Syariah Compliant (1)

Download Syariah Compliant (1)

Post on 16-Sep-2015

215 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

full report

TRANSCRIPT

KOLEJ PERNIAGAANSEMESTER PERTAMA 2014/2015

BPMS3073 SEMINAR DALAM PENGURUSAN MUAMALAT KUMPULAN ASEKURITI PATUH SYARIAH

DISEDIAKAN UNTUK:DR. AHMAD BASHIR @ ZOLMAT BIN AZIZ

DISEDIAKAN OLEH:NURHANAYUZLAINI BINTI MOHD JAMIL 212794SITI NOR ARQILAH BINTI TALIB 213004MUHAMAD FAHMI BIN MD NOOR221344

TARIKH HANTAR:8 DISEMBER 2014

i

BPMS3073 SEMINAR PENGURUSAN MUAMALAT |1

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN12.0 DEFINISI SEKURITI PATUH SYARIAH23.0 MPS BADAN BERAUTORITI MENSTATUSKAN PATUH SYARIAH23.1 PERANAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH34.0 TANDA ARAS BAGI MENENTUKAN SEKURITI PATUH SYARIAH44.1 TANDA ARAS AKTIVITI PERNIAGAAN44.2 TANDA ARAS NISBAH KEWANGAN55.0 SYARIKAT PEMEROLEHAN KEGUNAAN KHAS (SPAC)66.0 TEMPOH PELUPUSAN SEKURITI TIDAK PATUH SYARIAH66.1 SEKURITI TIDAK PATUH SYARIAH77.0 SYARIKAT CAMPURAN77.1 SITUASI SYARIKAT CAMPURAN87.2 PANDANGAN ULAMA YANG MEMBENARKAN SYARIKAT CAMPURAN98.0 SEJAUHMANA PELAKSANAAN SISTEM PATUH SYARIAH DI MALAYSIA109.0 PERANAN AMANIE ADVISORS129.1 AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH AMANIE ADVISORS139.2 KECEKAPAN STRUKTUR ORGANISASI159.3 DIVERSITI RANGKAIAN PERNIAGAAN AMANIE GROUP1610.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI PERLAKSANAAN SISTEM PATUH SYARIAH DI MALAYSIA1611.0 KESIMPULAN18RUJUKAN19

1.0 PENDAHULUANIslam merupakan agama yang syumul dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia.Setiap aktiviti yang dilakukan adalah berlandaskan syarak yang telah ditetapkan. Ajaran Islam sangat mementingkan aspek disiplin dan peraturan dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Keperluan manusia kepada undang-undang atau peraturan yang tertentu adalah tidak dapat dinafikan. Kehidupan bermasyarakat memerlukan kepada kepelbagaian transaksi di antara pelbagai pihak yang akan menghasilkan pula kepelbagaian perhubungan. Ada kalanya perhubungan ini akan mewujudkan pertikaian dan perbalahan. Justeru itu, kewujudan sesuatu undang-undang bagi memperuntukkan hak dan tanggungjawab individu serta bagi menjelaskan kaedah-kaedah penyelesaian apa-apa pertikaian dalam sesuatu masyarakat adalah semakin jelas.Merujuk kepada Islam undang-undang yang diguna pakai adalah dinamakan sebagai syariat atau syariah Islam. Syariah ialah segala perintah Allah s.w.t. dalam bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidangkuasanya.la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-Quran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya terdapat aspek-aspek itiqadiyyah atau batiniyyah iaitu hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan keimanan, amaliyyah atau hal- hal yang berkaitan dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka dengan Allah SWT, sesama manusia, dan alam lain serta aspek akhlakiyyah iaitu membahaskan mengenai budi pekerti atau moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat.Dalam konteks muamalat pada hari ini dapat dilihat setiap organisasi yang menjalankan perniagaan mempunyai suatu badan yang mengawal segala operasi organisasi mengikut lunas-lunas syarak yang ditetapkan. Setiap organisasi akan memastikan perniagaan mereka sebagai sekuriti patuh Syariah dan diyakini oleh masyarakat. Badan penasihat Syariah ini mampu menjadi penggerak untuk menegakkan syiar Islam.

2.0 DEFINISI SEKURITI PATUH SYARIAHSekuriti patuh Syariah merupakan sekuriti syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah. Secara amnya, sesebuah syarikat akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah jika aktiviti utamanya tidak melibatkan perkara berikut:i. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah)ii. Perjudian dan pertaruhaniii. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan.iv. Insurans konvensionalv. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariahvi. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitanvii. Pembrokeran jual beli sekuriti tidak patuh Syariahviii. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.Selain itu, turut diambil kira adalah tahap sumbangan daripada faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain.3.0 MPS BADAN BERAUTORITI MENSTATUSKAN PATUH SYARIAHMajlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti ialah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh SC pada tahun 1996 di bawah seksyen 18, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA). MPS diberikan mandat dalam memastikan perjalanan pasaran modal Islam selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Bidang kuasanya ialah memberi nasihat kepada Suruhanjaya dalam semua perkara berhubung pembangunan pasaran modal Islam yang komprehensif dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu pasaran modal Islam. Ahli MPS terdiri daripada ulama Islam dan pakar kewangan Islam.Dalam menentukan status patuh Syariah dalam sesebuah syarikat fokus diberikan kepada aktiviti teras syarikat tersebut berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.Aktiviti teras sesebuah syarikat adalah aktiviti yang menjana pendapatan dan seterusnya diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen.3.1 PERANAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAHMajlis Penasihat Syariah memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat mematuhi landasan syariah yang ditetapkan. Antara peranan MPS adalah :i. Menyenaraikan senarai sekuriti patuh syariah. Senarai patuh Syariah ini telah dikeluarkan oleh MPS sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September setiap tahun. Senarai ini sangat penting dalam membantu para pelabur islam dalam mengenal pasti sekuriti yang selaras dengan prinsip Syariah dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka tanpa sebarang keraguan dalam membuat pelaburan.ii. Memberi nasihat tentang produk-produk Pasaran Modal. Antara tugasannya ialah mengambil 2 pendekatan iaitu yang pertama mereka akan mengkaji kesahihan instrumen konvensional yang diamalkan oleh pasaran modal berdasarkan perspektif Syariah. Kajian tertumpu pada struktur, mekanisma dan penggunaan instrumen tersebut sama ada terdapat prinsip yang bercanggah dengan prinsip syariah atau tidak. Seterusnya pendekatan kedua pula ialah merangka dan membentuk instrumen baru yang berlandaskan Syariah.iii. Memberi nasihat dalam Pengendalian Takaful. Antara tugasannya ialah menasihati serta memantau urusan pengendalian dana takaful agar ia dilaburkan dalam instrumen yang diharuskan syariah sahaja. Oleh itu jika berlaku sebarang pembayaran kepada peserta yang memerlukan bantuan wang tersebut adalah dari sumber yang halal dan bukan berpunca dari pelaburan yang mengandungi unsur riba.iv. Memberi nasihat kepada Lembaga-lembaga Pengarah (L-LP) Institusi-institusi Kewangan ( I-IK). Fungsi utama yang dimainkan oleh Majlis Penasihat Syariah adalah memberi nasihat kepada institusi-institusi kewangan seperti bank-bank perdagangan yang ingin mengeluarkan sesuatu produk perbankan yang terbaru sama ada ianya mematuhi kehendak syariah atau tidak.v. Mengesahkan Manual Patuh Syariah. Dalam menyediakan satu sumber rujukan yang tersusun untuk menetukan sama ada sesuatu produk perbankan itu melepasi syarat patuh syariah atau tidak. MPS akan mengesahkan suatu manual yang telah dihasilkan melalui perbincangan antara ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah.Peranan Badan Penasihat Syariah hari ini amat mencabar.Hal ini kerana pengamalan serta produk kewangan Islam yang sangat rumit pada hari ini sangat mencabar pakar-pakar Syariah untuk membuat keputusan yang betul.Semakin rumit dan canggih produk dan amalan kewangan Islam semakin mencabarlah peranan Badan Penasihat Syariah.4.0 TANDA ARAS BAGI MENENTUKAN SEKURITI PATUH SYARIAHMPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu berasaskan ijtihad untuk menentukan sekuriti syarikat bercampur sebagai patuh Syariah atau sebaliknya. Pengiraannya adalah berdasarkan sumbangan aktiviti tersebut kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat. Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. 4.1 TANDA ARAS AKTIVITI PERNIAGAAN i. Tanda aras lima peratus Secara amnya tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya atau tidak selaras dengan Syariah seperti aktiviti riba atau syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional, judi, minuman keras dan daging babi. ii. Tanda aras 10 peratus Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur umum balwa iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Contoh sumbangan tersebut ialah pendapatan faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional. Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau. iii. Tanda aras 20 peratus Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan terimaan sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah. Terimaan sewaan sedemikian kebiasaannya daripada premis yang terdapat menjalankan aktiviti bercampur-campur antara patuh Syariah dan dengan yang sebaliknya seperti terimaan sewaan daripada aktiviti pasar raya yang di dalamnya terdapat aktiviti jualan arak dan sebagainya.iv. Tanda aras 25 peratus Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam, namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status Syariah aktiviti berkenaan. Antara aktiviti yang mempunyai tanda aras ini ialah aktiviti pengoperasian hotel dan pusat peranginan, perniagaan saham, pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinan melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah.4.2 TANDA ARAS NISBAH KEWANGANBagi tanda aras nisbah kewangan, MPS mengambil kira perkara-perkara berikut:i. Tunai ke atas jumlah asetTunai yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun-akaundan instrumen-instrumen konvensional, manakala tunai yangditempatkan dalam akaun-akaun dan instrumen-instrumen Islam tidakdiambil kira dalam pengiraan ini.ii. Hutang ke atas jumlah asetHutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kiradalam pengiraan ini.Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen-elemenberteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikatmestilah kurang daripada 33 peratus. Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, MPS juga mengambil kiraaspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti-aktivitisyarikat dari perspektif pengajaran Islam.

