krb3033 pengantar bahasa melayu

Upload: nanthini-satgunasingam

Post on 08-Jul-2015

3.764 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Modul PPG UPSI Semester 2

TRANSCRIPT

PENGENALANPanduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu merupakan kursus wajib dan teras yang perlu diambil oleh pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah . Kursus KRB 3033 mendedahkan kepada pelajar tentang asas kepada linguistik yang meliputi bidang kajian ilmu linguistik yang terdiri daripada Sejarah Linguistik. ,Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik, Psikolinguistik, dan Wacana. Walau bagaimanapun tidak semua bidang linguistik yang dapat diterap kan dalam modul ini. Kursus ini bernilai 3 jam kredit.

KUMPULAN SASARANKursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah di UPSI. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh UPSI.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARANMengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu bagi kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 120 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi KRB 3033 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit) Aktiviti Pembelajaran Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan Tutorial di Pusat Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.) Forum (E-Learning melalui MyGuru2) Video P&P melalui MyGuru2 Jumlah Masa Pembelajaran Jam Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka 48 10 32 20 10 78 120

42

HURAIAN KRB 3033 PENGANTAR BAHASA MELAYUHASIL PEMBELAJARAN KURSUS Pada akhir kursus KRB 3033, anda diharap dapat: 1. Memahami dan mengetahui istilah dan konsep asas dalam Bahasa Melayu. 2. Mengetahui dan mengenali subbidang yang terdapat dalam Bahasa Melayu. 3. Memahami dan menguasai aspek asas Bahasa Melayu mengikut bidang secara khusus seperti lisan, sebutan, morfologi, dan sintaksis. SINOPSIS KURSUS Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar ten tang aspek yang terdapat dalam bidang Bahasa Melayu. Antara aspek yang dibincangkan ialah definisi bahasa dan lingustik Melayu, sebutan, ejaan, penulisan, morfologi, sintaksis dan aspek makna. Aspek -aspek ini merupakan perkara asas yang menjadi dasar kepada pengajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh pelajar program Pendidikan Sekolah Rendah. ISI KANDUNGAN KURSUS Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada sepuluh unit semuanya yang terkandung dalam modul ini . Berikut merupakan perincian bagi setiap unit :

UNIT 1

2

TAJUK PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA Unit ini membincangkan definisi dan cabang ilmu linguistik, bidang ilmu linguistik, definisi bahasa, sifat bahasa, asal usul bahasa Melayu, pengaruh bahasa asing, taraf bahasa Melayu, dan fungsi bahasa Melayu. PSIKOLINGUISTIK Unit ini membincangkan tentang definisi Psikolinguistik, pemerolehan bahasa pertama dan teoriteori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama. 3.SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN Unit ini membincangkan tentang sistem ejaan bahasa Melayu, membezakan jenis bunyi vokal, konsonan dan diftong, menghuraikan sistem sebutan baku bahasa Melayu, dan mengaplikasikan sebutan baku dalam urusan rasmi.

4

MORFOLOGI : PEMBENTUKAN KATA Unit ini membincangkan tentang definisi morfologi, menerangkan konsep pembentukan kata, menghuraikan proses pembentukan kata, dan membezakan jenis-jenis bentuk kata. MORFOLOGI : PENGGOLONGAN KATA Unit ini membincangkan tentang konsep penggolongan kata, menerangkan jenis-jenis kata nama, menerangkan jenis-jenis kata kerja, dan menerangkan jenis-jenis kata adjektif dan kata tugas. SINTAKSIS : AYAT Unit ini meneruskan perbincangan tentang definisi sintaksis, mengenal pasti binaan subjek dan predikat, menerangkan pola ayat dasar, dan menggunakan ayat tunggal dan majmuk dengan betul. SEMANTIK Unit ini menghuraikan tentang definisi Semantik, menjelaskan hubungan perkataan makna dan rujukan, dan menghuraikan faktor-faktor yang menentu dan mengubah makna perkataan. PERIBAHASA Unit ini menjelaskan tentang konsep peribahasa, menghuraikan jenis -jenis peribahasa, dan mengaplikasikan peribahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. . WACANA DAN LARAS BAHASA Unit ini menjelaskan definisi wacana, menjelaskan ciri-ciri wacana, menjelaskan jenis-jenis dan alat wacana, menjelaskan perbezaan koheren dan kohesi, dan menghuraikan jenis dan ciri -ciri laras bahasa. PENGAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KORPUS BERKOMPUTER Unit ini menjelaskan konsep korpus berkomputer, menerangkan kepentingan korpus berkomputer, dan mengaplikasikan korpus berkomputer dalam P&P.

5

6

7

8

9

10

PENAKSIRAN Tugasan 2 Tugasan Forum Peperiksaan Akhir Jumlah % Wajaran 50 10 40 100 Kaedah dan Hasil Tugasan Dalam talian menggunakan MyGuru2 Dalam talian menggunakan MyGuru2

!

1

'

2

!

1

0

(

$

'

$

&

!

)

$

#

"

(

'

$

&

%

%

$

#

"

!

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 1

UNIT 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. menjelaskan konsep linguistik dan bidang-bidangnya, 2. menghuraikan sifat-sifat bahasa; dan 3. merumuskan fungsi-fungsi bahasa Melayu meliputi pelbagai aspek kehidupan.

1.0

PENGENALAN

Menurut Verhaar (1985:1), linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemukan dalam bahasa Perancis Langue dan Langage, Itali Lingua, Sepanyol Lengua dan Inggeris Linguistics. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Terdapat perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli bahasa adalah individu yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi peraturan bahasa serta penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks. Ahli linguistik pula adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini juga

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 2

bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada satu bahasa. Kemungkinannya, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu dengan bahasa Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain. Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hampir di semua universiti di Malaysia. 1.1 Definisi Linguistik Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik: 1. John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai the scientific study of language. 2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. 3. Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap bahasa manusia. 4. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat. 5. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa perkataan linguistik sudah memberikan maksud kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan. 1.2 Saintifik Kajian Linguistik Saintifik bermaksud sesuatu kajian itu dilakukan berdasarkan metodologi yang tepat, bersandarkan teori-teori tertentu, mempunyai sampel atau data kajian yang sah, dan mempunyai dapatan kajian yang sah. Kajian saintifik dikenali sebagai empiris atau emperikal iaitu dilakukan secara menyeluruh. Kajian mestilah konsisten, iaitu dilakukan secara berterusan terhadap sesuatu sampel atau data bahasa. Emperikal juga mempunyai ciri ekomomi dalam menghasilkan sesuatu dapatan kajian bahasa. Dapatan kajian mestilah ringkas, padat dan tepat.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 3

Permasalahan Kajian dan Hipotesis

Ujian data lanjutan

Sampel kajian/Data

Teori dan Analisis

Rajah 1.1:

Saintifik Kajian Linguistik

Dalam menjalankan penyelidikan sesuatu bahasa, seseorang pengkaji boleh bermula dengan hipotesis atau andaian awal. Hipotesis perlulah diuji atau dibuktikan dengan menghuraikan data, teori serta metodologi yang betul. Setelah data diuji dan dibuktikan secara sistematik, barulah sesuatu dapatan kajian yang berbentuk rumus atau peraturan sesuatu bahasa dilakukan.

1.3 Cabang Linguistik Linguistik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis atau cabang berdasarkan beberapa perkara seperti meneliti linguistik dari sudut fungsinya, dari sudut apa-apa yang dikaji dan aspek masa dalam kajian linguistik. Bawah cabang linguistik pula, terdapat dua bidang linguistik iaitu linguistik mikro dan linguistik makro. Berikut adalah penerangan ringkas tentang cabang-cabang linguistik: 1. Linguistik Deskriptif Pengkajian bahasa terhadap ciri bunyi, tatabahasa dan perkataan pada waktu tertentu. Linguistik ini bermaksud juga pengkajian atau penghuraian bahasa dilakukan secara penghuraian supaya sesuatu tujuannya fenomena bahasa dapat dihuraikan atau dijelaskan dengan lebih berpada (adequate). Semua dasar fikiran dan perkiraan dalam

