sukan sepanjang hayat dan rekreasi siap

24
KANDUNGAN Bil Topik Halaman 1.0 Pengenalan 2 2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi 4 3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi 5 4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi 7 5.0 Program Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Sekolah 10 6.0 Pelaksanaan Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Sekolah Luar Negara 12 7.0 Brosur Program Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi 14 8.0 Rujukan 18 1

Upload: hasanuthinm

Post on 24-Apr-2015

484 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

siap sudah.....

TRANSCRIPT

Page 1: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

KANDUNGAN

Bil Topik Halaman

1.0 Pengenalan 2

2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi 4

3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi 5

4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi 7

5.0 Program Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Sekolah 10

6.0 Pelaksanaan Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di

Sekolah Luar Negara

12

7.0 Brosur Program Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi 14

8.0 Rujukan 18

1

Page 2: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

1.0 Pengenalan

Sukan merupakan sebahagian dari elemen penting dalam hidup masyarakat moden hari

ini. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai medium riadah malahan menjadi simbol perpaduan,

sumber ekonomi dan wadah keakraban keluarga. Seawal tahun 1983, Kerajaan Malaysia telah

menegaskan tentang kepentingan sukan dan rekreasi kepada semua golongan rakyat. Mesej ini

diterjemahkan melalui perlaksanaan program Malaysia Cergas yang bertujuan untuk

menggalakkan penglibatan seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai program sukan dan

rekreasi. Pelancaran program ini mensasarkan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang

cergas, tahan lasak dan terhindar dari penyakit sedentari seperti diabetes dan masalah

koronari. Kini, kesedaran tentang peri pentingnya kecergasan semakin meningkat dalam

kalangan rakyat Malaysia.

Aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi sebenarnya telah bermula seawal tamaddun

manusia. Aktiviti yang dahulunya diamalkan untuk tujuan peperangan (menunggang kuda,

memanah dan berlawan pedang), mengisi masa senggang (sepak takraw, memancing dan

berenang) dan kehidupan seharian (berkhemah, mendaki dan berenang) kini telah

diadaptasikan dalam dunia moden sebagai aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang

popular.

Selain itu, lukisan di dinding gua juga membuktikan bahawa aktiviti sukan sepanjang

hayat dan rekreasi telah diamalkan sejak berkurun lamannya. Lukisan sukan gusti kuno telah

ditemui di Gua Lascaux, Perancis, manakala dikebanyakan gua yang bersejarah di seluruh

dunia, pengkaji telah menemui pelbagai lukisan dinding yang menggambarkan tentang amalan

memburu masyarakat masa itu. Penemuan-penemuan lukisan gua ini telah memperkukuhkan

teori bahawa aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi sememangnya merupakan

sebahagian amalan yang penting dalam kehidupan masyarakat masa dahulu (Hamblin, 2006).

Ukiran batu, gangsa, tembikar dan emas juga telah menjadi bukti kukuh tentang amalan

sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam kalangan masyarakat terdahulu. Pelbagai artifak

yang ditemui dalam tamaddun Sumeria, Mesir, Greek, dan Tanah Melayu (Malaysia) telah

menjadi bukti kukuh tentang kewujudan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam

kesemua tamaddun umat manusia. Artifak sukan yang amat popular ialah penemuan lukisan

pelbagai aktiviti sukan seperti gusti, angkat berat, lompat jauh, berenang, mendayung, olahraga

2

Page 3: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

dan memanah yang telah ditemui di kawasan permakaman Firaun di Bani Hasan (Rice, 2001).

Lukisan ini merupakan bukti kukuh bahawa sukan moden yang diamalkan pada masakini

sebenarnya telah lama diamalkan dalam kehidupan masyarakat kuno.

Menurut kajian, Sukan Olimpik kuno yang pertama telah berlangsung pada 776BC di Olympia,

Greece (Raschke, 1988). Kejohanan ini telah diiktiraf sebagai kejohanan sukan kuno terancang

yang pertama di dunia. Ini kerana kejohanan ini telah menggariskan beberapa syarat dan

peraturan rasmi yang perlu dipatuhi oleh semua yang bertanding. Kebanyakan acara yang

dipertandingkan dalam Sukan Olimpik kuno ini ialah yang berkait rapat dengan kemahiran

ketenteraan seperti lumba lari, merejam lembing, lumba kereta kuda dan lontar peluru. Syarat

dan peraturan kejohanan yang seragam ini telah diamalkan sehingga 393AD.

3

Page 4: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan konsep sukan sepanjang hayat mulai tahun

1983 melalui pelancanan program Malaysia Cergas. Melalui program ini, pihak kerajaan telah

menyalurkan sejumlah besar peruntukan kewangan kepada jabatan kerajaan dan badan bukan

kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sukan massa. Antaranya ialah aktiviti

kecergasan fizikal, sukan-sukan baru dan aktiviti rekreasi dan riadah. Secara umumnya aktiviti

sukan sepanjang hayat terbahagi kepada empat kategori iaitu yang pertama ialah sukan

kecergasan yang melibatkan aktiviti seperti aerobik, jogging dan sebagainya. Seterusnya ialah

sukan rekreasi yang menitikberatkan aktiviti seperti mendaki gunung, berkayak dan sebagainya.

Sukan dalaman pula termasuk dalam kategori ketiga. Sukan dalaman tidak melibatkan sukan

yang lasak. Sukan dalaman lebih kepada suka yang santai dan menguji otak. Antara sukan

tersebut ialah catur, karom, dam dan sebagainya.kategori yang terakhir ialah sukan riadah

yang melibatkan aktiviti riadah seperti memancing, memerhati burung berkelah dan

sebagainya. Aktiviti ini sangat digemari kerana bersifat santai dan para pelajar mampu

menenangkan fikiran, mencari ketenangan serta mengambil masa untuk merehatkan tubuh

badan daripada aktiviti lasak.

Selain itu konsep sukan sepanjang hayat dan rekreasi juga memberi akses kepada

semua pelajar untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada

murid yang kurang atau tidak aktif dalam aktiviti sukan yang memerlukan mereka mewakili

sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Selalunya pelajar berminat dalam sukan tersebut tetapi

berasa rendah diri dan takut untuk mencuba. Oleh yang demikian bakal mereka terkubur begitu

sahaja.

Tambahan, hal ini juga mampu membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan

kadar penyertaan pelajar dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Hal ini

memberi peluang sama rata kepada semua pelajar untuk melibatkan diri dalam sukan di

sekolah. Selain itu, konsep ini juga memberi peluang kepada semua pelajar yang berbakat dan

berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Inilah yang dimaksudkan peluang sama rata

kepada semua pelajar.

4

Page 5: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi

Sukan

Sukan berasal dari aktiviti kesenggangan (leisure) yang dilaksanakan pada waktu

lapang. Matlamat asalnya ialah untuk mengisi masa lapang, bersosial, meningkatkan

kecergasan diri dan menghayati keindahan alam. Seiring dengan perkembangan semasa,

aktiviti sukan telah berkembang dari medium kesenggangan kepada medium permainan yang

tersusun dan mempunyai undang-undangnya tersendiri.

Hasilnya, Hanlon (2009) mendefinisikan sukan sebagai sebarang bentuk aktiviti fizikal

yang berbentuk pertandingan dan dianjurkan secara teratur dengan undang-undang

permainannya yang tersendiri. Sport Accord pula memberikan ciri-ciri sukan yang lebih spesifik

agar ianya boleh dibezakan dengan aktiviti kesenggangan. Menurut organisasi ini, sukan

mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri iaitu:

1. Mengandungi elemen pertandingan

2. Mempunyai undang-undang dan peraturan yang spefisik serta tersendiri

3. Tidak membahayakan pemain atau penonton

4. Melibatkan penggunaan peralatan yang spesifik dan besesuaian

5. Tidak bergantung kepada nasib semata-mata

Rekreasi

Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran

kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali

jasmani dan rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman individu

(apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai institusi

(struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses (apa yang berlaku

kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana rekreasi dilatih). Manakala menurut

Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu

lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya

digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan

5

Page 6: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

serta kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai

pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti kata lain rekreasi mestilah

melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh dikatakan sebagai satu institusi sosial

di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah

satu tanggungjawab penting dalam kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa

lapang pula boleh didefinisikan sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri

sendiri.

Rekreasi boleh ditafsirkan sebagai melakukan aktiviti luar pada waktu lapang untuk

menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan minda dan dalam masa yang sama dapat

mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan

rakan.

Rekreasi ialah aktiviti yang dirancang dan dilakukan untuk memenuhi masa lapang

bukan untuk pertanding tetapi untuk memperoleh keseronokan, ketenangan minda dan

merehatkan badan. Aktiviti rekreasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu aktiviti rekreasi luar

dan aktiviti rekreasi dalam. Aktiviti rekreasi luar dilakukan di luar daripada rumah, contoh aktiviti

rekreasi luar ialah bermain basikal, bermain guli, aktiviti lasak seperti mendaki, memancing dan

juga berakit dan lain-lain lagi. Manakala aktiviti rekreasi dalam pula seperti bermain piano,

melukis, dan bermain catur.

6

Page 7: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi

Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan

rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu

komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Dengan adanya sukan rekreasi para

murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

yang sihat.

Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi

penekanan kepada perkembangan fizikal, psikomotor, afektif dan kognitif. Perkembangan

kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah

penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit

kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik

sehingga dewasa. Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus

bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan

kepada mereka. Oleh itu program sukan sepanjang hayat yang akan menjadi amalan

sepanjang hayat, dan memberi manfaat dalam meningkatkan daya tahan otot melalui aktiviti

fizikal semasa bersukan. Selain itu, aktiviti sukan yang mempunyai aktiviti berlari akan

menguatkan sistem kardiovaskular dalam badan.

Tambahan melalui bersukan juga dapat mengelakan kecederaan dan mampu

meningkatkan kekuatan badan serta memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan. Hal

ini akan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan dan merangsang tubuh supaya lebih

sihat dan mengelakan daripada sebarang penyakit. Oleh yang demikian, segala aktiviti harian

akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Hal ini akan membawa kepada keseronokan

dan kepuasan semasa bersukan dan merangsang kita bersukan sepanjang hayat kita.

Sukan sepanjang hayat dan rekreasi mempunyai cabarannya yang tersendiri yang

sememangnya digemari oleh kanak-kanak, remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti

yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dalaman dan juga luaran. Konsep utama

sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal

fulfillment). Orang ramai yang gemar berekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari

mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri.

7

Page 8: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Aktiviti bersukan akan

menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan

menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap

kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan

sewaktu aktiviti fizikal.

Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas

berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau

melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional.

Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani

sebarang situasi. Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman,

keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci

keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin

kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi.

Selain itu, dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini konsep sosialisasi iaitu yang

berkaitan dengan perwatakkan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk

lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar

akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik di antara

mereka disamping mengeratkan siraturrahim dalam kalangan pelajar dan juga masyarakat

disekeliling. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk

dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya.

Selaras dengan matlamat negara, lebih ramai pelajar yang berjiwa 1 Malaysia mampu

dihasilkan. Oleh yang demikian, lebih ramai pelajar yang seimbang dalam pergaulan dengan

masyarakat dapat dilahirkan.

Konsep sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan

diri individu itu sendiri. Para pelajar akan lebih berdisiplin dan mampu mengawal diri dalam apa-

apa situasi. Perkara ini akan menyumbang kepada pembangunan modal insan, pembangunan

negara, bakat sebagai pemimpin, pengamalan gaya hidup sihat, kecerdasan fizikal, pendidikan

sepanjang hayat,dan semangat berkumpulan yang utuh.

Selain itu, daripada aspek psikologi, keterlibatan dalam sukan juga dapat meningkatkan

prestasi psikologi penggiatnya. Kajian yang dilaksanakan oleh Bull, Shambrook, James, &

Brooks (2005) mendapati bahawa majoriti atlit ternama dunia memiliki kekuatan dan kestabilan

mental yang tinggi. Tahap psikologi yang tinggi dan stabil adalah amat penting dalam dunia

8

Page 9: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

kehidupan hari ini yang sememangnya mencabar. Jika tiada penguasaan ini, individu mungkin

akan mengalami masalah psikologi seperti kemurungan dan tekanan perasaan. Oleh yang

demikian, pelajar yang bergiat dalam sukan dan rekreasi dapat mengurangkan risiko tekanan

dan masalah-masalah berkaitan emosi mereka. Hal ini juga akan membuatkan pelajar tidak

mengambil langkah bertindak negatif yang memudaratkan kesihatan dan keselamatan pelajar

dan orang disekeliling mereka.

Sukan sepanjang hayat juga dikenali sebagai sukan massa merupakan suatu aktiviti

sukan yang amat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Selain menjadi aktiviti riadah,

sukan massa merupakan medium pembentukan kecergasan dan agen pemupukan gaya hidup

sihat. Aktiviti sukan massa juga dapat membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

yang berbilang kaum. Kebelakangan ini, keterlibatan aktif masyarakat Malaysia dalam sukan

massa juga telah menggalakkan industri pembuatan alatan sukan seperti pakaian, alatan sukan

dan pengurusan program. Pasti di masa hadapan, sukan massa akan menjadi sebahagian

penting dalam proses kehidupan masyarakat di Malaysia.

9

Page 10: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

5.0 Program Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Sekolah

Sukan merupakan medium bagi murid berseronok dan melepaskan tekanan semasa

berada di sekolah. Oleh yang demikian pihak sekolah perlulah merancang program sukan yang

realistik serta bersesuaian dengan murid di sekolah. Pelaksanaa 1M1S iaitu 1 Murid 1 Sukan di

sekolah sangat memberi kesan kepada murid. Setiap murid diwajibkan mengambil bahagian

dalam satu sukan yang dilaksanakan sepanjang tahun. Murid mengambil bahagian dalam

sukan yang mereka minati. Hal ini memberi ruang kepada murid untuk mengisi masa lapang

mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

Selain itu, aktiviti yang boleh dirancang bagi memenuhi kegiatan murid di sekolah ialah

merentas desa. Murid boleh melibatkan diri dengan berlari semasa aktiviti merentas desa yang

dianjurkan pihak sekolah. Merentas desa boleh dilaksanakan pada awal tahun dan sering kali

dijadikan aktiviti pembukaan bagi sukan di sekolah. Penglibatan bagi merentas desa adalah

wajib bagi setiap murid tahun 4, 5, dan 6. Pada awal tahun murid dapat menikmati keseronokan

berlari bersama rakan dan bersaing secara sihat bersama rakan mereka bagi memenangi

tempat dalam acara tersebut.

Selain itu aktiviti yang paling besar di sekolah iaitu aktiviti Olahraga Tahunan. Acara ini

merupakan acara wajib di setiap sekolah di Malaysia. Olahraga Tahunan melibatkan acara

padang dan juga acara padang. Melalui pelaksanaan aktiviti ini, murid yang berbakat dapat

dikenalpasti. Mereka yang berbakat boleh dilatih dan diberi tugas mewakili sekolah malah ke

peringkat yang lebih tinggi jika mereka mampu. Peluang-peluang sedemikian akan hadir apabila

murid melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.

Selain itu, pelbagai jenis permainan juga boleh dianjurkan. Antaranya permainan bola

sepak antara rumah sukan, permainan bola jaring antara rumah sukan, permainan bola baling

antara rumah sukan serta karnival permainan tradisional juga boleh dilaksanakan di sekolah.

Murid lelaki di sekolah sememangnya gemar bermain bola sepak. Hal ini kerana bola sepak

merupakan sukan utama di negara kita. Oleh yang demikian murid berminat untuk bermain bola

sepak dan akan bermain dengan penuh semangat. Hal ini kerana mereka meminati permainan

tersebut. Hal sama berlaku kepada murid perempuan. Mereka meminati permainan bola jaring

kerana mereka meminati permainan tersebut.

10

Page 11: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

Beralih kepada permainan tradisional, Karnival Permainan Tradisional boleh

dilaksanakan di sekolah. Antara permainan yang sesuai ialah Galah Panjang, Teng Teng, Batu

Seremban, Tuju Selipar, Gasing, Sepak Raga dan Congkak. Permainan ini semakin hari

semakin dilupakan oleh generasi muda kini. Dengan menganjurkan permainan tradisional di

peringkat sekolah, murid dapat bermain, berseronok, mengenal budaya malah akan lebih akan

dalam aktiviti bersukan. Oleh yang demikian, Karnival Permainan Tradisional adalah salah satu

aktiviti yang wajar dilaksanakan di peringkat sekolah.

Selain itu, aktiviti rekreasi seperti perkhemahan unit beruniform, pengawas sekolah serta

ketua kelas juga boleh dilaksanakan. Semasa aktiviti perkhemahan, aktiviti-aktiviti sampingan

lain boleh diterapkan bersama. Antara aktiviti yang lain ialah Jungle Trekking, pertandingan

memancing, cara pemasangan khemah, Pandu Arah, berkayak, berenang, menyelam dan

sebagainya boleh dilaksanakan. Melalui aktiviti-aktiviti sedemikian, murid akan lebih berdisiplin,

bertindak sebagai pemimpin, membina kekuatan diri dari segi fizikal dan mental serta belajar

mengikut arahan. Aktiviti sedemikian boleh dilaksanakan secara berperingkat semasa murid

berada di sekolah. Tempat bagi melaksanakan aktiviti juga perlulah bersesuai yang

menitikberatkan aspek keselamatan murid.

Aktiviti seperti berenang, menyelam dan berkayak boleh dilaksanakan jika pmilihan

tempat bagi aktiviti perkhemahan berdekatan dengan pantai. Murid dapat mengenali dan

menghargai alam semulajadi dengan lebih dekat. Aktiviti sebegini akan merangsang pemikiran

murid, melahirkan rasa minat terhadap laut dan pantai serta berusaha menjaga keindahan laut

dan pantai pada masa akan datang. Perkara sebeginilah yang harus diterapkan sepanjang

aktiviti dilaksanakan.

Oleh yang demikian, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi boleh dilaksanakan di

sekolah melalui elemen-elemen tertentu. Perancangan yang mantap dan bersesuaian akan

mendorong murid lebih aktif, berkepemimpinan, berdaya saing serta mampu menghadapi

gelora hidup yang besar cabarannya pada masa akan dating.

11

Page 12: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

6.0 Pelaksanaan Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Sekolah Luar Negara

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan

peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh

berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan

kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan. Manakala riadah pula Aktiviti riadah lazimnya

dilakukan oleh masyarakat tidak kira muda mahupun tua pada masa-masa yang terluang.

Selepas penat belajar atau bekerja, apa-apa sahaja kegiatan riadah seperti berjoging,

bersukan, berkelah atau sekadar berbasikal dengan rakan-rakan sudah cukup memadai.

Sesetengah masyarakat gemar pergi ke taman-taman bunga atau sekadar berjalan-jalan di

kawasan sekeliling rumah untuk melakukan aktiviti ini.

Bagi masyarakat di negara China, mereka meminati sukan dan riadah yang melibatkan

aktiviti air. Anak muda di negara China diasuh dari kecil untuk meminati sukan air seperti

berenang, terjun, berkayak, gimrama air dan berlayar. Oleh yang demikian tidak hairanlah

China merupakan kuasa besar sukan air buat masa kini. Mereka melahirkan atlit-atlit yang

berjaya dalam sukan tersebut. Budaya ini telah lama wujud di negara China. Anak-anak kecil

seawall umur 3 tahun didedahkan dengan aktiviti air. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah

daripada rebungnya. Perkara ini yang menjadikan mereka minat terhadap sukan air dan minat

tersebut berkekalan bermula dari kecil sehingga mereka tua.

Di negara New Zealand,sukan lasak yang terkenal ialah terjun Bungee yang juga

dikenali sebagai Bungee, Bungy, Bunjee, Le Benji or Suicide Practice dan ianya semakin

digemari dewasa ini, khususnya para belia. Perkataan “bungee” mula diperkenalkan sekitar

tahun 1930 dan nama tersebut digunakan untuk getah pemadam. Menurut A.J Hackett, Bungee

ialah slanga orang New Zealand untuk tali elastik. Meskipun bahaya besar boleh dihadapi

dalam terjunan yang terlalu tinggi tersebut, beberapa juta penerjun bungee telah berjaya dalam

aktiviti tersebut sejak tahun 1980an lagi. Malangnya kadar eksiden dalam sukan lasak ini terlalu

tinggi dan amat mengerikan. Salah satu kesilapan yang sering mengakibatkan kemalangan

ialah menggunakan tali yang terlalu panjang. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian

platform untuk memberi ruang kepada tali untuk meregang dan menjadikan penerjunan

selamat. Walaupun demikian, sukan dan rekreasi ini amat digemari oleh masyarakat di New

Zealand malah diseluruh dunia. Aktiviti lasak ini menjadi kegilaan para remaja yang inginkan

kelasakan dan cabaran dalam bersukan.

12

Page 13: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

Selain terjun Bungee, sukan ragbi juga menjadi kegilaan remaja serta orang tua di New

Zealand. Sukan ragbi merupakan sukan lasak yang dimainkan secara berpasukan. Walaupun

demikian, bagi golongan remaja dan orang tua yang ingin beriadah akan bermain ragbi sentuh

“Touch Rugby“ atau dikenali sebagai Ragbi Rimau di Malaysia. Ragbi sentuh lebih santai dan

tidak berbahaya. Sukan ragbi ini menjadi kegilaan masyarakat kerana kelasakan serta

kemahiran melepaskan diri yang unik, tangkas serta lincah. Para pemain perlu menggabungkan

kemahiran, kekuatan fizikal serta akal bagi menghasilkan gerakan yang mampu memberikan

gol atau dalam istilah ragbi dikenali Touch Down.

Bagi penduduk di Eropah pula, mereka meminati sukan yang ekstrim seperti kasut roda,

skateboard, skyrunner, dan pelbagai sukan yang ekstreme. Remaja di Eropah suka akan

cabaran dan kelasakan. Mereka memilih sukan yang ekstreme bagi kepuasan diri. Beginilah

cara mereka menghilangkan tekanan dan merasakan keseronokan bersukan. Terdapat juga

golongan remaja dan warga tua yang menggemari permainan seperti bola sepak, bola baling

dan olahraga. Aktiviti sebegini sering dilakukan bagi tujuan riadah dan mengeluarkan peluh.

Di negara Brazil pula, bola sepak menjadi kegilaan ramai orang. Orang muda atau tua

semuanya menggemari bola sepak. Setiap hujung minggu setiap padang di Brazil akan

dipenuhi oleh penduduknya yang ingin beriadah dan pilihan utama mereka ialah bola sepak.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah Brazil melahirkan ramai pemain bola sepak yang masyur

dan berkaliber. Hal ini kerena mereka diasuh demikian sejak mereka kecil lagi. Budaya tersebut

berkekalan sehingga ke hari ini.

Secara keseluruhannya, penduduk di luar negara juga mengamalkan aktiviti sukan

sepanjang hayat dan riadah. Mereka juga menitikberatkan aspek kesihatan, kecergasan dan

kecerdasan. Cuma perbezaan antara rakyat di negara ini mereka ialah dari aspek pemilihan

sukan yang diminati dan digemari. Jika diukur dari segi matlamat, kesemuanya mempunyai

matlamat dan tujuan yang sama iaitu bersukan dan beriadah.

13

Page 14: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

7.0 Brosur Program Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi

14

KEJOHANAN MERENTAS DESA

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN

2013

SABTU, 20 APRIL 2013

PADANG SKSJ

PERASMIAN OLEH:

ENCIK MOHD ZAIDEY BIN MD. ALI

YANG DIPERTUA PIBG, SKSJ

“Minda Yang Sihat Lahir Dari Badan Yang Cergas”

Page 15: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

15

ATUR CARA MAJLIS

7.20 Pg – Murid / Guru / Para jemputan mengambil tempat.

7.30 Pg – Pendaftaran peserta.

7.50 Pg – Ketibaan tetamu kehormat.

8.00 Pg – Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah, Lagu Sekolah, Lagu 1 Malaysia.

8.15 Pg – Bacaan Doa

8.20 Pg – Senamrobik

8.30 Pg – Ucapan Perasmian:

Encik Mohd Zaidey Bin Md. Ali

Y.D.P PIBG SKSS

8.45 Pg – Pelepasan peserta:

Kumpulan Peserta1 Tahun 32 Tahun 2

3 Tahun 14 Tahun 4,5,6

(Perempuan)5 Tahun 4,5,6 (Lelaki)

9.45 Pg – Rehat

10.30 Pg – Penyampaian Hadiah.

11.00 Pg – Bersurai.

Page 16: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

16

SEKALUNG PENGHARGAAN

KEPADA :YDP PIBG SKSS ENCIK ZAIDEY BIN MD. ALI

GURU BESAR SKSS PUAN DHRAVANI A/P SANGARLINGAM

GURU-GURU PENOLONG KANAN SKSJ

GURU-GURU SKSJ

GURU-GURU PRAKTIKUM SEM.7

SKSJ KAKITANGAN

MURID-MURID SKSJ

SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH,

SK ST. JOHN , 2013

-TERIMA KASIH-

Page 17: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

17

CATATAN:________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Page 18: Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Siap

8.0 Rujukan

Bammel, G., & Bammel, L. L. B. (1996). Leisure and Human Behavior. Iowa: W C Brown

Co. Publishers.

James, B.L., & Nicole K.L. (2007). Self-practice and self-reflection in cognitive behaviour

therapy training: What factors influence trainees‟ engagement and experience of benefit?

Behavioural and Cognitive Psychotherapy. 1 (1), 1 – 17

Md Taff, M. A. (2011a). Kerelevenan pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di

Malaysia. ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 3(1), 11 - 27.

Md Taff, M. A. (2011b). Pendidikan Luar: Definisi, falsafah dan aplikasi. Tanjong Malim:

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Salleh, A.(2006). Pengurusan sukan: Aplikasi di Malaysia (Eds). Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya

Mowatt, R. A. (2009). Notes From A Leisure Son: Expanding An Understanding of

Whiteness in Leisure. Journal of Leisure Research, 41(4), 511-528.

Nordin, A.B., Abdul Hamid, M.N., Abdul Kadir, R. (2000). Meniti zaman : SITC, MPSI,

IPSI, UPSI . Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Salehudin, J. (2009). Kecergasan fizikal dalam sukan (Eds). Selangor: Karisma

Publications.

18