5.0 SYARIKAT PEMEROLEHAN KEGUNAAN KHAS (SPAC)Dalam mengklasifikasikan sekuriti-sekuriti SPAC, MPS mempertimbangkan kriteria-kriteria berikut:(i) Aktiviti perniagaan yang dicadangkan hendaklah patuh Syariah(ii) Keseluruhan hasil kutipan daripada penerbitan tawaran awam permulaanhendaklah ditempatkan dalam akaun-akaun Islam(iii) Sekiranya hasil kutipan dilaburkan, keseluruhan pelaburan berkenaanhendaklah patuh Syariah.Sekuriti-sekuriti patuh Syariah termasuk saham-saham biasa dan waran-waran yang diterbitkan oleh pihak syarikat sendiri. Ini bermakna waran-waran diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah dengan syarat saham-saham pendasarnya juga patuh Syariah. Selain itu, stok pinjaman dan bon adalah sekuriti tidak patuh Syariah melainkan ianya distruktur berdasarkan keputusan, konsep dan prinsip-prinsip Syariah yang diluluskan oleh MPS.6.0 TEMPOH PELUPUSAN SEKURITI TIDAK PATUH SYARIAHSebagai panduan kepada para pelabur, MPS ingin menasihatkan pelabur mengenai tempoh untuk melupuskan sekuriti-sekuriti yang telah diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.Sekuriti patuh Syariah yang kemudiannya bertukar status kepada tidak patuh SyariahIni merujuk kepada sekuriti-sekuriti yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai patuh Syariah tetapi oleh kerana beberapa faktor sepertiperubahan dalam operasi perniagaan syarikat dan kedudukan kewangan, kemudiannya diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.Dengan perlaksanaan kaedah penyaringan yang disemak semula, para pelabur diberi tempoh selama enam bulan daripada tarikh berkuatkuasa senarai kemas kini iaitu 29 November 2013 untuk melupuskan sekuriti-sekuriti tersebut, sekiranya harga pasaran sekuriti tersebut melebihi atau bersamaan dengan kos pelaburan. Oleh itu, para pelabur dibenarkan menyimpan dividen yang diterima dan keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti tersebut sepanjang tempoh enam bulan yang diberikan.Walau bagaimanapun, setiap dividen yang diterima dan lebihan keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah selepas tempoh enam bulan yang diberikan hendaklah disalurkan kepada baitulmal atau badan-badan kebajikan.Sebaliknya, para pelabur dibenarkan untuk memegang pelaburan dalam sekuriti-sekuriti tidak patuh Syariah sekiranya harga pasaran sekuriti tersebut berada di bawah kos pelaburan. Sepanjang tempoh pegangan sekuriti tidak patuh Syariah, para pelabur juga dibenarkan untuk menyimpan dividen yang diterima sehingga jumlah dividen yang diterima dan harga pasaran sekuriti-sekuriti tidak patuh syariah tersebut bersamaan dengan kos pelaburan. Pada ketika ini, para pelabur dinasihatkan untuk melupuskan pegangan mereka.Di samping itusepanjang tempoh pegangan, para pelabur juga dibenarkan untuk melanggan:a. Sebarang terbitan sekuriti baru oleh syarikat yang mana sekuritinya tidak patuh Syariah yang dipegang oleh pelabur sebagai contoh, terbitan hak, terbitan bonus, terbitan khas dan waran yang tidak termasuk sekuriti-sekuriti yang tidak patuh syariah seperti stok pinjaman.b. Sekuriti-sekuriti patuh Syariah syarikat lain yang ditawarkan oleh syarikat yang mana sekuritinya tidak patuh Syariah yang dipegang oleh para pelabur, dengan syarat mereka mempercepatkan pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah tersebut.6.1 SEKURITI TIDAK PATUH SYARIAHMPS menasihatkan para pelabur yang melabur berdasarkan prinsip syariah supaya melupuskan sekuriti-sekuriti tidak patuh Syariah yang dipegang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan selepas mengetahui status sekuriti tersebut. Sebarang keuntungan dalam bentuk keuntungan modal atau dividen yang diperoleh sebelum atau selepas pelupusan sekuriti tersebut hendaklah disalurkan kepada baitulmal atau badan-badan kebajikan. Para pelabur hanya berhak untuk mengambil kos pelaburan sahaja.7.0 SYARIKAT CAMPURANSyarikat campuran merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti teras yang dibenarkan Syariah, di samping menjalankan beberapa aktiviti yang mengandungi unsur-unsur yang dilarang Syariah tetapi dalam skala yang kecil. Bagi syarikat campuran ini, MPS menjalankan analisa dengan syarat tambahan sebelum memasukkan syarikat-syarikat ini ke dalam senarai patuh Syariah. Syarat tambahan seperti berikut:i.Aktiviti utama syarikat mestilah aktiviti yang tidak berten...