaitu Penjual dan Pembeli.
Di dalam perspektif Islam, kedua-dua pihak penjual dan pembeli disyaratkan terdiri
daripada mereka yang boleh dipertanggungjawabkan. Golongan yang boleh
dipertanggungjawabkan ialah mereka yang sempurna akal fikiran iaitu tidak gila atau
separuh gila, baligh iaitu tidak kanak-kanak dan rusd atau pintar. Mereka juga bukanlah
122
tergolong dikalangan orang yang disekat dari menjalankan urusan muamalah seperti
muflis dan safih. Urusniaga penjual dan pembeli juga hendaklah dibuat secara sukarela
tanpa adanya paksaan daripada mana-mana pihak tertentu. Jual beli yang dipaksa adalah
tidak sah.
Fuqaha’ menetapkan bahawa penjual dan pembeli hendaklah terdiri daripada orang iaitu
baligh, berakal, cerdik, mempunyai kuasa pemilikan keatas perkara yang diakadkan dan
reda-meredai antara satu sama lain.
Penjual dan pembeli perlu mumayyiz, ahli tasarruf (keahlian untuk menguruskan harta),
rusyd dan tiada paksaan dalam urusniaga.
Mazhab Syafie dan Hambali mensyaratkan al-rusyd (cerdik) terhadap penjual dan
pembeli iaitu mahir mengurus harta. Dengan itu, jual beli yang dilakukan oleh kanak-
kanak tidak sah walaupun sudah mencapai tahap mumayyiz kerana dia bukan daripada
golongan al-rusyd (orang cerdik). (al-Syarbini (1998), op.cit., h 10)
Menurut Mazhab Hanafi dan Hambali, penjual dan pembeli perlu mencapai tahap
mumayyiz iaitu orang yang mencapai tahap boleh membezakan sesuatu yang baik atau
buruk. Jual beli yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah kerana
ketiadaan ahliyah tasarruf. Namun begitu jual beli kanak-kanak yang mumayyiz masih
dikira sah sekiranya mendapat kebenaran daripada wali mereka. (Al-Buhuti (1982),
op.cit., h. 151;)
Menurut Mazhab Maliki, pihak-pihak yang berakad mestilah orang yang mukallaf,
cerdik, tidak bodoh, tidak ada unsur-unsur paksaan ke atas kedua-dua pihak yang
berakad, mempunyai pemilikan sempurna ke atas perkara yang diakadkan. Akad ini juga
dianggap sah jika dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz. Bagaimanapun
orang gila, hilang akal dan mabuk tidak sah akadnya. (Muhammad b. Ahmad al-Maltawi,
(1983), Fiqh al-Muamalah ‘Ala Madhab al-Imam Malik, Kaherah: Dar Fikr al-Islamiy, h.
13;)
123
Fuqaha’ Mazhab Hanafi juga menganggap akad kanak-kanak yang sudah mumayyiz,
mempunyai kuasa pemilikan ke atas perkara yang diakadkan atau mempunyai hak selaku
wakil atau wasi atau kerabat, adalah sah dan berkuatkuasa. Oleh itu kanak-kanak yang
sudah mumayyiz boleh melakukan akad dengan syarat ia mengetahui kaedah dan tata
cara jual beli. (Ibn Humam (t.t), op.cit., h. 74)
Mazhab Syafie dan Hambali mensyaratkan al-rusyd (cerdik) terhadap penjual dan
pembeli iaitu mahir mengurus harta. Dengan itu, jual beli yang dilakukan oleh kanak-
kanak tidak sah walaupun sudah mencapai tahap mumayyiz kerana dia bukan daripada
golongan al-rusyd (orang cerdik). (al-Syarbini (1998), op.cit., h 10)
Akad yang dimeterai itu juga tidak mengandungi unsur-unsur paksaan dan tidak ada
perkara-perkara yang menjadi halangan sesuatu akad itu dilakukan seperti muflis, hilang
akal, gila, mabuk, bodoh dan sakit tenat yang boleh membawa maut.
Bagi kanak-kanak, tidak sah akadnya jika ia belum mumayyiz. Mengikut mazhab Shafi’i,
kanak-kanak yang mumayyiz tidak sah akadnya kecuali dengan izin daripada walinya.
Terdapat empat kategori orang yang tidak sah akadnya iaitu orang gila, hamba, orang
buta dan kanak-kanak sekalipun sudah mumayyiz (al-Syarbini, 1986: 7: ‘Umar b.
Muhammad al-Bujayrimi , 1981: 23).
Mengikut Mazhab Hanbali, jika perkara yang diakadkan itu jumlahnya kecil atau sedikit,
maka akad yang dilakukan oleh kanak-kanak meskipun belum mumayyiz adalah sah.
Sebaliknya jika perkara yang diakadkan itu bernilai besar atau banyak, maka akadnya
tidak sah meskipun diizinkan oleh walinya. (Ibn Qudamah, t.t.: 27)
Menurut Mazhab Maliki, pihak-pihak yang berakad mestilah orang yang mukallaf,
cerdik, tidak bodoh, tidak ada unsur-unsur paksaan ke atas kedua-dua pihak yang
berakad, mempunyai pemilikan sempurna ke atas perkara yang diakadkan. Akad ini juga
dianggap sah jika dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz. Bagaimanapun
124
orang gila, hilang akal dan mabuk tidak sah akadnya. (Muhammad b. Ahmad al-
Maaltawi, 1983 :13)
Fuqaha’ Mazhab Hanafi juga menganggap akad kanak-kanak yang sudah mumayyiz,
mempunyai kuasa pemilikan ke atas perkara yang diakadkan atau mempunyai hak selaku
wakil atau wasi atau kerabat, adalah sah dan berkuatkuasa. Oleh itu kanak-kanak yang
sudah mumayyiz boleh melakukan akad dengan syarat ia mengetahui kaedah dan tata
cara jual beli. (Ibn Humam, 1987: 74)
2. Harta atau barang dan harga.
Subjek akad iaitu barang dan harga perlu wujud semasa akad dijalankan kerana tidak sah
jual beli barang yang ma’dum (tiada), Jual beli barang ma’dum adalah tidak sah kerana
terdapat unsur gharar. Jual beli barangan ma’dum seperti menjual buah-buahan yang
belum berbuah, tanaman yang belum masak dan anak lembu dalam kandungan adalah
tidak sah tetapi dibenarkan kepada bay’ al-salam kerana telah ditentukan sifat, jenis dan
kuantiti barangan yang jelas. Lihat al-Kasani (1998), op.cit., h. 326; al-Syarbini (t.t),
op.cit., h. 137; Syams al-Din Muhammad b. Abi al-‘Abbas Ahmad b. Hamzah al-Ramli
(1988), Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, 8 Juz, Kaherah: Syarikah Maktabah wa
matba’ah al-Babi al-halabi wa Awladih, h. 28. al-Zuhaily (1989), op.cit., h. 111; Ibn
‘Abidin (1978), op.cit., h. 61; al-Dusuqi (1984), op.cit., h. 35.
Harta dan harga adalah dua perkara yang mesti dinyatakan dalam sesuatu akad. Harta
adalah benda yang dijual dan harga ialah balasan yang mesti ditunaikan oleh pembeli.
Harta yang diakadkan hendaklah terdiri daripada jenis barangan yang berpanfaat menurut
syarak, milik penuh pembiayaan, boleh diserahkan dan diketahui oleh pihak yang berakad.
(al-Syarbini, 1986: 7)
Subjek akad hendaklah terdiri daripada harta yang bernilai dan berpanafaat pada
pandangan syarak. Tidak sah jual beli barangan najis dan yang diharamkan syarak. Mata
wang adalah benda yang berpanfaat, ia sah di jual beli. (al-Syarbini, 1998: 15-16)
125
Perkara yang di akad (Ma’qudun alahi) adalah subjek akad iaitu barang yang dijual dan
harga yang diterima. Syarat-syarat Ma’qudun alahi adalah
i. wujud semasa jual beli,
ii. harta yang bernilai,
iii. milikan yang sah. Penjual dan pembeli mestilah memiliki subjek akad secara sah.
Subjek akad yang dimiliki melalui pencurian atau rampasan menyebabkan jual
beli menjadi tidak sah. Islam melarang menjual beli hak milik orang lain tanpa
kebenaran namun begitu jual beli secara wakil adalah dibenarkan.
iv. boleh diserahkan Jika salah satu pihak tidak dapat menyerahkan barang yang
dijual maka kontrak jual beli itu menjadi tidak sah. Ia dianggap seperti jual beli
barangan ma’dum yang diharamkan. (al-Buhuti, 1998: h 162)
v. diketahui kuantiti, sifat dan jenisnya. Setiap penjual dan pembeli mesti
mengetahui secara jelas tentang subjek akad dari segi jenis, kuantiti dan sifat
supaya tidak timbul gharar dalam urusniaga
Barang yang djual disyaratkan mesti wujud dan diada atau benar-benar wujud. Ia dimiliki
secara sah oleh penjual atau pihak yang berkontrak. Barang tersebut disyaratkan pula
boleh diserahkan kepada pembeli atau pihak kontrak yang terlibat pada masa yang
ditetapkan. Masa yang terbaik bagi serahan ialah selepas sahaja kontrak jual beli berlaku.
Barang tersebut juga hendaklah terdiri daripada barangan yang halal dan suci di sisi
syariat. Ia tidak berubah seperti apa yang disebut dalam kontrak atau pengetahuan
pembeli apabila proses penyerahan dilakukan. Apabila sesuatu perubahan yang berlaku
seperti yang disebut didalam kontrak, pihak pembeli diberikan hak untuk khiyar. Khiyar
adalah hak pembatalan yang diberikan oleh syarak kepada pembeli apabila terdapat
sesuatu sebab khiyar yang diterima syarak. Huraian mengenai khiyar akan dibincangkan
selepas ini.
126
Dalam Syariah, kontrak hanya dilakukan apabila satu pihak menawarkan sesuatu kepada
pihak lain dengan balasan tertentu dan pihak satu lagi menerimanya kecuali dalam
kontrak al-Tabaruat. Balasan selalunya diadakan dalam bentuk harga. Sesuatu yang
dijadikan balasan hendaklah barang yang sah dari segi syarak seperti duit atau benda–
benda yang berpanfaat yang lain. Arak, najis, daging babi tidak boleh dijadikan balasan.
Harga jual beli yang dijalankan oleh pihak yang terlibat disyaratkan disebut semasa
berlakunya akad. Ia mesti dijelaskan dalam bentuk jenis matawang atau sesuatu nilai yang
menjadi persetujuan bersama. Islam menghendaki supaya transaksi jual beli
diberikansecara jelas di dalam akad. Ini adalah untuk mempastikan keadilan dan
kebenaran dilaksanakan. Sebarang penipuan harga barang adalah dilarang oleh Islam.
Bentuk bayaran juga hendaklah dijelaskan bersama harga samada secara tunai, hutang,
cek tertangguh, kad kredit dan sebagainya.
3. Sighah akad (ijab dan qabul).
Sighah adalah dua lafaz akad (ijab dan qabul) perjanjian jual beli yang diucapkan oleh
penjual dan pembeli. Sighah ialah lafaz jual dan beli yang keluar daripada penjual dan
pembeli sebagai tanda persetujuan dan keredaan mereka untuk mengikat kontrak.
Keredaan merupakan syarat sah jual beli yang digambarkan melalui firman Allah swt di
dalam surah al-Nisa’:29.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu.. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” Al-Nisa’: 29
Ayat tersebut menjelaskan keperluan sighah sebagai tanda kerelaan dalam apa jua
kontrak jual beli termasuk dalam urusan pertukaran wang.
Lafaz yang keluar daripada penjual dipanggil ijab (penawaran) manakala lafaz
penerimaan daripada pembeli dipanggil qabul (penerimaan). Namun Mazhab Hanafi
berpendapatt bahawa lafaz boleh berbagai cara asalkan ia yang pertama keluar dipanggil
ijab dan lafaz persetujuan selepasnya dipanggil qabul. Mazhab Hambali berpendapatt
127
bahawa lafaz sighah boleh berlaku dalam apa cara sekali pun asalkan ia menunjukkan
jual beli berlaku. Lafaz Sighah boleh juga berlaku dalam perbuatan yang menunjukkan
adanya ijab dan Qabul. Lihat al-Buhuti (1982), op.cit., h.148-149
Ijab ialah lafaz pernyataan pertama yang diucapkan oleh penjual dan qabul ialah lafaz
pernyataan penerimaan untuk berakad yang diucapkan oleh pihak pembeli. Penerimaan
hendaklah bersambung dengan tawaran. Syarat ini bermaksud tawaran dan penerimaan
hendaklah dibuat dalam majlis akad yang sama dan tanpa diselangi oleh sesuatu yang
tidak berkaitan dengannya. Menurut jumhur Fuqaha’, yang dimaksudkan dengan
bersambung tawaran dan penerimaan ialah akad itu dilakukan dalam majlis yang sama.
Mereka tidak menentukan jarak masa antara tawaran yang dibuat oleh pihak pertama dan
penerimaan yang dibuat oleh pihak kedua. Yang ditekankan ialah penerimaan boleh
dilakukan walaupun selepas bebarapa waktu asalkan mereka masih berada dalam majlis
akad. (Ibn ‘Abidin, 1987: 6; Shams al-Din al-Dusuqi, 1984: 3).
Fuqaha’ Shafi’i berpendapatt penerimaan adalah dianggap bersambung apabila dilakukan
terus sesudah tawaran dibuat tanpa diselangi oleh perbicaraan yang tiada kaitan dengan
akad. Jika tawaran dan penerimaan tidak dilakukan secara serta merta, maka akad tidak
berkuatkuasa. ( al-Sharbini, 1986: 137) ; al-Ramli , 1987): 8; al-Zuhaily, 1989: 111)
Sighah mempunyai syarat berikut iaitu:
i. Setiap Ijab dan Qabul mestilah menggambarkan secara jelas kehendak pihak
yang melakukan akad tersebut.
ii. Qabul mestilah bersesuaian dengan ijab. Tujuan syarat ini ialah supaya kedua-
duanya mempunyai objektif yang sama.
iii. Setiap pihak yang berakad memahami kehendak pihak yang satu lagi.
iv. Penerimaan hendaklah bersambung dengan tawaran. (Faizah Hj Ismail (1995),
Asas-asas Muamalat Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 70-
74.)
128
Selain daripada perkataan yang terang dan difahami dalam melakukan akad atau apa yang
biasa disebut sebagai komunikasi akad, ia boleh juga dilakukan secara tulisan (surat),
perbuatan (al-mu’atah) dam isyarat. Dalam keadaan kedua-dua pihak berdiam diri tanpa
melakukan dengan tiga cara tersebut, al-Sanhuri berpendapatt cara ini tidak boleh
dilakukan oleh pihak yang membuat tawaran kerana tawaran tidak boleh difahami dengan
cara berdiam diri semata-mata. Dengan itu penawaran boleh dengan empat cara tadi dan
hanya penerimaan sahaja boleh secara berdiaam diri dalam keadaan tertentu yang
menjelaskan ia menerima
Mazhab Hanafi berpendapatt rukun jual beli hanya terdiri daripada sighah kerana dua
rukun yang lain bagi mereka dianggap sebagai syarat sah jual beli. Walaubagaimanapun,
perbezaan ini hanya berbentuk pengkelasan sahaja dan tidak mengubah kewajipan
penjual dan pembeli memenuhi rukun-rukun al-sarf supaya sah pada pandangan syarak.
(al-Kasani, 1998: 318)
Ijab (tawaran) merupakan peringkat pertama dalam membuat kontrak. Ia adalah cakapan
pertama yang keluar daripada salah satu pihak yang berkontrak. Ia menunjukkan adanya
kerelaan dalam penawaran yang dibuat itu. Ia juga bermaksud apa yang lahir dari pihak
pertama atau penjual sama ada ia diucapkan terlebih dahulu atau terkemudian walaupun
secara lazimnya Ijab itu mestilah yang terawal kemudian baru diikuti dengan Qabul.
Penerimaan pula merupakan peringkat kedua dalam membuat kontrak. Penawaran dan
penerimaan boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu:
i. Dilakukan secara lisan (bil Kalam). Ijab dan Qabul jenis ini hendaklah dilakukan
dalam satu majlis. Walaupun sah dibuat secara lisan tetapi Islam menggalakkan
akad tersebut direkod secara tulisan. Allah berfirman di dalam al-Quran yang
bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu berpuamalah tidak secara tunai
untuk waktu yang tertentu, maka hendaklah kamu menuliskannya. Hendaklah
seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Janganlah penulis
enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarnya maka hendaklah ia
menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan apa yang hendak
129
ditulis. Hendaklah ia bertaqwa kepada Allah, janganlah ia mengurangi sedikitpun
dari hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah
keadaannya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkannya maka hendaklah
walinya mengimlakkannya dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua saksi
dari orang lelaki di antara kamu. Jika tiada dua orang saksi lelaki maka seorang
lelaki dan dua orang perempuan dari saksi yang kamu redai supaya jika seorang
lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan
memberi keterangan apabila mereka dipanggil. Janganlah kamu jemu menulis
hutang itu samada kecil atau besar jumlahnya apabila sampai masanya. Yang
demikian itu adalah lebih adil di sisi Allah dan lebih kuat persaksian serta lebih
dekat kepada tidak menimbulkan keraguan. Dan hendaklah kamu tulis dalam
urusan muamalah itu kecuali kepada urusniaga yang tunai di antara kamu maka
tiada dosa jika kamu tidak menulisnya (urusniaga tunai). Dan persaksikanlah
apabila kamu berjual beli. Janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan. Jika
kamu (Penulis dan saksi) menyulitkan urusan jualbeli maka itu adalah satu
kefasikan dalam diri mu. Takutlah kepada Allah, Allah mengajar kamu dan Allah
maha mengetahui atas segala sesuatu.“ (Surah al-Baqarah: 282 )
ii. Ijab dan Qabul boleh dilakkukan secara bertulis (bil Kitabah). Ijab ini berkuatkuasa
sebaik sahaja surat itu meninggalkan orang yang membuat tawaran dan sah
sehingga diterima oleh penerimanya. Tawaran mesti dijawab dengan segera.
iii. Ijab dan qabul boleh dibuat melalui pesanan yang dihantar melalui seseorang wakil
yang dipercayai. Bagi mereka yang tidak diragui kejujurannya dan tawaran itu
diterima, penerimaan itu menjadi sah. Ulama Maliki, Syafie dan Hambali
berpendapatt bahawa tawaran mesti dibuat oleh tuan punya harta dengan harga
yang ditetapkan tetapi Ulama Hanafi berpendapatt bahawa tawaran itu boleh
dibuat oleh salah satu daripada dua pihak tersebut.
iv. Ijab dan Qabul boleh dibuat melalui isyarat dan gerakan tangan terutamanya jika
130
orang yang membuat ijab itu bisu dan tuli atau penerima tidak faham bahawa
seseorang membuat tawaran. Ulama Maliki berpendapatt bahawa tawaran secara
isyarat adalah sah hukumnya walaupun dibuat oleh orang yang tidak cacat kerana
apa yang penting ialah orang yang membuat tawaran hendaklah memaklumkan
tentang tawaran itu kepada pihak kedua dan pihak kedua pula faham akan isyarat
tersebut.
v. Ijab dan qabul boleh dibuat secara perbuatan. Tawaran yang dibuat melalui hantar-
serah barangan adalah sah terutamanya akad jual beli bagi barangan murah dan
tidak mudah berlaku penipuan seperti menggunakan mesin jualan minuman, kad
ATM dan lain-lain.
4.4 MAJLIS KONTRAK.( MAJLIS AL-AQDU)
Sesuatu kontrak muamalat itu dikira berlaku apabila terdapat dua pihak atau lebih
menjalankan kontrak. Ia dilakukan di dalam Majlis Kontrak atau keadaan yang boleh
diakui sahnya kontrak. Majlis Kontrak ialah keadaan atau tempat dimana kedua-dua pihak
yang berkontrak membuat akad atau kontrak. Untuk terjadinya hubungan antara Qabul
dan Ijab ini terdapat tiga syarat yang perlu dilaksanakan iaitu:
i. Kedua-dua pihak pembuat tawaran dan penerima hendaklah berada di dalam satu
majlis. Ia tidak boleh dibuat dalam majlis yang berlainan. Sebab Ijab tidak dikira
sebahagian daripada kontrak jika tiada perhubungan terus antaranya dengan
Qabul. Sekiranya tawaran yang diberikan tidak terus diterima oleh pihak kedua
dalam majlis tersebut maka tawaran tersebut dikira tamat kecuali disebut tempoh
tawarannya.
ii. Dalam kontrak yang dibuat melalui surat umpamanya hendaklah ditentukan
tempoh tawaran tersebut dan apa-apa yang berkaitan dengan jelas. Imam Hanafi
berpendapatt yang dimaksudkan Ijab dan Qabul mestilah bersatu majlis ialah
bersatu masa atau waktu dimana kedua dua pihak berurusan membentuk kontrak.
131
iii. Janganlah ada sesuatu yang menunjukan keengganan daripada salah satu pihak
yang berkontrak.
iv. Janganlah orang yang membuat tawaran menarik balik tawarannya sebelum
penerima menerima tawaran.
4.5 KELAYAKAN PIHAK YANG BERKONTRAK (AL-AHLIYYAH)
Al-ahliyyah dari segi bahasa ialah Kemampuan. Menurut istilah syarak pula al-ahliyyah
bermaksud Kelayakan atau layak untuk menanggung hak orang lain dan juga menerima
hak terhadap orang lain serta melaksanakannya. Secara umumnya ia adalah pihak yang
layak memikul tanggungjawab serta mukallaf. Setiap mukallaf yang melaksanakan akad
hendaklah mempunyai keahlian dengan kelayakkan dibebani dan kelayakkan membuat
pilihan melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan.
4.5.1. Mumayyiz Hingga Baligh
Peringkat ini ialah masa seseorang insan mencapai usia mumayyiz hingga baligh. Pada
masa tersebut biarpun ia berakal, namun masih dikira singkat. Apa yang ditetapkan
terhadapnya oleh fiqh hanyalah ahliyah al-wujub al kamilah. iaitu seperti pada zaman
bayi belum mumayyiz, cuma bezanya keadaanya lebih baik daripada bayi. Pada waktu itu
sudah ditetapkan terhadapnya ahliah al-ada' al - naqisah seperti: Dituntut melaksanakan
segala ibadat. Namun begitu, ia cuma atas dasar didikan sahaja, kerana belum baligh.
Begitu juga, segala perkataan dan perbuatannya tidak diambil kira, juga tiada hukuman
sudut badan.
4.5.2 Baligh dan Berakal
Apabila seseorang itu baligh maka syariah muali ditetapkan terhadapnya tahap ahli al-
wujub al-kamilah (anggota wajib yang semppurna). Dan ahliyatul ada’ al-kamilah
132
(anggota pelaksanan yang sempurna). Ia juga dikenakan keatasnya bebanan syarak serta
diperaku sah segala pelaksanaan dan kewajipannya.
Ulamak Fiqh menbahagikan keahlian (al-ahliyyah) kepada dua iaitu
4.5.1 Ahliyyah al-Wujub (kelayakan ada bertanggungjawab)
4.5.1 Ahliyyah al-ada’ (kelayakan melaksanakan tanggungjawab)
Ahliyyah al-Wujub ialah kelayakan seseorang individu untuk bertanggungjawab serta
memiliki hak-hak serta segala kewajipan. Ia adalah pihak mempunyai ketetapan memiliki
hak serta melaksanakan keweajipan yang disyariatkan atau kelayakkan memikul
tanggungjawab. Asas penetapan Ahliyyah al-Wujub ialah insan yang hidup. Seseorang
manusia yang hidup dari lahir hingga mati dikira layak menerima Ahliyyah al-Wujub.
4.5.1 Jenis-jenis Ahliyyah al-Wujub
4.5.1.1 Ahliyyah al-Wujub al-Naqisah (kelayakan ada tanggungjawab separuh)
Ahliyyah al-Wujub al-Naqisah ialah kelayakan serta kemampuan seseorang insan untuk
menerima hak untuk dirinya semata-mata dan tidak terhadap hak orang lain. Ia juga
bermaksud kemampuan seseorang menerima hak sahaja tanpa sebarang kewajipan ke
atasnya. Contohnya janin berhak menerima pusaka kerana sabit kewujudannya tetapi
tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana tidak boleh diberi tanggungjawab keatasnya.
4.5.1.2 Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah
Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah ialah kelayakan serta kemampuan insan menerima hak,
memikul tanggungjawab terhadap dirinya serta terhadap hak orang lain. Keahlian jenis
ini berpula dengan seseorang itu dilahirkan hidup kemudian berterusan sehingga mati.
4.5.2 Ahliyyah al-Ada’ (kelayakan melaksana tanggungjawab)
133
Ahliyyah al-Ada’ ialah kemampuan seseorang insan untuk melaksanakan urusan
sebagaimana yang ditentukan oleh syarak. Ia juga layak rnengadakan muramalah dan
sekali gus ucapan dan perbuatan yang terbentuk daripadanya diambil kira oleh syarak dan
mempunyai hukum. Apabila seseorang itu mumayyiz, seseorang itu dikira sah berjual
beli. Asas utama pengukuran ialah mumayyiz, bukannya kehidupan.
Keadaan manusia ditinjau dari sudut ahliah al-ada’ boleh dibahagikan kepada dua Jenis
iaitu:
4.5.2.1 Ahliyyah al-Ada’ al-Naqisah (Kelayakan melaksana tanggungjawab separuh)
Ahliyyah al-Ada’ al-Naqisah ialah mereka yang mempunyai keanlian yang kurang
dimana ia hanya berkemampuan untuk melaksanakan sebahagian bentuk urusan sahaja
manakala sebahagian yang lain tidak dapat dilakukannya. Seterusnya pengurusan yang
yang dilakukannya hendaklah dengan mendapat khidmat nasihat, tunjuk ajar serta
bimbingan atau pengakuan daripada orang lain. Golongan yang tertakluk dalam jenis ini
sebagai contohnya ialah: Kanak- kanak mumayyiz hingga zaman sebelum aqil baligh
yarg lemah akalnya. Golongan ini akalnya tidak cacat dan tidak hilang terus oleh itu
mereka masih tertakluk dengan ahliah al-ada', tetapi ahliyah ada al-naqisah sahaja. Untuk
itu, orang yang bertindak menguruskan bagi pihaknya ketika itu ialah walinya sebagai
wakil.
4.5.2.2 Ahliyyah al-Ada’ al-Kamilah (kelayakan penuh melaksanakan
tanggungjawab)
Ahliah al-Ada' al-Kamilah ialah orang yang baligh dan sempurna akalnya. Peringkat
tersebut merupakan tempoh kemampuan seseorang insan untuk menetapkan juga
melaksanakan hak yang ditetapkan oleh syarak samaada untuknya dan orang lain
terhadapnya. Segala tindakan yang ia lakukan dikira sah, tanpa perlu mendapat keizinan
134
orang lain. Terhadapnya dikenakan kewajipan segala urusan berkaitan keduniaan dan
Akhirat. Sebagai contohnya ialah: Menerima pewarisan, mewariskan kepada orang lain
serta terhadap dirinya dikenakan tanggungan nafkah daripada harta miliknya.
4.6 HALANGAN AHLIYYAH
Kadang kala seseorang insan yang telah mencapai tahap ahliyyah al-wujub al-kamilah
dan Ahliah al-Ada' al-Kamilah tetapi setepas itu terdapat halangan yang menyebabkan
terkurang ahliah atau hilang terus ahliah. Perkara tersebut dikenali dengan halangan sudut
kemampuan. Halangan ahliyyah atau keemampuan dapat dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu halangan samawi dan halangan bukan samawi.
4.6.1 Halangan Samawi
Halangan Samawi ialah halangan yang muncul daripada Allah sebagai penggubal itu
sendiri dan ia bukannya dengan usaha dan kehendak manusia. Contoh contoh halangan
samawi ialah Gila, Terencat Akal, Lupa, Tidur atau Pengsan, Sakit Nazak, Mati
4.6.1.1 Gila
Gila dapat menghalang atau menggugurkan kemampuan untuk memahami sesuatu. Orang
gila juga tidak dapat membezakan di antara baik dengan buruk serta akibat sesuatu. Oleh
itu mereka terletak dalam kategori tidak dikenakan semua ahliah al-ada' al-Kamilah dan
al-Naqisah. Juga terkecuali daripada ahliah al-wujub yang bersifat fizikal seperti: Haji,
sembahyang, puasa, qisos , hudud. Dan kaffarah. Oleh itu orang gila ditempatkan pada
kategori hukum yang sama dengan kanak-kanak belum mumayyiz. Iaitu tidak sah segala
tasarru'f, ikrar dan akadnya biarpun dengan keizinan walinya. Namunpun begitu, menurut
jumhur ulama, berkenaan dengan harta dan pemilikannya tetap dikenakan taklif, seperti
Dikenakan diyat dan jaminan terhadap hak orang lain yang ia rosakkan. Hartanya juga
diwajibkan zakat, ia berhak memiliki harta yang dibelikan oleh wali untuknya juga
berhak terhadap harta yang ia warisi.
4.6.1.2 Terencat Akal
135
Ia merupakan kategori insan yang lemah akal dan terencat akal. Lemah dari segi
kemampuan untuk mengurus juga memahami sesuatu urusan. Segala perbuatan dan
perkataannya berada di persimpangan di antara gila dengan waras iaitu tidak sampai
tahap gila. Golongan itu secara lebih terperinci dapat dibahagikan kepada dua jenis pula,
iaitu:
i. Tiada kemampuan memahami dan membezakan. Oleh itu sudut hukumnya ketika itu ia
seolah-olah seperti orang gila. Hal itu kerana sifat tersebut sejenis daripada kategori gila.
ii. Ada kemampuan memahami dan membezakan namun tidaklah sampai ke tahap seperti
orang cerdik biasa. Untuk itu,hukum terhadapnya pada kategori ahliah a.l-ada' al-naqisah
iaitu keadaanya seperti kanak-kanak mumayyiz. Tiada terhadapnya hukum sudut fizikal,
juga tidak sah jika ia menceraikan isterinya. Namun jika ia merosakkan harta orang lain,
dikenakan ganti rugi.
4.6.1.3 Lupa
Lupa juga kadang kala dikenali juga dengan lalai. Ia adalah suatu sifat yang
menyelubungi akal fikiran seseorang yang menyebabkan ia lupa apa yang ditaklifkan
terhadapnya. Hukum terhadap orang lupa tidak sampai menafikan ahliyah al-wujub dan
al-ada' . Hal tersebut kerana ia masih memiliki kemampuan dan akal yang sempurna.
Ulama Fiqh membahagikan keadaan dan sifat lupa dengan membezakan hak yang
sepatutnya dilakukan kepada dua, iaitu:
i. Hak Allah. Seseorang yang lupa hak-hak Allah dimaafkan daripada dosa dan
diberi keuzuran contohnya: seseorang itu lupa mendirikan sembahyang maka
tidak berdosa. Namun begitu, ia hendaklah segera menunaikannya apabila ingat.
Sebagaimana hadis daripada Anas Ibn Malik:
“:Sesiapa lupa mendirikan sembahyang, hendaklah ia segera menunaikannya bila
mengingatinya.”
136
ii. Hak manusia. Apabila seseorang lupa melaksanakan hak-hak yang berkaitan
dengan manusia pada waktunya, ia tidak dikira gugur hak itu. Sebagai contohnya:
Seandainya ia merosakkan harta orang keadaan terlupa, dikenakan membayar
ganti rugi kepada pemiliknya.
4.6.1.4 Tidur Dan Pengsan
Tidur dan pengsan merupakan keadaan sementara yang menyebabkan seseorang
dimaafkan dan terbebas daripada taklif kerana dalam kedua-dua keadaan tersebut ia
dikira tidak tahu. Namun begitu, seseorang yang sedang tidur dan pengsan hanyalah
dinafikan ahliah al-ada' sahaja, tidak ahliah aI-wujub. Ia ia dibebaskan hukuman terhadap
hak-hak Allah, tetapi hak-hak manusia tidak terbebas. Sebagai contohnya: Orang sedang
tidur telah mencederakan orang lain, ia dikira mencederakan secara tidak sengaja yang
bebas daripada qisas, namun dikenakan diyat.
4.6.1.5 Sakit Mati
Apa yang dimaksudkan di sini ialah sakit tenat atau keadaan seseorang yang tidak ada
harapan untuk terus hidup. Keadaan tersebut dapat dilihat berdasarkan keadaan penyakit
yang dialaminya atau pengalaman atau jangkaan doktor. Ia juga merangkumi orang yang
menunggu hukuman bunuh, sedang lemas di lautan, tenggelam dan terbakar. Jumhur
ulama sepakat mengatakan bahawa orang yang sedang sakit mati atau dalam keadaan
tiada harapan untuk terus hidup masih mempunyai ahliah wujub kamilah. Ia berhak untuk
137
melaksanakan perbelanjaan dan pengurusan terhadap hartanya dan juga berhak menerima
dan melaksanakan apa-apa kewajipaa. Iaitu sabit terhadap dirinya segala hak berkaitan
dengan Allah dan manusia. Namun dalam hal yang berkaitan dengan harta ada
batasannya seperti: Wasiat yang dilakukannya hanya sah 1/3 sahaja.
4.6.1.5 Mati
Mati merupakan penghalang ahliah yang menyebabkan manuia lemah selemahnya.
Justeru, jumhur menetapkan sebab kematian menggugurkan ahliah al-ada' dan ahliah al-
wujub serta gugur seluruh taklif syarak, Namun begitu, berkaitan dengan hutang jenazah
ulama berselisih pendapat iaitu: Menurut pendapat setengah ulama Hanbali: Hutang si
mati gugur jika ia meninggal dunia tanpa meninggalkan harta, jika sebaliknya hutang
tersebut masih dikira tetap berkekalan. Menurut pendapat yang lebih kukuh: Hutang si
mati berkekalan dan hendaklah dibayar daripada harta peninggalannya. Jika ia tidak
berharta, seharusnya diberikan jaminan untuk membantunya agar ia bebas daripada
tuntutan pada hari Akhirat.
4.6.2 Halangan Bukan Samawi
Halangan bukan samawi ialah halangan-halangan berdasarkan usaha dan pilihan manusia
itu sendiri antaranya ialah
a. Kejahilan
b. Tersalah
c. Bodoh
d. Mabuk
e. Paksaan
138
4.6.2.1 Kejahilan
Jahil ialah tidak mengatahui sesuatu perkara atau hukum. Sebab kejahilan tidak
menafikan ahliah cuma dalam kes tertentu sahaja mereka diberikan keuzuran khususnya
bagi orang yang tinggal dalam negara Islam kerana menuntut ilmu dan bertanya kepada
orang alim itu merupakan tanggungiawab terhadap setiap individu seperti: Mengenai
ibadat, oleh itu orang jahil tetap diambil kira sudut syarak dan segala tindakannya
menyebabkan terbentuk kesan hukum. Mereka tidak boleh menjadikan kejahilan sebagai
alasan melanggar tuntutan syarak atau bebanan taklif. Hal itu juga kerana perkara fardhu
ain seperti Halal dan haram wajib diketahui oleh setiap mukallaf'
4.6.2.2 Tersalah
Tersalah dan terkeliru merupakan salah satu sebab sebagai halangan ahlyah Oleh itu,
orang tersalah dimaafkan daripada hak Allah atau berkaitan dengan dosa dan mereka
tidak diazab pada hari Akhirat. Keadaan itu selaras dengan firman Allah: (Surah al-
Baqarah 2: 286)
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat
pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang
diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah
Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami !
janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya
memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk
mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".
Selanjutnya bersalah dan terkeliru itu pula dapat dibahagikan kepada beterapa
kategorinya, iaitu:
139
i. Tersalah dalam perlaksanaan adalah kesalahan yangberlaku dalam
pelaksanaan perbuatan iaitu seperti seseorang lngin mengucapkan lafaz
tertentu tetapi terkeluar lafaz sumpah. Kesalahan sebegitu dimaafkan
sudut fizikal dan tiada dosa, namun ia tidak menggugurkan hukum sudut
harta.
ii. Tersalah kerana tidak tahu. Sebagai contohnya ialah: Seseorang makan
sahur ketika fajar terbit dengan beranggapan fajar belum terbit, dimaafkan
dan sah puasanya.
iii. Tersalah terhadap sasaran. Di mana perbuatan tersebut terkena sasaran
yang dituju, namun sasaran tersebut bukan tempatnya yang dimaksudkan.
Sebagai contohnya ialah: Seseorang melepaskan panah terhadap sasaran
yang disangka rusa, ternyata yang kena ialah manusia, Kesalahan sebegitu
menggugurkan hukum fizikal, tetapi tidak menggugurkan sudut hukum
harta, bahkan dikenakan diyat.
iv. Tersalah perkiraan. Di mana ulama Fiqh menyatakan bahawa kesalahan
kategori ini tidak dikenakan tuntutan atau jaminan, yang mana ia hanya
khusus untuk doktor. Sebagai contohnya: Doktor pakar tersalah memberi
ubat kepada pesakit dengan anggapan itu adalah ubat terbaik untuknya
namun menyebabkan kesan lain atau semakin parah.
Apa yang dapat dirumuskan di sini, menurut jumhur ulama orang tersalah dan keliru
berkenaan muamalah dikira terbatal atau tidak sah. Namun begitu, berkaitan dengan
jenayah ia dikenakan tanggungjawab terhadap apa yang ia lakukan. Cuma, ia dimaafkan
hukuman sudut fizikal sahaja. Sebagai contohnya: Seseorang mukmin membunuh
mukmin yang lain kerana tersalah, ia hendaklah membayar diyat dan kafarah.
4.6.2.3 Bodoh
Bodoh ialah golongan yang melakukan tasarruf atau pengurusan sudut harta dengan
tindakan yang menyalahi tuntutan syarak serta akal yang sempurna, biarpun mereka
kalangan orang berakal juga. Orang bodoh terpasul kategori halangan berdasarkan usaha
140
kerana mereka rnenguruskannya berdasarkan pilihan dan ikhtiar, cuma bercanggah
dengan syarak dan akal yang sempurna. Sehubungan dengan itu, orang bodoh masih
mempunyai ahliah sempurna serta dikenakan semua taklif syarak, melainkan dalam kes
tertentu dikecualikan kesan hukum. Sebagai contohnya: Ditahan pengurusan harta orang
bodoh, biarpun sudah cukup umur. Sebagaimana firman Allah: Surah al-Nisa'4 : 5)
5. dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang Yang belum sempurna
akalnya akan harta (Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu, (harta) Yang Allah telah
menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan
berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan),
dan juga berkatalah kepada mereka Dengan kata-kata Yang baik.
Oleh sebab itu, pihak wali hanya boleh menyerahkan harta orang bodoh apabila mereka
cukup umur dan cerdik dengan berdasarkan pengalaman, pengetahuan serta ujian.
Sebagaimana firman Allah: (Surah al-Nisa'4 : 6)
6. dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur
(dewasa). kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda Yang
menunjukkan Bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka
serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak
yatim itu secara Yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang)
sebelum mereka dewasa. dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu)
Yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa Yang
miskin maka bolehlah ia memakannya Dengan cara Yang sepatutnya. kemudian apabila
kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi
(yang menyaksikan penerimaan) mereka. dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan
Segala Yang kamu lakukan).
4.6.2.4 Mabuk
141
Mabuk merupakan suatu sifat yang mana akal seseorang tertutup disebabkan
pengambilan benda-benda yang menghilangkan kewarasan seperti: Arak dan dadah.
Secara lebih terperincinya mabuk atau seseorang yang mabuk dapat dibahagikan kepada
dua keadaan, iaitu:
i. Mabuk menerusi cara harus iaitu seseorang yang mabuk disebabkan perkara atau
menerusi kaedah yang tidak diharamkan oleh syarak. Sebagai contohnya ialah Mabuk
kerana tersalah mengambil ubat dan mabuk kerana minum arak dalam keadaan darurat
daripada mati kehausan. Menurut jumhur ulama, hukum terhadap mereka dari sudut
syaraknya ialah tidak diambil kira atau diberi keuzuran. Akad jual beli yang
dilakukannya adalah tidak sah. Namun begitu hukum berkenaan hak manusia dan harta
tetap dikenakan tanggungjawab dan jaminan seperti merosakkan harta orang, dikenakan
ganti rugi. Segala muamalah tiada kesan hukum dan tidak sah. Hukum jenayah juga tidak
dikenakan balasan.
ii. Mabuk menerusi cara haram iaitu mabuk yang dialami oleh seseorang menerusi
kaedah haram seperti minum arak dan penyalah gunaan dadah. Hukum terhadap mereka
dikira sama seperti mukallaf biasa biarpun akalnya tidak berfungsi ketika itu. Oleh itu
segala tindakannya ada kesan hukum seperti Akad dan talak terhadap isterinya dikira sah
dan terlaksana. Alasannya kerana ia dikira sebagai mukallaf yang tertutup akalnya kerana
usahanya sendiri dan cara haram.
Sehubungan dengan itu juga, sekiranya orang mabuk cara haram tersebut melakukan
jenayah sudut fizikal dan badan yang dikenakan hukuman hudud seperti membunuh dan
berzina, tiada apa-apa pengecualian terhadapnya bahkan dikenakan hukuman sepenuhnya
sebagaimana mukallaf lain. Namun begitu hukuman hudud dan qisas tersebut hanya
dilaksanakan terhadap dirinya setelah ia waras semula.
4.6.2.5 Paksaan
142
Paksaan juga termasuk kategori halangan berdasarkan usaha, namun bezanya ia
berdasarkan pilihan orang sama ada sudut perbuatan atau perkataan dimana ia tidak restui
dan tidak mampu ingkari seperti dipaksa ucapkan kufur, namun hatinya tetap beriman.
4.6.2.5.1 Syarat Paksaan
Sesuatu paksaan itu dikira sah apabila ia memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu iaitu:
Orang yang memaksa benar-benar bertujuan supaya dilaksanakan apa yang dipaksakan
itu atau bukan main-main dan ia memang tidak ada kuasa menolaknya. Orang yang
dipaksa benar-benar mengetahui orang yang memaksa akan bila-bila masa sahaja
mengambil tindakan terhadapnya jika enggan patuh. Perkara yang dipaksakan serta
ancaman yang akan menimpa jika ingkar melibatkan sama ada dirinya atau harta atau ahli
keluarganya.
4.7.2.5.2.Kesan Paksaan Terhadap perbuatan Dan perkataan
Paksaan yang dikenakan terhadap seseorang menimbulkan kesan tertentu, antaranya
ialah:
ii. Menurut jumhur ulama dan ulama Syafie, segala tasaruf dan pengurusan yang
berkaitan dengan ucapan orang yang dipaksa secara tidak sebenar dikira batal, seperti:
Talak.
iii. Ulama Syafi juga menjelaskan: Berkenaan perbuatan orang dipaksa juga tiada apa-
apa kesan, kecuali berkaitan dengan Penyusuan, hadas, membunuh, berzina juga
memindahkan arah kiblat.
4.7 KHIYAR (OPSYEN) DALAM KONTARK
4.7.1 Definisi Khiyar
143
Semasa menjalankan proses jual beli, agama Islam memberikan satu peraturan khas
mengenai pemilihan dalam meneruskan kontrak jual beli atau sebaliknya. Mengikut
Wahbah al Zuhaili, Khiyar ialah salah satu pihak yang berkontrak boleh meneruskan
kontrak atau tidak meneruskannya. Iaitu pilihan sesuatu disebabkan oleh sesuatu hal yang
berlaku. Mengikut pendapat Sheikh Mohsin pula Khiyar ialah kedua pihak (penjual dan
pembeli) diberi hak memilih samada hendak meneruskan jual beli mereka atau
memfasakhnya (menamatkan) mengikut syarat-syarat atau sebab-sebab tertentu. Prinsip
Khiyar di dalam hukum syariah ini adalah bertujuan untuk memberi hak supaya kedua
belah pihak yang berjual beli tidak mengalami kerugian atau penyesalan selepas
perjanijian dibuat disebabkan perkara tertentu yang timbul dari pembelian atau penjualan
berkenaan samada dari segi harga, barang dan sebagainya.
Khiyar adalah hak kepada kedua belah pihak sekiranya terdapat satu pihak mahu
meneruskan kontrak atau tidak mahu meneruskannya.
Ia adalah suatu hak yang diberi kepada pihak-pihak yang berkontrak sama ada hendak
meneruskan akad yang dibuat atau tidak.
Tujuan:
1. Memastikan adanya kerelaan hati untuk meneruskan akad.
2. Menjaga kepentingan pihak-pihak yang berakad.
Pihak berkontrak diberi peluang untuk membuat pilihan dengan menentukan subjek
kontrak itu.
Biasa berlaku pada akad terhadap benda seperti menjual dua helai baju, pembeli boleh
memilih mana-mana satu, dan tempoh tertentu untuk membuat pilihan yang diberikan.
4.7.2 Jenis-Jenis Khiyar
Khiyar terbahagi kepada enam jenis iaitu:
1. Khiyar Majlis
2. Khiyar Syarat
144
3. Aib
4. Ta’yin
5. Rukyah
6. Alaqdi
4.7.2.1 Khiyar Majlis
Khiyar Majlis ialah setiap pihak yang mengadakan aqad jualan mempunyai pilihan
terhadap pihak lain selagi mereka masih tidak beRPisah. Ia memberikan pihak yang
melakukan aqad yang meliputi ijab dan qabul hak bagi membatalkan perjanjian semasa
dalam sesi (majlis akad) tawar-menawar atau sudah selesai tetapi majlis tersebut belum
tamat. Hukum ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Bila dua orang yang berjual beli, maka masing-masing boleh khiyar (pilihan jadi jual
beli atau tidak) selama keduanya belum beRPisah dari majlis tersebut.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di dalam khiyar Majlis ini, sekiranya salah satu pihak menggugurkan hak pemilihannya
maka pihak yang satu lagi masih berhak membuat pilihan sama ada hendak meneruskan
jual beli tersebut atau memansuhkannya selagi majlis akad masih wujud.
4.7.2.2 Khiyar Syarat
Khiyar Syarat ialah pemilihan yang dinyatakan di dalam akad. Ia berlaku semasa aqad
jual beli dijalankan di mana kedua belah pihak bersetuju disyaratkan bahawa kedua-dua
belah pihak atau salah satu daripadanya berhak memilih samada jual beli itu diteruskan
atau sebaliknya. Contohnya pembeli mengatakan: "Saya beli barang awak ini dengan
syarat boleh khiyar dalam masa dua hari dari tarikh ini." Dalil bagi hukum khiyar Syarat
ini ialah hadis iaitu Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
145
" Apabila kamu berjual beli, katakanlah: jangan menipu, aku ada tempoh khiyar selama
tiga hari.”. (Riwayat Bukhari)
Mengikut Imam Syafei, syarat tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas didalam majlis
Akad yang melibatkan kerelaan diantara kedua belah pihak. Sekiranya tiada dinyatakan
dengan jelas maka syarat tersebut adalah batal. Terdapat juga ulama dikalangan mazhab
Syafei menyatakan tempoh masa khiyar atau pemilihan tersebut hendaklah tidak lebih
daripada tiga hari. Pendapat dikalangan Imam Malik pula ialah mengikut syarat yang
dipersetujui bersama iaitu mengikut uruf setempat dan jenis barang yang terlibat dalam
kontrak tersebut. Pihak yang diberi kepadanya hak memilih itu boleh membuat keputusan
sama ada hendak meneruskan jual beli atau dimansuhkan dalam tempoh tersebut. Setiap
pihak yang mengugurkan haknya untuk memilih adalah di anggap bersetuju meneruskan
jual beli tersebut. Walaupun begitu bagi pihak yang satu lagi masih mempunyai hak
pemilihan.
4.7.2.3 Khiyar Aib
Khiyar Aib ialah apabila berlaku kerosakan atau barang yang dijualbeli tersebut ada
kecacatan atau tidak menepati spesifikasi yang dipersetujui di dalam akad. Pembeli
berhak menamatkan kontrak atau meminta kurang harganya apabila kedaan tersebut
berlaku. Kecacatan yang diterima dalam khiyar Aib ini hendaklah berlaku sebelum akad
atau semasa jual beli berlangsung dimana si pembeli tidak mengetahuinya pada waktu itu
ataupun kecacatan tersebut berlaku sebelum sipembeli menerimanya. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
"Orang Islam adalah saudara kepada Muslim yang lain, Tidak halal menjual kepada
saudaranya barang yang ada kecacatan melainkan ia telah jelaskan."
(Riwayat Ibnu Majah)
4.7.1.3.1 Syarat Sabit Khiyar Aib
Antara perkara dan syarat yang membolehkan khiyar aib ialah:
146
1. Terdapat kecacatan sebelum akad atau selepas akad ataupun juga sebelum diserahkan
barangan kepada pembeli. Sekiranya berlaku kecacatan selepas barang tersebut
diserahkan kepada pembeli, maka tidak boleh khiyar lagi.
2. Pembeli tidak mengetahui terdapat kecacatan ketika majlis akad dan ketika membeli
barang tersebut. Sekiranya pembeli mengetahui ada kecacatan dan dia membeli juga
maka tidak boleh dikhiyarkan lagi.
4.7.2.4 Khiyar Ta'yin
Khiyar Ta'yin ialah orang yang berakad jual beli berhak memilih dan menentukan salah
satu daripada tiga barangan yang berlainan dari segi harga dan sifat barang tersebut.
Sebagai contohnya seseorang pembeli diberi pilihan oleh penjual terhadap tiga buah jam
tangan pada harga yang berlainan. Pembeli tersebut hanya berhak memilih atau
melakukan ta'yin hanya satu sahaja. Ulama berselisih pendapat mengenai khiyar Ta'yin.
Jumhur Ulama mengatakan khiyar jenis ini ditegah kerana tidak ditentukan barang yang
hendak dijual. Manakala Imam Hanafi pula mengharuskan khiyar jenis ini diatas dasar
keperluan atau hajat manusia serta menggunakan kaedah Istihsan. Imam Hanafi
mengatakan Khiyar Ta'yin adalah harus dengan syarat-syarat berikut:
1. Barang yang hendak dijual atau dipilih itu mestilah tidak lebih daripada tiga jenis
barang sahaja.
2. Tiga jenis barang yang hendak dijual itu juga mestilah berlainan harganya dan
sifatnya. Harga tersebut mestilah ditentukan terhadap ketiga-tiga jenis barang yang
hendak dijual.
3. Masa untuk melakukan khiyar ini tidak lebih daripada tiga hari sahaja.
4.8.2.5 Khiyar Rukyah
Khiyar Rukyah ialah seseorang yang tidak melihat barang yang hendak dibeli. Oleh itu
seseorang yang hendak membeli barang tersebut hendaklah melihat barang itu. Ia berhak
menolak jika tidak mahu kerana syarat sah khiyar ini ialah dengan melihatnya. Imam
147
Malik, Hanafi dan ulama Zahiri berpendapatt khiyar ini adalah harus. Mereka
berpandukan kepada hadis Nabi riwayat Ibnu Abbas dan Abu Hurairah yang bermaksud:
"Sesiapa yang membeli sesuatu yang tidak dilihatnya terlebih dahulu, apabila
diperlihatkan kepadanya ia berhak memilih sama ada hendak menerimanya atau
menolaknya. "
(Riwayat Muslim)
Imam Syafei tidak mengharuskan khiyar Rukyah. Ia mengatakan jual beli yang tidak jelas
barangnya adalah pada asalnya lagi tidak sah. Ia berdasarkan kepada dalil berikut.
1. Nabi Muhammad s.a.w. menegah daripada menjual secara menipu. Jual beli yang ada
Khiyar Rukyah akan mendedahkan penipuan.
2. Hadis yang digunakan oleh Ulama lain dalam mengharuskan khiyar Rukyah adalah
hadis Daif, bukan hadis sahih.
4.7.2.6 Khiyar Naqdi
Khiyar Naqdi ialah khiyar yang mensyaratkan pembeli apabila mereka tidak
menyerahkan kesemua jumlah harga dalam masa yang tertentu. Iaitu dalam masa tiga hari
maka jual beli diantara mereka akan terbatal dengan sendirinya. Imam Hanafi
berpendapatt khiyar jenis ini adalah cabang daripada khiyar Syarat. Imam Hambali
berpendapatt khiyar jenis ini adalah sah dalam masa tiga hari sahaja. Khiyar Naqdi akan
terbatal dengan sebab-sebab berikut:
a) Pembeli mati.
b) Pembeli enggan melaksanakan muamalat jual beli daripada khiyar Naqdi sebelum
membayar harga.
c) Pembeli merosakkan barang yang dibelinya pada masa khiyar Naqdi.
d) Pembeli telah menyebabkan barang menjadi cacat yang ia tidak boleh
dikembalikan semula kepada penjual dan waktu itu ia belum lagi membayar
harganya. Namun begitu penjual berhak meminta ganti rugi di atas kecacatan
tersebut.
