teori perkembangan moral then fuh yu

Click here to load reader

Upload: ranjinie-kalidass

Post on 14-Apr-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL

1TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL

OLEH:THEN FUH YU (891028-13-5567)1PPISMP PEMULIHAN (BC) / MT / BIAMBILAN JULAI 2009IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR BAHRU2boleh didefinisikan mengikut tiga aspek perkembangan iaitu:

~~Perkembangan pemikiran moral: penaakulan tentang apa yang benar dan apa yang salah

~~Perkembangan perasaan moral: ingin melakukan perkara yang baik

~~Perkembangan tingkah laku moral: tindakan yang benar/baik

TEORI PERKEMBANGAN MORAL TINGKAH LAKU

3Tokoh : Sigmund Freud, Watson, Thorndike dan Skinner.menekankan kepentingan pengaruh orang dewasa dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.melalui tiga cara:~~ mendenda,~~ memberi ganjaran, dan~~menjadi model kepada kanak-kanak4ibu bapa dan penjaga adalah sumber peneguhan negatif atau positif di samping menjadi contoh yang berkesan.peneguhan negatif yang kerap akan menimbulkan kerisauan dan kebimbangan dalam kalangan kanak-kanak.penggunaan peneguhan positif termasuk pemberian ganjaran berkemungkinan besar akan menghasilkan pergulangan dan pengukuhan tingkah laku yang diingini dan pro-sosia.5kanak-kanak dikelilingi dengan banyak contoh dan model yang baik maka mereka akan mempamerkan tingkah laku yang positif.Jika kanak-kanak telah dilazimkan dengan model-model negatif dikelilinginya maka kemungkinan besar kanak-kanak tidak merasa bersalah apabila bertingkah laku negatif.TEORI TINGKAH LAKU SKINNER

6menekankan kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.Tokoh : B.F.Skinner ~~bersetuju dengan teori-teori Watson, Gutherie, Pavlov dan pengikut-pengikut mereka yang menghuraikan fenomena pembelajaran.7Kesimpulan : ~~Jenis R : menekankan peranan rangsangan yang diketahui bagi menghasilkan sesuatu gerak balas itu.~~Jenis S (gerak balas respondan) : Tidak menekankan peranan rangsangan bagi menghasilkan sesuatu gerak balas itu.~~Jenis R (gerak balas operan) : Manusia itu boleh bertindak ke atas persekitarannya tanpa sesuatu rangsangan yang diketahui. Gerak balas yang wujud dikatakan terhasil dan bukan dihasilkan .

8tingkah laku manusia adalah terkawal oleh alam sekitar.moral seorang itu telah dibentuk serta dikawal oleh alam sekitar, masyarakat dan budaya.membelajari tingkah laku yang telah ditetapkan atau diturunkan oleh budaya, agama, adat dan masyarakatnya.Hasil ini dinamakan gerak balas respondan. Peneguran positif : Apa sahaja ganjaran yang boleh menambahkan berulangan sesuatu aktiviti operan jika ganjaran itu diberikan selepas tingkah laku itu berlaku. 9Peneguran negatif : Sesuatu yang menyakitkan atau tidak ingin diterima oleh individu.Bagi mengelakkan peneguran negatif ini maka seseorang itu akan berulang kali membuat sesuatu supaya tidak menerima teguran negatif itu.pendidikan moral merupakan peneguran terhadap tingkah laku individu. Ibu bapa atau guru perlu memberi ganjaran kepada kanak-kanak yang bertingkah laku baik.10tingkah laku yang tidak bermoral perlu diberi hukuman atau teguran supaya tingkah laku itu tidak berulang lagi. mengesyorkan bahawa peneguran perlu diberikan dari semasa ke semasa supaya melanjutkan tingkah laku yang baik itu.tidak dapat memberi gambaran yang jelas tentang perkembangan moral dan pendidikan moral melalui psikologi individu. Keinsafan, motif dan pendidikan mungkin menjadi kadar perubahan dalam tingkah laku dan bukan dari segi ganjaran atau peneguran. TEORI TINGKAH LAKU SIGMUND FREUD(1856-1939)

11Sigmund Freud (1939) merupakan pengasas teori psiko-analisis perkembangan moral.mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu iaitu tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain.Personaliti ini termasuklah tingkah laku , pergerakan, tindak balas, pemikiran, khayalan, sifat mempertahankan diri dan konsep kendiri. 12dibahagikan kepada tiga komponen iaitu;~~KOMPONEN ID: Subsistem personaliti yang bersifat semula jadi atau diwarisi. Id merupakan dorongan naluri atau biologikal dari paras pemikiran yang rendah atau bawah sedar. Id menjadikan kemahuan asas naluri termasuk rangsangan seks,lapar, dahaga dan kepuasan yang lain. Freud menyatakan Id sentiasa mencari keseronokan, kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya, undang-undang,adat sosial atau keperluan orang lain.

13~~KOMPONEN EGO: Subsistem personaliti yang dibentuk melalui pengalaman dalam realiti. Komponen ini terletak di antara dunia sebenarnya dengan Id. Ego mula terbentuk apabila kanak-kanak mendapati tidak semua yang dikehendaki dalam Id dapat dipenuhi. Pada masa ini Ego wujud bagi mencari alasan dan rasionalnya terhadap masalah itu. Ego berfungsi sebagai mengasimilasikan maklumat daripada persekitaran dan memberi taakulan,pemikiran dan penyelesaian masalah. Apabila Ego telah gagal dalam memuaskan Id maka wujudlah konflik dan ketegangan. Freud menganggapkan tindakan selaku konsep mekanisma bela diri mula wujud. Sebahagian besar tindakan Ego adalah dalam para kesedaran.

14~~KOMPONEN SUPER-EGO: Subsistem personaliti yang terbentuk dan berkembang secara berterusan dalam kanak-kanak. Komponen ini biasanya menggabungkan moral dan nilai-niai masyarakat sebahagian indentifikasi individu. Mengikut Eugene E. Levitt (1967) berpendapat Super-ego seseorang itu dibentuk oleh ibu bapa mereka sejak bayi lagi. Ajaran ibu bapa menjadi pegangan moral dan etika hidup kanak-kanak ini. Super-ego ini boleh disamakan dengan perasaan moraliti dan kesedaran dan realiti. Freud menjelaskan bahawa Super-ego memainkan peranan yang penting bagi seorang individu memahami dengan apa yang perlu dilakukan atau betul dan apa yang tidak perlu dilakukan atau salah. Individu yang tidak menurut peraturan moral atau arahan Super-ego maka dia akan berasa salah atau malu. Perasaan ini akan timbul konflik atau risau dalaman individu tersebut.

15Menurut Freud pembentukan personaliti yang sihat akan dapat memenuhi kebanyakan kehendak Id dan tidak akan melanggar kehendak Super-ego.Seseorang individu itu dilahirkan dengan suatu fizikal yang unik dan ditambah juga dengan satu set pengalaman yang unik. Oleh itu, tidak akan dapat dua personaliti yang sama. 16Teori psiko-analisis Freud mendapatkan beberapa kritikan iaitu:~~ Teori ini tidak boleh menjadikan garis panduan Pendidikan Moral secara formal di sekolah. Teori psiko-analisis menyatakan tingkah laku dan perasaan telah berkembang dan berbentuk dalam diri kanak-kanak dan tidak dapat diubah. Ini bermakna Pendidikan Moral tidak dapat mengubahkan tingkah laku kanak-kanak itu.

17~~ Teori Freud tidak menyentuh tentang intelektual dan kognitif kanak-kanak. Keupayaan berfikir dan cita rasa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral.

18~~ Teori ini menumpukan perhatian kepada perkembangan tingkah laku moral kanak-kanak akibat interaksi dengan orang dewasa. Dalam proses pembelajaranFreud mengemukakan tiga jenis kerisauan dalaman yang boleh mengancam psikologi dan personaliti kemasyarakatan dan suka membinasakan diri sendiri dan orang lain. Situasi ini akan melahirkan konflik dalaman moral kanak-kanak.

TEORI TINGKAH LAKU NORMAN BULL

194 peringkat tingkah laku,iaitu:~~Peringkat pertama: peringkat autonomi atau prakemoralan di mana tidak terdapat peraturan-peraturan atau standard-standard. Keseronokan dan kesakitan merupakan faktor-faktor yang mengawal gerak hati.

20~~Peringkat kedua: heteronomi atau kemoralan di mana peraturan-peraturan agama dan hukuman adalah dikaitkan dengan peraturan-peraturan. Di peringat awal heteronomi, hukuman adalah secara fizikal. Kemudian digantikan dengan perampasan satu-satu hak dan diikuti pula oleh pujian atau teguran secara lisan. Hukuman dianggap penting di peringkat ini. Disiplin luaran dianggap penting untuk pembentukan disiplin kendiri pada peringkat lewatnya.

21~~Peringkat ketiga: sosio-autonomi atau kemoralan luaran dalaman. Ciri-ciri (sebab-sebab mematuhi peraturan-peraturan) utama ialah ciri-ciri sosial seperti pujian atau celaan. Motifmotif yang relevan di sini ialah ketakutan (terhadap hukuman) simpati dan kebimbingan terhadap pengasingan dan keinginan untuk menikmati keseronokan dengan cara memberi kepuasan kepada orang lain. Dengan kata lain, dua ciri utama di peringkat ini ialah bertambahnya kesedaran mengenai tanggungjawab orang lain dan lebih sedia menerima pandangan-pandangan orang lain.

22~~Peringkat empat: Autonomi (pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain)atau kemoralan dalaman di mana kemoralan adalah berdasarkan standard-standard yang ditetapkan oleh diri-sendiri. Tiga aspek autonomi yang ditekankan ialah kebebasan mengkritik nilai-nilai orang lain dan kebebasan mengaplikasikan standard atau prinsip diri-sendiri. Individu itu akan berasa bebas untuk bertindak mengikut kepercayaaan-kepercayaannya.23beliau mendapati (dalam penyelidikannya) ada perlunya untuk memperkenalkan peringkat-peringkat perantaraan seperti peringkat 1,2dan 3. Peringkat 1 boleh didefinisikan dari segi ganjaran yang diberikan oleh orang dewasa untuk tingkah laku yang dipersetujui atau hukuman ke atas tingkah laku yang keji.Peringkat 2boleh didefinisikan sebagai penerimaan autoriti manakala peringkat 3 ialah saling memberi dan tolong menolong antara mereka.