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 4

Linguistik Deskriptif adalah bersumberkan satu teori dasar yang umum disebut sebagai General Linguistik. Linguistik Deskriptif turut menganalisis bahasa tertentu dengan hipotesis dan teori-teori Linguistik General. Linguistik juga membekalkan data untuk mengukuh dan menyangkal sesuatu usul dan teori yang dikemukakan. 2. Linguistik Preskriptif Penekanan kepada penghasilan rumus atau formula bahasa bagi menjelaskan sesuatu fenomena bahasa. Linguistik Preskriptif menerang dan menentukan cara bahasa sepatutnya ditulis dan dituturkan. Hal ini adalah untuk membolehkan penutur dilihat sebagai orang yang menuturkan bahasa dengan betul dan dianggap sebagai orang yang terpelajar. Rumus preskriptif pula sebenarnya lebih kepada rumus gaya berbanding rumus tatabahasa. 3. Linguistik Terapan Satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa, penulisan buku-buku teks, dalam leksikografi, penterjemahan, stilistik, petalogi bahasa dan sebagainya. 4. Linguistik Perbandingan ( komparatif) Linguistik jenis ini membandingkan dua bahasa atau lebih dari sudut bunyi, perkataan dan ayat iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. Linguistik ini kerap digunakan untuk membanding-bandingkan satu dialek dengan satu dialek yang lain. 5. Linguistik Historis Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa daripada sudut sejarah, iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa. Misalnya Linguistik Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Turut dikaji ialah mengkaji sejarah perkamusan bahasa Melayu, sejarah sistem ejaan dan seumpamanya. 6. Linguistik Sinkronik Linguistik jenis ini menghurai atau mengkaji sesuatu bahasa dari sudut masa. Ini bermaksud satu kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu masa dalam titik sejarah, dan menerangkan apa-apa saja unsur yang wujud dalam bahasa pada waktu itu

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 5

dengan tidak dipengaruhi oleh perkembangan bahasa tersebut dari segi sejarah ataupun daripada satu bahasa lain. 7. Linguistik Diakronik Linguistik ini tidak menekankan aspek masa. Linguistik ini merupakan satu pendekatan terhadap kajian bahasa dari segi sejarah atau perbandingan. Ini bererti bahawa kajian diakronik berasaskan dua atau lebih kajian sinkronik.

1.4 Bidang Linguistik Secara umumnya bidang linguistik terbahagi kepada: a) Mikrolinguistik (linguistik tulen) Bidang yang mengkaji bahasa dari dalam iaitu kajian terhadap struktur bahasa itu sendiri. Contohnya kajian terhadap: x fonologi - bunyi x morfologi - perkataan x sintaksis - ayat x semantik - makna b) Makrolinguistik (linguistik terapan) Bidang yang mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan faktor-faktor di luar bahasa iaitu melibatkan kajian yang bersifat intra disiplin. Contohnya kajian terhadap: x sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dengan masyarakat x psikolinguistik mengkaji hubungan bahasa dengan perlakuan manusia x filologi kajian terhadap sejarah bahasa yang terdapat dalam satu teks x neurolinguistik kajian berkaitan saraf otak dengan kemampuan bahasa x petalogi kajian tentang perkataan tentang cara bercakap 1.5 Definisi Bahasa:

Edward Sapir (1948:8) telah mendefinisikan bahasa sebagai a purely human and non instinctive method of communicating ideas, emotions and desires by means of a system of voluntary produced symbols. Sapir berpendapat, bahasa merupakan satu alat atau cara

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 6

yang hanya dimiliki manusia untuk berkomunikasi, menyampaikan idea, emosi dan kehendak mereka. Albert B. Cook (1977) mendifinisikan bahasa sebagai ..a system of arbitrary vocal symbols and grammartical signals by means of which the members of the speech community communicate, interact and transmit their culture. Oleh itu, bagi Cook bahasa adalah satu sistem simbol pertuturan yang arbitrari dan penanda kenahuan yang digunakan oleh anggota sesebuah komuniti. Nelson Francis pula mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang dihasilkan oleh alat tutur yang digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau cara untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka. Samsuri (1978) menyatakan bahasa adalah alat yang dipakai untuk membentuk fikiran dan perasaan, keinginan dan perbuatan. Selain itu, sebagai penanda bangsa, bahasa merefleksi atau menggambarkan latar belakang budaya seseorang pengguna atau penuturnya. 1.6 Sifat-Sifat Bahasa

1. Mempunyai sistem Setiap bahasa mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Sistem bahasa dilihat dari sudut unit/ unsur/ komponen bahasa yang disusun mengikut cara-cara tertentu. Sistem bererti susunan teratur, berpola dan membentuk suatu keseluruhan yang bermakna atau berfungsi. Sistem ini dibentuk oleh sejumlah unsur atau komponen yang berhubungan secara fungsional antara satu sama lain dan bersifat sistematis dan sistemis. Sistematis bermaksud bahasa tersusun menurut satu pola, iaitu ia tidak tersusun secara sembarangan. Sistemis pula bermaksud bahasa bukan merupakan sistem tunggal tetapi terdiri daripada sub-sub sistem atau sistem bawahan yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Unit atau unsur bahasa disusun mengikut cara-cara tertentu, contohnya fonem, mofem, kata, frasa, klausa dan ayat. Sistem bunyi dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab misalnya, adalah berbeza-beza. 2. Mempunyai lambang Sesuatu lambang biasanya dikaitkan dengan unsur tanda. Unsur tanda terdiri daripada penanda dan petanda. Selain dipakai sebagai istilah generik, daripada semua termasuk

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 7

kajian semiotik juga merupakan sesuatu yang dapat menandai atau mewakili idea, fikiran, perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan alamiah. Misalnya, kalau di kejauhan kelihatan ada asap membumbung tinggi maka kita tahu bahawa di sana ada api sebab asap merupakan tanda akan adanya api. Lambang tidak bersifat langsung dan alamiah. Lambang menandai sesuatu yang lain secara konvensional, tidak secara alamiah dan langsung. Lambang juga sering disebut bersifat arbitrari, iaitu tidak adanya hubungan langsung yang bersifat wajib antara lambang dengan yang dilambangkan. 3. Terdiri daripada bunyi Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ucapan manusia dan bermakna. Bunyi bahasa ialah fonem (fon, fonem, fonemik). Bahasa pada asasnya terdiri daripada bunyi-bunyi melainkan bahasa isyarat yang sangat terhad penggunaannya. Bunyi dihasilkan oleh alat pertuturan manusia. Oleh itu, bahasa manusia tidak akan terdiri daripada ketukan mesin taip, warna, bau, resepi, perubahan suhu ataupun campuran bahan kimia. Manusia boleh menghasilkan beribu-ribu bunyi melalui pelbagai cara. 4. Bermakna Semua ujaran bahasa yang dihasilkan perlu difahamai oleh masyarakat pendengar. Contohnya bahasa Jepun yang diucapkan oleh penuturnya hanya difahami oleh masyarakat Jepun, tetapi tidak difahami oleh penutur Turki. Lambang-lambang bunyi bahasa yang bermakna dalam bahasa merupakan satuansatuan bahasa yang mewujudkan mofem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Semua satuan ini memiliki makna. Oleh kerana bahasa itu bermakna, maka segala ucapan tidak mempunyai makna adalah bukan bahasa. Justeru, bentuk-bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apapun bukanlah bahasa kerana fungsi bahasa adalah menyampaikan mesej, konsep, idea atau pemikiran. 5. Arbitrari Tidak akan berlaku hubungan hayati antara bunyi yang dilafazkan atau ditulis dengan benda atau objek. Walau bagaimanapun, antaranya perlu bersifat konvensional. Arbitrari bermaksud sewenang-wenangnya, berubah-ubah atau tidak tetap, tidak adanya hubungan wajib antara lambang bahasa dengan konsep atau pengertian yang dimaksudkan oleh lambang tersebut. Contohnya, antara [unta] dengan yang dilambangkannya iaitu sejenis binatang berkaki empat yang biasa ditunggani. Kita tidak dapat menjelaskan sebab binatang tersebut dilambangkan dengan bunyi [unta] bukanya [tanu] atau [unat]. Tentu hanya ada satu bahasa yang meskipun berbeza, tetapi

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 8

perbezaannya tidak terlalu banyak. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ada sejumlah kata dalam bahasa apa-apa sekali pun yang lambangnya berasal daripada bunyi yang diwakilinya. Selain itu, penutur asli juga tidak boleh bertanya punca binatang itu diberikan nama unta kerana sebahagian daripada nama yang telah diberikan itu tidak mempunyai jawapan atau bersebab. 6. Bersifat konvensional Maksud bahasa bersifat konvensional ialah semua aspek bahasa sudah disepakati oleh masyarakat penutur bahasa berkenaan. Oleh itu, semua penutur bahasa tersebut mematuhi bahawa lambang tertentu mewakili objek, perkataan atau peristiwa. Ini bererti ciri yang terdapat dalam sesuatu bahasa diiktiraf oleh penutur natifnya. Persetujuan dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Hal ini bermaksud semua anggota masyarakat berkenaan harus mematuhi konvensi, bahawa lambang tertentu digunakan untuk mewakili konsep yang diwakilinya. Contohnya, jika perkataan kereta merujuk kepada sejenis kenderaan beroda empat, maka angota masyarakat bahasa berkenaan harus mematuhinya. Jika tidak dipatuhi atau menggantikannya dengan lambang lain maka komunikasi akan bercelaru. Kekonvensionalan bahasa terletak pada kepatuhan para penutur bahasa untuk menggunakan lambang itu sesuai dengan konsep yang dilambangkannya. Contoh lain, jika penutur bahasa Turki mengucapkan ders sebagai pelajaran, maka semua penutur bahasa tersebut akan mengucapkan ders sebagai merujuk kepada pelajaran. 7. Produktif Apabila bahasa dikatakan bersifat produktif, ini bererti, walaupun unsur bahasa terhad tetapi jumlah yang dibentuk oleh bahasa tidak terbatas. Ini bermaksud banyak hasilnya atau lebih tepat terus-menerus menghasilkan. Sekiranya bahasa itu dikatakan produktif meskipun unsur-unsur bahasa itu terbatas, tetapi dengan unsur yang jumlah yang terbatas itu dapat dibuat satuan-satuan bahasa yang jumlahnya tidak terbatas meskipun secara relatif, sesuai dengan sistem yang berlaku dalam bahasa itu. Contohnya, fonem-fonem /m/, /a/ ,/a/ dan /s/ dapat menghasilkan satuan-satuan bahasa /m/-/a/-/s/-/a/, /s/-/a/-/m/-/a/, /a/-/s/-/a/-/m/, dan lain-lain. 8. Unik Bahasa yang bersifat unik bermaksud mempunyai ciri-ciri khas yang spesifik yang tidak dimiliki oleh bahasa lain. Ini bermaksud mempunyai ciri yang tersendiri. Salah satu keunikan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ia bersifat aglutinatif (kata dasar

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 9

menerima imbuhan untuk menukar makna). Contohnya: jalan, berjalan, perjalanan, menjalankan, jalanan, dijalankan. 9. Universal Setiap bahasa mempunyai kesamaan ciri-ciri tertentu dengan bahasa lain. Maksud universal iaitu adanya ciri-ciri yang sama yang dimiliki oleh setiap bahasa yang ada di dunia ini. Ciri-ciri yang universal ini merupakan unsur bahasa yang paling umum yang biasanya boleh dikaitkan dengan ciri-ciri atau sifat-sifat bahasa lain. Oleh kerana bahasa itu merupakan ujaran, maka ciri universal dari bahasa yang paling umum adalah bahawa bahasa itu mempunyi bunyi bahasa yang terdiri dari vokal dan konsonan. Contohnya, dalam bahasa Melayu terdapat enam vokal tiga diftong dan sembilan belas konsonan. Manakala, dalam bahasa Arab pula terdapat tiga vokal pendek, tiga vokal panjang dan 28 konsonan. Bahasa Inggeris pula mempunyai enam belas vokal termasuk diftong dan 24 konsonan. Contoh yang lain ialah semua bahasa mempunyai kata kerja misalnya dalam bahasa Melayu terdapat kata kerja transitif, manakala dalam bahasa inggeris terdapat transitive verb. 10. Dinamis Bahasa boleh menerima pengaruh bahasa lain. Bahasa adalah satu-satunya milik manusia yang tidak pernah lepas dari segala kegiatan dan gerak manusia sepanjang keberadaan manusia itu sebagai makhluk yang berbudaya dan bermasyarakat. Tidak ada kegiatan manusia yang tidak disertai oleh bahasa. Oleh kerana keterikatan dan keterkaitan bahasa itu dengan manusia sedangkan dalam kehidupannya dalam masyarakat, kegiatan manusia itu tidak tetap dan selalu berubah maka, bahasa itu juga menjadi ikut berubah. Iaitu menjadi tidak tetap dan tidak statik. Oleh kerana itulah bahasa disebut dinamis iaitu bahasa boleh menerima pengaruh bahasa lain. Misalnya bahasa Melayu menerima atau meminjam perkatan seperti dari bahasa Arab (akhirat) , bahasa Cina (mee), bahasa Inggeris (komputer), bahasa Sanskrit (dunia), bahasa Tamil (kedai) dan lain-lain. 11. Bervariasi Variasi disebabkan oleh ramainya penutur dalam sesuatu bahasa dan luasnya kawasan bahasa tersebut. Variasi bahasa dilihat dari segi idiolek, dialek dan ragam bahasa. Anggota masyarakat suatu bahasa biasanya terdiri dari pelbagai status sosial dan latar belakang. Oleh kerana latar belakang dan lingkungannya tidak sama, maka bahasa yang mereka gunakan menjadi bervariasi atau beragam. Idiolek adalah variasi atau ragam bahasa yang bersifat perseorangan. Manakala dialek pula merupakan variasi bahasa yang

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 10

digunakan oleh sekelompak anggota masyarakat pada suatu tempat atau suatu waktu. Misalnya di Indonesia mengenal adanya bahasa Jawa dialek Banyumas, bahasa Jawa dielek Tegal dan sebagainya. Isoglos adalah satu istilah bagi merujuk sempadan antara satu dialek dengan dialek yang lain. Variasi bahasa lazimnya disebut dengan nama dialek regional, dialek areal, atau dialek geografi. Ragam bahasa pula adalah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi, keadaan atau untuk keperluan tertentu. Untuk situasi formal digunakan ragam bahasa yang disebut ragam baku, untuk situasi tidak formal digunakan ragam yang tidak baku. 12. Bebas Bahasa yang bersifat bebas atau bukan mandatori bermaksud tidak boleh dipaksa oleh individu atau kerajaan untuk memaksa masyarakat itu menerima atau mengguna pakai apa-apa aspek bahasa seperti perkataan-perkataan tertentu secara paksaan. Misalnya, jika ada seorang menteri memaksa atau memperkenal penggunaan perkataan infotaiment sebagai satu perkataan yang merujuk kepada sesuatu konsep, maka perkataan tersebut jika tidak dapat diterima oleh masyarakat bahasa itu, maka perkataan tersebut akan lenyap begitu sahaja. 13. Manusiawi Bahasa manusia adalah milik manusia. Bahasa adalah suatu aktiviti manusia dan bukannya aktiviti makhluk lain. Hanya manusia yang boleh berbahasa. Makhluk lain seperti haiwan, tidak boleh berbahasa. Telah diketahui juga bahawa burung, monyet dan orang hutan dapat mengeluarkan bunyi pertuturan seperti manusia. Tetapi ternyata bahasa manusia lebih baik kerana keupayaan manusia untuk mencantumkan bunyi-bunyi itu menjadi suku kata tetapi ini tidak berlaku kepada haiwan. Banyak haiwan boleh dilatih menutur bahasa manusia seperti burung kakatua, tetapi haiwan seperti itu hanya boleh menutur sahaja tetapi tidak boleh menggunakan bahasa dalam konteks yang betul. 1.7 Asal Usul Bahasa Melayu

Sebelum kita mempelajari aspek-aspek penting yang terdapat dalam bahasa Melayu, eloklah kita mengenali terlebih dahulu sejarah ringkas asal-usul bahasa Melayu. Jika kita ingin mengkaji sejarah asal-usul sesuatu bahasa, maka kita perlu mengkaji terlebih dahulu bangsa yang menutur bahasa tersebut. Setiap bahasa dihasil dan diwarisi oleh bangsa tersebut.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 11

Siapakah orang Melayu? Dari manakah mereka berasal? Asal usul orang Melayu sebagai penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana dari dalam dan luar negara. Terdapat dua teori utama bagi menjelaskan asal usul bahasa dan orang Melayu, iaitu: 1) Teori Orang Melayu Berasal dari Yunan 2) Teori Orang Melayu Berasal dari Nusantara 1) Teori Orang Melayu Berasal dari Yunan

Teori ini dipelopori oleh para sarjana Barat yang berpendapat orang Melayu berasal dari daerah Yunan iaitu suatu kawasan yang terletak di utara Loas dan barat daya negara China. Terdapat dua gelombang penghijrahan orang Yunan ke Asia Tenggara. Penghijrahan pertama dinamakan Melayu Proto yang berlaku berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi. Penghijrahan kedua dinamakan Melayu Deutro yang berlaku kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Penghijrahan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto melarikan diri ke kawasan pedalaman kerana terancam dengan Melayu Deutro yang lebih maju dan hidup secara berkumpulan. Berikut ialah hujah para sarjana tersebut yang dipetik daripada Darwis Harahap (1992): x R.H. Geldern

Beliau menemukan kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Beliau juga menemukan kapak yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Asia Tenggara atau ke Kepulauan Melayu ini.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 12

Peta1.1: Asia Tenggara (Sumber: Google.com) J.H.C Kern

x

J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. x Asmah Haji Omar

Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 13

Peta 1.2: Daerah Yunan

Rajah1.2: Wajah Orang Melayu Proto. 2) Teori Orang Melayu dari Nusantara Terdapat sebahagian sarjana berpendapat bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana wilayah sebaliknya telah wujud sekian lama di kawasan Nusantara khususnya kawasan daratan antara Jawa dan Kalimantan yang dahulunya belum ditenggelami air latan. Berikut ialah hujah mereka:

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 14

x

J. Crawfurd

J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa: (a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. (b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. x Sutan Takdir Alisjahbana

Sutan Takdir Alisjahbana (1987), menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat. x Gorys Keraf

Gorys Keraf (1984), mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 15

x

Bukti Penemuan Sejarah

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah: 1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun. 2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun. 3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

1.7.1

Rumpun Bahasa Melayu

Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat juga rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Pembahagian rumpun bahasa Melayu menurut Nik Safiah Karim et al. (2004) ialah seperti pada rajah di bawah:

Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil, iaitu: 1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 300 bahasa antaranya golongan Sumatera, golongan Kalimantan, golongan Jawa, golongan Filipina dan banyak lagi. Contoh: bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

E

F

A

I

S

D

C

B

A

@

9

E

S

5 F

8

7 R

6

5 Q P

4 B I

3 H F G E F A E D C B A @ 9

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 16

2. Bahasa-bahasa Polinesia. Contoh: bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti. 3. Bahasa-bahasa Melanesia. Contoh: bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian dan Kepulauan Caledonia. 4. Bahasa-bahasa Mikronesia. Contoh: bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Peta 1.3: Wilayah Bahasa Austronesia (Sumber: Encyclopedia Britannica online 2010)

1.7.2

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca

Lingua franca merupakan satu bahasa yang terdiri daripada pelbagai bahasa, contoh bahasa Itali, yang bercampur dengan bahasa Perancis, Sepanyol, Yunani dan Arab dan dipakai di pelabuhan-pelabuhan Laut Mediterranean. Lingua franca juga dikenali sebagai campuran bahasa lain (seperti Swahili, yang sekarang dituturkan di Tanzania) dipakai sebagai bahasa pertama atau bahasa perdagangan atau bahasa perniagaan antara bangsa yang berbeza bahasanya. Menurut Kamus Websters Collegiate Dictionary (1981: 663), lingua franca merupakan sesuatu yang memperlihatkan bahasa bersama. Secara mudah diturunkan ciri-ciri penting lingua franca seperti berikut; x Bahasanya mudah, senang, tanpa imbuhan x Ayatnya pendek

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 17

x x x x

Mudah difahami oleh penerima Digunakan untuk tujuan tertentu Digunakan untuk sementara waktu, Nahunya tidak menentu dan tidak dapat dinyatakan dengan sahih

Berdasarkan bukti sejarah, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Hal ini dapat dibuktikan apabila seorang pengembara China bernama I-Tsing telah singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masihi. Dalam perjalanannya dari China ke India, beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu digunakan dengan meluasnya di Palembang.

Peta 1.4: Empayar Sriwijaya pada abad ke-7 Masihi Keupayaan bahasa Melayu sebagai lingua franca dapat diteruskan lagi pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-14. Kerajaan Melayu Melaka menjadi semakin kuat

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 18

setelah berjaya menakluki negeri-negeri yang berhampiran di Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa buah negeri yang terletak di pesisiran pantai timur Sumatera. Selaras dengan kestabilan kerajaan Melaka, maka aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka menjadi semakin maju. Para pedagang yang berlainan bangsa dan bahasa seperti Arab, India, China dan pedagang Eropah, datang berdagang di pelabuhan itu. Komunikasi menjadi sukar kerana masing-masing tidak dapat memahami bahasa asing. Justeru, bagi memudahkan aktiviti perdagangan, maka bahasa Melayu telah menjadi medium bahasa perantara antara para pedagang. Keadaan ini telah membantu bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca pada waktu tersebut. Francois Valentijn pernah meriwayatkan bahawa kerajaan Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat.

Peta 1.5: Empayar Kerajaan Melaka Abad Ke-14 Masihi Implikasinya, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, bersifat sederhana, tidak terikat kepada susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 19

Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Istilah lingua franca perlu diambil kira apabila kita memperkatakan tentang bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Tanpa berlatar belakangkan lingua franca (khususnya pada zaman Kerajaan Melayu Melaka abab ke-14), tidak mungkin bahasa Melayu boleh menjadi utama hingga kini.e w w w w x x w w w x w w v x w w w t x x w w w w x v w v f w w x w w w r w r y r x v v w v w x r y w w x u w x y t w w t k w x w w x x w m w t w x w w o y w w w x s x x r w w t x h t r w y v o r t x w q w x w u t r w w x w m w y x r x s w r r w h t t r w w w w y d w i w w d k r t x w u s w y n r x w w t x w y w w u w k w v w w r t x k x w x u w w r r w n w x t h r r w v w r s w y w h x x y x v x w w w w w r t t l t x r w v r r r w v y w w t j w r v v x u w x i w w x t t v x w w k t x r r v w t v w i w t x t h w y r q w w x x w v w w e w r w y r w p t x r r w w u p W r y r w i w k r r a v v g v s x t U w w w m x r w x h y v f x x t w x w r w w l y w W t v w w g r w k u w v r x x r t q Y w r w k w W w x t a x w t v p w w r r f r x k t v x t r v w x W o x x x r w r x x w w d e t r i w r y d w k x w w y t Y t n w r t x x c w x k t t w x r x b w t w x w i v w w x t v W m y v x w y a w v r r w x j w W t x w y v j v s w t v w ` v v t k i w w x r r x w h n u w x x Y w t x t w r r h x W v l w v w s r x v X t y h r t u x w w r i w u v k w V x l t v t t w W j t t x y u x w x k x u w s V w w i x x w s t t r U t t r r h r w r v k T

P

1.8

Alam Melayu melalui zaman yang panjang dan bertembung dengan pelbagai bangsa atau kerajaan dari luar misalnya India/Bahasa Sanskrit, Arab/Islam, China, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Pertembungan ini menyebabkan bahasa Melayu menerima pengaruh

s

q v g d w w w

Pada pandangan anda, adakah lingua franca masih wujud pada hari ini?

Pengaruh Bahasa Asing

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 20

bahasa asing yang dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan. Bahasa Melayu memiliki sifat keterbukaan yang membenarkan pengaruh kata dan istilah daripada pelbagai bahasa, seiring dengan kehendak dan perkembangan zaman. Keadaan ini disebabkan pengaruh dan hubungan bangsa atau suku bangsa lain dengan penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, unsur asing yang menyusupi bahasa Melayu dapat melengkapi kosa kata bahasa Melayu. Berikut akan dijelaskan beberapa peringkat pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu. 1.8.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Zaman bahasa Melayu kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan pada batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu: 1. 2. 3. 4. Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 M) Batu Bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M) Batu Bersurat Karang Brahi, Meringi, daerah Hulu Jambi (686 M)

Selain itu, sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga yang mendorong kepada peminjaman bahasa daripada bahasa Sanskrit. Ini kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "berilmu dan berdarjat tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana. Dalam bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjamkan dalam bahasa Melayu:

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 21

Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu dosa dukkha deva rupa samsara dosa duka dewa rupa sengsara

Peta 1.6: Empayar Kerajaan Sriwijaya (Sumber: Google.com)

Berpandukan isinya, penulisan pada batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 22

Oleh itu, ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya. Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

Rajah 1.3: Batu Bersurat Kedukan Bukit (Sumber: Google.com)

Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi: 1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) Gandasuli, Jawa Tengah. 2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi. 3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya. 4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 23

1.8.2

Pengaruh Bahasa Arab

Penerimaan kata pinjaman bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu berlaku pada zaman Kesultanan Melaka pada kurun ke-14 Masihi. Pengislaman Kerajaan Melaka telah menyebabkan banyak kata Arab dipinjam bagi mengungkapkan makna khususnya yang berkaitan amal ibadat Islam. Selain daripada itu, kata pinjaman Arab berlaku dalam bidang kesusteraan Melayu khususnya dalam penulisan hikayat-hikayat. Menurut Darwis Harahap (1992), beberapa kitab dan hikayat yang agak penting sehingga penghujung abad ke-19 yang menunjukkan berlakunya peminjaman kata Arab ke dalam bahasa Melayu ialah: Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang (1612 M), Hikayat Inderaputera (1634 M), Bustanus Salatin atau Taman segala Raja-raja karya Nuruddin al-Raniri (1638), Kitab seribu masaalah (1726), Hikayat Ghulam (1736), Hikayat Acheh (1736), Hikayat Bayan Budiman (1736), Syair Emop (1740), Misa Melayu (1742), Hikayat Pancatanderan (1835), Hikayat Patani (1838), Kisah pelayaran Abdullah karya Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1838), Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji (1865), Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi karya Muhammad Ibrahim Munshi (1872), Hikayat Gul Bakawali karya Syed Mahmud Ali (1875), dan Hikayat Ganja Mara (1897).

Antara Hikayat yang menunjukkan pengaruh bahasa Arab.

Pengaruh kata pinjaman Arab ke dalam bahasa Melayu dapat dilihat melalui beberapa aspek, antaranya: i) perbendaharaan kata Banyak perbendaharaan kata Arab dipinjam terutamanya perkataan yang berkaitan dengan ibadat, kemasyarakatan, jual-beli, dan sebagainya. Antara contoh kata pinjaman

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 24

ialah: adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat, musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafu, hikayat, sejarah, riwayat, kisah, dan lain-lain. ii) sebutan kata Pengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar pada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Pembacaan ayat-ayat Al-Qur'an telah mempengaruhi lidah dan cara sebutan orang-orang Melayu. Contoh-contoh perkataan dan sebutan Arab-Melayu antaranya ialah qadhi, ramadhan, akidah, kiamat, syurga, dan lain-lain.

Rajah 1.3: Tulisan Jawi (Sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp4feb7.pdf) iii) tulisan Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbangkan kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan `Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran. Jadual di bawah ialah contoh tulisan Jawi. 1.9 Taraf Bahasa Melayu

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 25

Perenggan 152, para satu di dalam Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa bahasa Melayu dinaikkan taraf sebagai bahasa kebangsaan. Perkara 152 mengandungi 6 fasal utama iaitu: (a) Fasal 1 Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis di dalam apa-apa tulisan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Parlimen. Walaupun terdapat peruntukan bagi kegunaan bahasa Melayu tetapi bahasa-bahasa lain masih boleh terus digunakan untuk maksud-maksud tidak rasmi. Kerajaan Persekutuan dan mana-mana kerajaan negeri boleh meneruskan dan memelihara bahasa kaum di Persekutuan. Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan Dewan Negeri dn bagi maksud rasmi yang lain.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia

(b) Fasal 3 Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskah yang sahih: Bagi segala rang undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang hendak dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan, hendak di dalam bahasa Inggeris

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 26

(c) Fasal 4 Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbincangan di dalam mahkamah persekutuan atau mahkamah tinggi hendaklah dijalankan di dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil di dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah diterjemahkan atau direkodkan di dalam bahasa Inggeris. (d) Fasal 5 Walau apa pun peruntukan Fasal 1, sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbincangan di dalam mahkamah rendah lain daripada mengambil keterangan hendaklah dijalankan di dalam bahasa Inggeris. (e) Fasal 6 maksud rasmi, ertinya apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa. Dengan perakuan ini, khususnya di dalam Fasa 1, Perlembagaan Persekutuan, maka bermulalah era baru untu bahasa Melayu yang sebelum ini hanya menjadi bahasa pinggiran di tanah air sendiri. Sebagai bahasa kebangsaan, taraf pemakaiannya dinaikkan. Ia menjadi bahasa rasmi, bahasa pendidikan dan bahasa perhubungan seluruh rakyat Malaysia. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 mengenai perkara yang sama berkuat kuasa mulai 11 April 1963 dan mengandungi tiga seksyen utama iaitu sistem tulisan bahasa kebangsaan, angka dan bahasa borang rasmi kerajaan. Pada tahun 1967, satu lagi akta bahasa kebangsaan diluluskan dan dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Akta ini berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia pada 1 September 1967. Gabungan kedua-dua akta ini dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Ia mula dikuatkuasakan pada 1 Julai 1971. Antara perkara utama yang terdapat dalam akta ini ialah: x x Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti digunakan di dalam semua urusan rasmi. Akta ini membenarkan terjemahan ke bahasa lain dibuat untuk surat-surat dan perutusan-perutusan kerajaan bagi tujuan kepentingan umum.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 27

x x

x

x

x

x x

Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dilanjutkan bagi maksud-maksud rasmi sekiranya difikirkan perlu. Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat atau Dewan Negeri boleh membenarkan ahli-ahli dewan menggunakan bahasa Inggeris ketika berucap atau perbahasan di dewan mereka. Teks undang-undang sama ada yang dipinda, yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Teks dalam bahasa Melayu adalah sahih kecuali Yang Dipertuan Agong menetapkan sebaliknya sama ada secara am atau bagi undang-undang tertentu. Bagi undang-undang yang diterjemahkan ke bahasa kebangsaan sebelum 1 September 1967, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagAi sahih. Perbicaraan di mahkamah boleh dijalankan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali atau dengan kehendak mahkamah atau pihak-pihak yang terlibat setelah menimbangkan keadilan perbicaraan itu. Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi tetapi tulisan jawi tidak akan dihalang. Borang-borang terjemahan daripada bahasa Inggeris dan borang-borang berbahasa Inggeris yang dibuat atas arahan Perdana Menteri boleh digunakan bagi maksud borang tersebut.

Parlimen sebagai badan penggubal undang-undang di Malaysia

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 28

Akta Bahasa Kebangsaan yang berkuat kuasa pada 1 September 1967, telah memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membenarkan penggunaan bahasa Inggeris bagi tempoh yang difikirkan perlu. Pada tarikh yang sama, Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan perintah supaya penggunaan bahasa Inggeris dilanjutkan. Perintah ini dikenali sebagai Pemberitahu Undang-undang No. 410/1967. Berdasarkan Pemberitahu ini, penggunaan bahasa Inggeris bagi maksud-maksud rasmi telah dilanjutkan bagi bidang-bidang berikut: x Jika jabatan-jabatan kerajaan meminta dan jabatan undang-undang memberi nasihat undang-undang berkenaan dengan mana-mana undangundang bertulis yang naskahnya yang sahih adalah dalam bahasa Inggeris. Jika membuat perhubungan dengan kerajaan-kerajaan negeri asing badan-badan antarabangsa dalam mana penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat dielakkan. Jika berhubung dengan pakar-pakar antarabangsa seperti Pakar Rancangan Colombo dan pakar Perundingan yang berkhidmat dengan atau di bawah jabatan-jabatan atau badan-badan berkanun dalam Malaysia. Dalam kursus-kursus latihan atau peperiksaan apabila teks yang sahih adalah bahasa Inggeris atau kursus yang ditetapkan itu masih dalam bahasa Inggeris. Latihan yang dijalankan oleh pakar-pakar antarabangsa. Perwakilan Malaysia di luar negara, apabila berhubung dengan kakitangan yang diambil daripada negara yang terletaknya perwakilan itu. Kementerian Kesihatan, apabila membuat laporan atau pesanan seperti laporan penyakit, pesanan ubat dan pesanan selepas pembedahan. Kementerian Luar Negeri apabila menghantar arahan dasar daripada Kementerian kepada Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negara, jika difikirkan penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat dielakkan. Jabatan Hasil Dalam Negeri, kerja-kerja berkaitan dengan penaksiran komputer, kira-kira mengumpul penyiasatan.

x

x

x

x x x x

x

Pembinaan Bahasa Melayu dirancang secara teratur sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Banyak faktor yang menyebelahi pembinaan,

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 29

perancangan dan perkembangan bahasa Melayu hingga menjadi bahasa kebangsaan negara. Antaranya: x Penjajahan Barat tidak menghapuskan bahasa Melayu. Sebenarnya gejala penghapusan tidak berlaku pada bahasa Melayu seperti bahasa lain di dunia, khususnya bahasa Hawaii dan bahasa Guam, iaitu bahasa Inggeris telah menggantikan bahasa natif. Karya-karya orang Barat juga membantu perkembangan bahasa Melayu: contohnya Valentino pengembara Belanda) mengatakan bahawa sesiapa yang mengetahui bahasa Melayu tidak akan sesat di Nusantara; beliau juga banyak menyusun karya-karya dalam bahasa Melayu. Peranan yang dimainkan oleh penjajahan Inggeris khususnya pada lima buah negeri tidak bersekutu, Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Johor. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah Munsyi melalui penulisan beliau. Laporan Razak 1956 yang menyebut peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu, kami berpandu kepada maksud hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negeri ini dengan tiada merosakkan atau menyekat bahasa dan kebudayaan bangsa lain yang diam di negeri ini. Penyata Rahman Talib menampakkan langkah berani dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini.

x

x x x

x

Daripada segi dasar, pemerintah telah mewujudkan satu dasar penggunaan satu bahasa kebangsaan yang berlandaskan kenyataan linguitik, sosial sejarah dan politik.

1.10

Fungsi Bahasa Melayu

1.10.1 Bahasa Kebangsaan Bahasa Jiwa Bangsa dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 30

Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bertanggungjawab untuk memaju dan memperkaya bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksikan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada.

1.10.2 Dasar Bahasa Kebangsaan Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimana tercatat dalam mukadimah akta Pendidikan seperti berikut: ........dan untuk merancangkan satu sistem pelajaran iaitu bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar yang utama. Di samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satu bahasa kebangsaan juga timbul daripada semangat kebangsaan yang mahukan bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa bumiputera. Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda, pembinaan dan perluasan penggunaannya. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dasar bahasa ini juga dianggap bermula dengan idealisme, iaitu untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu menerusi pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara, memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegak persatuan

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 31

antara kaum-kaum yang mendiami negara ini dan menobatkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara.

1.10.3 Bahasa Rasmi Menurut Kamus Dewan (1970:59), bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Menurut Ainon Mohammad (1984), bahasa rasmi pula bererti peranan bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan negara dalam semua urusan, terutama pentadbiran negara. Justeru, bahasa rasmi membawa maksud bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentadbiran dan dalam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi mungkin mempunyai lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara. Secara rasminya bahasa Melayu dinobatkan pada 1 September 1967, yakni 10 tahun selepas hari kemerdekaan. Ia menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini berlaku akibat tindakan parlimen meluluskan undang-undang perasmiannya. Perisytiharan tersebut dibuat melalui titah Diraja yang disiarkan menerusi radio dan televisyen, dianggap sebagai satu detik era baharu bagi orang Melayu. Dengan kenaikan taraf ini, kesan positif wujud terhadap orang Melayu dan bahasa Melayu terjamin. Jika diteliti dengan mendalam, kita boleh mengatakan bahawa dengan meningkatnya taraf tersebut, bahasa Melayu kian meluas digunakan sebagai bahasa perpaduan antara kaum. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu melalui bahasa. Pelbagai masyarakat akan menggunakan bahasa Melayu untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak langsung, masyarakat bukan Melayu menerima bahasa Melayu dan menganggapnya penting sebagai alat perpaduan bangsa. Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah menghadapi berbagai-bagai kesulitan serta tentangan, daripada orang Melayu sendiri dan juga orang bukan Melayu. Pemasalahan datang daripada pelbagai arah dan berbagai-bagai persoalan ditimbulkan; persoalan politik, persoalan sikap, ekstremisme

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 32

kaum yang memungkinkan berlakunya ketidaksefahaman dan perpecahan antara kaum.Antara isu yang diketengahkan adalah seperti berikut: x Bahasa Melayu tidak sesuai dan tidak layak menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Ramai intelek khususnya guru masih belum fasih menggunakan bahasa Melayu Penguasaan terhadap bahasa Melayu tidak penting Bahasa Melayu tidak mempunyai standard, hanya sesuai digunakan oleh golongan bawahan Bahasa Melayu tidak sesuai digunakan dalam bidang kehakiman dan pendidikan

x x x

x

Di samping itu, golongan yang menyetujui dan menerima bahasa Melayu menganggap bahasa tersebut : x Layak menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah Bahasa Melayu mempunyai beberapa kelebihan tersendiri; mudah dipelajari, semua kaum boleh bertutur dalam bahasa tersebut. Ia paling sesuai dijadikan bahasa rasmi berbanding dengan bahasa Cina atau Tamil Bahasa Inggeris adalah bahasa penjajahan

x

x

x

Oleh sebab ketegasan, pihak kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling Am No.12, tahun 1967 untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu secara rasminya. Melalui pekeliling ini, bahasa Melayu perlu digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi dalam pentadbiran harian, bahasa pengantar di sekolah, surat-menyurat rasmi kerajaan yang meliputi semua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri. Hingga kini bahasa Melayu masih lagi teguh dan berdiri tegak sebagai bahasa rasmi walaupun sering kali menerima

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 33

tohmahan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Diharapkan bahasa Melayu akan kekal sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Bagaimanadan Faktor PemilihanSebagai Bahasa Rasmi Seperti yang dihuraikan di atas dan setelah melalui beberapa rintangan dan halangan, bahasa Melayu tetap berdiri teguh dan kukuh sebagai bahasa rasmi walaupun laluan yang ditembus ipenuh dengan duri dan onak. Pelbagai faktor boleh diketengahkan yang menyebabkan bahasa Melayu hadir sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Antaranya adalah seperti berikut: x Sejarah negara sejak zaman Srivijaya, membawa kepada pemerintahan kolonial telah terbukti penggunaan bahasa Melayu sebagai linguafranca di rantau ini. Penggunaan bahasa Melayu oleh pelbagai kaum. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di negeri Melayu Bersekutu. Bahasa Melayu dipilih kerana mudah dipelajari dan difahami. Bahasa Melayu dipilih kerana faktor penyatupaduan rakyat. Akan mewujudkan suatu suasana kebangsaan yang melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Bahasa Melayu penting dalam urusan pentadbiran dan sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu mempunyai historicity, autonomy, ethnicity dan validity.

x x

x x

x x

1.10.4 Bahasa Komunikasi Manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini demikian kerana bahasa dan pertuturanlah yang membezakan manusia dengan haiwan. Selain itu, bahasa mempunyai suatu sistem yang sistematis, dinamik dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan zamannya. Halliday, dalam bukunya bertajuk Explorations in the Functions of Language (1973), telah mengemukakan tujuh fungsi bahasa. Antaranya ialah:

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 34

Instrumental Regulasi Pemerian Interaksi Personal Heuristik Khayalan Fungsi instrumental bermaksud manusia menggunakan bahasa bagi melayani pengelolaan lingkungan yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku. Fungsi regulasi adalah fungsi bahasa yang bertindak sebagai pengawas dan mengendalikan peristiwaperistiwa yang berlaku. Fungsi ini digunakan untuk mengendali serta mengatur orang lain. Fungsi pemerian pula boleh ditafsirkan sebagai penggunaan bahasa untuk membuat penyataan-penyataan, menyampaikan pengetahuan, membuat penjelasan dan membuat laporan tertentu. Fungsi interaksi merupakan fungsi bahasa yang memainkan peranan bagi menentukan supaya hubungan antara manusia dapat terus berlangsung ataupun dipertahankan. Oleh itu, perlu pengetahuan yang luas berkenaan bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan, cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. Pokoknya, kita mesti tahu pelbagai perkara tentang bahasa. Fungsi peribadi pula adalah fungsi bahasa yang memberi kesempatan kepada manusia bagi menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya. Seterusnya, fungsi heuristik melibatkan penggunaan bahasa bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Ini demikian kerana disampaikan dalam bentuk pertanyaan yang memerlukan jawapan. Fungsi khayalan juga merupakan fungsi bahasa yang digunakan oleh manusia bagi mencipta mimpi-mimpi yang mustahil diterima oleh akal. Fungsi ini dibawa melalui buku-buku dan cerita-cerita dongeng. Ketujuh-tujuh fungsi di atas sebenarnya bersifat saling melengkapi antara satu sama lain bagi menghasilkan satu bentuk komunikasi yang berkesan dalam menyatakan pelbagai topik serta memahamkan pelbagai bangsa di dunia. Bahasa merupakan alat komunikasi yang paling berkesan dalam kehidupan manusia; bersifat arbitrari, simbolik, sistematik dan manusiawi.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 35

Bahasa Melayu diguna pakai dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang ekonomi dan pentadbiran.

1.10.5 Bahasa Perpaduan Perpaduan atau solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan ditakrifkan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara. Oleh itu, pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu dengan individu yang lain) yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sebuah negara.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 36

Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip klasifikasi dengan sesuatu yang dikuasai dan bersifat konvensional yang seharusnya terkebawah daripada naluri semula jadi. Whitney (1998) berpendapat bahasa adalah salah satu institusi sosial dan menganggap bahawa kita menggunakan alat ujaran sebagai wadah bahasa, hanyalah secara kebetulan sahaja, untuk kesenangan sahaja manusia boleh memilih bahasa isyarat dan lambang tampak dan bukan lambang akuistik. Cara bahasa menyatupadukan rakyat Selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat prasekolah dan pengajian. Pendidikan bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah yang meliputi Tingkatan 1 sehingga 5 akan terus meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar remaja dan memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah. Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah juga menanamkan kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusasteraan. Pemupukan semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia diberikan penekanan dalam pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah agar pelajarpelajar membina semangat rasa bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya yang dihasratkan. Di samping itu, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Selain itu, pendidikan dijadikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956. Oleh itu, apabila pendidikan dianggap sebagai alat secara

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 37

automatiknya, bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan boleh mengambil bahagian dalam isu menyatupadukan rakyat kerana bahasa Melayu itu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pelbagai bidang.

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan hari ini telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Pendidikan hari ini telah membuktikan bahawa negara berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Sejarah telah membuktikan betapa golongan cerdik pandai menentukan jatuh bangunnya sesebuang bangsa dan negara. Selain daripada itu, penyatupaduan rakyat dapat mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan kerana sistem persekolahan yang berbeza-beza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Oleh itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak. Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah,

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 38

khususnya untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.

