shoutul islam dari meja editor laman puisi islam · 2019-07-19 · penulis bersama yb datuk haji...

10

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Alhamdulilah, baru-baru ini Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah mengadakan Bengkel Seni Khart Islami 7.0 dan Pertandingan Khat Spontan Borneo 3.0 sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara, Membakut, Sabah (MAPKINS) kali ke-8. Kedua program ini bertujuan memartabat seni khat di Sabah melalui bengkel dan pertandingan yang diadakan. Kehadiran dua orang penulis khat yang dikenali di Nusantara iaitu Abdul Baki Bin Abu Bakar dari Malaysia dan Teguh Prestio dari Indonesia telah memberi ruang kepada penulis-penulis khat Sabah untuk menambah pengetahuan dan ilmu dari 2 orang tokoh khat ini. Sambutan baik dari penulis-penulis khat termasuk dari Negera Brunei Darusalam, Sarawak dan negeri Sabah sendiri memberi isyarat bahawa seni khat ini boleh berkembang sekiranya mendapat sokongan dari kerajaan khususnya JHEAINS.

Seni khat atau kaligrafi Arab merupakan satu seni penulisan yang mempuyai sejarahnya yang tersendiri. Seni khat sebagai satu seni tulisan dalam aksara Arab berkembang maju sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam. Tulisan Arab dipengaruhi daripada tulisan Mesir Kuno Heroglif berdasarkan penemuan manuskrip yang dijumpai di Syria dan Palestin adalah lebih mirip serta hampir kepada tulisan Arab. Seni khat secara tidak formal telah timbul sebagai gaya tulisan Arab sebelum kedatangan Islam dan disebut sebagai Khat Musnad atau Khat gaya bebas. Namun seni khat semakin berevolusi menjadi lebih cantik selepas kedatangan Islam sehingga lahir seni dan gaya disebut sebagai aqlam al-Sittah iaitu merangkumi gaya seni Khat Nasakh, Khat Thulus, Khat Riq’ah, Khat Farisi atau Khat Nesta’liq, Khat Kufi, dan Khat Diwani. Alam Nusantara juga mendapat tempias daripada seni khat ini apabila tulisan Jawi menjadi tul isan utama masyarakat Nusantara sebelum kedatangan penjajah. Kitab-kitab pengajian di pondok-pondok ditulis dalam tulisan Arab dan Jawi serta menjadi tulisan utama masyarakat, sehinggalah tulisan Rumi mengambil tempatnya sebagai tulisan utama.

Bersesuaian dengan harapan pengerusi Jawatankuasa Induk MAPKINS dan para pembicara dan peserta Nadwah Sastera MAPKINS yang ingin melihat tulisan Jawi dimartabatkan semula sebagai tulisan utama masyarakat Nusantara suatu ketika dulu, JHEAINS bersama rakan-rakan strategik lain berkerjasama dalam memartabatkan tulisan Jawi. Melalui bengkel dan pertandingan seni khat ini sekurang-kurangnya menarik minat masyarakat untuk mempelajari dan mengunakan tulisan Jawi supaya tidak hilang ditelan zaman.

Sekian, wasalam.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIhAt

YBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangulPengarah

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahkEtUA EDItor

Ustaz Mohamad sidik Haji awang aditimbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

tIMbAlAN kEtUA EDItorUstaz abd. razak Hamdin

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])SIDANG PENGArANG

adi Pitang([email protected])

Ustaz asmuni ali([email protected])

Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)([email protected])

Ustaz abdillah Haji nanun([email protected])

Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])Tuan Haji nordin Lossin

([email protected])encik abdu khalil bin Hassan

encik Mohammad Fazli bin Haji TiksonUstaz Mohd azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

encik Mohd azrul nizam bin Junaidiencik Mohd alwie noorbaki

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabahbeg berkunci 103, tingkat 9, blok b, Wisma MUIS

88737 kotA kINAbAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

masa depan

Mereka orang yang percayaindahnya impianyang mereka olah sendirimeskipun tidak mengetahuimasa depan milik siapa?

Hari ini kita memulaijangan bertangguh-tangguhbila lagi?Esok...lusa...atau minggu depan

Meskipun tidak ada perkataan terlambatpaling tidak pun!tidak ketinggalankerana kita tidak mengetahuiapa akan terjadi esok?Kita tidak tahu... masa depan bagaimana...hanya kita yang merencanakerana masa depan sentiasa menantikehadiran kitayang bekerja keras.

Oleh:deekeebPI: 04042019

29 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan

BIL. tuBuh

jumLah nodus LImfa

1. Kepala dan leher 60 - 70

2. Tangan 40

3. Kaki 30

4. Toraks 100

5. Abdomen/Pelvis 230

BIL. aktIvItI

seharI harI jumLah (minit)

1. Berjalan 30 Isnin - Jumaat 30 minit x 5 hari kaki = 150 minit

kesaLahan jurunIkah tanpa keBenaranOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

kanser dan rawatan(BahagIan 3)

Oleh:Tuan Haji Nordin Lossin

Nodus LimfaMelalui saluran limfa, sel-sel darah putih menyalur dan mengawal seluruh tubuh badan kita.

Lima faktor yang boleh melemahkan ImunitiStresStres amat penting dalam perjalanan kehidupan kita. Ia bertindak sebagai penggerak atau “driving force” untuk kita melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan tertekan. Namun begitu, apabila stres menjadi kronik dan seseorang itu kurang stamina dalam mengawal stres, ia akan memberikan kesan negatif kepada tubuh badan kita.

Apabila kita dalam keadaan stres, imuniti sistem tubuh badan kita akan menjadi lemah. Ini menyebabkan kita mudah dijangkiti penyakit. Hormon stres atau ‘corticosteroid’ mampu menindas dan melemahkan kawalan sistem imuniti kita dengan merendahkan bilangan sel darah putih dalam badan kita.

Kurang bersenamSistem imuniti akan menjadi lemah jika gaya hidup kita tidak aktif. Senaman yang kerap atau gaya hidup yang aktif boleh meningkatkan tahap imuniti tubuh badan kita. Setiap hari(Isnin hingga Jumaat), badan hanya memerlukan 30 minit sahaja. Boleh dibuat 15 minit sebelah pagi dan 15 minit sebelah petang, jika masa amat terhad. Ini bermakna tubuh kita perlu digerakkan dengan berjalan kaki 150 minit seminggu.

Kurang tidur atau kurang sihatApabila kita tidur, antibodi kita akan giat melawan kuman atau virus yang ada di dalam tubuh badan kita. Tidur yang mencukupi akan mempertingkatkan daya pertahanan imuniti tubuh badan kita.

Diet yang tidak seimbang.Diet yang tidak seimbang digabungkan dengan stres dan tidur yang tidak mencukupi serta kurang bersenam, membawa banyak penyakit kepada tubuh badan kita. Sangat mustahak untuk kita mengamalkan diet yang seimbang dalam makanan harian kita.

Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kurangkan makanan yang berlemak tinggi, makanan yang mengandungi gula yang tinggi dan makanan berproses. Vitamin, mineral dan makanan anti oksidan dapat meningkatkan data ketahanan sistem imuniti badan kita.

Gaya HidupGaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah dan lain-lain adalah penyumbang terbesar kepada sistem imuniti yang lemah.

Kategori KanserTerdapat lebih 200 jenis kanser yang telah dikenal pasti oleh dunia perubatan. Namun begitu ada empat cabang utama kanser.

LeukimiaAdalah sejenis kanser yang terdapat di dalam darah dan sum-sum tulang. Kanser ini terjadi disebabkan oleh sel-sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang yang terlalu banyak di dalam badan pesakit.

Kanser ini juga menyebabkan sum-sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah (red blood cell) dan pembeku darah (platlet). Penghasilan sel darah putih yang terlalu banyak ini menyebabkan pesakit menjadi pucat (anemia), pendarahan dan senang dijangkiti penyakit.

Bersambung dengan empat jenis leukimia...

kesaLahan tIdak memBerI keadILanyang sewajarnya kepada IsterI

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Hak suami terhadap isteri antaranya adalah dengan memenuhi tuntutan nafkah zahir dan batin, memberi keadilan yang sewajarnya pada isteri terutama bagi suami yang beristeri lebih dari seorang, memimpin dan memelihara isteri dengan pengajaran dan kasih sayang serta menggembirakan hati isteri. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri samada isteri berkemampuan atau tidak. Suami juga tidak boleh mengambil kesempatan terhadap isterinya yang bekerja dengan menggunakan alasan bahawa isteri mempunyai gaji dan tiada keperluan untuk memberinya nafkah.

Firman Allah SWT di dalam Surah At-Talak ayat 7 yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan."

Nafkah yang dimaksudkan ialah seorang suami mesti menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal pada isteri. Isteri tidak boleh meminta melebihi kemampuan suaminya dan hendaklah menerima setakat yang mampu disediakan.

Seorang suami wajib berlaku adil terhadap isteri terutama bagi suami yang beristeri lebih dari seorang. Adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Dan sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik pada isterinya.” (Riwayat Tirmizi & Abu Daud).

Bagi suami yang beristeri lebih dari seorang pula, mereka mestilah menyamakan hak dan bergaul dengan baik terhadap isteri-isteri mereka. Keadilan ini meliputi segala aspek seperti penyediaan pakaian dan tempat tinggal kepada keempat-empat isteri, tidak boleh hanya isteri yang pertama sahaja disediakan dan yang lain tidak mendapat sebagaimana yang selayaknya. Allah SWT berfirman di dalam Surah An-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang saja.”

Merujuk seksyen 129 enakmen undang-undang keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004: Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajarnya kepada isterinya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Oleh yang demikian, suami hendaklah berlaku adil terhadap isteri dengan memenuhi haknya. Sekiranya suami gagal menyempurnakannya dengan sengaja maka dia telah melakukan kezaliman pada isterinya dan wajarlah diberi pengajaran seperti yang dinyatakan dalam enakmen ini.

189 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan

Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin,Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS

panas demam yang dIrasakan rasuLuLLah saw dua kaLI ganda

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

khat IsLamI dI mapkInsOleh: Adi Pitang

“Assalamualaikum…”, Suara yang ku kenali dari corong telefon bimbitku. “Kami dah sampai di Airport KK”, Pantas Abdul Baki bin Abu Bakar memaklumkan dia dan Teguh Prestio, penulis khat dari Indonesia telah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Aku memaklumkan kepada Nazrin, stafku yang Abdul Baki dan Teguh telah sampai pukul 4.40 petang, bukannya 6.40 petang seperti maklumatku sebelum ini padanya. Salah lihat masa ketibaan di e-tiket mereka, hahaha. Segera ku minta Naszrin mengambil mereka di lapangan terbang dan membawa mereka minum petang sementara aku balik ke rumah, sebelum kami sama-sama berangkat ke Membakut pada petang itu juga.

Kehadiran mereka ke Sabah adalah sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Membakut, Sabah (MAPKINS) kali ke-8 yang diadakan pada 28-29 Jun 2019 lalu. Mahrajan kali ke-8 ini telah mengatur 10 program bagi memartabatkan persuratan dan kesenian Islam Nusantara, di antaranya Nadwah Sastera Islam, Peraduan Menulis Puisi Islam ASEAN 2, Anugerah Tokoh Mahrajan, Pelancaran Antologi Puisi, Bengkel Kaligrafi Islam, Pertandingan Khat Spontan Borneo, Bengkel Penulisan dan Baca Puisi dan Syair Islam, Sukan Rakyat dan Malam Kesenian Islam MAPKINS. Majlis perasmian dan penangguhannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Syed Abas Syed Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Mahrajan ini telah membawa kehadiran para penulis yang terkenal di Nusantara termasuk Datuk Zainal Abidin Borhan (Malaysia), Dr. Muhammad Nur Samad Kamba (Indonesia), Dr, Phaosan (Thailand), Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani Bin Pehin Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim (Brunei) dan lain-lain penulis yang kebanyakannya dari Malaysia (Sabah). Apa yang menarik tentang MAPKINS yang telah diilhamkan oleh YB. Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri N.24 Membakut ini ialah, inilah satu-satunya program di Malaysia dan Nusantara

yang mempertemukan para penulis tegar dan ternama (juga para penulis lainnya) setiap tahun di bawah tema persuratan dan kesenian Islam. “Luar biasa”, komen ustaz Isep Misbah seorang penulis khat terkenal dari Indonesia tentang MAPKINS ini bila pertama kali diundang ke program ini.

Melalui MAPKINS, aku mengenali para penulis khat terkenal di Nusantara. Salah seorang penulis itu ialah ustaz Abdul Baki Abu Bakar (Malaysia) yang pernah mencatatkan sejarah negara apabila terpilih sebagai satu-satunya wakil Asia Tenggara dalam kalangan 30 penulis khat terbaik dunia untuk menyiapkan sebuah mushaf al-Quran di Multaqa Ramadan Likhattil Quranil Kareem di Dubai pada tahun 2016. Beliau berjaya menyiapkan penulisan ayat al-Quran sebanyak 20 halaman bagi juzuk 26 yang melibatkan surah Al-Ahqaf, Muhammad, Al-Fath, Al-Hujurat, Qaf, dan Az-Zariyyat dalam tempoh 45 hari tanpa henti.

