eseiman 3108

24
Pengenalan Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 24-Apr-2015

3.355 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Eseiman 3108

Pengenalan  

Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam

merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini

telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional

yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. 

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan

keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran

peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau

ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah

juga masyarakat serta  tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan

Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti

saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. 

Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan

pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah

bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk

dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara

terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih

mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu

dihadapi secara professional dan kreatif.

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut

juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai

profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan

mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura

(1949) terdapat satu symposium mengenai ‘Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-

Saunders’.

Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan

profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang

dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan

tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang

baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik

merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu

sahaja tetapi juga masa kini. 

Page 2: Eseiman 3108

Rajah 1 : Teori Keprihatinan Fuller,

Rajah 2 : Peringkat Keprihatinan Diri

1.0 Peringkat perkembangan guru dan profesion guru

Prihatin diri

Peringkat Keprihatinan Diri

Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas

Peringkat Impak

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)

Peringkat Keprihatinan Diri

Apakah pelajar suka

saya?

Bolehkah saya mengajar apabila diselia?

Apakah yang dikatakan

oleh guru lain tentang saya.

Apakah BBM saya sesuai

dengan murid?

Page 3: Eseiman 3108

Rajah 3 : Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)

Rajah 4 : Cabaran guru permulaan

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru

Cabaran Guru Permulaan

Teori 5 Peringkat Perkembangan GuruPeringkat novisPeringkat novis lanjutanPeringkat cekapPeringkat mahirPeringkat pakar

Cabaran Guru Permulaan

Dikatakan pasif, tak

kreatif dan imaginative

Belum mencapai tahap yang dikehendaki

pihak sekolah

Masalah penyesuaian diri dengan reality

sekolah dan bilik darjah

Mula mengaplikasik

an kaedah mengajar

Memahami fakta, konsep dan perkara

asas pengajaran

Membentuk kerangka

kognitif tugas-tugas guru

Kurang berupaya

menangani tugas harian

guru

Page 4: Eseiman 3108

Rajah 5 : Ciri-ciri guru

Definisi Guru Pakar

Guru pakar ialah guru yang

mempunyai kemahiran,

pengetahuan, dan kepakaran

tinggi dalam mata pelajaran

khususnya dalam PNP

Sahsiah guru pakar

‘role model’ kepada warga

pendidikan

Peka dan prihatin kepada

keperluan pelajar

Berpegang eguh kepada etika

perguruan dan etika

perkhidmatan awam

Berketrampilan

Pengetahuan guru pakar

Menguasai dan menghayati

kandungan mata pelajaran

Menjadi pakar rujuk PNP

Bijak mengurus masa, bahan dan

sumber

Mampu mengenalpasti keperluan dan

masalah pelajar

Potensi

Berwawasan, proaktif,

responsive, inovatif dalam

rangka menjalankan tugas sebagai

pendidik.Sumbangan

kepada kemajuan pendidikan

negara

Berupaya menjana idea

baru dalam mata pelajaran atau

bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut

bagi meningkatkan

mutu pendidikan Negara

Ciri-ciri guru

Guru Cekap

Ada kecekapan pada tahap minimum

Guru mula kenali lebih banyak

prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi

khusus

Guru memiliki kemampuan

menyelesaikan masalah PNP

Guru Mahir

Terbaik dalam bidang

Menjadi teladan profesionalisme

Terlibat sepenuhnya dalam

kokurikulum

Guru pakar

Menyerlahkan diri secara

profesionalisme

Idea dan kemahirannya

boleh mempengaruhi

polisi pengendalian bilik darjah

Dianggap sebagai bidang yang

berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya

Rajah 6: Guru pakar

Page 5: Eseiman 3108

Menjadi guru cekap

Kecekapan profesionalisme

Kecekapan melaksanakan visi

dan prinsip

Keutuhan peribadi

Kecekapan menggunakan

teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap

Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif,

yakin dan sabar

Ciri mengajar – gaya tersendiri,

kepakaran, bermotivasi

Ciri intelektual – suka membaca,

mempunyai mental-life yang

segar, mempunyai

kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka

Prinsip Guru Cekap

Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan

kurang silap

Penambahbaikan berterusan

Mencegah masalah lebih

utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

Ciri guru berkesan

Berupaya melahirkan

‘persekolahan berwatak’ supaya

pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti

sihat dan serba boleh

Professional dengan PNP di

sekolah

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas

berpendirian

Ciri-ciri

Guru yang baru memulakan

perkhidmatan selepas tamat kursus

perguruan di IPG atau university

Sosialisasi didefinisikan sebagai

proses saling mempengaruhi antara

individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan

baru

Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi

Fokus isu :Guru baru sering menghadapi

masalah

guru besar dan guru

mempelajari peranan sebagai guru di luar

bidang tugas mengajar

masalah pembelajaran dan

disiplin murid

Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan

Tidak cukup kemahiran guna pusat

sumber

Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah

Kurang mahir urus aktiviti sukan

Kurang kemahiran sosial

Rajah 7: Guru cekap

Rajah 8: Guru permulaan

Page 6: Eseiman 3108

2.0 Cara – cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme guru

Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986).

2.1 Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)

Pada peringkat ini guru mula mempelajari cara mengajar. Selain itu juga guru mempelajari

fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Guru telah dapat menangani tugas - tugas

harian seorang guru contohnya mengambil kehadiran kelas dan menjadi guru kelas. Guru

juga telah dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru

profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan.

2.2 Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)

Guru telah menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.

Hasil daripada pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan

diri. Walaubagaimanapun bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan

momentum mengajar di sekolah dan motivasi guru novis lanjutan. Contohnya memberi

teguran dan penambahbaikan berterusan untuk memperbaiki pengajaran guru oleh

mentornya.

2.3 Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)

Guru telah memiliki kelayakan ikhtisas. Guru akan lebih memberikan fokus kepada

pembelajaran murid. Guru juga memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam

pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. Guru telah berjaya memiliki pelbagai strategi

pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza.

Contohnya berjaya membuat satu teknik pengajaran yang boleh difahami bagi murid kelas

pertama dengan murid kelas terakhir.

2.4 Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)

Guru mahir dalam bidangnya. Merupakan golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas

pelajar. Memiliki gaya pengajaran lancar dan spontan yang membolehkannya membuat

keputusan berdasarkan intuisi. Guru telah kaya dengan pengalaman dan dapat

menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi

pembelajaran secara kreatif dan unik. Contohnya mempunyai teknik dan cara tersendiri

dalam mengajar sesuatu topik tanpa menggunakan buku teks.

Page 7: Eseiman 3108

2.5 Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)

Merupakan guru yang gemilang dan terbilang. Guru telah dapat memahami dan menangani

maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar.

Merupakan orang yang berautoriti dalam profesionnya. idea dan kemahiran boleh

mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah. Contohnya menguasai

setiap topik dan boleh membantu setiap peringkat murid yang berbeza-beza tahap

pengatahuannya serta serba boleh untuk menjawab setiap persoalan murid yang pintar.

Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti

kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui

masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,

mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri

untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956). 

Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan

pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya :

perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) 

Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep

profesionalisme sebagai :  Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang

mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,

bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod

etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada

pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh 1980 ). Nilai tara sesuatu

profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli

profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut.

Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh

setiap ahlinya.

Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya

murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.  Di samping itu, guru

haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.

Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan

sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil

daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan

berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi

kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga

mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru

diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam

Page 8: Eseiman 3108

pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal

dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik

kepada masyarakat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu

menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi

yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-

method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani

cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah

berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus

pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri

dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam

Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus

pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan

dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.

Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka

profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang

berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau

mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion

keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,

penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru

harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan

menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam

kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan

kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan

sesuatu program.

Guru harus dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari

penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar

kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang

dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara

memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk

menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang,

dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi

pemandu kelak. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar

Page 9: Eseiman 3108

Guru Besar

TN HJ OTHMAN BIN HASHIM

Pembantu tadbir

PN SITI NORLAILA BT ABAS

Juruteknik Komputer

PN JURIAH BT MD JALI

Pembantu Pengurusan

Murid

EN MAHMUD B ITHNIN

Pembantu Am Pejabat

PN MAIMON BT HARON

Guru Panatia Matapelajaran

Guru Kelas

GPK Hal Ehwal Murid

PN HJH SARAH BT HJ ABD GHANI

Guru Kaunseling

TN HJ ABU BAKAR B MOHAMAD

Badan Displin Dan Pengawas

EN ISA B ABDUL RAHIM

GPK Kokurikulum

TN HJ SELAMAT BIN TAKIM

Setiusaha Sukan

CIK ROHANA BT LAMSIN

GPK Pentadbiran

PN ZAITON BT YAACOB

Guru Pusat Sumber

PN RAMLAH BT NGAH

Guru Data

EN ISA B ABDUL RAHIM

Guru Peperiksaan

EN ZAHFARSHAM B ISHAK

Pra Sekolah

PN RUPIAH BT SUKARMAN

ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang

terpuji. 

Carta organisasi Sekolah Kebangsaan Parit No 5

3.0 Peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolahJadual 1: Carta Organisasi Sekolah

Page 10: Eseiman 3108

Semasa saya menjalani Pratikum 3 di Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Semerah Johor

Darul Takzim, saya telah mengenalpasti tugas setiap guru dalam carta organisasi yang ada

di sekolah tersebut. Peranan dan tugas pertama ialah Guru Besar. Guru Besar merupakan

tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan dan menggerakkan semua

hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar merupakan

ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan

kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika Guru Besar

tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka pincanglah segala perancangan dan

pengurusan sekolah tersebut. Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh

kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang

dari semua aspek JERIS selaras dengan hasrat FPK.

Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan kewangan

sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu mendapat

pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru Besar itu

merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam merangka

matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai pengajaran

guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa pengajaran,

sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan perkembangan

profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid. Edmond (1977), Sweeney

(1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa

Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi

matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada

guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar

berperanan penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk

mencapai objektif sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik.

Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun perlu

turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru

Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru

untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid

untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan, namun perlu turut serta terlibat

dengan program-program serta perlaksanaan yang dijalankan di sekolah. Penglibatan

secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan

suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK. Selain

itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika terdapat kakitangan

sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap mereka.

Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami kesulitan yang dialami oleh

Page 11: Eseiman 3108

kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan bersedia untuk menolong

kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat empati yang tinggi perlu ada di

dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati dan disenangi oleh semua pihak

sekolah. Jika kita berbuat baik kepadaorang lain, orang lain akan senang memberikan

pertolongan kepada kita kelak dan begitulah sebaliknya. Pemimpin yang tidak

mengendahkan keadaan staf-stafnya akan menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif.

Contohnya, guru tidak akan memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru

Besar meminta pertolongan dari guru tersebut.

Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah termasuk murid-

murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran sekolah. 

Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah sekolah.

Terdapat 3 jenis guru PenolongKanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK Kokurikulum dan

GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala pengurusan dan

pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal

pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.

Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan guru besar.

Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan berkaitan dengan

jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila terdapat guru yang tidak hadir

maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi

kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua selepas guru besar dan perlu sama-

sama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru,

GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana semua masalah guru terletak di bawah

tanggungjawab GPK 1. jadual waktu yang disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku

pertindihan waktu antara guru. Struktur organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan

GPK 1 ini. Kesimpulannya, GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru

besar untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya. 

Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang bertanggungjawab

dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum merupakan satu rancangan

pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai

dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat

untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan

kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau bertanggungjawab dalam pembelajaran yang

berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak

dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau

Page 12: Eseiman 3108

melaksanakan sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi

pelajaran tetapi pandai dari segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang

bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat Falsafah ini. 

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang bertanggungjawab

dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat pelajar yang sakit, PK

HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah kawalan guru ini. Pelajar

yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan guru inilah yang

bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik itu. Selain itu, PK HEM

juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan

miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk

mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempunyai masalah

Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar

tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan

dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk

membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya

pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya. 

Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran

perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk melicinkan

pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar. Guru Besar

dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala pengurusan yang

dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang

menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek. 

Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan

kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai

seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan diketuai

oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata pelajaran yang

tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf dan pendidikan khas.

Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang

diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan merujuk

kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan hendaklah

selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang yang

Page 13: Eseiman 3108

diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua panitia matematik merancang

satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam matematik. Ketua panitia ini

memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjek-subjek di sekolah bagi mencapai

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan pengajaran,

mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum dirujuk kepada Guru

Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia hendaklah sentiasa peka

terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi, peranan ketua panitia ini amat

penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan

mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang

ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi

sumbangan kepada kemajuan negara.

Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid

di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun mereka telah

diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas

bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Setiap masalah pelajar

guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. Kehadiran pelajar

guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir ke sekolah. Setiap

masalah yang berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir

di sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing

kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di

dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria

dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.

Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik.

Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid

kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik

darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya.

Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan

mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan

sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.

Tuntasnya, guru bilik darjah atau guru Kemahiran Hidup merupakan tempat bergantung

murid-murid ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang

paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam

melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.

Page 14: Eseiman 3108

4.0 Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus EDU 3108

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman

sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan.

Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak

memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa

saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya

menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga

beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah

untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai peringkat perkembangan guru di sekolah

rendah. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai tugas-tugas guru

dalam bidang pentadbiran dan pengurusan untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu

bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk membuat

penulisan tugasan kerja kursus pendek ini tetapi setelah di terangkan oleh pensyarah saya

akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk membuat tugasan kerja kursus

pendek ini.

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam

kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Segala

maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus saya. Nota-

nota yang telah diberikan oleh pensyarah telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam

kerja kursus saya saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa

melaksanakan kerja kursus ini. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan

haruslah tepat dan penerangan yang diberikan oleh guru tersebut pula haruslah sesuai

dengan murid sekolah rendah.

Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-

perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak

negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-

perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran

dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung

dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari

semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan

kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan

perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini

kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah

Page 15: Eseiman 3108

peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan

kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor,

peguam dan arkitek.

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya

yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat

meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut

membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan

penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi

akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan

dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang

tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf

profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan

bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap

kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih

bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,

akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan

akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat

di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan

negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang

tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan

pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan

telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Asas

Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 yang diberikan telah berjaya

saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah

membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya.

Rujukan buku

Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum

Page 16: Eseiman 3108

Books.

Awang Had Salleh, 1980. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah

yang dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.

Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010. Asas Kepimpinan dan

Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar.

Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet

Peranan sekolah dalam merialisasikan pentadbiran. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari

http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/peranan-sekolah-dalam-

merealisasikan.html

Bidang tugas unit peperiksaan. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari

http://www.smktj.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:bidang-

tugas-unit-peperiksaan&catid=8:kurikulum&Itemid=16

Tanggungjawab guru penasihat sukan dan permainan. Diperoleh Ogos 20, 2013 dari

http://skhijrah.wordpress.com/kokurikulum/tanggungjawab-guru-penasihat-sukan-

permainan-dan-rumah-sukan/

Bidang tugas guru perpustakaan. Diperoleh Ogos 21, 2013 dari

http://pssmkcas.wordpress.com/2013/01/10/bidang-tugas-guru-perpustakaan-media/

Peringkat perkembangan guru. (n.d.). Diperoleh Ogos 21, 2013 dari

http://educatestory.blogspot.com/2012/10/peringkat-peringkat-perkembangan-

guru.html

Penghargaan

Page 17: Eseiman 3108

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus Asas

Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 saya. Saya bersyukur kerana

mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh saya pelajari seperti peringkat

perkembangan bagi seorang guru, cara pengurusan dalam organisasi sekolah dan peranan

yang perlu dimainkan semasa bergelar seorang guru. Saya juga tahu bagaimana pihak

pentadbiran menguruskan sesuatu tugasan untuk melicinkan pentadbiran sekolah tersebut.

Saya ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang

bnyak membantu saya iaitu En Arman Bin Hj Md Jaferi. Beliau bnyak membantu saya untuk

menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya

yang bnyak memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Mereka juga memberi beberapa maklumat tentang organisasi sekolah dan peranan

persatuan ibubapa dan guru (PIBG). Sekain itu, saya juga ingin mngucapkan terima kasih

kepada rakan-rakan yang banyak menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini

terutamanya Mohamad Nur B Mohamad yang merupakan ketua opsyen yang memberitahu

langkah untuk membuat kerja kursus ini dan juga Noranis Lyana Bte Zambery yang sentiasa

memberikan maklumat semasa jika ada perubahan dalam soalan tugasan kerja kursus ini.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya

menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Wassalam.

Mohd Aidil Bin Othman

( GURU PELATIH IPGM KTHO )

PISMP SEMESTER 8

RBT/ PJ / BM

AMBILAN JANUARI 2010

Abstrak

Page 18: Eseiman 3108

Kerja kursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru pelatih

terhadap peranan guru semasa di sekolah, peringkat dalam perkembangan guru dan cara

untuk menjadi guru yang pakar dalam pengajaran.

Pemilihan carta organisasi sekolah semasa berpratikum untuk kerja kursus saya ini

dilakukan bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih terhadap peranan pihak

pentadbiran sekolah dalam menguruskan sesuatu kerja. Pelaksanaan kerja kursus ini

khusus untuk melihat penguasaan guru pelatih yang bakal bergelar guru untuk

mengenalpasti setiap perkembangan dalam profesionalisme guru.

Melalui kerja kursus ini saya telah mencari sumber maklumat yang berkaitan asas

kepimpinan dan profesionalisme guru untuk penulisan kerja kursus. Setiap penulisan akan

disertakan dengan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Adalah diharapkan agar kerja

kursus yang telah dibuat ini akan dapat membantu saya atau sesiapa saja yang berminat

mahu meningkatkan tahap kepimpinan dan profesionalisme mereka dalam bidang

perguruan. Saya juga amat berharap agar dapat menguasai asas kepimpinan yang mantap

dan menjalani setiap peringkat perkembangan guru dengan baik sehingga menjagi guru

pakar .

Page 19: Eseiman 3108

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

1 Biodata guru pelatih i

2 Borang kolaborasi ii

3 Surat akuan kerja kursus iii

4 Abstrak iv

5 Penghargaan v

6 Pengenalan vi

7 1.0 Carta alir peringkat perkembangan guru dan profesion guru 1 - 5

8 2.0 Cara – cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme

guru

2.1 Peringkat novis

2.2 Peringkat novis lanjutan

2.3 Peringkat cekap

2.4 Peringkat mahir

2.5 Peringkat pakar

6 - 9

9 3.0 Peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah 10 - 14

10 4.0 Refleksi kursus EDU 3108 14-15

11 Refleksi 16

12 Bibiliografi/ Rujukan 17

13 Lampiran 18