sej folio 1
DESCRIPTION
Muzium Padi for my Bangunan Bersejarah sejarah folio 2009. Best luck on your folio. I hope this helpsTRANSCRIPT
Saya telah menemu bual seorang kakitangan kerajaan yang melawat ke tempat tersebut
bersama ahli keluarganya. Namanya Roslan bin Azizah, seorang yang peramah dan murah hati.
Dia menerima permintaan saya untuk menemu bualnya dengan sukacita. Berikut adalah
sebahagian dialog dengannya.
LM= Saya RA= Roslan bin Azizah
LM: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temu bual ini. En. Roslan, adakah ini kali
pertama kamu melawat ke muzium padi ini?
RA: Tidak. Saya telah melawat ke sini beberapa kali bersama keluarga saya. Muzium ini telah
kami melawat sebanyak 3 kali.
LM: Wao! Tidak akan keluarga kamu berasa jemu?
RA: Tidak! Tidak! Mereka suka muzium ini. Mereka dapat menimba banyak pengetahuan
tentang padi and peralatan-peralatan tradisional.
LM: Betul. Terdapat peralatan-peralatan tradisional di sini tidak dapat dicari di tempat lain.
RA: Ya. Seperti tenggiling, sisir dan kuku kambing. Selain itu, kanak-kanak suka duduk di
kerusi yang bergerak itu dan meneliti lukisan tersebut. Mereka berminat dalam lukisan.
LM: Oh, begitu rupanya. En. Roslan, adakah kamu bersetuju dengan saya bahawa muzium ini
memang sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan?
RA: Ya. Saya sangat pasti bahawa pelancong akan suka akan muzium ini. Pelbagai kemudahan
penginapan dan pengangkutan awam juga disediakan di sini. Tidak susah untuk mencari muzium
ini kerana terdapat papan tanda di tepi jalan.
LM: Ya. Saya setuju. En. Roslan, pernahkah kamu datang ketika majlis perasmian Muzium Padi
ini?
RA: Tidak. Saya tidak tahu apa-apa tentang muzium ini sebelum kawan saya
memperkenalkannya kepada saya. Muzium ini tidak popular lagi kerana muzium ini masih baru.
Tidak ada iklan atau sebarang promosi tentang muzium ini.
LM: Betul juga kata En. Roslan. Apakah yang ingin sampaikan kepada orang lain yang tidak
pernah melawat ke muzium ini?
RA: Muzium Padi ini mempunyai banyak keistimewaan dan sangat unik. Seseorang yang
melawat ke muzium ini dapat menimba pengetahuan yang tidak dapat didapati dalam buku teks.
Melawat ke muzium ini memang menarik dan patut diamalkan sekurang-kurangnya sekali.
Biodata
Roslan bin Azizah, 36 tahun. Beliau dilahirkan pada 31 Januari 1973. Beliau merupakan
seorang kakitangan kerajaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Chong Cheng. Beliau telah mengajar
selama 12 tahun. Beliau seorang yang mesra. Beliau telah menerima temu bual saya dengan
sukacita. Pertuturan beliau begitu jelas dan penuh dengan tenaga. Sepanjang temu bual dengan
nya, saya dapat mengetahui bahawa beliau merupakan seorang yang cinta akan keluarga serta
suka melancong ke tempat- tempat yang berbeza. Beliau mempunyai 3 orang anak lelaki yang
sangat berminat dengan lukisan. Mereka begitu asyik melihat lukisan-lukisan di Muzium Padi
tersebut. Isteri beliau pula seorang yang pendiam. Beliau mempunyai senyuman yang manis
sekali. Beliau sangat menyokong perbuatan suaminya untuk membawa anak mereka mengunjung
ke muzium tersebut.
Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini
menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali
sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.
Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-
layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Padi_(Kedah)
Muzium Padi di Gunung Keriang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang
utama di Negeri Kedah. Di anggarkan seramai 300,000 pelancong dari dalam dan luar negara
datang melancong Muzium Padi setiap tahun.
Ia dibina dengan kos yang menelan sebanyak RM 11 Juta dengan kebanyakan hiasan dan
lukisan di import dari Korea.
Kesemua lukisan merupakan lukisan yang bersaiz besar dan sangat indah. Lukisan
pemandangan bukit, sawah padi dan juga lukisan mengikut cuaca dan masa.
Di tingkat bawah pula terdapat sejarah mengenai barangan yang bersangkut paut dengan
padi. Di tingkat atas pula terdapat pemandangan yang sungguh cantik dan berpusing. Ini kerana
terdapat tempat duduk yang berpusing sambil menikmati lukisan pemandangan sawah, bukit,
hujan, pelangi, kenduri dan perkampungan.
Jika di lihat dari mata kasar, ia merupakan seperti gambar kerana ia begitu unik dan
cantik hasil lukisan yang di hasilkan.
Bayaran yang dikenakan :
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak - RM 1
Kamera - RM 2
http://www.spcity.com.my/muziumpadi/
Maklumat Muzium padi: http://www.asiaexplorers.com/malaysia/kedah_rice_museum.htm
Maklumat Muzium padi: http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=muziumpadi
Maklumat Muzium padi: http://www.mymalaysiabooks.com/Kedah/kedah.htm
Kedudukan muzium padi: http://wikimapia.org/64608/Muzium-padi
Pada hari 12 Disember 2008, saya telah melawat ke Muzium Padi dengan ahli keluarga
saya. Kami bertolak pada pukul 8 pagi. Kami bersinggah di kawasan rehat Gurun untuk 15 minit.
Kami tiba pada pukul lebih 9.45 pagi. Setelah membeli tiket, kami pun masuk ke dalam. Kami
tidak membawa kamera ke dalam. Kami terus memanjat tangga ke atas tingkat pertama. Di
situlah kami duduk di atas kerusi yang disediakan dan menikmati lukisan yang dipamerkan.
Lukisan hasil karya pelukis sangat mengagumkan kami sekeluarga.
Selapas itu, kami sekeluarga melalui sebuah binaan seperti gua yang bercahaya suram.
Tingkat yang seterusnya benyak menyimpan alat-alat pertanian silam, seperti tenggiling, sisir,
kuku kambing serta kapok. Terdapat peralatan-peralatan yang kami tidak pernah nampak. Kami
juga dapat menampak alat menangkap ikan yang hampir pupus. ‘Orang-orang’ juga ditunjukkan
kepada orang ramai.
Seterusnya, kami melawat ke kedai cenderamata lalu pulang ke rumah. Saya berasa
sangat gembira kerana saya telah dapat menimba pengetahuan tentang padi. Ini merupakan suatu
pengalaman yang sangat berguna.
Senarai Kandungan
Tajuk Muka surat
Tajuk kajian
Senarai kandungan
Penghargaan
Objektif kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian
i) Nama bangunan
ii) Latar belakang bangunan
iii) Keistimewaan bangunan
iv) Pengubahsuaian bangunan
Rumusan
Lampiran
Rujukan
Penghargaan
Bersyukurlah ke hadrat tuhan kerana dengan keizinan-Nya maka terhasillah sebuah
kajian tentang Muzium Padi di Gunung Keriang, Alor Setar. Sesungguhnya sepanjang kajian ini
dijalankan, berbagai-bagai peristiwa dan cabaran telah saya lalui. Ramai orang telah membantu
saya dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Dengan ini, izinkanlah saya diruang ini untuk
menyampaikan penghargaan kepada mereka.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya
iaitu En. S. Dhevasenapathy yang telah memberi penerangan, tunjuk ajar dan bimbingan beliau
sehingga terhasilnya folio ini. En. S. Dhevasenapathy telah memberi pelbagai tunjuk ajar,
maklumat dan nota-nota tentang tajuk kajian ini supaya saya dapat menjalankan kajian ini
dengan lancar.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada bapa saya iaitu En. Lim Poh Ho dan ibu
saya Pn. Ng Ah Lang yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi sokongan, dorongan,
galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.
Selain itu, saya sangat bersyukur atas bantuan orang sumber saya, iaitu En. Roslan bin
Azizah yang sudi menerima temu ramah saya dan memberi kerjasama serta bantuan dengan
memberikan maklumat tentang Muzium Padi. Perpustakaan sekolah kami juga mempunyai
banyak buku-buku yang berfaedah dan berguna untuk kajian ini. Oleh itu, terima kasih yang
tidak terhingga disebutkan kepada guru besar, En. Tan Teik Seong and juga guru Pn. Ng Ai
Pheng.
Akhir sekali, kepada rakan-rakan saya, Chiew Yee Xin, Chang Han Dian dan juga Wong
Wei Mei, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan
yang telah mereka kongsikan bersama.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa menyiapkan kerja kursus ini. Segala jasa baik
mereka tidak terbalas rasanya dan akan dijadikan panduan masa depan. Ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada mereka semua.
Objektif kajian
Kajian Sejarah Tempatan ini merupakan kajian tentang ‘Bangunan Bersejarah di
Malaysia’. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif tersebut.
Menguasai teknik membuat kajian
Saya telah mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta mensintesis dan merumus
maklumat dan fakta-fakta yang berkaitan dengan Muzium Padi ini. Saya dapat mengenal pasti
sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan membantu saya membuat kajian yang berilmiah
dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
Mengenali dan memahami sejarah perkembangan bangunan tersebut
Dengan itu, saya dapat memperihalkan tentang latar belakang yang merangkumi aspek
asal-usul dan sejarah Muzium Padi. Saya dapat menceritakan tentang lokasi dan fungsi Muzium
Padi tersebut. Saya dapat mengetahui lebih lanjut dengan bangunan-bangunan bersejarah di
Malaysia.
Berbangga terhadap pengamalan budaya.
Dengan membuat kajian ini, saya dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri
saya dan juga dalam kalangan generasi muda. Saya berasa sangat bangga melihat pengalaman
budaya di Negara ini. Saya juga sedar bahawa para petani bersusah-payah untuk menanam padi
serta . Saya akan lebih menghargai makanan saya kelak.
Kaedah Kajian
Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengambil beberapa kaedah yang dapat membantu
saya untuk menyiapkan kajian.
Kaedah lisan
Pertama sekali, saya telah menemu ramah beberapa orang pelancong yang melawat ke
Muzium Padi untuk mendapatkan maklumat. Mereka, terutamanya En. Roslan telah memberi
kerjasama yang memuaskan. Saya dapat beberapa maklumat yang berguna kepada kajian saya.
Kaedah bertulis
Di samping itu, pelbagai maklumat dan fakta yang berkaitan dengan Muzium Padi telah
diperolehi melalui buku ilmiah di bilik sumber sekolah kita. Saya telah melayari internet untuk
mencari maklumat yang dapat dimuatkan dalam kajian ini. Saya berputus untuk menggunakan
maklumat dan gambar- gambar dari laman-laman web yang berbeza.
Lawatan dan Pemerhatian
Saya dan beberapa orang ahli keluarga telah melawat ke tempat kajian tersebut pada 12
Disember 2008. Saya dapat meninjau setiap sudut bangunan yang terdapat dalam linkungan
kawasan Muzium Padi. Saya juga telah membuat pemerhatian tentang peralatan-peralatan
menuai padi dan jenis-jenis padi di situ.
Hasil Kajian
1.0 Nama Bangunan
1.1 ~PENGENALAN~
Muzium Padi di lembah Gunung Keriang merupakan tempat pelancongan yang
sangat unik di Kedah.
2.0 Latar Belakang
2.1 ~PENGASAS ~
Muzium ini diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad
dan dirasmikan oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri
Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.
2.2 ~LOKASI~
Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star, postcode
06570, Kedah. Muzium ini dibina di tapak seluas 12 000 meter persegi dengan ketinggian 20.5
meter. Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali
sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat
dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. Muzium ini dijangka berupaya meningkatkan
jumlah pelancong datang ke negeri ini. Kedudukan muzium yang terletak berhampiran dengan
Gunung Keriang sangat sesuai kerana gunung ini satu ketika dahulu pernah menjadi tempat
pengeluaran baja. Persekitaran muzium ini dikelilingi sawah bendang dan perkampungan
Melayu yang ada daya tarikan tersendiri.
2.3 ~TUJUAN PENUBUHAN BANGUNAN~
Muzium ini mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di
Kedah Darul Aman. Muzium ini juga menerangkan kegiatan penanaman dan penuaian padi di
negeri Kedah serta menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi. Muzium Padi
menghimpunkan pelbagai peralatan dari seluruh dunia. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai
menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi
penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.
Pembinaan Muzium Padi ini juga bertujuan menyimpan segala peralatan menuai padi dan
berjenis-jenis spesies padi yang terdapat di dunia. Bagi generasi muda kini, ini peluang
keemasan untuk mengenali alat-alat membajak tanah dan membersihkan sawah seperti
penggunaan kerbau, tenggala, sisir, kuku kambing, tajak, pisau mengerat, ketam, tudung kepala
daripada mengkuang, tong dan layar serta alat pengangkutan yang disebut ‘anok’’.
Kerajaan Kedah juga berpendapat bahawa muzium ini dapat mengekalkan kedudukan
negeri ini sebagai ‘Jelapang Padi’ Negara.
2.4 ~KOS DAN TARIKH PEMBINAAN ~
Muzium Padi ini dibina dengan kos yang menelan sebanyak RM 11 Juta dengan
kebanyakan hiasan dan lukisan di import dari Korea. Muzium ini bernilai RM24 juta dibina
secara berperingkat-peringkat pada tahun 1994. Muzium ini pernah diabaikan untuk beberapa
bulan sebelum muzium ini disiapkan.
2.5 ~ PERASMIAN ~
Muzium ini dirasmikan oleh Sultan Kedah, iaitu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah
pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.
3.0 Keistimewaan Bangunan
3.1 ~KEISTIMEWAAN~
Rekaan Muzium Padi ini berbentuk gemai padi (padi sudah diketam yang diikat) dan
mempunyai sebuah bangunan utama dan enam bangunan sampingan di kelilingnya. Bangunan
muzium tiga tingkat itu mempunyai ruang pameran di tingkat bawah bagi mempamerkan
pelbagai peralatan menanam dan menuai padi tradisional.
Tingkat pertama dihiasi lukisan mural yang menggambarkan sejarah penanaman padi dan
masyarakat petani yang membuat kerja bersawah pada zaman dulu. Terdapat juga sejarah
mengenai barangan yang bersangkut paut dengan padi. Tingkat atas pula mengandungi lukisan
panorama yang mempamerkan keindahan perkampungan sekitar Gunung Keriang selain aktiviti
menanam padi. Pengunjung pasti terpegun melihat lukisan di ruang panorama yang
menggambarkan kegitan bersawah dan kampung tradisional Melayu di sekitar Gunung Keriang
itu.
Lukisan itu dapat membuatkan pengunjung berasakan dirinya seolah-olah sedang berada
di atas puncak bukit dan melihat sebuah perkampungan petani di bawahnya. Lukisan hasil karya
60 orang pelukis dari Korea Utara ini menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia yang
pastinya akan meninggalkan kenangan yang tidak mudah dilupakan. Panorama tanaman padi
dalam bentuk mural dan lanskap ini berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang. Mural ini
adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Jika dilihat dari mata kasar, ia
merupakan seperti gambar kerana ia begitu unik dan cantik hasil lukisan yang dihasilkan.
Pengunjung boleh duduk di atas kerusi yang disediakan di atas lantai bergerak yang
berpusing mengikut edaran jam bagi menikmati lukisan yang dipamerkan di sekeliling dinding
berkenaan seperti pemandangan sawah, bukit, hujan, pelangi, kenduri dan perkampungan.
Mural pertama memberi gambaran sejarah padi di zaman dahulu. Pameran di galeri ini
memuatkan bahan-bahan sejarah padi. Mural di galeri dua menonjolkan bahan-bahan dari corak
kain yang dijadikan lukisan. Mural galeri ketiga pula adalah lukisan pemandangan sekitar Tasik
Pedu dan empangan yang membekalkan air untuk tanaman padi di Kedah.
Berikutnya mural keempat, iaitu pemandangan sawah pada awal pagi di musim
membajak dan mural kelima pula lukisan serbuk batu berwarna. Susunan serbuk batu dijadikan
lukisan yang setiap satu dihasilkan dalam masa tiga bulan oleh dua pelukis.
Peta Malaysia pula diperbuat daripada kain baldu. Mural galeri keenam menggambarkan
keceriaan dan perpaduan hidup rakyat Malaysia terutama penduduk negeri ini. Jika diteliti akan
dapat menatap wajah pemimpim-pemimpin kerajaan yang ada.
Semua galeri ini dimuatkan dengan peralatan tanaman padi, penjagaan padi, peralatan
menuai dan memproses padi dari dalam dan luar Negara padi dari dalam dan luar Negara selain
hal-hal yang ada kaitan dari aspek budaya dan kepercayaan.
Pengunjung akan melalui sebuah binaan seperti gua yang bercahaya suram serta
mempunyai bunyi desiran air sewaktu menaiki tangga dari tingkat satu ke tingkat atas. Suasana
sebegini pastinya akan menarik pengunjung ke situ.
Generasi muda kini tidak lagi mengenali peralatan pertanian silam seperti tengiling, sisir,
kuku kambing serta kapok atau jelapang. Di muzium ini banyak peralatan lama dipamerkan
kepada orang ramai. Misalnya, anok iaitu pedati yang dibuat daripada kayu dan ditarik oleh
kerbau. Generasi muda sekarang pasti tidak pernah melihat alat seperti ini.
Aras-aras lain dibina dengan bentuk unik dengan enam mural. Setiap mural mengandungi
mini galeri yang dihiasi dengan lukisan yang berbeza tetapi berkaitan dengan sejarah dan
geografi teknologi padi.
Turut dipamerkan ialah alat menangkap ikan yang hampir pupus iaitu sepila, tuar, bubu
serta tangkul. Pengunjung juga boleh mengenali ikan dalam sawah seperti puyu, sepat, haruan
dan keli. Pelancong juga boleh bergambar dengan ‘orang-orang’ iaitu patung manusia yang
digunakan untuk menakutkan musuh padi seperti burung. Ada juga boleh memakai pakaian
pesawah untuk diabadikan sebagai kenangan.
Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-
layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.
Muzium itu mampu menjadi tarikan pelancong dalam dan luar Negara kerana muzium ini
adalah satu-satunya di Malaysia. Pembinaan muzium yang lengkap dengan kemudahan moden
termasuk hotel bertaraf lima bintang dengan 110 bilik mampu menyediakan kemudahan tempat
tinggal kepada pelancong yang semakin bertambah ke gunung itu.
Amatlah wajar sebuah muzium seumpana itu menjadi kunjungan para penduduk
tempatan. Begitu juga dalam kalangan para pelancong dari dalam dan luar Negara, tentang
betapa kerajaan Kedah mengenang jasa dan pengorbanan petani-petani yang terdahulu menabur
keringat mereka untuk seluruh rakyat di Negara ini.
Kewujudan muzium seumpama itu memperlihatkan komitmen kerajaan begitu
bersungguh-sungguh terhadap penanam padi melalui beberapa proses yang banyak
menggunakan tenaga pesawah sendiri di peringkat awal.
Pembinaan muzium seumpama itu merupakan usaha yang berkesan dalam mengekalkan
warisan sejarah peradaban bangsa untuk diperlihatkan oleh generasi yang semacam kehilangan
peralatan tradisi yang pernah dimiliki dan diusahakan oleh nenek moyang mereka.
Setelah puas melawat ke semua galeri, kamu boleh mendapatkan kenangan atau buah
tangan di kedai cenderamata. Kedai cenderamata ada menjual barangan seperti baju "T", alat
tulis, dan kraftangan. Disarankan juga anda mencuba makanan tradisi seperti sagon, karas dan
lain-lain kerana makanan-makanan ini semakin jarang didapati. Semua makan ini dihasilkan oleh
anak-anak Kedah sendiri dengan harga yang berpatutan.
4.0 Pengubahsuaian Bangunan
4.1 ~PENGUBAHSUAIAN~
Tidak pernah membuat pengubahsuaian.
4.2 ~HIASAN DALAMAN~
Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah
dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk
muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini.
5.0 Maklumat Muzium Padi
5.1 ~Bayaran yang dikenakan~
Pelancong yang melawat ke Muzium Padi perlu membayar tiket yang berharga RM 3
untuk orang dewasa manakala kanak-kanak hanya perlu membayar tiket yang berharga RM 1.
Setiap kamera yang dibawa hendaklah dikena bayaran RM 2.
5.2 ~Waktu Operasi~
Waktu operasi Muzium Padi pada hari Sabtu hingga hari Khamis ialah dari 9:00 pagi
hingga 5:00 petang. Pada hari Jumaat, waktu operasi pula bermula pada 9:00 pagi hingga 12:30
tengahari serta 2:30 Petang hingga 5:00 petang.
5.3 ~Maklumat lanjut~
Jika kamu berminat ingin melawat ke muzium tersebut. Alamat adalah seperti berikut:
Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
Lebuhraya Daru Aman, Bakar Bata,
05100 Alor Star,Kedah Darul Aman.
5.4 ~Nombor telefon~
Kamu boleh menelefon Muzium Negeri Kedah pada talian 04-733 1162 atau 04-735
1315 serta fax ke 04-730 5100.
Rumusan
Saya sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan kerja kursus dalam tempoh
masa yang ditetapkan, Dalam melaksanakan kerja kursus ini, banyak pengetahuan dan nilai yang
saya perolehi dan dipelajari.
Saya dapat pengetahuan tentang bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia. Oleh itu,
sebagai generasi yang masih hidup di zaman nan moden dan aman ini, saya mesti menghargai
nikmat pemberian tuhan yang dikecapi dalam berusaha mengekalkan bangunan-bangunan
tersebut. Untuk mengekalkan keamanan, kita harus sedar bahawa kerjasama, persefahaman dan
tolak ansur sangat penting untuk menanam keamanan di negara kita.
Di samping itu, muzium kita mempunyai keunikan yang tertentu yang dapat menarik
minat etnik lain dan pelancong asing untuk datang ke negara kita. Hal ini dapat mengeratkan
hubungan antara kaum lain dengan kaum di negara kita. Secara tidak langsung, persefahaman
antara Negara juga dapat dipupuk.
Dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat menghayati nilai kesabaran,
ketabahan dan kerja sama antara rakan-rakan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan
sempurna dan kemas. Saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dan
meningkatkan kemahiran komunikasi antara satu sama lain.
Lampiran
Rajah 1: Pelan
(Padangan dari udara)
Alat-alatan yang digunakan semasa menuai padi
Gambar 1: bajak Gambar 2: Kuku kambing
Gambar 3: Kelewang Gambar 4: Sabit
Gambar 5: Parang Gambar 6: Pedati
Gambar 7 & 8: Pencakar
Gambar 9 & 10: Tenggala
Gambar 11: Tajak
Gambar- gambar yang lain
Gambar 12& 13: Suasana menuai padi
Gambar 14 & 15: Tumbuhan padi
Gambar 16: Mesin menuai padi
Rujukan
Buku Ilmiah
Sabariah Abdullah, Norzehan Mat Yusoff, 2006. MUZIUM-MUZIUM LAIN. Kuala Lumpur: NUR ILMU PUBLICATIONS.
Mohd. Azhar Zakaria, 2007. Info Malaysia. Melaka: Pustaka Ilham
Ghazali Lateh, 2006. Fakta Sejarah 4. Selangor: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN. BHD.
Orang Sumber
En. Roslan bin Azizah, 36 tahun, E5, Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah.
Melawat Tempat Kajian
Muzium Padi, Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Lebuhraya Daru Aman, Bakar Bata, 05100 Alor Star, Kedah Darul Aman.
Internet
Maklumat Muzium Padi, http://www.asiaexplorers.com/malaysia/kedah_rice_museum.htm
Maklumat Muzium Padi, http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=muziumpadi
Maklumat Malaysia, http://www.mymalaysiabooks.com/Kedah/kedah.htm
Kedudukan Muzium Padi, http://wikimapia.org/64608/Muzium-padi
Pakej Percutian Malaysia, http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=muziumpadi
Bagaimanakah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Dapat Memupuk Semangat Cintakan Warisan Bangsa dalam Kalangan
Rakyat Malaysia
Kini , bangunan-bangunan di negara kita semakin dilupakan oleh masyarakat. Oleh itu,
pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah supaya dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Sebenarnya, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana negara kita
mempunyai seni binaan yang unik seperti Muzium Padi dan juga seni binaan Eropah tertua yang
masih tinggal di Asia, iaitu bangunan kota A Famosa yang dibina oleh Portugis di Melaka. Oleh
itu, kita harusnya menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara yang berani dan sanggup
berkorban demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Secara tidak langsung, perkara
ini dapat menimbulkan perasaan bangga dengan sejarah negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah akan menyemaikan
semangat setia negara dalam jiwa setiap insan kerana bangunan bersejarah di negara kita telah
banyak meninggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikerang seperti bangunan Kota A
Famosa yang pernah dijadikan sebagai kubu pertahanan Portugis semasa menguasai negeri
Melaka. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita betapa susahnya mereka untuk membina
bangunan Kota A Famosa. Pembangunan Muzium Padi ini pula dapat mengingatkan kami
tentang status Kedah sebagai “Jelapang Padi Malaysia”.
Secara implisit, kita akan lebih cinta akan bangsa dan negara serta bersyukur sebagai
warganegara Malaysia. Kita juga akan lebih bersatu padu supaya tidak lagi dijajah atau diancam
oleh kuasa asing. Dalam proses pembangunan serta pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Semangat
bersatu padu dan berharmoni akan terbentuk sekiranya rakyat saling bertolak ansur dan
bertoleransi semasa melaksanakan sesuatu bersama-sama.
Di samping itu, proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga akan
mewujudkan sikap rajin dan gigih. Secara tidak langsung, sikap berdikari serta sikap tabah
menghadapi cabaran akan disemai setelah mengharungi pelbagai cabaran selama proses
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
menyokong dan melibatkan diri dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah agar dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat
Malaysia. Dengan ini, generasi yang akan datang dapat mengetahui kewujudan bangunan
bersejarah serta berusaha untuk mengekalkannya.