Di samping itu beliau sering memenangi pertandingan khat di peringkat antarabangsa di antaranya tempat pertama di Zeytinburnu Competition, Turkey (2019), tempat pertama di Konya Metropolitan International Islamic Art competition, Konya, Turkey (2018), tempat ketiga di Zeytinburnu Competition, Turkey (2016), tempat pertama di Souq Okaz Competition, Saudi Arabia (2016) dan lain-lain kemenangan yang membawa namanya diangkat di antara penulis khat terbaik dunia.

Moga seni khat Sabah akan berkembang maju dengan kehadiran dan bantuan penulis-penulis khat terkenal ini. Terima kasih MAPKINS.

sIfat tawaduk Itu mengangkat darjat peLakunyaOleh:

Mohd Alwie Noorbaki

Anas bin Malik berjalan melewati anak-anak yang sedang bermain di sebuah lorong kecil di Kota Madinah. Anas, yang saat itu telah dewasa, lantas mengucapkan salam kepada mereka. Kemudian, seseorang yang sedang menemani Anas berkata kepadanya, “Bagaimana engkau mengucapkan salam kepada mereka, sedangkan engkau seorang sahabat terkenal, dan mereka hanya anak-anak yang tidak tahu tentang salam?”

Anas pun berkata kepadanya, “Bagaimana aku tidak melakukan itu (memberi salam), sedangkan Rasulullah sendiri melakukannnya. Dengan cara ini, aku ingin menjadi sahabat dekat baginda di syurga. Barangsiapa menyerupai suatu kaum dan berjalan mengikuti caranya, maka ia termasuk golongan mereka.”

Sungguh, Rasulullah SAW menunjukkan sikap tawaduk, lemah lembut dan kasih sayang saat bergaul bersama mereka. Di harapan mereka baginda selalu tersenyum. Baginda pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku, hendaklah kalian bersikap tawaduk sehingga tidak ada seseorang yang membanggakan dirinya atas orang lain dan tak ada seseorang yang menganiaya orang lain.”

Pernah budak perempuan menghentikan langkah Nabi, kemudian mengajak baginda berbicara dan baginda menjawabnya. Lalu, budak itu memegang tangan baginda dan baginda mengikutinya ke mana pun ia pergi. Dikeranakan suatu keperluan, budak itu mengajak Rasulullah SAW menuju ke tempat mana pun, baik dekat mahupun jauh.

Sahabat Ana itu, yang bernama Abu Hurairah, menyahut, “Engkau benar, Anas.” Rasulullah SAW pernah bersabda di hadapan kami, “Tidak seorang Nabi pun yang diutus Allah melainkan ia pernah menggembala kambing.”

Para sahabat bertanya, “Apakah demikian juga dengan engkau, ya Rasul?”

Baginda menjawab tanpa ragu, “Ya, aku pun menggembala kambing dengan upah penduduk Mekkah.”

Anas berkata, “Bukanlah hal yang buruk apabila seseorang bekerja dengan upah rendah dan memiliki kedudukan sederhana. Justru yang buruk itu orang yang menggantungkan hidupnya kepada orang lain, sementara ia sendiri mampu bekerja.”

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bahkan mahu menerima pemberian yang nilainya besar mahupun kecil. Baginda bersabda, “Andaikan dihadiahkan kepadaku paha atau betis kambing, pasti aku menerimanya.”

Anas berkata, “rasulullah mempunyai unta yang bernama al-Idhba’ yang tidak dapat dikalahkan atau hampir tidak dapat dikalahkan. Kemudian, ada seorang Badwi yang menunggangi untanya, lalu mendahului unta baginda. Hal ini cukup menggelisahkan para sahabat kerana unta Badwi telah memotong unta Nabi. Para sahabat pun marah. Maka, untuk menghilangkan kemarahan mereka, Rasulullah SAW yang berbudi luhur dan sangat tawaduk, hanya bersabda, “Menjadi kepastian bagi Allah, tiada seorang pun di dunia ini yang menyombongkan diri, kecuali Allah pasti merendahkannya.”

"Sabda Rasulullah ini mengingatkan agar manusia tidak sombong, tidak membanggakan diri, dan dunia itu amatlah hina di hadapan Allah. Kerana dunia itu penuh kekurangan, maka jangan menjadikannya pusat perhatian dan sandaran.” jelas Abu Hurairah.

[Riyadhus Shalihin, Rendah Hati]

49 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan

Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya, Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir (1868 - 1929), merupakan seorang pendakwah dan pejuang yang berasal dari Terengganu. Beliau dilahirkan dalam tahun 1285H/1868M di Terengganu. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu. Dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong, kemaman untuk mengajar agama.

Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama memiliki peribadi yang sangat menarik dan seorang yang warak lagi taat kepada Allah SWT dan amat kuat menjaga syariat. Beliau juga seorang ulama pejuang menentang penjajah di Terengganu yang sangat disegani.

Sejak kecil lagi beliau telah berangkat ke Mekah bersama-sama bapa saudara beliau iaitu Haji Tun Muhammad Zain. Beliau mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Setelah dewasa, beliau pulang semula ke Terengganu. Ketika berada di Terengganu, beliau menadah kitab kepada Tuan Guru Haji Yaakob dan Tuan Guru Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga. Kemudian beliau belajar di pondok Tokku Paloh. Dari gurunya Tokku Paloh, beliau diijazahkan tarekat Naqsyabandiyah dan Sammaniyah.

Setelah Haji Abdul Rahman Limbong menguasai pelbagai disiplin ilmu, kemudian beliau aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Beliau mengajar kitab-kitab yang meliputi beberapa disiplin ilmu. Antaranya ialah al- Ajrumiyah dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, Matan Umm al-Barahin mengenai ilmu tauhid, Kitab Faridah al-Faraid, Kitab ad-Dur at-Tsamin, Kitab Tahrir dan mengenai ilmu tasawuf beliau mengajar menggunakkan kitab Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis.

Selain mengajar, beliau adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan dalam negeri Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain. Manakala negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut tersebut juga terdapat ramai murid beliau.

Dalam tahun 1920-an, Inggeris telah campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat golongan petani dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris. Oleh sebab itulah, Haji Abdul Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah mengatakan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah SWT bukannya hak negeri yang bermaksud ada campur tangan penjajah Inggeris. Beliau menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.

Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya beliau ditangkap dan dibuang negeri ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Beliau meninggal dunia di Mekah setahun kemudian iaitu pada 14 Jamadilakhir 1348 (1929) kerana menghidap penyakit di dalam perut.

