tugasan edu 3108 part i

28
Tugasan EDU 3108 part i PENDAHULUAN Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan dan kestabilan di negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan dan menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama sebagaimana yang ada sekarang. Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik terutamanya para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020 negara iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugas-tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 03-Oct-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Tugasan EDU 3108 part i

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan dan kestabilan di negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan dan menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama sebagaimana yang ada sekarang.

Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik terutamanya para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020 negara iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugas-tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas yang lain. Jika dianalogikan murid sebagai sehelai kain putih yang perlu dicorak, maka gurulah pen dan dakwat yang mencorak murid tersebut. Oleh itu, guru hendaklah meletakkan segala usaha untuk membentuk murid menjadi insan yang pada suatu hari nanti akan menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian negara kita. Tugas untuk membentuk murid yang sempurna daripada segenap aspek perlu diberi penekanan yang khusus oleh guru kerana tugas untuk menghasilkan generasi masa hadapan yang mampu meneraju pembangunan dan perkembangan negara adalah terletak sepenuhnya di bahu guru dan memerlukan integriti serta akauntabiliti yang tinggi. Untuk seseorang guru memiliki akauntabiliti dan integriti yang tinggi, guru memerlukan ciri kepimpinan yang baik untuk memimpin diri sendiri terlebih dahulu dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang memiliki ciri-ciri unggul. Menurut Danielson (2006), kepimpinan guru bukan hanya terletak kepada kemahiran atau kepakaran mengajar semata-mata tetapi turut terletak pada kualiti peribadi yang unggul dalam diri serta dapat mempengaruhi orang lain untuk tujuan yang baik dan positif.

The term teacher leadership refers to...skills demonstrated by teachers who continue to teach students but also have an influence that extends beyond their own classrooms to others within their own school and elsewhere (Danielson, 2006)

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa mengedarkan Surat Pekeliling ikhtisas daripada semasa ke semasa sebagai garis panduan dan maklumat kepada warga pendidik melaksanakan tugas, memperjelaskan peraturan sedia ada berkaitan pengurusan kurikulum dan aspek profesional lain berhubung pengurusan pendidikan dan keguruan serta membantu pengurusan sekolah membuat keputusan. Surat pekeliling Ikhtisas ini adalah sebagai panduan umum kepada para guru untuk menjalankan tugas harian sebagai guru dan juga sebagai medium untuk guru meningkatkan integriti serta akauntabiliti dengan mematuhi kandungan surat pekeliling yang diedarkan daripada semasa ke semasa oleh pihak KPM. Sebarang perlanggaran terhadap surat pekeliling hanya akan membawa kepada kesan yang negatif dan pada masa yang sama akan meletakkan integriti serta akauntabiliti seseorang guru dipersoalkan oleh masyarakat. Guru merupakan public-figure yang tindak-tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat dan sebarang perlakuan guru yang tidak beretika akan memberi kesan negatif kepada profesion perguruan. Pada masa yang sama, ianya turut akan meninggalkan tanda tanya yang besar tentang kemampuan guru untuk menjalankan tugas di sekolah dalam membentuk generasi baru yang akan meneraju pembangunan negara pada masa akan datang apabila guru mencerminkan sikap yang tidak baik apabila berdepan dengan masyarakat sekeliling.Tugasan EDU 3108 part ii

Kod Etika Profesion Keguruan Etika boleh didefinisikan sebagai satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Kamus Dewan Bahasa & Pustaka). Kamus Oxford keluaran tahun 1994 mendefinisikan etika sebagai prinsip moral atau satu set pinsip moral. Daripada perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Etika juga secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai satu set perlakuan atau tingkah laku yang harus dijadikan ikutan untuk kebaikan individu dan sesebuah organisasi. Etika Profesional pula boleh ditakrifkan sebagai satu set garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti kerja serta disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan penerimaan norma-norma masyarakat. Etika professional ini diterima pakai di semua kementerian yang dianggap profesional sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan organisasi berjalan dengan teratur dan kualiti kerja dapat dipertingkatkan. Kod etika profesion keguruan diwujudkan bertujuan untuk memartabatkan profesion perguruan dan kod etika ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Oleh itu, kod etika ini merupakan rujukan kepada para guru dan apa yang terkandung dalam kod etika ini sesuai untuk diamalkan oleh guru di sekolah. Kod Etika Profesion Keguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan yang terdiri daripada murid, ibu bapa, sekolah, rakan sejawat dan profesion perguruan itu sendiri. Dengan adanya kod etika ini, guru akan dapat lebih memahami tanggungjawab yang perlu dipikul serta akan dapat untuk memahami dengan lebih mendalam keperluan untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Kod Etika Profesion Keguruan mengandungi etika kerja yang merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi kerana untuk menjadi sesebuah organisasi yang berjaya, tonggak utamanya ialah budaya kerja dan nilai-nilai penting yang perlu disemai di kalangan guru serta kakitangan sekolah.

Tanggungjawab guru terhadap profesion perguruan boleh didapati di Kod Etika Profesion Keguruan yang mengandungi 22 tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru di sekolah. Antara tanggungjawab tersebut ialah ;A. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.B. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.C. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.Sila rujuk Lampiran untuk melihat Kod Etika Profesion Keguruan yang sepenuhnya.

Kesimpulannya, Kod Etika Profesion Keguruan ini merupakan satu set panduan tingkah laku yang perlu menjadi ikutan guru-guru di sekolah di samping turut mengandungi nilai-nilai kerja yang perlu dipupuk di kalangan guru. Dengan adanya kod etika ini, guru akan mempunyai panduan tingkah laku sebagai rujukan dan pedoman bagi menjaga nama baik profesion perguruan. Sekiranya semua guru menghayati apa yang terkandung di dalam kod etika ini, budaya kerja guru akan bertambah efisen dan tidak akan timbul sebarang isu berkenaan masalah guru di sekolah. Semoga kod etika ini dapat menjadi panduan bagi guru-guru baharu kelak.

Rumusan Intipati Surat Pekeliling Ikhtisas & Rasional Pemilihannya

(A) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 Larangan Merokok Di Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 merupakan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan pada ketika itu untuk mewartakan sekolah sebagai kawasan larangan merokok dan pekeliling ini dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993. Pekeliling larangan merokok ini adalah digunapakai oleh semua guru, kakitangan sekolah, ibu-bapa dan mana-mana individu yang berurusan dengan pihak sekolah. Sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah, ianya adalah kawasan larangan merokok bagi semua individu yang berada di dalam sekolah. Surat pekeliling ini juga menyatakan bahawa larangan merokok ini adalah meliputi seluruh kawasan premis sekolah samaada di tempat terbuka ataupun terselindung dari pandangan murid. Dengan ini, seluruh bangunan sekolah adalah kawasan larangan merokok termasuk tandas dan bilik-bilik khas seperti bengkel kemahiran hidup atau makmal komputer. Antara lain, Surat Pekeliling ini menyatakan bahawa Perkara 4.1 dalam surat pekeliling Ikhtisas bil.1/1993 : Garis Panduan Kempen Anti-Merokok Di Sekolah-Sekolah adalah terbatal di bawah penguatkuasaan pekeliling ini. Surat Pekeliling Larangan Merokok ini merupakan satu langkah bijak yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran ( Dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan ) untuk membendung gejala merokok yang semakin menjadi-jadi di kalangan remaja pada ketika ini. Tidak dinafikan bahawa terdapat ramai guru yang merokok di sekolah dan kebanyakannya merokok di tempat yang terlindung daripada pandangan murid-murid. Dalam situasi ini, Guru Besar seharusnya memainkan peranannya untuk menegur dan menguatkuasakan peraturan larangan merokok ini di sekolah. Guru Besar juga harus menegur orang luar yang merokok yang masuk ke kawasan sekolah seperti penghantar barang dan ibu bapa murid. Namun, senario sebenar yang berlaku di sekolah ialah guru-guru bebas untuk merokok di tempat yang terselindung dan aktiviti merokok ini akan menjadi lebih rancak sekiranya Guru Besar itu sendiri adalah perokok dan komuniti guru di sekolah tersebut juga perokok tegar. Rasional pemilihan Surat Pekeliling ini adalah kerana pada masa kini, gejala merokok di kalangan remaja khususnya amat membimbangkan dan salah satu punca masalah ini adalah pendedahan kepada rokok pada usia yang amat muda. Oleh itu, tidak hairanlah jika murid-murid sekolah menengah sudah terdedah kepada rokok sejak berada di Tingkatan 1 lagi. Oleh itu, langkah Kementerian Pelajaran untuk mewartakan sekolah sebagai kawasan larangan merokok adalah satu langkah drastik yang bijak bagi mengawal gejala merokok ini di kalangan murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Guru-guru harus menjadi pelopor untuk mendidik murid-murid agar tidak merokok dan menerapkan kesan serta bahaya merokok kepada murid-murid di sekolah. Murid-murid boleh dianalogikan umpama kaca yang akan pecah berderai jika dihempaskan ke lantai dan guru adalah menjadi orang yang akan memikul tugas menjaga kaca tersebut dengan selamat agar tidak jatuh ke lantai dan pecah berderai. Antara lain rasional pemilihan Surat Pekeliling ini adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri agar tidak merokok di kawasan sekolah walaupun komuniti guru yang akan saya sertai di sekolah penempatan pertama saya nanti mungkin komuniti guru yang merokok di kawasan sekolah. Saya akan berusaha sedaya-upaya untuk menjaga nama baik profesion perguruan dengan tidak merokok di kawasan sekolah walaupun di tempat yang tersembunyi dengan berpegang teguh kepada Integriti Perkhidmatan Awam dan Surat Pekeliling yang telah dikuatkuasakan di sekolah.

(B) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2009 Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia Di Sekolah Rendah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2009 ini merupakan pekeliling untuk pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di sekolah rendah. Di dalam surat pekeliling ini dinyatakan bahawa Kementerian Pelajaran memandang serius kes yang berlaku kepada murid-murid ketika pergi dan balik dari sekolah. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah yang bijak dalam menjaga kebajikan warga sekolah yang bernaung di bawahnya dengan mengeluarkan Surat Pekeliling yang mengandungi garis panduan pelaksanaan program PKJR ini. Di dalam Surat Pekeliling ini dinyatakan bahawa program PKJR ini akan dilaksanakan dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan diperuntukkan satu waktu seminggu. Elemen-elemen keselamatan jalan raya akan diserapkan ke dalam matapelajaran Bahasa Malaysia semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Guru Besar hendaklah memastikan bahawa guru Bahasa Malaysia menerapkan program PKJR ini semasa kelas Bahasa Malaysia untuk satu waktu seminggu. Guru Besar juga hendaklah memastikan bahawa bahan-bahan untuk pengajaran program PKJR ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan murid-murid semasa sesi P&P. selain dapat mempelajari benda baru, murid-murid dapat didedahkan dengan langkah keselamatan di jalan raya dan langkah pencegahan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka.Selain itu, pihak sekolah juga dikehendaki untuk memberi kerjasama kepada pihak penyelidik daripada Jabatan Keselamatan Kerja Raya (JKJR) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program PKJR ini di sekolah. Ini merupakan sebagai langkah penambahbaikan pada masa akan datang terhadap program PKJR ini untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid berkaitan dengan keselamatan jalan raya dan pada masa yang sama mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang menimpa murid-murid ketika pergi dan balik sekolah. Program PKJR ini merupakan perintis kepada program keselamatan jalan raya yang lebih berkesan dan efektif pada masa akan datang dengan penambahbaikan yang akan memberi murid-murid lebih input berkaitan keselamatan di jalan raya.Rasional pemilihan Surat Pekeliling ini ialah kerana pada masa kini, kita mendengar banyak kemalangan yang berlaku melibatkan murid-murid sekolah dan lebih menyedihkan apabila kemalangan yang melibatkan murid-murid sekolah ini berlaku ketika mereka hendak pergi ke sekolah atau balik dari sekolah. Dengan adanya Surat Pekeliling ini, ianya akan menjadi panduan saya untuk mengajar program PKJR ini di sekolah sekiranya saya ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia di sekolah nanti. Antara lain rasional pemilihan Surat Pekeliling ini ialah sekiranya saya dilantik menjadi Guru Besar di sekolah nanti, saya akan memastikan bahawa pelaksanaan Program PKJR ini diteruskan dan ditambahbaik daripada semasa ke semasa di peringkat sekolah untuk memastikan murid-murid saya mendapat pendidikan keselamatan jalan raya yang sepatutnya untuk manfaat pada masa akan datang.

(C) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 Penggunaan waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) guru-guru. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 ini merujuk kepada penggunaan waktu tidak mengajar ataupun waktu luang bagi guru-guru. Guru-guru di sekolah memiliki waktu luang yang diperuntukkan sebagai waktu bagi guru-guru untuk membuat perkara lain yang melibatkan bidang tugasnya. Namun, ada sesetengah guru menganggap waktu ini adalah waktu tidak bekerja dan anggapan ini adalah salah mengikut Perkara 1 Surat Pekeliling ini. Perkara 2.1 menyatakan bahawa waktu tidak mengajar atau waktu luang guru adalah waktu bekerja dan perkara 2.2 menyatakan bahawa Guru Besar mempunyai kuasa untuk mengarahkan guru-guru melakukan perkara-perkara yang difikirkan perlu (baca bersama perkara 2.2.6). Waktu tidak mengajar guru hendaklah diisi dengan perkara yang boleh memberi faedah kepada murid-murid dan sekolah. Surat Pekeliling ini juga menyatakan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengisi masa waktu tidak mengajar mereka seperti menggantikan guru yang tidak hadir mengajar, memeriksa buku latihan murid dan membuat persediaan untuk mengajar. Guru tidak seharusnya melakukan perkara yang di luar bidang tugas seperti menjalankan jualan langsung ataupun tidur pada waktu tidak mengajar ini. Tindakan Kementerian Pendidikan (kini dikenali Kementerian Pelajaran) ini merupakan langkah yang bertepatan dengan usaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan guru dan untuk menjaga nama baik profesion Pendidikan. Surat Pekeliling ini secara tidak langsung atau dalam bahasa yang lebih lembut sebenarnya, melarang guru-guru menjalankan sesi jualan langsung atau apa-apa jua jenis perniagaan pada waktu bekerja yang boleh menganggu prestasi dan produktiviti guru di sekolah. Rasional saya memilih Surat Pekeliling ini adalah sebagai panduan dan peringatan peribadi tentang waktu tidak mengajar atau waktu luang ketika berada di sekolah pada tahun hadapan. Dengan adanya pekeliling ini, saya akan mempunyai panduan untuk aktiviti yang akan saya lakukan pada waktu tidak mengajar saya pada tahun hadapan. Semoga dengan panduan Surat Pekeliling ini, saya dapat melakukan aktiviti yang bersifat akademik dan memberi faedah kepada murid-murid dan persediaan sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada waktu tidak mengajar saya.

(D) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 Pelaksanaan Matapelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 dan mula dikuatkuasakan pada sesi persekolahan tahun 2009. Surat Pekeliling ini turut menyatakan bahawa matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dijadikan matapelajaran teras sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan Pendidikan 1996. Di dalam Surat Pekeliling ini turut menggariskan peruntukan masa bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Peruntukan masa bagi sekolah rendah tahap satu ialah dua waktu seminggu untuk Pendidikan Jasmani dan satu waktu untuk Pendidikan Kesihatan . Bagi sekolah rendah tahap dua dan sekolah menengah pula, waktu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan diperuntukkan dua waktu seminggu dan berselang-seli setiap minggu. Matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan hendaklah diajar oleh guru yang sama sebagaimana yang terkandung di dalam Surat Pekeliling ini. Pakaian yang perlu digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985. Pakaian yang perlu digunakan oleh murid ketika aktiviti Pendidikan Jasmani pula adalah merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1985. Di dalam Surat Pekeliling ini juga dilampirkan bersama agihan masa untuk tajuk-tajuk dalam tunjang yang terkandung dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Surat Pekeliling ini adalah medium kepada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan murid yang sihat dari aspek Jasmani, khususnya dan emosi, amnya. Dengan adanya matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini, murid-murid dapat membina kemahiran motor mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat fizikal dan permainan di samping dapat mengetahui cara untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri di dalam kelas Pendidikan Kesihatan.

Rasional pemilihan Surat Pekeliling ini ialah sebagai garis panduan untuk menjalankan sesi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan apabila berada di sekolah nanti. Surat Pekeliling ini juga adalah sebagai panduan untuk pemakaian guru dan murid ketika kedua-dua matapelajaran ini dijalankan di sekolah. Surat Pekeliling ini juga adalah sebagai panduan untuk guru merancang Rancangan Pengajaran Tahunan dan mingguan dengan adanya agihan masa untuk tajuk-tajuk mengikut tunjang di dalam kedua-dua subjek ini. Agihan masa ini adalah penting untuk memastikan guru tidak terlepas pandang sebarang topik yang perlu diajar di dalam kelas. Dengan adanya Surat Pekeliling ini, adalah diharapkan ianya dapat menjadi panduan untuk guru baharu yang ditugaskan untuk mengajar subjek ini buat pertama kali di sekolah.

Konsep Akauntabiliti & Integriti

Konsep Akauntabiliti Salah satu perkara utama di dalam dunia pendidikan pada hari ini adalah berkenaan akauntabiliti. Akauntabiliti secara umumnya boleh difahami sebagai menjalankan apa jua aktiviti yang diamanahkan yang ditentukan mahupun ditetapkan secara bertanggungjawab ke atas atau di atas segala kejayaan mahupun kegagalannya (Pelan Integriti Nasional,2004). Kesyumulan Islam menggariskan konsep Akauntabiliti berasaskan Surah An-Nisa':58, yang bermaksud,"............. sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu melaksanakan amanah terhadap orang-orang yang memberi amanahKonsep yang digariskan mengikut kesyumulan Islam ini adalah bersifat terbuka dan lebih menekankan tentang amanah yang perlu dipikul apabila diberikan amanah tersebut. Jika dilihat daripada dua pendapat di atas, akauntabiliti ini lebih menjurus kepada pelbagai aspek yang perlu dikekalkan akauntabilitinya. Aristotle pada tahun 400 sebelum masihi turut menjelaskan konsep akauntabiliti dalam penulisannya ;"Some officials handle large sum of money: Therefore, It is necessary to have other officials to receive and examine the accounts. These inspectors must administer no funds themself. Different citis call them examiners, auditors, scrutineers, and public advocates." Apa yang cuba ditekankan oleh Aristotle dalam penulisannya ini ialah tentang inspectors yang akan menjadi penyemak kepada akaun. Individu yang dilantik ini perlu memiliki akauntabiliti yang tinggi terhadap tugasnya kerana tanpa akauntabiliti atau kebertanggungjawaban, penyelewengan akaun dan rasuah akan mudah terjadi. Ini jelas menunjukkan bahawa konsep akauntabiliti sudah bertapak sejak lebih berabad lamanya di dunia ini dan konsep yang diperbaharui daripada semasa ke semasa akan lebih releven dengan peredaran zaman sekarang yang memerlukan individu yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi dalam pelbagai bidang.

konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut (Tan Sri Ahmad Sarji) Umumnya, Akauntabiliti merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu yang bernama manusia kerana akauntabiliti merupakan faktor pemangkin tindakan asas individu secara dalaman bagi menghalang serta mengelakkan penyalahgunaan kuasa bagi mencapai matlamat utama sesebuah organisasi. Akauntabiliti merupakan aset yang penting dalam sesuatu organisasi untuk mencapai dan mengekalkan kualiti kerja unggul. Jika dilihat daripada pelbagai sumber, Akauntabiliti memiliki pelbagai definisi yang diperolehi melalui pelbagai tanggapan dan pendapat pelbagai pihak. Kamus Istilah Pentadbiran Perniagaan Pengajian Tinggi dan Kamus Dwi Bahasa (DBP) mendefinisikan 'Akauntabiliti' sebagai "Kepertanggungjawaban" dan "Bertanggungjawab kepada seseorang mengenai sesuatu". Webster's New World Dictionary pula mendefinisikan 'Akauntabiliti' sebagai "Responsible, liable or explainable. The Chambers 20th Century Dictionary turut memberikan definisi mereka terhadap akauntabiliti yang didefinisikan sebagai "The Liable to Give Account for Something to Somebody." Jika diambil kira daripada semua definisi yang diberikan di atas, akauntabiliti boleh disimpulkan sebagai kebertanggungjawaban yang penuh terhadap amanah yang diberikan kepada seseorang individu. Objektif yang mahu dicapai oleh akauntabiliti pula ialah untuk memastikan bahawa semua individu mempunyai rasa tanggungjawab untuk melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan bertanggungjawab penuh terhadap tugas yang diberikan tanpa mengira berjaya atau gagalnya tugas tersebut. Guru seharusnya menghayati konsep akauntabiliti kerana seorang guru mempunyai akauntabiliti terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan. Guru harus sentiasa menerapkan akauntabiliti dalam pelbagai tugasan harian mereka kerana tugas guru adalah tugas yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling.Konsep Integriti Pada hari ini, disini sana kita dapat mendengar tentang Integriti diperkatakan oleh pelbagai Kementerian untuk memupuk kualiti kerja yang unggul di kalangan penjawat awam. Kerajaan amat memandang berat perihal integriti ini sehinggakan pada tahun 2004, Institut Integriti Malaysia ditubuhkan untuk memacu perkembangan integriti di kalangan penjawat awam. Institut Integriti Malaysia melalui Pelan Integriti Nasional telah mendefinisikan integriti ini melalui pelbagai sudut.

Perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawabkan, telus,cekap, dan bijaksana (Glosari Integriti,2006)

..kualiti unggul yang wujudsecara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan etika danpencerminan etika dalamtindakan sehari-hari. (Pelan Integriti Nasional, m.s.18)

Satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Ciri dan kualiti integriti mengandungi unsur wholeness (yakni kewujudan secara berpadu sebagai keseluruhan) pada diri individu ataupun organisasi (Pelan Integrasi Nasional,2004)

ntegriti secara umumnya bermaksud kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsp berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Selain itu, integriti bermaksud keikhlasan, ketelusan, amanah, benar dan berpegang kepada prinsip. Oleh itu, sebarang usaha bagi meningkatkan integriti akan menjurus kepada melahirkan insan yang jujur, beretika serta memiliki nilai-nlai keagamaan dan kerohanian yang kukuh. Kesemua nilai-nilai ini penting dalam melahirkan generasi pemimpin yang bakal mengetuai tampuk pemerintahan Negara pada masa hadapan. Masyarakat yang mempunyai tahap integriti yang rendah akan menghasilkan suasana pelaburan yang tidak sihat kepada negara. Justeru itu, ia akan meletakkan negara di ambang kegagalan dalam merealisasikan Wawasan 2020 ke arah sebuah negara maju. Bagi individu yang bergelar penjawat awam, integriti pula bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Mereka tidak boleh menyalahgunakan kuasanya yang diberi untuk kepentingan diri mahupun keluarga. Apabila berlaku konflik kepentingan, penjawat awam harus memberi keutamaan terhadap kepentingan awam. Dengan demkian, penjawat awam perlu telus serta harus memikul tanggungjawab yang diamanahkan (Sulaiman Mahbob, 2005). Integriti turut dikaitkan dengan etika untuk difahami dengan lebih mendalam bagi penjawat awam. Etika merupakan suatu tanggungjawab dan akibat daripada tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Sebagai contoh, seorang penjawat awam sepatutnya memahami tanggungjawab terhadap peranan dan tingkah laku sebagai kakitangan kerajaan. Bukan itu setakat itu sahaja, etika bermaksud satu bentuk disiplin yang akan memberitahu kita apakah sistem moral dan etika yang dihayati oleh satu-satu kelompok masyarakat, iaitu secara mengkaji dan menganalisis sistem moral tersebut. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Integriti bagi penjawat awam merupakan kesempurnaan kualiti kendiri terutamanya apabila menjalankan tugas tanpa perlu sebarang pengawasan namun pada akhirnya, hasil kerja yang dihasilkan amat berkualiti dan menepati tahap kualiti yang diperlukan untuk menjaga produktiviti perkhidmatan yang diberikan.Tugasan EDU 3108 part iii

Sejauh Manakah Senario Ketidakpatuhan menjejaskan Integriti Dan Akauntabiliti Guru? Apabila menyentuh berkaitan dengan aspek ketidakpatuhan ini, tentu sekali kita akan menyentuh berkaitan dengan etika keguruan khasnya dan etika amnya. Mengapakah etika begitu penting dalam dunia pendidikan dan pengurusan pendidikan? Guru telah diberi tanggungjawab yang besar untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mendidik anak bangsa Negara yang pada suatu hari nanti akan menjadi tunjang kepada pembangunan Negara. Penekanan terhadap nilai dan etika perkhidmatan awam yang paling sesuai ialah dengan memastikan bahawa penjawat awam seperti guru memahami konsep tanggungjawab dan turut menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab (Mohd Tap et al,1999). Profesionalisme guru pada hari ini agak tergugat dengan pelbagai pendedahan dari pihak media massa tentang kelemahan sistem pendidikan dan secara tidak langsung mengugat ketokohan seseorang guru di mata masyarakat Negara ini. Oleh itu, integriti dan akauntabiliti seseorang guru kini dipersoalkan oleh masyarakat Malaysia yang sentiasa meletakkan isu berkaitan dengan guru sebagai isu umum utama yang seringkali menjadi bualan hangat di tempat kerja dan ketika berbual dengan rakan di luar waktu kerja. Apabila guru mula dipersoalkan kemampuannya, adakah kita masih boleh dianggap profesioanal? Integriti dan akauntabiliti guru merupakan kualiti unggul dan kebertanggungjawaban yang perlu dipikul oleh guru untuk meningkatkan martabat professional perguruan di mata masyarakat sekeliling. Jika dilihat pada Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dikeluarkan pada tahun 2004 oleh Institut Integriti Malaysia, Integriti turut merujuk kepada etika dan nilai-nilai etika. Oleh itu, adalah menjadi akauntabiliti seseorang penjawat awam untuk meletakkan kualiti diri yang unggul sepanjang masa bagi menjaga nama baik profesion perguruan. Perlakuan yang tidak beretika sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dan untuk mengatasi masalah tersebut, seseorang guru hendaklah berani untuk berubah dan meletakkan kepentingan perkhidmatan awam dan profesion perguruan melebihi kepentingan peribadi.

Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti dalam Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran (1983), Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia Kesembilan RMK9 (2006-2010), Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008), Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, Wawasan 2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi. Ternyata Kerajaan amat komited untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti guru namun persoalan yang akan timbul ialah sejauh mana diri guru itu sendiri mahu berubah dan memikul integriti serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam. Senario ketidakpatuhan terhadap Surat Pekeliling merupakan contoh mudah tindakan guru yang boleh mengakibatkan integriti dan akauntabiliti profesion perguruan dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Guru dilarang merokok di sekolah kerana sekolah merupakan kawasan larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru yang tidak mengendahkan larangan ini. Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini tidak memiliki integriti seperti yang dituntut dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh itu, guru seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan nama yang tidak baik terhadap profesion perguruan. Perkara ini turut terkandung dalam Kod Etika Profesion Keguruan perkara (J) iaitu guru tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang boleh menjatuhkan darjat profesion perguruan. Kesimpulannya, ketidakpatuhan guru terhadap arahan yang dikeluarkan melalui Surat Pekeliling akan menjejaskan akauntabiliti dan integriti guru dalam tempoh masa yang panjang dan kepercayaan masyarakat akan turut berkurangan terhadap guru. oleh itu, komuniti guru harus sentiasa berusaha untuk menjaga prestasi dan nama baik profesion perguruan serta dalam masa yang sama, sentiasa berusaha untuk meningkatkan integriti, akauntabiliti, produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang diberikan untuk memacu pembangunan dunia pendidikan Negara.

Cadangan Dan Ciri Kepimpinan Guru Yang Bersesuaian Guru merupakan public-figure yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat dan sentiasa sahaja isu yang berkaitan dengan guru dibincangkan dengan hangat di kedai-kedai kopi dan pejabat jabatan lain. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa menjaga perlakuan mereka terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat kerana guru akan sentiasa menjadi buah mulut masyarakat yang selama ini meletakkan tugas untuk mendidik anak bangsa di bahu guru-guru. Untuk menjadi guru yang baik, guru memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian untuk memimpin bukan sahaja murid tetapi untuk memimpin diri sendiri. Secara asasnya, guru boleh memimpin diri sendiri untuk melakukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Sebagai contoh, mematuhi kod etika profesion keguruan yang sudah digunapakai sejak sekian lama sebagai panduan untuk menjaga tahap profesionalisme perguruan. Dengan ini, guru akan mampu menjadi pemimpin untuk diri sendiri di samping dapat menjadi panduan dan pimpinan untuk rakan sejawat lain di sekolah. Guru yang mampu untuk memimpin rakan-rakan guru yang lain boleh dikenali sebagai guru pemimpin di sekolah. Guru pemimpin juga dikehendaki di masa lain bagi memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya membuat pembelajaran inovatif serta melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan berkesan (Busher & Harris, 2000; Day, et al, 2007). Jika menyentuh kepada gaya kepimpinan yang dikehendaki untuk membentuk guru-guru di sekolah, antara gaya kepimpinan sering digunakan adalah autokratik, demokratik, laissezfaire, birokratik dan karismatik (Owen,1970). Gaya kepimpinan ini merupakan yang biasa digunakan oleh guru besar dan guru-guru dalam mentadbir sesuatu organisasi seperti sekolah, kelab akademik, persatuan dan kelab permainan. Oleh itu, gaya-gaya kepimpinan ini merupakan cara guru mentadbir dan mengurus di sekolah untuk melancarkan perjalanan pengurusan di sekolah. Sesetengah guru selesa untuk menggunakan cara demokratik bersama pelajar manakala ada juga guru yang lebih selesa bersifat autokratik untuk mengelakkan banyak kerenah semasa pengurusan. Namun, ciri-ciri kepimpinan merupakan perkara yang berlainan daripada gaya kepimpinan namun masih tergolong dalam kategori yang sama. Ciri-ciri kepimpinan guru seperti yang dikatakan oleh Al-Farabi dan Ibnu Khaldun ialah berpengetahuan luas, berkeyakinan, rajin berusaha dan beberapa lagi ciri-ciri lain yang boleh digunakan oleh guru untuk mencorak dan mengolah kepimpinan mereka. Antara ciri-ciri lain kepimpinan yang boleh dicontohi oleh guru ialah ;i. -Suka bekerjasamaii. -Peramahiii. -Penyabariv. - Berpendirianv. -Rendah hativi. - Ikhlas dan jujurvii. - Bertimbang rasa danviii. - Tidak membezakan antara pelajar

Daripada perspektif Islam sebagaimana yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan Prof. Dr Hamka, seorang guru haruslah mempunyai kepimpinan yang telus serta tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan. Antara ciri-ciri kepimpinan guru yang diperkatakan oleh kedua-dua tokoh ini ialah ;i. -Bertaqwa kepada Allahii. -Memiliki ilmu jiwa walaupun sedikitiii. -Suka mengeratkan hubungan silaturahim dengan orang lainiv. -Berani atas kebenaranv. - Berfikir dengan rasional dan bukannya menggunakan emosi danvi. -Boleh menerima nasihat dengan hati yang terbuka

Disini, sudah jelas bahawa guru sentiasa memiliki panduan untuk memilih ciri kepimpinan yang berkenan di hati untuk dijadikan panduan dan semoga dengan adanya ciri-ciri kepimpinan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh di atas, guru mampu untuk memimpin dengan baik di sekolah. Guru novice seharusnya memiliki ciri-ciri kepimpinan seperti yang dinyatakan di atas sebagai panduan untuk menempuh cabaran dunia pendidikan yang pastinya akan semakin mencabar pada masa akan datang. Untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam pelanggaran etika dan ketidakpatuhan terhadap pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, guru novice seharusnya memahami ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian daripada yang dinyatakan di atas sebagai panduan untuk menjadi seorang guru yang benar-benar memiliki naluri seorang guru. Dengan ciri kepimpinan yang betul, guru novice akan dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan rakan sejawat yang tidak beretika dan cuba untuk menghasut guru novice agar tidak terlalu komited dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Guru novice harus mengambil langkah yang betul untuk mengelakkan masalah perlanggaran etika berlaku kepada dirinya dalam usaha untuk mengangkat martabat profesion perguruan ke tahap yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang.Tugasan EDU 3108 part iv

Rumusan Dan Penutup Kod etika profesion keguruan merupakan satu panduan yang amat sesuai untuk guru-guru mengetahui amalan tingkah laku dan nilai kerja yang bersesuaian di sekolah. Kod etika ini mengandungi tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh guru-guru ketika berada di sekolah dan kod etika ini sesuai untuk menjadi rujukan para guru daripada semasa ke semasa. Kod etika ini diwujudkan untuk mengangkat martabat profesion perguruan dan guru merupakan penggerak kepada usaha menjulang martabat profesion perguruan di Malaysia. Tanggungjawab dan tugas yang dipikul oleh guru merupakan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat dan guru haruslah memastikan bahawa martabat profesion yang tertua di dunia ini tidak tercalar kerana gagal untuk menggalas tanggungjawab yang digariskan dalam kod etika ini. Akauntabiliti dan integriti dalam dunia pendidikan memainkan peranan yang amat penting untuk menjulang nama profesion perguruan ke tahap yang lebih tinggi. Kemampuan guru untuk memahami serta menghayati prinsip akauntabiliti dan integriti, akan membolehkan guru tersebut dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar sebagai seorang guru. Tahap profesional guru akan turut meningkat sejajar dengan keperluan guru untuk menghayati konsep akauntabiliti dan integriti kerana sebagai seorang guru, tanggungjawab yang dipikul adalah tanggungjawab terhadap murid, ibu bapa, sekolah, rakan sejawat dan profesion perguruan. Kegagalan guru untuk memahami dua konsep penting ini akan merugikan bidang pendidikan kerana pada dunia hari ini yang serba moden serta mencabar, guru perlu sentiasa memperkemaskan diri dengan cara kerja yang lebih efektif dan mampu bersaing untuk menaikkan nama profesion perguruan di persada yang lebih tinggi. Guru akan mampu untuk bekerja dengan lebih produktif sekiranya memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai guru dan akan lebih bersedia untuk bertanggungjawab penuh terhadap amanah yang diberikan kepada guru. Guru yang mengabaikan aspek akauntabiliti dan integriti hanya akan menjatuhkan nama profesion perguruan dan membuatkan profesion perguruan dipandang negatif oleh masyarakat sekeliling. Oleh itu, guru harus bekerja dengan penuh akauntabiliti dan integriti pada setiap masa dan setiap ketika tanpa perlu terlalu berfikir tentang balasan dan ganjaran. Aspek ketidakpatuhan yang berlaku terhadap Surat Pekeliling di sekolah adalah sesuatu yang amat merisaukan kerana surat pekeliling merupakan medium untuk Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan arahan yang perlu dipatuhi oleh guru-guru di sekolah. Jika terdapat ramai guru yang tidak mematuhi apa yang terkandung di dalam surat pekeliling, ianya pasti akan mengundang persepsi negatif masyarakat sekeliling terhadap akauntabiliti dan integriti guru di sekolah. Meskipun guru hanya insan biasa yang turut melakukan silap dan salah, namun ianya bukan alasan untuk guru tidak berusaha untuk menuruti apa yang termaktub di dalam surat pekeliling yang diedarkan ke sekolah. Guru perlu sentiasa merujuk kepada kod etika dan memahami tugas yang perlu dijalankan di sekolah kerana pendidikan merupakan salah satu tunjang penting dalam mencapai hasrat untuk menjadi Negara maju menjelang tahun 2020. Terapkan integriti dalam tugasan harian dan nescaya, akan mendapat balasan di akhirat kelak. Ciri-ciri kepimpinan yang patut dimiliki oleh guru novice untuk terus berjuang di dalam dunia pendidikan merupakan satu isu yang menarik untuk diketengahkan dengan lebih terbuka kerana ciri kepimpinan yang sesuai dan bertepatan akan membentuk guru novis menjadi seorang guru yang berjiwa guru dengan sempurna dan semulajadi. Guru novice memerlukan ciri kepimpinan yang tepat sebagai panduan untuk terus membentuk peribadi diri bersesuaian dengan ciri-ciri guru yang cemerlang bagi menabur bakti kepada anak bangsa. Tanpa ciri kepimpinan yang tepat, guru novice akan hilang panduan serta mudah untuk terjerumus ke dalam zon selesa menjadi seorang guru yang hanya mengajar umpama melepas batuk di tangga. Kesimpulannya, dunia pendidikan masa kini penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh guru dalam usaha mengangkat martabat profesion perguruan ke tahap yang tertinggi. Oleh itu, dengan mengenggam erat konsep akauntabiliti dan integriti serta berpandukan kod etika profesion keguruan, usaha murni tersebut akan dapat dicapai berbekalkan azam dan tekad yang kuat untuk menjayakannya. Semoga pada masa akan datang, profesion perguruan akan melangkah setapak lagi untuk mendaki puncak kegemilangan yang diidamkan.

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Jurnal Dalam Talian1.Danielson,C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice. Alexandria,VA : Association for Supervision and Curriculum Development.

2.Valli, L., & Buese, D. (2007). The changing roles of teachers in an era of high-stakes accountability. American Educational Research Journal, m.s 519

3.Van Dick, R., & Wagner,U. (2001). Stress and strain in teaching: A structuralequation approach. British Journal of Educational Psychology, m.s 243

4.Busher, H. & Harris, A. with Wise, C. (2000). Subject Leadership and SchoolImprovement. London: Paul Chapman Publishing Ltd.