shoutul islam dari meja editor laman puisi islam filejusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk...

10

Upload: lekhuong

Post on 18-Aug-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat

Salah satu sirinovel Sandokan

karya Emilio Salgari

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Kebiasaan makan di luar, memang sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita hari ini untuk menjamu selera di kedai-kedai makan, baik yang ada bintang atau tidak. Mungkin kesuntukan waktu tidak memungkinkan untuk kita menyediakan makanan di rumah. Walau apa pun, dalam memilih makanan, kadang-kadang kita

lebih mengutamakan cita rasa makanan dan kurang mempedulikan kehalalannya. Sejajar dengan ajaran Islam, Islam sangat menghendaki agar makanan, minuman, produk-produk dan bahan gunaan yang akan digunakan terjamin kehalalannya dan kesuciannya. Ini kerana dalam ketentuan halal, haram, thayyib dan syubhat terkandung nilai spiritual, budi pekerti dan akhlak seseorang. Oleh kerana itu, Islam menaruh perhatian yang sangat tinggi dalam menentukan makanan mimunan itu halal, haram atau meragukan (syubhat).

Al-Quran telah memberi petunjuk bahawa kita diminta untuk memakan yang halal dan yang baik-baik (thayyib). Allah SWT berfirman: “Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi.” (QS. al-Baqarah: 168).

Pemilihan makanan yang halal, dapat membantu pembinaan rohani dan jasmani yang baik. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa makanan yang halal itu dapat menambah cahaya imam dan membuat doa makbul dan makanan yang haram itu akan menggelapkan hati.

Kesan dari perkembangan sains dan teknologi, sumber makanan dan bahan gunaan yang ada di pasaran kini telah melibatkan penggunaan sumber bahan mentah yang bercampur dengan gelatin, lemak, darah, arak, anggota badan haiwan yang tidak disembelih, bangkai dan haiwan yang diharamkan seperti khinzir. Hal ini menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan pengguna khususnya masyarakat Islam dalam memilih makanan yang dapat dipastikan kehalalannya. Malah tidak dapat dinafikan juga terdapat pengguna yang tidak memahami dengan baik konsep makanan halal yang sebenar.

Justeru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat sijil halal Malaysia atau sijil halal yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia kalau produk atau makanan tersebut keluaran dari luar negara. Sebagai pengguna yang bijak, kita harus berwaspada dan teliti kerana jika sesuatu makanan, produk atau premis itu tidak memiliki sijil halal maka ini bererti kehalalan suatu produk itu masih diragui.

Akhirnya “you are what you eat” atau “anda adalah apa yang anda makan” adalah satu kalimat bahawa makanan itu sangat mempengaruhi tubuh dan fikiran kita dan akhirnya membentuk diri kita.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIhAtYBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangul

PengarahJabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

kEtUA EDItorUstaz Mohamad sidik Haji awang adi

timbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])

SIDANG PENGArANGadi Pitang

([email protected])Ustaz asmuni ali

([email protected])Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)

([email protected])Ustaz abdillah Haji nanun

([email protected])Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])

encik Mohammad Fazli bin Haji TiksonTuan Haji nordin Lossin

Ustaz Mohd azlan bin Haji BakriTuan Haji sainuri Yahmin

Encik Mohammad Syafiq Ismailencik Mohd azrul nizam bin Junaidi

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 kotA kINABAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

bukit tinjau tugu kebanggaan

Bukit Tinjau mercu kebanggaankuntum mekar di taman pusaka Kuala Abaipada lekuk teluk kampung damaikilauan laut biru awan kelabu gemalaitersulam warna rasa pendakidataran pulau pantai landailembayung jingga memukaumesra lambaian pepohonsepoi bayu mengasyikkan.

Ini gurindam lagu permaitiada pencemaran murni pendiriandan di menara inilah segala lelah terleraimakna yang tersirat dalam pengamatanmenjala keindahan lakaran kesyukurananyaman sejarah berzaman.

Di desa atau di kota kaca batu batake mana pun langkahinilah bumi bertuahkemerdekaan agama, bangsa jua negaradukung tanggungjawabpikul amanah muliakita semai semangat juangsetulus doa pupuk muafakatBukit Tinjau tugu membawa berkat.

Oleh:duliam suarikota Belud(Tempat Pertama Pertandingan Puisi Kg. Kuala Abai, Kota Belud tentang Bukit Tinjau)

222 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat

1. Kerap sakit kepala terutama selepas Asar 2. Badan terasa berat dan malas 3. Sukar mendapat jodoh 4. Badan terasa bisa-bisa /paha lebam-lebam 5. Sakit ketika menziarahi orang sakit 6. Sukar tidur 7. Sakit pinggang tanpa sebab 8. Sakit dada terasa berdebar 9. Mimpi berulang seperti melihat ular 10. Mimpikan bayi atau menyusukan bayi 11. Bermimpi melompat dari tempat tinggi 12. Bermimpi di tempat yang kotor 13. Sakit tengkuk/tulang belakang 14. Ada benda terasa bergerak terutama di bahagian

perut 15. Bayi kerap menangis 16. Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara

kecil 17. Malas beribadat 18. Selalu ditindih jin ketika tidur 19. Panas baran 20. Gelisah ketika mendengar ayat-ayat al-Quran 21. Kerap keguguran 22. Mengantuk mendengar ayat-ayat al-Quran 23. Darah haid tidak berhenti 24. Selalu melihat kelibat 25. Terasa diri selalu diperhati 26. Kerap mendengar bisikan/dengar bunyi 27. Bermimpi seram yang menakutkan 28. Berjalan sedangkan ia tidur 29. Selesema yang berpanjangan 30. Kerap pengsan

kesalahan bersekedudukan suami isteriberlainan agama

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Malaysia sebagai sebuah negara Islam menetapkan perkahwinan seagama bagi setiap rakyatnya. Seagama bermaksud pasangan yang memeluk agama yang sama tanpa mengira suku kaum, bangsa dan budaya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Perempuan dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan atau agamanya. Maka pilihlah perempuan yang beragama kerana kamu memerlukannya sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan rugi.” Agama dititikberatkan dalam pemilihan calon isteri atau suami kerana melalui agama, tarbiah dalam keluarga akan terbina dalam mencapai keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.

Sekiranya dalam tempoh perkahwinan, seseorang isteri atau suami menukar agama asalnya dengan memeluk agama Islam, maka haram baginya bersekedudukan atau tinggal bersama-sama apatah lagi untuk menggauli bekas isteri atau suaminya kerana perkahwinannya terbatal disebabkan perbezaan agama.

Seksyen 73, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tahun 1995 menyatakan:

(1) Sesiapa sama ada lelaki atau perempuan selepas memeluk agama Islam bersekedudukan dengan bekas isterinya atau suaminya yang belum memeluk agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) dengan sengaja dan tahu bahawa perbuatannya adalah bersalah di sisi agama Islam hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan persetubuhan luar nikah.

Hukuman berat dikenakan kepada pelaku kerana bersekedudukan dengan bekas suami atau isteri yang berlainan agama adalah sama dengan mendekati (zina) sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." Manakala Hadis riwayat at-Tirmizi menyatakan: "Janganlah kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan yang tidak halal bagi kamu kerana sesungguhnya orang yang ketiga bagi mereka berdua ialah syaitan."

Perkahwinan dalam Islam adalah satu ibadah dan jalan yang halal bagi pergaulan suami isteri untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Justeru itu, hanya perkahwinan seagama yang diiktiraf bagi melahirkan keturunan yang sah dan baik serta boleh memberi manfaat kepada masyarakat umumnya dan kepada keluarga sendiri khasnya.

Wallahu a'lam.

BIl. TAnDA GAnGGuAn

tanda-tanda gangguan jinOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

Tanda-tanda Gangguan Jin

Suka BersendirianCiri gangguan jin juga boleh dilihat daripada:(a) Suka duduk bersendirian(b) Duduk di tempat yang gelap(c) Suka mengurung diri dalam bilik yang tertutup(d) Suka mengurung diri dan lama berada dalam

tandas(e) Berperangai ganjil dan suka menjerit sekuat hati(f) Suka memakai pakaian warna hitam

Kerap SendawaPesakit apabila bersendirian kerap sendawa. Bila perawat merawat orang lain dan ia hadir menunggu giliran rawatan, sendawanya akan kerap dan tidak berhenti. Hinggakan ia boleh muntah, sama ada muntah biasa atau muntah darah. Pesakit juga boleh terasa sakit seolah ditusuk di bahagian belakang badan.Hakikat Gangguan JinPenyakit gangguan atau rasukan jin memang berlaku dalam masyarakat. Ramai yang tidak yakin dengan gejala ini sebab kurangnya kepercayaan dan penghayatan kepada agama.

Maksudnya: “Orang-orang yang memakan riba, tidak dapat berdiri, kecuali seperti berdirinya orang-orang yang dirasuk oleh syaitan lantaran penyakit gila.” (Surah al-Baqarah ayat 275).Al-Qurtubi di dalam tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini menjadi dalil kepada mereka yang tidak mempercayai wujudnya rasukan syaitan ke dalam jasad manusia.

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, bila mendapat gangguan daripada syaitan, lalu ingat kepada Tuhan dan selalu berwaspada.” (Surah al-A’raf ayat 201).KesimpulanGejala rasukan, gangguan jin dalam badan manusia adalah sesuatu yang benar dan terbukti yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.Baginda Rasulullah SAW menyebut:“Sesungguhnya syaitan berjalan mengikuti saluran darah dalam badan anak Adam.”

ruJukAn:● Jin: Hakikat & Pengubatan, Dato Hj. Ismail Kamus, muka surat 118 - 121.● Rawatan Penyakit Rohani, Dato Dr. Haron Din.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 3 muka surat 58.● Al-Quran Terjemahan dan Tajwid, Pustaka Darul Iman, muka surat 47.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 9, muka surat 173.

1822 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat

Salah satu siri novel Sandokankarya Emilio Salgari

Tengah hari hari itu, usai program Diskusi Imam dan Audit Kariah bagi daerah Sandakan, aku, Ali dan Mansor dibawa ke sebuah restoran seafood yang terletak di Taman Pak Tak Jalan Airport Batu 7. Restoran yang dibuka pada awal 2018 itu menjadi salah satu lokasi kegemaran pencinta masakan laut. Restoran yang dimiliki oleh Dato Haji Mohd. Afendi Hj. Hamdan ini dinamakan Sandokan Seafood. Siapa Sandokan? Di depan premis itu, dibuat dalam bentuk mini billboard cerita tentang Sandokan.

Nama Sandokan cukup dikenali melalui watak yang dihidupkan oleh Emilio Salgari (1862 - 1911), pengarang Itali yang harum namanya di Eropah bermula akhir abad ke-19. Salgari dengan daya imaginasi dan kreativitinya yang luar biasa, telah menerbitkan selingkar novel yang amat popular yang berkisar pada seorang pahlawan bernama Sandokan. Lingkaran atau ciclo ini bermula dengan cerita La Tigre della Malesia (Harimau Malaysia yang

diterbitkan secara bersiri dalam akhbar harian kota Verona Le Nuova Arena pada tahun 1883 dan 1884. Kemudian, pada 1900 ia diterbitkan pula dalam bentuk novel dengan tajuk Le Tigre di Mompracem (Harimau Mompracem). Novel yang mengandungi 11 buah siri ini, dengan lima daripadanya berlatarkan alam Malaysia, amat menarik dan begitu popular di kalangan khalayak Itali. Fiksyen Salgari ini mendapat sambutan berpanjangan sehingga mencapai kedudukan karya klasik lebih-lebih lagi bila kisah Sandokan ini dibuat filem pada tahun 1963, 1964 dan siri mini televisyen pada tahun 1976. Dengan pencapaian ini, Salgari telah mencetuskan fenomena Sandokan walaupun tidak pernah menjejak kaki ke alam Melayu. Salgari yang pernah belajar di institusi pelayaran dan pernah tinggal di Venice, pasti mengetahui serba sedikit perairan dan sejarah alam Melayu. Ia juga tentu pernah mendengar cerita-cerita daripada pelaut Itali tentang kekejaman Raja Brooke serta kegigihan anak watan mempertahankan Marudu. Pada asasnya, lingkaran fiksyen yang berjaya menggugah rasa jutaan khalayak Eropah ini menampilkan Sandokan sebagai pemimpin karismatik perjuangan pembebasan di Borneo, khususnya wilayah di sekitar negeri Sabah kini.

Sesungguhnya, kisah Sandokan berasaskan realiti geografi dan sejarah. Hal ini telah dibuktikan secara ilmiah oleh Bianca Maria Gerlich. Ketika belajar di Universiti Hamburg, Gerlich telah terpesona dengan Sandokan, lantas menjejakinya hingga ke Sabah dan wilayah sekitarnya, lalu menyiarkan pendapatnya dalam jurnal Archipel (1998) terbitan Perancis. Beliau juga telah menerbitkan buku Marudu 1845: The Destruction and Reconstruction of a Coastal State in Borneo (2003). Menurut Gerlich, Sandokan memang wujud. Walaupun kurang terkenal, dalam sejarah lokal dia wujud dan namanya Sindukung. Nenek moyangnya penduduk Sandakan dan dia adalah datuk kepada Pengiran Samah yang terbunuh pada 1884 ketika berjuang menentang Inggeris (North Borneo Company). Sindukung adalah rakan karib Syarif Osman yang berkuasa di Marudu dan persekitarannya pada awal abad ke-19. Ia menjadi orang kanan Syarif itu berjuang menentang Inggeris mempertahankan Marudu sebelum wilayah itu jatuh pada 19 Ogos 1845 dan dibakar hangus oleh Inggeris. (Cerita Sandokan petikan dari tulisan Prof. Dr. Md. Salleh Yaapar, Penyandang Kursi Eropah bagi Pengajian Melayu di Universiti Leiden: https://amnaj.wordpress.com/about/)

“Ustaz.. ada orang belanja kita makan…” Jelas Raman Rabi, staf JHEAINS Sandakan, sambil ibu jarinya menunjuk ke arah seorang lelaki yang ku kenali sewaktu beliau bertugas di Majlis Perbandaran Sandakan suatu ketika dulu. Sempat kami bersalaman dan bercerita sebelum kami meninggalkan restoran yang menghidangkan makanan laut yang variasi dan sedap itu. Alhamdulillah! Moga abang Hj. Ag. Jafar murah rezekinya. Sandokan, watak yang memberi inspirasi dalam perjuangan hidup.

sandokanOleh:

Adi Pitang

Pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang sufi yang sangat gemar puisi dan syair sehingga dikatakan usia mudanya telah menghafal 30,000 bait sajak yang dihafalnya dari syair zaman jahiliah. Namun beliau dianggap sebagai ahli sufi kerana sangat menjaga penyucian hati berbanding perkara sekelilingnya. Beliau sangat dikenali sebagai Abu Said al-Khair, dilahirkan di Khurasan pada 1 Muharram 357H. Nama sebenarnya ialah Abu Sa’id Fadhl Allah ibn Abi al-Khair. Ayahnya dikenali sebagai Abu Khair seorang yang soleh dan mahir dalam bidang perubatan.

Kesufian dan karomah beliau menjadi terkenal pada ketika itu sehingga datang seorang ustaz yang ingin menjadikan Sheikh Abu Sa’id al-Khair itu sebagai gurunya. Sheikh Abu Sa’id al-Khair tinggal di kawasan padang pasir dan tidak mempunyai jiran yang berdekatan. Setelah ustaz tersebut sampai ke rumahnya yang terletak di tengah padang pasir, ustaz tersebut terdengar bacaan Sheikh Abu Sa’id al-Khair yang membaca surah al-Fatihah yang dia rasakan bahawa bacaan Sheikh Abu Sa’id al-Khair banyak cacat celanya. Berkatalah dalam hati ustaz tersebut: “Bacaan al-Fatihahnya pun tidak baik, bagaimana pula dia layak menjadi guruku.” ustaz itu pun melupakan niatnya untuk menjadikan Sheikh Abu Sa’id al-Khair sebagai gurunya.

Kemudian, tanpa bersemuka dan bertemu, ustaz itu terus meninggalkan kediaman Sheikh Abu Sa’id al-Khair tanpa sepatah kata dan meminta izin pulang. namun, ketika beberapa langkah ia berjalan, terlihat di hadapannya muncul seekor singa padang pasir yang besar dan mengaum dengan kuat sehingga menimbulkan ketakutan pada ustaz tersebut. Ketika ia berpaling ke belakang, muncul pula seekor lagi singa yang juga seolah sedia untuk menerkamnya. Melihat situasi tersebut, dalam keadaan kelam-kabut, ustaz tersebut memekik dan meminta tolong. Pada ketika itu, Sheikh Abu Sa’id al-Khair yang sedang menelaah lantas meluru keluar untuk melihat apa yang berlaku. Ketika itu, Sheikh Abu Sa’id al-Khair melihat seorang lelaki yang dihadang oleh dua ekor singa padang pasir. Dengan tenang Sheikh Abu Sa’id al-Khair berkata kepada singa-singa tersebut: “Wahai Singa, telah aku katakan kepada kamu, janganlah kamu mengganggu para tetamuku.” Dengan kehendak Allah SWT dan berkat karomahnya, singa-singa itu pun datang kepada Sheikh Abu Sa’id al-Khair dan diusap kepala kedua singa itu lalu Sheikh Abu Sa’id al-Khair mengarahkan singa itu beredar, maka beredarlah singa- singa tersebut.

Ustaz tersebut berasa hairan, dan bertanyakan hal itu kepada Sheikh Abu Sa’id al-Khair: “Bagaimana sheikh boleh menjinakkan singa tersebut?” Berkata Sheikh Abu Sa’id al-Khair: “Wahai anak muda, bertahun- tahun aku membetulkan hati ini sehingga aku tidak mempunyai masa dan waktu untuk berprasangka buruk pada orang lain. Atas kesibukan itu, Allah SWT telah membuatkan aku dapat menakluk seluruh alam semesta ini berserah kepadaku dan membuatkan binatang buas dalam padang pasir ini juga tunduk kepadaku.” Mendengar kata-kata itu, ustaz itu pun tertunduk malu, namun dalam hatinya telah mengagumi karomahnya Sheikh Abu Sa’id al-Khair. Tiba-tiba berkata Sheikh Abu Sa’id al-Khair: “Engkau tahu akan kekuranganmu, wahai anak muda?” “Tidak Tuan Guru.” Jawab ustaz itu. “Selama ini engkau sibuk memperhatikan hal-hal yang zahir hingga lupa memperhatikan hatimu, kerana itu engkau takut kepada seluruh semesta alam.” ustaz itu pun menetapkan tekad untuk berguru kepada Sheikh Abu Sa’id al-Khair.

kisah seorang ustaz dan wali yang tidak fasih tajwid al-fatihah

Oleh:Mohammad Fazli bin Haji Tikson

JHEAINS Lahad Datu

422 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat

islam agama keamanan dan kestabilantamadun dunia (bahagian 1)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Islam adalah agama keamanan, kasih sayang, kedamaian, keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran untuk dunia ini.

Konotasi Islam itu sendiri bermakna keselamatan. Keselamatan daripada sebarang malapetaka, kerosakan, kehancuran dan kebinasaan dalam melestarikan alam sejagat ini.

Rasulullah SAW diutuskan untuk memberi rahmat ke seluruh alam yang sebenarnya telah memberi suatu kesejahteraan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan serta alam jin keseluruhannya.

Rahmat ini mengandungi nilai keselamatan dan kedamaian yang sejati. Al-Quran menyatakan hal tersebut tentang pengutusan ini:

“kami tidak mengutus engkau (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Al-Anbiya: 107).

Seorang Islam itu digelar muslim kerana telah selamat daripada menyakiti orang lain. Ini jelas dalam sebuah hadith berikut:

Dari ‘Abdullah bin ‘umar RA Rasulullah SAW bersabda:

“Muslim sejati adalah orang yang selamat daripada lisan dan tangannya (daripada menyakiti) kepada muslim yang lain. Dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (HR. Bukhari no. 10 dan Muslim no. 40).

Ini bermakna lisan dan tangan seorang muslim itu telah terjaga daripada melakukan kerosakan dan kebinasaan.

Ia pasti terjaga daripada menyakiti insan lain, terjaga daripada merosakkan alam sekitar dan selamat daripada menghancurkan sesebuah tamadun umat di dunia ini.

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Seorang mukmin itu adalah orang yang berasa aman (daripada melakukan) pertumpahan darah mereka dan (kehancuran) harta mereka dari gangguannya.” (Riwayat Tirmidzi dan An-nasa’i).

Ini bermakna seorang muslim dan mukmin yang sejati adalah modal terbaik kepada keamanan dan kesejahteraan global. Hal ini kerana Islam itu memang sebuah keamanan dan keselamatan.

Jikalau semua manusia itu menjadi muslim dan mukmin yang sejati, maka tidak akan berlaku pertumpahan darah manusia, kemusnahan harta benda, kebinasaan alam haiwan dan tumbuhan serta kehancuran sesebuah tamadun.

Hal ini kerana manusia telah selamat daripada lidah dan tangannya apabila digelar sebagai muslim yang sejati. Mukmin pasti menjadi aman daripada melakukan keganasan apabila digelar sebagai mukmin yang sejati.

nama penuh beliau adalah Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Misfallah di Makkah Al-Mukarramah pada 28 Zulkaedah 1313 Hijri bersamaan dengan 10 Mei 1896. Kedua

orang tuanya berasal dari Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Pada tahun 1906, iaitu di usia 10 tahun, beliau sudah mampu menghafal al-Quran sebanyak 16 juzuk serta beberapa buah kitab yang lain. lalu di usia itu juga, beliau kembali ke Malaysia dan meneruskan pengajian di Sekolah Melayu lubok Merbau (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi) dan mengaji pondok di beberapa buah pondok, di antaranya Pondok Wan Mohammad (kini dikenali sebagai Madrasah Idrisiah), Pondok Tuan Hussein Al-Masudi (Kedah), Pondok Syeikh Ahmad Al-Fatani (Bukit Mertajam) dan Pondok Tok Kenali (Kelantan). Dan setelah menamatkan pengajian, beliau bertugas sebagai guru agama di Perak.

Pada tahun 1924, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi di universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan anak jati Perak yang pertama melanjutkan pelajaran di Makkah dan keluar dengan jayanya. Masa beliau tidak disiakan begitu sahaja. Buktinya semasa keberadaan beliau di Mesir, beliau telah menyusun kamus Arab-Melayu yang dikenali sebagai kamus Al-Marbawi yang diterbitkan pada tahun 1937 diusia 41 tahun ketika itu. Kamus ini pada mulanya disusun bersama 2 orang sahabatnya iaitu Syeikh Juned Tola dan juga Syeikh Tahir Jalaluddin. namun kedua mereka kembali ke tanah air lebih awal dan usaha ini diteruskan oleh Syeikh Idris Al-Marbawi sendiri sebagai pengarang kamus tersebut.

Selain daripada Kamus Al-Marbawi, ini adalah merupakan hasil karya beliau: 1. Kitab Bahrul Mazi 2. Kitab Bulughul Maram

syeikh mohamad idris al-marbawiOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

3. Tafsir Quran Al-Marbawi 4. Kitab Jami’ul ulum 5. Tafsir Surah Yasin 6. Usulul Islam 7. Tafsir nurul Yaqin 8. Nizamul Hayah 9. Tafsir Fathul Qadir 10. Mu’jamul Ka’inat (4 Jilid)

Beliau merupakan tokoh ilmuan yang warak dan amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Keperibadian beliau telah membuatkan sesiapa sahaja yang mengenali beliau akan berasa senang dan hormat kepadanya. Beliau amat merendah diri dengan ilmu yang dimiliki dan baginya ilmu yang dimilikinya tidak pernah kecukupan sehingga ketika mana beliau diminta untuk berucap sempena dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau merasakan dirinya tidak layak kerana ilmunya yang dirasakannya kurang.

Selain itu, beliau juga tidak kedekut dan sangat bermurah hati. Atas dasar ingin melihat lebih ramai anak muda memperoleh pendidikan yang sempurna, beliau telah menggunakan wang ganjaran Tokoh Ma’al Hijrah untuk membolehkan anaknya menubuhkan Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak yang masih lagi beroperasi hingga ke saat ini.

Pada usia 93 tahun pada hari Jumaat, 13 Oktober 1989, beliau telah kembali ke rahmatullah. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung lubok Merbau bersebelahan pusara arwah isteri beliau, Khadijah binti Mohamad Idham yang meninggal dunia 14 bulan sebelum itu. Beliau meninggalkan seorang anak perempuan, 3 orang cucu dan 7 orang cicit di Malaysia berserta meninggalkan balu kedua, Hajah Munirah binti Abdul Wahab yang menetap di Mesir.

Semoga usaha-usaha beliau di sepanjang hidupnya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat-lipat gandanya di akhirat sana. Amin Ya Rabbal Alamin.

1622 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat

Masjid adalah tempat pembinaan umat yang sangat penting. Di tempat yang mulia ini ada adab-adab yang perlu diperhatikan sama ada ketika hendak pergi ataupun sudah berada di dalamnya. namun masih ramai yang melalaikan adab-adab tersebut sedangkan mereka berada di rumah milik Allah SWT. Ada beberapa adab yang akan dibahas terkait kesalahan yang sering terjadi.● Memakai Pakaian yang Tidak Bagus Ketika Solat “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (QS. al-A’raf: 31).

Imam Ibnu Katsir mengatakan dalam kitab tafsirnya bahawa dari ayat ini dapat diambil pelajaran kita disunnahkan berhias ketika solat, lebih-lebih ketika hari Jumaat dan Hari Raya. Termasuk perhiasan juga adalah siwak dan wangian. Tidak hanya dengan pakaian yang menutup aurat, kita juga digalakkan memakai pakaian yang bagus dan elakkan dari yang bergambar dan tulisan yang tidak wajar.

● Tidak Meluruskan Saf “Luruskanlah safmu atau Allah akan menaruh permusuhan dan kemarahan dalam hati kalian.”

(HR. Muslim).

Hal yang terlalu sering berlaku hatta di masjid besar. Dari yang muda hingga yang tua pun masih ada yang gagal meluruskan saf dan sedihnya ada pula yang tidak mahu merapatkan saf.

●Tidak Mahu di Saf Pertama “Andaikan manusia tahu betapa besar pahala orang yang menjawab azan dan saf yang pertama, lalu

ia tidak mendapatkannya kecuali dengan undian tentu ia akan mengikutinya.” (HR. Bukhari).

Selain itu, kadang seseorang malas berada di saf pertama dan lebih suka berada di saf belakang. Bahkan ia malah mempersilakan orang lain mengisi saf pertama sementara ia sendiri memilih untuk berada di saf belakang.

● Tergesa-gesa ke Masjid “Jika kalian mendengarkan iqomat, hendaklah berjalan untuk solat. Wajib bagimu untuk

mendatanginya dengan tenang dan janganlah lari terburu-buru. Apa yang kalian dapati bersama imam maka kerjakanlah dan yang kurang sempurnakanlah.” (HR. Bukhari).

Seorang yang khuatir ketinggalan solat (masbuk) hendaklah tetap berjalan dengan tenang dan tidak perlu tergesa-gesa apalagi sampai berlari untuk menuju ke masjid.

● Tidak Segera Bersama Imam Ketika Masbuk “Sesungguhnya imam itu dijadikan panutan, jika ia bertakbir maka bertakbirlah, jika ia sujud maka

bersujudlah dan jika ia bangun maka bangunlah.” (HR. Muslim).

Kadang ada makmum masbuk yang ketika mendapati imam yang sedang sujud tidak segera takbiratul ihram dan sujud, malah menunggu sampai imam berdiri. Perbuatan ini bertentangan dengan sunnah, berdasarkan hadis di atas.

adab di rumah allah swtOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

terlupa menghilangkan najis pada dirilantas mendirikan solat

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

Soalanustaz, seseorang yang mengetahui pada dirinya ada najis sebelum ia mendirikan solat lalu dibiarkannya dengan harapan nanti akan dibasuhnya najis itu bila hendak melakukan solat. Kemudian ia terus mendirikan solat tanpa membasuh najis tadi kerana lupa. Tidak lama kemudian barulah ia teringat bahawa najis di badannya itu belum dibasuhnya lagi. Bagaimana adakah sah solatnya itu atau sebaliknya, mohon penjelasan ustaz.

JawaPanOrang yang mengalami peristiwa seperti ini wajib ianya mengulangi solatnya itu, kerana jelas bahawa solatnya itu tidak sah sebab ia berhubung dengan najis. Solatnya itu tidak memenuhi syarat sahnya, kerana salah satu syarat sah solat ialah hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.

Berkata Imam Ramli dalam kitab nihayahnya:

Ertinya: "Dan jika seseorang mengetahui ada najis di badannya sebelum memulai solat, kemudian ia lupa lalu ianya mengerjakan solat. kemudian ia teringat akan najis itu sedang waktu masih ada, maka wajiblah ia mengulanginya. Atau ianya teringat sesudah habis waktu solat, maka wajiblah ia mengqadanya atas mazhab kerana keterlaluannya meninggal membasuh najis itu tatkala ia menyedarinya.” (Rujuk Nihayatul-Muhtaj jilid 2 ms. 31).

Tetapi sekiranya seseorang itu nampak najis sesudah solat, sama ada dipakaiannya atau di badannya yang ia ihtimal (boleh jadi) najis itu datangnya sesudah selesai solatnya, maka ianya tidaklah wajib mengulanginya.

Berkata lagi Imam Ramli Rahimahullah:

Ertinya: “Maka jika ihtimal (boleh jadi) adanya najis itu sesudah sembahyang, maka tidaklah wajib atasnya mengulangi solatnya itu.” (Rujuk nihayatul-Muhtaj jilid 2 ms. 32).

Oleh yang demikian, pastikan badan, pakaian dan tempat kita solat itu suci tidak terkena najis. Kerana ketiga-tiga ini adalah salah satu syarat sahnya solat kita. Semoga pencerahan kepada persoalan yang dikemukakan ini dapat kita fahami bersama.

Wallahu a’lam.622 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat

Maksudnya: "Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Terdapat riwayat menyebutkan bahawa ayat ini berkaitan dengan pertengkaran yang mengakibatkan perkelahian dengan menggunakan alas kaki, antara kelompok kaum Aus dan Khazraj. Berpunca ketika Rasulullah SAW yang mengenderai keldai melalui jalan di mana Abdullah Ibn ubay Ibn Salul sedang duduk dan berkumpul dengan rakan-rakannya. Tiba-tiba keldai Rasulullah SAW berkencing, lalu Abdullah yang merupakan tokoh kaum munafikin itu berkata: “Jauhkan keldaimu kerana baunya mengganggu kami.”

Abdullah Ibn Rawahah RA salah seorang sahabat Nabi SAW menempelak Abdullah sambil berkata: “Demi Allah, bau air kencing keldai rasulullah lebih wangi dari minyak wangimu.” Akibatnya terjadilah pertengkaran yang mengundang kehadiran kaum masing-masing. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah SWT menyebut mereka sebagai orang-orang mukmin, padahal mereka berperang antara satu sama lain. Berdasarkan ayat ini Imam Bukhari dan lain-lainnya menyimpulkan bahawa maksiat itu tidak mengeluarkan orang yang bersangkutan dari keimanannya, meskipun betapa besarnya maksiat itu.

Al-Quran membayangkan kemungkinan terjadinya perang antara dua kelompok mukmin. Mungkin salah satu kelompok itu berlaku zalim atas kelompok lain, bahkan mungkin kedua-duanya berlaku zalim dalam hal yang sama. namun, Allah SWT mewajibkan kaum mukmin lain, supaya merungkai persengketaan dengan perdamaian agar persengketaan tidak berlanjutan yang boleh melemahkan kekuatan umat Islam.

Jika salah satunya bertindak melampaui batas dan tidak mahu kembali kepada kebenaran yakni ajaran Islam, maka kaum mukmin hendaknya memerangi kelompok yang zalim tersebut dan terus memeranginya hingga mereka kembali kepada “perintah Allah”. Adapun yang dimaksudkan dengan “perintah Allah” ialah menghentikan permusuhan di antara kaum mukmin, mengutamakan perdamaian dan mengguna pakai ajaran Islam sebagai jalan penyelesaian.

Demikian penting dan besarnya peranan pihak perungkai pertikaian ataupun perkelahian kerana memfokuskan konflik ditangani dengan berorientasi keadilan, rasional, bijaksana dan efektif bukan melalui emosi, dendam dan berat sebelah hingga menghilangkan kematangan dalam memutuskan sesuatu keputusan akhirnya mencetuskan ledakan demi ledakan persengketaan yang tiada penghujungnya.

Lantaran itu Nabi SAW amat melarang umatnya memanjangkan persengketaan menerusi mafhum sabdanya: “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa pun permasalahan yang dihadapi, pokok pangkal cara penyelesaiannya adalah mengekalkan berfikir secara positif agar fikiran sentiasa jernih yang akan memudahkan ilham dan idea penyelesaian dari Allah SWT. Apa yang pastinya ialah segala masalah sememangnya telah ditakdirkan oleh Allah SWT untuk menguji kesabaran sejauh mana kuatnya hubungan kita dengan-nya. Adakah emosi yang berpaksikan dendam kesumat yang diaplikasi atau jalan agama sebagai merungkai persengketaan menyuburkan norma-norma ukhuwah dan perdamaian.

ayat al-Quran surah al-hujuraat: 9"islam agama perdamaian"

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATSetiap amal ibadat yang dilaksanakan Muslim itu, agar diterima

Allah Ta’ala, haruslah menepati dua syarat; Ikhlas (yakni dilaksanakan hanya demi-nya, bukan demi makhluk), dan Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Dengan demikian, segala amalan itu diterima Allah SWT selaku bekalannya di hari Akhirat, dan akan memberikan kesan-kesan baik pula baginya semasa hidupnya di dunia.Sepertimana dosa akan menyempitkan hidup, sesungguhnya pahala itu akan melapangkan hidup. Allah Ta’ala berfirman di dalam surah al-A’raf ayat 96:

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.”

Di antara amalan yang diwajibkan ke atas setiap mukallaf ialah berwuduk. Ia merupakan syarat kepada solat yang sah. Ia mesti dilakukan dengan Ikhlas, dan Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW dan cara kita mengetahui Sunnah itu ialah melalui ajaran para ulama mazhab yang empat, yakni Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’ie (yang diamalkan meluas di negara kita) dan Hanbali.Kesemua mazhab ini menepati Sunnah, yang berbeza cuma ijtihadnya pada beberapa persoalan kecil. Kesemuanya mengikuti al-Quran yang satu, Sunnah yang satu, dan Ijmak yang satu, serta menghadap Kiblat yang satu.Wuduk, sekiranya dilaksanakan dengan dua syarat ini, akan memberi manfaat kepada pelaksanaannya, di samping daripada solat yang sempurna. Ia memiliki dimensi rohaninya, yang wajar diketahui dan dihayati setiap Muslim yang melaksanakannya setiap hari.Wuduk, sepertimana dikatakan Qadhi ‘Iyadh di dalam at-Tanbihat al-Mustanbatah, berasal daripada perkataan

yang bermaksud sinar/cahaya.Hal ini bertepatan dengan hadis nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, “Sesungguhnya umatku akan dibangkitkan di Hari kiamat dalam keadaan ghurran muhajjalin (bersinar-sinar anggota wuduknya), kerana kesan wuduk.” (HR Muttafaq alaihi).Hal ini kerana, wuduk akan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan anggota tersebut, diriwayatkan dalam hadis lain bahawa dosa-dosa akan mengalir bersama air wuduk.(Atas sebab ini, sebahagian ulama Malikiyah berpendapat air mustakmal itu makruh digunakan, kerana ia bekas dosa, meski boleh digunakan untuk bersuci. Berbeza dengan ulama Syafi’iyah yang berpendapat bahawa air mustakmal itu tidak boleh digunakan untuk bersuci, namun boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti minum dan sebagainya).Dosa yang terhapus, mengembalikan manusia kepada keadaan asalnya yang bercahaya (tidak kotor).Makna inilah yang seharusnya dihadirkan setiap Muslim tatkala mereka melaksanakan wuduk, bahawa ia bukan semata-mata ritual menyimbah air dan meratakannya ke anggota wuduk, akan tetapi ia memiliki dimensi rohaninya yang hakiki.Apabila seorang Muslim membasuh mukanya, ketahuilah bahawa dosa-dosa mukanya sudah terhapus ketika itu. Ketika dia membasuh kedua tangannya hingga ke siku, dosa-dosa tangan gugur bersama titisan air. Begitu juga kepala, dosa kepala dan fikirannya akan mengalir meninggalkannya. Begitu juga kedua kakinya, dosa kakinya pula yang pernah digerakkannya ke arah maksiat, akan cair terhapus dengan wuduk. Demikian itulah yang menjadikannya suci dan layak berdepan pula dengan Allah SWT yang Maha Kudus.Pelajarilah wuduk, ikhlaskanlah ia. Pelajarilah wuduk sepertimana wuduk para ulama, yang dengannya kita berharap, kita telah menepati Sunnah Rasulullah SAW dalam berwuduk. Setiap yang berwuduk dengan sempurna, pasti akan merasakan perbezaannya, hatta dalam akhlak perilakunya, hanya kerana amalan seringkas wuduk.

Cahaya wudukOleh: Mohammad Syafiq Ismail

1422 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat

lipstiCk dalam islam, boleh atau tidak?Oleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Tampil cantik dan menarik itu sudah sememangnya menjadi fitrah kaum wanita, bahkan Islam juga menitikberatkan soal kebersihan dan kesucian untuk tampak lagi indah. namun menurut syariat Islam, adalah dianjurkan bagi kaum wanita berhias untuk suaminya dan haram baginya jika berhias dengan tujuan mengundang selain dari mahramnya. Maka apa hukum selayaknya bagi wanita yang memakai lipstick?1. Menurut kaedah yang diletakkan oleh para fuqaha ada dinyatakan bahawa:

Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu adalah diharuskan.”

Oleh itu, penggunaan lipstick itu dibenarkan. Menurut Fadhilatusy Syaikh Al-Allamah Muhammad Ibnu Shalih Al-Utsaimin berkata: “Tidak apa-apa memakai lipstick kerana hukum asal sesuatu itu halal sampai jelas keharamannya. lipstick bukan seperti tatu (wasym) kerana tatu itu ditanam warna ke bawah kulit dan jelas termasuk di dalam dosa besar dan lain pula baginya lipstick. Akan tetapi jikalau lipstick itu memberi mudarat bagi bibir, maka hukumnya terlarang.”

2. Penampilan mereka tidak seharusnya mengundang lelaki yang bukan mahram untuk mendekatinya kerana ini boleh dimasukkan di dalam tabarruj dan tabarruj ini secara umumnya disimpulkan sebagai segala bentuk perilaku wanita untuk menampakkan kecantikannya di depan lelaki lain yang bukan mahramnya dan ianya dilarang di dalam Islam. Pakailah lipstick secara wajar dan sebaiknya pilih warna yang senada dengan kulit sekadar berfungsi agar wajah kelihatan sihat dan segar kerana ianya lebih baik daripada warna yang menjolok mata dan menaikkan syahwat lelaki. larangan mengenai tabarruj ini jelas dinyatakan dalam surah al-Ahzab, ayat 33:

Maksudnya: “Dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku (bertabarruj) seperti orang jahiliah yang terdahulu...”

namun, menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi, perempuan tidak dikatakan tabarruj sekiranya menepati hal-hal berikut:

● Menundukkan pandangan kerana perhiasan perempuan yang termahal adalah rasa malu. ● Tidak bebas bergaul sehingga terjadi persentuhan antara lelaki dan perempuan. ● Pakaiannya harus selaras dengan tata kesopanan Islam.3. Haram hukumnya sekiranya lipstick tersebut membawa mudarat kepada kesihatan tubuh badan dan

mengandungi bahan terlarang. Ini kerana ada didapati lipstick yang boleh membawa kepada kanser kerana di dalamnya terdapat bahan logam yang digelar sebagai lEAD. Selain itu, ianya juga mempunyai zat triclosan yang boleh mengundang bahaya kepada jantung dan otot.

Oleh sebab itu, telah diajarkan kepada kita cara untuk mengesan jika sekiranya lipstick itu mempunyai LEAD yang tinggi atau tidak. Caranya ialah dengan:

● Goreskan lipstik di tangan. ● Kemudian sapukan dengan cincin atau emas minimum 18 karat. ● Pastikan sekiranya warna itu menjadi kehitaman, maka itu menunjukkan bahawa kandungan logam

di dalamnya sangat tinggi.Sebagai kesimpulannya, hukum penggunaan lipstick adalah berubah-ubah mengikut keadaan. Ia dibolehkan sekiranya untuk tujuan rawatan bibir yang kering, tidak melampau-lampau dan juga untuk kelihatan segar, aktif dan cergas. Akan tetapi dilarang sekiranya tujuannya bagi menarik lelaki bukan mahram yang jelas sekali tersasar dari matlamat asal dan jika ia memiliki bahan terlarang dan bahaya, sudah tentu ianya ditegah sama sekali. Wallahu a’lam.

pilih yang mudah dan tinggalkan yang susahOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

MaKSud HadISDaripada Abu Hurairah Abdul Rahman bin Shakhr RA beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Segala apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan segala apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka laksanakanlah sedaya upaya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa disebabkan banyak persoalan mereka (yang tidak berfaedah) dan banyak perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

HuRaIan HadISHadis ini mengajar kita untuk menjauhi sebarang perkara yang haram sekalipun sedikit sama ada yang berkaitan dengan diri, masyarakat dan lainnya. Seorang mukmin mestilah menjauhkan semua larangan atau perkara yang diharamkan oleh Rasulullah SAW kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan dari Allah SWT yang wajib dipatuhi. Sesungguhnya setiap apa yang telah diharamkan pasti ada hikmah dan faedahnya.

Hadis ini juga menyuruh kita agar mentaati seupaya yang mungkin semua perintah daripada Rasulullah SAW. ulama bersepakat mengatakan bahawa asal makna al-Amr (perintah) mengandungi salah satu daripada dua makna asas iaitu wajib dan sunat. namun dalam Islam terdapat rukhsah (keringanan) diberikan kepada individu yang mempunyai keuzuran untuk melaksanakan al-Amr (perintah). Contohnya rukhsah (keringanan) bagi individu yang tidak mampu solat berdiri dibolehkan solat sambil duduk, sekiranya tidak mampu untuk duduk dibolehkan solat sambil berbaring.

Seterusnya hadis ini menerangkan agar kita menjauhkan sebarang bentuk pertanyaan dengan niat yang tidak baik serta suka berkhilaf. Hal ini akan memudaratkan seseorang. Antara punca khilaf yang dicela adalah kerana kejahilan, kezaliman mengikut hawa nafsu dan menyalahi manhaj nabawi dalam menerima hukum syarak dan cara mengamalkannya.

PEnGaJaRan HadIS1. Merupakan kewajipan bagi umat Islam untuk menghindari segala apa yang dilarang oleh Rasulullah SAW.2. Sesiapa yang tidak mampu melaksanakan al-Amr (perintah) secara keseluruhan dan dia hanya mampu

sebahagiannya sahaja maka dia hendaklah melaksanakan mengikut kadar kemampuannya.3. Allah SWT tidak akan membebankan kepada seorang hamba-nya melainkan sesuai dengan kadar

kemampuannya.4. Menolak keburukan lebih diutamakan dari mendatangkan kemaslahatan.5. Agama Islam melarang umatnya saling bertelingkah dan berpecah belah.6. Sesuatu yang didiamkan itu merupakan rahmat bagi kita, maka janganlah bertanyakan lagi seperti firman

Allah SWT yang bermaksud “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang jika dijelaskan kepada kamu, akan menyusahkan kamu.” (Surah al-Mai’dah 5: 101).

ruJukAn:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd., Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

822 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat

riya' itu adalah syirik keCilOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Contoh situasi:

Di suatu pagi yang indah, Zarina melihat mukanya di hadapan cermin lalu bermonolog sendirian, “Hermm (sam-bil memusingkan kepala kiri dan kanan secara perlahan) cantiknya muka aku. Patutlah ramai lelaki yang tergila- gilakan aku ek.”Wahai pembaca sekalian, sedar atau tidak bahawa situasi di atas ini boleh mengundang kepada syirik kecil? Syirik ini tampak saja kecil namun jika dilakukan selalu, pasti akan menggoyahkan iman dan mengurangi tauhid kita walaupun hukum syirik kecil ini tidaklah sampai terkeluar daripada agama Islam itu sendiri. lalu, apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil dan bagaimana istilah syirik kecil ini muncul? Kemudian, bagaimana pula pembahagiannya?Menurut Ibrahim bin Muhammad al-Buraikan, yang dimaksudkan dengan syirik kecil ialah menyamakan makhluk dengan Allah SWT dalam bentuk amalan ataupun ucapan lisan. Syirik dalam bentuk amalan ialah riya’, sedangkan syirik dalam bentuk ucapan lisan adalah lafaz yang mengandung di dalamnya bentuk menyamakan Allah SWT dengan makhluknya. Jika dilihat semula situasi di atas itu tadi, Zarina tanpa sedar telah memuji dan mengagung-agungkan dirinya sendiri tanpa menyandarkan kepada Allah SWT dan dia lupa bahawa paras rupa yang dimilikinya pada saat itu adalah anugerah Ilahi (begitu juga akan kenikmatan dan setiap apa yang dimiliki di kala itu). Sedar atau tidak, pujian pada dirinya itu membawa kepada riya’. Dan riya’ itu termasuk dalam syirik kecil.Sedang, pada zaman Rasulullah SAW kesemua mereka menyamakan riya’ itu sebagai syirik kecil. Bahkan, lafaz syirik kecil ini ada disebutkan di dalam hadith yang dibawakan oleh Imam Ahmad daripada Mahmud bin Walid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil iaitu riya’. Pada hari kiamat ketika Allah memberi balasan manusia atas amalan mereka, Allah berfirman: Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tunjuk amalanmu kepada mereka di dunia, lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?"

Seterusnya, bagi pembahagian syirik kecil ini dibahagi pula kepada dua bahagian iaitu syirik zahir (nyata) dan syirik khafi (tersembunyi).Syirik zahir (nyata): Terjadi dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Contohnya dengan mengatakan “kalau bukan kerana kehendak Allah dan kehendak si Fulan.” ucapan ini seharusnya ada turutan dengan mengatakan “kalau bukan kerana kehendak Allah, kemudian kerana kehendak si Fulan.” Kerana dalam Surah at-Takwir ayat 29, firman Allah SWT yang maksudnya, “Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam."

Syirik khafi (tersembunyi): Iaitu syirik dalam hal keinginan dan niat, seperti riya’ (memuji diri serta ingin pujian orang) dan Sum’ah (ingin didengar orang) dan lainnya.Sebagai penutup, Rasulullah SAW telah mengajarkan sebuah doa kepada umatnya agar berlindung diri dari bahaya syirik. Doanya seperti berikut (HSR Ahmad):“Yaa Allah, kami berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu, sedang kami mengetahuinya, dan kami memohon ampun kepada-Mu (atas dosa syirik yang kami lakukan) sedang kami tidak mengetahuinya.”

Semoga kita semua terlindung dari dosa syirik. Wallahu a’lam.

ruJukAn:● Al-madkhal lii Dirasatil Aqidah hal: 126-127 oleh D. Ibrahim bin Muhammad al-Buraikan.● HR Ahmad 5/428,429 dengan Sanad Hasan sebagaimana dihasankan oleh al-Hafidh Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram hal: 187.● Surah at-Takwir, ayat 29.

neo ColonialismeOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al-Baqarah: 120).

Dalam buku tulisan bekas Presiden Amerika Syarikat, richard nixon, Seize the Moment, (2013) beliau membayangkan setelah jatuhnya Soviet union, ini adalah kesempatan menjarah negara-negara lain di dunia. Obor fahaman Empayar roman mahu dihidupkan semula. Iaitu menguasai negara-negara lain di dunia sekali gus menyebarkan faham hegemoni ke atas negara-negara tersebut.

Mungkin saja perkataan hegemoni adalah merupakan bahasa halus mengenai penjajahan baru yang dipelopori Barat. Hegemoni berkait rapat dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu iaitu, kelas- kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia menggambarkan suatu hubungan monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara.

Dalam hubungan antarabangsa dewasa ini kita melihat Amerika Syarikat mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, united Kingdom. Banyak peristiwa yang berlaku di dunia sekarang, memaparkan Amerika Syarikat memperlihatkan dirinya sebagai 'polis dunia'.

Atas nama globalisasi, Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam. Sebagai contoh, gerakan Islamophobia berjaya mempengaruhi masyarakat dunia membenci Islam dan penganutnya.

Globalisasi datang berbagai bentuk dan rupa. Dari sudut ekonomi, globalisasi memperkenalkan satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan diguna pakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia. Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.

Globalisasi budaya tidak terkecuali. Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, cita rasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak berasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup Barat.

1222 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam fileJusteru, dalam perkara ini, cara terbaik untuk mencari yang halal ialah dengan memilih makanan, produk atau premis yang telah mendapat

majlis sukan sekolah-sekolah menengah agama negeri (mssman)peringkat negeri kali ke-14 tahun 2019 pada 17 - 21 mac 2019

di sekolah menengah agama negeri (sman) pantai manis, papar

lawatan pengarah jheains ke sekolah menengah agama negeri toh puan hajah rahmah,Mesyuarat Bersama Pengetua-pengetua SMAN dan Melawat ke Institut Tahfiz Al-Quran Negeri

sabah (itQas) dan seterusnya menyampaikan peruntukan perbelanjaan sekolahkepada pengetua-pengetua sman pada 28 februari 2019

Peristiwa

1022 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Rejab 1440H/29 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa