sej kursus 1
Post on 03-Apr-2018
260 views
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
1/47
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN MUTIARA RINI
SEJARAH KERJA KURSUS
NAMA: Sim Wei Xiang
TINGKATAN: 3RK2
NAMA GURU: Puan Norjannah binti Suhari
TARIKH HANTAR:
ELEMEN MARKAH
Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah
Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian
TANDATANGAN GURU TANDATANGAN MURID .
( ) ( )
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
2/47
ELEMEN 1
MENGUMPUL FAKTA SEJARAH
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
3/47
Elemen 1
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
4/47
Saya Sim Wei Xiang, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini
telah berpeluang mewawancara Puan Hafizah Binti Mohamed, seorang pengusaha kedai
roti dan kek iaitu Hafizah Bakery.
Saya :Selamat pagi, Puan Hafizah. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Puan Hafizah kerana sudi meluangkan masa untuk
wawancara ini.
Puan Hafizah : Selamat pagi dan terima kasih juga kerana memilih saya untuk
ditemuramahkan .
Saya : Sebagai mukadimahnya, bilakah puan membuka kedai roti dan kek ini?
Puan Hafizah : Saya membuka kedai Hafizah Bakery ini pada 26 Januari 2003.
Saya : Berapakah modal puan membuka kedai ini?
Puan Hafizah : Saya telah menggunakan kira-kira RM 500,000.00 untuk membuka
kedai ini.
Saya : Wah banyaknya! Manakah puan mencari wang tunai yang berjumlah banyak?
Puan Hafizah : Sebelum membuka kedai ini, saya telah mempunyai wang simpanan
sejak kecil lagi kerana saya telah mempunyai cita-cita untuk membuka
kedai sendiri.Selain itu, juga meminjam wang dari keluarga saya.
Saya : Oh,begitu susahnya untuk membuka sebuah kedai sendiri! Berapakah bilangan
kakitangan yang membantu puan di kedai ini?
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
5/47
Puan Hafizah : Cuma hanya empat orang sahaja kerana saya menghadapi
masalah untuk mendapat pekerja yang mahir membuat
roti dan kek.
Saya : Sebagai mengakhiri temu ramah ini, apakah perancangan masa depan
puan?
Puan Hafizah : Saya akan memperkenalkan produk-produk baru roti dan kek
termasuk menghasilkan roti yang lebih sedap untuk mengekalkan
permintaan pelanggan.
Saya : Wah, bagusnya! Terima kasih sekali lagi kerana Puan Hafizah sudi
bekerjasama untuk ditemu ramah pada pagi ini. Semoga puan akan berusaha
dan berjaya dalam perancangan masa depan kedai ini.
Puan Hafizah : Sama-sama.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
6/47
1. NAMA: HAFIZAH BINTI MOHAMED
2. NOMBOR KAD PENGENALAN : 710928-01-5020
3. ALAMAT : NO .69A JALAN BAKTI 1 , TAMAN MUTIARA RINI ,
SKUDAI 81300 JOHOR BAHRU , JOHOR
4. NOMBOR TELEFON : 075548242 012-7793451
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
7/47
ELEMEN 2
MEREKOD FAKTA SEJARAH
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
8/47
Senarai Kandungan
Tajuk Muka Surat
Penghargaan
Objektif kajian
Kawasan kajian
Kaedah kajian
Dapatan kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
9/47
PenghargaanSaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada En.Muhamud Bin Othaman , Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Universiti , kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan
kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada En Saat bin Mahat ,
guru Sejarah kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan . Tidak lupa juga
ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya , Hu Wei
Chong dan Lim Guat Kian yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang
kajian dijalankan. Selain itu , saya juga memberikan ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan saya , Audrey Err Kiat Joo dan Agnes Chan Hui Xin , kerana
kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
10/47
Objektif Kajian
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu produk tempatan di
negara kita. Produk yang dipilih oleh saya ialah Kek Lapis. Kajian saya merangkumi
beberapa objektif.
Melalui kajian ini saya akan mengetahui sejarah dan asal usul Kek Lapis. Bahan-
bahan dan peralatan yang digunakan untuk mebuat Kek Perkahwinan juga boleh dikenali.
Selain itu, kajian ini juga dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti
sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan membatu saya membuat satu kajian yang
berilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.
Akhir sekali,saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme dalam
diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.Kami dapat menghargai
dan menyokong produk tempatan.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
11/47
Kaedah Kajian
Untuk menyiapkan kerja kursus sejarah ini bukanlah satu kerja yang
mudah.Banyak kaedah yang telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat yang
lengkap mengenai satu produk tempatan di negara kita.
Kaedah pertama yang saya gunakan ialah melayari internet.Alamat laman web
yang saya layari antaranya,http://www.youtube.com/watch?v=d3kRtiFHl-E .Saya
mendapat maklumat seperti sejarah kewujudan Kek Lapis dan resipi kek ini.
Selanjutnya,saya juga telah menggunakan kaedah menganalisis
dokumen.Saya telah membeli dokumen-dokumen yang berharga RM 5 tersebut di
Hafizah Bakery.
Tambahan pula,saya telah menggunakan kaedah temu bual.Saya telah
menemuramah orang sumber iaitu Puan Faridahtul Asma binti Ibrahim.Saya telah
menanya soalan yang tiada jawapannya dalam internet dan dokumen-dokumen.
Akhir sekali,saya menggunakan kaedah melawat tempat kajian.Tempat kajian
iaitu Hafizah Bakery terletak di No 69,Jalan Bakti 1,Taman Mutiara
Rini,81300,Skudai,Johor.Saya juga ambil gambar di situ sebagai bukti.
http://www.youtube.com/watch?v=d3kRtiFHl-Ehttp://www.youtube.com/watch?v=d3kRtiFHl-E -
7/28/2019 Sej Kursus 1
12/47
Hasil Kajian
1. Maklumat Asas Produk Tempatan
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
13/47
Maklumat Asas Produk Tempatan
Bagi kerja kursus Sejarah 2012 saya dikehendaki membuat kajian tentang satu
produk tempatan di negara kita.Produk yang saya pilih ialah Kek Lapis. Ini termasuk
dalam kategori Makanan.
Produk yang saya pilih ini diusahakan oleh pelbagai
syarikat.Walaubagaimanapun, saya telah memilih Hafizah Bakery.Syarikat ini
ditubuhkan dan diusahakan oleh Cik Puan Hafizah binti Mohamed.
Hafizah Bakery ini terletak di No 69,Jalan Bakti 1,Taman Mutiara
Rini,81300, Skudai,Johor.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
14/47
.
Latar Belakang
Hafizah Bakery telah ditubuhkan oleh Cik Puan Hafizah pada tahun 1993
dengan modal permulaan sebanyak RM3,000. Pada mulanya, operasi Puan Hafizah dan
yang di bantu oleh suaminya Hj Den hanya di jalankan dirumah secara kecil-kecilan dan
sambilan. Idea untuk membuka perusahaan ini adalah kerana masalah kewangan dalam
rumahtangga. Hasil perbincangan dan bermuafakat untuk berubah kehidupan dan
ekonomi hidup mereka kearah yang lebih selesa.Pada tahun 2003, Hafizah Bakery telah
berpindah ke sebuah Rumahkedai 1 tingkat di Taman Mutiara Rini, Skudai.
Memandangkan Puan Hafizah adalah seorang suri rumah sepenuh masa, beliau
mengambil peluang tersebut untuk membuka permis kedai kek dan roti. Tambahan pula
Puan Hafizah merupakan seorang bekas pelatih IKBN pada tahun 1991 ( Institut
Kemahiran Belia Negara ) Dusun Tua, Pertak, Hulu Selangor, dalam bidang Catering
( Kek dan Roti ). Dianugerahkan pelajar terbaik dalam bidang kek dan roti. Justeru itu, ia
amat membantu serta memudahkan proses pembuatan dan penghasilan kek dan roti
keluaran mereka
Dengan bermodalkan Rm 40,000.00 Hafizah Bakery telah membeli mesin
menguli roti, mengandun kek serta oven untuk menghasilkan produk kek dan roti
keluaran sulung perniagaan kami. Akhirnya segala kesungguhan dan kegigihan kami
menubuhkan perniagaan pada bulan September 2003 telah mendapat perhatian daripada
salah satu institusi kewangan iaitu dari Jabatan pertanaian Negeri Johor. Peluang
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
15/47
keemasan tersebut telah digunakan dengan sebaik-baiknya oleh Puan Hafizah dan Hj.
Den untuk mengembangkan perniagaan kami sehingga ke hari ini. Kedai Roti dan Kek
Puan Hafizah dan Hj. Den telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Luar Bandar iaitu Tuan Haji Osman bin Jais pada 26 hb Januari 2003.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
16/47
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
17/47
Kini, Kek Lapis Sarawak merupakan industri besar yang bakal menjengah ke
pasaran global sesuai dengan keunikannya yang "Kacak didiat, nyaman dimakan
"Kacak didiat, nyaman dimakanmmm"
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
18/47
Punca Dan Jumlah Modal
Puan Hafizah binti Mohamed telah membeli Rumah Kedai 2 tingkat di Taman
Mutiara Rini,Skudai yang harganya berjumlah RM221,000.00 bermodalkan daripada
wang simpanan hasil jualan dan juga pinjaman dari pihak keluarga.
Modal permulaan bagi perniagaan pengurusan kedai dan peralatan pada
keseluruhan lebih kurang RM80,000.00.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
19/47
Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan Hafizah Bakery telah didaftarkan pada 19 mac 2003.Nombor
pendaftaran perniagaan tersebut ialah JM 0353368-A.Jenis industry ini ialah IKS(Indutri
Kecil Sederhana).
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
20/47
Lesen
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
21/47
Keunikan
Warna kek turut memainkan peranan penting dalam perkahwinan
masyarakat Barat. Kek pengantin lelaki biasanya berwarna agak gelap manakala kek
daripada pengantin perempuan berwarna putih.Uniknya dalam kek pengantin perempuan
Barat kuno, barangan aksesori lain seperti duit syiling,cincin,jidal dan butang akan
dimasukkan ke dalam kek sebelum kek tersebut dibakar sebagai lambang kekayaan, cinta
yang abadi dan kasih sayang kepada pengantin lelaki yang menerimanya manakala kek
daripada pengantin lelaki pula dihias dengan cincin.
Kemewahan kek ditampilkan secara jelas melalui seni hiasan royal aising
yang dipaip indah membentuk renda malah ada ketikanya setiap kek dilimpahi lebih 300
hiasan royal aising yang memukau mata.Pada tahun 1920 juga menyaksikan kemunculan
warna emas pada kek perkahwinan. Motifnya pula lebih berupa seni bina banglo yang
dihasilkan daripada simen plaster.Bermula tahun 1930-an, warna kek perkahwinan turut
dipengaruhi aliran fesyen pengantin apabila kebanyakan pengantin memilih warna kek
yang sedondon warna gaun pengantin perempuan.
Selain kek perkahwinan, kek pertunangan juga mula diilhamkan pada tahun
1920 dan agak popular sekitar 1930-an.Bagaimanapun pada tahun 1955, kebanyakan kek
perkahwinan mementingkan warna yang putih bersih hinggakan si pembuat kek terpaksa
meletakkan bahan pemutih untuk menghasilkan warna putih yang diimpikan.
Sehingga kini, kek perkahwinan yang paling popular mempunyai ketinggian
lapan kaki, dihiasi 3,000 kuntuman bunga bersalut pes gam gula.Di Malaysia,tanpa
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
22/47
mengira kaum kebanyakan pasangan pengantin memilih kek sebagai simbol kemanisan,
romantis dan kasih sayang pada majlis perkahwinan yang dianggap cukup bermakna.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
23/47
Tenaga Kerja
Hafizah Bakery mempunyai pekerja tempatan seramai empat orang masa
kini dengan berpakaian seragam.Bagi menjalankan operasi membuat roti dan kek tiga
pekerja diperlukan dan juga dibantu oleh suami Puan Hafizah.Seorang pekerja lagi
ditugaskan di kaunter bagi melayan pelangan yang mengunjungi untuk pembelian roti
dan kek.Jadual kerja juga diatur untuk seminggu bagi pekerja-pekerja menjalankan
tanggungjawab dan tugas mereka.
Bilangan Pekerja Jam 6.00 pagi-3.00
petang
Jam 3.00 petang-10.00
malam
Pemandu
Kenderaan
4 Orang 3 Orang 1 Orang Sendiri dan
dibantusuami
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
24/47
Senarai Bahan
Bahan A (dalam kek)
kuning telur
putih telur
gula kastor
tepung hong kong
makan ovelet
Bahan B (dalam kek)
mentega/butter
makan susu pekat
Bahan untuk bahagianluar kek
putih telur
tepung hong kong
gula kastor
makan ovelet
butter/mentega (cairkan)
susu cair
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
25/47
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
26/47
Senarai Peralatan
Peralatan membuat roti dan kek dibeli dari awal pembukaan kedai dari tahun 2002 secara
beransur-ansur dari tahun ke tahun mengikut keperluan dan kepentingan sehingga
lengkap keseluruhannya. Senarai peralatan adalah seperti berikut.
1. Mesin menguli roti
2. Mesin mengadun kek
3. Mesin Auto Divider Rounder
4. Profer Automatik
5. Oven besar
6. Oven kecil
7. Mesin Memotong Roti Paun
8. Mesin Auto Pembungusan Roti
9. Peti Chiller Kek 3 Pintu
10. Peti Chiller Kek 2 Pintu
11. Peti Chiller Show Kek
12. Peti Sejuk Beku
13. Troli Rak Dulang Roti
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
27/47
14. Dulang Roti
15. Loyang Membuat Kek
16. Meja Stell Membuat Roti & Kek
17.Sink Mencuci
18. Komputer
19. Mesin Kira Wang
20. Meja Kaunter
21. Rak Roti
22.Akhled Display Roti
23 Stall Jual Burger
24Meja Kerusi
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
28/47
Senarai Bahan
Kek Lapis Sarawak
Bahan A (dalam kek)
kuning telur
putih telur
gula kastor
tepung hong kong
makan ovelet
Bahan B (dalam kek)
mentega/butter
makan susu pekat
Bahan untuk bahagianluar kek
putih telur
tepung hong kong
gula kastor
makan ovelet
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
29/47
butter/mentega (cairkan)
susu cair
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
30/47
Proses Penghasilan
Cara Untuk Membuat Dalam Kek
Pukul Bahan B hingga sebati.
Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul
sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn
ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn
ke 3. Buat 3 lapisan.
Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut
berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan
dulu.
Cara Untuk Membuat Luar Lapisan Kek
Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega
cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek
yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi
semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga
semua adunan habis.
Guna acuan 81/2 x 81/2 inci
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
31/47
Spesifikasi ProdukBahan A (dalam kek)
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
150 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet
Bahan B (dalam kek)
200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat
Bahan untuk bahagian luar kek
300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
32/47
50 ml susu cair
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
33/47
Langkah-langkah Kawalan Mutu
Pekerja Hafizah Bakery juga menentukan kualiti produk yang digunakan untuk
menghasilkan produk.Mereka telah mengawal mutu produk melalui beberapa cara.
Yang pertama,mereka membeli barang-barang yang berkualiti seperti tepung
berprotin tinggi dari syarikat yang tetap.Selain itu,pemeriksaan kualiti dilakukan pada
peringkat semasa menerima bahan.
Di samping itu,pemantauan semasa pembuatan dan apabila barang produk
dikeluarkan juga dilakukan.Selanjutnya mereka menekankan terhadap aspek kawalan
kualiti di setiap penyediaan roti dan kek sehingga pembungkusan.
Akhir sekali,mereka menentukan bahan-bahan yang diperlukan secukupnya
supaya roti dan kek tidak berubah dari segi kualitinya.Melalui langkah-langkah tersebut
sudah tentulah Hafizah Bakery dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan bermutu
tinggi.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
34/47
Rangkaian Pemasaran
Hafizah Bakery juga telah memasarkan produk mereka kepada kantin-kantin
dan koperasi sekolah,di sekitar taman perumahan,kantin-kantin kilang,peruncit kecil dan
tempahan dari majlis keraiangan dari pelanggan yang mereka hormati.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
35/47
Sambutan Daripada Pengguna
Hafizah Bakery adalah antara Bakery Roti dan Kek yang dikunjungi ramai
untuk membeli.Perusahaan ini terus berkembang dengan baik dan permintaan produk roti
dan kek semakin diminati orang ramai.Penjualan semakin meningkat dari permintaan
sekitar taman perumahan,kedai-kedai,gerai-gerai dan juga sekolah-sekolah.Mereka juga
ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dari pelanggan yang mereka hormati.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
36/47
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
37/47
Potensi Produk
Potensi Kek Lapis Sarawak sangatlah baik memandangkan Kek Lapis Sarawak
sememangnya begitu popular di kalangan penduduk Bumi Kenyalang dan juga pelancong
tempatan terutama dari Semenanjung Malaysia sehinggalah ke negara jiran termasuk
Brunei Darussalam.
Keunikan reka bentuk, cara pembuatan di samping rasanya yang enak dan berbeza
berbanding kek lapis biasa menjadikan kek lapis Sarawak sebagai buah tangan yang
wajib dibawa pulang oleh pelancong luar yang berkunjung ke negeri Sarawak.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
38/47
Perancangan Masa Hadapan
Hafizah Bakery juga mempunyai beberapa rancangan masa hadapan yang
boleh mengembangkan perniagaan mereka.
