soalan 2kh

29
SOALAN TUGASAN 2 Anda sebagai guru Kemahiran Hidup yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang pengurusan bengkel, dikehendaki membuat lawatan ke sebuah sekolah dan membuat kajian terhadap bengkel Kemahiran Hidup sekolah tersebut. Tugasan anda perlu merangkumi perkara-perkara berikut : a. Pengurusan ruang kerja b. Penyusunan atau penyimpanan alatan mesin dan bahan c. Langkah-langkah keselamatan yang diamalkan Huraian dan cadangan anda mestilah disertakan dengan gambar-gambar yang diambil di bengkel tersebut.

Upload: norhana-sada

Post on 04-Aug-2015

142 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 2kh

SOALAN TUGASAN 2

Anda sebagai guru Kemahiran Hidup yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang pengurusan bengkel, dikehendaki membuat lawatan ke sebuah sekolah dan membuat kajian terhadap bengkel Kemahiran Hidup sekolah tersebut. Tugasan anda perlu merangkumi perkara-perkara berikut :

a. Pengurusan ruang kerjab. Penyusunan atau penyimpanan alatan mesin dan bahanc. Langkah-langkah keselamatan yang diamalkan

Huraian dan cadangan anda mestilah disertakan dengan gambar-gambar yang diambil di bengkel tersebut.

Page 2: soalan 2kh

ISIKANDUNGAN

Page 3: soalan 2kh

1.0 PENGENALAN

Bengkel merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran sama ada

dalam bentuk teori atau latihan praktis, di mana pelajar akan mempraktikkan teori yang

dipelajari ke dalam bentuk amali. Di dalam setiap bengkel, terdapat peralatan, bahan-

bahan, perabot dan mesin serta peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan

yang tertentu yang mesti dipatuhi demi menjamin proses pembelajaran dapat berlaku

dengan efisyen.

Oleh yang demikian, amalan pengurusan bengkel yang baik dan sistematik perlu

sentiasa dilaksanakan, diselia dan oleh guru-guru Kemahiran Hidup mengikut keperluan

kerja di bengkel. Bengkel yang diurus dengan baik akan menjadikan pembelajaran

diminati disamping mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu

bengkel juga mampu memenuhi sukatan pelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di

sekolah.

Sebuah bengkel yang mempunyai peraturan dan langkah keselamatan yang baik juga

perlu mempunyai ruang yang dilengkapi dengan rak stor, ABM, alat keselamatan,

kawasan kerja, bekalan air dan bekalan elektrik.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan peruntukan kepada setiap sekolah

untuk digunakan untuk menguruskan dan menyediakan bahan dan peralatan yang

mencukupi.

Namun daripada lawatan yang dibuat terhadap sebuah bengkel sekolah rendah,

ternyata masih terdapat sekolah yang tidak menggunakan peruntukan perkapita panitia

dengan bijak dan wujudlah bengkel yang tidak mempunyai peralatan yang mencukupi

dan tidak kondusif untuk suasana pengajaran dan pembelajaran sama ada untuk amali

mahupun teori.

Page 4: soalan 2kh

2.0 PENGURUSAN BENGKEL

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pengurusan didefinasikan sebagai perihal

kerja sama ada :

- proses membuat program

- proses membahagi sumber

- proses membahagi tugas

- proses mengatur alat dan kewangan

Bengkel pula ditakrifkan sebagai sebuah kilang kecil tempat tukang-tukang bekerja.

Berbeza di sekolah, bengkel adalah ruang untuk murid belajar sesuatu kemahiran

secara teori dan amali. Di sekolah pekerjanya pula adalah murid iaitu pelaksana

sesuatu amali yang dijalankan.

Mary Parker Follet menyatakan, pengurusan adalah satu seni melakukan perkara-perkara

tertentu melalui orang lain iaitu bertindak memenuhi matlamat organisasi dengan cara

menguruskan orang-orang lain supaya melakukan apa-apa tugas yang difikirkan perlu

tanpa mereka sendiri melakukannya.

Selain pengurusan bengkel, organisasi dalam sebuah bengkel juga perlu untuk

melicinkan perjalanan proses pengurusan sebuah bengkel. Oleh yang demikian

organisasi dan pengurusan bengkel merupakan nadi penggerak sesuatu bengkel. Ini

kerana pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup banyak

melibatkan amali yang bersandarkan kepada aktiviti di dalam bengkel untuk menguji

kemahiran yang telah dipelajari.

Page 5: soalan 2kh

2.1 Kepentingan Pengurusan Bengkel

Pengurusan bengkel yang efisyen adalah bergantung kepada sistem pengurusan yang

diamalkan oleh organisasi yang menguruskannya. Organisasi ini adalah terdiri daripada

pentadbir, ketua panitia dan guru-guru kemahiran hidup serta murid-murid.

Pengurusan bengkel amat penting dalam membantu mewujudkan sebuah bengkel yang

memenuhi kriteria sebuah bengkel yang sempurna dan efisyen. Terdapat beberapa

kepentingan dan keperluan yang perlu dipenuhi seperti :

a) Mengelakkan berlakunya pembaziran masa, tenaga dan wang.

b) Penjagaan dan kawalan keselamatan

c) Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang

kondusif.

d) Menghasilkan produk yang berkualiti

e) Menjadi contoh kepada institusi lain

Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan berpengalaman

dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan

dengan lancar dan sempurna. Guru-guru Kemahiran Hidup juga perlu menyediakan

perancangan teliti dalam pengurusan bengkel khasnya penyediaan pelan lantai. Pelan

lantai yang baik akan mempengaruhi keselesaan dan juga turut mempengaruhi

keselamatan murid di dalam bengkel. Salah satu ruang yang penting di dalam bengkel

adalah ruang kerja. Kewujudan sebuah ruang-ruang kerja yang baik adalah hasil dari

perancangan pelan lantai yang teliti dan berpandukan semua aspek penting termasuk

aspek keselamatan.

2.1.1 Pengurusan Ruang Kerja

Ruang kerja adalah merupakan sebuah tempat murid melakukan aktiviti amali. Bengkel

Kemahiran Hidup sekolah rendah biasanya hanya mempunyai satu ruang sahaja. Ruang

inilah yang digunakan untuk pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada

yang melibatkan teori mahupun amali. Pada waktu pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan teori ruang bengkel ini akan menjadi kelas biasa. Apabila sesi

Page 6: soalan 2kh

pembelajaran yang melibatkan amali, maka ruang pembelajaran tadi berubah menjadi

ruang kerja. Situasi ini mungkin berbeza dengan Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah

menengah. Ruang –ruang yang disediakan mengikut pilihan elektif dan ruang-ruang

kerjanya adalah berbeza mengikut elektif dan guru-guru juga boleh menggunakan

ruang-ruang ini untuk tajuk-tajuk teras. Contoh ruang kerja yang ada seperti ruang

dapur untuk aktiviti memasak, ruang kerja kayu dan logam, ruang kerja paip, ruang

kemahiran manipulatif dan ruang kerja untuk pertanian.

Namun demikian kurangnya ruang dan kecilnya saiz bengkel yang wujud di sekolah

rendah bukanlah satu alasan untuk guru menghadkan fungsi bengkel. Ruang kerja

mengikut kesesuaian amali dan kemahiran yang diajar boleh diwujudkan dengan

kreativiti dan inovasi guru itu sendiri.

Berdasarkan kepada lawatan ke sebuah sekolah, didapati ruang kerja yang ada dalam

bengkel tidak diwujudkan secara kekal tetapi berubah mengikut kesesuaian tajuk guru

yang menggunakan bengkel untuk aktiviti amali.

Rajah 2.1.: Bengkel

Apabila dilihat secara teliti meja kerja yang digunakan dalam rajah 2.1.1 ,

sememangnya tidak sesuai digunakan sebagai meja kerja kerana tidak tahan lasak

untuk aktiviti kerja kayu dan logam. Meja kerja ini adalah meja yang dibekalkan

kepada bengkel-bengkel baru tanpa mengenalpasti spesifikasi meja yang sesuai untuk

bengkel Kemahiran Hidup. Namun ada juga pentadbir yang peka tentang kelengkapan

perabot bengkel telah mengenal pasti spesifikasi perabot yang sesuai dan meminta

supaya dihantar meja kerja yang sesuai dengan spesifikasi seperti yang terdapat dalam

rajah.

Page 7: soalan 2kh

Rajah 2.2 : Ruang kerja

Gambar dalam rajah 2.1.1 di atas, menunjukkan sebuah bengkel yang mempunyai

ruang kerja dan ruang belajar yang berbeza. Ruang tempat duduk diasingkan dengan

ruang tempat bekerja murid. Jelas terdapat perbezaan di antara dua bengkel dalam

rajah di atas. Bengkel yang mempunyai ruang kerja yang baik biasanya mempunyai

ruang-ruang khas mengikut kesesuaian kerja amali yang hendak dilaksanakan.

Contohnya ruang mesin dan ruang memotong.

Namun hakikatnya bengkel-bengkel sekolah rendah hanya mempunyai satu ruang dalam

bengkel yang di ubah suai menjadi ruang belajar ketika sesi teori dan berubah menjadi

ruang kerja ketika sesi amali. Keluasan bengkel-bengkel di sekolah rendah tidak

memungkinkan guru-guru untuk menyediakan sebuah ruang kerja yang selesa untuk

jumlah murid yang adakalanya mencapai sehingga empat puluh orang. Walaupun

sesetengah bengkel Kemahiran Hidup ada menyediakan ruang kerja untuk aktiviti

amali, namun demikian ruang kerja yang diwujudkan hanya mampu untuk menampung

sebahagian daripada jumlah murid dan sebahagian murid pula akan menggunakan meja

yang ada di bengkel.

Kelebihan sesebuah bengkel Kemahiran Hidup sekolah rendah dapat ditonjolkan apabila

guru-guru Kemahiran Hidup dengan kreatif dan inovatifnya, menyediakan ruang kerja

untuk aktiviti amali. Ruang kerja yang diwujudkan perlu berdekatan dengan stor alat

dan bahan untuk memudahkan murid atau guru mengambil dan menyimpan alatan dan

bahan. Selain itu, meja tunjuk cara juga perlu berhampiran dengan meja guru dan

berada berhampiran dengan ruang kerja. Guru juga perlu memastikan ruang lantai tidak

Page 8: soalan 2kh

diletakkan sebarang benda yang boleh menghalang laluan. Ruang kerja yang

diwujudkan dalam bengkel tidak perlu ada pemisah atau dinding dengan ruang lain.

Almari alat yang besar tidak diletak di tengah-tengah tetapi diletakkan di tepi dinding.

Perkara yang paling penting adalah tingkap yang mencukupi dan dua buah pintu iaitu

pintu hadapan dan pintu belakang untuk sistem pencahayaan secara semulajadi di

samping bantuan sumber lampu. Tingkap juga berfungsi untuk mengeluarkan asap dan

gas, disamping menyejukkan kawasan dan membersihkan kawasan. Kipas angin adalah

sumber pengudaraan tetapi tidak sesuai digunakan ketika proses amali khasnya kerja

kayu kerana habuk akan berterbangan. Semasa berada di dalam bengkel, perkara

pertama yang perlu dilakukan oleh murid adalah membuka tingkap.. Selain itu ,

warna boleh digunakan pada bahagian-bahagian mesin yang berbahaya sekiranya ada.

Penandaan warna ini akan memudahkan murid peka akan maksud bagi setiap warna

seperti yang terdapat pada jadual dalam rajah 2.3

Jadual 2.3 : Contoh Penggunaan Warna

Warna-warna Penerangan

Merah Menunjukkan kawasan bahaya atau berisiko tinggi, alat perlindungan kebakaran, bekas/tangki yang mengandungi bahan mudah terbakar dan boleh juga menandakan berhenti atau untuk berhenti. Cntohnya memberhentikan arus, suisnya boleh ditanda merah.

Kuning Menunjukkan sebagai amaran seperti kawasan licin dan sebagainya.

Hijau Menunjukkan kawasan selamat atau tempat letaknya kit keselamatan.

Ungu ( Purple ) Menunjukkan kawasan radiasi.

Ruang kerja yang kondusif dan efisyen adalah ruang kerja disediakan berdasarkan

perancangan pelan lantai yang teliti dengan mengambilkira semua aspek seperti susun

atur peralatan, susun atur perabot, kedudukan dan luas tingkap dan pintu, sumber

pencahayaan dan pengudaraan disamping faktor-faktor keselamatan.

Page 9: soalan 2kh

3.0 PENYUSUNAN ATAU PENYIMPANAN ALATAN, MESIN DAN BAHAN.

Bengkel Kemahiran Hidup adalah salah satu tempat di sekolah yang memiliki pelbagai

alatan, mesin dan bahan yang tersimpan di dialamnya. Jika di sekolah menengah,

bengkelnya mempunyai peralatan yang lebih kompleks. Oleh yang demikian peralatan,

mesin dan bahan diletakkan mengikut jenis kefungsian alatan, mesin dan bahan

tersebut. Contohnya, gergaji, tukul kuku kambing dan gunting logam. Peralatan

tersebut akan diletakkan di dalam Bengkel Kerja Kayu dan Logam. Demikian juga

dengan gunting fabrik, jarum, pita ukur dan penetas jahitan. Peralatan tersebut pula

tentunya akan diletakkan di Bilik Jahitan.

Bengkel-bengkel Kemahiran Hidup sekolah rendah menghadapi masalah penyimpanan

atau penyusunan alatan, mesin dan bahan. Bengkel-bengkel sekolah rendah yang lama

akan menyediakan ruang penyimpanan atau penyusunan dengan menggunakan perabot-

perabot lama atau membinanya sendiri, selain itu ruang bengkel juga sempit

berbanding dengan bengkel-bengkel yang baru dibina pada awal tahun 2000 hingga

kini. Bengkel-bengkel baru pula banyak menyediakan ruang laci dan kabinet bawah

sebagai ruang penyimpanan tetapi sesetengah bengkel pula tidak mempunyai stor

penyimpanan langsung. Akhirnya semua peralatan diletakkan di dalam ruang bengkel,

sama ada digantungkan di papan panel atau di letakkan di dalam laci atau kabinet.

Perkara ini telah menyebabkan sesetengah bengkel sekolah menjadikan laci-laci atau

ruang kabinet sebagai tempat menyimpan segala peralatan dan bahan amali atau teori.

Namun sistem penyimpanan atau penyusunan dan pelabelan yang baik kurang di

amalkan. Peralatan disimpan begitu sahaja tanpa disusun dan laci atau kabinet pula

tidak di label dengan kemas. Alatan juga tidak disusun mengikut kategori pada panel

alatan disamping tiada pelabelan yang sistematik. Contoh dapat dilihat pada panel pada

rajah 3.1: panel alatan.

Rajah 3.1 : Panel umum

Page 10: soalan 2kh

Rajah 3.2 : Panel alatan

Dua contoh panel alatan pada rajah 3.2 menunjukkan bahawa tanpa pelabelan yang

baik akan menyukarkan murid untuk mengenali nama-nama alatan dalam proses

pembelajaran kendiri. Namun terdapat juga bengkel sekolah menyediakan papan panel

yang baik dengan pelabelan yang kemas. Seperti contoh pada rajah 3.1

Rajah 3.3 : Panel Umum

Panel alatan pada rajah di atas menunjukkan satu pembahagian kategori yang baik

dengan label tajuk mewakili kategori iaitu, alatan kerja kayu dan logam, alatan tangan

elektrik dan elektronik dan alatan perkebunan. Papan panel bersaiz besar di pilih

untuk mempamerkan alatan kerana faktor ruang tidak mencukupi untuk menggantung

lebih banyak papan panel. Setiap alatan tangan yang dipamerkan mewakili alatan

tangan yang digunakan. Alatan yang selebihnya disimpan di dalam kabinet, laci atau

stor. Sesetengah bengkel, alatannya tidak disusun atau dikemaskan dengan baik dan ini

Page 11: soalan 2kh

menyebabkan kesulitan kepada murid untuk mencari dan mengambil alatan yang

diperlukan. Contohnya seperti yang terdapat pada rajah 3.4 : rak alatan 1

Rajah 3.4 : Rak alatan

Rak alatan yang terdapat pada rajah di atas menunjukkan satu rak alatan yang dibina

sendiri oleh guru. Alatan dan bahan yang terdapat dalam rak tidak disusun dengan

kemas. Hal yang sedemikian akan menyukarkan apabila tiba masa untuk mengambil

bahan atau alatan yang diperlukan. Walaupun bengkel-bengkel lama kekurangan tempat

penyimpanan manakala bengkel-bengkel baru pula disediakan dengan ruang

penyimpanan yang kurang sesuai tetapi atas usaha dan inisiatif guru ketidaksesuaian

dan kekurangan itu dapat di atasi. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak

seribu dalih. Beberapa contoh penyusunan dan penyimpanan mengikut jenis alatan dan

bahan disamping pelabelan yang sistematik telah diambil di sebuah bengkel yang baru

siap dibina dan baru sahaja digunakan. Antara contoh-contoh penyimpanan dan

penyusunan boleh dilihat pada rajah 3.5 di bawah.

Rajah 3.5 : Penyimpanan Alatan Jahitan

Page 12: soalan 2kh

Peralatan jahitan disimpan di dalam bekas untuk memudahkan murid mengambil,

menyimpan dan menggunakan ketika amali. Kotak-kotak jahitan disimpan di ruang

terbuka kerana segala peralatan tajam seperti gunting, jarum tangan, jarum peniti dan

penetas jahitan selamat berada di dalam kotak.

Rajah 3.6 : Rak Kit Model

Oleh kerana dalam komponen kit model tidak terdapat sebarang komponen yang tajam

dan berbahaya maka komponen ini diletakkan di dalam bekas dan disimpan di tempat

yang terbuka dan disusun dengan kemas.

Laci dan kabinet digunakan untuk menyimpan peralatan perkebunan dan alatan

elektrik dan elektronik.

Rajah 3.7 : Laci alatan dan bahan elektrik & elektronik

Rajah 3.8 : Laci alatan perkebunan

Page 13: soalan 2kh

Sistem pelabelan nama alatan pada laci dan kabinet juga kemas dan mudah dilihat.

Rajah 3.9 : Pelabelan yang kemas pada laci penyimpanan

Walaupun tidak ada disediakan rak alatan khusus untuk alatan tangan tetapi dengan

inisiatif , guru telah menggunakan perabot-perabot lama sebagai tempat penyimpanan

alatan. Alatan tangan untuk kerja kayu dan logam di simpan di dalam stor alatan dan

bahan kerana alatan ini berbahaya diletakkan di ruang terbuka.

Rajah 3.10 : Rak lama dijadikan rak alatan.

Rajah 3.11 : Stor alatan

Page 14: soalan 2kh

Bahan-bahan projek diletakkan di dalam rak dan mudah dilihat manakala bahan

kemasan kerja kayu pula di letakkan di dalam kabinet bertutup kerana bahan ini

berbahaya. Contoh boleh dilihat pada rajah 3.12

Rajah 3.12 : Rak bahan projek kayu

Rajah 3.13 : Bahan kemasan

Rajah 3.14 : Kabinet bahan kemasan bertutup dan berlabel

Page 15: soalan 2kh

Pelbagai cara dan gaya telah dipilih oleh guru-guru Kemahiran Hidup untuk

menyimpan atau menyusun peralatan dan bahan yang ada di dalam bengkel. Guru-guru

perlulah menyimpan peralatan dan bahan di ruang dan tempat yang berbeza mengikut

fungsi alatan tersebut. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi

penyusunan dan penyimpanan alatan dan bahan di bengkel seperti yang terdapat pada

rajah 3.15.

Rajah 3.15 : Kaedah bagi penyusunan dan penyimpanan alatan dan bahan di

bengkel.

Kaedah bagi Penyimpanan dan Penyusunan Alatan dan Bahan di Bengkel

Stor Bahan

Panel Alatan Stor Utama

Panel Umum

Panel terbuka

Panel kumpulan

Panel individu

Panel tertutup

Panel bergerak

Panel pameran

Page 16: soalan 2kh

Berdasarkan kepada rajah 3.15, panel alatan yang sesuai digunakan di bengkel

Kemahiran Hidup sekolah rendah adalah menyediakan satu panel umum, panel

kumpulan dan panel individu. Ruang bengkel sekolah rendah mempunyai keluasan

yang terhad. Panel umum amat sesuai disediakan di dalam bengkel kerana semua

peralatan yang digunakan dipamer dan disusun mengikut kategori jenis penggunaan

disamping menjadi satu bahan bantu guru ketika proses pengajaran.. Panel kumpulan

pula adalah satu kaedah penyelesaian masalah kekurangan alatan yang sememangnya

menjadi masalah utama dalam bengkel. Alatan yang hendak digunakan dimasukan ke

dalam bekas dan diagihkan mengikut kumpulan. Ini bermakna murid-murid akan

berkongsi dalam kumpulan menggunakan peralatan. Apabila selesai amali, murid-murid

dalam kumpulan akan mengemas dan menyusun peralatan masing-masing. Manakala

panel individu hanya sesuai disediakan di dalam bengkel yang mempunyai peralatan

yang mencukupi dan jumlah murid yang tidak lebih dari 20 orang murid. Panel

individu memerlukan guru menyediak 1 atau 2 panel pada setiap meja kerja.

Bengkel-bengkel yang baru dibina jarang menyediakan stor. Sekiranya ada disediakan,

maka ini menjadi satu kelebihan kepada bengkel dan secara tidak langsung

memudahkan penyimpanan bahan dan alatan. Stor yang disediakan selalunya digunakan

untuk menyimpan alatan dan bahan-bahan projek.

Sekiranya bengkel tidak mempunyai stor, laci dan kabinet boleh digunakan sebagai

ruang penyimpanan yang baik. Alatan boleh disimpan atau disusun dengan kemas di

dalam laci mengikut jenis alatan. Contoh boleh di lihat pada rajah 3.15

Rajah 3.15 : Laci alatan tangan elektrik.

Page 17: soalan 2kh

Alatan yang disimpan di dalam laci juga perlu disusun mengikut kategori jenis alatan.

Contoh kategori alatan perkebunan yang disusun di laci 1, laci 2, laci 3 dan laci 4.

Rajah 3.16 : Laci alatan perkebunan

Rajah 3.17 : Laci bahan elektronik

Kabinet bertutup boleh digunakan menyimpan peralatan besar seperti cangkul dan

bahan- bahan kemasan, Pintu perlu dilabel dan bahan kemasan perlu disusun dengan

kemas.

Rajah 3.18 : Kabinet penyimpanan bahan kemasan

Page 18: soalan 2kh

Bahan dan alatan perlu disusun dengan baik. Bahan atau alatan yang kerap digunakan

perlu disimpan di tempat yang mudah diambil. Menyusun dan menyimpan alatan dan

bahan dengan baik akan memanjangkan jangka hayat alatan disamping memudahkan

alatan diambil dan disimpan. Selain itu bahan yang disimpan dengan baik akan

memudahkan guru mengenal pasti bahan yang berkurangan dan berlebihan untuk

keperluan aktiviti amali. Bengkel sekolah rendah kini jarang menyediakan mesin

berat. Mungkin hanya ada gergaji tangan elektrik atau gerudi tangan elektrik.atau

mesin-mesin tangan yang mudah dikendalikan. Alatan ini bersaiz kecil dan boleh

disimpan di dalam kabinet atau laci.

Walaupun bengkel-bengkel sekolah rendah mempunyai ruang yang agak terhad namun

guru-guru perlu bijak menggunakan kreativiti dan daya inovasi dalam menyusun,

menyimpan bahan dan peralatan. Kebijaksanaan menyusun dan menyimpan akan

mewujudkan sebuah bengkel yang kondusif dan efisyen.

Page 19: soalan 2kh

4.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG DIAMALKAN

Tanggungjawab guru Kemahiran Hidup bukan setakat melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran, tetapi juga melibatkan pengurusan bengkel disamping memastikan

langkah-langkah keselamatan sentiasa di amalkan di bengkel. Pengamalan langkah-

langkah keselamatan sentiasa dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan teori atau amali.

Umumnya guru-guru Kemahiran Hidup maklum tentang pentingnya memaparkan

maklumat tentang peraturan dan keselamatan bengkel serta menerangkan langkah-

langkah keselamatan yang perlu dipatuhi murid ketika berada di bengkel. Bengkel-

bengkel yang pernah dikunjungi kurang mengambil berat tentang penyediaan peraturan-

peraturan di dalam bengkel. Selain itu guru-guru juga tidak menitik beratkan tentang

pemasangan tanda-tanda keselamatan di dalam bengkel.

Semasa kerja amali pengamalan langkah-langkah keselamatan sangat penting. Namun

demikian banyak faktor keselamatan yang diabaikan semasa amali berjalan.

Page 20: soalan 2kh
Page 21: soalan 2kh