148
4. 8 PENAMATAN KONTRAK
Sesuatu kontrak boleh tamat dengan adanya pembatalan (ibtal) atau penamatan (fasakh),
atau berlaku kematian salah satu pihak yang berkontrak atau kedua-duanya dan kontrak
yang tergantung apabila syarat-syarat kontraknya tidak dipenuhi. Istilah ‘Fasakh’ atau
pembatalan kontrak ini berbeza dengan ‘batal.’ Fasakh ialah proses menamatkan kontrak
yang telah sah dari segi asalnya manakala ‘batal’ ialah kontrak tersebut adalah terbatal
atau tidak sah sejak awal lagi kerana tidak menepati syarat-syaratnya mengikut perspektif
Islam seperti tidak cukup rukun kontrak atau yang tidak menepati syarat-syaratnya.
Penamatan kontrak melalui pembatalan boleh berlaku dalam beberapa keadaan manakala
kematian menyebabkan beberapa jenis kontrak tamat.
4.8.1 Penamatan Kontrak Melalui Fasakh
Penamatan kontrak boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti :
4.8.1.1 Pembatalan dengan sebab rosak atau pencabulan kontrak.
Jika kontrak menjadi rosak seperti menjual sesuatu yang tidak diketahui atau jualan yang
terikat dengan tempoh, maka wajib dibatalkan samada pembatalan tersebut dibuat oleh
dua pihak yang berkontrak atau dibuat oleh Qadhi atau Hakim.
4.8.1.2 Penamatan dengan sebab Khiyar.
Pihak pemilik khiyar dalam khiyar syarat atau khiyar aib atau khiyar rukyah dan
sebagainya boleh menamatkan kontrak semata-mata dengan kehendaknya tetapi dalam
khyiar aib selepas penerimaan barang pada sipembeli ia tidak boleh memfasahkan lagi
jualbeli tersebut kecuali dengan persetujuan kedua-dua belah pihak
4.8.1.3 Penamatan (Fasakh) kerana tidak melaksanakan kontrak.
149
Penamatan kontrak boleh dilakukan apabila salah satu pihak yang berkontrak gagal
melaksanakan tanggungjawab mereka atau hak salah satu pihak tidak dipenuhi.
Penamatan boleh dilakukan dengan persetujuan pihak yang telibat atau melalui proses
undang-undang.
4.8.1.4 Penamatan akibat Penamatan Tempoh Kontrak atau tercapai maksudnya.
Penamatan kontrak juga boleh berlaku apabila telah tamat tempoh kontrak tersebut seperti
tempoh kontrak sewa rumah selama dua tahun atu kontrak jaminan. Sesuatu kontrak itu
akan tamat atau mansuh apabila berlaku kematian salah satu pihak yang terlibat atau
kedua-duanya.
4.8 SOALAN LATIHAN
1. Huraikan definisi akad serta rukun-rukunnya.
2. Apakah majlis Akad
3. Bincangkan keahlian berakad serta jenis-jenisnya
4. Jelaskan halangan samawi dan bukan samawi kepada keahlian akad
5. Huraikan konsep khiyar dalam kontrak
6. Jelaskan sebab-sebab penamatan kontrak
BAB 5
TEORI RIBA DAN URUSNIAGA BATIL DALAM MUAMALAT
5.1 PENGENALAN
5.2 PRINS IP ASAS SYARIAH DALAM MUAMALAT5.2.1 Semua Bentuk Muamalat asalnya adalah harus5.2.2 Urusniaga Muamalat Berdasarkan Akad
5.2.2.1 Rukun Akad Jual beli
150
5.2.3 Mengelakkan Urusniaga Batil (Riba, Maysir, Gharar, Ihtikar)
5.2.3.1 Unsur Riba dalamMuamalat5.2.3.1.1 Definisi dan Konsep Riba5.2.3.1.2 Pengkelasan Jenis-jenis Riba5.2.3.1.3.Jenis-jenis Riba
4.2.3.1.3.1 Riba al-Nasiah (Hutang Piutang)4.2.3.1.3.2 Riba al-Fadl (Riba jual Beli)
5.2.3.1.4 Pengharaman Riba4.2.3.1.4.1 Pengharaman Riba melalui al-Quran4.2.3.1.4.1 Pengharaman Riba melalui al-Sunnah
5.2.3.1.5 Barang-barang Ribawi5.2.3.1.6 Illah Pengharaman Riba Mata Wang
5.2.3.2 Unsur Gharar dalam Muamalat5.2.3.2.1 Definisi Gharar
5.2.3.3 Unsur Maysir (Judi) dalam Muamalat
5.2.3.4 Unsur Ihtikar dalam Muamalat5.2.3.4.1 Definisi Ihtikar5.2.3.4.2 Syarat Menjadi Ihtikar
5.2.4 Hukum Muamalat dibina berasaskan Illah dan Maslahah
5.2.5 Uruf setempat diambilkira dalam menetapkan Hukum5.2.5.1 Definsi Uruf5.2.5.2 Syarat Uruf sebagai sumber hukum
5.2.6 Hukum Muamalat menghimpunkan thabat dan murunah.
5.3 KESIMPULAN
BAB 5
TEORI RIBA DAN URUSNIAGA BATIL DALAM MUAMALAT
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep riba dan hukum mengenainya .
2. Menjelaskan prinsip asas syariah dalam urusniaga muamalat
151
3. Menghubungkaitkan urusniaga batil dalam muamalat dengan
hukum urusniaga
4. Menjelaskan illah dan maslahah dalam urusniaga muamalat
5. Mengenal pasti uruf dan thabat serta murunah dalam urusniaga
muamalat
5.1 PENGENALAN
Dalam Perspektif Islam, urusan kewangan adalah termasuk di dalam bidang muamalat.
Islam terdiri daripada tiga komponen utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Prinsi-
prinsip yang digariskan oleh Fiqh al-Mu’amalat tentunya mengemukakan penyelesaian
serta jalan keluar kepada masalah-masalah Riba yang timbul di dalam sistem kewangan
konvensional yang diamalkan pada masa sekarang dan berteraskan amalan riba yang
diharamkan. Banyak negara Islam telah berjaya menggubal sistem muamalat yang
berteraskan muamalah Islam yang bebas daripada terlibat dengan riba.
5.2 PRINSIP ASAS SYARIAH DALAM MUAMALAT
5.2.1 Semua Bentuk Muamalat Asalnya Adalah Harus
Mengikut prinsip asas Muamalat Islam, semua bentuk urusan muamalat secara asalnya
adalah harus kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya. Semua ulama dan para
sarjana menerima prinsip ini kecuali Ibn Hazm al-Zahiri yang menganggap semua perkara
adalah haram kecuali wujudnya yang mengharuskan. (Abu Muhammad ‘Ali ibn Ahmad
ibn Sa’id Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t), al-Ahkam fi Usul al-Ahkam, Beirut: Dar al-Kutub
al-‘iliyyah, juz 1, h. 52).
Menurut Syeikh al-Qaradawi, antara bukti yang jelas berkenaan prinsip ini ialah kes pada
zaman Rasulullah saw sewaktu peristiwa pengharaman arak pada peringkat awal. Ketika
itu Allaah berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak
152
dan judi. Katakanlah pada keduanya dosa besar dan ada pula beberapa manafaat bagi
manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya....” (al-Baqarah: 219).
Selepas ayat ini turun, terdapat lagi para sahabat yang masih meminum arak kerana tidak
wujud lagi dalil yang jelas tentang pengharamannya bahkan sesetangah daripada mereka
juga yang mahukan suatu penerangan yang menyeluruh berkenaan dengan pengharaman
arak. Kes ini menurut al-Qaradawi ialah bukti bahawa para sahabat tidak meninggalkan
sebarang perbuatan sehingga datangnya dalil yang jelas tentang haramnya sesuatu perkara.
(Yusuf al-Qaradawi, (2001), Bay’ al-Murabahah Li al-Amr bi al-Syra’, Beirut: Dar al-
Fikr, h. 15-16)
Sebaliknya semua bentuk ibadat asalnya adalah haram dilakukan kecuali terdapat dalil
yang sahih dan jelas mengenai pensyariatannya. Prinsip ini juga menurut Ibn Qayyim
adalah berasaskan prinsip al-istishab. Mengikut prinsip al-Istishab, segala hukum
sekarang adalah dianggap suatu penerusan daripada hukum terdahulu selagi tidak ada
bukti yang boleh mengubah hukum dahulu kepada status hukum yang baharu, justeru itu
meletakkan bahawa asalnya manusia ini bebas daripada menanggung sebarang liabiliti (al-
Bara’ah al-Dhimmah). (Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t) I’lam al-
Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin, Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah, h. 355)
Oleh itu Manusia secara asalnya bebas melakukan apa-apa sahaja dalam urusan muamalat
kecuali setelah terbukti ia diharamkan.
Allah swt berfirman: “Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum):
Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat
kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagain
lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat
demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?.” Yunus:59
Dari segi ibadat pula tidak boleh melakukan ibadah sewenang-wenangnya kecuali terbukti
ia telah ditentukan oleh syariah sebagai ibadat. Oleh itu dalam mencari sesuatu hukum
153
halal atau haramnya dalam sesuatu produk dalam sistem kewangan, adalah perlu dicari
kebaikan dalam produk tersebut dan ditentukan adakah terdapat dalil atau sesuatu yang
mengharamkan daripada produk tersebut. Jika tiada sesuatu yang mengharamkan maka
hukumnya adalah harus atau halal walaupun tiada dalil yang menghalalkan. (Ibn
Qudamah(1999), h. 112)
Prinsip semua bentuk muamalat asalnya adalah harus ini boleh diguna pakai oleh para ahli
ekonomi dan kewangan semasa dalam merangka sistem pertukaran mata wang baru yang
berlandaskan Islam dimana ia boleh memberikan suatu keyakinan kepada mereka untuk
berani mengetengahkan kaedah-kaedah baru yang sesuai dengan keperluan semasa dalam
sistem kewangan moden berteraskan prinsip Islam
5.2.2 Urusniaga Muamalat Berdasarkan Akad Kontrak
Islam tidak mengharamkan sebarang bentuk urus niaga yang berasaskan jual beli yang
mempunyai persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak (mutual consent). Kerelaan
berkontrak dalam muamalah tersebut dijelmakan dalam akad kontrak. Ini adalah sesuai
dengan perintah Allah dalam surah al-Nisa’: 29.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu
dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka
sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu .”
Para fuqaha’ bersepakat menyatakan bahawa lafaz akad (perjanjian atau kontrak) adalah
perkataan yang bersifat umum, meliputi semua bentuk perjanjian antara manusia. Ini
beerti secara jelas bahawa manusia bebas untuk meletakkan apa-apa syarat dalam
urusniaga mereka kecuali jika syarat itu membawa kepada ketidakadilan, ketidaktelusan
ataupun melanggar prinsip-prinsip syariah yang jelas iaitu batil. Justeru, mana-mana
syarat yang terletak antara penjual dan pembeli adalah Sah.
154
Para ulamak Fiqh juga berpendapatt bahawa setiap urusniaga yang berasaskan kontrak al-
bay’ adalah harus. Pada asasnya akad-akad dan syarat-syarat dalam mu’amalat adalah
harus. Oleh itu semua jenis akad dan syarat yang dipersetujui diantara pihak-pihak yang
terlibat adalah diharuskan melainkan jika terdapat larangan secara jelas dalam al-Quran
dan al-Sunnah.. (Muhammad ‘Uthman Syabir (1996)
5.2.2.1 Rukun Akad Jual Beli
1. Dua pihak yang berakad iaitu Penjual dan Pembeli. Fuqaha’ menetapkan bahawa
penjual dan pembeli hendaklah terdiri daripada orang iaitu baligh, berakal, cerdik,
mempunyai kuasa pemilikan keatas perkara yang diakadkan dan reda-meredai antara
satu sama lain. Akad yang dimeterai itu juga tidak mengandungi unsur-unsur paksaan
dan tidak ada perkara-perkara yang menjadi halangan sesuatu akad itu dilakukan
seperti muflis, hilang akal, gila, mabuk, bodoh dan sakit tenat yang boleh membawa
maut.
2. Harta atau barang dan harga. Harta dan harga adalah dua perkara yang mesti
dinyatakan dalam sesuatu akad. Harta adalah benda yang dijual dan harga ialah
balasan yang mesti ditunaikan oleh pembeli. Harta yang diakadkan hendaklah terdiri
daripada jenis barangan yang berpanfaat menurut syarak, milik penuh pembiaya, boleh
diserahkan dan diketahui oleh pihak yang berakad.
3. Sighah akad (ijab dan qabul). Ia adalah dua lafaz akad (ijab dan qabul) perjanjian jual
beli yang diucapkan oleh penjual dan pembeli. Sighah mempunyai syarat berikut
iaitu:
a. Setiap Ijab dan Qabul mestilah menggambarkan secara jelas kehendak
pihak yang melakukan akad tersebut.
b. Qabul mestilah bersesuaian dengan ijab. Tujuan syarat ini ialah supaya
kedua-duanya mempunyai objektif yang sama.
c. Setiap pihak yang berakad memahami kehendak pihak yang satu lagi.
155
d. Penerimaan hendaklah bersambung dengan tawaran.
Ijab ialah lafaz pernyataan pertama yang diucapkan oleh penjual. Selain daripada
perkataan yang terang dan difahami dalam melakukan akad atau apa yang biasa disebut
sebagai komunikasi akad, ia boleh juga dilakukan secara tulisan (surat), perbuatan (al-
mu’atah) dam isyarah. Dalam keadaan kedua-dua pihak berdiam diri tanpa melakukan
dengan tiga cara tersebut, al-Sanhuri berpendapatt cara ini tidak boleh dilakukan oleh
pihak yang membuat tawaran kerana tawaran tidak boleh difahami dengan cara berdiam
diri semata-mata. Dengan itu penawaran boleh dengan empat cara tadi dan hanya
penerimaan sahaja boleh secara berdiaam diri dalam keadaan tertentu yang menjelaskan ia
menerima. Lihat ‘Abd al-Razzaq al-Sanhuri (t.t), Masdar al-Haqq, Jld 1, Kaherah: Dar al-
Fikr, h. 130
Qabul pula ialah lafaz pernyataan penerimaan untuk berakad yang diucapkan oleh pihak
pembeli. (Ibn ‘Abidin (1987: 6). Penerimaan hendaklah bersambung dengan tawaran.
Syarat ini bermaksud tawaran dan penerimaan hendaklah dibuat dalam majlis akad yang
sama dan tanpa diselangi oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengannya. Menurut jumhur
Fuqaha’, yang dimaksudkan dengan bersambung tawaran dan penerimaan ialah akad itu
dilakukan dalam majlis yang sama. Mereka tidak menentukan jarak masa antara tawaran
yang dibuat oleh pihak pertama dan penerimaan yang dibuat oleh pihak kedua. Yang
ditekankan ialah penerimaan boleh dilakukan walaupun selepas bebarapa waktu asalkan
mereka masih berada dalam majlis akad. al-Kasani, (1987) op.cit., h. 137;
Fuqaha’ Shafi’i berpendapatt penerimaan adalah diangap bersambung apabila dilakukan
terus sesudah tawaran dibuat tanpa diselangi oleh perbicaraan yang tiada kaitan dengan
akad. Jika tawaran dan penerimaan tidak dilakukan secara serta merta, maka akad tidak
berkuatkuasa. al-Sharbini (1986), op.cit., h. 137; al-Ramli (1987), op.cit., h. 8. al-Zuhaily
(1989), op.cit., h. 111)
5.2.3 Mengelak Urusniaga Batil (Riba, Maysir, Gharar, Ihtikar)
156
Fiqh Muamalat sama seperti hukum-hukum furu’ yang lain iaitu bersumberkan wahyu
yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Akan tetapi fiqh muamalat berdiri diatas
prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah yang umum. Ianya tidak termasuk di dalam perkara-
perkara yang diperincikan bahkan diberi peluang kepada fuqaha’ untuk berijtihad dalam
perkara-perkara yang direka oleh manusia. Diantara prinsip tersebut ialah larangan
memakan harta secara batil seperti riba. Firman Allah yang bermaksud: 29.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu
dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka
sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu[287]; Sesungguhnya
Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”
[287] larangan membunuh diri sendiri mencakup juga larangan membunuh orang lain,
sebab membunuh orang lain berarti membunuh diri sendiri, Kerana umat merupakan
suatu kesatuan.
Surah al Nisa’: 29; juga firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu
memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan
(janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat
memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa,
padahal kamu Mengetahui.” al-Baqarah: 188
Ibn al-’Arabi ketika menafsirkan ayat-ayat mengenai memakan harta secara batil itu
menyebut bahawa Ayat tersebut adalah sebahagian daripada kaedah-kaedah muamalat
dan asas pertukaran barang-barang.
5.2.3.1 Unsur Riba Dalam Muamalat
Islam mengharamkan urusniaga yang berasaskan kontrak riba. Riba adalah punca kepada
kegagalan ekonomi sesuatu masyarakat. Selagi masyarakat masih mengamalkan riba,
157
keseimbangan ekonomi tidak akan dicapai dengan sebaiknya. Oleh sebab itu Riba telah
menjadi isu yang utama kepada orang-orang Islam di dalam aktiviti muamalat.
Perkataan al-Riba bukanlah perkataan baru dalam ajaran Islam, malah ia telah digunakan
oleh orang-orang arab jahiliah dalam urusan harian mereka sebelum kedatangan Islam
lagi. Riba pada masa tersebut disebut oleh Rasulullah saw sebagai Riba al jahiliah iaitu
riba yang berlaku dalam jual beli dan pinjaman secara hutang dan dibayar lebih. Riba
dalam jual beli timbul apabila seseorang menjual sesuatu barangan kepada seorang yang
lain dengan menentukan tempoh masa untuk membayarnya. (Wahabi Sulayman Ghawaji
(1992), Maqaalat Fi al Riba wal Faa’idah al Masrafiyah, Beirut: Dar Ibn Hizam, h. 24.
Di Malaysia isu tersebut menjadi amat sensitif kerana kebanyakan orang-orang Islam
sentiasa cuba menghindarkan diri mereka dari persoalan riba. Ini adalah kerana riba
merupakan satu amalan terkutuk yang dikeji oleh Allah s.w.t dan rasulNya. Ia juga adalah
kerana pengharaman riba adalah bersifat qat’ie kerana disebutkan dengan jelas dalam al-
Quran dan Hadith. Ini adalah kerana hukum riba adalah haram dan orang-orang yang
terlibat dengan riba akan dimasukan ke dalam neraka seperti mana firman Allah: Al
Baqarah:
[275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang
kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah
menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang
telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)
adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang
mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka
kekal di dalamnya.
Al-Dhahabi mengkategorikan riba ke dalam dosa besar berdasarkan nas-nas al-Quran dan
al-Sunnah yang jelas. Dalam nas-nas itu terdapat laknat Allah SWT, janji neraka, riba
158
termasuk perkara yang membinasakan dan lain-lain lagi. Abu Abd Allah Muhammad b.
Uthman al-Dhahabi (1988), al-Kabair, Jordan: Maktabah al-Manar, h. 49-50.
Hadis mengenai riba yang diriwayatkan oleh Ibn Hanbal daripada Ali bermaksud:
“Rasulullah melaknat (mengutuk) sepuluh golongan iaitu orang yang memakan
(mengambil) riba, memberi (membayar) riba, penulis dan kedua-dua saksinya, bekas
suami yang menyuruh seseorang melakukan cina buta, orang yang melakukan cina buta,
orang yang enggan mengeluarkan zakat, orang yang memasukkan susuk dan orang yang
tubuhnya dimasukkan susuk.” Abu ‘Abd Allah B. Muhammad b. Hanbal al-Syaibani
(1978), Musnad al-Imam Ahmad b. Hanbal, juz 1, Cetakan 2, Beirut: dar al-Kutub
al-‘ilmiyyah, h. 83
5.2.3.1.1 Definisi dan Konsep Riba
Perkataan Riba dalam bahasa Melayu adalah berasal dari perkatan bahasa Arab al-riba
yang berasal daripada kata dasar raba, yarbu, rabwan, rubwanan dan ribaan. Manakala
bahasa Inggeris menggunakan perkataan interast atau usury untuk maksud riba. Mengikut
pengertian bahasa Arab Riba bermaksud pertambahan (al-ziyadah), lebihan (al-idafah),
pengembangan (al-nama’) kepada sesuatu. Walau bagaimanapun, bukan setiap
pertambahan atau pertumbuhan dilarang oleh Islam.
Dari segi istilah syarak pula secara keseluruhannya berbagai definisi diberikan oleh para
ulamak tentang al-riba namun semuanya memberi maksud sesuatu kadar pertambahan
yang berlaku dalam urusan muamalat dengan melibatkan unsur pernindasan yang
diharamkan oleh Allah swt. Hampir semua ulamak yang membincangkan isu riba
mengkelaskannya sebagai satu unsur penindasan dalam urusan muamalat. (Muhammad
Sayid Qutb (1992). Ahli cerdik pandai Rom seperti Cicero, Cato dan Seneca mengutuk
amalan riba dan menganggapnya zalim. Kerajaan Rom telah mengharamkan amalan
bunga. (Qureshi:1981)
159
Ulamak Mazhab Syafi’i memberikan definsi riba sebagai lebihan ke atas tukaran tertentu
yang tidak diketahui persamaanya semasa akad (kontrak) atau hasil pertambahan apabila
membuat tangguhan bayaran. Imam Syafi’i sendiri mendefinisikan riba sebagai kontrak ke
atas tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada ukuran yang diakui oleh
syarak semasa berkontrak atau penangguhan pada kedua-dua atau salah satu barangan
tukaran tersebut. Ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’i seperti al-Syarbini, al-Ramli dan
lain-lain mendefinisikan riba sebagai akad atas barangan tukaran yang tertentu (ribawi)
tanpa diketahui persamaan pada pertimbangan syarak ketika akad atau dilewatkan
penyerahan dua barang pertukaran atau salah satu daripadanya. (Muhammad Said al-
Isymawi (1994), al- Riba Wa al-Faedah Fi al-Islam, Kaherah: Maktabah Madbu’ li al-
Saghir, h. 32.; Chapra, M.U. (1987), op.cit., h. 56-57.; Mustafa al-Bugha (1989), al-Fiqh
al- Manhaj ala- Mazhab al-Imam al- Shafie, jld. 3, Damsyiq: Dar al-Qalam. h.57.
Ulama-ulama mazhab Hanbali mendefinisikan riba sebagai melebih dan menangguhkan
sesuatu yang tertentu dengan sesuatu. Imam Hambali pula mengatakan Riba adalah
melebihkan sesuatu dan menangguhkan sesuatu yang tertentu dengan tertentu. (Abu
Muhammad Adullah Bin Ahmad Muhaammad, Ibn Qudamah (1981), al-Mughni, juz 4,
Riyadh: Maktabah al-Riyad al- Hadithah, h.3; Mansur b. Yunus Idris al-buhuti (1982),
Kasyaf al Qina’ an Matn al-Iqna’, juz 3, Dar al- Fikr, Beirut).
Mazhab Maliki pula mengatakan Riba adalah lebihan pada ukuran, timbangan atau
bilangan yang sebenar atau samar-samar semasa membuat akad atau penangguhan. Imam
Malik menjelaskan riba sebagai lebihan pada bilangan atau timbangan yang sebenar atau
samar-samar dan menangguhkan. Ulama-ulama Mazhab Maliki mendefinisikan riba
sebagai lebihan pada bilangan atau timbangan yang benar atau yang dijangka dan
selepasnya. (Ramadaan Hafiz al-Sayuti (1994), Fawaaid al-Bunuk wa al-Istiyshmar wa
al-Taufir Fi Daw’ al-Suyariah al- Islamiyah, Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 32 ; Ali
Ahmad al-Saadi al-Adawi (t.t) Hasyiah al-Adawi Bahanist al- kharsi, juz 5, Beirut: Dar
al-Sadr, h. 56).
160
Ulamak fiqh mendefinisikan riba dengan Kelebihan harta dalam suatu muamalah dengan
tidak ada gantinya. Menurut Imam Fakr al-Ddin al-Razi, riba bermaksud perubahan dan
pertambahan yang dilarang oleh Islam iaitu riba Nasi‘ah. (Abu Abd Allah Muhammad b.
Umar b. Husayn al-Fakr al-Razi, (t.t) al-Tafsir al-Kabir. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath
al-‘Arabi, h. 158
Riba secara teknikal merujuk kepada premium yang mesti dibayar oleh peminjam kepada
yang memberi pinjaman bersama-sama dengan jumlah prinsipal sebagai satu syarat untuk
melanjutkan kematangannya. Ahli ekonomi semasa pula mendefinisikan riba sebagai
penentuan lebihan daripada pinjaman modal yang diterima oleh piutang dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Ia mempunyai tiga unsur iaitu: Tambahan atau lebihan bayaran dari
yang sedia ada ke atas modal pinjaman, Penentuan lebihan pembayaran tersebut
berhubung dengan masa, Persetujuan menjadi syarat ke atas bayaran tambahan yang
ditentukan sebelumnya oleh pemiutang (creditors) kepada siberhutang (debtors). (Chapra,
M.U. (1987), op.cit., h. 56-57).
Al-Qaradawy pula mengatakan bahawa bunga atau interest bank adalah haram. Ia adalah
setiap pertambahan yang disyaratkan ke atas modal asas iaitu penerimaan bayaran wang
tanpa perniagaan atau sebarang kepenatan usaha sebagai habuan dari modal asas. Ini
dijelaskan oleh Allah dalam surah al Baqarah ayat 278-279. (Yusuf al-Qaradawi(1992),
Fatawa al-Muasirah, Beirut: Muassasah al Risalah, h. 185).
Ibn al-‘Arabi mendefinisikan riba sebagai segala pertambahan yang diambil tanpa
tukarannya. Ibn Al-‘Arabi menyatakan bahawa ayat-ayat riba diturunkan untuk menangani
segala persoalan yang berkaitan dengan semua jenis riba. Menurut beliau riba sejak dahulu
lagi bukan sahaja tempat dalam amalan berhutang, malah terdapat juga dalam perniagaan
kerana jual beli adakalanya dibuat secara bertangguh dan adakalanya secara berhutang.
Lihat Abu Bakr Muhammad b. Abd Allah al-‘Arabi (1988), Ahkam al-Quran, Beirut: Dar
al-Kutub al-‘ilmiyyah, jld 1, h. 320-321
5.2.3.1.2 Pengkelasan Jenis-jenis Riba
161
Terdapat beberapa pendekatan yang telah digunakan oleh ulama dalam membuat
pengkelasan riba. Mereka mengkelaskan riba dari segi jenis riba, sumber hukum dan
akibat perbuatan riba.
Dari jenis riba, mereka membahagikan riba kepada dua bahagian iaitu riba hutang (al-
duyun) (kata jamak kepada al-Dayn) dan riba jual beli (al-buyu’) (kata jamak kepada al-
bay’). (Sami’ Hassan, Hamoud, (1982), Tatwir al-‘Amal al-Masrafiyah bi ma yattafiq wa
al-Syari’ah al-Islamiyyah, Amman: Matba’ah al-Syarq wa Maktabaha. h. 110
Pembahagian ini menjelaskan riba boleh berlaku didalam urusan pinjaman dan jual beli.
Sementara dari jenis sumber hukum pula mereka membahagikan dua jenis juga iaitu riba
yang diharamkan al-Quran (Riba al-Qur’an) dan riba yang di haramkan oleh al-Sunnah
(Riba al-Sunnah). Menurut pendapat kebanyakan ulama pengharaman Riba al-Fadl tidak
berlaku dalam al-Quran, sebaliknya berlaku dalam sunnah. Gelaran Riba al-Sunnah
diberikan kepada Riba al-Fadl tidak berpakna tidak ada sunah yang membicarakan riba
al-Nasi’ah. Di sana terdapat banyak hadia yang menyentuh persoalan riba secara umum
dan Riba al-Nasi’ah secara khusus. Lihat Ibn Qayyim (1991),
Bahagian riba yang ketiga ialah berdasarkan kemudharatan yang ditimbulkan oleh riba
iaitu riba yang membawa kemudaratan yang besar atau nyata (Riba al-Jali) dan riba yang
membawa kemudharatan yang kurang jelas (riba al-Khafi). Riba al-Buyu’ adalah daripada
jenis khafi. (Ibn Qayyim (1991).
5.2.3.1.3 Jenis-jenis Riba
Para ulamak membahagikan riba kepada beberapa jenis. Mengikut Jumhur Ulamak Fiqh.
al-Kasani dari mazhab Hanafi mengatakan riba yang dikenali pada syarak ialah Riba al-
162
Fadhl dan Riba al-Nasa’i. (‘Ala al-din Abu Bakr b. Mas’ud al-Kasani (t.t), Bada’i’ al-
Saana’i’ fi Tartib al-Syara’i’, juz 7, Kaherah: Dar al-Fikr al-Islamiy, h. 3105)
Pendapat ulama Mazhab Maliki pula dalam al-Khursyi, Abu ‘Abd Allah Muhammad b.
‘Abd Allah b. Ali (t.t.), al-khursyi ‘ala Mukhtasar Saydi Khalil, juz 5, Beirut: Dar al-Fikr,
h. 36)
Ulama Mazhab Syafi’i membahagikan riba kepada tiga jenis iaitu Ria al-Fadl, Riba al-
Nasa’ dan riba al-Yad. Lihat Abu al-‘Abbas Ahmad Syihab al-Din b. Muhammad, Ibn
Hajar (t.t), Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, juz 4, Kaherah: al-Maktabah al-Islamiyyah, h.
272; Syams al-Din Muhammad b. Abi al-Abbas Ahmad b. Hamzah al-Ramli, (t.t),
Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, juz 3, Kaherah: Maktabah wa matba’ah Mustafa
al-babi al-halabi wa Awladih, h. 409;
Menurut sesetengah pendapat ulama pula, riba ada empat jenis iaitu Riba al Fadhl
(menukar dua barang yang sama jenis dengan tidak sama kuantiti), Riba al Qard
(meminjam dengan syarat ada keuntungan bagi yang mempiutangi), Riba al Yad
(beRPisah dari tempat akad sebelum timbang terima), Riba al-nasi’ah (penukaran yang
disyaratkan terlambat salah satu dua barang). Muhammad Said al Isymawi (1996), op.cit.,
h. 32;; Ibrahim b.Mohamad al-Bajuri, (t.t), Hasyiyah al-Bajuri ‘ala Ibn Qasim al-Ghazzi,
juz 1, Kaherah: Matba’ah dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabiyyah, h. 343.
Mengikut Syid Sabli riba dibahagikan kepada dua jenis iaitu Riba al-Nasi’ah dan Riba al-
Fadl. Sayyid Sabiq (1971), Fiqh Al Sunnah, Juz 3, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, h. 135.;
Wahbah al-Zuhayli (1991), al-Tafsir al-Munir. Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir, h. 93
Riba al-Nasi’ah adalah yang terjadi didalam aktiviti hutang piutang dan Riba al-Fadl
adalah yang berlaku didalam aktiviti jual beli Jual beli. ‘Itr, Nur al-Din (1985), al-
Muamalat al-Masrafiyyah wa al-Ribawiyah wa Ilajuha fi al-Islam, Beirut: Muasasah al-
Risalah, Cetakan 4, h. 83
163
5.2.3.1.3.1 Riba Al-Nasi’ah (Riba Hutang Piutang)
Jenis Riba asal ini adalah dikenali dengan riba hutang piutang atau dikenali juga riba al-
jahiliyah.
Al-Qurtubi menyatakan bahawa riba al-jahiliyah ialah lebihan bayaran apabila
penyerahan bayaran dilewatkan. Menjadi amalan biasa Masyarakat Arab jahiliyah di mana
apabila seseorang memberi hutang kepada orang lain untuk satu tempoh. Apabila tiba
masa akhirnya tempoh tersebut, sipemiutang memberi pilihan kepada orang yang
berhutang samada hutangnya dibayar atau tempoh disambung dengan dikenakan bayaran
tambahan. Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi, (1988), Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah
al-Muqtasid, jld 2, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h.127; Abu Jaafar Muhammad b.
Jarir al-Tabari (1988), Jami’ al-bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr, j.3, h.
90.
Riba jenis ini merupakan riba yang tidak diragukan kerana ia jelas disebut melalui al-
Quran. (Muhammad Abu Zahrah, (1985), Tahrim al-Riba wa Tanzim al-Iqtisad. Riyadh:
Dar al-Sau’udiyyah, h. 35). Ia merupakan tambahan kepada hutang kerana perlanjutan
tempoh matang pembayaran balik atau tambahan yang diambil oleh si pemiutang daripada
penghutang yang telah disyaratkan kerana perlanjutan tempoh. (Sayyid Sabiq (1971),
op.cit., h. 135)
Riba ini juga menjadi kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliyah ada
beberapa bentuk. Umumnya masyarakat Arab Jahiliyyah berurusan sesama mereka yang
menjalankan unsur riba melalui dua bentuk riba iaitu
1. memberikan pinjaman yang bertempoh dengan dikenakan bayaran lebihan yang
dipersetujui daripada jumlah asas pinjaman. Kadar dan bentuk bayaran lebihan ini
telah dipersetujui terlebih dahulu oleh kedua-dua belah pihak. Adakalanya
pembayaran lebihan ini dibuat mengikut bulanan dan adakalanya dibayar sekali gus di
akhir tempoh tersebut.
164
2. Jual beli dengan harga tertangguh. Iaitu apabila cukup tempoh sebagaimana yang telah
ditetapkan, pembeli tidak mampu menjelaskan harganya maka tempoh dilanjutkan lagi
dengan harga dinaikkan selaras dengan lamanya perlanjutan tempoh tersebut. Lihat
Ibrahim al-Tahawi, (1974), al-Iqtisad al-Islami mazhaban wa Nizaman Dirasah
Muqaranah, juz. 1, Kaherah: al-Hay’ah al-Ammah li Syu’un al-Matabi’ al-Amiriyah,
h. 303; al-Jamal (1986), op.cit., h. 394.
Ketika turun ayat mengharamkan riba, amalan tersebut sedang berjalan. Ia merupakan
hutang piutang kerana melibatkan amalan peminjaman wang dan mengenakan bunga.
(Abu Bakar Ahmad ibn Ali al-Razi Al-Jassas, (t.t.), Ahkam al-Quran, jld.2, Beirut: Dar
al- Ihya’ al-Turath, h. 183-189).
Riba jenis ini juga disebut sebagai Riba’al-Jali (Riba yang terang-terang memberi
mudharat) yang diharamkan. (Ibn al-Qayyim, 1989: 114)
Riba al-Nasi’ah boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu:
a. Tambahan ke atas hutang yang dibuat semasa akad pinjaman beserta tambahan yang
disyaratkan semasa akad dan tambahan itu diambil bersama-sama wang asas.
b. Tambahan ke atas hutang kerana menangguhkan pembayaran apabila tiba tempoh
pembayaran sama ada hutang itu beRPunca daripada urusniaga jualan dengan harga
tangguh atau beRPunca daripada urusniaga pinjaman. Maknanya si penghutang gagal
menjelaskan hutang masa yang dijanjikan. Segala pertambahan tersebut menjadi syarat
dalam kontrak hutang tersebut. Sayid Qutb (1992), h. 325; Ab. Mu’min Ab Ghani
(1999), h. 118
5.2.3.1.3.2 Riba Al-Fadl (Riba Jual Beli)
Riba al-Fadl ialah riba yang berlaku apabila terdapat perbezaan dari sudut kuantiti atau
masa penyerahan dalam jual beli atau pertukaran barang-barang ribawi yang sejenis
sebagaimana dinyatakan dalam al-Sunnah. Perbezaan yang dimaksudkan ialah (pada
165
kuantiti) timbangan atau sukatan, bukannya kualiti barang. Hadis Rasulullah saw yang
diriwayatkan oleh Abu Said telah menjelaskan ketetapan ini. Sabda Rasulullah SAW:
“Bilal telah datang bertemu Rasulullah SAW dengan membawa “tamar barni” (tamar
berputu tinggi), lalu rasulullah SAW menyoalnya dari mana ia diperolehi. Bilal
menjawab: tamar yang kami ada rendah mutunya, maka saya menukarnya dua cupak
dengan secupak tamar barni untuk santapan nabi SAW. Lalu rasulullah SAW berkata:
hah, ini adalah riba, jangan kamu lakukan demikian sebaliknya jika kamu mahu
membelinya mka juallah tamar kamu kebudian belilah tamar (yang kamu kehendaki)
dengan harganya (harga tamar kamu.” Lafaz ini terdapat di dalam sahih Muslim. Muslin
b al-Hajjaj b. Muslim al-Qusyayri al-Nysaburi (1995), Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Fikr,
jld 11, No hadis 1594, h. 19
Jika pertukaran (barter) melihat barang sejenis, maka sukatan atau timbangannya
hendaklah sama. Jika terdapat perbezaan pada timbangan atau sukatan pada salah satu
pihak (penjual atau pembeli), maka berlakulah Riba al-Fadl. Jika peraturan dibuat di
antara barang dari jenis yang berlainan tetapi dalam kelompok yang sama, perbezaan
timbangan dan sukatan tidak menyebabkan berlakunya Riba al-Fadl. Begitu juga jika
terdapat perbezaan timbangan dan sukatan dalam pertukaran barang dari kelompok yang
berlainan, maka tidak berlaku Riba al-Fadl.
Terdapat enam jenis barang yang dinyatakan oleh nas hadith yang boleh menimbulkan
Riba al-Fadl. Barang-barang ribawi ialah emas, perak, gandum, barli, tamar dan gandum.
Ulama berselisih pendapat tentang penglibataan barang-barang selain dari yang disebut
tadi. Mengenai makanan, terdapat empat pendapat dalam menentukan ianya ribawi atau
sebaliknya.
1. Pendapat Qatadah (menjadi pegangan mazhab Zahiri) menghadkan kepada enam
barang yang disebutkan oleh nas sahaja. Mereka menolak qiyas dalam masalaah
ini kerana ‘illahnya lemah dan tidaka jelas.
2. Pendapat ‘Ammar (mazhab yang zahir bagi) Imam Ahmad dan Abu hanifah
mengatakan segalan makanan yang disukat dan ditimbang yang homogenus adalah
Ribawi.
166
3. Pendapat al-Syafi’i (baru) dan satu riwayat Imam Ahmad mengatakan semua jenis
makanan adalah ribawi.
4. Pendapat Sai’id b. al-Musayyib, al Syafi’i (lama) dan satu riwayat Imam Ahmad
mengatakan semua jenis makanan yang ditimbang dan disukat adalah ribawi.
Mengenai emas dan perak, terdapat dua pendapat dalam menentukan ianya ribawi iaitu :
(a) Pendapat Mazhab Hanafi dan salah satu Imam Ahmad yang mengatakan emas dan
perak termasuk barang ribawi kerana kuantitinya ditentukan dengan timbangan. Oleh itu
segala ligam yang ditimbang termasuk barang ribawi. (b) Pendapat al-Syafi’i, Imam Malik
dan riwayat lain Imam Ahmad yang mengatakan bahawa kedua-dua logam itu dikira
ribawi kerana ia menjadi alat pengukur nilai (al-thamaniyyah). Ibn Qayyim al-Jawziyyah
memilik pendapat kedua kerana kepentingan dan keutamaan dua logam tersebut adalah
kerana nilainya yang stabil lalu boleh dijadikan alat pengukur nilai kepada semua benda-
benda lain. Keutamannya bukan dilihat sekadar fizikalnya sebagaimana komoditi-
komoditi lain yang turun naik harganya dipasaran. Lihat Syams al-Din b. Abu Abd Allah
Muhammad b Abu Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1991), I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb
al-‘Alamin. Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmuyyah, J.2, h. 104-105.
Para Fuqaha’ Hanafi pula mendefinisikan riba al-Fadl sebagai jual beli (bay’) iaitu
tambahan ‘ain harta dalam suatu kontrak jual beli melebihi timbangan atau sukatan biasa
apabila sama jenis. (Ibn ‘Abidin, Muhammad Amin bin Umar Abd al-Aziz (1986),
Hasyiyah Rad al-Mukhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar (Hasyiyah Ibn Abidin), Kaherah:
Maktabah wa Matbaah Musrafa al-Babi al-halabi wa auladuhu, h. 168; Ala’ al-Din Abu
Bakar Bin Mas’ud al-Kasani, (1982), al-Bada’i al-Sana’i fi Tartib al-Syara’i, jld 5,
Beirut: Dar al-Kitab al-A’rabi, h. 183).
Menurut al-Zuhayli, Riba al-Fadl ialah jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada
salah satu daripada dua barang tukaran (jual beli). Penukaran itu berlaku dengan tetapi
lebih banyak jumlahnya kerana orang yang menukarkan memberi syarat demikian seperti
pertukaran emas dengan emas, padi dengan padi dan sebagainya. (Sayid Qutub (1985),
Tafsir ayat al-Riba Fi Zilal al Quran, Beirut: Dar al- Fikr, h. 3).
167
Rasulullah SAW dalam sebuah hadithnya meminta supaya apabila emas, perak, gandum,
barli, tamar dan garam dijadikan barangan pertukaran yang sama jenis maka ia mestilah
dalam bentuk pertukaran serta merta, sama banyak dan serupa. Hadis yang menceritakan
jenis barang-barang tersebut terdapat di dalam beberapa riwayat. Riwayat yang masyhur
ialah datangnya dari Umar al-Khattab r.a., Ubadah b. Al-Samit, Abu Sa’id al-Khudri, Abu
Hurairah r.a dan Ibn Umat r.a Daripada Ubadah b. Al-Samit r.a,Rasulullah SAW telah
bersabda:
“emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli,
tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, tangan dengan
tangan, Sekiranya berbeza jenis, maka juallah sesuka kamu asalkan berlaku secara
tangan dengan tangan (tunai).”(HR Muslim. Al-Imam Nawawi, (1988) Sahih Muslim,
Hadis 1551. Muslim (1995), op.cit., Kitab al-Musaqat, bab al-Sarf wa bay’ al-Dhahab bi
al-Waraq Naqdan, No. Hadis: 1587, j.11, h. 13; Abu Abd Allah Muhammad b. Yazid al-
Qazwani Ibn Majah (t,t) Sunan Ibn majah, Beirut: Dar al-Fikr, Kitab al-Tijarah, bab al-
Sarf , No hadis: 2254, j.2 h. 757; Abu Dawud Sulayman B al-As’ath al-Sajistani al-Azdi
(1994), Sunan Abi Dawud. Beirut: Dar al-Fikr, j.3, h. 314-315; Abu Isa Muhammad b. Isa
Surah al-Tirpdhi (t.t) al-Jami’ al-Sahih, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi, Kitab al-
Buyu’, bab 23, No hadis 1240,j.5,h. 541; al-Nasa’i (1994), Kitab al-Buyu’, bab bay’ al-
Sya’ir (44), No hadis: 4578, j.7, h.319).
Selain daipada dua nama riba tersebut, terdapat juga pendapat Ulamak dalam Mazhab
Syafi’i yang mengatakan bahawa ada riba jual beli yang dinamakan Riba al-Yad, iaitu jual
beli yang dilewatkan terima serahan salah satu daripada dua barang tukaran ataupun
menerima salah satu tanpa menyebut tempoh. Ia juga adalah pertukaran barangan berunsur
riba dengan barangan berunsur riba yang lain dengan kedua-duanya mampunyai ‘illah
yang sama tanpa isyarat tempoh tertentu ketika kontrak tersebut. Walaubagaimanapun
kelewatan menyerahkan salah satu atau kedua-dua barangan benar-benar berlaku di luar
majlis kontrak. (al-Zuhayli (1989), h. 683-684
5.2.3.1.4 Pengharaman Riba.
168
Pengaharam riba bukan sahaja berlaku dalam syariat Islam, malah telah pernah
diharamkan dalam tamadum manusia dahulu kala dan dalam ajaran agama samawi yang
lain, namun pengharaman riba dalam tamadun dan ajaran agama lain tidak konsisten
sebagaimana dalam ajaran Islam.
Dalam Tamadun Babylon umpamanya, terdapat peraturan-peraturan mengenai hutang
piutang di dalam perlembagaan yang dikenali sebagai kod Hamurabi. Peraturan tersebut
mengatakan bahawa urusan hutang hendaklah dibuat perjanjian bertulis dengan
bersaksikan seorang pegawai. Sekiranya pihak yang berhutang tidak mampu menjelaskan
hutangnya disebabkan keuzuran yang patut, hutang tersebut boleh ditangguhkan ketahun
yang berikutnya. Kod Hamurabi juga juga menetapkan kadar maksimum untuk untuk
pelbagai hutang di samping mencadangkan kaedah perkongsian untung rugi sebagai jalan
keluar dari masalah riba. Dalam sejarah babylon juga terdapat amalan riba yang dikenakan
12%.
Ahli falasafah Mesir Purba bernama Solon pernah menyarankan supaya bunga
dihapuskan. Ahli Falsafah Greek yang menentang amalan riba seperti Plato mengatakan
riba itu adalah amalan buruk yang haram dan Aristotle pula berpendapatt wang tidak boleh
melahirkan wang yang lain, sebaliknya ia adalah alat pertukaran semata-mata.
Ahli cendiakawan Rom juga mengutuk amalan Riba. Cicero, Cato dan seneca mengutuk
amalan riba dan menganggapnya sebagai perbuatan yang zalim. Kerajaan Rom
mengharamkan amalan Riba. Apabila aktiviti perniagaan semakin berkembang, ia
diharuskan tetapi dalam lingkungan yang ditetapkan. Raja Justinian pernah meletakan
kadar tertinggi bunga yang dibenarkan sebanyak 12%. Lihat Muhammad ‘Abd al-Mun’im
Al-Jamal, (1986), Mawsu’ah al-Iqtisad al-Islami. Beirut ; Dar al-kitab al-Lubnani, h. 386;
Ahmad Shaikh Mahmud (2000), Towards Interest-Free Banking, New Delhi: Kitab
Bhava. h. 13; James Hastings (1989), Encyclopaedia of Religion and Ethics. Edinburgh:
T&T , Clark, Vol. 12, h. 549.; Qureshi (1961), h. 6-7; Abu Zahrah (t.t), h. 6, The
Encyclopedia America (1991), Connecticut; Grolier IncoRPorated, vol. 27, h. 824.
169
Dalam ajaran Islam aktiviti riba adalah haram dan dianggap dosa besar. Al-Dhahabi
menjelaskan riba adalah dosa besar berdasarkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang
jelas. Dalam nas-nas itu terdapat laknat Allah SWT, janji neraka, riba termasuk perkara
yang membinasakan dan lain-lain lagi. Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Ahmad b. Uthman
al-Dhahabi (1988), al-Kaba’ir. Jordan: Maktabah Al-manar, h. 49-50. Pengharam riba
adalah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah dan ijmak.
5.2.3.1.4.1 Pengharaman Riba melalui al-Quran.
Pengharaman riba yang dijelaskan dalam al-Quran berdasarkan kepada empat peringkat
wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam masa yang berlainan. Terdapat
lapan ayat yang menyentuh persoalan riba Lima ayat dalam surah al-baqarah dan tiga lagi
tiap satu dalam surah al-Rum, al-Imran dan al-Nisa’. Ulama membahagikan nas-nas riba
kepada empat bahagian. Keempat-empat kumpulan nas itu disusun mengikut tertib
turunnya sesuai dengan strategi penghapusan amalan riba yang telah bertapak lama dalam
kehidupan manusia. M.Umar Chapra (1985), op.cit., h. 42, Hamoud (1982), op.cit., h. 126.
Riba tidak diharamkan secara sekali gus tetapi secara beransur-ansur sepertimana
pengharaman terhadap arak. (Wahbah Al-Zuhayli, (1991), al-Tafsir al-Munir, Juz 3,
Beirut: Dar al-Fikr al-Mua’sir, h. 91). Terdapat lapan ayat dalam empat surah yang
menyatakan pengharaman riba di dalam al-Quran dengan penurunan melalui beberapa
peringkat pengharaman iaitu peringkat pertama, kedua, ketiga dan keempat seperti yang
dijelaskan dalam rajah di bawah. Iaitu surah al-Baqarah, al- Imran, al-Nisa’ dan al-Rum
RAJAH 3.1 : Peringkat penurunan Ayat Riba
170
Pada peringkat pertama, tidak terdapat isyarat yang jelas menunjukkan riba itu hukumnya
haram. Sungguhpun begitu ayat tersebut ada menunjukkan kecaman Allah terhadap riba.
Bagi mereka yang kejernihan akal ayat ini sudah mengegarkan hatinya untuk
meninggalkan perbuatan riba. (Muhammad Ali al-Sabuni, (1977), Rawa’i al-Bayan Tafsir
Ayat al-Ahkam min al-Quran. Damsyik: Maktabah al-Ghazali, j.1, h. 390). Ayat tersebut
adalah firman Allah SWT :
‘Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah
pada harta manusia, Maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. dan
apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk
mencapai keridhaan Allah, Maka (yang berbuat demikian) Itulah orang-
orang yang melipat gandakan (pahalanya)’. (al-Rum : 39)
Peringkat kedua menyatakan tentang pengharaman riba dalam sejarah bangsa yahudi.
Mereka telah menjadi kufur kerana sanggup melanggar larangan Allah SWT.
Pengharaman riba ke atas umat Islam melalui ayat ini tidak secara jelas, sebaliknya ia
Peringkat 1Al Rum 30:39,
Peringkat 4Al Baqarah 2:275, 276, 278
Peringkat 2 Al Nisa’ 4:161
AYAT –AYAT RIBA
Peringkat 3Al Imran 3:130
171
disebut secara imbasan. Cara al-Quran menyatakan hukum secara imbasan ini berlaku
juga pengharaman arak. al-Sabuni (1977),
Ayat tersebut adalah firman Allah SWT (yang bermaksud) :
[161] Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah
dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang
dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) dan (ingatlah) Kami telah
menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang
tidak teRPeri sakitnya. (al-Nisa’:161)
Peringkat ketiga menyatakan secara jelas pengharaman riba yang berganda-ganda.
Kenyataan al-Quran ini telah menimbulkan kontroversi tentang samada pengharaman tiba
terhad kepada riba al-Jahiliyyah atau mencakupi semua tahap riba. Sebahagian besar ahli
tafsir berpendapatt sifat berganda bukanlah kriteria yang menyebabkan riba itu haram. Ia
hanyalah memberi maksud sifat riba yang menjadi amalan dalam urusan kewangan pada
masa itu. Pengharaman diperingkat ini adalah pengharaman juz’i dan bukannya kulli. Ayat
tersebut adalah firman Allah SWT :
[130] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil
riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah
supaya kamu berjaya.
Peringkat keempat pengharaman riba terkandung di dalam ayat 278 dan 279 surah al-
Baqarah. Ayat 278 menyeru orang-orang yang beriman supaya menjauhi sebarang aktiviti
riba. Menjauhi riba adalah salah satu ciri orang yang beriman. Ayat 279 menyatakan
secara tegas hutang hendaklah dibayar dengan jumlah yang sama tanpa sebarang
tambahan. Melalui kedua-dua ayat ini Allah SWT mengharamkan riba secara jelas tanpa
mengira samada riba itu berlipat ganda ataupun sebaliknya dan hukum ini adalah
muktamad sehingga hari kiamat. Ayat tersebut adalah firman Allah SWT (yang
bermaksud) :
172
[275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan
dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian
ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu
sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai
kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah
kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil
riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
[276] Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil)
riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-
sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal
terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa.
[278] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah
dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada
orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.
Ayat ini diturunkan menceritakan bahawa Abbas bin Abdul Mutalib bin Walid pada masa
jahiliyahnya berkongsi meminjamkan wang kepada orang-orang dari suku Taraqif secara
riba. Apabila Islam datang keduanya mempunyai modal besar yang beRPusing secara riba
lalu Allah menurunkan ayat 2:278. al-Sabuni (1981), h. 79; al-Buti (1980), h. 75
5.2. 3.1.4 .2 Pengharaman Riba melalui al-Sunnah
173
Pengharaman riba juga datangnya dari al-Sunnah. Al-Sunnah adalah sumber hukum yang
ke dua dalaam syariat Islam. Hukum-hukum yang datang daripada al-Sunnah berbanding
dengan al-Quran terbahagai kepada tiga bahagian iaitu:
1. Hukum-hukum yang mengesahkan dan menguatkan lagi hukum yang terdapat di
dalam al-Quran.
2. Hukum-hukum yang menjadi penjelas kepada hukum-hukum yang terdapat dalam
al-quran.
3. Hukum-hukum baru yang asalnya tidak diperolehi dari al-Quran. (Muhammad
Mustafa al-Syalabi (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, juz 1, Beirut: Dar al-Nahdah
al-‘Arabiyyah, h. 115-116; ‘Abd al-Karim Zaidan (1987), al-Wajiz fi Usul al-
Fiqh, cet 2, Beirut: Muassah al-Risalah, h. 177; Wahbah al-Zuhayli, (1986), Usul
Fiqh al-Islami, juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr, h. 461).
Banyak hadith Rasulullah saw yang menyentuh tentang riba. Secara umumnya hadith-
hadith mengenai riba boleh dikategorikan kepada tiga bahagian. Kategori pertama ialah
a. Kategori pertama ialah hadith-hadith yang mengharamkan riba dalam
bentuk umum iaitu yang menceritakan amalannya tergolong di dalam dosa besar.
b. Kategori kedua ialah hadith-hadith yang menegah amalan Riba al-
Jahiliyah atau riba Hutang. Kategori ketiga pula ialah hadith-hadith yang menegah
amalan riba dalam jual beli.
Rajah 3.2 : Ketegori Pengharaman Riba melalui al-Sunnah
174
Kategori 1 Riba sebagai dosa Besar
Kategori 3 Amalan Riba dalam Jual beli
Kategori 2 Amalan riba al-Jahiliyah
KATEGORI PENGHARAMAN RIBA MELALUI AL-SUNNAH
Contoh-contoh Hadith dalam kategori 1.
1. Daripada Jabir memberitahu bahawa ‘Rasulullah SAW melaknat orang yang
memakan riba, memberi riba, kedua-dua saksi dan penulisnya dan baginda
bersabda, golongan ini semuanya sama.’ (Riwayat Muslim, Ibn majah, Abu
Daud, Tirpidhi) Muslim (t.t), op.cit., h. 50; Ibn Majah, Abu Daud dan al-Tirpidhi
meriwayatkan hadis yang sama daripada ‘Abd Allah b. Mas’ud. Ibn Majah (t.t)
op.cit.,h. 764; Abu Daud (t.t) op.cit., h. 244; al-Tirpidhi (1981), op.cit., h. 512
2. Daripada Abu Hurayrah, Nabi SAW bersabda bermaksud : ‘Riba itu mempunyai
tujuh puluih bahagian, paling ringan ialah seumpama seseorang itu mengahwini
ibunya sendiri. ‘ (Riwayat Ibn Majah)
3. Daripada Abu Hurayrah r.a bahawa Nabi saw telah bersabda yang bermaksud :
‘Pada malam mi’raj, aku telah bertemu dengan orang yang perutnya besar seperti
rumah dan dilihat ular berada di dalamnya, lalu aku bertanya kepada jibrail,
siapakah mereka itu, Jibrail menjawab bahawa mereka itu ialah orang-orang
yang memakan riba.’ (Riwayat Ibn Majah)
4. Daripada Abu Hurayrah r.a, Nabi bersabda bermaksud :
‘Akan tiba suatu masa di mana semua manusia akan makan riba dan jika ia tidak
memakannya, debu-debunya akan mengenainya juga.’ (Riwayat Nasa’i, Abu
Daud, Ibn Majah)
5. Daripada ‘Abd Allah Bin Hanzalah, Nabi saw bersabda yang bermaksud :
‘Satu Dirham daripada riba yang diterima oleh seseorang sedangkan dia
mengetahuinya adalah lebih buruk daripada berzina tiga puluh kali.’ (Riwayat
Daraqutni) Ali b. Umar al-Daraqutni, (1993), Sunan al-Daraqutni, juz 3, dicetak
bersama dengan al-Ta’liq al-Mughni ‘ala al-daraqutni, karangan Abu al-tayyib
Muhammad Syams al-Haq al-‘Azim Abadi, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi,
h. 16; ‘Ala’ al-Din B. Husam al-Din al-Muttaqi al-Hindi (1985), Kanz al-‘Ummal
fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al, juz 4, cet. 5, Beirut: Mu’assasah al-Risalah, h. 106
175
a. Contoh-contoh Hadith dalam kategori 2 ialah :
1. Jabir Bin ‘Abd Allah melaporkan tentang peristiwa haji wida’ nabi dengan
mengatakan bahawa nabi beRPesan dengan sabdanya yang bermaksud :
‘Dan Riba al-jahiliyah dihapuskan dan pertama-tama riba yang aku hapuskan
ialah riba yang seseorang bayar kepada ‘Abbas Bin ‘Abd Mutalib, sesuangguhnya
ia dimansuhkan semua sekali.’ (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Abu Daud)
2. Rasululah saw telah bersabda : ‘Ingat-ingatlah bahawa semua riba al-jahiliyah itu
dimansuhkan bagi kamu adalah modal asas maku, kamu tidak menzalimi dan juga
tidak dizalimi.’ (Riwayat Ibn Majah, al-Darimi dan al-Bayhaqi)
3. Ibn ‘Abbas berkata bahawa Usamah Bin Zayd melaporkan bahawa nabi saw
bersabda yang bermaksud :
‘Sesungguhnya riba itu berlaku pada yang bertangguh.’ Muslim (t.t), op.cit., juz
5, h. 50, Ibn Hanbal (t.t), op.cit., juz 5, h. 208;
Mengikut al-Nasa’i, lafaznya ialah “Tiada riba kecuali pada tertangguh”, al-
Nasa’i (t.t), op.cit., juz 7, h. 281; Abu ‘Abd Allah Muhammad B. Ismail B.
Ibrahim al-Bukhari, (1981), Sahih al-Bukhari, juz 3, Istanbul: al-Maktabah al-
Islamiyyah, h. 31;
Mengikut lafaz riwayat al-Darimi pula, ‘Sesungguhnya riba itu berlaku pada Dayn
(hutang)’. al-Darimi (t.t), op.cit., juz 2, h. 174
4. Usamah Bin Zayd juga melaporkan bahawa rasulullah saw bersabda yang
bermaksud : ‘Tidak berlaku riba pada benda yang ditukarkan secara unjuk
berunjuk (tunai)’.
b. Hadith-hadith yang termasuk di dalam kategori yang ketiga. Kategori ini adalah
hadis mengenai riba yang paling banyak diriwayatkan oleh para sahabat iaitu
176
melibatkan seramai 22 orang sahabat semuanya. Lihat Muhyi al-Din Abu
Zakariyya yahya Bin Syaraf al-Nawawi, (t.t), al-majmu’ Syarh al-Muhadhadhab,
juz 10, Kaherah: Dar al-Fikr, h. 67. antara contoh-contohnya ialah :
1. Daripada ‘Ubadah Bin al-Samit, Rasulullah saw bersabda bermaksud : ‘Emas
dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli,
tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, sama dengan
sama, unjuk berunjuk, sekiranya berbeza jenis dengan barangan itu, maka kamu
boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut
unjuk berunjuk (secara tunai). Muslim (t.t) op.cit., h. 41; Ibn Majah (t.t), op.cit.,
juz 2, h. 1025; Abu Daud (t.t), op.cit., juz 2, h. 185.
2. Daripada Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata : ‘ Bahawa Rasulullah
mengutuskan lelaki bekerja di khaybar dan lelaki tersebut datang berjumpa
baginda dengan membawa buah tamar ‘janib’. Rasulullah bertanyakan lelaki itu
samada semua tamar di Khaybar seperti yang dibawanya, lantas lelaki tersebut
menjawab, tidak wahai rasulullah, sebenarnya kami menukar satu sa’ (satu
sukatan) tamar dari jenis ini dengan dua sa’ tamar biasa dan dua sa’ tamar ini
dengan tiga sa’ tamar biasa. Lalu Rasulullah pun bersabda, jangan kamu buat
begitu, jualkan tamar ‘al-jam dengan dirham dan gunakan dirham itu untuk
membeli tamar ‘janib’ (Riwayat Bukhari dan Muslim) .Janib adalah sejenis tamar
yang berkualiti tinggi. Lihat Abu al-Fadl Ahmad b. ‘Ali b. Hajar al-‘Asqalani,
(t.t), Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, h.
151. Tamar al-Jam ialah tamar radi’ iaitu yang bercampur-campur. Lihat al-
Nawawi (1981), op.cit., juz 11, h. 21, ibn Hajar al-‘Asqalani, (1978), op.cit., juz 9,
h. 267
3. Abu Said berkata : ‘Bilal telah membawa buah tamar ‘Barniy’ (berkualiti tinggi),
lalu Rasulullah bertanyakan dari mana buah tamar diperolehi. Bilal menjawab
‘Tamar yang ada pada kami adalah Radi’ (berputu rendah) lantas saya
menukarnya dengan dua sa’ bagi mendapatkan satu sa’ untuk hidangan
177
rasulullah. Rasulullag terus bersabda, ‘Ha, ini betul-betul riba, jangan lakukan
demikian sebaliknya jika kamu ingin membeli tamar, jualkan dahulu tamar yang
ada pada kamu dan kemudian belilah tamar yang kamu kehendaki itu dengan
harga yang kamu peroleh’.(Riwayat Bukhari, Muslim,Nasa’i)
Pengharaman Riba dalam jual beli berlaku pada peperangan Khaybar dan begitu juga
hadith Abu Sa’id al-Khudri mengenai pertukaran buah tamar didapati berlaku sempena
dengan pembukaan Khaybar. Peperangan Khaybar terjadi pada kurun ke 7 Hijrah dan ini
berpakna bahawa hadith pengharaman pertukaran barangan ribawi itu adalah sebelum
turunya ayat riba dalam surah al-baqarah dan selepas ayat riba dalam surah al-Imran. Oleh
itu, ternyatalah bahawa hadith ini bukanlah menjadi penjelas kepada ayat riba surah al-
baqarah kerana ayatnya diturunkan selepas hadith tersebut. Begitu juga ia bukanlah
menjadi penjelas kepada riba dalam surah al-Imran kerana riba dalam ayat itu berbentuk
ad’af Muda’afah sedangkan ciri ini hanya terdapat pada urusniaga hutang yang bertangguh
sahaja. Abu Zahrah (t.t), op.cit., juz 3, h. 925. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti,
(1980), Fiqh al-Sirah, cet. 8, Beirut: Dar al-Fikr, h. 337.
5.2.3.1.5 Barang-barang Ribawi
Semua yang diperkatakan dalam hadith mengenai Riba jual beli mempunyai ciri-ciri
berikut iaitu barangan tersebut dikenali dengan barangan ribawi dan segala urusniaga
yang melibatkan barangan ini tertakluk kepada hukum riba jual beli, barangan itu adalah
barangan mithli yang juga merupakan barangan atau objek yang sah dibuat kontrak Qard.
Barangan Ribawi mempunyai dua kelompok iaitu Kelompok al-Nuqud (wang) iaitu emas
dan perak dan kelompok al-At’imah (makanan). Semua kelompok mempunyai ‘illah
(sebab) yang berbeza pengharamannya. Segala urusniaga yang melibatkan pertukaran
barangan ribawi yang sama kelompok (mutajanisayn) seperti emas dengan emas mestilah
memenuhi dua syarat iaitu al-Tasawi (sama kuantiti) dan al-Tanaqud (serahan serta
merta). (Abu Muhammad ‘Ali b. Ahmad b. Sa’id Ibn Hazm, (t.t.), al-Muhalla, juz 7,
178
Beirut: Dar al-Fikr, h. 157; Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya b. Saraf al-Nawawi, (t.t),
al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab, Juz 10, Beirut: Dar al-Fikr, h. 72.)
Manakala pertukaran barangan ribawi yang berbeza dalam kelompok yang sama
(Mutaqaribayn) seperti emas dan perak, gandum dengan barli hendaklah memenuhi satu
syarat sahaja iaitu al-Tanaqud. (serahan serta merta). Mengikut Ibn Hazm, Mazhab Hanafi
dan Mazhab Shafi’i mengharuskan berlakunya unsur lebihan dalam urusniaga ini. (Ibn
Hazm (1983), op.cit., juz 7, h. 154; al-Subki (t.t), op.cit., juz 10, h. 72)
Pertukaran barangan ribawi daripada kelompok yang berbeza seperti emas dengan
gandum tidak terikat kepada apa-apa syarat hukum riba jual beli. (Muhammad b. ‘Ali al-
Syawkani, (1989), Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-haq min ‘Ilm al-usul, juz 5, Kaherah:
Matba’ah Mustafa al-babi al-Halabi wa Awladih, h. 219)
Ia bebas mengikut kehendak pihak-pihak yang terlibat sama ada ingin melakukan lebihan
ataupun penangguhan.
5.2. 3.1.6 ‘Illah Pengaharaman Riba Mata Wang (al-Nuqud)
Majoriti ulamak sependapat mengatakan bahawa komoditi lain juga boleh terlibat dengan
riba asalkan barangan itu mempunyai ‘illah yang sama dengan barang ribawi. (al-
Syawkani (1971), op.cit., juz 5, h. 220). Ibn Rusyd mengatakan bahawa barangan lain juga
terlibat bukan atas asas qiyas tetapi ia lebih kepada kaedah al-khas yang menghendaki
maksud al-‘am. (Abu Walid Muhammad b. Ahmad Ibn Rusyd (al-Hafid), (1981), Bidayah
al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, juz 2, Kaherah: Maktabah wa matba’ah Mustafa al-
Babi al-Halabi wa Awladih, h.129).
Sungguh pun begitu mereka berbeza pendapat tentang perkara-perkara yang terlibat
kerana perbezaan pandangan tentang ‘illahnya. (Abu Muhammad al-Husayn b. Mas’ud al-
Baghawi, (1983), Syarh al-Sunnah, juz 8, Beirut: al Maktab al-Islami, h. 57-59)
179
Mazhab Hanafi berpendapatt bahawa ‘illah riba bagi emas dan perak ialah timbangan bagi
barangan yang sama jenis. (al-Kasani (t.t), op.cit, juz 7, h. 3106; Burhan al-Din Abu
Hassan ‘Ali b. Abi Bakr b. ‘Abd al-Jalil al-Marghinani (t.t) , al-Hidayah Syarh Bidayah
al-Mubtadi, juz 3, Kaherah: Maktabah Wa Matba’ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi Wa
Awladih, h. 61)
Oleh itu semua komoditi yang mengambil ukuran timbangan seperti besi, tembaga dan
sebagainya adalah tertakluk kepada hukum riba. Namun begitu, Imam Abu Hanifah dan
Abu Yusuf menganggap mata wang selain daripada emas dan perak seperti al-fulus tidak
tertakluk kepada hukum riba al-fadl dan ia boleh diniagakan secara berlebihan iaitu satu
fulus boleh ditukar dengan dua fulus. Lihat al-Kasani (t.t), op.cit., juz 7, h. 3110; Masalah
akan timbul sekiranya hendak diselaraskan bagi kes mata wang kertas kerana ia tidak
mengambil ukuran timbangan emas dan perak justeru itu ia tidak tertakluk kepada hukum
riba. Ab Mumin Ab Ghani (1999), h. 204. Namun begitu pendapat mengenai al-Fulus,
Abu Hanifah dan Abu Yusuf itu tidak dipersetujui oleh al-Syaibani iaitu Muhammad b. al-
Hassan, salah seorang orang kanan Abu Hanifah kerana belia berpendapatt bahawa al-
fulus (wang) itu sebagai pengukur nilai kepada barangan lain dan ia sudah tentu tertakluk
kepada hukum riba. al-Kasani (t.t.), juz 7, h. 3110
Mazhab Maliki dan Mazhab Shafi’i dan Hanbali mengatakan bahawa ‘illah bagi kedua-
dua emas dan perak ialah kebiasaan menjadi pengukur nilai kepada barangan lain
(Ghalabah al-Thamaniyyah). Walaubagaimana pun mereka berselisih pendapat tentang
apakah pengukur nilai ini hanya tertentu kepada emas dan perak sahaja kerana nilai fizikal
yang terdapat pada keduanya atau mencakup juga lain-lain mata wang yang biasa
digunakan dalam sesuatu masyarakat seperti fulus, wang kertas, dan sebagainya. Mengikut
sesetengah pendapat bahawa ‘illah kedua-dua emas dan perak ialah nilai fizikalnya (‘Ayn)
bukannya lain-lain sifat. Nizam al-Din al-Hassan b. Muhammad b. Al-Husayn al-Nisaburi,
(1962), Ghara’ib al-Quran wa ragha’ib al-Furqan, juz 3, Kaherah: Maktabah wa
Matba’ah Mustafa al-babi al-Halabi wa Awladih h. 73; al-Nawawi (1985), op.cit., juz 3, h.
377-378.
180
Sesetangah ulama Mazhab Shafi’ie dan sesetengah pendapat daripada Mazhab Maliki
berpendapatt ‘illah ini hanya tertentu kepada emas dan perak sahaja kerana ciri seperti itu
tidak tidak terdapat pada komoditi lain.
Menurut Imam Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm, Emas dan perak merupakan penjelas
nilai bagi semua benda lain kerana kedua-keduanya adalah pengukur nilai dan ia tidak
boleh diqiyaskan kepada barangan makanan ataupun barangan lain selain daripada
makanan. (Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Idris al-Shafi’i (1973), al-Umm, juz 3, Cet 2,
Beirut: Dar al-Ma’rifah, h. 15).
Namun begitu ada pendapat yang mengatakan bahawa ia boleh diqiyaskan kepada
barangan lain kerana jika benar dakwaan yang menyatakan bahawa ciri ini tidak terdapat
pada barangan yang lain, maka apalah faedah yang terdapat pada ‘illah itu kerana ia tidak
boleh dibuat qiyas dengan barangan lain. Hamoud (1991), op.cit., h. 171, , Ahmad b.
Muhammad al-Sawi (1990), Bulghah al-Salik li-Aqrab al-Masalik ‘ala al-Syarh al-Saghir,
Kaherah: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih , h. 343.
5.2.3.2.Unsur Gharar Dalam Muamalat
Urusniaga perniagaan yang mempunyai unsur Gharar adalah dilarang di dalam Syariat
Islam. Kontrak Insuran hayat konvensional umpamaya diputuskan oleh Jawatankuasa
Fatwa Majlis Agama Kebangsaan sebagai muamalat yang fasad dan hukumnya haram
kerana ia tidak menepati prinsip-prinsip Islam dalam akad (urusniaga kontrak) iaitu
mengandungi gharar, maysir dan riba. Majoriti kontrak yang haram pada masa dahulu
termasuklah maysir, bay’ al-mulamasah, bay al-hasat, bay al-ma’dum dan lain-lain adalah
kerana dikaitkan dengan kandungan gharar yang wujud dalam kontrak tersebut.
Terdapat nas al-Quran dan al-Sunnah yang memberi panduan tentang perlunya dielakkan
keraguan dan risiko yang menjadi punca perselisihan. Antaranya seperti dalam surah al-
Nisa’:29; al-Mutaffifin: 1-3; Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a bahawa
181
“Rasulullah s.a.w melarang jual beli munazabah (anak batu) dan jual beli gharar.”
Muslim (t.t), op.cit, jld 10, h. 155-157; “ Rasulullah s.a.w melarang dari al-mulamasah
dan al-munazabah.” Bukhari (t.t), op.cit jld 3, h. 5.
al-Munazabah ialah jual beli di mana kedua-dua pihak tidaak menetapkan barangan yang
di beli tetapi ditentukan dengan lontaran kain atau anak batu. Al-Mulamasah pula ialah
jual beli yang terlaksana apabila pembeli memegang barang tersebut; “ Ibn Umar berkata
Rasulullah s.a.w melarang bay’ al-Gharar.” al-Baihaqi (t.t), al-Sunan al-Kubra, Beirut:
Dar al-Fikr, jld 5, h. 338.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah telah melarang daripada mengamalkan
gharar dalam jual beli”. Hadis Riwayat Muslim, Tirpidhi, Ibn Majah, Muhammad b. Ali
al-Syawkani, (1999), Nayl al-Awtar, Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al’Arabi, j.5, h. 165.
5.2.3.2.1 Definisi Gharar
Perkataan gharar berasal dari kata gharara yang bermaksud mendedahkan diri seseorang
atau hartanya kepada kemusnahan secara tidak sedar. Secara umumnya gharar bermaksud
bahaya, bencara atau risiko. Ibn Manzur (1994), op.cit., jilid 5, h. 11-12; ada juga yang
mengatakan ia berasal daripada kata khatara iaitu bahaya, lintasan hati, ketinggian makam
dan penyukat besar atau sesuatu yang pada zahirnya menipu pembeli dan batin yang tidak
diketahui seperti rupap bentuk ikan di dalam air. Kerana itu dinamakan dunia ini mata’u
al-Ghurur iaitu barang tertipu. Lihat Ibn al-Athir (t.t), op.cit., jil 3, h. 355.
Dari segi istilah Syarak terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh para ulamak. Gharar
ialah urusniaga yang mempunyai ketidakjelasan dalam akad urusniaga yang boleh
memberikaan risiko kerugian kepada sebelah pihak dalam urusniaga. Menurut al-Sarakhsi,
gharar ialah apa-apa yang tersembunyi implikasinya. Gharar juga adalah kontrak jual beli
yang berisiko. Darjah risiko akan menentukan samada gharar itu disifatkan sebagai gharar
yasir yang dibenarkan dan gharar fahisy yang tidak dibenarkan oleh syariah. Darjah risiko
182
dalam sesuatu kontrak banyak ditentukan oleh ‘uruf pasaran semasa. Oleh itu dalam
sesetangah kes, sesuatu kontrak itu berkemungkinan menjadi gharar fahisy dan pada masa
yang lain menjadi gharar yasir bergantung kepada perubahan ‘uruf dan realiti semasa.
(Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad Al-Sarakhsi, (1978), al-Mabsut, Beirut: Dar al-
Ma’rifah, j. 12, h. 194.)
Gharar juga ialah ketidakpastian tentang kewujudan sesuatu barang jualan. Ia juga boleh
didefinisikan sebagai syak tentang kewujudan barang yang dijual atau keraguan tentang
wujud atau sebaliknya barang yang dijual tanpa pentarjihan.
Gharar juga boleh berlaku kepada sesuatu yang tidak diketahui. Ibn Hazm menyatakan
bahawa kejahilan pembeli tentang apa yang dibeli atau kejahilan penjual tentang apa yang
dijual juga adalah gharar.
Gharar juga boleh berlaku dalam keadaan ketidakpastian tentang kewujudan sesuatu
perkara dan perkara yang tidak diketahui seperti sesuatu yang terlindung akibat atau
natijahnya dan sesuatu yang terlindung dari pengetahuan.
Gharar tidak hanya terhad kepada ketidakpastian tentang kewujudan atau ketiadaan
sesuatu tapi meliputi kejahilan tentang sesuatu. Beliau mendefinisikan gharar sebagai
sesuatu yang tidak diketahui tentangnya atau yang diragui tentang ada atau tidak sesuatu
yang dijual.
Gharar diharamkan kerana boleh membawa pertelingkahan. Setiap muamalat yang boleh
membawa pertelingkahan sememangnya diharamkan dalam Islam. (Yusuf al-Qaradawi
(1987), Bay’ al- Murabahah lil Amir Bi al-Syira’, Kaherah : Maktabah Wahbah).
Antara dalil pengharaman gharar ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Masud Bagi
memastikan tidak wujudnya gharar atau keraguan pada kontrak yang boleh
membahayakan matlamat asal kontrak, syarat-syarat seperti mempunyai pengetahuan yang
memadai (ma’lum) mengenai al-ma’qud ’alayh yang meliputi spesifikasi (ta’yin), sifat
183
(sifah) dan kuantiti (qadr), kebolehan untuk diserahkan atau diterima (qudrah ’ala al-
taslim atau tasallum), dan benar-benar dimiliki oleh orang yang memulakan tawaran. (al-
Milk al-Tamm). Malah sekiranya sesuatu kontrak disertakan dengan syarat yang
menyentuh al-ma’qud ‘alayh ini maka syarat itu juga perlu mematuhi syarat-syarat tadi.
Al-Kasani (t.t) op.cit., jld 5, h. 171-172; Imam al-Syafi’ei menganggap Jahalah
(ketidaktahuan) menyebabkan adanya bahaya dan Ibn Qayyim pula mengaitkannya
dengan apabila seseorang itu gagal menyerahkan barangan yang dijual atau wujud
ketidakpastian sama ada akan menerima atau sebaliknya barangan yang dibeli.
(Muhammad al-Amin al-Darir al-Siddiq (1995), al-gharar wa Atharuhu fi al-‘Uqud fi al-
fiqh al-Islami, edisi 2, Mesir; Universiti Khartoum, h. 30-33)
Hadis riwayat Ibnu Masud, Nabi Muhammad Saw bersabda;
“Jangan kamu membeli ikan yang masih dalam air (sungai, laut dan seumpamanya)
kerana aia ada unsur gharar.” Abu Bakr Ahmad b. Al-Husayn b. ‘Ali al- Baihaqi, (1994)
al-Sunan al-Kubra, hadis no 1564, jil 5, Beirut: Dar al- Kutub al-Ilmiah, h. 340.
Secara dasarnya gharar boleh wujud dalam setiap kontrak tetapi gharar yang mampu
menyebabkan sesebuah kontrak itu menjadi tidak sah ialah kontrak yang melampau.
Sesetengah Fuqaha seperti al-Baji cuba meletakkan satu ukuran bagi menentukan sama
ada gharar yang terdapat di dalam sesebuah kontrak adalah melampau atau sebaliknya.
Beliau menganggap gharar adalah melampau apabila kontrak tersebut sendiri
mengandungi elemen yang tak pasti atau gharar. Lihat al-Darir (1995), op.cit., h. 591; al
Suwailem pula menyatakan jika terdapat tiga perkara berikut:
1. Gharar akan dianggap sebagai tidak membahayakan iaitu: risiko itu boleh
diendahkan dengan kata lain kesan atau kehilangan disebabkannya adalah kecil.
2. ia diluar kawalan seseorang.
3. ia tidak disengajakan. (Sami al-Suwailem, (1999), “Towards an Objective
Measure of Gharar in Exchange”, Islamic Economics, jld 7, bil. 1&2, h. 69-71)
Menurut al-Darir, empat syarat yang akan membolehkan gharar menjadikan sesuatu
kontrak jual beli sebagai tidak sah.
184
1. Pertama, gharar tersebut mestilah melampau dan ini
bergantung pada keadaan, masa dan tempat.
2. Kedua, kontrak terlibat ialah kontrak pertukaran dua hala
yang melibatkan harta termasuklah jual beli, sewaan dan perkongsian.
3. Ketiga, gharar melibatkan komponen utama kontrak seperti
harga, barangan, bahasa yang dipakai dan sebagainya.
4. Keempat, terdapat kontrak lain yang tidak mengandungi
gharar seumpama kontrak terlibat.
Al-Darir juga membahagikan jualan al-Gharar kepada dua iaitu al-Gharar dalam Sighah
akad jual beli dan al-Gharar dalam barang yang diakad.
Al-Gharar dalam sighah akad jual beli meliputi 1. menjual dua jualan dalam satu jualan
atau dua akad dalam satu akad, 2. Jualan al-‘Urbun. 3. Jualan al-Hasah (barang yang
terkena lontaran batu), 4. Jualan al-Munazabah (Lontaran barang yang diambil tanpa
sighah, 5. Jualan mulamasah (menjual secara sentuhan dan tidak boleh khiyar), 6. Jualan
yang ditaklik dan akad yang disandar kepada masa akan datang. Lihat al-Darir (1995),
op.cit., h. 76-77.
Al Gharar pada barang yang diakad ialah: 1. jahil tentang benda yang diakad, 2. jahil
tentang jenis benda yang diakad, 3. Jahil tentang aneka (naw’) benda yang diakad, 4. jahil
tentang sifat benda yang diakad, 5. jahil tentang kadar benda yang diakad, 6. jahil tentang
tempoh benda yang diakad, 7. Tidak mampu menyerahkan benda yang diakad, 8.
Berakad pada benda yang tidak wujud dan 9. Tidak melihat benda yang diakad. (al-Darir
(1990)
Antara yang menyebabkan gharar juga adalah al-Ghabn. Ghabn ialah ketidaksamaan nilai
antara dua barang pertukaran yang tidak diketahui oleh pihak yang menanggung kerugian
(maghbun) semasa akad dilakukan. Taghrir pula ialah penipuan atau memberikan
gambaran palsu tentang sesuatu barang yang hendak dijual sehingga mempengaruhi
pembeli agar membeli barang berkenaan dengan harga yang disebut oleh penjual. Ghabn
185
terbahagi kepada dua iaitu: Ghabn yasir (sedikit) dan ghabn Fahisy (berlipat ganda). Para
Fuqaha berselisih pendapat dalam menentukan standard ghabn fahisy. Aliran pertama
condong kepada penentuan standard yang static seperti pendapat mazhab maliki yang
menyatakan lebihan yang melampaui 1/3 modal asal dikira ghabn fahisy. Sementara aliran
kedua condong kepada penentuan standard yang flaksibel seperti mazhab Hanbali yang
menyatakan bahawa penentu kepada fahisy atau sebaliknya ialah uruf.
5.2.3.3. Unsur Maysir (Judi) dalam Muamalat
Dalam melakukan urusniaga muamalat, Islam juga mengharamkan urusniaga yang
berkaitan dengan maysir (judi). firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu
bermaksud hendak menimbulkan perpusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran
(meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan
sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).” al-Ma’dah: 91
Perjudian adalah suatu pertaruhan untung rugi yang hanya bergantung kepada nasib
semata-mata. Hukum judi adalah dari jenis dalil Qat’ie daripada al-Quran. Allah
berfirman dalam surah al-Maidah: 90 “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya
(meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan
panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu
agar kamu mendapat keberuntungan.” [434] Al Azlaam artinya: anak panah yang belum
pakai bulu. orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk
menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah:
mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing
yaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa,
diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak
melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah
anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan
sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak
panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.
186
Judi diharamkan kerana kandungan gharar yang wujud adalah terlalu tinggi. Judi tidak
menggambarkan suatu perniagaan yang produktif tetapi melemahkan masyarakat kerana
hanya bergantung kepada nasib semata-mata. Menurut Ibn Taymiyyah, kefasadan dalam
akad-akad mua’malat beRPunca daripada riba dan maysir atau sesesuatu yang boleh
membawa kepada perjudian atau sama dengannya seperti al-Gharar al-Fahisy. Beliau
menjelaskan bahawa umumnya mu’amalat-mu’amalat yang dilarang dalam al-Quran dan
al-Sunnah itu bertujuan menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman sama ada yang
kecil mahupun yang besar seperti memakan harta secara batil, riba dan maysir. (Ahmad
b. ‘Abd Halim b. ‘Abd Salam, Ibn Taymiyyah (t.t), Majmu’ al-Fatawa Syaykh al-Islam
Ahmad Ibn Taymiyyah, Beirut: Dal-al-Arabiyyah, jld 28, h. 385).
5.2.3.4 Unsur Ihtikar Dalam Muamalat
5.2.3.4.1 Definisi Ihtikar
Dari segi bahasa Arab, ihtikar beerti menahan, mengumpul dan menguasai sesuatu. Dalam
istilah Fiqh, ia ditakrifkan sebagai menghalang barang yang amat diperlukan oleh orang
ramai dengan niat untuk menaikkan harga barang tersebut samada dengan cara
menyimpannya (di suatu tempat) atau merosakkannya dengan sengaja atau enggan
menjual barang berkenaan kecuali dengan harga yang tinggi. Sesiapa sahaja yang
melakukan sesuatu yang boleh menaikkan harga barang yang amat diperlukan oleh orang
ramai dikira muhtakir. Ihtikar diharamkan dalam Islam kerana ia membawa kemudaratan
kepada orang ramai. Dalam Islam kepentingan (maslahah) orang ramai diutamakan
daripada kepentingan individu. Pengharaman ihtikar ini dijelaskan dalam banyak hadith
antaranya lalah hadith yang bermaksud:
“barang siapa yang ihtikar makanan ke atas orang Islam, Allah akan
menimpakan ke atas mereka penyaklit Judham (sejenis penyakit kepala yang
boleh merebak ke muka) dan muflis. HR Ibn Majah
187
5.2.4.3.2 Syarat menjadi Ihtikar
Tidak semua perbuatan menyorok barang dianggap ihtikar. Ia dianggap ihtikar apabila
memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat Ihtikar boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu :
a. Barang yang di sorok
Tidak semua barang-barang yang disorok akan dikira iktikar. Secara umumnya ulamak
berselisih pendapat di dalam perkara tersebut. Imam Abu Yusuf, Fuqaha’ Maliki, (Abu
al-Walid Sulayman b. Khalaf b. Sa’ad b. Ayub Al-Baji (1983), al- Muntaqa Syarh
Muwatta’, cetakan 3, jil 5, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, h. 16 ). Fuqaha’ Hanbali dan
Fuqaha Zahiri berpendapatt bahawa ihtikar berlaku kepada semua barang. Ini berdasarkan
kepada kemudaratan akan wujud apabila mana-mana barang yang amat diperlukan oleh
orang ramai disorok atau disembunyikan. Perbuatan ini akan mendatangkan kemudaratan
dan ia adalah haram seperti yang dijelaskan oleh hadith nabi; “Tidak ada mudarat dan
tidak boleh memudaratkan.” HR Ibn Majah
Pendapat ini didasarkan kepada beberapa hujah, anataranya ialah hakikat darar
(kemudharatan) yang akan wujud apabila mana-mana barang yang amat diperlukan oleh
orang ramai disorok atau disembunyikan. Perbuatan ini mendatangkan kemudaratan dan
ia adalah haram berdasarkan hadis tersebut. (Ibn Majah (t.t), op.cit., hadis no. 2340, jld 2,
h. 408; Lihat al-Kasani (1990), op.cit., jld 5; al-Marghinani (1978), op.cit., jld 10, h. 68,;
Malik b. Anas (t.t), op.cit., jld 10, h. 291, ; al-Baji (1983) , op.cit., h. 16)
Terdapat juga ulama seperti Abu Hanifah pula berpendapatt bahawa ihtikar hanya
berlaku pada makanan asasi manusia dan binatang sahaja. Ini berdasarkan kepada satu
hadith nabi yang bermaksud:
“Barang siapa yang ihtikar makanan selama 40 malam , sesungguhnya ia telah
menjauhkan diri dari Allah dan Allah menjauhkan dirinya daripadanya.” Ibn Majah (t.t),
op cit. Hadis. no 2153 jil 2 h. 728.
188
Hadith ini telah mentaqyidkan ihtikar dengan barang berkenaan. Oleh itu penyorokan
barang selainnya tidak termasuk di dalam kategori ihtikar. Selain itu, pendapat tersebut
juga berasaskan kepada tidak wujud darar apabila barang yang ditahan atau
disembunyikan itu bukan makanan. Oleh itu tidak berlaku ihtikar apabila ia tidak
mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai. Ihtikar juga hanya berlaku kepada
makanan manusia sahaja. Ini adalah mengikut pendapat yang sahih dalam Mazhab
Hanbali. Pendapat ini didasarkan kepada hadith melarang ihtikar makanan seperti yang
telah disebut sebelum ini. Ihtikar berlaku apabila barang yang disorok itu adalah barang
yang amat diperlukan oleh orang ramai dan penyorokan itu boleh mendatangkan
kemudaratan kepada orang ramai. Syarat sesuatu yang amat diperlukan orang ramai dan
syarat mendatangkan kemudaratan merupakan kayu pengukur penentuan barang ihtikar.
Dengan itu menghadkan hanya barang makanan sahaja tidaklah tepat. Ini kerana ada
ketikanya manusia amat memerlukan barang selain daripada makanan untuk hidup dan
kesukaran mendapatkannya kecuali dengan harga yang tinggi akibat aktiviti ihtikar telah
mendatangkan mudharat kepadanya.
b. Tempat barang-barang yang diiktikar diperolehi
Mengikut pendapat kebanyakan Fuqaha Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali, disyaratkan
barang yang diihtikar tersebut adalah dibeli di pasaran tempatan. Bukannya dari luar
(import). Namun ada pendapat yang mengatakan tidak disyaratkan pasaran tenpatan
seperti pendapat Fuqaha’ Hanafi dan fuqaha’ Zahiri. Pengimport juga boleh termasuk
didalam golongan muhtakir jika menjalankan aktiviti tersebut.
c. Tempoh ihtikar
Tidak disyaratkan tempoh tertentu melakukan ihtikar dianggap ihtikar. Selagi ada
memberi kesan kemudaratan kepada orang ramai maka aktiviti tersebut boleh dianggap
ihtikar. Pihak ulil amri diberi kuasa menentukan tempoh tersebut berdasarkan
kemaslahatan orang ramai.
189
5.2.4 HUKUM MUAMALAT DIBINA BERASASKAN ‘ILLAH DAN MASLAHAH
(KEBAIKAN)
Selain aspek-aspek yang diharamkan oleh Syariah, Pengambilkiraan ‘illah dan maslahah
dalam urusniaga muamalat juga adalah penting dalam syariah Islam semasa membuat
ijtihad hukum-hukum baru. Prinsip ijtihad dalam muamalat juga perlu berasaskan konsep
ta’lil al-ahkam. Ia adalah melihat rasional disebalik hukum yang ditetapkan oleh nas.
Dalam usul fiqh, proses ini ialah proses mencari illah atau penyebab sebenar mengapa
sesuatu hukum itu diletakkan sebegitu. Dalam Falsafah Islam, hukum yang berkenaan
ibadat wajar diterima secara ta’abbudi atau sebagai satu perhambaan secara total kerana ia
bukanlah medan untuk akal memikirkan rasional disebalik hukum. Sebaliknya dalam
muamalat, manusia dibenarkan untuk mencari rasional disebalik hukum yang ditetapkan
oleh nas. Lihat Abu Ishaq Ibrahim b. Musa al-Syatibi, (2003) al-Mufafaqat Fi Usul al-
syari’ah, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, h. 228, 232.
Ulama bahasa mendefinisikan maslahah sebagai husnul hal (keadaan yang
baik). (Muhammad bin Ya’qub al-Fairuz Abadi, (1997), al-Qamus al-Munjid, Juz. 1.
Beirut: Dar al- Ihya’ al-Turath al Arabi, h. 346) Manakala Sheikh Mustafa Zaid
menerangkan bahawa perkataan maslahah berasal daripada wazan maf‘alah.. Wazan ini
dalam ilmu saraf menunjukkan sesuatu yang banyak terbit dari sesuatu. Oleh itu
maslahah boleh diertikan sebagai kemaslahatan atau kebaikkan yang banyak. (Mustafa
Zaid, (1964). Al- Maslahah fi al Taysri’ al Islami wa Najm al Din al Tufi, t.t: tp., h.19)
Maslahah di dalam perspektif Islam adalah maslahah yang meletakkan pertimbangan
kepada kebaikkan dunia dan akhirat secara serentak bahkan pandangan terhadap
maslahah dunia bergantung kepada maslahah akhirat. (Muhammad Said Ramadhan Al-
Buti, (1982), Dhawabit al Maslahah fi al Syariah Islamiah, Beirut: Muassah al-Risalah,
h. 25 )
190
Al-Ghazali menerangkan maksud maslahah sebagai penjagaan kepada maksud atau
tujuan hukum syarak iaitu untuk menjaga agama, diri, akal, keturunan dan harta. (Abu
Hamid Muhammad b. Muhammad al-Ghazali (1978) al- Mustashfa, Juz 1, Beirut : Dar
al-Fikr al-Islamiy, h. 286-287).
Umumnya ibadat dalam Islam sifatnya ialah ta’abbudiyyah, yakni tidak banyak ruang
bagi akal untuk memikirkannya atau tidak dapat dikaitkan dengan sebab-sebab tertentu.
Bahkan setiap mukallaf dituntut iltizam dan melaksanakannya walaupun tanpa
mengetahui ‘illah atau sebab dan rahsianya seperti jumlah rakaat sembahyang dan amalan
mengucup Hajar al-Aswad. Sementara kebanyakan mua’malat dalam Islam sifatnya dapat
diketahui rasionalnya atau dapat dikaitkan dengaan sebab-sebab tertentu, yang boleh
diketahui oleh mukallaf.
Imam al-Syatibi menjelaskan perkara ini dengan katanya: “asal ibadat bagi seorang
mukallaf ialah ta’abbud tanpa melihat kepada rahsia atau hikmat, sementara asal pada
muamalat ialah dilihat kepada hikmat atau rahsianya.” Lihat al-Shatibi (2003).
Dalam Syariah Islam juga, jika sesuatu urusniaga muamalah itu ternyata mempunyai
mafsadah, ia adalah dilarang dan perlu dielakkan. Abd al-Karim Zaydan menerangkan
bahawa maslahah ialah dari segi positifnya mendapatkan manfaat dan dari segi negatifnya
ialah menolak kemudaratan. Oleh sebab itulah beliau menyatakan bahawa maslahah
bermaksud menolak kemudaratan dahulu kemudian barulah mendapatkan manfaat (‘Abd
al-Karim Zaydan (1987), al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Baghdad. Dar al-Kutub al-‘Arabi, h.
236).
Ini adalah sesuai dengan tujuan hukum Islam adalah berdasarkan konsep maqasid al-
Syariah. Al-Imam al Ghazali menjelaskan bahawa maslahah itu dimaksudkan menjaga
dan mengawal terhadap tujuan dan matlamat syarak manakala maksud dan tujuan syarak
bagi makhlukNya ada lima perkara iaitu:
i. menjaga kesucian dan ketinggian agama
ii. menjaga keselamatan diri
191
iii. menjaga kebaikan dan kecergasan akal fikiran
iv. menjaga kebaikan keturunan
v. menjaga kesucian dan keselamatan harta benda
Dalam konteks maqasid al-Syariah, nas-nas yang wujud terutama dalaam bidang
muamalat wajar dirasionalkan agar sesuai dengan kehendak-kehendak Syariah itu sendiri
iaitu untuk merealisasikan kemudahan, kesenangan dan kemaslahatan kepada manusia dan
mengelakkan daripada berlakunya kemudharatan.
Ibn Qayyim berkata yang bermaksud; “Syariat Islam dibina dan diasaskan di atas hikmat-
hikmat dan maslahah-maslahah kebaikan hamba Allah (manusia) di dunia dan di akhirat.
Syariat Islam itu semuanya bersifat adil, memberi rahmat kepada semua (manusia),
memberi kemaslahatan kepada semua serta mempunyai hikmat yang menyeluruh. Maka
setiap masalah terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, terkeluar dari rahmat kepada
kesiksaan, terkeluar dari maslahah kepada mafsadah, terkeluar dari hikmat kepada sia-sia
adalah semuanya terkeluar dari syariat. Islam walaupun terdapat padanya pelbagai takwil
kerana syariat itu merupakan keadilan Allah di antara hambaNya dan rahmat Allah
kepada makhlukNya dan perlindungan Allah terhadap bumiNya”. Syams al-Din Abu
‘Abd Allah Muhammad b. Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1977), I’lam al-
Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin, sunt. Muhammad Mahy al-Din Abd al-Hamid, Dar al-
Fikr, Beirut, 1977M/1397H, cetakan kedua, Juz 3, h. 14-15. sunt. Muhammad Abd al-
Salam Ibrahim, Dar al-Kutub al-cilmiyyah, Beirut, 1996M/1417H, Juz 3, h. 11
Pengambilkiraan maslahah sebagai faktor penentu hukum penting dalam urusan muamalat
agar syariah yang dilaksanakan benar-benar memberi kemudahan kepada masyarakat dan
bukannya menjadi penghalang masyarakat dalam pelaksanaan kehidupan seharian.
Berasaskan konsep maslahah ini, sesetangah para sarjana yang pada asalnya tidak
bersetuju dengan konsep bay’ al-inah dan al-tawarruq seeprti yang diamalkan dalam
pembiayaan peribadi dan kad kredit pada masa ini menukar pandangan mereka kepada
harus demi mengelakkan masyarakat daripada mengalami kesukaran sehingga terlibat
secara jelas dengan riba yang diharamkan oleh Allah.
192
Al-Buti menerangkan beberapa syarat dalam menentukan maslahah iaitu:
a. Maslahah yang ditentukan adalah maslahah yang sebenar iaitu yang terkandung di
dalam maqasid syariah ( tujuan penurunan syariah)
b. Maslahah tersebut tidak bertentangan dengan al-Quran
c. Maslahah tersebut tidak bertentangan dengan al- Sunnah
d. Maslahah tersebut tidak bertentangan dengan al- Qiyas
e. Maslahah tersebut tidak membatalkan maslahah yang lebih besar atau maslahah
seumpamanya.
5.2.5. ‘URUF SETEMPAT DIAMBIL KIRA DALAM MENETAPKAN HUKUM MUAMALAT
Hukum-hukum syarak yang dibawa oleh Islam untuk mencapai matlamat kebaikan hidup
dunia dan akhirat melalui dua cara iaitu nas shar’i sarih melalui al-quran dan al-sunnah
dan sumber-sumber syarak yang lain seperti ijma’, qiyas, istishab dan ‘urf.
5.2.5.1 Definisi al-‘Urf
Al-urf dari segi bahasa asalnya ialah ma’rifah, kemudian digunakan dengan pengertian
‘sesuatu yang ma’ruf’, yang biasa diamalkan yang dikira baik dan diterima oleh akal yang
sejahtera. Al-Quran telah menggunakan al-‘Urf dengan pengertian sesuatu yang ma’ruf
seperti firman Allah s.w.t dalam al-A’raf : 199.
“Jadilah Engkau Pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta
beRPalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.”
Urf pada istilah fiqh telah ditakrifkan oleh Mustafa Ahmad al-Zarqa’ dengan katanya:
“Uruf itu ialah adat orang ramai atau majoriti sesuatu kaum pada perkataan atau amalan.”
(Mustafa Ahmad al-Zarqa’, (1961), al-Madkhal al-Fiqh al-‘Amm, Syria: Matba’ah
Dimashq, jld 2, h. 833).
193
Al-urf juga ialah perkara yang menjadi rutin masyarakat yang mendasari jiwa mereka
sehingga diterima sebagai baik oleh hati mereka. Ahmad Fahmi Abu Sunnah (2004),
al-‘Urf wa al-‘Adah fi Ra’y al-Fuqaha’, Kaherah: Dar al-Basa’ir h. 28Ini adalah penting
kerana maslahah yang dikehendaki oleh Islam adalah maslahah kepada masyarakat. Allah
berfirman dalam surah al-a’raf: 199 yang bermaksud: ”Jadilah Engkau Pema'af dan
suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta beRPalinglah dari pada orang-orang
yang bodoh.”
Sesuatu yang melanggar rutin masyarakat sudah tentu membawa kesukaran dan
kerumitan dalam urusan hidup manusia. Imam Ghazali berpendapatt ‘Urf ialah sesuatu
yang telah mantap di dalam jiwa manusia dari segi akal fikiran dan diterima oleh tabiat
yang sejahtera. Ia menjadi kebiasaan manusia yang mempunyai tabiat-tabiat yang
sejahtera lahir dari penghuni sesebuah negeri dengan syarat ia tidak berlawanan dengan
nas syarak. Al-Ghazali (t.t) , h. 17
Abd. al-Karim Zaydan pula mengatakan bahawa ‘Uruf itu ialah sesuatu yang telah
menjadi kebiasaan kepada masyarakat dalam kehidupan harian sama ada perkataan
mahupun perbuatan. Maka uruf dan adat menurut pandangan fuqaha’ memberi erti yang
sama. Apabila mereka berkata: “ Hukum ini sabit dengan ‘Uruf dan adat” bukanlah beerti
adat ini berlainan dengan ‘uruf bahkan kedua-duanya itu satu maksud sahaja. Sebutan
kalimah adat ini bertujuan untuk mengukuhkan sahaja. (Abd al-Karim Zaydan (1987), al-
Wajiz fi Usul al-Fiqh, Baghdad: Dar al-Kutub al-“arabi, h. 252).
Menurut Abd Wahab Khallaf, ‘urf boleh terbentuk dari kebiasaan manusia di atas sesuatu
yang terbit dari berbagai golongan awam mahupun golongan tertentu. Berlainan dengan
ijmak kerana ia hanya terbentuk dari kesepakatan para ulama mujtahidin sahaja
sedangkan orang awam tidak punya peranan dalam pembentukan Ijmak. (Abd Wahab
Khallaf, (1985), ‘ilm Usul al-Fiqh, Kuwait: Dar al-Qalam, h. 89).
Menurut al-Qaradawi pula ‘urf adalah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh
manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan seharian sehingga sebati dengan
194
mereka serta suatu perkara yang lumrah samada ‘urf qawli atau amali, ‘amm atau khas,
sahih atau fasid. Urf qawli ialah seperti kebiasaan orang ramai bahawa ikan itu tidak
dikatakan daging. Al-Walad dimaksudkan dengan anak lelaki sahaja walaupun kebiasaan
ini telah menyalahi dari segi bahasa. Lihat Yusuf al-Qaradawi (1985), ‘Awamil al-Sa’ah
wa al-Murunah fi al-Shariah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Sahwah, h. 11-12; Urf
‘Amali pula seperti berjual beli tanpa akad pembeli oleh pembeli dan penjual atau
seorang sahaja yang berakad sementara seorang lagi tidak berakad. Ini dikenali dengan
bay’ bi al-mu’atah. Membahagikan isi kahwin kepada tunai dan tangguh.
Menghidangkan makanan kepada tetamu telah dianggap keizinan kepada tetamu
mengambilnya. Lihat Abd al-Karim Zaydan (1985), op.cit., h. 252.
5.2.5.2 Syarat ‘Uruf Sebagai Sumber Hukum
Untuk membolehkan ‘urf diambilkira dalam pembinaan hukum-hukum Islam, para ulama
telah mensyaratkan beberapa perkara berikut mesti dipenuhi iaitu:
a. ‘Urf itu tidak berlawanan dengan nas syarak. Jika ‘Uruf itu berlawanan dengan
nas, maka ‘Urf tidak boleh diambilkira dan diamalkan seperti muamalah riba,
menghidang arak di majlis rasmi, pendedahan aurat dan sebagainya.
b. ‘Uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara menyeluruh dan meluas. Jika
ada yang tidak mengamalkannya, jumlahnya amatlah sedikit. Maka memadailah ia
diamalkan oleh majoriti masyarakat. Syarat ini desebutkan dengan istilah
“muttarid” atau “ghalib”
c. ‘Urf atau adat yang akan dirujuk dalam satu-satu tindakan (tasarruf) itu sudah
wujud ketika hendak dilakukan tindakan itu.
d. Tidak wujud sesuatu perkataan atau perbuatan yang berterus terang menyalahi
‘urf, maka tidak harus beRPegang kepada ‘uruf apabila kedua pihak yang berakad
bersetuju mengenepikan adat yang berjalan kerana keperluan merujuk kepada ‘urf
itu hanyalah ketika kedua pihak yang berakad diam atau tidak memperincikannya.
195
Kaedah Fiqhiyyah ada menyebut: Setiap hukum yang sabit berdasarkan ‘urf
apabila dua orang yang berakad berterus terang mengenepikannya dan bersetuju
dengan syarat yang selari dengan maksud akad, maka sah (akad dan syarat itu).
Lihat Izz al-Din bin ‘Abd al-Salam (t.t), Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam,
Jld 2, Kaherah: Dar al-Fikr, h. 158
5.2.6. HUKUM MUAMALAT DALAM ISLAM MENGHIMPUNKAN THABAT
DAN MURUNAH.
Terdapat beberapa hukum dalam Islam sebagai asas dalam pembinaan mu’amalat
mempunyai sifat yang tetap dan tidak menerima perubahan seperti saling reda-meredai
dalam akad, menyempurnakan janji, haram riba, menipu dan menyorok barang keperluan.
Seterusnya hukum-hukum yang berkaitan dengan maqasid syariah kesemuanya bersifat
tetap seperti menegakkan keadilan, mencegah kezaliman dan memelihara harta.
Hukum-hukum yang berkaitan dengan wasilah dan cara-cara pelaksanaan atau hukum-
hukum yang sabit dengan ijtihad yang berdasarkan kepada ‘uruf, maka tiada halangan
berlaku perubahan ketika berubah dan berkembangnya cara-cara pelaksanaan atau ketika
berubah suasana dan keadaan. Contohnya wang merupakan wasilah bagi menilai
barangan, dahulunya terdiri daripada emas dan perak tetapi sekarang berubah kepada
logam-logam lain dan kertas. Maka ia dikira sebagai wang yang sah pada pandangan
syara’ walaupun bukan daripada emas dan perak.
5.3 KESIMPULAN
Secara amnya semua bentuk muamalat adalah harus kecuali yang bertentangan dengan
kehendak syarak iaitu al-quran dan al-Hadith. Untuk memudahkan Umat Islam memahami
sesuatu aktiviti muamalat itu menurut hukum syarak maka para ulamak telah membuat
prinsip-prinsip muamalat dalam Islam iaitu Semua Bentuk Muamalat Asalnya Adalah
Harus, Urusniaga Muamalat Berdasarkan Akad Kontrak, Mengelak Urusniaga Riba
196
Dalam Muamalat, Mengelakkan Urusniaga Gharar, Judi, Manipulasi Dan Spekulasi
Dalam Muamalat, Hukum Muamalat Berasaskan ‘Illah dan Maslahah dan akhirnya Uruf
Setempat Diambil Kira Dalam Menetapkan Hukum. Mengetahui yang tetap dan anjal
dalam fiqh muamalat akan membantu ulamak semasa dan para pelakasana dalam
menentukan hukuman ke atas jenis muamalat semasa dan yang baru muncul.
5.4 SOALAN LATIHAN
1. Bincangkan enam prinsip asas muamalat
2. Huraikan maksud riba dan jenis-jenisnya
3. Jelaskan rukun jual beli
4. Berikan Dalil-dalil pengharaman riba
5. Jelaskan maksud dan hukum maysir
6. Berikan dalil-dalim pengharaman Gharar
7. Bagaimana kegiatan iktikar boleh berlaku dalam perniagaan dan bincangkan tentang
hukumnya
8. Apakah kaitan illlah dan maslahah serta uruf dalam pembinaan hukum muamalat
BAB 6
PERWAKILAN
6.1 Pengenalan.
6.2 Definisi Wakalah
6.3 Hukum Wakalah dan Beberapa Persoalan Mengenainya
6.4 Rukun dan Syarat Wakalah
197
6.5 Pembatalan dan berakhirnya Wakalah
6.6 Aplikasi Wakalah Dalam System Muamalat Semasa
6.6.1 al-Wakalah dalam Sistem Takaful
6.6.2 Sistem tabarru’, Mudharabah dan al-Wakalah di Bank Negara Malaysia
6.6.3 Wakalah di takaful Ikhlas
BAB 6
AL-WAKALAH (PERWAKILAN)
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep al-wakalah
2. Menjelaskan frukun dan syarat wakalah
198
3. Membincangkan pembatalan wakalah.
4. Menjelaskan al-wakalah dalam sistem takaful
5. Mengenal pasti sistem tabarru’ dan mudharabah dalam wakalah
6. 1 PENGENALAN.
Sistem Muamalat Islam adalah sistem yang dinamik dan seiring dengan keperluan
semasa manusia Konsep dan prinsip-prinsip asas yang digariskan oleh Islam dalam
sistem muamalat tersebut walaupun nampak bersifat ‘tradisional’ namun ia boleh diolah
dalam bentuk yang sesuai untuk dilaksanakan dalam setiap masa dan tempat dan dapat
memenuhi keperluan kehidupan masyarakat di setiap zaman. Mekanisme sistem
kewangan Islam masa kini dilihat sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan
konvensional masa kini. Akad (Kontrak) Wakalah adalah di antara khazanah sistem
Muamalat Islam yang telah sedeia ada dan boleh disesuaikan dengan keperluan semasa
kehidupan manusia di zaman ini dalam sistem kewangan Islam semasa.
6.2 DEFINISI WAKALAH
Perkataan wakalah adalah berasal daripada perkataan bahasa arab. Dari segi bahasa arab,
Wakalah mempunyai beberapa bermaksud iaitu: memelihara (al-hifzh), menjaga atau
cukup (al-kifayah), tanggungan (al-dhamah), atau mengganti (al-tafwidh), memberikan
kuasa atau mewakilkan.
Dari segi istilah syarak pula terdapat beberapa maksud mengenai diberikan oleh para
ulamak yang secara umumnya berkaitan dengan amalan perwakilan dalam sesuatu
perkara iaitu Satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut
syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup
Menurut Hashbi Ash Shiddieqy, Wakalah adalah akad penyerahan kekuasaan, yang pada
akad itu seseorang menunjuk orang lain sebagai penggantinya dalam bertindak
(bertasharruf). Menurut Sayyid Sabiq pula Wakalah adalah pemberian kuasa oleh
199
seseorang kepada orang lain dalam hal-hal yang boleh diwakilkan. Ulama Malikiyah pula
berpendapatt Wakalah adalah tindakan seseorang mewakilkan dirinya kepada orang lain
untuk melakukan tindakan-tindakan yang merupakan haknya yang tindakan itu tidak
dikaitkan dengan pemberian kuasa setelah mati, sebab jika dikaitkan dengan tindakan
setelah mati bererti sudah berbentuk wasiat. Menurut Ulama Syafi’iah pula, Wakalah
ialah suatu akad yang mengandungi suatu penyerahan sesuatu oleh seseorang kepada
orang lain supaya orang lain itu melaksanakan apa yang boleh dikuasakan atas nama
pemberi kuasa.
Secara kesimpulannya Wakalah ialah pemberian kuasa oleh seseorang sebagai pihak
pertama kepada orang lain sebagai pihak kedua dalam perkara-perkara yang diwakilkan
untuk melaksanakan sesuatu perkara diberikan oleh pihak pertama, namun apabila kuasa
itu telah dilaksanakan sesuai yang disyaratkan, maka semua risiko dan tanggung jawab
atas dilaksanakan perintah tersebut sepenuhnya menjadi pihak pertama atau pemberi
kuasa
6.3 HUKUM WAKALAH DAN BEBERAPA PERSOALAN MENGENAINYA
Para fuqaha bersepakat bahawa akad perwakilan adalah di syarak dan harus berdasarkan
dalil al-Quran, sunnah dan juga ijmak. Menurut Ibnu Qudamah, ijmak ulama menerima
perwakilan sebagai satu akad yang diharuskan kerana akad wakalah ini adalah akad
sangat diperlukan oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk pelbagai bentuk aktiviti.
Amalan al-wakalah ini pada hakikatnya adalah merupakan amalan yang diharuskan oleh
Syara’ kerana keperluannya yang cukup diperlukan untuk mencapai suatu matlamat.
Sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang tidak sunyi daripada kelemahan kerana
manusia tidak dibekalkan dengan kesempurnaan. Ini telah diwarwarkan oleh Allah s.w.t.
di dalam Surah an-Nisa’, ayat 28
“manusia itu dijadikan berkeadaan lemah”
200
Islam mengharuskan prinsip al-Wakalah untuk dilaksanakan dengan syarat ianya tidak
lari daripada perundangan Islam. Pengharusan ini bersumberkan kepada sumber-sumber
berikut:
1. Sumber Al-Qur’an. Allah telah menerangkan konsep wakalah ini didalam surah al-
kahfi ayat 19:
"sekarang utuslah (wakilkanlah) salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu
ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan
yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk
kamu sedikit habuan daripadanya" (Maksud al-kahfi 19)
Begitu juga Allah telah menyebutnya dalam surah al-Baqarah (2:283).
“jika kamu dalam perjalanan (dan berpu’amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak
memperoleh seorang penulis, Maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang[1]
(oleh yang beRPiutang). akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian
yang lain, Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan
hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi)
Menyembunyikan persaksian. dan Barangsiapa yang menyembunyikannya, Maka
Sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa
yang kamu kerjakan.”
Juga di dalam surah An-Nisaa (4:35).
” dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, Maka kirimlah
seorang hakam[2] dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan.
jika kedua orang hakam itu bermaksud Mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi
taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha
Mengenal.”
Begitu juga dalam surah Yusuf :55, Allah berfirman
“Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir) [3]; Sesungguhnya aku adalah orang
yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan”.
201
2. Sumber Al-Hadits. Banyak hadits yang dapat dijadikan landasan keabsahan
Wakalah, diantaranya ialah hadis oleh Imam malik
”Bahawasanya Rasulullah mewakilkan kepada Abu Rafi’ dan seorang Anshar untuk
mewakilkannya mengawini Maimunah binti Al Harits”. HR. Malik dalam al-
Muwaththa’)
Dalam kehidupan sehari-hari, Rosulullah telah mewakilkan kepada orang lain untuk
berbagai urusan. Diantaranya adalah membayar hutang, mewakilkan penetapan had
dan membayarnya, mewakilkan pengurusan unta, membagi kandang hewan, dan
lain-lain.
Di dalam as-Sunnah pula diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah mewakilkan
’Urwah al-Bariqi supaya membeli kambing untuk korban Diriwayatkan oleh al-
Bukhari, Ahmad, Abu Daud, at-Tarpizi, Ibn Majah dan al-Daruqutni iaitu daripada
’Urwah sendiri
3. Ijma’. Para ulama pun bersepakat dengan ijma’ atas diperbolehkannya Wakalah.
Hal tersebut termasuk jenis ta’awun atau tolong-menolong atas dasar kebaikan dan
taqwa. Tolong-menolong diserukan oleh Al-Qur’an dan disunahkan oleh Rasulullah.
Allah berfirman:
Surah Al-Maa-idah (5:2). “dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan)
kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan
pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat
siksa-Nya.”
Dan Rasulullah pun bersabda “Dan Allah menolong hamba selama hamba
menolong saudaranya”.
Di dalam prinsip Islam, apabila dilaksanakan kontrak wakil dengan bayaran upah, maka
kontrak itu adalah sah dan mengikat. Ini bererti semua pihak bertanggunjawab
melaksanakan semua perkara yang dipersetujui di dalam aqad tersebut
202
Perbincangan tentang kontrak perwakilan didalam Islam semestinya dikaitkan dengan
empat sifat utama, Siddiq (Jujur), Amanah, Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah
(Bijaksana). Keempat-empat sifat ini mestilah ditanam, dijiwai dan diterjemahkan dalam
urusan perwakilan oleh setiap wakil demi mencapai kehidupan yang berkualiti di dunia
dan akhirat
6.4 RUKUN DAN SYARAT WAKALAH
Untuk memastikan kontrak wakalah ini suatu kontrak yang sah maka ia perlu memenuhi
rukun dan syarat yang tertentu. Rukun-rukunnya ialah pewakil (al-muwakkil), penerima
wakil (al-wakil), urusan yang diwakilkan (al-muwakkal fihi) dan ijab dan qabul (sighah).
Menurut ulamak Hanafiah, rukun Wakalah itu hanya ijab qabul. Ijab merupakan
pernyataan mewakilkan sesuatu dari pihak yang memberi kuasa dan qabul adalah
penerimaan perwakilan itu dari pihak yang diberi kuasa tanpa harus terkait dengan
menggunakan sesuatu lafaz tertentu.
Mengikut jumhur ulama , rukun dan syarat Wakalah itu adalah sebagai berikut:
a. Al-Muwakkil (orang yang mewakilkan)
b. Al-Wakil (orang yang diwakilkan)
c. Al-muwakkal fihi (perkara yang diwakilkan)
d. Sighah (ijab & qabul perwakilan)
Pihak yang mewakilkan (Al-Muwakkil) ialah Seseoarang yang mewakilkan atau pemberi
kuasa kepada pihak yang lain. Seseorang pewakil mestilah seorang yang berhak
mengendalikan harta yang diwakilkan. Tidak sah pelantikan perwakilan yang dibuat oleh
kanak-kanak yang belum mumayyiz dan orang gila. Disyaratkan ia adalah pihak yang
memiliki hak untuk bertasharruf (berurusan) pada perkara-perkara yang ia akan beri
wakil tersebut. Jika seseorang bapa ingin mewakilkan seseorang menjadi wakil wali
untuk pernikahan anaknya. Dia sebagai al-muwakkil perlulah memiliki hak menjadi wali
tersebut iaitu perempuan yang akan dinikahi itu adalah benar-benar anaknya iaitu sah
baginya menjadi wali. Seseorang itu tidak boleh mewakilkan sesuatu yang bukan haknya.
203
Pihak yang mewakilkan (al-muwakkil) itu juga perlu mempunyai syarat-syarat tasarruf
dalam sesuatu urusan seperti pemilik barang, jawatan yang sah, pemilik sah barang dan
lain-lain mengikut jenis perwakilan. Tidak boleh seorang pemberi kuasa itu masih belum
dewasa yang cukup akal serta pula tidak boleh seorang yang gila. Menurut pandangan
Imam Syafi’i anak-anak yang sudah mumayyiz tidak berhak memberikan kuasa atau
mewakilkan sesuatu kepada orang lain secara mutlak. Namun madzhab Hambali
membolehkan pemberian kuasa dari seorang anak yang sudah mumayyiz pada bidang-
bidang yang akan dapat mendatangkan manfaat baginya.
Orang yang diwakilkan. (Al-Wakil) pula perlu memiliki pengetahuan (akal) yang cukup
sehingga ia mampu melaksanakan apa yang diwakilkan kepadanya. Seseorang yang
menerima kuasa ini, perlu memiliki kemampuan untuk menjalankan amanahnya yang
diberikan oleh pemberi kuasa. ini berarti bahawa ia tidak diwajibkan menjamin sesuatu
yang diluar batas, kecuali atas kesengajaanya. Seorang wakil juga mestilah berakal untuk
membuat pilihan antara baik dan buruk, rugi dan untung. Mengikut mazhab Hanafi,
seorang wakil juga disyaratkan bersungguh-sungguh dan tahu tentang tugas yang
dinyatakan dalam kontrak dengan serius. Seorang wakil yang dilantik hendaklah
ditetapkan. Kalau ‘A’ melantik dua orang dengan tidak menentukan mana satu,
pelantikannya tidak sah. Selain itu, wakil juga hendaklah tahu tentang tugas atau tempoh
yang ditentukan.
Al-Muwakkal fihi (perkara yang diwakilkan) itu pula mestilah sesuatu yang boleh
diwakilkan kepada orang lain, seperti jual beli, pemberian upah, dan sejenisnya yang
memang berada dalam kekuasaan pihak yang memberikan kuasa. Para ulama
berpendapatt bahawa tidak boleh mewakilkan sesuatu yang bersifat ibadah badaniyah,
seperti sembahyang dan boleh mewakilkan sesuatu yang bersifat ibadah maliyah seperti
membayar zakat, sedekah, dan sejenisnya. Selain itu juga perkara-perkara yang
diwakilkan itu tidak ada campur tangan pihak yang diwakilkan dan tidak boleh perkara
yang diwakilkan itu adalah bertentangan dengan hukum syarak seperti wakilkan
seseorang untuk mencuri dan sebagainya.
Sesuatu urusan yang diwakilkan itu mesti memenuhi syarat tertentu dan jika tidak
memenuhi syarat-syarat berkenaan maka perwakilan tersebut tidak sah. Di antara syarat
urusan yang boleh diwakilkan ialah mestilah diharuskan syarak dan dimiliki oleh pewakil
kerana barang yang tidak dimiliki oleh pemilik tidak boleh diwakilkan kepada orang lain
untuk mentadbirnya. Urusan berkenaan juga mestilah diketahui dengan jelas supaya
204
kesamaran dan penipuan dapat dielakkan. Tidak semua urusan boleh diwakilkan hanya
urusan atau kendalian yang berkaitan dengan harta sahaja yang boleh diwakilkan.
Manakala ibadah jasmani seperti sembahyang, puasa dan bersuci tidak sah diwakilkan
kecuali ibadat haji
Sighah perwakilan adalah lafaz ijab dan qabul bagi suatu perjanjian antara pemberi kuasa
dengan penerima kuasa. Ia dilakukan dengan akad wakalah, proses akad, serta perkara
yang diaturkan bagi berkahirnya akad wakalah. Isi dari akad atau perjanjian tersebut
adalah penurunan kuasa atau amanah daripada Al-Muwakkil (orang yang mewakilkan)
kepada Al-Wakil (orang yang diwakilkan).
Lafaz kontrak atau disebut sighah juga sangat penting dipenuhi syarat-syaratnya agar
sesuatu kontrak yang dijalankan itu sah. Lafaz ijab (tawaran) dari pewakil hendaklah
dibuat secara jelas dan terang. Contoh: “Saya wakilkan kamu untuk menjual rumah ini”
atau “Saya serahkan urusan penjualan tanah ini kepada kamu” atau “Kamu adalah
pengganti saya dalam urusan penjualan tanah ini”.
Bagi lafaz qabul (terima) dari wakil tidak semestinya lafaz yang terang dan jelas. Bahkan
memadai dengan wakil tidak menunjukkan sebarang penolakan terhadap perwakilan yang
diserahkan kepadanya.
6.5 PEMBATALAN ATAU BERAKHIRNYA WAKALAH
Akad Wakalah boleh menjadi batal atau berakhir dengan berlakunya beberapa perkara.
Antaranya ialah
i. Apabila salah satu pihak yang berakad 5akalah itu gila.
ii. Apabila segala perkara yang terdapat dalam akad wakalah itu telah selesai
dilaksanakan atau diberhentikan.
iii. Diberhentikan Wakalah tersebut oleh salah satu pihak yang berWakalah samada
dari pihak pemberi kuasa ataupun pihak yang menerima kuasa.
iv. Hilangnya kekuasaan atau hak pemberi kuasa atau sesuatu perkara yang
dikuasakan daripadanya..
6.6 APLIKASI WAKALAH DALAM SISTEM MUAMALAT SEMASA
205
6.6.1 Al-Wakalah Dalam Sistem Takaful
Konsep wakalah telah digunakan dalam banyak urusan muamalat di Malaysia. Antaranya
ialah urusan takaful. Dalam urusnuaga takaful, Kontrak wakalah ini dibahagikan kepada
Wakil Am, Wakil Khas, Wakil Berupah dan Wakil Tidak Berupah.
Wakil Am adalah wakil dalam perkara yang tidak ditetapkan seperti wakil dalam semua
urusan jual beli atau menjadi wakil tetapi tidak ditetapkan barangan yang hendak dijual
atau dibeli. Wakil Am mempunyai kuasa untuk sebarang urusan selagi mana tidak
mendatangkan mudarat kepada pewakil. Wakil Khas pula ialah wakil yang dikhususkan
untuk urusan tertentu seperti jual beli rumah atau kereta, sewaan harta tidak alih seperti
tanah, rumah dan bangunan. Wakil Khas ini terikat dengan perkara atau pekerjaan yang
dikhususkan kepadanya. Wakil berupah adalah diharuskan oleh syarak. Rasulullah SAW
mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan diberi upah. Wakil jenis
ini mestilah melaksanakan tugas tersebut dengan baik dan tidak mengabaikannya. Dalam
konteks takaful, jenis wakil ini yang diamalkan. Wakil Tidak Berupah pula ialah wakil
yang bekerja secara sukarela tanpa sebarang habuan. Perwakilan jenis ini tidak
mewajibkan seseorang wakil itu meneruskan kerja malah ia boleh melepaskan dirinya
daripada tugas itu pada bila-bila masa sahaja.
Amalan wakalah sebagaimana yang diamalkan oleh beberapa pengendali takaful di
Malaysia seperti Takaful Ikhlas, Pru BSN Takaful, Etiqa Takaful dan lain-lain adalah
diperlukan bagi memasarkan produk-produk takaful kepada masyarakat. Tugas tersebut
diperlukan oleh pengendali takaful bagi merancakkan lagi penyebaran produk-produk
yang berteraskan prinsip Islam.
6.6.2 Kontrak Tabarru’ , Mudharabah dan Al- Wakalah di Bank Negara Malaysia
Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia dalam Sidang Kemuncak
Kewangan Islam Tahunan kelapan Euromoney yang bertajuk Kewangan Islam dan
Kestabilan Kewangan Global pada 24 Februari 2009 di London telah mengatakan
bahawa industri Kewangan Islam di Malaysia secara keseluruhannya mencatat
pertumbuhan pada tahap yang sangat memberangsangkan. Industri takaful sebagai salah
206
satu penyumbang utama kepada petunjuk tersebut tidak kurang hebatnya menyemarakkan
arus perdana kewangan negara.
Beliau mengatakan bahawa bagi mendapatkan sedikit tasawwur tentang sistem muamalat
Islam yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat ini ada baiknya seseorang
berkenalan dengan beberapa istilah penting. Perkataan Takaful adalah berasal daripada
perkataan Arab yang bermaksud saling menjamin yang melibatkan sekumpulan peserta
bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu.
Perkataan Tabarru' pula berpakna derpa, hadiah atau caruman. Peserta skim takaful
bersetuju memberi sebahagian tertentu daripada caruman dalam kumpulan wang takaful
sebagai derpa untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan.Ia
merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, indemniti bersama dan saling
melindungi. Tabarru' merupakan teras kepada sistem takaful yang menghapuskan unsur-
unsur gharar, riba dan maisir.
Dalam sistem takaful, pengendali takaful ialah hanya pentadbir kumpulan wang takaful
dan mengurus kumpulan wang tersebut sebagai amanah bagi pihak peserta. Di Malaysia,
kontrak di antara peserta dengan pengendali dimeterai menggunakan sama ada kontrak
Wakalah atau kontrak Mudharabah.
Menerusi kontrak Wakalah, pengendali takaful dilantik menguruskan perlindungan
takaful dan perkara yang berkaitan dengannya oleh para peserta dan peserta akan
membayarkan fi sebagai upah di atas perkhidmatan yang diberikan.
Pengendali takaful di Malaysia rata-rata menggunakan kontrak Wakalah ini sebagai teras
model mereka. Mudharabah pula, para peserta melantik pengendali takaful menguruskan
perlindungan takaful dan perkara yang berkaitan dengannya. Hasil keuntungan pelaburan
itu akan kongsi. Dari sudut operasinya yang diperpudahkan, seseorang peserta akan
mencarum sejumlah wang yang dikumpulkan dalam satu dana bersama untuk digunakan
sebagai dana bagi membantu mana-mana ahli yang ditimpa musibah.
207
Pengendali takaful diamanahkan mengurus dana berkenaan termasuklah melaburkannya
bagi memastikan ia berkembang dan cukup untuk membantu ahli di kala menghadapi
kesusahan. Sumber pendapatan pengendali takaful adalah daripada keuntungan daripada
pelaburan kumpulan wang pemegang saham, fi wakalah, bahagian keuntungan pelaburan
kumpulan wang takaful, dan atau lebihan kumpulan wang takaful.
Seperti yang disebutkan di atas, industri takaful telah mencapai kemajuan dari sudut
menawarkan produk-produk yang inovatif yang dapat memenuhi keperluan semua
lapisan masyarakat. Walaupun industri takaful ini masih lagi dikira baru namun telah
mampu menawarkan produk setanding dengan produk-produk yang ditawarkan oleh
industri insurans konvensional. Industri takaful juga sudah boleh dikira telah lengkap dari
sudut rantaian produknya yang merangkumi produk-produk yang berkaitan dengan
pendidikan, perubatan, kesihatan, simpanan, berkaitan pelaburan, perlindungan kredit,
perlindungan harta benda dan sebagainya.
Berpula dengan penawaran produk asas yang terhad kini industri takaful sudah boleh
berbangga dengan rantaian produk yang ditawarkan sudah mampu memenuhi keperluan
ummah..
Statistik tahun 2008 yang dikeluarkan oleh BNM menyaksikan industri takaful terus
menunjukkan perkembangan yang positif. Dari segi aset Takaful Keluarga pada tahun
2008 mencatatkan RP8.9 bilion berbanding RP7.44 bilion pada tahun 2007. Bagi Takaful
Am pada tahun 2008 mencatatkan sebanyak RP1.7 bilion berbanding RP1.37 bilion pada
tahun 2007.
Daripada segi sumbangan diperolehi bagi kedua-dua sektor juga mencatatkan
pertumbuhan iaitu sebanyak lebih kurang 18 peratus. Penguasaan pasaran dari sudut
sumbangan bersih juga menunjukkan pertumbuhan iaitu lebih kurang 10 peratus pada
tahun 2008 berbanding 8.7 peratus pada tahun 2007. Pasaran dari sudut aset pula
meningkat daripada 6.7 peratus pada tahun 2007 kepada 7.5 peratus pada tahun 2008.
Dari sudut statistik, ia telah menunjukkan pertumbuhan dan perkembangan yang positif.
Namun dari segi pengisiannya masih banyak perkara yang masih dan perlu dilakukan
208
bagi memastikan industri takaful ini akan terus berkembang dan dapat melebarkan sayap
kesejahteraan kepada seluruh ummah.
Industri takaful di Malaysia juga amat bertuah kerana mendapat sokongan padu pihak
pemerintah dengan mewujudkan perseorangran yang kondusif menerusi penyediaan
rangka kerja perundangan, pengawal seliaan dan syariah yang kukuh. Ini akan terus
menjadi pemangkin kepada industri takaful mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Usaha
dan inovasi yang berterusan terutamanya dalam penawaran produk-produk baru dan
dalam memberikan perkhidmatan yang efektif kepada pelanggan akan terus menjadi
penanda aras utama pertumbuhan industri takaful pada masa hadapan. Penggembelingan
tenaga untuk melahirkan industri takaful yang berkembang maju dalam ruang kerangka
sistem kewangan Islam yang dinamik adalah satu amanah yang sangat mencabar.
6.6.3 Wakalah di Takaful Ikhlas Sdn Berhad.
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (IKHLAS) adalah diantara syarikat takaful di Malaysia yang
menggunakan konsep wakalah. Ia telah menggunakan model yang diberi nama wakalah
sebagai asas induk kepada sistem operasinya. Prinsip Wakalah yang dilaksanakan oleh
IKHLAS bagi menjalankan operasinya ialah di mana IKHLAS sebagai wakil kepada para
peserta bertanggungjawab menguruskan segala dana yang telah diwujudkan dengan
penuh amanah, telus dan profesional. Bagi tujuan tersebut, IKHLAS mengenakan caj
pengurusan dan prestasi berasaskan kepada prinsip perwakilan yang dibayar upah (al-
Wakalah bi al-ujrah).
IKHLAS juga melantik wakil-wakil sebagai perantara dalam memasarkan produk-produk
syarikat dengan dibayar upah. Akad di antara para wakil dan IKHLAS adalah berasaskan
akad wakalah. Konsep ini sejajar dengan prinsip Islam sebagaimana amalan Rasulullah
SAW yang pernah mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan
Baginda SAW memberi upah kepada mereka (al-Talkhis al-habir, Jil. 1, hlm. 176, 251,
271).
Di dalam prinsip Islam, apabila dilaksanakan kontrak wakil dengan bayaran upah, maka
kontrak itu adalah sah dan mengikat, ini bererti semua pihak bertanggungjawab
209
melaksanakan semua perkara yang dipersetujui didalam akad tersebut. Perbincangan
tentang kontrak perwakilan di dalam Islam semestinya dikaitkan dengan empat sifat
utama, siddiq (jujur), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).
Keempat-empat sifat ini mestilah ditanam, dijiwai dan diterjemahkan dalam urusan
perwakilan oleh setiap wakil demi mencapai kehidupan yang berkualiti di dunia dan
akhirat. Seorang wakil takaful merupakan pendakwah yang berusaha mengembangkan
produk Muamalat Islam. Takaful adalah alternatif kepada sistem insurans konvensional
sebagaimana yang disimpulkan oleh Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Islam
Di Malaysia 1983. Seorang wakil takaful juga melakukan jihad menentang sistem jahiliah
(insurans konvensional). Ini kerana Insurans konvensional adalah haram menurut fatwa
yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972.
6.7 SOALAN LATIHAN
1. Bincangkan definisi wakalah
2. Apakah hukum wakalah
3. Jealskan rukun dan syarat wakalah
4. Bagaimanakan berlakunya pembatalan wakalah
5. Bincangkan aplikasi wakalah dalam sistem muamalat semasa di Malaysia
BAB 7
AKAD-AKAD MUAMALAT
7.1 Ijarah
7.1.1 Pengertian Ijarah
7.1.2 Hukum Ijarah
7.1.3 Bahagian Ijarah
210
7.1.3.1 Ijarah al-Ayn
7.1.3.2 Ijarah al-Manfa‘i
7.1.4 Rukun dan Syarat Ijarah
7.1.5 Tanggungjawab Pemilik dan Penyewa
7.2 Qard
7.2.1 Pengertian Qard
7.2.2 Hukum Qard
7.2.3 Merekodkan Qard
7.2.4 Syarat-Syarat Qard
7.2.5 Larangan Mengambil Manfaat dari Qard
7.2.6 Kewajipan Membayar Qard
7.3 Hiwalah
7.3.1 Pengertian Hiwalah
7.3.2 Rukun dan Syarat Hiwalah
7.4 Mudarabah
7.4.1 Tanggungjawab dan Hak Pengusaha
7.4.2 Hak Pemodal
7.4.3 Sumpah yang Dibenarkan dalam Mudarabah
7.4.4 Pembatalan Mudarabah
BAB 7
AKAD-AKAD MUAMALAT
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep ijarah dan hukum-hukum mengenainya.
2. Menjelaskan konsep al-Qardhu dan hukum mengenainya.
211
3. Membincangkan konsep Hiwalah dan hukum nengenainya.
4. Menjelaskan Konsep mudharabah dan fungsi-fungsinya adalam
perniagaan.
7.1 PENGENALAN
Kita telah mempelajari akad-akad muamalat di dalam kursus Teori Dan Amalan
Pernigaan Islam yang lalu. Dalam bab ini kita akan memperincikan lagi akad-akad
tertentu yang teRPilih serta penambahan akad-akad baru yang belum dibincangkan.
7.2 KONTRAK IJARAH
7.2.1 Definisi Ijarah
Dari segi bahasa, al-ijarah datang daripada perkataan al-ajr atau al-ujrah yang bermaksud
balasan atas kerja atau pahala. (Ibnu Manzur, jld 4, h.10). al-Ujrah ialah harga sebagai
gantian kepada manfaat (faedah) iaitu sewa yang dibayar kerana menggunakan sesuatu.
Dari segi istilah fiqh pula terdapat berbagai pandangan seperti Ijarah ialah suatu kontrak
membawa pemindahan hak milik manfaat dengan bayaran tertentu. Fuqahah Hanafi
mendefinisikan ijarah sebagai akad yang dilakukan ke atas manfaat sesuatu dengan
tukaran atau bayaran. (al-Sarakhsi, 1978, 2). Kontrak ke atas manfaat mengikut syarak
terdapat dua jenis iaitu pinjaman (al-ariyah) dimana ia dilakukan tanpa bayaran dan yang
kedua ialah al-ijarah yang melibatkan bayaran.
Fuqaha’ Shafie mendefinisikan ijarah sebagai suatu akad (kontrak) yang dilakukan ke
atas manfaat yang dimaklumi, yang harus dan menerima pertukaran dengan bayaran yang
diketahui. (Ibnu hajar, 1971, h.588); al-Syarbini, 1958: h. 332)
Fuqahah Maliki mendefinisikan ijarah sebagai suatu akad untuk memiliki manfaat
sesuatu benda yang harus selama tempoh tertentu dengan sesuatu tukaran (bayaran).
212
Fuqahah Hambali mendefinisikan ijarah sebagai kontrak ke atas manfaat yang harus dan
diketahui samada dari ayn tertentu atau disifatkan pada tanggungan selama tempoh
tertentu atau kerja tertentu dengan satu tukaran (bayaran)
Daripada keeempat-empat definisi tersebut, didapati terdapat beberapa perkara penting
dalam kontrak ijarah iaitu:
i. Suatu kontrak yang menyebabkan pemindahan hak manfaat, bukan hak milik.
ii. Ia adalah kontrak pertukaran iaitu manfaat benda dan bayaran.
iii. Ia terikat kepada masa dalam penggunaan manfaat
Dalam konteks sistem kewangan Islam, ijarah ialah kontrak dimana institusi kewangan
atau bank memajakan peralatan atau bangunannya kepada pelanggan dengan dikenakan
sejumlah bayaran yang tetap. Kontrak Ijarah merujuk kepada urus niaga sewaan atau
pajakan atas sesuatu aset yang berpanfaat seperti bangunan, mesin, jentera berat dan
seumpamanya. Ijarah/sewaan tidak berkesudahan dengan pindahan hak milik. Dalam
kontrak Ijarah, hak milik tidak berpindah kerana pada dasarnya ia adalah suatu kontrak
sewa manfaat dan bukan kontrak jual beli. Ijarah/sewaan didefinisikan sebagai menjual
manfaat iaitu penggunaan atau perkhidmatan dengan harga atau bayaran yang
dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan. Maksud manfaat ialah kegunaan sesuatu barang
seperti kediaman untuk rumah atau bangunan, tunggangan bagi kenderaan dan
sebagainya. Apabila sesuatu barang itu disewa oleh seseorang, maka penyewa tersebut
mempunyai hak dari segi menggunakannya tetapi bukan hak pemilikan. Jika si A
menyewa rumah kepunyaan B maka si A mempunyai hak dari segi menggunakan rumah
tersebut. Jika si B ingin memasuki rumah tersebut, beliau perlu meminta izin daripada A
walaupun beliau ialah pemilik rumah tersebut. Si A pula hanya mempunyai hak
menggunakan tetapi bukan hak pemilikian sebab itu beliau tidak boleh menjual kepada
pihak lain.
Ijarah/sewaan yang diakhiri dengan pemilikan aset pada hujung tempoh sewaan ialah
kaedah Ijarah Thumma Al-Bai’. Dalam pembiayaan penggunaan harta yang
213
menggunakan prinsip atau kaedah al-Ijarah, pihak bank juga menyediakan kemudahan
pembiayaan penggunaan harta berdasarkan konsep sewaan dan juga pajakan. Mengikut
konsep ini bank akan membeli harta yang mahu digunakan oleh pelanggan dan
kemudiannya menyewakan atau memajakkannya kepada pelanggan pada tempoh, kadar
bayaran sewaan dan syarat lain-lain yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
7.2.2 Hukum Ijarah
Hukum ijarah adalah harus. Ia bersumberkan al-quran dan alsunnah serta ijmak ulamak
Allah berfirman:
“Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang
yang bekerja (pada seseorang), Karena Sesungguhnya orang yang paling baik yang
kamu ambil untuk bekerja (pada seseorang) ialah orang yang Kuat lagi dapat
dipercaya".”
Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa ayat ini membuktikan al-ijarah (sewa) atau al-ujrah
(upah) telahpun disyariatkan oleh Allah pada zaman nabi Shuib.
Allah juga berfirman dalam surah al-Talaq: 6
” Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut
kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati)
mereka. dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil, Maka
berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, Kemudian jika mereka
menyusukan (anak-anak)mu untukmu Maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan
musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu
menemui kesulitan Maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.”
Majoriti ulamak berpendapatt kontrak ijarah merupakan kontrak yang mengikat dan
setiap pihak tidak mempunyai hak secara persendirian untuk membatalkan atau
214
memansuhkan kontrak kecuali memenuhi peruntukan pemansuhan kontrak . Tardapat dua
syarat mengekalkan kedudukan kontrak al-ijarah itu mengikat iaitu:
a. benda yang disewa itu tidak mengalami kerosakan atau kecacatan yang
menghalang penggunaannya.
b. Tidak berlaku keuzuran diantara dua pihak berkontrak sehinggga membolehkan
kontrak itu dimansuhkan.
7.2.3 Jenis ijarah
Ijarah mengadungi 2 jenis iaitu:
a. Ijarah keatas manfaat
b. Ijarah ke atas perkhidmatan
Ijarah keatas manfaat ialah penggunaan sesuatu barangan seperti tempat kediaman,
kenderaan dan sebagainya yang berkaitan dengan sewa menyewa. Ia boleh dibahagi pula
kepada sewa harta tak alih seperti sewa bangunan dan tanah, sewa harta alih seperti sewa
pakaian, alatan dan lain-lain dan sewa binatang. Ijarah ke atas perkhidmatan pula ialah
kerja yang menggunakan tenaga dan kepakaran seperti pembantu rumah, mengajar dan
sebagainya yang melibatkan upah mengupah.
7.2.4 Syarat-syarat Ijarah
Kontrak al-ijarah dikira sah apabila menepati syarat-syarat berikut:
215
a. Kedua belah pihak bersetuju dan rela untuk mengadakan kontrak tersebut dan
kedua pihak tersebut merupakan pihak yang boleh dipertanggungjawabkan oleh
syarak
b. Manfaat barang yang disewa atau jenis perkhidmatan yang diupah mestilah
diketahui tempohnya, kadar upahnya, lokasi dan lain-lain perkara yang mustahak
diketahui dan harus diguna dari segi syarak.
c. Perkhidmatan yang diupah bukan terdiri daripada tugas asal atau kewajipan
pengambil upah.
d. Upah itu terdiri daripada harta yang bernilai dan diketahui dengan jelas.
7.2.5 Penamatan Kontrak Ijarah
Kontrak ijarah boleh berakhir dengan beberapa keadaan berikut:
a. Berakhirnya tempoh ijarah (sewaan)
b. Pihak yang berkontrak membatalkan kontrak secara rela iaitu al-iqalah
c. Benda yang disewa itu musnah
d. Berlaku kematian atau keuzuran pihak yang berkontrak.
7.2.6 Al-Ijarah Thumma Al-Bay Atau Ijarah Al-Muntahiyah Bi Al-Tamlik (Sewa
Beli)
Al-ijarah Thumma al-bay atau ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik (Sewa Beli) adalah suatu
kontrak baru yang secara asalnya tidak dibincangkan oleh kitab-kitab fiqh terdahulu.
Kontrak ini hanya ada di pasaran kewangan apabila diadakan sistem kewangan moden
yang diambil daripada kontrak sewa beli (hire purchase) yang diislamkan dengan
menggabungkan dua kontrak iaitu al-ijarah (sewa) dan al-bay (beli). Kontrak ijarah
(sewa) dimana pihak penyewa menyewa suatu barang daripada pemiliknya pada harga
sewaan untuk tempoh tertentu dan apabila tempoh sewaaan tamat, penyewa
menandatangani kontrak kedua iaitu kontrak jual beli
216
Kaedah ini secara asalnya tiada dibincangkan dalam kitab-kitab fekah lama secara
langsung. Ia mula dibincang di peringkat semasa apabila konsep Islam hendak
dipraktikkan dalam urus niaga perniagaan semasa yang didominasi oleh sistem
konvensional. Namun begitu kaedah muamalat Islam bersifat terbuka dan sentiasa
bersifat murunah iaitu fleksibel berdasarkan keadaan dan keperluan asalkan ia tidak
menyalahi hukum syarak. Ia dibuat bagi menjadikan kaedah hire purchase diterima
mengikut hukum Islam.
Pihak Majlis Pengawasan Syariah Malaysia menerima kaedah ini sebagai suatu yang
diterima oleh syarak dengan mengambil kira dua kontrak berasingan yang sah tetapi
dibuat perjanjian (waad) dalam kontrak pertama. Kontrak pertama ialah kontrak sewaan
dengan janji dan kontrak kedua pula ialah kontrak jual beli setelah janji di tunai. Jadi,
dalam kaedah ini terdapat dua kontrak yang sah. Hukum-hukum yang berkaitan ialah
hukum sewaan dan hukum jual beli. Waad dalam akad sewaan menyebut bahawa pihak
pembeli akan menyewa harta tersebut selama tempoh yang dipersetujui bersama dan
setelah tempoh tersebut tamat harta tersebut akan menjadi hak milik penyewa melalui
akad jual beli yang sudah dijanjikan. Selama tempoh sewaan, hak pemilikan masih di
tangan pemilik. Dalam aplikasi peraturan muamalat masa kini, ia tertakluk di bawah akta
sewa beli, iaitu pihak yang memberi sewa akan diberi hak milik dituntut dan hak tersebut
akan dilepaskan kepada penyewa/pembeli setelah tempoh sewaan tamat. Jika penyewa
gagal membuat bayaran sewaan dalam tempoh tertentu, harta tersebut boleh diambil
kembali oleh pemiliknya. Dari segi pandangan, kaedah hirepurchase tersebut diterima
kerana ia tertakluk kepada hukum sewaan dan jual beli kemudiannya.
7.2 HUTANG PIUTANG (QARDHU)
7.2.1 Definisi Qard
217
Qardh dari segi bahasa bermaksud membahagi atau sesuatu yang dipinjam. Dari segi
istilah syarak Qardhu ialah menyerahkan sesuatu yang dimiliki kepada seseorang dengan
syarat ia dikembalikan dengan sesuatu gantian yang sama nilainya. (Wahbah al-Zuhaili).
Dalam bahasa Malaysia disebut hutang. Jika menyerahkan sesuatu dan dikembalikan juga
dengan barang tersebut disebut al-ariyah (pinjam).
7.2.2 Hukum Qardhu
Hukum memberi hutang adalah sunat kerana ia dapat membantu saudaranya yang
memerlukan. Menjadi kewajipan orang yang berada menolong orang yang tidak
berkemampuan untuk memenuhi keperluan mereka. Menolong orang boleh dibuat
dengan cara hibah (pemberian percuma) dan cara al-Qardhu (hutang). Islam
menggalakkan orang yang berada atau berharta memberi hutang kepada orang yang
memerlukannya dengan kaedah al-Qardhu dengan tujuan semata-mata kerana Allah Ia
dikira amal soleh dan sangat digalakkan oleh Islam. Rasulullah saw pernah bersabda:
“Sesiapa yang membantu sandaranya melepaskan sesuatu kesusahan di dunia, maka
Allah akan melepaskan salah satu kesusahan yang dihadapinya pada hari qiamat. Alalh
sentiasa menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya.”
(HR Muslim, Abu Daud dan Tirpizi)
Rasulullah saw bersabda lagi: “tidak ada daripada seorang muslim yang memberi hutang
kepada seorang muslim yang lain dua kali melainkan bagaikan ia memberi sedekah
sekali.” HR Ibnu Majah, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)
Rasulullah bersabda lagi
“Aku melihat pada malam aku diisra’kan di pintu syurga tertulis: sedekah dibalas
dengan sepuluh kali ganda dan hutang dibalas dengan lapan belas kali ganda. Lalu akau
bertanya; Wahai jibrail, mengapa al-qardhu (hutang) lebih baik daripada sedekah? Lalu
dijawab; kerana sesungguhnya orang yang berkeinginan sesuatu bertujuan untuk
218
memilikinya sedangkan orang yang berhutang tidak akan berhutang melainkan sebab
perlu atau sangat berhajat.”
Namun begitu haram memberi hutang kepada orang yang hendak membuat maksiat.
Orang yang berazam untuk tidak membayar hutang adalah haram berhutang dan orang
kaya yang sengaja menzahirkan kemiskinan juga haram ke atasnya berhutang.
7.2.3 Merekodkan Qard
Orang yang memberi hutang dan orang yang berhutang perlu membuat perjanjian yang
disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil atau perempuan yang adil. Rekod atau
penulisan adalah penting terutamanya apabila hutang itu tidak dijamin dengan penjamin .
oleh itu sesuatu kontrak hutang piutang langkah-langkah tertentu.antaranya ialah
1. pemberi hutang mesti menyebut butiran hutang dengan jelas, menyatakan nama
orang yang berhutang, berapakah jumlahnya, bilakah tempoh bayaran balik dan
bagaimana cara pembayarannya.
2. Jika perlu jaminan hendaklah dijamin dalam bentuk samada mangadakan
penjamin (Dhamin) atau barang gadaian (al-Rahnu)
3. Kontrak hutang piutang itu disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil atau
seorang lelaki dan dua orang perempuan jika sukar mendapat dua orang lelaki.
Allah berfirman di dalam surah al baqarah: 282
282. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu berpu'amalah[179] tidak secara
tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. dan hendaklah
seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. dan janganlah penulis
enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis,
dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan
hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun
daripada hutangnya. jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah
(keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, Maka hendaklah walinya
mengimlakkan dengan jujur. dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-
219
orang lelaki (di antaramu). jika tak ada dua oang lelaki, Maka (boleh) seorang lelaki dan
dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa Maka
yang seorang mengingatkannya. janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan)
apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil
maupun besar sampai batas waktu membayarnya. yang demikian itu, lebih adil di sisi
Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan)
keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai
yang kamu jalankan di antara kamu, Maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak
menulisnya. dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan
saksi saling sulit menyulitkan. jika kamu lakukan (yang demikian), Maka Sesungguhnya
hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. dan bertakwalah kepada Allah; Allah
mengajarpu; dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
[179] Berpuamalah ialah seperti berjualbeli, hutang piutang, atau sewa menyewa dan
sebagainya.
7.2.4 Syarat al-Qardhu
1. orang yang memberi hutang dan orang yang berhutang hendaklah mempunyai
kelayakkan beraqad, berakal, baligh serta tidak dihalang dari berurusan dan ahli
tabarru’ (ahli yang berkelayakan membuat kebajikan)
2. Mesti menggunakan lafaz hutang dalam ijab dab qabul
3. barang yang dihutang itu hendaklah dalam bentuk benda yang jeklas dan nyata
dan dapat diserahkan kepada yang berhutang.
7.2.5 Larangan Mengambil Manfaat dari Qard
Memberi hutang adalah digalakkan oleh Islam. Namun begitu Islam melarang pihak yang
memberi hutang mengambil manfaat daripada orang yang berhutang. Mengenakan syarat
220
yang menguntungkan dalam memberi hutang adalah haram. Lebihan bayaran yang
disyaratkan dalam pinjaman pula dikira riba.
7.2.6 Kewajipan Membayar Qard
Orang yang berhutang wajib membayar hutang dengan kadar segera apabila mampu.
Rasulullah saw bersabda:
”Sesunguhnya ada seorang lelaki bertanya kepada rasululullah tentang saudaranya
yang telah meninggal dunia dalam keadaan berhutang maka rasulullah bersabda dia
teRPenjara dengan hutangnya maka bayarkanlah.”
Rasulullah saw juga bersabda: ” sesiapa yang mengambil harta manusia dengan niat
untuk membayarnya maka Allah akan memudahkan pembayarannya dan sesiapa yang
meminjam dengaan niat membinasakannya maka allah akan membinasakannya.”
Namun jika ada kasimpatan dalam bayaran, Islam amat menggalakkan pemberi hutang
agar memberi belas kasihan dan membuat pertimbangan tertentu bagi kebaikan hidup
manusia. Allah berfirman :
280. Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, Maka berilah tangguh
sampai dia berkelapangan. dan menyedekahkan (sebahagian atau semua utang) itu, lebih
baik bagimu, jika kamu Mengetahui. (al-baqarah: 280)
7.3 KONTRAK AL- HIWALAH (PEMINDAHAN HUTANG)
7.3.1 Definisi dan Rukun Hiwalah
221
Perkataan al-hiwalah berasal daripada perkataan tahwil iaitu bermaksud berpindah dari
satu tempat ke satu tempat. Mengikut istilah Fiqh al-hiwalah bermaksud pemindahan
hutang daripada sesuatu pihak kepada suatu pihak yang lain. Terdapat tiga pihak didalam
kontrak al-hiwalah iaitu
a. pemindah hutang (al-muhil) iaitu penghutang
b. penerima pemindahan (al-muhal) iaitu pemiutang
c. pembayar hutang (muhal ‘alaihi) serta hutang itu sendiri
Al-Hiwalah ialah pemindahan hutang daripada tanggungjawab si berhutang kepada
tanggungjawab orang lain. Pada asalnya al-Hiwalah berlaku dalam urusan hutang piutang
iaitu si berhutang memindahkan tanggungjawab membayar hutangnya kepada orang lain
untuk dibayar kepada tuan punya hutang. Al-Hiwalah juga berlaku dalam bentuk
pemindahan wang yang diarah oleh seorang pelanggan kepada bank untuk memindahkan
sejumlah wang daripada akaunnya kepada akaun orang lain dalam negeri atau di luar, di
bank yang sama atau di bank lain (Mohd Bakir, 1998).
7.3.2 Jenis-jenis al-Hiwalah
Al-Hiwalah terbahagi kepada dua jenis, Hiwalah Muqaiyadah iaitu al-Hiwalah yang
terikat dengan adanya hutang seseorang di tangan orang lain manakala Hiwalah Mutlaqah
iaitu al-Hiwalah yang tidak terikat dengan adanya hutang seseorang di tangan orang lain.
Contoh al-Hiwalah ialah Kamarudin Hassan berhutang daripada Khalid Ali dan Khalid
Ali berhutang daripada Kassim Masdor. Khalid Ali menghiwalahkan hutangnya yang ada
pada Hassan supaya dibayar kepada Kassim Masdor. Oleh yang demikian,
tanggungjawab Ali untuk membayar hutang kepada Kassim Masdor telah berpindah
kepada Kamarudin Hassan dan Kamarudin Hassan hanya perlu membayar hutang itu
kepada Kassim Masdor, bukan lagi kepada Khalid Ali kerana tanggungan hutangnya
kepada Khalid Ali telah berpindah sebaik sahaja berlakunya akad al- Hiwalah.
7.3.3 Hukum al-Hiwalah.
222
Ulamak Fiqh memberi hukumnya harus berdasarkan hadis rasulullah bersabda:
“ Sesiapa yang memindahkan haknya kepada seseorang maka hendaklah ia terima
pemindahan itu.” Riwayat al-Baihaqi.
Al-Hiwalah halal di sisi syarak. Akad al-Hiwalah melibatkan tiga pihak, iaitu pihak
7. pemindah hutang (yang menjadi pemiutang kepada penerima pemindahan hutang
dan penghutang kepada tuan punya dalam al-Hiwalah),
8. pihak kedua penerima pemindahan hutang dan
9. pihak ketiga tuan punya hutang. Pemindah hutang dan tuan punya hutang
hendaklah menepati syarat berikut, iaitu boleh dipertanggungjawabkan, iaitu akal
sempurna akal, cukup umur dan pintar dan tidak tersekat daripada menjalankan
muamalat. Hutang yang dihiwalahkan itu hendaklah menepati syarat berikut iaitu
terjamin pembayarnya dan diketahui jumlah dan tempoh pembayarannya. Jika
tempoh pembayaran tidak diberitahu maka hutang itu harus dibayar serta merta.
Sighah pula hendaklah menepati syarat sah al-Hiwalah yang diakad antara
pemindah hutang dengan tuan punya hutang. Begitu juga sah al-Hiwalah yang
diakad antara penerima pemindahan hutang dengan tuan punya sahaja. Akad al-
Hiwalah antara pemindah hutang dengan penerima pemindahan hutang hendaklah
dipersetujui oleh tuan punya hutang. Tidak sah al-Hiwalah jika tuan punya hutang
tidak bersetuju.
Dari segi bentuk pelaksanaan Hiwalah pula, penerima pemindahan hutang tidak
semestinya terhutang kepada pemindah hutang. Dalam keadaan seperti ini, penerima
pemindahan hutang berhak menuntut daripada pemindah hutang wangnya yang telah
dibayar kepada pihak ketiga yang juga tidak semestinya mempunyai hutang haknya di
tangan pemindah hutang. Al-Hiwalah seperti ini dinamakan Hiwalah Mutlaqah. Dalam
sistem perbankan Islam, pemindahan wang yang dibuat melalui bank ialah Hiwalah
Mutlaqah. Dalam Hiwalah Mutlawah bank boleh mengenakan ke atas pelanggan
bayaran-bayaran tertentu seperti Hiwalah dalam negeri, pihak bank boleh mengenakan
caj komisen, belanja mengurus dan upah pemindahan manakala bagi Hiwalah luar negeri
223
pula pihak bank mengenakan caj komisen, belanja mengurus, upah pemindahan dan
perbezaan harga pertukaran mata wang asing.
7.3.4 Pandangan Fuqahah mengenai jenis Hiwalah
1. Kontrak Hiwalah adalah jenis kontrak jualbeli hutang. Ia diharuskan oleh syarak
apabila adanya keperluan. Syarak memberikan kemudahan (rukhsah) untuk urusan hidup
manusia. Pendapat ini diterima oleh ulamak Hanafi, maliki dan syafie. Mereka
berpendapatt bahawa pemiutang bersetuju menjual hutangnya dalam tanggungan
penghutang kepada pihak yang sanggup membayar kepadanya kerana ia ada tanggungan
hutang penghutang di atasnya. Maka ini berpakna jual beli hutang. (Wahbah al-Zuhaili, h.
166)
2. Kontrak al-hiwalah ialah kontrak melunaskan hak (istifa al-Haq) dan bukannya
kontrak jual beli. Pendapat ini diterima oleh Ibn Taymiyyah dan sebahagian Fuqahah
Shafie. Ibn Taimiyyah berkata: ” Akad Hiwalah ialah pelupusan hak dan bukannya jual
beli. Jika pihak yang mempunyai hak meminta daripada penghutang supaya melupuskan
hutangnya daripada harta penghutang itu maka ia merupakan pelupusan. Jika ia
pindahkannya kepada orang lain untuk membayarnya, hutang yang ditanggungnya maka
bayaran hutang itu yang dibuat oleh pihak lain itu sebagai bayaran hutang yang ada
dalam tanggungan penghutang.”. (Ibn Taimiyyah, al-qiyas, 11)
3. Kontrak hiwalah ialah kontrak yang berdiri dengan sendiri. Ia mempunyai ciri-ciri
pelupusan hutang dan ada ciri jual beli. Pendapat ini selaridengan pendapat ulamak
Hambali dan Maliki. Dr Wahbah Zuhaili juga lebih cenderung dengan pendapat ini.
7.3.5 Jenis hutang yang dibenarkan dihiwalahkan
Hutang yang diharuskan hiwalah ialah hutang yang memenuhi syarat berikut:
224
1. Hutang itu tetap ada dalam tanggungan pemindah hutang (muhil) kerana memindahkan
hitang kepada orang yang tidak ada hutang padanya adalah tidak sah. (Al-ramli, jld 4,
169)
2. Hutang itu hendaklah hutang yang benar-benar sabit (lazim) bukannya hutang yang
belum tentu.
3. Hutang itu mestilah diketahui dengan jelas kadarnya kerana dengan kejahilan kadar
hutang itu membawa kepada pertikainan yang boleh membawa kepada terbantutnya
pembayaran.
4. Hutang itu hendaklah hutang yang tetap dan jelas yang tidak mungkin terhapus
disebabkan ada kerosakan dan sebagainya. Oleh itu hutang kontrak salam tidak boleh
dihiwalah kerana ia tidak tetap dan kemungkinan boleh berlaku pembatalan.
5. Hutang itu hendaklah hutang yang telah matang dan sampai masa pembayarannya.
6. Hendaklah hutang yang dihiwalahkan itu sama dengan hutang yang dijadikan
pembayaran itu dari segi jenis, kadar dan kematanganya.
7. Hendaklah hutang yang dihiwalah itu adalah hutang yang harus diurusniagakan dan
boleh dijualbeli dengan itu hutang salam tidak harus dihiwalahkan kerana ia tidak boleh
diurusniagakan dan dijual beli.
7.3.6 Kesan Kontrak Hiwalah.
1. Pihak yang memindahkan hutang (muhil) dibebaskan tanggungjawab membayar
hutang.
2. Hutang yang dipindahkan itu adalah sama dengan hutang sebelum ia dipindahkan.
225
7.4 AKAD MUDHARABAH
7.4.1 Definisi Mudharabah
Mudharabah dari segi bahasa bermaksud musafir atau berjalan menjalankan urusan
perniagaan. Dari segi istilah syarak, mudharabah ialah suatu kontrak yang berlaku
diantara pemodal dengan pengusaha bagi kegiatan perniagaan untuk memperolehi
keuntungan.
Ulamak Mazhab Hanafi mendefiniskan mudharabah sebagai akad usahasama untuk
mendapat keuntungan di mana satu pihak mengeluarkan modal dan satu pihak lagi
sebagai pengusaha. (al-Dusuqi)
Ulamak mazhab Maliki mendefinisikan mudharabah sebagai pemodal memberikan modal
dengan kadar tertentu kepada pengusaha untuk diniagakan bagi mendapat sebahagian
keuntungan kepadanya. (al-Ramli)
Ulamak Mazhab Shafie mendefinisikan mudharabah sebagai suatu akad yang
mengandungi di dalamnya pemodal mewakilkan kepada pengusaha supaya diniagakan
modalnya dengan dibahagikan keuntungan antara mereka berdua. (Ibnu Qudamah)
Ulamak mazhab Hambali mendefiniskan mudharabah ialah pemodal memberi modal
kepada pengusaha supaya diniagakan dan keuntungan yang diperolehi dibahagikan
mengikut persetujuan yang dicapai. (al-Kasani)
Secara umumnya mudharabah ialah kontrak antara pemodal dan usahawan berdasarkan
perkongsian untung. Ia juga didefinisikan sebagai akad antara dua pihak yang
mengandungi penyerahan harta oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk
berniaga dengan berkongsi untung dengan syarat-syarat tertentu.
226
Mudharabah juga disebut Qiradh. Tujuan mudharabah adalah untuk mengadakan
kerjasama antara tuan punya harta yang boleh dijadikan modal dengan pihak pengusaha
yang tiada modal tetapi ada kepakaran berurus niaga dalam perniagaan. Ia melibatkan
aktiviti pelaburan.
7.4.2 Hukum Mudharabah
Mudharabah adalah harus. Ia dibenarkan oleh syarak dalam mencari rezeki yang halal.
Allah berfirman
”Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezki hasil perniagaan) dari Tuhanmu.
Maka apabila kamu Telah bertolak dari 'Arafat, berdzikirlah kepada Allah di
Masy'arilharam[125]. dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang
ditunjukkan-Nya kepadamu; dan Sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk
orang-orang yang sesat.” (al-Baqarah:198)
Usaha mencari keuntungan melalui mudharabah adalah sebahagian daripada usaha
mencari rezeki yang halal.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a katanya: Abbas bin Abdul Mutalib menceritakan
apabila dia menyerahkan wang untuk mudharabah, dia telah mensyaratkan kepada
pengusaha supaya jangan mengharungi lautaan, melintasi cerun bukit dan jangan
membeli binatang yang sakit. Jika ia melakukan larangan tersebut maka ia dikenakan
bayaran gantirugi. Maka beliau telah memberitahu rasulullah saw tentang syarat-syarat
itu maka rasulullah saw mengharuskannya. Abbas memberi syarat-syarat itu demi untuk
menjaga kepentingannya dan kepentingan pengusaha supaya midalnya terjaga dan tidak
hilang.
Hakim bin Hazam, sahabat rasulullah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah
menjanjikan kepada seorang lelaki ketika beliau memberikan sejumlah modal kepadanya
dengan cara pembahagian keuntungan secara sama rata dan memberi beberapa syarat
pemberian modal iaitu rasulullah bersabda: ”jangan sekali-kali menggunakan kekayaanku
untuk membeli hati yaang basah (daging), jangan membawanya di atas kapal dan jangan
227
meletakkannya di dalam tempat air mengalir. Jika kamu lakukan larangan itu, kamu
harus bertanggungjawab diatas perbuatan itu”.
Diceritakannya juga bahawa sahabat-sahabat rasulullah juga menjalankan mudharabah
dalam urusniaga mereka. Aktiviti mudharabah ini telah berlaku sejak zaman nabi dan ia
telah diterima oleh majlis pengawasan syariah Malaysia masa kini kerana ia memberi
maslahah kepada semua pihak.
7.4.3 Rukun dan Syarat Mudharabah
Setiap aktiviti mudharabah mestilah mengandungi rukun mudharabah iaitu
(i) Pihak yang berakad iaitu Tuan punya modal (sahibul mal) dan Pengusaha
(Mudharib atau sahibul amal).
Kedua-dua belah pihak yang menjalankan akad mudharabah terdiri daripada mereka
yang boleh dipertanggungjawabkan, bebas daripada sekatan muamalat dan boleh
melibatkan diri dalam bidang wakalah. Kedua–dua pihak adalah mempunyai
kelayakan dari segi undang-undang iaitu sempurna akal tetapi tidak disyaratkan
cukup umur, islam dan merdeka. Ia juga harus bagi kanak-kanak mumayyiz dan
hamba, kafir zimmi dan kafir musta’min.
(ii) Modal (Ra’sul mal).
Disyaratkan modal daripada tuan punya modal dan kerja daripada pengusaha. Ini
bererti tidak sah jika disyaratkan kerja daripada tuan punya modal. Modal terdiri
daripada wang tunai atau apa-apa harta bernilai yang ditentukan semasa akad dan
diserahkan kepada pihak pengusaha sebaik sahaja selesai ijab dan kabul dengan cara-
cara dipersetujui. Jumhur ulamak dari mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie menetapkan
modal hendaklah daripada wang kerana ia menjadi harga dan asas penilaian yang
tidak banyak berubah dalam pasaran setempat tidal seperti barangan lain yang
mengalami turun naik. Terdapat juga ulamak seperti imam Ahmad Ibn Hambal yang
228
menerima barangan sebagai modal kerana barangan adalah sama dengan wang dari
segi bernilai.
Modal hendaklah ditentukan dengan jelas dan kaedah penentuan kaedah keuntungan
perlu dijelaskan dalam akad. Akad yang tidak menentukan modal adalah tidak sah. Ia
mesti diserahkan kepada pengusaha dan boleh diuruskan untuk niaga supaya
mendapat keuntungan.
(iii) Kerja atau projek (amal atau masyru’). Projek yang dijalankan hendaklah
halal mengikut syara’.
Kerja adalah jenis perniagaan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang
berkontrak. Usaha mudharabah ini terbahagi kepadaa jenis iaitu mudharabah
mutlaqah (Mudharabah tidak terhad) dan mudharabah muqayyadah (mudharabah
terhad)
Mudharabah Mutlaqah (Mudharabah tidak terhad) ialah pemodal memberi modal
kepada pengusaha untuk mudharabah tanpa ditentukan jenis usahasama atau
perniagaan. Tidak ditentukan juga tempoh masa mudharabah serta tidak ditentukan
siapakah pengusaha sebenar sesuatu projek atau perniaagan. Apabila akad
mudharabah mutlaqah ini dibuat, pengusaha hendaklah melakukan urusan perniagaan
yang berlaku mengikut uruf perniagaan yang biasa diamalkan oleh peniaga-peniaga.
Dia tidak boleh memberi hutang terhadap wang modal itu kepada pihak lain pula. Dia
juga tidak boleh menjalankan perniagaan yang diharamkan syarak dan yang tidak
mendatangkan keuntungan atau pulangan.
Mudharabah Muqayyadah (mudharabah terhad) ialah mudharabah yang dihadkan
kegiatannya dengan masa, tempat tertentu dan jenis barang tertentu. Sekatan kegiatan
yang ditentukan itu sama ada ia mendatangkan faedah kepada kegiatan mudharabah
atau tidak. Jika mendatangkan faedah maka ia hanya terhad kepada perkara yang
dihadkannya sahaja sedangkan kegiatan lain secara umumnya dapat dilakukan. Jika
sekatan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah, maka ia dianggap tidak wujud jadi
mudharabah kekal dalam keadaan seperti tidak terhad. Kriteria yang menentukan
229
sekatan itu berpanfaat atau tidak adalah dirujuk kepada uruf. Jika sekatan itu
mendatangkan manfaat maka ia adalah harus. Jika ia tidak mendatangkan manfaat
maka ia tidak diharuskan.
(iv) Untung (Ribhu).
Mudharabah disyaratkan setiap anggota yang terlibat mesti mengetahui kadar
keuntungan yang akan diperolehi semasa akad. Kaedah penentuan keuntungan perlu
ditentukan semasa akad. Ini adalah kerana keuntungan adalah menjadi tujuan kepada
akad mudharabah. Jika kadar keuntungan tidak ditentukan semasa akad maka akad
tersebut dikira tidak sah. Kadar keuntungan pula hanyalah dalam bentuk umum
seperti separuh keuntungan atau peratusan daripada keuntungan prestasi sebenar.
Keuntungan tidak boleh dibuat atas kadar tetap daripada modal. Keuntungan keatas
modal adalah tidak dibenarkan kerana ia akan menjadi riba.
Asas keuntungan dalam mudharabah dikira berpula ketika kemasukan modal dan
berlakunya urusan pelaburan.
Dalam hal kerugian, semuanya ditanggung secara bersama oleh tuan punya modal
dan pengusaha mengikut apa yang dipersetujui jika tiada keuntungan, tuan punya
modal hanya mendapat balik modalnya dan pengusaha tidak mendapat apa-apa.
(v) Sighah (ijab dan kabul).
Mudharabah ialah kontrak usahasama yang dilakukan oleh pemodal dan pengusaha.
Ia memerlukan akad yang menunjukkan persetujuan memberi dan menerima akad
mudharabah (ijab dan qabul). Ijab (penawaran) maksudnya suatu ungkapan yang
membawa makna persetujuan mudharabah yang dilafazkan oleh pemodal seperti
katanya: (”ambillah modal ini untuk mudharabah dan keuntungan yang diperolehi
dibahagi bersama separuh.”) Manakala Qabul (penerimaan) pula bermaksud
ungkapan yang menunjukkan persetujuan menerima tawaran mudharabah itu dengan
kata-kata seperti: ”saya bersetuju atau saya terima dengan mudharabah ini seprti
230
yang ditawarkan.”Apa-apa butiran lanjut hendaklah dijelaskan di dalam majlis akad
supaya semuanya jelas dengan apa yang diakadkan. Persetujuan dan butir-butir
lengkap hendaklah dibuat catatan supaya ia dijadikan bukti jika berlaku apa-apa
pertikaian di mana akan datang. Majlis akad perlu dihadiri oleh saksi bagi
menguatkan sesuatu akad mudharabah. Mudharabah boleh dibubarkan pada bila-bila
masa sebelum kerja-kerja dimulakan oleh pengusaha.
7.4.4 Berakhirnya kontrak Mudharabah
Akad Mudharabah boleh berlaku daam tiga keadaan iaitu
1. pembatakan akad oleh pihak yang berakad
2. salah satu pihak gila atau hilang akal
3. salah satu pihak meninggal dunia
Apabila akad mudharabah berakhir, pengusaha perlu segera mencairkan kembali modal
dan mengembalikan modal tersebut kepada pihak yang berkenaan seperti waris,
pemegang amanah dan sebagainya.
7.5 SOALAN LATIHAN
1. Bincangkan definisi ijarah dan hukum-hukum berkaitan dengannya
2. Huraikan al-qarhu dan hukum-hukum berkaitan dengannya
3. Jelaskan hiwalah dan hukum-hukum berkaitan dengannya
4. Bincangkan definisi Mudharabah dan hukum-hukum berkaitan dengannya
BAB 8
JAMINAN DANA
(KAFALAH,DHAMANAH,AL-RAHNU,TAKAFUL)
8.1 PENGENALAN
231
8.2 DEFINISI KAFALAH DAN DHAMANAH
8.3 APLIKASI AKAD KAFALAH DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM
MALAYSIA
8.3.1 Surat jaminan Hutang
8.3.2 Jaminan dalam kontrak Sewa Beli
8.3.2.1 Butir Perjanjian Sewa Beli
8.3.2.2.Penjamin Dalam Sewa Beli
8.3 al-Rahnu (Gadaian)
8.3.1 Definisi al-Rahni
8.3.2 Rukun dan Syarat al-Rahnu
8.3.3 Aplikasi Kontrak al-Rahnu dalam Sistem Kewangan Islam Malaysia
8.3.3.1 al-Rahnu di bank Kerjasama Rakyat Malaysia
8.3.3.2 al-Rahni di Bank Islam Malaysia
8.3.4. Kontrak al-wadiah dan Qardhu Hassan dalam al-Rahnu
8.4 KONTRAK TAKAFUL
8.1.3 Jenis-Jenis Kafalah
8.1.3.1 Kafalah Bi al-Nafs
8.1.3.2 Kafalah Bi al-Mal
8.1.4 Rujukan Penjamin Kepada Orang yang Dijamin
BAB 8
JAMINAN DANA
(KAFALAH,DHAMANAH,AL-RAHNU,TAKAFUL)
OBJEKTIF BAB
232
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep kafalah. .
2. Menjelaskan rukun dan syarat kafalah
3. Menghubungkaitkan jenis-jenis kafalah dengan kontrak sewa beli
4. Menjelaskan konsep al-rahnu dan hukum-hukum mengenainya.
5. Mengenal pasti konsep takaful dan hukum-hukum mengenainya
8.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan akad-akad yang berkaitan dengan pengurusan dana iaitu
Kafalah, Dhamanah, Al-Rahnu dan Takaful sebagai lanjutan daripada perbincangan di
dalam kursus Teori dan Amalan Perniagaan Islam yang lalu.
8.2 DEFINISI KAFALAH DAN DHAMANAH (JAMINAN)
Kafalah dari segi bahasa arab ialah al-dhaman (jaminan), hamalah (beban) dan za’amah
(tanggungan). Dari segi istilah syarak pula terdapat beberapa definisi iaitu:
a. menurut mazhab Hanafi, al-kafalah ialah menggabungkan dzimmah (tanggungan)
dengan dzimmah lain dalam tuntutan mengenai jiwa, hutang atau barangan.
b. Menggabungkan dzimah kepada dzimah yang lain dalam asas hutang.
c. Menurut mazhab maliki pula, al-kafalah ialah orang yang mempunyai hak
tanggungan pemberi beban serta bebannya sendiri yang disatukan samada
menanggung
Dari segi istilah Fiqh, Al-Kafalah dan al-Dhamanah mempunyai erti yang sama, iaitu
jaminan. Ia bermaksud menghadirkan seseorang yang mempunyai tanggungjawab
tertentu untuk diambil tindakan, tanggungjawab di atas hak yang sabit atau wajib
terhadap orang lain dan mendapatkan suatu barang gantian untuk pihak yang berhak. Ini
bererti bahawa jaminan ialah mencantum tanggungjawab seseorang dengan
tanggungjawab orang lain.
233
Jaminan terbahagi kepada dua jenis, iaitu
a. Jaminan terhadap diri seperti menjamin untuk menghadirkan orang yang
tertuduh ke mahkamah
b. Jaminan ke atas harta seperti menjamin di atas hutang piutang,
pembayaran harga barang yang dijual, penyerahan barang dan
keselamatan barang. Tujuan jaminan ialah untuk menguatkan keyakinan
tuan punya hak bahawa haknya tidak akan hilang kerana tuan punya hak
boleh menuntut haknya daripada penjamin jika orang yang pada mulanya
bertanggungjawab tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya.
Contohnya, En. Kasim Muhammad membuat pinjaman daripada Bank
Islam Malaysia Berhad sebanyak RP40,000 dengan dijamin oleh En. Abu
Bakar. Apabila sampai masa penjelasan hutang, pihak Bank Islam
Malaysia Berhad boleh menuntut hutangnya daripada Kasim atau Abu
Bakar. Dan jika En Kasim gagal membayar, ia akan dituntut pula kepada
Abu Bakar
8.5 APLIKASI AKAD KAFALAH DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM MALAYSIA
8.5.1 Surat Jaminan Hutang
Kemudahan surat jaminan biasanya diperlukan oleh pelanggan-pelanggan berhubung
dengan tanggungjawabnya terhadap sesuatu hutang atau pelaksanaan sesuatu tugas
terhadap pihak yang lain. Kemudahan ini boleh disediakan oleh bank berlandaskan
hukum al-Kafalah (jaminan hutang dan pelaksanaan kerja), mengikut kaedah seperti
berikut:
(i) Pelanggan membuat perpohonan kepada bank supaya bank mengeluarkan surat
jaminan terhadap tanggungjawab pelanggan tentang sesuatu hutangnya atau pelaksanaan
sesuatu tugasnya terhadap pihak ketiga.
234
(ii) Bank mengeluarkan surat jaminan kepada pihak ketiga dan bersetuju menerima
tanggungjawab menjelaskan hutang pelanggan atau membayar ganti rugi bersabit dengan
pelaksanaan sesuatu tugas pelanggan jika sekiranya pelanggan gagal menunaikan
tanggungjawabnya.
(iii) Bank mungkin menghendaki pelanggan meletakkan sejumlah deposit dalam akaun
deposit. Bank akan menerimanya berlandaskan hukum al-Wadiah.
(iv) Bank mengenakan komisen terhadap pelanggan berlandaskan hukum al-Ujr dan
perbelanjaan mengurus yang lain yang berkaitan.
8.5.2 Jaminan dalam kontrak Sewa Beli
Sewa beli adalah salah satu kaedah yang paling kerap diamalkan oleh orang ramai untuk
memiliki kereta. Sewa beli ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk
membeli barang tersebut. Seseorang adalah penyewa dan syarikat yanmg membiayai
barang-barang tersebut adalah pembiaya dan juga pemilik. Hak milik hanya akan
berpindah kepada penyewa selepas semua ansuran dijelaskan. Sementara itu, anda boleh
membawa pulang barangan tersebut untuk digunakan. Pelbagai barangan boleh diperolehi
secara sewa beli, termasuk:
Semua barangan pengguna yang diperolehi untuk kegunaan peribadi, keluarga
atau isi rumah.
Kenderaan berpotor termasuk kenderaan orang sakit, motosikal, motokar
(termasuk teksi dan kereta sewa), kenderaan barangan dan bas
Sebelum memasuki perjanjian untuk membeli kenderaan berpotor melalui sewa beli
pastikan dahulu berapa yang seseorang mampu untuk bayar melalui ansuran bulanan
supaya tidak lari daripada bajet. Sebagai panduan, bayaran ansuran bulanan untuk rumah
dan kenderaan berpotor hendaklah tidak melebihi 33% daripada pendapatan bulanan
rumah. Seseorang juga perlu menyediakan peruntukan tambahan untuk insurans dan
235
cukai jualan. Adalah juga mustahak seseorang meneliti segala kewajipan, termasuk
penalti yang mungkin akan dikenakan sebelum menandatangani perjanjian sewa beli.
Perjanjan sewa beli boleh dirunding secara terus dengan syarikat kewangan atau melalui
pengedar kenderaan berpotor yang akan mengemukakan perpohonan pembiayaan
seseorang kepada syarikat kewangan.
Sekiranya seseorang berurusan secara terus dengan syarikat kewangan, seseorang
akan diberi penyata kewangan bertulis yang dikenali sebagai Jadual Kedua
Bahagian 1. Penyata ini akan menerangkan tanggungjawab kewangan seseorang
dibawah perjanjian sewa beli yang dicadangkan.
Sekiranya kita berurusan melalui pengedar kendaraan berpotor, di samping Jadual
Kedua Bahagian 1, seseorang akan menerima penyata tambahan yang dikenali
sebagai Jadual Kedua Bahagian II yang menyatakan persetujuan syarikat
kewangan untuk menjadi salah satu pihak kepada perjanjian tersebut. Bahagian
ini hendaklah ditandatangani oleh pengedar dan syariakt kewangan selepas
seseorang menerima Bahagian I Jadual Kedua
Seseorang tidak boleh dipaksa untuk memasuki perjanjian sewa beli ataupun
dikehendaki menjelaskan kos menyediakan dan mendapatkan Jadual Kedua
sekiranya seseorang tidak bersetuju untuk menandatangani perjanjian sewa beli
tersebut.
Seseorang tidak tertakluk kepada terpa dan syarat-syarat penyata Jadual Kedua
(Bahagian 1 dan 11) selagi seseorang tidak memasuki perjanjian sewa beli
tersebut.
Sekiranya seseorang bersetuju untuk menyewa kenderaan tersebut selepas
menerima penyata Jadual Kedua (Bahagian 1 dan 11), satu perjanjian sewa beli
akan dibuat diantara seseorang dan syarikat kewangan.
8.5.2.1 Butir Perjanjian Sewa Beli
Perjanjian sewa beli seharusnya mengandungi maklumat maklumat penting berikut:
Perihal kenderaan berpotor yang dibiayai
Pengiraan jumlah yang perlu di bayar
Deposit minimum
236
Caj terpa dan kadar peratus tahunan untuk caj terpa
Caj lewat bayar
Tarikh perpulaan sewa
Bilangan ansuran bulanan
Jumlah ansuran bulanan
Kepada siapa, bila dan dimana pembayaran ansuran bulanan
perlu dibuat
Alamat di mana kenderaan berpotor biasanya disimpan
Seseorang hendaklah memastikan bahawa butir-butir yang terkandung di dalam
perjanjian adalah sama dengan butir-butir yang terdapat di penyata Jadual Kedua.
Perjanjian tersebut akan disetemkan pada kadar nominal atas tanggungan seseorang.
Seseorang tidak memerlukan khidmat peguam untuk memasuki sebarang perjanjian sewa
beli.
8.2.3.2.2.Penjamin Dalam Sewa Beli
Syarikat kewangan akan membuat penilaian kredit ke atas pemohon kemudahan sewa
beli. Berdasarkan kepada keputusan penilaian kredit tersebut, syarikat kewangan
mungkin memerlukan penjamin untuk kemudahan sewa beli sebagai cagaran tambahan
kepada kemudahan sewa beli tersebut.penjamin dikehendaki manandatangani surat
jaminan yang dikemukakan oleh syarikat kewangan. Penjamin akan menerima sesalinan
perjanjian sewa beli dan menanggung liabiliti ke atas kemudahan sewa beli tersebut.
Sekiranya penyewa ingkar membuat pembayaran, penjamin bertanggungjawab untuk
menjelaskan jumlah yang tertunggak bagi kemudahan sewa beli ini, termasuk faedah
tertunggak.
8.3 AL-RAHNU
8.3.1 .Definisi Ar Rahnu
237
Ar-Rahnu dari sudut bahasa berpakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang
mantap ataupun ia berpakna tahanan, Pengertian ini telah dijelaskan sepertimana firman
Allah S.W.T di dalam Surah Al-Muddaththir ayat 38 yang membawa bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat)
yang dikerjakannya............."
Berdasarkan kedua-dua definisi di atas, secara keseluruhannya Ar Rahnu bermaksud
pajak gadai berasaskan Islam yang menerangkan situasi di mana penghutang atau
penerima pinjaman menjadikan barang kepunyaannya sebagai sandaran untuk memberi
jaminan ke atas hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi
pinjam. Penggunaan traksaksi ini tidak membebankan pihak yang membuat gadaian
malahan memberi kemudahan kepada mereka untuk melunaskan hutang dan menampung
kehidupan mereka tanpa faedah tambahan.
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai
sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya
hutang tersebut tidak dapat dijelaskan
8.3.2 Rukun dan Syarat Al-Rahnu
Rukun Al-Rahnu adalah:
1. Penggadai (Al-Rahin) iaitu si berhutang (pelanggan)
238
2. Pemegang gadaian (Al-Murtahin) iaitu pemberi hutang (Bank)
3. Barang gadaian (Al-Marhun)
4. Tanggungan gadaian iaitu hutang
5. Sighah: Ijab dan qabul
Di dalam amalan Al-Rahnu dimasa ini, barang gadaian yang diterima adalah dari
barangan kemas yang diperbuat dari emas. Dari segi syarak, barang gadaian hendaklah
terdiri dari barangan yang boleh dijual beli. Amalan di Bank Rakyat menetapkan jumlah
maksima pinjaman tanpa faedah ini adalah sebanyak RP5,000 tetapi nilai barang gadaian
hendaklah dua kali ganda nilai pinjaman. Adapun upah simpanan adalah berasaskan nilai
barang gadaian yang turut dijamin oleh pihak Bank pada asas upah bulanan.
8.3.3 Aplikasi Kontrak al-Rahnu dalam Sistem Kewangan Malaysia
8.3.3.1 Al Rahnu di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Pengenalan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Pada mulanya, Bank Rakyat telah ditubuhkan pada September 1954 di bawah Ordinan
Koperasi 1948. Pengerusi yang pertama pada masa itu ialah Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd
Hashim. Kerjasama telah dilakukan oleh Bank dengan membahagikan kesatuan masing-
masing untuk memudahkan pergerakan koperasi tersebut dan bank akan menyediakan
keperluan kewangan kepada ahli-ahli mereka. Pada 28 September 1954, 11 daripada bank
kesatuan ini telah memutuskan untuk bergabung dan menubuhkan Bank Agong (Bank
Puncak). Pada tahun 1976, Bank Agong ini telah digantikan dengan nama Bank
Kerjasama Berhad. Penubuhan ini tidak terhad kepada ahli-ahlinya sahaja malah telah
dibuka kepada semua individu. Setelah itu, perubahan di dalam undang-undang telah
melahirkan banyak anak syarikatnya dan merasmikan lebih banyak cawangannya untuk
memberi perkhidmatan kepada pelanggan serta ahli-ahlinya.
239
Pada 6 Januari 1973, nama Bank Kerjasama Berhad telah ditukarkan kepada Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih diketahui sebagai Bank Rakyat. Bank
Rakyat telah dikawal selia oleh undang-undang dan Akta Bank Kerjasma Rakyat (M)
Berhad 1978 (Peruntukan Khas 202), dimana ia membenarkan Bank Rakyat untuk
menyediakan pembiayaan kepada bukan ahli. Seterusnya Bank Rakyat telah diletakkan
di bawah Kementerian Perumahan dan Pembangunan Koperasi serta Kementerian
Kewangan pada tahun 1989. Setelah itu, pada tahun 1993, Akta Koperasi telah dikaji
semula dan membenarkan bank untuk mengendalikan di bahagian Sabah dan juga
Sarawak.
Pada 8 Mei 1993, Bank Rakyat telah mengambil langkah lebih drastik apabila berjaya
menjadi Bank Koperasi berlandaskan syariah dengan memperkenalkan produk perbankan
Islam pada keempat-empat cawangannya. Pada tahun 2002, Bank Rakyat telah menjadi
Bank koperasi Islam sepenuhnya dan pada masa yang sama Bank Rakyat telah melakar
sejarah apabila mencatatkan peristiwa penting dengan menjadi bank ketiga yang
menawarkan produk perbankan Islam sepenuhnya di Malaysia. Pada 15 Februari 2002,
Bank Rakyat bersama dengan enam cawangan lain serta institusi pembangunan
diletakkan terus di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia dan di bawah Akta Institusi
Kewangan (BFIA). Pada Mac 2004, Bank Rakyat telah diletakkan di bawah penyeliaan
Kementerian Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi. Pada 15 April 2009, selepas
penyusunan semula kabinet, Bank Rakyat telah diserap di bawah Kementerian
240
Kewangan. Sehingga kini, Bank Rakyat telah mempunyai 119 cawangan yang
menawarkan kemudahan kepada pelanggannya melalui perkidmatan perbankan Islam.
Bank Rakyat telah meletakkan objektif untuk memastikan keuntungan yang memuaskan
dengan menyediakan pembayaran dividen kepada pelanggannya dan mengenakan kadar
keuntungan yang beRPatutan di mana ia tidak memberi bebanan kepada pelanggannya.
Fungsi utama Bank Rakyat adalah untuk menyediakan kewangan dan menerima deposit
sekaligus memberi pulangan dividen yang memuaskan untuk memberi kemudahan
terbaik kepada pelanggannya.
2. Operasi Ar Rahnu Di Bank Rakyat
Bank Rakyat telah memperkenalkan Skim Ar Rahnu sebagai produk perniagaannya dan
ia telah dilaksanakan pada 27 Oktober 1993. Program mikro kredit skim Ar Rahnu ini
telah dijalankan di atas kerjasama Bank Rakyat bersama Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM). Operasi ini juga telah dikawal di bawah Akta Pajak
Gadai 1972. Berdasarkan Seksyen 46(c) di dalam akta ini, Bank Rakyat mendapat
pengecualian undang-undang untuk mendapatkan sebarang lesen untuk menjalankan
perkhidmatan Ar Rahnu. Selain itu, seksyen ini turut memberitahu bahawa individu yang
terlibat di dalam operasi ini juga mendapat pengecualian di dalam akta ini.
Bank Rakyat telah memperkenalkan dua produk pajak gadainya iaitu pajak gadai-i Ar
Rahnu dan juga pajak gadai-i Az Zahab. Kedua-kedua produk ini dijalankan menerusi
241
proses yang sama tetapi dibezakan berdasarkan nilai pinjaman. Pajak gadai-i Ar Rahnu
ialah skim pinjaman yang diperkenalkan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan
sumber kewangan segera dalam membantu individu-individu untuk memenuhi keperluan
mereka. Manakala pajak gadai-i Az Zahab adalah skim lanjutan kepada pajak gadai-i Ar
Rahnu. Ia menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama
daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu . Kemudahan ini menyediakan jumlah pinjaman
yang tinggi dan tempoh pembayaran balik yang lama.
3. Contoh Skim Ar-Rahnu di Bank Islam
Skim Ar-Rahnu merupakan alternatif terbaik untuk memperolehi tunai dengan serta
merta bagi memenuhi keprluan kewangan pelanggan. Konsep Skim Ar-Rahnu yang
diperkenalkan oleh Bank Islam adalah seperti berikut:
i. Bank Islam memberi pinjaman (Al-Qardhul Hassan) kepada pemohon
ii. Pemohon menyandarkan barang kemas (emas) sebagai jaminan atas hutang yang
diambil
iii. Bank Islam menjamin keselamatan barang kemas yang disimpan di bawah prinsip
(Al-Wadiah Yad Dhamanah)
iv. Bantu mengenakan upah atas simpanan barang kemas tersebutC
Cagaran yang diterima adalah jongkang emas atau barang kemas emas yang tidak
mengandungi perhiasan. Skim ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang
berumur 18 hingga 65 tahun, barang adalah milik sah pemohon sendiri atau milik
pasangan, ibubapa atau anak sekiranya barang kemas bukan milik sendiri, surat
kebenaran dari pemilik diperlukan. Surat pembelian barang juga diperlukan semasa
membuat perpohonan.
242
Jumlah pembiayaan maksimum sehinggan RP 5,000 atau tidak melebihi 60% daripada
nilai pasaran emas (bagi cagaran), ikut mana yang lebih rendah.
8.3.3..4. Kontrak al-Wadiah dan Qardhu Hassan dalam al-Rahnu
Bank Rakyat telah menerapkan konsep yang sama keatas kedua-dua skim pajakan
tersebut iaitu Al Wadiah dan Qardhul Hasan. Kedua-dua konsep ini adalah bersesuaian
dengan sistem yang dijalankan dimana konsep Al Wadiah iaitu simpanan kepada harta
milikan sebagai amanah atau jaminan keselamatan. Manakala konsep Qardhul Hasan
pula adalah pinjaman tanpa faedah yang lebih sinonim dengan keperluan masyarakat
terutamanya golongan bawahan untuk mendapatkan pinjaman kewangan tanpa
membebankan mereka seperti sistem konvensional yang meletakkan faedah tambahan
untuk pembayaran berdasarkan jumlah yang dipinjam. Konsep ini lebih kepada konsep
kebajikan yang amat ditekankan di dalam sistem muamalat supaya bantu-membantu
antara satu sama lain untuk keuntungan secara bersama.
Pelanggan yang ingin membuat traksaksi Ar Rahnu di Bank Rakyat mestilah
warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dan merupakan penduduk
tetap. Pinjaman tidak dihadkan kepada masyarakat Islam semata-mata tetapi lebih
terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, pelanggan mestilah tidak bankrap
sebelum memohon pinjaman. Barang gadaian yang diterima oleh Bank Rakyat ialah emas
yang bernilai di antara 22k hingga 24k bagi skim i-Ar Rahnu dan 18k hingga 24k bagi
skim i-Az Zahab.
243
Kadar pinjaman dan tempoh pembayaran balik
Bank Rakyat akan memberi pinjaman sehingga 65 peratus daripada nilai pajakan emas
(nilai marhun). Nilai barang pajakan pula adalah mengikut skim yang dipohon. Bagi
pelanggan yang memohon skim i-Ar Rahnu, nilai barang gadaian mestilah tidak melebihi
RP10,000 dalam satu hari dan tidak melebihi RP50,000 manakala skim i-Az Zahab pula
mestilah tidak melebihi RP5001 dalam satu hari dan tidak melebihi RP50,000. Pelanggan
Bank Rakyat yang telah membuat pinjaman mestilah membuat pembayaran balik ke atas
pinjaman tersebut mengikut skim yang dipohon. Pembayaran balik bagi skim i-Ar Rahnu
ditetapkan selama enam bulan sahaja berpula dari tarikh gadaian. Selepas tempoh 6
bulan, pelanggan boleh menyambung lagi tempoh simpanan selama 6 bulan, tetapi
dengan syarat pelanggan dikehendaki menjelaskan upah simpanan untuk 6 bulan yang
terdahulu. Manakala bagi skim i-Az Zahab pula, tempoh pembayaran balik adalah lebih
panjang iaitu maksimum selama 36 bulan dan dibayar secara ansuran ataupun secara
terus selama enam bulan.
Upah simpanan
Pelanggan juga dikehendaki membayar upah simpanan bersama-sama dengan
pembayaran balik pinjaman secara bulanan. Upah simpanan yang dikenakan adalah
berdasarkan kepada kos ke atas nilai gadaian dan disesuaikan dengan nilai pinjaman yang
diberi.
Berikut ialah upah simpanan yang dikenakan bagi setiap pinjaman mengikut skim yang
dipohon:
244
Contoh pengiraan upah simpanan
Nilai barang gadaian : RM 5000
Jumlah pinjaman : RM 2500
Tempoh gadaian : 6 bulan
Jumlah upah simpanan yang perlu dibayar oleh peminjam : RM225
RM 5000/ RM 100 (upah simpanan bagi setiap RM100) = 50
50 x RM 0.75 =RP 37.50
RM 37.50 x 6 bulan = RM 225
8.4 KONTRAK TAKAFUL
8.4.1 Pengenalan
Dalam menjalani kehidupan seharian dan sebagai salah seorang anggota masyarakat,
seseorang sentiasa terdedah kepada kemungkinan ditimpa oleh pelbagai jenis musibah,
malapetaka dan bencana. Sebarang musibah, malapetaka dan bencana boleh
mengakibatkan kemusnahan serta kehilangan harta benda di samping boleh mengancam
nyawa manusia. Sehubungan ini kejadian kemalangan, tragedi dan peristiwa buruk
seperti kemalangan jalan raya, kebakaran tempat kediaman dan kilang, kecurian,
menghidap penyakit berat dan seumpamanya yang boleh membawa kepada penderitaan
dan kesusahan kepada mengsaserta ahli keluarga atau warisnya. Menjadi kewajipan
seseorang muslim supaya berikhtiar dan berusaha untuk mengelak atau menjauhkan
daripada kemungkinan berlakunya musibah malapetaka atau bencana. Selaras dengan ini,
seseorang itu seharusnya juga berusaha dan merancang untuk mencari jalan bagaimana
dia dapat meringankan beban yang terpaksa dipikul olehnya atau ahli keluarganya jika
musibah melanda. Islam telah menetapkan peraturan supaya seseorang itu sentiasa peka
dan seboleh-bolehnya memastikan bahawa jiwa raganya, orang di bawah tanggungannya
245
dan harta bendanya terjamin dan terpelihara. Ini digambarkan dalam hadis Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya seorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi
keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Persediaan dari segi kewangan amatlah penting sekiranya terjadi sesuatu musibah,
bencana atau kemalangan. Memang sudah menjadi manusia ingin memiliki sejumlah
wang sebagai bekalan ketika hadapi kesulitan, sesuai dengan pepatah ‘sediakan payung
sebelum hujan. Kestabilan dari aspek kewangan boleh meringankan ahli keluarga bagi
meneruskan kehidupan selepas kematian orang yang menjadi tempat mereka bergantung.
Wang ini juga boleh digunakan untuk membeli harta benda yang baru sebagai
menggantikan yang musanh atau hilang.
8.4.2 Penubuhan Insurans Secara Islam (Takaful)
Takaful adalah satu sistem insurans secara Islam yang bergerak mengikut landasan
syariah atau hukum syarak. Syarikat insurans Islam yang pertama telah ditubuhkan pada
tahun 1979 iaitu Syarikat Insurans Islam Sudan. Berdasarkan perjalanan dan
perkembangan Syarikat Insurans Islam Sudan ini maka pelbagai usaha dan langkah
susulan dibuat, khususnya oleh negara-negara Islam dan negara-negara dimana bilangan
penduduk Islam agak besar bagi memperkenalkan syarikat-syarikat insurans yang
menawarkan perniagaan insurans secara Islam. Lanjutan daripada ini, pada awal tahun
1980-an, beberapa buah syarikat insurans secara Islam mula ditubuhkan termasuk juga
yang beroperasi di negara-negara Eropah. Antaranya syarikat Insurans Islam Arab yang
ditubuhkan pada tahun 1979 di Arab Saudi. Pada tahun 1983, telah diperbadankan
Syarikat Takaful Islam Luxembourg oleh Dar Al-Maal Al-Islami (DMI). Insurans Islam
juga memperkenalkan khidmatnya di Britain melalui Islamic Takaful Company (ITC),
London.
246
Di Asia, Malaysia adalah negara pertama yang merintis perniagaan insurans secara Islam
melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad yang memulakan
operasinya pada Ogos 1985. Pada Mei 1993, negara Brunei Darussalam telah mencontohi
Malaysia dengan munculnya Takaful IBB Berhad. Kini Indonesia pula akan mengikuti
langkah yang sama. Dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Takaful Sendirian
Berhad, Syarikat Takaful Indonesia telah diperbadankan. Perniagaan takaful mula
beroperasi di Indonesia pada Ogos 1994.
Ada beberapa sebab yang mendorong pembentukan dan penyediaan perniagaan takaful
ini:
Islam ingin mengamalkan ajaran dan peraturan Islam sepenuhnya dalam
kehidupan mereka.
Orang Islam mahu sistem kewangan yang bersesuaian dengan ajaran dan
kehendak agama dipraktikkan Orang dalam wawasan mereka bagi
membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan ummah.
Dengan tertubuhnya bank-bank Islam maka keperluan kepada perniagaan
takaful atau insurans secara Islam segera menjadi keperluan oleh kerana
dikatakan semua urusan bank memerlukan perlindungan insurans. Justeru
itu, amat sesuai jika urusan bank Isalm dapat dilindungi oleh insurans
yang berasaskan hukum-hukum Islam.
8.4.3 SEJARAH DAN PERNIAGAAN TAKAFUL MALAYSIA BERHAD (STMB)
STMB memulakan operasinya pada 2 Ogos 1985 dengan bilangan pekerja perintis
seramai 22 orang. STMB memulakan program pengembangan dengan pembukaan
serentak dengan dua pejabat cawangannya yang pertama di Kota Bharu, Kelantan Darul
247
Naim dan Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman pada 30 Januari 1986. Pembukaan
pejabat cawangan ini kemudiannya ditambah dengan rangkaian ‘Meja Takaful’ yang
terletak di pejabat-pejabat cawangan Bank Islam Malaysia Berhad dan pejabat-pejabat
daerah Lembaga Tabung Haji. Pada 5 Jun 1996, STMB mempunyai sebelas (11) pejabat
cawangan yang terletak dengan strategik di semua negeri kecuali Perlis dan Sabah serta
45 meja takaful yang terletak di semua negeri kecuali Melaka dan Kelantan (3),
Terengganu (4), Pahang (3), Kedah (4), Perlis (1), Perak (5), Pulau Pinang (1), Selangor
(6), Negeri Sembilan (3), Johor (7), Sabah (2), Sarawak (3) dan Wilayah Persekutuan (3).
Operasi takaful adalah dilesen dan dikawal oleh Akta Takaful, 1984. STMB merupakan
syarikat pertama di Malaysia yang diberi lesen di bawah Akta Takaful, 1984 untuk
mengendalikan perniagaan takaful.
STMB terlibat terutamanya dalam mengendalikan perniagaan takaful keluarga dan
takaful am. Konsep asas takaful ialah penyediaan insurans sebagai satu bentuk
perniagaan yang selaras dengan Syariah dan berdasarkan prinsip-prinsip Al-Takaful dan
Al- Mudharabah. Al-Takaful bermaksud pakatan sekumpulan orang yang saling
menjamin antara satu sama lain, manakala Al- Mudharabah pula merupakan kontrak
perkongsian keuntungan perniagaan antara pemberi dana untuk usahaniaga dan
usahawan.
Perniagaan takaful keluarga meyamai perniagaan insurans nyawa dengan unsur tambahan
perjanjian berkongsi keuntungan. Begitu juga, perniagaan takaful am menyamai
perniagaan insurans am dengan unsur tambahan perjanjian berkongsi keuntungan.
Perniagaan takaful keluarga menyumbang kira-kira 13% daripada keuntungan sebelum
zakat dan cukai dan 7% daripada hasil kendalian Syarikat, manakala perniagaan takaful
am pula menyumbang kira-kira 72% daripada keuntungan sebelum zakat dan cukai dan
60% hasil kendalian Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 1995. Baki 15% dan
33% masing-masing daripada keuntungan sebelum zakat dan cukai dan hasil operasi
disumbangkan oleh pendapatan pelaburan.
8.5 SOALAN LATIHAN
248
1. Bincangkan definisi Kafalah dan hukum-hukum berkaitan dengannya
2. Bincangkan definisi Dhamanah dan hukum-hukum berkaitan dengannya
3. Bincangkan definisi al-Rahnu dan hukum-hukum berkaitan dengannya
4. Bincangkan definisi al-Takaful dan hukum-hukum berkaitan dengannya
BAB 9
TEORI SYARIKAT
9.1 Pengenalan
249
9.2 Definisi Syarikat/syirkah
9.3 Rukun Syarikat
9.4 Hukum Syarikah
9.5 Pengekalasan dan Jenis Syarikat
9.6 Syarikat Amlak
9.6.1 Syarikat Amlak Ihktiyari
9.6.2 Syarikat Amlak Ijbari
9.10 Syarikat Uqud
9.10.1 Syarikat al-inan
9.10.2 Syarikat al-Mufawadhah
9.10.3 Syarikat al-Abdan
9.10.4 Syarikat al-Wujuh
9.10.5 Syarikat al-Mudharabah
9.10.6 Syarat-syarat Syarikat al-Uqud
9.11 Syarikat sebagai Instrumen Sistem Kewangan Islam
BAB 9
TEORI SYARIKAT
OBJEKTIF BAB
250
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep syarikat.
2. Menjelaskan rukun dan hukum-hukum bersyarikat.
3. Menghubungkaitkan jenis-jenis syarikat dengan perniagaan
4. Menjelaskan syarat-syarat syarikat al-Uqud .
5. Mengenal pasti syarikat sebagai instrumen sistem kewangan
Islam
9.1 Pengenalan
Harta merupakan sesuatu yang diingini manusia secara semulajadi. Ia boleh diperolehi
dengan pelbagai cara samada secara perseorangan atau perkongsian(Syarikat). Syarikat
boleh diwujudkan apabila terdapat dua atau lebih pihak yang sanggup berkongsi dalam
menjalankan sebuah perniagaan. Konsep perkongsian telah membawa kepada penubuhan
satu entiti perniagaan yang dikenali sebagai ‘as-syarikah’atau ‘musyarakah’ atau
‘syarikat’.
Syarikat di dalam sistem ekonomi Islam merupakan satu kaedah yang telah diterimapakai
sejak zaman Rasulullah s.a.w. Ia ditubuhkan untuk menggerakkan harta melalui
penggabungan harta tersebut dengan sumber manusia supaya ia terus berkembang dan
dapat dimanfaatkan untuk pembangunan individu pemilik harta tersebut khususnya dan
masyarakat umumnya. Bab ini akan membincangkan mengenai konsep syarikat di
dalam perundangan Islam.
9.2 Definisi Syarikat/syirkah
Perkataan syarikat dalam bahasa Melayu adalah berasal daripada perkataan arab iaitu
syirkah. Syirkah dalam bahasa Arab berasal dari kata syarika (fi’il mâdhi), yasyraku (fi’il
251
mudhâri’),syarikan/ syirkatan/ syarikatan (mashdar/kata terbitan. Perkataan tersebut
beertinya menjadi sekutu atau syarikat/ berkongsi
Perkataan syirkah, boleh juga dibaca syarikah. Akan tetapi, menurut Al-Jaziri dalam
kitab Al-Fiqh ‘alâ al-Madzâhib al-Arba’ah, jika dibaca syirkah lebih baik (afshah).
Dari segi bahasa Arab (makna etimologis), syirkah bererti mencampurkan dua bahagian
atau lebih sedemikian rupa sehingga tidak dapat lagi dibezakan satu bahagian dengan
bahagian lainnya. Manakala ‘syarikah’ mengikut penggunaan umum bahasa Arab pula
membawa erti menggabungkan dua perkongsian sebagai satu cara untuk membuatkan
keduanya tidak boleh dibezakan (Ala’Eddin Kharofa, 1 997).
Menurut Istilah Syarak pula syirkah adalah suatu akad antara dua pihak atau lebih, yang
bersepakat untuk melakukan suatu usaha dengan tujuan memperoleh keuntungan (An-
Nabhani, 1990: 146). Syirkah juga adalah transaksi atau akad antara dua orang atau lebih,
dimana mereka saling bersepakat untuk melakukan kerja yang bersifat kewangan dan
boleh mendatangkan keuntungan (profit).
Al-Syarikah atau al-Syirkah dari segi bahasa arab beerti campuran atau bercampur sekutu
atau bercampur harta. Iaitu campuran harta antara satu dengan lain yang tidak dapat
dibezakan. (al-Zuhayli,1989:796). Kemudian digunakan oleh fuqaha’ dengan memberi
pengertian khusus iaitu kontrak perkongsian antara dua pihak atau lebih yang sama-sama
berkongsi usaha melalui harta (modal) atau aktiviti usahawan dengan sama-sama
berkongsi keuntungan dan kerugian antara mereka mengikut nisbah yang dipersetujui
semasa akad.
Para fuqaha pula memberikan pelbagai definisi tentang istilah syarikat.
Ulama Maliki mentafsirkan syarikat sebagai izin kedua pihak yang bersyarikat
pengurusan harta milik mereka dan setiap pihak mempunyai hak pengurusan (Say id
Sabiq, 1990). Ulama Ham bali pula mentakrifkan syarikat sebagai perhimpunan dalam
memperolehi hak atau ‘tasarruf atau kuasa pengurusan (Ala’ Eddin Kharofa, 1997).
252
Ulama Syafie menyatakan syarikat sebagai sabit hak pada sesuatu bagi dua orang atau
lebih secara bersama manakala ulama Hanafi menjelaskan syarikat sebagai suatu kontrak
antara dua orang yang berkongsi modal dan untung (Wahbah Zuhaili, 2000).
Fuqaha’ Shafie mentakrifkan syarikat sebagai kontrak yang mensabit hak pada sesuatu
secara sama rata untuk dua orang atau lebih secara bersama. (al-Syarbini, 1994: 91)
Fuqaha’ Hanafi mentakrifkan syarikat sebagai suatu akad antara dua pihak yang
bersyarikat dalam pemberian modal dan mendapatkan keuntungan. (Ibn Abidin,
1966:299)
Fuqaha’ Hambali pula mentakrifkan syarikat sebagai suatu persetujuan bersama untuk
mendapat hak dan mengurus. (al-buhuti, 1982:496)
Fuqaha’ Mazhab Maliki mentakrifkannya sebagai keizinan yang diberikan oleh pekongsi
kepada rakan kongsinya untuk mengurus harta perkongsian mereka dengan mengekalkan
hak mengurus setiap ahli perkongsian. (al-Dusuqi, t.t: 348)
Pada hakikatnya, definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha menunjukkan terdapatnya
unsur kerjasama dan perkongsian sama ada dalam bentuk hak pengurusan mahupun hak
keuntungan. Namun begitu, definisi yang dikemukakan oleh ulama Hanafi kelihatan lebih
menyeluruh kerana ia mengungkapkan syarikat sebagai suatu kontrak dengan sendirinya
mewujudkan konsep hak dan tanggungjawab yang mengikat, sedangkan definisi yang
lain lebih menjurus kepada tujuan atau kesan kontrak itu sendiri. Pemakaian konsep
syarikat atau perkongsian sebagai suatu kontrak bukan sahaja teRPakai kepada umat
Islam, malahan konsep ini telahpun bertapak di zaman purba Rom di mana undang-
undang Rom kuno telah mendefinisikan syarikat sebagai suatu kontrak yang dibuat
secara sukarela yang akan mendatangkan tanggungjawab eksklusif kepada pihak pihak
yang berkontrak seperti kontrak jual-beli dan sebagainya.
253
Musyarakah pula ialah kontrak apabila dua orang atau lebih berjanji bekerjasama dalam
perniagaan dengan memberikan modal masing-masing dan keuntungan dibahagi sesama
mereka. Keuntungan daripada musyarakah dibahagikan mengikut persetujuan masing-
masing manakala jika berlaku kerugian, beban ditanggung oleh ahli mengikut peratus
modal masing-masing. Dalam dunia perniagaan sekarang ia dinamakan syarikat
perkongsian atau usaha sama (joint venture). Musyarakah juga ialah perkongsian yang
menunjukkan modal disatukan dan keuntungan serta kerugian dikongsi bersama
mengikut peratusan yang dipersetujui di awal kontrak diadakan. Rakan kongsi dalam
kontrak ini ialah pemegang amanah kepada rakan yang lain. Kaedah ini boleh digunakan
dalam membuat kontrak perkongsian. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam produk-
produk kewangan yang melibatkan dua pihak yang sama-sama ingin melaksanakan
perniagaan atau sumbangan modal seperti bank dan pelanggan sama-sama membiayai
projek dengan bersetuju dengan pembahagian untung dan bank mempunyai pilihan
menyertai pengurusan projek berkenaan.
Syarat-syarat Musyarakah
Pernyataan ijab dan kabul harus dinyatakan oleh para pihak untuk menunjukkan
kehendak mereka dalam mengadakan kontrak (akad).
Pihak-pihak yang berkontrak harus cakap hukum, dan memperhatikan hal-hal berikut :
Setiap pihak harus menyediakan dana /harta dan pekerjaan/usaha.
Setiap pihak memiliki hak umtuk mengatur aset musyarakah dalam proses
perniagaan. .
Setiap pihak memberi kebebasan/kepercayaan kepada pihak yang lain untuk
mengurus aset dan masing-masing dianggap telah diberi kepercayaan untuk
melakukan aktiviti musyarakah dengan mementingkan kepentingan pihak lain
tanpa melakukan kelalaian yang disengaja.
Sesuatu pihak tidak diizinkan untuk mencairkan dana atau menggunakan dana
untuk kepentingannya sendiri.
Objek akad adalah modal, kerja, keuntungan dan kerugian.
254
9.3 Rukun Syarikat
Menurut jumhur ulamak, rukun syirkah ada tiga:
1. Sighah akad iaitu ijab dan qabul diantara dua pihak
2. Pihak yang berakad. (‘âqidâni), syaratnya harus memiliki kecakapan (ahliyah)
melakukan tasharruf (pengusahaan harta)
3. Perkara yang diakad (mahal), disebut juga ma’qûd ‘alayhi, yang yang terdiri
daripada modal dan Usaha (Al-Jaziri, 1996: 69; Al-Khayyath, 1982: 76; 1989:
13).
Manakala syarat sah perkara yang boleh disyirkahkan adalah perkara yang diakadkan itu
boleh diusahakan bersama atau boleh diwakilkan.
Adapun syarat sah akad ada 2 (dua) iaitu:
1. Objek akadnya berupa tasharruf, iaitu aktivitas pengusahaan harta dengan
melakukan akad-akad, misalnya akad jual-beli;
2. Objek akadnya dapat diwakilkan (wakalah), agar keuntungan syirkah menjadi hak
bersama di antara pihak yang bersyarikat (An-Nabhani, 1990: 146).
9.4 Hukum Syarikah
Syirkah hukumnya adalah harus (jâ’iz/mubah), Perkara ini adalah berdasarkan dalil Hadis
Nabi Saw berupa taqrîr (pengakuan) beliau terhadap syirkah. Pada masa beliau diutus
sebagai nabi, orang-orang pada masa itu telah berpuamalah dengan cara bersyirkah dan
Nabi Saw membenarkannya. Nabi saw bersabda, sebagaimana diriwayatkan Abu
Hurairah ra : Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman:
“Aku adalah pihak ketiga dari dua pihak yang ber-syirkah selama salah satunya tidak
mengkhianati yang lainnya. Kalau salah satunya berkhianat, Aku keluar dari keduanya.”
[HR. Abu Dawud, al-Baihaqi, dan ad-Daruquthni].
255
Menurut para ulama Fiqh, adalah harus mengadakan perkongsian atau syarikat.
Pensabitan hukum harus ini berdasarkan kepada dalil AI-Quran, Sunnah dan Ijma’. Di
dalam AI Quran, konsep ‘perkongsian’ dinyatakan dalam bentuk perkongsian di dalam
pembahagian harta perwarisan. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 12
“Maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dari
perempuan)
Manakala di dalam surah Sad ayat 24, Allah menerangkan tentang bagaimana rakan
kongsi memperlakukan rakan-rakan kongsi yang lain, iaitu finnan Allah,
‘‘ ... Sesungguhnya kebanyakan orang yang bergaul dan berhubungan (dalam pelbagai
Iapangan hidup), sesetengahnya berlaku zalim kepada sesetengah yang lain, kecuali
orang yang beriman dan beramal salih .. . ”
Di samping nas AlQuran, terdapat sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a, beliau mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan yang Allah s.w.t ber fi rp
an, 82
‘’ Aku (Allah) adalah orang ketiga bersama-sama dengan rakan kongsi, selama masing-
masing tidak mengkhianati yang lain maka Aku meninggalkan mereka berdua. ”
Berdasarkan hadis ini, jelaslah Allah s.w.t telah berjanji bersama-sama menjaga dan
memelihara pihak-pihak yang berkongsi itu selama mereka saling jujur dan amanah di
dalam perniagaan mereka. Berdasarkan nas-nas ini, maka ijma’ ulama sepakat
mengharuskan kontrak syarikat memandangkan Allah sendiri telah berjanji untuk
bersama-sama rakan kongsi yang jujur dan amanah serta berlandaskan hukum-hukum
syariah dalam perniagaannya.
Sebagaimana mua’amalah lainnya, syirkah boleh dilakukan samada antara sesama
muslim ataupun dengan orang Nasrani, Majusi dan Kafir. Imam muslim meriwayatkan
dari Abdullah bin Umar yang mengatakan,
256
“Rasulullah saw. Telah mengupah pendudduk khaibar (padahal mereka orang-orang
yahudi) dengan mendapat mendapat bahagian dari hasil buah dan tanaman. rasulullah
saw pernah membeli makanan dari orang Yahudi, lalu beliau menggadaikan baju besi
beliau kepada orang Yahudi tersebut”. [HR. Bukhari dengan sanad dari Aisyah].
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Aba Manhal pernah mengatakan , “aku dan rakan
kongsiku telah membeli sesuatu dengan cara tunai dan hutang.” Lalu kami didatangi
oleh Al Barra’bin azib. Kami lalu bertanya kepadanya. Dia menjawab, “ Aku dan rakan
kongsiku, Zaiq bin Arqam, telah mengadakan perkongsian. Kemudian kami bertanya
kepada nabi s.a.w tentang tindakan kami. Baginda menjawab: “barang yang (diperoleh)
dengan cara tunai silalah kalian ambil. Sedangkan yang (diperoleh) secara hutang,
silalah kalian bayar”
Hukum melakukan syirkah dengan kafir zimmi juga adalah mubah. Imam Muslim pernah
meriwayatkan dari Abdullah bin Umar yang mengatakan: “Rasulullah saw pernah
memperkerjakan penduduk khaibar(penduduk Yahudi) dengan mendapat bahagian dari
hasil tuaian buah dan tanaman”
Aktiviti syarikat adalah harus hukumnya berdasarkan sumber hokum al-quran, sunnah
dan ijmak.
Al-nisa’: 12
“Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu,
jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak, Maka kamu
mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang
mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri memperoleh seperempat
harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai
anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan
sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu.
jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah
dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja)
atau seorang saudara perempuan (seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua
257
jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari
seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat
yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat
(kepada ahli waris)[274]. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang
benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.”
[274] memberi mudharat kepada waris itu ialah tindakan-tindakan seperti: a.
mewasiatkan lebih dari sepertiga harta pusaka. b. berwasiat dengan maksud mengurangi
harta warisan. sekalipun kurang dari sepertiga bila ada niat mengurangi hak waris, juga
tidak diperbolehkan.
Rasulullah bersabda: “ Aku (Allah) daripada ahli syarikat yang ke tiga daripada dua lagi
ahli syarikat selama salah seorang daripada dua ahli itu tidak mengkhianati
saudaranya . apabila kedua-dua melakukan pengkhianatan maka aku keluar
daripadanya.” HR Abu Daud
Fuqaha’ dari semua mazhab bersependapat bahawa harus membuat kintrak syarikat
kerana ia telah menjadi amalan dalam urusa hidup anusia sejak zaman rasulullah
sehinggalah masa kini.
9.5 Pengekalasan dan Jenis Syarikat
Secara umumnya, para ulamak Fiqh membahagikan syarikat kepada 2 bentuk iaitu:
258
a) Syarikat Milik (Syarikat Amlak)
b) Syarikat Kontrak (Syarikat Uqud)
Pandangan Mazhab Fiqih tentang Syirkah Mazhab Hanafi beRPandangan ada empat jenis
syirkah yang syari’e iaitu syirkah inan, abdan, mudharabah dan wujuh. ( Wahbah Az
Zuhaili, Al Fiqh al Islami wa Adillatuhu) Mazhab Maliki hanya 3 jenis syirkah yang sah
iaitu syirkah inan, abdan dan mudharabah. Menurut mazhab syafi’e, zahiriah dan
Imamiah hanya 2 syirkah yang sah iaitu inan dan mudharabah. Mazhab Hanafi dan
Zaidiah beRPandangan ada 5 jenis syirkah yang sah iaitu syirkah inan, abdan,
mudharabah, wujuh dan mufawadhah.
9.6 Syarikat Amlak
Syarikat al-milk atau al-amlak ialah pemilikan oleh dua pihak atau lebih ke atas sesuatu
benda tanpa menggunakan kontrak syarikat. Ia adalah berkaitan dengan hak pemilikan
bersama bagi sesuatu harta. Ia melibatkan perkongsian hakmilik keatas harta tanpa
melibatkan sebarang usahasama untuk memajukan harta tersebut.
Syirkatul amlak (Syirkah hak miliki) adalah syirkah terjadi kerana adanya harta pusaka,
pemberian atau wasiat dimana terdapat lebih dari seorang ahli waris atau penerima
wasiat.
9.6.1 Syarikat Amlak Ihktiyari
Syarikat Pilihan (Syarikat Ikhtiar) - pihak-pihak bersetuju untuk berkongsi pemilikan ke
atas sesuatu barang dengan kerelaan sendiri.
9.6.2 Syarikat Amlak Ijbari
Syarikat Tanpa Pilihan (Syarikat Jabar) - timbulnya persyarikatan bukanlah atas dasar
pilihan pekongsi seperti barang perwarisan.
259
9.10 Syarikat Uqud
Syarikat Kontrak pula berlaku di antara dua orang atau lebih untuk berkongsi dan turut
serta dalam perniagaan dengan menyumbangkan sama ada modal atau tenaga untuk
berkongsi di antara mereka apa-apa keuntungan atau kerugian (Razali Nawawi, 1999).
Perbincangan dalam artikel lebi h menjurus kepada Syarikat Kontrak kerana syarikat
jenis ini yang seringkali diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.
Menurut Mazhab Hambali, Syarikat Kontrak terbahagi kepada lima bahagian iaitu
syarikat al-Inan (penggabungan harta atau modal dua orang atau lebih yang semestinya
sama banyak), Syarikat Al-Mufawadah (syarikat yang mana modal, kerjasama dari segi
kualiti dan kuantiti dan keuntungan antara rakan kongsi adalah sama rata), Syarikat AI-
Abdan (syarikat dalam bentuk perkhidmatan), Syarikat AI-Wujuh (syarikat tanpa modal)
dan Syarikat Al-Mudharabah (bentuk kerjasama antara pemilik modal dengan
pengusahasupaya memperniagakan modal dan keuntungan dibahagi bersama). Namun
begitu, mazhab Maliki dan Hanafi tidak memasukkan Syarikat AI-Mudharabah sebagai
sebahagian Syarikat Kontrak. Manakala ulama Hanafi pula hanya membahagikan kepada
tiga kategori iaitu Syarikat Al-Amwal, Syarikat AI-A’mal dan Syarikat AI- Wujuh.
Ketiga-tiga syarikat ini memiliki ciri-ciri yang sama dengan Syarikat Al-Inan dan
AIMufawadah. Rukun-rukun bagi Syarikat Kontrak pula terbahagi kepada tiga iaitu dua
pihak yang berkontrak (pemegang-pemegang saham), perkara yang dikontrakkan dan
lafaz akad.
(Wahbah Zuhaili, 2000).Tanpa memenuhi ketiga-tiga rukun tersebut, sesebuah syarikat
itu menjadi tidak sah.
syirkah uqud adalah syirkah yang terjadi dengan mengembangkan hak milik seseorang.
Pembahasan kita saat ini adalah syirkah yang kedua ini, iaitu syirkatul Uqud.
Syarikah al-‘Uqud atau al-Aqd ialah kontrak yangberlaku antara dua pihak atau lebih
untuk membuat perkongsian modal atau harta untuk mengadakan sesuatu perniagaan atau
perusahaan dengan sama-samaberkongsi hasil daripada perniagaan tersebut.
260
Syarikat al-Uqud ini memberi penekanan kepada penglibatan bersama dalam sebarang
usaha yang hendak dijalankan dan perkongsian ini meliputi pengeluaran modal pokok
dan pembahagian untung rugi atau sama-sama menyumbang kepada keuntungan dan
kerugian syarikat.
Dalam buku-buku fiqh Islam, umumnya terdapat lima bentuk perkongsian (syarikat
Uqud) yang diadakan oleh pihak-pihak berkenaan iaitu:
1. Syarikat al-inan
2. Syarikat al-Mufawadhah
3. Syarikat al-Abdan
4. Syarikat al-Wujuh
5. Syarikat al-Mudharabah
An-Nabhani berpendapatt bahawa semua itu adalah syirkah yang dibenarkan syariah
Islam, sepanjang memenuhi syarat-syaratnya. Pandangan ini sejalan dengan pandangan
ulama Hanafiyah dan Zaidiyah. Menurut ulama Hanabilah, yang sah hanya empat
macam, iaitu: syirkah inân, abdan, mudhârabah, dan wujûh. Menurut ulama Malikiyah,
yang sah hanya tiga macam, iaitu: syirkah inân, abdan, dan mudhârabah. Menurut ulama
Syafi’iyah, Zahiriyah, dan Imamiyah, yang sah hanya syirkah inân dan mudhârabah
(Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islâmî wa Adillatuhu, 4/795). Namun dari segi jumhur
ulamak, hanya perkongsian secara Syarikat Inan sahaja dianggap sah.
9.10.1 Syarikat al-inan
Syarikat Ainan ialah perkongsian harta atau modal oleh dua orang atau lebih untuk
menjalankan sesuatu perniagaan dan keuntungan dibahagi sesame mereka. dua pihak
bersetuju mengeluarkan modal secara bersama untuk menjalankan perniagaan dan
membahagikan keuntungan yang diperolehi secara bersama samada secara samarata atau
mengikut peratusan modal asalkan mengikut persetujuan semasa akad. Syarikat ini
diharuskan mengikut Ijmak.
261
Akad perkongsian antara dua orang atau lebih untuk berkongsi dengan mengeluarkan
modal bagi menjalankan sesuatu perniagaan dengan pembahagian untung atau rugi
mengikut kadar modal yang dikeluarkan. Antara syarat-syarat syarikat inan ialah semua
modal yang dikeluarkan hendaklah dicampur di dalam satu akaun, keuntungan atau
kerugian pula dibahagi mengikut kadar modal atau usaha, modal hendaklah dijelaskan
semasa berkontrak dan semua urus niaga jelas antara pihak-pihak yang berkongsi.
Syirkah inân adalah syirkah antara dua pihak atau lebih yang masing-masing memberi
sumbangan/kerjasama (‘amal) dan modal (mâl). Syirkah ini hukumnya boleh berdasarkan
dalil as-Sunnah dan Ijma Sahabat (An-Nabhani, 1990: 148).
Wajib bagi pihak yang ber-syirkah untuk secara bersama-sama terlibat dalam
pengusahaan. Mereka sama-sama berjual beli, menawarkan, menagih pembayaran,
mengelola karyawan, dan sebagainya.
Syirkah inan adalah syirkah yang mana 2 pihak atau lebih, setiap pihak menyumbangkan
modal dan menjalankan kerja. Contoh bagi syirkah inan: Khalid dan Faizal berkongsi
menjalankan perniagaan burger bersama-sama dan masing-masing mengeluarkan modal
RP500 setiap seorang. Perkongsian ini diperbolehkan berdasarkan As-Sunnah dan
ijma’sahabah. Disyaratkan bahawa modal yang dikongsi adalah berupa wang. Modal
dalam bentuk harta benda seperti kereta mestilah diakadkan pada awal transaksi.
Perkongsian ini dibangunkan oleh konsep perwakilan(wakalah) dan
kepercayaan(amanah). Sebab masing-masing pihak, dengan memberi/berkongsi modal
kepada rakan kongsinya bererti telah memberikan kepercayaan dan mewakilkan kepada
rakan kongsinya untuk mengelolakan perniagaan. Keuntungan adalah berdasarkan
kesepakatan semua pihak yang berkongsi manakala kerugian berdasarkan peratusan
modal yang dikeluarkan. Abdurrazzak dalam kitab Al-Jami’ meriwayatkan dari Ali r.a
yang mengatakan: “kerugian bergantung kepada modal, sedangkan keuntungan
bergantung kepada apa yang mereka sepakati”
9.10.2 Syarikat al-Mufawadhah
262
Al-Mufawadhah dari segi bahasa aarab beerti persamaan. Mengikut al-Sarakhsi,
disamping persamaan, mufawadhah juga bererti menyerah kuasa iaitu setiap ahli
menyerah kuasa urusan kepada rakan kongsimasing-masing. Dari segi Istilah fiqh,
almufawadhah ialah satu kontrak perkongsian yang mana ahli-ahli kongsi itu mestilah
sama dari aspek jumlah sumbangan modal dan jumlah agihan untung dan urusan
pengendalian syarikat dan pegangan agama. Setiap ahli yang berkongsi bertindak sebagai
agen dan penjamin kepada yang lain. (al-Zuhailiy: 1989:798) .
Syarikat Mufawadhah juga ialah persetujuan yang dibuat oleh dua pihak atau lebih untuk
menjalankan perniagaan secara usaha sama dengan syarikat. Mereka bersama
menyumbang modal dan mengusahakan perniagaan. Setiap anggota syarikat dikira
penjamin kepada yang lain dan masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang
sama terhadap urusan perniagaan. (Ali Khafif, al-syarikat fi al-fiqh al-islami, 24).
Fuqaha’ maliki mengharuskan syarikah al mufawadhah dengan membuat penambahan
takrif iaitu setiap ahli syarikat bebas nenjalankan pengurusan syarikat dalam semua
bentuknya tanpa mendapat pandangan dan persetujuan ahli syarikat lain.
Fuqaha’ shafie dan hambali tidak mengharuskan al-Mufawadhah kerana sukar
dilaksanakan dan boleh berlaku gharar kerana perkongsian yang tidak jelas.
Perkongsian antara dua orang atau lebih untuk bekerja dengan syarat tiap-tiap pemegang
saham hendaklah mempunyai modal yang sama banyak, hak yang sama, tanggungjawab
yang sama dan pembagian untung yang sama. Tiap-tiap pemegang saham ialah wakil
bagi pemegang saham yang lain dalam urusan perniagaan.
Syirkah mufâwadhah adalah syirkah antara dua pihak atau lebih yang menggabungkan
semua jenis syirkah di atas (syirkah inân, ‘abdan, mudhârabah, dan wujûh) (An-Nabhani,
1990: 156; Al-Khayyath, 1982: 25). Syirkah mufâwadhah dalam pengertian ini, menurut
An-Nabhani adalah boleh. Sebab, setiap jenis syirkah yang sah ketika berdiri sendiri,
maka sah pula ketika digabungkan dengan jenis syirkah lainnya (An-Nabhani, 1990:
156).
263
Keuntungan yang diperoleh dibahagi sesuai dengan kesepakatan, sedangkan kerugian
ditanggung sesuai dengan jenis syirkah-nya; iaitu ditanggung oleh para pemodal sesuai
peratusan modal (jika berupa syirkah inân), atau ditanggung pemodal saja (jika berupa
syirkah mudhârabah), atau ditanggung mitra-mitra usaha berdasarkan persentase barang
dagangan yang dimiliki (jika berupa syirkah wujûh).
Syirkah mufawadhah adalah syirkah antara 2 pihak atau lebih yang menggabungkan
semua jenis syirkah di atas (syirkah inan, ‘abdan, mudharabah dan wujuh). Syirkah
mufawadhah dalam pengertian ini, menurut An-Nabhani adalah boleh. Sebab, setiap jenis
syirkah yang sah berdiri sendiri maka sah pula ketika digabungkan dengan jenis syirkah
lainnya.
Keuntungan yang diperoleh dibahagi sesuai dengan kesepakatan, sedangkan kerugian
ditanggung sesuai dengan jenis syirkahnya; iaitu ditanggung oleh pemodal sesuai dengan
nisbah modal (jika berupa syirkah inan) atau ditanggung pemodal sahaja (jika berupa
syirkah mudharabah) atau ditanggung pengusaha usaha berdasarkan peratusan barang
dagangan yang dimiliki (jika berupa syirkah wujuh).
Contoh: A adalah pemodal, menyumbang modal kepada B dan C, dua jurutera awam
yang sebelumnya sepakat bahawa masing-masing melakukan kerja. Kemudian B dan C
juga sepakat untuk menyumbang modal untuk membeli barang secara kredit atas dasar
kepercayaan pedagang kepada B dan C. Dalam hal ini, pada awalnya yang ada adalah
syirkah ‘abdan iaitu B dan C sepakat masing-masing bersyirkah dengan memberikan
sumbangan kerja sahaja. Lalu, ketika A memberikan modal kepada B dan C, bererti di
antara mereka bertiga wujud syirkah mudharabah. Di sini A sebagai pemodal, sedangkan
B dan C sebagai pengusaha. Ketika B dan C sepakat bahawa masing-masing memberikan
suntikan modal di samping melakukan kerja, bererti terwujud syirkah inan di antara B
dan C. Ketika B dan C membeli barang secara kredit atas dasar kepercayaan pedagang
kepada keduanya bererti terwujud syirkah wujuh antara B dan C. Dengan demikian,
bentuk syirkah seperti ini telah menggabungkan semua jenis syirkah yang ada yang
disebut syirkah mufawadhah.
264
9.10.3Syarikat al-Abdan
Syarikat al-amal/ al-Abdan ( perkongsian usaha/buruh). Perkongsian dimana pelaburan
perkongsian ini mengandungi sebahagian besar atau kesemuanya berbentu usha atau
kemahiran ahli-ahli kongsi
Perkongsian antara dua orang atau lebih yang mengumpulkan hasil pekerjaan
(pengupahan) masing-masing dalam satu tabung kemudian dibahagikan sesama mereka
tanpa mengambil kira modal yang dimasukkan ke dalam tabung tersebut dan usaha yang
dijalankan. Ia juga dinamakan syarikat amal. Syarikat ini selalunya ditubuhkan oleh
pihak yang tidak berkira antara satu sama lain. Paling pentingkan ialah kejayaan syarikat
dan pihak-pihak terbabit saling meredhai antara satu sama lain dan berlebih kurang.
Imam Shafie tidak bersetuju dengan syarikat jenis ini kerana ia akan memudahkan
sesuatu yang tidak baik berlaku dan tidak tepat dari segi keadilan sebenar. Dari segi
realiti, kebanyakan orang Melayu yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan
sering melakukan perkongsian jenis ini. Perkongsian yang longgar ini akhirnya akan
memisahkan mereka apabila syarikat memperolehi keuntungan kerana masalah
pembahagian untung atau apabila syarikat menanggung kerugian besar seperti siapa yang
harus menanggung kerugian tersebut atau semasa urus niaga dijalankan, siapa yang lebih
rajin bekerja dan siapa yang lebih malas. Perkongsian jenis ini tidak dapat bertahan lama.
Syirkah abdan merupakan kerjasama perniagaan antara dua orang atau lebih yang
memberi tenaga atau keahlian orang-orang yang melakukan akaq syirkah. Misalnya
syirkah antara jurutera dan arkitek tanpa modal dana dalam sebuah usaha konsultan
bangunan, semua akan berkerja sesuai keahlian masing-masing dan hasilnya
(keuntungan) akan dibahagi sesuai kesepakatan. Kebenaran syirkah ini didasarkan pada
hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Atsram dengan sanad dari Ubaidah dari
Bapaknya, Abdullah bin Mas’ud yang mengatakan:
265
“Aku, Ammar bin Yasir, dan Sa’ad bin Abi Waqash melakukan syirkah terhadap apa
yang kami dapatkan pada perang Badar, kemudian As’ad membawa dua orang tawanan
perang, sedangkan aku dan Ammar tidak membawa apa-apa”. Tindakan mereka ini
dibiarkan oleh Rasulullah saw.
Perkongsian abdan adalah perkongsian 2 orang atau lebih yang hanya melibat
tenaga(badan) mereka tanpa melibatkan perkongsian modal. Sebagai contoh: Jalal adalah
tukang buat rumah dan Rafi adalah juruelektrik yang berkongsi menyiapkan projek
sebuah rumah. Perkongsian mereka tidak melibatkan perkongsian kos. Keuntungan
adalah berdasarkan persetujuan mereka. Syirkah abdan hukumnya mubah berdasarkan
dalil As-sunnah. Ibnu mas’ud pernah berkata” aku berkongsi dengan Ammar bin Yasir
dan Saad bin Abi Waqqash mengenai harta rampasan perang badar. Sa’ad membawa dua
orang tawanan sementara aku dan Ammar tidak membawa apa pun” (HR Abu Dawud
dan Atsram). Hadith ini diketahui Rasulullah saw dan baginda membenarkannya.
Keuntungan yang diperoleh dibahagi berdasarkan kesepakatan; nisbahnya boleh sama
dan boleh juga tidak sama di antara mitra-mitra usaha (syarîk).
Syirkah ‘abdan hukumnya boleh berdasarkan dalil as-Sunnah (An-Nabhani, 1990: 151).
Ibnu Mas’ud ra. pernah berkata, “Aku pernah berserikat dengan Ammar bin Yasir dan
Sa’ad bin Abi Waqash mengenai harta rampasan perang pada Perang Badar. Sa’ad
membawa dua orang tawanan, sementara aku dan Ammar tidak membawa apa pun.”
[HR. Abu Dawud dan al-Atsram].
Hal itu diketahui Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam dan beliau membenarkannya
dengan taqrîr beliau (An-Nabhani, 1990: 151).
9.10.4 Syarikat al-Wujuh
266
Syarikat yang tertubuh tanpa modal yang mana pihak yang melibatkan diri ke dalam
syarikat ini kemudian menjual barang tersebut dan keuntungannya dikumpul dan
dibahagikan sesama mereka. Syarikat jenis ini mungkin selalunya dibuat dalam urusan
pemasaran.
Adalah syirkah antara dua orang dengan modal dari pihak lain diluar kedua orang
tersebut. Dimana dua orang yang menerima modal itu disebut sebagai pengusaha dan
yang memberikan modal adalah pemodal. Syirkah ini dapat terjadi kerana adanya
kedudukan, profesionalisme, atau kepercayaan dari pihak lain untuk membeli secara
kredit kemudian menjualnya secara borong. Syirkah wujuh dibolehkan menurut syara’
kerana pada dasarnya termasuk syirkah mudharabah atau syirkah abdan yang juga
diperbolehkan.
Disebut syirkah wujuh kerana didasarkan pada kedudukan, kepercayaan atau keahlian
(wujuh) seseorang di tengah masyarakat. Syirkah wujuh adalah syirkah antara 2 pihak
(misalnya A dan B) yang sama-sama melakukan kerja (amal), dengan pihak ketiga
(misalnya C) yang mengeluarkan modal (mal). Dalam hal ini, pihak A dan B adalah
tokoh masyarakat. Syirkah semacam ini hakikatnya termasuk dalam syirkah mudharabah
sehingga berlaku ketentuan-ketentuan syirkah mudharabah padanya. (An-Nabhani,
1990:154) Bentuk kedua syirkah wujuh adalah syirkah antara 2 pihak atau lebih yang
bersyirkah dalam barangan yang mereka beli secara kredit, atas dasar kepercayaan
pedagang kepada keduanya tanpa sumbangan modal dari masing-masing pihak. Misalnya
A dan B tokoh yang dipercayai pedagang. Lalu A dan B bersyirkah wujuh dengan cara
membeli barang dari seorang pedagang C secara kredit. A dan B bersepakat masing-
masing memiliki 50% dari barang yang dibeli. Lalu keduanya menjual barang tersebut
dan keuntungannya dibahagi dua, sedangkan harga pokoknya dikembalikan kepada C
(pedagang).
Dalam syirkah kedua ini, keuntungan dibahagi berdasarkan kesepakatan, bukan
berdasarkan nisbah barang dagangan yang dimiliki. Sedangkan kerugian ditanggung oleh
masing-masing pengusaha wujuh usaha berdasarkan kesepakatan. Syirkah wujuh kedua
ini hakikatnya termasuk dalam syirkah ‘abdan (An-Nabhani, 1990:154). Namun
267
demikian, An-Nabhani mengingatkan bahawa kepercayaan (wujuh) yang dimaksud
dalam syirkah wujuh adalah kepercayaan kewangan (tsiqah maliyah), bukan semata-mata
kepercayaan di masyarakat. Maka dari itu, tidak sah syirkah yang dilakukan seorang
tokoh (katakanlah seorang menteri atau pedagang besar), yang dikenal tidak jujur atau
suka memungkiri janji dalam urusan kewangan. Sebaliknya sah syirkah wujuh yang
dilakukan oleh seorang biasa saja, tetapi oleh para pedagang dia dianggap memiliki
kepercayaan kewangan (tsiqah maliyah) yang tinggi misalnya dikenal jujur dan tepat janji
dalam urusan kewangan.
Syirkah wujûh disebut juga syirkah ‘ala adz-dzimam (Al-Khayyath, Asy-Syarîkât fî asy-
Syarî‘ah al-Islâmiyyah, 2/49). Disebut syirkah wujûh kerana didasarkan pada kedudukan,
kepercayaan, atau keahlian (wujûh) seseorang di tengah masyarakat. Syirkah wujûh
adalah syirkah antara dua pihak (misal A dan B) yang sama-sama memberikan
sumbangan kerja (‘amal), dengan pihak ketiga (misalnya C) yang memberikan
sumbangan modal (mâl). Dalam hal ini, pihak A dan B adalah tokoh masyarakat. Syirkah
semacam ini hakikatnya termasuk dalam syirkah mudhârabah sehingga berlaku
ketentuan-ketentuan syirkah mudhârabah padanya (An-Nabhani, 1990: 154).
Bentuk kedua syirkah wujûh adalah syirkah antara dua pihak atau lebih yang ber-syirkah
dalam barang yang mereka beli secara kredit, atas dasar kepercayaan pedagang kepada
keduanya, tanpa sumbangan modal dari masing-masing pihak (An-Nabhani, 1990: 154).
Misal: A dan B adalah tokoh yang dipercaya pedagang. Lalu A dan B ber-syirkah wujûh,
dengan cara membeli barang dari seorang pedagang (misalnya C) secara kredit. A dan B
bersepakat, masing-masing memiliki 50% dari barang yang dibeli. Lalu keduanya
menjual barang tersebut dan keuntungannya dibahagi dua, sedangkan harga pokoknya
dikembalikan kepada C (pedagang).
Dalam syirkah wujûh kedua ini, keuntungan dibahagi berdasarkan kesepakatan, bukan
berdasarkan prosentase barang dagangan yang dimiliki; sedangkan kerugian ditanggung
oleh masing-masing mitra usaha berdasarkan prosentase barang dagangan yang dimiliki,
bukan berdasarkan kesepakatan. Syirkah wujûh kedua ini hakikatnya termasuk dalam
syirkah ‘abdan (An-Nabhani, 1990: 154).
268
Hukum kedua bentuk syirkah di atas adalah boleh, kerana bentuk pertama sebenarnya
termasuk syirkah mudhârabah, sedangkan bentuk kedua termasuk syirkah ‘abdan.
Syirkah mudhârabah dan syirkah ‘abdan sendiri telah jelas kebolehannya dalam syariat
Islam (An-Nabhani, 1990: 154).
Namun demikian, An-Nabhani mengingatkan bahawa kepercayaan (wujûh) yang
dimaksud dalam syirkah wujûh adalah kepercayaan kewangan (tsiqah mâliyah), bukan
semata-semata kepercayaan di masyarakat. Oleh itu, tidak sah syirkah yang dilakukan
seorang tokoh (katakanlah seorang menteri atau pedagang besar), yang dikenal tidak
jujur, atau suka menyalahi janji dalam urusan kewangan. Sebaliknya, sah syirkah wujûh
yang dilakukan oleh seorang biasa-biasa saja, tetapi oleh para pedagang dia dianggap
memiliki kepercayaan kewangan (tsiqah mâliyah) yang tinggi, misalnya dikenal jujur dan
tepat janji dalam urusan kewangan (An-Nabhani, 1990: 155-156).
9.10.5 Syarikat al-Mudharabah
Syirkah Mudharabah adalah syirkah dua pihak atau lebih dengan ketentuan, satu pihak
menjalankan kerja (amal) sedangkan pihak lain mengeluarkan modal (mal). (An-
Nabhani, 1990: 152). Istilah mudharabah dipakai oleh ulama Iraq, sedangkan ulama Hijaz
menyebutnya qiradh. (Al-Jaziri, 1996: 42; Az-Zuhaili, 1984: 836). Sebagai contoh:
Khairi sebagai pemodal memberikan modalnya sebanyak RP 100 ribu kepada Abu Abas
yang bertindak sebagai pengusaha modal dalam pasaraya ikan.
Ada 2 bentuk lain sebagai variasi syirkah mudharabah. Pertama, 2 pihak (misalnya A dan
B) sama-sama memberikan mengeluarkan modal sementara pihak ketiga (katakanlah C)
memberikan menjalankan kerja sahaja. Kedua, pihak pertama (misalnya A) memberikan
Sumbangan modal dan kerja sekaligus, sedangkan pihak kedua (misalnya B) hanya
memberikan sumbangan modal tanpa sumbangan kerja. Kedua-dua bentuk syirkah ini
masih tergolong dalam syirkah mudharabah (An-Nabhani, 1990:152). Dalam syirkah
mudharabah, hak melakukan tasharruf hanyalah menjadi hak pengusaha. Pemodal tidak
berhak turut campur dalam tasharruf. Namun demikian, pengusaha terikat dengan syarat-
syarat yang ditetapkan oleh pemodal. Jika ada keuntungan, ia dibahagi sesuai
269
kesepakatan di antara pemodal dan pengusaha, sedangkan kerugian ditanggung hanya
oleh pemodal. Sebab, dalam mudharabah berlaku wakalah (perwakilan), sementara
seorang wakil tidak menanggung kerosakan harta atau kerugian dana yang diwakilkan
kepadanya (An-Nabhani, 1990: 152). Namun demikian, pengusaha turut menanggung
kerugian jika kerugian itu terjadi kerana melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh
pemodal.
Syirkah mudhârabah adalah syirkah antara dua pihak atau lebih dengan ketentuan, satu
pihak memberikan sumbangan kerja (‘amal), sedangkan pihak lain memberikan
sumbangan modal (mâl) (An-Nabhani, 1990: 152). Istilah mudhârabah dipakai oleh
ulama Irak, sedangkan ulama Hijaz menyebutnya qirâdh (Al-Jaziri, 1996: 42; Az-Zuhaili,
1984: 836). Contoh: A sebagai pemodal (shâhib al-mâl/rabb al-mâl) memberikan
modalnya sebesar RP 10 juta kepada B yang bertindak sebagai pengusaha modal
(‘âmil/mudhârib) dalam usaha perdagangan umum (misal, usaha toko kelontong).
Ada dua bentuk lain sebagai variasi syirkah mudhârabah. Pertama, dua pihak (misalnya,
A dan B) sama-sama memberikan sumbangan modal, sementara pihak ketiga (katakanlah
C) memberikan sumbangan kerja saja. Kedua, pihak pertama (misalnya A) memberikan
sumbangan modal dan kerja sekaligus, sedangkan pihak kedua (misalnya B) hanya
memberikan sumbangan modal, tanpa sumbangan kerja. Kedua bentuk syirkah ini masih
tergolong syirkah mudhârabah (An-Nabhani, 1990: 152).
Hukum syirkah mudhârabah adalah jâ’iz (boleh) berdasarkan dalil as-Sunnah (taqrîr Nabi
Shalallahu alaihi wasalam) dan Ijma Sahabat (An-Nabhani, 1990: 153). Dalam syirkah
ini, kemudahan melakukan tasharruf hanyalah menjadi hak pengusaha (mudhârib/‘âmil).
Pemodal tidak berhak turut campur dalam tasharruf. Namun demikian, pengusaha terikat
dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal.
Jika ada keuntungan, ia dibahagi sesuai kesepakatan di antara pemodal dan pengusaha
modal, sedangkan kerugian ditanggung hanya oleh pemodal. Sebab, dalam mudhârabah
berlaku hukum wakalah (perwakilan), sementara seorang wakil tidak menanggung
kerusakan harta atau kerugian dana yang diwakilkan kepadanya (An-Nabhani, 1990:
270
152). Namun demikian, pengusaha turut menanggung kerugian, jika kerugian itu terjadi
kerana kesengajaannya atau kerana melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh
pemodal (Al-Khayyath, Asy-Syarîkât fî asy-Syarî‘ah al-Islâmiyyah, 2/66).
Secara muamalah, syirkah mudharabah mengharuskan ada dua pihak, iaitu pihak pemilik
modal (rabbul maal) dan pihak pengusaha (mudhorib). Pihak pemodal menyerahkan
(mengamanahkan) modalnya dengan akad wakalah kepada seseorang sebagai pengusaha
untuk dikelola dan dikembangkan menjadi sebuah usaha yang menghasilkan keuntungan
(profit).
Keuntungan dari usaha akan dibahagi sesuai dengan kesepakatan, dan manakala terjadi
kerugian bukan kerana kesalahan manajemen (kelalaian), maka kerugian ditanggung oleh
pihak pemodal. Hal ini kerana hukum akad wakalah menetapkan hukum orang yang
menjadi wakil tidak boleh menanggung kerugian, sebagaimana diriwayatkan oleh Ali r.a.
yang berkata : “Pungutan itu tergantung pada kekayaan. Sedangkan laba tergantung pada
apa yang mereka sepakati bersama” [Abdurrazak, dalam kitab Al Jami’].
Secara manajemen, pihak pengusaha wajib melakukan pengusahaan secara baik, amanah
dan profesional, sedangkan pihak pemodal tidak diperbolehkan (tidak berhak)ikut
mengelola/ bekerja bersama pengusahanya. Pengusaha berhak untuk memilih dan
membentuk tim kerjanya (teamwork) tanpa harus seijin pemodal, demikian pula dalam
pengambilan kebijakan dan langkah-langkah opersioanal perusahaan.
9.10.6 Syarat-syarat Syarikat al-Uqud
Terdapat empat syarat umum yang patut ada pada Syarikat Kontrak (BIMB Institute of
Research and Training (BIRT), 1998) iaitu:
1. boleh menerima perwakilan - seorang rakan kongsi memberi kuasa pengurusan
kepada rakan kongsinya yang lain sama ada untuk membeli, menjual atau
menerima kerja.
2. nisbah keuntungan di antara rakan kongsi dinyatakan dengan jelas di majlis akad
3. keuntungan itu hendaklah bersifat umum dan bukannya dalam jumlah tetap.
271
Contohnya seperti menetapkan untung bagi salah seorang dari rakan kongsi sebanyak
RM 100 atau RM 1000. Rasionalnya ialah kerana dikhuatiri kemungkinan jumlah
tersebut tidak memadai dengan modal dan usaha yang disumbangkan. Keuntungan
diambil daripada hasil untung perniagaan syarikat dan bukan daripada harta lain.
Syarat-syarat ini amat penting dalam menentukan keesahan sesebuah kontrak mengikut
hukum syarak. Ketidaktentuan dan kejahilan mengenai perkara yang dikontrakkan akan
menyebabkan kontrak itu menjadi ‘fasid’ atau terbatal.
Terdapat dua perkara yang mem batalkan kontrak syarikat iaitu:-
i) perkara yang secara umumnya membatalkan kesemua jenis syarikat;
ii) perkara yang khusus membatalkan sesetengah syarikat sahaja.
9.11 Perkara umum yang membatalkan Kontrak Syarikat:
1. Syarikat difasakhkan oleh salah seorang rakan kongsi.
2. Kematian salah seorang rakan kongsi.
3. Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad dan lari ke negara musuh.
4. Rakan kongsi menjadi gila secara berterusan.
5. Perkara khusus yang membatalkan Kontrak Syarikat:
6. Tidak ada persamaan di antara dua modal khususnya bagi Syarikat al-
Mufawadah.
7. Kerosakan harta syarikat seluruhn ya atau kerosakan harta salah seorang daripada
rakan kongsi sebelum dimulakan pembelian sesuatu.
9.7 SYARIKAT SEBAGAI INSTRUMEN SISTEM KEWANGAN ISLAM DI
MALAYSIA
Penubuhan syarikat yang paling baik dan diutamakan dalam Islam ialah perkongsian
sesama muslim kerana diandaikan setiap muslim mempunyai akhlak yang teRPuji dan
memahami tanggungjawab masing-masing (Ismail Omar, 2000). Walau bagaimanapun,
perkongsian atau penubuhan syarikat di antara muslim dan bukan muslim dibolehkan
juga selagi kedua-dua pihak berada dalam rukun kedamaian serta memenuhi syarat-syarat
272
yang tidak bercanggah dengan syariah. Selain daripada itu, ia dibolehkan dalam keadaan
tidak ada atau susah mendapatkan umat Islam yang berupaya menerokai atau memajukan
perniagaan secara aktif. Oleh yang demikian, boleh diadakan perdamaian dengan
orangorang musyrik apabila mereka memperolehinya dan tidak diperolehi kaum
muslimin) (Imam Syafie, 1982)
Selain dari jenis syarikat yang telah dibincangkan, terdapat pelbagai syarikat dalam
sistem kewangan Islam. Antaranya ialah:
a) Syarikat al-Tausiyyah al-Basitah
Ia terbentuk dari ahli-ahli syarikat di mana rakan kongsi yang menanggung tanggungan
adalah seorang yang menguruskan syarikat dan dia juga bertanggungjawab ke atas hak-
hak berkaitan syarikat manakala rakan kongsi yang satu lagi merupakan pemilik harta
syarikat.
b) Syarikat al-Tamadun (Syarikat tanggungan bersama)
Ia merupakan sebuah syarikat yang dikontrakkan oleh dua orang atau lebih untuk
melakukan perniagaan dalam semua jenis perniagaan atau sebahagiannya dan setiap ahli
syarikat bertanggungjawab menjamin seluruh tanggungan syarikat.
c) Syarikat al-Muhasah
Ia merupakan syarikat yang melibatkan dua orang rakan kongsi atau lebih dan
menjalankan satu projek kewangan dan mengemukakan saham yang berbentuk harta atau
tenaga. Setiap keuntungan dan kerugian dibahagi kan antara mereka.
D)Syarikat Zatul Mas’uliyyah al-Mahdudah (Syarikat tanggungan berhad)
Ia merupakan sebuah perniagaan yang sama seperti syarikat harta. Setiap ahli
bertanggungjawab setakat kadar pelaburannya sahaja dalam syarikat dan jumlah ahli
tidak lebih daripada 50 orang.
e) Syarikat al-Musahamah
273
Modal bagi syarikat ini dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil yang sama banyak
dan setiap bahagian itu dipanggil saham yang tidak boleh dipecahkan tetapi boleh ditukar
ganti. Pemegang saham mempunyai tanggungjawab yang terhad kepada nilai sahamnya
sahaja.
f) Syarikat Kenderaan
Sebahagian daripada ahli syarikat memiliki saham-saham tertentu dan salah seorang
daripada mereka menjadi pemandu dan kebiasaannya mengambil upah atau gaji bukan
dalam jumlah yang tertentu. Syarikat ini juga terbentuk di atas tanggungan ahli-ahli
syarikat atau atas kerja mereka dan juga berdasarkan kepada konsep wakalah
(perwakilan).
g) Syarikat Binatang (Syarikat al-Baha’im)
Modal diberi oleh rakan kongsi manakala rakan kongsi lain menguruskan perniagaan.
Terdapat juga keadaan di mana dua orang ahli syarikat itu berkongsi membayar harga
binatang dan kemudian salah seorang rakan kongsi itu bekerja sama ada mengembala
ataupun memberi makanan. Syarikat jenis ini tidak diamalkan secara meluas di negara
kita.
9.11 SOALAN LATIHAN
1. Huraikan Definisi Syarikat/syirkah
2. Bincangkan rukun dan syarat syarikat
3. Jelaskan jenis-jenis syarikat
4. Sebutkan jenis-jenis syarikat uqud
5. Bagaimana konsep syarikat boleh dilaksanakan dalam sistem kewangan Islam
BAB 10
274
IHYA AL-MAWAT (MENGUSAHAKAN TANAH KOSONG
10.1 Pengenalan
10.2 falsafah pemilikan Tanah Dalam islam
10.3 Pemilikan tanah dan Implikasinya
10.4 Jenis-jenis Pemilikan tanah
10.5 cara-cara pemilikan tanah
10.6 Hilangnya hak pemilikan Tanah pertanian
10.7 Mengusahakan tanah
10.8 Tanah yang memiliki sumber galian
10.9 Negara berhak menetapkan Hima (Kawasan khas untuk kepentingan awam)
BAB 10
275
IHYA AL-MAWAT (MENGUSAHAKAN TANAH KOSONG)
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep menghidupkan bumi yang mati .
2. Menjelaskan falsafah pemilikan tanah dalam Islam .
3. Menbincangkan jenis-jenis pemilikan tanah dalam Islam.
4. Menjelaskan cara-cara pemilikan yang dibenarkan.
5. Mengenal pasti hukum kerajaan menetapkan hima daan caranya
10.1 Pengenalan
Terdapat juga hokum fiqh yang berkaitan dengan bab mengusahakan tanah yang
dinamakan ihya’ al-mawat ertinya menghidupkan bumi yang mati. Hukum
mengusahakan (menghidupkan) tanah kosong dalam Islam dapat didefinisikan sebagai
hukum-hukum Islam mengenai mengusahakan tanah dalam kaitannya dengan hak
kepemilikan (milkiyah), pengurusan (tasharruf), dan peredaran (tauzi') tanah.
Dalam disiplin ilmi pengajian Islam, hukum mengusahakan tanah dikenal dengan istilah
Ahkam Al-Aradhi. (Al-Nabhani, An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam, hal. 128). Pada
umumnya para fuqaha (ahli hukum Islam) membahas hukum mengerjakan tanah ini
dalam perbincangan fiqh mereka. Para fuqaha itu seperti Imam Abu Yusuf (w. 193 H)
dengan kitabnya Al-Kharaj, Imam Yahya bin Adam (w. 203 H) dengan kitabnya Al-
Kharaj, dan Imam Abu Ubaid (w. 224 H) dengan kitabnya Al-Amwal. Sebahagian ulama
seperti Imam Al-Mawardi (w. 450 H) membahas bab mengerjakan tanah dalam kitabnya
Al-Ahkam Al-Sulthaniyah yang membahas hukum perundangan negara menurut Islam.
Demikian pula Imam Abu Ya'la (w. 457 H) dalam kitabnya Al-Ahkam Al-Sulthaniyah.
276
10.2 FALSAFAH PEMILIKAN TANAH DALAM ISLAM
Dalam perspektif segala sesuatu yang ada di langit dan bumi (termasuk tanah) hakikatnya
adalah milik Allah SWT semata. Firman Allah SWT (ertinya),
"Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan kepada Allah-lah kembali
(semua makhluk)." ( An-Nuur [24] : 42).
Allah SWT juga berfirman (ertinya)
,"Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS Al-Hadid [57] : 2).
Ayat-ayat tersebut menegaskan bahawa pemilik hakiki dari segala sesuatu (termasuk
tanah) adalah Allah SWT semata. (Yasin Ghadiy, Al-Amwal wa Al-Amlak al-'Ammah fil
Islam, hal. 19). Allah SWT sebagai pemilik hakiki, memberikan kuasa (istikhlaf) kepada
manusia untuk mengurus hak milik Allah tersbut sesuai dengan hukum-hukum-Nya.
Firman Allah SWT (ertinya),
"Dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu
menguasainya." (Al-Hadid [57] : 7).
Dalam pentafsiran ayat ini, Imam Al-Qurthubi berkata, "Ayat ini adalah dalil bahawa asal
usul pemilikan (ashlul milki) adalah milik Allah SWT, dan bahawa manusia tak
mempunyai hak kecuali memanfaatkan (tasharruf) dengan cara yang diridhai oleh Allah
SWT." (Tafsir Al-Qurthubi, Juz I hal. 130).
Dengan demikian, Islam telah menjelaskan dengan falsafah pemilikan tanah dalam Islam.
Intinya ada 2 (dua) perkara iaitu :
o pemilik hakiki dari tanah adalah Allah SWT.
o Allah SWT sebagai pemilik hakiki telah memberikan kuasa kepada
manusia untuk mengurus tanah menurut hukum-hukum Allah.
277
Falsafah ini mengandung implikasi bahawa tidak ada satu hukum pun yang boleh
digunakan untuk mengatur persoalan tanah, kecuali hukum-hukum Allah saja iaitu
hukum syarak.
Mengatur urusan tanah dengan hukum selain hukum Allah telah diharamkan oleh Allah
sebagai pemiliknya yang hakiki. Firman Allah SWT (ertinya),
"Dan Dia tidak mengambil seorangpun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan hukum."
(QS Al-Kahfi [18] : 26).
10.3 Pemilikan Tanah dan Implikasinya
Pemilikan (milkiyah/ownership) dalam Syariah Islam didefinisikan sebagai hak yang
ditetapkan oleh Allah SWT bagi manusia untuk memanfaatkan suatu benda. (idznu asy-
Syari' bi al-intifa' bil-'ain). (Al-Nabhani, An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam, hal. 73).
Pemilikan tidaklah lahir dari sudut zahir suatu benda kcuali dari ketentuan hukum Allah
pada benda itu. (Abdul Ghani, Al-'Adalah fi An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam, hal. 8).
Syariah Islam telah mengatur persoalan pemilikan tanah secara teRPrinci, dengan
mengemukakan 2 (dua) aspek yang berkaitan dengan tanah, iaitu :
(1) zat tanah (raqabah al-ardh)
(2) manfaat tanah (manfaah al-ardh), yakni penggunaan tanah untuk pertanian dan
sebagainya.
Dalam Syariah Islam ada 2 (dua) jenis tanah iaitu :
1. Tanah usyriah (al-ardhu al-'usyriyah) iaitu tanah penduduk yang masuk
Islam secara damai dan tanah yang dihidupkan (ihya al-mawat)
2. Tanah kharajiyah (al-ardhu al-kharajiyah). (Al-Nabhani, Al-Syakhshiyah
Al-Islamiyah, Juz II hal. 237).
278
Tanah Usyriah adalah tanah yang penduduknya masuk Islam secara damai tanpa
peperangan, contohnya Madinah Munawwarah. Termasuk tanah usyriah adalah seluruh
Jazirah Arab yang ditaklukkan dengan peperangan, misalnya Makkah, juga tanah mati
yang telah dihidupkan oleh seseorang (ihya`ul mawat). (Al-Nabhani, Al-Syakhshiyah Al-
Islamiyah, Juz II hal. 237). Tanah usyriah ini adalah tanah milik individu, samada zatnya
(raqabah), ataupun manfaatnya (manfaah). Maka individu boleh menjualnya,
menggadaikan, menghibahkan, mewariskan, dan sebagainya.
Tanah usyriyah ini jika berbentuk tanah pertanian akan dikenakan kewajiban usyr (iaitu
zakat pertanian) sebanyak sepersepuluh (10 %) jika mendapat air dengan air hujan (tadah
hujan). Jika disalurkan dengan saliran buatan maka zakatnya 5 %. Jika tanah pertanian ini
tidak ditanami, tak terkena kewajiban zakatnya. Sabda Nabi SAW,
"Pada tanah yang diairi sungai dan hujan zakatnya sepersepuluh, pada tanah yang diairi
dengan unta zakatnya setengah dari sepersepuluh." (HR Ahmad, Muslim, dan Abu
Dawud).
Jika tanah usyriah ini tidak berbentuk tanah pertanian, misalnya berbentuk tanah
pemukiman penduduk, tidak ada zakatnya. Kecuali jika tanah itu diperdagangkan, maka
terkena zakat perdagangan. (Al-Nabhani, ibid., Juz II hal. 240).
Jika tanah usyriah ini dibeli oleh seorang bukan Islam (kafir), tanah tersebut tidak dikena
kewajiban usyr (zakat), sebab non muslim tidak dibebani kewajiban zakat. (Abdul Qadim
Zallum, Al-Amwal, hal. 48).
Tanah Kharajiyah adalah tanah yang dikuasai kaum muslimin melalui peperangan (al-
harb), misalnya tanah Irak, Syam, dan Mesir kecuali Jazirah Arab, atau tanah yang
dikuasai melalui perdamaian (al-shulhu), misalnya tanah Bahrain dan Khurasan. (Al-
Nabhani, ibid., Juz II hal. 248).
Tanah kharajiyah ini zatnya (raqabah) adalah milik seluruh kaum muslimin, di mana
negara melalui Baitul Mal bertindak mewakili kaum muslimin. Tanah kharajiyah ini
zatnya adalah milik negara. Oleh itu tanah kharajiyah zatnya bukan milik individu seperti
279
tanah usyriah. Namun manfaatnya adalah milik individu. Meskipun tanah tanah
kharajiyah dapat diperjualbelikan, dihibahkan, dan diwariskan, namun berbeza dengan
tanah usyriyah, tanah kharajiyah tidak boleh diwakafkan, sebab zatnya milik negara.
Sedang tanah usyriyah boleh diwakafkan sebab zatnya milik individu. (Al-Nabhani,
Muqaddimah Ad-Dustur, hal. 303).
Tanah kharajiyah ini jika berbentuk tanah pertanian akan terkena kewajiban kharaj
(pajak tanah, land tax), iaitu pungutan yang diambil negara setahun sekali dari tanah
pertanian yang besarnya dikira sesuai dengan keadaan tanahnya. Samada diusahakan
tanaman atau tidak, kharaj tetap dipungut.
Tanah kharajiyah yang dikuasai dengan perang (al-harb), kharajnya bersifat abadi.
Ertinya kharaj tetap wajib dibayar dan tidak gugur, meskipun pemiliknya masuk Islam
atau tanahnya dijual oleh bukan muslim kepada muslim. Sebagaimana Umar bin Khattab
tetap memungut kharaj dari tanah kharajiyah yang dikuasai kerana perang meski
pemiliknya sudah masuk Islam. (Zallum, ibid., hal. 47; Al-Nabhani, ibid., Juz II hal.
245).
Tapi jika tanah kharajiyah itu dikuasai dengan perdamaian (al-shulh), maka ada dua
kemungkinan :
(1) jika perdamaian itu menetapkan tanah itu menjadi milik kaum muslimin, kharajnya
bersifat tetap (abadi) meski pemiliknya masuk Islam atau tanahnya dijual kepada muslim.
(2) jika perdamaian itu menetapkan tanah itu menjadi milik mereka (non muslim),
kedudukan kharaj sama dengan jizyah, yang akan gugur jika pemiliknya masuk Islam
atau tanahnya dijual kepada muslim. (Zallum, ibid., hal. 47).
Jika tanah kharajiyah yang ada bukan berbentuk tanah pertanian seperti tanah yang
dijadikan kawasan penempatan penduduk, maka ia tak terkena kewajiban kharaj.
Demikian juga tidak dikenakan kewajiban zakat (usyr). Kecuali jika tanah itu dijualbeli,
akan dikenakan kewajipan zakat perdagangan. (Al-Nabhani, ibid., Juz II hal. 247).
280
Namun begitu kadang kala kharaj dan zakat (usyr) harus dibayar bersama-sama pada satu
tanah. iaitu jika ada tanah kharajiyah yang dikuasai melalui perang (akan terkena kharaj
abadi), lalu tanah itu dijual kepada muslim (akan terkena zakat/usyr). Dalam keadaan
seperti ini, kharaj dibayar lebih dulu dari hasil tanah pertaniannya. kemudian jika bakinya
masih mencapai nishab, zakat pun wajib dikeluarkan. (Zallum, ibid., hal. 49).
10.5 Cara-Cara Mendapat Pemilikan Tanah
Tanah dapat dimiliki dengan 6 (enam) cara menurut hukum Islam, iaitu melalui :
(1) jual beli,
(2) warisan (pusaka)
(3) hibah,
(4) ihya`ul mawat (menghidupkan tanah mati),
(5) tahjir (membuat sempadan pada tanah mati),
(6) iqtha` (pemberian negara kepada rakyat). (Al-Maliki, As-Siyasah al-Iqtishadiyah
al-Mustla, hal. 51).
Mengenai jual-beli, waris, dan hibah selalunya telah difahami oleh ramai. ihya`ul mawat
adalah menghidupkan tanah mati (al-mawat). Maksud tanah mati adalah tanah yang tidak
ada pemiliknya dan tidak dimanfaatkan oleh seorang pun. Menghidupkan tanah mati,
ertinya ialah memanfaatkan tanah itu seperti dengan bercocok tanam padanya,
menanamnya dengan pokok-pokok , membangun bangunan di atasnya, dan sebagainya.
Sabda Nabi SAW,
"Sesiapa yang menghidupkan tanah mati, maka tanah itu menjadi miliknya." (HR
Bukhari) (Al-Nabhani, An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam, hal. 79).
281
Tahjir adalah membuat batu (batas) pada suatu tanah. Nabi SAW bersabda,"Sesiapa
membuat suatu batas pada suatu tanah (mati), maka tanah itu menjadi miliknya." (HR
Ahmad).
Sedang iqtha`, ertinya pemberian tanah milik negara kepada rakyat. Nabi SAW pada saat
tiba di kota Madinah, pernah memberikan tanah kepada Abu Bakar As-Shiddiq dan Umar
bin Khattab. Nabi SAW juga pernah memberikan tanah yang luas kepada Zubair bin
Awwam. (Al-Nabhani, ibid., hal. 119).
10.6 Hilangnya Hak Pemilikan Tanah Pertanian
Syariat Islam menetapkan bahawa hak pemilikan tanah pertanian akan hilang jika tanah
itu dibiarkan tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Negara akan menarik
balik pemilikan tanah tersebut dan memberikan kepada orang lain yang mampu
mengusahakannya (Al-Nabhani, ibid., hal. 136).
Umar bin Khattab pernah berkata,"Orang yang membuat batas pada tanah (muhtajir) tak
berhak lagi atas tanah itu setelah tiga tahun dibiarkan kosong " Saidina Umar pernah
melaksanakan ketetapan tersebut dengan menarik tanah pertanian milik Bilal bin Al-
Harits Al-Muzni yang dibiarkan terbiar selama tiga tahun. Para sahabat menyetujuinya
sehingga menjadi Ijma' Sahabat (kesepakatan para sahabat Nabi SAW) dalam masalah
ini. (Al-Nabhani, ibid., Juz II hal. 241).
Penarikan balik hak milik ini tidak hanya pada tanah mati (mawat) yang dimiliki dengan
cara tahjir (membuat sempadan tanah dengan batu) saja, namun juga meliputi tanah
pertanian yang dimiliki dengan cara-cara lain atas dasar Qiyas. Misalnya, yang dimiliki
melalui jual beli, waris, hibah, dan lain-lain. Sebab yang menjadi alasan hukum (illat)
dari penarikan balik hak milik bukanlah cara-cara memilikinya, melainkan dibiarkan
terbiar berterusan selama tiga tahun (ta'thil al-ardh). (Al-Nabhani, An-Nizham Al-
Iqtishadi fi Al-Islam, hal. 139).
10.7Mengusahakan Tanah (at-tasharruf fi al-ardh)
282
Syariah Islam mengharuskan pemilik tanah pertanian untuk mengusahakannya sehingga
tanahnya bersifat produktif. Negara dapat membantunya dalam penyediaan infra struktur
pertanian, seperti Khalifah Umar bin Khathab memberikan bantuan alat-alat pertanian
kepada para petani Iraq untuk mengusahakan tanah pertanian mereka.
Jika pemilik tanah itu tidak mampu mengusahakannya, maka disarankan untuk diberikan
kepada orang lain. Nabi SAW bersabda, "Sesiapa mempunyai tanah (pertanian),
hendaklah ia mengusahakanya atau memberikan kepada saudaranya." (HR Bukhari).
Mengikut hukum asal fiqh muamalat, Jika pemilik sesuatu tanah pertanian membiarkan
tanahnya kosong dengan tidak ada apa-apa kegunaan selama tiga tahun, maka hak
pemilikannya akan hilang. Jika pemilik ingin mengelakkan pembatalan hak milik
tersebut, ia mestilah mencari jalan untuk mengusahakan tanah tersebut supaya menjadi
produktif seperti menyewakan, memajakkan, mengusahakannya secara perkongsian,
mudharabah dan lain-lain kaedah asalkan ia produktif.
10.8. Tanah Yang Memiliki Sumber Galian
Tanah yang di dalamnya ada galian seperti minyak, emas, perak, tembaga, dan
sebagainya, ada 2 (dua) keadaan:
(1) tanah itu tetap menjadi milik pribadi/negara jika hasil galiannya sedikit.
(2) tanah itu menjadi milik umum jika hasil galiannya banyak.
Nabi SAW pernah memberikan tanah bergunung dan bergalian kepada Bilal bin Al-
Harits Al-Muzni (HR Abu Dawud). Ini menunjukkan tanah yang bergalian yang boleh
dimiliki individu jika galiannya mempunyai nilai. Nabi SAW suatu ketika pernah
memberikan tanah yang ada garam kepada Abyadh bin Hammal. Setelah diberitahu para
sahabat bahawa hasil galian itu sangat banyak, maka Nabi SAW menarik kembali tanah
itu dari Abyadh bin Hammal. (HR Tarpizi). Ini menunjukkan tanah dengan mempunyai
galian yang banyak adalah menjadi milik umum yang diuruskan oleh negara, tidak boleh
dimiliki dan diuruskan oleh individu atau swasta. Ini adalah untuk kemaslahatan semua
rakyat dan negara (Al-Nabhani, ibid. hal. 220).
283
10.9 Negara Berhak Menetapkan Hima
Hima (Tanah rizab) adalah tanah atau wilayah yang ditetapkan secara khusus oleh negara
untuk kepentingan tertentu, tidak boleh dimanfaatkan oleh individu. Misalnya
menetapkan hima pada suatu galian seperti minyak dan gas khusus untuk keperluan
membeli peralatan pertahanan negara atau sebagainya atau kawasan tanah tertentu
menjadi rizab tadahan air.
Rasulullah SAW dan para khalifah sesudahnya pernah menetapkan hima pada tempat-
tempat tertentu. Rasulullah SAW pernah menetapkan Naqi` (nama padang rumput di kota
Madinah) khusus untuk menggembalakan kuda-kuda milik kaum muslimin, tidak untuk
lainnya. Abu Bakar pernah menetapkan Rabdzah (nama padang rumput juga) khusus
untuk menggembalakan unta-unta zakat, bukan untuk keperluan lainnya. (Zallum, ibid.,
hal. 85).
10.10 SOALAN LATIHAN
1. Bincangkan falsafah pemilikan Tanah Dalam Islam
2. Huraikan Pemilikan tanah dan Implikasinya
3. Jelaskan Jenis-jenis Pemilikan tanah
4. Sebutkan cara-cara pemilikan tanah
5. Bagaimana boleh Hilangnya hak pemilikan Tanah pertanian
6. Apakah hukum mengusahakan tanah yang mati
7. Apakah hukum tanah yang memiliki sumber galian
8. Huraikan apakah Negara berhak menetapkan Hima (Kawasan khas untuk kepentingan
awam)
284
BAB 11
SYUF’AH (HAK KEUTAMAAN)
11.1 Pengenalan
11.2 Definisi Syuf’ah
11.3 Dalil Syuf’ah
11.4 hak Syuf’ah milik jiran
11.5 Jiran yang mana lebih berhak
285
BAB 11
SYUF’AH (HAK KEUTAMAAN)
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep syuf’ah.
2. Menjelaskan dalil-dalil hukum syuf’ah.
3. Menghubungkaitkan jiran dengan hukum syuf’ah.
4. Menjelaskan jiran yang mana lebih berhak dalam syuf’ah.
11.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan hak yang diberikan oleh Islam kepada pihak tertentu dalam
pengurusan harta secara Islam demi untuk menjaga kemaslahatan semua pihak iaitu bab
syufah. Hak ini adalah berkaitan dengan hak rakan perkongsian, jiran dan pihak yang
amat hampir dengan sesuatu harta apabila ingin dijual beli atau lain-lain aktiviti.
11.1 Definisi Syuf‘ah
Perkataan syuf’ah adalah berasal dari akar kata syaf’u berarti zauj (sepasang atau
sejodoh). Syuf`ah menurut bahasa bererti teman sekongsi atau teman syarikat.
Menurut istilah syarak pula ia adalah Hak keutamaan yang diberikan kepada pihak
sekongsi atau terdekat dahulu terhadap sesuatu pemilikan yang ingin dijual. syuf’ah juga
ialah memindahkan hak kepada rakan sekongsi dengan mendapat ganti yang jelas.
11.3 DALIL SYUF’AH
Dari Jabir bin Abdullah ra ia berkata, “Nabi saw pernah memutuskan syuf’ah
(pemindahan hak) itu adalah dalam semua hal yang tidak dapat dibahagi. Kerana itu,
286
kalau terjadi pembatasan dan diketahuinya dengan jelas tentang pengeluaran, maka
tidak ada syuf’ah.” (HR Ibnu Majah no: 2028, Imam Bukhari, Tarpizi )
Sesiapa yang mempunyai rakan sekongsi dalam urusan pemilikan tanah, atau rumah, atau
kebun dan seumpamanya, maka ia tidak boleh menjualnya sebelum ia tawarkan kepada
rakan sekongsinya. Jika ternyata ia telah menjualnya sebelum ditawarkan kepada
rakannya, maka sirakan sekongsi itu tetap lebih berhak membelinya:
Dari Jabir ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa mempunyai (kebun) kurpa, atau
sebidang tanah, maka ia tidak boleh menjualnya sebelum menawarkannya kepada rakan
sekongsinya.” (Sahih: Sahih Ibnu Majah no: 2021 dan Ibnu Majah II: 833 no: 2492 dan
Nasa’i VII: 319).
Dari Abu Rafi’ ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Rakan sekongsi itu lebih berhak
atas apa yang dekat dengan dia.” (Sahih: Sahih Ibnu Majah no: 2027 dan Ibnu Majah II:
834 no: 2498).
11.4 HAK SYUF’AH MILIK JIRAN, BILA ANTARA KEDUANYA ADA HAK
SEKONGSI
Jika di antara dua orang berjiran ada hak milik bersama, misalnya berupa jalan, ataupun
air, maka bagi masing-masing mereka memiliki hak syuf’ah yang harus ditunaikan
diantaranya. Oleh itu seorang di antara keduanya tidak boleh menjual hak milik bersama
sebelum mendapat izin dari jirannya dan jika ia terlanjur menjualnya tanpa izin jirannya,
maka jirannya tersebut tetap lebih berhak membeli barang yang dijual itu:
Dari Jabir ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Jiran itu lebih berhak mendapatkan hak
syuf’ah jirannya. Jika ia sedang musafir, harus ditunggu untuk menerima syuf’ah, bila
jalan keduanya satu.” (Sahih: Sahih Ibnu Majah no: 2023, ’Aunul Ma’bud IX: 429 no:
3501, Tarpizi II: 412 no: 1381 dan Ibnu Majah II: 833 no: 2494).
287
Dari Abu Rafi’ bahawa Nabi saw bersabda, “jiran itu lebih berhak atas apa yang dekat
dengan dia.” (Hasan Sahih: Sahih Ibnu Majah no: 2024, Fathul Bari IV: 437 no: 2258,
‘Aunul Ma’bud IX: 428 no: 3499, Nasa’i VII: 320 dan Ibnu Majah II: 833 no: 2495).
Dirugikan
Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:
“Barang siapa yang berkongsi dengan orang lain dalam memiliki rumah atau pokok
kurpa, maka ia tidak boleh menjualnya sebelum memberitahukan rakan kongsinya,
apabila ia rela, maka ia boleh mengambil (harganya) dan jika tidak suka, maka ia harus
meninggalkan (tidak menjual) “ HR Muslim
:RKAN SYUF'AH KEPADA SESAMA ANGGOTA
Diriwayatkan dari Abu Rafi ra, Hamba Nabi Saw yang telah dimerdekakan bahawa dia
menemui Sa'd bin Abu Waqqash ra, kemudian dia berkata: "Belilah dua bilikku yang ada
di rumahmu". Sa'd menjawab: "Demi Allah, saya tidak akan membeli lebih dari 4000
(dirham) secara angsuran". Kata Abu Rafi: "Saya sudah mendapat tawaran 500 dinar.
Sekiranya saya tidak pernah mendengar sabda Nabi Saw, " Jiran lebih berhak kerana
dekatnya", tentu saya tidak akan menjualnya kepadamu dengan harga 4000 dirham dan
saya akan memperoleh 500 dinar". Akhirnya Abu Rafi ra menjual dua biliknya kepada
Sa'd bin Abu Waqqash.
11.5 JIRAN MANA YNG LEBIH BERHAK
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, saya bertanya: "Ya Rasulullah, saya memiliki
dua jiran, yang mana dari keduanya itu yang lebih berhak saya beri hadiah"? Rasulullah
Saw menjawab: "Yang pintu rumahnya terdekat denganmu". (HR Bukhari)
11.5 Kesimpulan
Demi menjaga keharponian dan kemaslahatan kehidupan manusia, Syariat Islam telah
menetapkan hak jiran dan rakan perkongsian mengenai syufah dalam urusan harta
288
manusia. Hukum-hukum mengenai syufah ini masih belum diadakan didalam undang-
undang harta dimalaysia kecuali hak-hak perkongsian.
11.6 SOALAN LATIHAN
1. Berikan definisi Syuf’ah
2. Sebutkan Dalil Syuf’ah
3. Bagaimana hak Syuf’ah menjadi milik jiran
4. Dalam hukum syuf’ah, Jiran yang manakah lebih berhak
289
BAB 12LUQATAH ( BARANG YANG DITEMUI), JI’ALAH, HADIAH DAN
SEDEKAH, INFA’, WAKAF12.1 Luqatah
12.1 1 Pengenalan12.1.2 Definisi Luqatah12.1.3 Dalil-dalil Hukum Luqatah12.1.4 Pengurusan harta Luqatah di Malaysia12.1.5 Hukum Luqatah mengikut Imam Abu Syuja’12.1.6 Hukum memiliki harta luqatah yang tidak dituntut
12.2 Ji’alah
12.2.1 Definisi Ji’alah12.2.2 Rukun Ji’alah12.2.3 Membatalkan Ji’alah12.2.4 Hukum Ji’alah
12.3 Hadiah dan Sedekah
12.3.1 Definisi hadiah12.3.2 Dalil Hukum hadiah12.3.3 Jenis-jenis Hadiah12.3.4 Hukum memberi hadiah12.3.5 Keadaan yang haram memberi dan menerima hadiah
12.4 Sedekah dan Infa’
12.4.1 Definisi sedekah12.4.2 Hukum Sedekah12.4.3 Definisi Infa’
12.5 Wakaf
12.5.1 Definisi Wakaf
290
12.5.2 Barang wakaf12.5.3 Syarat wakaf12.5.4 Syarat berkekalan wakaf12.5.5 Wakaf Tunai
BAB 12LUQATAH ( BARANG YANG DITEMUI), JI’ALAH, HADIAH DAN
SEDEKAH, INFA’, WAKAF
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menghuraikan konsep luqatah dan hukum-hukumnya.
2. Menjelaskan konsep jialah dan hadiah serta hukum-hukumnya .
3. Menghubungkaitkan hadiah dan sedekah serta hukum-hukum
mengenainya
4. Menjelaskan fungsi-fungsi infa’ serta hukum mengenainya.
5. Mengenal pasti definisi wakaf dan hukum mengenainya
12.1 LUQATAH
12.1.1 PENGENALAN
Fiqh muamalat juga ada membincangkan mengenai harta yang ditemui atau barang yang
hilang. Perbincangan mengenainya dinamakan Luqatah
12.1.2 Definisi Luqatah
291
Luqatah dari sudut bahasa ialah nama bagi sesuatu barang yang dipungut, iaitu yang
dijumpai oleh seseorang lalu diambil apbila ianya cicir. Dan di dalam Al-Quran ada ayat
yang berbunyi:
Makasudnya: “Maka peti itu dipungut oleh keluarga Firaun”
( Lisanul arab libni Manzur, Juz 9, hal. 268-270 )
Luqatah Menurut Istilah syarak ialah:
1. Menurut Malikiyyah
Menurut Abu Dhiya’ yang dikenali dengan Saidi Khalil : Luqatah ialah harta ( barang )
yang ma’sum ( terpelihara ) yang terdedah ( kemungkinan ) untuk hilang ( arad lidhiya’).
( Mukhtasar Abi Dhiya’ Saidi Khalil fi Hamish Mawahib Al-Jalil lil Hattab, juz 6 hal. 69)
Maksud harta ( barang ) yang ma’sum ialah barang yang dihorpati menurut syara’ yang
tidak harus bagi seseorang melakukan sesuatu padanya tapa keizinan daripada tuannya.
Menurut al-Faqih Ibn Rusyd: Luqatah ialah harta ( barang) bagi orang muslim yang
mungkin akan hilang (maa’rad lidhiya’) samada dijumpai di tanah yang dibangunkan
atau tidak, samada ianya jamad ( yang tak bernyawa ) atau haiwan sama sahaja kecuali
unta. ( Bidayah al-Mujtahid li Ibn Rushd, juz 2, hal 256 )
2. Menurut Hanabilah Telah berkata al-Imam Ibn Qudamah al-Hanbali: Luqatah ialah
harta (barang ) yang hilang dari pemiliknya dan dipungut oleh orang lain. ( Al-Mughni li
Ibn Qudamah al-Hanbali, juz 5, hal. 630 ).
3.Hanafiah
Telah berkata Imam al-Kassani al-Hanafi Luqatah itu dua jenis:
Pertama: Dari jenis selain dari haiwan iaitu harta ( barang )yang jatuh ( tercicir ) yang
tidak diketahui pemiliknya.
292
Kedua: Ialah dari jenis haiwain iaitu haiwan yang tersesat seperti unta, lembu, kambing
dan dari binatang-binatang ternakan. ( Badai' as-Sanai' lil Kassani Juz. 6 hal. 200 )
4. Menurut Zhohiriyyah
Telah berkata Imam Ibn Hazm az-Zhohiry: Sesiapa yang menemui sesuatu harta (barang)
di kampung atau bandar atau padang pasir, di tanah Arab dalam suasana perang atau
damai ( as-solh ), ditanam atau tidak, cuma yang diketahui ialah ianya merupakan harta
( barang ) milik Islam. Ataupun menjumpai sesuatu harta ( barang ) yang telah tercicir
apa pun jenisnya barang tersebut maka ia merupakan Luqatah. ( al-Muhalla li Ibn Hazm,
Juz 8 hal. 296 )
5. Menurut Ja’fariah
Al-Muhaqqiq al-Hilliy telah mentaa’rifkan Luqatah: Luqatah ialah setiap barang
yang hilang yang dikutip yang tidak ada yang menguasainya. ( Syarai’ al-Islami
lilmuhaqqiq al-Hilliy Juz 2, hal. 177 )
Keenam : Menurut Syafi’iah
Telah mentaa’rifkan fuqaha Syafi’iah Luqatah menurut syara’ ialah: Harta
(barang) yang dihorpati yang tidak dijaga dan orang yang menemuinya itu tidak
mengetahui siapakah pemiliknya ( mustahiq ). ( Nihayat al-Muhtaj ila syarh al-Minhaj lir
Romli Juz 5, hal. 422, Hashiyah al-Bujairimi ala Nahj at-Tullab li Abi Yahya Zakariya
Al-Ansari )
Barang yang dihorpati ( mal al-muhtaram ) telahpun diterangkan maksudnya, dengan
qayyid ini (mal al-muhtaram ) maka terkeluarlah mal al-harbi sekiranya dia masuk ke
dalam Dar al-Islam tanpa keamanan, dengan itu apa-apa pun yang jatuh ( cicir )
daripadanya dianggap sebagai ghanimah bagi yang memungutnya bukanlah Luqatah.
293
Dan dengan adanya qayyid tidak dijaga telah mengeluarkan apa yang ditemui oleh waris
selepas kematian pewaris dari barng-barang wadi’ah ( yang dijaga ) yang tidak diketahui
tuannya. Dan barang-barang ini diserahkan kepada Imam ( penguasa ) untuk menjaganya
atau menjualnya lalu disimpan harga nilainya atau pun disimpan di baitulmal sehinggalah
dituntut oleh pemiliknya.
Sekiranya dia tidak datang maka ianya akan berada di dalam masarif (simpanan
penjagaan ) baitulmal.
Dengan qayyid orang yang menemuinya itu tidak mengetahui siapakah pemiliknya
(mustahiq ) telah mengeluarkan barang ( harta ) yang diketahui pemiliknya ( mustahiq ),
maka ianya kekal milik tuannya dan tidak dinamakan Luqatah, dan tidaklah sabit hukum
Luqatah padanya. Dan apa-apa barang yang tidak ada tuannya ( mustahiq ) dianggap atau
dikira sebagai barang mubah dan ianya adalah bagi yang mengambilnya kerana orang
yang mengambil tersebut boleh memiliki dan menggunakannya secara mutlak. Dan inilah
merupakn taa’rif yang teRPilih yang dirajihkan atas yang selainnya.
12.1.3 DALIL-DALIL HUKUM LUQATAH
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a katanya: Seorang lelaki datang
mengadap Nabi s.a.w untuk bertanya tentang barang yang ditemuinya. Rasulullah s.a.w
bersabda: Umumkanlah kepada orang ramai mengenai bentuk dan talinya (bekasnya),
kemudian umumkanlah dalam tempoh setahun, sekiranya datang tuannya, maka
serahkanlah kepadanya, sekiranya tiada yang datang, maka terserahlah kepadamu. Orang
itu bertanya lagi, bagaimana kalau barang dijumpai itu berupa kambing? Rasuluallah
s.a.w bersabda: Untukmu atau untuk saudaramu atau untuk serigala (bererti boleh
diambil). Lelaki itu bertanya lagi, bagaimana pula jika yang ditemui itu seekor unta?
Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Apa pedulimu terhadapnya? Ia (unta itu)
sudah membawa bekas air dan kasutnya sendiri (kuat menahan dahaga beberapa hari dan
kuat berjalan). Ia mampu pergi ke tempat-tempat air dan memakan pokok-pokok kayu
sehinggalah ia ditemui oleh tuannya.
294
Hadis Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a katanya:
Seorang lelaki datang menghadap Nabi s.a.w untuk bertanya tentang barang yang
ditemuinya. Rasulullah s.a.w bersabda: Umumkanlah kepada orang ramai mengenai
bentuk dan talinya (bekasnya), kemudian umumkanlah dalam tempoh setahun, sekiranya
datang tuannya, maka serahkanlah kepadanya, sekiranya tiada yang datang, maka
terserahlah kepadamu. Orang itu bertanya lagi, bagaimana kalau barang dijumpai itu
berupa kambing? Rasulullah s.a.w bersabda: Untukmu atau untuk saudaramu atau untuk
serigala (bererti boleh diambil). Lelaki itu bertanya lagi, bagaimana pula jika yang
ditemui itu seekor unta? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Apa pedulimu
terhadapnya? Ia (unta itu) sudah membawa bekas air dan kasutnya sendiri (kuat menahan
dahaga beberapa hari dan kuat berjalan). Ia mampu pergi ke tempat-tempat air dan
memakan pokok-pokok kayu sehinggalah ia ditemui oleh tuannya
Hadis Ubai bin Kaab r.a katanya:
Aku telah menemui beg yang mengandungi wang sebanyak seratus dinar, pada zaman
Rasulullah s.a.w. Aku datang membawa beg itu kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda
bersabda: Umumkanlah selama setahun, aku pun mengumumkannya, tetapi aku tidak
menemukan orang yang mengakuinya. Aku datang lagi menghadap Rasulullah s.a.w
baginda bersabda lagi, umumkanlah selama setahun, aku mengumumkannya tetapi aku
tidak menemui orang yang mengakuinya. Sekali lagi aku datang menghadap Rasulullah
s.a.w. Baginda tetap bersabda, umumkanlah selama setahun, aku mengumumkannya,
tetapi aku tidak menemui orang yang mengakuinya, maka Rasulullah s.a.w pun bersabda:
Ingatlah jumlahnya dan bekasnya, Jika datang pemiliknya berikanlah kepadanya,
sekiranya tidak ada awak boleh memanfaatkannya. Aku pun memanfaatkannya. Perawi
Hadis berkata, aku menemuinya di Mekah selepas itu. Dia berkata aku tidak pasti apakah
dia mengatakan tiga tahun ataupun satu tahun
295
12.1.4 Pengurusan Harta Luqatah di Malaysia
Definisi luqatah adalah barang yang ditemui di suatu tempat yang bukan milik seorang.
Misalnya, seorang muslim menjumpai asuatu barang lalu ia khuatir akan rosak atau
hilang barang tersebut lalu ia mengambilnya untuk simpanan dan hebahan.
Garis Panduan Serahan Harta Luqatah Kepada Pihak Majlis Agama Islam
selangor. (MAIS)
1. Penemu hendaklah menyerahkan harta yang dijumpai ke Ibu Pejabat MAIS
atau Unit Mal Pejabat Agama Islam Daerah yang terdekat.
2. Penemu perlu mengisi borang serahan Harta luqatah dan menyerahkan barang
tersebut kepada pegawai bertanggungjawab beserta Harta Luqatah.
3. Satu surat akaun terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai
bukti
penerimaan.
4. Pihak MAIS akan mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis
awam berhampiran Harta Luqatah ditemui.
Sebarang perpohonan dan pertanyaan lanjut berkaitan wasiat, hibah dan luqatah boleh
berbuat demikian seperti alamat di Unit wasiat dan amanah, Bahagian Mal, Majlis
agama Islam, Selangor , Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,40000
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3772 / 3773Fax : 03-5512 4042
Perkhidmatan Harta Luqatah yang disediakan oleh MAIS
1. Penerimaan Harta Luqatah (harta yang dijumpai) oleh orang awam kepada pihak
MAIS.
2. MAIS akan membuat hebahan kepada orang yang berkaitan dengan Harta
Luqatahyang dijumpai selama setahun.
296
3. Proses pelupusan Harta Luqatah yang telah tamat tempoh hebahan selama 1 tahun.
Proses tersebut adalah seperti berikut:
a. Sebut harga
b. Lelongan
c. Tender
d. Musnah
12.1.5 Hukum Luqaatah mengikut Imam Abu Syuja’
Berikut ini adalah kitab matan Abi Syuja' yang terjemahkan:
Fasal: Apabila seseorang itu menemui suatu barang (luqhatah/barang dijumpai) samada
di tanah yang mati atau dijalanan, maka dia boleh mengambilnya ataupun
meninggalkannya. Dan mengambilnya adalah lebih utama, itupun jika dia percaya
bahawa dia boleh menjaga barang dijumpai itu.
Jika dia mengambilnya, maka wajib ke atasnya mengetahui enam perkara: 1.
Bekas/tempatnya. 2. penutupnya. 3. talinya. 4. Jenisnya. 5. bilangannya. 6.
timbangannya.
Barang dijumpai itu wajib disimpan di tempat simpanan yang sesuai. Kemudian jika dia
ingin memiliki barang dijumpai itu, dia mestilah mengumumkan selama setahun di
pintu-pintu masjid dan juga di tempat di mana barang itu ditemui. Maka jika tidak dapat
menemui pemiliknya, bolehlah dia memiliki barang dijumpai itu dengan syarat dhamaan
(dia mestilah menggantinya jika pemilik itu ditemui).
Barang dijumpai (luqathah) ada empat jenis:
1. Jenis yang kekal seperti emas dan perak. Maka itulah hukumnya (perkara yg
disebutkan di atas).
297
2. Jenis yang tidak kekal seperti makanan basah. Orang yang menemuinya boleh
memakannya, kemudian menggantinya, atau boleh menjualnya dan menyimpan wang
hasil jualannya.
3. Jenis yang tidak kekal jika tidak dijaga atau diproses, seperti kurpa yang basah.
Penemunya hendaklah melakukan apa yang terbaik untuknya, samada menjual dan
menyimpan wang hasil jualannya atau mengeringkan dan menyimpannya.
4. Jenis yang memerlukan biaya, seperti binatang. Jenis ini terbahagi dua jenis:
i. Binatang yang tidak boleh mencegah/menjaga dirinya sendiri. Penemunya boleh
memakannya dan menggantikan nilai harganya atau memeliharanya secara sukarela,
kemudian menjual dan menyimpan wang hasil jualannya.
ii. Binatang yang boleh mencegah/menjaga dirinya sendiri. Jika ia ditemui di padang,
hendaklah dibiarkan/ditinggalkan. Jika ia ditemui di kampung, penemunya boleh memilih
melakukan antara 3 perkara yg tersebut di atas.
Fasal: Apabila ada kanak-kanak yang ditemui di jalanan, maka hukum mengambilnya,
menjaganya dan memeliharanya adalah fardhu kifayah. Kanak-kanak ini tidak boleh
ditinggalkan kecuali di tangan orang yang boleh dipercayai.
Jika didapati pada kanak-kanak itu ada harta, hakim hendaklah menampung kos
perbelanjaan kanak-kanak itu dengan harta berkenaan. Jika kanak-kanak itu tiada harta,
maka kosnya adalah ditanggung oleh baitulmal.
12.1.6 Hukum memiliki harta Luqatah jika tidak dituntut ANG EMUKAN
TERSEBUT DENGAN BENAR, MAKA PENEMU HARUS
Ubaiy bin Ka'b ra dia berkata: Saya pernah terjumpa sebuah dompet berisi wang 100
dinar, kemudian saya menemui Nabi Saw. Beliau bersabda, "Umumkan selama satu
tahun". Kata Ubaiy: Saya pun mengumumkannya selama satu tahun, namun belum juga
298
saya temukan orang yang mengakuinya. Saya menemui Nabi Saw lagi, kemudian beliau
bersabda, "Umumkan selama satu tahun lagi". Setelah saya mengumumkannya selama
satu tahun lagi masih juga belum saya temukan orang yang mengenalinya, lalu pada
tahun ketiga saya menemui Nabi Saw, kemudian beliau bersabda, "Simpan wang itu,
hitung jumlahnya, dan perhatikan ciri-ciri dompet tersebut. Jika pemiliknya datang,
berikanlah, jika tidak maka gunakanlah". (HR Bukhari)
12.2. KONTRAK JI’ALAH
12.2.1 DEFINISI JIALAH
Ji’alah menurut Bahasa adalah Barang yang dijanjikan untuk seseorang atas janji sesuatu
yang akan dia kerjakan. Menurut Istilah syarak pula ialah Tindakan penetapan orang
yang sah urusan nya tentang suatu ganti yang telah diketahui jelas atas pekerjaan yang
ditentukan. Ji’alah juga ialah meminta agar mengembalikan barang yang hilang dengan
bayaran yang ditentukan. Misalnya seseorang kehilangan kuda, dia berkata, ”Sesiapa
yang mendapatkan kudaku dan dia kembalikan kepadaku, aku bayar sekian”.
12.2.2 Rukun ji’alah
1. Kalimah itu hendaklah mengandungi erti izin kepada yang akan bekerja, juga tidak
ditentukan waktunya.
2. Orang yang menjajikan upahnya. Orang yang menjanjikan upahnya tersebut boleh
orang yang kehilangan itu sendiri atau orang lain.
3.Pekerjaan (mencari barang yang hilang).
4. Upah. Disyaratkan memberi upah dengan barang yang tertentu.
Jika orang yang kehilangan itu berseru kepada masyarakat umum, ” Siapa yang
mendapatkan barangku akan aku beri wang sekain.” kemudian dua orang bekerja mencari
barang itu, sampai keduanya mendapatkan barang itu bersama-sama, maka upah yang
dijanjikan tadi berserikat antara keduanya.
299
12.2.3 Membatalkan ji’alah
Masing-masing pihak boleh menghentikan(membatalkan) perjanjian sebelum bekerja.
Jika yang membatalkannya orang yang bekerja, maka ia tidak mendapat upah, sekalipun
ia sudah bekerja. Tetapi jika yang membatalkannya adalah pihak yang menjanjikan upah,
maka yang bekerja berhak menuntut upah sebanyak pekerjaan yang sudah dia kerjakan.
12.2.4 Hukum Ji’alah
Dasar hukum ji’alah adalah Boleh, sebagai mana firman Allah dan Sabda Nabi SAW.
Firman Allah : ”Dan siapa yang dapat mengembalikannya akan memperolaeh bahan
makanan(seberat) beban unta.”(Surah Yusuf : 72)
Syarat yang diberikan adalah seperti upah jika berjaya lakukan sesuatu. Syarat yang
diberikan perlulah jelas, sebab sebagai ganti(upah) atau sebagai kos. Tidak boleh syarat
yang samar-samar, seperti: siapa yang mengembalikan orang suruhanku yang lari, maka
ia akan saya beri pakaian tanpa dijelaskan jenius pakaaian dan bila dilaksanakan.
12.3 HADIAH DAN SEDEKAH
12.3.1 Definisi hadiah
Dalam al-Qamus al-Fiqhi dinyatakan menurut ulama Syafiiyah, Hanabilah, Hanafiyah
dan Malikiyah, hadiah adalah pemindahan pemilikan suatu harta tanpa balasan sebagai
penghorpatan kepada orang yang diberi hadiah.
Sebagai sebuah aqad, hadiah memiliki tiga rukun.
1. adanya al-‘aqidan, iaitu pihak pemberi hadiah (al-muhdi) dan pihak yang diberi
hadiah (al-muhda ilaih).
2. adanya ijab dan qabul. Hanya saja, dalam hal ini tidak mesti dalam bentuk redaksi
(shighat) lafzhiyah.
300
3. harta yang dihadiahkan (al-muhda). Al-Muhda (barang yang dihadiahkan)
disyaratkan mesti jelas (ma‘lum), harus milik al-muhdi(pemberi hadiah), halal
diperjualbelikan dan berada di tangan al-muhdi atau boleh diserahterimakan. (Sila
rujuk An-Nawawi, Rawdhah ath-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin)
12.3.2 Dalil Hukum Hadiah
Hukum asal memberi dan menerima hadiah hukumnya sunnah. Abu Hurairah berkata,
Nabi saw. bersabda:
”Hendaklah kamu semua saling memberi hadiah niscaya kamu semua saling mencintai”
(Al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad; al-Baihaqi, Al-Hafizh Ibn Hajar berkata: isnadnya
hasan).
Bahkan Nabi saw. mendorong untuk memberi hadiah meskipun nilainya secara
keseluruhan adalah kecil
”Hai para Muslimah, janganlah seorang wanita merasa hina (memberi hadiah) kapada
wanita jirannya meski hanya tungkai (kuku) kambing. (HR al-Bukhari, Muslim, at-
Tarpizi dan Ahmad).
Sebaliknya, Nabi saw. melarang untuk menolak hadiah:
”Penuhilah (jemputan/undangan) orang yang mengundang, jangalah kamu menolak
hadiah dan jangalah kamu semua memukul kaum Muslim”. (HR al-Bukhari, Ahmad,
Abu Yaâla dan Ibn Abi Syaibah)
301
Jika seseorang diberi hadiah dan tidak ada halangan syarak untuk menerimanya maka
hendaklah ia menerimanya. Jika seseorang menolak hadiah kepadanya maka hendaknya
menjelaskan sebabnya untuk menghilangkan perasaan buruk di hati si pemberi. Perkara
itu seperti riwayat ibn Jatstsamah bahawa ia menghadiahkan seekor keledai liar kepada
Nabi saw. Semasa beliau berada di Abwa atau Wadan, tetapi Beliau menolaknya. Lalu
Beliau menjelaskan alasan penolakannya. Beliau bersabda, ”Sesungguhnya aku tidak
menolak hadiahmu kecuali kerana aku sedang berihram”. (HR al-Bukhari).
Begitu juga hukumnya Boleh menerima hadiah dari orang kafir, kerana dalam Sahih al-
Bukhari diriwayatkan Nabi saw. pernah menerima hadiah dari Heraklius, Muqauqis,
Ukaidir Dumatul Jandal, dan Raja Ailah. Beliau pun menerima hadiah dari orang kafir
lainnya. Begitu pula boleh memberi hadiah kepada orang kafir selama orang itu bukan
kafir harbi (QS. Mumtahanah [6]: 8-9) atau selama hadiah itu tidak membuat orang
kafir bertambah kuat atau menjadi berani menyerang kaum Muslim.
Jika seseorang mendapat hadiah dan ia memiliki kelapangan maka disunatkan untuk
membalasnya. Jika tidak, setidaknya memuji dan mendoakan pemberi hadiah. Jabir ra.
menuturkan bahawa Nabi saw. pernah bersabda:
”Siapa yang diberi sesuatu lalu ia memiliki kelapangan harta, hendaklah ia
membalasnya; jika ia tidak memiliki kelapangan harta, hendaknya ia memuji
(mendoakan)-nya.” (HR Abu Dawud, Tarpizi, al-Baihaqi).
Dalam riwayat at-Tarpizi dari Usamah bin Zaid, pujian (doa) yang paling baik untuk itu
adalah dengan mengatakan, jazakallah khayran kathira (Semoga Allah membalasmu
dengan yang lebih baik).
12.3.3 Jenis-Jenis Hadiah
Walaupun manusia diperintahkan untuk menerima hadiah dan dilarang menolaknya, ada
beberapa jenis yang tidak boleh atau haram diterima, di antaranya:
302
1. Hadiah yang diberikan agar suatu kemungkaran dibiarkan atau agar penerima
hadiah mengendurkan aktiviti amar makruf nahi mungkar atau yang
seumpamanya. Hadiah yang dimaksudkan untuk membatalkan yang hak dan
mengukuhkan yang batil, termasuk hadiah agar yang haq tidak disuarakan dan
agar yang batil dibiarkan atau tidak dikritik, tidak boleh diterima. Apalagi hadiah
yang diberikan agar kebatilan disuarakan dan disebarkan, atau agar kemungkaran
diperintahkan, tentu lebih tidak boleh lagi diterima; termasuk di dalamnya hadiah
dari negara atau organisasi asing untuk penyebaran ide selain Islam
2. Hadiah kepada penguasa, pejabat atau pegawai negara. Abu Humaid as-Saâd idi
menuturkan bahawa Nabi saw. pernah mengangkat seseorang dari Bani Azad
yang bernama Ibn al-Utbiyah (Ibn al-Lutbiyah) sebagai amil pemungut zakat, lalu
ia kembali dan mengatakan, “Ya Rasul, ini untuk Anda dan ini dihadiahkan untuk
saya. Nabi saw. lalu berkata, Tidak boleh seorang petugas yang kami utus lalu
datang dan berkata, Ini untuk Anda dan ini dihadiahkan untuk saya. Mengapa ia
tidak duduk saja di rumah bapak dan ibunya lalu memperhatikan apakah itu
dihadiahkan kepadanya atau tidak. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya,
tidaklah ia datang membawa pemberian itu, kecuali ia pasti datang pada Hari
Kiamat kelak memanggul barang itu di pundaknya.(HR al-Bukhari, Muslim,
Ahmad dan Abu Dawud)
Hadis ini menunjukkan hadiah itu datang kerana jabatan, kedudukan atau
tugasnya.
3. Hadiah yang diberikan kerana adanya akad al-qardh (hutang). Anas ra.
Mengatakan, Nabi saw. pernah bersabda:
”Jika salah seorang di antara kamu berhutang lalu pihak yang berhutang
memberinya hadiah atau membawanya di atas hewan tunggangan maka jangan
ia menaikinya dan jangan menerima hadiah itu, kecuali yang demikian itu biasa
terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu. ” (HR Ibn Majah).
303
12.3.4 Hukum Memberi Hadiah
Hukum memberi hadiah adalah sunat. Dari Abu Hurairah Rasulullah saw bersabda:
bوا ت ه اد و/ا اب ت ح
”Kalian saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.”
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Al Baihaqi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar)
Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah apabila diberi makanan, beliau
selalu menanyakan kepada si pemberi hadiah apakah pemberian itu hadiah atau
sedekah. Jika pemberian itu sedekah, Rasul tidak memakannya dan menyuruh
para sahabat untuk memakan hadiah dimaksud. Jika dinyatakan pemberian itu
adalah hadiah, Rasulullah menepukkan tangannya dan makan bersama sahabat.
(HR Imam Bukhari, Muslim, Tarpizi dan An Nasa’i)
”Wahai para Muslimah, janganlah seorang wanita merasa hina (memberi
hadiah) kapada wanita jirannya walaupun hanya tungkai kuku kambing.
(HR al-Bukhari, Muslim, at-Tarpizi dan Ahmad).
Orang yang diberi hadiah disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya
dan membalasnya. Dasarnya adalah hadits `Aisyah riwayat al-Bukhari, ia berkata
”Rasulullah saw. pernah menerima hadiah dan membalasnya.
Sebaliknya, Nabi saw. melarang untuk menolak hadiah:
Penuhilah (undangan) orang yang mengundang, jangan kalian tolak hadiah dan
jangan kalian memukul kaum Muslim. ” (HR al-Bukhari Ahmad, Abu Ya‘la dan
Ibn Abi Syaibah).
12.3.5 Keadaan Yang Haram Memberi Dan Menerima Hadiah
304
Secara umumnya hukum memberi hadiah adalah sunat. Islam telah menyatakan hukum
khusus tentang haram dan harus memberi dan menerima hadiah. Para fuqaha telah
menggariskan 3 bentuk hadiah yang haram, iaitu:
1) Hadiah kerana adanya aqad hutang.
2) Hadiah kerana melakukan sesuatu keharaman
3) Hadiah kepada pemerintah
a. hadiah yang diberikan kerana adanya akad al-qardh (hutang). Anas ra.
menuturkan, Nabi saw. pernah bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu memberi hutang kemudian yang
berhutang memberi hadiah atau membawa kamu ke atas haiwan tunggangan
maka jangan kamu menaikinya dan jangan menerima hadiah itu, kecuali yang
demikian itu biasa terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu.”
(HR Ibn Majah).
b. Hadiah yang diberikan atas tindakan yang haram atau mengurangi amal
ibadah. Ini juga bentuk hadiah yang haram.
c. hadiah kepada pemerintah.
Pengharaman hadiah untuk penguasa, pegawai kerajaan dan seumpamanya
telah disebutkan dengan jelas dalam hadits-hadits. Imam Bukhari
meriwayatkan dari Abu Hamid Al-Sa’idi, bahawa Nabi saw. menugaskan
Ibnu Lutaibah untuk mengurus zakat Bani Sulaim. Ketika dia sampai kepada
Rasulullah saw. dan membuat perkiraan dengan baginda, dia berkata:
“Ini untuk kalian. Dan ini hadiah yang dihadiahkan kepadaku.”
Maka, Rasulullah saw. berkata: “Kenapa kamu tidak duduk saja di rumah
ayahmu dan rumah ibumu, sampai datang kepadamu hadiahmu, jika kamu
benar?” Lalu Rasulullah saw. berdiri dan berbicara kepada orang-orang.
Beliau bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya, lalu berkata: “Amma ba’du.
305
Sesungguhnya aku menugaskan beberapa orang lelaki di antara kalian untuk
mengurusi hal-hal yang dikuasakan kepadaku oleh Allah. Lalu salah seorang
dari kalian datang dan berkata: ‘Ini adalah milik kalian. Dan ini adalah
hadiah yang dihadiahkan kepadaku.’ Kenapa dia tidak duduk saja di rumah
ayahnya dan rumah ibunya, sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia
benar? Demi Allah, tidak seorang pun dari kalian mengambil sesuatu
darinya, kecuali dia akan menanggungnya pada hari kiamat.”
Dalam Talkhishul Mutasyabih, Al-Khathib mengeluarkan dari Anas, bahawa
Nabi saw. bersabda.
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan
rasuah yang diterima alhukam adalah kufur"
[Riwayat Ahmad].
Abu Wail Syaqiq bin Salamah, salah seorang imam tabi’in, berkata:
“Jika qadhi (hakim) mengambil hadiah, maka dia telah memakan suht. Dan
jika dia mengambil rasuah, maka itu telah menyampaikannya kepada
kekufuran.”
Diceritakan dari Masruq dari Ibnu Mas’ud, bahawa ketia dia ditanya tentang
suht, apakah itu rasuah, dia menjawab: “Bukan. Tapi suht adalah bahawa
seorang lelaki meminta bantuanmu untuk menghilangkan ketidakadilan
atasnya, lalu dia member hadiah padamu. Maka jangan kamu terima.”
Diriwayatkan dari Buraidah dari Nabi saw., beliau bersabda: “Sesiapa yang
kami tugaskan untuk suatu pekerjaan, dan kami telah memberikan rezeki
(upah)kepadanya, maka (hadiah) yang dia ambil setelah itu adalah
pengkhianatan.”
Terdapat 2 pengecualian di mana pemerintah boleh menerima hadiah.
306
1. adalah hadiah yang diberi oleh pemerintah dari negara atau kekuasaan
lain. Ini ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw dimana baginda
menerima hadiah dari ketua-ketua kabilan di luar Madinah.
2. adalah sekiranya orang yang member hadiah sememangnya telah biasa
member hadiah kepada pemerintah tersebut sebelum beliau menjawat
jawatan pemerintahan. Ini bersandarkan mafhum dari potongan hadith
“.Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya,
sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia benar? Maka, sekiranya dua
orang sudah sedia ada biasa memberi hadiah atas hubungan kekerabatan,
persahabatan contohnya, sekiranya salah seorang dari mereka menjawat
jawatan pemerintahan, mereka masih boleh meneruskan amalan tersebut.
12.4.SEDEKAH DAN INFAQ
12.4.1 Definisi Sedekah
Sedekah atau sedekah adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu sodaqa yang
bermaksud benar. Dari segi syarak perkataan shadaqoh bererti suatu pemberian yang
diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara sukarela tanpa ditetapkan masa
dan dan jumlah tertentu. Ia juga bererti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang
sebagai kebajikan yang mengharap keredhaan Allah SWT dan pahala semata-mata.
Sedekah dalam pengertian di atas oleh para fuqaha (ahli fikih) disebuh sedekah at-
tatawwu' (sedekah secara sukarela). Erti sedekah juga adalah pemberian sesuatu kepada
orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Di dalam Alquran terdapat banyak ayat yang menggalakkan kaum Muslimin untuk
senantiasa memberikan sedekah. Di antara ayat yang dimaksud adalah firman Allah SWT
yang ertinya:
''Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan
dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf atau
mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana
mencari keridhaan Allah, maka kelak Kami akan memberi kepadanya pahala yang
besar.'' (QS An Nisaa [4]: 114).
307
12.4.2 Hukum Sedakah
Para fuqaha bersepakat hukum sedekah pada dasarnya adalah sunat iaitu mendapat
pahala bila dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Di samping hukum sunat,
adakalanya hukum sedekah menjadi haram iaitu dalam kess seseorang yang bersedekah
mengetahui pasti bahawa orang yang bakal menerima sedekah tersebut akan
menggunakan harta sedekah untuk kemaksiatan. Hukum sedekah juga boleh berubah
menjadi wajib, iaitu ketika seseorang bertemu dengan orang lain yang sedang kelaparan
hingga dapat mengancam keselamatan jiwanya, sedangkan ia mempunyai makanan yang
lebih dari apa yang diperlukan saat itu. Hukum sedekah juga menjadi wajib jika
seseorang bernazar hendak bersedekah kepada seseorang atau sesuatu pihak.
12.4.3 INFAK
Infak adalah mengeluarkan sebahagian dari harta atau pendapatan/ penghasilan untuk
suatu kepentingan yang diperintahkan ajaran Islam. Jika zakat ada nishabnya , infak tidak
mengenal nisab. Infak dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman, samada yang
berpendapattan tinggi atau rendah, kaya atau miskin. Seperti firman Allah swt.
134. Iaitu orang-orang Yang menderpakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan
kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-
perkara Yang baik; (surah Ali Imron ; 134).
Jika zakat wajib diberikan kepada 8 asnaf, infak pula boleh diberikan kepada sesiapa
sahaja seperti kedua orang tua, anak, dan sebagainya sebagaimana firman Allah di dalam
surah al Baqarah : 215).
“mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan
mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta
benda (yang halal) Yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada:
308
kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-
orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan
(ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka
Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas
Dengan sebaik-baiknya).”
Sedekah dan infak adalah lebih kurang sama biarpun dalam kes tertentu adalah berbeza,
Cuma infak adalah berkaitan dengan pemberian benda manakala sedekah adalah
pemberian yang boleh dalam bentuk yang lebih luas iaitu pemberian benda atau dalam
bentuk bukan benda seperti sedekah zikir seperti Hadist riwayat Imam Muslim dari Abu
Dzar, Rasulullah bersabda
“ jika kamu tidak mampu bersedekah dengan harta maka membaca tasbih, membaca
takbir, tahmid, tahlil, berhubungan suami istri, dan melakukan amar ma’ruf nahi munkar
adalah sedekah.” HR Muslim
Sedekah agak berbeza dengan zakat kerana Zakat menurut istilah syarak ialah
mengeluarkan sejumlah harta tertentu yang telah mencapai syarat tertentu yang
diwajibkan oleh Allah untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak
menerimanya dengan persyaratan tertentu pula (Kifayatul Akhyar, I:1/2). Beberapa jenis
harta itu adalah emas & perak, peternakan, pertanian, perdagangan & jasa, dan barang
dijumpai, yang harus dikeluarkan zakatnya setelah mencapai syarat, diantaranya dimiliki
penuh, berkembang, mencapai syarat jumlah (nishab) dan waktu (haul), lebih dari
kebutuhan pokok, serta bebas hutang, dan pemberiannyapun wajib diberikan kepada 8
golongan (asnaf).
Makna sedekah memang sering menunjukkan makna memberikan harta untuk perkara
tertentu di jalan Allah S.W.T , sebagaimana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat dalam
Al-Qur’an. Di antaranya adalah :-
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu
dengan perkataan membangkit-angkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya
pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-
309
nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian
batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).
(Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan
mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah
tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”
12.5 WAKAF
12.5.1 Definisi Wakaf
Wakaf adalah perbuatan yang dilakukan wakif (pihak yang melakukan wakaf) untuk
menyerahkan sebahagian atau untuk keseluruhan harta benda yang dimilikinya untuk
kepentingan ibadah dan kesejahteraan masyarakat untuk selama-lamanya. Seorang wakif
boleh terdiri daripada orang perseorangan dan organisasi.
Perkataan waqf menurut bahasa adalah berasal daripada perkataan waqafa bererti
menahan seperti perkataan milkun mauqufun ertinya harta milik yang diwakafkan atau
ditahan. Ia juga boleh berpakna menunda atau berhenti untuk sementara, waqf fie al-
kalam/al-qira’ah ertinya menunda pembicaraan atau berhenti membaca.
Menurut istilah fiqh pula waqaf beerti suatu amal yang dilakukan dengan cara menahan
harta asalnya dan menyalurkan hasilnya di jalan Allah (Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah,
III : 378).
Istilah lain yang hampir sama maknanya dengan amal wakaf ialah sedekah jariyah.
Sedekah jariyah secara harfiyah adalah sedekah yang mengalir pahalanya. Istilah ini
berasal dari Rasulullah SAW sendiri seperti yang disebut dalam hadits riwayat Muslim
310
tentang adanya tiga jenis amalan yang tidak akan putus pahalanya sampai dengan
seseorang selepas meninggal dunia.
Rasulullah saw bersabda,
“Tiga amalan yang tidak teRPutus pahalanya walaupun setelah meninggal dunia iaitu,
sedekah jariah doa anak soleh kepada kedua ibubapanya dan , ilmu yang dimanfaatkan.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Sedekah jariah adalah dengan cara waqaf iaitu untuk memperoleh pahala dari Allah SWT
yang tak ada putus-putusnya. Ulama ahli hadits menerangkan bahawa yang dimaksud
dengan sedekah jariyah itu adalah amal wakaf (Al-Syaukani, Nail al-Authar, VI : 25)
Wakaf adalah salah satu bentuk amalan sosial yang telah dilaksanakan oleh umat Islam
semenjak masa Nabi Muhammad SAW hingga sekarang. Rasulullah SAW sendiri telah
melakukan amal wakaf kemudian diikuti oleh para sahabatnya, (Sayd Sabiq, Fiqh al-
Sunnah, III : 379). Menurut riwayat dari sahabat Jabir ra, tidak ada seorangpun dari
sahabat Nabi SAW yang mampu yang tidak melakukan amal wakaf, semuanya
melakukan amal wakaf (Wahbah Zuhaily, Fiq al-Islam wa Adillatuh, VIII : 157).
Imam Shafie mengatakan bahawa dari segi sejarah, amal wakaf adalah aktiviti amal
sosial yang dibangun oleh Islam yang mana sebelumnya tidak ada dalam sejarah
kehidupan manusia. (Mushtofa Salabi (Muhadlarat fie al-Waqf wa al-Washiyyah : 7).
Dari segi ekonomi amalan wakaf mempunyai peranan yang sangat penting disamping
peranan zakat, infaq dan sedekah. Ini adalah kerana amalan wakaf cenderung sebagai
sebagai sedekah atau sumbangan yang berpanjangan yang tidak habis selepas digunakan.
maka amalan ini boleh dikembangkan menjadi modal produktif yang manfaatnya dapat
digunakan untuk membiayai kehidupan seperti mendirikan tempat ibadah, membangun
madrasah, pondok-pondok, poliklinik, rumah yatim lain-lainnya.
Amalan wakaf menjadi suatu yang penting dibeberapa Negara arab seperti Mesir, Syria
dan Arab Saudi. Pengurusan wakaf di Mesir mulai sejak zaman Taubah bin Numair
311
menjabat gabenor (al-qadhi) di wilayah tersebut pada masa khalifah Hisyam bin Abdul
Malik. Sebelumnya wakaf diurus oleh penerima wakaf (mauquf ‘alaih) atau oleh
kepercayaan wakif (washiy munaffadzul washiyah). Setelah terdapat beberapa kes
penyelewengan hasil wakaf dan banyak benda-benda wakaf yang rosak, maka
pengurusan wakaf telah diambil alih oleh Pemerintah. (Abu Zahrah, Muhadlarat fie al-
Waqf : 11)
Universiti Al-Azhar di Mesir semenjak tertubuhnya pada tahun 1000 M hingga sekarang
dibiayai oleh hasil harta wakaf. Di Mesir harta wakaf banyak yang berupa bangunan-
bangunan sewaan, tanah-tanah pertanian dan saham yang dibuat dalam pelbagai sektor
perindustrian. (Azhar Basyir, Hukum Islam tentang Wakaf, Ijarah dan Syirkah : 21)
12.5.2 Barang Wakaf
Barang wakaf yang dapat diwakafkan adalah benda bergerak maupun benda tidak
bergerak yang dimiliki dimiliki secara sah oleh pihak yang akan melakukan wakaf
(wakif). Barang wakaf benda tidak bergerak dapat dalam bentuk tanah, rumah dan lain-
lain. Sementara untuk barang wakaf benda bergerak dapat dengan bentuk wang.
12.5.3 Syarat Wakaf
Syarat wakaf yang menjadi syarat utama agar dapat sahnya suatu akad wakaf adalah
seorang wakif telah dewasa, berakal, tidak dihalang untuk tasarruf, pemilik sah dari harta
benda yang diwakafkan.
Akad wakaf yang diikrarkan seorang wakif harus disaksikan oleh dua orang saksi dan
direkod atau didaftarkan dalam maklumat ulil amri (kalau di Malaysia di bahagian wakaf,
Jabatan Agama). Ikrar akad wakaf dilaksanakan dengan ikrar dari wakif untuk
menyerahkan harta benda yang dimiliki secara sah untuk diurus oleh nadzir (orang yang
mengurus harta wakaf) untuk demi ibadah dan kemaslahatan masyarakat.
12.5.4 Syarat Berkekalan Dalam Wakaf (ta’bid al waqf)
312
Amal wakaf apabila dilihat dari segi benda yang diwakafkan (al-mauquf bih) adalah sama
dengan sedekah, hibah atau hadiah, kerana harta yang diwakafkan telah terpisah dari
milik waqif. Tetapi apabila dilihat dari penguasaan terhadap benda yang diwakaf (al-
mauquf ‘alaih) adalah sama seperti barang pinjaman atau barang sewaan (ijarah), kerana
organisasi atau orang yang menerima wakafnya tidak menguasai secara mutlak. Ia tidak
menjual beli sesuka hati dan tidak boleh dimiliki seperti harta peribadi.
Adakah amal wakaf tersebut boleh untuk jangka waktu yang selama-lama (mu’abbad)
atau boleh untuk waktu tertentu sahaja. (mu’aqqat). Terdapat beberapa pendapat
mengenai parkara tersebut yang berkisar kepada perkara syarat benda-benda yang boleh
diwakafkan dan benda-benda yang tidak boleh diwakafkan, syarat-syarat penerima wakaf
dan kesan wakaf dimana apakah harta itu menjadi milik penerima wakaf atau menjadi
milik Allah atau masih dalam kekuasaan wakif sehingga wakif dapat mengatur harta
wakafnya secara mutlak.
1. Mazhab Syafi’i
Ulama Syafi’iyah memandang bahawa benda wakaf sudah terpisah dari milik wakif tetapi
tidak berpindah kepada penerima wakaf, melainkan menjadi milik Allah (milkun
mu’abbadun lillah).
Mereka mensyaratkan amal wakaf hendaklah terdiri daripada benda-benda yang kekal
(baqa’ al-’ain), berterusan manfaatnya (dawam al-manfaat), dan tidak habis diguna
seperti tanah, rumah, kendaraan, alat-alat pejabat, senjata dan lain-lainnya, tidak seperti
makanan, buah-buahan dan sebagainya yang habis ketika digunakan
Syarat lain dalam pelaksanaan wakaf ialah jangka waktu wakaf yang tidak tertentu,
maknanya bukanlah untuk tidak untuk jangka waktu tertentu sahaja. Alasannya ialah
kerana amal tersebut merupakan perbuatan hukum yang memisahkan harta milik untuk
mendekatkan diri kepada Allah sama halnya dengan membebaskan budak dan sedekah.
Apabila seorang mewakafkan sebidang tanah dengan dibuat jangka waktu seperti selama
satu atau dua tahun, maka wakafnya tidak sah, kerana menunjukkan jangka waktu
tertentu. Demikian pula apabila amal wakaf ditujukan kepada orang tertentu dan
313
dihadkan hingga meninggal dunia (munqathi’ al-intiha) atau ditujukan kepada bayi yang
akan dilahirkan (munqathi’ al-ibtida’), wakafnya tidak sah.
Seterusnya Ulama Syafi’iyah menegaskan bahawa untuk amal wakaf tidak ada khiyar,
iaitu memilih antara melaksanakan wakaf dengan membatalkannya setelah diikrarkan.
Alasannya ialah kerana ikrar wakaf buklanlah suatu perjanjian yang bersifat timbal balik
(’aqd mu’awadhah).
Namun mereka berselisih pendapat mengenai ikrar wakaf yang tidak menyebutkan
mauquf ‘alaihnya secara jelas seperti seorang wakif mengucapkan ikrarnya “rumah ini
saya wakafkan”, tidak menyebutkan orang atau organisasi mana yang menerima
wakafnya. Sebahagian mereka memandang sah dan sebahagian lagi memandang tidak
sah. Yang memandang tidak sah memberi alasan bahawa kerana amal wakaf adalah
perbuatan hukum yang bersifat memindahkan hak milik (tamlik), maka perlu ada pihak
kedua yang menerimanya (qabul).
Namun akhirnya ditegaskan bahawa yang sahih adalah pendapat yang mengesahkan
tanpa ada pihak kedua yang menerimanya dengan alasan bahawa perbuatan amal wakaf
adalah melepaskan hak milik (izalah al-milk) tetapi tujuannya untuk mendekatkan diri
kepada Allah (taqarrub) sama halnya dengan amal qurban.
Wakaf yang diikrarkan secara mutlak, tanpa menyebut orang atau organisasi tertentu,
maka harus disalurkan kepada organisasi yang mengurus fakir miskin atau yatim piatu
atau kepada orang-orang yang dekat hubungannya dengan wakif yang memerlukan
pertolongan (Al-Nawawie, XV : 334-336). Mereka berhujjah dengan hadits Umar bin al-
Khattab ra :
“Maka sedekahkanlah hasilnya kepada fakir miskin, kepada kaum kerabat, hamba
sahaya, sabilillah, ibnu sabil dan (para) tetamu…” (HR Bukhari Muslim).
Dan hadits riwayat Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda :
314
“Allah tidak menerima amal sedekah dari seseorang yang mempunyai kerabat yang
memerlukan dan ada pertalian dengannya tetapi disalurkannnya pada orang lain” (HR
Al-Thabarani)
Ulama Syafi’iyah sangat ketat dalam mempertahankan asas benda yang diwakaf (baqa
al-’ain) berbanding kekalnya manfaat (dawam al-manfaat). Mereka mengatakan
sekiranya benda wakaf hancur ditelan masa atau rusak hingga tidak berfungsi (kharab),
maka pihak pengusaha (nadzir, mtawalli) berkewajiban untuk berusaha memanfaatkan
benda wakaf tersebut sesuai dengan peruntukan yang diikrarkan oleh wakifnya. Apabila
sebuah masjid runtuh, maka kayu-kayunya harus dimanfaatkan kembali dan tapaknya
diratakan dengan tanah hingga dapat digunakan untuk shalat atau i’tikaf lagi. Kecuali
apabila kayu-kayu tersebut sudah tidak dapat dimanfaatkan, maka boleh dibakar
(Muhammad Nawawi al-Bantani, Nihayatuzzain : 272) Demikian ketatnya Ulama
Syafi’iyah dalam mempertahankan benda wakaf. Imam Bujairomi mengatakan
bahawasanya telah berlaku perdebatan di kalangan Ulama Syafi’iyah mengenai
hukumnya menjual bahan runtuhan atap bangunan wakaf dan tikar yang sudah tidak
boleh digunakan. Sebahagian mereka mengatakan boleh dijual dan wangnya
dikembalikan kepada wakaf. Alasannya hasil penjualan bekas wakaf yang nilainya kecil
adalah lebih baik daripada disia-siakan. Namun menurut sebahagian yang lain tetap tidak
boleh dijual. Imam Subki berkata, pendapat inilah yang benar (Hasyiyah Bujairomi, III :
213)
2. Mazhab Hanafi
Imam Abu Hanifah tidak mensyaratkan wakaf untuk jangka waktu yang tidak tertentu,
tetapi boleh dihadkan dengan waktu tertentu seperti dua puluh tahun, lima puluh tahun
dan seterusnya. (Abu Zahrah : 77). Asas pemikirannya ialah kerana amal wakaf
bukanlah perbuatan hukum yang memindahkan hak milik dari wakif kepada pihak lain.
Harta wakaf menurut pendapatnya masih tetap menjadi milik wakif, dan wakif masih
berhak untuk melakukan apa saja (anwa’ al-tasharruf) atas harta wakafnya itu. Dan
apabila wakifnya meninggal dunia, harta wakaf boleh diwariskan kepada anak cucunya,
315
kerana wakaf hanyalah memberi manfaat atau hasil yang disalurkan kepada mauquf
‘alaih, lain tidak. (Mushtofa Salabi : 19).
Amal wakaf menurut Ulama Hanafiyah tidak mengikat (ghairu lazim), wakif (pewakaf
atu pemilik asal harta) tetap menguasai harta wakaf secara penuh dan dapat
menggunakannya secara bebas, termasuk mewariskan kepada anak cucu setelah ia
meninggal. Di sini amal wakaf dipandang sama dengan ‘ariyah iaitu meminjamkan benda
barang kepada orang lain. ‘Ariyah merupakan amal kebajikan (tabarru’) melalui manfaat
benda yang dipinjamkan, demikian pula halnya harta wakaf, berbuat kebajikan melalui
penyaluran manfaat kepada pihak yang diwakaf (mauquf ‘alaih) tanpa mengurangi hak
penguasaan terhadap bendanya. Abu Hanifah dan para pendukung mazhabnya mengakui
adanya amal wakaf yang mengikat (luzum), iaitu ketika wujud pihak dari luar (liwujudi
amrin khorijin) dan adanya di tiga tempat :
(1) kerana ada keputusan hakim setelah terjadi perselisihan antara wakif dengan pihak
pengusaha,
(2) kerana dinyatakan dalam wasiat,
(3) kerana telah dibangun masjid di atasnya. Dalam tiga kes tersebut wakaf jadi mengikat
dan berpanjangan (Mushtofa Salabi : 19).
Asas hukum yang dikemukakan oleh Ulama Hanafiyah ialah petunjuk Nabi SAW kepada
Umar bin Khattab :
“Tahanlah(wakaflah) pokoknya dan salurkanlah hasilnya”
(HR al-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Memahami hadits tersebut, Ulama Hanafiyah menegaskan bahawa harta wakaf tetap
dikuasai wakif, kerana kata “menahan” bukanlah melepas milik, tetapi hanya
menyalurkan hasilnya. Kalaulah amal wakaf merupakan perbuatan hukum yang
memisahkan hak milik, maka diserahkan kedua-duanya, pokoknya (al-ashl) dan hasilnya
(al-tsamrah).
316
Hadits lain yang dijadikan landasan hukum oleh mereka di antaranya hadits riwayat Ibnu
Abbas bahawasanya Rasulullah bersabda :
“Tidak boleh menahan sehingga menghalangi ketentuan faraid dari Allah”
Mereka menyebut wakaf dengan istilah habs, jamaknya ahbaas, ertinya menahan. Maka
hadits di atas secara lahirnya melarang untuk menahan harta (habs) yang menghalangi
hak waris (fara’id). Dengan demikian amal wakaf dapat diwariskan kepada anak cucu.
Seterusnya Ulama Hanafiyah membincangkan wakaf yang telah mengikat (luzum) seperti
dalam tiga kes di atas kemudian rusak atau hancur sehingga tidak berfungsi lagi. Maka
menurut mereka urusannya diserahkan kepada hakim, hakimlah yang dapat menetapkan
cara-cara memperbaikan kembali, atau mahu dialihkan kepada kepentingan lain yang
lebih diperlukan. Ibnul Humam menjelaskan tentang adanya larangan menjual barang-
barang milik wakaf yang masih dapat dimanfaatkan, tetapi apabila sudah sangat susah
dimanfaatkan, maka boleh dijual dan wangnya dikembalikan pada membiayaai kos
pembaikan (benda) wakaf yang diikrarkan oleh wakifnya, tidak disalurkan kepada
mauquf ‘alaih, kerana mauquf ‘alaih tidak berhak menerima bagian dari pokoknya,
melainkan hanya berhak dari manfaatnya (Ibnul Humam, Syarah Fathul Qadir, VI : 208-
209)
3. Mazhab Maliki
Ulama Malikiyah berpendapatt bahawa perbuatan mewakafkan tidak bersifat
memindahkan hak dari milik wakif, tetapi harta itu mempunyai hukum-hukum baru
setelah ikrar wakafnya diucapkan, iaitu tidak boleh dijual, tidak boleh dihibahkan, tidak
boleh diwariskan dan tidak boleh ditarik kembali menjadi milik pribadi (Mushtofa
Salabi : 21). Mereka beRPegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin
Khattab, Rasulullah saw bersabda :
“Jika kamu mahu, maka boleh kamu tahan (wakaf) pokoknya dan sedekahkan hasilnya”
(HR Bukhari-Muslim).
317
Maksud “menahan pokok” bererti harta wakaf masih dikuasai wakif, tidak dikuasai
mauquf ‘alaih, tetapi kerana ada ketentuan tidak boleh dijual, dihibahkan dan diwaris,
maka wakif tidak bebas mentasarufkannya. Namun demikian kerana dalam petunjuknya
menggunakan kalimah “jika kamu mau” (in syi’ta), maka amal wakaf boleh untuk jangka
waktu tertentu (mu’aqqat) dan boleh untuk selama-lamanya (mu’abbad). Kerana kalimah
tersebut memberi pelwang untuk melakukan amal wakaf sesuai dengan keinginan (niat),
seperti mahu wakaf selama dua tahun, tiga tahun atau untuk selama-lamanya boleh.
Dalam mempertahankan pendapatnya itu mereka menegaskan bahawa sekalipun hadits
Umar bin Khattab menunjukkan waktu yang tidak tertentu, tetapi tidak berarti bahawa
amal wakaf untuk jangka waktu tertentu tidak boleh. Apa lagi ketetapan tidak boleh
dijual dan seterusnya merupakan ketetapan dari Umar, bukan ketetapan dari Rasulullah,
walaupun akhirnya menjadi taqrir tetapi tidak berarti tidak ada ketetapan yang lain, boleh
jadi ada orang lain yang mengikrarkan wakaf untuk jangka waktu tertentu dihadapan
Rasulullah lalu Rasulullah juga mengakui. Amal wakaf termasuk sedekah, dan sedekah
tergantung kepada orang yang melakukannya, samada untuk satu tahun, dua tahun atau
untuk selama-lamanya (Abu Zahrah : 79).
4. Mazhab Hanbali
Ulama Hanabilah memandang bahawa perbuatan wakaf bersifat memindahkan hak milik
dari wakif (pewakaf) kepada mauquf ‘alaih (penerima wakaf), dengan ketentuan tidak
boleh dijual atau dihibahkan atau diwariskan apabila mauquf ‘alaih telah meninggal
kerana milik yang diperolehi oleh mauquf ‘alaih hanyalah manfaatnya, bukan benda
asalnya (Mushtofa Salabi : 22).
Imam Ahmad mensyaratkan amal wakaf adalah berpanjangan dan mutlak. Jika seseorang
mewakafkan dengan menentukan sewaktu-waktu dijual atau dihibahkan atau ditarik
kembali menjadi milik peribadi, maka wakafnya adalah tidak sah kerana syarat tersebut
menghapus amal wakaf (Abu Zahrah : 74). Namun demikian Ulama Hanabilah sangat
longgar dalam mempertahankan asas tempoh berpanjangan. Menurut mereka apabila
barang-barang wakaf sudah dianggap tidak boleh digunakan misalnya sebuah masjid
sudah tua, atau bangunan madrasah sudah tidak boleh digunakan maka boleh diruntuhkan
318
atau dijual dan dipindahkan ke tempat lain yang lebih manfaat (Al-Maqdisi, Al-’Udah :
239). Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa jumhur Ulama membolehkan perubahan wakaf
jika dipandang lebih maslahat. Misalnya sebuah rumah tempat tinggal diubah menjadi
restoran atau hotel maka hukumnya boleh, termasuk pindah lokasi. Bahkan menurutnya
jika ada keperluan, maka wakaf wajib diganti dengan yang lain yang sepadan dengannya
dan jika tidak ada keperluanpun, boleh diganti dengan yang lebih baik, kerana perkara
tersebut adalah ada kemaslahatan. Tindakan yang demikian disebutnya sebagai “qiyas al-
huda” (Al-Dimasqie, Fatawa Syaikhil Islam Ibnu Taimiyah : 181-182)
5. Mazhab Dhahiri
Ulama Dhahiriyah memandang bahawa perbuatan mewakafkan adalah perbuatan hukum
yang bersifat melepaskan hak milik (izalah al-milk) dan mengikat (luzum) serta
berpanjangan (mu’abbad). Pemilik tidak dapat menarik kembali setelah ikrar wakafnya
diucapkan. Jika seseorang mewakafkan dengan mensyaratkan akan dijual atau dihibahkan
atau diwariskan, maka wakafnya sah sedangkan syaratnya batal, kerana tidak ada asasnya
dalam al-Qur’an. Mereka memandang perbuatan mewakafkan dengan membuat syarat
sebagai dua peristiwa hukum yang terpisah, iaitu perbuatan mewakafkan dan perbuatan
membatalkan. Kerana perbuatan wakaf tidak boleh dibatalkan, maka tindakan hukum
yang pertama sudah sah dan tindakan kedua tidak sah idi adalah kerana jelas bercanggah
Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya (Ibnu Hazm, Muhalla, 183)
12.5.5 Wakaf Tunai (waqf al nuqud)
Perkataan wakaf tunai adalah terjemahan daripada bahasa arab “naqdan”, yang ertinya
tidak tempo (khilaf al-nasi’ah) atau tangan ke tangan (yadan bi yadin). Naqd jamaknya
nuqud yang boleh beerti mata wang, naqd al-darahim ertinya mata wang dirham (Ibnu
Manzur, Lisan al-Arab, XIV : 254), naqdun waraqie, ertinya wang kertas, dan naqdun
ma’danie, ertinya wang logam.
Daripada penjelasan tersebut dapat difahami bahawa yang dimaksud “wakaf tunai”
adalah suatu amal yang dilakukan dengan cara menyerahkan wang tunai untuk
digunakan modal produktif dan menyalurkan hasilnya di jalan Allah.
319
Terdapat perbezaan utama diantara wakaf tunai dengan zakat, infaq dan sedekah. Zakat,
infaq dan sedekah tujuannya untuk kepentingan penggunaan sedangkan pada wakaf tunai
tujuannya untuk produktif. Dengan demikian manfaat wakaf tunai memiliki nilai tambah
dibandingkan dengan zakat, infaq dan sedekah, kerana kedudukannya sebagai modal
produktif yang perlu dipertahankan wujudnya secara berterusan dan perlu dikembangkan
pokoknya melalui akad qiradh, syirkah, ijarah, dan sebagainya serta dibahagikan
keuntungannya untuk membiayai kehidupan pihak yang memerlukan. Misalnya seperti di
negeri Mesir dan Syria dimana organisasi wakaf Berjaya menghimpun dana produktif
yang besar dan keuntungannya dapat digunakan untuk membiayai berbagai kegiatan
keagamaan.
Terdapat beberapa pandangan mazhab mengenai wakaf tunai
1. Mazhab Hanafi
Wang tunai (al-nuqud) dilihat dari segi fungsinya sebagai alat pertukaran tidak boleh
tidak dapat diwakafkan kerana boleh habis selepas digunakan. Tetapi dilihat dari segi
fungsi lainnya iaitu yang memiliki nilai (manfaat) yang dapat dipertahankan
kewujudannya, dapat diwakafkan, kerana nilainya menjadi aset yang sama dengan benda-
benda. Para Ulama berbeza pendapat mengenai hukumnya wakaf wang sesuai dengan
perbezaan pendapat mereka dalam memberikan kriteria benda-benda yang boleh
diwakafkan dan benda-benda yang tidak boleh diwakafkan.
Ulama Hanafiyah mensyaratkan benda wakaf harus tahan lama (shaalihatan lilbaqa’).
Mereka menegaskan bahawa benda-benda yang boleh diwakafkan hanyalah benda-benda
yang tidak bergerak (al-’iqar). Benda-benda bergerak (al-manqul) tidak boleh diwakafkan
kecuali dalam tiga hal iaitu :
(1) mengikuti benda tidak bergerak, seperti bangunan, pepokokan[2] dan segala fasilitas
yang ada di atas tanah wakaf,
320
(2) ditunjuk oleh nash yang sharih, seperti wakaf senjata dan perlengkapan perang, dan
(3) telah berlaku di masyarakat, seperti wakaf buku-buku perpustakaan (Abu Zahrah :
117-118). Di dalam “Raddul Mukhtar” disebutkan bahawa wang dirham dan dinar
termasuk benda-benda bergerak yang boleh diwakafkan. Alasannya kerana berlaku di
masyarakat sebagaimana halnya di negeri Rum[3].
Mereka berselisih pendapat mengenai asal mula pendapat ini, sebahagian mereka
mengatakan bahawa pendapat yang membolehkan wakaf wang berasal dari Mazhab
Zufar yang dilansir melalui sahabatnya bernama Al-Anshari. Tetapi sebahagian lagi
mempertahankannya sebagai fatwa dari Imam Muhammad (Ibnu Abidin, Raddul
Mukhtar, VI : 555)
Salah seorang sahabat Imam Abu Hanifah. Beliau telah memfatwakan bahawa wakaf
benda-benda bergerak adalah boleh sepanjang mendapat rujukan dari nash (al-atsar) atau
berlaku di masyarakat (al-ta’amul). Sedangkan wakaf wang telah menjadi tradisi di
masyarakat (al-’urf), maka hukumnya dibenarkan (Ibnu Abidin, VI : 555-556).
2. Mazhab Malik dan Syi’ah
Imam Malik dan Syi’ah Imamiyah membolehkan wakaf benda-benda bergerak seiring
dengan pemikiran mereka yang membolehkan wakaf untuk jangka waktu tertentu
(mu’aqqat). Dengan kebolehan wakaf sementara, maka benda-benda yang diwakafkan
tidak harus benda yang tahan lama atau benda yang tidak berubah, melainkan semua
benda bergerak tanpa ada syarat apapun boleh diwakafkan (Abu Zahrah : 118). Ulama
Malikiyah hanya mensyaratkan benda atau manfaat yang diwakafkan itu harus hak milik
penuh. Barang-barang yang sedang disewakan atau digadaikan tidak boleh diwakafkan.
Maka benda-benda bergerak seperti haiwan yang menjadi milik peribadi atau dapat
menyewa dari orang lain yang dapat dimanfaatkan untuk menarik roda atau membajak
sawah atau mengangkut barang-barang hukumnya sah untuk diwakafkan, begitu juga
makanan dan wang dirham atau dinar dapat diwakafkan. Namun demikian Wahbah
mengatakan bahawa mazhab ini tidak membolehkan wakaf makanan dan wang
(Wahbah : VIII : 168 dan 187).
321
3. Mazhab Syafi’i
Ulama Syafi’iyah menetapkan bahawa benda-benda yang boleh diwakafkan meliputi
segala benda yang dapat digunakan secara berpanjangan (kullu ‘ainin yuntafa’u biha ‘ala
al-dawaam) (Al-Syairazie, Al-Muhadzdzab, I : 440). Dengan ketetapan ini, maka benda-
benda yang boleh diwakafkan sangat luas, meliputi benda-benda yang tidak bergerak
seperti tanah, jalan, sawah, bangunan, madrasah, pondok, rumah dan lain-lainnya dan
benda-benda bergerak seperti kereta, motor, senjata, kelengkapan perang, lembu, kuda,
katil, buku-buku perpustakaan, alatan pejabat dan sebagainya. Sementara benda-benda
yang tidak boleh diwakafkan ialah meliputi benda-benda yang habis ketika digunakan
atau hilang/habis ketika digunakan, seperti makanan, minuman, lilin, wangian dan lain-
lainnya.
Mengenai wakaf tunai (dinar dan dirham), maka Ulama Syafi’iyah berselisih pendapat,
sebahagian mereka mengatakan boleh dan sebahgian lagi mengatakan tidak boleh.
Mereka yang memandang wang boleh diwakafkan mengambil alasan bahawa wang dapat
mendatangkan keuntungan seperti halnya akad ijarah, sedangkan yang tidak
membolehkan beralasan kerana pemanfaatan yang demikian itu bukanlah fungsi wang
yang asal (An-Nawawi, XVI : 247). Memang fungsi wang pada asalnya adalah sebagai
alat tukar menukar, bukan untuk mencari keuntungan, tetapi di dalam pelaksanaannya
akad ijarah (sewa menyewa), akad qiradl (modal kerja sama), akad murabahah (bagi
hasil) dan sebagainya banyak menggunakan wang Banyak orang di zaman modern
memiliki pelaburan berupa wang, bukan benda-benda tidak bergerak seperti sawah atau
benda-benda bergerak seperti bahan-bahan bangunan, mereka umumnya menyimpan
wang di bank. Kalaupun ada yang menyimpan barang-barang sebagai pelaburan, tetapi
jumlahnya tidak banyak, dan tidak memasyarakat.
4. Mazhab Hambali
Ulama Hanabilah memberi batasan benda-benda yang boleh diwakafkan adalah benda-
benda yang mempunyai nilai ekonomi (dapat dijual) dan dapat digunakan dalam jangka
waktu yang lama (da’im al-manfaat) tidak punah wujudnya (baqa al-’ain). Dengan
322
batasan ini benda-benda yang dapat diwakafkan meliputi benda-benda yang tidak
bergerak seperti tanah dan bangunan dan benda-benda bergerak seperti hewan,
perlengkapan pejabat dan senjata (Al-Maqdisi, Syarah al-Kabir, VI : 209). Seterusnya
mereka menegaskan bahawa benda-benda yang tidak dapat digunakan dalam jangka
waktu yang lama seperti wang dirham, wang dinar, wang kertas, makanan, minuman,
lilin dan lain-lainnya tidak boleh diwakafkan. Ada riwayat dari Imam Ahmad bahawa
perhiasan emas-pun tidak boleh diwakafkan, padahal telah mendapat hak dari syari’at.
Beliau menolak hadits yang diriwayatkan oleh Al-Khalal tentang Hafsah ra telah
membeli perhiasan emas seharga dua puluh ribu dan diwakafkan untuk kaum wanita dari
keluarga Al-Khattab (Ibnu Quddamah, al-Mughni : VI : 263).
Pernyataan tersebut dapat difahami kerana melihat berfungsi wang sebagai alat tukar
menukar yang akan habis apabila dibelanjakan, sama halnya dengan makanan dan
minuman yang akan habis apabila dikonsumsi. Tetapi apabila wang tersebut digunakan
untuk membiayai produksi pertanian dan hasilnya disalurkan sesuai dengan tujuan wakaf,
sementara pokoknya harus dikembalikan secara utuh, maka hukumnya menjadi lain,
sama halnya dengan emas yang dilebur menjadi perhiasan kemudian digunakan untuk
merias pengantin seperti yang dilakukan oleh Hafsah ra di atas, tentulah boleh
diwakafkan, kerana wang pokoknya tetap dipertahankan dan manfaatnya boleh
disalurkan.
12.6 SOALAN LATIHAN
1. Huraikan definisi Luqatah dan beberapa hukum mengenainya
2. Bincangkan definisi ji’alah dan hukum yangberkaitan dengannya
3. Apakah perbezaan hadiah dan sedekah serta hukum pemberi dan penerimanya
4. Bagaimana infa’ boleh memberi kekuatan kepada umat Islam.
5. Apakah definsi wakaf dan hukum yang berkaitan dengannya.
13 RUJUKAN
323
Abu al-‘Ainayn, Badran (1968) Tarikh al-fiqh al-Islami wa Nazariyyat a al-Milkiyyah wa al-‘Uqud, Beirut: Dar al-Nahdhah al-‘Arabiyah
al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadhan (1980), Fiqh al-Sirah, cet. 8, Beirut: Dar al-Fikr
al-Jammal, Muhammad ‘Abd al-Mun’im (1986), Mawsu’ah al-Iqtisad al-Islami wa Dirasah al-Muqaranah. Beirut: Dar al-Kitab al-Lubnani
al-Khudhari, Muhammad (1965), Tarikh al-Tasyri’, Kaherah: al-Maktabah al-Tijariyah al-Kubra
al-Maqrizi, Taqi al-Din Ahmad Ali (1998), Kitab al-Suluk li ma’rifah al-Duwat al-Muluk, jil2, Kaherah: Darul Kutub.
al-Mawsu’ah al-‘Ilmiyyah wa al-‘Amaliyyah li al-Bunuk al-Islamiyyah (1986) Kaherah: al-Ittihad al-Dawli li al-Bunuk al-Islamiyyah.
al-Qal’ahji, Muhammad Rawas, Dr (1985), Mu’jam Lughat al-Fuqaha’, Beirut: Dar al-Nafa’is.
al-Qattan, Manna’ (1995),Tarikh al-Tasyri’ al-Islami, Beirut: Muasasah Risalah.
al-Dhahabi, Muhammad Hussain (1986), al-Tafsir wa al-Mufassirun, jld 1, cetakan 6, Kaherah: Dar al-Fikr.
al-Fakr al-Razi, Abu Abd Allah Muhammad b. Umar b. Husayn (t.t) al-Tafsir al-Kabir. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi
al-Nisaburi, Nizam al-Din al-Hassan b. Muhammad b. Al-Husayn (1962), Ghara’ib al-Quran wa ragha’ib al-Furqan, juz 3, Kaherah: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-babi al-Halabi wa Awladih
al-Qattan, Manna’ (1976), Mabahith Fi Ulum al-Quran, cetakan 4, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
al-Quran versi 6.31 (1997), CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies
al-Qurtubi, Muhammad ibn Ahmad (1988), Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, jld 2, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al-Sabuni, Muhammad Ali (1977), Rawa’i al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Quran. Damsyik: Maktabah al-Ghazali
_______________________(1981), al-Tibyan fi Ulum al-Quran, edisi 2, Beirut: Manahil al-’Irfan.
324
Al-Sanhuri, Abd al-Razaq b. Ahmad (1952), al-Wasit fi Syarh al-Quran al-Madani al-Jadid, Kaherah: Dar al-Nasyr lil Jami’at al-Misriyyah
al-Tabari, Abu Ja’far Muhammad b. Jarir (1988), Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Quran, juz 3, Beirut: Dar al-Ma’rifah.
al-Zuhayli, Wahbah (1991), al-Tafsir al-Munir. Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir
Basmeih, Abdullah Muhammad (1980), Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz). Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
Ibn al-‘Arabi, Abu Bakr ‘Abd Allah (t.t), Ahkam al-Quran, jld 1, Kaherah: Matba’ah ‘Isa al-Halabi
Sayid Qutb, Muhammad (1985), Tafsir ayat al-Riba Fi Zilal al-Quran, Beirut: Dar al- Fikr
____________________(1992), fi zilal al-Quran, Beirut: Dar al-Syuruq
Abi Dawud, Sulayman B al-As’ath al-Sajistani al-Azdi (1994), Sunan Abi Dawud. Beirut: Dar al-Fikr
al-Razi, Muhammad b. Abi Bakr b. ‘Abd al-Qadir al-Razi (1987), Mukhtar al-Sihah. Beirut: Maktabah
al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn b. Mas’ud (1983), Syarh al-Sunnah, juz 8, Beirut: al Maktab al-Islami
al-Baihaqi, Abu Bakr Ahmad b. Al-Husayn b. ‘Ali ibn Musa (1994) al-Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Beirut: Dar al- Kutub al-Ilmiah
al- Bukhari, Abd Allah Muhammad ibn Ismail (1992)), Sahih Bukhari, Jld 1, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al-Daraqutni, ‘Ali b. Umar (1993), Sunan al-Daraqutni, juz 3, dicetak bersama dengan al-Ta’liq al-Mughni ‘ala al-Daraqutni, karangan Abu al-tayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azim Abadi, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi
al-Darimi, Abu ‘Abd Allah b. ‘Abd al-Rahman (1984), Sunan al-Darimi, juz 2, Karachi: Hadith Akademi
al-Dusuqi, Muhammad ‘Arfah Shams al-Din (t.t) Hasyiyah al-Dusuqi ‘Ala al Syarhu al-Kabir, juz 3, Mesir: Dar al-Ihya’ al-Kutub al-’Ilmiyah
325
al-Nasa’i, Abu Abd al-Rahman Ahmad b. ‘Ali b. Syu’aib (1986), Sunan al-Nasa’i bi-Syarh al-Suyuti wa Hasyiyah al-Sindi, Juz 7, cet. 2, Beirut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah
al-Nawawi, Mahy al-Din Yahya al-Syaraf (1994), Sahih Muslim Bi Syarhi ’ala Imam Mahy al-Din al- Nawawi, juz 11, Riyadh: Darul Ma’rifah
al-Razi, Muhammad b. Abi Bakr b. ‘Abd al-Qadir (1987), Mukhtar al-Sihah. Beirut: Maktabah Lubnan.
al-Syaibani, Abu ‘Abd Allah B. Muhammad b. Hanbal (1978), Musnad al-Imam Ahmad b. Hanbal, juz 1, Cetakan 2, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah
al-Tirpidhi, Abu ’Isa Muhammad b. Ali Isa b. Sawrah B. Musa (1981), Sunan Al-Tirpidhi, 5 Juz, Istanbul: Cagri Yayinlari.
_____________________________________________________(t.t) al-Jami’ al-Sahih, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Abu al-Fadhl Syihab al-Din Ahmad b. ‘Ali B. Muhammad (1991), Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Majah, Abu Abd Allah Muhammad b. Yazid al-Qazwani (t,t) Sunan Ibn majah, Beirut: Dar al-Fikr
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Syams al-Din Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Abi Bakr (1977) Auna al-Ma’bud Sharh Sunan Abi Dawud, juz 9, Beirut: Dar al-Fikr
Muslim, Abu al-Husayn b. Al-Hajjaj b. Muslim al-Qusyairy al-Naisaburi (t.t), Sahih Muslim, Kaherah: Matba’ah Muhammad ‘Ali Subayh wa Awladih
Abu Sunnah, Ahmad Fahmi (2004), al-‘Urf wa al-‘Adah fi Ra’y al-Fuqaha’, Kaherah: Dar al-Basa’ir
Abu Zahrah, Muhammad (1985), Tahrim al-Riba Tanzim al-Iqtisad. Riyadh: Dar al-Sau’udiyyah
Ahmad, Hassan Sobhi (1970), al-Madkhal ila al-Fiqh al-Islami, Keherah : Matba’ah al-Risalah.
al-‘illaysy, Muhammad Ibn Ahmad (1958), Fath al ‘Aliyy al- Malik fi al-Fatawa ‘ala Mazhab al-Imam Malik., jld. Kaherah: Mustafa al Baabi al Halabi
al-Adawi, ‘Ali b. Ahmad al-Sa’idi, (t.t), Hasyiyah al-Syaikh ‘Ali al-‘Adawi ‘ala al-Khursyi, juz 5, Beirut: Dar al-Fikr
326
al-Amidi, Sayf al-Din Abu al-Hassan ‘Ali b. Muhammad (1980), al-Ahkam fi Usul al-Ahkam, jld. 1, Kaherah: Matba’ah al-Subaih.
al-Babarti, Akmal al-Din Muhammad b. Mahmud (1995), al-Inayah, jil 6, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiah
al-Baji, Abu al-Walid Sulayman b. Khalaf b. Sa’ad b. Ayub (1983), al-Muntaqa Syarh Muwatta’, cetakan 3, jil 5, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi
al-Bajuri, Ibrahim b.Mohamad (t.t), Hasyiyah al-Bajuri ‘ala Ibn Qasim al-Ghazzi, juz 1, Kaherah: Matba’ah dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabiyyah
al-Bugha, Mustafa (1989), al-Fiqh al-Manhaj ‘ala-Madhab al-Imam al- Shafie, jld. 3, Damsyiq: Dar al-Qalam.
al-Buhuti, Mansur Ibn Yunus Ibn Idris (1982), Kasyf al-Qina’ ’an Matn al-Iqna’, juz 3, Lubnan: Dar al-Fikr.
al-Bujayrimi, Sulayman b. ‘Umar b. Muhammad (1951), Hasyiyah al-Bujayrimi ‘Ala al-Khatib, jld. 2, Kaherah: Maktabah Wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi
______________________________________________(1981), Bujairimi ‘Ala al-Khatib, Kaherah: Mustafa al-babi al-Halabi
al-Buti, Muhammad Said Ramadhan (1982), Dhawabit al-Maslahah fi al-Syariah al-Islamiah, Beirut: Muassah al-Risalah.
al-Darir, Muhammad al-Amin al-Siddiq (1995), al-Gharar wa Atharuhu fi al-‘Uqud fi al-fiqh al-Islami, edisi 2, Mesir; Universiti Khartoum
al-Dhahabi, Abu Abd Allah Muhammad b. Uthman (1988), al-Kabair, Jordan: Maktabah al-Manar
al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad b. Muhammad (1978), al-Mustasfa, Baghdad: Maktabah al-Muhtanna.
_______________________________________________(1987), al-Mustaysfa min ‘Ilm al-Usul, juz 2, Kaherah: Matba’ah al-‘Amiriyyah.
Al-Jassas, Abu Bakar Ahmad ibn Ali al-Razi (t.t.), Ahkam al-Quran, jld.2, Beirut: Dar al- Ihya’ al-Turath
al-Kasani, ‘Ala al-din Abu Bakr b. Mas’ud (1989), Bada’i’ al-Sana’i ’ala Tartib al-Syara’i’, juz 4, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi.
al-Khursyi, Abu ‘Abd Allah Muhammad b. ‘Abd Allah b. Ali (t.t.), al-Khursyi ‘ala Mukhtasar Saydi al-Khalil, juz 5, Beirut: Dar al-Fikr
al-Maltawi, Muhammad b. Ahmad (1983), Fiqh al-Muamalah ‘Ala Madhahib al-Imam Malik, Kaherah: Dar al-Fikr al-Islamiy.
327
al-Marghinani, Burhan al-Din Abu Hassan ‘Ali b. Abi Bakr b. ‘Abd al-Jalil (t.t) , al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadi, juz 3, Kaherah: Maktabah Wa Matba’ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi Wa Awladih
al-Murtadha, al-Murtadha Ahmad b. Yahya Ibn Muhammad (1985), Kitab al-Bahr al-Zakhar al-Jami’ li Madhahib ‘Ulamak al-Amsar, Jil 4 Kaherah: Dar al-Kitab al-Islamiy
An Nabhani, Taqiyuddin. 1996. Membangun Sistem Ekonomi Alternatif. Surabaya: Risalah Gusti.
Abu Bakr Jabr Al Jazairi, Ensiklopedia Muslim, Minhajul Muslim, Penerbit Buku Islam Kaffah, Edisi Revisi, 2005.
al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya b. Saraf (1978), al-Majmu’ Syarh Muhadhab, Mesir: Matba’ah al-Imam
al-Qaradawi, Yusuf (1985), ‘Awamil al-Sa’ah wa al-Murunah fi al-Shariah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Sahwah
________________ (1993), Bay’ al-Murabahah Li al-Amr bi al-Syra’, Beirut: Dar al-Fikr
________________ (1990), al-Madkhal li al-Dirasat al-Syari’ah al-Islamiyyah, Kaherah: Maktabah Wahbah
________________ (1994), Fatawa al-Muasirah, Jld. 1, Beirut: Muassasah al-Risalah
al-Qurtubi, Muhammad Ibn Ahmad (1998), Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, j.3, c.2, Beirut: Dar al-Ma’rifah.
al-Ramli, Syams al-Din Muhammad b. Abi al-‘Abbas Ahmad b. Hamzah (1988), Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, 8 Juz, Kaherah: Syarikah Maktabah wa matba’ah al-Babi al-Halabi wa Awladih.
al-Sanhuri, Abd al-Razzaq (1954), Masadir al-Haq Fi al-Fiqh al-Islamiy, juz 1 Beirut: al Majma’ al-‘Alami al-‘Arabi.
al-Sarakhsi, Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad (1978), al-Mabsut, juz 12, Beirut: Dar al-Ma’rifah
al-Sawi, Ahmad b. Muhammad (1990), Bulghah al-Salik li-Aqrab al-Masalik ‘ala al-Syarh al-Saghir, Kaherah: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-babi al-Halabi wa Awladih
328
al-Sayuti, Jalal al-Din Abd al-Rahman (1959), al-Ashbah wa al-Naza’ir fi Qawa’id wa Furu’ Fiqhi al-Syafi’iyah. Kaherah : Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Auladih.
al-Subki, Ali b. ‘Abd al-Kafi (t.t), Takmilah al-Majmu’ Syar al-Muhadhab. Kaherah : Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Auladih.
al-Syafi’i, Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Idris (1973), al-Risalah, Beirut: al-Maktabah al-Ilmiyyah.
________________________________________(1983), al-Umm, juz 3, Cet 2, Beirut: Dar al-Ma’rifah
al-Syahrastani, Muhammad Mustafa (1961), al-Milal wa al-Nihal , jld 1, Kaherah : Matba’ah al-Babi al-Halabi
al-Syalabi, Muhammad Mustafa (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, juz 1, Beirut: Dar al-Nahdah al-‘Arabiyyah
al-Syarbani, Mustafa al-Khin, Ali (2005) Fiqh al-Manhaji ‘ ala Madhahib Imam Syafi’i. Beirut: Dar al-Fikr
al-Syarbini, Syams al-Din Muhammad b. Muhammad al-Khatib (1984), Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifat al-Faz al-Minhaj, Beirut: Dar al-Fikr
al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim b. Musa al-Lakhmi al-Gharnati (1979), Miftah al-Jinan, Madinah: Matba’ie al-Rasyid.
al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim b. Musa al-Lakhmi al-Gharnati (1975), al-Muwafaqat, c.2, juz 4, Beirut : Dar al-Ma’rifah.
al-Syatibi, Muhammad Mustafa (1981), Ta’lil al-Ahkam, jld 1, Beirut: Dar al-Nahdhah al-’Arabiyyah.
al-Syawkani, Muhammad b. ’Ali B. Muhammad (1989), Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-Haq min ‘Ilm al-usul, juz 5, Kaherah: Matba’ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi Wa Awladih
_________________________________________ (1967), Irsyad al-Fuhul, Kaherah: Maktabah al-Halabi.
_________________________________________ (1999), Nayl al-Awtar, Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al’Arabi
al-Syirazi, Abu Ishaq Ibrahim b. ‘Ali b. Yusuf (1976), al-Muhadhdhab, juz 1, Kaherah: Maktabah Wa Matba’ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi Wa Awladih
329
al-Yubi, Muhammad Sa’ad (1988), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, Riyadh: Dar al-Hijrah.
al-Zabidi, Muhammad ibn Muhammad Murtadha (1983), Taj al-‘Arus, Benghazi: Dar al-Libya
al-Zarqa’, Mustafa Ahmad, (1961), al-Madkhal al-Fiqh al-‘Amm, Syria: Matba’ah Dimashq
_________________________ (1983), Sharh usul al-Fiqh, Beirut: Dar al-Qalam
al-Zuhayli, Wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islamiy, juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr.
__________________(1999), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, juz 4, c. 3, Damsyik: Darul Fikr.
__________________(2002), al-Muamalat al-Maliyyah al-Muasirah, Dar al-Fikr al-Mu’asir
Amir ’Abd al-’Aziz (1999), Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah, j.2, Kaherah: Dar al-Salam.
Faizah Ismail (1995), Asas-asas Muamalat Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn ‘Abidin, Muhammad Amin b. ‘Umar b. ‘Abd al-‘Aziz (1975), Hasyiyah Radd al-Mukhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, j.5, c.2, Keherah: Syarikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi
______________________(1985), Hasyiah Ibn Abidin, Beirut: Dar al- Nafa’as
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad Ibn ‘Ali (t.t), Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi
Ibn Hajar, Abu al-‘Abbas Ahmad Syihab al-Din b. Muhammad (t.t), Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, juz 4, Kaherah: al-Maktabah al-Islamiyyah
Ibn Hazm, Abu Muhammad ‘Ali b. Ahmad b. Sa’id (t.t.), al-Muhalla, juz 7, Beirut: Dar al-Fikr.
____________________________________________(1977), al-Ahkam Fi Usul al-Ahkam, Jld 1, Kaherah: Matba’ah al-Sa’adah.
Ibn Qayyim al-Jawjiyyah, Muhammad Ibn Abi Bakr (1977) I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin, Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah
330
Ibn Qudamah, Abu Muhammad Abdullah Bin Ahmad (1981), al-Mughni, juz 4, Riyadh: Maktabah al-Riyad al Hadithah
Ibn Rusyd, Abu Walid Muhammad b. Ahmad al-Hafid, (1981), Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, juz 2, Kaherah: Maktabah wa matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih
Izz al-Din bin ‘Abd al-Salam (t.t), Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Jld 2, Kaherah: Dar al-Fikr
Malik b. Anas, Abu ‘Abd Allah (1983), al-Muwatta’, Cet. 3, Beirut: Dar al-Afaq al-Jadidah.
Malik ibn Anas (1994), al-Mudawwanah al-Kubra, juz 3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.
Mustafa Zaid (1964), al-Maslahah fi al-Taysri’ al-Islami wa Najm al-Din al-Tufi. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah
Majma’ al-Fiqh al-Islami (1992), Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami. Jeddah: Majma’ al-Fiqh al-Islami.
Muwwafiq al-Din Ibn Ahmad (1999), al-Mughni, juz 6, c.4, Riyadh: Dar al-’Alam al-Kutub.
Syabir, Muhammad ‘Uthman (1996), Masa’il fi al-fiqh al-Muqarin, Jordan: Dar al-Nafais.
Khallaf, Abd Wahab (1985), ‘ilm Usul al-Fiqh, Kuwait: Dar al-Qalam
Zaydan, ‘Abd al-Karim (1969) al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah al-Islamiyyah, Bahgdad : Matba’ah al-‘Aini
_____________________ (1984), Usul al-Da’wah, Beirut: Maktabah al-Islamiy_____________________ (1987) al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Beirut: Muassasah al-Risalah
Abdul Ghani, Muhammad, Al-'Adalah fi An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam, (t.tp : t.p), t.t.
Ali, Athif Abu Zaid Sulaiman, Ihya` Al-Aradhi al-Mawat fi al-Islam, (Makkah : Rabithah al-'Alam al-Islami), 1416 H
Al-Maliki, Abdurrahman, As-Siyasah Al-Iqtishadiyah al-Mutsla, (t.tp : Hizbut Tahrir), 1963
331
Al-Nabhani, Taqiyuddin, Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah, Juz II, (Beirut : Darul Ummah), 2003
----------, Al-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam, (Beirut : Darul Ummah), 2004
Ghadiy, Yasin, Al-Amwal wa Al-Amlak al-'Ammah fil Islam, (Mu`tah : Mu`assasah Raam), 1994
Abduh, Isa & Yahya, Ahmad Ismail, Al-Milkiyah fi Al-Islam, (Kairo : Darul Ma'arif), t.t.
Syauman, Amin, Bahtsun fi Aqsam Al-Aradhiin fi Asy-Syariah Al-Islamiyah wa Ahkamuhaa, (t.tp. : t.p) : t.t.
Zallum, Abdul Qadim, Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, (Beirut : Darul Ummah), 2004
332