Yang pertama,mereka ingin membesarkan dan meluaskan pemasaran untuk
memasuki tender-tender kerajaan dan swasta.Selain itu,membuka cawangan Hafizah
Bakery di tempat lain yang lebih strategi untuk meningkatkan pendapatan.Akhir
sekali,memperkenalkan produk-produk baru roti dan kek termasuk menghasilkan inti
yang lebih sedap untuk mengekalan permintaan pelangan.
Perancangan-perancangan ini juga membolehkan mereka menghadapi cabaran
dan masalah yang dihadapi dan mengembangkan perniagaannya.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
39/47
Rumusan
Saya sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan kerja kursus Sejarah
ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.Dalam melaksanakan kerja kursus ini
banyak pengetahuan dan nilai yang telah saya pelajari.
Melalui kajian ini,saya dapat melahirkan perasaan bangga terhadap
negara.Mengenali ekonomi dan kemajuan negara dapat membuat saya bangga dengan
negara sebagai rakyat Malaysia.
Selain itu,masyarakat juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim.Proses
pembelian dan penjualan antara penjual dan pelanggan akan mengeratkan hubungan
antara mereka.
Di samping itu,negara juga dapat meningkatkan ekonomi dan mengharumkan
nama negara di peringkat antarabangsa.Ini dapat dicapai melalui menghasilkan produk
tempatan yang berkualiti. .
Konklusinya,memang terdapat banyak faedah melalui produk tempatan di
negara kita.Oleh itu,kita hendaklah menyokong dengan membeli produk tempatan bak
slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia.
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
40/47
Lampiran
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
41/47
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
42/47
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
43/47
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
44/47
Rujukan
1)Orang sumber:-
Puan Faridahtul Asma binti Ibrahim/29 tahun/830220-02-5000/No 20,Jalan
Kebangsaan 80,Taman Universiti,81300,Skudai,Johor.
2)Internet:-
-http://www.youtube.com/watch?v=d3kRtiFHl-E .
-http:hafizahbakery.com/v2011/
3)Melawat tempat kajian:-
Hafizah Bakery/No 69,Jalan Bakti 1,Taman Mutiara Rini,81300,Skudai,Johor.
http://www.youtube.com/watch?v=d3kRtiFHl-Ehttp://www.youtube.com/watch?v=d3kRtiFHl-E -
7/28/2019 Sej Kursus 1
45/47
ELEMEN 3
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
46/47
Belilah Barangan Buatan Malaysia
Slogan membeli barangan buatan Malaysia mengajak rakyat membeli
barangan buatan tempatan . Kempen supaya rakyat Malaysia membeli barangan
dalam negeri ini telah pun dilancarkan oleh pihak kerajaan lebih daripada satu
dekad yang lalu . Namun sejauhmanakah rakyat Malaysia benar-benar telah
menghayati slogan ini ?
Jika dikaji dengan teliti slogan yang dilancarkan oleh pihak kerajaan
ini sudah semestinya mempunyai tujuan tertentu . Antaranya ialah menimbulkan
rasa bangga sebagai rakyat Malaysia apabila menggunakan barangan buatan
sendiri . Dengan berbuat demikian , sekurang-kurangnya kita dapat mengubah sikap
dan berhijrah daripada memuja dan mengagungkan barangan luar Negara kepada
kecintaan terhadap barangan buatan sendiri .
Hasil keluaran Negara kita sama ada produk makanan , pakaian , kraf
tangan dan seumpamanya merupakan hasil yang tinggi nilainya . Produk seperti ini
standing dengan barangan buatan yang diimport . Dalam hal ini , sebagai
warganegara Malaysia , kita seharusnya bersyukur kerana dapat menggunakan
barangan keluaran kita sendiri dengan penuh rasa kepuasan tanpa perlu membazir
wang untuk membeli barangan dari luar negara yang secara relatifnya lebih mahal
harganya . Dengan berbuat demikian , ini menunjukkan bahawa kita mempunyai
perasaan cinta akan bangsa dan negara .
-
7/28/2019 Sej Kursus 1
47/47
Dengan membeli barangan buatan Malaysia , rakyat negara kita dapat
menyumbang kepada usaha pembangunan negara . Hasil produk tempatan dapat
dipasarkan secara lebih luas dan ini dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi
negara . Pendapatan pengusaha akan dikenakan cukai oleh kerajaan dan dapat
disalurkan untuk membiayai projek pembangunan .
Dengan membeli barangan Malaysia , kita dapat membantu menjana
perkembangan ekonomi negara . Kita dapat melahirkan sikap bertanggungjawab
dalam kalangan rakyat Malaysia .