1.10.6 Bahasa Ilmu Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Bahasa Melayu telah lama digunakan untuk mengungkapkan konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali di dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam bidang ilmiah. Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains sosial telah lama wujud, malahan lebih awal daripada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya, Acheh dan Melaka. Dalam sejarah yang muktahir, pusat kebudayaan seperti Pulau Pinang telah banyak menghasilkan buku untuk institusi pengajian tinggi dan akhbar diterbitkan. Bahasa Melayu telah digunakan dengan banyaknya dalam konteks agama, sastera dan budaya. Usaha menggunakan bahasa Melayu dalam bahasa tersebut telah lama digunakan untuk tujuan ini, walaupun tidak abstrak dan sukar berbanding sains dan teknologi. Bahasa Melayu ilmiah ini dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu peristilahan, tatabahasa, laras dan sebagainya. Istilah yang sudah dicipta oleh DBP setakat ini, untuk semua bidang telah mencapai 477, 300 (Berita Peristilahan, Mei 1986). Setiap satu bidang ilmu terdapat sejumlah peristilahannya tersendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri pula. Dalam hal pemilihan istilah ternyata bahawa istilah, walaupun banyak iaitu berjumlah 477, 300 dan meliputi 36 bidang, namun kerja-kerja menokok tambah jumlah istilah terus berjalan. Usaha membina istilah baharu telah bermula sejak tahun 1957 lagi.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 39

Universiti Kebangsaan Malaysia antara universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai bidang.

Bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa ilmu dalam bidang ilmu atau ilmiah, DBP aktif dalam hal ini. Setakat ini DBP telah menyelesai dan memenuhi permintaan buku-buku teks bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah serta pra universiti. Terdapat dua langkah yang dibuat dalam hal ini: bantuan tenaga pengajar daripada institusi pengajian tinggi dan penerbitan karya-karya asal bagi keperluan institusi pengajian tinggi.

RUMUSANx Linguistik ialah ilmu mengkaji bahasa secara saintifik. x Bahasa merupakan satu sistem bunyi yang dihasilkan oleh alat tutur yang digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau cara untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka x Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 40

x Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. x Lingua franca merupakan satu bahasa yang terdiri daripada pelbagai bahasa. x Bahasa Melayu memiliki sifat keterbukaan yang membenarkan pengaruh kata dan istilah daripada pelbagai bahasa, seiring dengan kehendak dan perkembangan zaman.

KATA KUNCI1. 2. 3. 4. 5. 6. Austris Austronesia Kerajaan Melaka Komunikasi Lingua Franca Melayu Deutro 7. 8. 9. 10. 11. 12. Melayu Proto Pengaruh Asing Penyata Razak Perlembagaan Persekutuan Perpaduan Sanskrit

PENILAIAN KENDIRI1. Nyatakan sumbangan ilmu linguistik khususnya dalam bidang pendidikan bahasa. 2. Pada pendapat anda, orang Melayu berasal dari wilayah mana? 3. Pada pandangan anda, adakah bahasa Melayu telah mencapai tahap yang membanggakan?

RUJUKAN S C E @ z E A @ E R E E { E @ S E } I C @ @ } F B E E { E @ C E E } } B E F H E C B I A S @ } I } } S E z ~ E { E } ~ A ~ 9 C } E } C E R R S E E E E } R A A E S E F E F E | B E E A I | R @ | E { R R { E E @ z H A A 9 9 9

}

P

E

A

E

R

E

S

E

I

}

~

}

S

D

I

D

D

I

G

}

E

E

B

A

@

S

E

z

E

A

E

R

E

S

E

I

C

@

@

E

{

E

@

}

}

~

F

C

E

F

E

|

R

E

F

E

F

}

I

A

F

C

C

I

B

S

S

F

C

@

C

@

@

E

{

E

@

}

}

~

F

C

E

F

E

|

R

E

F

E

F

}

E

E

B

A

@

S

E

z

E

A

E

R

E

S

E

I

C

@

@

E

{

E

@

}

~

}

E

E

B

A

@

S

E

z

E

A

E

R

E

S

E

I

C

@

@

E

{

E

@

}

}

~

}

S

I

F

A

A

@

|

{

F

E

A

}

B

F

H

C

I

S

I

S

E

S

F

@

E

{

@

}

}

~

E

C

E

|

A

F

C

E

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 41

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 1

UNIT 10

PENGAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KORPUS BERKOMPUTER

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. menjelaskan konsep korpus berkomputer; 2. menerangkan kepentingan korpus berkomputer; dan 3. mengaplikasikan korpus berkomputer dalam P&P.

10.0

PENGENALAN

Pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah (Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat). Ini bermakna guru mempunyai tanggungjawab memilih dan membina bahan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam proses P&P bahasa Melayu, aspek tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Perihal pentingnya pengajaran aspek tatabahasa dan pemilihan bahan yang sesuai, maka kertas kerja ini cuba memaparkan penggunaan teknologi korpus berkomputer dalam pengajaran tatabahasa untuk murid sekolah menengah. Secara khususnya, kertas ini cuba untuk mendedahkan penggunaan korpus berkomputer dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya aspek tatabahasa dalam kalangan guru mata pelajaran bahasa Melayu. Aspek tatabahasa yang dipilih dalam kertas ini ialah imbuhan meN-kan. Salah satu aspek penting yang semakin diberi perhatian oleh para guru dalam proses P&P bahasa ialah penggunaan bahan bantu pengajaran bahasa. Hal ini turut ditekankan dalam Huraian

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 2

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat iaitu penggunaan perpustakaan dan komputer yang kaya dengan pelbagai bahan sangatlah digalakkan dalam P&P bahasa Melayu. Penggunaan bahan bantu tertentu dalam proses P&P bahasa membolehkan sesuatu pengajaran bahasa itu dilakukan dengan lebih berkesan. Dalam konteks pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah, terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan oleh guru untuk membolehkan para murid memahami aspek tatabahasa dengan lebih berkesan. Antara bahan-bahan pengajaran yang kerap digunakan oleh guru bahasa ialah bahan yang berbentuk literasi dan grafik. Berdasarkan sesuatu petikan, guru boleh mengajar muridnya beberapa aspek penting tatabahasa seperti imbuhan, jenis kata, dan sebagainya. Secara amnya, penggunaan sesuatu bahan terutamanya petikan mempunyai beberapa kelemahan, misalnya hanya memaparkan bentuk dan contoh penggunaan imbuhan yang amat terhad. Selain itu, sesuatu petikan itu mungkin hanya memaparkan bentuk dan penggunaan imbuhan yang betul sahaja. Sedangkan para murid juga perlu dimaklumkan bentuk-bentuk imbuhan yang salah supaya mereka dapat memahami dan membezakan antara bentuk imbuhan yang betul dan bentuk yang salah. Berdasarkan permasalahan di atas, kertas kerja ini cuba untuk mengetengahkan satu alternatif baru bahan bantu pengajaran imbuhan bahasa Melayu. Alternatif tersebut ialah data korpus berkomputer. Data Korpus Berkomputer Menurut J. McH. Sinclair (1996) korpus berkomputer boleh ditakrifkan sebagai korpus yang diberi penanda, kod dan diformatkan secara piawai serta dapat dicapai dan diproses dengan komputer. Kamus Linguistik (1997), menjelaskan korpus merupakan data mentah linguistik yang dikutip daripada kerja lapangan atau teks bertulis, dan dianalisis untuk membuat penyataan saintifik tentang ciri fonologi, tatabahasa atau leksikal sesuatu bahasa. Data korpus berkomputer telah digunakan secara meluas di Barat terutama dalam bidang pedagogi bahasa (Teaching Collocation), leksikografi dan kajian linguistik. Di Malaysia, korpus berkomputer turut digunakan dalam bidang perkamusan terutamanya oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam kajian linguistik pula, korpus berkomputer telah digunakan dalam kajian Zaharani Ahmad dan Mohd Rain Shaari (2004), Imran Ho Abdullah (2004) dan Mohd Rain Shaari (2004). Korpus berkomputer sebagai bahan bantu pengajaran bahasa terutama bagi aspek morfologi dan sintaksis, boleh dianggap sebagai perkara baru. Satu persoalan yang timbul ialah bagaimanakah seseorang guru itu boleh membina atau memperoleh data korpus berkomputer bagi tujuan pengajaran bahasa? Secara mudahnya, korpus 2

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 3

berkomputer boleh diperoleh di Pangkalan Data Korpus, Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur (contoh korpus DBP sila lihat lampiran 1). Buat masa ini, pengguna perlu pergi sendiri ke DBP untuk mengambil data tersebut. Pangkalan data ini akan disediakan dengan kemudahan capaian melalui Internet dan World Wide Web supaya lebih ramai penyelidik atau pengguna di dalam dan di luar negara dapat memanfaatkannya (Rusli Abdul Ghani 2004). Selain memperoleh data korpus berkomputer di DBP, seseorang guru juga boleh membina data korpus sendiri. Caranya ialah dengan memuat turun perisian penjana korpus (Concordance) di laman http://www.concordancesoftware.co.uk/ (contoh lihat lampiran 2). Dengan adanya perisian ini, seseorang guru boleh menjana sendiri korpus berkomputer dengan memilih apa juga jenis teks berbentuk digital seperti surat khabar atau majalah yang boleh diperoleh di laman http://www.utusan.com.my, http://www.bharian.com.my, http://www.dbp.gov.my dan sebagainya. 10.1 Aspek Penting Korpus Berkomputer

Korpus berkomputer dapat membantu guru menjana apa jua aspek imbuhan yang dikehendaki, misalnya imbuhan meNkan, di, ter dan sebagainya. Dengan memberi arahan tertentu, komputer akan menjana korpus dan seterusnya menyenaraikan bentuk-bentuk imbuhan yang dikehendaki. Secara amnya, korpus berkumputer boleh dijana dalam bentuk baris-baris konkordans, ayat dan perenggan. Ketiga-tiga bentuk ini dapat membantu guru mengajar atau memaparkan sesuatu aspek imbuhan dengan lebih berkesan. Di bawah ini akan dipaparkan contoh ketiga-tiga bentuk tersebut: a) Korpus Berbentuk Konkordans

256 in - Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenam BHLR27 257 negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan depa BHLR27 258 ak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital a BHLR27 259 di. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh du BHLR27 260 suki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. "Saya s BHLR27 261 pemberita demikian selepas **merasmikan** bangunan Persatuan Keturun BHLR27 262 klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haj BHLR27 263 ah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin meningococcal BHLR27 264 oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah. Ini kera BHLR27 265 brahim, berkata keputusan **menghalalkan** penggunaan vaksin Menceva BHLR27 266 jenama yang tidak langsung **menggunakan** sumber babi iaitu Mencevax BHLR27

3

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 4

b)

Korpus Berbentuk Ayat

Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan depan. Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh dunia mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. c) Korpus Berbentuk Perenggan

Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan depan. Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, berkata pihaknya yakin jumlah vaksin yang ada mencukupi untuk menampung keperluan bakal haji yang diwajibkan mengambilnya sebelum memasuki Arab Saudi. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh dunia mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. "Saya sudah menyemak dengan pembekal yang berkaitan dan dimaklumkan Malaysia mempunyai bekalan yang mencukupi terhadap keperluan vaksin berkenaan," katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas **merasmikan** bangunan Persatuan Keturunan Chua Chiyang yang bernilai kira-kira RM1 juta di Jalan Haji Jaip, di sini, malam tadi. "Hospital dan klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haji bagi pengambilan vaksin itu kerana kita membuat keputusan memberinya secara percuma," katanya. Jumaat lalu, majlis muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin meningococcal meningitis (ACYW 135) jenama Mencevax dari Belgium, diharuskan penggunaannya oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah. Bagi tujuan proses P&P, guru boleh mencetak mana-mana bahagian yang sesuai dan mengedarkan korpus ini kepada semua murid ataupun boleh juga menggunakan komputer jika terdapat kemudahan komputer yang mencukupi untuk semua murid. Penggunaan kemudahan komputer seperti di makmal komputer merupakan suatu kelebihan berbanding cetakan kertas. Ini

4

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 5

kerana guru atau murid dapat mencari sesuatu bentuk imbuhan dengan pantas berdasarkan bantuan carian atau find yang terdapat dalam komputer. 10.2 Kebaikan Menggunakan Korpus Berkomputer

Berikut dijelaskan kebaikan atau kelebihan korpus berkomputer yang akan diperoleh oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran imbuhan bahasa Melayu. Korpus berkomputer bukan sahaja dapat membantu guru membina bahan P&P dengan pantas, malah turut memberi pelbagai pilihan bahan yang terdiri daripada buku, majalah, surat khabar, prosa dan puisi tradisional. Korpus berkomputer di DBP menyediakan jenis teks seperti berikut: Jumlah Data Korpus Berkomputer (Sehingga Mac 2004) SUB-PANGKALAN AKHBAR BUKU MAJALAH TEKS TRADISIONAL LAIN-LAIN TERJEMAHAN JUMLAH JUMLAH KATA 52,988,703 27,797,010 12,229,373 2,440,258 3,303,772 1,886,106 100,645,222 PERATUS 52.65% 27.62% 12.15% 2.43% 3.28% 1.87% 100.00%

(Sumber: Rusli Abdul Ghani 2004) Korpus berkomputer dapat memaparkan sesuatu aspek tatabahasa dengan lebih luas, sesuai dengan konteks penggunaan dan representatif sifatnya. Ini berbeza dengan petikan biasa yang hanya dapat memaparkan sesuatu aspek tatabahasa dengan jumlah yang agak terhad. Satusatu korpus dapat memaparkan ribuan (malahan jutaan) contoh sesuatu aspek tatabahasa. Sesuatu petikan ringkas mungkin hanya memaparkan contoh-contoh penggunaan sesuatu aspek tatabahasa yang betul sahaja, manakala contoh-contoh yang salah mungkin tidak dipaparkan dalam teks tersebut. Ini bermakna, murid-murid hanya diperkenalkan dengan contoh-contoh penggunaan sesuatu aspek tatabahasa yang betul sahaja, sedangkan contoh-contoh yang salah juga banyak membantu murid memahami apa yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Dengan berbantukan korpus berkomputer, guru boleh berperanan sebagai fasilitator iaitu menerangkan contoh

5

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 6

penggunaan yang betul dan yang salah dalam sesuatu aspek tatabahasa yang sedang dipelajari oleh murid-murid. 10.3 Penjanaan Data Korpus dilakukan secara atas talian memandangkan akan dijelaskan prosedur penjanaan data yang data iaitu data korpus DBP dan data korpus Projek Konkordan Melayu

Pada masa kini, proses penjanaan data dapat perkhidmatan tersebut baharu disediakan. Berikut diperoleh daripada dua sumber (http://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_konkordans.aspx) (http://mcp.anu.edu.au/). 10..3.1 Penjanaan Data Korpus DBP

Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pengkaji untuk menjana data daripada data korpus berkomputer. i. ii. iii. iv. Layari tapak web DBP, iaitu http://www.dbp.gov.my. Setelah masuk ke laman web dbp.gov.my, klik pada Laman Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka untuk ke laman utama. Setelah laman Rasmi DBP dipaparkan, pergi ke KORPUS BAHASA MELAYU dan klik pada Rujukan korpus pelbagai sumber. (http://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_konkordans.aspx) Sebelum menjana data, setiap pengguna akan didedahkan dengan Lesen Pengguna Korpus. Sekiranya pengguna bersetuju dengan semua syarat tersebut, maka pengguna harus klik pada kotak Setuju dan sebaliknya. Masukkan e-mel sebagai ID pengguna dalam ruangan yang disediakan kemudian klik pada kotak Masuk untuk masuk ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengkaji mula menjana data dengan menaip kata telah pada bahagian Kata Dasar/ Kata.

v. vi.

6

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 7

Rajah 1: Proses permulaan untuk menjana data vii. Setiap paparan akan mengandungi 100 konkordans tentang kata bantu telah. Kemudian, pengkaji klik pada kotak Muat Turun untuk muat turun data.

Rajah 2 : Proses muat turun data

7

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 8

viii.

Setelah selesai muat turun data, pengkaji klik pada kotak Jana Konkordans sekali lagi untuk mendapatkan data yang seterusnya. Seterusnya data boleh disimpan dalam pendrive.

10.3.2

Pangkalan Data Korpus Projek Konkordans Melayu

Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pengkaji untuk menjana data korpus Projek Konkordan Melayu (http://mcp.anu.edu.au/).

i. Pertamanya, sila buka tapak web seperti berikut: http://mcp.anu.edu.au/ atau carian Google: Malay Concordance Projek.

ii. Bagi memulakan carian data, sila klik pada direct search. Paparan seterusnya seperti berikut:

8

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 9

iii. Sebelum mencari perkataan, sila pilih jenis teks yang ingin dikaji. Kemudian, pada bahagian Find, sila taip perkataan yang hendak dikaji misalnya akan dan tekan butang search untuk proses janaan korpus berkomputer.

9

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 10

iv. Hasil janaan data adalah seperti gambar rajah di bawah. Seterusnya, pengkaji boleh menyalin (copy) dan menampal (paste) data ke dalam perisian Notepad atau Microsoft Word. Seterusnya data boleh disimpan untuk tujuan proses seterusnya iaitu analisis data.

10

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 11

AKTIVITI 10.1

1. 2.

10.4

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut akan diberikan contoh persediaan mengajar imbuhan meN...kan dengan menggunakan kaedah secara tidak langsung dalam pengajaran kemahiran membaca dan kefahaman. Hal ini selaras dengan saranan dalam KBSM dan KBSR iaitu aspek tatabahasa hendaklah diajar secara tidak langsung. Aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar itu akan dimasukkan ke dalam pengajaran tersebut seperti pengajaran lisan, menulis atau membaca, dengan cara guru mengambil masa beberapa minit untuk mengajar sesuatu aspek tatabahasa (Kamarudin Husin, 1994:45).

11

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 12

Contoh Persediaan Mengajar 1 Tingkatan : 4 Sains Masa : 80 minit Bilangan murid : 30 orang Tajuk : Kefahaman Vaksin Mencevax

Hasil Pembelajaran Utama

: 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang dibaca.

Hasil Pembelajaran : 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan idea utam