shoutul islam dari meja editor laman puisi islam filejabatan hal ehwal agama islam negeri sabah...

10

Upload: dophuc

Post on 28-Jul-2019

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Baru-baru ini meraikan majlis persaraan seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Bila tiba masa, kita akan meninggalkan profesion yang kita pegang selama ini. Apa yang penting, kita telah melakukan dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Seperti ungkapan Barat “A good deed is never forgotten”.

Membangun organisasi perlu kepada sifat-sifat baik dan positif. Salah satu sifat yang harus ada pada setiap warga perkhidmatan awam ialah ikhlas. Keikhlasan dalam bekerja sangat penting kerana ia dapat mempengaruhi budaya kerja seseorang individu. Ini kerana orang yang ikhlas akan ada sifat peduli untuk membantu rakan dalam memudahkan segala urusan, serta sentiasa berusaha untuk memanfaatkan waktu bekerja dengan sebaik mungkin. Seseorang yang ikhlas juga akan memastikan segala perkara-perkara yang asasi dan utama tidak diabaikan seperti kehadiran ke pejabat, komitmen, dedikasi, disiplin dan integriti. Orang yang ikhlas akan sedaya upaya mengelakkan dari sikap berlengah- lengah atau sambil lewa dalam melakukan pekerjaan.

Mengapa kita harus ikhlas dalam bekerja? Ikhlas itu berada di dalam hati. Hati adalah penggerak utama yang dapat mendorong seluruh anggota badan untuk bersikap, berucap, berbuat dan bertindak. Sesungguhnya orang yang ikhlas bekerja kerana Allah SWT, mereka akan menerima tanggungjawab dengan penuh keredhaan dan akan sentiasa bersungguh-sungguh bagi menghasilkan prestasi kerja yang terbaik. Dengan keikhlasan kerja akan membuah keberkatan dalam kehidupan. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Umar bin al-Khattab Radhiallahu ‘anhu ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya pekerjaan itu bergantung kepada niat dan sesungguhnya setiap orang akan memperoleh hasil sesuai dengan niatnya itu.”

Selaku warga perkhidmatan awam, tidak kira sama ada ketua ataupun kakitangan biasa, hendaklah sama-sama memikul tanggungjawab yang telah diberikan kerana agama Islam menuntut umatnya untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab itu yang merupakan suatu amanah dari Allah SWT sebagaimana dalam firman-Nya dalam surah al-Anfaal ayat 27 maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diamanahkan kepada) kamu, sedang kamu mengetahui.”

Oleh yang demikian, sama-sama kita berdoa agar kita menjadi pekerja yang ikhlas, kreatif, inovatif dan produktif, tabah melaksanakan tugas dan dedikasi, tabah menghadapi cabaran, serta dapat membawa masyarakat semua ke arah satu cara hidup yang terpuji dan diberkati. Dan mudah- mudahan segala pekerjaan yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala, mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIhAtYBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangul

PengarahJabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

kEtUA EDItorUstaz Mohamad sidik Haji awang adi

timbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])

SIDANG PENGArANGadi Pitang

([email protected])Ustaz asmuni ali

([email protected])Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)

([email protected])Ustaz abdillah Haji nanun

([email protected])Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])

encik Mohammad Fazli bin Haji TiksonTuan Haji nordin Lossin

Ustaz Mohd. arif bin HairalUstaz Mohd azlan bin Haji Bakri

Tuan Haji sainuri bin Yahminencik Mohd azrul nizam bin Junaidi

Puan rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 kotA kINABAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

peristiwa kebesaran islamIsrakperjalanan Nabi Muhammad SAWdari Masjidilharam di Mekahke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis Palestin.

Mikrajperjalanan Nabi SAWdari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntahake singgahsana Allah SWT.

Israk dan Mikrajterpateri rahsia keagungankebenaran kekuasaan wajib dipercayaiwalau sukar dijangkau akal fikirwalau kafir Quraisy bermatian menyangkal kewibawaannamun kesahihan termaktub dalam al-Qurandigambarkan dalam surah an-Najm.

Subhanallah...!pengembaraan Buraq sepantas kilatroh dan jasad Rasulullah SAWdiisrak dan dimikrajkankeajaiban menerima anugerahnilai tertinggi kerohanianmeliputi kerajaan langit ketujuhmenatap makhluk-makhluk alam ghaibpemandangan indah di sisi syurga Jannatul Makwabukti keluasan pemerintahan-Nya.

Sejarah membuktikan keajaibanAllah SWT mengabulkan permohonanmendapat restu solat 5 waktudari solat 50 waktu sehari semalamdemi sayangkan hamba-NyaRasulullah SAW memperjuangkan agama sucipenuh mujahadah melindungi umat menerima syafaat-Nya.

Oleh:duliam suarikota kinabalu

26 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

biologis tubuh dan waktu resonan tubuhOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

PengenalanAllah SWT mensyaratkan kita solat. Beribadat tengah malam, solat Subuh, solat Dhuha, solat Zuhur, solat Asar, solat Maghrib dan solat Isyak. Apa rahsia pensyariatan ini dengan biologis tubuh kita?

Islam dan PerubatanSolat malam dan penyembuhan. Apa sebenarnya rahsia tersirat? Kita solat malam tapi jam berapa sesuai? Kenapa Allah SWT arahkan kita solat malam dan penyembuh penyakit. Dalil: Baginda SAW bersabda:

“Kerjakanlah Qiamullail (solat malam), kerana sesungguhnya hal tersebut merupakan kebiasaan orang- orang yang soleh sebelum kalian sebagai pendekatan diri kepada Allah SWT sebagai pencegah daripada perbuatan dosa, sebagai kifarat (penebus) daripada perbuatan-perbuatan buruk dan pengusir penyakit daripada badan.” (Riwayat Imam at-Tirmizi).

“Bangkitlah dan solatlah sebab sesungguhnya ada pengubatan dalam solat.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah).

Manfaat Solat dari Aspek Spiritual, Psikologi, Fizik dan Moral1. Merupakan perintah Allah SWT2. Boleh mengalihkan perhatian3. Latihan fizikal

Rahsia Waktu Solat dengan Pengaruh Hormon kepada Kesihatan TubuhFirman Allah SWT:

“Allah SWT jualah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya dan menjadikan siang terang-benderang. Sesungguhnya Allah SWT benar- benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan kepada manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah Al-Mukmin ayat 61).

“Dan antara rahmat-Nya, ia jadikan untukmu siang dan malam, supaya kamu beristirahat (pada malam hari) dan supaya kamu mencari sebahagian daripada kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (Surah al-Qasas ayat 73).

Allah SWT juga menganjurkan kita untuk beribadah lain pada malam hari selain solat Tahajud seperti zikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Pembahagian waktu seperti ini sangat sesuai dengan pusingan jam biologis tubuh yang mengatur sistem kerja seluruh sel manusia.

HipotalamusManusia sebagai makhluk hidup dengan jaringan pernafasan, saraf dan sistem pencernaannya. Aktiviti semua organ tubuh manusia itu disusun dan diatur serta dikendalikan oleh organ di bahagian tengah otak manusia yang disebut hipotalamus. Organ ini bekerja dengan menerima rangsangan cahaya. (a) Cahaya waktu pagi akan terus masuk menerusi mata kemudian sampai ke retina dan diubah cas-cas dalam saraf. Cas-cas itu terus kepada hipotalamus.(b) Kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin yang berfungsi ketika dalam keadaan seseorang itu tidur dalam kegelapan malam.

Waktu Resonan Organ

Berdasarkan jadual di atas, pada waktu resonan jam 2.00 hingga 3.00 pagi, waktu ini waktu aktiviti organ (hipotalamus) sedang berada dalam keadaan paling aktif atau menjalankan fungsinya secara optimum secara semula jadi. Selepas tengah malam, warna langit akan berubah kepada warna ungu lembayung iaitu pada sukatan 412 nanometer iaitu hipotalamus.

Untuk mendapatkan gelombang ungu lembayung secara semula jadi, seseorang perlu berjaga dan melakukan sesuatu perkara yang memerlukan fokus atau khusyuk seperti solat Tahajud dan membaca al-Quran.

KesimpulanIni jawapannya kenapa diperintahkan bangun pada dua per tiga malam (2.00 - 3.00 pagi). Ianya boleh menyembuhkan penyakit jantung, perut dan usus. Teruskan selama tiga bulan berturutan. Moga kita istiqamah solat malam.

RuJuKAN:● 101 Keberkatan Lelaki Subuh, Dr. Mohd Arif Haji Mat Noor, Mohd

Daharudin Haji Daud, Mohammad Subki Abdul Rahman AlHafiz, muka surat 211 - 255.

● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz. 18, muka surat 146.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz. 20, muka surat 139.

larangan mendirikan masjid, surau atau sekolah agama tanpa kebenaran majlisOleh: Puan Siti Imrah bte Lenas

Kesedaran umat Islam pada hari ini mengenai pendidikan Islam dalam konteks pembelajaran anak-anak semakin terserlah terutamanya apabila ramai ibu bapa yang memilih sekolah agama sebagai medium pembelajaran anak-anak seawal usia 6 tahun. Sekolah agama rakyat atau swasta juga tumbuh bagai cendawan di Malaysia kerana permintaan yang tinggi daripada orang ramai menyedari hakikat pentingnya pengisian rohani dalam membentuk sahsiah muslim yang baik.Namun adakah semua sekolah agama yang didirikan itu mematuhi prosedur yang ditetapkan?Begitu juga dengan pembinaan masjid dan surau yang didirikan di atas tanah sendiri. Walaupun hakikatnya pembinaan tersebut di atas tanah sendiri namun setiap bangunan yang didirikan bagi tujuan keagamaan perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah. Seksyen 95 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tahun 1995 menyatakan: (1) Sesiapa mendirikan masjid atau surau atau sekolah agama atau seumpamanya atau menggunakan sesuatu bangunan yang sedia ada sebagai atau bagi tujuan sesuatu masjid atau surau atau sekolah agama tanpa kebenaran Majlis, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya penggunaan bangunan yang menyalahi peruntukan subseksyen (1) itu dihentikan atau mana-mana bangunan yang baru didirikan itu dirobohkan.(3) Bagi maksud seksyen 93, 94 dan seksyen ini, tanah- tanah Majlis ertinya tanah-tanah yang didaftar atau diletakhak atas nama Majlis.Majlis Ugama Islam Negeri Sabah adalah entiti tunggal yang berkuasa dalam memberi kebenaran penggunaan sesebuah bangunan untuk dijadikan masjid atau surau sepertimana yang dijelaskan dalam seksyen 60 mengenai penubuhan masjid dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah, iaitu: (1) Majlis boleh pada bila-bila masa: (a) membenarkan sesuatu bangunan didirikan untuk

digunakan sebagai masjid; (b) membenarkan penggunaan mana-mana bangunan

sebagai masjid; atau (c) menetapkan mana-mana surau, madrasah atau

bangunan lain menjadi masjid.

(2) Majlis tidak boleh memberikan kebenarannya atau membuat penetapan di bawah subseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.(3) Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta menentukan, meminda atau mengubah sempadan mana- mana kariah masjid.(4) Masjid yang sudah dibina yang pembinaannya bukan dikelolakan oleh Majlis dan belum diserahkan kepada Majlis, hendaklah digunakan tertakluk kepada seksyen ini.Begitu juga dengan penubuhan sekolah agama perlu mendapat kebenaran Majlis Ugama Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 81 Enakmen Majlis Ugama Islam iaitu: Tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1991, Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftarkan sekolah-sekolah Agama Islam Negeri dan mana-mana institusi-institusi pengajian Agama Islam di Negeri ini. Hal mengenai pendaftaran Sekolah Agama pula dinyatakan jelas dalam Seksyen 12 Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Tahun 1991 iaitu: (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada orang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Agama Islam kecuali sekolah itu didaftarkan mengikut peruntukan- peruntukan Enakmen ini.(2) Semua Sekolah Agama Islam yang telah ditubuhkan sebelum mula berkuatkuasanya Enakmen ini hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya Enakmen ini, atau dalam sesuatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.Bahagian II mengenai Lembaga Pengurusan memperincikan butiran yang dikehendaki melalui seksyen 5 Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Tahun 1991 iaitu:(1) Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran sesebuah Sekolah Agama Islam hendaklah disertai suratcara dalam bentuk yang ditetapkan bagi menubuhkan Lembaga Pengurusan untuk sekolah itu. (2) Lembaga itu hendaklah menjadi pemegang amanah bagi semua aset dan harta Sekolah Agama Islam itu.(3) Tiap-tiap Lembaga itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana-mana Sekolah Agama Islam yang tertentu, dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan yang hendaklah ditetapkan oleh suratcara itu.Oleh yang demikian, setiap individu yang berhasrat untuk mendirikan sekolah agama persendirian hendaklah memenuhi prosedur sebagaimana yang dinyatakan dalam enakmen di atas bagi mengelakkan pendakwaan di mahkamah kerana menyalahi undang-undang.

Bil. Waktu Resonan Tidur Makan Fikir Kerja

1. 12.00 tengah malam - ✔ ✘ ✘ ✘ 1.00 pagi

2. 1.00 pagi - 2.00 pagi ✔ ✘ ✘ ✘

3. 2.00 pagi - 3.00 pagi ✘ ✘ ✔ ✔

186 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Ustazah Hajah Zaloha Hj. Ahmad (dihujung kanan)ketika majlis meraikan persaraannya

Pada suatu masa dahulu, adanya seorang lelaki yang sangat digeruni sebagai seorang perompak. Orang ramai sangat mengenalinya sebagai perompak yang kejam dengan merompak serta melakukan pembunuhan tanpa belas kasihan. Lelaki itu adalah Fudhail bin Iyadh yang dilahirkan di Khurasan, namun tiada yang mengetahui bila ia dilahirkan. Diceritakan bahawa, jika sebuah kabilah terpandang susuk tubuh Fudhail bin Iyadh, pasti akan melarikan diri dan meninggalkan barang kepunyaan mereka kerana takut akan diapa-apakan olehnya.

Riwayat menyatakan bahawa Fudhail bin Iyadh sedang berjalan untuk melakukan rompakan kemudian dia terserempak dengan satu kabilah yang membawa dagangan. Lalu salah seorang mereka ternampak akan Fudhail bin Iyadh di hadapan mereka dan dia berkata: “Jangan kita lalu di hadapan, kerana di situ ada seorang lelaki namanya Fudhail.” Fudhail bin Iyadh mendengar ucapan orang tersebut dan merasakan betapa ia seorang yang sangat ditakuti dan seorang yang sangat mendatangkan mudarat dan ketakutan kepada orang lain. Lalu ia berkata: “Aku bertaubat kepada Allah SWT dan bersumpah tidak akan melakukan maksiat selamanya.” Dalam jalur riwayat lain, Fudhail bin Iyadh menerima kabilah itu sebagai tetamunya dan memberi makan kepada haiwan ternakan mereka. Apabila ia selesai mengambil makanan bagi ternakan mereka, Fudhail bin Iyadh mendengar bacaan al-Quran yang dialunkan oleh salah seorang tetamunya itu. Ayat itu berbunyi: “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” Kemudian, berkatalah Fudhail bin Iyadh: “Berita-berita kami ditampakkan! Jika Engkau menampakkan keadaan kami, maka apa yang kami sembunyikan pasti akan terlihat dan kami akan malu. Jika Engkau menampakkan amalan kami, maka kami akan celaka kerana azab-Mu.” Fudhail bin Iyadh juga berkata: “Jika kamu mampu untuk tidak dikenali, maka lakukanlah kerana kamu tidak akan rugi walaupun kamu tidak dikenali. Kamu juga tidak akan rugi jika kamu tidak dipuji. Kamu tidak akan rugi jika selalu dicela di mata manusia, asalkan di mata Allah SWT kamu sentiasa dipuji.”

Sejak peristiwa itu, al-Imam Fudhail bin Iyadh menjadi seorang yang alim dan diberikan lisan penuh hikmah oleh Allah SWT. Al-Imam Fudhail bin Iyadh bertaubat kepada Allah SWT dengan berkata: “Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah SWT dengan menetapkan diriku untuk tinggal di Bait al-Haram.” Beliau diriwayatkan berusia sekitar 80 tahun ketika beliau mendapat hidayah daripada Allah SWT, sehingga setiap kali mendengar ayat-ayat al-Quran yang berbentuk kecaman bagi orang yang melakukan dosa, dia akan pengsan. Beliau wafat di Kota Mekah sekitar 871H. Semoga Allah SWT memberikan rahmah ke atasnya.

SumBeR:● Diringkas dari Mawa’izh lil Imam Al-Fudhail bin ‘Iyadh.● Surah Al-Hadid, Ayat 16.

kisah perompak yang digeruni menjadiseorang wali

Oleh:Mohammad Fazli bin Haji Tikson

JHEAINS Lahad Datu“Itu bilik Ustaz...” Seorang pegawai wanita menunjukkan arah bilik ketika mula melapor diri pada bulan April 1994. Masa itu, memang sangat tidak mengetahui bagaimana aliran tugas dan aktiviti pentadbiran Unit Nikah, Cerai dan Ruju’, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Semuanya bagiku suatu yang baru. Walau secara teorinya mempelajari pentadbiran undang- undang dan hukum Syarak mengenai hal ehwal perkahwinan, perceraian, ruju’ dan kekeluargaan Islam semasa menuntut di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bila sudah di lapangan, kadang-kadang teori itu tidak sama dan perlu penyesuaian dengan apa yang dipraktikkan. Melalui pengalaman kerjanya, banyak yang kupelajari tentang pengurusan kekeluargaan Islam. Dalam tempoh seminggu, jujur, aku tidak tahu bagaimana tanggungjawab sebagai Ketua Unit ketika itu. Hatta untuk menulis arahan dalam surat-surat unit, aku tidak tahu. Dialah juga yang mengajar bagaimana arahan sepatutnya dibuat. Sama ada untuk tindakan, perhatian atau makluman. Itu belum lagi perkara-perkara dasar dalam Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 yang menjadi dasar pentadbiran undang-undang ketika itu. Dan fasa yang paling mencabar dalam urusan unit ini ialah ketika mana Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam 1992 dikuatkuasakan pada bulan Januari 1996. Pada masa itu juga ditubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Unit Nikah, Cerai dan Ruju’ MUIS, telah menjadi Bahagian Pentadbiran Syariah, JHEAINS. Ket ika i tu untuk memahamkan pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran ini, bukan suatu yang mudah. Banyak perubahan dan tambahan prosedur yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan enakmen ini. Pemahaman kepada kakitangan suatu yang perlu dan segera kerana ia melibatkan orang awam atau masyarakat yang berurusan setiap hari dengan jabatan in i . Kegig ihan bel iau dalam mengimplimentasikan peraturan dan prosedur baru ini telah membantu pelaksanaan enakmen tersebut. Bukan suatu tugas yang mudah, kerana hampir setahun baru enakmen ini dapat difahami dengan sepenuhnya. Walau cabarannya bukan sedikit. Penerangan demi penerangan dibuat. Apatah lagi ketika itu belum ada penyelarasan di peringkat

pindah (bahagian 2)Oleh: Adi Pitang

kebangsaan mengenai enakmen, manual atau garis panduan ringkas mengenai undang-undang keluarga ini. Bersama beliau, kami menyediakan manual, borang-borang, sijil-sijil nikah, cerai dan ruju’ baru, yang sesuai dengan keperluan enakmen.

Semasa bertugas sebagai KPP Dakwah, hampir pelosok ceruk dan pulau sudah dijejakinya. Pernah beliau tidur berkhemah di tepi sungai, dalam 2 hari perjalanan ke destinasi dakwah melalui sungai, sorong perahu, angkat perahu kerana sungai cetek, lalu di denai dan hutan, tidur di pelantar ikan semasa berada di pulau, cermin hadapan kereta pecah, kereta hampir terbalik ketika melalui jalan balak. Semuanya demi menyampaikan dakwah Islamiah.

Apa yang kukagumi tentang beliau ini ialah sifat terus terang dan ketegasannya dalam suatu perkara yang sekira dilihatnya tidak teratur dan kurang sesuai. Lebih-lebih lagi yang menyentuh prosedur dan hukum syarak. Prinsipnya sangat jelas bahawa jangan kompromi dalam sesuatu yang melanggar prosedur dan hukum syarak. Tapi di sebalik ketegasan yang kadang-kadang disalah tafsir oleh rakan-rakan termasuk aku (hahaha), ada sifat caring dan peduli dalam diri beliau. Watak beliau sangat berbeza bila di luar dari tugas. Beliau sebagai seorang sahabat, kakak, ibu dan keluarga yang penyayang. Dan kini dia telah bersara wajib pada 2 April 2019 lalu. Setelah dia berkhidmat selama 30 tahun. Dia adalah Ustazah Hajah Zaloha Hj. Ahmad, mantan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Dakwah, mantan KPP Pentadbiran Wilayah dan Daerah dan mantan KPP Pentadbiran Syar iah, JHEAINS. Moga amal ker janya dan kita diberkati. Berbaktilah selagi ada hayat dan kesempatan.

46 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

islam agama keamanan dan kestabilantamadun dunia (bahagian 3)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Ketidakstabilan dan keganasan yang berlaku dalam dunia ini adalah disebabkan oleh kesongsangan fahaman tertentu yang melangkaui sempadan agama dan negara.

Dalam zaman Pasca-Modenisme ini, kekeliruan dan kesalahfahaman begitu merebak dan membiak dengan cepatnya.

Tuduhan keganasan terhadap agama Islam adalah disebabkan kejahilan berkenaan Islam. Ia timbul daripada gerakan pihak kuffar untuk menimbulkan fenomena Islamophobia agar Islam dijauhi.

Salah faham terhadap Islam juga timbul apabila masyarakat tidak faham asas dan dasar agama Islam melalui neraca landskap Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan Rukun Iman sejati, Rukun Islam yang asli dan Rukun Ihsan yang hakiki.

Apabila tidak memahami aspek Maratib Ad-Din daripada neraca ulama muktabar maka muncul beberapa fahaman songsang yang gagal memahami makna Islam sebenar yang penuh keamanan dan kedamaian.

Antara fahaman tersebut adalah Syiah, Wahabi, Zahiriyyah, Batiniyyah, Salafi-Jihadi, Liberalisme, dan Literalisme sehingga mereka melakukan tindak-tanduk Radikalisme yang boleh mencemarkan nama Islam yang aman ini.

Maka dari sinilah timbul lontaran Terrorisme terhadap Islam. Sedangkan hakikatnya ia adalah tindakan jahil daripada kelompok yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini dilihat daripada sudut intranal.

Adapun daripada sudut eksternal pula, golongan kuffar antaranya Neo-Nazi, Klu Klux Klan, White Supremacies serta Freemason melakukan serangan Islamophobia kepada agama Islam lantas mereka sendiri yang melakukan tindakan ekstremisme ini dengan melakukan pembunuhan secara skala gigantik dan massif dengan memanipulasi media massa agar mereka tidak diambil tindakan.

Mereka menghukum agama Islam itu secara total melalui tindak-tanduk penganutnya yang jauh daripada landasan ulama serta wujud salah faham yang dicetuskan oleh fahaman songsang yang terkeluar daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Musuh agama Islam secara internal ini sengaja menabur pelbagai fitnah dan serangan fikiran untuk menjahanamkan nama baik Islam yang aman ini.

Dua musuh ini iaitu dari dalam intranal Islam yang salah memahami konsep tradisi Islam sehingga muncul fahaman songsang seperti wahabi (Salafi-Jihadi) serta dari dalam internal Islam seperti White Supremacies yang sememangnya tidak mendapat hidayah Islam ini akan menyerang Islam dengan konsep Islamophobia kepada masyarakat dunia.

Imam Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Warad bin Kausyaz Al-Qusyairi An-Naisaburi dikenali dengan gelaran Imam Muslim. Beliau berasal dari keturunan Qusyairi salah satu suku Arab. Para ahli sejarahwan berbeza pendapat mengenai tarikh kelahiran beliau iaitu ada yang mengatakan pada tahun 201 Hijrah, 202 Hijrah, 204 Hijrah, 205 Hijrah dan 206 Hijrah. Beliau dilahirkan di Naisabur sebuah kota besar di Khurasan, Iran. Beliau merupakan murid kepada imam yang masyhur dalam bidang hadith iaitu Imam Bukhari. Sifat dan peribadi beliau tidak jauh berbeza daripada gurunya Imam Bukhari dari segi kewarakan, ketakwaan, keberanian, peribadatan serta keikhlasannya kepada Allah SWT. Beliau juga merupakan pengarang sebuah kitab yang terkenal iaitu kitab Sahih Muslim.

Ketika Imam Muslim berusia 10 tahun beliau telah berguru dengan Imam ad Dakhili iaitu seorang ahli hadith di Naisabur. Imam Muslim seorang yang amat berminat dalam kajian hadith dan telah pergi mengembara ke Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan negara-negara lainnya untuk mendapatkan silsilah hadith yang bersambung dan benar dan mencari ilmu pengetahuan.

Dalam pengembaraannya, beliau banyak mengunjungi ulama-ulama terkenal untuk belajar hadith dan mendengar terus dari mereka. Di Khurasan, beliau berguru kepada Yahya bin Yahya dan Ishak bin Rahawaih, di Ray beliau berguru dengan Muhammad bin Mahran dan Abu ‘Ansan, di Iraq beliau belajar hadith dengan Ahmad bin Hanbal dan Abdullah bin Maslamah, di Hijaz belajar dengan Sa’id bin Mansur dan Abu Mas Abu Zar, manakala di Mesir berguru dengan ‘Amr bin Sawad dan Harmalah bin Yahya.

Imam Muslim berkali-kali mengunjungi Baghdad untuk belajar dengan ulama-ulama ahli hadith, dan kunjungannya yang terakhir pada 259H. Ketika Imam Bukhari datang ke Naisabur, Imam Muslim sering datang kepadanya untuk berguru terutamanya dalam mempelajari ilmu-ilmu berkaitan hadith. Beliau banyak mengikut jejak langkah gurunya Imam Bukhari terutama dalam menghasilkan kitab sahihnya iaitu Kitab Sahih Muslim.

Imam Muslim telah banyak memberi sumbangan dalam kehidupannya, antara sumbangan beliau ialah mendidik dan melahirkan ulama-ulama yang terkemuka seperti Imam At-Tirmizi, Yahya Ibnu Said, Ibnu Khuzaimah, Abu Amru Al-Mustamli, Ibnu Abu Hatim Ar-Razi dan Ibnu Mubarak.

Manakala dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan banyak karya yang menjadi rujukan ulama dan masyarakat sehingga ke hari ini. Di antara karyanya ialah Al-Jami’ as-Shahih (Kitab Sahih Muslim) mengandungi 12,000 ribu hadith, Al-Musnadul Kabir (kitab yang menerangkan nama-nama para perawi hadith), Kitabul-Asma’ wal-Kuna, Kitab At-Tamnyiz, Kitab al-‘Ilal, Kitabul-Aqran, Kitabu Su’alatihi Ahmad bin Hambal, Kitabul-Muhadramin, Kitab Auladis-Sahabah dan Kitab Awhamil-Muhadditsin.

Imam Muslim wafat pada hari Ahad malam Isnin, 25 Rejab 261H bersamaan 6 Mei 875M dalam usia 55 tahun dan dikebumikan di Kampung Nasr Abad, salah satu daerah di luar Naisabur.

SumBeR:● Lembaran Hidup Ulama, Muhammad Abdulloh Surad, Hijjaz Records Publishing, Cetakan kedua 2018.● Biografi Gemilang Imam Muslim, Dr Muhammad Taufiq Abu Ali, Jasmin Publications, Cetakan Pertama 2011.

imam abul husain muslim bin al-hajjajOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

166 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Amat dikesali sekali apabila ada segelintir orang yang suka membicarakan keburukan pemimpin sendiri. Dan teramatlah dikesali lagi bila yang berbicara itu adalah di kalangan mereka yang dikenali dan akhirnya mempengaruhi kepada yang mendengarnya apatah lagi anak muda yang mudah sekali memberontak hatinya. Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al-Fauzan Hafidzahullahu Ta’ala pernah ditanya tentang perbuatan membicarakan keburukan pemimpin kepada orang lain, dan ini jawapan yang beliau berikan.

Perbuatan ini termasuk ghibah, bahkan termasuk jenis ghibah yang paling parah (paling buruk). Hal ini kerana membicarakan (kesalahan) pemimpin dan ulil amri akan menimbulkan suu’dzon (buruk sangka) terhadap pemimpin kaum muslimin dan merendahkan kedudukan mereka di hadapan masyarakat. Terkadang hal ini akan menimbulkan kebencian kepada sebahagian masyarakat dan dendam tersembunyi terhadap ulil amri, sehingga akan terjadi perpecahan.

Rasulullah bersabda,

“Agama adalah nasihat.”

Kemudian para sahabat bertanya, “untuk siapa (wahai Rasulullah)?”

Rasulullah SAW menjawab, “untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan masyarakat pada umumnya.” (HR. Muslim).

Maka apakah termasuk dalam nasihat (menginginkan kebaikan) kepada ulil amri ketika engkau duduk di berbagai forum dan berbicara tentang keburukan pemimpin? Atau engkau merakam ucapanmu di kaset atau engkau berbicara di mimbar-mimbar mencela penguasa dan melecehkan mereka?

Perbuatan ini akan menghancurkan persatuan, dan menyebabkan masyarakat menyimpan dendam terhadap pemimpin sehingga menimbulkan banyak kerosakan, lalu hal sebaliknya terjadi apabila tidak ada lagi ketaatan kepada pemimpin dan beranggapan bahawa ketaatan kepada pemimpin itu bukanlah kewajipan.

Allah Ta’ala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah, taatlah kalian kepada Rasul dan ulil amri di antara kalian.” (QS. An-Nisa’ [4]: 59).

Maka harus ada ketaatan terhadap pemimpin, selagi mana mereka tidak memerintahkan untuk maksiat kepada Allah Ta’ala. Jika kita mencela pemimpin, membicarakan (aib) mereka, maka lihatlah kesannya kepada masyarakat yang akan terbiasa meremehkan perintah pemimpin dan derhaka kepada pemimpin sehingga tidak sedar pada masa yang sama kita juga telah derhaka dan melanggar perintah Allah Azza Wa Jalla.

jangan membicarakan keburukan pemimpinmu!Oleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

penghinaan terhadap rasulullah saw danummul mukminin sayyidatina aisyah r. anha

(bahagian 2)Oleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

Imam Ibn Katsir menyebut dalam tafsir: “Allah menjauhkan mereka daripada rahmat-Nya di dunia dan di akhirat dan menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan kekal di dalam azab itu selama-lamanya.” Mempertahankan Rasulullah Adalah Kesempurnan ImanJusteru, setiap umat Islam wajib mencintai Rasulullah kerana mencintai Baginda adalah kesempurnaan iman. Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan kerana-Nya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” Riwayat Bukhari (16) dan Muslim (43).

Antara cara menunjukkan keimanan dan kecintaan ini, sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat dan Salaf al-Soleh dengan mempertahankan Baginda sekalipun dengan kekerasan. Daripada Saidina Umar al-Khattab, bahawa pada suatu hari, dihadapkan kepadanya seorang lelaki yang mencaci Nabi . Maka Saidina Umar pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Kemudian Saidina Umar berkata:

Maksudnya: “Sesiapa yang mencaci Allah, atau mencaci seseorang daripada para Nabi, maka bunuhlah dia.”Rujuk al-Saif al-Maslul ‘ala Man Sabba al-Rasul (hlm. 124) oleh Imam Taqiyuddin al-Subki.

Daripada Abd al-Hamid bin Abd al-Rahman bin Zaid bin al-Khattab, sesungguhnya beliau berada di Kufah mewakili Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau telah menulis kepada Umar bin Abdul Aziz: “Aku mendapati seorang lelaki telah mencelamu di Kufah dan telah terbukti bahawa dia benar-benar telah mencelamu, maka aku ingin membunuhnya atau memotong kedua tangannya atau memotong lidahnya atau menyebatnya, akan tetapi aku terfikir untuk merujuk kepadamu terlebih dahulu berkenaan perkara ini.” Maka Umar bin Abdul Aziz menulis kembali kepada beliau: “Salam sejahtera ke atasmu, Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika engkau membunuhnya maka aku akan membunuhmu disebabkan olehnya, jika engkau memotongnya maka aku akan memotongmu disebabkan olehnya, jika engkau menyebatnya maka aku akan menariknya daripada engkau. Apabila engkau menerima perutusanku ini maka keluarlah engkau dengannya ke al-Kunasah (tempat pembuangan sampah) maka engkau celalah dia sebagaimana dia mencelaku atau engkau memaafkannya kerana itu lebih aku suka. Ini kerana, tidak halal membunuh seorang muslim yang mencela salah seorang daripada manusia melainkan seseorang itu mencela Rasulullah SAW.”Lihat al-muhalla (14/434).

66 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Contoh 11:

Contoh 12:

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang menyebut mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha Suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Ayat ini Allah SWT menyebutkan tiga keadaan yang sering dilakukan oleh manusia pada kebanyakan waktunya, bahkan mungkin hanya tiga keadaan inilah yang mengisi setiap waktu kehidupan manusia. Kehidupan ini hanya sia-sia jika tidak diisi dengan mengingati Allah SWT.

Waktu dan usia manusia ibarat sebongkah ais sama ada kita guna atau tidak ia tetap akan cair. Alangkah ruginya sebuah kehidupan di dunia yang begitu singkat jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang tiada penghujungnya tanpa dilalui dengan amal ibadah dan pahala.

Rasulullah SAW bersabda: “Solatlah dengan berdiri, jika kamu tidak mampu, maka lakukanlah sambil duduk, jika kamu tidak mampu, maka lakukanlah sambil berbaring.” Rasulullah SAW cuba menyampaikan mesej menerusi hadisnya ini, agar umatnya sentiasa mengingati Allah SWT, tidak meninggalkan solat dalam apa keadaan sekali pun kerana solat adalah sebesar-besar amal ibadah jika ditinggalkan maka terputuslah hubungan seorang hamba dengan Sang Penciptanya.

Dalam erti kata lain mengajak manusia mengingati Allah SWT dalam semua keadaan, baik dengan hati mahupun dengan lisan, melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya tanpa membatasi golongan kaya atau miskin, sihat atau uzur, gagah atau lemah, tua atau muda. Dengan merenung dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi yang tiada siapa mampu menciptanya pasti akan mengundang hikmah yang menunjukkan keagungan “al-Khaliq”, kekuasaan-Nya, keluasan ilmu-Nya, hikmah-Nya, pilihan-Nya, juga rahmat-Nya.

Berfikir ibarat cermin yang mampu mempamerkan kebaikan dan kejelekan seseorang. Berfikir tentang kekuasaan Allah SWT akan menjadi asbab cahaya keimanan masuk ke dalam hati manusia. Lantaran itu berbahagialah bagi orang yang lisannya sentiasa berzikir, ketika diamnya selalu berfikir tentang kekuasaan Allah SWT, pemandangan mata zahir dan batinnya menyingkap ‘ibrah dan iktibar Ilahi. Sebaliknya amat celakalah orang yang tidak mengambil pelajaran menerusi makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT yang kembali kepada zat-Nya, sifat-Nya, syariat-Nya, kekuasaan-Nya dan tanda-tanda kehebatan-Nya.

Hakikatnya memikirkan penciptaan Allah SWT terhadap makhluk-Nya yang tidak terhitung banyaknya, merenungkan kejadian semesta alam yang terbentang luas, serta bagaimana kehebatan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT mentadbir keseluruhan ciptaan makhluk-Nya berpotensi menjadi salah satu laluan zikir dan ibadah kepada Allah SWT.

Manakala segala pancaindera, ilmu serta akal yang dikurniakan Allah SWT jika gagal dimanfaatkan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT di semesta alam ini, hingga tidak mampu menggamit hati untuk berzikir mengakui keesaan Allah SWT serta tunduk beribadah terhadap-Nya adalah petanda hati sudah terpateri dengan dosa dan kesyirikan, buta untuk dapat mengenal Tuhan yang sentiasa menitipkan rahmat saban waktu akhirnya nikmat terhalang, azab jadi balasan bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan hingga ke akhirat.

Hikmah Allah SWT mencipta makhluk selain manusia agar jadi asbab hidayah mengenal-Nya. Mungkin tidak pada lautan tapi bila memandang kehebatan ciptaan langit tanpa tiang manusia akan akur jika kejadian langit begitu unik dan hebat sudah pasti yang menciptanya lebih jauh hebat dan berkuasa.

ayat al-Quran surah ali imran: 191"zikir dan fikir"

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

11. Selain daripada hukum Nun Mati Tanwin, terdapat satu lagi hukum yang perlu dipelajari iaitu hukum Mim Mati. Simbol ini semua akan bertemu dengan 28 huruf Hijaiyah.

12. Huruf Hijaiyah dalam dalam al-Quran dihiasi oleh tanda yang boleh memanjang bacaan kepada empat atau enam harkah. Simbol tersebut dipanggil Maddun atau Mad (~).

“Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan- lahan.”

Tartil bermaksud perlahan-lahan selain membacanya dengan bertajwid. Ianya sebagai hikmah agar dapat memperhatikan hakikat ayat dan kehalusan ayat al-Quran. Sebaliknya, jika dibaca tergesa-gesa, tidak akan memberi apa-apa makna.

Membaca kitab al-Quran amat mudah. Kemahiran ilmu tajwid mampu menjana kepada bacaan yang berkualiti dan cemerlang. Menjadi sesuatu yang menarik dan dinanti jika bacaan al-Quran lahir dari janaan ilmu tajwid yang mampu merungkai teknikal al-Quran.

Kita tidak boleh lari dari hakikat, bawa diri untuk mempelajari huruf Hijaiyah, asal ejaan huruf Hijaiyah, harkah, jenis-jenis alif, nun tersirat, membaris hamzah wasal, qolqalah, wajibul gunnah, nun mati tanwin, izhar muthlaq dan mad adalah di antara Tools Al-Quran yang menjadi wajib untuk tertanam dalam jiwa setiap kita.

RuJuKAN:● Tajwid Al-Quran Rasmi Uthmani, Haji Abdul Qadir

Leong.● Ilmu Tajwid Al-Quran, Ustaz Hasan Mahmud Al-Hafiz.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 29.● Asas, Sistematik dan Praktikal Mempelajari Ilmu Tajwid,

Nordin Lossin.

tools al-Quran (bahagian 4)Oleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

146 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

hutang puasa di bulan ramadan, Qada'atau fidyah?

Oleh:Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Lebih kurang 4 minggu lagi, bulan Ramadan akan berkunjung tiba. Bulan yang dinanti-nanti oleh hamba-Nya yang mukmin yang mana hadirnya cuma setahun sekali. Dan pada bulan ini, selalunya para wanitalah yang akan mendapat rukhsah yang lebih berbanding kaum lelaki. Namun, hari-hari puasa yang ditinggalkan mereka ini perlu di qada’, fidyah atau keduanya sekali? Maka ini pembahagiannya:

1. Dilarang berpuasa namun wajib menggantikannyaBagi wanita yang sudah akil baligh, diharamkan berpuasa ketika datangnya haid. Ini dibuktikan melalui hadith Mu’adzah ketika ia bertanya kepada Aisyah: “Mengapa wanita haid harus mengganti puasa dan tidak mengganti solat?” Aisyah berkata: “Apakah engkau penganut Khawarij?” Mu’adzah menjawab: “Aku bukan pengikut Khawarij namun aku hanya bertanya.” Aisyah berkata: “Kami mengalami hal itu dan kami hanya diperintahkan untuk mengganti puasa dan tidak diperintahkan untuk mengganti solat.” (diriwayatkan Bukhari & Muslim).

Melalui hadith ini, dapat difahami bahawasanya wanita yang didatangi haid dilarang berpuasa, tetapi diwajibkan mengganti puasanya di hari lain. Begitu juga halnya kepada wanita yang nifas kerana lemahnya badan tatkala itu.

2. DibolehkantidakberpuasanamunwajibmembayarfidyahBagi orang yang lanjut usia dan tidak kuat; danOrang sakit yang tidak ada harapan sembuh atau sakit yang kritikal.

Maka, mereka yang tergolong dalam golongan di atas ini adalah diwajibkan mengeluarkan fidyah, iaitu dengan memberi makan orang miskin tiap-tiap hari seorang ½ kilogram beras atau lebih. Dalil yang diguna pakai ialah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 184:

Maksudnya: “...dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya...”

3. Dibolehkan tidak berpuasa namun wajib menggantikannyaBagi orang yang sedang sakit dan diyakini penyakitnya itu akan sembuh, dan begitu juga bagi musafir, dibolehkan tidak berpuasa tetapi wajib bagi mereka menggantikannya dengan berpuasa pada hari yang lain, sama dengan berapa hari yang ditinggalkannya itu. Ini adalah melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:

Maksudnya: “...dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain...”

Akan tetapi, bagi kes 1 dan 3, sekiranya telah masuk Ramadan yang baru dan hutang yang lepas belum terlangsai, maka wajib bagi mereka untuk membayar fidyah sekali menggantikan puasa. Lain halnya bagi wanita mengandung dan menyusukan anak yang akan dibahas di tajuk lainnya. Wallahu a’lam.

RuJuKAN:● Ensiklopedia Larangan Menurut Al-Quran dan As-Sunnah: Syaikh Salim bin ‘Ied-Al-Hilali.● Fatawa Qardhawi: Dr. Yusuf al-Qaradhawi.● Ensiklopedi Fiqih Praktis menurut Al-Quran dan As-Sunnah: Syaikh Husain bin ‘Audah Al-‘Awaisyah.

tinggalkan perkara yang meragukanOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

MAKSuD HADISDaripada Abu Muhammad al-Hasan Ibn Ali Ibn Abu Talib RA, cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal salah satu hadis daripada Rasulullah SAW: "Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau." (Riwayat al-Tirmizi dan ia berkata: Ianya Hadis Hasan Shahih).HuRAIAN HADISHadis ini dari jawami’ul kalim dan dari hikmah-hikmah kenabian yang tinggi, iaitu kalimah-kalimah yang sedikit namun memberikan kaedah-kaedah yang besar di dalam agama Islam, iaitu meninggalkan perkara syubhah dan iltizam dengan benda-benda yang halal dan diyakini akan kehalalannya.Dalam hadis ini terdapat isyarat yang menuntut agar berkata yang benar lagi muktamad ketika manusia berhajat kepada jawapan terhadap sebarang persoalan dan fatwa di dalam sesuatu masalah. Tanda benar ialah hati kita akan berasa tenang, sementara tanda dusta ialah akan timbulnya perasaan syak dan tidak tenang di dalam hati kita.Hadis ini juga menunjukkan kepada kita supaya membina hukum serta urusan kehidupan kita di atas keyakinan. Bahawasanya meninggalkan perkara yang syubhah di dalam ibadat, muamalat, perkahwinan dan lain-lain bab hukum-hakam serta iltizam dengan perkara-perkara yang halal dalam semua aspek akan membawa seseorang muslim kepada sifat warak. Ia merupakan manfaat umum dalam usaha menjaga diri daripada was- was syaitan. Apabila bertembung antara syak dan yakin, kita hendaklah mendahulukan yang yakin dan meninggalkan yang syak. Contohnya apabila seseorang itu berwudhu dengan yakin kemudian dia syak sama ada dia dalam keadaan berwudhu atau belum, maka hendaklah diiktibarkan bahawa ia berwudhu.Begitu juga meninggalkan keraguan akan menjadikan seseorang itu begitu utuh dan kuat keyakinannya. Justeru, seseorang itu akan boleh terus ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang gemilang dalam kehidupan mereka.PENGAJARAN HADIS1. Meninggalkan perkara-perkara syubhah dan mengambil yang halal akan melahirkan sifat warak dalam diri kita.2. Warak hanya bagi orang yang Istiqamah mentaati perintah dan meninggalkan larangan dari Allah SWT dan

Rasul-Nya.3. Jika keraguan bertentangan dengan keyakinan maka ambillah perkara yang diyakini. 4. Sebuah perkara harus jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada harganya keraguan dan

kebimbangan.5. Berhati-hati dari sikap meremehkan terhadap urusan agama dan masalah bidaah.6. Siapa yang membiasakan diri dengan perkara syubhah maka dia akan berani melakukan perbuatan yang

diharamkan.7. Keluar daripada ikhtilaf ulama adalah lebih utama kerana hal tersebut lebih terhindar dari perbuatan syubhah,

khususnya jika di antara pendapat mereka tidak ada yang dapat dikuatkan.

RuJuKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd., Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

86 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

hasad dengkiOleh:

Ustaz Mohd. Arif bin HairalPerbadananBaitulmalNegeriSabah(PBNS)

Islam menyeru umatnya agar membersihkan tubuh badan dan hati. Membersihkan hati adalah penting dan utama, firman Allah : “(Iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." (Surah as-Syua’ra: 88 - 89).

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, juga tidak kepada harta kalian, akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kalian.”

Allah telah mengingatkan agar berwaspada kepada penyakit hati yang boleh membinasakan diri sendiri dan masyarakat, maka Allah telah memerintahkan agar kita berlindung daripada penyakit hati itu melalui firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai muhammad): “Aku minta berlindung kepada Allah, Tuhan Yang menciptakan Waktu Subuh. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap bila ia meliputi (suasana). Dan dari kejahatan orang-orang yang mengamalkan ilmu-ilmu (sihir) yang berupa rahsia; menghembus-hembuskan. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia laksanakan perasaan dengkinya itu.” (Surah al-Falaq: 1 - 5).

Antara lain penyakit bagi hati ialah hasad dengki yang menjadi punca kepada kelakuan jenayah. Kerana sifat hasad dengki juga lahirlah perasaan marah, sombong, permusuhan dan seumpamanya. Dosa pertama berlaku di langit dan di dunia adalah berpunca dari hasad dengki.

Adapun di langit, ketika Allah menciptakan Nabi Adam Alaihis-Salam, Allah memerintahkan Iblis sujud untuk Nabi Adam Alaihis-Salam tetapi Iblis enggan kerana dengkikan kepada kemuliaan yang diberikan kepada Nabi Adam Alaihis-Salam. Apabila Iblis ditanya kerana keengganannya untuk sujud, dia menjawab: “engkau mencipta aku dari Api dan dia dari Tanah.” (Surah al-A’raf: 12).

Dan adapun di dunia, sepertimana dikisahkan kegusaran Qabil untuk dikahwinkan dengan Labuda yang tidak secantik saudara perempuannya itu dipertikaikan sehingga Nabi Adam AS memerintahkan untuk dipersembahkan korban kepada Allah Ta'ala.

Maka, kedua-dua orang adik-beradik ini mempersembahkan korban mereka. Qabil telah mempersembahkan gandum dan Habil pula sebagai seorang penternak mempersembahkan kambing.

Persengketaan di antara kedua-dua mereka diwarisi dengan sifat dendam dan kemarahan yang berpunca dari hasad dengki. Permusuhan yang tidak mendasari sifat takwa dan keimanan, menjadikan seseorang akan bersifat tidak rasional. Mereka akan membuat tuduhan demi tuduhan sehingga mempertaruhkan darah untuk menurut kehendak nafsunya.

Hasad dengki hakikatnya bermaksud tidak berasa senang dengan nikmat yang diberikan kepada orang lain dan berharap agar nikmat itu hilang. Sifat hasad dengki boleh berlaku di kalangan adik- beradik, jiran tetangga, kawan-kawan dan rakan sepejabat.

Bersama kita beringat kepada hadis Nabi : “Jangan kalian saling mendengki, jangan saling najasy (menipu timbangan dalam jual beli), jangan saling membenci, jangan saling membelakangi! Dan hendaklah kalian menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara (berkasih sayang).” (HR. Bukhari dan Muslim).

anekdot takwa (bahagian 1)Oleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

1. MukADIMAHMadrasah Ramadan sudah hampir menjelmakan dirinya untuk sekian kalinya. Semoga semua kita diizinkan Allah SWT bertemu dengan bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini. Madrasah ini sememangnya melahirkan graduan takwa yang setulusnya. Graduan yang mengerti makna takwa sesahihnya. Mari kita pastikan indikator-indikator seperti anekdot di bawah akan wujud dan akan terus menjadi cara hidup kita. Mudah-mudahan kita bergraduasi dari universiti ramadan dengan pangkat yang paling cemerlang.

2. DEFINISIDefinisi ringkas takwa melindungi, mengawal, menjaga dan memelihara daripada kemurkaan Allah SWT, juga daripada bahaya, mudarat, kehancuran, kezaliman dan apa saja jenis gangguan.

Sayidina Umar al-Khatab RA ketika disoal mengenai takwa, beliau menjawab dengan soalan balik kepada penanya. Apa tindakanmu ketika berjalan di atas jalan yang penuh dengan duri? Penanya lantas menjelaskan bahawa beliau akan melalui secara berhati-hati supaya terhindar daripada terkena duri. Maka Saiyidina Umar RA mengatakan itulah takwa.

Manakala Saiyidina Ali KW menjelaskan takwa itu takut kepada Allah SWT, beriman dan beramal dengan al-Quran dan bersedia untuk suatu perjalanan jauh ke negeri akhirat.

Syed M. Naquib al-Attas pula berpendapat takwa itu adalah tentang perihal tahap sedar manusiawi dengan Khaliknya, iaitu sedar benar akan kehadiran Allah SWT sepanjang masa di mana jua.

3. TAKWA IN TOTALPenyerahan hanya kepada Khaliknya yang diyakini sepenuh jiwa raganya. Hanya Dialah yang akan menjaga dan memelihara perjalanan hidup di dunia dan di akhirat.

Dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka. Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah SAW menenangkannya dengan berkata, La tahzan Inallaha amana “Jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah SAW, Allah SWT sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah SAW lalu meletakkan pedang ke leher Nabi Muhammad SAW dan bertanya, “Siapa akan menyelamatkan kamu daripadaku?”

Rasulullah SAW dengan yakin menjawab, “Allah” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah SAW ada Dia di hati Baginda.

4. TAKWA KETIKA BERTuGASSeperti halnya di dalam puasa Ramadan, seseorang itu boleh saja makan dan minum tanpa diketahui oleh manusia lain. Namun kesedaran yang tinggi tentang makna takwa menjadikan muraqabah tertanam kukuh dalam kehidupan.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing- kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT. Jelas ada Dia di hatinya.

126 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

forum anjung at-taqwa @sabah fmpada 4 april 2019 di masjid ubudiyyah, pekan tamparuli

majlis tautan kasih di hatiku dan ziarah amal bersama yang berhormat datuk haji aidibin haji moktar, menteri undang-undang dan hal ehwal anak negeri sabah dan

ustaz haji saifulzaman bin sangul, pengarah jheains di kampung kuala, papar pada 15 mac 2019

Peristiwa

106 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Syaaban 1440H/12 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa