tugasan 1 bahasa pengantar

30
TAKRIF BAHASA Bahasa ialah suatu sistem lambang bunyi suara yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu kelompok manusia untuk berhubungan. Bunyi suara ini disebut bunyi bahasa.Bunyi-bunyi bahasa dilahirkan manusia dengan dengan alat-alat pertuturannya dan digabungkan untuk membentukkan kata. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dan menyampaikan pemikiran manusia dalam bentuk visual. Bahasa pengantar ialah alat yang paling penting dalam pendidikan yang membolehkan guru menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Bahasa pengantar yang digunakan di sekolah Malaysia terdiri daripada Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia. Antara isu-isu yang wujud dalam bahasa pengantar di sekolah ialah : i. Penggunaan Bahasa Ibunda Di Sekolah ii. PPSMI iii. MBMMBI

Upload: yunging84

Post on 20-Jun-2015

283 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1   bahasa pengantar

TAKRIF BAHASA

Bahasa ialah suatu sistem lambang bunyi suara yang arbitrari yang digunakan oleh anggota

sesuatu kelompok manusia untuk berhubungan. Bunyi suara ini disebut bunyi bahasa.Bunyi-

bunyi bahasa dilahirkan manusia dengan dengan alat-alat pertuturannya dan digabungkan

untuk membentukkan kata.

Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dan

menyampaikan pemikiran manusia dalam bentuk visual. Bahasa pengantar ialah alat yang

paling penting dalam pendidikan yang membolehkan guru menyampaikan pengetahuan

kepada pelajar.

Bahasa pengantar yang digunakan di sekolah Malaysia terdiri daripada Bahasa Tamil,

Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia. Antara isu-isu yang wujud dalam bahasa pengantar di

sekolah ialah :

i. Penggunaan Bahasa Ibunda Di Sekolah

ii. PPSMI

iii. MBMMBI

Page 2: Tugasan 1   bahasa pengantar

ISU PERTAMA: Penggunaan Bahasa Ibunda Di Sekolah

1.0 Pengenalan

Bahasa ibunda merupaka bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil. Bahasa ibunda adalah

penting dalam meningkatkan komunikasi sesama kaum dan merapatkan hubungan

kekeluargaan dan kejiranan. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahasa ibunda

dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Memaksimakan

komunikasi dalam bilik darjah dan membolehkan pelajar lebih banyak berfikir.

Di Malaysia terdapat tiga kaum yang majoriti iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat

tiga jenis aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

1.1 Kesan Positif Penggunaan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran

Guru lebih yakin dalam pengajaran dengan bahasa ibunda. Penyampaian konten menjadi

lebih berkesan. Komunikasi antara guru dengan pelajar dapat dimaksimakan dan berlaku

dengan berkesan. Pelajar juga lebih mudah memahami proses pembelajaran dan lebih berani

menanyakan soalan. Justeru itu, keputusan pelajar dapat dipertingkatkan.

Menurut Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova di Paris pada 12 Mei 2011, kanak-

kanak akan lebih cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran yang menggunakan bahasa

ibunda khususnya di peringkat rendah. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat bahawa

terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak di seluruh dunia seperti di Mexico dan Peru yang

mendapat pendidikan peringkat rendah dalam bahasa ibunda akan cemerlang di bilik darjah.

(Laman Utusan Malaysia Online 12 Mei 2011)

Page 3: Tugasan 1   bahasa pengantar

1.2 Kesan Negatif Penggunaan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran

Salah satu kesukaran dalam melaksanakan pengajaran dalam Bahasa Ibunda ialah kesukaran

guru, guru juga perlu menguasai Bahasa Ibunda dengan baik supaya dapat menyampaikan

pengajaran dengan berkesannya.

Oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, maka perkahwinan campur

merupakan satu perkara yang biasa. Pelajar daripada keluarga yang mana ibu dan bapa

daripada etnik yang berbeza akan mengalami kekeliruan memilih Bahasa Ibunda.

Bahan rujukan yang digunakan di Malaysia kebanyakan dalam Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris, ini akan menyebabkan guru menggunakan bahasa campur / rojak dalam

pengajaran. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar kurang menguasai bahasa sekunder

seperti bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Peringkat kolej dan universiti

menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pelajar yang

belajar dalam Bahasa Ibunda akan mengalami kesukaran memahami pengajaran dalam

bahasa yang kurang biasa digunakan.

1.3 Langkah Penyelesaian

Sekolah mewakili setiap kaum iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ditubuhkan. Penubuhan tiga jenis aliran sekolah

membolehkan Pengajaran lebih berkesan tetapi menjejaskan pencapaian perpaduan.

Oleh itu, cara penyelesaian yang paling baik ialah menubuhkan satu jenis sekolah

sahaja di peringkat rendah dan menengah yang terdiri daripada berbilang kaum bagi

menyelaraskan bahasa pengantar dalam pengajaran sains dan matematik. Ini dapat

mewujudkan perpaduan antara kaum dan menyeragamkan bahasa yang digunakan dalam

pengajaran sains dan matematik iaitu Bahasa Malaysia. Tetapi dengan menubuhkan satu jenis

Page 4: Tugasan 1   bahasa pengantar

sekolah sahaja, pelajar bukan Melayu sukar memahami isi pengajaran. Bangsa Cina dan

Tamil juga akan rasa tergugat.

Mantan Perdana Menteri yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohd telah mencadangkan

penubuhan sekolah wawasan pada tahun 1997. Sekolah wawasan adalah sekolah rendah yang

berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau

agama. Dalam konsep ini, dua atau tiga buah sekolah berlainan aliran akan ditempatkan

dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh

disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan berhubung.

Tujuan dan matlamat sekolah wawasan adalah untuk mewujudkan perpaduan di

kalangan pelajar yang berbagai bangsa dan latar belakang. Memupuk semangat integrasi

antara pelajar dari pelbagai aliran. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan

persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.

Mengalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian

kemudahan sekolah.

Page 5: Tugasan 1   bahasa pengantar

ISU KEDUA: Dasar Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik(PPSMI)

2.0 Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah

nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysiayang menetapkan bahasa

Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata

pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi

isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin

Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan

sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan olehMenteri Pelajaran Tan Sri

Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

2.1 Pelaksanaan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI)

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat

Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana

Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran

Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003

dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan

Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan

penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat

Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun

persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan

pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran

PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:

Page 6: Tugasan 1   bahasa pengantar

Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas

mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan

matematik.

Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA)

disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan

kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA

membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA

adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru

sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga

membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta

merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej

Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik

Tahun Satu.

MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan

mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka

pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti

secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam

merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam

CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang

Page 7: Tugasan 1   bahasa pengantar

relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej

Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk

memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain

itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta

menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej

Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid

untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan

lebih tepat.

Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan

dibuat oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu

formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan

bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains

dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun

2006 untuk tujuan tersebut.

2.2 Objektif Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI)

Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia,

rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan

Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan

kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju

dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Page 8: Tugasan 1   bahasa pengantar

Secara umumnya, sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan

berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi

dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai

perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia

makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan

kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin

melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris. (wikipedia.com)

2.3 Kebaikan perlaksanaan dasar Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan

Matematik (PPSMI)

Melalui PPSMI juga, Negara telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam ketiga-tiga

matapelajaran iaitu matematik,sains dan juga bahasa inggeris,ini sekali gus melahirkan

pelajar yang berdaya saing yang tinggi. PPSMI juga memudahkan rakyat mencapai

pengetahuan yang bernilai dalam sains dan matematik melalui adanya bahasa inggeris.Bagi

mereka yang mempunyai penguasaan bahasa inggeris prestasi pelajaran mereka akan

meningkat bagi dalam subjek yang diajar bahasa inggeris. 

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan

penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik dalam kalangan murid

memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak

langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa

Inggeris di kalangan murid. (Portal Rasmi KPM)

Page 9: Tugasan 1   bahasa pengantar

2.4 Keburukan dasar Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik

(PPSMI)

PPSMI dilaksanakan atas kebaikan, namun sejak pelaksanaannya, PPSMI banyak

menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai

pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang

diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran

dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya

terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang

bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-

kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada

peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat

mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa

keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. 

Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian

yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa

Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar

berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa

Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.

2.4.1 Prestasi akademik menurun

Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI

mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan rasmi memperlihatkan

peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut

pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata

Page 10: Tugasan 1   bahasa pengantar

pelajaranBiologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%),

Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%), Matematik

1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus

membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran

peringkat menengah.

Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan

Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa

tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang

menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan

matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata,

159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa

Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%). Walau

bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut

Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak

31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun

matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar

belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi

menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," di

samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan

menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.

2.4.2 Mengurangkan minat murid memperlajari subjek Sains dan Matematik

Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mendapati PPSMI hanya mampu

menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat

Page 11: Tugasan 1   bahasa pengantar

peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan

Matematik.

Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53

pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008.

Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi

Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti

Teknologi Mara.[11]

Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai

jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru

termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi

kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.

Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:

menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus

murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata

pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk

belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem

pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini

diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu

Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah

Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.

Page 12: Tugasan 1   bahasa pengantar

2.4.3 Skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains

untuk Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) merosot

dengan ketara

Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study

(TIMSS 2007) dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut

Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara

khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar

Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik

dan sains merosot dengan ketara. Mengikut Laporan Trends in Mathematics and Science

Study 2007 menyatakan, kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21

daripada tangga ke-20 pada tahun 2003. Bagi mata pelajaran Matematik, kedudukan murid

telah daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.

2.4.4 Kajian menunjukkan PPSMI mendatangkan masalah pemahaman

2.4.4.1 Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin

Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan 75%

pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah

pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan

Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru

setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris

dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan

bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar.

Page 13: Tugasan 1   bahasa pengantar

Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20

tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.

2.4.4.2 Kajian UPSI

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian “Kesan Dasar Pengajaran

Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah” mengenai kesan dasar

PPSMI pada April 2008. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan dasar penggunaan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah (PPSMI),

terutama di sekolah rendah: sejauh manakah dasar ini berkesan untuk meningkatkan

pembelajaran dan prestasi murid dalam kedua-dua mata pelajaran ini; dan sejauh manakah ia

meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris, seperti yang diharapkan oleh

Kerajaan apabila dasar ini diumumkan dalam Julai 2002, dan mula dilaksanakan pada awal

tahun 2003. 

Dalam kajian tersebut, lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains

mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-

dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka ‘tidak faham atau kurang

faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka

‘sukar ataun agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. 

2.4.5 Penggunaan Bahasa Inggeris dikatakan mencabar budaya bangsa

Melayu

Penting untuk difahami bahawa bahasa itu jiwa bangsa. Apabila Bahasa Melayu dipinggirkan

dan Bahasa Inggeris diangkat tarafnya terlalu tinggi, maka akhirnya budaya masyarakat Barat

yang menggunakan Bahasa Inggeris itu akan menyerap masuk secara langsung ke dalam

masyarakat di negara ini.

Page 14: Tugasan 1   bahasa pengantar

2.4.6 Murid keciciran dalam Sains dan Matematik kerana PPSMI

Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh sebelas pertubuhan pendidikan

sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk

membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk

amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan

keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-

formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains

dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina dalam kalangan murid-murid.

2.5 Pemansuhan PPSMI

Dapatan dari kajian-kajian ini cuba memperlihatkan bahawa objektif asal dasar PPSMI tidak

tercapai malah menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains

pelajar.Melalui kajian ini, disyorkan Kerajaan mengkaji semula dasar PPSMI ini dan

mengguna semula Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains sekolah

rendah dan menengah, kerana guru dan pelajar sudah pun mahir untuk belajar dalam bahasa

kebangsaan. Ia akan mengukuh pembelajaran asas Matematik dan Sains di peringkat awal

lagi.

Dengan itu, Menteri Pelajaran – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan

seorang Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan mulai

2012. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan

menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah

jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing,

tambahnya.Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang

terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Page 15: Tugasan 1   bahasa pengantar

2.6 Kesimpulan: MBMMBI bagi menggantikan PPSMI

Pada 9 November 2011, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di

Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam

menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya

beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu

dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara

tersebut, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib

pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi

khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa

Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di

Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di

Malaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan

pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang.

Page 16: Tugasan 1   bahasa pengantar

ISU KETIGA:Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan

penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

3.0 Pengenalan

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa

Inggeris (MBMMBI) diperkenalkan pada tahun 2011. Memartabatkan Bahasa Malaysia

bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan

kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152,

Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama

pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa

maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari,

bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. (KPM, 2011).

Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Maaysia merupakan

bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu

ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Tujuan utama

memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi

antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan

pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan Bahasa Malaysia

sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta

penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.

Manakala strategi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan

kurikulum Bahasa Inggeris serta menyediakan guru dan bahan yang mencukupi dan

berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.

Page 17: Tugasan 1   bahasa pengantar

MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan PPSMI yang dimansuhkan pada tahun

2012 setelah didapati PPSMI gagal mencapai matlamat untuk meningkatkan penguasaan

bahasa Inggeris di kalangan pelajar, terutama kawasan pedalaman dan juga menjejaskan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains hingga mereka mengambil

masa yang lama untuk memahami konsep kedua-dua mata pelajaran tersebut (Azman Ismail,

2012). Kesukaran tersebut memaksa guru mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid

dapat memahami kedua-dua mata pelajaran berkenaan. Masalah seperti ini bukan sahaja

dialami oleh sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh itu, sekiranya PPSMI

diteruskan, sebahagian besar murid di negara ini tidak akan dapat menguasai ilmu matematik

dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

Secara tidak langsung, PPSMI tidak dilaksanakan sepenuhnya di sebahagian sekolah

di negara ini, apabila guru terpaksa menggunakan dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris)

untuk menjelaskan sesuatu topik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu, juga

terdapat guru yang tidak menguasai istilah dalam bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata

pelajaran tersebut.Berbeza daripada konsep dan dasar MBMMBI, dasar baharu itu

memberikan penekanan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bahasa

Malaysia dan pada masa yang sama, bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang

lebih berkesan. Ekoran pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah

menengah hendaklah menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam P&P

bagi mata pelajaran Sains dan Matematik Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) dan

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)(SKJT) dibenarkan menggunakan bahasa pengantar

masing-masing.

Sejajar dengan keputusan baharu tersebut, pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah

Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-

peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa

Page 18: Tugasan 1   bahasa pengantar

Inggeris atau bahasa pengantar masing-masing dalam P&P Sains dan Matematik. Langkah ini

bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar

berkenaan.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin

Mohd. Yassin menegaskan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan MBMMBI dan

memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak kerana pemansuhan

tersebut tidak bererti kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya,

penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar rendah dan menengah akan ditingkatkan

dengan beberapa langkah penambahbaikan P&P bahasa Inggeris.

3.1 Rasional

Dasar MBMMBI merupakan refleksi kepada pelbagai isu yang timbul daripda pelaksanaan

PPSMI yang telah berkuatkuasa sejak tahun 2003. Memandangkan kejayaan PPSMI tidak

seperti yang diharapkan, pihak kerajaan telah berinisiatif meggubal dasar baharu yang lebih

berkesan terutamanya dalam memberi keseimbangan antara penggunaan bahasa ibunda dan

juga bahasa antarabangsa iaitu tanpa mengenepikan hak bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu.

Rasional pelaksanaan dasar MBMMBI dilaksanakan seperti berikut.Pertama,

penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di

sekolah rendah dan menengah dikesan menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai

bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Kedua, penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa

pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

Ketiga, kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa

kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu. Keempat, PPSMI telah melebarkan

jurang pencapaianSains dan Matematik antara murid sekolah bandar dan sekolah luar bandar.

Kelima, bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan

sebagai bahasa perpaduan.

Page 19: Tugasan 1   bahasa pengantar

3.2 Pelaksanaan dan penambahbaikan

Kementerian Pelajaran sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan

sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam

proses transisi pada tahun 2012. Perubahan sepenuhnya akan mengambil masa selama 3

tahun kerana pelaksanaan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, iaitu secara ‘soft-

landing’ bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

PdP Sains dan Matematik bagi Tahun 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, Tahun 5 pada tahun

2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 pada tahun 2014, 2015 dan 2016 akan dilaksanakan dalam

dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan Sains dan Matematik UPSR akan terus dilaksanakan

dalam dwibahasa sehingga tahun 2016. PdP Sains dan Matematik bagi Tingkatan 4 pada

tahun 2012, 2013 dan 2014, dan Tingkatan 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dilaksanakan

dalam dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan Sains dan Matematik SPM akan terus

dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga tahun 2015.

Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT.

Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.Seterusnya peperiksaan SPM

Sains dan Matematik akan dikekalkan dalam dwi bahasa sehingga 2015.Untuk

memaksimumkan keberkesanan dasar MBMMBI beberapa strategi penambahbaikan telah

diatur rapi dan telah diperincikan kepada dua bahagian iatu strategi untuk meningkatkan

penguasaan bahasa Inggeris dan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu. Antara

strategi yang dirangka adalah pihak Kemeterian Pelajaran untuk meningkatkan penguasaan

Bahasa Inggeris ialah dengan menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi

pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan

melalui IPGM dan IPTA.

Page 20: Tugasan 1   bahasa pengantar

Antara usaha lain adalah menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris dan

memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris. Usaha-usaha ini dilihat lebih

menjurus kualiti guru Bahasa Inggeris itu sendiri dan kandungan sukatan pelajaran yang lebih

dinamik dan boleh diadaptasi dari pelbagai sumber. Bagi strategi memartabatkan Bahasa

Malaysia pula antaranya ialah dengan menukar kembali pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK

manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT, penambahan waktu P&P Bahasa

Malaysia di SJKC dan SJKT, penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Malaysia dan

menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia.

3.2.1 Cara-cara Guru Dilatih dalam Pelaksanaan Dasar MBMMBI

Di bawah Dasar MBMMBI, KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program

untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalis

memereka dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan

pendidikan nasional. Antara program dan kursus yang telah dilaksanakan adalah:

a) Untuk Pensyarah IPD - Training of Trainers for English Language Lecturers in

Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT).

b) Untuk guru yang bukan opsyen Bahasa Inggeris – Certificate in the Practice of

English Language Teaching (C-PELT).

c) Untuk guru bukan opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mengikuti kursus C-PELT –

Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teacher

(RELTNote).

Page 21: Tugasan 1   bahasa pengantar

d) Untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikas idalam kalangan pelajar

Tingkatan 1 di sekolah-sekolah dengan Band 3 hingga 5 – Oral Proficiency in English for

Secondary School (OPS-ENGLISH).

Selain itu, pelbagai jenis program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi

mata pelajaran BM dan BI turut dikendalikan dalam usaha menjayakan MBMMBI.

Antaranya adalah:

Latihan untuk Bahasa Malaysia:

a) Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)

b) Kursus Kolaboratif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka

Latihan untuk Bahasa Inggeris:

a) Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen Bahasa Inggeris

b) Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen Bahasa Inggeris

c) Latihan Guru

3.3 Peranan guru dalam menjayakan dasar MBMMBI

3.3.1 Guru melaksanakan dan melestarikan dasar dan strategi MBMMBI di

sekolah

Guru perlu bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan Craft

(2002) mencadangkan bahawa menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka

terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Oleh yang demikian, dapat dikenalpasti peranan

utama guru dalam menjayakan dasar MBMMBI ini adalah dengan mengetahui kandungan

Page 22: Tugasan 1   bahasa pengantar

dan cara pelaksanaan dasar ini secara terperinci dan melaksanakannya dalam proses P&P

mengikut panduan yang disediakan. Contohnya, guru perlu maklum tentang penggunaan

dwibahasa yang akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mengikut darjah dan

tingkatan yang terlibat.

Tidak ketinggalan, guru-guru perlu memastikan strategi-strategi pelaksanaan

MBMMBI adalah sejajar dengan P&P yang dijalankan seperti Transformasi Kurikulum

Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang lebih menitikberatkan penguasaan literasi asas dan

pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular. Antaranya ialah, pengukuhan

penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics disamping

Modul Language Arts. Untuk menjadikan perubahan lebih sistematik, guru perlu

melaksanakan pendekatan soft landing seperti yang termaktub dalam dasar MBMMBI.

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Pada masa yang sama, guru wajar memaklumkan dengan lebih lanjut tentang dasar

baru ini kepada semua murid supaya kedua-dua pihak iaitu guru dan murid lebih jelas dan

dapat mengetahui signifikan dasar baru ini. Sebagai seorang guru yang profesional, guru

harus sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi

mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru.

Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011, guru harus melaksanakan

penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum seperti yang digariskan oleh dasar

ini. Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P

Bahasa Melayu. Guru juga harus memantau penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar

agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Melayu itu sendiri. Guru juga perlu komited

dalam mengimplimentasikan TMK dalam P&P. Selain itu, guru juga perlu menyedari

bahawa diri mereka merupakan pemangkin utama dalam setiap program pelaksanaan Dasar

Page 23: Tugasan 1   bahasa pengantar

MBMMBI seperti penganjuran Program bacaan yang kini memuatkan Komponen Sastera

dalam Bahasa Melayu (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur

dan program NILAM yang akan diteruskan.

3.3.2. Guru meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

secara teori dan amali.

Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai

ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur

hidup. Pendekatan guru cemerlang merupakan satu daripada inisiatif terbaik untuk

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bagi guru dan pelajar di negara ini. Menurut Dato’

Sri Muhyiddin Yassin, berdasarkan interaksi dan maklum balas daripada pelbagai pihak serta

rakan sejawatan beliau dari negara lain, pendapat yang sama diberikan iaitu penguasaan

bahasa Inggeris hanya boleh diperoleh menerusi mempelajari bahasa itu dan bukannya

belajar bahasa itu menerusi pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

Beberapa inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan adalah seperti membawa

masuk guru yang bahasa ibundanya bahasa Inggeris. Projek Latihan Mentor, Latihan Bahasa

Inggeris (ELT) SMR berobjektif membantu Guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Malaysia

yang mengajar Tahun 1, 2 dan 3 untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran Bahasa

Inggeris kepada murid mereka. Ia memberikan kepada dua penekanan, pertamanya

membantu guru dengan teknik metodolgi komunikasi dan keduanya meningkatkan tahap

penguasaan bahasa Inggeris mereka secara peribadi untuk meningkatkan keyakinan dan

kefasihan bahasa Inggeris.

Page 24: Tugasan 1   bahasa pengantar

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMR Datuk R. Palan, bagi tempoh 10

bulan lepas, sebanyak 120 guru mentor dari seluruh dunia telah berpeluang bekerja dengan

guru tempatan. Guru mentor berkenaan yang berasal dari luar negara, telah diambil bekerja

berdasarkan kefasihan mereka dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ibunda mereka,

kelayakan pendidikan dan ESL serta pengalaman dalam bilik darjah ( Bernama,2011). Impak

dari usaha-usaha berterusan sebegini, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan

adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.

Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam

diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya.

3.3.3. Guru meningkatkan penguasaan kemahiran P&P di bilik darjah

Kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh guru dalam P&P dibawah MBMMBI ialah aspek

komunikasi . Komunikasi merupakan tulang belakang kepada penyampaian p&p dalam bilik

darjah yang juga dikenali sebagai komunikasi interpersonal. Terdapat sembilan unsur penting

yang perlu diberi perhatian. (Zulkifli, 2000) Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah

proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga

sebaliknya. Apabila guru menyampaikan pengetahuan dan pengalaman kepada anak

muridnya, ia dinamakan berkomunikasi (Abdullah dan Ainon, 1999).

Seterusnya, guru berperanan untuk memantapkan kaedah penyampaian dengan

memaksimumkan penggunaan alat bantu mengajar. Mak Soon Sang (2007), menegaskan

guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program

SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru

terhadap penggunaan ICT. ICT didapati sangat membantu guru terutama sebagai satu alat

untuk melestarikan pemerkasaan Bahasa Inggeris.

Page 25: Tugasan 1   bahasa pengantar

P&P bahasa yang menarik dan efektif dapat dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz

chants, choral speaking, drama, muzik dengan bantuan bahan bantu mengajar.Clarke dan

Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan,

pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti

objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam

perancangan.

Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru

harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai

melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi

p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga

mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran

dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan

menjamin keberkesanan pengajaran.

3.4 Manfaat MBMMBI

Dasar MBMMBI dipercayai dapat melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk

menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris standard dalam perbualan, urusan rasmi,

penerokaan ilmu dan dalam alam kerjaya mengikut kesesuaian dan keperluan. Di samping

itu, dasar tersebut dipercayai akan membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai

bidang ilmu melalui pelbagai media seperti teknologi komunikasi maklumat (ICT) serta

mempunyai minda yang kritis, kreatif dan inovatif. Pada masa hadapan, dapat membentuk 1

Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progesif, dinamik, dan mampu bersaing di

peringkat antarabangsa ke arah mencapai negara maju.

Page 26: Tugasan 1   bahasa pengantar

3.5 Kesimpulan

Dapatan dari perbincangan ini, disimpulkan bahawa implementasi Dasar Memartabatkan

Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini

merupakan satu perkara yang sangat kompleks. Warga pendidik pula dilihat bertindak

sebagai agen utama yang menjunjung dan memanifestasikan dasar ini di peringkat sekolah

khususnya. Justeru itu, menjadi kewajiapan kepada setiap warga pendidik untuk memahami

peranan mereka secara terperinci bagi merealisasikan dasar ini dengan jayanya. Dapat dilihat,

peranan-peranan disenaraikan lebih menjurus ke arah persiapan kendiri guru itu sendiri yang

seharusnya bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-

model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan.

Selain itu, didapati kemahiran profesional seorang guru mampu meyediakan generasi muda

untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi

yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan

komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.

Page 27: Tugasan 1   bahasa pengantar

Rujukan:

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.

Arifin Hj. Zainal. (1985). Pekerja dan pekerjaan. Pendekatan Psikologi Personel.

Azman Ismail (Mac, 2012). MBMMBI perkasakan bahasa Malaysia. Dewan Bahasa. Diperoleh dari http://dwnbahasa.dbp.my/?p=577

Berita Harian. (2011, Oktober 31). Jangan Layan Usaha Pinggir Bahasa Melayu. Diperoleh dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jangan layan usaha pinggir bahasa Melayu/Article/print_html

Berita Harian. (2011, November 6). Abdullah harap pemansuhan PPSMI diterima semua pihak. Diperoleh dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AbdullahharappemansuhanPPSMIditerimasemuapihak/Article/

Berita Harian. (2011, November 25). Waktu pengajaran bahasa Inggeris ditambah. Diperoleh       dari http://www.bharian.com.my/articles/WaktupengajaranbahasaInggerisditambah/Article/

Berita Harian. (2008, Julai 16). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan. Diperoleh dari http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp11julai8.pdf

Goldhaber, G.M. (1990). Komunikasi dalam organisasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Governance.G. (2009) PPSMI – Are the shoes of an Education Minister in Malaysia too big for Muhyiddin? Diperoleh pada Mei 29, 2014, dari http://blog.limkitsiang.com/2009/07/07/ppsmi-is-the-shoe-of-an-education-minister-in-malaysia-too-big-for-muhyiddin/

Harjit Singh a/l Gurbax Singh. (1993). Proses komunikasi dan hubungan dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Latihan Ilmiah, Bangi: UKM.

Institut Terjemahan Negara Malaysia.( Mei, 2010) . Siaran Akhbar Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). Diperoleh dari http://www.itnm.com.my/news/detail/siaran_akhbar_perbincangan_meja_bulat_memartabatkan_bahasa_melayu_mbm/

Jabatan Hal Ehwal Khas. (2010). Isu bahasa: Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Saluran Penguasaan Ilmu. Diperoleh dari http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/5-field-issues/412-isu-bahasa-memartabatkan-bahasa-melayu-sebagai-saluran-penguasaan-ilmu.html

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2011). Dasar MBMMBI. Diperoleh darihttp://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1313055000.pdf

Page 28: Tugasan 1   bahasa pengantar

Mak Soon Sang. (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Guru. Keluaran 5.

Wikipedia. (2013) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Diperoleh pada Mei 29, 2014, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris