sukatan pendidikan akhlak dan moral di sekolah ... (2011), vol 1, no. 1, 79-91 81 3. membentuk...

14
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 79 Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum Faridah Che Husain 1 Fakhrul Adabi Abdul Kadir 2 Abstrak Education is a major factor throughout the development of integrated human capital. Education should start from childhood and continues to old age. Akhlaq and moral education are vital components of education in shaping worthy personal traits that makes a good citizen. Education is not simply a process to satisfy mental needs for knowledge, but it also serves to educate, to embed commendable traits in oneself, to become accustomed to righteous manners, as well as to equip the individual for a life that is pure and sincere. A civilization starts with knowledge or education process that leads to the advancement of mankind. The main issue put fourth in this paper is the importance of akhlaq and moral education. Discussion between akhlaq and moral are based on syllabus of Islamic Studies and Moral Studies for secondary schools. Therefore, this conceptual paper suggests that the core elements of akhlaq and moral education are compatible. There are similarities between akhlaq and moral education but the scope of discussion remain different. Keywords: education, akhlaq, moral Pengenalan Isu berhubung akhlak dan moral amat menarik untuk dibuat kajian dan penyelidikan ekoran timbulnya pelbagai permasalahan sosial yang boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat dewasa kini. Peningkatan yang pesat dari segi teknologi, ekonomi, sosial dan budaya telah membawa beberapa perubahan besar. Masyarakat dan generasi kini harus dididik supaya mampu menghadapi perubahan-perubahan ini. Cabaran paling besar adalah untuk membentuk masyarakat yang berkeupayaan secara intelek untuk menerima dan menepis segala perubahan besar yang kebanyakannya datang bersama arus globalisasi. Dunia hari ini telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Globalisasi telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan berakhlak dan bermoral sesebuah masyarakat. Pengaruh dan kesan yang dibawa oleh pelbagai 1 Faridah Che Husain, Calon PhD, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2 Fakhrul Adabi Abdul Kadir, PhD, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Upload: phamngoc

Post on 26-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

79

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia:

Satu Tinjauan Umum

Faridah Che Husain1

Fakhrul Adabi Abdul Kadir2

Abstrak

Education is a major factor throughout the development of integrated

human capital. Education should start from childhood and continues to old

age. Akhlaq and moral education are vital components of education in

shaping worthy personal traits that makes a good citizen. Education is not

simply a process to satisfy mental needs for knowledge, but it also serves to

educate, to embed commendable traits in oneself, to become accustomed to

righteous manners, as well as to equip the individual for a life that is pure

and sincere. A civilization starts with knowledge or education process that

leads to the advancement of mankind. The main issue put fourth in this

paper is the importance of akhlaq and moral education. Discussion

between akhlaq and moral are based on syllabus of Islamic Studies and

Moral Studies for secondary schools. Therefore, this conceptual paper

suggests that the core elements of akhlaq and moral education are

compatible. There are similarities between akhlaq and moral education but

the scope of discussion remain different.

Keywords: education, akhlaq, moral

Pengenalan

Isu berhubung akhlak dan moral amat menarik untuk dibuat kajian dan penyelidikan

ekoran timbulnya pelbagai permasalahan sosial yang boleh menjejaskan keharmonian

hidup bermasyarakat dewasa kini. Peningkatan yang pesat dari segi teknologi,

ekonomi, sosial dan budaya telah membawa beberapa perubahan besar. Masyarakat

dan generasi kini harus dididik supaya mampu menghadapi perubahan-perubahan ini.

Cabaran paling besar adalah untuk membentuk masyarakat yang berkeupayaan secara

intelek untuk menerima dan menepis segala perubahan besar yang kebanyakannya

datang bersama arus globalisasi.

Dunia hari ini telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk

baru. Globalisasi telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan berakhlak

dan bermoral sesebuah masyarakat. Pengaruh dan kesan yang dibawa oleh pelbagai

1 Faridah Che Husain, Calon PhD, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya 2 Fakhrul Adabi Abdul Kadir, PhD, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Page 2: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

80

isme menerusi medium teknologi komunikasi maklumat (ICT) telah memberi kesan

besar terhadap sosial masyarakat terutamanya di kalangan remaja dan muda mudi. Hal

ini tidak terkecuali daripada meresapi jiwa dan jati diri masyarakat Malaysia sama ada

yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar. Statistik kerosakan sosial dan moral

membuktikan fenomena ini seperti mencuri, merompak, merogol, membunuh,

menagih dadah, menderhaka kepada kedua ibu bapa, merayau tanpa kad pengenalan,

melakukan kesalahan lalu lintas, termasuk menunggang motosikal tanpa lesen dan

merempit, lari dari rumah, masuk ke kawasan larangan, memiliki bahan lucah,

melanggar Akta Telekomunikasi dan Multimedia serta membawa bahan larangan

selain dadah dan seumpamanya.3

Penulisan artikel ini merupakan sebahagian daripada sorotan literatur yang

diperolehi dari hasil pembacaan buku-buku bagi mendapatkan maklumat yang lengkap

mengenai tajuk tersebut. Maklumat yang diperolehi diharapkan dapat memberi

kefahaman yang jelas mengenai kepentingan pendidikan akhlak dan moral dalam

kehidupan individu bermasyarakat.

Kepentingan Pendidikan Akhlak dan Moral dalam Kehidupan Manusia Sejagat

Pepatah seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya mempunyai keselarian dengan

pembinaan insan dan pembentukan peribadi mulia yang seharusnya bermula dari

peringkat kanak-kanak lagi. Apabila kanak-kanak sudah diterapkan dengan ciri-ciri

peribadi unggul yang baik, sekaligus dia akan menjadi anggota masyarakat yang baik.

Individu yang dididik dengan sempurna mampu memberinya kekuatan apabila

berhadapan dengan pelbagai permasalahan sosial yang kian melanda kini. Bahkan ia

mampu menangkis segala gejala negatif dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala-

gejala yang tidak sihat seperti lepak, merempit, ketagihan dadah, merokok,

membunuh, ketagihan seks dan sebagainya.

Jelas bahawa pendidikan merupakan cabang utama dalam pembentukan individu.

Peranan pendidikan terutamanya dalam subjek Pendidikan Akhlak dan Pendidikan

Moral yang diajar kepada para pelajar dapat membantu merealisasikan pembentukan

peribadi insan yang baik sekaligus sebagai rakyat dan warganegara yang baik.

Terdapat beberapa unsur asas berkaitan kepentingan dan peranan pendidikan akhlak.4

Antaranya ialah:

1. berperanan membentuk semangat dan kecenderungan seseorang individu untuk

melakukan kebaikan sehingga ia berusaha mewujudkan kebaikan untuk semua,

berusaha menghindari tindakan yang jahat, dan berupaya mencegah kejahatan di

kalangan ahli masyarakat.

2. membentuk semangat persaudaraan sesama manusia.

3 Berita Harian, Julai 16, 2009:4 “Pemusnahan Diri Trend Pelajar Wanita”. 4 Yaljin (1986) yang dipetik dalam Khadijah Abdul Razak (2006) telah menyenaraikan beberapa unsur

penting dalam pendidikan akhlak individu. Sila rujuk Khadijah Abdul Razak. (2006). Pendidikan

Akhlak: Konsep dan Peranannya dalam Pembentukan Insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri

50: Pendidikan Islam & Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah anjuran Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 5-6 Ogos 2006, h.

118-119.

Page 3: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

81

3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial.

4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang kukuh.

Pendidikan moral tidak jauh bezanya dengan pendidikan akhlak yang penting

untuk meningkatkan kemajuan rohani seseorang. Malah kepentingan ini jelas dalam

pendidikan dan gesaan menuntut ilmu pengetahuan yang bertujuan meningkatkan

kemajuan rohaniah, mental dan spiritual manusia. Sebagaimana firman Allah SWT

yang bermaksud: “Katakanlah lagi kepadanya, adakah sama orang-orang yang

mengetahui atau berilmu dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya

orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang

yang berakal sempurna.”5 Ini menunjukkan bahawa kedudukan orang yang berilmu

tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Jika orang yang berilmu dipandang

mulia dan diutamakan maka begitulah orang yang dididik dengan akhlak mulia akan

lebih beradab sopan dalam tingkah lakunya.

Tujuan mengajar pendidikan akhlak dan moral kepada seseorang ialah untuk

mendidik dan membinanya menjadi manusia yang tinggi tingkah lakunya. Namun

pendidikan akhlak meninjau lebih jauh lagi bahawa ia bukan sekadar mendidik

peribadi yang baik malah melibatkan kesempurnaan iman seseorang dan dapat

membezakan seseorang daripada makhluk lain. Umpamanya pendidikan akhlak Islam

yang diamalkan akan menunjukkan kesempurnaan iman individu.

Pendidikan akhlak dan moral akan membawa manusia ke arah kehidupan yang

sempurna. Menurut Sayid Mujtaba Musawi Lari, kesempurnaan manusia adalah

terletak pada pembebasan dirinya dari ikatan hawa nafsu yang mendorong ke arah

kejahatan. Manusia merupakan makhluk yang dilengkapi dengan kekuatan akal dan

mempunyai hasrat serta hawa nafsu yang tidak terbatas. Apabila manusia tidak mampu

mengendalikan hasrat dan nafsunya, maka ia akan menjadi seolah-olah binatang buas

yang boleh menyebabkan kehancuran besar.6 Oleh itu, melalui pendidikan akhlak dan

moral yang sempurna dapat membantu seseorang daripada terjerumus dalam hawa

nafsu yang selalunya mengajak manusia melakukan perkara yang tidak baik.

Pendidikan akhlak dan moral mampu membawa kesenangan kepada individu.

Sebagai contoh, kesenangan yang dicapai oleh Rasulullah SAW terletak dalam

kekuatan dan ketinggian budi pekerti serta peribadi yang mulia. Dengan peribadi

mulia inilah Rasulullah SAW melaksanakan kewajipannya sebagai pengembala

kambing dan penimba air. Dengan budi pekerti dan akhlak mulia juga Rasulullah

teguh memegang amanah, jujur dalam berusaha, baik dalam menghitung wang

mahupun urusan timbang menimbang barang. Rasulullah SAW juga berjaya

menyampaikan risalah dan dakwah bagi menyeru manusia agar menerima kebenaran

dan meninggalkan kemungkaran. Dengan akhlak mulia baginda SAW mendapat

kepercayaan rakyat untuk dilantik sebagai ketua negara. Segala kritikan diterima oleh

Rasulullah SAW dengan hati terbuka dan berlapang dada. Dengan akhlak Rasulullah

5 Surah al-Zumar ayat 9. 6 Sayid Mujtaba Musawi Lari. (1997). Ethics and Spiritual Growth. Ali Quli Qara‟i (terj), Tehran:

Foundation of Islamic Cultural Propagation in the World, h. 21.

Page 4: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

82

SAW juga berjaya membina kawan dan menghadapi lawan semasa peperangan.

Walaupun Rasulullah SAW bersifat tegas terhadap lawannya, namun tetap terpancar

akhlaknya yang mulia dan sifat kasih sayang terhadap umatnya. Sekalipun tidak

pernah baginda bersifat pemarah, berhati keras dan kasar.

Pendidikan akhlak dan moral merupakan perkara penting dalam keluarga,

masyarakat dan negara. Keluarga yang harmoni dapat dibentuk apabila wujudnya budi

pekerti yang baik dalam kehidupan berkeluarga. Kebahagiaan dan ketenangan dalam

keluarga dapat dicapai dengan mengamalkan akhlak mulia seperti dalam rumah tangga

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Seterusnya keharmonian dalam keluarga

akan membantu perkembangan masyarakat yang sejahtera dan keamanan sesebuah

negara.

Pengertian dan Konsep Pendidikan Akhlak dan Moral

Persoalan mengenai akhlak dan moral bukanlah perkara asing lagi dewasa kini. Selain

dua istilah ini, perkataan lain yang agak sinonim turut diguna pakai seperti etika, nilai

dan norma. Ia merupakan persoalan yang telah lama dibincangkan iaitu seawal

wujudnya kejadian manusia di bumi ini. Sebagai bukti yang dinyatakan dalam al-

Quran surah al-Ma‟idah ayat 27-32 mengenai kisah Habil dan Qabil, iaitu dua orang

putera Nabi Adam a.s yang bersengketa dan akhirnya menyebabkan Habil terbunuh.

Habil dilambangkan sebagai seorang yang jujur dan baik, manakala Qabil

dilambangkan sebagai seorang yang penuh kejahatan.

Sarjana Islam, al-Imam al-Ghazali melihat akhlak sebagai ethics of the soul.

Menurut beliau, akhlak adalah sifat yang melekat dalam jiwa seseorang yang

menjadikan ia dengan mudah tanpa banyak pertimbangan.7 Perkataan akhlak melalui

pendekatan linguistik adalah berasal dari bahasa Arab iaitu khuluq, yang bererti budi

pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan.8 Sementara Mohd Nasir

dan Zulkiflee pula mendefinisikan akhlak sebagai tabiat atau maruah, iaitu: “Akhlak

bererti tabiat atau maruah, sering disebut juga sebagai moral dan etika. Ia merupakan

sains yang mengkaji keadaan dalaman seseorang yang menjadi pendorong untuk

melahirkan tingkah laku luaran. Ringkasnya, akhlak ialah gambaran batin atau

keimanan seseorang”.9

Akhlak Islam merupakan prinsip dan kaedah yang mengatur tingkah laku manusia

seperti yang telah ditetapkan oleh wahyu bagi menjamin kesempurnaan hidup di dunia

dan akhirat.10

Menurut Haron Din, akhlak secara umum merupakan sistem akhlak atau

7 Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad b. Muhammad. (1990). Ihya‟ `Ulum al-Din. juzu‟ 3. Damsyik:

Dar al-Khayr, h. 69. 8 Aydin, Mehmet. (1992). Islamic Ethics. Dalam L. C. Becker & C. B. Becker (eds.), Encyclopedia of

Ethics. Vol. 1. Nork: Garland Publishing Inc., h. 631; Noresah bt. Baharom (pnyt), (2005). Kamus

Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 25. 9 Mohd Nasir Ripin dan Zulkiflee Haron. (2005). Konsep Tamadun Islam. Dalam Tamadun Islam dan

Tamadun Asia. Skudai, Johor: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi

Malaysia, h. 49. 10 Abdullah Muhammad Zin. (2004). Falsafah dan Etika Pengurusan Islam. Dalam Ali Yakub Matondang

et al. (pnyt), Asas Kecemerlangan Ummah. Kuala Lumpur: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej

Universiti Islam Malaysia (KUIM), h. 20.

Page 5: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

83

tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak.11

Ini

menunjukkan bahawa akhlak yang baik dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia.

Manakala moral adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Latin „mores‟,

yang bermaksud keadaan satu-satu tindakan manusia, sama ada secara individu atau

kelompok.12

„Mores‟ juga beerti kebiasaan atau adat.13

Selain itu, istilah „mores‟ ini

dapat diertikan juga sebagai „ethos‟ dalam bahasa Greek.14

Moral juga merangkumi perbuatan, tingkah laku atau ucapan seseorang semasa

berinteraksi dengan manusia lain. Sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang jika

sesuai dengan nilai dan dapat diterima serta menyenangkan lingkungan

masyarakatnya, maka orang itu dianggap mempunyai moral yang baik, begitu juga

sebaliknya. Istilah moral lebih berpihak kepada baik buruknya perbuatan manusia

sebagai manusia. Pembicaraan tentang moral juga adalah berkaitan dengan bidang

kehidupan manusia yang dinilai dari baik buruknya perbuatan seseorang sebagai

manusia. Norma moral dijadikan sebagai ukuran untuk menetapkan betul salahnya

sikap dan tindakan manusia, baik buruknya sebagai manusia. Oleh itu, manusia yang

tidak memiliki moral disebut amoral, yang bermaksud tidak bermoral dan tidak

memiliki nilai positif di mata manusia lainnya.

Moral juga sering dikaitkan dengan proses sosialisasi individu dan tanpa moral

manusia tidak mampu melakukan proses sosialisasi. Umpamanya, dalam konteks

mengajar seseorang ke arah pembentukan peribadi yang baik atau membetulkan

kesalahan yang dilakukan, beberapa kaedah digunakan seperti menegur, memberi

nasihat, menakutkan dengan menggunakan rotan dan sebagainya.

Sementara al-Ghazali membahaskan persoalan moral dan etika dengan pendekatan

kerohanian dengan memakai istilah akhlaq yang berasal dari akar kata „kha‟, „lam‟,

„qaf‟ yang bermaksud penciptaan. Daripada istilah ini juga terbitnya perkataan

makhluq, bererti yang dicipta, iaitu manusia sebagai pemilik akhlak. Makhluq ini pula

mempunyai kaitan dengan Khaliq, iaitu pencipta segala makhluk di alam ini.15

Justeru

dalam konteks ini, pembangunan akhlak mempunyai kaitan dengan kejadian manusia

di muka bumi ini dan hubungannya dengan Allah SWT.

Peranan dan Matlamat Pendidikan Akhlak dan Moral

Pendidikan telah dikenal pasti sebagai kunci dan elemen yang penting dalam

menggerakkan pembangunan insan. Pendidikan bukan setakat melahirkan seorang

yang berpengetahuan tinggi tetapi juga berakhlak. Seiring dengan kepesatan

perkembangan teknologi hari ini, negara sering dikejutkan dengan pelbagai isu

berkaitan permasalahan akhlak dan tingkah laku pelajar yang dikaitkan dengan tugas

guru Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah. Pada kaca mata masyarakat,

11 Haron Din. (2007). Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia. Kuala Lumpur: PTS Publication, h. 17. 12 Ghazali Basri. (2007). Penghayatan Nilai Moral dan Akhlak dalam Konteks Pendidikan Umat

Berbilang Agama di Malaysia. Dalam Ahmad Mohamad Said & Mohd Nasir Mohd Tap (pnyt),

Pendidikan Sebagai Wahana Pentamadunan Ummah. Kajang: Kolej Dar al-Hikmah, h. 132. 13 K.Bertens. (2003). Etika dan Moral Untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h. 2. 14 Runes D.D. (1979). Dictionary of Philosophy. New Jersey, USA: Littlefield Adam and Co., h. 202. 15 Ghazali Basri. (2007). op.cit., h. 135.

Page 6: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

84

tugas para pengajar adalah sangat berat iaitu untuk membawa golongan pelajar

kembali ke pangkal jalan dan mampu membina benteng yang kukuh dalam menangkis

segala bentuk kebatilan.

Sejajar dengan keperluan semasa masyarakat Malaysia, subjek Pendidikan Islam

telah diperkenalkan sebagai subjek wajib di peringkat rendah dan menengah.

Pelaksanaan kurikulum pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia telah diletakkan di

bawah tanggungjawab Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, telah

mengungkapkan Falsafah Pendidikan Islam sebagai:

“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,

kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi

membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai

hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,

masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan

kesejahteraan di akhirat”.16

Falsafah Pendidikan Islam adalah suatu usaha mendidik manusia yang bertujuan

untuk memberi segala ilmu, kemahiran dan penghayatan agar dapat menjadi insan

yang soleh seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT

di samping bermotivasi untuk membangunkan diri, masyarakat, agama dan negara

untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Falsafah Pendidikan Islam

menyatakan dengan jelas segala matlamat dan tujuan Pendidikan Islam, di samping

menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan dalam

pengajaran.17

Sememangnya Falsafah Pendidikan Islam adalah juga selaras dengan

pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang turut mementingkan aspek

ketuhanan sebagai perkara utama. Falsafah Pendidikan Negara yang dibentuk adalah

seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.18

16 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). KBSM: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan al-Quran

dan al-Sunnah Tingkatan 4. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur: KPM,

h. iv. 17 Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Kumpur: Penerbit

Universiti Malaya, h. 29. 18 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). op.cit., h. iv.

Page 7: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

85

Falsafah Pendidikan Islam secara jelasnya menekankan usaha untuk memperoleh

kesejahteraan di dunia dan akhirat. Matlamat ini semestinya berasaskan kepada

keimanan yang mantap kepada Allah SWT. Namun secara realitinya, matlamat

tersebut menghadapi cabaran yang begitu hebat khususnya dalam era globalisasi ini.

Oleh itu, Pendidikan Islam merupakan suatu usaha yang berterusan untuk

menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada al-Quran

dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup

sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan

diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan

kesejahteraan abadi di akhirat.

Sementara matlamat pengajaran subjek Pendidikan Islam di sekolah adalah untuk

melahirkan individu Islam yang beramal soleh, seterusnya melahirkan warganegara

yang beriman. Pendidikan Islam juga berusaha mendidik dan membimbing pelajar ke

arah melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi material dan spiritual

yang melibatkan pembangunan seluruh potensi diri sama ada roh, akal dan jasad yang

mencakupi domain tingkah laku, kognitif dan juga afektif.

Pencapaian matlamat Pendidikan Islam ini tergambar melalui wujudnya

pertumbuhan yang menyeluruh dan bersepadu dalam peribadi pelajar, kesepaduan di

antara iman, ilmu dan amal soleh. Ini akan membolehkan pelajar menjalani kehidupan

sebaik mungkin dengan bertunjangkan akidah Islam, iaitu Iman dan Ihsan sepanjang

masa bagi mencapai keseimbangan kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan

akhirat.

Selain subjek Pendidikan Islam, subjek Pendidikan Moral juga telah diperkenalkan

sebagai satu subjek wajib kepada pelajar-pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran

Pendidikan Islam di semua peringkat persekolahan iaitu dari pra-sekolah sehingga ke

Tingkatan 5 (Akta Pendidikan 1996). Dari segi kurikulum, sukatan pelajaran

Pendidikan Moral untuk Sekolah Rendah (KBSR) mengandungi lima bidang

pembelajaran untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Manakala

sukatan pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Menengah (KBSM) mengandungi

tujuh bidang pembelajaran untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan

pelajar.19

Pendidikan Moral juga telah dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib bagi

pelajar warganegara Malaysia bukan Islam yang menuntut di institusi pengajian tinggi

swasta di negara Malaysia di bawah Subseksyen 43 (1) Akta 555 (akta IPTS).

Kelulusan dalam mata pelajaran ini telah dijadikan sebagai pra-syarat dalam

penganugerahan sijil, diploma dan ijazah di IPTS bagi warganegara Malaysia. Ini

membuktikan bahawa Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran penting dalam

sistem pendidikan di Malaysia untuk membina sebuah masyarakat yang beretika dan

bermoral.

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan

negara. Pendidikan Moral yang digubal merupakan satu program yang mendidik

19 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). KBSM: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral

Tingkatan 5. Pusat Perkembangan Kurikulum Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: DBP. h. 1.

Page 8: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

86

pelajar supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan

aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.20

Dalam konteks negara Malaysia, Pendidikan Moral yang diajar kepada pelajar

bukan Islam di sekolah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan

kerohanian melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia

yang berbilang kaum yang memiliki perbezaan agama, tradisi dan adat resam. Dengan

itu, pelajar bukan Islam dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan

mereka menjadi insan yang bermoral dan individu yang bertanggungjawab terhadap

segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.21

Bagi memantapkan garis panduan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

menyenaraikan beberapa objektif bagi mencapai hasrat negara dalam mewujudkan

masyarakat yang berakhlak dan bermoral,22

iaitu:

1. memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;

2. menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam

sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya;

3. meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan

keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;

4. mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan kerohanian

dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan

5. mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara adil dan

altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

Selain objektif, beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam

melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial,

iaitu bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; berpegang teguh pada

ajaran agama; prihatin kepada alam sekitar; mengekalkan keamanan dan keharmonian

hidup; bersemangat patriotik; menghormati hak asasi manusia; dan mengamalkan

prinsip demokrasi dalam kehidupan. 23

Isu-isu Pendidikan Akhlak dan Moral Berdasarkan Kandungan Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 Hingga 5 dan Kandungan Sukatan

Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 1 Hingga 5

Isu-isu yang dibincangkan dalam Pendidikan Akhlak dibuat berdasarkan kandungan

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Manakala isu-isu moral

dibuat berdasarkan kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 1

hingga 5. Perbincangan ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur persamaan dan

perbezaan dalam Pendidikan Akhlak dan Moral yang dapat dilihat berdasarkan jadual

di bawah.

20 Ibid. 21 Ibid. 22 Ibid., h. 3. 23 Ibid., h. 1.

Page 9: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

87

Jadual 1: Unsur-Unsur Persamaan dan Perbezaan dalam Pendidikan Akhlak dan

Pendidikan Moral Tingkatan 1 hingga 5

Nilai

Pembelajaran

Pendidikan Moral Pendidikan Akhlak

Nilai

Perkembangan

Diri

1. Kepercayaan

Kepada Tuhan

2. Amanah

3. Harga Diri

4. Bertanggungjawab

5. Hemah Diri

6. Toleransi

7. Berdikari

8. Kerajinan

9. Kasih Sayang

10. Keadilan

11. Rasional

12. Kesederhanaan

1. Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan

Perempuan

2. Adab Berkawan

3. Adab Berguru

4. Adab Menuntut Ilmu

5. Adab Membaca Al-Quran

6. Nikmat dan Musibah Ujian

Kehidupan

7. Menjaga Maruah Diri

8. Memelihara Kesucian Masjid dan

Surau

9. Memelihara Kesucian Mushaf

10. Doa Penyeri Kehidupan

11. Wawasan Beribadah

12. Adab Menjalankan Tugas

13. Adab Bercakap dalam Majlis

14. Adab Berpidato

15. Akal Cahaya Kehidupan

16. Adab Berhias Diri

17. Adab Amar Makruf Nahi Mungkar

18. Zikrullah Pengubat Hati

19. Adab Kepada Rasulullah SAW

20. Adab Musafir

21. Adab Berjuang (Berjihad)

22. Adab Memberi dan Menerima

Sedekah / Hadiah

Nilai

Kekeluargaan

1. Kasih Sayang

terhadap Keluarga

2. Hormat dan Taat

kepada Anggota

Keluarga

3. Mengekalkan

Tradisi

Kekeluargaan

4. Tanggungjawab

terhadap Keluarga

1. Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan

Perempuan

2. Adab Kepada Ibu Bapa

3. Adab Bergaul dengan Keluarga

4. Menjaga Maruah Diri

5. Adab Menjaga Orang Sakit

6. Adab Menziarahi Jenazah

Nilai Alam

Sekitar

1. Menyayangi dan

Menghargai Alam

Sekitar

1. Menjana Keharmonian Hidup

2. Adab di Tempat Rekreasi

3. Adab Menjaga Alam

Page 10: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

88

2. Keharmonian

antara Manusia

dengan Alam

Sekitar

3. Kemapanan Alam

Sekitar

4. Peka terhadap isu-

isu Alam Sekitar

Nilai Patriotisme:

1. Cinta akan Negara

2. Taat Setia kepada

Raja dan Negara

3. Sanggup

Berkorban untuk

Negara

1. Adab Bernegara

2. Adab dengan Pemimpin

3. Adab Berjuang (Berjihad)

Nilai Hak Asasi

Manusia

1. Melindungi Hak

Kanak-kanak

2. Menghormati Hak

Wanita

3. Melindungi Hak

Pekerja

4. Menghormati Hak

Golongan Kurang

Berupaya

5. Melindungi Hak

Pengguna

1. Adab Menjaga Harta Sekolah

2. Memelihara Kesucian Masjid Dan

Surau

3. Memelihara Kesucian Mushaf

4. Adab dalam Hubungan Sosial

5. Adab Menjaga Orang Sakit

6. Adab di Tempat Rekreasi

7. Adab Menjaga Kemudahan Awam

8. Adab Bernegara

9. Adab Berjual Beli

Nilai Demokrasi

1. Mematuhi

Peraturan dan

Undang-undang.

2. Kebebasan

Bersuara

3. Kebebasan

Beragama

4. Penglibatan Diri

dalam

Pembangunan

Negara

5. Sikap

Keterbukaan

1. Adab Bernegara

2. Adab dengan Pemimpin

Nilai Keamanan

dan Keharmonian

1. Hidup Bersama

Secara Aman

2. Saling Membantu

1. Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan

Perempuan

2. Adab Menjaga Harta Sekolah

Page 11: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

89

dan Bekerjasama

3. Saling

Menghormati

antara Negara

3. Menghayai Adab Berjiran

4. Menjana Keharmonian Hidup

5. Adab di Tempat Rekreasi

6. Adab Menjaga Kemudahan Awam

7. Adab Menziarahi Jenazah

8. Adab Memberi dan Menerima

Sedekah / Hadiah

Jadual 1 di atas menunjukkan unsur-unsur persamaan dan perbezaan Pendidikan

Akhlak yang dilakukan berdasarkan pembahagian Nilai Pembelajaran dalam

Pendidikan Moral dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Berdasarkan sukatan pelajaran

Pendidikan Moral untuk Sekolah Menengah (KBSM), terdapat tujuh bidang

pembelajaran yang telah dikenal pasti untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan

membolehkan pelajar memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip

tersebut. Bidang pembelajaran tersebut terdiri daripada nilai-nilai yang berkaitan

dengan perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia,

demokrasi dan keamanan dan keharmonian.24

Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar kepada pelajar dari

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, namun skop dan penekanan isi pelajaran adalah

berbeza kerana isu-isu moral dan kandungan yang dikemukakan adalah semakin

kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan pelajar.25

Setiap bidang pembelajaran ini juga mempunyai persamaan nilai-nilai yang

diperincikan mengikut tahun. Selain itu, setiap nilai ini juga mempunyai kandungan

akademik yang diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap kematangan pelajar

yang bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan diperingkat antarabangsa.

Nilai-nilai yang terdapat dalam tujuh bidang pembelajaran ini meliputi pelbagai

bidang seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan.26

Manakala isu-isu akhlak dalam Pendidikan Islam yang diajar kepada pelajar

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 membincangkan nilai-nilai yang berbeza.

Perbincangan mengenai isu-isu akhlak dalam Pendidikan Islam adalah terkandung

dalam subjek Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah yang terdiri daripada beberapa

bidang lain seperti Pengajian al-Quran, „Ulum al-Quran, Pengajian al-Hadis, „Ulum al-

Hadis, Akhlak dan Tamadun Islam (KPM, KBSM, Sukatan Pelajaran Pendidikan al-

Quran dan al-Sunnah, 2002:3).27

Sifat-sifat dan amalan mulia diajar kepada pelajar

Islam dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Matlamat yang ingin disampaikan dalam

Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah adalah untuk lahirkan pelajar yang berilmu,

beriman, beramal salih dan bertaqwa. Selain itu, ia juga diharapkan mampu membina

24 Ibid. 25 Ibid., h. 3. 26 Ibid., h. 4. 27 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). KBSM: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan al-Quran

dan al-Sunnah Tingkatan 5. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur: KPM,

h. 3.

Page 12: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

90

masyarakat yang beriman, berakhlak mulia, bersyukur, bersefahaman dan bersatu padu

menghulurkan sumbangan kepada pembentukan dan perkembangan diri serta tamadun.

Berdasarkan nilai pembelajaran dalam jadual di atas, Pendidikan Akhlak dan

Moral amat memberikan penekanan kepada nilai berkaitan perkembangan diri pelajar.

Nilai ini dilihat sebagai unsur paling penting dalam memupuk amalan terpuji di

kalangan pelajar yang berasaskan kepada amalan risalah yang dibawa oleh Rasulullah

SAW dan perjuangan para sahabat r.a. serta ulama Islam.

Manakala nilai-nilai lain yang turut diberi penekanan dalam pendidikan akhlak

ialah nilai kekeluargaan, nilai hak asasi manusia, dan nilai keamanan dan

keharmonian. Hal ini berbeza dengan pendidikan moral yang lebih menekankan nilai

alam sekitar dan nilai demokrasi yang dilihat sebagai unsur penting memupuk nilai-

nilai murni dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Ini berkemungkinan

juga masyarakat bukan Islam yang mempelajari Pendidikan Moral lebih terdedah

kepada pandangan agama masing-masing yang lebih memberi perhatian kepada alam

sekitar dan disiplin. Hal ini dapat dilihat kecenderungannya dalam nilai demokrasi.

Walaupun isu-isu akhlak dalam Pengajian Islam tidak memberi penekanan kepada

nilai alam sekitar dan nilai demokrasi, namun isu-isu berhubung nilai ini sebenarnya

sudah diselit dan diajar dalam bidang-bidang pengajian yang lain secara tidak

langsung dalam bidang-bidang pengajian seperti Pengajian al-Quran, „Ulum al-Quran,

Pengajian al-Hadis, „Ulum al-Hadis, Akhlak dan Tamadun Islam. Kesemua bidang ini

merupakan kesepaduan ilmu yang berpaksikan akidah Islamiah yang dapat melahirkan

generasi yang menghayati budaya ilmu, budaya kerja dan akhlak terpuji.

Kebanyakan nilai yang disentuh dalam Pendidikan Moral adalah untuk memahami

persoalan-persoalan dan isu kehidupan yang mempengaruhi budaya serta cara hidup

bermasyarakat. Kebanyakan nilai ini menyentuh aspek perkembangan pemikiran

moral, perasaan moral dan tingkah laku moral bagi membina panduan hidup sebagai

insan yang bermoral. Ini membolehkan pelajar menjadi individu yang

bertanggungjawab moral dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Kesimpulan

Berdasarkan hasil perbincangan isu-isu Pendidikan Akhlak dan Moral didapati bidang

akhlak dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5 dan

kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 1 hingga 5 memberi

penekanan yang berbeza. Bidang akhlak dilihat lebih luas dan menyeluruh berbanding

dengan isu-isu moral dalam membentuk sifat-sifat mulia dan terpuji di kalangan

pelajar. Nilai-nilai murni dan akhlak mulia bukan sahaja terangkum dalam subjek

akhlak semata-mata, malah ia sememangnya diselitkan dalam pengajaran dan

pembelajaran subjek-subjek lain dalam sukatan Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga

5.

Manakala perbincangan mengenai isu-isu moral hanya dilihat dalam subjek

Pendidikan Moral sahaja yang diterapkan melalui tujuh bidang pembelajaran dan nilai

yang sama diajar kepada pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5. Nilai-nilai ini diharapkan

mampu membentuk pelajar yang bertanggungjawab ke arah keharmonian masyarakat

dan negara.

Page 13: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

91

Sebagai cadangan, isu-isu perbincangan dalam Pendidikan Akhlak dan Moral

harus disesuaikan dengan keadaan semasa yang mampu menyumbang ke arah

kesejahteraan negara dan masyarakat global. Pendidikan Akhlak dan Moral

memainkan peranan penting bagi membentuk individu yang mempunyai daya tahan

dan kebolehan menghadapi cabaran-cabaran semasa. Beberapa aspek perlu diberi

penekanan dalam usaha membina insan, iaitu ilmu pengetahuan, daya intelek,

kemahiran, tahap peningkatan ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Keadaan ini

dapat direalisasikan dengan pembentukan akhlak mulia yang harus dilihat secara

menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.

Page 14: Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah ... (2011), Vol 1, No. 1, 79-91 81 3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

92