RUJUKAN:● Lembaran Hidup Ulama, Muhammad Abdulloh Suradi, Hijjaz Record Publishing, Cetakan Kedua, 2018.

hajI aBduL rahman LImBonguLama yang warak dan pejuang sejatI

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

zuLkaedah BuLan keamanan untuk merapatkan ukhuwah IsLamIah dan InsanIahOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Bulan Zulkaedah adalah bulan haram di dalam Islam. Ia bermaksud diharamkan untuk melakukan peperangan, pergaduhan, permusuhan serta pertumpahan darah. Ia adalah bulan keamanan mengikut hisab haul tahunan.Ada empat bulan yang haram di sisi Allah SWT iaitu Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Ini berdasarkan dalil al-Quran yang mengiktiraf adanya bulan yang haram tersebut.Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya bilangan-bilangan bulan di sisi Allah adalah sebanyak dua belas bulan yang telah ditetapkan di dalam kitab Allah (Lauh Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan bumi. Di antara bulan-bulan tersebut adalah empat bulan haram. Yang demikian itu adalah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian pada bulan- bulan tersebut." (Surah al-Taubah: 36).Menurut Tafsir al-Qurthubi menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bulan haram tersebut adalah dilarang menzalimi diri sendiri pada keempat-empat bulan ini dengan melakukan dosa permusuhan.Hal Ini kerana pada bulan-bulan ini seksaan akan dilipatgandakan apabila seseorang melakukan kejahatan dan permusuhan.Ia sama juga seperti ganjaran pahala akan dilipatgandakan apabila seseorang melakukan amal soleh di bulan Ramadhan. Ini dinyatakan dalam tafsir Imam al-Qurtubi iaitu Al-Jamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (8/67).Sejak dari zaman dahulu lagi sebelum kedatangan nabi Muhammad SAW, Masyarakat Quraisy yang mengikuti tradisi nabi Ibrahim AS menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram ini.Dengan kedatangan nabi Muhammad SAW yang menyempurnakan risalah nubuwwah ini, kita lebih-lebih lagi disarankan untuk menghormati bulan haram ini dengan penuh hemah dan berdisiplin.Ini bermakna dengan kedatangan bulan Zulkaedah ini, kita dikehendaki mengeratkan silaturrahim sesama ukhuwwah Islamiah, melakukan perdamaian sesama insaniah, menghapuskan perasaan dendam yang merosakkan, berlapang dada dalam masalah ikhtilafiyyah serta melakukan seberapa banyak kata muafakat dan perjanjian kedamaian. Hal ini agar kita dapat merapatkan keutuhan jati diri ummah yang harmoni.Jikalau kita telusuri, bulan Zulkaedah ini berlakunya beberapa siri perjanjian perdamaian antaranya adalah Perjanjian Baitur Ridwan dan Perjanjian Hudaibiyyah.Peristiwa Perjanjian Baitur Ridwan berlaku di bawah sebuah pohon untuk menyatakan kebersamaan dan kesepakatan di atas ketiadaan Saidina Uthman yang ditahan oleh pihak kafir Quraisy. Ia merupakan perjanjian nabi Muhammad SAW bersama-sama dengan para sahabat untuk saling mengukuhkan kesatuan umat Islam antara satu dengan yang lain.Kisah ini disebut dalam firman Allah SWT:

"Sesungguh Allah telah redha terhadap orang-orang Mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, lalu Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat waktunya." (Surah Al-Fath 48:18).Apabila ukhuwah sesama sendiri ini bersepadu, maka ia jalan terbaik menuju kepada perdamaian dengan pihak luar/ lain pula yang bukan Islam, seperti yang terjadi di dalam Perjanjian Hudaibiyyah.Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah pula dilakukan pada tahun yang sama iaitu tahun ke 6 Hijrah yang bertemakan dan berkonsepkan keamanan. Ia adalah perjanjian di antara kaum Muslimin yang diketuai oleh nabi Muhammad SAW dan kaum Kafir Quraisy Mekkah.Perjanjian tersebut berlaku ketika mana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat mahu melaksanakan umrah di Mekkah pada bulan Zulkaedah.Akibat daripada perjanjian kedamaian ini, akhirnya berlaku pembukaan Kota Mekkah di tahun-tahun yang mendatang yang memenangkan umat Islam. Inilah hikmah kejayaan disebabkan bulan haram ini dihormati dengan penuh disiplin kerana ia adalah bulan keamanan yang diharamkan berperang.Maka jelas di sini Zulkaedah adalah bulan keamanan dengan beberapa siri perjanjian (Bai'at). Suatu bulan yang mempunyai makna tentang perihal duduk-duduk berehat iaitu tidak berperang dan melakukan pergaduhan. Ia adalah satu bulan yang disarankan melakukan perdamaian terutama kepada kesatuan umat Islam secara khususnya seperti Pejanjian Baitur Ridwan.Apabila kesatuan ukhuwwah Islamiyyah sudah utuh dan mantap, maka bolehlah melakukan perdamaian dengan orang luar secara amnya seperti Perjanjian Hudaibiyyah.Perjanjian Hudaibiyyah menyaksikan suatu gencatan senjata dengan Non-Muslim dalam mencapai kesatuan insaniah agar terbentuk suatu masyarakat madani yang aman damai.Semoga dengan kaedah di bulan Zulkaedah ini kehidupan umat menjadi harmoni dan sejahtera berkebajikan sepanjang zaman.

169 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan

Syeikh Sulaiman Ar-Ruhaili hafizhahullah pernah ditanya tentang mereka yang ketagihan media sosial sehingga hal tersebut menyebabkan lalai dalam memberikan perhatian kepada anak-anak dan juga lalai dari kewajipan lainnya.

Beliau menjawab, “Setiap hal yang melalaikan dari suatu kewajiban, maka itu adalah haram. Dan setiap hal yang melalaikan dari perkara yang utama (fadha’il), maka itu adalah makruh.”

Maka bila seseorang tersibukkan oleh media sosial hingga melalaikannya dari berbagai amalan yang wajib, misalnya menyebabkannya lalai untuk mendidik anak-anaknya atau tidak menunaikan hak-hak yang wajib ia tunaikan (maka ini tidak diperbolehkan). Sehinggakan dewasa ini, para pegawai di pejabat pun juga sibuk berinteraksi dengan media sosial di saat jam kerja mereka. Terkadang datang pengarah menghampirinya. Ia berdiri di pinggir meja sang pegawai yang sedang asyik sibuk dengan handphone. Mungkin saja pengarah syarikat tersebut berdiri di tempatnya sekitar lima atau sepuluh minit, namun pegawainya itu tetap tidak sedar akan keberadaannya.

Pernah seseorang menceritakan: “Pernah aku mendatangi seorang pegawai yang tengah asyik dengan handphone. Setelah 2 atau 3 minit aku berkata kepadanya: “Saudaraku! Aku ada perlu denganmu!” Si pegawai menjawab: “Apa engkau tidak lihat, aku sedang sibuk!” Padahal ia meninggalkan kewajibannya, dan justeru sibuk dengan berbagai media sosial yang ada di handphonenya. Mungkin ia sibuk mengirim pesan, menerimanya atau membaca sesuatu atau semacamnya. Bila seseorang sibuk dengan media tersebut hingga menyebabkannya lalai dari kewajibannya, maka hal ini adalah haram.

Sedangkan bila hal itu membuatnya lalai dari suatu amalan yang utama (maka ini makruh), misalkan saja ketika seseorang ditanya: berapa banyak engkau telah membaca al-Quran pada hari ini? Ia mungkin menjawab: “Hari ini aku tidak membaca al-Quran sama sekali.” Atau ketika ditanya: “Kapan terakhir kali engkau membaca al-Quran?" Mungkin ia menjawab: “Hari Jumaat aku ada membaca sedikit dari al-Quran.” ketika ditanya lagi: "Mengapa engkau tidak membaca al-Quran?" Ia menjawab: "Aku tidak ada waktu.” Sekiranya kita hitung berapa waktu yang mereka habiskan untuk bersibuk ria dengan media sosial aku katakan: Sekiranya mereka meninggalkan separuh dari waktu yang mereka buang tersebut, pastilah mereka dapat menyelesaikan lima juz al-Quran setiap harinya.

Cuba kita renungkan semula. Apa yang dikatakan oleh Syeikh Sulaiman Ar-Ruhaili hafizhahullah sebenarnya berlaku pada diri kita. Berapa banyak waktu yang terbuang begitu saja tanpa dimanfaatkan sama sekali dengan ibadah tapi hanya sia-sia sosial media. Bukankah kita dalam keadaan rugi sebenarnya?

ketagIhan medIa sosIaL yang merugIkanOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

BoLehkah orang hIdup mengerjakan hajI(BadaL hajI) untuk keLuarganya yang sudah menInggaL sepertI hajI untuk ayahnya atau

IBunya atau IsterInya dan seBagaInyaOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

KemuSyKILaNUstaz, umumnya orang kita mempercayai bahawa orang hidup boleh mengerjakan haji (badal haji) bagi keluarganya yang sudah meninggal seperti haji untuk ayahnya atau ibunya atau isterinya dan sebagainya. Mohon pencerahan dari ustaz bagaimana keadaan yang sebenarnya?

peNjeLaSaNYa, memang benar dalam Islam boleh dan sah hukumnya orang hidup melakukan badal haji bagi pihak keluarganya yang sudah meninggal seperti ayahnya atau ibunya atau isterinya dan sebagainya dengan syarat orang itu (yang melakukan badal haji tersebut) sudah terlebih dahulu melakukan ibadat haji bagi dirinya sendiri.

Berkata Imam Asy-Sya’ranie dalam kitab Mizanul-Kubra, Jld. 1 hal. 218:

Bermaksud:

“Dan telah sepakat mereka (Ulama Mujtahidin) atas bahawa memohonkan keampunan untuk si mati dan mendoakan untuknya dan bersedekah, dan memerdekakan hamba dan mengerjakan haji darinya (mati) bermanfaat kepadanya.”

Semoga dengan penjelasan ini memberikan kefahaman dan manfaat kepada kita semua.

Wallahu a’lam.

69 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan

Maksudnya: "Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).”

As-Suddi mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Al-Akhnas Ibnu Syuraiq As-Saqafi yang datang kepada Rasulullah SAW dengan menonjolkan keislamannya, sedangkan di dalam batinnya memendam sebaliknya. Ibnu Abbas menyatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan segolongan orang-orang munafik yang mempertikaikan perihal Khubaib dan teman-temannya yang gugur di Ar-Raji’. Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya yang mencela sikap orang-orang munafik dan memuji sikap Khubaib dan teman-temannya.

Nabi SAW mengecam orang yang bersikap talam dua muka sebagai orang yang termasuk dalam orang-orang terburuk di sisi Allah SWT. Sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya, termasuk orang yang paling buruk adalah orang bermuka dua yang mendatangi mereka dengan satu muka dan mendatangi yang lain dengan muka lain.” (HR Imam Muslim). Dalam riwayat Imam At-Tirmizi disebutkan, “Sesungguhnya termasuk orang terburuk di sisi Allah pada Hari Kiamat, adalah orang yang bermuka dua.”

Maksud “talam dua muka” dalam sabda Nabi SAW di atas, ialah orang yang menyembunyikan apa yang ada di dalam hatinya ketika bertemu dengan seseorang atau sekelompok orang yang dia musuhi dengan mengatakan perkataan atau sikap yang berbeza dengan apa yang terkandung dalam hatinya. Lantaran itu, orang yang talam dua muka adalah orang yang sangat berbahaya sebab, dia adalah musuh dalam selimut yang sukar dibuktikan.

Imam Al-Qurthubi berkata, “Sesungguhnya yang menyebabkan orang yang bersifat talam dua muka ini menjadi orang terburuk adalah kerana sikapnya seperti orang munafik. Dia gemar melakukan perbuatan batil dan dusta. Dia gemar membuat orang lain saling bermusuhan.”

Imam An-Nawawi berkata, “Yang dimaksudkan dengan talam dua muka ini, adalah orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dan bertentangan dengan pihak lawannya. Tetapi dalam waktu yang sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal yang serupa.” Dalam konteks sekarang, orang seperti ini bolehlah diumpamakan sebagai oportunis dan tidak mempunyai idealisme.

Ayat berkenaan menyingkap tiga watak manusia, baik dalam kehidupan peribadi, berjiran tetangga, bersahabat, bermasyarakat, atau bernegara. Antara watak-watak tersebut adalah: watak Pertama: Manusia yang bermulut manis di bibir tetapi hati penuh dengan racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Watak Kedua: Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai harga diri bahkan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi agenda peribadi di samping sering menunding jari pada orang lain.

Watak ketiga: Manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka selalu berasa benar dan bijak, sebaliknya menganggap orang lain tidak berpengetahuan.

Justeru itu, kita tidak akan dapat menjadi generasi yang bertamadun sekiranya talam dua muka ini menjadi sebahagian dari sifat peribadi kita. Semoga kita terhindar dari sikap keji ini. Amin.

ayat aL-Quran surah aL-BaQarah : 204“taLam dua muka”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Sesungguhnya dinihari, dunia Islam dikejutkan dengan berita tindakan kerajaan China menindas saudara-saudara Islam kita di Xinjiang, yang rata-rata berbangsa Uyghur. Mereka dipenjara dalam kem-kem tahanan (concentration camps), diperlakukan umpama penjenayah, dan memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia Shamini Darshni Kaliemuthu “Di kem-kem itu, mereka dikenakan indoktrinasi politik, dipaksa meninggalkan agama, dianiaya, dan dalam beberapa kes, didera,”

Bila ditanya: Apakah jenayahnya? Menjadi Muslim, itulah jenayahnya. Hanya diganti label dengan nama ‘teroris’ dan ‘pemisah’ serta ‘penyokong keganasan’, tanpa sebarang bukti dan hak untuk mempertahankan diri. Demikianlah nasib saudara kita di Xinjiang dinihari, semoga Allah SWT melepaskan mereka daripada tawanan kezaliman, dan memberikan mereka dua kegembiraan; bebas di dunia, atau syahid mempertahankan Islam.

Hal ini kita rasa asing sekali, dari kerana di dalam Islam, kebebasan mengamalkan agama itu dianggap sebagai perkara yang dharuri/yang pasti diketahui oleh semua yang menganut agama yang suci ini. Agama yang tidak menindas, tetapi menimbang seadilnya menggunakan akal budi. Agama yang tidak memaksa, tapi mengajak kepada kebaikan dan adab perilaku tertinggi.

Kebebasan mengamalkan agama itu sudah diamalkan sejak awal Islam lagi, di Madinah saat Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam memerintah, baginda menawarkan perjanjian bilateral (kesefahaman) dengan komuniti Yahudi di Madinah hinggalah terbentuknya Piagam Madinah, piagam pertama di dunia yang menjamin kebebasan mengamalkan agama. Mereka bebas mengamalkan agama mereka, dan bebas melakukan perniagaan dengan umat Islam di Madinah. Hanyasanya tiga komuniti Yahudi di Madinah ketika itu, dek tamak kuasa, memilih untuk mengkhianati perjanjian dengan bersekongkol dengan musuh Madinah, yang mengakibatkan kepada expulsion/pembuangan mereka ke luar Madinah, ke Khaibar.

Begitu juga, saat Baitul Maqdis kembali ke tangan umat Islam di bawah pimpinan Saidina Umar al-Khattab Radiallah Anhu, dan Imam Salahuddin al-Ayyubi rahimahullah; hak-hak mengamalkan agama di Baitul Maqdis kota suci tiga agama itu (Islam, kristian dan yahudi) dijaga. Tidak pernah tersurat dalam mana-mana buku sejarah, samada yang ditulis sarjana Muslim atau kristian pada zaman pemerintahan mereka berdua ini, yang mengisahkan umat-umat agama selain Islam ditindas kerana agamanya. Bahkan pelita-pelita gereja dan masjid sama-sama marak di malam hari.

Demikianlah tradisi yang berterusan hingga ke hari ini, dari kerajaan ke kerajaan, benua ke benua, dalam masyarakat majoriti Islam, hatta di Malaysia kini. Kerana menjunjung ajaran yang diterangkan Allah SWT di dalam al-Quran tentang toleransi dan menghormati agama lain serta yang dipraktikkan oleh cinta hati mereka dan kita, Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam.

Maka kita begitu hairan, dan terpinga-pinga. Etnik minoriti ada kuasa menggugat apa terhadap kerajaan sebesar China? Di manakah letaknya keadilan buat saudara-saudara kita? Maka kita bersuara dan ingin bertanya. Namun suara kita tidak mahu diterima. Saat memorandum ingin diserahkan di kedutaan China, 5 Julai lalu, Jumaat lalu, memetik kenyataan Pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Azmi Hamid, “Mereka tidak mahu buka pintu pagar, mereka intai sahaja. Mereka kata ‘takkan kita 1 bilion (orang) nak terima (memorandum) daripada 3 orang?'” katanya.

Ramai yang mengandaikan bahawa umat Islam hanya membela kebebasan beragama sekiranya ia melibatkan umat Islam semata-mata. Hal ini salah sama sekali. Diriwayatkan daripada ‘Itab bin Syumair, beliau berkata: Daku bertanya kepada Nabi Sallallah Alaihi Wasallam, “Sesungguhnya daku ini memiliki seorang ayah yang amat tua, dan adik beradik. Daku akan pergi kepada mereka, moga-moga mereka memeluk agama Islam dan daku bawa mereka bertemumu.” Baginda menjawab, “Sekiranya mereka memeluk agama Islam, itu baik buat mereka. Sekiranya mereka masih kekal (pada agama asal), maka Islam ini luas dan lebar (tiada paksaan).” (HR at-Tabrani dalam Mu’jam Kabir).

Hal ini yang diajarkan Nabi kita yang mulia, dan amat dijunjung oleh kita semua, serta bertepatan dengan hak asasi manusia. Maka kita menuntut ini; penghormatan kepada karomah insaniyah (kemuliaan manusia) saudara-saudara Islam kita di kem-kem tahanan itu.

keBeBasan mengamaLkan agama: hak yang dILIndungI dan dItuntut IsLamOleh:MohammadSyafiqIsmail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

149 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan

khIdmat douLaOleh:

RashiqahMardhiyyahbintiJasri

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta sebenar di sebalik khidmat doula di Malaysia. Sebagai mukaddimahnya, perkataan “doula” berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud “hamba wanita”. Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula merupakan pelatih profesional (tanpa latihan perbidanan yang formal) yang memberi khidmat sokongan (emosi, pendidikan dan fizikal) kepada ibu yang hamil (doula antepartum), ibu yang sedang bersalin (doula labor) ataupun ibu yang telah bersalin (doula postpartum). Namun begitu, seringkali sahaja kita terkeliru akan perbezaan doula dan bidan atau yang turut digelar sebagai midwife ini bukan?

Berdasarkan penjelasan yang didapati daripada Healthline.com, bidan adalah seorang ahli medikal terlatih yang membantu secara langsung ketika proses bersalin. Manakala, doula hanya berfungsi sebagai peneman yang memberi panduan secara lisan mengenai cara meneran ataupun mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin serta tugasan yang lainnya. Oleh hal yang demikian, perlulah diketahui bahawa doula dan bidan adalah dua profesion yang berbeza.

Isu doula ini mula timbul tatkala dunia dikejutkan dengan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah tanpa kehadiran bidan atau pakar perubatan di sisi. Dan ada juga kes dilaporkan berkaitan kematian ibu yang bersalin bergantung kepada doula yang tidak profesional. Kes kematian yang melibatkan penggunaan khidmat doula ini telah membuatkan Malaysia cakna dan mengambil berat akan isu ini sehinggakan pihak jabatan agama turut tampil kehadapan bagi meneliti akan isu ini.

Menurut SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti wilayah persekutuan yang telah menekuni dan mendapatkan maklumat daripada pakar perubatan, berpandangan bahawasanya khidmat doula ini tidak boleh dilakukan tanpa adanya pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih. Bahkan katanya, alasan yang berkaitan isu aurat ketika bersalin di hospital adalah tidak wajar ditimbulkan. Ini kerana, menyelamatkan nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi tersebut. Bahkan, hospital-hospital sekarang juga telah turut menyediakan khidmat bersalin yang menutup aurat.

Ada sebuah hadith Nabi SAW yang pasti sahaja pernah didengar sebelum ini yang mana ia menjadi kaedah fiqh. Hadithnya berbunyi:

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain.” (HR: Ibn Majah dan al-Darulqutni).

Berdasarkan hadith ini, menyelamatkan nyawa dari sebarang mudharat dan yang membawa kepada mudharat adalah wajib. Ini amatlah bertepatan dengan prinsip penjagaan nyawa (hifz al-nafs) dalam maqasid syariah yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam bahagian dharuriyyat. Kita amat berharap agar setiap nyawa dapat diselamatkan dari tindakan yang boleh membawa kepada kematian disebabkan oleh doula yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, Rasulullah SAW melarang segala perlakuan yang membahayakan sesama Muslim. Sabdanya yang bermaksud, “Sesungguhnya darah kalian dan harta kalian harap atas kalian.” (HR: Muslim).

Oleh itu, melakukan suatu yang bahaya atau mencalarkan kehormatan dan juga melibatkan harta atau jiwa umat Islam adalah tindakan zalim yang diharamkan oleh Allah SWT.

Sekali lagi perlu diingat, tidak salah menggunakan doula sekiranya ada pemerhatian doktor atau bidan terlatih. Namun, adalah lebih digalakkan supaya penjagaan sejak mengandung dilakukan di tempat-tempat yang diiktiraf, bukannya melalui konsultasi doula semata.

Wallahu a’lam.

keutamaan sIfat maLuOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

maKSuD HaDISDaripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amru al-Anshari al-Badri RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya sebahagian daripada ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu." (Riwayat al-Bukhari).HuraIaN HaDISHadis tersebut di antara Jawami’ul kalam iaitu kalimah-kalimah yang sedikit namun memberi faedah yang besar iaitu menerangkan kepada kita berkaitan pedoman atau kayu pengukur nilai akhlak seseorang.Malu adalah salah satu akhlak utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara kejahatan. Sejarah telah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak akan pernah puas. Hanya melalui sifat malu, mereka mampu membendung dan membawanya ke arah kebaikan dan kemuliaan. Malu yang sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah SWT. Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.Sifat malu adalah landasan akhlak yang bertunjangkan kepada kebaikan. Siapa yang banyak malunya, maka akan lebih banyak kebaikannya dan siapa yang sedikit malunya, maka akan sedikit kebaikannya. Rasa malu adalah perilaku yang dapat dibentuk. Setiap orang yang memiliki tanggungjawab perlulah membentuk rasa malu ke atas mereka yang menjadi tanggungjawabnya.Berkenaan sabda Rasulullah SAW: "lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu", mengandungi dua maksud:pertama: bermaksud ancaman dan peringatan keras, bukan merupakan perintah sebagaimana sabda Baginda.Kedua: bermaksud hendaklah kamu melakukan apa yang tidak malu kamu melakukannya iaitu malu yang dapat mendorongnya berbuat kebaikan dan menjauhkannya berbuat kejahatan.peNGajaraN HaDIS1. Sifat malu adalah ajaran yang telah disepakati oleh para Nabi dan tidak akan terhapus ajarannya.2. Sifat malu merupakan landasan akhlak mulia dan selalu berpaksikan kepada kebaikan.3. Rasa malu merupakan perilaku dan ia dapat dibentuk oleh kita.4. Tidak ada perasaan malu dalam mengajarkan hukum-hukum agama serta menuntut ilmu dan kebenaran.5. Di antara manfaat rasa malu adalah ‘Iffah iaitu menjaga diri dari perbuatan tercela dan Wafa’ iaitu menepati

janji.6. Rasa malu merupakan cabang iman yang wajib diamalkan oleh setiap mukmin sebagaimana yang

disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW “Malu itu sebahagian daripada iman.” 7. Jika seseorang telah meninggalkan rasa malu, maka akan hilang kebaikan dari dirinya.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

89 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan

bayan daLam memahamI "keadILan aLLah swt" (sIrI 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Bersesuaian dengan pandangan Abu Hassan al-Ash’ari seperti yang disebut di dalam kitab al-Luma’ yang menghubungkan segala-galanya dari sudut kekuasaan dan kehendak mutlak Allah SWT, maka keadilan diertikan sebagai: “menempatkan sesuatu pada tempat yang sebenarnya”, iaitu mempunyai kekuasaan mutlak terhadap harta yang dimiliki serta mempergunakannya sesuai dengan kehendak dan pengetahuan pemilik. Dengan demikian, keadilan Allah SWT, membawa erti bahawa Allah SWT mempunyai kekuasaan mutlak terhadap makhluk-Nya dan dapat berbuat sekehendak-Nya dalam kerajaan-Nya. Sebaliknya, ketidakadilan bererti: “menempatkan sesuatu tidak pada tempatnya”, iaitu berkuasa mutlak terhadap hak milik orang.

Oleh itu, Allah SWT dapat berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya, meskipun hal sedemikian itu, menurut pandangan manusia, adalah tidak adil. Allah SWT tidaklah berbuat salah kalau memasukkan seluruh manusia ke dalam syurga dan tidaklah bersifat zalim jika Ia memasukkan seluruh manusia ke dalam neraka. Perbuatan salah dan tidak adil adalah perbuatan yang melanggar hukum, kerana di atas Allah SWT tidak ada undang- undang atau hukum, maka perbuatan Allah SWT tidak pernah bertentangan dengan hukum. Dari sudut objektif ini dapat difahami bahawa, Allah SWT tidak dapat dikatakan bersifat tidak adil. Ketidakadilan boleh terjadi jika seseorang melanggar hak orang lain atau jika seseorang harus berbuat sesuai dengan perintah dan kemudian melanggar perintah itu. Dan perbuatan yang demikian itu tidak mungkin ada pada Allah SWT. Jadi semua perbuatan Allah SWT adalah adil. Allah SWT adalah adil menjadikan seseorang beriman, dan akan tetap dikatakan adil jika Ia menjadi seseorang itu kafir. Allah SWT boleh saja menjatuhkan hukuman bagi orang mukmin dan memasukkan orang kafir ke dalam syurga. Sekiranya ini dilakukan Allah SWT, maka Allah SWT tidaklah berbuat salah. Allah SWT tetap masih bersifat adil tetapi, Allah SWT mengikut pandangan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, tidak akan berbuat demikian, kerana Ia mengatakan hanya akan menyeksa orang-orang kafir sahaja; dan Allah SWT pasti tidak berbohong atas apa yang telah disampaikan-Nya. Allah SWT juga tidak bersifat zalim meskipun Ia menciptakan kezaliman, kerana Allah SWT menciptakannya bukan untuk diri-Nya. Sehubungan dengan itu, Abu Hassan al-Ash’ari menyatakan bahawa ganjaran atau imbalan yang diberikan oleh Allah SWT hanyalah merupakan rahmat atau hukuman, namun tetap merupakan keadilan Allah SWT. Allah SWT tidak berkewajipan memberikan pahala. Dengan demikian, keadilan Allah SWT ialah keadilan Raja Yang Amat Berkuasa, yang memberikan hukuman menurut kehendak mutlaknya, tidak terikat pada suatu kekuasaan, kecuali kekuasaan-Nya sendiri. (al-Luma’, al-Shahrustani, al-Milal, al-Ibanah).

Keadilan Allah SWT seperti yang digambarkan di atas dapat pula dilihat dari perbincangan yang dikemukakan oleh tokoh ilmuan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang lain seperti Al-Baqillani, misalnya, berpendapat bahawa Allah SWT memakmurkan orang yang dicintai-Nya dan melindungi orang yang mentaati-Nya. Allah SWT tidak memberikan pertolongan terhadap pelaku maksiat. Selanjutnya, Allah SWT memberikan kebaikan, keburukan, keuntungan, kerugian, kekayaan dan kemiskinan, kesenangan dan kesusahan, kesihatan dan juga penyakit, petunjuk dan kesesatan kepada semua hamba-Nya sebagai keadilan-Nya. Allah SWT juga tidak dipertanggungjawab terhadap perbuatan-Nya sesuai dengan firman Allah SWT dalam al-Anbiya’ (21):23: “Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan merekalah yang akan ditanya.” Daripada ayat tersebut dapat difahami bahawa di akhirat kelak Allah SWT akan membangkitkan kembali semua manusia dengan menghidupkan mereka untuk menentukan dan menimbang amalan mereka. Allah SWT juga menyediakan syurga dan neraka. Semuanya itu merupakan keadilan Allah SWT. Sehubungan dengan itu, al-Baqillani menyatakan bahawa pahala merupakan kurniaan daripada Allah SWT, bukan semata-mata kerana amal seseorang. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Rum (30):45:bermaksud: “Agar Allah SWT memberikan pahala kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kurnian-Nya.” (al-Shahrustani, al-Milal,).

amaLan khurafat ketIka dI tanah sucIOleh:

Mohammad Fazli bin Haji Tikson

Berkunjung ke Baitullah al-Haram adalah keinginan setiap Muslim yang bergantung harap pada Allah SWT. Tidak kiralah sama ada berkunjung untuk menunaikan Haji atau Umrah. Jemaah Malaysia antara Jemaah yang kedua teramai di dunia untuk menunaikan umrah menggunakan muasasah. Namun, masalah timbul apabila ramai di kalangan jemaah yang menunaikan haji dan umrah dalam keadaan tidak bersedia dari aspek ilmu dan amalan. Sebahagian jemaah ada yang menganggap menunaikan haji dan umrah sekadar memenuhi program pelancongan tahunan dan ada yang hanya mahu mendapatkan title sebagai HAJI apabila kembali ke tanah air nanti.

Akibat daripada kecetekan ilmu dalam bidang agama, jemaah yang mengerjakan haji melakukan ibadah dengan hanya meniru perbuatan orang lain sehingga tidak sedar ia telah melakukan perkara khurafat dan bid’ah. Perkara khurafat ini adalah suatu bentuk amalan yang diwarisi daripada lisan dan dikhabarkan perkara yang sangat mempengaruhi kehidupan, baik buruk nasib seseorang dan sebagainya. Antara perkara khurafat yang biasanya dilakukan oleh jemaah dari Asia tenggara ialah:

1. Ketika bertolak dari rumah, tidak boleh memandang kebelakang. Jika memandang juga, nanti pekerjaan haji dan umrahnya tidak akan sempurna.

2. Ketika balik dari menunaikan haji, diwajibkan berkurung di rumah selama 40 hari. Ianya dinamakan Idah Haji kemudian, barulah haji itu berkah. Kalau ia melanggar idah haji, maka sia-sialah hajinya.

3. Menyapu tiang masjid al-Haram atau Masjid Nabawi kemudian disapu ke muka dan dipercayai akan menambah seri di wajah.

4. Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “memijak tanah” oleh bayi yang baru lahir agar menjadi gagah dan tidak terkena penyakit.

5. Mengambil dan memotong tali khemah di padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal sebagai pelaris perniagaan.

6. Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah pancuran air emas agar sembuh segala penyakit.

Banyak lagi amalan khurafat yang dilakukan oleh Jemaah yang datang ke Tanah Suci, ini hanyalah sebahagian sahaja. Dalam Islam, perkara khurafat ini sangat ditegah dan diharamkan kerana ianya tidak dapat mendatangkan manfaat serta mudharat kepada pelakunya. Hadis Nabi SAW yang bermaksud, “daripada ibnu Umar ra katanya: Nabi SAW pernah bersabda: “sesiapa yang kerana buruk sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh memesongkan diri menerusi hajatnya, maka sesungguhnya ia telah syirik (kepada Allah). Mereka bertanya, apakah kifarat bagi yang demikian itu? Sabdanya: hendaklah ia berkata: “Ya Allah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikan-Mu, tidak ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang dari-Mu dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau”. Yakin dan pastilah bahawa setiap yang baik dan bermanfaat itu datang dari Allah SWT dan Allah SWT tidak akan menzalimi hamba-Nya yang bertakwa.

RUJUKAN:● Ibnu Muslim Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din: 10/17/2010: 11:09pm (http://www.ustaznaim.blogspot.com).

129 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-07-19 · Penulis bersama YB Datuk Haji Mohd Ariffin, Abdul Baki dan Teguh Prestio sempena MAPKINS panas demam yang dIrasakan

majlis raya perdana 1440h/2019m kementerian undang-undang danhal ehwal anak negeri (menteri agama) bersama agensi-agensi agama dan

ngo's Islam sabah kali ke-7pada 27 jun 2019 di dewan sa'adah wisma muIs, kota kinabalu

majlis sambutan hari guru jabatan hal ehwal agama Islamperingkat negeri sabah 1440h/2019m

pada 2 julai 2019 di dewan sa'adah wisma muIs, kota kinabalu

Peristiwa

109 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9 Zulkaedah 1440H/12 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa